The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 466-12-dani, 2022-09-20 13:23:09

FOLIO APM

FOLIO APM

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

FOLIO KOR SISPA APM KADET SEMESTER 4

NAMA : MUHAMMAD DANI AQASHAH BIN MAHADI

NO. KAD PENGENALAN: 020323-14-1587

NO. ANGKA GILIRAN : 2021152340174

OPSYEN : PSVK

KURSUS : PISMP

AMBILAN : JUN 2021

PENSYARAH : ENCIK ANUAR BIN MOHD ZAIN

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN ANGKATAN
PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
• Perlembagaan Pertubuhan
- Prinsip-prinsip asas pertubuhan
- Perlembagaan pertubuhan
- Lambang dan cogan kata – Bendera & lagu APM
- Persetiaan/Ikrar dan undang-undang pertubuhan
• Sejarah Unit Beruniform
- Sejarah pengasas – Sejarah penubuhan
- Sejarah penubuhan di Malaysia
- Tujuan penubuhan – Istiadat-istiadat rasmi APM
• Struktur dan Organisasi Pertubuhan
- Struktur dan organisasi peringkat antarabangsa
- Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan/ negeri/ daerah/ IPG
- Struktur dan organisasi peringkat sekolah dan kumpulan
- Fungsi majlis tadbir
-

2. PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN ANGKATAN
PERTAHANAN AWAM
• Pengurusan dan Pentadbiran
- Pendaftaran ahli dan kumpulan
- Kuasa penganjur – Struktur unit
- Pengurusan folio/ Buku Log/ Laporan Aktiviti
- Tanggungjawab pemimpin
- Pakaian seragam ahli dan pemimpin
- Takwim dan rancangan aktiviti
-

3. PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN UNIT/ KEM TAHUNAN
KEBANGSAAN/ ANTARABANGSA
- Konsep
- Penglibatan
- Sijil
- Tujuan perkhemahan























LAMBANG ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

COGAN KATA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

"Sedia Pantas Berintegriti"

BENDERA

LAGU PERTUBUHAN
SENTIASA BERSEDIA
Marilah kita semua..
Berganding bahu mengembleng tenaga..
Berbakti dalam Pertahanan Awam
Untuk bangsa kita..

Padukan jiwa dan raga..
Sedia berkorban apa saja..
Memberi dengan ikhlas khidmat mulia
Negara tercinta..

Malaysia..
Bumi yang bertuah..
Kami sungguh bangga menjadi warga setia..
Penuh azam..
Dan tekad bersama..
Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya..

Kita sentiasa bersedia
Menjujung wawasan semua..
Ke arah hidup aman dan sentosa
Malaysia Jaya..

IKRAR ANGKATAN PERTAHANAN AWAM

" BAHAWA SAYA
WARGA JABATAN PERTAHANAN AWAM

SESUNGGUNGUNYA BERIKRAR
AKAN SENTIASA

MELAKSANAKAN PERANAN
DAN TANGGUNGJAWAB SAYA
DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB

CEKAP
BERKUALITI TINGGI

BERINTEGRITI
TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

DAN BEKERJA
DENGAN SEMANGAT BERPASUKAN

KEARAH MENJADIKAN
PERTAHANAN AWAM
SEBAGAI PENERAJU KESELAMATAN AWAM "

UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN

Rang Undang-undang Pertahanan Awam (Pindaan) 2016 yang antara lain bagi
menubuhkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, telah dibentangkan untuk
bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. Rang undang-undang yang dibentangkan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan
bahawa pasukan pertahanan awam itu akan terdiri daripada anggota biasa,
sukarelawan dan ahli tambahan. Pasukan pertahanan awam itu akan menjalankan
tugas seperti pengurusan bencana, khidmat kemanusiaan, untuk memberi nasihat
kepada menteri mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pertahanan awam
dan mengenal pasti bahaya dan risiko yang pada anggapan Ketua Pesuruhjaya
mempunyai kepentingan negara. Menurut rang undang-undang itu, Yang di Pertuan
Agong boleh melantik seorang Ketua Pesuruhjaya dan apa-apa bilangan timbalan
ketua pesuruhjaya, pesuruhjaya, timbalan pesuruhjaya, penolong pesuruhjaya,
kolonel dan pegawai pertahanan awam dalam kalangan anggota tetap dan sukarela.

Pindaan ini juga menyediakan perlindungan hak pekerja untuk mana-mana
sukarelawan atau ahli tambahan bagi pasukan itu yang tidak hadir daripada pekerjaan
biasa beliau atas sebab menjalankan tugas yang berkaitan dengan pertahanan
awam.Menurut pindaan itu, seseorang pekerja tidak seharusnya bertanggungjawab
ke atas pemecatan, atau kehilangan cuti tahunan atau faedah lain.

Rang undang-undang itu juga memperuntukkan penubuhan Kor Kadet
Pertahanan Awam bagi mana-mana kawasan di Malaysia, di mana pelajar sekolah
menengah dan yang merupakan seorang pelajar berdaftar bagi mana-mana institusi
latihan atau Pendidikan boleh memohon untuk menyertai kor kadet. Menteri boleh
dari semasa ke semasa membuat perkiraan bagi penduduk awam untuk dilatih dalam
hal-hal pertahanan awam dan bagi menjalankan latihan bagi maksud pertahanan
awam. Menteri juga boleh memberi tauliah kehormat dan bersekutu pasukan itu
kepada mana-mana orang yang difikirkannya layak.

Rang undang-undang itu juga memperuntukkan bahawa mana-mana orang
yang berpura-pura dan dengan salah menyamar sebagai seorang anggota pasukan
itu akan didenda tidak melebihi RM10.000 atau dipeniara selama tempoh tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

1.2 SEJARAH UNIT PERTUBUHAN

SEJARAH PENUBUHAN UNIT

Pada tahun 1939 Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh
pihak British sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency Regulation
Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah-langkah bagi menghadapi
Peperangan Dunia Kedua. The Civil Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi
sebagai satu undang-undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu.

SEJARAH PENUBUHAN UNIT DI MALAYSIA

Pada tahun 1952, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ditubuhkan pada 24
Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan. Pada tahun 1957 pula The
Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta
221) berikutan kemerdekaan Negara.

Tahun 1958 Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem
pertahanan Negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Tahun
1964 Pertahanan Awan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan
konfrontasi Malaysia – Indonesia (Kertas Kabinet No. 302/314/64). Tahun 1965 pula
jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai 36,000 anggota dan 37 cawangan
selain kelengkapan logistik terbaru pada masa itu diperolehi untuk seluruh Negara.
Tahun 1993 Negara dikejutkan Tragedi Highland Towers tumbang di Hulu Kelang
mula merubah Organisasi Pertahanan Awam Malaysia.

Tahun 1994 pengenalan nama ringkas JPA3 mula diguna dan diterima pakai
ke seluruh Negara untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan
Jabatan Penerbangan Awam. Tahun 1995 Talian Kecemasan 991 dilancarkan pada
20 Mei sebagai tanda komitmen JPAM memberikan khidmat bantuan kecemasan
secara 24 jam. Tahun 2009, pengenalan nama ringkas JPAM. Tahun 2003
Perkhidmatan Penyelamat Pantai JPAM (Baywatch) dimulakan di Batu Ferengghi,
Pulau Pinang dan diikuti di Miri, Sarawak. Pada tahun 2004 pula Pertahanan Awam
selangkah ke hadapan lagi dengan 7 menara Baywatch memulakan operasi dengan
2 di Pulau Pinang; 2 di Langkawi; 1 di Teluk Kemang, Port Dickson; 1 di Pengkalan
Balak, Melaka dan 1 di Pantai Irama, Kelantan. Pada tahun 2006 Pertahanan Awan

“ ” mangkin
menjadikan Jabatan Pertahanan Awam sebuah jabatan yang unggul.Pada tahun
2009, pengenalan nama ringkas kepada JPAM.

Pada 29 Julai 2015 JPAM telah diletakkan ke Jabatan Perdana Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akan
dipertanggungjawabkan menerajui bahagian pengurusan bencana alam. Keputusan
Mesyuarat Jemaah Kabinet pada 26 Ogos secara rasminya memutuskan bahawa
pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kini mengambil alih tugas
pengendalian dan pengurusan bencana dari Majlis Keselamatan Negara (MKN).

APM diwartakan pada 25 Ogos 2016 dan kuatkuasa nama APM pada 1
September 2016. JPAM diwartakan sebagai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
atau nama pendeknya APM. Penjenamaan semula JPAM kepada APM sejajar
dengan tugas dan peranan pasukan tersebut yang kini mempunyai keanggotaan
melebih satu juta sukarelawan di seluruh negara.

Rang Undang-undang Pertahanan Awam (Pindaan) 2016 yang antara lain bagi
menubuhkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, telah dibentangkan untuk
bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.Rang undang-undang yang dibentangkan
Menteri di Jabatan Perdana Menter,i Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan
bahawa pasukan pertahanan awam itu akan terdiri daripada anggota biasa,
sukarelawan dan ahli tambahan. Pasukan pertahanan awam itu akan menjalankan
tugas seperti pengurusan bencana; khidmat kemanusiaan; untuk memberi nasihat
kepada menteri mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pertahanan awam
dan mengenal pasti bahaya dan risiko yang pada anggapan Ketua Pesuruhjaya
mempunyai kepentingan negara.Menurut rang undang-undang itu, Yang di-Pertuan
Agong boleh melantik seorang Ketua Pesuruhjaya dan apa-apa bilangan timbalan
ketua pesuruhjaya, pesuruhjaya, timbalan pesuruhjaya, penolong pesuruhjaya,
kolonel dan pegawai pertahanan awam dalam kalangan anggota tetap dan sukarela.

Pindaan ini juga menyediakan perlindungan hak pekerja untuk mana-mana
sukarelawan atau ahli tambahan bagi pasukan itu yang tidak hadir daripada pekerjaan
biasa beliau atas sebab menjalankan tugas yang berkaitan dengan pertahanan
awam.Menurut pindaan itu, seseorang pekerja tidak seharusnya bertanggungjawab
ke atas pemecatan, atau kehilangan cuti tahunan atau faedah lain.

Rang undang-undang itu juga memperuntukkan penubuhan Kor Kadet
Pertahanan Awam bagi mana-mana kawasan di Malaysia, di mana pelajar sekolah
menengah dan yang merupakan seorang pelajar berdaftar bagi mana-mana institusi
latihan atau pendidikan boleh memohon untuk menyertai kor kadet.Menteri boleh dari
semasa ke semasa membuat perkiraan bagi penduduk awam untuk dilatih dalam hal-
hal pertahanan awam dan bagi menjalankan latihan bagi maksud pertahanan awam.
Menteri juga boleh memberi tauliah kehormat dan bersekutu pasukan itu kepada
mana-mana orang yang difikirkannya layak.

Rang undang-undang itu juga memperuntukkan bahawa mana-mana orang
yang berpura-pura dan dengan salah menyamar sebagai seorang anggota pasukan
itu akan didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tempoh tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

TUJUAN PENUBUHAN

Takrif Pertahanan Awam

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu
berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan
mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan
kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada
dua keadaan iaitu:

SEMASA PEPERANGAN

Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata
bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,
semasa atau selepas masa serangan musuh.

SEMASA AMAN

Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta
benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ini juga bertanggungjkawab bagi
mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara menyediakan latihan menyelamat
kepada orang awam, mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana,
serta menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana.

Memberi tindakbalas kepada bencana dengan cara menubuhkan pasukan
(First Responder), dan menyediakan perkhidmatan kecemasan,

Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara membantu dalam aktiviti
pembersihan kawasan yang di landa bencana. membantu aktiviti pembangunan
semula kawasan yang di landa bencana, serta menyediakan perkhidmatan kaunseling
kepada mangsa bencana.

Struktur dan Organisasi Pertubuhan
Stuktur dan Organisasi peringkat kebangsaan/negeri/daerah/IPG
Peringkat Kebangsaan

Peringkat Negeri & Daerah (Seremban, Negeri Sembilan)

NAMA JAWATAN NO.TEL

YS Lt. Kol. (PA) Mohd Pengarah 06-7615587/6190
Syukri bin Madnor (Ext.137)

Mej. (PA) Mohd Rohaidi Timbalan Pengarah (KP41) 06-7615587/6190
Bin Halim (Ext.131)

() ’ Pen. Peg. Pertahanan Awam 06-7615587/6190
KP32 (Ext.127)
Bin Abdul Rahim Bahagian Bencana, Operasi,
Latihan Dan Kebajikan
(BOLKAN)

NAMA JAWATAN NO.TEL

Kapt. (PA) Mohd Alif Pen. Peg. Pertahanan Awam 06-7615587/6190
Idham Bin Mohd Yusof KP29 (Ext.145)
Bahagian Pengurusan
Angkatan (BPA)

Pn. Siti Norazliah Binti Pen. Peg. Tadbir N29 06-7615587/6190
Taslim
Bahagian Khidmat Pengurusan (Ext.155)

Pn. Noor Hamizah Binti Pem. Tadbir (KEW) W19 (KUP 06-7615587/6190
Ali Rahman W29) (Ext.135)
Unit Kewangan

Pn. Zuraidah Binti Pem. Tadbir (P/O) N22 06-7615587/6190
Shahadan Cawangan Pentadbiran & (Ext.134)
Kewangan

Pn. Nurmunira Binti Pem. Tadbir (KEW) W19 (KUP 06-7615587/6190
Mohidin W22) (Ext.149)
Unit Kewangan

Lt. (PA) Zamri Bin Majid Pem. Pertahanan Awam KP19 06-7615587/6190
Unit Bencana/ Operasi/ (Ext.121)
Latihan & Kebajikan
(BOLKAN)

Lt. (PA) Normawati Binti Pem. Pertahanan awam KP19 06-7615587/6190
Soh Unit Pasukan / Perkhidmatan (Ext.138)
& Tatatertib

Lt. M (PA) Normy Binti Pem. Pertahanan awam KP19 06-7615587/6190
Md Shaari Unit Pasukan Sokongan & (Ext.138)
Perhubungan Awam

NAMA JAWATAN NO.TEL

Pn. Roziyana Binti Pem. Tadbir (P/O) N19 06-7615587/6190
Kordzi Unit Pentadbiran (Ext.129)

Pn. Vijayvani A/P Pem. Tadbir (P/O) N19 06-7615587/6190
Subramaniam Unit Pentadbiran (Ext.148)

Pn. Nazlia Binti Mohd Pem. Tadbir (P/O) N19 06-7615587/6190
Zaini Unit Pentadbiran (Ext.148)

En. Mohd Hairi Bin Pem. Tadbir (P/O) N19 06-7615587/6190
Mauzan Unit Pentadbiran (Ext.129)

En. Mohd Ependi Bin Pengawal Keselamatan KP11 06-7615587/6190
Shahbudin Unit Kawalan Keselamatan (Ext.119)

En. Hj. Mohd Yusri Bin Pengawal Keselamatan KP11 06-7615587/6190
Ahmad Unit Kawalan Keselamatan (Ext.119)

En. Mohd Helmie Bin Pengawal Keselamatan KP11 06-7615587/6190
Reduan Unit Kawalan Keselamatan (Ext.119)

En. Muhammad Isa Bin Pemandu Kenderaan H11 06-7615587/6190

Abdullah Unit Pentadbiran

En. Mat Amin Bin Mat Pemandu Kenderaan H11 06-7615587/6190
Shah Unit Pentadbiran

Peringkat IPG

1.1 Struktur dan & Organisasi peringkat sekolah dan kumpulan
1.2 Fungsi Majlis tadbir

Terdapat beberapa matlamat majlis tadbir dalam sesebuah organisasi
unit beruniform. Antaranya adalah memperkasa
danmemartabatkanprofesionalisme ahli didalam bidang masing-masing dan
seterusnya menjadi contoh/rujukan kepada semua pihak. Selain itu, Menjalin
hubungandan Kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang
mempunyai matlamat dan kepentingan yang serupa. Seterusnya, ianya juga
menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan
hubungan muhibah, kebajikan, Kerjasama dan kesejahteraan bersama.

a) Pengerusi
- Bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan,

pembangunan, pentadbiran dan kegiatan persatuan
- Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa

Persatuan
- Menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat semasa disahkan.
- Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK

Persatuan dalam perlaksanaan tugas mereka.
- Menentukan akaun Persatuan disediakan untuk diaudit, diluluskan dan

dikemukakan ke Cawangan
- Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan perancangan

belanjawan persatuan tersusun rapi.

b) Naib Pengerusi
- Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya
- Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan

jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik.
- Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan

persatuan
- Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Persatuan

c) Setiausaha
- Membantu Jawatankuasa Persatuan dalam memelihara perhubungan dengan

Badan-badan Kerajaan, Swasta dan Pertubuhan lain
- Bertanggungjawab memberi bantuan sekretariat dan susulan untuk

Jawatankuasa Persatuan terutama kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi.

d) Penolong Setiausaha
- Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
- Berkerjasama dengan Setiausaha

- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke masa.

e) Bendahari
- Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan Peruntukan

Tahunan dan Penyata Kewangan
- Menjadi Pegawai Pentadbiran peringkat persatuan termasuk

bertanggungjawab mengenai semua dokumen, buku, rekod, pendaftaran dan
insuran kepunyaan persatuan.
- Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik
oleh Jawatankuasa Persatuan.
- Menasihati Jawatankuasa Persatuan dalam pengawasan kewangan dan
audit.
- Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta persatuan seperti
tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat dan lain-lain.

f) Ahli Jawatan Kuasa
- Membantu menjalankan tugas dalam segala pr'gram dan akti)iti

yangdilaksanakan dengan sebaik mungkin.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan

PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN

• Sukarelawan Pertahanan Awam
Orang awam yang ingin mendaftar sebagai anggota Sukarelawan Pertahanan
Awam, boleh berurusan di mana-mana pejabat Pertahanan Awam yang berdekatan.
Sukarelawan Pertahanan Awam pada dasarnya ialah melatih orang awam dalam
menghadapi bencana/operasi samada sebelum, semasa atau selepas
peperangan/aman. Melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana, operasi
menyelamat dan tugasan pejabat. Melatih seramai mungkin orang awam mengenai
ilmu Pertahanan Awam.

• Syarat-syarat menjadi anggota Sukarelawan Pertahanan Awam

➢ Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
➢ Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal.
➢ Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR.
➢ Tidak menyertai badan beruniform yang lain.
➢ Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

• Faedah Menyertai Anggota

➢ Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
➢ Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
➢ Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
➢ Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
➢ Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
➢ Belajar tatacara berpakaian seragam
➢ Dapat belajar seni mempertahankan diri
➢ Dapat belajar membaca peta dan kompas
➢ Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
➢ Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
➢ Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)

➢ Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
➢ Dapat belajar asas kebombaan
➢ Dapat belajar asas menyelamat
➢ Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik untuk situasi kemalangan

KUASA PENGANJUR DAN STRUKTUR UNIT
• ORGANISASI

Setiap platun Kadet Pertahanan Awam mestilah terdiri daripada 35 anggota
iaitu:
1 x Pegawai Waran Kadet sebagai Ketua Platun,
1 x Sarjan sebagai Sarjan Platun
3 x Koperal sebagai Ketua Skuad,
6 x Lans Koperal
24 x Anggota Kadet.
Seorang Pegawai Penyelaras Kadet berpangkat Leftenan atau Leftenan Muda akan
dilantik sebagai pegawai bagi sesebuah pasukan yang mempunyai kekuatan
pasukan yang kurang daripada empat platun.

Setiap empat platun akan dijadikan satu kompeni dengan kekuatan:
1 x Kapten sebagai Ketua Kompeni,
1 x Leftenan / Leftenan Muda sebagai Penolong Ketua Kompeni
1 x Pegawai Kadet Kanan
4 x Pegawai Waran Kadet sebagai Ketua Platun
4 x Sarjan sebagai Sarjan Platun
12 x Koperal sebagai Ketua Skuad
24 x Lans Koperal
96 anggota kadet.

Pengurusan Kadet Pertahanan Awam di peringkat negeri akan diketuai oleh:

1 x Pegawai Teknikal berpangkat Kapten

Pengurusan Kadet Pertahanan Awam di peringkat daerah / jajahan / bahagian
akan diketuai oleh:

1 x Pegawai Teknikal berpangkat Kapten (Pertahanan Awam) / Leftenan
(Pertahanan Awam)

• JAWATANKUASA KADET PERTAHANAN AWAM

Jawatankuasa Penasihat Kadet Pertahanan Awam hendaklah ditubuhkan di
peringkat kebangsaan dan negeri bagi menggerakkan pentadbiran latihan dan
kegiatan. Jawatankuasa itu hendaklah dianggotai oleh:

Peringkat Kebangsaan

Pengerusi Bersama : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

: Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia

Timbalan Pengerusi : Pengarah Kesenian, Sukan dan Kokurikulum

Bersama : PengarahKanan Pengurusan Angkatan Pertahanan
Awam

Ahli : Penolong Pengarah Kesenian, Sukan dan Kokurikulum

: Penolong Pengarah Pengurusan Angkatan

: Pegawai Teknikal KAPA negeri-negeri

: Pegawai Pengurusan Angkatan negeri

Peringkat Negeri

Pengerusi Bersama : Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri

: Pengarah Pertahanan Awam Negeri

Timbalan Pengerusi : Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri

Bersama Pegawai Kanan Pertahanan Awam Negeri

Ahli-Ahli : Penyelia Kokurikulum Negeri

: Pegawai Pertahanan Awam BPA Negeri

: Penyelia Kokurikulum Daerah

: Pegawai Teknikal KAPA Negeri

: Pegawai Teknikal KAPA Daerah

: Pegawai Pertahanan Awam Daerah

4. PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN ANGKATAN

PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

• Perlembagaan Pertubuhan
- Prinsip-prinsip asas pertubuhan
- Perlembagaan pertubuhan
- Lambang dan cogan kata – Bendera & lagu APM
- Persetiaan/Ikrar dan undang-undang pertubuhan

• Sejarah Unit Beruniform
- Sejarah pengasas – Sejarah penubuhan
- Sejarah penubuhan di Malaysia
- Tujuan penubuhan – Istiadat-istiadat rasmi APM

• Struktur dan Organisasi Pertubuhan
- Struktur dan organisasi peringkat antarabangsa
- Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan/ negeri/ daerah/ IPG
- Struktur dan organisasi peringkat sekolah dan kumpulan
- Fungsi majlis tadbir

5. PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN ANGKATAN

PERTAHANAN AWAM

• Pengurusan dan Pentadbiran
- Pendaftaran ahli dan kumpulan
- Kuasa penganjur – Struktur unit
- Pengurusan folio/ Buku Log/ Laporan Aktiviti
- Tanggungjawab pemimpin
- Pakaian seragam ahli dan pemimpin
- Takwim dan rancangan aktiviti

6. PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN UNIT/ KEM TAHUNAN

KEBANGSAAN/ ANTARABANGSA
- Konsep
- Penglibatan
- Sijil
- Tujuan perkhemahan

PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
PAKAIAN

a. APM akan membekalkan pakaian seragam lengkap No. 3 dan 4 secara stok pinjaman
kepada pihak IPT. Pihak pentadbiran Kor Sispa IPT hendaklah menguruskan bekalan
ini dan hanya memohon penggantian jika berlaku sebarang kerosakan. Kehilangan
stok pinjaman perlulah diganti oleh individu yang bertanggungjawab.

b. Pakaian bagi tujuan pentauliahan dan pelbagai istiadat APM hendaklah diuruskan oleh
pihak IPT sama ada melalui pembelian, pinjaman atau apa- apa alternatif yang
bersesuaian. Pihak IPT boleh mendapatkan bantuan daripada pihak APM bagi
pembekalan pakaian yang diperlukan.

c. Penyediaan pakaian seragam No. 1, No. 2, Mess Kit dan aksesori wajib bagi Pegawai
Kehormat / Bersekutu adalah di bawah tanggungjawab IPT masing-masing.

PERATURAN PAKAIAN SERAGAM PEGAWAI KADET SISPA
1. Jenis Pakaian untuk PKS (Rujuk Lampiran 5)

a. Pakaian Istiadat No. 1 (pentauliahan)
b. Pakaian Seragam No. 2 (bush jacket)
c. Pakaian Seragam No. 3 (pakaian pejabat)
d. Pakaian Seragam No. 4 (pakaian operasi / kawad)
e. T-Shirt oren dan seluar pakaian seragam No. 3 atau 4 (separuh pakaian seragam)
f. T-Shirt oren / putih dan seluar sukan hitam / biru gelap (pakaian sukan)
g. Tudung biru gelap (PKS wanita)

2. Pakaian Seragam No. 3 dan No. 4 Disediakan oleh APM Manakala Pakaian Lain
Disediakan Sendiri oleh PKS.

3. Bagi Tujuan Berkawad atau Acara Majlis dan Istiadat, Aksesori berikut Boleh Dipakai oleh
Anggota PKS:

a. Jambul (Hackle)
b. Mafla (Muffler)
c. Anklet
d. Sarung tangan putih
e. Selempang putih
f. Selempang oren untuk ketua platun

TATACARA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM
1. Pakaian Nombor 1 Pakaian Seragam Istiadat Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan

Lelaki dan Wanita :
Pakaian ini dipakai oleh semua pegawai APM lelaki dan wanita apabila terlibat dalam
sesuatu acara istiadat sama ada pada peringkat jabatan, negeri mahupun
persekutuan. Digunakan dalam acara-acara berikut:-
a. Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Persekutuan / Negeri
b. Majlis Pembukaan Perasmian Dewan
c. Majlis Penerimaan Pingat Kebesaran
d. Perbarisan istiadat dan acara-acara lain yang menetapkan pemakaian
pakaian ini.

2. Pakaian Nombor 2 (Bush Jacket) Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki dan Wanita
:
Pakaian ini dipakai oleh pegawai APM lelaki apabila menjalankan tugas rasmi jabatan
atau keadaan tertentu. Tugas-tugas tersebut adalah seperti berikut:-
a. Menghadiri temu duga
b. Menghadiri mesyuarat
c. Hadir ke acara perbarisan di mana anggota perbarisan memakai nombor 4
(kawad)
d. Dalam semua bentuk lawatan / majlis rasmi

3. Pakaian Nombor 3 (Kerja) Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki :
Pakaian ini dipakai oleh Pegawai Pertahanan Awam lelaki apabila menjalankan tugas
rasmi atau keadaan tertentu. Tugas-tugas tersebut adalah seperti berikut:-
a. Menjalankan tugas rasmi seharian
b. Menghadiri mesyuarat
c. Menjalankan aktiviti latihan dalam kelas
d. Menjalankan tugas operasi

4. Pakaian Nombor 4 (Operasi) Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki dan Wanita:
Pakaian ini dipakai oleh Pegawai Pertahanan Awam Lelaki apabila menjalankan tugas
am atau latihan atau operasi.

Nota:
1. Lihat Lampiran 5 bagi tatacara pemakaian pakaian seragam.
2. Bagi pakaian uniform No. 4, digalakkan memakai T-Shirt pada bahagian dalam uniform.

a. T-Shirt berwarna biru untuk pegawai.
b. T-Shirt berwarna oren untuk pangkat-pangkat lain.

























PANGKAT ANGGOTA APM
1. Pangkat pegawai tetap

2. Pangkat pegawai pasukan
3. Pangkat anggota sukarela


Click to View FlipBook Version