4. Pangkat pegawai kehormat
5. Pangkat pegawai bersekutu
TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI
TUGASAN
a. PKS dibenar melibatkan diri bersama-sama pegawai pasukan apabila diperlukan
dalam Perkhidmatan Kecemasan 999 Pertahanan Awam, Pasukan Penyelamat Pantai
dan lain-lain dengan kebenaran dan kelulusan pihak IPT.
b. Bagi operasi bencana, penglibatan PKS terhad di Zon Hijau atau semasa pemulihan
dan pemindahan yang berisiko rendah, tertakluk kepada kelulusan pihak IPT dan
APM.
c. Pihak IPT digalakkan mempunyai Prosedur Tetap Operasi yang jelas untuk
menjalankan tugasan dan sebarang aktiviti luar bersama-sama pihak APM.
LAPORAN BERKALA
Ajutan dan Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT dikehendaki bekerjasama menghantar kepada
PPAN perkara-perkara berikut pada:
a. Awal semester:
i. Maklumat PKS.
ii. Takwim dan jadual latihan.
iii. Maklumat logistik.
b. Akhir semester
i. Latihan / kursus / aktiviti / penilaian
ii. Pencapaian
OBJEKTIF LATIHAN
a. Memberi peluang kepada PKS untuk mendapat pengetahuan dan kemahiran
untuk membantu diri sendiri dan orang lain.
b. Memupuk nilai dan sikap hormat-menghormati, menurut perintah, berdisiplin,
bekerjasama, bertanggungjawab, berhemah, kejujuran dan keyakinan diri.
c. Menanam semangat kesedaran sivik, ketaatan dan cinta akan negara serta
penjagaan alam sekitar
d. Mempertingkatkan ketahanan fizikal, mental dan daya kerohanian yang seimbang.
Silibus Kor Sispa telah digubal untuk melatih para PKS dengan ilmu pertahanan awam
sebelum ditauliahkan sebagai seorang pegawai dengan pangkat Leftenan Muda (PA). Pihak
APM menerusi Bahagian Pengurusan Latihan telah menetapkan sukatan pelajaran yang wajib
diajar kepada PKS secara penuh selama lima semester berturut-turut. Silibus ini merangkumi
sijil asas dan empat sijil kemahiran yang perlu dipenuhi sebagai syarat pentauliahan Leftenan
Muda.
Walau bagaimanapun, kaedah pelaksanaan sukatan pelajaran ini adalah tertakluk kepada
pihak IPT. Kaedah pelaksanaan boleh disesuaikan untuk memenuhi syarat akademik IPT
masing-masing sama ada berkredit ataupun tidak, namun mestilah mengikuti ketetapan oleh
pihak APM.
BIDANG LATIHAN
Latihan Kor Sispa Merangkumi Bidang-bidang berikut:
a. Pengetahuan Asas Pertahanan Awam
b. Kemahiran Asas Pertolongan Cemas
c. Kemahiran Asas Melawan Kebakaran
d. Kemahiran Asas Menyelamat
e. Kenegaraan
f. Etika / Moral
g. Arahan Keselamatan
KAEDAH LATIHAN
a. Latihan akan dijalankan secara teori dan praktikal oleh jurulatih dan pembantu jurulatih
yang bertauliah.
b. Latihan dijalankan mengikut waktu kokurikulum atau pada waktu yang ditetapkan oleh
IPT.
c. Latihan dijalankan sama ada di dalam atau di luar kampus.
d. Latihan boleh dijadualkan secara anjal.
SILIBUS LATIHAN
a. 6.4.1 Pihak IPT perlu menawarkan kursus Kor Sispa sekurang-kurangnya lima
semester.
b. 6.4.2 Senarai Silibus Kor Sispa IPT adalah seperti dalam Jadual 6.1 hingga Jadual
6.5.
Silibus untuk semester 1
Silibus untuk semester 2
Silibus untuk semester 3
Silibus untuk semester 4
Silibus untuk semester 5
Kursus pilihan untuk semester 6 (optional)
* Kursus Pilihan
· Tidak tertakluk dalam silibus Kor Sispa.
· IPT boleh memohon kursus-kursus lain yang ditawarkan oleh ILPA.
· Permohonan kursus-kursus ini perlu melalui APM Negeri.
· ILPA dan APM Negeri berhak menolak mana-mana permohonan yang tidak
menepati syarat yang telah ditetapkan.
· Pihak IPT disarankan untuk menyediakan peralatan yang mencukupi untuk
melaksanakan kursus pilihan.
1. Penilaian akan diadakan pada setiap akhir semester untuk melayakkan pelajar
mendapat jam kredit yang diiktiraf oleh IPT. Walau bagaimanapun, jam kredit
berkenaan adalah bergantung kepada keputusan Senat IPT untuk meluluskannya.
Cadangan pecahan penilaian akhir semester bagi tujuan pengiraan jam kredit adalah
seperti berikut:
a) Penilaian Simulasi (Latihan Dalam Kumpulan) : 30%
b) Tugasan (2 kali 1 semester) : 20%
c) Ujian Kawad Kaki : 20%
d) Penilaian Akhir (pencapaian prestasi) : 30%
e) Jumlah Keseluruhan :100%
2. PKS akan mengikuti silibus pembelajaran selama lima semester. Penjelasan pecahan
semester dan kelayakan sijil adalah seperti berikut:
a) Semester pertama : Sijil Asas Pertahanan Awam
b) Semester kedua : Sijil Kemahiran FRLS
c) Semester ketiga : Sijil Pengurusan Pusat Pemindahan
d) Semester kempat : Sijil Bakal Pegawai.
e) Semester kelima : Sijil Metodologi Latihan
f) Semester keenam : Kursus pilihan (opsyenal)
3. PKS diwajibkan untuk mengikuti kursus-kursus yang telah ditetapkan oleh APM
Malaysia.
4. PKS yang telah ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda (PA) akan dikenali
sebagai Pegawai Muda (Young Officer - YO).
5. Pegawai Muda ini tertakluk kepada arahan pengurusan Kor Sispa IPT dan dikehendaki
memberi khidmat kepada organisasi apabila diarahkan.
6. Pegawai Muda yang telah tamat pengajian perlu meneruskan keanggotaan dalam
APM dengan melapor diri di APM Negeri / Daerah untuk menyertai aktiviti-aktiviti APM.
7. Penyelarasan nota mengajar untuk setiap semester dikeluarkan oleh Cawangan
Pasukan Sokongan (CPS), IPPA.
SIJIL-SIJIL KOR SISPA
3.0 PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN / PERKHEMAHAN UNIT /
KEM TAHUNAN KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
3.1 KONSEP
Perkhemahan merupakan satu keperluan untuk hidup pada zaman dahulu.
Perkhemahan juga berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau
berkumpulan. Ianya merupakan penghidupan di luar sama ada di hutan, pantai, bukit,
gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna tanggungjawab terhadap
pengurusan makanan, perlindungan, dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan
dengan persekitaran adalah diterima dan dipikul. Kini, perkhemahan menjadi suatu
aktiviti kegiatan luar ko-kurikulum di institusi-institusi pengajian. Perkhemahan juga
sering dikaitkan dengan unit beruniform yang banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti
seumpamanya. Selain itu, berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang
menguji kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang
terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji setakat
mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan.
3.2 TUJUAN PERKHEMAHAN
Pada masa sekarang, terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti
penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini. Para
belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang tidak sihat
dan keruntuhan moral yang sangat serius. Oleh itu, menerusi aktiviti perkhemahan,
iainya dapat membantu belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama,
bangsa, dan negaranya. Di sini, ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang
sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut.
Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu
perkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di
rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang
membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar.
Banyak faedah yang diperolehi oleh remaja semasa menghadiri sesuatu
perkhemahan, di antaranya ialah berkhemah sebagai cara pendidikan, berkhemah
sebagai cara ibadat, perkhemahan untuk orientasi sosial, berkhemah untuk rekreasi,
berkhemah untuk menghargai alam semula jadi dan mencari ketenangan, serta
berkhemah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
FAEDAH BERKHEMAH Melahirkan belia yang serba boleh
Berkhemah Sebagai Cara Pendidikan
bukan sahaja terbatas pada bidang
Berkhemah Sebagai Cara Ibadat
Perkhemahan Untuk Orientasi Sosial akademik semata-mata. Ini dapat dilihat
Berkhemah Untuk Rekreasi dalam perkhemahan di mana, setiap
peserta dipertanggungjawabkan
menguruskan kesemua kegiatan
hariannya tanpa bantuan daripada
sesiapa contohnya memasak,
membasuh pakaian, menjaga
keselamatan diri dan sebagainya.
Aktiviti berkhemahan merupakan salah
satu cara pendidikan untuk
menyedarkan individu tentang
kebesaran dan kekuasaan Allah SWT
dengan melihat alam ciptaan-Nya.
Di perkhemahan peringkat negeri,
negara, rantau, atau dunia setiap
peserta akan tinggal bersama. Mereka
dapat belajar, bergaul, bertukar fikiran,
melakukan aktiviti dan berkenalan
dengan satu sama lain di samping dapat
mengenali adat resam, kebudayaan,
masakan dan sebagainya.
Individu yang menyertau sesuatu
perkhemahan akan berasa seronok
kerana mereka dapat mengalih suasana
dari bilik darjah dan rumah kepada
suasana yang lebih luas dan terbuka.
Keadaan tersebut juga adalah lebih
bebas daripada segala halangan dan
masalah proses pembelajaran secara
formal.
Berkhemah Untuk Menghargai Alam Naluri dan perasaan sayang akan alam
Semula Jadi Dan Mencari Ketenangan sekitar dapat ditingkatkan melalui aktiviti
perkhemahan kerana individu akan
terdedah terhadap alam semula jadi
semasa aktiviti berkhemah dijalankan.
Berkhemah Untuk Merapatkan Melalui aktiviti ini, hubungan
Hubungan Kekeluargaan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi
apabila keluarga bersama-sama
melakukan aktiviti di tapak perkhemahan
seperti memasang khemah, membuat
unggun api, memasak, serta banyak
lagi.
3.3 JENIS PERKHEMAHAN
Perkhemahan boleh dikategorikan kepada tiga, iaitu perkhemahan ringkas,
perkhemahan kumpulan, dan perkhemahan secara besar-besaran. Ketiga-tiga
kategori perkhemahan tersebut mempunyai cirinya yang tersendiri. Bagi
perkhemahan ringkas, ia kebiasannya untuk 3 atau 4 orang ahli di sesebuah tempat
tinggal dan sering dilakukan pada hujung minggu. Ianya juga biasa diadakan selama
satu atau dua malam dan bertujuan untuk mendapatkan sesuatu lencana, ujian atau
hanya sekadar berkhemah untuk mengisi masa. Seterusnya adalah perkhemahan
berkumpulan. Perkhemahan kumpulan dianjurkan oleh pemimpin atau Majlis Ketua
Patrol dan dihadiri oleh sekumpulan ahli. Hampir sama seperti perkhemahan ringkas,
perkhemahan kumpulan juga biasanya diadakan selama dua atau tiga hari dan
diadakan sekali bagi tiap-tiap penggal persekolahan. Selain itu, bagi perkhemahan
secara besar-besaran pula, ianya dianjurkan oleh Majlis peringkat daerah, negeri,
negara, atau dunia. Perkhemahan secara besar-besaran dihadiri oleh berates-ratus
atau beribu- ‘ ’
sekali dan mengambil masa kira-kira 3 hingga 7 hari.
3.4 PERANCANGAN DAN PERSIAPAN AWAL DALAM PERKHEMAHAN
Perancangan dan persiapan awal dalam perkhemahan merangkumi beberapa proses
atau langkah seperti pembentukan jawatankuasa, pengenalpastian kawasan, surat
kebenaran, belanjawan, dan juga penyediaan alatan perkhemahan.
Pembentukan jawatankuasa adalah untuk menggerakkan sesuatu aktiviti
perkhemahan supaya program dapat dirancang dengan baik dan teratur. Kesesuaian
jawatankuasa bergantung pada tempat perkhemahan dan aktiviti yang akan
dijalankan. Setiap jawatankuasa mempunyai tugas masing-masing dan ahli
jawatankuasa terdiri daripada urus setia, aktiviti, pengangkutan, peralatan,
keselamatan dan kecemasan, penajaan, dan makanan. Setiap ahli jawatankuasa
mempunyai peranan dan tanggungjawab yang tersendiri.
Bagi pengenalpastian kawasan pula, ianya penting untuk melihat tapak perkhemahan
untuk memastikan tempat yang dipilih bersesuaian dan selamat untuk diadakan aktiviti
perkhemahan. Antara perkara yang perlu diambil kira adalah kesesuaian tempat,
kemudahan asas seperti air dan tandas, mempunyai ciri-ciri keselamatan yang
terjamin, serta mudah untuk berhubung dengan pihak polis dan hospital sekiranya
berlaku kemalangan.
Seterusnya adalah surat kebenaran. Surat kebenaran perlu diperolehi daripada
Jabatan Pendidikan Negeri atau Pegawai Pendidikan Daerah melalui pengetua. Ianya
perlu diperolehi sebelum menjalankan aktiviti. Surat kebenaran daripada polis pula
diperlukan untuk memastikan aktiviti yang ingin dilakukan berjalan lancar dan
mempunyai kebenaran. Selain itu, surat kebenaran ibu bapa pula perlu diperolehi
sebelum peserta dibenarkan untuk mengikuti aktiviti perkhemahan. Ianya adalah
untuk memastikan perserta khususnya pelajar mendapat kebenaran daripada ibu
bapa atau penjaga terlebih dahulu sebelum mengikuti aktiviti perkhemahan tersebut.
Di samping itu, bagi proses perancangan untuk aspek belanjawan pula, ianya adalah
untuk memastikan persiapan yang dibuat boleh menampung segala keperluan selama
tempoh perkhemahan. Belanjawan seperti kos pengangkutan, peralatan, insurans,
perubatan dan makanan. Akhir sekali adalah alatan perkhemahan. Alatan untuk
perkhemahan perlu disediakan sebelum menjalankan aktiviti untuk memastikan
kelancaran setiap aktiviti yang akan dijalankan. Antara peralatan perkhemahan yang
diperlukan adalah seperti berikut;
PERALATAN PERKHEMAHAN
Bahagian Dapur Alatan Berkhemah Alatan Urus Setia Alatan Individu
- Dapur gas - Khemah - Peti - Pakaian yang
pertolongan mencukupi
- Peralatan - Tali cemas
memasak - Barangan
- Parang, pisau, - Pen, kertas mandian
- Periuk kapak
- Lampu picit - Kain selimut
- Bahan - Kayu pancang keselamatan
makanan khemah - Lampu picit
kering - Bendera
- Lampu picit
- Pembesar
- Generator suara
- Wisel
*dan lain-lain yang berkaitan