Siri Panduan Guru Prasekolah
PELAKSANAAN KURIKULUM
STANDARD PRASEKOLAH
KEBANGSAAN
Pembelajaran yang Menyeronokkan dan
Bermakna
Jan 2007 Modul Matematik Awal
Jilid 14
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
2009
KANDUNGAN
Bil Perkara Muka surat
1 Prakata Iv
2 Pendahuluan V
3 Memadankan Objek 1
4 Membanding Kuantiti Objek 3
5 Membuat seriasi mengikut satu ciri 5
6 Mengecam corak berulang dan membina pola 7
7 Mengecam corak berulang dan membina pola 9
8 Memahami nombor 1 hingga 10 11
9 Memahami nombor 1 hingga 10 13
10 Memahami nombor 1 hingga 10 15
11 Mengetahui sifar 18
12 Mengetahui sifar 20
13 Memahami nombor 10 hingga 20 23
14 Memahami nombor 10 hingga 20 25
15 Memahami nombor 10 hingga 20 29
16 Memahami siri 20,30,40, dan 50 31
i
17 Memahami operasi tambah dalam lingkungan 32
10
18 Memahami operasi tambah dalam lingkungan 35
10
19 Memahami operasi tambah dalam lingkungan 37
10
20 Memahami operasi tambah dalam lingkungan 39
10
21 Memahami operasi tambah dalam lingkungan 41
10
22 Memahami operasi tambah dalam lingkungan 42
10
23 Memahami operasi tolak dalam lingkungan 44
10
24 Memahami operasi tolak dalam lingkungan 46
10
25 Memahami operasi tolak dalam lingkungan 48
10
26 Memahami operasi tolak dalam lingkungan 50
10
27 Mengecam duit berlainan nilai 52
28 Mengecam duit berlainan nilai 54
29 Mengecam duit berlainan nilai 56
30 Memahami waktu dalam konteks seharian 59
31 Memahami waktu dalam konteks seharian 60
32 Memahami waktu dalam konteks seharian 61
33 Bentuk dan ruang 62
34 Bentuk dan ruang 64
35 Bentuk dan ruang 65
ii
36 Bentuk dan ruang 66
37 Pembinaan 68
37 Pembinaan 69
38 Pembinaan 71
iii
Prakata
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dibangunkan dengan matlamat untuk
memperkembang dan menyuburkan potensi kanak-kanak yang secara menyeluruh dan
seimbang meliputi segenap aspek perkembangan sama ada fizikal, emosi, rohani, intelek dan
sosial. Proses ini berupaya dicapai melalui persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat
dan ceria serta disokong oleh pelaksanaan aktiviti yang kreatif, menyeronokkan dan bermakna.
Dalam konteks ini, peluang yang sama rata akan diberikan kepada semua kanak-kanak untuk
memperkembangkan potensi diri melalui penglibatan aktif dalam aktiviti yang dirancangkan.
Prinsip utama yang diguna pakai dalam KSPK adalah berdasarkan kepada pendekatan dan
kandungan pembelajaran yang relevan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak serta
turut mengambil kira perbezaan potensi antara individu. Adalah diharapkan melalui pelaksaaan
KSPK akan memberi kesempatan kepada kanak-kanak memperoleh konsep dan kemahiran asas
secara holistik yang berupaya menjana asas yang kukuh dalam proses kesinambungan
pembelajaran di sekolah rendah kelak.
Bertitik tolak atas rasional ini, modul pengajaran dan pembelajaran ini dibina dengan
mengambil kira keperluan sebenar para guru serta menyediakan panduan yang signifikan
khususnya dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
positif kepada kanak-kanak. Kejayaan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat
dipengaruhi oleh sejauh mana tahap pemahaman dan penghayatan guru dalam merealisasikan
hasrat dan matlamat yang terkandung dalam KSPK. Dalam masa yang sama, tahap
pengetahuan, kemahiran, sikap dan komitmen guru untuk merencanakan pendidikan di
peringkat prasekolah yang berkualiti menjadi sebahagian daripada elemen yang perlu diberi
perhatian yang serius.
Usaha penghasilan modul ini adalah atas dedikasi dan sumbangan idea serta kepakaran
pelbagai pihak, khususnya guru-guru prasekolah, para pensyarah Institut Pendidikan Guru
Malaysia dan universiti, pegawai-pegawai di Bahagian-bahagian Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Jabatan-jabatan Pelajaran Negeri. Kepada semua pihak yang terlibat, Bahagian
Pembangunan Kurikulum merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
(HAJI ALI BIN AB. GHANI AMN)
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
iv
PENDAHULUAN
Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-
kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Pengalaman matematik awal adalah penting
kerana ia merupakan asas untuk membantu murid menjalani kehidupan seharian
dengan lebih sistematik dan memudahkan murid memahami konsep matematik
yang lebih tinggi. Pengalaman yang diberikan adalah merangkumi pengetahuan
tentang konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang,
konsep waktu, bentuk dan ruang.
Modul Matematik awal ini disediakan untuk memudahkan guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara tersusun bagi mencapai
standard pembelajaran yang dihasratkan. Modul ini juga membantu dalam
memberi idea kepada guru mengikut keperluan kurikulum dan keperluan kanak-
kanak prasekolah yang berumur 4 hingga 6 tahun.
Modul pengajaran ini diorganisasikan berdasarkan standard yang terdapat
dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Modul matematik ini
juga menyentuh setiap standard Matematik Awal dan kesepaduan antara
standard, kemahiran, aktiviti serta kaedah yang terdapat dalam KSPK untuk
memastikan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menggembirakan.
Modul matematik ini bersifat fleksibel di mana guru boleh menggunakan ia
sepenuhnya tanpa sebarang ubahsuai dalam pengajaran dan pembelajaran di
prasekolah ataupun modul ini boleh diubahsuai mengikut kesesuaian berdasarkan
lokasi setempat, kemampuan dan kebolehan murid, kreativiti guru, peruntukan
waktu, perbezaan keperluan murid dan kemudahan alatan aktiviti.
Diharap modul ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan ia akan membantu
guru dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta
memberi motivasi kepada murid untuk belajar.
v
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 1 : MEMADANKAN OBJEK
Cadangan Masa : 60 minit
Tunjang Utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 6.1.3 Memadankan dua kumpulan
objek yang mempunyai bilangan sama
Standard Pembelajaran lain : BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas
yang disepadukan mengikut arahan yang mudah
Objektif Pembelajaran
: Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat memadankan
dua kumpulan objek yang mempunyai
bilangan sama
Konsep Utama : Memadankan objek
Kosa kata : Bunga , daun, bilangan sama, tidak sama.
Alatan dan Bahan : Kertas A4, gam, bunga dan daun tiruan.
Langkah Pengajaran
1. Murid berkumpul di ruang perbualan pagi.
2. Guru menunjukkan tiga kuntum bunga tiruan dan tiga helai daun tiruan.
3. Guru meminta murid memadankan dua kumpulan objek tersebut.
4. Guru ulangi aktiviti di atas dengan objek yang lain. (Contoh : 4 biji cawan
dengan 4 biji piring atau 5 batang sudu dengan 5 batang garfu)
5. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
1
MODUL MATEMATIK AWAL
6. Setiap kumpulan perlu mengambil 5 kuntum bunga dan 10 helai daun
tiruan yang telah disediakan oleh guru .
7. Murid kembali semula ke kelas. Bunga dan daun dikumpulkan dalam
kumpulan masing-masing.
8. Setiap kumpulkan diberi sekeping kertas lukisan dan gam.
9. Murid diminta menampal bunga dan daun tersebut mengikut bilangan yang
sama.
Penilaian
Guru bersoal jawab dengan murid mengenai hasil kerja mereka.
2
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 2 : MEMBANDING OBJEK
Cadangan masa : 30 minit
Tunjang Utama : ST
Standard Pembelajaran utama : ST 6.2.1 Membandingkan dua kumpulan
objek untuk menyatakan sama banyak,
lebih atau kurang.
Standard Pembelajaran yang : BM 2.1.4 Berinteraksi secara sopan dan
disepadukan bertatasusila
Objektif pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat:-
Membuat perbandingan dua kumpulan
objek dengan menyatakan sama banyak,
lebih atau kurang.
Konsep utama : Membuat perbandingan objek
Kosa kata : Lebih banyak, sama banyak atau kurang
Alatan dan Bahan : Gula-gula, buah-buahan, atau pensel
Langkah Pengajaran
1 Guru serakkan gula-gula di atas meja dan meminta murid-murid untuk
mengambilnya. (pastikan semua murid dapat gula-gula)
2. Murid mengira dan memberitahu bilangan gula-gula masing-masing yang
telah dikumpul.
3. Guru memanggil 2 orang murid ke hadapan dan bandingkan gula-gula
yang dikumpul. (seorang mempunyai lebih dan seorang lagi kurang)
4. Guru bertanya:
Gula-gula siapa lebih banyak?
Gula-gula siapa kurang?
5. Guru membimbing murid-murid menyebut contoh:-
Gula-gula Ali lebih banyak daripada gula-gula Amin
Gula-gula Ahmad kurang daripada gula-gula Aminah.
3
MODUL MATEMATIK AWAL
6. Guru memanggil 2 orang murid yang lain ( gula-gula yang diperolehi sama
banyak) ke depan untuk membanding gula-gula yang mereka dapat.
” Gula-gula mereka sama banyak”
7. Aktiviti 1 – 5 boleh diulang dengan dengan menggunakan objek yang
berlainan sehingga murid-murid boleh membuat perbandingan.
8. Cadangan lembaran kerja :
a. Tandakan ( √ ) pada bilangan yang
lebih banyak.
b. Tandakan ( √ ) pada bilangan yang
kurang.
C. Lukiskan bilangan yang sama banyak
=
Penilaian
Membanding dua kumpulan objek dan menyatakan lebih banyak, sama banyak
dan kurang.
4
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 3 : MARI MENYUSUN
Cadangan Masa
Tunjang Utama : 30 minit
Standard Pembelajaran
utama : .ST
Standard pembelajaran yang : ST 6.3.1 Menyusun objek mengikut
disepadukan kriteria berikut:-
Objektif Pembelajaran a) kecil ke besar
b) pendek ke panjang
Konsep Utama c) rendah ke tinggi
Kosa kata d) nipis ke tebal
Alatan dan Bahan dan sebaliknya
: B.M 2.2.6 Menjawab soalan dengan tepat
PSE 2.2.2 Menunjukkkan semangat positif
seperti berkeyakinan
: Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat menyusun
objek secara:-
a) kecil ke besar
b) pendek ke panjang
c) rendah ke tinggi
d) nipis ke tebal
: Seriasi ( menyusun )
: kecil, sederhana, besar, pendek, panjang,
rendah, tinggi, nipis, tebal, susun, urutan
: Duit syiling (50 sen, 20 sen, 10 sen dan
5 sen),
5 batang penyedut minuman yang sama
saiz tapi panjang berbeza,
4 bongkah kayu dengan ketinggian yang
berbeza,
5 buah buku berlainan ketebalan,
3 buah kotak bersaiz kecil, sederhana dan
besar.
5
MODUL MATEMATIK AWAL
Langkah Pengajaran
1. Guru dan murid bersoaljawab mengenai saiz kotak yang diletakkan di atas
meja.
a. Guru meminta murid membuat perbandingan saiz antara 3 buah kotak.
b. Guru minta murid tunjukkan kotak yang kecil, sederhana dan besar.
c. Guru meminta murid menyusun kotak mengikut urutan dari kecil ke besar.
2. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan .
3. Setiap kumpulan diminta menyusun dan melekatkan bahan-bahan yang
disediakan di atas kad manila:
a. duit syling – dari kecil ke besar
b. penyedut minuman- dari pendek ke panjang
c. menyusun ketinggian gambar pokok dari rendah ke tinggi.
d. span dari nipis ke tebal.
4. Guru membimbing murid semasa aktiviti dijalankan.
Guru bersoaljawab dengan murid:-
Duit syiling mana yang paling besar?
Tunjukkan penyedut minuman mana yang paling pendek.?
Mengapakah span ini diletak di hujung sekali?
6
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 4 : MARI MELENGKAP POLA
Cadangan Masa : 40 minit
Tunjang utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 6.4.5 Mengecam corak berulang di
persekitaran.
ST 6.4.6 Melengkapkan corak berulang
yang diberi.
Standard pelajaran yang : KTI 1.2.10 Mereka corak bebas dengan
disepadukan menggabung jalinkan pelbagai aktiviti
membuat corak dan rekaan.
Konsep Utama : Mengecam corak
Susunan corak.
Bahan Bantu Belajar : Langsir, jubin, kertas pembalut hadiah.
(Objek yang mempunyai corak berulang)
Sistem bahasa : Warna, merah, biru,kuning, hijau,
bentuk,segi tiga,segi empat sama,segi
empat tepat, bulat.
Langkah Pengajaran
1. Guru membawa murid melawat persekitaran luar prasekolah sambil
membuat pemerhatian terhadap objek yang mempunyai corak yang
berulang. Murid bersoaljawab berkenaan objek yang mempunyai corak
berulang tersebut.
2. Guru meminta murid menunjukkan objek yang mempunyai corak berulang
di dalam kelas.
3. Guru memperkenalkan corak berdasar warna.Contohnya:
4. Murid diminta melengkapkan corak yang diberikan bersama guru.
7
MODUL MATEMATIK AWAL
5. Guru menunjukkan corak yang sama dengan mengeluarkan beberapa bentuk
6. Guru bersoal jawab tentang perbezaan yang dilihat.
7. Minta murid lengkapkan secara bergilir-gilir.
8. Ulangi aktiviti ini dengan corak yang berbeza.
9. Guru mengedarkan untaian manik dan meminta murid melengkapkan untaian
manik tersebut mengikut corak yang disediakan.
Penilaian :
i. Murid dapat menamakan objek yang bercorak di dalam kelas.
ii.Murid dapat melengkapkan pola-pola yang beri dalam lembaran kerja.
8
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 5 : BOLEHKAH ADIK LAKUKAN
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 6.4.7 Membina corak berulang
mengikut kreativiti sendiri menggunakan
bahan yang disediakan dan menyatakan
coraknya.
Standard Pembelajaran yang : KTI 1.2.8 Membuat corak dan rekaan
disepadukan mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai
Objektif Pembelajaran aktiviti dengan bimbingan.
Konsep Utama : Selepas proses pengajaran dan
Kosa kata pembelajaran murid dapat:-
Alatan dan Bahan 1. Membina corak berulang mengikut
kreativiti sendiri dengan bentuk
yang disediakan.
2. Dapat menyatakan corak yang
dibina.
: Membina corak dan membina pola
: segi tiga, silinder, bulat, segi empat tepat,
segi empat sama, bina,corak.
: Bongkah, kad bentuk: segi tiga , segi
empat, silinder, bulat, segi empat tepat,
segi empat sama, bintang.
Langkah Pengajaran
1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan disediakan 5 kotak yang mempunyai bongkah kecil
pelbagai bentuk di dalamnya.
3. Murid diminta membina corak menggunakan bongkah pelbagai bentuk
tadi bagi menghasilkan corak.
4. Murid diminta bercerita tentang corak yang dibina.
9
MODUL MATEMATIK AWAL
5. Murid memindahkan corak yang dibina tadi dengan cara melukis semula.
6. Ulang aktiviti tersebut, murid bebas memilih bentuk-bentuk yang disukai
untuk membina corak.
7. Setiap kumpulan diedarkan kertas sebak berserta kad pelbagai bentuk .
8. Murid dikehendaki menampal kad-kad tersebut bagi menghasilkan satu
corak.
Penilaian :
Guru bersoal jawab dengan murid mengenai corak yang dibina.
10
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 6 : MARI MEMBILANG
Cadangan masa : 60 minit
Tunjang utama : ST
Standard Pembelajaran utama : ST 7.1.3 Membilang objek 1-10.
ST 7.1.5 Memadankan angka 1-10
dengan bilangan objek yang betul.
Standard Pembelajaran yang : P.M 9.1.3 Berani melibatkan diri dalam
disepadukan aktiviti.
Objektif pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat:
a) Membilang objek 1-10
b) Memadankan angka 1-10 dengan
bilangan objek yang betul.
Konsep utama : Membilang dan memadankan nombor
Kosa kata : Bilang, susun, kira, padankan, jumlah,
Bahan bantu belajar : Pensel, kad nombor, kad gambar,
lembaran kerja.
Langkah pengajaran
1. Murid membilang 1-10 dengan menggunakan jari bersama-sama dengan
guru
2. Murid diberi bongkah dan menyusun bongkah sambil membilang 1-10.
3. Guru menunjukkan nombor 1-10 dan murid menyebut nama nombor
tersebut.
4. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap ahli kumpulan 1 akan
memegang pensel berlainan bilangan ( 1-10 ) dan setiap ahli kumpulan 2
akan memegang satu kad nombor ( 1-10).
5. Murid akan mencari pasangan masing-masing. ( padanan bilangan pensel
dengan kad nombor ).Pensel perlu ditukar dengan objek lain.
11
MODUL MATEMATIK AWAL
6. Aktiviti seterusnya, murid akan bertukar kad nombor dan bilangan Pensel.
7. Murid diminta mengulangi permainan memadan ini sehingga murid-murid
dapat memadankan objek dan nombor dengan betul.
Penilaian
Murid memadankan nombor dengan bilangan objek yang betul.
2
4
6
8
12
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 7 : NAIK DAN TURUN
Cadangan masa 60 minit
Tunjang utama :
: ST
Standard Pembelajaran : ST 7.1.7 Membilang secara menaik 1 - 10 dan
utama menurun 10 - 1.
Standard Pembelajaran : BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas
yang disepadukan mengikut arahan mudah
Objektif pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran
murid dapat membilang secara menaik dan
menurun.
Konsep utama : Membilang
Kosa kata : simbol, menurun,menaik, membilang.
Alatan dan Bahan : Kad nombor, kad gambar, kad manila,
lembaran kerja, stiker.
Langkah pengajaran
Guru menerangkan aktiviti;
1. Guru membawa murid ke tangga.
2. Murid diminta naik dan turun tangga beberapa kali.
3. Murid diminta naik tangga satu demi satu sambil mengira 1 hingga 10
secara menaik.
4. Kemudian guru meminta murid beratur dalam satu barisan ( 10 orang
ahli).
5. Murid lain akan membilang murid tersebut dari 1 – 10 secara menaik.
6. Ulang aktiviti tersebut dengan murid lain.
7. Murid diminta menuruni anak tangga sambil mengira dari 10 – 1 secara
menurun.
13
MODUL MATEMATIK AWAL
8. Murid dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan diberi lembaran
kerja yang mempunyai aktiviti menaik dan menurun, (lampiran 1) serta
stiker.
9. Murid diminta menampal stiker mengikut bilangan nombor yang diberi
secara menaik dan menurun.
Lampiran1
Nama Kumpulan:………………. Tarikh:………..
Lengkapkan secara menaik.
gg
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Lengkapkan secara menurun.
10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
Penilaian-
Guru membuat penilaian berdasarkan jawapan dari hasil kerja murid.
14
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 8 : MARI MENULIS NOMBOR
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang Utama : ST
Standard Pembelajaran utama : ST 7.1.8 Menulis nombor 1-10 mengikut
cara yang betul.
Standar Pembelajaran yang : BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas
disepadukan menikut arahan mudah
PFK 1.2.14 Menyurih menggunakan
templet/ objek.
Objektif pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat:
a) Menulis nombor 1 dan 2 dengan cara
yang betul.
Konsep utama : Menulis nombor
Kosa kata : Nombor,1, 2
Alatan dan Bahan : Pensel, kertas,
Langkah Pengajaran
1. Murid melakukan lakaran asas membentuk nombor di belakang kawan dan
kawan meneka nombor tersebut.
2. Murid menjalani latihan membentuk nombor 1 dan 2 menggunakan jari di
udara / atas meja / atas lantai.
3. Murid membentuk nombor 1 dan 2 dengan menggunakan doh.
4. Guru mengedarkan lembaran kerja, murid dikehendaki menyambung garis
titik dan menulis nombor 1 dan 2 mengikut arahan dengan cara yang betul.
15
Lampiran MODUL MATEMATIK AWAL
Nama:……………….. Tarikh:………….. Nama:……………….. Tarikh:…………..
Warnakan. Warnakan.
Sambungkan titik-titik di bawah . Sambungkan titik-titik di bawah
`
Tulis nombor 1
1
Tulis nombor 2
2
16
MODUL MATEMATIK AWAL
* Latihan ini boleh diulang untuk pembelajaran menulis nombor-nombor yang
lain.
(3,4.,5,6,7,8,9)
Penilaian
Murid dapat menulis angka 1 dan 2 dengan cara betul.
17
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 9 : TIADA NILAI
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang Utama
Standard pembelajaran utama : ST
Standard pembelajaran yang : ST 7.2.2 Menyebut sifar
disepadukan
Objektif pembelajaran ST 7.2.3 Mengetahui maksud sifar.
(sifar adalah kosong / tiada nilai)
Konsep utama
Kosa kata : B.M 2.1.4 Berinteraksi secara sopan dan
bertatasusila
: Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat:-
a. menyebut sifar dengan betul.
b. mengetahui maksud dan nilai sifar.
: Nilai sifar
: Sifar ,tiada nilai, kosong
Alatan dan bahan : Gula-gula dan bakul
Langkah Pengajaran
1. Guru menyediakan sebuah bakul berisi gula-gula.
2. Setiap murid diminta mengambil gula-gula di dalam bakul sehingga habis.
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang baki gula-gula di dalam bakul.
4. Guru menerangkan baki di dalam bakul tersebut „kosong‟ dan nilai nya
adalah sifar.
5. Murid menyebut perkataan sifar.
6. Guru boleh menjalankan aktiviti 1-5 menggunakan objek maujud yang
lain.
Penilaian :
Guru menyoal maksud sifar dan meminta murid ulang menyebut perkataan sifar.
Contoh soalan: Apa maksud sifar? Nilainya kosong.
18
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 10 TIADA APA
Cadangan Masa :
Tunjang Utama
Standard pembelajaran utama 30 minit
Standard pembelajaran yang ST
disepadukan :
Objektif pembelajaran : ST 7.2.2 Menyebut sifar
Konsep utama ST 7.2.1 Menulis angka sifar
Kosa kata
Alatan dan Bahan : KTI 1.2.6 Melukis rupa Geometrik iaitu
segitiga, bulat, segiempat dan bujur
: Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat:
a) Menyebut dan menulis angka sifar.
: Menyebut dan menulis angka sifar
: Sifar, kosong, tiada nilai
: Pensel, kertas, lembaran kerja.
Langkah pengajaran
1. Murid dibawa ke tempat bermain pasir.
2. Guru menyoal murid apa maksud sifar.
3. Guru bertanya “Bagaimana bentuk angka sifar?”
4. Guru menunjukkan kad angka sifar dan murid menyebut angka tersebut.
5. Guru menunjukkan cara menulis angka sifar di atas pasir dengan
menggunakan jari. Dimulai dari satu titik dan menggerakkan jari ke kiri iaitu
arah berlawanan putaran jam bagi menghasilkan bulatan.
6. Murid diminta menulis angka sifar sambil menyebut berulang kali .
7. Seterusnya murid diberi latihan menulis angka sifar dalam lembaran kerja
dan menyebutnya. (Rujuk lampiran 1)
Penilaian :
Guru meminta murid menyebut angka sifar dan menuliskannya di atas belakang
kawan dan di udara.
19
Aktiviti 11 MODUL MATEMATIK AWAL
Cadangan masa
Tunjang Utama : MEMAHAMI NOMBOR 10- 20
Standard Pembelajaran
utama : 30 minit
Standard Pembelajaran
yang disepadukan : ST
Objektif Pembelajaran
: ST 7.3.1 Membilang terus dari 10 hingga 20
Konsep Utama (counting on)
Kosa kata : BM 1.1.13 Mendengar dan memberi gerak
Alatan dan Bahan balas terhadap perbualan, permintaan, cerita
dan lagu
: Selepas proses pengajaran dan pembelajaran
murid dapat membilang terus nombor 10-20
mengikut turutan.
: Memahami konsep nombor 10-20 dan
gabungan 10 dan 1, 10 dan 2 dan seterusnya
hingga 10 dan 10.
: Bilang terus, kira, berapa,
: Kad nombor 11-12 (1 set)
10 biji epal merah
10 biji epal hijau
gula-gula
Langkah Pengajaran
1. Murid berkumpul di ruangan perbualan pagi
2. Murid membilang jari 1-10
3. Guru meminta murid membilang 10 biji epal merah yang ditunjukkan dan
jadikan 1
kumpulan.
Murid menambah 1 biji epal hijau dan menyebut ”sebelas”. Guru
menunjukkan simbol nombor 11.
20
MODUL MATEMATIK AWAL
Murid menambah 2 biji epal hijau dan menyebut ”dua belas”.
Guru menunjukkan simbol nombor 12
Ulangi langkah dan membilang sehingga 20
4. Permainan : Rebut Gula-Gula
Murid dibahagi kepada 5 kumpulan . Setiap kumpulan mempunyai 5
orang .
Satu baris 10 biji gula-gula merah diletakkan di hadapan setiap
kumpulan manakala 10 gula-gula biru diletakkan di dalam bekas untuk
setiap kumpulan.
Apabila guru menyebut satu nombor, murid yang pertama akan
mengambil bilangan gula-gula biru yang betul untuk digabungkan dengan
gula-gula merah
Contohnya: Guru menyebut 13 . Murid pertama akan mengambil 3 gula-gula
biru dalam bekas dan disusun di sebelah baris 10 gula-gula tadi
Murid yang cepat dan betul akan dikira sebagai pemenang.
Permainan diulang pada peserta kedua, ketiga, keempat dan kelima
dengan nombor yang berlainan dalam lingkungan 10 – 20.
21
MODUL MATEMATIK AWAL
Lampiran 1
Nama:………………………. Tarikh:……………
Sambungkan titik-titik di bawah dan sebutkan angka yang tersebut.
Tulis angka sifar dalam petak yang disediakan.
O
MEMAHAMI NOMBOR 10-20:
Penilaian:
Memahami dan mengetahui konsep nombor 10-20
22
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 12 : MEMBANDING BILANGAN
Cadangan Masa
Tunjang Utama : 30 minit
Standard Pembelajaran
Utama : ST
Standard Pembelajaran : ST 7.3.2 Membandingkan 10 dengan 11 ( 11
yang disepadukan adalah 1 lebih daripada 10) 12 dengan 13 ( 13
Objektif Pembelajaran adalah 1 lebih daripada 12 ) dan seterusnya.
Konsep Utama : BM 2.2.6 Menjawab soalan dengan tepat
Kosa bahasa : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran
Alatan dan Bahan murid dapat membandingkan:
- 10 dengan 11 ( 11 adalah 1 lebih daripada 10)
- 12 dengan 13 ( 13 adalah 1 lebih daripada 12)
dan seterusnya.
: Memahami 11 adalah 1 lebih daripada 10, 13
adalah 1 lebih daripada 12 dan seterusnya
sehingga 20.
: Lebih daripada, banding
: Bongkah kecil / lego
Langkah Pengajaran :
1. Guru memberi bongkah kecil / lego kepada seorang murid dan meminta
murid itu membina 2 jalur bongkah – satu tinggi, satu rendah.
2. Guru tunjukkan 2 jalur bongkah tadi kepada kelas.
3. Guru menyoal murid ” Bongkah mana lebih tinggi?”
4. Guru minta murid buat perbandingan antara jalur bongkah yang tinggi
dengan yang rendah. ” Berapa banyak bongkah pada jalur yang tinggi
lebih daripada jalur yang rendah?”
23
MODUL MATEMATIK AWAL
5. Guru meminta murid membina 2 jalur bongkah.( 1 jalur mempunyai 10
bongkah kecil dan 1 jalur lagi mempunyai 11 )
7. Guru meminta murid membuat perbandingan antara kedua-dua jalur yang
dibina tadi.
8. Guru menyoal ” Jalur mana mempunyai lebih banyak bongkah kecil?
Berapa lebihnya?”
9. Aktiviti 7 diulang dengan bilangan bongkah yang berlainan.
a. 12 dengan 11
b. 13 dengan 12
c. 14 dengan 13
d. 15 dengan 14
e. 16 dengan 15 dan seterusnya hingga 20.
Penilaian :
Warnakan bilangan bongkah yang lebih pada
setiap pasangan.
24
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 13 : TULIS DENGAN BETUL
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang Utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 7.3.3 Menulis 10 - 20
Standard Pembelajaran yang : BM 4.1.1 Memegang alat tulis dengan
disepadukan cara yang betul untuk menulis.
Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat:
1. Membilang 10 – 20
2. Menulis nombor 10 – 20 dengan
betul.
Konsep Utama : Menulis nombor dengan cara yang betul.
Kosa Kata : dari atas, ke bawah, ikut arah.
Alatan dan Bahan : Kad Nombor, tali, doh , kad tebuk, krayon,
batang aiskrim, guli.
Langkah Pengajaran
1. Murid diminta membilang 1hingga 10 dan 10 hingga 20 dengan
menggunakan bahan konkrit. Contoh: batang ais krim, guli .
2. Guru menunjukkan cara menulis nombor 10 ( gabungan angka 1
dan sifar )
I0
nombor 11 ( gabungkan angka 1 dengan angka 1)
II
3. Seterusnya murid menulis nombor 11dengan menggunakan kad tebuk
dan krayon.
4. Aktiviti seterusnya murid dikehendaki membentuk nombor 10 dan 11
dengan tali/doh dan kad nombor berdasarkan arah anak panah.
25
MODUL MATEMATIK AWAL
I0
5. Murid menulis nombor 10 dan 11 dalam lembaran kerja yang disediakan.
(lampiran 2)
Penilaian
Menulis nombor 10 dan 11 dengan cara yang betul.
Catatan: Aktiviti ini diulang dengan nombor 12 dan 13, 14 dan 15 hingga
seterusnya 19 dan 20.
26
Lampiran 2 MODUL MATEMATIK AWAL
Nama:………………………. Tarikh:……………
Tulis nombor 10 - 11 dalam petak yang disediakan.
10
10
10
10
11
11
11
11
11
MEMAHAMI NOMBOR 10-20:
27
MODUL MATEMATIK AWAL
Memahami dan mengetahui konsep nombor 10-20
Nama : ............................................................................... Tarikh : ......................................
Tulis nombor yang betul berdasarkan bilangan objek dalam gambar.
10
Catatan: Aktiviti latihan ini diberi setelah guru habis menjalankan aktiviti P&P 10
hingga 20.
28
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 14 : MEMBILANG SEPULUH-SEPULUH
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang Utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 7.4.1 Membilang sepuluh-sepuluh ( in
tens)
Standard Pembelajaran yang : BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas
disepadukan mengikut arahan mudah.
Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat membilang
sepuluh-sepuluh
Konsep Utama : Konsep sepuluh-sepuluh .
Kosa Kata : Sepuluh-sepuluh, dua puluh, tiga puluh,
empat puluh, lima puluh
Alatan dan Bahan : 50 unit bongkah
Langkah Pengajaran
1. Murid dibahagi kepada 5 kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan membilang 1 hingga 10 secara menyusun bongkah.
3. Setiap kumpulan membawa himpunan 10 bongkah dan menyusun
dihadapan kelas (tempat telah disediakan oleh guru)
29
MODUL MATEMATIK AWAL
4. Murid dibimbing membilang sepuluh-sepuluh hingga 50.
- Tunjukkan himpunan bongkah 10
- Tunjukkan 2 himpunan 10 untuk jadikan 20
-
- Teruskan sebagaimana langkah di atas untuk menunjukkan
himpunan sehingga 50
Catatan :
Aktiviti ini boleh diulang dengan menggunakan pelbagai bahan lain.
( straw, lidi dan batang aiskrim)
Penilaian :
Guru menilai berdasarkan kebolehan murid membuat himpunan dan
membilang sepuluh sepuluh
30
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 15 : BERAPA JUMLAHNYA
Cadangan Masa : 60 minit
Tunjang utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 8.1.1 Menyatakan hasil tambah dua
himpunan objek.
Standard Pembelajaran yang : PSE 3.2.1 Berkomunikasi secara sopan
disepadukan dan berhemah
Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat menyatakan
hasil tambah 2 kumpulan objek.
Konsep Utama : Memahami operasi tambah
Bahan Bantu Belajar : Beg, pensil,
Sistem bahasa : Tambah, bilang, angka, jumlah, kumpulan.
Langkah Pengajaran
1. Guru mengeluarkan 2 buah beg yang mengandungi objek.
2. Murid diminta meneka objek dalam beg tersebut.
3. Guru mengeluarkan pensel yang terdapat dalam beg yang pertama.
4. Murid membilang pensel tersebut bersama-sama.
5. Guru mengeluarkan pula pensil dari beg yang kedua.
6. Murid membilang bilangan pensel dalam beg ke dua .
Guru mengumpul kedua-dua himpunan pensel tadi.
7. Guru minta murid membilang himpunan dua kumpulan pensel tadi.
8. Ulang aktiviti di atas dengan menggunakan objek sama/lain yang mempunyai
bilangan yang berbeza untuk memahirkan murid-murid.
31
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 16 : Memahami Operasi tambah dalam
LINGKUNGAN 10
Cadangan Masa : 60 minit
Tunjang Utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 8.1.2 Menyatakan hasil tambah
dengan membilang terus dari suatu
nombor sehingga nilai 10. ( counting all
and counting on)
Standard Pembelajaran yang : PSE 3.2.1 Bertolak ansur dan
disepadukan bekerjasama semasa menjalankan aktiviti
Objektif Pembelajaran
: Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat menyatakan
hasil tambah dengan membilang terus dari
suatu nombor sehingga nilai 10.
Konsep Utama : Memahami operasi tambah
Kosa Kata : Tambah, angka, bilang terus, jumlah,
Alatan dan Bahan kumpulan
: Buah dadu (buatan sendiri – mempunyai 0
hingga 5 sahaja)
Langkah Pengajaran
1. Guru menunjukkan cara menyatakan hasil tambah dengan membilang
terus dari suatu nombor.
a. Guru menerangkan bilangan titik yang terdapat pada buah dadu.
b. Murid melambung 2 buah dadu.
c. Minta murid mengira bilangan titik yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah
dadu.
32
MODUL MATEMATIK AWAL
c. Buat operasi tambah dengan membilang terus dari salah satu bilangan
titik yang terdapat di permukaan buah dadu.
Contoh:
43
Mulakan mengira dengan nombor 4 diikuti oleh 3 nombor berikutnya
iaitu 5, 6 dan 7. (Bermaksud 4 + 3 = 7)
Ulangi aktiviti di atas sehingga murid dapat membilang terus.
2. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberi 2 biji
dadu dan sekeping kad merekod.
3. Murid melambung kedua dua dadu dan dapatkan bilangan yang
diperolehi.
4. Guru merekod dalam kad rekod dan jumlahkan.
5. Murid diminta teruskan aktiviti ini sehingga selesai.
Penilaian
Guru menilai berdasarkan kebolehan murid membuat operasi tambah dalam
permainan lambung dadu.
33
MODUL MATEMATIK AWAL
Contoh Kad Merekod Dadu 2 Jumlah
Nama : …………………………….
7
Lambungan Dadu 1
14
2
3
4
5
6
7
8
9
10
34
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 17 : Apa Hasilnya
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang utama : LST
Standard Pembelajaran Utama : LST 8.1.3 Menggunakan bahasa harian
Standard Pembelajaran yang untuk menerangkan operasi tambah.
disepadukan
Objektif Pembelajaran Contoh : Dua ekor ikan ditambah dengan
dua ekor lagi menjadi empat)
: BM 2.1.3 Berbual menggunakan ayat
mudah dengan sebutan yang betul
: Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat :-
1. Menggunakan bahasa harian untuk
menerangkan operasi tambah.
Konsep Utama : Menggunakan ayat matematik operasi
tambah.
Bahan Bantu Belajar : Bahan maujud, kad gambar,
Kosa kata : sama dengan, ayat matematik,
Alatan dan Bahan tambah.berapa, jumlah. Lagi, sekarang.
: Bahan maujud, kad gambar,
Langkah Pengajaran
1. Guru bercerita menggunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi
tambah.
a. Guru menggunakan bahan maujud untuk memberi penerangan :
i. Dalam peti sejuk ada 5 ekor ikan.Emak beli tiga ekor ikan dan
menyimpannya dalam peti sejuk.
Berapakah jumlah ikan yang ada dalam peti sejuk emak sekarang
35
MODUL MATEMATIK AWAL
ii. Ali ada tiga batang aiskrim, kemudian Nora beri empat batang aiskrim lagi.
Berapakah jumlah aiskrim Ali sekarang?
2. Bersoal jawab mengenai operasi tambah yang melibatkan 1-10
36
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 18 : APA HASILNYA
Cadangan Masa : 60 minit
Standard Pembelajaran Utama : ST 8.1.5 Menyatakan ayat matematik
operasi tambah secara lisan.
Contoh: Ayat matematik: (2+2 = 4) dibaca
sebagai dua tambah dua sama dengan
empat.
Standard Pembelajaran yang : BM 2.1.4 Menyatakan peermintaan
disepadukan dengan sopan dan bertatasusila
Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat menyatakan
ayat matematik operasi tambah secara
lisan.
Konsep Utama : Menggunakan simbol tambah (+) dan
sama dengan (=)
Kosa Kata : Nombor, simbol tambah (+), sama dengan
Alatan dan Bahan
(=)
: Buah Dadu ( 0 – 5 ) dan lembaran kerja
Langkah Pengajaran
1. Guru menerangkan cara melaksanakan
aktiviti:
a. Guru meminta murid mengambil dadu dan lambung.
b. Lihat dan kira bilangan yang dipamerkan pada permukaan atas
kedua-dua dadu tersebut.
c. Murid diminta menyatakan ayat matematik operasi tambah secara lisan.
37
MODUL MATEMATIK AWAL
Contoh : 1 + 2 = 3
d. Murid diminta mengulangi langkah a hingga c sehingga murid dapat
menyatakan ayat operasi tambah dengan betul.
2. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil ( 4 orang ).
3. Murid bermain ”permainan lambung dan sebut”
Murid diminta menyatakan ayat matematik dan merekodkannya dalam
lembaran kerja.
Contoh :
Kumpulan:.................... Tarikh:................
Nama Ali Lee Samy Erni
Pusingan
1 1+4=5
2
3
4
5
38
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 19 : MEMAHAMI OPERASI TAMBAH DALAM
LINGKUNGAN 10
Cadangan Masa : 40 minit
Tunjang Utama ST
Standard pembelajaran utama :
: ST 8.1.6 Menyelesaikan masalah operasi
tambah menggunakan objek konkrit.(Solve
number stories)
Standard pembelajaran yang : BM2.2.7 Bersoal jawab secara sopan
disepadukan
Objektif pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat menyelesaikan
masalah operasi tambah dengan
menggunakan objek konkrit.
Konsep utama : Operasi tambah
Kosa kata : Tambah , bilang, bilang terus, jumlah
semua, kumpulan, sama dengan
Alatan dan Bahan : Pensel, pemadam, butang, buah
Langkah Pengajaran
1. Guru mengemukakan satu situasi yang melibatkan operasi tambah :
” Nor ada lima biji durian. Siti memberinya dua biji durian lagi.Berapakah
jumlah durian yang Nor ada?”
Murid menyelesaikan masalah operasi tambah di atas dengan bahan
konkrit.
2. Guru mengulangi langkah 3 dengan situasi yang berlainan.
3. Guru memberikan gambar yang menunjukkan situasi operasi tambah
kepada seorang murid yang telah menguasai kemahiran di atas. Murid
tersebut menceritakan situasi gambar tersebut dengan menggunakan
bahasa yang mudah kepada rakan sekelas.
Contoh : Ada 3 ekor ikan di dalam balang. Ibu masukkan dua ekor lagi.
39
MODUL MATEMATIK AWAL
Berapakah yang ada kesemuanya.
Murid yang lain menyelesaikan masalah operasi tambah tersebut.
4. Ulang aktiviti 3 dengan murid yang lain.
5. Guru memberi bimbingan kepada murid yang kurang mahir.
Penilaian :
Menyelesaikan operasi tambah dengan menggunakan objek konkrit.
40
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 20 : MEMAHAMI OPERASI TAMBAH DALAM
LINGKUNGAN 10
Cadangan Masa : 40 minit
Tunjang Utama : ST
Standard pembelajaran utama : ST 8.1.7 Menceritakan situasi yang
melibatkan operasi tambah dalam bahasa
harian dengan bimbingan guru.
Standard pembelajaran yang : BM 2.4.1 Menceritakan apa yang didengar
disepadukan semula menggunakan ayat yang mudah
dan betul.
Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat menceritakan
situasi yang melibatkan operasi tambah
dengan menggunakan bahasa harian.
Konsep utama : Operasi tambah
Kosa Kata Tambah , bilang, bilang terus, jumlah
: semua, kumpulan, sama dengan, jadi
Alatan dan Bahan : Objek konkrit
Langkah Pengajaran
1. Guru becerita dan melakonkan bersama murid mengikut situasi. Contoh :
”Semasa datang ke sekolah, ibu membekalkan Ali dengan dua biji
gula-gula. Apabila sampai ke sekolah, Ramu beri Ali dua biji
gula-gula. Berapa biji gula-gula yang Ali ada?
2. Guru mewujudkan beberapa situasi yang melibatkan operasi tambah
dengan menggunakan objek konkrit.
3. Murid diminta menceritakan situasi operasi tambah dengan menggunakan
bahasa harian. ( berdasarkan situasi sebenar dengan bimbingan guru)
Penilaian
Menyelesaikan operasi tambah dengan menggunakan bahasa harian.
41
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 21 : BERAPA SEMUANYA
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang utama : ST
Standard Pembelajaran utama : ST 8.2.1 Mengeluarkan objek dari
himpunan dan membilang baki.
Standard Pembelajaran yang : BM 2.2.7 Bersoaljawab secara sopan
disepadukan
Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat membilang dan
menyatakan baki dengan betul.
Konsep Utama : Operasi tolak
Kosa kata : Bilang, buang, tolak, baki, berapa tinggal,
sama dengan, kurang, keluarkan
Alatan dan Bahan : Biji getah, pensel warna, batang aiskrim,
bola kecil
Langkah Pengajaran
1. Guru menunjukkan satu bakul bola kecil.
2. Murid diminta membilang dan menyatakan jumlahnya.
3. Seorang murid dipanggil ke hadapan dan diminta mengeluarkan 1 biji bola.
4. Murid diminta membilang baki bola yang tinggal.
5. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan disediakan
dengan objek konkrit . Ulang langkah 4 berdasarkan arahan guru.
Contoh:
Buang 3 jadi berapa?
Buang 5 sama dengan .........
Ambil 4 berapa bakinya?
Keluarkan 9 bakinya............
6. Setiap kumpulan diberikan bahan konkrit ( bilangan 10 ) kad tugasan dan
kad jawapan untuk diselesaikan.
42
MODUL MATEMATIK AWAL
Contohnya:
Rujuk kad tugasan
7. Bersoal jawab tentang hasil yang diperolehi
Penilaian
Menyatakan baki yang tinggal.
Contoh Kad Tugasan
buang baki
43
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 22 : MEMAHAMI OPERASI TOLAK DALAM
LINGKUNGAN 10
Cadangan Masa : 40 minit
Tunjang utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 8.2.2 Menggunakan bahasa harian
untuk menerangkan operasi tolak
Standard Pembelajaran yang : BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas
disepadukan mengikut arahan mudah
Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat menggunakan
bahasa harian untuk menerangkan operasi
tolak.
Konsep Utama : Operasi tolak
Kosa kata : Bilang, buang, tolak, baki, berapa tinggal,
sama dengan
Alatan dan Bahan : Bahan konkrit . Contoh : manik, batu,
bongkah, pundi kacang
Langkah Pengajaran
1. Guru memberi lima pundi kacang kepada seorang murid(A) dan minta
murid itu memberikan satu pundi kacang kepada murid lain(B). Guru
bertanya ” Berapa baki pundi kacang A.
- Murid A diminta membilang dan menyatakan baki pundi kacang
yang ada,
2. Guru membimbing murid menyebut operasi tolak yang berlaku tadi dalam
bahasa harian.
Menyatakan operasi tolak dalam bahasa harian.
Contoh : Siti ada 5 pundi kacang. Siti bagi Suzy 1 pundi kacang. Baki
pundi kacang Siti ialah 4
3. Murid menjalankan aktiviti secara berpasangan dengan arahan guru.
Setiap pasangan diberi objek konkrit yang berbeza bilangan.
44