MODUL MATEMATIK AWAL
4. Murid menjalankan aktiviti berdasarkan arahan guru.
Contoh:
- Bagi kawan kamu tiga.
- Minta kawan kamu ambil tiga.
5. Guru meminta murid menyatakan operasi tolak yang dijalankan di atas
dalam bahasa harian.
45
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 23 : CUBA CERITAKAN
Cadangan Masa 30 minit
Tunjang utama :
: ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 8.2.3 Menulis ayat matematik dengan
menggunakan simbol tolak ( - )dan sama
dengan (= )
ST 8.2.4 Menyatakan ayat matematik
operasi tolak secara lisan.
Standard pembelajaran yang : BM 4.2.5 Menyalin perkataan
disepadukan
Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat :
1. Menulis ayat matematik dengan
menggunakan simbol tolak dan sama
dengan.
Konsep Utama : Operasi tolak
Kosa kata
: Bilang, buang, tolak, baki, berapa tinggal,
sama dengan
Alatan dan Bahan : Buah, botol plastik, bola getah, kad
nombor, kad simbol ( – ) dan ( = )
Langkah Pengajaran
1. Guru memberi 3 keping kad berbentuk ikan ke dalam bakul. Seorang murid
diminta untuk memancing seekor ikan tersebut.
2. Minta murid menyatakan baki ikan yang tinggal.
3. Guru menunjukkan operasi tolak yang berlaku dalam bentuk kad gambar.
4. Guru memperkenalkan simbol tolak (-) dan sama dengan ( = ).
5. Guru memperkenalkan ayat matematik yang melibatkan operasi tolak
tersebut.
46
MODUL MATEMATIK AWAL
Contoh : 3 – 1 = 2
6. Ulang langkah 1 hingga 5 dengan situasi yang lain.
7. Murid melengkapkan ayat matematik operasi tolak dalam permainan bowling.
- Setiap kumpulan dibekalkan dengan set bowling, beberapa kad nombor
dan kad simbol ( - dan = ).
- Murid menjalankan aktiviti permainan bowling melibatkan operasi tolak.
- Murid diminta menulis ayat matematik melibatkan operasi tolak yang di
hasilkan.
Contoh : 3 – 2 = 1
Penilaian :
Menulis ayat matematik operasi tolak.
47
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 24 MENYELESAIKAN OPERASI TOLAK
:
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 8.2.5 Menyelesaikan masalah operasi
tolak menggunakan objek konkrit.
Standard pembelajaran yang : BM 1.1.3 Mendengar dan memberi gerak
disepadukan balas terhadap perbualan, permintaan,
cerita dan lagu.
Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat :
1. Menyelesaikan masalah operasi tolak
dengan menggunakan objek konkrit
dalam lingkungan 1 – 10
Konsep Utama : Pengurangan
Kosa kata
: Kurang, tolak, ayat matematik, tinggal
berapa, sama dengan, membilang
Alatan dan Bahan : Pembilang, kismis, kad nombor dan kad
perkataan
Langkah Pengajaran
1. Guru minta murid menyebut nombor secara menurun ( 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3,
2, 1 )
2. Guru menggunakan bahan konkrit untuk menyelesaikan operasi tolak:
a. guru memberi setiap murid 5 biji kismis.
b. guru meminta murid makan 2 biji kismis dan minta mereka mengira
kismis yang tinggal.
3. Guru menukarkan langkah ke 2 kepada bentuk cerita. Contohnya:
Ali ada 5 biji kismis. Dia telah makan 2 biji. Berapa biji kismis yang tinggal?
4. Guru ulang aktiviti ini dengan cerita dan bahan yang berlainan. Murid
menyelesaikan masalah berdasarkan cerita tersebut.
5. Murid menyelesaikan masalah operasi tolak dalam lembaran kerja yang
diedarkan dengan bantuan pembilang.
48
MODUL MATEMATIK AWAL
Contoh :
Ali ada 5 biji guli. Ali beri 3 biji pada Atan. Berapa biji guli Ali?
-=
Atas pokok ada 3 ekor burung. Terbang 1 ekor, tinggal berapa ekor?
Penilaian :
Menyelesaikan masalah operasi tolak dengan bantuan pembilang.
49
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 25 : MENYELESAIKAN OPERASI TOLAK
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 8.2.5 Menyelesaikan masalah operasi
tolak dengan menggunakan objek konkrit.
ST 8.2.6 Menceritakan situasi yang
melibatkan operasi tolak dalam bahasa
harian.
Standard Pembelajaran yang : BM 2.1.4
disepadukan Berinteraksi secara sopan dan
bertatasusila
Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat :
1. Menceritakan situasi yang melibatkan
operasi tolak dalam lingkungan 1 – 10
dalam bahasa harian.
2. Menyelesaikan operasi tolak
menggunakan objek konkrit dalam
lingkungan 1 – 10
Konsep Utama : Pengurangan
Kosa kata : Kurang, tolak, ayat matematik, tinggal
berapa, sama dengan, membilang
Alatan dan Bahan : Pembilang, bola kecil, bakul
Langkah Pengajaran
1. Guru memperdengarkan lagu Anak Ayam.
2. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan lagu yang diperdengarkan
tadi dan mengaitkan dengan operasi tolak.
3. Guru memanggil 2 orang murid ke hadapan.Murid A diberi sebuah bakul
yang mempunyai 5 biji bola kecil. Dia diminta memberi 2 biji bola kepada
murid B.
4. Murid lain diminta menceritakan situasi operasi tolak tersebut dalam bahasa
harian dengan bimbingan guru.
50
MODUL MATEMATIK AWAL
Contoh:
Aki ada 5 biji bola. Aki beri 2 biji bola kepada Bala. Sekarang Aki ada 3 biji
bola.
-=
5. Aktiviti ini diulang dengan situasi lain yang melibatkan operasi tolak.
Penilaian :
Menyelesaikan masalah dan bercerita situasi operasi tolak dalam bahasa harian.
51
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 26 : MENGECAM DUIT
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang Utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 9.1.1 Mengecam duit yang berlainan
nilai
Standard Pembelajaran yang : KTI 2.4.6 Menggerakkan anggota badan
disepadukan secara kreatif mengikut muzik untuk
meneroka ruang.
Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat :
1. Mengecam duit syiling yang berlainan
nilai dengan betul.
Konsep Utama : Nilai wang syiling
Kosa kata Lima puluh sen, dua puluh sen, sepuluh
: sen dan lima sen
Alatan dan Bahan : Wang syiling sebenar 50 sen, 20 sen, 10
Langkah Pengajaran sen dan 5 sen
1. Guru menunjukkan tabung duit kepada murid-murid.
2. Guru menggoncang tabung duit dan meminta murid meneka isi di dalam
tabung tersebut ( duit syiling ).
3. Guru memperkenalkan wang syiling satu demi satu kepada murid-murid.
4. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan diberi 20 keping duit
syiling pelbagai nilai.
5. Setiap kumpulan dikehendaki mengasingkan wang syiling tersebut
mengikut nilai yang sama.
52
MODUL MATEMATIK AWAL
Pelbagai duit syiling
50 sen 20 sen 10 sen 5 sen
5. Murid bermain permainan „musical
chair‟.
- Sebelum permainan „musical chair‟ dimulakan, guru perlu menampal
beberapa keeping duit syiling mainan di bawah kerusi.
- Semasa muzik diberhentikan, setiapmurid dikehendaki mengambil
sekeping duit syiling mainan di bawah kerusi dan menamakannya.
- Murid yang dapat menyebut nilai wang yang diambilnya dengan betul
perlu menampal duit syiling mainan di atas lembaran kerja.
- Murid yang dapat mengumpul wang syiling mainan paling banyak dikira
sebagai pemenang.
6. Murid mewarna duit syiling yang mempunyai nilai yang paling besar
20 5 50
Sen sen sen
20 10 5
Sen sen sen
53
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 27 : WANG
Cadangan Masa : 60 minit
Tunjang utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 9.1.2 Menyusun nilai wang mengikut
tertib/urutan
ST 9.1.3 Mengguna jumlah wang (duit
syiling) yang tepat dalam simulasi jual beli
Standard pembelajaran yang : BM 2.5.1 Main peranan mengikut situasi
disepadukan menggunakan bahasa yang sesuai untuk
menghidupkan watak tersebut
Objektif Pembelajaran
: Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat :-
1. Menyusun nilai wang mengikut urutan
dengan betul.
2. Menjalankan aktiviti jual beli dengan
menggunakan jumlah wang yang tepat.
Konsep Utama : Nilai wang
Kosa Kata : lima sen, sepuluh sen, dua puluh sen dan
Alatan dan Bahan lima puluh sen.
: Wang syiling sebenar (5 sen, 10 sen, 20
sen, 50 sen) dan bahan jualan
Langkah Pengajaran
1. Beberapa orang murid diminta mengambil sekeping wang syiling yang
berlainan nilai dalam kotak yang disediakan dan menyusun wang syiling
tersebut mengikut saiz kecil ke besar.
2. Guru dan murid membuat perbandingan nilai wang. Cth :- 5 sen dengan 10
sen, 10 sen dengan 20 sen, dan 20 sen dengan 50 sen.
3. Murid menyusun nilai wang mengikut urutan dari :
a. kecil ke besar
4. Murid melaksanakan simulasi jual beli
menggunakan wang syiling mainan.
Contoh :-
a. pensil = 10 sen sebatang
b. pemadam = 20 sen
54
MODUL MATEMATIK AWAL
c. gula-gula = 5 sen sebiji
d. buah epal = 50 sen sebiji
Penilaian
Menyusun duit syiling yang diberi mengikut urutan iaitu dari nilai yang kecil ke
nilai yang besar.
55
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 28 : MENYATAKAN WAKTU
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 10.1.3 Menyatakan waktu untuk
menjalankan sesuatu aktiviti ( contoh:
pukul 7 pagi, pukul 12 tengah hari)
Standard pembelajaran yang : BM 2.2.7 Bersoal jawab secara sopan
disepadukan
Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat :
1. Menyatakan waktu untuk menjalankan
sesuatu aktiviti.
2. Memadankan gambar mengikut
waktu aktiviti itu berlaku.
Konsep Utama : Waktu
Kosa kata : Pukul 7, pukul 12, pukul 4, pukul 9
Alatan dan Bahan : Gambar, jam, kad imbas
Langkah Pengajaran
1. Guru menunjukkan beberapa jenis jam. Contoh : Jam dinding, jam tangan
dan jam meja.
2. Guru bersoaljawab tentang kegunaan jam.
3. Guru menunjukkan beberapa kad gambar pelbagai situasi. Contoh:
Gosok gigi, tidur, makan tengahari,main di padang.
4. Guru bersoaljawab dengan murid tentang kad gambar tersebut dan
kaitkan dengan waktu situasi tersebut berlaku.
5. Guru menunjukkan kad imbasan bergambar.
56
MODUL MATEMATIK AWAL
Contoh:
7.00 pagi 12.00 tengahari
4.00 petang 9.00 malam
6. Guru membimbing murid menyebut waktu mengikut kad imbasan
bergambar yang disediakan dan memadankan dengan situasi tersebut.
7. Guru membuat peneguhan dengan menyuruh murid menyebut semula
situasi dan waktu sesuatu aktiviti berlaku.
Contoh:
Gosok gigi pada pukul 7 pagi.Makan tengahari pada pukul 12.00
tengah hari.
Penilaian :
Memadankan gambar aktiviti dengan waktu berlaku.
( rujuk lampiran )
57
MODUL MATEMATIK AWAL
Padankan gambar dengan waktu yang sesuai.
Makan tengahari 7.00 pagi
Tidur 12.00 tengahari
Gosok gigi 5.00 petang
Main di padang 9.00 malam
58
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 29 MENYATAKAN HARI DALAM
: SEMINGGU
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang utama :
Standard Pembelajaran Utama LST 10.1.4 Menyatakan hari dalam
: seminggu mengikut urutan ( Isnin, Selasa,
Standard pembelajaran yang
disepadukan Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad)
BM2.2.7 Bersoal jawab dengan
: bersopan
KTI 2.1.9 Menyanyi mengikut tempo
Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat
1. Menyatakan hari dalam seminggu
mengikut urutan.
Konsep Utama : Urutan hari
Kosa kata
: Nama-nama hari,semalam, hari ini, esok,
susun, urutan
Alatan dan : Kalendar
Langkah Pengajaran
1. Guru menunjukkan kalendar dan bersoal jawab tentang kalendar tersebut.
Contoh: Nama-nama hari.
2. Murid menyebut nama hari dan mengira jumlah hari dalam seminggu.
3. Murid menyusun dan menyebut nama-nama hari dalam seminggu mengikut
urutan ( dengan bimbingan ).
4. Murid menyanyi lagu ”Hari Dalam Seminggu” Dalam 1 minggu ada 7 hari
5 hari sekolah 2 hari cuti. Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis
Jumaat, Sabtu kita cuti ( untuk Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu)
(Irama lagu : Air Pasang Malam)
Penilaian :
Murid-murid menyanyikan lagu ”Hari dalam seminggu”.
59
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 30 : APA YANG BERLAKU
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 10.1.5 Bercerita tentang peristiwa
yang telah berlaku semalam, sedang
berlaku hari ini dan akan berlaku esok hari.
Standard Pembelajaran yang : BM 2.1.3 Berbual menggunakan ayat yang
disepadukan mudah dengan sebutan yang betul
Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat
1. Bercerita tentang perkara yang berlaku
semalam, sedang berlaku hari
ini dan akan berlaku hari esok.
Konsep Utama : Urutan waktu
Kosa kata : Semalam, hari ini, esok
Alatan dan Bahan : Kad gambar makanan
Langkah Pengajaran
1. Guru menunjukkan menu seminggu prasekolah dan bersoal jawab dengan
murid mengenai menu tersebut. Guru bercerita tentang menu yang ada di
kelas prasekolah. Contoh menu:
Hari-Menu
Isnin-Sandwich
Selasa-Roti Canai
Rabu-Nasi Ayam
Khamis-Mee Goreng
Jumaat-Nasi Goreng
2. Guru mengaitkan menu dan perkataan semalam, hari ini dan hari esok.
3. Murid dipanggil ke hadapan dan diminta menyusun kad gambar makanan
mengikut menu prasekolah tersebut.
4. Murid bercerita mengenai menu makanan semalam, hari ini dan esok.
Penilaian :
Bercerita mengenai peristiwa semalam, hari ini dan esok.
60
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 31 : MENGENAL NAMA BULAN
Cadangan Masa
Tunjang utama : 60 minit
Standard Pembelajaran Utama : ST
Standard Pembelajaran yang : ST 10.1.6 Menyatakan nama bulan dalam
disepadukan setahun
Objektif Pembelajaran
: KTI 2.4.5 Membuat pergerakan bebas
Konsep Utama mengikut muzik
Kosa kata
: Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat
1. menyebut nama bulan dalam setahun
dengan betul.
2. memadankan nama bulan dan simbol
nombor dengan betul.
: Nama bulan dalam setahun
: Nama bulan (Januari-Jun), selepas, sebelum
Alatan dan Bahan : Radio, kalender, kotak, pancing, kad nombor,
kad nama bulan.
Langkah Pengajaran
1. Guru menunjukkan kalender yang mempunyai nama bulan dalam setahun (
Januari hingga Disember ).Guru dan murid bersoal jawab tentang kalender
tersebut. Contoh : nama bulan
2. Murid menyebut nama bulan (Januari-Jun) satu persatu dengan bimbingan
guru. Murid bermain permainan memancing nombor untuk dipadankan
dengan nama-nama bulan.
3. Permainan ‟Passing Parcel‟.Muzik dimainkan murid bergerak mengikut
bulatan. Muzik diberhentikan murid yang memegang ”parcel” menyatakan
salah satu nama bulan. Murid lain menyebut nama bulan tersebut secara
kelas. Aktiviti diulang sehingga kesemua nama bulan disebut oleh pelajar.
Penilaian :
Murid menyesuaikan simbol nombor dengan bulan yang betul
61
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 32 : BENTUK DAN RUANG
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 11.1.2 Mengenalpasti anggota badan
kiri dan kanan
Standard Pembelajaran yang KTI 2.1.8 Menyanyi dengan iringan muzik
disepadukan
Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat :-
1. Mengenalpasti anggota badan yang
berada disebelah kiri dan kanan
Konsep Utama : Anggota badan
Kosa kata : Kiri, kanan, mata, tangan , telinga, kaki,
bahu
Alatan dan Bahan Bantu : Carta, model patung
Langkah Pengajaran
1. Murid berkumpul di kawasan perbualan pagi.
2. Guru mengeluarkan carta anggota badan/ anak patung.
3. Guru memperkenalkan ‟ kiri ‟ dan ‟ kanan ‟ dengan mengaitkan tangan/ kaki/
mata/
telinga/ bahu kiri dan kanan.
4. Bermain ‟ siapa cepat ‟ - ”Angkat tangan kanan/kiri”, pegang telinga
kiri/kanan, tutup mata kanan/kiri.
5. Guru dan murid menyanyi lagu:-
Angkat tangan kanan goyang-goyang
Turun tangan kanan duduk diam-diam.
Angkat tangan kiri goyang, goyang, goyang
Turun tangan kiri duduk diam-diam
(Melodi lagu ‟Air Pasang Pagi‟)
62
MODUL MATEMATIK AWAL
6. Guru memberikan lembaran kerja dan murid membuat tugasan, mewarnakan
gambar.
Penilaian
Warnakan bahagian anggota badan
Kiri –warna merah dan kanan –warna biru
Arahan: Warnakan saya
63
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 33 : BENTUK DAN RUANG
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang utama : ST
Standard pembelajaran Utama : ST 11.1.3 Meletakkan objek pada
kedudukan yang diarahkan
Standard Pembelajaran yang : BM 2.16 Memberikan arahan kepada
disepadukan rakan-secara bertatasusila
Objektif Pembelajaran
: Selepas proses pengajaran dan
Konsep Utama pembelajaran murid dapat:-
Kosa kata 1. Meletakkan objek pada kedudukan
Alatan dan bahan yang diarahkan oleh guru.
2. Menyatakan kedudukan objek.
(depan, belakang, tepi tengah, kiri,
kanan, atas, bawah, dalam, luar
dsb)
: Mengetahui kedudukan objek dalam
sesuatu ruang.
: Kiri, kanan, atas, bawah, dalam, luar,
depan, belakang, tepi, tengah
: Bola, kotak, bakul
Langkah Pengajaran
1. Guru mengambil satu objek dan meletakkannya dipalbagai kedudukan (atas,
bawah, dalam, luar, depan, belakang, tepi tengah)
2. Murid menyatakan kedudukan objek berkenaan dengan bimbingan guru.
3. Guru memberi guru objek kepada setiap murid.
4. Guru memberi arahan kepada murid untuk meletakkan objek tersebut
mengikut arahan guru.
Contoh :
Sila letakkan bola di dalam bakul.
Letakkan bola itu di tepi kotak.
Letakkan bola itu di atas meja.
5. Aktiviti di atas diulang dengan murid memberi arahan kepada kawan.
64
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 34 : BENTUK DAN RUANG
Cadangan Masa : 60 minit
Tunjang utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 11.2.2 Mengecam bentuk segi tiga,
bulat, segi empat tepat, dan segi empat
sama.
Standard Pembelajaran yang : KTI 1.26 Melukis rupa geometrik iaitu
disepadukan segitiga, bulat, segiempat dan, bujur.
Objektif Pembelajaran
: Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat:-
1. Mengenalpasti dan menamakan
bentuk yang telah ditunjukkan
dengan sebutan yang betul.
2. Membuat lakaran bentuk yang
dinyatakan oleh guru
Konsep Utama : Mengetahui rupa dan bentuk sesuatu
Kosa kata objek.
Alatan dan Bahan
: segi tiga, bulat, segi empat tepat, dan segi
empat sama
: Bongkah bentuk, kad imbas dan kad
perkataan.
Langkah Pengajaran
1. Murid berkumpul di ruangan perbualan pagi.
2. Guru menunjukkan kad / kepingan bentuk dan menamakannya.
3. Murid menyebut nama-nama bentuk bersama guru.
4. Guru mengeluarkan bongkah bentuk yang sama dengan kad bentuk.
5. Murid menamakan bentuk berkenaan dengan sebutan yang betul bersama
guru.
6. Murid menekap bentuk yang diberikan di papan putih dan menamakan bentuk
berkenaan dengan sebutan yang betul.
7. Guru memberikan lembaran kerja memadan gambar dan menulis nama
bentuk.
Penilaian :
Murid menamakan bentuk-bentuk dengan betul
65
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 35 : PEMBINAAN
Cadangan Masa : 60 minit
Tunjang utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 12.1.1 Membina penghubung antara
dua objek/binaan dan memberi alasan
mengapa penghubung itu dipilih.
Standard Pembelajaran yang : BM 2.2.8 Menjawab soalan secara kreatif
disepadukan KTI 1.2.11 Menghasilkan bentuk binaan
mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai
Objektif Pembelajaran teknik
: Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat:-
1. Membina penghubung dengan
menggunakan pelbagai objek
secara bekerjasama untuk
membuat binaan.
2. Menyatakan alasan yang logik
diatas aktiviti yang telah dijalankan.
Konsep Utama : Membina penghubung dan menyatakan
alasan
Bahan Bantu Belajar : Lego, bongkah kayu, kotak terpakai, straw,
gelang getah, kayu, tin susu, botol plastic,
pia pelekat dan tali
Sistem bahasa : Cangkuk, sambung, ikat, cantum,
tumbang, teguh, stabil
Langkah Pengajaran
1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan
2. Guru meletakkan semua bahan di satu tempat dan setiap kumpulan bebas
memilih bahan yang diperlukan untuk membuat binaan:
Contoh :
- Rumah
- Kenderaan
- Menara
- Jambatan
66
MODUL MATEMATIK AWAL
3. Murid menggunakan daya kreativiti mereka untuk membuat binaan dalam
kumpulan.
4. Guru membuat pemerhatian dan meminta murid memberi alasan sebab
penghubung itu dipilih
Contoh :
- Mengapa pilih kayu panjang ini?
- Kenapa kamu ikat dengan tali?
5. Hasil kerja yang telah siap dipamerkan
Penilaian :
Guru meminta setiap kumpulan memberi penilaian dan ulasan tentang
hasil kerja kumpulan mereka.
67
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 36 : MEMBINA SEMPADAN
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 12.2.1 Membina satu lingkungan yang
lengkap
Standard pembelajaran yang : KTI 1.3.6 Menceritakan dan
disepadukan mempamerkan hasil kerja sendiri.
Objektif Pembelajaran
:
Konsep Utama Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat::
Membina satu lingkungan yang lengkap
bagi mengelompokkan taburan batang
mancis
: Menggunakan objek bagi membina
lingkungan yang lengkap.
Kosa kata : Lingkungan, cantum
Alatan dan Bahan : Kertas lukisan, tali, pelbagai jenis biji benih
Langkah Pengajaran
1. Murid berkumpul di kawasan perbualan pagi.
2. Guru menunjukkan bahan yang akan digunakan dalam aktiviti.
3. Guru meminta beberapa orang murid membuat bulatan di papan tulis.
4. Guru meminta murid memilih bulatan yang paling lengkap dan menerangkan
mengapa lingkungan itu dikatakan lengkap. (mula dan berakhir pada titik
yang sama).
5. Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan.
a. Ambil sekeping kertas lukisan.
b. Sapukan kanji dipermukaan tengah kertas lukisan sehingga rata.
c. Ambil biji benih taburkan di atas kertas lukisan tersebut.
d. Ambil tali dan buat lingkungan untuk mengelilingi semua biji benih. ( tali
tidak boleh menyentuh bijih benih dan mesti bertemu semula di titik
permulaan)
e. Murid mempamerkan hasil kerja mereka.
f. Murid diminta memilih lingkungan yang lengkap.
Guru dan murid bersoaljawab mengenai hasil kerja.
68
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 37 : PEMBINAAN
Cadangan Masa : 60 minit
Tunjang utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 12.3.2 Membuat pelbagai binaan
Standard Pembelajaran yang (menggunakan bahan seperti blok, pasir)
disepadukan mengikut kreativiti sendiri dan
menceritakan pembinaannya
Objektif Pembelajaran : BM 2.2.8 Menjawab soalan secara kreatif
KTI 1.2.10 Mereka corak bebas dengan
menggabungkan pelbagai aktiviti membuat
corak dan rekaan.
: Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat menggunakan
pelbagai bahan untuk membuat binaan
dan menyatakan alasan mengapa binaan
itu dibuat.
Konsep Utama : Membina pelbagai bentuk binaan mengikut
kreativiti
Kosa kata : Mereka bentuk, pelbagai binaan, keativiti
Alatan dan Bahan dan alasan pembinaan
: Lego, bongkah pelbagai bentuk, bahan
terbuang.
Langkah Pengajaran
1. Murid berkumpul di pusat perbualan pagi.
2. Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan.
3. Guru menerangkan aktiviti membuat pelbagai jenis binaan menggunakan
pelbagai bahan seperti cantuman lego untuk membuat kapal terbang,
bangunan, kereta, lori dan lain-lain.
4. Setiap kumpulan diberikan dengan bahan-bahan tertentu:-
a. Kumpulan 1 – Lego
b. Kumpulan 2 – Bongkah pelbagai bentuk
c. Kumpulan 3 – Bahan terbuang seperti kotak
5. Murid diberikan kebebasan untuk membuat apa-apa binaan daripada bahan
tersebut.
6. Guru bersoal jawab dan memberi bimbingan kepada setiap kumpulan.
69
MODUL MATEMATIK AWAL
Contoh soalan:
i. Mengapa kamu memilik bentuk bulat?
ii. Mengapa kamu pilih blok yang lebih besar?
7. Murid mempamerkan hasil kerja yang telah siap dan menerangkan mengenai
pembinaan yang dihasilkan.
8. Guru memberikan peneguhan kepada setiap hasil kerja.
70
MODUL MATEMATIK AWAL
Aktiviti 38 : PEMBINAAN
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 12.3.3. Meneroka cara untuk
membina struktur yang kuat dan kukuh.
Standard Pembelajaran yang : BM 2.2.8 Menjawab soalan secara
disepadukan kreatif
KTI 1.2.11 Menghasilkan bentuk binaan
Objektif Pembelajaran mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai
teknik
: Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran murid dapat mencari dan
memilih bahan yang sesuai serta dapat
membina struktur yang kuat dan kukuh.
Konsep Utama : Membina struktur yang kuat dan kukuh.
Kosa kata : Kukuh, kuat, roboh, runtuh, bina
Alatan dan Bahan : Pelbagai jenis bongkah, kotak, botol, tali,
surat khabar dan lain-lain
Langkah Pengajaran
1. Murid berkumpul di pusat perbualan pagi.
2. Guru menunjukkan contoh dua binaan
yang telah siap.
3. Guru bersoaljawab denganmurid tentang bahan-bahan yang
digunakan untuk membuat binaan tersebut.
a. “Apakah objek yang digunakan untuk membina bangunan ini?”
b. “Mengapa bangunan ini tidak roboh?”
c. “Apa bahan yang digunakan?”
4. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
5. Guru meminta setiap kumpulan membuat binaan menggunakan bahan
buangan yang diberi.
6. Guru bersoaljawab tentang bahan yang digunakan untuk membuat binaan
tersebut.
a. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat binaan tersebut?
b. Apakah yang akan kamu lakukan bagi mengelakkan binaan ini tumbang
atau runtuh?
71
MODUL MATEMATIK AWAL
Penilaian :
Murid diminta menceritakan proses pembinaan masing-masing.
72
PANEL PENULIS
Penasihat
Pengarah
Haji Ali bin Ab. Ghani AMN
Penasihat Editorial
Ketua Bidang Perancangan dasar dan Penilaian Kurikulum
Cik Hjh. Mokolus Kattubawa Rowther
Ketua Editor
Ketua Unit Prasekolah
Dr. Ng Soo Boon
Editor
En. Tajul Effandy Bin Hj. Hassan
Penulis Bahagian Pembangunan Kurikulum
Dr. Ng Soo Boon Bahagian Pembangunan Kurikulum
En. Tajul Effandy bin Hj. Hassan Bahagian Pembangunan Kurikulum
En. Shamsudin bin Hj. Jamil Bahagian Pembangunan Kurikulum
Pn. Zaitoon bte Zakaria Bahagian Pembangunan Kurikulum
Pn. Rohani bte Abdul Institut Perguruan Guru Malaysia Islam
Pn. Hjh Norbe Bt. Md. Nor Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
Pn. Hjh Nik Asiah Bt Salleh Pejabat Pelajaran Daerah Kota Baharu
Pn. Hjh. Ruhana Bt. Musa Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
En. Shaari Bin Hassan Pejabat Pelajaran Daerah Seberang. Perai
En. Abu Bakar Bin Saad Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
En. Abdullah Bin Kadir
73
Cik Saharawati Binti Harun Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
Pn. Roziah Binti Mat SK Air Putih, Pendang, Kedah
Pn. Azlin Bin Azhari SK Brickfields 1, Kuala Lumpur
Pn. Soh Lih Ru SK Puteri Pandan 1, Kuala Lumpur
Pn. Nor Atiqah Binti Abdullah SK Serayan Keranji, Lundu, Sarawak
Pn. Rogayah Binti Mat Arif SK Seri Perlis, Perlis
Pn. Rosni Bt. Che Adnan SK Kg, Baru Lanjut, Sepang, Selangor
74