The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL ASAS JAHITAN PEND.KHAS TINGKATAN 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK PERPUSTAKAAN MAYA CNAA, 2021-08-09 00:42:14

MODUL ASAS JAHITAN PEND.KHAS TINGKATAN 1

MODUL ASAS JAHITAN PEND.KHAS TINGKATAN 1

Keywords: MODUL ASAS JAHITAN PEND.KHAS TINGKATAN 1

Modul Sejarah PAV Tingkatan 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
PENDIDIKAN KHAS

ASAS KEMAHIRAN VOKASIONAL

MODUL PEMBELAJARAN
TINGKATAN 1

ASAS
JAHITAN

2015

MODUL SEJARAH1 PAV TINGKATAN 2

1

i

MODUL PEMBELAJARAN

ASAS JAHITAN

TINGKATAN 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ii

Copyright © 2015 Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62600 Putrajaya
Cetakan Pertama 2015
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya.

iii

KANDUNGAN

RUKUN NEGARA v

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vi

PENDAHULUAN 1

OBJEKTIF MODUL 1

MODUL PEMBELAJARAN 2-8

MODUL 1: PERATURAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN 9-18
DI DALAM BENGKEL
19-27
MODUL 2: PUNCA KEBAKARAN DAN KAEDAH MENCEGAH 28-33
KEBAKARAN 34-48
49-54
MODUL 3: RAWATAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS 55-62
MODUL 4: CARA PENYIMPANAN BAHAN DAN ALATAN 63-71
MODUL 5: BAHAN DAN ALATAN JAHITAN 72-85
MODUL 6: JENIS FABRIK 86-95
MODUL 7: JENIS KANCING
MODUL 8: JENIS MATA JAHITAN
MODUL 9: MENJAHIT MATA JAHITAN
MODUL 10: MENJAHIT KANCING

iv

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita

tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
 KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v

Falsafah
Pendidikan

Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

vi

PENDAHULUAN
Modul ini memberi pendedahan kepada murid dengan pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang pakaian dan jahitan, menguruskan diri, bahan, alatan serta tempat
kerja. Murid juga perlu mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan semasa
menjalankan aktiviti menjahit.

OBJEKTIF MODUL
Di akhir modul ini, murid dapat:

i. Mengamalkan pengurusan bengkel yang berkesan
ii. Mengenal pasti bahan dan alatan jahitan
iii. Mengenal pasti jenis-jenis fabrik
iv. Mengenal pasti jenis-jenis kancing
v. Menjahit jahitan asas
vi. Mengenal mesin jahit
vii. Menjahit menggunakan mesin
viii. Menghasilkan apron
ix. Menghitung kos projek
x. Mengamalkan nilai murni dan berkomunikasi dengan baik dan berterusan

1

MODUL 1

STANDARD KANDUNGAN
1.0 Pengurusan Bengkel
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Mengenal pasti peraturan keselamatan dan kebersihan di dalam bengkel
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh:
1. Menyatakan peraturan keselamatan dan kebersihan di dalam bengkel
2. Menyenaraikan peraturan keselamatan dan kebersihan di dalam bengkel
3. Mengamalkan peraturan keselamatan dan kebersihan di dalam bengkel
ALATAN/BBM
Carta Peraturan Keselamatan

2

MAKLUMAT RUJUKAN

PERATURAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN DIRI DI DALAM BENGKEL
Langkah keselamatan bengkel perlu diamalkan semasa melakukan kerja amali
terutama ketika menggunakan mesin dan peralatan tajam.

Keselamatan Bengkel
 Pastikan mendapat kebenaran guru sebelum memasuki bengkel.
 Pastikan lantai tidak licin serta kerusi disusun dengan kemas selepas
digunakan.
 Tingkap hendaklah dibuka semasa bekerja dan semua suis ditutup
selepas digunakan.
 Murid hendaklah melaporkan kemalangan atau kecemasan dengan
segera kepada guru yang bertugas.
 Pastikan bengkel dalam keadaan yang selamat, bersih serta kemas
sebelum meninggalkannya.

Keselamatan Diri

 Gunakan kasut yang sesuai semasa berada di dalam bengkel.
 Elakkan memakai pakaian yang terlalu longgar dan aksesori yang

labuh kerana ia mudah tersangkut dan boleh menyebabkan
kemalangan.
 Ikat rambut dengan kemas atau pakai skaf supaya rambut tidak
mengganggu penglihatan semasa melakukan kerja.
 Jangan bergurau atau mengganggu rakan ketika berada di dalam
bengkel.
 Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel.
 Alatan tangan yang tajam hendaklah dihalakan ke bawah semasa
membawanya.
 Tidak menyimpan alatan tajam di dalam poket.
 Bekerja dengan tenang dan sistematik.

3

Keselamatan Alatan
 Pastikan mendapat kebenaran guru sebelum menggunakan peralatan
di dalam bengkel.
 Tangan hendaklah bersih dari kotoran, minyak dan gris semasa
menggunakan perkakas.
 Gunakan alatan yang betul dan sesuai dengan tugasan serta mengikut
langkah-langkah yang ditetapkan.
 Elakkan penggunaan alatan yang diperbuat daripada keluli berdekatan
dengan litar elektrik.

Keselamatan Penggunaan Elektrik
 Pastikan tangan kering apabila memetik suis elektrik.
 Matikan suis elektrik dengan segera jika berlaku kejutan elektrik.
 Jangan menggunakan alatan elektrik yang rosak.
 Jangan menggunakan litar elektrik terlalu banyak pada satu soket.

KEPENTINGAN KEBERSIHAN DI BENGKEL
Kebersihan bengkel penting bagi menghindar penyakit serta mencegah penyakit
berjangkit. Bengkel perlu dibersihkan supaya kemas dan teratur bagi
mengelakkan berlakunya kemalangan. Selain itu, kebersihan di bengkel perlu
dijaga untuk memelihara bahan dan peralatan. Bengkel yang bersih dapat
mewujudkan suasana pdp yang kondusif.

Membersihkan Bengkel
1. Bersihkan meja kerja yang telah digunakan.
2. Sapu reja-reja fabrik, benang, kertas atau sampah.
3. Gunakan penyedut hampa gas (vacum cleaner) jika ada.
4. Buangkan sampah ke dalam bakul sampah di luar bengkel.
5. Susun kerusi dan bangku dengan teratur.
6. Padamkan papan hitam.

4

7. Matikan semua suis punca elektrik selepas menggunakannya.
8. Bersihkan sinki

Membersihkan Lantai Menggunakan Vacum Cleaner
Cara-cara menggunakannya

1. Pasang alatan mesin vacum cleaner.
2. Pasangkan plag dengan betul. Pastikan tangan anda kering.
3. Buang reja kain yang besar, kertas dan semua sampah yang besar.
4. Kutip jarum dan jarum peniti yang jatuh.
5. Hidupkan suis.
6. Sedutlah sampah yang kecil, habuk dan semua sampah lain yang ada di

lantai.
7. Matikan suis dan cabut plag.
8. Masukkan plag ke dalam mesin vacum cleaner
9. Simpan vacum cleaner ke tempat yang sesuai.

Membersihkan Bengkel Menggunakan Penyapu
1. Pilih penyapu yang sesuai untuk kerja yang dibuat.
2. Pilih penyapu yang bebulu rapat dan ringan.
3. Mulakan menyapu di ruangan yang dalam atau sudut.
4. Sapu dengan perlahan dan pastikan tiada tinggalan habuk atau reja benang.
5. Masukkan sampah ke dalam bakul sampah menggunakan penyodok sampah
6. Setelah lantai bersih, buangkan serabut pada penyapu dan cuci penyapu

apabila kotor.
7. Sangkut penyapu yang bertangkai atau tegakkan penyapu dengan bulunya

menghala ke atas.

5

PANDUAN KERJA

TUGASAN
Mengamalkan peraturan keselamatan dan kebersihan di dalam bengkel.
ALATAN DAN BAHAN MEMBERSIHKAN BENGKEL
1. Penyapu
2. Vacum cleaner
PENCAPAIAN STANDARD
1. Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di dalam bengkel.
2. Membersihkan bengkel seperti yang telah dipelajari.

6

SENARAI SEMAK

Tarikh:
Nama Murid :
Arahan: Tandakan / pada pernyataan yang menepati pencapaian murid.

1. Memakai pakaian yang bersih dan sesuai ketika memasuki
bengkel.

2. Mempamerkan sikap yang baik semasa berada di dalam bengkel.
3. Mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh guru.
4. Membersihkan bengkel seperti yang telah dipelajari semasa PdP.
5. Menggunakan alatan yang sesuai semasa membersihkan bengkel.
6. Sentiasa memberikan kerjasama dan bertolak ansur terhadap

rakan lain semasa menjalankan tugas.
Ulasan:

7

PENILAIAN PENCAPAIAN

NAMA MURID
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN

Mengenal pasti peraturan keselamatan dan kebersihan di dalam bengkel

1. Nyatakan langkah keselamatan yang perlu dipatuhi semasa di dalam bengkel
a. ________________________________________________

b. ________________________________________________

2. Terangkan langkah keselamatan yang perlu diambil semasa mengendalikan
peralatan.
a. _______________________________________________
b. _______________________________________________

3. Jelaskan kepentingan menjaga kebersihan di dalam bengkel
______________________________________________________________

4. Pilih alatan yang sesuai digunakan untuk membersihkan lantai daripada
sampah dan habuk di atas lantai.

Vacum cleaner Bulu ayam

Penyapu Baldi

NAMA GURU T/TANGAN & TARIKH

DISAHKAN OLEH T/TANGAN & TARIKH

Peroleh markah : 6-8 = Kompeten
Keputusan : 1-5 = Tidak Kompeten
: Kompeten / Tidak Kompeten

8

MODUL 2

STANDARD KANDUNGAN
1.0 Pengurusan Bengkel

STANDARD PEMBELAJARAN
1.2 Mengenal pasti punca kebakaran dan kaedah mencegah kebakaran

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh:
1. Menyenaraikan punca kebakaran di dalam bengkel.
2. Menyenaraikan dan mengenal pasti jenis-jenis alat pemadam kebakaran.
3. Mengamalkan cara mencegah kebakaran di dalam bengkel.

ALATAN/BBM
1. Carta Jenis-jenis Alat Pemadam Api
2. Manual Alat Pemadam Api

9

MAKLUMAT RUJUKAN

PUNCA-PUNCA KEBAKARAN DAN JENIS-JENIS ALAT PEMADAM API

Salah satu risiko kemalangan yang boleh berlaku di dalam bengkel ialah
kebakaran. Kebakaran ini pula berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya ialah
disebabkan oleh litar pintas, minyak, kertas, kerosakan perkakas elektrik, percikan
api, kebocoran gas, kecuaian dan lilin. Berikut adalah kategori punca kebakaran
beserta jenis alat pemadam api yang sesuai digunakan.

KATEGORI JENIS-JENIS ALAT PUNCA-PUNCA
PEMADAM API PEMADAM API KEBAKARAN

KELAS A Kebakaran kayu, tilam,
(Jenis Air) kertas dan seumpamanya

KELAS B Kebakaran cecair, petrol,
(Jenis Buih) minyak, cat, varnis dan
seumpamanya

10

KATEGORI JENIS-JENIS ALAT PUNCA-PUNCA
PEMADAM API PEMADAM API KEBAKARAN

KELAS B & C Kebakaran elektrik, jentera,
(Jenis Karbon papan suis, transformer
dan seumpamanya
Dioksida)

KELAS A, B & C Kebakaran natrium, kalium,
(Jenis Serbuk Kering) kalsium dan memadamkan
api Kelas A,B dan C

11

CARA PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API

Langkah 1
Tarik kunci picu.

Langkah 2
Hala hos ke arah punca api.

Langkah 3
Tekan tuas supaya bahan pemadam
api terpancut keluar dan sembur bahan
terbakar sehingga api padam.

12

LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SEKIRANYA BERLAKU KEBAKARAN DI
BENGKEL

Bertenang

Ikut laluan kecemasan

Pergi ke tempat selamat

Berkumpul di tempat yang
lapang

Jika kebakaran itu kecil,
guru memadamkan api

Jika kebakaran besar,
hubungi pihak bomba

13

CARA-CARA MENCEGAH KEBAKARAN DI BENGKEL
1. Bahan yang mudah terbakar hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan
jauh daripada sumber api.
2. Sediakan alat pemadam kebakaran di tempat yang mudah diambil.
3. Pasang alat pengesan kebakaran.
4. Lakukan latihan kebakaran sekurang-kurangnya setahun sekali.
5. Pelan laluan kecemasan hendaklah ditampal di bengkel sebagai panduan
apabila berlaku kebakaran.
6. Jangan menggunakan peralatan elektrik yang telah rosak.

14

PANDUAN KERJA

TUGASAN
Melakukan demonstrasi menggunakan alat pemadam api.
ALATAN DAN BAHAN MEMBERSIHKAN BENGKEL
1. Alat pemadam api
2. Kertas
3. Mancis
4. Bekas bahan bakar
PENCAPAIAN STANDARD
Menunjukkan cara menggunakan alat pemadam api mengikut langkah-langkah yang
betul.

15

SENARAI SEMAK

Tarikh:
Nama murid :
Arahan: Tandakan / pada pernyataan yang menepati pencapaian murid.

1. Keluarkan pin keselamatan
2. Halakan muncung ke arah dasar api
3. Tekan tuas
4. Kedudukan membelakangkan angin.
5. Api padam sepenuhnya

Ulasan:

16

PENILAIAN PENCAPAIAN

NAMA MURID
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN

1.1 Mengenal pasti peraturan keselamatan dan kebersihan di dalam bengkel

5. Nyatakan punca-punca kebakaran.
a.____________________________ c. ____________________________

b.____________________________ d. ____________________________

6. Nyatakan jenis-jenis pemadam api.
a.____________________________ c. _____________________________

b.____________________________ d. _____________________________

7. Susunkan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di
bengkel.

Berkumpul di tempat yang Jika kebakaran besar,
lapang hubungi pihak bomba

Bertenang Ikut laluan kecemasan

Jika kebakaran itu kecil, Pergi ke tempat selamat
guru memadamkan api

17

8. Salah satu cara untuk mengesan kebakaran di dalam bengkel ialah dengan
memasang alat _____________________________.

NAMA GURU T/TANGAN & TARIKH
DISAHKAN OLEH T/TANGAN & TARIKH

Peroleh markah : 7-15 = Kompeten
Keputusan : 1-6 = Tidak Kompeten
: Kompeten / Tidak Kompeten

18

MODUL 3

STANDARD KANDUNGAN
1.0 Pengurusan Bengkel
STANDARD PEMBELAJARAN
1.3 Mengenal pasti rawatan asas pertolongan cemas.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh:
1. Mengenal pasti rawatan asas pertolongan cemas.
2. Menyenaraikan langkah rawatan asas pertolongan cemas.
3. Mengamalkan rawatan asas pertolongan cemas jika berlaku kemalangan di

dalam bengkel.

ALATAN/BBM
Peti Pertolongan Cemas (First Aid Kit)

19

MAKLUMAT RUJUKAN

Pertolongan cemas ialah bantuan awal atau rawatan kecemasan yang diberikan
kepada orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang
bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan walaupun
tanpa latihan perubatan oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum.
Peralatan yang digunakan sebelum mendapatkan rawatan susulan ialah peti
pertolongan cemas.

Peti Pertolongan Cemas (First Aid Kit)

20

ALATAN DAN UBAT-UBATAN KEGUNAAN

Kain Anduh Mengampu lengan yang patah
atau terseliuh

Kain Pembalut Kasar Membalut luka atau anggota
yang terseliuh

Gunting Memotong

Larutan flavin Merawat luka

Larutan antiseptic Merawat luka

Kapas Mencuci luka serta menyapu
ubat pada luka

Krim antiseptic Merawat luka

Penampal luka (plaster) Membalut luka kecil

Senarai alatan dan ubat-ubatan di dalam peti pertolongan cemas

Semua pengguna mesti mengetahui asas tentang pertolongan cemas. Peti
pertolongan cemas hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan
diambil. Kandungannya perlu diperiksa dari semasa ke semasa untuk memastikan
tiada kekurangan atau tiada bahan atau ubat yang telah luput tarikh penggunaan.

21

CARA Basuh tangan dengan Sebaik sahaja kesemua
MERAWAT sabun sebelum kotoran telah dibersihkan
membersihkan luka untuk daripada luka, sapukan krim
LUKA mengurangkan risiko antiseptik satu hingga tiga kali
jangkitan. sehari untuk mengelakkan
jangkitan.

Balutan perlu ditukar setiap hari Pastikan anda menukar balutan
bagi mengelakkan jangkitan setiap hari dengan menutup luka
kuman. Jangan menggunakan menggunakan balutan yang
balutan yang diperbuat daripada disteril dan menyapu semula
kapas untuk membalut luka yang krim antiseptik selepas
terdedah. membersihkannya.

Periksa luka anda untuk memastikan ia
beransur sembuh. Sekiranya kawasan luka
tidak beransur sembuh, terasa suam,
kelihatan merah atau bengkak – dapatkan
nasihat doktor secepat mungkin kerana ia
mungkin telah mengalami jangkitan bakteria.

LANGKAH MENYELAMATKAN MANGSA KEJUTAN ELEKTRIK

1. Tutup suis bekalan 2. Jika tidak diketahui
utama jika diketahui gunakan penebat untuk
tempatnya. menyelamatkan mangsa
dari tempat berarus

3. Jika mangsa tidak 4. Mangsa tersebut
sedarkan diri gunakan hendaklah dibawa ke
rawatan pertolongan hospital untuk rawatan
cemas atau pemulihan lanjut
pernafasan
22

KECEDERAAN ANGGOTA

 Kenal pasti jenis kecederaan yang berlaku dan tempatkan mangsa di tempat
yang sesuai.

 Jika anggota tangan yang patah, maka tangan tersebut diampuh dengan
mengikat ke leher supaya tangan yang patah tidak terkulai.

 Jika luka serius yang menyebabkan darah keluar maka di bahagian atas luka
tersebut perlu diikat dengan kain bagi menyekat sementara pengaliran terus
mengalir.

LUKA-LUKA KECIL

Sekiranya bahagian yang luka berdarah tidak berhenti terutama di bahagian tangan
atau jari, hendaklah dianggap sebagai kecederaan yang mesti menerima rawatan
dengan sempurna. Rawatan pertolongan cemas bagi menghentikan pengaliran
darah adalah seperti berikut ;

 Baringkan pesakit dengan sempurna.
 Tinggikan bahagian yang cedera dari paras badan.
 Tekan dan rapatkan yang luka.
 Minta bantuan perubatan.
 Sekiranya darah keluar dengan banyak dan berbahaya, pesakit hendaklah

dibawa ke hospital.

RAWATAN AKIBAT TERBAKAR (MELECUR)

 Rendam atau siram anggota yang tercedera.
 Tanggalkan pakaian yang terbakar.
 Tanggalkan segala bahan yang diperbuat daripada logam.
 Tutup anggota yang melecur dengan kain bersih.
 Jangan guna plaster dan pembalut kertas pada anggota yang cedera.
 Jangan gunakan krim, mentega dan ais pada anggota yang cedera.
 Pastikan mangsa boleh bernafas.
 Jika mangsa tidak bernafas, beri mangsa oksigen dengan kadar 8-10 liter

seminit. Jika kecederaan agak teruk, mangsa hendaklah dibawa ke hospital.

23

PANDUAN KERJA

TUGASAN
Mengamalkan rawatan asas pertolongan cemas jika berlaku kemalangan di dalam
bengkel.
ALATAN DAN BAHAN RAWATAN

 Peti Pertolongan Cemas
PENCAPAIAN STANDARD
1. Murid dapat mempraktikkan rawatan asas pertolongan cemas jika berlaku

kemalangan di dalam bengkel

24

SENARAI SEMAK

Tarikh:

Nama murid :

Arahan: Tandakan / pada pernyataan yang menepati pencapaian murid.

1 Basuh luka dangan bersih.

2 Lapkan luka dengan kain bersih sehingga kering.

3 Sapukan ubat luka pada luka.

4 Tampal plaster pada luka.

5 Sekiranya luka agak besar gunakan kain pembalut luka.

6 Letakkan ubat luka pada kapas.

7 Letakkan kapas tersebut pada luka.

8 Balut luka dengan kain pembalut.

Ulasan:

25

PENILAIAN PENCAPAIAN

NAMA MURID
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN

Mengenal pasti rawatan asas pertolongan cemas

1. __________________________ ialah bantuan awal atau rawatan kecemasan
yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan
atau perawat yang bertauliah.

2. Nyatakan langkah-langkah untuk menyelamatkan mangsa kejutan elektrik
a. _______________________________________________
b. _______________________________________________
c. _______________________________________________
d. _______________________________________________

26

3. Kenal pasti kegunaan bagi alat-alatan dan ubat-ubatan di bawah ini.

ALATAN DAN UBAT-UBATAN KEGUNAAN

Krim antiseptik

Kapas

Penampal luka (plaster)

NAMA GURU T/TANGAN & TARIKH
DISAHKAN OLEH T/TANGAN & TARIKH

Peroleh markah : 6-8 = Kompeten
Keputusan : 1-5 = Tidak Kompeten
: Kompeten / Tidak Kompeten

27

MODUL 4

STANDARD KANDUNGAN
1.0 Pengurusan Bengkel
STANDARD PEMBELAJARAN
1.4 Mengenal pasti cara penyimpanan bahan dan alatan
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh:
1. Mengamalkan cara menyimpan bahan
2. Mengamalkan cara menyimpan alatan
ALATAN/BBM
Persembahan power point

28

MAKLUMAT RUJUKAN

CARA MENYIMPAN BAHAN DAN ALATAN SERTA CARA
PENJAGAANNYA

A. CARA MENYIMPAN BAHAN

1. Lokasi menyimpan bahan hendaklah direkodkan di dalam buku lejar atau kad
kawalan stok.

2. Bahan perlu disimpan di dalam ruang yang sesuai iaitu dari segi keselamatan
dan ianya mudah dikeluarkan.

3. Bahan-bahan juga boleh disimpan di dalam rak yang boleh diubah untuk
membolehkan penyimpanan pelbagai jenis barang dengan lebih baik dan
cekap.

4. Bahan-bahan yang sama dari segi saiz dan jenisnya hendaklah disimpan di
dalam bekas yang sama.

5. Bahan-bahan yang berat hendaklah diletakkan di tempat paling bawah demi
keselamatan.

6. Gunakan bekas yang dibekalkan oleh pembekal supaya label bahan tersebut
dapat dilihat.

7. Bahan yang berharga dan menarik hendaklah disimpan di dalam almari
berkunci.

B. CARA MENYIMPAN ALATAN DAN PENJAGAANNYA

PERKAKAS MENGUNTING
1. Pilih gunting yang dibuat daripada keluli berkilat kerana jenis ini tidak

berkarat.
2. Elakkan gunting daripada terjatuh kerana hujungnya akan patah dan skrunya

akan longgar.
29

3. Jangan gunakan gunting jahit untuk menggunting kertas atau rambut kerana
gunting akan menjadi tumpul.

4. Kesat serta keringkan dengan kain pengesat sebelum disimpan ke dalam
sarung.

5. Minyakkan sendi sekali sekala dan asahkan matanya apabila tumpul.

PERKAKAS MENANDA
1. Simpan kapur jahit berasingan di dalam kotak supaya warnanya tidak

bercampur.
2. Simpan roda surih di dalam sampulnya.
3. Simpan peniti di dalam kotak.
4. Buangkan peniti yang bengkok , tumpul dan berkarat.
5. Jangan biarkan peniti bersepah-sepah kerana berbahaya jika terpijak.

JARUM
1. Pilih jarum yang sesuai untuk jenis kain dan kerja jahit yang dibuat.
2. Sematkan jarum pada kusyen jarum.
3. Simpan jarum di dalam bekas jarum.
4. Jangan biarkan jarum bersepah-sepah.

ALAT-ALAT LAIN
1. Elak menggunakan alatan secara kasar.
2. Simpan dengan baik di dalam kotak jahit supaya tidak hilang.
3. Bagi seterika uji suhu sebelum menggunakannya.
4. Elak seterika daripada terjatuh.
5. Simpan seterika setelah digunakan.

30

PANDUAN KERJA

TUGASAN
Mengamalkan cara penyimpanan bahan dan alatan.
ALATAN DAN BAHAN

 Gunting fabrik, jarum, jarum peniti, roda surih, kapur, seterika, pita pengukur,
benang, pembaris L dan penetas jahitan.

PENCAPAIAN STANDARD
1. Murid dapat menyimpan bahan dan alatan ke tempat yang betul.
2. Murid dapat menjaga bahan dan alatan dengan baik.

31

SENARAI SEMAK

Tarikh:
Nama Murid :
Arahan: Tandakan / pada pernyataan yang menepati pencapaian murid.

Murid dapat menyimpan bahan dan alatan berikut di tempat yang betul ;

1 Gunting fabrik 6 Seterika

2 Jarum 7 Pita Pengukur

3 Jarum Peniti 8 Pembaris L

4 Roda Surih 9 Benang

5 Kapur 10 Penetas Jahitan

Ulasan:

32

PENILAIAN PENCAPAIAN

NAMA MURID
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN

Mengenal pasti cara penyimpanan bahan dan alatan

1. Simpan bahan dan alatan di tempat yang ____________________.

2. Bahan-bahan yang ________________ hendaklah diletakkan di tempat paling
bawah demi keselamatan.

3. Bagaimanakah cara untuk menyimpan dan menjaga jarum?
a. _______________________________________________
b. _______________________________________________
c. _______________________________________________
d. _______________________________________________

4. Mengapakah kita perlu menyimpan dan menjaga bahan dan alatan jahitan
dengan betul?
a. ___________________________________________________________
b. ___________________________________________________________

NAMA GURU T/TANGAN & TARIKH
DISAHKAN OLEH T/TANGAN & TARIKH

Peroleh markah : 6-8 = Kompeten
Keputusan : 1-5 = Tidak Kompeten
: Kompeten / Tidak Kompeten

33

MODUL 5

STANDARD KANDUNGAN
2. Pengenalan kepada bahan dan alatan jahitan
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Mengenal pasti bahan dan alatan jahitan
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh:
1. Menyenaraikan jenis-jenis alatan jahitan
2. Menyatakan fungsi alatan jahitan
ALATAN/BBM :
Alatan jahitan

34

MAKLUMAT RUJUKAN

1. Jenis – jenis alatan mengukur

I. Pita ukur
Merupakan alat yang paling penting apabila mengambil ukuran di badan.
Panjang pita ukur biasanya 150 cm. Pita ukur yang baik diperbuat daripada
plastik lembut atau kaca fibrika ataupun kain minyak kerana pita yang di perbuat
daripada bahan tersebut tidak memeri dan mengecut. Di hujung dan pangkalnya
berlubang serta mempunyai logam untuk membantu pita ini betul – betul terletak
di atas permukaan pola.

Fungsi – Mengambil ukuran di badan dan fabrik.

II Sesiku ( L- Squre )
Alat yang mempunyai sudut 90° ini di perbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini
boleh membuat pecahan-pecahan ukuran yang tertentu seperti mendapatkan
garisan lubang lengan dan leher untuk baju dan garisan cawat untuk seluar.

35

Fungsi - Kegunaan alat ini ialah bagi mendapatkan sudut yang tepat 90° sewaktu
membuat rajah – rajah dan pola

III Pembentuk ( curver )
Alat bengkok yang diperbuat daripada kayu atau plastic ini panjangnya 60 cm.
Fungsi - Bentuknya yang bengkok ini membantu untuk membentuk pola seperti
pinggang, rusuk dan kelim seluar semasa menyedia pola.

IV Kayu meter
Fungsi - Kayu meter digunakan untuk membuat garisan tegak yang panjang. Ia
mestilah tegak dan untuk mengujinya, letakkan kayu meter di atas permukaan rata.
Jika cahayanya tidak menembusi di celah – celah di antara kayu meter dengan
permukaan rata bermakna kayu meter itu tegak.

36

V Pembaris
Pembaris yang paling sesuai ialah plastik jarang dan mudah di bengkokkan.
Pembaris yang terdiri daripada plastik jarang memudahkan untuk melihat dan
menanda pola , menanda lubang butang, kedudukan kocek dan lain –lain. Pembaris
yang sesuai digunakan berukuran 20, 30 dan 50 cm.
Fungsi – Pembaris merupakan sebuah alat pengukuran dan alat bantu untuk
menggaris lurus

2. Jenis jenis alatan menanda

I. Kapur tukang jahit (tailor’s chalk)
Tanda- tanda ini boleh dipadamkan dengan mudah jika tidak di perlukan lagi. Kapur
tukang jahit boleh didapati dalam pelbagai warna seperti putih, biru dan kuning. Ia
berukuran 6 cm serta berbentuk 3 dan 4 persegi.
Fungsi - Kapur digunakan untuk memindahkan tanda-tanda, cabang-cabang dan
lain-lain garisan pola daripada kertas kepada fabrik jahitan.

37

II. Lilin tukang jahit (tailor’s wax)
Benang yang telah di lurut dengan lilin itu hendaklah di seterika supaya lilin melekat
dengan kukuhnya pada benang dan mengelakan benang dari kusut.
Fungsi - Ia boleh menggantikan kapur untuk menanda garisan pola pada fabrik
daripada gentian bulu biri-biri kerana tanda ini tidak mudah hilang seperti kapur. Lilin
ini juga boleh digunakan untuk mengukuhkan benang jika dilurut pada benang yang
reput.

III. Kertas karbon
Kertas karbon boleh didapati dijual di dalam sampul yang mengandungi warna-
warna putih, kuning, merah dan biru. Tanda-tanda di fabrik yang menggunakan
kertas karbon akan hilang apabila dibasuh dan dicuci. Gunakan warna karbon yang
hampir dengan warna fabrik yang dijahit.

38

IV. Pensil penanda ( tailor’s marking pencil)
Berbentuk pensil kayu yang boleh didapati dengan pelbagai warna seperti putih,
merah jambu dan biru muda).
Fungsi - Pensil penanda boleh digunakan sebagai ganti kapur tukang jahit atau
kertas karbon.

V. Roda surih
Roda surih boleh didapati di dalam tiga bentuk. Roda surih yang matanya seperti
duri digunakan untuk fabrik-fabrik yang tebal, roda surih bergerigi untuk fabrik yang
nipis dan sederhana tebal, manakala roda surih yang licin boleh digunakan untuk
semua jenis fabrik.
Fungsi - Roda surih di gunakan bersama-sama kertas karbon untuk menanda
garisan-garisan pola pada selapis fabrik atau lebih.

39

3. Jenis – jenis alatan memotong

I. Meja memotong
Meja memotong yang diperbuat daripada kayu dan mempunyai permukaan licin
adalah paling elok. Jika permukaannya kasar dan berduri , fabrik akan tersangkut.
Meja yang berlaci adalah sangat sesuai untuk penyimpanan alat –alat jahitan.
II. Gunting
Gunting ada pelbagai jenis dan ukuran. Untuk memotong fabrik gunakan gunting
berukuran 2 - 25 cm panjang. Ukuran atau saiz gunting di tentukan daripada ukuran
antara sendi gunting hingga hujungnya. Gunting yang elok di perbuat daripada keluli
berkilat dan hujungnya mestilah tajam. Sebelah mata bulat dihujung dan sebelah
lagi runcing. Gunting ini khas untuk menggunting fabrik sahaja. Terdapat tiga jenis
gunting iaitu gunting lubang butang, gunting bergerigi, gunting memotong kelim dan
benang.

40

a.Gunting lubang butang
Ia direka untuk menebuk lubang –lubang dengan tepat dan mengikut ukuran yang di
kehendaki. Panjang lubang butang dikawal oleh skru yang terdapat pada gunting ini.
Biasanya gunting ini panjangnya 6-8 sm.

b. Gunting bergerigi
Gunting ini mempunyai mata bergerigi berbentuk pucuk rebung. Ia digunakan untuk
menggunting tepi fabric dan mengelakkannya daripada berjerumbai. Panjang
gunting ini di antara 4 – 25 cm. Lebih panjang mata lebih dalam giginya.

41

c. Gunting memotong kelim dan benang
Gunting ini tajam hujungnya untuk menggunting kelim, menorah basi lipatan dan
memotong benang. Panjang yang sesuai ialah 15 cm.

4. Jenis – jenis alatan menjahit.

I. Jarum
Jarum boleh didapati di dalam pelbagai ukuran panjang, kasar dan bentuk
matanya.jarum yang kasar (nombor 4,5,6 ) untuk menjahit fabrik-fabrik yang tebal
dan menggunakan benang yang kasar. Untuk jahitan am gunakan nombor 7,8 dan 9

- Jarum sederhana berbentuk bujur ( sharps) sesuai untuk jahitan am.
- Between sesuai untuk jahitan halus.
- Milliners sesuai untuk jelujur
- Crewels / calyx-eyed – sharps untuk menyulam.

42

II. Benang jahit
Benang jahit dibuat daripada sutera, kapas dan nyilon.

III. Sarung jari atau jidal
Sarung jari mestilah digunakan setiap kali apabila anda membuat jahitan tangan.
Sarung jari digunakan untuk mengelakkan jari daripada tercucuk apabila menjahit.
Jahitan tangan juga akan menjadi lebih elok. Sarung jari di pakai pada jari hantu
tangan yang memegang jarum.

43


Click to View FlipBook Version