The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL ASAS JAHITAN PEND.KHAS TINGKATAN 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK PERPUSTAKAAN MAYA CNAA, 2021-08-09 00:42:14

MODUL ASAS JAHITAN PEND.KHAS TINGKATAN 1

MODUL ASAS JAHITAN PEND.KHAS TINGKATAN 1

Keywords: MODUL ASAS JAHITAN PEND.KHAS TINGKATAN 1

IV. Stiletto
Alat yang tajam hujungnya dan di panggil pencungkil atau penetas mata jahitan dan
digunakan untuk membuka mata jahitan. Alat yang berlubang di hujungnya
digunakan untuk menebuk lubang butang kecil.
5. Jenis alatan menekan
I. Seterika
Seterika elektrik adalah kering, bersih dan cepat panas. Seterika ini mempunyai
laras suhu dan senang di kendalikan.Suhu seterika akan tertutup secara automatik
apabila terlalu panas dan arus elektrik akan mengalir semula apabila suhu sejuk.

44

Seterika arang digunakan dengan menggunakan bara arang. Sebelum
menggunakannya kipaslah sekali sekala supaya ia tidak mengotorkan baju.

II. Meja Seterika
Meja kayu ialah permukaan yang baik untuk menggosok kerana kain tebal atau
gebar tidak akan menggelongsor. Meja ini baik untuk menggosok kain-kain besar
dan kainnya tidak berbentuk seperti alas meja dan cadar.

45

III. Bod seterika
Bod ini boleh ditinggi atau direndahkan. Bod seterika yang di perbuat daripada
logam tahan lebih lama daripada bod yang dibuat daripada kayu.

d. Bod seterika lengan baju.
Gunanya untuk menekan bahagian-bahagian yang kekok seperti lengan baju. Ia
mestilah dilapik dengan kabu-kabu dan buatkan sarungnya seperti seterika.

46

LATIHAN

Arahan: Namakan alatan dan bahan di bawah.

47

Arahan: Jawab semua soalan di bawah.
1. Namakan dua alatan untuk mengukur.
a. ____________________________________
b. ____________________________________
2. Namakan dua jenis gunting.
a. ___________________________________
b. ___________________________________
3. Berikan dua alatan untuk menekan.
a. ____________________________________
b. ____________________________________
4. Apakah fungsi pita ukur?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
5. Berikan fungsi roda surih.
______________________________________________________________
______________________________________________________________

48

MODUL 6

STANDARD KANDUNGAN
2. Pengenalan kepada bahan dan alatan jahitan

STANDARD PEMBELAJARAN
2.2 Mengenal pasti jenis fabrik

i. Fabrik asli/semulajadi
 fabrik kapas
 fabrik linen
 fabrik sutera
 fabrik biri-biri

ii. Fabrik buatan
 fabrik rayon
 fabrik nilon
 fabrik polister

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh:

1. Menamakan jenis-jenis fabrik
2. Menyatakan ciri-ciri fabrik mengikut jenis

ALATAN/BBM
fabrik kapas, fabrik linen, fabrik sutera, fabrik biri-biri, fabrik rayon, fabrik nilon, fabrik
polister

49

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Modul ini memberi pendedahan kepada murid dengan jenis-jenis dan ciri-ciri fabrik
yang digunakan dalam kehidupan seharian. Pengetahuan tentang fabrik dapat
membantu kita memilih, menjaga dan menguruskan pakaian dan artikel kelengkapan
rumah dengan baik. Fabrik dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu fabrik asli dan
fabrik buatan (sintetik).

1. Fabrik asli/semulajadi ialah fabrik yang diperbuat daripada sumber semula
jadi, iaitu gentian tumbuhan dan gentian haiwan. Contoh fabrik yang
berasaskan gentian haiwan dan tumbuhhan adalah seperti berikut:

Gentian Haiwan Gentian Tumbuhan
 Fabrik sutera  Fabrik kapas
 Fabrik biri-biri  Fabrik linen

2. Fabrik buatan atau fabrik sintetik pula ialah fabrik yang diperbuat daripada
campuran bahan kimia dengan arang batu, air, udara dan bahan petroleum.
Contoh fabrik buatan ialah :
 Fabrik rayon
 Fabrik nilon
 Fabrik poliester

3. Penerangan mengenai jenis-jenis fabrik asli/semulajadi adalah seperti berikut:

Fabrik asli/semulajadi

- Fabrik kapas
Fabrik ini dihasilkan daripada
buah pokok kapas yang
mengeluarkan gentian pendek,
lembut dan gebu. Fabrik ini mudah
didapati, selesa dipakai dan
mudah dikendalikan.

50

Fabrik asli/semulajadi

- Fabrik linen
Fabrik ini dihasilkan daripada
selulosa batang pokok fleks.
Gentian linen pendek, kasar dan
lebih kukuh daripada fabrik kapas.

- Fabrik biri-biri
Fabrik ini dihasilkan daripada bulu
kambing biri-biri. Gentian fabrik ini
bergantung pada baka, iklim dan
kaedah penternakan.

- Fabrik sutera
Fabrik ini dihasilkan daripada
kepompong ulat sutera.
Kepompong ulat sutera ini
dihasilkan oleh kupu-kupu
Bombyx mori yang diberi makan
daun mulberi.

51

4. Penerangan mengenai jenis-jenis fabrik buatan adalah seperti berikut :
Fabrik buatan

- Fabrik nilon
Fabrik ini dihasilkan daripada
campuran bahan kimia dengan
petroleum, arang batu, udara
dan air.

- Fabrik poliester
Fabrik ini dihasilkan daripada
campuran bahan kimia dengan
petroleum.

- Fabrik rayon
Fabrik ini dihasilkan daripada
campuran sumber asli. Bahan
asas untuk gentian rayon ialah
selulosa daripada pulpa kayu
atau gentian kapas yang
pendek.

52

PANDUAN KERJA

TUGASAN
1. Menyediakan sampel fabrik kapas fabrik linen, fabrik sutera, fabrik biri-biri,

fabrik polyester, fabrik rayon dan fabrik nilon.
2. Menampal sampel fabrik di atas kertas A4 mengikut kategori.
3. Melabel sampel fabrik dengan betul.
4. Menghias lembaran kerja mengikut kreativiti untuk dipamerkan.

ALATAN DAN BAHAN
1. Alatan menggunting

a. Gunting kertas
b. Gunting fabrik
2. Alatan menampal
a. Gam
b. Double sided tape
3. Alatan mewarna
a. Pensil warna

PENCAPAIAN STANDARD
1. Menyediakan satu buku skrap yang mengandungi jenis-jenis fabrik mengikut

kategori.
2. Mempamerkan buku skrap.

53

PENILAIAN PENCAPAIAN

NAMA MURID
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN

MENGENAL PASTI JENIS FABRIK

1. Namakan jenis-jenis fabrik yang berasal daripada gentian tumbuhan.
a. ________________________________________________
b. ________________________________________________

2. Nyatakan jenis-jenis fabrik yang berasal daripada gentian haiwan.
c. _______________________________________________
d. _______________________________________________

3. Senaraikan jenis-jenis fabrik yang diperbuat daripada campuran bahan kimia
dengan arang batu, air, udara dan bahan petroleum.

a. ________________________________________________

b. ________________________________________________

c. ________________________________________________

4. _______________________ ialah sejenis fabrik yang diperbuat daripada
kepompong ulat sutera.

NAMA GURU T/TANGAN & TARIKH
DISAHKAN OLEH T/TANGAN & TARIKH

Peroleh markah : 6-8 = Kompeten
Keputusan : 1-5 = Tidak Kompeten
: Kompeten / Tidak Kompeten

54

MODUL 7

STANDARD KANDUNGAN
2. Pengenalan kepada bahan dan alatan jahitan

STANDARD PEMBELAJARAN
2.3 Mengenal pasti jenis-jenis kancing

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh:
1. Menamakan jenis-jenis kancing

i) butang dan lubang butang (butang berlubang dua, butang berlubang empat, butang
bertangkai)

ii) butang katup (soket dan conet)
iii) butang dan relungan rulo
iv) butang dan rumah butang bersirat
v) zip
vi) cangkuk dan mata
vii) cangkuk dan palang
viii) gancu
ix) velcro

2. Menyatakan fungsi kancing

ALATAN/BBM
butang bertangkai, butang dua lubang, butang empat lubang, cangkuk dan palang

55

MAKLUMAT RUJUKAN

 Kancing adalah sejenis alat yang digunakan untuk membuka dan menutup belah
pada pakaian dan dijahit pada dua lapisan fabrik.

 Bahagian pakaian tersebut ialah pada leher, pergelangan tangan, pinggang dan
artikel rumah tangga.

 Kancing digunakan untuk mengekalkan bentuk asal pakaian. Kancing juga dapat
dijahit dengan menggunakan jarum tangan atau mesin.

JENIS-JENIS KANCING

i. butang dan lubang butang ii. butang katup (soket dan
conet)

iii. butang dan relungan rulo iv. butang dan rumah butang
bersirat

v. zip vi. cangkuk dan mata
56

vii. cangkuk dan palang viii. gancu

ix. velcro

JENIS-JENIS BUTANG
Butang terdiri daripada beberapa jenis iaitu:

i. Butang berlubang dua ii. Butang berlubang empat

iii. Butang bertangkai

57

FUNGSI KANCING
1. Kancing digunakan untuk menutup dan membuka belah-belah pakaian bagi

mengekalkan bentuk asal pakaian itu. Bahagian pakaian tersebut ialah pada leher,
dada, pergelangan tangan dan pinggang.
2. Kancing digunakan sebagai hiasan pada pakaian.
FAKTOR PEMILIHAN KANCING
1. Jenis kain yang digunakan - Kain yang halus mestilah dijahit dengan kancing
yang lebih halus untuk mencegah berat kancing daripada mengoyakkan kain.
2. Jenis pakaian dan stail pakaian yang dijahit - Pakaian kanak-kanak biasanya tidak
menggunakan kancing logam untuk mengelakkan calar pada kulit kanak-kanak yang
lembut.
3. Jenis belah dan kedudukan kancing - Kancing zip adalah lebih sesuai bagi belah yang
bertempat di kelim rusuk skirt daripada yang dijahit pada belah kelepet sama lebar di
hadapan pakaian

58

LATIHAN

Tarikh:
Nama Murid :

Arahan: Namakan jenis-jenis kancing di bawah berdasarkan pilihan yang diberi.

Butang cangkuk dan Butang Velcro
berlubang dua palang bertangkai

Butang dan zip Butang katup Butang
relungan rulo
(soket dan conet) berlubang empat

59

60

PENILAIAN PENCAPAIAN

NAMA MURID
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN

1. Senaraikan empat jenis kancing
a. _________________________________
b. _________________________________
c. _________________________________
d. _________________________________

2. Senaraikan tiga jenis butang.
a. _________________________________
b. _________________________________
c. _________________________________

3. Apakah fungsi kancing?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

61

4. Berikan faktor pemilihan jenis kancing.

a. ______________________________________________________________
______________________________________________________________

b. ______________________________________________________________
______________________________________________________________

Nama Guru T/Tangan &
Disahkan Oleh Tarikh

T/Tangan &
Tarikh

Perolehan Markah : 8 – 10 = Kompeten

: 1–7 = Tidak Kompeten

Keputusan : Kompeten / Tidak Kompeten

62

MODUL 8

STANDARD KANDUNGAN
3. Menjahit Jahitan Asas
STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Mengenal jenis mata jahitan
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh:
1. Menyenaraikan jenis mata jahitan sementara
2. Menyenaraikan jenis mata jahitan penyambung
3. Menyenaraikan jenis mata jahitan pengemas
4. Menyatakan fungsi mata jahitan
ALATAN/BBM
contoh-contoh mata jahitan

63

MAKLUMAT RUJUKAN

1. Mata jahitan sementara:
i. Jelujur kasar

ii. Jelujur panjang pendek

2. Mata jahitan penyambung
i. Jahitan kia

ii. Jahitan halus
64

iii. Jahitan mesin

3. Mata jahitan pengemas
i. Jahitan lilit ubi

ii. Jahitan insang pari

iii. Jahitan silang pangkah
65

Fungsi Mata Jahitan

1. Mata jahitan sementara
i. Jelujur kasar
a) Menetapkan bahagian kain yang melengkung atau bekedut yang akan
teregang semasa memadankan pakaian.
b) Menetapkan kedudukan kelepek, kocek dan kelim sebelum jahitan kekal

ii. Jelujur panjang pendek
a) Menanda garisan untuk jahitan.
b) Lebih kukuh dan sesuai untuk fabrik yang lembut dan licin.

2. Mata jahitan penyambung
i. Jahitan kia
a) Menyambung kain bagi menggantikan jahitan mesin.
b) Memula dan mematikan jahitan tangan.
c) Menjahit klim meretas

ii. Jahitan halus
a) Digunakan untuk kelepet meretas
b) Boleh menggantikan mata jahitan mesin
c) Boleh dijadikan perhiasan pada artikel.

iii. Jahitan mesin
a) Jahitan tetap seperti kelim, lisu dan lain-lain.

iv. Jahitan lilit ubi
a) Mengemas guntingan tepi fabric.
b) Digunakan untuk menjahit butang katup, cangkuk dan palang.
c) Menyambung tepi fabrik berlipat.
d) Melekatkan tampal dan tampal hias pada artikel atau pakaian.

3. Mata jahitan pengemas
i. Jahitan insang pari
a) untuk mengemas tepi kain atau basi kain

ii. Jahitan silang pangkah
a) Jahitan ini digunakan untuk menjahit kelepet, lapik, pita zip, serta
digunakan sebagai jahitan sulaman

iii. Jahitan sembat
a) Jahitan sembat halus , rapat dan kukuh.
b) Digunakan untuk menetapkan lipatan dan mengemaskan kelim dan
kelepet.

66

iv. Jahitan Sembat susup
a) Digunakan untuk mengekalkan kelepet skirt, blaus, lengan dan lapik-lapik
di lubang lengan, tepi lengan dan garis leher.

v. Jahitan Lubang Butang
a) Digunakan untuk mengemas lubang butang.
b) Untuk mengukuhkan lubang butang.

67

LATIHAN

Tarikh:
Nama Murid :
Arahan: Namakan mata jahitan yang berikut:
1. 2.

3. 4.

68

5. 6.
69

PENILAIAN PENCAPAIAN

NAMA MURID
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN

1. Senaraikan dua jenis mata jahitan sementara.
a. _________________________________
b. _________________________________

2. Senaraikan tiga jenis mata jahitan penyambung.
a. _________________________________
b. _________________________________
c. _________________________________

3. Senaraikan tiga jenis mata jahitan pengemas.
a. _________________________________
b. _________________________________
c. _________________________________

70

4. Padankan jenis mata jahitan dengan fungsinya yang betul.
i.

Jelujur Kasar Melekatkan tampal hias pada
ii. artikel atau pakaian

Jahitan Lilit Ubi Menyambung kain bagi
menggantikan jahitan mesin.

iii. Menjahit kelepet, lapik, pita zip,
Jahitan Kia serta digunakan sebagai
jahitan sulaman

iv. Menetapkan bahagian kain
Jahitan Silang Pangkah yang melengkung atau bekedut
yang akan teregang semasa
memadankan pakaian.

Nama Guru T/Tangan &
Tarikh

Disahkan Oleh T/Tangan &
Tarikh

Perolehan Markah : 8 – 10 = Kompeten

: 1–7 = Tidak Kompeten

Keputusan : Kompeten / Tidak Kompeten

71

MODUL 9

STANDARD KANDUNGAN
3 Menjahit jahitan asas
STANDARD PEMBELAJARAN
3.2 Menjahit mata jahitan
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh:
1. Menjahit jenis mata jahitan sementara
2. Menjahit jenis mata jahitan penyambung
3. Menjahit jenis mata jahitan pengemas
ALATAN/BBM
Benang, gunting, kain

72

PANDUAN KERJA

TUGASAN
Menghasilkan sampel mata jahitan.
Menyimpan hasil jahitan dalam bentuk folio.
ALATAN DAN BAHAN
1. Alatan menjahit
2. Sampel kain
PENCAPAIAN STANDARD
Menghasilkan sampel mata jahitan berdasarkan langkah-langkah menjahit yang
telah diberi.

73

LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT
1. JAHITAN SEMENTARA

LANGKAH MENJAHIT GAMBARAJAH

i) Jelujur Kasar

1. Mulakan jahitan dari kanan ke kiri
2. Mulakan dengan jahitan kia atau

simpul
3. Jahit dengan kasar anggaran 1cm

saiz dan jaraknya
4. Matikan jahitan dengan jahitan kia

74

ii) Jelujur Panjang Pendek
1. Mulakan dengan jahit kia dari

kanan ke kiri
2. la terdiri daripada mata jahitan

yang panjang 1 ¼ cm dan pendek
½ cm dan jaraknya ½cm.
3. Akhirkan jahitan dengan jahit kia.

75

76

2.JAHITAN PENYAMBUNG GAMBARAJAH

LANGKAH MENJAHIT

i) Jahitan Kia

1. Mula dan akhirkan jahitan dengan
jahit kia,

2. Jahit dari kanan ke kiri dengan
mata jahitan( 3mm –5mm)

3. Jahitan pertama adalah seperti
jeiujur halus.

4. Kemudian jarum dibawa balik ke
jahitan pertama dan dijahit ke
hadapan semula.

5. Ulang jahitan hingga siap

77

ii) Jahitan Halus
1. Mulakan jahitan dari kanan ke kiri

dengan jahitan kia.
2. Jahit dengan halus dan sama

jarak lebih kurang diantara 3mm
hinga 5mm.
3. Jahit hingga siap.
4. Matikan jahitan ini dengan jahitan
kia.

78

79

3. JAHITAN PENGEMAS GAMBARAJAH

LANGKAH MENJAHIT

i) Jahitan Insang Pari

1. Mulakan dengan menjahit jelujur halus
secara menegak di sebelah kiri.

2. Cucuk jarum menegak ke arah
penjahit.

3. Jahit dari kiri ke kanan dengan benang
bergelung di bawah jarum.

4. Apabila selesai menjahit, akhirkan
jahitan dengan menjahit beberapa
jelujur halus ke kanan mata jahitan
yang terakhir.

5. Mulakan dengan menjahit jelujur halus
secara menegak di sebelah kiri.

80

ii) Jahitan silang pangkah

1. Jahit dari kiri ke kanan
2. Jahit satu mata jahitan sembat pada

satu lapisan fabrik di bawah tepi
berjerumbai.
3. Tarik jarum keluar di bawah hujung
jahit kia yang telah dibuat.
4. Buat mata jahitan berikutnya pada dua
lapisan fabrik dan di atas hujung mata
jahitan sembat yang pertama.
5. Ulang jelujur halus mengikut cara ini
berselang-selang dengan selapisan
dan dua lapisan fabrik.

81

iii) Jahitan lilit ubi

1. Mulakan jahitan dengan meninggalkan
kira-kira 1 cm benang di antara lipatan
kain.

2. Jahit dari kanan ke kiri dengan jarum
menegak tepat pada tepi kain dan
menghala ke arah penjahit

3. Mata jahitan mesti rapat untuk
mengelakkan alur daripada terjadi.
Bentuk mata jahitan serong

4. Akhiri jahitan ini dengan menjahit balik
ke kanan di atas 3-4 mata jahitan lilit
ubi yang membentuk silang. Jahitan
ini kukuh dan erat.

82

iv) Jahitan Sembat

1. Dijahit dari kanan ke kiri dengan
jahitan menyerong pada sudut 30
darjah di sebelah dalam.

2. Mulakan dengan jahit kia di bawah
lipatan dan akhirnya dengan jahit
kia.

83

v) Jahitan Sembat Susup
1. Dijahit dari kanan ke kiri di sebelah

dalam (S.D.) kain.
2. Mulakan dengan jahit kia di bawah

Iipatan.
3. Ambil sedikit kain serapat yang boleh

dengan tepi berlipat.
4. Tarik jarum keluar. Kemudiannya,

susupkan jarum di dalam Iipatan
dengan jaraknya kira-kira ½ cm.

vi) Jahitan Lubang Butang
1. Mulakan jahitan dengan jahitan kia

dari kiri ke kanan.
2. Cucuk jarum menegak dari sebelah

84

dalam fabrik ke sebelah luar fabrik.
3. Tarik benang dan susup di bawah

jarum.
4. Jahit sehingga siap.
5. Matikan jahitan dengan jahitan kia.

85

MODUL 10

STANDARD KANDUNGAN
3 Menjahit jahitan asas
STANDARD PEMBELAJARAN
3.3 Menjahit kancing
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini, murid boleh:
1. Menjahit butang berlubang dua
2. Menjahit butang berlubang empat
3. Menjahit butang bertangkai
4. Menjahit butang dan rumah butang bersirat
5. Menjahit cangkuk dan palang
6. Mengamalkan peraturan keselamatan dan kebersihan di dalam bengkel.

ALATAN/BBM
kain, benang, gunting, butang

86

PANDUAN KERJA

TUGASAN
Menghasilkan sampel jahitan kancing.
Menyimpan hasil jahitan dalam bentuk folio.
ALATAN DAN BAHAN
1. Alatan menjahit
2. Sampel kain
PENCAPAIAN STANDARD
Menjahit sampel jahitan kancing berdasarkan langkah-langkah menjahit yang telah
diberi.

87

LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT GAMBARAJAH
LANGKAH MENJAHIT

i. Butang berlubang dua
1. Buat jahitan kia pada S.L pakaian
pada kedudukan butang.
2. Masukkan jarum ke dalam lubang
yang kedua.
3. Cucuk jarum ke S.D pakaian.
4. Letakkan sebatang peniti di atas
butang itu.
5. Jahit beberapa kali dengan melalui
batang peniti itu.
6. Tanggalkan peniti dan tarik butang ke
atas.
7. Lilitkan benang untuk membentuk
tangkai butang.
8. Cucuk jarum kesebelah dalam.
9. Kemaskan dengan jahitan ulat-ulat

88

89

LANGKAH MENJAHIT GAMBARAJAH

ii. Butang berlubang empat.

1. Buat dua jahitan kia pada S.L pakaian
pada kedudukan butang.

2. Letakkan sebatang peniti di atas
butang itu.

3. Keluarkan jarum pada lubang (a) dan
cucuk jarum pada lubnag (b).

4. Pusing butang suku ke kanan hingga
lubang (a) terletak di tempat asal
lubang (d).

5. Keluarkan benang pada lubang (b)
dan cucuk jarum pada lubang (d).

6. Tarik jarum dan benang.
7. Pusing butang suku ke kiri hingga

lubang (a) terletak di tempat asalnya.
8. Keluarkan benang pada lubang (a)

dan cucuk jarum pada lubang (c).
9. Tarik jarumdan benang.
10. Sambung menjahit dua atau tiga kali.
11. Tanggalkan pin dan tarik butang ke

90

atas.
12. Lilit benang pada tangkai butang

hingga ketat.
13. Cucuk jarum dan tarik keluar ke

sebelah dalam fabrik.
14. Pada sebelah dalam fabrik jahit insang

pari.

91

LANGKAH MENJAHIT GAMBARAJAH

iii. Butang Bertangkai
1. Mulakan denagan menjahit dua kali.
Masukkan jarum dalam lubang tangkai
butang.

2. Cucukkan jarum ke sebelah dalam
fabrik. Teruskan menjahit tiga atau
empat lapis.

3. Sudahkan bahagian dalam fabrik
dengan insang pari pada benang
jahitan seperti menjahit sebelah dalam
butang.

iv. Butang dan rumah butang bersirat

1. Jahit butang mengikut jenisnya pada
tempat yang tertentu.

2. Temukan kedua-duanya tepi belah
sebelah-menyebelah.

3. Tanda dengan peniti lebar butang dan
pertengahan butang.

92

4. Jelujur tepi belah pada sekeping
kertas.

5. Sematkan peniti pada kertas
mengikuttanda pertengahan butang
dan ½ lebar butang dari tepi belah.

6. Jahit 3-4 kali di antara tanda-tanda
lebar butang dengan melalukan
benang pada peniti di kertas.

7. Tanggalkan peniti dan kertas.
8. Jahit insang pari pada benang-

benang.
9. Untuk mematikan, susup benang di

antara lapisan fabrik.

93


Click to View FlipBook Version