The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK PERPUSTAKAAN MAYA CNAA, 2021-08-17 03:21:42

MODUL PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH

MODUL PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH

Keywords: MODUL PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK: MARI BERWUDUK

AKTIVITI 13 30 minit
M ASA:

TUNJANG UTAMA: Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam

STANDARD (PI 2.2.4) Melakukan wuduk mengikut tertib (urutan)
PEMBELAJARAN: dengan bimbingan

TUNJANG LAIN YANG Perkembangan Fizikal dan Estetika, Ketrampilan,
DISEPADUKAN: Bahasa Malaysia

OBJEKTIF: Melakukan wuduk dengan tertib
(Amali)

KONSEP UTAMA: Berwuduk itu satu ibadah.

ALATAN: Tempat wuduk/tempat yang sesuai untuk wuduk
Alas kaki.

LANGKAH PENGAJARAN:

1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa.

2. Guru bersoaljawab dengan murid:

- Siapa pernah melihat orang berwuduk?
- Di mana? (surau/masjid)
- Berwuduk menggunakan apa? (Air)
- Guru menasihati murid semasa berwuduk supaya tidak membazir air

dan membuka paip dengan kadar air yang perlahan.
- Melafazkan Bismillah
- Membasuh tangan
- Berkumur-kumur
- Membasuh muka bersama niat wuduk
- Basuh tangan hingga ke siku
- Menyapu bahagian depan kepala
- Membasuh kedua belah telinga
- Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali

3. Guru menunjukkan cara berwuduk dengan cara yang sempurna

4. Murid melakukan amali berwuduk

43

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

Contoh :

BIL ANGGOTA WUDUK LEKATKAN GAMBAR DI SINI
Table 1

1. Basuh tangan

Table 2

2. Berkumur-kumur

Table 3

3. Memasukkan air ke dalam
hidung

Table 4

4. Basuh muka

44

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

BIL ANGGOTA WUDUK LEKATKAN GAMBAR DI SINI

Table 5

5. Membasuh tangan hingga
ke siku

Table 6

6. Membasuh kepala

Table 7

7. Membasuh telinga

Table 8

8. Membasuh kaki

45

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK: KENALI SOLAT DAN WAKTUNYA

AKTIVITI 14 30 minit
Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam
M ASA: (PI 2.3.3) Menyatakan Nama Dan Waktu Solat
TUNJANG UTAMA: (pagi, tengahari, petang, malam)

STANDARD Perkembangan Fizikal dan Estetika, Bahasa Malaysia
PEMBELAJARAN:
Murid dapat menyatakan nama dan waktu solat
TUNJANG LAIN YANG Mengetahui nama dan waktu solat
DISEPADUKAN:
OBJEKTIF:

KONSEP UTAMA:

ALATAN: Carta senikata lagu, gambar dan kad perkataan.

LANGKAH PENGAJARAN:

1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa.

2. Guru Memperdengarkan lagu” Waktu Solat”.

Solat Subuh di awal pagi
Solat Zohor di tengahari
Waktu petang Solat Asar
Tunai Solat dengan sabar

Solat Maghrib matahari terbenam
Solat Isyak di waktu malam
Lima waktu sehari semalam
Tanda abdi kepada Tuhan

( Irama Trek Tek Tek )

3. Guru bersoaljawab mengenai waktu solat
Contoh :
• Bilakah waktu Solat Zohor?
• Bilakah waktu Solat Isyak?

4. Murid dibahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan A menyebut nama solat
manakala Kumpulan B menyebut waktu solat

46

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK: BILANGAN RAKAAT

AKTIVITI 15 30 minit
Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam
M ASA:
(PI 2.3.4) Menyatakan bilangan rakaat Solat 5 waktu
TUNJANG UTAMA:
Perkembangan Fizikal dan Estetika, Bahasa Malaysia,
STANDARD Literasi Sains dan Teknologi
PEMBELAJARAN: Murid dapat menyatakan bilangan rakaat solat 5 waktu

TUNJANG LAIN YANG
DISEPADUKAN:

OBJEKTIF:

KONSEP UTAMA: Mengetahui dan menyebut bilangan rakaat solat 5
ALATAN: waktu

Carta senikata lagu, kad nombor

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa.

2. Guru Memperdengarkan nasyid ” Bilangan Rakaat Solat”.

2, 4, 4, 3 dan 4
Mari kawan-kawan kita solat
Subuh 2 rakaat, Maghrib 3 rakaat
Zohor, Asar, Isyak 4 rakaat

(Irama : Air Pasang Pagi)

3. Guru bersoaljawab berpandukan lagu yang diperdengarkan.

Contoh :
a. Sebutkan nama-nama solat yang kamu dengar tadi?
b. Apakah nombor yang kamu dengar tadi?

47

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

4. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut waktu solat
Kumpulan Subuh – 2 orang
Kumpulan Zohor – 4 orang
Kumpulan Asar – 4 orang
Kumpulan Maghrib – 3 orang
Kumpulan Isyak – 4 orang

5. Setiap kumpulan yang disebut oleh guru akan memberi tindakbalas

Contoh :

Mana Subuh ? Kami di sini

Kira ahli Subuh - Satu, dua

(3 Bahasa) - One, two

- Wahid, ithnani

Begitulah seterusnya sehingga semua ahli kumpulan dapat mengikuti
permainan.

Gambar Gambar

48

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK: BERDIRI TEGAK DAN TAKBIRATUL IHRAM

AKTIVITI 16

M ASA: 30 minit

TUNJANG UTAMA: Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam

STANDARD (PI 2.3.5) Melakukan pergerakan solat dengan betul
PEMBELAJARAN: dan mengikut tertib melalui bimbingan guru.

TUNJANG LAIN YANG Perkembangan Fizikal dan Estetika, Bahasa Malaysia,
DISEPADUKAN:

OBJEKTIF: Murid dapat melakukan perbuatan Berdiri dan
Takbiratul Ihram

KONSEP UTAMA: Mengetahui perbuatan berdiri dan Takbiratul Ihram

ALATAN: CD,VCD

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa.

2. Murid menonton video orang yang mengerjakan solat

3. Guru menerangkan bahawa setiap orang Islam digalakkan mendirikan solat
sejak dari kecil. Allah memberi tanggungjawab kepada ibu bapa supaya
membiasakananak-anak solat dari kecil dan usianya 7 tahun. Ibu bapa boleh
merotan anak mereka yang tidak menunaikan solat. Bila seseorang yang
telah akhir baligh sehingga ke akhir hayatnya wajib menunaikan solat yang
telah ditentukan waktunya. Berdosa sekiranya solat itu ditinggalkan.

4. Guru menyebut ALLAHU AKBAR diikuti oleh murid berulang-ulang dengan
bacaan yang betul dan menjaga sebutan setiap hurufnya.

5. Guru menunjukkan cara :

a. Berdiri mengadap kiblat,
b. Berdiri lurus dengan menundukkan sedikit kepala ke hadapan,
c. Mata melihat tempat sujud,
d. Kedua kaki diregangkan sedikit,
e. Angkat kedua belah tangan ke paras bahu dan hujung jari di

bawah cuping telinga dengan tapak tangan mengadap kiblat
sambil menyebut ALLAHU AKBAR serentak dengan perbuatan
dalam hati berniat : Sahaja Aku Solat Fardhu Zohor 4 rakaat
kerana Allah Ta ala.

6. Murid melakukan simulasi pergerakan solat tersebut.
49

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK: RUKUK DAN IKTIDAL

AKTIVITI 17

M ASA: 30 minit

TUNJANG UTAMA: Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam

STANDARD (PI 2.3.5) Melakukan pergerakan solat dengan betul
PEMBELAJARAN: dan mengikut tertib melalui bimbingan guru.

TUNJANG LAIN YANG Perkembangan Fizikal dan Estetika, Bahasa Malaysia,
DISEPADUKAN:

OBJEKTIF: Murid dapat melakukan perbuatan Rukuk dan Iktidal
KONSEP UTAMA: Mengetahui perbuatan Rukuk dan Iktidal

ALATAN: Gambar murid sedang rukuk

LANGKAH PENGAJARAN:

1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa.

2. Murid memerhati gambar orang yang sedang rukuk dan guru menunjukkan
cara Rukuk

50

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

3. Guru meminta murid melakukan Rukuk dengan meletakkan tapak tangan di
atas dua lutut, posisi lutut tegak, punggung kepala dan leher lurus. Bagi lelaki
siku diregangkan dari lambunya sementara bagi perempuan perlu dirapatkan
siku dengan lambungnya. Apabila kedudukan semua sudah sempurna,
berdiri semula sambil mengangkat kedua belah tangan sampai ke bahu

sambil menyebut dan berada dalam keadaan berdiri

tegak.

4. Murid melakukan Rukuk dan Iktidal berulang kali

Gambar Gambar

Gambar Gambar

51

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

AKTIVITI 18 TAJUK: SUJUD
M ASA:
30 minit

TUNJANG UTAMA: Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam

STANDARD (PI 2.3.5) Melakukan pergerakan solat dengan betul
PEMBELAJARAN:

TUNJANG LAIN YANG Perkembangan Fizikal dan Estetika, Bahasa Malaysia,
DISEPADUKAN:

OBJEKTIF: Murid dapat melakukan perbuatan Sujud dan Duduk
Di antara Dua Sujud

KONSEP UTAMA: Sujud dan Duduk Di antara Dua Sujud adalah Rukun
ALATAN: Solat

Gambar

LANGKAH PENGAJARAN:

1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa.

2. Murid memerhati gambar pelakuan sujud

52

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

3. Guru menunjukkan cara sujud dan duduk antara dua sujudyang betul.

a. Bila mula sujud letakkan kedua lutut di atas lantai, dan kedua tangan,
kemudian muka – dahi dan hidung.

b. Bagi lelaki regangkan siku dari rusuk sementara bagi perempuan
dirapatkan siku ke rusuk.

c. Posisi kaki pula diregangkan bagi lelaki dan dirapatkan bagi
perempuan dengan kaki ditegakkan di atas hujung-hujung jari kaki
mengadap kiblat.

d. Duduk di antara dua sujud di atas kaki kiri dan ditegakkan kaki kanan

4. Murid melakukan perbuatan sujud dan duduk di antara dua sujud berulang
kali.

Gambar Gambar

Gambar Gambar

53

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK: TAHIYYAT DAN SALAM

AKTIVITI 19

M ASA: 30 minit

TUNJANG UTAMA: Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam

STANDARD (PI 2.3.5) Melakukan pergerakan solat dengan betul
PEMBELAJARAN: dan mengikut tertib melalui bimbingan guru.

TUNJANG LAIN YANG Perkembangan Fizikal dan Estetika, Bahasa Malaysia,
DISEPADUKAN:

OBJEKTIF: Murid dapat melakukan Tahiyat Awal, Tahiyat Akhir
dan Salam

KONSEP UTAMA: Tahiyat Awal, Tahiyat Akhir dan Salam adalah Rukun
Solat

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa.

2. Murid diminta menunjukkan cara Duduk Di antara Dua Sujud. Guru
menyatakan perbuatan tersebut sama dengan perbuatan Duduk Tahiyat
Awal.

3. Guru menunjukkan duduk Tahiyat Akhir dengan punggung kiri di lantai,
masukkan kaki kiri di bawah kaki kanan, kaki kanan pula ditegakkan ke lantai
dengan jari-jari kaki dilipatkan ke hadapan mengadap kiblat. Tapak tangan
kiri diletakkan di atas lutut kiri dan jari-jari kanan digenggam jari telunjuk di
keluarkan.

4. Memberi salam dengan memalingkan muka ke sebelah kanan kemudian ke
kiri. Pastikan semasa berpalingkan ke kiri dan ke kanan, orang yang di
belakang boleh nampak pipi kita. Semasa berpaling ke kiri dan ke kanan itu
ucapkanlah Salam.

5. Murid melakukan duduk Tahiyat Awal, Tahiyat Akhir dan Salam

54

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

Gambar Foto Gambar Foto

Gambar Foto Gambar Foto

55

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

AKTIVITI 20 TAJUK: AMALI SOLAT
M ASA:
TUNJANG UTAMA: 30 minit
STANDARD Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam
PEMBELAJARAN: (PI 2.4.5) Melakukan pergerakan solat dengan betul
TUNJANG LAIN YANG
DISEPADUKAN: Perkembangan Fizikal dan Estetika, Bahasa Malaysia,

OBJEKTIF: Murid dapat melakukan Pergerakan Solat dengan
Tertib
KONSEP UTAMA: Solat wajib dilakukan oleh setiap orang Islam

ALATAN: Slaid, Komputer, Lokasi di Surau

LANGKAH PENGAJARAN:

1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa.

2. Guru menayangkan slaid pergerakan solat.

3. Murid mendengar penerangan daripada guru tentang pergerakan solat.

4. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Guru memilih seorang murid lelaki
dan seorang perempuan berdiri di hadapan kumpulan dan menunjukcara
pergerakan solat mengikut tertib. Murid dalam kumpulan mengikut
pergerakan mereka sambil diperbetulkan oleh guru.

5. Murid melakukan pergerakan solat mengikut tertib dalam kumpulan.

56

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsCompleMteodul Pendidikan Islam Prasekolah
SIRAH

SIRAH

61

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsCompleMteodul Pendidikan Islam Prasekolah
SIRAH

TAJUK : NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH

AKTIVITI 1 30 MINIT
M ASA: Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam
TUNJANG UTAMA:
(PI 3.1.3) Menyebut nama Rasulullah S.A.W dan ahli
STANDARD keluarga baginda yang terdekat.
PEMBELAJARAN:
TUNJANG LAIN YANG Perkembangan Fizikal dan Estetika, Perkembangan
DISEPADUKAN: Sosioemosi, Ketrampilan.

OBJEKTIF: 1. Menyebut nama Rasulullah
2. Melafaz selawat kepada Rasulullah
KONSEP UTAMA:
ALATAN: Nabi Muhammad Rasul Terakhir
CD selawat, kad perkataan

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid dibimbing membaca doa belajar.

2. Murid mendengar selawat.

-

3. Guru mengemukakan soalan:
- Sebutkan nama yang terdapat dalam selawat tadi.

4. Guru menerangkan bahawa apa yang diperdengarkan tadi adalah
Selawat Nabi.

5. Guru menyatakan nama Nabi kita ialah Nabi Muhammad, sambil

menunjukkan kad perkataan

6. Guru meminta murid yang bernama Muhammad tampil ke hadapan dan
menerangkan nama mereka adalah sempena mengambil nama Nabi
Muhammad.

62

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsCompleMteodul Pendidikan Islam Prasekolah
SIRAH

7. Murid menyebut Muhammad Nabi Kita bersama-sama.
8. Murid berselawat beramai-ramai dengan bimbingan guru.

GAMBAR GAMBAR

GAMBAR

63

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsCompleMteodul Pendidikan Islam Prasekolah
SIRAH

TAJUK : KELUARGA RASULULLAH S.A.W

AKTIVITI 2 30 MINIT
M ASA: Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam
TUNJANG UTAMA: (PI3.1.3) Menyebut nama ahli keluarga baginda yang
terdapat
STANDARD Bahasa Malaysia, Perkembangan Fizikal dan
PEMBELAJARAN: Penjagaan Kesihatan, Estetika dan Kreativiti
TUNJANG LAIN YANG
DISEPADUKAN: Murid dapat menyebut nama ahli keluarga Rasulullah

OBJEKTIF: Nabi Muhammad Rasul Terakhir
CD Selawat, kad imbasan
KONSEP UTAMA:
ALATAN:

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan melafaz doa belajar

2. Guru mempamerkan carta pantun dan memperdengarkan pantun tersebut
“Keluarga Rasulullah”
Pergi ke Kedah membeli gamat,
Buat ubat penyakit lelah,
Nabi kita Nabi Muhammad,
Bondanya Aminah ayahnya Abdullah.
Hantar baju ke kedai dobi,
Hendak mencuci kebaya nyonya,
Abdul Mutalib datuk Nabi,
Abu Talib bapa saudaranya.

64

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsCompleMteodul Pendidikan Islam Prasekolah
SIRAH

3. Murid berpantun Keluarga Rasulullah
4. Murid mengikut sebutan guru:

1. Nama Nabi kita ialah Nabi Muhammad
2. Nama ibu ialah Aminah
3. Nama ayah Nabi ialah Abdullah
4. Nama bapa saudara Nabi ialah Abu Talib
5. Nama datuk Nabi ialah Abdul Mutalib

5. Guru bersoal jawab dengan murid

Contoh soalan:

- Siapakah Nama Nabi Muhammad?

- Siapakah nama datuk Nabi?

- Siapakah nama ayah Nabi?

6. Guru memperdengarkan lagu (irama lagu Anaklah Ayam)

Nabi lah kita
Nabi kita
Namanya Muhammad

Ibunya pula
Ibunya pula
Siti Aminah
Abdullah ayahnya
Abdullah ayahnya
Meninggal dunia
Diambil datuknya
Diambil datuknya
Abdul Mutalib

7. Guru meminta murid mengulang semula berkaitan dengan nama-nama anggota
keluarga Nabi Muhammad

65

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsCompleMteodul Pendidikan Islam Prasekolah
SIRAH

TAJUK : KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W

AKTIVITI 3

MASA : 30 MINIT

TUNJANG UTAMA: Kerohanian dan Sikap dan Nilai
Pendidikan Islamm

STANDARD PEMBELAJARAN: (PI 3.1.4) Menceritakan peristiwa
kelahiran Rasulullah S.A.W

TUNJANG LAIN YANG DISEPADUKAN: Perkembangan Fizikal dan Kesihatan dan
Estetika,Bahasa Malaysia,Keterampilan

OBJEKTIF: Menceritakan semula peristiwa sebelum
kelahiran Rasulullah S.A.W dengan betul.

KONSEP UTAMA: Mencintai Rasulullah S.A.W

ALATAN: CD surah lazim, kad perkataan

LANGKAH PENGAJARAN:

1. Murid memulakan pembelajaran dengan melafaz doa belajar

2. Murid diperdengarkan dengan Surah Al-Fil.

3. Guru membacakan maksud Surah Al-Fil.

4. Guru menjelaskan surah tersebut berkaitan dengan peristiwa sebelum kelahiran
Rasulullah.

5. Guru bercerita tentang peristiwa sebelum kelahiran Rasulullah S.A.W.

Kota Mekah merupakan sebuah kota yang suci.Ramai orang datang ke
Makkah kerana Kaabah. Raja Abrahah dengki dengan kehebatan Kaabah.
Dia hendak meruntuhkan Kaabah.Satu hari Abrahah dan tentera bergajah
datang menyerang Kaabah. Tiba-tiba datang sekumpulan burung Ababil
membawa batu-batu panas dari neraka.Tentera Raja Abrahah telah dilontar
dengan batu-batu tersebut sehingga binasa.Selepas peristiwa itu Nabi
Muhammad S.A.W dilahirkan. Lalu tahun itu dinamakan Tahun Gajah.

6. Bersoal jawab berkaitan isi cerita yang telah didengar.

7. Menyebut perkataan-perkataan penting dalam cerita.
Contoh: Abrahah,Burung Ababil,Kaabah,Kota Makkah.

66

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsCompleMteodul Pendidikan Islam Prasekolah
SIRAH

TAJUK : JUNJUNGAN MULIA

AKTIVITI 4

MASA : 30 MINIT

TUNJANG UTAMA: Kerohanian dan Sikap dan Nilai
Pendidikan Islamm

STANDARD PEMBELAJARAN: (PI 3.1.4) Menceritakan peristiwa
kelahiran Rasulullah S.A.W

TUNJANG LAIN YANG DISEPADUKAN: Perkembangan Fizikal dan Kesihatan dan
Estetika,Bahasa Malaysia,Keterampilan,
Literasi Sains dan Teknologi

OBJEKTIF: Murid boleh menyebut peristiwa penting
kelahiran Rasulullah S.A.W

KONSEP UTAMA: Mengetahui sejarah kelahiran Nabi.

ALATAN: CD, kad perkataan

LANGKAH PENGAJARAN:

1. Murid membaca doa belajar dengan bimbingan guru

2. Guru memperdengarkan nasyid sejarah kelahiran nabi

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Makkah
Hari yang indah penuh saadah
Bermulalah sebuah kisah

Hari Isnin Subuh yang indah
12 Rabiul Awal yang cerah
20 April Tahun Gajah
Lahirlah zuriat yang saadah
Muhammad nama yang diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat diilahi sama disyukuri
Untuk umat dia berbakti

3. Guru mempamerkan kad perkataan sambil bercerita kisah kelhiran nabi.
4. Guru bersoal jawab daripada kisah yang diceritakan.
5. Murid sekali lagi mendengar lagu Kelahiran Nabi

67

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

AKHLAK

68

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK : SIFAT RASULULLAH - SIFAT AMANAH

AKTIVITI 1

MASA : 30 minit

TUNJANG UTAMA : Kerohanian, nilai dan sikap – Pendidikan
Islam

STANDARD : (P.I.4.1.2) Menyebut akhlak Rasulullah
PEMBELAJARAN s.a.w: Amanah

TUNJANG LAIN YANG Komunikasi – Bahasa Malaysia,
DISEPADUKAN : Keterampilan

OBJEKTIF : Murid dapat menyatakan sifat amanah
Rasulullah s.a.w
KONSEP / KEMAHIRAN
ALATAN : Amanah sifat terpuji

: Buku cerita

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan Doa Belajar.

2. Guru meletakkan gula-gula di atas meja. Setiap murid diminta
mengambil sebiji gula-gula. Murid diminta duduk di tempat masing-
masing dan meletakkan gula-gula tersebut di hadapan mereka. Guru
memeriksa setiap gula-gula yang ada pada murid untuk mengaitkan sifat
amanah. Guru menjelaskan sifat murid yang mengambil sebiji gula-gula
adalah bersifat amanah.

3. Guru menyampaikan cerita mengenai sifat amanah Nabi Muhammad.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w remaja, baginda telah diberi amanah
oleh Siti Khadijah untuk menjalankan perniagaannya. Siti Khadijah
seorang ahli perniagaan yang kaya raya. Apabila Nabi Muhammad ikut
berniaga, perniagaan Siti Khadijah mendapat keuntungan yang banyak.
Dengan sifat amanah baginda menyerahkan semua hasil perniagaannya
kepada Siti Khadijah, Siti Khadijah amat berpuas hati, terhutang budi
dan sayang kepada Nabi Muhammad.

Inilah sifat amanah Nabi Muhammad yang kita sayangi dan menjadi
kebanggaan umat Islam. Kita hendaklah mencontohi sifat amanah Nabi
Muhammad.

69

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

4. Guru bersoaljawab dengan murid.
Contoh:
a. Siapakah ahli perniagaan yang kaya-raya itu?
b. Mengapakah Nabi Muhammad disayangi oleh Siti Khadijah?

GAMBAR GAMBAR

GAMBAR

70

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK : SIFAT BENAR

AKTIVITI 2

MASA : 30 minit

TUNJANG UTAMA : Kerohanian, nilai dan sikap – Pendidikan
Islam

STANDARD : (PI 4.1.2) Menyebut Akhlak Rasulullah
PEMBELAJARAN s.a.w.: Siddiq

TUNJANG LAIN YANG : Komunikasi – Bahasa Malaysia,
DISEPADUKAN Perkembangan Fizikal dan Estetika

OBJEKTIF : Murid dapat menyebut Akhlak Rasulullah
s.a.w.: Siddiq

KONSEP / KEMAHIRAN : Siddiq amalan mulia

ALATAN : CD

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa belajar.

2. Guru membimbing murid memulakan pembelajaran berselawat ke atas
junjungan Nabi Muhamad s.a.w.

( 3 x)

3. Guru menyampaikan sebuah cerita mengenai sifat siddiq Rasulullah
s.a.w.
Guru menceritakan sifat Sidiq/benar Rasulullah s.a.w. Setiap masa
Rasulullah s.a.w. bercakap benar. Sahabat Rasulullah s.a.w. amat
sayang kepadanya. Semasa berlaku Israk Mikraj, Rasulullah s.a.w.
memberitahu sahabatnya Abu Bakar. Abu Bakar terus mempercayai
nya. Kata Saidina Abu Bakar, sekiranya Rasulullah s.a.w.
menceritakan peristiwa yang lebih dari itu pun dia aku percaya kerana
Rasulullah s.a.w. adalah manusia yang tidak pernah cakap bohong.

4. Bersoaljawab berpandukan cerita.
Contoh:
a. Siapakah nama sahabat Rasulullah s.a.w.?
b. Mengapa Saidina Abu Bakar percaya kepada kata-kata Rasulullah
s.a.w.?

5. Guru menasihatkan murid supaya selalu bercakap benar dan
mencontohi Rasulullah.

71

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK : RASULULLAH YANG BIJAKSANA

AKTIVITI 3

MASA : 30 minit

TUNJANG UTAMA : Akhlak, kerohanian, nilai dan sikap

STANDARD : (PI 4.1.2) Menyebut Akhlak Rasulullah s.a.w.:
PEMBELAJARAN Fatonah

TUNJANG LAIN YANG : Perkembangan Fizikal dan Estetika, Komunikasi –
DISEPADUKAN Bahasa Malaysia

OBJEKTIF : Murid dapat menyebut Akhlak Rasulullah s.a.w.:
Fatonah

KONSEP / KEMAHIRAN : Bijaksana adalah sifat mahmudah

ALATAN : Kad perkataan, seni kata lagu

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan Doa Belajar.

2. Murid memulakan pembelajaran berselawat kepada Rasulullah s.a.w.

3. Guru menyampaikan cerita yang bertajuk: Fatonah Rasulullah s.a.w.

“Pada suatu hari semasa hayat Rasulullah s.a.w. telah berlaku banjir
besar di kota Mekah. Hajarul Aswad telah hanyut dibawa air ke tempat
lain. Semua ketua kaum bergaduh kerana berebut untuk meletakkan
Hajarul Aswad ke tempat asalnya. Rasulullah s.a.w telah dipilih untuk
menyelesaikan masalah. Baginda telah membentangkan serbannya
kemudian meletakkan Hajarul Aswad di atasnya. Baginda menyuruh
semua ketua kaum memegang sekeliling tepi serban dan mengangkat
bersama-sama.

Daripada cerita tersebut, guru menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w.
seorang yang bijaksana kerana dapat menghentikan pergaduhan dengan
cara yang baik.

4. Murid diminta menyebut sifat-sifat Rasulullah s.a.w. yang telah dipelajari:

Siddiq = benar
Amanah = jujur
Fatonah = bijaksana

72

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

5. Guru dan murid bernasyid lagu :

Sifat Terpuji

Sifat-sifat terpuji pada Rasulullah
Sidiq, amanah dan Fatonah
Mari kita contohi setiap hari
Hidup jadi bahagia dan disayangi

Mari kawan mari kita amalkan
Pesan Nabi kita jadi pedoman
Kalau kita baik dapat ganjaran
Ibu bapa sayang, dapat ramai kawan

(irama lagu: Anak Itik Tok Wi)

. gambar
gambar

gambar

73

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK : DOA PENERANG HATI

AKTIVITI 4 : 30 minit
MASA Kerohanian, Nilai dan Sikap – Pendidikan

TUNJANG UTAMA :
Islam
STANDARD
PEMBELAJARAN : (PI 4.2.5) Melafaz Doa Penerang Hati
TUNJANG LAIN YANG
DISEPADUKAN : Komunikasi – Bahasa Malaysia
OBJEKTIF : Murid dapat melafazkan Doa Penerang Hati
KONSEP / KEMAHIRAN : Membaca doa amalan mulia
ALATAN : Carta doa, kad potongan ayat

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa belajar.

2. Guru mempamerkan carta Doa Penerang Hati.

3. Guru membaca doa tersebut diikuti oleh murid.
4. Guru melatihtubi murid membaca potongan doa dalam 3 kumpulan.

Selepas 5 minit murid berpindah ke kumpulan berikutnya.

5. Murid membaca doa penerang hati beramai-ramai berulang-ulang kali.
74

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

.

TAJUK : DOA NAIK KENDERAAN

AKTIVITI 5 : 30 minit
MASA

TUNJANG UTAMA : Kerohanian, Nilai dan Sikap – Pendidikan Islam

STANDARD : (P.I.4.1.5) Melafaz Doa Menaiki Kenderaan
PEMBELAJARAN

TUNJANG LAIN YANG : Komunikasi – Bahasa Malaysia
DISEPADUKAN
: Murid dapat melafaz Doa Menaiki Kenderaan
OBJEKTIF : Membaca doa amalan mulia

KONSEP / KEMAHIRAN

ALATAN : Carta doa, kad perkataan

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan Doa Belajar.

2. Guru mempamerkan carta Doa Menaiki Kenderaan.

3. Murid mendengar bacaan doa yang dilafazkan oleh guru.

4. Murid menyebut doa mengikut potongan ayat yang disediakan diikuti oleh
murid-murid berulang-ulang kali.

5. Murid menghafaz doa naik kenderaan dengan bimbingan guru.

6. Murid diminta melakonkan aksi menaiki bas dan membaca doa menaiki
kenderaan.
75

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK : ADAB SEBELUM MAKAN

AKTIVITI 6 : 30 minit
MASA
: Kerohanian, nilai dan sikap – Pendidikan
TUNJANG UTAMA Islam

STANDARD : (PI 4.2.6) Menyatakan Adab Sebelum Makan
PEMBELAJARAN dan Minum
TUNJANG LAIN YANG
DISEPADUKAN : Fizikal dan Estetika, Komunikasi – Bahasa
Malaysia
OBJEKTIF
: Murid dapat menyatakan Adab Sebelum
KONSEP / KEMAHIRAN Makan dan Minum

: Amalkan adab Islam dalam kehidupan

ALATAN : Seni kata lagu, makanan dan minuman

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan Doa Belajar.

2. Guru membawa murid ke ruang makan dengan sedikit makanan dan minuman
disediakan. Guru menerangkan dan menunjukcara adab sebelum makan.

• Membersihkan kedua-dua tangan
• Bantu ibu atau penyedia makanan
• Duduk dengan beradab menghadapi makanan
• Tidak makan dan minum sebelum membaca doa
• Baca Basmalah dan Doa Makan

3. Murid makan dengan melaksanakan semua adab makan.
4. Murid bernasyid Adab Sebelum Makan

Cuci tangan duduk sopan
Guna tangan yang kanan
Bismillah dan baca doa
Itu adab sebelum makan.

(lirik : bangun pagi gosok gigi)

76

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK : ADAB MAKAN

AKTIVITI 7

MASA : 30 minit

TUNJANG UTAMA : Kerohanian, nilai dan sikap – Pendidikan Islam
: (PI 4.2.6) Menyatakan Adab Semasa Makan
STANDARD : Perkembangan Fizikal dan Estetika
PEMBELAJARAN : Murid dapat menyatakan adab semasa makan
TUNJANG LAIN YANG
DISEPADUKAN

OBJEKTIF

KONSEP / KEMAHIRAN : Amalkan adab Islam dalam kehidupan

ALATAN : Carta Adab Makan

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan Doa Belajar.

2. Murid dibawa ke ruang makan dan melakukan adab sebelum makan.

3. Guru menerangkan adab semasa makan.

• Makan menggunakan tangan kanan.
• Persilakan yang lebih tua menjamah makanan terlebih dahulu.
• Mulakan dengan mengambil makanan yang paling hampir.
• Ambil sekadar yang perlu dimakan sahaja.
• Bercakap semasa makanan tidak ada dalam mulut.
• Makan dengan cermat dan tidak gopoh.
• Pastikan makanan hancur sebelum ditelan.

4. Guru menyebut adab semasa makan sambil diikuti oleh murid-murid.

5. Simulasi adab semasa makan dengan bimbingan guru.

77

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK : ADAB SELEPAS MAKAN

AKTIVITI 8

MASA : 30 minit

TUNJANG UTAMA : (PI 4.2.6) Kerohanian, Nilai dan Sikap
: Menyatakan Adab Selepas Makan
STANDARD : Komunikasi – Bahasa Malaysia
PEMBELAJARAN

TUNJANG LAIN YANG
DISEPADUKAN

OBJEKTIF : Murid dapat menyatakan Adab Selepas Makan

KONSEP / KEMAHIRAN : Amalkan adab Islam dalam kehidupan

ALATAN : Carta Adab Selepas Makan, gambar, gam

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa belajar.

2. Murid mengamalkan adab sebelum dan adab semasa makan di ruang
makan.

3. Guru menerangkan adab selepas makan:

• Makan sehingga habis makanan yang diambil, jangan
tinggal walaupun sedikit makanan yang boleh dimakan.

• Jangan caci makanan seperti mengatakan makanan ini
tidak sedap.

• Kutip sisa makanan.
• Tinggalkan tempat makan dalam keadaan bersih.
• Basuh peralatan makan.
• Basuh tangan.
• Ucaplah terima kasih kepada penyedia makanan.
• Lafazkan alhamdulillah dan doa selepas makan.

4. Guru menyebut adab selepas makan diikuti oleh murid-murid.

5. Murid melakukan simulasi adab selepas makan yang dipelajari.

78

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

AKTIVITI TAJUK : DOA SELEPAS MAKAN
MASA
:9
: 30 minit

TUNJANG UTAMA : Kerohanian, nilai dan sikap – Pendidikan Islam

STANDARD : (PI 4.2.7) Melafazkan Doa Sebelum Makan
PEMBELAJARAN
: Komunikasi – Bahasa Malaysia
TUNJANG LAIN YANG
DISEPADUKAN : Murid dapat menyebut lafaz doa sebelum
makan
OBJEKTIF
: Membaca doa amalan mulia
KONSEP / KEMAHIRAN
: Kad-kad kalimah
ALATAN

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa belajar.

2. Murid menyatakan Adab Sebelum Makan.

3. Guru menunjukkan carta Doa Sebelum Makan dan melafazkan doa
tersebut.

4. Guru menyebut perkataan diikuti oleh murid-murid.

5. Murid membaca doa selepas makan secara:
• Kelas
• Kumpulan
• Individu

79

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

AKTIVITI 10 TAJUK : DOA SELEPAS MAKAN
MASA
: Kerohanian, nilai dan sikap – Pendidikan Islam

TUNJANG UTAMA : Komunikasi – Bahasa Malaysia
: (PI 4.2.7) Melafazkan doa selepas makan
STANDARD
PEMBELAJARAN : Komunikasi – Bahasa Malaysia
TUNJANG LAIN YANG : Murid dapat Melafazkan Doa Selepas Makan
DISEPADUKAN : Membaca doa amalan mulia

OBJEKTIF

KONSEP / KEMAHIRAN

ALATAN : Kad ayat, kad perkataan

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa belajar.

2. Murid menuju ke ruang makan. Guru memerhatikan murid mengamalkan
adab makan yang telah dipelajari.

3. Guru memperdengarkan bacaan doa selepas makan

4. Murid mengikut guru membaca doa selepas makan kalimah demi kalimah.

5. Selepas makan dan minum guru meminta murid menadah tangan dan
melafazkan doa beramai-ramai dengan bimbingan guru.

80

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK : SAYA BOLEH MAKAN, SAYA TAK BOLEH MAKAN

AKTIVITI 11 : 30 minit
MASA

TUNJANG UTAMA : Kerohanian, nilai dan sikap – Pendidikan Islam

STANDARD : (PI 4.2.8) Membezakan makanan Halal dan
PEMBELAJARAN Haram
TUNJANG LAIN YANG
DISEPADUKAN : Komunikasi – Bahasa Malaysia, Sains dan
Teknologi
OBJEKTIF
: Murid dapat membezakan makanan Halal dan
KONSEP / KEMAHIRAN Haram

: Orang Islam

ALATAN : Kad gambar

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa belajar.

2. Guru menunjukkan bungkusan makanan yang mengandungi logo halal.

3. Guru menerangkan peranan tanda halal pada bungkusan makanan
tersebut.
• Halal dimakan oleh orang Islam

4. Guru menunjukkan gambar makanan dan minuman yang haram
dimakan.

5. Guru menjelaskan itu adalah makanan/ binatang yang dilarang dalam
Islam memakannya

6. Murid diberi beberapa keping gambar dan diminta mengasingkan
gambar-gambar binatang / makanan yang halal dan haram dimakan.

7. Guru mengingatkan murid supaya berhati-hati bila memilih makanan, kerana kita
hendaklah mengambil makanan yang pasti halal sahaja untuk membina daging
dan darah bagi tubuh kita. Daging yang dibina daripada makanan dan
minuman yang haram Allah akan membakarnya dengan api neraka.

81

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK : MAKANAN BERKHASIAT

AKTIVITI 12 : 30 minit
MASA
TUNJANG UTAMA : Kerohanian, nilai dan sikap – Pendidikan Islam
STANDARD
PEMBELAJARAN : (PI 4.2.8) Membezakan Makanan Baik dan
TUNJANG LAIN YANG Berkhasiat
DISEPADUKAN
: Perkembangan Fizikal dan Estetika,
OBJEKTIF Komunikasi – Bahasa Malaysia

KONSEP / KEMAHIRAN : Murid dapat membezakan Makanan Baik dan
ALATAN Berkhasiat

: Makanan berkhasiat baik untuk kesihatan

: Kad gambar

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa belajar.

2. Murid menyebut makanan minuman yang biasa dimakan atau minum
dan guru menulis di papan hitam atau menampal gambar makanan
berkenaan.

3. Guru menerangkan makanan yang berkhasiat ialah yang baik
(Toyyibah) antaranya makanan dan minuman yang:

• jelas halalnya
• bersih dan baik
• masih segar/ baru dimasak
• mempunyai zat yang diperlukan oleh badan dan otak

4. Murid berada dalam empat kumpulan, dan mereka diminta
mengasingkan gambar makanan dan minuman yang baik / berkhasiat
dan tidak berkhasiat.

Antara gambar yang disediakan:

82

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK : ADAB MASUK DAN KELUAR TANDAS

AKTIVITI 13 : 30 minit
MASA
: Kerohanian,nilai dan sikap – Pendidikan Islam
TUNJANG UTAMA
STANDARD : (PI 4.2.9) Menyatakan Adab Masuk dan
PEMBELAJARAN KeluarTandas
TUNJANG LAIN YANG
DISEPADUKAN : Bahasa Malaysia, Fizikal

OBJEKTIF : Murid dapat menyatakan Adab Masuk dan
Keluar Tandas
KONSEP / KEMAHIRAN
: Mengamalkan adab akhlak mulia

ALATAN : Carta adab

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa belajar.

2. Guru membawa murid ke tandas serta menerangkan dan menunjukcara
adab :

Masuk tandas seperti:
• Memakai alas kaki
• Melangkah masuk ke tandas dengan kaki kiri
• Membaca doa sebelum masuk tandas
• Membaca doa masuk tandas
• Menjaga pakaian dan tubuh badan daripada
terkena najis
• Menutup kepala

Keluar tandas seperti :
• Tinggalkan tandas dalam keadaan bersih
• Melangkah keluar dengan kaki kanan
• Membaca doa

3. Murid membuat simulasi adab masuk dan keluar tandas.

83

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK : DOA MASUK TANDAS

AKTIVITI 14 : 30 minit
MASA : Kerohanian, nilai dan sikap – Pendidikan Islam
TUNJANG UTAMA : (PI 4.2.10) Melafazkan Doa Masuk Tandas
STANDARD
PEMBELAJARAN : Bahasa Malaysia
TUNJANG LAIN YANG : Murid dapat melafazkan Doa Masuk Tandas
DISEPADUKAN : Membaca doa amalan yang mulia
: Carta doa, kad kalimah
OBJEKTIF

KONSEP / KEMAHIRAN

ALATAN

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa belajar

2. Murid memulakan pembelajaran dengan menunjukcara Adab Masuk
Tandas

3. Guru memperdengarkan Doa Masuk Tandas

4. Guru menunjukkan carta doa dan melafazkan bacaan contoh

5. Murid menghafaz potongan doa secara berulang

6. Murid membaca doa masuk tandas berulang-kali sehingga hafaz.
84

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK : DOA KELUAR TANDAS

AKTIVITI 15 : 30 minit
MASA : Kerohanian, nilai dan sikap – Pendidikan Islam
TUNJANG UTAMA : (PI 4.2.10) Melafazkan Doa Keluar Tandas
STANDARD
PEMBELAJARAN : Bahasa Malaysia
TUNJANG LAIN YANG : Murid dapat melafazkan doa keluar tandas.
DISEPADUKAN : Membaca doa amalan mulia
OBJEKTIF : Kad kalimah

KONSEP / KEMAHIRAN

ALATAN

LANGKAH PENGAJARAN:

1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa belajar.

2. Guru menerangkan hikmat membaca doa selepas selesai membuang
air atau keluar dari tandas, Ini adalah tanda terima kasih atas nikmat
Allah yang mengizinkan pembuangan najis dengan sempurna. Ini
adalah satu nikmat yang besar kerana sisa makanan yang tidak keluar
akan menjadi racun yang menyebabkan kita sakit.

3. Guru meminta murid mengikut bacaan guru menyebut keratan doa.

4. Murid membaca doa keluar tandas berulangkali sehingga hafaz dengan
bimbingan guru.

85

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

AKTIVITI 16 TAJUK : OH IBU, OH AYAH
MASA
TUNJANG UTAMA : 30 minit
: Kerohanian, nilai dan sikap – Pendidikan Islam

STANDARD : (PI 4.2.11 ) Menyatakan Adab Menghormati
PEMBELAJARAN Ibu Bapa

TUNJANG LAIN YANG : Bahasa Malaysia, keterampilan
DISEPADUKAN
: Murid dapat menyatakan Adab Menghormati
OBJEKTIF Ibu Bapa

KONSEP / KEMAHIRAN : Menghormati ibu bapa sikap terpuji

ALATAN : Carta adab

LANGKAH PENGAJARAN:

1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa belajar

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang ibu bapa.

Contoh : a. Siapa orang yang paling kamu sayang ?
- ibu, ayah.

b. Siapa nama ibu?
Siapa nama ayah?

3. Guru menceritakan kelebihan dan kehebatan ibu bapa dengan segala
budi baik dan pengorbanan dicurahkan kepada kita. Memasak,
menyediakan makanan, minuman, pakaian, memberi pendidikan,
menjaga dan mengambil berat semasa kita tidur dan jaga.

4. Guru menerangkan segala pengorbanan hendaklah kita balas dengan
menunjukkan adab terhadap mereka: Antara adab terhadap ibu bapa
ialah:
• Bercakap dengan lembut dan muka yang manis
• Menjawab panggilan atau sapaan dengan segera
• Berjalan dibelakangnya terutama bila ibu sudah tua atau
uzur

• Tidak menjamah makanan sebelum ibu atau bapa
menjamah dahulu ketika makan bersama

• Selalu berdoa kejayaan dunia akhirat untuknya

86

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

• Menundukkan sedikit kepala bila melalui di hadapan
mereka

• Membantu meringankan beban ibu bapa
• Jauhkan tingkah laku yang membuatkan mereka kecewa

dan sedih
• Berkawan dengan orang yang mereka senangi
• Selalu berterima kasih
• Bersalam dan cium tangan kedua ibu bapa

5. Murid main peranan adab-adab terhadap ibu bapa dengan bimbingan
guru.

gambar gambar

87

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete TAJUK : KELUARGA SAYA

AKTIVITI 17 : 30 minit
MASA

TUNJANG UTAMA : Kerohanian, nilai dan sikap – Pendidikan Islam

STANDARD : (PI 4.2.11) Menyatakan Adab menghormati
PEMBELAJARAN Ahli Keluarga
TUNJANG LAIN YANG
DISEPADUKAN : Bahasa Malaysia, Keterampilan

OBJEKTIF : Murid dapat menyatakan Adab menghormati
Ahli Keluarga
KONSEP / KEMAHIRAN
: Menghormati keluarga sifat terpuji

ALATAN : Carta adab, gambar keluarga

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa belajar.

2. Guru mempamerkan gambar keluarga.
3. Bersoal jawab gelaran ahli keluarga.

Contoh : Ini gambar siapa? - ibu, ayah, nenek dan lain-lain.
Ini gambar siapa? - adik, abang, kakak

4. Murid menyebut nama-nama ahli keluarga mereka.
5. Guru menjelaskan maksud keluarga itu terdiri daripada ayah, ibu,

kakak, abang dan adik.

Gambar keluarga

88

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

6. Guru menerangkan antara adab terhadap mereka ialah :
• Tolong menolong
• Menghormati yang lebih tua
• Bercakap dengan sopan
• Mengutamakan kebajikan mereka
• Tidak menganggu mereka dengan suasana bising

7. Murid melakukan simulasi adab terhadap keluarga.

89

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK : SAYANG CIKGU

AKTIVITI 18

MASA : 30 minit

TUNJANG UTAMA : Kerohanian, nilai dan sikap – Pendidikan Islam

STANDARD : (PI 4.2.11) Menyatakan Adab menghormati
PEMBELAJARAN Guru

TUNJANG LAIN YANG : Perkembangan Fizikal dan Estetika, Bahasa
DISEPADUKAN Malaysia

OBJEKTIF : Murid dapat menyatakan Adab Menghormati
Guru

KONSEP / KEMAHIRAN : Menghormati guru sikap terpuji.

ALATAN : Carta adab, gambar, pensel warna

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan Doa Belajar.

2. Murid berselawat ke atas Nabi bersama-sama.

3. Guru menerangkan antara adab terhadap guru:

• diam dan dengar dengan teliti apabila guru bercakap
• berjalan dengan menundukkan sedikit kepala di hadapannya
• ikut arahan
• ucapkan terima kasih
• membantu guru
• menziarahi apabila guru sakit
• bersalam dengan guru dan minta maaf kesalahan yang

dilakukan

4. Murid melakonkan adab menghormati guru.

90

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK : KASIHI SAHABAT

AKTIVITI 19 : 30 minit
MASA
TUNJANG UTAMA : Kerohanian, nilai dan sikap – Pendidikan Islam
STANDARD
PEMBELAJARAN : (PI 4.2.11) Menyatakan Adab Menghormati
TUNJANG LAIN YANG Rakan Sebaya
DISEPADUKAN
: Keterampilan, Bahasa Malaysia
OBJEKTIF
: Murid dapat menyatakan Adab Menghormati
KONSEP / KEMAHIRAN Rakan Sebaya

ALATAN : Menghormati rakan sebaya sifat terpuji

: Carta adab

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa belajar.

2. Murid diminta bersalaman bersama kawan-kawan.

3. Guru menunjukkan cara bersalam dengan menggunakan dua tangan,
pegang erat, bertentang mata.

4. Guru menasihatkan murid supaya menjaga adab sesama rakan
sebaya. Antaranya ialah:

• memanggilnya dengan gelaran yang disukai
• mengutamakan keperluan kawan
• berkongsi peralatan dan kemudahan pembelajaran
• berkongsi ilmu
• tolong menolong dan bekerjasama
• selalu berterima kasih
• mohon maaf kesalahan
• tutur perkataan yang disukai
• Lakukan perbuatan yang disenangi

5. Murid melakonkan adab tersebut sesama rakan sebaya.

91

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

ASAS BAHASA
AL QURAN DAN

JAWI

94

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK : MARI MENGENAL HURUF HIJAIYAH

AKTIVITI 1

MASA : 30 MINIT

TUNJANG UTAMA : Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam

STANDARD (PI 5.1.5) Menyebut huruf hijaiyah
PEMBELAJARAN : (PI 5.1.6) Mengenal pasti bentuk huruf hijaiyah

TUNJANG LAIN YANG Perkembangan Fizikal dan Estetika, Keterampilan,
DISEPADUKAN : Literasi Sains dan Teknologi, Bahasa Malaysia

OBJEKTIF :
KONSEP UTAMA 1. Menyebut huruf hijaiyah
dengan betul

2. Mengenal bentuk huruf
dengan betul

:
Menyebut huruf hijaiyah
mengikut makhraj dengan betul .

LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pelajaran dengan bacaan doa belajar.

2. Mempamerkan buku Iqra
• Bersoaljawab dengan murid
Contoh: Siapa tahu, ini buku apa?
• Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran.

3. Guru mempamerkan kad imbasan atau slaid : contoh

Huruf Sebutan

95

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

4. Sebutan huruf sekurang-kurangnya 10 kali

5. Guru memperkenalkan nama huruf-huruf tersebut menggunakan carta.
6. Guru mencontohkan sebutan huruf diikuti oleh murid.
7. Latihan menyebut secara berulang huruf-huruf tersebut secara kelas / kumpulan/

individu.
8. Murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut warna kad di bawah:

- Kad imbasan huruf warna merah
- Kad imbasan huruf warna biru
- Kad imbasan huruf warna kuning
- Kad imbasan huruf warna hijau

Latihan menyebut huruf secara berulang mengikut kumpulan masing-masing.
9. Murid bertukar ke kumpulan (stesen) huruf lain (warna lain)
10. Murid menyebut huruf berdasarkan warna yang disebut oleh guru

Contoh: warna kuning huruf apa?
11. Pamerkan kad-kad imbasan dan menyoal secara rambang.
12. Guru dan murid bernasyid bersama-sama.

Contoh:
Alif- Alif- Alif- Alif- Alif (5x sambil goyang kepala)
Ba- Ba- Ba- Ba- Ba- Ba- Ba (7x sambil goyang tangan)
Ta- Ta- Ta- Ta- Ta- Ta- Ta (7x sambil melambai kedua belah tangan)
Tha- Tha- Tha- Tha- Tha- Tha- Tha (7x sambil goyang tangan kiri)

96

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

TAJUK : MARI MENGENAL HURUF HIJAIYAH

AKTIVITI 2 : 30 MINIT
: Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam
MASA
TUNJANG UTAMA

STANDARD : (PI 5.1.5) Menyebut huruf hijaiyah
PEMBELAJARAN (PI 5.1.6) Mengenal pasti bentuk huruf hijaiyah

TUNJANG LAIN YANG : Perkembangan Fizikal dan Estetika, Bahasa Malaysia
DISEPADUKAN

OBJEKTIF : 1. Menyebut huruf hijaiyah dengan
betul

2. Mengenal bentuk huruf dengan
betul

KONSEP UTAMA : mengikut
Menyebut huruf hijaiyah
makhraj dengan betul .

ALATAN DAN BAHAN : Kad imbasan / carta / slaid (ICT) (mengikut bilangan
murid). Plastersin, kad tebuk, lembaran kerja.

LANGKAH PENGAJARAN:

1. Murid dibimbing membaca doa belajar.

2. Mempamerkan gambar / benda maujud.

97

Click Here & Upgrade

Expanded Features

PDF Unlimited Pages
DocumentsComplete

Bersoal jawab dengan murid:

Contoh :

Gambar 1 Ini gambar apa?
Gambar 2 Bunyi pedas
Gambar 3 Siapa pernah dengar bunyi orang berdengkur.

3. Guru mempamerkan kad imbasan huruf
Contoh :
Menyebut huruf dengan berulang

4. Guru mencontohkan sebutan huruf diikuti oleh murid secara kelas / kumpulan/
individu.

5. Latihan menyebut huruf-huruf secara berulang sambil sambil bermain-main
dengan kad tebuk.

6. Menyediakan kad huruf pelbagai bentuk

Contoh:

- Pamerkan kad tersebut.
- 3 orang murid memilih kad huruf yang disebut oleh guru dan pamerkan

pada rakan- rakan.
- Murid menilai kad yang dipilih
- Latihan menyebut pilihan huruf yang betul secara berulang.

98


Click to View FlipBook Version