The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pendidikan Moral Pendidikan Khas Tingkatan 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK PERPUSTAKAAN MAYA CNAA, 2021-07-14 03:40:39

Pendidikan Moral Pendidikan Khas Tingkatan 3

Pendidikan Moral Pendidikan Khas Tingkatan 3

Keywords: Pendidikan Moral Pendidikan Khas Tingkatan 3

PENDIDIKAN
MORAL
(PENDIDIKAN KHAS)

TINGKATAN

3
Penulis
Norani binti Abd Rahim
Umah a/p Mugundan

Editor
Mohd Hadi bin Roslan
Nurul Shaheza binti Zamri

Pereka Bentuk
Amiza bin Abd Hadi

Ilustrator
Amiza bin Abd Hadi

Jurufoto
Amiza bin Abd Hadi

Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
2018

No. Siri Buku: 0120 PENGHARGAAN

KK 370-221-0102011-49-2092-20101 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak
ISBN 978-983-49-2092-0 pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih
ditujukan kepada semua pihak yang terlibat:
Cetakan Pertama 2018
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2018 • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf
Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan Kementerian Pendidikan Malaysia.
dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan
semula, disimpan dalam cara yang boleh • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan
dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
dalam sebarang bentuk atau cara, baik Kementerian Pendidikan Malaysia.
dengan cara bahan elektronik, mekanik,
penggambaran semula mahupun dengan • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah
cara perakaman tanpa kebenaran terlebih Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks,
dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perundingan tertakluk kepada perkiraan • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks
royalti atau honorarium. dan Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan
Malaysia oleh: • Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) • Panel Pembaca Luar,
No. Faksimile: 03-21479643
Laman Web: http://www.dbp.gov.my Dewan Bahasa dan Pustaka.

Reka Letak dan Atur Huruf: • Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Attin Press (M) Sdn. Bhd.
• Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Muka Taip Teks: Azim
Saiz Muka Taip Teks: 13 poin • Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha,
Kristian, Hindu, Sikh dan Tao.
Dicetak oleh:
Percetakan Selaseh Sdn. Bhd., • Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
No. 30 & 32,
Jalan Selaseh Indah, • Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Taman Selaseh Fasa 1,
68100 Batu Caves, Selangor. • Pusat Penjagaan Orang Tua House of Megaways,
Seremban.


• Astro Arena.

• IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.


• SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban.

• SMK Dato’ Ibrahim Yaacob, Kuala Lumpur.

• SMK Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur.

KANDUNGAN

Pendahuluan iv
Penerangan Ikon Buku Teks v
Panduan Penggunaan Buku Teks vi

Tema 1: Diri, Keluarga dan Persahabatan 2
12
Unit 1 Kepekaan Diri terhadap Amalan Pelbagai Agama
Unit 2 Potensi Diri Membentuk Kecemerlangan Diri, Keluarga 24
dan Persahabatan 34
Unit 3 Keharmonian Hidup Bersama dalam Keluarga
Unit 4 Menghargai Persahabatan

Tema 2: Hubungan antara Diri, Komuniti dan
Masyarakat

Unit 5 Hidup Bermasyarakat 46
Unit 6 Kemudahan Awam untuk Semua 56
Unit 7 Kelestarian Alam Sekitar 68
Unit 8 Tanggungjawab Diri dalam Kegiatan Sosial 78

Tema 3: Moral, Peraturan dan Undang-undang

Unit 9 Adab dalam Majlis 90
Unit 10
Unit 11 Hindari Jenayah Kanak-kanak 100
Unit 12
Kebebasan Bersuara 112

Perlindungan Hak Orang Kurang Upaya, Hak Pengguna dan 122

Hak Pekerja demi Kesejahteraan Bersama

Senarai Cadangan Jawapan Duga Ilmu 134
Senarai Rujukan 136
Salinan Halaman Duga Ilmu 137
Indeks 138

iii

PENDAHULUAN

Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 3 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Moral Pendidikan Khas yang diterbitkan
oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Buku ini berteraskan matlamat mata pelajaran Pendidikan Moral untuk membentuk
Murid Berkeperluan Khas (MBK) supaya berakhlak mulia, berintegriti dan berpegang
teguh pada nilai universal. Semua hasrat ini berasaskan prinsip moral dan menyumbang
ke arah perpaduan dan kesejahteraan negara serta masyarakat global.

Penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral merupakan tiga
domain moral yang membentuk MBK berakhlak mulia dan membolehkan mereka
membuat pertimbangan yang sesuai, tepat dan konsisten berasaskan peraturan
atau nilai universal. Domain-domain ini diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan
latihan yang disediakan dalam buku teks ini. Guru boleh mengubah suai aktiviti
dan latihan mengikut tahap kecerdasan, kebolehan dan persekitaran murid.
Antara aktiviti yang dijayakan dalam buku teks ini termasuklah nyanyian, projek,
lakonan dan permainan. Semua aktiviti ini memberikan peluang kepada murid
untuk berkomunikasi, berinteraksi, bekerjasama dalam pasukan, bermaklumat dan
memupuk sikap penyayang serta semangat patriotik dalam diri.

Buku teks ini dibahagikan kepada 12 unit yang merangkumi tiga tema, iaitu
Tema 1: Diri, Keluarga dan Persahabatan; Tema 2: Hubungan antara Diri, Komuniti
dan Masyarakat dan Tema 3: Moral, Peraturan dan Undang-undang. Setiap unit
pula mempunyai tujuh bahagian, iaitu Cetus Minda, Tahukah Anda?, Mari Fahami,
Mari Selami, Mari Hayati, Rumusan dan Duga Ilmu. QR Code juga disertakan untuk
memberikan panduan rujukan yang lebih meluas bersesuaian dengan Pembelajaran
Abad Ke-21. Elemen intervensi pula antara ciri keunikan buku ini yang mengutamakan
cara kerja langkah demi langkah bersesuaian dengan keperluan golongan sasaran.

Diharapkan dengan penghasilan buku ini, MBK dapat mempraktikkan pengetahuan
dan meningkatkan keupayaan kendiri dalam menjalani kehidupan seharian. Nilai-nilai
murni dalam buku ini merangkumi kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan
pula dapat dipupuk secara berterusan dan diharapkan menjadi amalan MBK. Pada
akhirnya, konsep moral dapat difahami serta dihayati sekali gus memperkukuh
perpaduan dalam diri untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Norani binti Abd Rahim
Umah a/p Mugundan

iv

PENERANGAN IKON BUKU TEKS

Secara keseluruhannya, buku ini disusun mengikut aras kesukaran yang diwakili
oleh ikon-ikon yang bermakna. Tujuannya supaya buku ini bersifat mesra murid
dan sentiasa menarik perhatian semasa digunakan. Yang berikut ialah penerangan
tentang maksud ikon-ikon, iaitu:

Memberikan pengetahuan awal kepada murid
tentang sesuatu topik yang dipelajari dalam
unit berkenaan.

Konsep yang mencungkil pengetahuan sedia
ada murid melalui set induksi yang disediakan
dalam unit berkenaan.

Mengukuhkan pemahaman dan penguasaan
murid tentang topik-topik yang dipelajari dalam
unit berkenaan.

Menambah maklumat lain untuk pengayaan,
pemahaman dan penguasaan murid tentang
topik dalam unit berkenaan.

Membantu murid memahami perkara yang
dipelajari dengan lebih mudah. Halaman ini
menerapkan elemen intervensi.

Ringkasan keseluruhan topik yang dipelajari
untuk menjelaskan isi-isi penting dalam unit
berkenaan kepada murid.

Soalan dalam pelbagai bentuk untuk mengukur
kefahaman dan penguasaan murid tentang
perkara yang telah dipelajari.

v

PANDUAN PENGGUNAAN BUKU TEKS

Soalan beraras tinggi yang sesuai Maklumat tambahan dalam bentuk
dengan tahap MBK bagi menguji QR Code. Maklumat ini boleh diakses
keupayaan berfikir. melalui gajet semasa.

1.1.1 Menjelaskan maksud perkataan yang
1.1.2 sukar difahami dan tercatat dalam teks
1.1.3 pada buku ini.

Panduan kepada guru-guru dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP)
di dalam kelas.

Soalan mudah yang merangsang Aktiviti pentaksiran dalam pelbagai cara
minda murid pada setiap permulaan untuk menguji kefahaman murid dalam
unit. setiap unit.

PA K- 2 1 Maklumat berkaitan dengan sesuatu
perkara yang dipelajari untuk memberikan
Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 yang pengetahuan kepada murid.
sesuai dengan generasi abad ini bagi
mencerna pemikiran murid.

Aktiviti hands on untuk merangsang
domain kognitif, komunikasi, emosi,
tingkah laku, motor kasar dan halus.

vi

TEMA 1:

DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN

1

1unit TEMA 1: DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN

KEPEKAAN DIRI TERHADAP AMALAN
PELBAGAI AGAMA

Teliti dan fahami situasi dalam gambar yang diberikan.

UNIT 1

Pada unit ini saya akan:

1.1.1 Menyenaraikan amalan pelbagai agama.
1.1.2 Mengenal pasti amalan mengikut pelbagai agama.
1.1.3 Melaksanakan amalan seharian mengikut kepercayaan agama masing-masing.

2

UNIT 1

(Sumber rujukan: Persatuan Buddhist Malaysia, Malaysia Hindu Sangam,
Persekutuan Kristian Malaysia, Majlis Gurdwara Malaysia)

Kepercayaan kepada Tuhan Nyatakan amalan Amalan: Perbuatan yang
Hormat agama anda. biasa dilakukan.
Bertoleransi
Rasional (Sumber: PRPM)
Hemah Tinggi
Bertanggungjawab

3

UNIT 1 AGAMA ASAS KESEJAHTERAAN MANUSIA

Fahami butiran maklumat di bawah.

Nama: Muhammad Nasir bin Sulaiman
Agama: Islam
Contoh amalan agama:
• menunaikan solat fardu lima waktu sehari
• berpuasa pada bulan Ramadan
• mengerjakan solat Jumaat secara

berjemaah di masjid

Nama: Ashmitha a/p Balan
Agama: Hindu
Contoh amalan agama:
• bersembahyang di kuil sekali dalam seminggu dan

pada hari-hari perayaan Hindu dengan membawa
bunga malai
• memakai vibuthi selepas bersembahyang
• duduk dan bertapa seketika selepas bersembahyang

Nama: Chan Li Qi
Agama: Buddha
Contoh amalan agama:
• menyalakan lilin memohon keberkatan

di tokong
• mempersembah bunga teratai yang

melambangkan kesucian kepada Buddha
• melakukan meditasi berdasarkan ajaran Buddha

4

Nama: Manjit Singh
Agama: Sikh

Contoh amalan agama:
• menunaikan sembahyang 3 waktu dalam

sehari (pagi, petang, malam)
• memakai serban dan gelang besi
• membaca kitab suci Guru Granth Sahib Ji

Nama: Gerald Charles UNIT 1
Agama: Kristian

Contoh amalan agama:
• membaca kitab suci Kristian (Al-Kitab)
• melawat gereja setiap hari minggu untuk upacara

sembahyang mass atau service
• menyembah Tuhan di gereja dengan iringan muzik

dan nyanyian

(Sumber rujukan: Persatuan Buddhist Malaysia, Malaysia Hindu Sangam,
Persekutuan Kristian Malaysia, Majlis Gurdwara Malaysia)

Bagaimanakah cara anda menghormati amalan agama rakan-rakan? Definisi (PDF)

PA K- 2 1

Aktiviti Berkumpulan
1. Wujudkan kumpulan yang terdiri daripada dua orang murid.
2. Ahli dalam kumpulan saling bersoal jawab tentang amalan

agama masing-masing.
3. Setelah masa tamat, setiap murid berkongsi hasil soal jawab

di hadapan kelas secara bergilir-gilir.

1.1.1 • Bimbing murid memahami kepentingan mengenali amalan agama orang lain.
1.1.2 • Bimbing murid menghormati amalan agama pelbagai kaum di Malaysia.
1.1.3 • Bimbing murid mengetahui kitab yang digunakan oleh agama lain.

Nilai: Hormat, Bertoleransi, Kepercayaan kepada Tuhan 5

AMALAN DIIKUTI, HIDUP DIBERKATI

Baca dan fahami amalan agama.

1

• Menziarahi ahli keluarga dan
saling bermaafan

2

UNIT 1 • Mendapatkan restu ibu bapa
untuk kesejahteraan hidup

3

• Menghidangkan makanan secara 4
percuma kepada orang ramai
di gurdwara

• Memandikan patung Buddha
5 semasa perayaan Hari Wesak

• Bertukar-tukar hadiah
pada Hari Natal

(Sumber rujukan: Persatuan Buddhist Malaysia, Malaysia Hindu Sangam,
Persekutuan Kristian Malaysia, Majlis Gurdwara Malaysia)

Ramalkan kesan sekiranya anda menghormati amalan agama rakan-rakan.

1.1.1 • Bimbing murid mengenali amalan pelbagai agama semasa sambutan hari perayaan.
1.1.2 Nilai: Hormat, Bertanggungjawab, Kasih Sayang

1.1.3

6

RAM RAM RIP

Mari bermain permainan Ram Ram Rip.

Panduan Permainan UNIT 1

1 . Murid dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 5 orang.
2. Ketua meluruskan tangan dengan tapak tangan menghadap ke atas.
3. Pemain lain meletakkan hujung jari telunjuk di tengah tapak tangan ketua.
4. Ketua akan menyebut “Ram Ram Rip” berulang kali.
5. Ketua akan cuba menggenggam jari pemain selepas menyebut “Rip”.
6. Semua pemain perlu mengelakkan jari ditangkap oleh ketua.
7. Pemain yang tertangkap jarinya akan menjawab soalan pada kad situasi.

Kad Situasi A Kad Situasi B
Rakan-rakan beragama Islam Anda dan rakan-rakan sedang
membaca al-Quran pada setiap pagi menyaksikan perarakan kavadi
Jumaat. Bagaimanakah anda boleh semasa Thaipusam. Bagaimanakah
menghormati amalan tersebut? anda boleh menghormati amalan
tersebut?

Kad Situasi C Kad Situasi D
Penganut agama Buddha beratur Jiran anda meninggal dunia.
untuk memandikan patung Buddha Keluarganya mengadakan upacara
sempena sambutan Hari Wesak. kematian mengikut agama mereka.
Bagaimanakah anda boleh Bagaimanakah anda boleh
menghormati amalan tersebut? menghormati amalannya?

1.1.1 • Guru mempelbagaikan soalan pada kad situasi.
1.1.2 • Guru membimbing murid menjawab soalan.
1.1.3
Nilai: Hemah Tinggi, Hormat, Kasih Sayang, Bertanggungjawab, Bertoleransi

7

HIASAN KREATIF

Mari hasilkan hiasan kreatif dan berikannya kepada rakan anda.

Sediakan bahan dan peralatan:

• mounting board • mangkuk kecil

• gam • penebuk lubang

• beras • tali

• pewarna • kertas lukis

UNIT 1 123

Ramas beras dengan Tulis ucapan dan lakarkan Sapu gam pada lakaran
pewarna dan keringkan. lukisan. lukisan.

4 5 6

Tabur butiran beras sehingga Tebuk lubang dan ikat tali Hiasan kreatif yang
siap. Kemudian, tampalkan pada mounting board. telah siap.
lukisan pada mounting board.

Mengapakah anda menghadiahkan hiasan kreatif kepada rakan?

1.1.2 • Bimbing murid menyediakan bahan dan melakukan aktiviti.
Nilai: Bertanggungjawab, Kasih Sayang

8

KEPEKAAN DIRI TERHADAP AMALAN
PELBAGAI AGAMA

Membaca
kitab

Menghormati UNIT 1
tempat ibadat
Menghormati Antara
agama lain Amalan Melakukan
Agama kebaikan
Menyambut
upacara Bersyukur

keagamaan

Bersembahyang

9

A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

serban malai gereja
colok
gurdwara solat

UNIT 1 kavadi mengaji

1. Gibert membaca kitab suci Kristian (Al-Kitab) di ___________.

2. Azmir menunaikan ___________ lima kali sehari.

3. Ai Peng membakar ___________ ketika bersembahyang.

4. Baljit Singh memakai ___________ sebagai amalan agamanya.

5. Joseph anak Janting senyap ketika rakan-rakannya sedang ___________
al-Quran.

6. Rina Kaur menyertai perarakan Hari Vaisakhi di ___________ .

7. Thilaga membawa bunga ___________ ke kuil untuk dikalungkan kepada
patung dewa dan dewi.

8. William dan rakan-rakannya menghormati amalan perarakan ___________
semasa Thaipusam.

*Guru boleh membuat salinan halaman ini untuk aktiviti murid dengan merujuk halaman 137.

10

B. Tandakan [ ] bagi pernyataan yang betul dan [ X ] bagi pernyataan
yang salah.

Bil. Pernyataan Jawapan
1. Naveen senyap apabila berada di kuil.

2. Saya menghormati amalan agama rakan-rakan.

3. Ming Chin berpakaian mencolok mata ketika UNIT 1
menghadiri majlis berbuka puasa.

4. Saya tidak menghidangkan daging lembu kepada
rakan yang beragama Hindu.

5. Rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni apabila
saling menghormati amalan agama lain.

6. Vinod tidak mentertawakan tindakan Ong yang
membakar colok semasa bersembahyang.

7. Saya berasa marah apabila azan dilaungkan
di kawasan kejiranan.

8. Vincent bertukar-tukar hadiah sesama ahli keluarga
semasa perayaan Krismas.

9. Alena anak Randi menziarahi jiran yang baru kematian
ahli keluarga.

10. Pegangan dan amalan agama menjadikan kehidupan
lebih sejahtera.

*Guru boleh membuat salinan halaman ini untuk aktiviti murid dengan merujuk halaman 137.

11

2unit TEMA 1: DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN

POTENSI DIRI MEMBENTUK KECEMERLANGAN
DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN

Baca dan fahami maklumat berikut.

UNIT 2 Muhammad Haziq bin Samrat

• Penerima Anugerah Tokoh OKU, Sambutan
Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan
1430 Hijrah (2009).

• Penerima Anugerah Inspirasi, Konvokesyen
Kolej Islam Antarabangsa (IIC) kali kesepuluh.

(Sumber: Bernama, 21 Januari 2017)

Lee Thiam Wah

• Pengasas dan Pengarah Urusan
99 Speedmart Sdn. Bhd.

• Beliau mula berniaga secara serius pada
usia 23 tahun.

(Sumber: Laman web Asia Pacific Entrepreneurship
https://enterpriseasia.org/apea/malaysia/awards/
my-2014/lee-thiam-wah/)

Pada unit ini saya akan:

1.2.1 Mengenal pasti potensi diri.
1.2.2 Menghurai potensi diri untuk mencapai kecemerlangan.
1.2.3 Mengaplikasikan potensi diri untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan seharian.
1.2.4 Berusaha meningkatkan potensi diri untuk kecemerlangan.

12

Ayu Malina binti Zainuddin UNIT 2

• Pengadil hoki wanita peringkat
antarabangsa pada usia 22 tahun.

• Berpendidikan dalam bidang Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan di Institut Pendidikan
Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

(Sumber: International Hockey Federation)

Elwin Raj a/l P. Raj Vethamuthu

• Pemenang ketiga Pertandingan International
Brain Bee Championship (IBBC) 2017
di Washington D.C., Amerika Syarikat.

• Pelajar di SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.

(Sumber: Laman web http://www.kk.usm.my/index.php/
ms/arkib-berita/724-wakil-tunggal-malaysia-brain-bee-
challenge-lakar-kemenangan-di-washington)

Bertanggungjawab Adakah anda ingin berjaya Potensi:
Berdikari seperti mereka? Nyatakan Kemampuan untuk
Kerajinan kelebihan diri anda. mencapai kejayaan,
Keberanian menghasilkan atau
Patriotisme melakukan sesuatu.

(Sumber: PRPM)

13

LONJAKAN POTENSI DIRI

Baca dan fahami maklumat yang diberikan.

Siapakah saya?
Saya An Najwa binti Azizan. Saya
berperanan sebagai penjaring utama
dalam pasukan bola jaring negara.

UNIT 2 Latar belakang diri saya

Saya dilahirkan pada 9 Ogos 1997.
Saya anak keempat daripada lima
orang adik-beradik.

Mengapakah saya
memilih sukan bola jaring?

Ketinggian 179cm menyebabkan
saya memilih sukan ini. Kelebihan
yang dimiliki memudahkan saya
menjaringkan gol dari pelbagai sudut.

Pendorong penglibatan saya 1. Apakah perasaan anda setelah
membaca kisah An Najwa
Ahli keluarga terutama ibu, jurulatih, binti Azizan?
guru dan rakan sepasukan sering
memberikan dorongan kepada saya. 2. Bagaimanakah anda dapat
mengembangkan potensi yang
ada pada diri?

1.2.1 • Bimbing murid mengenali potensi diri An Najwa melalui teks dan daripada pelbagai sumber lain.
1.2.2 • Bimbing murid memberikan peneguhan pada jawapan yang dinyatakan.

1.2.3 Nilai: Bertanggungjawab, Berdikari, Kerajinan, Keberanian, Patriotisme

14 1.2.4

UNIT 2

Pencapaian saya Bola Jaring (Video)
(Ihsan: Astro Arena)
Saya telah dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai dalam
Kejohanan Bola Jaring Asia pada tahun 2016. Kini, saya
bermain dengan kelab antarabangsa di luar negara.

Faktor kejayaan saya Harapan saya pada masa hadapan

Minat yang mendalam menjadi faktor Saya mahu mengharumkan nama
kejayaan saya. Sebagai persediaan negara dalam Kejohanan Bola Jaring
Sukan Sea KL 2017, saya giat Dunia. Saya juga berharap agar dapat
berlatih selama 18 bulan. Selain itu, menjadi inspirasi kepada semua pihak
disiplin yang tinggi dan fokus ketika untuk berjaya dalam kehidupan.
menjaringkan gol juga merupakan
faktor kejayaan saya. (Sumber: Harian Metro, 3 Disember 2016)
15

INSPIRASI BUAT RAKAN

Baca dan fahami buletin berikut.

UNIT 2

Asyraf Hilmi bin Khairil “Saya suka mencipta sesuatu yang
baharu. Inilah bakat dan kekuatan
saya yang diasah melalui pendidikan
dan latihan berterusan.”

Inovasi pertama saya dihasilkan
pada tahun 2014, iaitu Book Holder
yang mendapat Anugerah Perak. Pada
tahun 2015, saya mencipta Finger Book
Holder dan mendapat Anugerah Emas
di peringkat Institut Pendidikan Guru
Malaysia dan di peringkat kebangsaan.

Pada tahun 2016, saya membantu
rakan OKU, Muhammad Ammar
Ibrahim bin Istar mencipta Tenpin
Bowling Marker yang memenangi
Anugerah Emas dalam Malaysia
Technology Expo.

1.2.1 • Bimbing murid memahami maksud inovasi.
1.2.2 • Bimbing murid menyatakan impian yang ingin dicapai oleh mereka.
1.2.3 Nilai: Bertanggungjawab, Berdikari, Kerajinan, Keberanian

16 1.2.4

Pencapaian inovasi Asyraf Hilmi bin Khairil dan Muhammad Ammar
Ibrahim bin Istar mendapat perhatian pelbagai akhbar di dalam dan
di luar negara.

(Sumber: Le Dauphiné libéré, Geneva, 26 April 2016)

UNIT 2

(Sumber: Berita Harian, 12 April 2016)

Muhammad Ammar Ibrahim bin Istar mendapat
Anugerah Perak dalam Pameran Reka Cipta
Antarabangsa di Geneva pada tahun 2016.

Ceritakan potensi diri anda Inovasi: Sesuatu yang baru Tenpin Bowling
dalam membantu rakan. diperkenalkan seperti kaedah, sistem, Marker (Facebook)
adat, dan lain-lain yang baharu.
17
(Sumber: PRPM)

MINAT MEMBAWA REZEKI

Baca dan hayati cerita di bawah. 2

1

UNIT 2 Flora ialah anak muda yang berbakat Kek cawan yang dibuat oleh Flora
dalam pembuatan kek cawan. Dia mula mendapat perhatian keluarga.
selalu menghasilkan pelbagai resipi Untuk menjadi lebih mahir, Flora
kek cawan yang baharu. mengikuti kelas masakan membuat
kek cawan pada hujung minggu.

34

Setelah itu, timbul minat dalam dirinya Hasil daripada minat, akhirnya
untuk berniaga. Flora mula membuka bertukar menjadi kerjaya.
tempahan melalui laman sosialnya. Keuntungan jualan yang diperoleh
Tidak disangka, kek cawannya telah membantu ekonomi
mendapat sambutan orang ramai. keluarganya. Kini, adiknya juga
mengikuti jejak langkah Flora.

1.2.1 • Bimbing murid memahami cerita potensi diri Flora.
1.2.2 • Bimbing murid meramalkan impian yang ingin dicapai dalam borang di sebelah.
1.2.3 Nilai: Bertanggungjawab, Berdikari, Kerajinan, Keberanian

18 1.2.4

LAKARAN KEJAYAAN SAYA

Setelah membaca kisah Flora, kenal pasti potensi diri dan lakarkan
kejayaan anda.

Potensi Diri 3 Tahun akan Impian Akhir Kesan kepada
Saya Datang Keluarga

1 Contoh; Saya belajar Saya boleh Saya boleh
Membuat teknik membuat menjual membantu
kek cawan UNIT 2
kek cawan kek cawan ekonomi
daripada pakar. secara dalam keluarga.

talian.

Contoh; Saya belajar Saya boleh Keluarga
Melukis percaya saya
2 melukis daripada menjual lukisan boleh berdikari.

pakar. karya sendiri.

3 Bersukan ___________ ___________ ___________

4 ___________ ___________ ___________ ___________

1.2.1 • Bimbing murid mengenal pasti potensi diri. 19
1.2.2 • Bimbing murid meramalkan impian yang ingin dicapai dalam borang di atas.
1.2.3 Nilai: Bertanggungjawab, Berdikari, Kerajinan, Keberanian
1.2.4

UNIT 2 MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

Cari perkataan yang menunjukkan potensi diri dalam gambar.

Tulis jawapan pada ruang yang disediakan di bawah.
12
34
56

1.2.2 • Bimbing murid mencari perkataan yang menunjukkan potensi diri dalam gambar.
1.2.3 Nilai: Bertanggungjawab, Berdikari, Kerajinan, Keberanian

1.2.4

20

POTENSI DIRI MEMBENTUK KECEMERLANGAN
DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN

• Menyanyi • Minat yang mendalam UNIT 2
• Memasak • Sokongan keluarga
• Melukis
• Bersukan dan rakan-rakan
• Pujian orang ramai
Contoh
Potensi Cara
Mengenal
Diri Potensi Diri

Cara Aplikasikan
Meningkatkan Potensi Diri

Potensi • Menyertai pertandingan
Diri • Mempamerkan bakat
• Mencipta sesuatu yang
• Memupuk minat dalam diri
• Meningkatkan keazaman menarik
• Berusaha dengan

bersungguh-sungguh

21

REFLEKSI DIRI

A. Tandakan [ ] jika anda melakukan perkara berikut.

1. Saya membaca buku-buku yang berkaitan dengan minat.

2. Saya memupuk potensi diri, ahli keluarga serta rakan-rakan.
3. Saya bersedia menerima pandangan daripada rakan-rakan.

UNIT 2 4. Saya membantu rakan-rakan yang lemah mencipta kejayaan.
5. Saya mengetahui dan mengenali minat serta potensi diri sendiri.

6. Saya berdoa kepada Tuhan untuk mencapai kecemerlangan diri.
7. Saya berbincang dengan ibu bapa untuk meningkatkan potensi diri.
8. Saya berazam mencapai perkara yang diingini pada masa hadapan.

Jumlah skor

Panduan Penilaian Skor Diri Anda

• Anda perlulah berusaha • Anda sedang berusaha • Syabas! Anda individu
meningkatkan potensi meningkatkan potensi yang sentiasa berusaha
diri. Usah berputus asa diri. Teruskan berusaha meningkatkan potensi
untuk berjaya. untuk berjaya. diri untuk berjaya.

0-2 3-5 6-8

*Guru boleh membuat salinan halaman ini untuk aktiviti murid dengan merujuk halaman 137.

22

B. Tulis perlakuan POSITIF atau NEGATIF pada ruang jawapan.

1
Cikgu, saya suka melukis potret.

2

Saya serik menyertai ujian UNIT 2
kelayakan pemilihan wakil sekolah
lagi kerana selalu gagal.

3

Ibu, lihatlah! Saya sudah pandai
menyarungkan cadar pada tilam.
Kemaskah katil ini?

4

Kita yang fasih berbahasa
Inggeris boleh membantu

kawan-kawan yang lemah.

*Guru boleh membuat salinan halaman ini untuk aktiviti murid dengan merujuk halaman 137.

23

3unit TEMA 1: DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN

KEHARMONIAN HIDUP BERSAMA
DALAM KELUARGA

Teliti situasi dalam gambar di bawah.

UNIT 3

Pada unit ini saya akan:

1.3.1 Menghuraikan tanggungjawab ahli keluarga.
1.3.2 Membanding beza dan merumus tanggungjawab ahli keluarga.
1.3.3 Memberi cadangan untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.
1.3.4 Melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.

24

UNIT 3

Baik Hati Apakah perasaan anda Harmoni:
Hemah Tinggi apabila melihat Keadaan mesra dan
Hormat keharmonian keluarga bahagia.
Harga Diri dalam gambar?
Kasih Sayang (Sumber: PRPM)
Berterima Kasih
Bertanggungjawab 25

UNIT 3 TANGGUNGJAWAB DIJAGA,
KELUARGA SEMPURNA

Baca dan fahami cerita berikut.

Ini keluarga saya. Nama ayah saya
David anak Saimin. Ayah saya mencari
nafkah untuk menjaga kami. Nama ibu
saya Jasmine anak James. Ayah dan ibu
sentiasa memberikan kasih sayang dan
didikan yang sempurna kepada kami dua
beradik.

Adik saya bernama Adrian. Saya
selalu membantunya dalam pelajaran.
Saya suka bermain dengannya. Kami
sekeluarga hormat-menghormati
antara satu sama lain. Kami juga sering
berkongsi suka dan duka.

Saya menyayangi ayah, ibu dan
adik saya. Saya sentiasa menjaga
dan mengambil berat tentang mereka.
Di samping itu, saya juga sering
mendoakan kesejahteraan dan
kesihatan mereka.

Tanggungjawab: 1. Ceritakan cara kamu melaksanakan
Sesuatu kerja, tugas tanggungjawab terhadap ahli keluarga.
yang mesti dilakukan.
2. Apakah perasaan kamu setelah melakukan
(Sumber: PRPM) tanggungjawab terhadap ahli keluarga?

1.3.1 • Bimbing murid memahami kepentingan melaksanakan tanggungjawab terhadap
1.3.2 ahli keluarga.

1.3.3 Nilai: Kasih Sayang, Hormat, Hemah Tinggi, Baik Hati, Bertanggungjawab

26 1.3.4

KELUARGA MUAFAKAT, HUBUNGAN ERAT

Fahami situasi dalam gambar di bawah.

1 Terima kasih atas 2 Masakan ibu
tunjuk ajar, ayah. sentiasa sedap.

UNIT 3

Abang sedang membaca buku. 4 Terima kasih,
3 Saya patut memperlahankan cucu.

bunyi televisyen.

Apakah kesan sekiranya ahli keluarga hidup dalam suasana harmoni?

1.3.1 • Bimbing murid memahami tanggungjawab dalam mewujudkan dan mengekalkan 27
1.3.2 keluarga bahagia.
1.3.3 Nilai: Hormat, Bertanggungjawab, Hemah Tinggi, Harga Diri, Berterima Kasih, Baik Hati,
1.3.4
Kasih Sayang

KELUARGA HARMONI

Fahami situasi dalam gambar berikut. 1 Ibu, banyaknya kerja
yang perlu dibuat!
2 Zana, sekiranya kita bekerjasama,
kerja akan cepat selesai.

UNIT 3

1. Apakah kebaikan bekerjasama antara ahli keluarga?
2. Ceritakan cara anda menunjukkan kasih sayang terhadap ahli keluarga.

PA K- 2 1

Fikir dan Kongsi
1. Guru menyoal murid contoh aktiviti harian bersama-sama ahli keluarga.
2. Setiap murid diberi masa untuk berfikir dan berbincang tentang jawapan

dengan pasangan.
3. Murid berkongsi hasil jawapan dengan murid yang lain di hadapan kelas.

1.3.3 • Bimbing murid memahami kepentingan bekerjasama antara ahli keluarga.
1.3.4 Nilai: Hormat, Bertanggungjawab, Hemah Tinggi, Harga Diri, Berterima Kasih, Baik Hati,

Kasih Sayang

28

HARGAILAH KELUARGA KITA

Teliti situasi dan nyatakan cara mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Memberikan hadiah UNIT 3
kepada ibu

____________________ Cara ____________________
Mengeratkan

Hubungan
Kekeluargaan

____________________ ____________________

1.3.1 • Bimbing murid membincangkan tanggungjawab mereka dalam keluarga.
1.3.2 Nilai: Hormat, Bertanggungjawab, Hemah Tinggi, Harga Diri, Baik Hati, Kasih Sayang
1.3.3
1.3.4 29

ROTI TELUR HARMONI

Gayatri amat menyayangi ahli keluarganya. Dia telah menyediakan roti telur
untuk minum petang sebagai tanda kasih sayang kepada mereka. Mari kita ikuti
caranya membuat Roti Telur Harmoni untuk ahli keluarga.

Langkah 1 Langkah 2

UNIT 3

Sediakan bahan dan peralatan: Potong roti mengikut kreativiti.
• roti Langkah 4
• telur
• garam
• dua sudu minyak masak
• serbuk lada sulah
• sarung tangan plastik
• sudu

Langkah 3

Pecahkan telur, masukkan garam Masukkan sedikit minyak masak
dan lada sulah. Kacau bahan ke dalam kuali. Kemudian,
sehingga sebati. panaskan kuali.

30

Langkah 5 Langkah 6

Goreng roti sehingga kuning UNIT 3
Celup roti ke dalam telur. keemasan.

Ibu dan ayah, makanlah roti telur Wah, sedapnya!
sebagai tanda terima kasih kerana Rajinnya adik menyediakan
mendidik dan membesarkan saya
roti telur. Terima kasih.
dengan penuh kasih sayang.

Cadangkan cara lain yang boleh anda lakukan untuk membalas jasa ibu bapa.

1.3.1 • Bimbing murid menyediakan bahan dan melaksanakan aktiviti.
1.3.2 • Bimbing murid dari aspek keselamatan dan kebersihan.
1.3.3
1.3.4 Nilai: Hormat, Bertanggungjawab, Hemah Tinggi, Berterima Kasih, Baik Hati, Kasih Sayang

31

Memberikan Memberikan kasih
perlindungan dan sayang sepenuhnya
menjaga keselamatan
kepada anak
ahli keluarga

UNIT 3 Tanggungjawab Memberikan nafkah
Ibu Bapa terhadap untuk keluarga

Keluarga

Memberikan
pendidikan dan
didikan agama yang

secukupnya

KEHARMONIAN HIDUP
BERSAMA

DALAM KELUARGA

Patuh, taat dan Menjaga maruah diri
hormat terhadap

ahli keluarga

Tanggungjawab Mendoakan
Anak-anak kesejahteraan
terhadap
Keluarga keluarga

Saling menyayangi
dan membantu
dalam keluarga

32

Berikan jawapan berdasarkan situasi.

Situasi Soalan Jawapan
1
Senaraikan tugas • Menyapu sampah
yang harus dilakukan • ____________________
• ____________________
bersama-sama
ahli keluarga.

2 • Bercakap sopan UNIT 3
dengan ahli keluarga
Berikan cara lain
untuk mengeratkan • ____________________

hubungan

kekeluargaan. • ____________________

Ibu:

3 Apakah • Memberikan kasih sayang

tanggungjawab • ____________________

mereka sebagai Anak:
ahli keluarga? • Menghormati ahli keluarga

• ______________________

4

Apakah yang harus • Menjaga adik
anda lakukan? • ____________________
• ____________________

*Guru boleh membuat salinan halaman ini untuk aktiviti murid dengan merujuk halaman 137.

33

4unit TEMA 1: DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN

MENGHARGAI PERSAHABATAN

Teliti situasi dalam gambar berikut.

UNIT 4

Pada unit ini saya akan:

1.4.1 Menyatakan adab dalam persahabatan.
1.4.2 Membanding beza perlakuan beradab dan tidak beradab dalam persahabatan.
1.4.3 Menilai batas-batas dalam persahabatan.
1.4.4 Menerangkan kepentingan perlakuan beradab dalam persahabatan.
1.4.5 Mengamalkan perlakuan beradab dalam hubungan dengan rakan.

34

UNIT 4

Berterima Kasih Siapakah sahabat baik Menghargai: Memuliakan,
Bertanggungjawab anda? Ceritakan perihal menghormati, atau
Kasih Sayang tentang sahabat baik anda. menganggap penting.
Berdikari Persahabatan: Hal atau
Hemah Tinggi perbuatan bersahabat.
Kerajinan
Kejujuran (Sumber: PRPM)

35

SAHABAT SUKA DAN DUKA

Hayati kisah benar persahabatan antara Lee Yung Sen dengan
Low Hong Ping melalui perbualan dalam aplikasi mesej.

Active now 1997
1995

UNIT 4

Yung Sen, terima kasih kerana memberikan gambar
persahabatan kita. Saya sangat terharu.

Sama-sama Hong Ping. Saya bangga mempunyai
sahabat yang berbudi bahasa seperti awak. Awak
tidak pernah menyinggung perasaan saya.
Tidak mungkin saya biadab kepada rakan yang
selalu membantu saya. Awak tidak pernah
mengabaikan saya sewaktu di sekolah dahulu.

Itu tanggungjawab saya sebagai seorang sahabat.

Type a message...

36

Active now

Saya tidak boleh berterusan menyusahkan awak, Yung Sen.
Awak juga perlu berkawan dengan orang lain.

taJeawrnuagskab.nKerirnsisia,ahkuaitHabaotetnlbgaahPikibn.egk. eSrajay.aSgaeyma bhiararamp ekmitabaaknatun

Ya, saya sangat menghargai persahabatan UNIT 4
hskaiitdahuaypbasanatgysaejup.juerrtdi aawn aikkhlyaasnigni.bSoaleyhammeenmceerrilaukkaann

Type a message...

Ceritakan perasaan anda apabila
membaca kisah persahabatan
Lee Yung Sen dan Low Hong Ping.
Berikan alasan anda.

Cadangkan cara lain untuk mengeratkan
sesebuah persahabatan.

(Gambar ihsan: Lee Yung Sen dan Low Hong Ping)

1.4.1 • Bimbing murid menghayati kisah persahabatan Lee Yung Sen dan Low Hong Ping. 37
1.4.2 • Bimbing murid menyatakan adab persahabatan yang boleh dicontohi.
1.4.3
1.4.4 Nilai: Berterima Kasih, Bertanggungjawab, Berdikari, Kerajinan, Hemah Tinggi, Kejujuran,
1.4.5
Kasih Sayang

WARNA-WARNI SAHABAT

Baca dan fahami dialog. Kemudian, lengkapkan dialog tersebut dengan
tindakan yang beradab.

Situasi Persahabatan A

UNIT 4 1 2
Vimala, ini majalah Terima kasih Yanika kerana
Tunas Cipta yang awak berusaha mencarikannya
minta saya carikan. untuk saya.

3 4
___?___
Sama-sama. Maafkan saya
kerana lewat mencarikannya
untuk awak.

Berdasarkan situasi dalam gambar A dan B, kenal pasti perlakuan beradab
dan tidak beradab dalam persahabatan.

38

Situasi Persahabatan B

1

Lina, saya tahu banyak kelemahan Julia.
Saya boleh beritahu segala-galanya.
2

Tidak baik awak berkata 3
begitu. Kita perlu ___?___ Maafkan saya Lina. Saya
berjanji tidak akan bersangka
buruk terhadap kawan kita lagi.

UNIT 4

PAK-21

Keutamaan Nilai Murni
1. Senaraikan nilai murni yang perlu diamalkan berdasarkan situasi dalam gambar.
2. Pilih nilai murni tersebut mengikut keutamaan.
3. Bentangkan nilai murni tersebut di depan kelas.

1.4.1 • Bimbing murid mengenal pasti situasi perlakuan persahabatan.
1.4.2
1.4.3 • Bimbing murid menjawab dialog tindakan yang beradab.
1.4.4 Nilai: Berterima Kasih, Bertanggungjawab, Hemah Tinggi, Kasih Sayang
1.4.5
39

GURINDAM ADAB

Lafazkan gurindam di bawah.

UNIT 4 Gurindam Azimat buat Sahabat Lengkapkan gurindam dengan
maksud yang betul.
Jika kita santun beradab, Sahabat tidak terasa beban.
Akhlak terpuji tidak biadab. Alamat hubungan penuh pancaroba.
Kelak sahabat terus bersatu.
Jika kita berhati murni, Prinsip persahabatan jadi pegangan.
Suasana nan keruh pasti harmoni.
a. Jika kita sering membantu,
Jika kita menghargai sahabat,
Hubungan pasti bertambah erat. –––––––––––––––––––––––––––––––
b. Jika kita rela berkorban,
Jika kita sabar dan tenang,
Rakan taulan berasa senang. –––––––––––––––––––––––––––––––
c. Jika kita mengadu domba,
Bila bergurau jaga batasan,
Takut sahabat rasa terkilan. –––––––––––––––––––––––––––––––
d. Jika peradaban bukanlah angan,
Dengar pesanku duhai sahabat,
Nasihat tulus jadikan azimat. –––––––––––––––––––––––––––––––

Ciptaan: Norani Abd Rahim

Gurindam (Audio)

Gurindam: Sajak
dua baris yang
berisi nasihat atau
pengajaran.

(Sumber: PRPM)

1.4.1

1.4.2 • Bimbing murid mengenal pasti nilai yang terkandung dalam gurindam.

1.4.3 • Bimbing murid melengkapkan gurindam dengan betul.

1.4.4 Nilai: Berterima Kasih, Bertanggungjawab, Kerajinan, Hemah Tinggi, Kejujuran,
40 1.4.5
Kasih Sayang

SEJAMBAK BUNGA UNTUK SAHABAT

Mari menggubah sejambak bunga untuk dihadiahkan kepada sahabat
baik anda.

1

Sediakan bahan mSuesnugnikduat nkrgeuabtivaihti.bunga UNIT 4
dan peralatan:

• gunting
• bunga
• reben
• gelang getah

23

Ikat gelang getah pada Potong reben mengikut
batang bunga. panjang yang sesuai.

4 5

Ikat reben pada batang Sdeibjaemrikbaankkbeupnagdaausnathuakbat.
bunga sehingga ketat.

Nyatakan kepentingan menghargai sahabat.

1.4.1 • Bimbing murid menggunakan gunting dengan cara yang selamat.
1.4.2 • Bimbing murid menghasilkan sejambak bunga yang cantik dan kreatif.
1.4.3
1.4.4 Nilai: Berterima Kasih, Bertanggungjawab, Kasih Sayang
1.4.5
41

UNIT 4 MENGHARGAI PERSAHABATAN

1. CONTOH ADAB DALAM
PERSAHABATAN
• Menghargai budi baik sahabat
• Menjaga rahsia peribadi sahabat
• Menjaga tutur kata dan perlakuan yang sopan

2. KEPENTINGAN BERADAB
DALAM PERSAHABATAN
• Mengekalkan hubungan persahabatan
• Mewujudkan suasana harmoni
• Memupuk perasaan menghormati sahabat

3. BATAS DALAM PERSAHABATAN

• Tidak mengambil kesempatan terhadap
kebaikan sahabat

• Tidak bergurau berlebih-lebihan
• Menghormati hak sahabat

42

A. Tulis tiga adab yang sering anda amalkan terhadap rakan berdasarkan
pilihan jawapan.

Berterima kasih kerana Meninggalkan sahabat
selalu membantu sewaktu susah

Bertutur dengan cara yang sopan Menggembirakan hati sahabat

1. ____________________ 2. ____________________ UNIT 4

3. ____________________

B. Lengkapkan perbezaan perlakuan beradab dan tidak beradab dalam
persahabatan di bawah.

Bil.. Perlakuan beradab Perlakuan tidak beradab

Bersahabat dengan Bersahabat dengan seseorang
1 seseorang pada waktu pada waktu senang sahaja

susah dan senang

2 Memperkenalkan sahabat
kepada ahli keluarga

3 Menyokong minat sahabat

*Guru boleh membuat salinan halaman ini untuk aktiviti murid dengan merujuk halaman 137.

43

UNIT 4 C. Tandakan [ ] pada tindakan yang betul dan [ X ] pada tindakan yang
tidak betul.

1. Amir selalu mengambil kesempatan terhadap kebaikan
sahabatnya, Bernard.

2. Rosmidah menghormati keputusan Darina untuk tidak
mengikuti lawatan sekolah bersama-sama.

3. Hui Chun melupakan budi baik Rajesh yang pernah
meminjamkan wang semasa dia memerlukannya.

4. Jagjeet Kaur menjaga tutur kata ketika bergurau dengan
Adilah walaupun mereka sahabat karib.

D. Warnakan buku yang menunjukkan kepentingan perlakuan beradab
dalam persahabatan.

1 2

Mewujudkan Persahabatan
suasana berpanjangan
harmoni

3 4

Memupuk Berpeluang
perasaan membuka
menghormati aib rakan

rakan

*Guru boleh membuat salinan halaman ini untuk aktiviti murid dengan merujuk halaman 137.

44


Click to View FlipBook Version