3 NOOR RULASHIKIN BT BUANG 1. PSIKOMETRIK TINGKATAN 1 2. MINDA SIHAT T1 3. AMALAN GURU PENYAYANG (PAGAR & SAMBUTAN HARI LAHIR) 4. MENTOR- MENTEE 5. DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN) 6. INTERVENSI LEWAT 7. PERANCANGAN STRATEGIK JADUAL 2,3,4 DAN 5 PETANG 4 PADMA A/P RAMOO 1. PSIKOMETRIK PERALIHAN 2. MINDA SIHAT T2 DAN PERALIHAN 3. PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS BONGSU) 4. PPDa/SLAD 5. KERJAYA 6. ZIARAH CAKNA 7. PERANCANGAN KEWANGAN & PERBELANJAAN 8. BILIK UBK 26.0 PERANAN UNIT PPDA 26.1 Memastikan sekolah bebas daripada penyalahgunaan dadah dan asap rokok. 26.2 Pengurusan Fail sentiasa di kemaskini dari masa ke semasa. 26.3 Mengadakan minggu anti dadah dan membuat kerjasama dengan AADK untuk ujianurin murid. 26.4 Kaunseling terancang diberikan kepada yang terlibat dengan rokok dan dadah 27.0 PERANAN JAWATANKUASA KELAB PENCEGAHAN JENAYAH 27.1 Mewujudkan suasanan bagi memupuk rasa patuh kepada peraturan sekolah dan undang-undang Negara. 27.2 Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah. 27.3 Menanam nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid, bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah. 27.4 Menyediakan garis panduan cara-cara pencegahan jenayah dan menggalakkan mereka menjalankan aktiviti yang berfaedah. 27.5 Melahirkan murid yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara dalam hal-hal pencegahan jenayah. 27.6 Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah 27.7 Memastikan semua kegiatan dijalankan dengan baik dan membantu Pengetua dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. 28.0 PERANAN JAWATANKUASA PELAKSANA UJIAN KENDIRI COVID-19 28.1 Menyediakan tempat melaksanakan Ujian Kendiri COVID-19 yang sesuai & kondusif . 28.2 Mengawal selia persediaan pelaksanaan Ujian Kendiri COVID-19. 28.3 Memantau pelaksanaan Ujian Kendiri COVID-19 sehingga selesai. 28.4 Memaklumkan keputusan Ujian Kendiri COVID-19 murid kepada ibu bapa/penjaga dan PKD sekiranya keputusan ujian adalah positif COVID-19. 28.5 Melapor status pelaksanaan Ujian Kendiri COVID-19 kepada JPN/PPD. 28.6 Merekodkan penerimaan dan penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19 149
28.7 Menyediakan keperluan bagi pengendalian Ujian Kendiri COVID-19: tong sampah yang bertutup, sarung tangan pakai buang, pelitup muka & pensanitasi tangan. 28.8 Memastikan kawasan ujian disanitasi selepas selesai proses pengujian kepada semua murid dilaksanakan. 28.9 Melupuskan Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang telah digunakan berpandukan tatacara pelupusan yang disediakan. 28.10 Merekodkan keputusan Ujian Kendiri COVID-19 sama ada positif, negatif atau invalid. 28.11 Memaklumkan kepada murid tindakan yang perlu diambil berdasarkan keputusan Ujian Kendiri COVID-19. 28.12 Memaklumkan keputusan Ujian Kendiri COVID-19 murid kepada pentadbir. 150
SASARAN UNIT HAL EHWAL MURID 2023 1. MENCAPAI KEHADIRAN PURATA SEKURANG-KURANGNYA 91% 2. MEMASTIKAN 100% KEHADIRAN MURID DIKEMASKINI MENGIKUT MASA YANG DITETAPKAN DALAM SISTEM APDM 3. MEMASTIKAN 100% MURID DIDAFTARKAN DAN MEMPUNYAI FAIL PERIBADI MURID (FPM) 4. MEMASTIKAN 100% MURID YANG LAYAK, MENDAPAT BUKU TEKS. 5. MEMASTIKAN 100% MURID YANG LAYAK, MENDAPAT KHIDMAT BANTUAN YANG SEPATUTNYA. 6. MEMASTIKAN 100% PELAJAR MENDAPAT PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 7. MEMASTIKAN 100% KELAS MEMPUNYAI KETUA TINGKATAN DAN BKK 8. MEMASTIKAN PEMANTAUAN KENDIRI KANTIN DILAKSANAKAN SETIAP BULAN 9. MEMASTIKAN 3 PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN KENEGARAAN DILAKSANAKAN 10. MENYEDIAKAN SEKURANG-KURANGNYA 4 FASILITI MESRA OKU DALAM KAWASAN SEKOLAH. 11. MENGURANGKAN PERATUS MURID LEWAT KEPADA TIDAK LEBIH DARIPADA 21 % SETAHUN. 12. MENGURANGKAN KES DARVIH KEPADA TIDAK LEBIH DARIPADA 5 KES. 13. MENINGKATKAN KURSUS KEPIMPINAN MPM SEKURANG-KURANGNYA 3 KALI SETAHUN 14. SEKURANG-KURANGNYA 4 TANDAS BERINFORMASI DAN CERIA 15. MENCAPAI SASARAN SEKOLAH BEBAS DENGGI 16. MEMENUHI KRITERIA DAN MENCAPAI SKOR 97.0 % PENILAIAN SISTEM PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH (SPKS) 17. MEMASTIKAN 100% MURID YANG LAYAK MENDAPAT BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) DIURUS PENGHUJUNG BULAN NOVEMBER 18. MENJALANKAN SEKURANG-KURANGNYA 8 PROGRAM KESIHATAN DAN KESEDARAN TENTANG KESELAMATAN 151
152
153
154
KETETAPAN KOKURIKULUM 1.0 PENGENALAN Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif. Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang selain daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah. 2.0 MATLAMAT Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara matlamat yang hendak dicapai adalah seperti berikut: a. Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan. b. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani, emosi dan intelek murid-murid. c. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid dalam sekolah dan di dalam negeri atau pun negara. d. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi. e. Membina dan meningkatkan disiplin murid. f. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan. g. Mewujudkan sekolah berwatak. 3.0 MESYUARAT JAWATAN KUASA KOKURIKULUM Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan, masalah dan isu kokurikulum di sekolah. a. Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur Sistem Pengurusan Kualiti SPSK PK07 Pengurusan Mesyuarat b. Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah berdasarkan agenda yang dicadangkan seperti yang digariskan di dalam Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan Pendidikan Selangor ataupun berdasarkan SKPM. c. Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya di dalam mesyuarat unit masing-masing dan maklum balas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada Setiausaha Kokurikulum. d. Memastikan pengurusan kokurikulum mengutamakan KBAT. 155
4.0 UNIT KOKURIKULUM 4.1 Tugas Unit Kokurikulum a. Melaksanakan tanggungjawab merancang pelan strategik unit kokurikulum. b. Menambahkan minat murid kepada pelajaran melebihi keinginan kokurikulum yang berkaitan dengan subjek tertentu. c. Melahirkan murid yang cergas dan cerdas dari segi fizikal dan mental berteraskan KBAT. d. Memupuk semangat kerjasama antara kaum. e. Melatih murid-murid untuk menjadi pemimpin yang bertanggungjawab. f. Menyediakan asas yang kukuh kepada murid sebagai pemimpin pada masa hadapan. 4.2 Tugas Setiausaha Kokurikulum a. Merancang dan menyusun semua gerak kerja kokurikulum di sekolah. b. Menyelaras, menyelia dan menilai pelaksanaan semua program gerak kerja kokurikulum di sekolah. c. Menentukan bahawa semua gerak kerja kokurikulum berjalan dengan berkesan dan berterusan sepanjang tahun. d. Menyelesaikan masalah berbangkit mengenai semua gerak kerja kokurikulum. e. Berhubung dengan pihak-pihak luar dalam urusan gerak kerja kokurikulum. f. Mendapatkan laporan mengenai kegiatan-kegiatan setiap bidang kokurikulum untuk diserahkan kepada jawatankuasa sekolah untuk tindakan selanjutnya. g. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan gerak kerja kokurikulum sekolah dan disampaikan kepada pihak berkuasa sekolah untuk tindakan selanjutnya. h. Menyediakan minit mesyuarat jawatankuasa kokurikulum sekolah. i. Mengumpul maklumat dan menyimpan rekod-rekod gerak kerja kokurikulum. j. Mengkaji semula dan meneliti kemampuan penasihat-penasihat. k. Menguruskan penilaian gerak kerja kokurikulum. l. Melaksanakan tugas-tugas seperti diarahkan oleh Pengetua atau wakilwakilnya. 156
4.3 Penyelaras/Setiausaha/Pen. Setiausaha Unit Kelab Persatuan/ Sukan Permainan/ Pasukan Badan Beruniform a. Mengatur dan menyelia perjalanan kelab persatuan/ sukan permainan/ pasukan badan beruniform. b. Menyediakan jadual untuk perjumpaan dan mesyuarat. c. Menyelaras semua aktiviti. d. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk murid memasuki kelab persatuan/persatuan koakademik/permainan/badan beruniform. e. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. f. Menyemak fail di bawah unit masing-masing 2 kali setahun. g. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. h. Membuat laporan tahunan keseluruhan unit masing-masing tentang aktiviti dan pencapaian. i. Mengisi jadual 3 bagi pelan strategik bagi program di bawah unit masingmasing. 4.4 Guru Penasihat Sukan Permainan a. Membentuk Jawatankuasa. b. Merancang aktiviti tahunan kelab permainan masing-masing. c. Memastikan adanya peraturan/perlembagaan d. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam permainan. e. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar. f. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi. g. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah h. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar sekolah. i. Mengurus surat kebenaran ibubapa/penjaga untuk pertandingan di luar sekolah. j. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai. k. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid. l. Menilai prestasi pasukan permainan masing-masing dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya. m. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan 157
4.5 Guru Penasihat Kelab Persatuan/Persatuan Koakademik/ Pasukan Badan Beruniform a. Membentuk Jawatankuasa kelab persatuan/persatuan koakademik/pasukan badan beruniform. b. Merancang aktiviti tahunan kelab persatuan/persatuan koakademik/badan beruniform selaras dengan objektif sekolah. c. Memastikan adanya peraturan/perlembagaan. d. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam perlembagaan. e. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan. f. Memastikan minit mesyuarat dan laporan perjumpaan disediakan dan failkan. g. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar sekolah. h. Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah. i. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai. j. Menyediakan laporan tahunan bagi unit masing-masing mengikut tarikh yang telah ditetapkan. 5.0 MAJLIS SUKAN SEKOLAH 5.1 Tugas Majlis Sukan Sekolah a. Menentukan objektif sukan tercapai. b. Merancang aktiviti sukan sekolah jangka pendek/ panjang. c. Mengenal pasti T.O.V dan merancang aktiviti sukan. d. Merancang aktiviti peningkatan dan penglibatan murid dalam sukan. e. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah. f. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan. g. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan, kelicinan, dan kelancaran perlaksanaan. h. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya. 158
5.2 Setiausaha Sukan a. Mengatur rancangan/ jadual sukan sekolah sesuai dengan rancangan/ jadual MSSD, MSSS, dan MSSM. b. Membahagikan murid mengikut rumah sukan. c. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara rumah dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang. d. Mengatur rancangan lengkap untuk kejohanan sukan tahunan sekolah. e. Menyediakan anggaran perbelajaan sukan untuk tahun berkenaan. f. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam kegiatan yang dianjurkan oleh badan-badan sukan yang lain g. Mengawal dan menjaga alat sukan dalam keadaan baik dan mengemaskinikan buku stok. h. Mengagihkan alat-alat sukan kepada guru-guru berkenaan. i. Mencadangkan peralatan dan kemudahan yang patut dibeli atau diperbaiki oleh pihak sekolah mengikut keutamaannya. j. Mengatur pengangkutan untuk pasukan sekolah sekira perlunya. k. Menyediakan laporan sukan tahunan. l. Menilai semula rancangan sukan sekolah dan mencadangkan langkahlangkah untuk meningkatkan prestasi sukan sekolah. m. Merekodkan penglibatan dan pencapaian murid dalam kegiatan sukan serta mencadangkan olahragawan dan olahragawati sekolah. n. Melaksanakan tugas-tugas seperti diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya. 5.3 Garis Panduan Tugas Guru Sukan Permainan Sekolah a. Memajukan kemahiran pelajar dalam permainan di bawah jagaannya dengan cara melatih mereka mengikut jadual yang telah ditetapkan atau masa-masa lain dengan persetujuan Setiausaha Sukan dan mengatur seberapa banyak permainan atau perlawanan persahabatan dengan pasukan lain atau sekolah-sekolah berdekatan. b. Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum melalui Setiausaha Sukan. i. Peraturan/ Perlembagaan ii. Senarai AJK iii. Rancangan/ Kegiatan setahun iv. Anggaran perbelanjaan/ penyata kewangan c. Mengurus dan melatih Pasukan Sekolah mengikut kumpulan untuk pertandingan MSSD. 159
d. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar dalam permainan. e. Menguruskan pengangkutan dengan bantuan Setiausaha Sukan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar dan mengurus surat kebenaran ibubapa. f. Mengiringi dan menjaga disiplin murid dalam satu-satu perlawanan. g. Bertanggungjawab atas kehadiran pemain pada masa latihan dan perlawanan. h. Bertanggungjawab serta mengagihkan alat-alat dan pakaian pemain dan memungut balik disimpan tempat yang selamat. i. Menyimpan rekod perlawanan yang disertai pada semua peringkat dengan mencatat butir-butir, tarikh, pasukan lawan, tempat berlawan dan keputusan. j. Menjaga kebajikan pemain-pemain seperti keselamatan, minuman, kecederaan dan sebagainya. k. Memastikan pasukan sekolah memilki semangat pasukan yang tinggi di samping menjunjung undang-undang dan disiplin sekolah. l. Menentukan peralatan atau gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat digunakan. m. Menilai prestasi pasukannya dalam permainan. n. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa. o. 5.4 Ketua Rumah Sukan a. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan murid) b. Membuat agihan tugas kepada semua ahli rumah sukan. c. Membentuk jawatankuasa rumah dikalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permainan. d. Menjalankan Mesyuarat Agung rumah sukan. e. Memastikan fail rumah sukan dilengkapkan dari masa kesemasa. f. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan dan laporan akhir disediakan 160
6.0 JAWATANKUASA DALAM UNIT KOKURIKULUM 6.1 Jawatankuasa Penilaian Kokurikulum / PAJSK a. Memberi taklimat kepada guru penasihat dan guru kelas berkaitan pemberian markah kokurikulum murid. b. Memastikan semua murid mempunyai rekod markah kokurikulum mengikut kelayakan penskoran seperti yang ditetapkan dalam sistem PAJSK. c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. Skor markah jawatan bagi badan beruniform Skor m Skor markah jawatan bagi kelab/persatuan/sukan/permainan Skor markah peringkat Penglibatan bagi Unit Beruniform/ Kelab/ Persatuan/ Sukan/ Permainan. 161
Skor markah Tahap Pencapaian bagi Unit Beruniform/ Kelab/ Persatuan/ Sukan/ Permainan. Skor markah Komitmen bagi Unit Beruniform/ Kelab/ Persatuan/ Sukan/ Permainan. Skor markah Khidmat sumbangan bagi Unit Beruniform/ Kelab/ Persatuan/ Sukan / Permainan. Sko Skor markah Kehadiran bagi Unit Beruniform/ Kelab/ Persatuan/ Sukan/ Permainan. 6.2 Lembaga Koperasi Sekolah 6.2 Lembaga Koperasi Sekolah a. Menjalankan mesyuarat agung sekali dalam setahun. b. Melaksanakan tugas memantau segala urusan di koperasi sekolah. c. Mematuhi jadual bertugas yang telah disediakan d. Berperanan untuk menjana pendapatan koperasi sekolah e. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. f. Mengambil bahagian dalam pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan g. Menjalankan tugas-tugas lain yang dirahkan oleh Pengetua . 162
6.3 Jawatankuasa Pembangunan Sukan a. Mengatur jadual sukan sepanjang tahun termasuk acara yang melibatkan sukan antara sekolah, sokongan ibu dan masyarakat setempat . b. Menyediakan tenaga terlatih dalam kalangan guru dan jurulatih luar . c. Mengadakan program-program kursus dan latihan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran guru. d. Menghantar guru-guru mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan kejurulatihan e. Memperkukuhkan pengurusan Sukan di sekolah. f. Menggalakkan pelaksanaan Sukan Prestasi Tinggi (SPTS) g. Menaiktaraf prasarana sukan sekolah secara terancang dan berperingkat. h. Mendapatkan sokongan syarikat swasta dalam program pembangunan sukan dalam bentuk sumbangan kewangan atau tajaan . i. Mewujudkan sistem pemarkahan untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan sasaran program . 7.0 PENYERTAAN MURID DALAM KOKURIKULUM a. Setiap murid diwajibkan menyertai empat aktiviti kokurikulum yang terdiri daripada satu rumah sukan, satu sukan permainan, satu kelab persatuan/koakademik dan satu pasukan badan beruniform sebagai aktiviti sepanjang tahun. b. Murid hanya perlu memilih ketiga-tiga aktiviti kokurikulum berdasarkan apa yang ditawarkan oleh sekolah. c. Hanya murid yang tidak mempunyai rekod disiplin sahaja DIBENARKAN untuk mengambil bahagian dalam apa-apa juga pertandingan sama ada dalam sekolah atau luar sekolah. 8.0 MASA AKTIVITI a. Aktiviti bagi Kelab Persatuan (Selasa)/ PBB (Rabu) /Sukan Permainan (Khamis) sesi pagi dijalankan pada jam 2.30 - 4.00 petang mengikut takwim yang disediakan b. Aktiviti bagi Sukan Permainan (Selasa 8.30 - 10.00), Kelab Persatuan (Selasa 10.30 - 12.00) / PBB (Rabu 8.30 - 10.00) bagi murid sesi petang c. Aktiviti bagi Unit Beruniform Taekwondo dan Silat adalah pada hari Sabtu dari jam 8.00 - 10.00 pagi 163
9.0 BILANGAN PERJUMPAAN Bilangan perjumpaan setahun bagi semua murid ialah a. Kelab dan Persatuan - 12 kali b. Unit Beruniform - 12 kali c. Sukan dan Permainan - 12 kali 10. KOD PAKAIAN a. Baju Kokurikulum atau baju T sukan dan seluar trek sekolah. b. Bagi murid perempuan yang bertudung hanya tudung sekolah sahaja yang dibenarkan. c. Aktiviti badan beruniform; Pakaian seragam badan beruniform @ T shirt badan beruniform mengikut unit masing-masing. 11. PERJUMPAAN / AKTIVITI a. Semua aktiviti mesti mengikut jadual yang ditetapkan. Segala pindahan / pertukaran perlu mendapat kelulusan daripada Penolong Kanan Kokurikulum. b. Guru-guru penasihat diminta berada di tempat perjumpaan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masa yang ditetapkan bagi melicinkan pengendalian mesyuarat dan perjumpaan. Semua guru penasihat WAJIB menghadiri setiap aktiviti yang diadakan. Pelajar-pelajar TIDAK DIBENARKAN untuk menganjurkan sebarang aktiviti TANPA KEHADIRAN guru penasihat. c. Pastikan semua ahli berada di tempat yang ditetapkan semasa mesyuarat dan perjumpaan dijalankan. d. Guru penasihat PERLU MENCATATKAN kehadiran dan aktiviti yang dijalankan dalam buku rekod kehadiran guru penasihat kokurikulum. e. Guru penasihat hendaklah memastikan aktiviti yang dijalankan ada diselitkan unsur KBAT dalam setiap perjumpaan. f. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pihak luar atau dijalankan di luar kawasan sekolah MESTI mendapatkan kebenaran Pengetua / Penolong Kanan Kokurikulum secara bertulis. g. SEMUA KUTIPAN sumbangan / derma MESTI DISIMPAN oleh GURU PENASIHAT. Murid boleh mengutip tetapi TIDAK BOLEH menyimpan sebarang kutipan. h. Sebarang kutipan wang untuk aktiviti tidak dibenarkan KECUALI dengan kebenaran pengetua. i. Untuk tujuan surat-menyurat kepada pihak luar / agensi kerajaan, semua guru penasihat dikehendaki menulis surat melalui Pengetua mengikut format surat rasmi dan menggunakan ‘letterhead’ sekolah. Segala surat-menyurat / surat panggilan mesyuarat hendaklah disimpan dalam fail persatuan permainan / unit beruniform masing-masing. 164
j. Guru penasihat diminta mengisi sijil-sijil (jika kosong) dan memberikan kepada murid semasa perhimpunan rasmi. Satu salinan sijil mesti difailkan dalam fail sijil kokurikulum di bilik Penolong Kanan Kokurikulum 12. MESYUARAT AGUNG Semasa Mesyuarat Agung, perkara-perkara yang penting ialah: a. Perlantikan AJK b. Mencatat kehadiran ahli c. Membincangkan rancangan tahunan dan peraturan persatuan (pakaian, kehadiran dan lain-lain). d. Menetapkan derma keahlian jika ada (dengan Kebenaran Pendaftar/Pengetua). e. Memaklumkan kepada semua ahli bahawa mereka tidak boleh menukar persatuan selepas didaftarkan. f. Memaklumkan kepada semua ahli tentang penilaian kokurikulum pada akhir tahun (terutama mengenai markah kehadiran ahli, penglibatan dan pencapaian). g. Memaklumkan kepada semua ahli tentang Hari Apresiasi Kokurikulum pada akhir tahun (terutama mengenai penghargaan, sumbangan dan pencapaian ahli). h. Memaklumkan kepada ahli menghantar salinan dokumen sakit atau surat yang menyatakan sebab ketidakhadiran supaya tidak menjejaskan markah yang diperuntukkan untuk kehadiran dalam penilaian akhir tahun. Ketidakhadiran bersebab tidak akan mengambil kira dalam kehadiran. 13. LAWATAN / PERTANDINGAN Langkah-langkah yang perlu diambil berat oleh guru yang membawa murid a. Borang kebenaran ibu bapa / penjaga i. edarkan kepada murid yang terlibat dua minggu sebelum tarikh pertandingan dan dapatkan semula serta simpan dalam fail masing-masing. ii. Pastikan semua maklumat di dalam borang diisi dengan lengkap. b.Senarai pelajar yang terlibat i.letakkan satu salinan di dalam buku makluman guru di kaunter pejabat. ii.memaklumkan kepada guru tingkatan mengenai murid-murid yang terlibat dalam lawatan/pertandingan tersebut. Bagi guru-guru yang membawa murid ke pertandingan, sila hantar: a.Borang Guru Pengiring (selewat-lewatnya satu minggu sebelum aktiviti) b.Borang Tuntutan elaun makan dan elaun perjalanan (selewat-lewatnya seminggu selepas aktiviti) 165
c.Laporan Penglibatan / Pencapaian murid yang dibawa (selewat-lewatnya seminggu selepas aktiviti ) d.Salinan sijil penyertaan atau pencapaian pelajar jika ada. selewat-lewatnya seminggu selepas aktiviti. e.Borang tuntutan boleh didapati dari bilik Penolong Kanan Kokurikulum / pejabat dan 2 salinan perlu dibuat dan dikepilkan bersama surat panggilan pertandingan / minit mesyuarat yang mengandungi maklumat pertandingan sebagai bukti untuk tujuan audit dan resit pendaftaran jika ada. f.Bagi guru-guru yang sudah membuat tuntutan perjalanan dari PPD atau JPS, TIDAK BOLEH membuat tuntutan dari sekolah. 14. PAPAN KENYATAAN PERSATUAN / KELAB / UNIT BERUNIFORM b. Papan Kenyataan Kelab Persatuan, Sukan Permainan dan Badan Beruniform boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada ahli-ahli kelab/persatuan. c. Gunakan papan kenyataan untuk sebarang pengumuman penting kepada ahli agar murid sentiasa peka dengan papan kenyataan yang diadakan di sekolah. d. Papan kenyataan hendaklah digunakan semaksimumnya. Sebarang keperluan sila jumpa Penyelaras Kelab Persatuan/Kelab Permainan /Unit Badan Beruniform atau Setiausaha/Penyelaras Kokurikulum. 15. LAPORAN MESYUARAT / TAKLIMAT / BENGKEL / KURSUS / LAWATAN /PERTANDINGAN b. Minit Curai dan laporan mesti bertaip mengikut format yang ditetapkan oleh pihak sekolah. c. Laporan mesti dihantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum selewatlewatnya seminggu selepas menghadiri mesyuarat / taklimat / bengkel / kursus / lawatan / pertandingan. Sebarang sijil yang diperoleh perlu dibuat salinan dan diserahkan kepada Setiausaha atau Penolong Kanan Kokurikulum untuk didokumenkan. Semua laporan aktiviti perlu ada gambar berwarna. 166
16. PEKELILING 16.1 SURAT PEKELILING IKHTISA S BIL:1/ 1989 Pe nye rta a n Pe la ja r Da la m Ke g ia ta n Suka n Di Se ko la h 16.2 SURAT PEKELILING IKHTISA S BIL: 8/ 1995 Penyertaan Pelajar Dalam PertandIingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan. 16.3 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 3/ 1995 Perlaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pela ja r Se ko la h Kera jaan Dan Bantuan Kerajaan. 16.4 SURAT PEKELILING KHTISAS BIL: 25/ 1998 d a n BIL: 3/ 1979 Pendidikan Jasmani. 16.5 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 24/ 1988 Penglibatan G uru Dan Murid Dala m Aktiviti Pasuka n Paka ia n Seragam Anjuran Agensi Kera jaan Dan Pertubuhan Bukan Kera jaan. 16.6 SURAT PEKELILING IKHTISA S BIL: 25/ 1998 Pe rlaksanaan Pe la jaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. 16.7 SURAT PEKELILING IKHTISA S BIL: 9/ 2000 d a n BIL: 1/ 1995 Panduan Keselamatan diri Pela jar semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Ko kurikulum Dan Sukan dan Di Luar Kawasan Sekolah. 167
168