The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SONICGOLD CUSTOM, 2023-03-14 20:13:38

PEMACU 2023/2024 V2

PEMACU v2 23032023

101


102


KETETAPAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ARAHAN AM 1. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. 2. Guru dan staf sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain. 3. Guru hendaklah menghayati tatatusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan / mata pencarian semata-mata. 4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip – prinsip Perkhidmatan Cemerlang. 5. Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat P e n d i d i k a n N e g a r a . 6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 7. Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. KEDATANGAN 1. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah sepuluh minit sebelum waktu mula sekolah dan punch in dan punch out kehadiran semasa sampai dan waktu balik sekolah. 3. Waktu punch in setiap hari bagi sesi pagi ialah sebelum 7.25 pagi dan punch out selepas 1.45 petang kecuali pada hari Jumaat waktu punch out selepas 12.30 tengahari. 4. Waktu punch in bagi sesi petang ialah sebelum 12.30 tengah hari dan punch out selepas 6.30 petang kecuali pada hari Jumaat waktu punch in ialah sebelum 1.20 tengahari. * Kebenaran khas hanya untuk guru lelaki solat jumaat. 5. Guru yang tidak dapat hadir atau yang terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar melalui telefon, surat atau pesanan kepada Pengetua. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin. 6. Punch in dan punch out mestilah dilakukan oleh guru berkenaan tanpa mewakilkan kepada orang lain. 7. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat diluar waktu sekolah kecuali d a l a m k e a d a a n k e c e m a s a n . 103


KELUAR WAKTU MENGAJAR 1. Guru tidak boleh meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/ Penolong Kanan. 2. Guru dikehendaki mengisi dalam Buku Rekod Keluar, mendapatkan tandatangan Pengetua/ Penolong Kanan sebelum keluar. 3. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk murid melalui Guru Kanan Mata Pelajaran / Penolong Kanan. CUTI 1. Cuti Rehat/ Cuti Penggal Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(TP) 0046 SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugastugas seharian daripada tugas mengajar. 2. Cuti Umrah Cuti umrah 7 hari tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am sekali sahaja sepanjang perkhidmatan. 3. Cuti Sakit Sijil sakit yang dikeluarkan oleh klinik swasta tidak perlu disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji. Surat doktor hendaklah disampaikan kepada Pengetua secepat mungkin pada keesokan hari. 4. Cuti Tanpa Gaji Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebabsebab persendirian yang mustahak. Cuti Tanpa Gaji bagi kakitangan bukan guru hanya boleh diambil selepas habis semua cuti rehatnya. Kelayakan Cuti Tanpa Gaji adalah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti. 104


5. Cuti Rehat Khas Guru layak untuk Cuti Rehat Khas sebanyak lima belas hari (15) hari dalam setahun bagi guru yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun dan sepuluh hari (10) bagi guru yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun. Kuasa meluluskan Cuti adalah pada Pengetua. Dalam menimbangkan pemberian kemudahan Cuti Rehat Khas, pihak yang meluluskan akan memastikan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas. Permohonan perlu dibuat kepada Pengetua 3 hari sebelum hari cuti. Permohonan online (Hrmis) hanya boleh diisi selepas mendapat kelulusan pengetua. Kemudahan Cuti Rehat Khas adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki cuti yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya. Cuti Rehat Khas boleh dikumpul untuk Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat Khas tidak melebihi 180 hari. 6. Cuti Keluar Negara Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan daripada Pejabat Pendidikan Daerah . Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat- lewatnya 5 minggu sebelum tarikh bercuti. PAKAIAN 1. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. 2. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai. 3. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai: Guru Perempuan – seluar trek atau panjang yang sesuai, kemeja-T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. Guru Lelaki –seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja-T, kemeja sukan , baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 4. Peraturan-peraturan pakaian seperti yang telah ditetapkan melalui surat edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA. SULIT. 2578 / Pt. 1 / 35 bertarikh 8hb Jun 1970 di Lampiran "A" mengenai Pakaian Seragam Pegawai-pegawai Tadbir dan Professional dalam Kumpulan Pengurusan Dan Ikhtisas, seperti dipinda oleh Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985, hendaklah dipatuhi. PERHUBUNGAN SESAMA GURU 1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi atau profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Guru-guru juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan. 2. Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru, murid atau staf sokongan sekolah yang lain. 3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali. 4. Guru handaklah mematuhi Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial bagi Guru dan Murid Guru (Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 3 Tahun 2027) bertujuan mengelakkan penyalahgunaan media sosial yang membawa kepada pelbagai keburukan terutamanya penyebaran fitnah dan perkongsian maklumat yang kurang tepat. 105


BILIK GURU 1. Kebersihan, keceriaan, keselamatan bilik guru dan keselamatan harta benda di dalamnya adalah menjadi tanggungjawab semua guru. 2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di dalam kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai non-teaching period dan bukannya free-period. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkaraperkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 3. Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru atau bilik khas masingmasing kecuali pada waktu PdPc. 4. Guru yang berada di bilik guru hendaklah bersama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang harmoni dan tidak mengganggu ketenteraman manamana pihak. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah. 2. Ketua panitia hendaklah memastikan wujudnya peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat di bilik-bilik makmal, bengkel, bilik-bilik khas dan lain-lain KEBERSIHAN 1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran tugas murid hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 2. Ketua panitia dan guru yang lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut. 3. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid-murid SURAT MENYURAT 1. Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak tertentu. Surat Yang Diterima 1. Surat yang diterima oleh sekolah akan diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut. 2. Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui salinan kepada Pengetua, surat boleh disimpan sendiri setelah mengambil tindakan. 3. Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah: 3.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat. 106


3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan. 3.3 Memulangkan semula fail itu kepada pejabat. Semua fail perlu disimpan di pejabat berdasarkan Sistem Arkib PERJAWATAN PENGAJARAN 1. Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam perjawatan, mereka boleh berurusan dengan pembantu tadbir atau Pengetua. 2. Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan atau Penolong Kanan. TUGAS 1. Guru mestilah melaksanakan tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan urusan hal ehwal murid dan arahan Pengetua dari semasa ke semasa. 2. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan misalnya menghadiri mesyuarat, guru boleh mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya dengan pengetahuan Pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan sesama sendiri, maka ia mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu. BUKU REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR 1. Semua guru akan diberi sebuah Fail Persediaan Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani oleh Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan Mata Pelajaran. 2. Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan. 3. Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada akhir tahun persekolahan. 4. Berdasarkan Surat Pekeliling Bil 3/1999, guru hendaklah menguruskan buku rekod mengajar dengan sempurna dan dapat mengemukakan buku rekod tersebut dengan serta merta apabila diminta oleh pihak yang berkuas. JADUAL WAKTU 1. Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di dalam kelas sendiri. 2. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. JADUAL KEDATANGAN MURID 1. Setiap guru tingkatan akan diberi sebuah fail kedatangan murid. Guru bertanggungjwab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian kulit hadapan. 2. Fail kedatangan murid hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, Penyelaras Tingkatan bertanggungjawab menandanya. 3. Fail ini hendaklah berada di pejabat. Guru dilarang sama sekali membawa balik 107


fail Jadual Kedatangan Murid. 4. Guru kelas juga perlu mengunci masuk data kehadiran dalam pangkalan data APDM. 5. Bagi murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau 10 hari tidak berturut-turut, ibu bapa/ penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis. (Amaran Pertama dan seterusnya) KAD STOK / INVENTORI Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan kad stok/ inventori dan memastikan maklumat kad stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Kad ini akan disemak dari semasa ke semasa oleh Pengetua/ Penolong Kanan/GKMP. TANDA NAMA Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di dalam/luar sekolah. KEAHLIAN KELAB STAF / PIBG 1. Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan Kakitangan dan PIBG sekolah. 2. Jumlah yuran kelab staf tertakluk kepada keputusan mesyuarat. PENGGUNAAN ALAT-ALAT 1. Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan. 2. Guru mesti mendapat kebenaran daripada ketua-ketua bahagian atau penjaga stok. 3. Guru juga perlu bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkannya dengan segera dan berkeadaan baik. 4. Jika alatan didapati rosak, sila dilaporkan segera. ARAHAN DAN PEKELILING 1. Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas dibaca. 2. Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi secara terus, guru hendaklah menyimpannya dalam fail khas. 3. Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian, Jabatan atau PPD, guru hendaklah mengembalikannya dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil. KUNCI 1. Semua kunci bilik khas hendaklah disimpan di pejabat. 2. Jika guru ingin meminjam kunci tertentu, sila maklumkan kepada pembantu tadbir dan direkodkan dalam Buku Peminjaman. URUSAN JABATAN / PPD 1. Guru tidak digalakkan berurusan sendiri dengan JPS dan PPD. 108


2. Semua urusan/ surat menyurat hendaklah melalui Pengetua. PELAWAT 1. Semua pelawat wajib berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan terlebih dahulu sebelum berurusan dengan guru-guru. Pastikan mereka membawa pas dan surat yang ditandatangani oleh pihak sekolah. PEMBELIAN 1. Semua pembelian hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Kanan Mata Pelajaran/ Penolong Kanan dan Pengetua. 2. Sila isikan nota minta untuk sebarang pembelian dan pastikan amaun pembelian tidak melebihi baki wang yang ada. 3. Isikan borang Local Order. 4. Semua invois yang diterima hendaklah ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan segera KEGIATAN KOKURIKULUM 1. Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. 2. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur. PERHIMPUNAN SEKOLAH 1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari yang ditetapkan dan berada di atas pentas. 2. Guru lelaki hendaklah memakai blazer, tali leher dan baju kemeja berlengan panjang. 3. Guru dikehendaki bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu sekolah. MESYUARAT GURU 1. Dari masa ke masa, Pengetua akan memanggil mesyuarat guru. Semua guru wajib hadir ke mesyuarat tepat pada waktu yang ditetapkan. 2. Guru juga diwajibkan hadir ke mesyuarat yang dipengerusikan oleh guru-guru Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran. ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH 1. Semua guru diwajibkan hadir dalam semua majlis/ acara rasmi sekolah. PANDUAN GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN 1. Seramai 6 orang guru akan bertugas setiap minggu mengikut jadual bertugas yang ditetapkan. 2. Hari bertugas adalah hari Isnin hingga hari Jumaat. 3. Pada setiap hari bertugas, guru dikehendaki hadir ke sekolah 15 minit lebih awal 109


dari waktu punch in. 4. Guru bertugas hendaklah bersikap peka dan prihatin setiap masa kepada semua perkara yang sedang berlaku di sekolah pada hari/minggu berkenaan. Senarai Tugas Guru Bertugas Mingguan 1. Memastikan bilik-bilik darjah disapu, sampah sarap dibuang serta lampu, kipas dipadamkan setelah tamat sesi persekolahan. 2. Berada di pintu pagar untuk menyambut murid datang ke sekolah. 3. Mengawasi disiplin murid pada waktu rehat, awal pagi, di sekitar sekolah dan waktu murid pulang, mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu. 4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. 5. Memeriksa kantin dan kebersihan makanan yang dijual dikantin. 6. Mengambil tindakan sewajarnya kepada murid sakit atau kemalangan. a. Merekodkan butir-butir murid-murid yang ke bilik sakit dan menandatangani borang serta failkan. b. Melaporkan kepada pentadbir dengan segera jika berlaku kecemasan. 7. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kehilangan barang-barang. 8. Menentukan keselamatan murid dan mengawasi harta benda sekolah. 9. Merekodkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan, unit beruniform dan aktiviti yang dijalankan. 10. Melengkapkan buku catatan/ laporan guru bertugas. Antaranya ialah: a. Kedatangan guru,murid dan staf sokongan. b. Murid ponteng, TH atau sakit. c. Lawatan – pelawat ke sekolah. d. Ucapan/pengumuman dalam perhimpunan pagi/mingguan e. Laporan perhimpunan Hari Isnin – perlu ditulis secara terperinci 11. Membuat laporan dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera diambil. 12. Semasa perhimpunan guru bertugas a. Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan b. Memastikan peralatan perhimpunan dan tempat duduk guru disediakan. c. Memastikan murid beratur dengan kemas. d. Bertanggungjawab mengendalikan perhimpunan harian. e. Membaca laporan disiplin serta mengumumkan kelas terbersih dan kelas yang memerlukan penambahbaikan dari aspek kebersihan dan keceriaan. f. Menyampaikan pengumuman. 13. Tugas-Tugas Lain a. Membantu persiapan acara/ majlis/ program akademik pada minggu bertugas. b. Membantu guru-guru dalam pengendalian ceramah, acara dan lainlain. c. Memberi kerjasama dalam perkara lain, jika perlu yang ditugaskan oleh pentadbir. 110


111


112


Ketetapan Kurikulum KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH 1.0 LATAR BELAKANG Kurikulum adalah 'Core Bussiness" bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah ini yang telah ditentukan sebagai sebuah sekolah harian di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Ketetapan yang dibuat akan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan kurikulum sekolah ini. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Ketetapan Kurikulum ini menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah. 2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah. 2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik KPM, JPN Selangor dan Jemaah Nazir Malaysia. 3.0 PENGENALAN Kurikulum Kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan. Tujuannya adalah untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini untuk menyampaikan pengetahuan. 4.0 PENYATAAN KETETAPAN 4.1 Ketetapan Kurikulum Sekolah hendaklah sepanjang masa selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. 4.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana. 4.3 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa. 4.4 Pada setiap masa, program akademik mestilah diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan mestilah diberikan kepada program akademik. 5.0 MESYUARAT DAN JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH (JKKS) 5.1 Penyataan Ketetapan 5.1.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan, masalah dan isu kurikulum di sekolah. 5.1.2 Surat panggilan mesyuarat perlu dikeluarkan selewat-lewatnya tiga hari sebelum mesyuarat dilaksanakan dan penyediaan minit mesyuarat dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat. 5.1.3 Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2008. 5.1.4 Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah berdasarkan agenda yang dicadangkan seperti yang digariskan dalam Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti Jabatan Pendidikan Selangor ataupun berdasarkan SKPM. 113


Ketetapan Kurikulum 5.1.5 Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya dalam mesyuarat panitia dan maklumbalas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada setiausaha jawatankuasa. 5.1.6 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum dalam semua mata pelajaran dan Guru Kanan Mata Pelajaran berserta Ketua Panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya. 5.1.7 Pengurusan kurikulum adalah salah satu daripada lapan (8) elemen National Key Result Area (NKRA) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi keberkesanan pengurusan sekolah. Sehubungan itu setiap guru mestilah menyediakan Borang Keberhasilan PBPPP iaitu perlu merangka aktiviti/projek, KPI dan sasaran kerja di awal tahun. Borang Keberhasilan PBPPP akan dibentang dan disemak dua kali setahun oleh penilai masing-masing pada bulan Jun dan November untuk melihat ’outcome’ pencapaian akademik. 5.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Pengerusi : Pengetua Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi II : Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi III : Penolong Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi IV : Penolong Kanan Petang Setiausaha : Setiausaha Kurikulum AJK : Semua Guru Kanan Mata Pelajaran Semua Ketua Panitia Guru Media dan Perpustakaan Setiausaha Peperiksaan Dalaman Setiausaha SPM Setiausaha PBD Setiausaha UASA Guru Bimbingan dan Kaunseling Penyelaras ICT 5.3 Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum 5.3.1 Agenda yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum melibatkan perkara-perkara yang berikut berdasarkan format mesyuarat yang dikeluarkan oleh Unit Penjaminan Kualiti JPNS dan PKPA Bil.2/1991: 1.0 Perutusan Pengerusi 2.0 Pengesahan minit mesyuarat 3.0 Perkara berbangkit 4.0 Perbincangan 5.0 Pembentangan Kertas Kerja 6.0 Hal-hal Lain 7.0 Penutup 114


Ketetapan Kurikulum 5.3.2 Semua agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum hendaklah dibincangkan semula dalam mesyuarat panitia mata pelajaran masing-masing. 5.3.3 Perbincangan dalam mesyuarat jawatan kuasa kurikulum adalah merangkumi: 5.3.3.1 Pembelajaran dan pengajaran  Kaedah PdPC  DSKP, RPT, RPH dan PBS  Pencerapan  Semakan buku latihan 5.3.3.2 Penilaian, Peperiksaan dan Pentaksiran  Analisis Peperiksaan SPM, UASA dan peperiksaan dalaman  Post mortem Peperiksaan SPM, UASA dan peperiksaan dalaman 5.3.3.3 Headcount (Data Normality) 5.3.3.4 Belanjawan 5.3.3.5 Perancangan program, projek dan aktiviti kurikulum 5.3.3.6 Dapatan dan Laporan Dialog prestasi 5.3.3.7 Dasar-dasar KPM cth: PPPM, NILAM, MBMMBI 6.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN 6.1 Pengurusan panitia mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4 / 1986 dan Sistem Pengurusan Kualiti SPK ISO MS 9001/2008. 6.2 Kejayaan murid dalam setiap mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam, motivasi dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu setiap panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi secara optimum untuk saling bekerjasama, membantu, berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran dalam memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. 6.3 Semua perancangan dan tindakan mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan ETR dalam pengurusan prestasi panitia setiap mata pelajaran. 6.4 Semua panitia mata pelajaran mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para murid terhadap pembelajaran. 6.5 Pengurusan panitia secara online atau web based/Google Class Room (GCR) mestilah menjadi keutamaan dan laman web panitia mestilah dibangunkan serta dikemas kini dari masa ke masa supaya guru dan murid boleh sentiasa merujuk. 6.6 Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat jawatankuasa kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir. 6.7 Surat panggilan mesyuarat perlu dikeluarkan untuk makluman semua ahli selewat-lewatnya tiga hari sebelum mesyuarat dilaksanakan. 6.8 Panitia yang mempunyai ahli kurang daripada 3 tidak perlu mengadakan mesyuarat panitia tetapi ahlinya wajib menghadiri mesyuarat mengikut bidang seperti yang ditetapkan oleh GKMP. Kehadiran mereka dan perkara yang dibincangkan mengenai panitia mereka perlu diminitkan bersama-sama dengan minit mesyuarat yang telah dihadirinya. 115


Ketetapan Kurikulum 6.9 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum perlu dipanjangkan dalam mesyuarat panitia masing-masing mengikut kesesuaian panitia. Borang maklumbalas mesyuarat perlu disediakan setiap kali mesyuarat selesai dan dipanjangkan kepada Setiausaha Kurikulum. 6.10 Minit mesyuarat perlu disediakan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat. 6.11 Ketua panitia hendaklah menyelenggara semua fail panitia dalam One Touch Telang dan mengemaskini setiap item yang terdapat dalam ‘folder’ panitia masing-masing dari masa ke masa. 6.12 Semua laporan program panitia yang melibatkan guru-guru dan murid-murid perlu dimuat naik dalam Appsheet Kurikulum. 6.13 Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan pengurusan Bantuan Per Kapita (PCG) panitia diurus dengan berkesan dan sentiasa mengutamakan pembelian bahan bantu mengajar (BBM) untuk aktiviti pembelajaran murid supaya tidak berlaku audit berteguran. 7.0 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP), RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT), PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) 7.1 DSKP, RPT, PBD dan RPH adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk apabila merancang proses pembelajaran dan pengajaran. 7.2 Guru mestilah merancang RPT dan melaksanakan PBD berpandukan DSKP setiap mata pelajaran yang diajar. 7.3 Guru mestilah dapat menghayati, mengenal pasti dan boleh menterjemahkan objektif mata pelajaran yang tercatat dalam DSKP kepada objektif pentaksiran, proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas serta mahir tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata pelajaran yang diajar. 7.4 Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) hendaklah mengikut format yang telah diselaraskan oleh pihak sekolah dan boleh disesuaikan mengikut mata pelajaran masing-masing setelah dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat panitia (Rujuk Lampiran 1 dan Lampiran 2). 7.5 Pelaksanaan PBD hendaklah direkodkan dalam RPH. 7.6 Semua guru mestilah menyediakan RPH sebelum masuk ke kelas . Oleh itu Rekod Rancangan Mengajar mestilah lengkap dan dikemas kini sebelum PdPC mengikut SPK MS ISO 9001:2008 PK06. 7.7 Semua guru hendaklah menghabiskan sukatan pelajaran mengikut tarikh yang berikut:  Tingkatan 1, 2 dan 3 - 30 November  Tingkatan 4 - 30 November  Tingkatan 5 - 15 November 8.0 SISTEM FAIL DALAM ONE TOUCH TELANG 8.1 E- Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan dipertanggungjawabkan kepada Setiausaha Kurikulum. 8.2 E- Fail Panitia Mata Pelajaran diurus dan dipertanggungjawabkan kepada ketua panitia serta diselia oleh Guru Kanan Mata Pelajaran. 116


Ketetapan Kurikulum 10.0 PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN 10.1 Pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik mesti dilaksanakan sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu menjelang Tahun 2021 (Dasar MBMMBI bagi menggantikan Dasar PPSMI). Oleh itu dalam tempoh sepuluh tahun pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu akan menjadi mantap semula. Walaubagaimanapun guru dibenarkan mengajar dwibahasa bagi kelas Dual Language Programe (DLP) yang diperkenalkan bermula tahun 2020 untuk tingkatan satu dan seterus pada tahun-tahun berikutnya. 10.2 Menyediakan kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau (ICT). 10.3 Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan murid yang berkemahiran dalam ICT. Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan dalam menyokong pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. 10.4 Pembelajaran Berasaskan e-Learning dengan menggunakan teknologi multimedia interaktif dan pembelajaran berasaskan laman sesawang (MOODLE-modular object-oriented dynamic learning environment) digalakkan dan akan diperluaskan. 10.5 Pelbagai kaedah pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan untuk menarik minat dan seterusnya meningkatkan penguasaan murid dalam pembelajaran. 10.6 Memastikan penguasaan ’basic fact and information’ dalam setiap topik dikuasai oleh murid dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang kreatif (i-Think) supaya tidak membebankan dan membosankan murid untuk belajar sebelum beredar ke topik selanjutnya. 10.7 Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik, kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta KBAT semasa proses pembelajaran dan pengajaran (Amalan kepada Slogan Q - Quality Teaching Quality Learning). 10.8 Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik seperti pendekatan masteri, pendekatan penilaian kendiri menggunakan graf prestasi dan pembelajaran contextual dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya ketrampilan murid serta pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam. Ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti. 10.9 Penggunaan kumpulan pembelajaran koperatif, ’cooperative learning structures’ dan ‘workshops’ mestilah diperluaskan dalam kalangan guru dan murid. Kerjasama antara murid dan guru dapat dipertingkatkan dan seterusnya tanggungjawab untuk belajar dapat dipindahkan kepada murid. 10.10 Guru mata pelajaran dan pentadbir perlu membuat penilaian impak bagi mengenal pasti proses keberkesanannya berdasarkan 12 elemen dalam standard4 (SKPM 2010). 10.11 Proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan mestilah menggabungkan ’content skill, language skill, ICT skill & pedagogy skill’. Oleh itu setiap guru mestilah berusaha meningkatkan keterampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara berterusan. 10.12 Guru mata pelajaran, ketua panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap murid seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut. Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata Pelajaran’ mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi semua guru. 10.13 PdPC di luar bilik darjah adalah digalakkan mengikut kesesuaian. 117


Ketetapan Kurikulum 10.14 Proses PdPC di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca, kaedah belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu. 10.15 Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan KBAT. 10.16 Ketua Panitia mestilah menetapkan Peraturan Penggunaan Bilik Khas selaras dengan Program 3K supaya dapat digunakan secara optimum. 10.17 Murid boleh menilai PdP guru untuk membantu sekolah meningkatkan kualiti PdP sebagaimana yang disarankan oleh SPSK MS ISO 9001:2008 PK/13 (Pengurusan Maklum balas Pelanggan). 11.0 BUKU TEKS, BUKU KERJA, BUKU REKOD AMALI DAN BUKU LATIHAN 11.1 Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan murid bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran. Maklumat dan pengetahuan asas di dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada murid. 11.2 Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU TEKS dan mematuhi SPI Bil 10 /1993 bertarikh 27 Disember 1993 (PEKELILING TAHUN 2000 UNTUK SEKOLAH RENDAH). 11.3 Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam PdPC Sains selaras dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989. 11.4 Guru mestilah memberi latihan bertulis secukupnya di dalam kelas ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdPC. Latihan murid hendaklah disemak dan memastikan murid membuat pembetulan. 11.5 Murid yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang dan mendapat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan hendaklah dihargai dengan apa juga cara yang boleh dibincangkan di peringkat panitia. 12.0 LATIHAN MINIMUM 12.1 Latihan murid adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengayaan dalam topik-topik yang diajar. 12.2 Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang dan panitia hendaklah diputuskan dan diterima dalam mesyuarat panitia berdasarkan keperluan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) mata pelajaran masing-masing. 12.3 Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, dan tinggi. 12.4 Latihan minimum yang telah diselaraskan oleh panitia mata pelajaran adalah seperti Lampiran 3. 13.0 PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN 13.1 Semua urusan pentaksiran yang dijalankan hendaklah menepati prinsip kesamarataan ekuiti murid dalam pendidikan. 13.2 Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. 13.3 Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan seperti dalam Lampiran 4. 118


Ketetapan Kurikulum 13.4 Jawatankuasa Headcount Sekolah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji ’take off value’ dan meletakkan ’ETR’ bagi peperiksaan awam. 13.5 Semua guru mata pelajaran bertanggungjawab memasukkan markah murid ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) bagi tingkatan 4 dan 5, Sistem SPPB melalui pelantar idMe bagi UASA Tingkatan 1, 2 dan 3 dalam tempoh yang ditetapkan. Semua markah murid hendaklah dilampirkan dalam Fail Rekod Mengajar. 13.6 Tahap Penguasaan (TP) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) setiap murid bagi semua mata pelajaran juga perlu direkodkan dalam Sistem SPPB melalui pelantar idMe. 14.0 JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI 14.1 Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996. 14.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum. 14.3 Keutamaan dalam pengagihan mata pelajaran diberikan kepada guru opsyen dan kepakaran guru (pemeriksa kertas peperiksaan awam, penggubal soalan peperiksaan awam dan Guru Cemerlang). 14.4 Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah dilakukan secara adil. 14.5 Jumlah waktu pengajaran hendaklah mematuhi SPI bil10/1995. 14.6 Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit /bercuti rehat /menjalankan tugas rasmi di luar sekolah akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti dan guru tersebut perlu melaporkan keberadaan dengan melengkapan butiran dalam https://smks24dua.edu.my/bsmk. 14.7 Guru yang bercuti mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh murid semasa Jadual Waktu Ganti. 14.8 Tugasan dalam Modul Kelas Ganti hendaklah disemak oleh guru mata pelajaran dan pencapaian dimaklumkan kepada murid untuk tindakan susulan. 14.9 Jadual waktu mengajar dan jadual waktu ganti akan diurus dan disediakan oleh Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah . 14.10 Jadual Waktu Penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh Guru Penyelaras Bilik Khas. Satu salinan jadual yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pentadbir sekolah . 14.11 Pusat Sumber Sekolah hendaklah dimanfaatkan untuk menyokong proses PdPC. 14.12 Jadual waktu pembelajaran bagi sesi pagi dan petang adalah seperti Lampiran 5. 14.13 Jadual waktu di bulan puasa akan dipendekkan 5 minit bagi setiap masa pembelajaran (tertakluk kepada surat siaran KPM/JPN/PPD). 15.0 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 15.1 Semua program kecemerlangan akademik yang dirancang oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah hendaklah berdasarkan kepada 6 aspirasi murid yang terdapat dalam PPPM. 15.2 Program kecemerlangan akademik yang dirancang hendaklah relevan dan bersesuaian dengan isu dan permasalahan murid yang telah dikenal pasti (menggunakan Headcount dan PILL). 119


Ketetapan Kurikulum 15.3 Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. 15.4 Penglibatan Unit HEM, Unit Kokurikulum dan Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan program kecemerlangan akademik. 16.0 PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN 16.1 Setiap guru akan dicerap sekurang-kurangnya sekali setahun menggunakan Instrumen Standard 4 SKPMg2 kecuali guru yang perlu diberi pencerapan susulan. 16.2 Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan hendaklah menyediakan jadual pencerapan melibatkan barisan pentadbir, ketua panitia, Guru Cemerlang dan rakan sejawat. 16.3 Pencerapan hendaklah dilakukan secara profesional dan memberi bimbingan secara individu untuk penambahbaikkan. 16.4 Pengurusan dan program panitia serta dokumen yang berkaitan perlu dipantau oleh pentadbir dari semasa ke semasa. 16.5 Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja, modul, buku latihan dan hasil kerja murid ditetapkan oleh Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan. Rekod penyeliaan hendaklah dilengkapkan. 16.6 Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan perlu membuat laporan lengkap pada pertengahan dan akhir tahun untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan mesyuarat panitia untuk tindakan penambahbaikan. 17.0 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME STAF 17.1 Semua guru dan staf sokongan digalakkan untuk sentiasa berusaha memajukan diri dan meningkatkan profesionalisme bagi memupuk budaya kerja yang cemerlang . 17.2 Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian KPM perlu menyediakan minit curai untuk tindakan seterusnya. Guru yang telah menghadiri kursus hendaklah mengadakan kursus dalaman atau sekurang-kurangnya memberi taklimat mengikut keperluan. 17.3 GKMP dan Ketua Panitia hendaklah memastikan guru-guru yang mengajar mata pelajaran bukan opsyen diberi bimbingan sewajarnya berkaitan subjek berkenaan. 17.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah menghadiri 5 hari Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) dan memenuhi 42 Mata Kredit dalam setahun sebelum 31 Oktober. 18.0 PENGURUSAN PUSAT SUMBER Rujuk Lampiran 6 120


Ketetapan Kurikulum LAMPIRAN 1 PENYELARASAN TEMPLAT PENULISAN RPH BAGI GURU KELUAR MENGHADIRI MESYUARAT/BENGKEL/TAKLIMAT/KURSUS DI LUAR SEKOLAH LAMPIRAN 2 PENYELARASAN TEMPLAT PENULISAN RPH SEMASA UJIAN/PEPERIKSAAN 121


Ketetapan Kurikulum Catatan: 1. Format di atas adalah asas yang perlu ada mengikut SPI bil 3/1999 dan cadangan dari pihak JNJK. 2. Guru-guru boleh membuat penambahan mengikut kesesuaian mata Pelajaran masing-masing setelah dibincangkan di peringkat panitia. 3. Penulisan dan sebarang tambahan yang dilakukan hendaklah selaras bagi setiap guru dalam panitia masingmasing. 4. Sekiranya ada aktiviti yang dijalankan di sekolah, RPH perlu ditulis seperti biasa tetapi di bahagian catatan sila nyatakan : “PdP ditangguhkan kerana aktiviti …” 5. Sekiranya guru cuti sakit atau CRK secara tiba-tiba, RPH perlu ditulis seperti biasa pada hari berkenaan dan ditulis di bahagian catatan (bukan refleksi) – “PdPC ditangguhkan kerana CUTI SAKIT / CRK”. 6. Sekiranya guru cuti sakit berpanjangan/ cuti bersalin/ kursus jangka panjang/ cuti haji/ cuti tanpa gaji, sila buat catatan seperti yang berikut: “Cuti sakit berpanjangan/ cuti bersalin/ kursus jangka panjang/ cuti haji/ cuti tanpa gaji dari ………………………….. hingga ……………………….. PdP diambil alih oleh …………………………………………………… (sekiranya ada guru ganti) 7. Guru yang mendapat relief perlu membuat catatan relief dan mencatat aktiviti yang dijalankan dalam e-RPH mengikut format yang telah diselaraskan. 122


Ketetapan Kurikulum LAMPIRAN 3 PENETAPAN LATIHAN MINIMUM PANITIA MATA PELAJARAN BIL PANITIA / MATA PELAJARAN BILANGAN LATIHAN SEBULAN MENENGAH RENDAH MENENGAH ATAS 1 Bahasa Melayu 2 Karangan/Ulasan 2 Ringkasan/ Rumusan 4 Tatabahasa 3 Pemahaman Komsas 2 Karangan 2 Rumusan 4 Tatabahasa 2 Pemahaman 2 Bahasa Melayu Standard 2 Amalan Bahasa Melayu 2 latihan berstruktur Tidak berkaitan 3 Bahasa Inggeris 1 Listening 2 Reading Comprehension 2 Grammar 2 Essay Writing 1 Listening 2 Reading Comprehension 2 Grammar 2 Essay Writing 4 Bahasa Tamil 2 Karangan 1 Rumusan 4 Pemahaman 2 Tatabahasa 2 Karangan 1 Rumusan 4 Pemahaman 2 Tatabahasa 5 Matematik 10 soalan objektif 30 soalan subjektif 10 soalan objektif 35 soalan subjektif 6 Sains 5 latihan objektif / berstruktur 2 amali 5 latihan objektif/berstruktur/esei 2 amali 7 Biologi Tidak berkaitan 5 latihan objektif/berstruktur/esei 2 amali 8 Fizik Tidak berkaitan 5 latihan objektif/berstruktur/esei 2 amali 9 Kimia Tidak berkaitan 5 latihan struktur/esei 2 amali 10 Matematik Tambahan Tidak berkaitan 4 latihan soalan pendek 4 latihan soalan panjang 11 Perniagaan Tidak berkaitan 5 latihan berstruktur / esei 10 soalan objektif 12 Prinsip Perakaunan Tidak berkaitan 10 latihan objektif 4 latihan soalan panjang 13 RBT 5 soalan struktur / objektif 1 soalan esei pendek Tidak berkaitan 14 ASK 10 soalan objektif 4 soalan struktur Tidak berkaitan 123


Ketetapan Kurikulum BIL PANITIA / MATA PELAJARAN BILANGAN LATIHAN SEBULAN MENENGAH RENDAH MENENGAH ATAS 15 GAPG Tidak berkaitan 4 latihan berstruktur 1 latihan respon terbuka 16 Sains Komputer Tidak berkaitan 4 latihan struktur bahagian A 2 latihan struktur bahagian B 17 SRT Tidak berkaitan 2 latihan berstruktur 1 latihan esei 18 Ekonomi Tidak berkaitan 10 latihan objektif/struktur 1 latihan esei 1 Soalan kbat 19 Pendidikan Islam 4 latihan berstruktur 2 latihan tajwid/ hafazan/jawi 4 latihan berstruktur 2 latihan tajwid/hafazan/jawi 20 Tasawwur Islam Tidak berkaitan 10-15 Soalan Bahagian A 10 Soalan fakta huraian 3 Soalan KBAT 21 Bahasa Arab 5 Latihan Nahu/ Qawaied 2 Latihan Insya' 1 Latihan Maharah Kalam 5 Latihan nahu / Qawaied 2 Latihan insya' 1 Latihan Maharah Kalam( Lisan) 22 PQS Tidak berkaitan 10-15 Soalan Bahagian A 10 Soalan fakta huraian 3 Soalan KBAT 23 PSI Tidak berkaitan 10 Latihan objektif/struktur 10 Latihan esei 2 Soalan KBAT 24 Sejarah 20 - 25 Soalan Objektif 4 Soalan Struktur 2 Soalan Esei 40 Soalan Objektif 4 Soalan Struktur 2 Soalan Esei (minima) (bergantung kepada kelas) 25 Geografi 5 latihan Bahagian A 1 latihan bahagian B 1 latihan bahagian C Tidak berkaitan 26 Pendidikan Moral 2 latihan berstruktur 2 latihan objektif 2 latihan berstruktur 2 latihan esei 27 PSV 1 latihan objektif 1 latihan berstruktur 1 hasil karya seni 1 latihan objektif 2 penghasilan karya 28 PJPK 1 latihan Objektif PK 2 latihan Teori 2 Kemahiran PJ 1 latihan Objektif PK 2 latihan Teori 2 Kemahiran PJ 124


Ketetapan Kurikulum LAMPIRAN 4 PENGURUSAN UJIAN / PEPERIKSAAN 1.0 TAKWIM UJIAN/PEPERIKSAAN DALAMAN TAHUN 2023/2024 Ujian/Peperiksaan Tingkatan Tarikh Ujian Sumatif 1 Peralihan, T1-T5 12/06/2023 - 16/06/2023 Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) T4-T5 Peralihan, T1-T3 10/08/2023 – 25/08/2023 15/08/2023 – 23/08/2023 Ujian Sumatif 2 Peralihan, T1-T4 31/10/2023 - 03/11/2023 Pep. Percubaan SPM* T5 08/11/2023 - 15/12/2023 Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) T4 Peralihan, T1-T3 11/12/2023 - 15/12/2023, 03/01/2024 – 12/01/2024 04/01/2024 – 12/01/2024 * Tertakluk kepada perubahan oleh PPD/JPN/KPM 2.0 JADUAL PELAKSANAAN UJIAN/PEPERIKSAAN DALAMAN 2023/2024 1.1 Ujian Perkara/Tindakan UJIAN SUMATIF 1 UJIAN SUMATIF 2 Tarikh ujian 12/06/23 - 16/06/23 31/10/23 - 03/11/23 Jadual ujian dikeluarkan 12/05/23 02/10/23 Hantar soalan untuk dicetak 26/05/23 16/10/23 Membungkus kertas soalan 02/06/23-09/06/23 23/10/23-30/10/23 Pengisian markah online 16/06/23-01/07/23 03/11/23-17/11/23 Analisis keputusan oleh S/U Peperiksaan 04/07/23 20/11/23 Cetak/tandatangan slip keputusan murid 04/07/23-10/07/23 20/11/23-24/11/23 1.2 Peperiksaan Perkara/Tindakan PPT PAT Tarikh peperiksaan T4-T5: 10/08/23 - 25/08/23 Peralihan, T1-T3: 15/08/23 – 23/08/23 T4: 11/12/23– 15/12/23, 03/01/24 – 12/01/24 Peralihan, T1-T3: 04/01/24 – 12/01/24 Jadual peperiksaan dikeluarkan 10/07/23 13/11/23 Hantar soalan untuk dicetak 21/07/23 - Membungkus kertas soalan 01/08/23-09/08/23 04/12/23-08/12/23 Pengisian markah online 14/08/23-08/09/23 02/01/24-29/01/24 Analisis keputusan oleh S/U Peperiksaan 11/09/23 01/02/24 Cetak/tandatangan slip keputusan murid 11/09/23-15/09/23 01/02/24-05/02/24 125


Ketetapan Kurikulum 1.3 Peperiksaan Percubaan SPM* Perkara/Tindakan PERCUBAAN SPM Tarikh peperiksaan 08/11/2023 - 15/12/2023 Jadual peperiksaan dikeluarkan 09/10/23 Hantar soalan untuk dicetak - Membungkus kertas soalan 01/11/23-07/11/23 Pengisian markah dalam SAPS 04/12/23-31/12/23 Analisis keputusan oleh S/U Peperiksaan 03/01/24 Cetak/tandatangan slip keputusan murid 03/01/24-08/01/24 * Tertakluk kepada perubahan oleh PPD/JPN/KPM ARAHAN DAN PANDUAN PENTAKSIRAN DALAMAN UNTUK RUJUKAN GURU Peraturan-peraturan Semasa Peperiksaan 1. Murid diwajibkan hadir ke sekolah sepanjang minggu peperiksaan mengikut waktu persekolahan dan menduduki peperiksaan yang telah ditetapkan. 2. Semua murid mesti hadir ke sekolah pada hari peperiksaan. Murid yang tidak hadir akan dicatat TH (tidak hadir). Guru pemula kertas diminta mencatatkan kehadiran murid di Borang Kawalan Ujian/Peperiksaan. 3. Murid yang tidak hadir tanpa sebab tidak dibenarkan menduduki ujian/peperiksaan ulangan. 4. Murid yang tidak hadir atas sebab kuarantin positif Covid-19 dibenarkan menduduki ujian/peperiksaan ulangan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan syarat mesti mengemukakan bukti dokumen rasmi yang berkaitan. 5. Murid yang tidak hadir kerana mewakili sekolah dalam sebarang urusan rasmi anjuran sekolah, PPD, jabatan atau kementerian sahaja dibenarkan menduduki ujian/peperiksaan ulangan dalam tempoh masa yang ditetapkan. 6. Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau hal kematian keluarga terdekat sahaja dibenarkan menduduki ujian/peperiksaan ulangan dengan syarat mesti mengemukakan sijil sakit atau sijil kematian. 7. Meja dan kerusi murid perlu dijarakkan, laci sentiasa bersih dan menghala ke hadapan. Kerusi dan meja guru diletakkan di belakang kelas dan beg murid juga diletakkan di belakang atau di luar kelas. 8. Murid dikehendaki duduk mengikut susunan nama abjad seperti dalam buku rekod kehadiran. Murid dilarang bertukar tempat duduk. 9. Murid dilarang meniru. Segala perbuatan meniru akan dikenakan tindakan disiplin dengan memberi mata salah laku demerit sebanyak 15 mata dan dimaklumkan kepada ibu bapa murid berkenaan. 0 markah akan diberi kepada murid yang meniru. 0 markah juga akan diberikan kepada murid yang memberi jawapan untuk ditiru oleh orang lain. Semua murid dilarang terlibat dengan perbuatan meniru seperti berikut: i. Dilarang menulis nota pada dinding atau meja tulis di bilik peperiksaan. ii. Dilarang membuat rujukan di luar bilik peperiksaan semasa peperiksaan. iii. Dilarang memberi pertolongan , mendapatkan pertolongan , berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar bilik peperiksaan atau menggunakan bahasa isyarat untuk tujuan meniru. 126


Ketetapan Kurikulum iv. Dilarang mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan skrip jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain. v. Dilarang menukar kertas peperiksaan atau/dan skrip jawapan peperiksaan dengan calon lain. vi. Dilarang meniru melalui telefon bimbit. 10. Kertas objetif OMR, kertas graf, kertas lukisan dan kertas kajang akan disediakan oleh pihak sekolah. Kertas lukisan yang digunakan oleh murid Pendidikan Seni Visual mesti disahkan oleh panitia Pendidikan Seni Visual terlebih dahulu. 11. Sewaktu peperiksaan Pendidikan Seni Visual dijalankan, murid tidak dibenarkan untuk berkongsi bahan dan peralatan lukisan. 12. Murid dilarang meminjam sebarang alat tulis daripada rakan-rakan. 13. Murid tidak dibenarkan meletakkan bekas pensel dan kotak set geometri di atas meja peperiksaan. 14. Penggunaan pemadam cecair tidak dibenarkan. 15. Murid hanya dibenarkan untuk menggunakan kalkulator yang tidak boleh diprogramkan sewaktu peperiksaan. 16. Murid wajib memakai pakaian seragam sepanjang tempoh peperiksaan dan tidak dibenarkan memakai pakaian sukan semasa mengambil peperiksaan. 17. Murid dilarang membuat bising sewaktu peperiksaan dijalankan. Murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing sehingga kertas jawapan dikutip. Guru dikehendaki mencatatkan nama murid yang meniru, membuat bising atau mengganggu semasa peperiksaan di dalam Borang Kawalan Ujian/Peperiksaan dan melaporkan kepada Unit Disiplin. 18. Murid tidak dibenarkan menghantar kertas jawapan lebih awal dan meninggalkan kelas lebih awal sebelum waktu peperiksaan tamat. Murid tidak dibenarkan balik awal (sebelum tamatnya waktu persekolahan) walaupun tidak menduduki peperiksaan-peperiksaan seterusnya. 19. Murid tidak dibenarkan datang ke sekolah lewat pada hari peperiksaan. Masa lanjutan tidak akan diberikan. 20. Murid tidak dibenarkan pergi ke tandas semasa peperiksaan kecuali kes kecemasan. 21. Ketua kelas perlu memastikan guru yang memulakan kertas telah berada di kelas pada waktu tersebut. Sekiranya guru masih tidak hadir pada waktu tersebut, ketua kelas perlu mencari guru tersebut supaya tidak berlaku kelewatan untuk memulakan peperiksaan. 22. Guru yang mengutip skrip jawapan diminta kira semula semua skrip jawapan dan catatkan bilangan skrip jawapan yang dikutip dalam Borang Kawalan Ujian/Peperiksaan. 127


Ketetapan Kurikulum PANDUAN KETIDAKHADIRAN MURID SEWAKTU UJIAN/ PEPERIKSAAN DAN KES YANG DIBENARKAN MEMBUAT UJIAN/ PEPERIKSAAN ULANGAN Bil Perkara Markah dicatat sebagai TH Tiada Ujian/ Peperiksaan Ulangan Ujian/ Peperiksaan Ulangan Dibenarkan 1. Menghadiri aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, PPD, jabatan, kementerian / 2. Sakit dan beri surat doktor / 3. Sakit dan beri surat ibubapa / tidak memberi surat / / 4. Sakit selama seminggu ( demam campak/ pembedahan/ ...) / 5. Sakit dan balik semasa ujian/ peperiksaan dijalankan pada hari tersebut (surat doktor) / 6. Masalah pengangkutan : kereta / bus rosak / tiada sesiapa menghantar / tiada tiket bas / kesesakan jalan raya. / / 7. Menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat / saudara mara / / 8. Kes pengebumian (keluarga terdekat: datuk,nenek,ibubapa,adik beradik), dengan surat pengesahan kematian. / 9. Kes pengebumian sepupu, pakcik, makcik / / 10. Menghadiri aktiviti kokurikulum bukan anjuran sekolah, PPD, jabatan, kementerian, dengan surat rasmi pihak anjuran. / / 11. Tidak hadir kerana menjaga saudara terdekat yang sakit di hospital, dengan surat wad/ dokumen sokongan. / / 12. Menghadiri ujian memandu, ujian piano / / *Sebarang sebab-sebab ketidakhadiran yang lain boleh berunding dengan Pengetua atau PK Pentadbiran 128


Ketetapan Kurikulum PANDUAN DAN PERATURAN PENGENDALIAN UJIAN DAN PEPERIKSAAN (A) MENGGUBAL SOALAN UJIAN / PEPERIKSAAN 1. Ketua Panitia perlu menetapkan penggubal soalan bagi ujian/ peperiksaan untuk panitia masing-masing dengan mengisi borang SPSK PK05/01. (https://bit.ly/349k494) 2. Bagi ujian, soalan perlu bertaip dengan Font 11 dan menggunakan jenis huruf ‘Arial’. Manakala bagi peperiksaan, soalan perlu bertaip dengan Font 12 dan menggunakan jenis huruf ‘Times New Roman’. 3. Format muka hadapan soalan peperiksaan perlu mengandungi butiran berikut: (https://bit.ly/349k494) a) Nama Sekolah b) Nama Peperiksaan c) Nama Mata Pelajaran d) Nama Murid e) Tingkatan/Tahun /Kelas f) Masa yang diperuntukkan g) Arahan Am h) Bilangan Halaman Bercetak 4. Tempoh penyediaan soalan adalah sebulan sebelum tarikh peperiksaan. Penggubal soalan perlu menyerahkan JSU SPSK PK05/02 (https://bit.ly/349k494), draf soalan dan skema jawapan kepada ketua panitia untuk disemak. 5. Bagi subjek yang menpunyai kertas 1 dan kertas 2, soalan ujian mestilah mengandungi soalan objektif dan soalan struktur/esei. 6. Kertas jawapan OMR boleh digunakan jika jumlah soalan melebihi 30. 7. Ketua Panita akan menyemak JSU, draf soalan dan skema jawapan dengan mengadakan perbincangan dengan guru mata Pelajaran (jika berkaitan) dan meluluskan draf soalan. 8. Setelah kertas soalan disemak oleh ketua panita, ia perlu disahkan oleh GKMP. 9. Hanya topik yang diajar sahaja diberi sebagai soalan peperiksaan. (B) PERCETAKAN 1. Soalan peperiksaan hendaklah dihantar ke percetakan selewat-lewatnya DUA minggu sebelum tarikh/hari pertama peperiksaan dijalankan. 2. Guru penggubal soalan perlu mengisi borang percetakan di pejabat dan ditandatangan oleh Penolong Kanan Pentadbiran. (C) MEMBUNGKUS SOALAN UJIAN/ PEPERIKSAAN 1. Semua soalan adalah SULIT sehingga ujian/peperiksaan dijalankan. 2. Semua guru mesti menyusun dan membungkus kertas soalan di dalam bilik peperiksaan. Khidmat Murid tidak dibenarkan. 3. Soalan ujian dan peperiksaan dibungkus mengikut tingkatan dan kelas. 4. Guru harus memastikan bilangan kertas soalan dalam setiap bungkusan soalan adalah mencukupi dan disertakan bersama bahan keperluan peperiksaan seperti kertas OMR, kertas graf, kertas kajang dan benang. 5. Guru harus mengisi borang kawalan ujian dan peperiksaan dengan lengkap untuk setiap kelas. Letakkan borang kawalan di dalam bungkusan soalan. (https://bit.ly/349k494) 129


Ketetapan Kurikulum 6. Semua bungkusan mesti direkodkan dan disimpan dalam almari besi yang disediakan dalam bilik peperiksaan. 7. Plastik bungkusan digalakkan kitar semula atau dikembalikan ke bilik peperiksaan sebaik sahaja ujian/ peperiksaan dijalankan. Kertas OMR, kertas graf, benang dan kertas kajang yang berlebihan perlu dihantar balik ke bilik peperiksaan. (D) MENYUSUN KELAS-KELAS PEPERIKSAAN 1. Dilakukan oleh guru kelas dan dibantu oleh guru subjek pada waktu terakhir sehari sebelum ujian/ peperiksaan diadakan. 2. Laci meja mesti dihadapkan ke depan kelas. 3. Jarak antara meja mesti semaksimum yang boleh dan seluruh ruangan kelas digunakan (tetapi tidak menyentuh papan tulis kelas agar guru pengawas dapat menggunakan papan tulis tersebut). 4. Murid-murid kelas peperiksaan diaturkan mengikut urutan abjad semasa peperiksaan. 5. Pelan kedudukan murid mesti ditampalkan di papan kenyataan. (E) MENGAWAS UJIAN/ PEPERIKSAAN 1. Semua guru harus mengawas peperiksaan mengikut jadual induk sekolah atau jadual khas yang disediakan. 2. Pada hari peperiksaan, guru yang memulakan kertas diminta mengambil kertas soalan dari bilik peperiksaan dengan mengisi borang SPSK PK 05/04. (https://bit.ly/349k494) 3. Semua guru pengiring/penasihat mesti memberikan senarai nama murid yang terlibat dengan aktiviti luar selewat-lewatnya sehari sebelum kertas ujian/peperiksaan berkenaan dijalankan. Guru pengiring perlu menguruskan ujian/peperiksaan ulangan pada masa yang ditetapkan. 4. Semua guru harus memastikan kelas dalam keadaan yang bersih, teratur dan butir-butir berkaitan dengan ujian dan peperiksaan berkenaan (tarikh, kehadiran murid, jenis ujian/ peperiksaan, subjek, kod mata Pelajaran dan tempoh ujian/ peperiksaan) dituliskan dengan jelas di papan putih sebelum memulakan ujian/ peperiksaan. 5. Guru Pemula Kertas hendaklah membacakan arahan, peraturan ujian/peperiksaan dan Erata (jika ada) sebelum memulakan peperiksaan. 6. Guru-guru pengawas mesti mencatatkan bilangan kehadiran murid dan bilangan kertas jawapan yang diterima pada borang kawalan peperiksaan agar tidak berlakunya kehilangan kertas jawapan. 7. Semua skrip jawapan murid perlu dikumpul dan dihantar balik ke bilik peperiksaan selepas tamat peperiksaan pada hari tersebut dan Borang SPSK PK05/05 perlu dilengkapkan. (https://bit.ly/349k494) 8. Guru tingkatan mesti memberi maklumat murid baru, murid yang bertukar kelas dan murid yang berpindah sekolah kepada unit peperiksaan sebaik sahaja suatu ujian/peperiksaan dijalankan agar maklumat murid dapat dikemaskini segera. (F) MEMERIKSA KERTAS SOALAN MURID 1. Guru mata Pelajaran perlu mengambil skrip jawapan murid dari bilik peperiksaan selewat-lewatnya sehari selepas tamat kertas peperiksaan untuk disemak mengikut skema. 2. Guru tidak dibenarkan meminta murid menanda kertas ujian / kertas objektif. 3. Setelah skrip jawapan diperiksa, guru mata Pelajaran perlu merekod dan memasukkan markah ke dalam sistem SAPS online dalam laman web http://sapsnkra.moe.gov.my 4. Guru tidak dibenarkan meminta bantuan murid untuk memasukkan markah ke dalam komputer. 5. Subjek wajib lulus untuk murid Tingkatan 4 dan 5 ialah BM dan Sejarah. 130


Ketetapan Kurikulum 6. Markah minimum untuk setiap subjek ialah 1 markah. 0 markah dianggap TH. Murid yang tidak hadir akan direkod sebagai TH. Julat Gred Menengah Rendah 85 - 100 --> A 70 -- 84 --> B 60 -- 69 --> C 50 -- 59 --> D 40 -- 49 --> E 01 -- 39 --> F 00 --------> TH Julat Gred Menengah Atas 90 - 100 --> A+ 80 - 89 ---> A 70 - 79 ---> A65 - 69 ---> B+ 60 - 64 ---> B 55 – 59 ---> C+ 50 – 54 ---> C 45 – 49 ---> D 40 – 44 ---> E 01 – 39 ---> G 00 – 00 ---> T  Semua murid menengah rendah wajib lulus semua mata pelajaran.  Semua murid menengah atas wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah. (G) MENGENDALIKAN KES MURID MENIRU/ MEMBERI TIRU 1. Murid yang meniru dibenarkan meneruskan peperiksaan tersebut tetapi kertas jawapan tersebut tidak akan disemak. Kertas jawapan tersebut ditulis MENIRU. 2. Markah sifar diberikan kepada murid yang meniru dan memberi tiru. 3. Guru pengawas berkenaan harus memberi 15 mata demerit kepada murid yang meniru dan memberi tiru. Nama murid berkenaan harus diserahkan kepada guru kaunseling untuk sesi kaunseling selanjutnya, guru subjek berkenaan serta unit peperiksaan dan unit disiplin. (H) MENGENDALIKAN UJIAN/ PEPERIKSAAN ULANGAN 1. Murid yang mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum anjuran sekolah, PPD, jabatan atau kementerian sahaja yang dibenarkan untuk mengambil ujian/ peperiksaan ulangan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Guru pengiring bertanggungjawab menguruskan sesi peperiksaan di luar jadual ke atas pelajar berkenaan. 2. Murid yang tidak hadir atas sebab kuarantin Covid-19, sakit dan hal kematian keluarga terdekat (bukti dokumen rasmi) dibenarkan untuk mengambil ujian/ peperiksaan ulangan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Guru mata pelajaran bertanggungjawab menguruskan sesi peperiksaan di luar jadual ke atas pelajar berkenaan. 3. Ujian/peperiksaan ulangan akan dijalankan secara berpusat sekiranya melibatkan ramai murid. 131


Ketetapan Kurikulum (I) MENGENDALIKAN PENANDAAAN KERTAS UJIAN BAGI GURU YANG SEDANG CUTI BERSALIN ATAU MENGAMBIL CUTI SAKIT YANG BERPANJANGAN 1. Guru subjek yang akan mengambil cuti bersalin semasa ujian dan peperiksaan dijalankan harus memaklumkannya kepada Ketua Panitia dan berbincang dengan Ketua Panitia tentang penandaan kertas ujian sebelum bercuti. 2. Ketua Panitia harus menghubungi guru-guru panitia mereka yang mengambil cuti-cuti berkenaan untuk memastikan guru-guru berkenaan dalam keadaan yang sesuai menanda kertas atau tidak. 3. Ketua Panitia harus berbincang dengan GKMP dan ahli-ahlinya bagi mengagihkan baki kertas soalan ujian yang tidak ditanda agar semua kertas soalan dapat disemak dengan baik dalam tempoh masa yang ditetapkan. (J) MENCETAK SLIP KEPUTUSAN UJIAN DAN PEPERIKSAAN Guru kelas harus mencetak slip keputusan murid setiap kali selepas ujian/ peperiksaan dijalankan dan menyerahkan slip berkenaan kepada murid dalam tempoh masa yang ditetapkan. (K) ANALISIS UJIAN/PEPERIKSAAN DAN POST MORTEM 1. Analisis akan disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan. 2. Ketua Panitia setiap mata pelajaran bertanggungjawab untuk memastikan setiap panitia/guru mata pelajaran untuk membuat post mortem selepas analisis dikeluarkan. 132


Ketetapan Kurikulum LAMPIRAN 5 JADUAL WAKTU PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SESI PAGI 133


Ketetapan Kurikulum LAMPIRAN 6 PENGURUSAN PUSAT SUMBER (PSS) PERATURAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER Peraturan Penggunaan PSS (Murid) 1. Murid yang masuk ke PSS mestilah berpakaian seragam sekolah/pakaian sukan sekolah/pakaian unit beruniform yang lengkap dan kemas. 2. Murid diminta senyap apabila memasuki PSS. 3. Murid tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan seperti bilik pustakawan, bilik kerja dan kaunter sirkulasi. 4. Murid mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku. 5. Murid tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam PSS. 6. Murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan PSS. 7. Murid hendaklah meletakkan semula buku yang telah dibaca ke rak asal dan tidak dibenarkan di bawa keluar dari PSS. 8. Murid dilarang menconteng buku/perabot, mengoyak buku dan merosakkan perabot yang terdapat di dalam PSS. 9. Murid mestilah menggantikan kos buku yang dirosakkan atau dihilangkan. 10. Murid tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS. 11. Murid dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter. 12. Murid dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan. 13. Murid tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran. 14. Murid tidak dibenarkan masuk ke PSS semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru. 15. Murid dikehendaki meletakkan beg mereka di luar PSS di tempat yang disediakan. 16. Murid hendaklah memastikan segala kemudahan yang disediakan tidak disalahgunakan. Peraturan Penggunaan PSS (Guru) 1. Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan PSS. 2. Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin murid di dalam PSS dan memastikan murid meninggalkan PSS dalam keadaan kemas dan teratur seperti sediakala. 3. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan melalui link tempahan yang disediakan. 4. Guru tidak dibenarkan mengadakan PdPc di dalam PSS. Penggunaan PSS hanya untuk aktiviti NILAM dan membuat rujukan bahan sahaja. 5. Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS dan tempoh peminjaman adalah sama dengan murid iaitu satu minggu. 6. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilikbilik Pusat Sumber. 134


Ketetapan Kurikulum PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN KEAHLIAN 1. Semua murid dan kakitangan SMK SEKSYEN 24(2) SHAH ALAM layak menjadi ahli PSS. 2. Semua pengguna yang ingin menjadi ahli perlulah memiliki kad PSS dan didaftarkan di PSS (termasuk semua guru dan kakitangan). 3. Kehilangan atau kerosakan kad hendaklah diberitahu segera. Kad yang baru diganti atau diterima perlu didaftar semula dan denda sebanyak RM 2.00 akan dikenakan. 4. Murid hanya dibenarkan meminjam 2 buah buku sahaja dan 4 buah buku bagi guru. Meminjam kad pengguna lain adalah satu kesalahan besar dan tindakan disiplin akan diambil . PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN Mengikut jadual waktu penggunaan PSS. TEMPOH PINJAMAN 1. Buku rujukan dan buku rak terbuka dibenarkan dipinjam untuk tempoh satu minggu. 2. Buku-buku khusus seperti karya agung, karya besar, buku “red spot” tidak dibenarkan dipinjam, hanya rujukan di PSS sahaja. 3. Majalah/keratan akhbar/bank soalan – rujukan dalam PSS sahaja dan tidak boleh dibawa keluar. PERATURAN PINJAMAN 1. Kad Ahli tidak boleh dipindah hak milik. 2. Tanggungjawab murid menjaga buku yang dipinjam. Jika hilang, wajib membayar balik mengikut harga asal buku tersebut. 3. Sila beratur semasa melakukan proses pinjaman dan pastikan dalam keadaan senyap. 4. Sila pastikan tarikh pemulangan tidak lewat dari tarikh pulang. Jika lewat, tindakan akan diambil. 5. Kertas soalan tahun lepas/ bank soalan/ keratan akhbar tidak boleh diconteng. Jika didapati murid menconteng atau menghilangkannya, murid wajib membayar harga photostat untuk setiap muka surat. 6. Sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan, kad murid akan ditahan. 7. Murid akan didenda sebanyak RM 0.20 sehari bagi buku rak terbuka dan RM 0.50 bagi buku rujukan (tidak termasuk hari cuti) jika lewat memulangkan bahan yang dipinjam. 8. Kad Ahli akan ditahan sehinggalah denda diselesaikan. 135


Ketetapan Kurikulum WAKTU OPERASI 1. Waktu persekolahan (Isnin hingga Khamis): 7.30 pagi hingga 3.30 petang 2. Waktu persekolahan hari Jumaat: 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari (bagi sesi pagi) dan 2.30 petang hingga 3.30 petang (bagi sesi petang). 3. Waktu rehat antara sesi pagi dan petang pada hari Jumaat PSS akan ditutup. 4. Waktu PdPc murid hanya dibenarkan masuk bersama dengan guru pengiring. Murid dikehendaki beratur di luar PSS sehinggalah guru pengiring hadir bersama-sama, barulah dibenarkan masuk. PROGRAM NILAM 1. Setiap murid mestilah mempunyai moe e-mel untuk pengisian data NILAM sekolah. 2. Setiap guru perlu melaksanakan NILAM mengikut mata pelajaran masing-masing atau bacaan umum dan meminta murid untuk merekod data bacaan NILAM menggunakan Link Google Form yang disediakan oleh Unit Pusat Sumber (NILAM). 3. Guru tingkatan bertanggungjawab mengumpulkan data NILAM murid untuk diserahkan kepada Setiausaha NILAM. 4. Anugerah akan diberikan kepada murid yang telah mengumpul data bacaan NILAM tertinggi bagi setiap tingkatan. 5. Pertandingan / program NILAM juga akan dilaksanakan untuk menggalakkan murid membaca dan mengumpul data bacaan NILAM. 136


137


138


KETETAPAN HAL EHWAL MURID 2023 1.0 PENGENALAN Ketetapan HEM SMK Seksyen 24(2) merupakan garis panduan yang perlu dirujuk dan diguna pakai untuk mentadbir dan mengurus unit-unit di bawah Hal Ehwal Murid. Ketetapan yang digubal telah mengambil kira semua aspek yang berkaitan dengan Akta Pendidikan dan surat-surat pekeliling yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. Ketetapan yang menyeluruh diharapkan dapat meningkatkan kecekapan pengurusan Hal Ehwal Murid seterusnya menyumbang kepada kelancaran dan keberkesanan sekolah. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Meningkatkan kualiti pengurusan unit-unit Hal Ehwal Murid. 2.2 Meningkatkan kualiti pendaftaran dan pengurusan kelas.(penyelaras, guru tingkatan, SPBT) 2.3 Memastikan pengurusan data HEM tepat, sahih dan kemaskini (APDM, ekehadiran, SSDM) 2.4 Menyediakan dan menyelenggara persekitaran fizikal yang selamat, selesa dan harmoni bagi kesejahteraan warga sekolah secara sistematik dan terancang. (3K, bilik segar, kawalan denggi, kesihatan, kantin, sekolah selamat) 2.5 Memberikan khidmat bantuan kepada murid yang memerlukan mengikut keperluan dan kelayakan yang ditentukan (biasiswa, bantuan, EMK, KWAPM, PPDA, Takaful, UBK) 2.6 Merancang, melaksana dan mendokumentasikan program/aktiviti berimpak tinggi untuk melahirkan murid yang bertanggungjawab, bersahsiah terpuji dan berketrampilan. (bina insan, disiplin, guru penyayang, MPM, MKT, SUMUR) 2.7 Pemuafakatan strategik diusahkan secara professional dan terancang (PIBG) 3.0 INDEKS PRESTASI UTAMA UNIT HEM Objektif Indeks Prestasi Utama (KPI) Meningkatkan kualiti pengurusan unit-unit HEM Mesyuarat induk HEM sebanyak empat kali setahun. Semakan Fail unit 3 kali setahun. Pengisian standard skpmg2 3 kali setahun. Menyemak Buku Daftar Murid 2 kali setahun. Jadual 2, Jadual 3 dan Jadual 4 setiap unit dilengkapkan secara berperingkat. Meningkatkan kualiti pendaftaran dan pengurusan kelas Menempatkan murid sebelum sesi perekolahan bermula atau pada hari pendaftaran. Memastikan dokumen-dokumen diterima sebelum memasukkan murid ke dalam kelas. Mengemaskini data e-kehadiran setiap orang murid sebelum jam 12 tengah hari untuk sesi pagi dan sebelum jam 5 petang untuk sesi petang. Mencapai kehadiran purata sekurang-kurangnya 91% Memastikan 100% murid yang layak, mendapat buku teks. Memastikan 100% murid membayar sumbangan PIBG dan bayaran-bayaran tambahan selewat-lewatnya sebelum 1 Ogos kecuali yang mendapat pelepasan. 139


Pengurusan data tepat, sahih dan kemaskini Data APDM perlu dikemaskini 3 kali setahun (Feb, Jun dan Oktober) Tertakluk kepada arahan dari semasa ke semasa. Pengesahan dan cetakan ekehadiran setiap bulan. Memenuhi kriteria dan mencapai skor 97.0% Penilaian Sistem Penarafan Kendiri Sekolah (SPKS) 100% penggunaan sistem e-rekod perkhidmatan kaunseling. Mencetak dan analisis data disiplin/salah laku dalam SSDM setiap bulan. Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selamat dan kondusif dan ke arah mesra OKU Touch Point KPM iaitu 1 murid, 1 set buku teks, kerusi dan meja perlu direalisasikan pada hari pertama sesi persekolahan. Memastikan 100% pengurusan kelas dan bilik-bilik khas diurus mengikut kriteria yang ditetapkan. Penyelenggaran kerosakan dilaksanakan mengikut ketetapan. Mengekalkan Gred A kebersihan Kantin. Sekurang-kurangnya 4 tandas berinformasi dan ceria. Meningkatkan keselamatan, kebersihan dan keceriaan fizikal, pagar, Blok A dan Blok B Menjalankan sekurang-kurangnya 8 program kesihatan dan kesedaran tentang keselamatan. Mencapai sasaran sekolah bebas denggi. Prasarana mesra OKU perlu dirancang dan diadakan mengikut kemampuan kewangan . Memberikan khidmat bantuan kepada murid yang memerlukan mengikut keperluan dan kelayakan yang ditentukan Memastikan 100% murid yang layak mendapat khidmat bantuan yang sepatutnya. Memastikan bantuan dan sokongan emosi (kaunseling) diberikan kepada semua murid. Memastikan tiada keciciran. Merancang, melaksana dan mendokumentasikan program/aktiviti berimpak tinggi untuk melahirkan murid yang bertanggungjawab, bersahsiah terpuji dan berketrampilan. Mengurangkan peratus murid lewat kepada tidak lebih daripada 21% setahun. Menurunkan peratus kes ringan kepada tidak lebih daripada 23% setahun Mengurangkan kes DARVIH kepada tidak lebih daripada 5 kes. Meningkatkan kursus kepimpinan sekurang-kurangnya 3 kali setahun. 4.0 KETETAPAN KEMASUKAN MURID 4.1 Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum tanpa sekatan. 4.2 Setiap maklumat murid akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dan ke dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM). 4.3 Setiap murid akan di tempatkan di kelas-kelas mengikut kekosongan dan kesesuaian elektif yang diambil. 4.4 Setiap murid mesti mempunyai nombor bilangan masuk sekolah dan mempunyai fail peribadi murid. 140


5.0 KETETAPAN PERHIMPUNAN MINGGUAN (Mengikut Garis Panduan Pembukaan Sekolah KPM) (Isnin – 7.20 pagi hingga 8.10 pagi dan 1.20 petang hingga 1.50 petang ) 5.1 Perhimpunan rasmi bermula tepat 7.30 pagi dan 1.20 tengahari. 5.2 Semua guru WAJIB hadir di tapak perhimpunan sebelum 7.30 pagi/1.20 tengahari. Guru- guru lelaki dikehendaki memakai tali leher. 5.3 Perhimpunan mingguan adalah acara rasmi, maka jika ada majlis tertentu, mohon penyelaras majlis tersebut memastikan perjalanan majlis tersusun dan lancar . 5.4 Guru bertugas PERLU memastikan semua murid dalam keadaan betul- betul bersedia, terkawal dan berdisiplin pada jam 7.20 pagi dan 1.20 tengahari. 5.5 Pemimpim-pemimpin murid dan guru bertugas mingguan memastikan kawalan disiplin dan PA Sistem BERFUNGSI dan BERKESAN. 5.6 Pengendalian perhimpunan rasmi hendaklah mematuhi SPI bil. 4/1984 ATUR CARA PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN • Nyanyian Lagu Kebangsaan • Nyanyian Lagu Negeri Selangor • Nyanyian Lagu Sekolah • Bacaan Doa • Bacaan Ikrar Rukunegara, Ikrar keselamatan dan Ikrar Murid • Laporan Guru Bertugas Minggu Lalu • Pengumuman-Pengumuman • Taklimat 5 minit (Unit Disiplin atau Unit Kaunseling) • Penyampaian Hadiah/Anugerah (Jika berkaitan) • Ucapan Pengetua/Penolong Kanan • Doa penutup dan Perhimpunan tamat 6.0 KETETAPAN PENGELUARAN SURAT AMARAN PONTENG SEKOLAH (Mengikut arah KPM) 6.1 Surat amaran perlu diberi kepada murid yang ponteng dan bermasalah. 6.2 Amaran Pertama Pada hari ke-3 (berturut-turut) atau pada hari ke-10 (tidak berturut-turut). 6.3 Amaran Kedua selepas 10 hari tidak hadir berturut-turut atau selepas 20 hari tidak hadir tidak berturut-turut. 6.4 Amaran Terakhir selepas 17 hari tidak hadir berturut-turut atau hari ke-40 tidak hadir tidak berturut-turut. 6.5 Buang Sekolah pada hari ke-31 tidak hadir berturut-turut dan pada hari ke-60 tidak hadir tidak berturut-turut. 6.6 Surat-surat amaran perlu disimpan dalam Fail Am 435 di bilik PK HEM dan dalam fail ekehadiran. 7.0 KETETAPAN PENGURUSAN KELAS 7.1 Semua kelas mesti sentiasa dalam keadaan yang bersih, kemas dan ceria. Papan kenyatan perlu mempamerkan Carta Organisasi Kelas, Inventori Kelas, Misi, Visi dan Motto Sekolah, Jadual Tugas Kebersihan, Pelan Laluan Kecemasan, Pelan Kedudukan Murid, info SOP Covid-19, Info Denggi, Info disiplin dan info semasa. 7.2 Guru- guru mata pelajaran MESTI terlebih dahulu memastikan kelas dalam keadaan bersih dan kemas sebelum memulakan PdP bersemuka. 7.3 Pada waktu terakhir pula, guru mata pelajaran perlu memastikan ,lantai telah disapu , bakul sampah telah dikosongkan, kerusi dan meja tersusun , tingkap, pintu, kipas dan lampu ditutup. Guru mata pelajaran waktu terakhir perlu menghantar Buku Kawalan Kelas ke pejabat. 7.4 Ekehadiran kelas perlu dikemas kini selewat-lewatnya jam 12 tengah hari bagi sesi pagi dan pukul 5 petang bagi sesi petang. Penyelaras perlu bertindak mengisi kehadiran sekiranya ada guru kelas yang tidak hadir ke sekolah. 7.5 Murid hanya dibenarkan keluar dengan pas keluar dan hanya seorang murid lelaki sahaja manakala dua orang murid perempuan sahaja dibenarkan keluar pada satu- satu masa. 141


7.6 Guru kelas perlu sentiasa memainkan peranan memantapkan tugas ketua kelas dan penolong ketua kelas serta ahli jawatankuasa kelas yang lain. 7.7 Semua guru mata pelajaran hendaklah memastikan bilangan murid di dalam kelas dan mengisi buku kawalan kelas sebelum memulakan PdP. Guru hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap murid yang ponteng. 8.0 PERANAN PENYELARAS TINGKATAN 8.1 Menguruskan penempatan murid baharu mengikut kesesuaian dan memastikan guru Tingkatan melengkapkan maklumat murid ke dalam Buku Daftar Murid di pejabat. 8.2 Memastikan murid bukan warganegara yang berpindah masuk ke sekolah mempunyai Surat Kelulusan Belajar Untuk Murid Bukan Warganegara dan telah menjelaskan bayaran Fi sebanyak RM 240.00 dengan menunjukkan resit pembayaran sebagai bukti. 8.3 Memastikan Surat Kelulusan Belajar Semula (Lebih Kohort Umur)diserahkan kepada guru tingkatan sekiranya berkenaan. 8.4 Memastikan setiap murid mempunyai nombor Bilangan Masuk Sekolah (BMS). 8.5 Membantu guru tingkatan menanda eKehadiran Murid (APDM) semasa ketiadaan Guru Tingkatan. 8.6 Mengenalpasti data murid yang terkini dan data yang lengkap diserahkan kepada guru data. 8.7 Membimbing guru tingkatan tentang tugas-tugas guru tingkatan. 9.0 PERANAN GURU TINGKATAN 9.1 Mengisi maklumat murid dengan lengkap ke dalam APDM dan Buku Rekod Mengajar. 9.2 Merekod kemasukan pelajar baru ke dalam Buku Pendaftaran Sekolah. 9.3 Memberikan maklumat terkini termasuk nombor pendaftaran. 9.4 Mengemaskinikan data murid dan memasukkan data pelajar baru ke dalam sistem dengan bantuan Guru Data. 9.5 Menanda kehadiran pelajar ditanda dalam E-Kehadiran Murid (APDM) setiap hari semasa perhimpunan pagi sebelum jam 12 tengah hari / 5 petang. 9.6 Mengeluarkan surat amaran ketidakhadiran dan salah laku dispilin murid mengikut ketetapan yang telah dibuat. 9.7 Memastikan surat amaran ketidakhadiran dan salah laku displin murid dimasukkan di dalam Fail Am 435 di dalam Bilik PK Hem serta Fail E- Kehadiran kelas masingmasing. 9.8 Memastikan kelas mempunyai Buku Kawalan Kelas (BKK) setiap hari dan memantau keberadaan BKK. Sekiranya Buku Kawalan Kelas hilang , maka Guru Tingkatan perlu membayar RM 10.00. 9.9 Mengutip bayaran tambahan dan sumbangan PIBG dan mengeluarkan resit. Menyerahkan kutipan bayaran tambahan dan sumbangan PIBG kepada Kerani Kewangan/Bendahari PIBG. 9.10 Guru Tingkatan TIDAK DIBENARKAN menyimpan sebarang kutipan wang murid dalam tempoh 24 jam. 9.11 Menguruskan keceriaan, kebersihan dan keselamatan bilik kelas. 9.12 melantik Jawatankuasa Kelas terdiri daripada ketua kelas, Penolong Ketua Kelas, Bendahari, AJK Kebersihan, AJK Keceriaan, AJK Nilam, AJK Perabot & Aduan Kerosakan, AJK SPBT, AJK Kantin, AJK Kokurikulum dan AJK Mata Pelajaran (mengikut mata pelajaran yang ditawarkan) 9.13 Memastikan Fail Peribadi Murid dikemaskini dan disimpan dengan baik di Bilik Fail. 9.14 Menguruskan penyerahan dokumen-dokumen apabila murid hendak berpindah. 9.15 Guru Tingkatan hendaklah melaporkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan muridnya yang mendapat kemalangan, kematian atau bencana dalam keluarganya. 142


10.0 PERANAN SETIAUSAHA APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) 10.1 Memasukkan data APDM mengikut kelas dengan bantuan guru kelas. 10.2 Memasukkan data APDM mengikut kelas dengan bantuan guru kelas. 10.3 Memastikan data APDM dikemaskini dari semasa ke semasa. 10.4 Memadamkan data murid yang bertukar. 10.5 Memasukkan data murid bukan warga negara dan murid baharu. 10.6 Memastikan jumlah bilangan murid sama seperti dalam sistem ekehadiran. 11.0 PERANAN SETIAUSAHA EKEHADIRAN 11.1 Memastikan guru tingkatan mengemaskini kehadiran harian setiap murid dalam system APDM. 11.2 Memastikan guru tingkatan mengesahkan kehadiran bulanan selewat-lewatnya hari Selasa bulan berikutnya. 11.3 Memastikan semua guru tingkatan mencetak ekehadiran bulanan dan ditanda tangani oleh PK HEM. 12.0 PERANAN UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS 12.1 Menguruskan pembahagian buku teks kepada semua murid dari Peralihan, Tingkatan 1 – 5. 12.2 Memastikan semua murid mendapat buku teks mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. 12.3 Memberi taklimat dan penerangan kepada pelajar, Guru Tingkatan, Penyelaras Tingkatan mengenai pengagihan buku teks, penggunaan, penyimpanan dan penyerahan buku teks. 12.4 Melaksanakan: • Mencatat jumlah buku teks di dalam ‘Buku Stok’ mengikut tingkatan. • Pengedaran dan pengumpulan buku teks. • Mengumpul dan mencatat jumlah buku yang rosak dan perlu dihapuskira. • Mengurus Kelab SPBT pelajar. 12.5 Membuat pesanan buku mengikut surat dari Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan dan PPD. 12.6 Mengisi maklumat penerimaan buku dalam sistem apabila buku diterima dari pembekal. 12.7 Menghantar data maklumat yang diminta dengan segera kepada pihak Kementerian, Jabatan dan PPD. • Mengedarkan buku teks mengikut tingkatan • Menentukan tarikh pengedaran dan taklimat diberi kepada pelajar • Mengesan kelancaran pengedaran • Mengedarkan buku kepada pelajar yang bertukar masuk. • Memastikan pelajar mengisi borang penerimaan buku teks dan failkan Borang mengikut tingkatan. • Memastikan buku teks dikembalikan apabila pelajar bertukar ke negeri selain Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. • Menyediakan borang maklumat buku teks yang dibawa pelajar ke sekolah baru. • Memastikan semua Guru Tingkatan telah melengkapkan borang pinjaman SPBT / Borang G mengikut jadual. 12.8 Pengurusan Rekod dan Dokumen • Menyelenggarakan fail yang dikemaskini • Rekod buku stok yang dikemaskini ( mengikut tingkatan ) • Menyimpan rekod buku, hapuskira, rosak,hilang dan lebihan di bilik BOSS. 12.9 Pengurusan Keselamatan Buku • Memastikan bilik BOSS dalam keadaan ceria, baik dan selamat. • Membuat peraturan penggunaan dan pengurusan BOSS. • Memastikan buku disusun dan disimpan dengan kemas. • Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut plastik. 143


12.10 Pengurusan Pemulangan SPBT • Menentukan tarikh pemulangan mengikut tingkatan • Memastikan murid yang menghilangkan buku teks perlu menggantikan buku atau membayar harga buku yang hilang pada hari pemulangan buku teks. • Melaporkan kepada Pengetua / Penolong Kanan HEM mengenai : a. Peratus buku rosak / hilang. b. Hapuskira yang perlu dilaksanakan. c. Kekurangan / lebihan buku tekas. 12.11 Pengurusan Stok dan Inventori • Surat menyurat kepada Bahagian Buku Teks dan Jabatan Pendidikan • Menyimpan invois, bil dan pengesahannya. • Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat. • Mengemaskini inventori SPBT 12.12 Mengemaskini borang maklumat kekurangan / lebihan buku ke PPD. 12.13 Memastikan Murid Bukan Warganegara TIDAK LAYAK untuk menerima bantuan Buku Teks. 13.0 PERANAN UNIT 3K ( KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN) 13.1 Bertanggungjawab merancang pelan tindakan pengurusan kebersihan dan keceriaan sekolah. 13.2 Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan dan penilaian berkaitan dengan kebersihan dan keceriaan sekolah. 13.3 Meningkatkan Kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan dengan program kebersihan, keselamatan dan kesihatan. 13.4 Memastikan proses sanitasi bilik kelas, bilik-bilik khas dan Kawasan sekolah dilaksanakan. 13.5 Merancang program, melaksanakan dan membuat dokumentasi program meningkatkankebersihan dan keceriaan sekolah. 14.0 PERANAN UNIT KAWALAN DENGGI 14.1 Memastikan kawasan persekitaran sekolah bebas sampah dan denggi dengan bantuan pekerja pembersihan swasta. 14.2 Meletakkan Abate di tempat-tempat tempat pembiakan nyamuk. 14.3 Melantik AJK bersama murid untuk menjalankan aktiviti pembiakan nyamuk Aedes dan memeriksa tempat pembiakan nyamuk Aedes. 14.4 Menjalankan projek COMBI (Cummunication For Behavioral Impact) untuk mengawal wabak denggi. 14.5 Melaporkan tempat pembiakan nyamuk dan bilangan kes demam denggi dalam kawasan sekolah ke PPD dan Pusat Kesihatan Daerah setiap minggu. 14.6 Memupuk Budaya Sihat dalam kalangan murid-murid sekolah dan ibu bapa dengan jayanya. 14.7 Menghantar 2 salinan laporan program yang telah dijalankan (satu salinan kepada PK HEM dan satu Salinan kepada S/U HEM). 15.0 PERANAN UNIT BILIK SEGAR 15.1 Tandas sentiasa di pantau pencuciannya 2 kali sehari oleh pekerja swasta. SPI 1/1996 - Kebersihan dan keceriaan di sekolah. 15.2 Memastikan kerosakan tandas dibuat aduan kepada Unit Pembangunan Fizikal Sekolah untuk diselenggara. 15.3 Memastikan tandas diceriakan dan dilengkapkan dengan informasi yang sesuai 15.4 Longkang-longkang sentiasa dipantau kebersihannya dan tiada yang tersumbat dan aliran air lancar. 144


16.0 PERANAN UNIT SEKOLAH SELAMAT 16.1 Pemantauan alat pemadam api dilakukan 2 kali setahun dan sentiasa dalam keadaan baik, di servis setiap tahun dan boleh digunakan bila berlaku kecemasan. SPI 7/2000 - Mencegah kebakaran di sekolah. 16.2 Pelan laluan kecemasan perlu dipamerkan di setiap kelas dan laluan strategik 16.3 Mengadakan rondaan dengan kerjasama Majlis Pemimpin Murid dari masa ke masa. 16.4 Merancang program pengungsian bangunan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat. 16.5 Meletakkan arahan/papan tanda keselamatan di tempat yang sesuai. 16.6 Mengedarkan arahan-arahan keselamatan/pelan kebakaran kepada setiap kelas. 16.7 Melaksanakan Program Sekolah Selamat mengikut keperluan Sistem Penarafan Kendiri Sekolah (SPKS. 16.8 Ibu bapa atau penjaga yang ingin membawa murid keluar dari sekolah perlu mengisi borang Kebenaran Keluar Sekolah sebanyak dua (2) salinan dan ditandatangani oleh guru bertugas atau pentadbir. 16.9 Memastikan pengawal keselamatan menjalankan tugas mengikut arahan yang telah dikeluarkan. Pintu pagar sekolah sentiasa tertutup dan dijaga hanya dibuka sepenuhnya apabila sesi sekolah bermula dan tamat. 16.10 Menghantar 2 salinan laporan program yang telah dijalankan (satu salinan kepada PK HEM dan satu Salinan kepada S/U HEM). 17.0 PERANAN UNIT KESIHATAN 17.1 Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi dengan kerjasama pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia. 17.2 Memastikan SOP Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Covid-19 dipatuhi dan diamalkan. 17.3 Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan/gigi oleh Unit Kesihatan daerah dan menyerahkan jadual pemeriksaan ke pejabat. 17.4 Merancang dan melaksanakan program kesihatan. 17.5 Mengawal selia kawasan sekolah supaya wujud suasana yang bebas daripada sebarang penyakit berjangkit. 17.6 Memastikan penjaga dihubungi sekiranya murid didapati tidak sihat semasa berada di sekolah. 17.7 Menghantar 2 salinan laporan program yang telah dijalankan (satu salinan kepada PK HEM dan satu Salinan kepada S/U HEM) 18.0 PERANAN UNIT KANTIN 18.1 Memastikan segala prosedur berkaitan pengurusan kantin sekolah berjalan dengan cekap berpandukan arahan-arahan yang disediakan oleh pihak Kementerian serta agensi-agensi yang berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa tempatan. 18.2 Mengawasi segala peraturan yang terkandung dalam surat perjanjian antara pihak sekolah dengan pengusaha kantin dipatuhi. 18.3 Memaklumkan kepada pengurusan kantin mengenai hari persekolahan, cuti dan perubahan-perubahannya. 18.4 Memantau kebersihan, mutu makanan, harga serta perkhidmatan kantin dan mencatatkannya dalam buku laporan. 18.5 Menerima aduan dan pandangan daripada murid, guru dan staf sekolah serta mengambil tindakan sewajarnya. 18.6 Memastikan jadual bertugas harian disediakan dan ditampal di papan kenyataan kantin. 18.7 Mengawasi kantin supaya tidak menjual barang larangan. 145


18.8 Surat peringatan dikeluarkan kepada Pengusaha Kantin sekiranya tidak mematuhi peraturan yang terdapat di dalam Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah. 18.9 Memastikan Aduan Maklumat dipatuhi mengikut SOP 1:3:7 apabila berlaku Kes Keracunan Makanan. 19.0 PERANAN UNIT KEBAJIKAN/TAKAFUL/BIASISWA/KWAPM/EMK 19.1 Memastikan Mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun. 19.2 Mengumpul maklumat dan mengenalpasti murid-murid miskin dan yatim 19.3 Menguruskan permohonan BAP, biasiswa, KWAPM, EMK, Takaful dan bantuan mengikut dasar berpandukan peruntukan tertentu untuk dilaksanakan. 19.4 Bekerjasama dengan guru tingkatan untuk mengenalpasti murid yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan bantuan yang bersesuaian. 19.5 Membuat senarai pendek dan menapis permohonan murid untuk diluluskan. 19.6 Menguruskan agihan BAP,biasiswa, KWAPM, EMK, Takaful dan bantuan kepada penerima mengikut tempoh yang ditetapkan. 19.7 Derma kilat akan dibuat oleh Unit Kebajikan dan menyerahkan derma kepada murid berkenaan sekiranya berlaku kematian atau bencana dalam keluarga terdekat (ibu bapa). 19.8 Menyerahkan borang penerima KWAPM dan EMK kepada pembantu tadbir. 19.9 Semua murid layak menerima perlindungan takaful dalam tempoh 24 jam sehari semalam seluruh dunia. 19.10 Tuntutan takaful akan dibuat oleh pihak sekolah dalam tempoh sebulan selepas kemalangan atau kematian murid mengikut syarat-syarat yang telah di tetapkan. 20.0 PERANAN UNIT DISIPLIN 20.1 Merangka serta menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan. 20.2 Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah. 20.3 Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas. 20.4 Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975. Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat Pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin. 20.5 Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah. 20.6 Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan. 20.7 Menerima laporan pengawas/ guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. 20.8 Mengadakan pemeriksaan mengejut mengikut ketetapan sekolah. 20.9 Barangan larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh Guru Disiplin dalam Buku Rekod Barangan Rampasan dan diserahkan kepada PK HEM. 20.10 Menanam semangat kekitaan melalui slogan “SEKOLAHKU RUMAHKU” supaya peraturan sekolah menjadi satu budaya. 20.11 Menjalankan rondaan ( dengan bantuan Guru Bertugas Harian ) untuk mengesan murid yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah. 20.12 Menyediakan dan membekalkan data serta maklumat disiplin kepada Kementerian / Jabatan Pelajaran / PPD. 20.13 Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin pelajar. 146


20.14 Menjadi Pegawai Perhubungan antara ibu bapa / penjaga dalam menangani masalah disiplin. 20.15 Berada di tapak perhimpunan dan persekitaran sekolah setiap pagi untuk memantau disiplin pelajar. 20.16 Menghantar 2 salinan laporan program yang telah dijalankan (satu salinan kepada PK HEM dan satu Salinan kepada S/U HEM). 21.0 PERANAN SETIAUSAHA SISTEM SALAHLAKU DISIPLIN MURID (SSDM) 21.1 Memberi taklimat kepada semua guru tentang pengisian kes salah laku dan amalan baik dalam SSDM. 21.2 Menghantar data SSDM yang tepat, sahih dan kemaskini kepada PPD/JPN mengikut jadual yang ditetapkan. 21.3 Menyemak dan mengemaskini data SSDM dari semasa ke semasa. 21.4 Mencetak rekod disiplin murid yang hendak berpindah sekolah. 21.5 Menyimpan data analisis bulanan berkaitan masalah disiplin/salah laku dalam fail SSDM. 22.0 PERANAN UNIT MAJLIS PEMIMPIN MURID 22.1 Mengadakan mesyuarat Pemimpin Murid sebanyak empat kali setahun. 22.2 Memastikan membuat Majlis Pelantikan Pemimpin Murid dan Kem Pemimpin Muda setiap tahun. 22.3 Memastikan Pemimpin Murid bertugas di tapak perhimpunan dan mengelola Perhimpunan Rasmi setiap hari Isnin Minggu Pertama dan Keempat. 22.4 Memastikan Pemimpin Murid membantu Unit Disiplin menangani masalah disiplin seperti membuat pemeriksaan mengejut, merekodkan murid hadir lewat, bertugas di lokasi-lokasi yang ditetapkan dan lain-lain tugasan bagi melancarkan pentadbiran sekolah. 22.5 Melaksanakan perjumpaan Guru bersama Pemimpin Murid sekurang-kurangnya setiap 2 bulan sekali bagi mengetahui permasalahan yang dihadapi. 22.6 Menghantar 2 salinan laporan program yang telah dijalankan (satu salinan kepada PK HEM dan satu Salinan kepada S/U HEM). 23.0 PERANAN UNIT MAJLIS KETUA TINGKATAN 23.1 Mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali setahun. 23.2 Memastikan Majlis Pelantikan Ketua & Penolong Ketua Tingkatan serta Kem Pemimpin Muda dilaksanakan setiap tahun. 23.3 Memastikan Ketua atau Penolong Ketua Tingkatan mengambil Buku Kawalan Kelas setiap hari. 23.4 Menyediakan Buku Kawalan Kelas setiap bulan dan diedarkan kepada Ketua Tingkatan pada hari pertama setiap bulan. 23.5 Menyemak dan mengumpul data serta membuat analisis kes salah laku & ponteng kelas yang direkodkan dalam Buku Kawalan Kelas dan menyerahkan laporan kepada Unit Disiplin setiap hujung bulan. 23.6 Melaksanakan perjumpaan Guru bersama Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan setiap 2 bulan sekali bagi mengetahui permasalahan yang dihadapi. 23.7 Menghantar 2 salinan laporan program yang telah dijalankan (satu salinan kepada PK HEM dan satu Salinan kepada S/U HEM). 24.0 PERANAN UNIT BINA INSAN 24.1 Penghayatan Islam 24.1.1 Merancang program pembangunan Insan Kamil. 24.1.2 Melaksanakan program-program Nadwah Islamiah. 24.1.3 Mengadakan sambutan Hari Kebesaran Islam. 24.1.4 Mengadakan Program Penghayatan Islam sepanjang bulan Ramadhan. 24.1.5 Merancang dan menyelenggara surau sekolah. 24.1.6 Menyediakan Jadual Waktu Beribadah secara berjemaah di surau. 147


24.1.7 Menghantar 2 salinan laporan program yang telah dijalankan (satu salinan kepada PK HEM dan satu Salinan kepada S/U HEM). 24.2 Penghayatan Nilai Murni (SUMUR) 24.2.1 Merancang program nilai-nilai murni setiap pagi Jumaat dan masa lain yang ditetapkan. 24.2.2 Memastikan program-program penghayatan nilai murni dilaksanakan mengikut jadual. 24.2.3 Mengenalpasti murid-murid yang memerlukan bimbingan dan nilai-nilai murni secara serius. 24.2.4 Memastikan nilai-nilai murni dipraktikkan oleh murid sepanjang waktu persekolahan. 24.2.5 Menghantar 2 salinan laporan program yang telah dijalankan (satu salinan kepada PK HEM dan satu salinan kepada S/U HEM). 25.0 PERANAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 25.1 Mesyuarat perlu diadakan empat kali setahun. 25.2 Program kaunseling kelompok dan kaunseling individu dilaksanakan mengikut ketetapan. 25.3 Program-program seperti ceramah motivasi, Program Jom Ke Sekolah, Sekolah & Guru Penyayang, Program Kerjaya, PPDa, Ceramah & Pameran Kerjaya (IPTS/IPTA), Ziarah Cakna, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Dasar Warga Emas Negara(DWEN), Psikometrik, Program Minda Sihat dan sebagainya dirancang dan dilaksanakan. 25.4 Menjalankan program orientasi untuk murid-murid Peralihan dan Tingkatan 1 pada awal sesi persekolahan untuk meningkatkan potensi dan perkembangan diri murid. 25.5 Melaksanakan Program Maju Diri untuk semua murid di awal tahun persekolahan. 25.6 Menjalankan sesi bagi murid-murid yang dirujuk oleh Unit Disiplin (SSDM) 25.7 Bilik Kaunseling perlu sentiasa kondusif dan berteraputik untuk kegunaan yang bersesi dan pengurusan GBKSM. 25.8 Menghantar 2 salinan laporan program yang telah dijalankan (satu salinan kepada PK HEM dan satu Salinan kepada S/U HEM). 25.9 Bidang Tugas Kaunselor : BIL NAMA KAUNSELOR BIDANG TUGAS SESI 1 ZAINAB BT AWANG 1. PSIKOMETRIK TINGKATAN 3 & 4 2. MINDA SIHAT T5 3. AMALAN GURU PENYAYANG (PAGAR & SAMBUTAN HARI LAHIR) 4. MENTOR- MENTEE 5. DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN) 6. INTERVENSI LEWAT 7. PERANCANGAN STRATEGIK JADUAL 2,3,4 DAN 5 PAGI 2 SUZILAWATI BT AWANG 1. PSIKOMETRIK TINGKATAN 5 2. MINDA SIHAT T3 & T4 3. PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS SULONG) 4. PPDa/SLAD 5. KERJAYA 6. ZIARAH CAKNA 7. PERANCANGAN KEWANGAN & PERBELANJAAN 148


Click to View FlipBook Version