Cetakan Pertama 2015 O Kementerian Kesihatan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Aras 3, Blok E10, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya. C
BAGI MURID TAHUN 1 IMFRee BUKU LEMBARAN KERJA
Kandungan APA ITU ROKOK ? 3 MENGAPA MEROKOK ? 11 PEROKOK PASIF 18 KANDUNGAN RACUN DALAM ROKOK 33 BAHAYA ROKOK KEPADA TUBUH BADAN 40 FAEDAH TIDAK MEROKOK 56 Skop 1 Skop 2 Skop 3 Skop 4 Skop 5 Skop 6 Panduan Penggunaan Buku Lembaran Kerja
Buku Lembaran Kerja IMFree Prakata Menurut kajan Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia yang dijalankan pada tahun 2011, prevalen merokok dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas adalah sebanyak 23.1% atau seramai 4.7 juta orang. Secara keseluruhannya, kategori umur 25 hingga 44 tahun mencatatkan peratusan perokok yang tertinggi iaitu sebanyak 29.0% dan kaum lelaki dari kategori umur ini mencatatkan peratusan merokok yang tertinggi iaitu sebanyak 54.9%. “Global NCD Target by 2025” oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mensasarkan 9 indikator yang perlu dicapai termasuk indikator berkaitan merokok iaitu penurunan peratusan merokok sebanyak 30% menjelang tahun 2015. Bagi mencapai hasrat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia perlu merangka 2 program utama dan salah satunya adalah program pencegahan bagi tujuan mencegah golongan bukan perokok daripada terjebak ke dalam masalah ini. Menyedari hakikat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) telah menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kolej Uniti dan Fakulti Perkembangan Kanak-kanak, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dalam pelaksanaan Pakej IMFree di sekolah rendah dan Pra Sekolah melalui sisipan dalam Tunas Doktor Muda. Melalui Pakej ini, kanak-kanak di didik dengan kemahiran yang sesuai dan persepsi yang betul tentang bahaya serta kesan buruk tabiat merokok dan kemahiran menjaga diri daripada terdedah kepada asap rokok. Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerjasama dalam pembangunan dan pelaksanaan program ini. Sumbangan dan komitmen semua amat dihargai dan diharapkan kerjasama baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Oktober 2015
Buku Lembaran Kerja IMFree Panduan penggunaan buku lembaran kerja Buku ini dapat digunakan sebagai panduan semasa aktiviti IMFree dalam PPDa merentasi kurikulum dan pelan pengajaran sebagai panduan bersama dalam pelaksanaan program. Guru dapat menggunakan aktiviti-aktiviti dalam buku ini untuk membantu mengukuhkan pemahaman kanak-kanak mengenai bahaya tabiat merokok dan asap rokok dalam program pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah (IMFree). Kandungan buku lembaran kerja Buku ini mengandungi perkara-perkara berikut : a. Objektif pembelajaran b. Topik utama bagi skop c. Subtopik 1
Buku Lembaran Kerja IMFree OBJEKTIF PEMBELAJARAN Murid Tahun 1 memahami akan bahaya tabiat merokok. TOPIK UTAMA BAGI SKOP 1. Kenali Rokok 2. Kandungan Racun Dalam Rokok 3. Rokok Merosakkan Tubuh Badan SUB TOPIK : 1. Kenali Rokok • Apa itu Rokok? • Perokok Pasif 2. Kandungan Racun Dalam Rokok • Jenis-jenis Racun 3. Rokok Merosakkan Tubuh Badan • Bahaya Rokok Kepada Tubuh Badan • Faedah Tidak Merokok 2 BAHAN BANTU MENGAJAR IMFree BAGI MURID TAHUN 1
Buku Lembaran Kerja IMFree • Siapa itu Perokok? • Rokok sangat berbahaya. • Rokok menyebabkan ketagihan • Rokok membazirkan wang 3 MELALUI BAHAN BANTU MENGAJAR INI MURID AKAN DIDEDAHKAN DENGAN SEGALA MAKLUMAT BERKENAAN DENGAN ROKOK SEPERTI : Skop 1 APA ITU ROKOK?
Buku Lembaran Kerja IMFree LAMPIRAN BAHAN BANTU MENGAJAR IMFree BAGI MURID TAHUN 1 4
5 Buku Lembaran Kerja IMFree Objektif : Pendedahan awal kepada murid sekolah mengenai rokok / jenis rokok. Panduan : Menggunakan Kad Imbasan yang terdapat gambar rokok. Masa : 15 minit Sumber : Kad Imbasan Tempat : Di dalam kelas atau di luar kelas KAD IMBASAN 1 (Racun Dalam Rokok)
6 Buku Lembaran Kerja IMFree Asap Kereta 1. Racun dalam asap kereta juga terkandung di dalam asap rokok . 2. Namanya ialah gas Karbon Monoksida. 3. Kesan kepada kesihatan : • Beracun apabila dihidu • Boleh menyebabkan kematian 4. Elakkan menghidu asap rokok kerana ia mengandungi gas Karbon Monoksida yang berbahaya. Racun Anai-anai 1. Bahan kimia di dalam rokok juga sama dengan bahan kimia yang digunakan untuk membuat racun anai - anai. 2. Ia juga berbahaya kepada tubuh manusia. Ubat Gegat 1. Berbentuk biji yang mengandungi bahan kimia yang dinamakan naftalin. 2. Racun dalam ubat gegat juga terkandung di dalam asap rokok . 3. Ia boleh menyebabkan kegagalan sistem penghadaman dan sistem saraf pusat pada tubuh manusia. Pencuci Lantai (Ammonia) 1. Cecair pencuci lantai yang digunakan untuk membersihkan lantai mengandungi bahan kimia beracun yang dikenali sebagai ammonia. 2. Ia juga berbahaya dan sangat beracun kepada tubuh manusia. 3. Kandungan ammonia juga terdapat di dalam asap rokok dan sebab itulah kita mesti mengelakkan diri daripada menyedut atau menghidu asap rokok. Tar (bahan untuk membuat jalan raya) 1. Tar yang ada dalam rokok sama seperti tar yang digunakan untuk membuat jalan raya. 2. Tar mempunyai bahan kimia beracun yang boleh menyebabkan kanser. 3. Tar yang ada di dalam rokok juga jika dihisap akan memberikan kesan yang tidak baik kepada tubuh kita. Keterangan Keterangan Keterangan Keterangan Keterangan
7 Buku Lembaran Kerja IMFree MARI MEWARNA Skop : Apa Itu Rokok? Tajuk : Ayah, Jangan Hisap Rokok Di hadapan Saya Aktiviti : Mewarna gambar yang menunjukkan langkah pencegahan menjauhkan diri daripada perokok. Masa : 30 minit Tahun : 1 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat : i. Menyatakan bahaya menghisap rokok kepada kesihatan dan kehidupan. Isi : i. Merokok menyebabkan penyakit. ii. Asap rokok menyebabkan pencemaran. iii. Asap rokok berbahaya kepada bayi dan kanak-kanak. v. Merokok membazirkan wang. Langkah Pelaksanaan : 1. Guru mengedarkan kertas bergambar yang bertajuk “Ayah, Jangan hisap rokok di hadapan saya”dan menerangkan tentang aktiviti. 2. Murid mewarna bahagian-bahagian gambar tersebut. 3. Soal jawab tentang asap rokok pasif. 4. Guru merumuskan kesan bahaya merokok kepada kesihatan dan kehidupan.
8 Buku Lembaran Kerja IMFree MARI MEWARNA S1 MM1
9 Buku Lembaran Kerja IMFree AKTIVITI SUAI PADAN 1 Tajuk : Kandungan Racun dalam Rokok Aktiviti : Suai padan perkataan dengan gambar Masa : 30 minit Tahun : 1 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan pelbagai jenis racun yang terdapat di dalam rokok. Isi : Rokok mengandungi racun yang berikut : • Ubat gegat • Pencuci lantai • Racun anai-anai • Ubat nyamuk Langkah : 1. Guru menerangkan tentang aktiviti. 2. Murid melakukan suai padan kepada setiap perkataan dengan gambar. 3. Soal jawab tentang kandungan bahan di dalam rokok. 4. Guru merumuskan jenis-jenis racun dalam rokok yang boleh menjejaskan kesihatan dan kehidupan.
10 Buku Lembaran Kerja IMFree Nama:_________________________ Kelas: __________________ Suaikan racun yang terkandung dalam rokok Racun anai-anai Ubat nyamuk Ubat gegat Pencuci lantai S1 SP1
Buku Lembaran Kerja IMFree MENGAPA MEROKOK? • Tidak tahu merokok adalah berbahaya. • Terpengaruh dengan promosi jualan rokok yang menarik. • Pengaruh daripada orang lain yang merokok. 11 Skop 2
12 Buku Lembaran Kerja IMFree LAMPIRAN BAHAN BANTU MENGAJAR IMFree BAGI MURID TAHUN 1
13 Buku Lembaran Kerja IMFree TAYANGAN VIDEO “JANGAN MULAKAN” Skop : Mengapa Merokok Tajuk : Jangan Mulakan Aktiviti : Tayangan video Masa : 15 minit Tahun : 1 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat : i. Mengetahui bahaya merokok dan asap rokok pada diri dan orang lain. ii. Mengetahui merokok sangat berbahaya. iii. Mengelak daripada terpengaruh dengan tabiat buruk merokok. Isi: i. Merokok menyebabkan penyakit. ii. Asap rokok menyebabkan pencemaran. iii. Tidak cuba meniru perlakuan merokok orang dewasa. Langkah Pelaksanaan : 1. Guru menayangkan video “Jangan Mulakan” berdurasi 3 minit kepada murid. 2. Soal jawab tentang tayangan video serta kefahaman murid terhadap mesej video yang ditayangkan. 3. Guru merumuskan kesan bahaya merokok kepada kesihatan dan kehidupan.
14 Buku Lembaran Kerja IMFree PAPAN CERITA VIDEO “JANGAN MULAKAN”
15 Buku Lembaran Kerja IMFree PAPAN CERITA VIDEO “JANGAN MULAKAN” (SAMBUNGAN)
16 Buku Lembaran Kerja IMFree SAMBUNG TITIK BERNOMBOR DAN MEWARNA Objektif : • Mengenali simbol larangan merokok • Memahami dan mematuhi maksud dalam simbol lambang rokok Sumber : Lembaran Kerja, Pensel, Warna, Maklumat Sokongan Fasilitator. Masa : 30 Minit Tempat : Semasa program transisi tahun 1, Minggu PPDA, bahan pengajaran guru dalam mata pelajaran matematik/seni visual. Panduan Pelaksanaan : 1. Beri murid helaian yang mengandungi gambar tidak merokok. 2. Minta murid sambung titik dan mewarna. 3. Minta murid menerangkan mengenai gambar. 4. Guru membuat penerangan dan kesimpulan.
17 Buku Lembaran Kerja IMFree SAMBUNG TITIK BERNOMBOR & MEWARNA S2 ST1
Buku Lembaran Kerja IMFree PEROKOK PASIF • Kita akan berdepan dengan risiko penyakit jika terdedah pada asap rokok. • Jangan hidu sebarang asap rokok. • Jauhkan diri daripada orang yang merokok. • Hidu asap rokok akan menyebabkan lelah / susah bernafas. 18 Skop 3
19 Buku Lembaran Kerja IMFree LAMPIRAN BAHAN BANTU MENGAJAR IMFree BAGI MURID TAHUN 1
Buku Lembaran Kerja IMFree KAD IMBASAN 2 (Asap Rokok Pasif) Objektif : Pendedahan awal kepada murid sekolah mengenai rokok/ jenis rokok. Panduan : Menggunakan Kad Imbasan yang terdapat gambar rokok. Masa : 15 minit Sumber : Kad Imbasan Tempat : Di dalam kelas atau di luar kelas 20
21 Buku Lembaran Kerja IMFree Keterangan Keterangan Kesan asap rokok pasif kepada orang sekeliling 1. Asap rokok memberi kesan buruk kepada orang sekeliling terutama ahli keluarga. Kesan asap rokok pasif kepada ibu yang mengandung 1. Ibu mengandung yang terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkan kelahiran anak yang : • Tidak cukup bulan. • Kurang berat badan. • Mati selepas kelahiran. Keterangan Kesan asap rokok pasif kepada kanakkanak 1. Kanak - kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh : • Sakit dengan mengalami batuk, selesema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak. • Mengalami asma. • Mengalami masalah dalam perkembangan paru - paru. Tindakan mencegah asap rokok pasif : Jauhi diri daripada perokok 1. Menjauhkan diri daripada orang yang sedang merokok. Keterangan
22 Buku Lembaran Kerja IMFree Tindakan mencegah asap rokok pasif : Tidak menghidu asap rokok 1. Menutup hidung Keterangan Tindakan mencegah asap rokok pasif : Menegur perokok / memberi mesej kepada perokok supaya tidak merokok kerana asap rokok mengancam kesihatan orang lain. 1. Menggunakan simbol “Katakan Tidak Kepada Asap Rokok Pasif/ Sign of Time” Keterangan
23 Buku Lembaran Kerja IMFree TAYANGAN VIDEO ANIMASI “ ASAP ROKOK SEKUNDER” (Second Hand Smoke) Skop : Perokok Pasif Tajuk : “Asap Rokok Sekunder” (Second Hand Smoke) Aktiviti : Tayangan video Masa : 15 minit Tahun : 1 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat : i. Mengetahui bahaya asap rokok kepada diri dan orang lain. ii. Mengetahui penyakit akibat asap rokok. iii. Mengetahui kesan merokok kepada tubuh badan manusia. iv. Mengekspresikan hak sebagai bukan perokok. Isi : i. Merokok menyebabkan penyakit. ii. Pendedahan kepada asap rokok boleh mengundang penyakit berbahaya. iii. Kesan rokok kepada tubuh badan seperti paru-paru. Langkah Pelaksanaan : 1. Guru menayangkan video “Asap Rokok Sekunder” (Second Hand Smoke) berdurasi 15 minit kepada murid. 2. Soal jawab tentang tayangan video serta kefahaman murid terhadap mesej video yang ditayangkan. 3. Guru merumuskan kesan bahaya merokok kepada kesihatan dan kehidupan.
24 Buku Lembaran Kerja IMFree PAPAN CERITA VIDEO ANIMASI “ ASAP ROKOK SEKUNDER ”
25 Buku Lembaran Kerja IMFree PAPAN CERITA VIDEO ANIMASI “ ASAP ROKOK SEKUNDER ” (SAMBUNGAN)
26 Buku Lembaran Kerja IMFree TAYANGAN VIDEO ANIMASI “ASAP ROKOK TERTIER” (Third Hand Smoke) Skop : Perokok Pasif Tajuk : “Asap Rokok Tertier” (Third Hand Smoke) Aktiviti : Tayangan video Masa : 15 minit Tahun : 1 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat : i. Mengetahui “Asap Rokok Tertier” (Third Hand Smoke)” bahaya kepada manusia. ii. Mengetahui bagaimana “Asap Rokok Tertier” (Third Hand Smoke)” terjadi. iii. Mengetahui tiada pendedahan yang selamat kepada asap rokok. Isi : i. Asap rokok berbahaya kepada kesihatan. ii. Partikel asap rokok sangat halus dan boleh memasuki rongga pernafasan yang paling kecil. Langkah Pelaksanaan : 1. Guru menayangkan video “Asap Rokok Tertier” (Third Hand Smoke) berdurasi 3 minit kepada murid. 2. Soal jawab tentang tayangan video serta kefahaman murid terhadap mesej video yang ditayangkan. 3. Guru merumuskan kesan bahaya merokok kepada kesihatan dan kehidupan.
27 Buku Lembaran Kerja IMFree PAPAN CERITA VIDEO ANIMASI “ASAP ROKOK TERTIER”
Buku Lembaran Kerja IMFree AKTIVITI SUAI PADAN 2 Tajuk : Kesan Merokok Terhadap Kesihatan Aktiviti : Suai padan gambar aktiviti merokok dengan gambar kesan merokok. Masa : 10 minit Tahun : 1 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat : i. Menyatakan bahaya menghisap rokok kepada kesihatan dan kehidupan. Isi : i. Merokok menyebabkan penyakit. ii. Asap rokok menyebabkan pencemaran. iii. Asap rokok berbahaya kepada bayi dan kanak-kanak. iv. Merokok membazirkan wang. Langkah : 1. Guru menerangkan tentang aktiviti. 2. Murid menyesuaikan setiap gambar aktiviti merokok dengan gambar kesan merokok. 3. Soal jawab tentang perbuatan merokok dan kesannya. 4. Guru merumuskan kesan berbahaya merokok terhadap kesihatan dan kehidupan. 28
29 Buku Lembaran Kerja IMFree S3 SP2 SEKOLAH RUMAH Suaikan gambar dengan gambar tentang aktiviti merokok dan kesannya. okok sa rokok asi erokok embair ang iarang erokok enutu idung eabisan ang atuk atu sakit Sekoa
Buku Lembaran Kerja IMFree MARI MEWARNA Skop : Perokok Pasif Tajuk : Asap Rokok Pasif Aktiviti : Mewarna gambar yang menunjukkan langkah pencegahan menjauhkan diri daripada perokok. Masa : 30 minit Tahun : 1 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat : i. Menyatakan bahaya menghisap rokok kepada kesihatan dan kehidupan. Isi : i. Merokok menyebabkan penyakit. ii. Asap rokok menyebabkan pencemaran. iii.Asap rokok berbahaya kepada bayi dan kanak-kanak. iv.Merokok membazirkan wang. Langkah Pelaksanaan : 1. Guru mengedarkan kertas bergambar yang bertajuk “Jauhi diri anda daripada asap rokok” atau ”Saya benci rokok” dan menerangkan tentang aktiviti. 2. Murid mewarna bahagian-bahagian gambar tersebut. 3. Soal jawab tentang asap rokok pasif. 4. Guru merumuskan kesan bahaya merokok kepada kesihatan dan kehidupan. 30
Buku Lembaran Kerja IMFree MARI MEWARNA 31 S3 MM2
Buku Lembaran Kerja IMFree MARI MEWARNA 32 S3 MM3
Buku Lembaran Kerja IMFree KANDUNGAN RACUN DALAM ROKOK • Ubat gegat • Pencuci lantai • Racun anai-anai • Ubat nyamuk Skop 4 33
Buku Lembaran Kerja IMFree LAMPIRAN BAHAN BANTU MENGAJAR IMFree BAGI MURID TAHUN 1 34
Buku Lembaran Kerja IMFree TAYANGAN VIDEO ANIMASI “RACUN DALAM SEBATANG ROKOK” Skop : Kandungan Racun Dalam Rokok Tajuk : Racun Dalam Sebatang Rokok Aktiviti : Tayangan video Masa : 15 minit Tahun : 1 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat : i. Mengetahui sekurang-kurangnya empat jenis racun dalam rokok. ii. Memahami racun rokok berbahaya kepada kesihatan. Isi : i. Murid diberi pendedahan tentang kandungan racun dalam rokok. ii. Kandungan racun yang terdapat dalam rokok seperti asap kereta, ubat gegat, pencuci lantai dan tar. Langkah Pelaksanaan : 1.Guru menayangkan video animasi “Racun Dalam Sebatang Rokok” berdurasi 3 minit kepada murid. 2.Soal jawab tentang tayangan video serta kefahaman murid terhadap mesej video yang ditayangkan. 3.Guru merumuskan kesan bahaya merokok kepada kesihatan dan kehidupan. 35
Buku Lembaran Kerja IMFree PAPAN CERITA VIDEO ANIMASI “RACUN DALAM SEBATANG ROKOK” 36
37 Buku Lembaran Kerja IMFree PAPAN CERITA VIDEO ANIMASI “RACUN DALAM SEBATANG ROKOK” (SAMBUNGAN)
Buku Lembaran Kerja IMFree AKTIVITI SUAI PADAN 1 Tajuk : Kandungan Racun dalam Rokok Aktiviti : Suai padan perkataan dengan gambar Masa : 15 minit Tahun : 1 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan pelbagai jenis racun yang terdapat di dalam rokok. Isi : Rokok mengandungi racun yang berikut : • Ubat gegat • Pencuci lantai • Racun anai-anai • Ubat nyamuk Langkah : 1. Guru menerangkan tentang aktiviti. 2. Murid melakukan suai padan kepada setiap perkataan dengan gambar. 3. Soal jawab tentang kandungan bahan di dalam rokok. 4. Guru merumuskan jenis-jenis racun di dalam rokok yang boleh menjejaskan kesihatan dan kehidupan. 38
39 Buku Lembaran Kerja IMFree Nama:_________________________ Kelas: __________________ Namakan jenis-jenis racun yang terkandung di dalam rokok. Racun anai-anai Ubat gegat Pencuci lantai Ubat nyamuk S4 SP3
Buku Lembaran Kerja IMFree • Nafas berbau • Pakaian dan rambut busuk • Gigi dan jari menjadi kuning • Mata kemerah-merahan • Ketagihan • Mengantuk Skop 5 40 BAHAYA ROKOK KEPADA TUBUH BADAN
41 Buku Lembaran Kerja IMFree LAMPIRAN BAHAN BANTU MENGAJAR IMFree BAGI MURID TAHUN 1
42 Buku Lembaran Kerja IMFree KOMIK “SANG KANCIL YANG CERDIK” Skop : Bahaya Rokok Kepada Tubuh Badan Tajuk : Sang Kancil Yang Cerdik Aktiviti : Sesi penceritaan di dalam kelas Masa : 30 minit Tahun : 1 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat : i. Memahami bahaya merokok ii. Mengetahui kesan buruk merokok Isi : i. Murid diberi pendedahan tentang bahaya tabiat merokok. ii. Murid diberi pendedahan tentang kesan buruk merokok kepada tubuh badan manusia. Langkah Pelaksanaan : 1. Guru mengadakan sesi bercerita dengan murid. 2. Soal jawab tentang cerita yang diceritakan serta kefahaman murid terhadap mesej ceritayang hendak disampaikan. 3. Guru merumuskan kesan bahaya merokok kepada kesihatan dan kehidupan.
43 Buku Lembaran Kerja IMFree PAPAN CERITA KOMIK “SANG KANCIL YANG CERDIK”
44 Buku Lembaran Kerja IMFree PAPAN CERITA KOMIK “SANG KANCIL YANG CERDIK” (SAMBUNGAN)
45 Buku Lembaran Kerja IMFree AKTIVITI SUAI PADAN 2 Tajuk : Kesan Merokok Terhadap Kesihatan Aktiviti : Suai padan gambar aktiviti merokok dengan gambar kesan merokok. Masa : 10 minit Tahun : 1 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat : i. Menyatakan bahaya menghisap rokok kepada kesihatan dan kehidupan. Isi : • Merokok menyebabkan penyakit. • Asap rokok menyebabkan pencemaran. • Asap rokok berbahaya kepada bayi dan kanak-kanak. • Merokok membazirkan wang. Langkah : 1. Guru menerangkan tentang aktiviti. 2. Murid menyuaipadan setiap gambar aktiviti merokok dengan gambar kesan merokok. 3. Soal jawab tentang tabiat merokok dan kesannya. 4. Guru merumuskan kesan berbahaya merokok terhadap kesihatan dan kehidupan.