The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by oneanisham2308, 2018-12-29 11:46:45

MINIT MESYUARAT HEM BIL 4/2018

MINIT HEM 4 2018

1

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID BIL 4 /2018

TARIKH : 14 NOVEMBER 2018

HARI : Rabu

TEMPAT : Bilik Mesyuarat SKHK

MASA : 1.15petang

KEHADIRAN:

PENGERUSI: EN WAN ANISHAM B WAN ISHAK (PK HEM)

AHLI-AHLI:

PN SITI ZAWIYAH HAMID ( Setiausaha)

PN NOR NANIZA MOHAMED RASHID (Lawatan)

PN SITI ZUBAIDAH BINTI ZAKARIA (B &K /Guru Penyayang)

EN MUHAMAD HAFIZ BIN SUHAIMI (Disiplin dan Pengawas)

EN SARMIZAN BINTI SAAD (Perhimpunan)

CIK MADIHAH BINTI MAHMOOD (APDM)

EN NASRUL HAFIZ B ZAKARIA ( PPDa)

PN RUSMANI BT ABDUL RASHID (Bantuan & Kebajikan murid)

PN FAIZATUL AKMAL B ABDUL GHANI (SPBT)

PN AYUNI BT ABDUL KHALIL (PSS/RMT)

PN JULAILA BT ANDUL MANAN (Kantin)

EN MANSOR B KARIYA (3K)

2

1: PERUTUSAN UCAPAN PENGERUSI
1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir pada

mesyuarat HEM kali ke 4.
2. Pengerusi mengucapkan terima kasih dan memohon kerjasama dari semua

unit HEM agar bersama berganding bahu memikul tanggungjawab hingga
membuatkan pengurusan setiap unit dalam HEM berjalan lancar dan baik.

II. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT YANG LALU
3. Setiausaha membentangkan minit mesyuarat Induk HEM bil 3/ 2018
4. Encik Mansor b Kariya mencadangkan minit tersebut disahkan
5. Disokong oleh Puan Nor Naniza bt Mohamed Rashid.

III. LAPORAN UNIT HEM
6. UNIT JAWATANKUASA KESELAMATAN, KECERIAAN DAN KESIHATAN 3K
i. Pengerusi meminta guru-guru mengingatkan murid tentang bahaya haiwan berbisa
seperti ular. Pihak pekerja kebersihan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan
menabur belerang di kawasan yang disyaki didiami ular.

ii. Murid-murid juga perlu diingatkan supaya tidak bermain di padang sekolah kerana
rumput panjang.Guru-guru PendidikanJasmani diminta mengajar murid di dewan
terbuka dan padang serbaguna.

7. UNIT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN RMT
i.Jumlah terkini murid RMT seramai 52 orang.

ii.Setiausaha mencadangkan makanan untuk murid RMT disediakan dalam bekas
compartment.

5.UNIT JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
i.Setiausaha memaklumkan bahawa masih belum mencukupi untuk Tahun 1 Fathonah
iaitu sebanyak 26 set. Manakala buku aktiviti yang belum mencukupi ialah Buku Bahasa
Malaysia, Agama Islam dan Bahasa Arab.

3

6. UNIT JAWATANKUASA KANTIN
i.Pengerusi memaklumkan kontrak penguasaha kantin disambung setahun lagi.
ii.Terdapat rungutan dari guru tentang makanan guru dan murid yang tidak mencukupi.
Alatan yang digunakan juga kurang bersih.

7. UNIT JAWATANKUASA APLIKASI PANGKALAN DATA MURID
i.Setiausaha meminta guru kelas mengemaskini data murid dalam APDM.

8. UNIT JAWATANKUASA KEBAJIKAN MURID(KWAMP)
i Senarai terkini penerima KWAMP ialah 73 orang.
ii.Pemantauan untuk KWAMP sedang dijalankan. Ajk dan kerani yang terlibat diminta
menyediakan maklumat yang berkenaan untuk murid yang layak

9.UNIT JAWATANKUASA DISIPLIN DAN PENGAWAS
i. Badan pengawas dan disipilin bersama Pusat sumber sekolah dan Pembimbing
Rakan Sebaya telah bejaya berjaya menganjurkan Majlis Jamuan Akhir Tahun dan
penympaian Sijil penyampaian sijil pengawas di Htel Sri Malaysa.

10. UNIT JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING.
i. Sifar ponteng dengan memberi penghargaan kepada murid yang hadir ke sekolah
penuh sehingga Jun. Ganjaran berbentuk sijil dan Batch telah diberiakan kepada murid
yang layak.

ii. Majlis Sambutan Hari Jadi telah selesai disambut pada tahun ini.

iii. Sijil Pelaporan Psikometrik untuk tahun 6 akan diberikan kepada murid tahun 6.Sijil
ini merupakan sebahagian dari salah satu komponen penting dalam menilai tahap
pencapaian murid yang diberikan bersama slip keputusan UPSR.

11. UNIT JAWATANKUASA LAWATAN
i. Setiusaha memaklumkan beberapa siri lawatan telah diadakan semasa peperiksaan
UPSR bagi murid Tahun 1 hingga 5. Tempat lawatan yang d ialah sekitar bandar Alor
setar dan Pusat Sains Negara bagi murid tahun 1 hingga 3. Bayaran yang dikenakan
sebanyak rm 15. Manakala murid tahun 4 dan 5 telah melawat MnM Home Whimsical
Houses ( Rumah Terbalik Changlun).

4

12. UNIT JAWATANKUASA PERHIMPUNAN
i. PA Sistem yang rosak akan dibaiki oleh Sir Cheah Saw Fong.

ii.Pengumunan dan azan akan menggunakan pembesar suara.

iii.Guru bertugas mingguan perlu mengisi buku Rekod Mingguan.

13. UNIT JAWATANKUASA JAWATANKUASA PPDA
i.Buku Rekod Penggunaan untuk wakaf PPDA perlu disediakan untuk pelawat merekod
semasa lawatan.

ii.Guru Bahasa Melayu dan Sejarah digalakkan membawa murid melawat Wakaf PPDA
semasa waktu pengajaran dan pembelajaran.

14. HAL-HAL LAIN
i Semua setiausaha unit HEM perlu mengemaskini fail unit masing-masing kerana akan
ada pemantauan dari PPD bila-bila masa.

ii. Semua setiausaha unit HEM perlu mengemaskini fail unit masing-masing .

iii. Guru-guru kelas perlu menghantar Buku Rekod Kehadiran yang telah dikemaskini
sehingga bulan November untuk ditempatkan di pejabat.

iv. Guru Kelas perlu mengemaskini Rekod Peibadi Murid ,Rekod Prestasi Murid dan
Kad Kesihatan kelas masing-masing.Rekod yang siap perlu diletakkan di rak dalam bilik
Penolong Kanan Hem.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang. Disemak oleh:
…………………
Disediakan oleh:

……………….
Setiausaha HEM

5


Click to View FlipBook Version