FATIHAH O.K ATAU K.O?
75 KESALAHAN POPULAR BACAAN FATIHAH
yang sering berlaku ketika solat.
Oleh : Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz
© 2011 Mohammad Asraff Ayob
Hakcipta Terpelihara
Versi 1.0
PERHATIAN
Ebook ini diberikan PERCUMA dengan pembelian
3 DVD Pakej Fatihah Terunggul.
Untuk mendapatkannya, layari : www.fatihahterunggul.com
Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang/menyebarkan mana-
mana bahagian isi kandungan daripada ebook ini termasuk artikel, ilustrasi dan
gambar dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik,
rakaman, cetakan, elektronik atau apa jua cara lain tanpa terlebih dahulu
mendapat izin bertulis dari MOHAMMAD ASRAFF AYOB.
Buktikan kecintaan dan kejujuran anda kepada Islam dengan memiliki mutiara
ilmu dari ebook ini dengan cara yang dihormati dan halal. Jika anda dengan
sengaja meniru, memperbanyakkan, mengedar, menjual atau melakukan cara-cara
yang menafikan hak penerbit, ia akan mengakibatkan ilmu serta integriti anda akan
dipertanggungjawabkan di hadapan Allah ‘Azza Wa Jalla nanti.
Surah Al-Fatihah
“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh
ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Qur’an yang
agung” (Surah Hijr : 87)
Dedikasi [m.s 1]
Bab 1 : Benarkah bacaaan Fatihah anda banyak kesilapan? [m.s 2]
2 sebab ebook ini wajib anda miliki. [m.s 3]
Mengapa Fatihah dlaam solat penting? [m.s 4]
Masalah bacaan orang kita. [m.s 6]
Bab 2 : 'Lahnun Jaliy' & 'Lahnun Khofi' : kesalahan yang mana satu? [m.s 8]
Tajwid, kesalahan dan perinciannya [m.s 8]
Pembahagian kesalahan dalam bacaan Al-Quran [m.s 10]
Bab 3 : 24 ’Lahun Jaliy’ (kesalahan besar) bacaan Fatihah [m.s 13]
Ayat 1 [m.s 13] Ayat 2 [m.s 16]
Ayat 3 [m.s 17] Ayat 4 [m.s 19]
Ayat 5 [m.s 20] Ayat 6 [m.s 21]
Ayat 7 [m.s 23]
Bab 4 : 51 ’Lahun Khofiy’ (kesalahan kecil) bacaan Fatihah [m.s 27]
Ayat 1 [m.s 27] Ayat 2 [m.s 32]
Ayat 3 [m.s 36] Ayat 4 [m.s 38]
Ayat 5 [m.s 40] Ayat 6 [m.s 43]
Ayat 7 [m.s 46]
Bab 5 : Penutup yang bakal membuka pembelajaran baru... [m.s 54]
Istimewa buat anda….. [m.s 56]
Allah ‘Azza Wa Jalla
Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti
Nabi Muhammad S.A.W
Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya
Ayahanda dan bonda
Keranamu berdua angah pergi sejauh ini
Isteriku tercinta, Siti Ujila
Bidadari yang comel & ceria
Si kecil-comel Aliya Altafunnisa
Senyuman & tawa-nakalmu memberikan kekuatan
Tuan Guru, Ulama, Ustaz, Ustazah, Cikgu
Di atas curahan ilmu dan pedoman
Dan,
Para pembaca ebook ini.
Jutaan terima kasih atas perkongsian anda.
1
Assalamualaikum w.b.h.
Para pembaca yang dihormati,
Menyentuh tentang solat, kita semua sedia maklum akan kepentingannya.
Selain untuk menyerlahkan perasaan bertuhan serta melahirkan ekspresi ‘jiwa hamba’
kepada Allah Azza Wa Jalla, solat juga merupakan wasilah serta kaedah terbaik untuk
kita ‘berkomunikasi’ denganNya. Melaluinya,
kita boleh merintih kepada Tuhan, mengadu, Melaluinya, kita
memohon taubat bahkan meminta agar boleh merintih kepada
motivasi hidup sentiasa ‘tip-top’.
Tuhan, mengadu,
Junjungan besar kita, Rasulullah S.A.W amat memohon taubat
mengerti dan ‘pakar’ dalam hal ini. Disebabkan bahkan meminta agar
itulah, Baginda S.A.W mewajibkan solat malam motivasi hidup
sentiasa ‘tip-top’.
kepada dirinya kerana Baginda sangat arif,
dakwah ‘almost impossible’ yang sedang
dipikul mudah sahaja bertukar kepada ‘bisa diatur’ jika ‘bateri’ kekuatan dalamannya
dicas dengan solat malam setiap hari.
Melihat kepada kepentingannya, tidak hairanlah solat menduduki tangga
kedua dalam senarai 5 rukun islam.
Walaubagaimapun, disebalik keinginan untuk mencapai ‘solat sempurna’
seperti Rasulullah, sesetengah kita banyak menghabiskan tumpuan serta berbeza
pendapat kepada khilaf kecil dalam permasalahan solat seperti :
silang tangan : letak di perut, pusat atau dada? 2
gerakan jari ketika tasyahud : sekali, dua kali atau berkali-kali?
Qunut solat subuh : sunat atau tidak?
masalah isbal, adakah ia haram, makruh atau tidak digalakkan saja?
Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com
Para ulama telah menulis berpuluh-puluh kitab menghuraikan panjang-lebar
hukumnya berdasarkan mazhab/ kefahaman & teknik istinbat hukum yang boleh
dikeluarkan dari nas/hadis. Saya tidak akan memperincikannya disini. Terpulang
kepada pembaca untuk mengikuti pendapat mana yang lebih disukai.
Tetapi dalam banyak-banyak ragam pendapat tersebut, kita barangkali terlepas
pandang satu perkara yang lebih besar dari itu, iaitu setepat mana bacaan Al-Fatihah
dalam solat? Bagi saya, perkara ini lebih besar dari perbalahan silang tangan, gerakan
jari tasyahud awal & qunut kerana ia melibatkan perkara pokok, iaitu 13 Rukun Solat.
Dan tahukah anda, lebih ramai diluar sana bacaan Al-Fatihahnya ‘lintang-
pukang’ tajwid, makhraj serta sebutannya?
2 SEBAB E-BOOK INI WAJIB ANDA MILIKI.
Ebook ini ditulis selepas saya mendapat ilham dari 2 situasi yang agak
memeranjatkan tentang tahap bacaan Al-Fatihah dalam masyarakat kita :
Situasi 1 :
Ketika mendirikan solat di sebuah surau di negeri xxx, saya hampir-
hampir ‘mufaraqah’ (keluar dari mengikuti imam’ kerana bacaan
Al-Fatihah imamnya sangat tidak teratur dengan kesalahan ‘Lahnun
Jaliy’ (kesalahan besar tajwid) disana-sini.
Berdasarkan bacaan tajwid imam yang sangat tidak teratur, saya tidak
dapat bayangkan, mengapa beliau masih dipilih menjadi imam. Adakah
ia bermaksud, memang sudah tidak ada orang lain yang lebih layak, atau
memang bacaan makmumnya lebih parah dari itu? Wallahu A’lam.
3
Situasi 2 :
Ustaz, nasib baik saya hadir ke kelas intensif hari ini…. Tak sangka ye,
banyak salah bacaan yang saya buat ketika jadi imam selama ini’….
Itulah diantara kata-kata yang masih saya ingati, diucapkan oleh seorang
imam masjid yang menghadiri Seminar Tahsin Al-Quran untuk para
imam dan bilal surau & masjid.
2 situasi di atas memperlihatkan
‘lompong besar’ dalam tahap bacaan Al-Fatihah Semua ini
sebilangan besar masyarakat kita. Panjang- membawa kita
pendek tidak sekata, makhraj huruf bertukar- kepada satu kesimpulan :
tukar, sebutan ‘ala melayu’ yang kurang fasih, bacaan Fatihah sebahagian
curi nafas, serta yang lebih mengharukan, kita sangat jauh dari bacaan
kadangkala baris pun boleh bertukar! sempurna yang Rasulullah
‘amal’kan!
Semua ini membawa kita kepada satu
kesimpulan : bacaan Fatihah sebahagian kita
sangat jauh dari bacaan sempurna yang Rasulullah ‘amal’kan!
Soalnya, mengapa kesempurnaan bacaan Al-Fatihah dalam solat amat penting?
MENGAPA FATIHAH DALAM SOLAT PENTING?
Jika diperhatikan, dalam solat, Surah Al-Fatihah merupakan satu-satunya surah
yang diwajibkan untuk dibaca dalam setiap rakaat sehingga ia termasuk dalam salah
satu dari 13 rukun solat. Ketika membacanya pula, ia hendaklah menurut tertib
mengikut susunan ayat yang betul serta tajwidnya hendaklah dijaga sesempurna
mungkin.
Soalnya, apakah maksud rukun? Rukun menurut kefahaman ulama, ia 4
‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com
adalah bahagian yang dengannya tertegaklah sesuatu. Rukun solat tidak boleh
ditinggalkan sama ada sengaja atau tidak. Jika ia dilakukan, solat anda dikira tidak sah
(batal).
Bagi saya, rukun juga bolehlah dianggap seperti tiang seri rumah. Bayangkan
apa bakal terjadi kepada banglo agam anda jika tiang serinya tercabut atau tidak
kukuh ‘foundation’nya? Hancur jawabnya banglo jutaan ringgit tersebut!
Begitulah juga dengan solat. Ia akan hancur, sia-sia dan tidak bermanfaat andai
13 ‘tiang seri’nya termasuk Fatihah tidak dijaga betul-betul. Disebabkan itulah,
Rasulullah s.a.w sejak awal-awal lagi memberikan pesanan yang agak serius bila
bersangkutan dengan kepentingan bacaan Fatihah dengan bersabda :
ﻻ ﺻﻼة ﻟﻣن ﻟم ﯾﻘرأ ﺑﻔﺎﺗﺣﺔ اﻟﻛﺗﺎب
Maksudnya:
“Tiada solat bagi sesipa yg tidak membaca Al-Fatihah”.
(Riwayat Bukhari dari Ubadah bin As-Shomit)
Berdasarkan hadis ini dan hadis-hadis lain keutamaan Fatihah dalam solat,
jumhur ulama menyatakan bahawa Al-Fatihah merupakan salah satu rukun dan fardhu
dalam solat melainkan Mazhab Hanafi yang hanya menyatakan ia hanya wajib sahaja
bukannya rukun (menurut kaedah mereka yang membezakan definisi wajib serta
fardhu). (Fahul Bari 2/486/487, Fiqh Islami 1/648)
Berdasarkan kefahaman tersebut, kita bergerak kepada persoalan kedua :
apakah implikasinya jika kita tidak membaca Al-fatihah menurut tajwidnya yang
betul?
Persoalan ini telah dibahaskan para ulama dengan panjang-lebar dan mereka
telah mengeluarkan satu kesimpulan : tidak sah solat seorang yang membaca Fatihah
tetapi masih terdapat di dalamnya kesalahan besar yang boleh mencacatkan makna
5
Fatihah tersebut. Di antara kesalahannya ialah tidak menyebut huruf dengan makhraj
yang betul, menukar baris atau meninggalkan mana –mana tasydid dlm fatihah serta
lain-lain (Mughni Muhtaj 1/327).
MASALAH BACAAN ORANG KITA.
Penerangan di atas memberikan kita satu kesimpulan yang sangat terang lagi
bersuluh, bahawa membaca Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat. Apabila cacat
bacaannya maka rosaklah solat tersebut.
Berdasarkan pengalaman saya mengajar ...membaca
Al-Quran kepada masyarakat kita, ia telah Al-Fatihah adalah satu
mendedahkan satu perkara yang agak rukun dalam solat. Apabila
mengejutkan iaitu : bacaan Fatihah orang kita cacat bacaannya maka
sangat longgar dan ‘rapuh’. rosaklah solat tersebut.
Banyak kesalahan besar kadangkala dilanggar serta kesalahan kecil tidak dijaga.
Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana seperti yang dikatakan sebelum ini,
ia mengakibatkan masalah besar, iaitu solat yang tidak sah kerana salah satu
rukunnya pincang!.
Maka disebabkan itulah, ebook ini ditulis untuk membantu menutupi
kekurangan tersebut. Saya berharap, dengan pendedahan yang dikongsi, ia bakal
memberi kesedaran kepada kita semua supaya lebih memperkemaskan lagi bacaan
Fatihah. Kalaulah ia tidak dapat mencapai tahap kesempurnaan bacaan yang pernah
dialunkan Rasulullah suatu ketika dahulu, Kalau boleh, biarlah ia hampir setaraf
dengan bacaan para imam terkemuka seperti Imam Masjidil Haram dan sebagainya.
Saya akan cuba memperincikan bentuk kesalahan ‘Lahnun Jaliy’ (kesalahan 6
besar) dan ‘Lahnun Khofiy’ (kesalahan kecil) yang sering berlaku ketika membaca
Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com
Surah Fatihah dalam ebook ini. Semoga melaluinya, bacaan kita akan menjadi lebih
kemas serta teratur tajwid, makhraj serta fasohahnya.
Dan yang lebih utama, biarlah usaha kita meningkatkan kualiti bacaan Fatihah bakal
menjadi modal keikhlasan yang akan menyebabkan Allah menerima solat kita semua.
Amin, Ya Robbal A’lamiin.
7
Berbicara tentang teknik untuk mengenalpasti serta memperbetulkan kesalahan
dalam bacaan Al-Fatihah, tidak boleh tidak fikiran kita akan terarah kepada bentuk-
betuk kesalahan lazim seperti :
kurang panjang ‘mad’
dengung tak cukup sempurna
sebutan huruf ‘ala melayu’
dan sebagainya. Soalnya sekarang, adakah semua kesalahan tersebut, jika
dilakukan akan membatalkan solat secara automatik?, atau sudah ada pembahagian
serta kriteria yang boleh membezakan antara ‘salah kecil’ serta ‘salah besar’ yang
boleh membatalkan solat?
‘Salah kecil’ dan ‘salah besar’ dalam bacaan Al-Fatihah. Dari 2 premis inilah
perbincangan seterusnya bergerak.
TAJWID, KESALAHAN DAN PERINCIANNYA.
Ramai orang selalu bertanya saya : apakah dalil membaca Al-Quran secara
bertajwid?
Selalunya, saya akan membacakan kepada mereka 2 firman Allah ini :
1. Surah Al-Baqarah ayat 121.
...ِاﻟ ﱠذِﯾن َ آ َﺗَﯾْﻧَﺎھُم ُ اﻟ ْﻛِﺗَﺎب َ ﯾَﺗ ْﻠ ُوﻧَﮫُ ﺣ َ ق ﱠ ﺗِﻼ َ و َ ِﺗﮫ
‘Orang-orang yang telah kami (Allah) beri mereka al-kitab (al-Quran) lalu mereka 8
membacanya dengan bacaan yang sebenar-benarnya….’
Ketahui formula lebih mudah kuasai tajwid dengan Resam Uthmani - www.tajwidsupermudah.com
2. Surah Al-Muzammil ayat 4.
... ً و َ ر َ ﺗﱢل ِ اﻟ ْﻘ ُر ْ آ َن َ ﺗَر ْ ﺗِﯾﻼ
‘Dan bacalah al-Qur'an secara tartil……’
Kadang-kadang, sebelum sempat saya menjelaskan maksudnya, ada yang
mencelah ‘tapi ustaz, takda pun dalam ayat tu perkataan ‘tajwid’…. yang ada
perkataan ‘tartil’ je…’
‘Haaa…. disinilah kita kena kuasai bahasa arab secara mendalam, sebab
maksud perkataan ‘tartil’ menurut Saidina Ali r.a ialah - mentajwidkan (membaguskan
bacaan) huruf-hurufnya dan mengetahui tempat-tempat waqaf (berhentinya)’….. Saya
terus mem’bahas’kan jawapannya.
‘…Itu hujah para sahabat… para ulama tajwid Pokok-pangkalnya
pula seperti Syeikh Muhammad Thalhah Bilal ialah : tajwid Al-Quran
Manyar telah menerangkan makna "haqqa diwarisi dari Rasulullah
tilaawatih" dalam ayat Baqarah sebagai : S.A.W, lengkap dengan
membacanya secara tartil dan sesuai tajwid
sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi panjang--pendek-
Muhammad S.A.W….’ Saya menghabiskan dengung-qolqolah
penerangannya.
dan lain-lain
komponennya.
Pokok-pangkalnya ialah : tajwid Al-Quran diwarisi dari Rasulullah S.A.W,
lengkap dengan panjang--pendek-dengung-qolqolah dan lain-lain komponennya.
Itulah hakikat yang akan kita jumpai jika meneliti semua hadis-hadis yang
bersangkutan tentang teknik penerimaan Al-Quran dari Malaikat Jibril a.s kepada
Baginda S.A.W.
9
Mungkin terkesan dengan kepentingan membaca Al-Quran secara bertajwid,
seorang pakar Al-Quran & Qiraat terulung iaitu Imam Jazari telah mengarang
‘matan’ - semacam bait syair untuk menjelaskan perkara tersebut :
ُ و َ اﻷﺧ ْ ذ ُ ﺑـِﺎﻟﺗـ ﱠﺟ ْ وﯾدِ ﺣ َ ﺗـ ْمٌ ﻻز ِ م ُ ﻣَــن ﻟـ ﱠـم ْ ﯾُــﺟ َ و ﱢ دِ اﻟﻘ ُر ْ آن َ آﺛِـم
ﻷﻧـ ﱠـﮫُ ﺑ ِﮫِ اﻹ ِ ﻟـ َ ـﮫُ أﻧــ ْـز َ ﻻ و َ ھَـــﻛـ َذا ﻣِﻧ ْ ﮫُ إﻟـــﯾْﻧـ َﺎ و َ ﺻَﻼ
Pengambilan ( Pembacaan Al-Quran ) secara bertajwid adalah satu kemestian.
Berdosalah sesiapa yang tidak mengelokkan ( bacaan ) Al-Quran.
Kerana sesungguhnya ( Al-Quran ), Allah turunkan dengan bertajwid .
Dan begitulah ( Al-Quran ) daripadaNya sampai kepada kita.
PEMBAHAGIAN KESALAHAN BACAAN AL-QURAN.
Baiklah, sekarang kita bergerak kepada perbincangan seterusnya : apakah
kriteria ‘salah kecil’ dan ‘salah besar’ itu?
Dalam ilmu tajwid, para ulama secara umum telah memberi istilah khusus untuk
perkataan ‘salah’ iaitu istilah ‘Al-lahn’. Lahn ini pula dibahagikan kepada 2 bahagian di
mana darinya kita dapat menggolongkan bentuk-bentuk kesalahan yang terjadi pada
bacaan al-Qur'an.
1. LAHNUN JALIY (KESALAHAN BESAR)
Lahnun Jaliy adalah istilah yang diberikan kepada kesalahan bacaan Al-Quran
yang menyalahi kaedah tajwid serta bahasa arab khususnya i'rab sehingga boleh
mengubah maknanya. Ia dinamakan ‘Jaliy’ kerana kesalahan yang dilakukan amat
jelas dan mudah diketahui umum sama ada dari kalangan pakar Al-Quran atau orang
awam. Contoh bagi kesalahan ini seperti :
10
Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com
Menukar sebutan sesuatu huruf dengan sebutan huruf lain seperti : Huruf ()ع
pada kalimah ( اﻟ ْ)ﻌ َ ﻠ َﻣِﯾنdilafaz dengan bunyi huruf ( ) أ
Menukar baris.
Mengurangkan baris pada perkataan.
Menambah huruf pada bacaan.
Menukar kalimah dengan kalimah lain.
Mentasydidkan huruf yang tidak bertasydid.
Meringankan huruf yang bersabdu.
Haram hukumnya jika kita melakukan Haram hukumnya
kesalahan ini dengan sengaja. Malah, jika ia jika kita melakukan
berlaku dalam bacaan Al-Fatihah dalam solat, kesalahan Lahnun Jaliy
maka ia boleh mengakibatkan solatnya terbatal dengan sengaja. Malah,
atau tidak sah. jika ia berlaku dalam
bacaan Al-Fatihah dalam
2. LAHNUN KHOFI (KESALAHAN KECIL) solat, maka ia boleh
mengakibatkan
solatnya terbatal
atau tidak sah
Lahnun Khofi (yang bermaksud
tersembunyi) adalah istilah yang diberikan kepada kesalahan bacaan Al-Quran yang
menyalahi sebahagian kaedah tajwid namun tidak menyalahi kaedah bahasa arab. Ia
juga tidak mengubah harakat (baris) dan tidak pula mengubah makna perkataan,
seperti kesalahan pada bacaan izhar, ikhfa', iqlab, dan idgham. Contoh bagi
kesalahan ini seperti :
Tidak memanjangkan sesuatu harakat dengan kadar yang betul. Contohnya
kalimah َ اﻟﺿ ﱠ ﺎﻟ ﱢﯾنiaitu Mad Lazim Kalimi Muthaqqal yang sepatutnya dibaca dengan
kadar 6 harakat, tetapi dibaca dengan kadar yang tidak mencukupi.
Menipis apa yang wajib ditebalkan serta sebaliknya.
Para ulama menyatakan, walaupun hukum melakukan kesalahan ini dengan
11
sengaja adalah makruh, di mana implikasinya tidaklah sampai ke tahap membatalkan
solat, namun kualiti bacaannya jauh dari roh pembacaan Al-Quran yang
dikehendaki serta diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
Demikianlah secara ringkas, penerangan 2 jenis kesalahan dalam membaca
Al-Quran. Selepas ini kita akan masuk ke bab yang dinantikan iaitu - 24 ‘Lahnun
Jaliy’ (kesalahan besar) dan 51 ‘Lahnun Khofiy’ (kesalahan kecil) yang dilakukan pada
bacaan Al-Fatihah.
12
‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com
Perhatian :
Sebanyak 15 dari 24 kesalahan ini ada saya terangkan contoh bacaannya
secara praktikal dan terperinci dalam Pakej DVD FATIHAH TERUNGGUL.
Dalam ebook ini, kesalahan tersebut ditandakan dengan ayat (CONTOH
DALAM DVD).
Untuk mendapatkannya, sila layari : www.fatihahterunggul.com
AYAT 1
KESALAHAN 1 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )بpada kalimah ( ّ ﺑ ِﺳ ْ )م ِ ﷲ
JENIS KESALAHAN :
Sebutan huruf ( )بberbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut
‘Ismillah...’
BACAAN BETUL :
Sebutan dan bunyi huruf ( )بberbaris bawah tersebut hendaklah disebut dengan jelas
dan terang. Mungkin kesalahan ini lebih mudah terjadi jika kita membacanya secara
‘sirr’ (perlahan), dimana banyak lafaz kalimah tidak disebut secara jelas.
KESALAHAN 2 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )سpada kalimah ( ّ ﺑ ِﺳ ْ م) ِ ﷲ
JENIS KESALAHAN :
Sebutan huruf ( )سdisebut dengan tebal seakan-akan bunyi huruf ()ص. Malah, ia juga
kadangkala dibunyikan seperti bunyi huruf ()ث 13
BACAAN BETUL :
Sebutan dan bunyi huruf ( )سberbaris bawah tersebut hendaklah disebut dengan jelas
dengan mengeluarkan huruf ( )سdari makhrajnya yang tepat iaitu dengan cara
mendatarkan lidah, kemudian ia diletakkan dekatkan hujung lidah dengan belakang
gigi hadapan sebelah bawah.
Kemudian, pastikan sifat khusus yang membuatkan bunyinya lebih nipis iaitu sifat
Istifal dan Infitah didatangkan dengan sesempurna mungkin bagi membezakannya
dengan sifat khusus bunyi huruf ( )صyang lebih tebal iaitu sifat Istikla’ dan Itbaq. (Sila
rujuk buku tajwid untuk mengetahui perincian dan perbezaan sifat-sifat huruf ini).
KESALAHAN 3
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )هpada kalimah ( ّ )ﷲ
JENIS KESALAHAN :
Sebutan huruf ( )هdisebut seperti bunyi huruf ( )حpedas.
BACAAN BETUL :
Sebutan huruf ( )هdisebut seperti bunyi huruf ( )ح. Ia berlaku kerana makhraj (tempat
keluar huruf) kedua-dua huruf ini berhampiran, iaitu makhraj huruf Ha ( )هterletak di
hujung kerongkong (menyebabkan bunyinya agak ringan), sementara makhraj huruf
Ha pedas ( )حpula terletak di pertengahan kerongkong (bunyinya seperti kita
kepedasan kerana dinding kerongkong tempat keluar laluan suara akan disempitkan
ketika membunyikannya).
Pastikan bunyi huruf Ha ( )هtidak dibunyikan seperti bunyi huruf Ha pedas ()ح
14
Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com
KESALAHAN 4
KALIMAH/ HURUF :
2 huruf ( )رbersabdu pada kalimah (اﻟر ﱠ )ﺣ ْ ﻣـ َن ِ اﻟر ﱠ ﺣِﯾم
JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi sabdu huruf ( )رtersebut tidak didatangkan dengan sempurna.
BACAAN BETUL :
Sebutan dan bunyi huruf ( )رbersabdu perlu didatangkan dengan sempurna hingga
jelas perbezaan antara huruf ( )رbersabdu dengan huruf ( )رtidak bersabdu. Ini
kerana sebilangan kita, disebabkan ingin membacanya secara cepat, ia akan
menyebabkan bunyi sabdu tersebut tertinggal dan bunyi yang dikeluarkan
seolah-olah huruf ( )رtidak bersabdu sahaja.
KESALAHAN 5 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
2 huruf Ha Maftuhah ( )حpada kalimah (اﻟر ﱠ )ﺣ ْ ﻣـ َن ِ اﻟر ﱠ ﺣِﯾم
JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi Ha Maftuhah ( )حtersebut tidak didatangkan dengan sempurna
sehingga menebabkan bunyi seakan-akan bunyi huruf Ha Marbuthoh ()ه
BACAAN BETUL :
Huruf Ha Maftuhah ( )حsepatutnya dikeluarkan dari tengah kerongkong dan bukannya
dari pangkalnya. Kita perlu berhati-hati semasa menyebut huruf ( )حagar bunyinya
dapat dibezakan dengan sebutan Ha Marbuthoh ()ه
15
AYAT 2
KESALAHAN 6 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf Ha Maftuhah ( )حpada kalimah ( ُاﻟ ْ)ﺣ َ ﻣْ د
JENIS KESALAHAN :
Huruf Ha Maftuhah ( )حpada kalimah tersebut dilafaz dengan huruf Ha Marbuthoh ()ه
BACAAN BETUL :
Huruf Ha Maftuhah ( )حperlu disebut secara jelas pada makhrajnya iaitu dengan cara
menekankan suara pada pertengahan kerongkong. Suara yang keluar akan berbunyi
seakan-akan ketika kita kepedasan.
Bunyi huruf Ha Maftuhah ( )حjuga akan lebih jelas jika kita menyempitkan sedikit aliran
keluar udara pada pertengahan kerongkong. Ini berbeza dengan huruf Ha Marbuthoh
( )هdi mana udara akan keluar begitu sahaja ketika menyebutnya.
KESALAHAN 7
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )هpada kalimah ( ّ )
JENIS KESALAHAN :
Sebutan huruf ( )هdisebut seperti bunyi huruf ( )حpedas.
BACAAN BETUL :
Sebutan huruf ( )هdisebut seperti bunyi huruf ( )ح. Ia berlaku kerana makhraj (tempat
keluar huruf) kedua-dua huruf ini berhampiran, iaitu makhraj huruf Ha ( )هterletak di 16
Ketahui formula lebih mudah kuasai tajwid dengan Resam Uthmani - www.tajwidsupermudah.com
hujung kerongkong (menyebabkan bunyinya agak ringan), sementara makhraj huruf
Ha pedas ( )حpula terletak di pertengahan kerongkong (bunyinya seperti kita
kepedasan kerana dinding kerongkong tempat keluar laluan suara akan disempitkan
ketika membunyikannya).
Pastikan bunyi huruf Ha ( )هtidak dibunyikan seperti bunyi huruf Ha pedas ()ح
KESALAHAN 8 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )عpada kalimah (اﻟ ْ)ﻌ َﻠ َﻣِﯾن
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )عdilafaz dengan bunyi huruf ( ) أ
BACAAN BETUL :
Huruf ( )عpada kalimah tersebut perlu disebut dengan jelas pada makhrajnya iaitu
dengan cara menekankan suara pada pertengahan kerongkong.
Kesalahan yang selalu dilakukan ialah kita mengeluarkan bunyi huruf ( )عdari makhraj
huruf ( ) أiaitu dari pangkal kerongkong. Walaupun makhraj huruf ( )عdan makhraj
huruf ( ) أterletak bersebelahan iaitu pangkal dan pertengahan kerongkong, namun
bunyi serta sifatnya amat berbeza.
AYAT 3
KESALAHAN 9 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )رbersabdu pada kalimah ( ِ اﻟ)ر ﱠ ﺣﻣـن
17
JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi huruf ( )رtersebut disebut dengan bunyi huruf ()غ
BACAAN BETUL :
Bunyi huruf ( )رperlu disebut sesempurna mungkin dari makhrajnya iaitu dengan cara
menekan kawasan belakang hujung lidah ke gusi hadapan sebelah atas dengan
melengkungkannya sedikit.
Ia sangat berbeza dengan makhraj huruf ( )غyang keluar dengan cara menekankan
suara ke permulaan kerongkong. Untuk maklman juga, ia boleh terjadi disebabkan
masalah ‘pelat’ ketika menyebut huruf ( )ر.
KESALAHAN 10
KALIMAH/ HURUF :
2 huruf ( )رbersabdu pada kalimah (اﻟر ﱠ )ﺣ ْ ﻣـ َن ِ اﻟر ﱠ ﺣِﯾم
JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi sabdu huruf ( )رtersebut tidak didatangkan dengan sempurna.
BACAAN BETUL :
Sebutan & bunyi huruf ( )رbersabdu perlu didatangkan dengan sempurna hingga jelas
perbezaan antara bunyi huruf ( )رbersabdu dengan ( )رtidak bersabdu. Ini kerana
disebabkan kita cuba membacanya secara cepat, ia akan menyebabkan bunyi sabdu
tersebut tertinggal dan bunyi yang dikeluarkan seolah-olah ( )رtidak bersabdu sahaja.
KESALAHAN 11 18
KALIMAH/ HURUF :
2 huruf Ha Maftuhah ( )حpada kalimah (اﻟر ﱠ )ﺣ ْ ﻣـ َن ِ اﻟر ﱠ ﺣِﯾم
Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com
JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi Ha Maftuhah ( )حtersebut tidak didatangkan dengan sempurna
sehingga menebabkan bunyi seakan-akan bunyi huruf Ha Marbuthoh ()ه
BACAAN BETUL :
Huruf Ha Maftuhah ( )حsepatutnya dikeluarkan dari tengah kerongkong dan bukannya
dari pangkalnya. Kita perlu berhati-hati semasa menyebut huruf ( )حagar bunyinya
tidak sama dan dapat dibezakan dengan sebutan Ha Marbuthoh ()ه
AYAT 4
KESALAHAN 12
KALIMAH/ HURUF :
Bunyi sabdu huruf ( )دpada kalimah ()اﻟدﱢﯾن
JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi sabdu huruf ( )دtersebut tidak didatangkan dengan sempurna sehingga
ia dibunyikan seolah-olah tanpa sabdu seperti ‘miDiin’, sedangkan bunyi tepatnya ialah
bersabdu iaitu ‘miDDiin’.
BACAAN BETUL :
Sebutan bunyi sabdu huruf ( )دperlu disebut dan didatangkan dengan sempurna. Cara
sebutannya hendaklah tepat dan agak berat, sesuai dengan kaedah sebutan huruf
bersabdu yang betul.
Bunyi huruf ( )دjuga perlu dikeluarkan dari makhrajnya dengan betul iaitu hujung lidah
yang ditekan ke pangkal gusi gigi depan, agar ia tidaklah sama dengan bunyi huruf ‘D’
yang agak keras.
19
AYAT 5
KESALAHAN 13 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Bunyi sabdu huruf ( )يpada 2 kalimah (إ)ِﯾﱠﺎك
JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi sabdu huruf ( )يtidak didatangkan dengan sempurna sehingga ia
dibunyikan seolah-olah tanpa sabdu seperti ‘iYaka’, sedangkan bunyi tepatnya ialah
bersabdu iaitu ‘iYYaka’.
BACAAN BETUL :
Sebutan bunyi sabdu huruf ( )يperlu disebut dan didatangkan dengan sempurna agar
ia dapat dibezakan dengan bunyi huruf ( )يtanpa sabdu.
Ketika membunyikannya juga, pastikan anda tidak ‘berhenti’ seketika pada henjutan
sabdu tersebut.
KESALAHAN 14 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )عpada kalimah (ُﻧ َ)ﻌ ْ ﺑُد
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )عdilafaz dengan bunyi huruf ( ) أ
BACAAN BETUL :
Semasa menyebut huruf ( )عyang mati pada kalimah (ُ)ﻌ ْ ﺑُد,َ ﻧpembaca perlu berhati-hati
dan cermat agar huruf ( )عdapat dikeluarkan dari makhrajnya yang tepat iaitu dengan
20
‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com
cara menekankan suara pada pertengahan kerongkong. Ini kerana, ramai yang
terkadang mengeluarkan bunyi huruf ain dari makhraj huruf ( ) أ
KESALAHAN 15 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )عpada kalimah (ﻧ َ)ﺳ ْ ﺗ َﻌِﯾن
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )عdilafaz dengan bunyi huruf ( ) أ
BACAAN BETUL :
Memang huruf ( )عberbaris bawah pada perkataan ini agak sukar dibunyikan dengan
tepat. Ini kerana bunyinya berada dalam keadaan lemah kerana huruf tersebut berba-
ris bawah. Namun begitu, kita tetap perlu membunyikannya dengan tepat hingga ia
dapat dibezakan dari bunyi huruf ( ) أiaitu dengan cara menekankan suara pada
pertengahan kerongkong.
AYAT 6
KESALAHAN 16 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )صpada kalimah ( َ اﻟ)ﺻﱢرط
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )صdilafaz dengan bunyi huruf ()س
BACAAN BETUL : 21
Jika tidak berhati-hati, bunyi huruf ( )صakan mudah bertukar menjadi bunyi huruf ()س
terutamanya ketika huruf ( )صberbaris dibawah. Ini kerana, huruf ( )صdan huruf ()س
berkongsi makhraj yang sama iaitu dengan cara mendatarkan lidah, kemudian hujung
lidah dibawa ke belakang gigi hadapan sebelah bawah.
Namun, perkara yang membezakan antara kedua huruf tersebut ialah sifatnya. Huruf
( )صmemiliki sifat Isti’la’ dan Itbaq, dimana kedua sifat tersebut jika didatangkan
dengan sempurna akan menjadikan bunyi huruf ( )صlebih ‘tebal’ dari huruf ()س
KESALAHAN 17 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )تpada kalimah ( َ اﻟ)ﻣُﺳﺗ َﻘِﯾم
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )تdilafaz dengan bunyi huruf ()ط
BACAAN BETUL :
Bunyi huruf ( )تboleh bertukar menjadi bunyi huruf ( )طjika ia tidak dilafaz dengan
betul. Kesalahan ini terjadi kerana huruf ( )تterletak bersebelahan dengan huruf ()ق
yang tebal dan berat bunyinya. Maka, jika pembaca tidak berhati-hati, kita akan terikut
‘menebalkan’ bunyi huruf ( )تmenjadi bunyi huruf ()ط
Oleh itu, pembaca perlu berhati-hati ketika melafazkan perkataan ini dengan
membunyikan huruf ( )تpada makhrajnya secara tepat.
KESALAHAN 18 22
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )قpada kalimah ( َ اﻟ)ﻣُﺳﺗ َﻘِﯾم
Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )قdilafaz dengan bunyi huruf ()ك
BACAAN BETUL :
Huruf ( )قdisini mudah disebut secara salah menjadi bunyi huruf ( )كkerana ia
berbaris di bawah. Tambahan pula, huruf selepas dan sebelumnya berbunyi agak
ringan.
Walau bagaimanapun, apabila huruf ( )قberbaris bawah, bunyinya hanya menjadi
kurang tebal, bukannya nipis hingga bertukar kepada bunyi huruf ( )كpula. Oleh itu,
kita perlu menjaga bunyi serta sifat ‘isti’la’ pada huruf ( )قdengan membunyikannya
pada makhraj yang betul.
AYAT 7
KESALAHAN 19 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )صpada kalimah ( َ )ﺻّرط
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )صdilafaz dengan bunyi huruf ()س
BACAAN BETUL :
Seperti perkataan ( َ )ﺻّرطpada ayat 6, kesalahan sama mungkin bakal berulang pada
perkataan ini. Jika tidak berhati-hati, bunyi huruf ( )صakan mudah bertukar menjadi
bunyi huruf ( )س. Kesalahan ini akan lebih mudah terjadi memandangkan huruf ()ص
dan huruf ( )سberkongsi makhraj yang sama iaitu dengan cara mendatarkan lidah,
kemudian hujung lidah dibawa ke belakang gigi hadapan sebelah bawah.
23
Namun, perkara yang membezakan antara kedua huruf tersebut ialah sifatnya. Huruf
( )صmemiliki sifat Isti’la’ dan Itbaq, dimana kedua sifat tersebut jika didatangkan
dengan sempurna akan menjadikan bunyi huruf ( )صlebih ‘tebal’ dari huruf ()س
KESALAHAN 20 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )ذpada kalimah ( َ اﻟ ﱠ)ذِﯾن
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )ذdilafaz dengan bunyi huruf ()ز
BACAAN BETUL :
Huruf ( )ذjika betul-betul disebut pada makhrajnya iaitu hujung lidah yang dikeluarkan
lalu ditekan ke hujung gigi hadapan sebelah atas, ia akan mengeluarkan bunyi yang
agak kurang desiran ‘zzzz’nya berbanding huruf ()ز
Namun kesalahan yang sering dilakukan, kita membunyikannya dengan bunyi huruf ()ذ
atau lebih tepat seperti bunyi huruf ‘Z’, sedangkan jika dirujuk ilmu tajwid, tempat
keluar makhraj kedua huruf tersebut amat jauh berbeza.
KESALAHAN 21 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )عpada kalimah (أ َ)ﻧﻌ َ ﻣت
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )عdibunyikan bukan pada makhrajnya sehingga bertukar bunyi huruf tersebut
kepada huruf ( ) أ
24
Ketahui formula lebih mudah kuasai tajwid dengan Resam Uthmani - www.tajwidsupermudah.com
BACAAN BETUL :
Ketika menyebut kalimah (أ َ)ﻧﻌ َ ﻣت, ada sebilangan tersasul ketika menyebut huruf ()ع
sehingga menyerupai sebutan huruf ( ) أ. Kesalahan ini agak popular dilakukan
memandangkan huruf ( )عpada perkataan ini memang agak sukar disebut dengan
tepat pada makhrajnya. Maka, terjadilah kesalahan popular iaitu bunyi huruf ( ) أyang
dikeluarkan.
Walaupun ia agak sukar, namun kita tetap perlu mendatangkan makhraj dan sifat
huruf ( )عdengan sempurna agar maknanya tidak berubah.
KESALAHAN 22 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )ضpada kalimah (َِﯾ)ر ِ اﻟﻣَﻐﺿُوبdﻏan kalimah ()اﻟﺿﺎﻟﯾن
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )ضdilafaz dengan bunyi huruf ()د
BACAAN BETUL :
Memang huruf ( )ضsukar dibunyikan dengan sempurna. Ini kerana makhrajnya agak
unik iaitu dengan menekan salah satu sisi (tepi) lidah ke sepanjang gigi geraham atas.
Tambahan pula, huruf ( )ضmemiliki sifat khususnya iaitu sifat Istitolah.
Walaubagaimanapun, pembaca boleh mempraktikkan sebutan huruf ( )ضberulangkali
agar bunyi huruf ( )دyang selalu dilafazkan pada perkataan ini dapat dihindarkan.
KESALAHAN 23
14 tasydid (sabdu) selain dari yang telah disebutkan seperti tasydid pada kalimah (ِ ّ )ﷲ
( ر) َ ب ﱢdan lain-lain. Bunyi tasydid (sabdu) semua perkataan tersebut hendaklah
didatangkan sesempurna mungkin. 25
KESALAHAN 24 (CONTOH DALAM DVD)
Kesalahan ketika mewasalkan (menyambungkan) bacaan iaitu :
Tidak membunyikan baris huruf terakhir ketika mewasalkan bacaan. Selalunya
ketika pembaca membaca wasal, mereka menggunakan teknik waqaf iaitu memba-
riskan ‘mati’ huruf terakhir pada kalimah akhir ayat.
Sepatutnya, jika ingin membaca secara wasal, pembaca perlu menghidupkan baris
akhir tersebut, bukannya mematikannya.
Contohnya ialah pada ayat 3 dan 4 :
Jika ayat 3 hendak disambung kepada ayat 4, huruf mim ( ) مpada perkataan
( )اﻟر ﱠ ﺣِﯾمhendaklah dihidupkan ‘baris bawahnya’ menjadi bunyi (rohiiimimaaliki),
bukannya dimatikan iaitu (rohiiimMaliki). Hukum tajwidnya juga sudah bertukar, dari
Mad A’rid Lissukun yang panjangnya 4 atau 6 harakat menjadi Mad Asli iaitu 2
harakat sahaja.
26
Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com
Perhatian :
Sebanyak 30 dari 51 kesalahan ini ada saya terangkan contoh bacaannya
secara praktikal dalam Pakej DVD FATIHAH TERUNGGUL. Dalam ebook
ini, kesalahan tersebut ditandakan dengan ayat (CONTOH DALAM DVD).
Untuk mendapatkannya, sila layari : www.fatihahterunggul.com
AYAT 1
KESALAHAN 1
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )بpada perkataan ()ﺑﺳم
JENIS KESALAHAN :
Huruf tersebut dibunyikan dengan tebal.
BACAAN BETUL :
Huruf ( )بtermasuk dalam kumpulan huruf Istifal, iaitu huruf yang direndahkan lidah
ketika menyebutnya. Tambahan pula, huruf tersebut berbaris bawah, dimana ia akan
menyebabkan bunyinya agak nipis. Kesalahan lazim yang dilakukan ialah apabila ia
dibunyikan secara tebal. (Untuk mengetahui lebih tepat beza bunyi nipis dan tebal,
anda digalakkan mempelajarinya dari Tuan guru Al-Quran berpengalaman)
KESALAHAN 2 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )سpada perkataan ()ﺑﺳم
27
JENIS KESALAHAN :
Terdapat bunyi tambahan pada huruf ( )سyang dimatikan.
BACAAN BETUL :
Bunyi sepatutnya bagi huruf ( )سpada kalimah ini ialah (BIS-MI), dengan cara
mematikan sepenuhnya bunyi ( )سtersebut tanpa mengeluarkan bunyi tambahan atau
bunyi seakan Qolqolah selepasnya. Namun, ada juga sesetengah pembaca yang
menyebut huruf ( )سdengan bunyi tambahan iaitu (BIS-SE-MI). Bunyi tambahan yang
tidak diundang itu akan dapat diatasi jika pembaca mematikan huruf tersebut dengan
tepat.
KESALAHAN 3 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( ) مpada kalimah ( ّ ﺑ ِﺳ ْ )م ِ ﷲ
JENIS KESALAHAN :
Ia dibunyikan dengan bunyi kurang tepat iaitu ‘MEL’
BACAAN BETUL :
Huruf ( ) مyang berbaris bawah yang bersambung dengan huruf ( ) لLafzul Jalalah
sepatutnya berbunyi ‘MIL’, bukannya ‘MEL’. Kesalahan ini terjadi kerana kita tidak
membunyikan baris bawah huruf ( ) مdengan sempurna.
KESALAHAN 4 (CONTOH DALAM DVD) 28
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )هpada kalimah ()ﷲ
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )هberbaris bawah tidak disebut dengan tepat pada makhrajnya.
‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com
BACAAN BETUL :
Masalah pada huruf ini ialah, kadang-kadang ia disebut dengan bunyi begini
(MILLAH -IR), dimana kelemahan bunyi ini ialah, bunyi hembusan ‘HHH’ huruf ()ه
dihilangkan. Sepatutnya, bunyinya yang tepat ialah begini (MILLAH-HIR), dengan
bunyi hembusan ‘HHH’ kedengaran dengan jelas. Pastikan huruf ( )هdibunyikan
dengan tepat pada makhrajnya.
KESALAHAN 5 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )هpada kalimah ()ﷲ
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )هberbaris bawah dibunyikan secara kurang tepat iaitu ‘HER’
BACAAN BETUL :
Sebenarnya, bunyi tepat pada huruf ( )هberbaris bawah yang bersambung dengan
huruf ( )رyang dimatikan ialah ‘HIR’ bukannya ‘HER’. Kesalahan kecil sebegini kerap
terjadi kerana pembaca kurang berhati-hati ketika mendatangkan bunyi tepat bagi
huruf ( )هberbaris bawah.
KESALAHAN 6 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Bunyi huruf ( )رbersabdu pada kalimah ()اﻟرﺣﻣن
JENIS KESALAHAN :
Bunyi sabdu pada huruf tersebut telah dipanjangkan tanpa sebab.
29
BACAAN BETUL :
Walaupun diakui, huruf ( )رbersabdu agak berat/bergetar dan berbeza bunyinya
dengan ( )رtidak bersabdu, ia tidak bermakna bunyinya perlu dipanjangkan untuk
menunjukkan perbezaannya. Selalunya, kesalahan dilakukan dengan memanjangkan
bunyi (HIRR) sebanyak satu setengah harakat. Cara bacaan sebegini kurang tepat
kerana bunyi panjang atau ‘mad’ hanya wujud pada keadaan khusus sahaja. (secara
asasnya pada huruf Alif, Wau dan Ya)
KESALAHAN 7
KALIMAH/ HURUF :
Bunyi huruf ( )رbersabdu pada kalimah ()اﻟرﺣﯾم
JENIS KESALAHAN :
Bunyi ‘NIR’ tersebut telah dipanjangkan tanpa sebab.
BACAAN BETUL :
Kesalahan ini sebenarnya lebih kurang sama dengan kesalahan di atas, iaitu
memanjangkan bunyi huruf ( )رbersabdu lebih dari sepatutnya. Sebaiknya, kesalahan
ini perlu dielakkan kerana dengan memanjangkan bunyi huruf ( )رbersabdu, ia seolah-
olah seperti kita menambah satu lagi huruf ( )رpada perkataan tersebut.
KESALAHAN 8 (CONTOH DALAM DVD) 30
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )رpada kalimah ( )اﻟرﺣﻣنdan ()اﻟرﺣﯾم
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )رberbaris atas dibunyikan dengan bunyi ‘RAH’
Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com
BACAAN BETUL :
Sebutan huruf ( )رyang tepat pada 2 perkataan ini ialah dengan bunyi ‘ROH’ bukan
‘RAH’. Ini adalah kerana, asal bunyi huruf ( )رberbaris atas adalah ‘RO’ bukannya
‘RA’. Begitu juga, huruf ( )رberbaris atas ini perlu ditebalkan bunyinya. (Untuk
mengetahui lebih tepat cara menebalkan bunyi huruf ini, anda digalakkan
mempelajarinya dari Tuan guru Al-Quran berpengalaman)
KESALAHAN 9
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )رpada kalimah ( )اﻟرﺣﻣنdan ()اﻟرﺣﯾم
JENIS KESALAHAN :
Getaran pada huruf ( )رberbaris atas dibunyikan lebih dari sepatutnya.
BACAAN BETUL :
Walaupun diakui, huruf ( )رmemiliki sifat khususnya iaitu Takrir yang bermaksud
bergetar, namun kadar getarannya tidaklah terlalu berlebihan. Bunyi getaran tersebut
adalah sederhana, cukup hanya didengari oleh pembaca sahaja (Untuk mengetahui
lebih tepat kadar bunyi getaran ini, anda digalakkan mempelajarinya dari Tuan guru Al-
Quran berpengalaman)
KESALAHAN 10 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )نpada kalimah ( )اﻟرﺣﻣنdan ()اﻟرﺣﯾم
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )نberbaris bawah dibunyikan secara kurang tepat iaitu ‘NER’
31
BACAAN BETUL :
Sebenarnya, bunyi tepat pada huruf ( )نberbaris bawah yang bersambung dengan
huruf ( )رyang dimatikan ialah ‘NIR’ bukannya ‘NER’. Kesalahan kecil sebegini kerap
terjadi kerana pembaca kurang berhati-hati ketika mendatangkan bunyi tepat bagi
huruf ( )نberbaris bawah.
KESALAHAN 11
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )يpada kalimah ()اﻟرﺣﯾم
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )يtidak dipanjangkan dengan kadar mad sepatutnya.
BACAAN BETUL :
Hukum bacaan pada huruf mad ( )يyang diwaqafkan ialah Mad 'Aridh Lissukun. Kadar
panjangnya pula ialah 2, 4 atau 6 harakat. Pastikan bunyinya dipanjangkan tidak
kurang dan juga tidak lebih dari salah satu dari 3 kadar yang ditentukan.
AYAT 2
KESALAHAN 12 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )لpada kalimah ()اﻟﺣﻣد
JENIS KESALAHAN :
Wujud bunyi tambahan ‘LE’ yang tidak diperlukan.
32
Ketahui formula lebih mudah kuasai tajwid dengan Resam Uthmani - www.tajwidsupermudah.com
BACAAN BETUL :
Bunyi tepat bagi huruf ( )لberbaris mati ialah ‘AL-HAMDU’. Namun, ada juga
sesetengah pembaca yang menambah bunyi pada bunyi mati huruf ( )لtersebut
menjadi ‘ALE-HAMDU’. Walaupun bunyi tambahan ini kurang jelas, ia perlu dielakkan
dari berlaku kerana bacaan kita akan kurang kesempurnaannya.
Cara yang paling mudah untuk elakkan kesalahan ini ialah dengan menekankan tepi
hujung lidah ke gusi atas sepenuhnya dan pastikan tiada sebarang bunyi ’LE’ keluar
ketika hendak mula menyebut makhraj huruf selepas huruf ( )لiaitu huruf Ha pedas ()ح
KESALAHAN 13 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )مpada kalimah ()اﻟﺣﻣد
JENIS KESALAHAN :
Wujud bunyi tambahan ‘ME’ yang tidak diperlukan.
BACAAN BETUL :
Kesalahan ini adalah lebih kurang sama dengan kesalahan di atas, iaitu terdapat bunyi
tambahan selepas bunyi huruf ( )مyang dimatikan iaitu begini ‘ALHAME-DU’. Bunyi
yang tepat ialah begini ‘ALHAM-DU’, iaitu dengan cara mendatangkan bunyi mati huruf
( )مitu sepenuhnya tanpa sebarang bunyi tambahan selepasnya.
KESALAHAN 14 (CONTOH DALAM DVD) 33
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )لpada perkataan ( )
JENIS KESALAHAN :
Ia dibaca dengan bunyi kurang tepat iaitu ‘LEL’
BACAAN BETUL :
Asas bunyi huruf ( )لyang berbaris bawah ialah ‘LI’. Maka dalam kes ini, bunyinya
yang tepat ialah ‘LIL’ bukannya ‘LEL’. Kesalahan sebegini mudah terjadi kerana ketika
membaca Al-Quran, kita terpengaruh dengan lafaz ‘lidah melayu’ yang agak ringan
sebutannya.
KESALAHAN 15
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )هpada kalimah ( )
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )هberbaris bawah tidak disebut dengan tepat pada makhrajnya.
BACAAN BETUL :
Ada 2 jenis kesalahan bagi huruf ini :
1. Kadang-kala, ia disebut dengan bunyi begini (LILLA-IROBBIL), dimana kelemahan
bunyi ini ialah, bunyi ‘HHH’ huruf ( )هkurang kedengaran. Sepatutnya, bunyi yang tepat
ialah begini (LILLAH-IROBBIL), dengan bunyi hembusan udara ‘HHH’ kedengaran
dengan jelas, menunjukkan huruf ( )هtelah dibunyikan denan tepat pada makhrajnya.
2. Huruf ( )هberbaris bawah dibunyikan secara kurang tepat iaitu begini (LILLA-HE).
Sepatutnya, bunyi tepat bagi huruf ini ialah (LILLA-HI).
KESALAHAN 16 (CONTOH DALAM DVD) 34
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )رpada kalimah ()رب
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )رberbaris atas tidak ditebalkan bunyinya.
Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com
BACAAN BETUL :
Sebenarnya terdapat 2 kesalahan pada huruf ini iaitu :
1 - Huruf ( )رberbaris atas dibunyikan dengan bunyi ‘RAB’, sedangkan bunyi yang
tepat ialah ‘ROB’, mengambilkira asal bunyi huruf ( )رberbaris atas ialah ‘RO’.
2 - Huruf ( )رberbaris atas tidak ditebalkan bunyinya, sedangkan ia wajib dibunyikan
dengan tebal (tafkhim) kerana menuruti criteria huruf ( )رyang perlu ditebalkan
bunyinya. (Untuk mengetahui lebih tepat cara membunyikan ( )رtebal, anda digalakkan
mempelajarinya dari Tuan guru Al-Quran berpengalaman)
KESALAHAN 17 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )لpada perkataan ()اﻟﻌﺎﻟﻣﯾن رب
JENIS KESALAHAN :
Wujud bunyi tambahan ‘LE’ yang tidak diperlukan.
BACAAN BETUL :
Bunyi tepat bagi huruf ( )لyang dimatikan ialah ‘ROBBIL’. Tetapi ada sebilangan
pembaca yang tidak cermat ketika mendatangkan bunyi matinya hingga menyebabkan
ada sedikit bunyi lantunan tambahan wujud iaitu begini ‘ROBBIL-E’. Maka, pastikan
huruf ( )لdimatikan sesempurna mungkin bagi mengelakkan kesalahan tersebut
terjadi.
KESALAHAN 18
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )عpada kalimah ()اﻟﻌﺎﻟﻣﯾن
35
JENIS KESALAHAN :
Bunyi huruf ( )عdisebut secara sengau kerana keluar dari rongga hidung.
BACAAN BETUL :
Makhraj bagi huruf ( )عialah dari pertengahan kerongkong dan sepatutnya ia
ditekankan dengan sempurna bagi mendapatkan bunyi huruf ( )عyang diinginkan. Jika
ia dapat dilakukan dengan sempurna, sudah tentu kesalahan membunyikannya dari
secara sengau iaitu dari hidung akan dapat dielakkan.
AYAT 3
KESALAHAN 19
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )رpada kalimah ( )اﻟرﺣﻣنdan ()اﻟرﺣﯾم
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )رberbaris atas dibunyikan dengan bunyi ‘RAH’
BACAAN BETUL :
Sebutan huruf ( )رyang tepat pada 2 perkataan ini ialah dengan bunyi ‘ROH’ bukan
‘RAH’. Ini adalah kerana, asal bunyi huruf ( )رberbaris atas adalah ‘RO’ bukannya
‘RA’. Begitu juga, huruf ( )رberbaris atas ini perlu ditebalkan bunyinya.
(Untuk mengetahui lebih tepat cara menebalkan bunyi huruf ini, anda digalakkan
mempelajarinya dari Tuan guru Al-Quran berpengalaman)
36
‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com
KESALAHAN 20
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )رpada kalimah ( )اﻟرﺣﻣنdan ()اﻟرﺣﯾم
JENIS KESALAHAN :
Getaran lidah ketika menyebut huruf ( )رberbaris atas dibunyikan lebih dari
sepatutnya.
BACAAN BETUL :
Walaupun diakui, huruf ( )رmemiliki sifat khususnya iaitu Takrir yang bermaksud
bergetar, namun kadar getarannya tidaklah terlalu berlebihan. Bunyi getaran tersebut
adalah sederhana, cukup hanya didengari oleh pembaca sahaja (Untuk mengetahui
lebih tepat kadar bunyi getaran ini, anda digalakkan mempelajarinya dari Tuan guru
Al-Quran berpengalaman)
KESALAHAN 21
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )نpada kalimah ()اﻟرﺣﯾم اﻟرﺣﻣن
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )نberbaris bawah dibunyikan secara kurang tepat iaitu ‘NER’
BACAAN BETUL :
Sebenarnya, bunyi tepat pada huruf ( )نberbaris bawah yang bersambung dengan
huruf ( )رyang dimatikan ialah ‘NIR’ bukannya ‘NER’. Kesalahan kecil sebegini kerap
terjadi kerana pembaca kurang berhati-hati ketika mendatangkan bunyi tepat bagi
huruf ( )نberbaris bawah.
37
KESALAHAN 22
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )يpada kalimah ()اﻟرﺣﯾم
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )يtidak dipanjangkan dengan kadar mad sepatutnya.
BACAAN BETUL :
Hukum bacaan pada huruf mad ( )يyang diwaqafkan ialah Mad 'Aridh Lissukun. Kadar
panjangnya pula ialah 2, 4 atau 6 harakat. Pastikan bunyinya dipanjangkan tidak
kurang dan juga tidak lebih dari salah satu dari 3 kadar yang ditentukan.
AYAT 4
KESALAHAN 23
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )لpada kalimah ()ﻣﻠك
JENIS KESALAHAN :
Wujud kesalahan membunyikan huruf tersebut kepada bunyi ‘LE’.
BACAAN BETUL :
Bunyi tepat bagi huruf ( )لberbaris mati ialah (LI = MAALIKI). Namun, ada juga
sesetengah pembaca yang tidak mendatangkan bunyinya dengan tepat sehingga
keluar bunyi salah iaitu (LE = MALEKI). Kesalahan ini mungkin berlaku kerana
pembaca ingin menyebutnya secara cepat hingga menyebabkan huruf tersebut tidak
dibunyikan dengan sempurna.
38
Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com
KESALAHAN 24 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )وpada kalimah ()ﯾوم
JENIS KESALAHAN :
Bunyi huruf ( )وdipanjangkan seakan-akan seperti hukum Mad Asli
BACAAN BETUL :
Huruf ( )وberbaris atas pada kalimah tersebut merupakan huruf Mad Lin bukannya
Mad Asli. Maka ia hanya boleh dipanjangkan ketika waqaf sahaja. Jika kita
membacanya secara wasal (sambung - bacaan biasa), maka ia tidak harus
dipanjangkan.
KESALAHAN 25
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )يpada kalimah ()اﻟدﯾن
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )يtidak dipanjangkan dengan kadar mad yang sepatutnya.
BACAAN BETUL :
Hukum bacaan pada huruf mad ( )يyang diwaqafkan pada kalimah tersebut ialah Mad
'Aridh Lissukun. Kadar panjangnya pula ialah 2, 4 atau 6 harakat. Pastikan bunyinya
dipanjangkan tidak kurang dan juga tidak lebih dari salah satu dari 3 kadar yang
ditentukan. Begitu juga, pastikan kadar panjang mad yang dipilih sekata dan sama
dengan panjang Mad ‘Aridh Lissukun ayat-ayat sebelum dan selepasnya. Jika anda
memilih 4 harakat, maka semua waqaf Mad Aridh Lissukun pada surah ini akan dibaca
dengan kadar yang sama.
39
KESALAHAN 26 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )نpada kalimah ()اﻟدﯾن
JENIS KESALAHAN :
Waqaf pada huruf ( )نdengan mendengungkannya.
BACAAN BETUL :
Untuk makluman, hukum ‘Wajibul Ghunnah’ hanya wujud pada huruf ( )نdan ( )مyang
bersabdu sahaja. Manakala huruf ( )نdalam kalimah ini tidak termasuk dalam hukum
tersebut kerana ia tidak bersabdu. Maka pastikan, bunyi ( )نitu tidak didengungkan
atau dipanjangkan bacaannya.
AYAT 5
KESALAHAN 27 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )يbertasydid pada kalimah ()إﯾﺎك
JENIS KESALAHAN :
Bunyi tasydid yang dibuat terlalu kuat.
BACAAN BETUL :
Ada sesetengah pembaca membunyikan tasydid pada huruf ( )يdengan begitu kuat/
berat sehingga ia seakan bunyi huruf Jim ( )جiaitu begini ‘IJJA’. Sepatutnya, bunyi
tersebut hendaklah didatangkan dengan tidak terlalu berlebihan, cukup sekadar bunyi
tasydidnya jelas kedengaran iaitu ‘IYYA’.
40
Ketahui formula lebih mudah kuasai tajwid dengan Resam Uthmani - www.tajwidsupermudah.com
KESALAHAN 28 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )نpada kalimah ( ُﻧ َ)ﻌ ْ ﺑُد
JENIS KESALAHAN :
Menebalkan bunyi huruf ( )نpada kalimah tersebut.
BACAAN BETUL :
Huruf ( )نmerupakan huruf Istifal yang nipis bunyinya. Kesalahan terjadi bila ia
dibunyikan secara tebal dengan bunyi ‘NOK’, sedangkan bunyi yang tepat ialah ‘NAK’.
Ia berpunca kerana huruf ( )نterletak sebelah huruf ( )عdan disebabkan makhraj
keduanya agak jauh, iaitu ( )نdi hujung lidah sementara ( )عdi tengah kerongkong,
maka untuk mengambil jalan mudah, kita cenderung membunyikan ( )نdari tengah
lelangit yang menyebabkan bunyinya agak tebal.
KESALAHAN 29 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )عpada kalimah ( ُﻧ َ)ﻌ ْ ﺑُد
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )عtidak dimatikan dengan sempurna hingga terdapat bunyi tambahan.
BACAAN BETUL :
Bunyi mati huruf ( )عperlu dimatikan dengan sempurna dengan bunyi ‘NAK-BUDU’.
Jika ia dilakukan dengan baik, tidak akan keluar bunyi tambahan seperti
‘NAK-E-BUDU’. Walaupun bunyi tambahan ‘E’ biasanya tidak kuat, namun ia boleh
mencacatkan kesempurnaan bacaan Fatihah.
41
KESALAHAN 30
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )وpada kalimah ()واﯾﺎك
JENIS KESALAHAN :
Membunyikan huruf ( )وsecara kurang tepat.
BACAAN BETUL :
Kesalahan terjadi bila huruf ( )وdibunyikan begini ‘WAK-IYYAKA’, sedangkan bunyi
tepat agak lembut dan berterusan sambungan bunyinya dengan huruf Alif selepasnya
iaitu begini ‘WA-IYYAKA’. Walaupun kesalahan ini dianggap agak kecil, namun ia
patut dielakkan bagi mencapai bacaan yang sifar kesalahan tajwid.
KESALAHAN 31 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
huruf ( )سpada kalimah ()ﻧﺳﺗﻌﯾن
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )سdibunyikan secara kurang sempurna hingga muncul bunyi tambahan
selepasnya.
BACAAN BETUL :
Terdapat bunyi tambahan selepas huruf ( )سyang dimatikan iaitu begini
(NAS-SE-TA’IIN), sedangkan bunyinya yang tepat ialah mematikan huruf ( )سdengan
sempurna dengan bunyi begini (NAS-TA’IIN).
42
Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com
KESALAHAN 32
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )عpada kalimah ()ﻧﺳﺗﻌﯾن
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )عdikeluarkan bunyinya dari hidung.
BACAAN BETUL :
Untuk pengetahuan, makraj bunyi huruf ( )عtidak ada kena-mengena dengan hidung.
Ini kerana ia keluar dari pertengahan kerongkong. Masalah terjadi bila huruf ()ع
berbaris bawah itu dibunyikan dari hidung seperti dengung sedangkan bunyi huruf
yang keluar dari hidung hanya 2 sahaja iaitu huruf ( )نdan ( )مyang bertasydid. Maka
disarankan kita berhati-hati dalam perkara ini. (Untuk mengetahui lebih tepat bentuk
kesalahan ini, anda digalakkan mempelajarinya dari Tuan guru Al-Quran
berpengalaman)
AYAT 6
KESALAHAN 33 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )اpada kalimah ()اھدﻧﺎ
JENIS KESALAHAN :
Huruf tersebut dibunyikan secara kurang tepat.
BACAAN BETUL : 43
Kesalahan berlaku apabila huruf ( )اberbaris bawah dibunyikan begini (EH-DINAS),
sedangkan bunyi tepatnya ialah (IH-DINAS). Maka pastikan bunyi baris bawah
huruf ( )اdibunyikan sesempurna mungkin.
KESALAHAN 34 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )نpada kalimah ()اھدﻧﺎ
JENIS KESALAHAN :
Ia telah dibunyikan secara kurang tepat.
BACAAN BETUL :
Ramai yang membunyikan huruf ( )نyang bersambung dengan huruf ( )صini secara
tebal iaitu begini (NOS-SIROOTOL). Kesalahan ini terjadi kerana kita terpengaruh
dengan bunyi huruf ( )صyang merupakan huruf Istikla selepasnya. Maka bunyi yang
tepat ialah mendatangkan asal bunyi nun berbaris atas iaitu (NA) secara tepat bila
menyambungkannya dengan bunyi huruf ( )صiaitu begini (NAOS-SIROOTOL).
KESALAHAN 35 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )رpada kalimah ( َ اﻟ)ﺻﱢرط
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )رdilafaz secara nipis dengan bunyi (RA)
BACAAN BETUL :
Huruf ( )رpada kalimah di atas sepatutnya dibunyikan dengan tebal iaitu (RO) kerana
ia berbaris di atas. Tetapi kadangkala ada sebahagian kita yang membunyikannya
dengan nipis iaitu (RA). Disebabkan huruf ( )رmerupakan huruf yang sering berubah
sifat bunyi tebal dan nipisnya bergantung kepada baris, maka kita perlu berhati-hati
ketika mengecam bunyi paling tepat bagi huruf ini berdasarkan keadaannya.
44
‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com
KESALAHAN 36
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )طpada kalimah ( َ اﻟ)ﺻﱢرط
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )طdilafaz secara nipis dengan bunyi (TAL)
BACAAN BETUL :
Huruf ( )طmerupakan huruf Istikla yang perlu ditebalkan bunyinya. Bunyi yang tepat
ialah (TOL), iaitu dengan mendatangkan kesemua 6 sifatnya secara sempurna. Jika ia
dibunyikan dengan sebutan nipis iaitu bunyi (TAL), ia dianggap kurang tepat kerana
bunyi itu telah menghilangkan sifat Istikla yang sepatutnya tebal dan berat bunyinya.
KESALAHAN 37
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )قpada kalimah ()اﻟﻣﺳﺗﻘﯾم
JENIS KESALAHAN :
Bunyinya ditebalkan lebih dari hadnya.
BACAAN BETUL :
Walaupun Huruf ( )قtermasuk huruf Istikla yang tebal bunyinya, namun bunyi tebalnya
akan berkurangan bila ia berbaris bawah.
Pastikan ketebalan bunyinya dikurangkan sedikit, tetapi berhati-hati juga ketika
mengurangkan ketebalannya agar ia tidak menjadi nipis sehingga bertukar bunyi
seakan huruf ()ك
45
AYAT 7
KESALAHAN 38
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )رpada pada perkataan ()ﺻراط
JENIS KESALAHAN :
Huruf tersebut dibunyikan dengan kurang tepat.
BACAAN BETUL :
Untuk makluman, huruf ( )رyang berbaris di atas bunyinya adalah (RO) bukannya
(RA). Kesalahan berlaku apabila pembaca membunyikannya dengan bunyi tarqiq ()ر
(nipis) iaitu (SIRAATOL), sedangkan bunyi tepatnya ialah (SIROOTOL) kerana huruf
( )رtersebut perlu ditebalkan bunyinya kerana ia berbaris di atas.
KESALAHAN 39
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )طpada kalimah ()ﺻراط
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )طdilafaz secara nipis dengan bunyi (TAL)
BACAAN BETUL :
Huruf ( )طmerupakan huruf Istikla yang perlu ditebalkan bunyinya. Bunyi yang tepat
ialah (TOL), iaitu dengan mendatangkan kesemua 6 sifatnya secara sempurna. Jika ia
dibunyikan dengan sebutan nipis iaitu bunyi (TAL), ia dianggap kurang tepat kerana
bunyi itu telah menghilangkan sifat Istikla yang sepatutnya tebal dan berat bunyinya.
46
Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com