KESALAHAN 40 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )نpada perkataan ()أﻧﻌﻣت
JENIS KESALAHAN :
Terdapat bunyi tambahan selepas bunyi ( )نyang dimatikan
BACAAN BETUL :
Ramai pembaca menambah bunyi yang tidak diperlukan selepas bunyi ( )نyang
dimatikan iaitu begini (ANA-AMTA), sedangkan bunyi tepat ialah menyempurnakan
bunyi matinya iaitu begini (AN-AMTA). Kesalahan ini berlaku kerana kecuaian
pembaca ketika membunyikan hukum Izhar Halqi pada huruf Nun mati itu dengan
sempurna.
KESALAHAN 41 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( ) مpada perkataan ()أﻧﻌﻣت
JENIS KESALAHAN :
terdapat bunyi tambahan selepas bunyi ( ) مyang dimatikan
BACAAN BETUL :
Ramai pembaca menambah bunyi yang tidak diperlukan selepas bunyi ( ) مyang
dimatikan iaitu begini (AN’AME-TA), sedangkan bunyi tepat ialah menyempurnakan
bunyi matinya iaitu begini (AN’AM-TA). Kesalahan ini berlaku kerana kecuaian
pembaca dalam membunyikan hukum Izhar Syafawi pada huruf Mim mati itu dengan
sempurna.
47
KESALAHAN 42
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )عdalam kalimah ()اﻧﻌﻣت ﻋﻠﯾﮭم
JENIS KESALAHAN :
Membunyikan huruf ( )عsecara kurang tepat, seakan-akan ada tasydid padanya.
BACAAN BETUL :
Kesalahan terjadi bila huruf ( )عdibunyikan begini (AN’AM-TAK-ALAIHIM) seolah-
olahnya ada sabdu pada huruf ( )عsedangkan bunyi tepatnya agak lembut dan
berterusan sambungan bunyinya iaitu begini (AN’AM-TA-ALAIHIM). Walaupun
kesalahan ini dianggap agak kecil, namun ia patut dielakkan bagi mencapai bacaan
yang sifar kesalahan tajwid.
KESALAHAN 43 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )ھـpada 2 perkataan ()ﻋ َﻠﯾﮭم
JENIS KESALAHAN :
Ia dibunyikan dengan bunyi begini - (HEM)
BACAAN BETUL :
Bunyi tepat bagi huruf ( )ھـberbaris bawah ialah (HI) bukannya (HE). Oleh itu, bunyi
tepat pada perkataan tersebut ialah (ALAIHIM). Tetapi kadangkala, ada juga
sebilangan pembaca yang tidak membunyikan kasrah huruf ( )ھـdengan tepat dengan
sebutan seperti (ALAIHEM). Oleh itu, pastikan pembaca membunyikan huruf ()ھـ
berbaris bawah yang diikuti dengan mim mati sesempurna mungkin menurut bunyinya
yang tepat.
48
Ketahui formula lebih mudah kuasai tajwid dengan Resam Uthmani - www.tajwidsupermudah.com
KESALAHAN 44 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ghain ( )غpada kalimah ( ِ ﻏ َ)ـﯾْر
JENIS KESALAHAN :
Ia telah ditipiskan bunyinya tanpa sebab.
BACAAN BETUL :
Sebenarnya, bunyi bagi huruf ( )غyang tepat dari segi makhraj dan sifatnya
kedengaran agak tebal dan berat bunyinya iaitu (GHOIRIL). Tetapi, banyak juga
pembaca membunyikannya secara nipis iaitu (GHAIRIL). Cara sebutan sebegini
sebenarnya kurang tepat kerana ia tidak memenuhi salah-satu dari sifat huruf ( )غiaitu
Sifat Isti’la.
KESALAHAN 45 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )رpada kalimah ( ِ ﻏ َ)ـﯾْر
JENIS KESALAHAN :
Huruf ( )رberbaris bawah disebut secara salah iaitu (REL).
BACAAN BETUL :
Bunyi yang tepat bagi huruf ( )رtersebut ialah (GHAIRIL), bukannya (GHAIREL). Ia
berdasarkan asal bunyi huruf ( )رberbaris bawah iaitu (RI), bukannya (RE). Pastikan
para pembaca membunyikanya dengan bunyi yang tepat.
49
KESALAHAN 46 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )مpada kalimah ()اﻟﻣﻐﺿوب
JENIS KESALAHAN :
Ia telah dibunyikan secara tebal.
BACAAN BETUL :
Huruf ( )مadalah huruf istifal dan sepatutnya ia dibunyikan secara nipis. Kesalahan
membunyikannya secara tebal berlaku kerana bunyinya telah dipengaruhi oleh bunyi
huruf ( )غselepasnya yang merupakan huruf Istikla. (Untuk mengetahui lebih tepat
beza bunyi nipis dan tebal, anda digalakkan mempelajarinya dari Tuan guru Al-Quran
berpengalaman)
KESALAHAN 47 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )غpada kalimah ()اﻟﻣﻐﺿوب
JENIS KESALAHAN :
Wujud bunyi tambahan yang tidak diperlukan selepas huruf ( )غberbaris mati.
BACAAN BETUL :
Bunyi sepatutnya bagi huruf ( )غpada kalimah ini ialah (MAGH-DUB), dengan cara
mematikan sepenuhnya bunyi ( )غtersebut tanpa mengeluarkan bunyi tambahan atau
bunyi seakan Qolqolah selepasnya. Namun, ada juga sesetengah pembaca yang
menyebut huruf ( )غtersebut dengan bunyi tambahan iaitu (MAGH-E-DUB). Bunyi
tambahan yang tidak diundang itu akan dapat diatasi jika pembaca mematikan huruf
tersebut dengan tepat.
50
Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com
Begitu juga, diharapkan kita tidak terlupa untuk mendatangkan sekali bunyi ‘tebal’
pada huruf ( )غkerana ia termasuk dalam kumpulan huruf Istikla.
KESALAHAN 48 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )لdalam kalimah ()وﻻ اﻟﺿﺎﻟﯾن
JENIS KESALAHAN :
Menebalkan huruf ( )ل- (Lam pada huruf LAM-ALIF)
BACAAN BETUL :
Huruf (( )لkecuali Lam Lafzul Jalalah) adalah huruf istifal dan sepatutnya ia dibunyikan
secara nipis. Kesalahan membunyikannya secara tebal berlaku kerana bunyinya telah
dipengaruhi oleh bunyi huruf ( )ضselepasnya yang merupakan huruf Istikla. (Untuk
mengetahui lebih tepat beza bunyi nipis dan tebal, anda digalakkan mempelajarinya
dari Tuan guru Al-Quran berpengalaman)
KESALAHAN 49
KALIMAH/ HURUF :
Hukum Mad Lazim Kalimi Musaqqal pada kalimah ()وﻻ اﻟﺿﺎﻟﯾن
JENIS KESALAHAN :
Ia tidak dipanjangkan dengan tepat pada harakatnya.
BACAAN BETUL :
Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, ia menjadi
hukum Mad Lazim Kalimi Musaqqal dan kadar panjang harakatnya ialah 6 harakat.
Masalahnya ialah, ada sebilangan pembaca yang melafazkannya kurang dari 6
51
harakat. Diharapkan, ia dapat dipanjangkan menurut kadarnya sepatutnya seperti
yang ditetapkan oleh ulama Tajwid.
KESALAHAN 50 (CONTOH DALAM DVD)
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )لbersabdu pada kalimah ()وﻻ اﻟﺿﺎﻟﯾن
JENIS KESALAHAN :
Ia telah dipanjangkan bunyi tanpa sebab.
BACAAN BETUL :
Huruf ( )لbersabdu sering disalah bunyi dengan memanjangkan sedikit (lebih kurang 1
setengah harakat) tanpa sebab. Kesalahan ini terjadi mungkin berpunca akibat
keinginan untuk mendatangkan secara tepat bunyi ‘sabdu’ huruf ( )لtersebut. Maka
pastikan, bunyi sabdunya didatangkan dengan tepat tanpa memanjangkan kadar
bacaannya.
KESALAHAN 51
KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( )نpada kalimah ()وﻻ اﻟﺿﺎﻟﯾن
JENIS KESALAHAN :
Waqaf pada huruf ( )نdengan mendengungkannya
BACAAN BETUL : 52
Untuk makluman, hukum ‘Wajibul Ghunnah’ hanya wujud pada huruf ‘Nun’ dan ‘Mim’
yang bersabdu/bertasydid sahaja. Manakala bagi huruf ( )نdalam kalimah ini, ia tidak
termasuk dalam hukum tersebut kerana ia tidak bersabdu. Maka pastikan, bunyi ()ن
itu tidak didengungkan atau dipanjangkan bacaannya ketika waqaf.
‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com
53
Alhamdulillah, kita telah mengetahui 75 kesalahan bacaan Fatihah (kesalahan
besar dan kecil) yang mungkin ada kita lakukan tanpa sengaja. Jika ia terjadi dalam
bacaan Fatihah anda, cadangan saya, ia bolehlah diperbetulkan, digilap dan
diperkemaskan sekarang. DVD FATIHAH TERUNGGUL insyaAllah sedia
membantu anda.
Selain itu, ada beberapa point penting yang ingin saya tekankan iaitu :
1. Sebenarnya, selain 75 kesalahan ini, masih ‘Alhamdulillah,
banyak lagi kesalahan kecil yang tidak saya saya 100% tak buat pun
masukkan. kesalahan - kesalahan
ni…. mungkin sikit-sikit je
Ini kerana jika ia benar-benar hendak lah terbabas sebut ‘Ha
diperincikan, mungkin jumlahnya bakal pedas’ jadi ‘Ha kurang
mencecah 200-300 kesalahan pula. Namun
pedas’……’
begitu, kebanyakannya tidak relevan kerana
bentuk kesalahannya terlalu kecil dan amat
jarang berlaku. Lagipun saya menganggap bacaan Fatihah anda berada di tahap
'pertengahan' : agak mantap, cuma perlukan penelitian lebih mendalam. Berdasarkan
tahap inilah, 75 kesalahan sahaja dipilih dan diketengahkan dalam ebook ini.
2. Saya mengakui : lain orang, lain kesalahan. Ada yang mungkin langsung tidak
melakukan kesalahan yang disenaraikan, tetapi ada juga sebaliknya.
Malah, barangkali ada dikalangan pembaca melakukan kesalahan kecil yang tidak
saya senaraikan dalam ebook ini. Ini kerana, kualiti bacaan fatihah masyarakat kita
berbeza-beza. Maka natijahnya, 'standard' Fatihah kita juga berbeza.
3. Anda perlu kerap berlatih membaca Fatihah pada bunyi yang betul walaupun anda 54
sudah mengetahui 'teori' bentuk kesalahannya dan mengetahui bunyi tepatnya dari
DVD TAJWID TERUNGGUL.
Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com
Ini kerana, ilmu ini hanya dapat dikuasai melalui jalan praktikal. Berdasarkan
pengalaman saya mengajar Al-Quran, jika anda membaca Fatihah dengan bacaan
kurang tepat selama 10 tahun, anda barangkali sukar mengungkapkan bacaan tepat
dan mengekalkannya dengan sekali baca sahaja. Oleh itu, saya sarankan sekali lagi :
Praktikkan, praktikkan, praktikkan. InsyaAllah, lama kelamaan, kesalahan semakin
mengecil dan bacaan Fatihah anda semakin sempurna.
4. Jika anda punya kesempatan, carilah tuan Guru pakar Al-Quran dan ber’talaqqi’lah
secara intensif dengan mereka.
InsyaAllah, kita akan mengetahui kaedah lebih tepat mendatangkan sebutan sabdu
serta beza sebenar bunyi huruf ‘Ha pedas’ dan ‘Ha gulung’. Tuan guru juga akan
mendedahkan beberapa kesalahan lain yang mungkin anda lakukan tetapi tidak
tersenarai dalam ebook atau DVD ini, terutamanya dalam hal yang bersangkutan
dengan makhraj, sifat serta fasohah sebutan kalimah.
Akhir kalam, saya berharap anda semua memperoleh manfaat besar dari ebook
ini. Tetapi, jika pembaca punya pandangan, idea, atau sebarang cadangan positif
untuk lebih memantapkan lagi pengetahuan kita, saya amat gembira untuk
mengetahuinya melalui :
[email protected]
[email protected]
Www.facebook.com/asraffayob
Akhir sekali, jika ada sebarang khilaf serta kesilapan, kepada Allah S.W.T saya
memohon hidayah & keampunan.
Wassalam.
Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz
25 September 2011
55
56
Ebook Ebook Ebook
145 Fakta Menarik & Menakjubkan KAEDAH JIBRIL QURANOLOGY
Kaedah mudah & praktikal Panduan efektif memahami
mengenai Al-Quran yang jarang menghafaz surah Al-Quran khusus Teks dan konteks Al-Quran, agar
anda ketahui walaupun untuk gol. Awam yg sibuk setiap Anda teruja membacanya!
membacanya setiap hari!!
4 PRODUK HEBAT
Video panduan
KAEDAH JIBRIL
Video penerangan bergambar
Oleh Ustaz Asraff mengenai
Kaedah ini secara terperinci.
1 tiket percuma ke seminar
kaedah hafazan super utk sicilik
‘KAEDAH XXX’
(berharga RM 125)
Dan
1 tiket DISKAUN seminar sama
berharga RM 25 sahaja