DEFINISI KONSEP
BAB 2
INDEKS HARGA PENGGUNA (IHP)
Mengukur perubahan purata harga
sekumpulan barang dan perkhidmatan
dalam pasaran untuk tempoh setahun.
INFLASI
Kenaikan tingkat harga umum yang
berterusan dan tidak terbatas pada satu
tahun berbanding tahun sebelumnya.
KADAR INFLASI
Peratus kenaikan tingkat harga umum pada
satu tahun berbanding tahun sebelumnya
INFLASI TARIKAN PERMINTAAN
Kenaikan tingkat harga umum yang
disebabkan oleh kenaikan dalam
permintaan agregat
Yang disebabkan oleh kenaikan I, G, X dan
pertambahan penawaran wang
INFLASI TOLAKAN KOS
Kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan
oleh kenaikan dalam kos pengeluaran yang
tidak diikuti dengan peningkatan AS.
Yang disebabkan oleh kenaikan upah buruh
dan kos bahan mentah
INFLASI DIIMPORT
Kenaikan tingkat harga umum yang
disebabkan oleh kenaikan harga barang
diimport dan kenaikan nilai mata wang
asing.
KOS SARA HIDUP
Jumlah perbelanjaan yang diperlukan oleh
seseorang untuk memenuhi keperluan
asas.
TARAF HIDUP
Mengukur jumlah barang dan
perkhidmatan yang dapat dibeli/diguna
oleh isi rumah berdasarkan pendapatan
yang diterima
DASAR KEWANGAN
Langkah-Langkah bank pusat untuk
mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui
kawalan terhadap bekalan wang dan kadar
bunga
DASAR FISKAL
Langkah kerajaan mengubah perbelanjaan
kerajaan atau cukai untuk mempengaruhi
permintaan agregat.
BELANJAWAN NEGARA
Satu rancangan tentang anggaran hasil dan
perbelanjaan kerajaan untuk satu tahun
yang akan datang
BELANJAWAN LEBIHAN
Hasil yang diperolehi oleh kerajaan
melebihi perbelanjaan yang dilakukan
BELANJAWAN KURANGAN
Hasil yang diperolehi oleh kerajaan kurang
daripada perbelanjaan yang dilakukan
BELANJAWAN SEIMBANG
Hasil yang diperolehi oleh kerajaan sama
dengan perbelanjaan yang dilakukan
HUTANG NEGARA
Tanggungan kerajaan persekutuan apabila
membuat pinjaman dalam negara dan luar
negara untuk membiayai belanjawan
kurangan.
HUTANG NEGARA
pinjaman kerajaan persekutuan dari dalam
negara dan luar negara untuk menampung
perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan
pembangunan
AKAUN SEMASA KERAJAAN PERSEKUTUAN
Akaun yang merujuk kepada perbezaan
antara jumlah hasil kerajaan dengan jumlah
perbelanjaan mengurus.
HASIL KERAJAAN
Pendapatan yang diterima oleh kerajaan
dalam tempoh setahun dari hasil cukai dan
hasil bukan cukai.
HASIL CUKAI LANGSUNG
Pendapatan yang diterima oleh kerajaan dari
pembayar cukai di mana beban cukai tidak
boleh dipindahkan kepada orang lain.
Contoh: cukai pendapatan perseorangan,
cukai pendapatan syarikat, cukai pendapatan
petroleum, cukai pendapatan koperasi, duti
setem
HASIL CUKAI TAK LANGSUNG
Pendapatan yang diterima oleh kerajaan
dari pembayar cukai di mana beban cukai
boleh dipindahkan kepada orang lain.
Contoh: duti eksport, duti import, duti
eksais, cukai jualan, cukai perkhidmatan
HASIL BUKAN CUKAI
Pendapatan yang diterima oleh kerajaan
dari hasil seperti bayaran lesen kenderaan,
denda dan rampasan, sewa harta kerajaan,
pendapatan pelaburan kerajaan
PERBELANJAAN MENGURUS
Perbelanjaan kerajaan ialah perbelanjaan
pentadbiran kerajaan yang bersifat berulang.
Contoh: emolumen, bayaran persaraan,
bayaran khidmat hutang, pemberian dan
serahan kepada kerajaan negeri, subsidi.
PERBELANJAAN PEMBANGUNAN
Perbelanjaan kerajaan untuk menambahkan
infrastruktur dan kemampuan ekonomi
Contoh: pembinaan sekolah dan hospital
kerajaan, perbelanjaan kerajaan menyediakan
senjata dan kelengkapan ketenteraan
SOALAN STPM
BAB 2
2013
1(a) Berikan maksud Indeks harga pengguna dan inflasi dan
apakah hubungan antara keduanya . [3M ]
▪ Indeks harga pengguna mengukur perubahan purata harga
barang dan perkhidmatan pada sesuatu tahun berbanding dengan
tahun asas.
▪ Inflasi ialah kenaikan dalam tingkat harga umum secara
menyeluruh dan berterusan dalam ekonomi
▪ IHP berhubung secara positif dengan kadar inflasi. IHP semakin
tinggi maka kadar inflasi semakin tinggi.
(b)Berikan 3 kegunaan maklumat Indek harga pengguna dan inflasi
[3M]
i. Mengukur nilai wang benar
Semakin tinggi IHP, semakin tinggi kadar inflasi, maka nilai wang
semakin jatuh
ii. Menentukan kos sara hidup
Semakin tinggi IHP semakin tinggi kadar inflasi maka semakin
tinggi kos sara hidup
iii. Menentukan nilai pendapatan benar
Semakin tinggi IHP semakin tinggi kadar inflasi maka semakin
rendah pendapatan benar
(b)Berikan 3 kegunaan maklumat Indek harga pengguna dan inflasi
[3M]
iv. Mengukur taraf hidup
Semakin tinggi IHP, semakin tinggi kadar inflasi maka semakin
rendah taraf hidup
v. Membantu kerajaan menggubal dasar spt dasar fiskal dan
dasar kewangan untuk mengawal inflasi.
2013
2(a) Jelaskan faktor kenaikan kadar inflasi semasa
ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh [2M ]
Kadar inflasi meningkat disebabkan peningkatan permintaan
agregat dalam negara sedangkan penawaran agregat tidak
berubah kerana guna tenaga penuh. Ini menyebabkan
kenaikan harga barang dan perkhidmatan
2013
(b) Nyatakan 4 kesan negatif inflasi kepada negara [ 4M ]
i. Kos sara hidup meningkat
ii. Taraf hidup masyarakat menurun
iii. Nilai wang jatuh/kuasa beli jatuh
iv.Tabungan berkurang
2013(U)
2a) Jelaskan 2 faktor yang menyebabkan inflasi tolakan
kos berlaku dan 2 faktor inflasi import [ 4M ]
Faktor menyebabkan inflasi tolakan kos:
(i) Kenaikan kos bahan mentah
Maka kos pengeluaran naik, firma mengurangkan pengeluaran,
penawaran agregat jatuh, harga naik
(ii) Kenaikan upah buruh
Maka kos pengeluaran naik, firma mengurangkan pengeluaran,
penawaran agregat jatuh, harga naik
2013(U)
2a) Jelaskan 2 faktor yang menyebabkan inflasi tolakan
kos berlaku dan 2 faktor inflasi import [ 4M ]
Faktor menyebabkan inflasi diimport
(i) Kenaikan harga barang import
Maka barang dijual dalam negara dengan harga yang lebih mahal
(ii) Kenaikan nilai mata wang asing
Maka harga barang import semakin mahal
(b)Kadar inflasi antara 2 hingga 3 peratus dianggap baik
kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Jelaskan
pernyataan di atas [ 2M ]
(i) Peningkatan perbelanjaan agregat
Inflasi sederhana tidak membebankan pengguna. Maka penggunaan
akan meningkat, keluaran meningkat, pertumbuhan ekonomi
meningkat.
(ii) Firma meningkatkan pelaburan
Firma dapat lebih untung kerana harga barang naik. Maka pelaburan
meningkat, keluaran meningkat, pertumbuhan ekonomi meningkat
2014
Huraikan kesan inflasi ke atas
(a) Pertumbuhan ekonomi negara [ 2M ]
(b) Golongan penghutang [ 2M ]
(c) Golongan Pesara [ 2M ]
(a) Apabila berlaku inflasi, pulangan kepada pelaburan akan merosot
disebabkan kadar faedah meningkat. Pertumbuhan ekonomi akan
terjejas.
Manakala inflasi sederhana akan mendorong pertumbuhan ekonomi
kerana berlaku pertambahan dalam pelaburan dan dapat
meningkatkan pendapatan negara.
2014
Huraikan kesan inflasi ke atas
(a) Pertumbuhan ekonomi negara [ 2M ]
(b) Golongan penghutang [ 2M ]
(c) Golongan Pesara [ 2M ]
(b) Inflasi memberi keuntungan kepdaa golongan penghutang
sekiranya kadar faedah pinjaman tidak berubah. Maka penghutang
hanya membayar hutang pada kadar bunga benar yang lebih rendah.
2014
Huraikan kesan inflasi ke atas
(a) Pertumbuhan ekonomi negara [ 2M ]
(b) Golongan penghutang [ 2M ]
(c) Golongan Pesara [ 2M ]
(c) Inflasi merugikan golongan pesara yang menerima bayaran
pencen tetap. Pendapatan benar berkurang, kuasa beli merosot,
taraf hidup pesara terjejas.
2014(U)
(2)Terangkan tiga kesan negatif Dasar Belanjawan
Kurangan kpd negara [ 6M ].
(i) Peningkatan beban hutang kerajaan persekutuan.
Apabila perbelanjaan melebihi hasil maka negara perlu berhutang
(ii) Peningkatan harga umum
Permintaan agregat meningkat maka tingkat harga umum meningkat
(iii) Peningkatan kadar bunga pinjaman
Apabila pinjaman meningkat, permintaan terhadap dana meningkat
dan kesannya, kadar bunga pinjaman turut meningkat
2014(U)
(3) Jelaskan 3 jenis inflasi di Malaysia . [ 6M ]
(i) Inflasi tarikan permintaan
Kenaikan tingkat harga umum apabila berlaku peningkatan
permintaan agregat berbanding penawaran agregat akibat bekalan
wang bertambah
(ii) Inflasi tolakan kos
Kenaikan tingkat harga umum akibat kenaikan kos pengeluaran . Cth
upah buruh meningkat atau harga bahan mentah naik
2014(U)
(3) Jelaskan 3 jenis inflasi di Malaysia . [ 6M ]
(iii) Inflasi diimport
Kenaikan harga barang yang diimport kerana berlaku inflasi di
negara mengeksport atau susut nilai mata wang tempatan. Ini
menyebabkan barang import dijual dengan harga yangg lebih mahal.
2015
Terangkan bagaimana dasar yang berikut boleh mengawal
inflasi:
(a) Dasar Kawalan Harga [ 2M ]
(b) Dasar Fiskal [ 4M ]
(a) Kerajaan boleh menetapkan harga barang kawalan melalui dasar
harga maksimum iaitu menetapkan harga lebih rendah daripada
harga kesimbangan pasaran. Penetapan harga ini dapat menstabilkan
harga di pasaran.
2015
Terangkan bagaimana dasar yang berikut boleh mengawal
inflasi:
(a) Dasar Kawalan Harga [ 2M ]
(b) Dasar Fiskal [ 4M ]
(b)
(i) Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
Kerajaan mengurangkan perbelanjaan akan menyebabkan
perbelanjaan agregat dan permintaan agregat akan menurun.
Pendapatan negara akan menurun dan akhirnya harga akan
menurun, inflasi dapat dikawal
2015
Terangkan bagaimana dasar yang berikut boleh mengawal
inflasi:
(a) Dasar Kawalan Harga [ 2M ]
(b) Dasar Fiskal [ 4M ]
(b)
(ii) Mengingkatkan kadar cukai
Peningkatan kadar cukai akan menyebabkan pendapatan boleh guna
menurun, perbelanjaan agregat dan permintaan agregat akan
menurun. Pendapatan negara akan menurun dan akhirnya harga
akan menurun, inflasi dapat dikawal
2015(U)
“Kerajaan telah menurunkan cukai pd satu tahun yang
berkenaan. Oleh itu pendapatan boleh guna rakyat
meningkat. Permintaan agregat rakyat turut meningkat. Ini
menyebabkan harga umum barang & perkhidmatan
meningkat.’
(a)Berdasarkan situasi di atas, apakah masalah ekonomi yg
berlaku? [1M]
(b) Berdasarkan jawapan dalam (a) berikan jenisnya. [1M]
(a) Inflasi
(b) Inflasi tarikan permintaan
2015(U)
(c) Berdasarkan jawapan dalam (b), jelaskan dua faktor
yang menyebabkan masalah ekonomi itu berlaku. [4M]
(i) Pertambahan perbelanjaan kerajaan menyebabkan permintaan
agregat meningkat, pendapatan negara meningkat, harga umum
meningkat
(ii) Pertambahan bekalan wang menyebabkan kadar bunga turun,
pelaburan meningkat, permintaan agregat meningkat, harga umum
meningkat
2016
Terangkan tiga kesan negatif inflasi terhadap ekonomi isi
rumah . [ 6M ]
(i) Kuasa beli berkurang
Dengan jumlah wang yang sama, isi rumah memperoleh kuantiti
barang dan perkhidmatan yang berkurangan.
(ii) Taraf hidup merosot
Pendapatan benar terjejas menyebabkan kemampuan berbelanja
merosot
2016
Terangkan tiga kesan negatif inflasi terhadap ekonomi isi
rumah . [ 6M ]
(iii) Kos sara hidup meningkat
Kos perbelanjaan isi rumah untuk keperluan asas semakin tinggi
(iv) Tabungan berkurangan
Perbelanjaan meningkat menyebabkan isi rumah mengurangkan
tabungan/menggunakan simpanan untuk menampung perbelanjaan
2017
“Satu daripada dasar kerajaan untuk menstabilkan ekonomi
ialah mengubah perbelanjaan kerajaan dan percukaian ‘’
(a)(i) Berdasar pernyataan di atas , nyatakan dasar
kerajaan tersebut [ 1M ]
Dasar fiskal
2017
(ii) Berdasar jawapan a(i) jelaskan bagaimana dasar
tersebut boleh digunakan bagi mengawal inflasi [ 4M ]
Melaksanakan dasar fiskal menguncup iaitu dengan mengurangkan
perbelanjaan kerajaan atau meningkatkan cukai atau mengurangkan
perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai secara serentak.
Maka perbelanjaan agregat/permintaan agregat jatuh, keluaran
berkurang, harga jatuh dan inflasi dapat dikawal.
2017
(iii) Nyatakan kesan buruk inflasi terhadap ekonomi . [ 1M ]
- Kos sara hidup meningkat
- Taraf hidup menurun
- Nilai wang merosot
- Memburukkan imbangan pembayaran
2018
Nyatakan tiga jenis inflasi dan berikan satu sebab
berlakunya setiap inflasi tersebut. [ 6M ]
i. Inflasi tarikan permintaan
Kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan oleh peningkatan
perbelanjaan agregat akibat peningkatan dalam perbelanjaan
penggunaan/pelaburan/perbelanjaan kerajaan/eksport bersih atau
peningkatan dalam bekalan wang.