The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ChunKF, 2022-04-19 01:42:23

Definisi konsep Bab 2 pdf

Definisi konsep Bab 2 pdf

2018

Nyatakan tiga jenis inflasi dan berikan satu sebab
berlakunya setiap inflasi tersebut. [ 6M ]

ii. Inflasi tolakan kos
Kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan oleh kenaikan dalam
kos pengeluaran akibat kenaikan harga bahan mentah atau kenaikan
upah buruh.

iii. Inflasi diimport
Kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan oleh kenaikan harga
bahan mentah yang diimport/susut nilai mata wang tempatan/inflasi
di negara yang mengeksport.

2019

(a)Terangkan Perbezaan kos sara hidup dengan taraf hidup
[ 2M ]

Kos sara hidup ialah jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk
seseorang individu untuk memenuhi keperluan asas bagi
meneruskan kehidupan seharian.

Manakala taraf hidup ialah mengukur jumlah barang dan
perkhidmatan yang digunakan oleh isi rumah berdasarkan
pendapatan yang diterima.

2019
b) Jelaskan hubungan kos sara hidup dengan taraf hidup
[ 2M ]

Hubungan antara kos sara hidup dgn taraf hidup adalah secara
negatif .

Iaitu apabila kos sara hidup meningkat, taraf hidup menurun dan
sebaliknya apabila kos sara hidup menurun, taraf hidup meningkat.

2019
(c) Terangkan kesan inflasi terhadap kos sara hidup dan
taraf hidup [ 2M ]

Inflasi meningkatkan kos sara hidup dan mengurangkan taraf hidup.

2020

Takrifkan dasar yang berikut dan jelaskan bagaimana

dasar ini boleh mengawal inflasi beserta dengan contoh:

(a) Dasar harga maksimum [3M]

Dasar harga maksimum ialah langkah kerajaan menetapkan harga
barang kawalan pada tingkat lebih rendah daripada harga
keseimbangan pasaran.
Ini menyebabkan peniaga tidak boleh menaikkan harga melebihi
harga maksimum dan inflasi dapat dikawal.
Contoh : kerajaan menetapkan harga maksimum ayam pada musim
perayaan.

2020

Takrifkan dasar yang berikut dan jelaskan bagaimana

dasar ini boleh mengawal inflasi beserta dengan contoh:

(b) Dasar pendapatan [3M]

Dasar pendapatan ialah langkah kerajaan mengawal kenaikan tingkat
upah. Jika upah dapat dikawal, kos pengeluaran tidak akan
meningkat, peniaga tiada alasan untuk menaikkan harga barang,
inflasi dapat dikawal.
Contoh : rundingan antara kerajaan dengan kesatuan sekerja atau
majikan.


Click to View FlipBook Version