The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ChunKF, 2022-05-13 03:39:18

Definisi konsep Bab 6 pdf

Definisi konsep Bab 6 pdf

DEFINISI KONSEP

BAB 6

KEMISKINAN

Pendapatan seseorang tidak mampu
memenuhi keperluan asas yang meliputi
keperluan makanan dan bukan makanan

PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN (PGK)

 Pendapatan yang setakat mencukupi untuk
memperoleh keperluan asas

KEMISKINAN MUTLAK

 Pendapatan seseorang tidak mencukupi
untuk memenuhi keperluan minimum yang
diukur berdasarkan PGK

KEMISKINAN TEGAR

 Pendapatan seseorang yang kurang
daripada PGK makanan

KEMISKINAN RELATIF

 Perbandingan taraf hidup atau kebajikan
sesuatu kumpulan dengan kumpulan yang
lain berdasarkan kumpulan etnik dan
strata.

PUNCA-PUNCA KEMISKINAN

 Akses pasaran yang terhad
Modal terhad
Teknologi rendah
Pendidikan yang rendah

AGIHAN PENDAPATAN

Bagaimana jumlah KDNK diagihkan dalam
kalangan penduduk sesebuah negara
Kaedah mengukur agihan pendapatan:
▪ Kaedah Persentil
▪ Keluk Lorenz
▪ Pekali Gini

SUMBER PENDAPATAN

▪ Upah
▪ Sewa
▪ Dividen
▪ Bunga
▪ Untung
▪ Harta pusaka
▪ Bayaran pindahan

DASAR MEMBASMI KEMISKINAN

▪Dasar Ekonomi baru
▪Dasar Pembangunan Nasional
▪Dasar Wawasan Negara
▪Dasar Pendidikan Negara

AGENSI MEMBASMI KEMISKINAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Amanah Ikhtiar Malaysia
Baitulmal
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
Agensi Pembangunan Wilayah

PROGRAM MEMBASMI KEMISKINAN

Program Pembangunan Rakyat Termiskin
Program Rancangan Makanan Tambahan
Skim Baucer Tuisyen

SOALAN STPM

BAB 6

2013

(a) Berikan maksud kemiskinan relatif [2M]

Kemiskinan berasaskan perbezaan pendapatan dalam
pelbagai kumpulan penduduk sama ada mengikut etnik,
Kawasan kediaman atau strata.
atau
Perbandingan taraf hidup atau kebajikan sesuatu kumpulan
berbanding dengan kumpulan lain.
Diukur menggunakan nisbah perbezaan pendapatan
mengikut kumpulan pendapatan, kumpulan etnik dan
penghuni bandar dan luar bandar.

b) Jelaskan dua punca yg boleh menyebabkan kemiskinan

relatif [4M]

(i) Akses pasaran yang terhad
Penduduk luar bandar dan pendalaman sukar untuk
memasarkan hasil pengeluaran. Jualan terhad dan
pendapatan yang diperolehi rendah berbanding penduduk
bandar

b) Jelaskan dua punca yg boleh menyebabkan kemiskinan

relatif [4M]

(ii) Teknologi yang rendah
Penduduk luar bandar menggunakan tingkat teknologi
rendah dalam proses pengeluaran dan lebih kepada amalan
tradisional. Maka pendapatan rendah
Penduduk di bandar menggunakan teknologi lebih maju
dalam proses pengeluaran. Maka pendapatan tinggi

2013(U)

a) Apakah maksud kemiskinan mutlak dan
kemiskinan relatif [2M]

Kemiskinan mutlak ialah kekurangan pendapatan yang
diperlukan untuk memenuhi keperluan sara hidup yang
minimum/keperluan asas spt makanan, pakaian dan tempat
tinggal

Kemiskinan relatif ialah kedudukan relatif sesuatu kumpulan
dengan kumpulan lain dari segi perbezaan tingkat
pendapatan antara kumpulan atau etnik atau strata.

b) Huraikan perbezaan pengukuran antara kemiskinan
mutlak dgn kemiskinan relatif [2M]

Kemiskinan mutlak diukur berdasarkan pendapatan di
bawah garis kemiskinan. Manakala kemiskinan relatif diukur
berdasarkan tingkat pendapatan bagi setiap kumpulan isi
rumah

c) Berikan dua langkah utk mengatasi masalah
kemiskinan mutlak [2M]

i. Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)
ii. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
iii. Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
iv. Subsidi input kepada nelayan dan petani

2015

Jelaskan 3 punca kemiskinan [ 6M ]

(i) Akses pasaran yang terhad
Pengeluar tidak berupaya memasarkan produk dengan
meluas disebabkan kedudukan yg terpencil atau saiz pasaran
yang kecil.
Maka sukar untuk mengembangkan perniagaan dan terus
menerima pendapatan yang rendah. Kesannya, berlaku
kemiskinan

2015
Jelaskan 3 punca kemiskinan [ 6M ]
(ii) Kekurangan modal
Sukar untuk memulakan dan mengembangkan
perniagaan. Jadi sukar untuk meningkatkan
pendapatan dan mewujudkan masalah kemiskinan

(iii) Tahap teknologi pengeluaran yang rendah
Daya pengeluaran rendah dan tingkat pendapatan
rendah. Jadi berlaku kemiskinan

2015
Jelaskan 3 punca kemiskinan [ 6M ]

(iv) Tahap pendidikan yang rendah
Menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan
pekerjaan yang bergaji tinggi dan terpaksa bekerja
dengan upah yang rendah . Ini menyebabkan
kemiskinan

2015(U)

(a) Jelaskan maksud pendapatan garis kemiskinan (PGK)
[2M]

Pendapatan isi rumah yang mencukupi untuk memenuhi
keperluan asas dari segi makanan, pakaian dan tempat
tinggal.

(b) Berbantukan contoh, terangkan sumber pendapatan
bukan upah yg berikut:

(i) Sewa [2m]

(ii) Bayaran pindahan [2m]

(i) Sewa ialah pendapatan kepada pemilik faktor pengeluaran
yg penawarannya terhad. Contoh: sewa tanah, sewa rumah

(ii) Bayaran pindahan ialah pendapatan yang diterima oleh
individu tanpa sebarang sumbangan dalam proses
pengeluaran. Contoh: pencen dan biasiswa.

2016

Terangkan 3 dasar kerajaan untuk basmi kemiskinan [6M]

(i) Dasar Ekonomi Baru (DEB)
DEB membasmi kemiskinan melalui peningkatan pendapatan
dan menambah peluang pekerjaan utk semua lapisan
masyarakat tanpa mengira kaum.
Untuk mencapai matlamat tersebut kerajaan meningkatkan
kemudahan infrastruktur, kesihatan, latihan dan pelajaran
untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup

2016

Terangkan 3 dasar kerajaan untuk basmi kemiskinan [6M]

(ii) Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Mempertingkatkan latihan kemahiran kepada belia luar
bandar melalui bantuan subsidi dan khidmat nasihat.
Bantuan subsidi kepada golongan petani, penanam padi dan
nelayan supaya meningkatkan produktiviti dan pendapatan

2016

Terangkan 3 dasar kerajaan untuk basmi kemiskinan [6M]

(iii) Dasar Wawasan Negara (DWN)
Bantuan kerajaan kepada kelompok kecil di bandar dan luar
bandar.
Bantuan kepada kelompok kecil yang terpencil seperti
golongan minoriti orang asli, kumpulan minoriti di Sabah
dan Sarawak.

2017

Jelaskan bagaimana faktor berikut menyebab berlaku
kemiskinan [6M]

a)Pendidikan

b)Teknologi
c)Akses pasaran

(a) Tahap pendidikan yang rendah menyebabkan kesukaran
untuk mendapat pekerjaan yang bergaji tinggi.
Hanya mendapat pekerjaan yang bergaji rendah . Ini
menyebabkan kemiskinan

2017

Jelaskan bagaimana faktor berikut menyebab berlaku
kemiskinan [6M]
a)Pendidikan
b)Teknologi
c)Akses pasaran

(b) Teknologi yang digunakan rendah maka daya pengeluaran
rendah dan tingkat pendapatan rendah. Jadi berlaku
kemiskinan

2017

Jelaskan bagaimana faktor berikut menyebab berlaku
kemiskinan [6M]

a)Pendidikan

b)Teknologi
c)Akses pasaran

(c)Akses pasaran yang terhad menyebabkan pengeluar tidak
berupaya memasarkan produk dengan meluas disebabkan
kedudukan yg terpencil atau saiz pasaran yg kecil.
Kesannya, pendapatan rendah, berlaku kemiskinan

2018

Nyatakan dua peranan yg dimainkan oleh agensi berikiut
dalam membasmi kemiskinan

a) Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA) [ 2M ]

b) Baitulmal [ 2M ]

c) Amanah Ikhtiar Malaysia [ 2M]

(a)
Membantu petani memasarkan hasil tani
Menyediakan tempat perniagaan seperti pasar tani/borong
Membantu memproses hasil pertanian

2018

Nyatakan dua peranan yg dimainkan oleh agensi berikiut
dalam membasmi kemiskinan

a) Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA) [ 2M ]

b) Baitulmal [ 2M ]

c) Amanah Ikhtiar Malaysia [ 2M]

(b)
Memberi bantuan kewangan kepada golongan asnaf/miskin melalui
kutipan zakat
Memberi bantuan modal kepada golongan miskin untuk berniaga
Memberi latihan/pendidikan seperti menubuhkan kolej untuk anak-
anak golongan miskin

2018

Nyatakan dua peranan yg dimainkan oleh agensi berikiut
dalam membasmi kemiskinan

a) Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA) [ 2M ]

b) Baitulmal [ 2M ]

c) Amanah Ikhtiar Malaysia [ 2M]

(c)
Memberi bantuan modal untuk memulakan/mengembangkan
perniagaan kepada golongan miskin
Memberi khidmat nasihat/latihan utk menjalankan
perniagaan kpd golongan miskin

2019

a)(i) Jelaskan maksud Pekali GIni [ 2M ]

(ii) Jika Pekali Gini di negara A ialah 0.34 manakala
pekalai Gini negara B ialah 0.73, bandingkan agihan
pendapatan di kedua-dua negara tersebut [ 2M ]

(i) ukuran tentang ketidaksamaan/ketidaksetaraan dalam
agihan pendapatan di sesebuah negara. Nilai pekali Gini
berada di antara 0 hingga 1.

(ii) Agihan pendapatan negara A secara relatif lebih adil
/saksama/setara berbanding negara B kerana nilai pekali
Gini negara A lebih rendah dari nilai pekali Gini negara
B.

2019

(b) Nyatakan 2 sumber pendapatan daripada bayaran

pindahan [ 2M ]

Pencen
Derma
Biasiswa
Wang saku
BRIM
Bantuan Kebajikan Masyarakat
Bantuan awal persekolahan
Voucher Buku

2020

(a)Berdasarkan objektif setiap agensi yang berikut,
namakan agensi yang terlibat untuk membasmi
kemiskinan:

(i) Memberikan kredit kepada ibu tunggal yang kurang

berkemampuan [1M]
(ii) Membantu memasarkan hasil tani[1M]

(iii) Mengurus bantuan kepada masyarakat Islam yang

miskin [1M]

(i) AIM/TEKUN

2020

(a)Berdasarkan objektif setiap agensi yang berikut,
namakan agensi yang terlibat untuk membasmi
kemiskinan:

(i) Memberikan kredit kepada ibu tunggal yang kurang

berkemampuan [1M]
(ii) Membantu memasarkan hasil tani[1M]

(iii) Mengurus bantuan kepada masyarakat Islam yang

miskin [1M]

(ii) FAMA

2020

(a)Berdasarkan objektif setiap agensi yang berikut,
namakan agensi yang terlibat untuk membasmi
kemiskinan:

(i) Memberikan kredit kepada ibu tunggal yang kurang

berkemampuan [1M]
(ii) Membantu memasarkan hasil tani[1M]

(iii) Mengurus bantuan kepada masyarakat Islam yang

miskin [1M]

(iii) Baitumal/Pusat Zakat

2020

(b) Nyatakan tiga program kerajaan yang membantu
membasmi kemiskinan. [3M]

(i) Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)
(ii) Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) / PPR/

PR1MA
(iii) Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
(iv) Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)
(v) Biasiswa Baitulmal
(vi) Bantuan sara hidup
(vii) Bantuan awal persekolahan


Click to View FlipBook Version