2.5 Dasar Kawalan Harga
(a) i. Dasar Harga Maksimum (K)
• Dasar harga maksimum ialah dasar penetapan tingkat
harga pasaran yang lebih rendah daripada tingkat
harga keseimbangan pasaran.
• Merupakan tindakan kerajaan menetapkan had
maksimum yang boleh dikenakan ke atas harga barang
bagi tujuan menjaga kebajikan pengguna.
• Dasar ini sesuai digunakan untuk mengurangkan
inflasi.
UNIT EKONOMI AE015 101
Rajah 7.2.1 (a) Harga Maksimum
P S
D
Pe E Harga
Pc maksimum
Q1 Qe Q2 D
S
AE015 Q
0
102
UNIT EKONOMI
Kesan dasar harga maksimum
• Permintaan melebihi penawaran:
-- Lebihan permintaan yang berlaku di pasaran akan
menggalakkan berlakunya pasaran gelap.
-- Untuk mengelakkan daripada berlakunya pasaran gelap,
kerajaan boleh mengadakan dasar pencatuan.
-- Kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang
seperti mengenakan denda dan hukuman berat ke atas
pihak-pihak yang terlibat dengan pasaran gelap.
-- Selain itu, bagi mengatasi masalah lebihan permintaan,
kerajaan akan mengimport.
UNIT EKONOMI AE015 103
ii. Dasar Harga Minimum (K)
• Dasar harga minimum ialah dasar penetapan tingkat
harga pasaran yang lebih tinggi daripada tingkat harga
keseimbangan pasaran.
• Tindakan kerajaan menetapkan had minimum yang
boleh dikenakan ke atas harga barang bertujuan
menjaga kebajikan pengeluar.
UNIT EKONOMI AE015 104
Rajah ii. Harga Minimum
P S
D Harga
minimum
Pf
E
Pe
S Q1 Qe Q2 D
0
AE015 Q
UNIT EKONOMI
105
Kesan dasar harga minimum
• Penawaran melebihi permintaan
-- Bagi mengatasi masalah lebihan penawaran, kerajaan
akan membeli lebihan penawaran tersebut dan disimpan
dalam stok penimbal.
-- Sekiranya ada permintaan untuk barang tersebut dengan
harga yang berpatutan, kerajaan akan menjual @
mengeksport lebihan tersebut.
-- Dasar harga minimum telah berjaya meninggikan harga
dan meningkatkan pendapatan pengeluar.
UNIT EKONOMI AE015 106
b. Cukai Dan Subsidi (T)
(i) Cukai Jualan
-- Cukai jualan ialah cukai tak langsung yang dikenakan
oleh kerajaan ke atas sesuatu barang dan ia hanya
dibayar pada masa jual beli barang tersebut berlaku.
-- Cukai jualan yang dikenakan akan menyebabkan kos
pengeluaran pengeluar meningkat. Kesannya pengeluar
akan memindahkan sebahagian beban cukai tersebut
kepada pengguna.
-- kenaikan kos pengeluaran akan menyebabkan pengeluar
mengurangkan penawaran .
-- Keluk penawaran akan akan beralih ke kiri menyebabkan
harga pasaran akan meningkat.
UNIT EKONOMI AE015 107
Rajah (i) Cukai
P t
E1 E0
P1
P0 PENGGUNA A
PENGELUAR
PB
0 Q1 Q0 Q
UNIT EKONOMI AE015 108
• Berdasarkan rajah:
- Keseimbangan asal dicapai pada titik E0 apabila
keluk penawaran S0S0 bersilang dengan keluk
permintaan D0D0 dimana tingkat harga
keseimbangan Po dan kuantiti keseimbangan Q0.
- Setelah cukai dikenakan, keluk penawaran akan
beralih ke kiri iaitu dari S0S0 ke S1S1.
- Titik keseimbangan berubah dari EO ke EI, tingkat
harga naik daripada P0 ke P1 manakala kuantiti
keseimbangan merosot daripada QO ke Q1.
- Jumlah beban cukai pengguna ialah
POP1E1A,manakala beban cukai pengeluar ialah
PPOAB.
UNIT EKONOMI AE015 109
1) -- Fungsi penawaran sebelum cukai ialah
QS1 = a + bP
-- Setelah cukai per unit dikenakan, fungsi
penawaran berubah menjadi
QS2 = a + b (P – cukai per unit)
ATAU
2) -- Jika fungsi penawaran sebelum cukai
PI = a + dQ
-- Setelah cukai per unit dikenakan, fungsi
penawaran berubah menjadi
UNIT EKONOMI P2 = a + dQ + cukai per unit 110
AE015
Contoh pengiraan
• Diberi fungsi permintaan dan penawaran adalah seperti
berikut :
Qd = 60 – 3P
Qs = 3P
(a) Tentukan harga dan output keseimbangan.
(b) Bentukkan fungsi penawaran yang baru jika kerajaan
mengenakan cukai RM2.00 per unit atas output itu.
(c) Tentukan kesan cukai terhadap harga dan keseimbangan.
(d) Lakarkan rajah keseimbangan sebelum dan selepas cukai
dikenakan dan hitung lebihan penguna dan lebihan
pengeluar sebelum dan selepas cukai dikenakan.
Jawapan : Qs = 3P
Qs = 3(10)
(a) Qd = Qs Qs = 30 unit
60 – 3P = 3P
P = RM10
(b) Qs1 = 3 (P – T)
Qs1 = 3 (P – 2)
Qs1 = 3P – 6
(c) Qd = Qs1 (harga keseimbangan)
60 – 3P = 3P – 6
6P = 66
P = RM11
Qs1 = 3P – 6 (kuantiti keseimbangan)
= 3(11) – 6
Qs = 27 unit
(d) Harga (RM)
Qs1 = 3P – 6
20 Qs = 3P
11
10
2
Qd = 60 – 3P
0
27 30 kuantiti (unit)
Sebelum cukai :
Lebihan pengguna = ½ x 30 x(20 – 10)
= RM150
Lebihan pengeluar = ½ x 30 x 10
= RM150
Selepas cukai :
Lebihan pengguna = ½ x 27 x (20 – 11)
= RM121.50
Lebihan pengeluar = ½ x 27 x (11 – 2)
= RM121.50
Latihan tambahan
1. Persamaan penawaran dan permintaan barang X
diberikan seperti berikut :
P = 2 + 3Q
P = 14 – Q
(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan.
(b) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM2
terhadap setiap unit barang X;
(i) Dapatkan persamaan penawaran yang baru
(ii) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan selepas
cukai dikenakan
(iii) Hitung lebihan penguna sebelum dan selepas cukai
dikenakan.
(ii) Subsidi
• Subsidi ialah bantuan kerajaan kepada pengeluar bagi
mengurangkan kos pengeluaran.
• Kesannya kos pengeluaran akan berkurangan
menyebabkan pengeluar akan menambahkan keluaran.
• Keluk penawaran akan beralih ke kanan.
UNIT EKONOMI AE015 117
Rajah (ii) Subsidi
P B
P2 A
PENGELUAR E0 E1
P0
PENGGUNA
P1
0 Q0 Q1 Q
UNIT EKONOMI AE015 118
• Berdasarkan rajah:
-- Keseimbangan asal tercapai pada titik EO apabila
keluk penawaran SOSO bersilang dengan keluk
permintaan D0D0 dimana tingkat harga
keseimbangan PO dan kuantiti keseimbangan QO.
-- Setelah subsidi dikenakan, keluk penawaran akan
beralih ke kanan dari SOSO ke S1S1.
-- Titik keseimbangan berubah dari EO ke EI, tingkat
harga jatuh dari PO ke PI manakala kuantiti
keseimbangan meningkat dari Q0 ke QI.
-- Jumlah subsidi yang diperolehi oleh pengguna ialah
PIPOAEI, manakala jumlah subsidi yang diperolehi
oleh pengeluar ialah POP2BA.
UNIT EKONOMI AE015 119
1) -- Fungsi penawaran sebelum subsidi
QS1 = a + bP
-- Setelah subsidi dikenakan, fungsi penawaran
berubah menjadi
QS2 = a + b (P + Subsidi)
ATAU
2) -- Jika fungsi penawaran sebelum subsidi
PI = c + dQ
-- Setelah subsidi dikenakan, fungsi penawaran
berubah menjadi
P2 = c + dQ - subsidi
UNIT EKONOMI AE015 120
Contoh :
• Diberi fungsi permintaan dan penawaran adalah seperti
berikut :
Qd = 66 – 3P
Qs = 3P – 6
(a) Tentukan harga dan output keseimbangan.
(b) Bentukkan fungsi penawaran yang baru jika kerajaan telah
memberi subsidi RM2.00 per unit atas output itu.
(c) Tentukan kesan pemberian subsidi terhadap harga dan
keseimbangan.
(d) Lakarkan rajah keseimbangan sebelum dan selepas
pemberian subsidi dan hitung lebihan penguna dan lebihan
pengeluar sebelum dan selepas pemberian subsidi.
Jawapan : Qs = 3P – 6
Qs = 3(12) – 6
(a) Qd = Qs Qs = 30 unit
66 – 3P = 3P
P = RM12
(b) Qs1 = 3 (P + S) – 6
Qs1 = 3 (P + 2) – 6
Qs1 = 3P + 6 – 6
Qs1 = 3P
(c) Qd = Qs1 (harga keseimbangan)
66 – 3P = 3P
6P = 66
P = RM11
Qs1 = 3P (kuantiti keseimbangan)
= 3(11)
Qs = 33 unit
(d) Harga (RM)
Qs = 3P – 6
22 Qs1 = 3P
12
11
2
Qd = 66 – 3P
0
30 33 kuantiti (unit)
Sebelum subsidi :
Lebihan pengguna = ½ x 30 x(22 – 12)
= RM150
Lebihan pengeluar = ½ x 30 x (12 – 2)
= RM150
Selepas subsidi :
Lebihan pengguna = ½ x 33 x (22 – 11)
= RM165
Lebihan pengeluar = ½ x 33 x 11
= RM181.50
Latihan tambahan
2. Berikut ialah fungsi permintaan dan
penawaran suatu barang :
P = 40 – Q
P = 2Q + 4
(a) Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan.
(b) Sekiranya kerajaan memberikan subsidi RM6
per unit;
(i) Bentukkan fungsi penawaran yang baru
(ii) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan
yang baru
3. Diberi persamaan permintaan dan persamaan
penawaran bagi ikan bawal seperti berikut :
Qd = 100 – 2.5P
Qs = 25 + 5P
Di mana; Qd = kuantiti diminta (kg)
Qs = kuantiti ditawar (kg)
P = harga (RM)
(a) Hitung harga dan kuantiti ikan bawal pada
keseimbangan.
(b) Sekiranya kerajaan mengenakan harga
minimum ikan bawal pada RM12.00
sekilogram;
(i) Lakarkan gambar rajah yang menggambarkan
maklumat soalan (a) dan (b)
(ii) Hitung lebihan penguna pada harga
keseimbangan
(iii) Hitung perubahan lebihan pengguna selepas
harga minimum dikenakan.
Contoh soalan
• Berbantukan gambar rajah, terangkan
bagaimana peningkatan teknologi
mempengaruhi harga dan kuantiti
keseimbangan.
UNIT EKONOMI AEO15
Harga (RM)
E0 S1
E1
P0
D0
P1
15 Q1 Q2 Kuantiti (unit)
UNIT EKONOMI
Q0
AEO15
Huraian rajah :
• 1. keseimbangan asal – keseimbangan asal
tercapai pada titik E0 apabila keluk
permintaan D0 bersilang dengan keluk
penawaran S0 pada harga P0 dan kuantiti Q0.
• 2. peralihan keluk – peningkatan teknologi
akan menambah pengeluaran dan mengalih
keluk penawaran ke kanan dari S0 ke S1.
UNIT EKONOMI AEO15
• Pada P0, berlaku lebihan penawaran sebanyak
Q0Q2. Harga akan cenderung turun sehingga
mencapai keseimbangan baru.
• 3.Keseimbangan baru – keseimbangan baru
tercapai di titik E1 dengan harga pada P1 dan
kuantiti pada Q1.
• Kesannya, harga turun dari P0 ke P1 dan
kuantiti meningkat dari Q0 ke Q1 .
UNIT EKONOMI AEO15