The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Etika Perkhidmatan Awam 2021_30jun2021 (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jiliebaharin, 2021-08-01 19:45:32

Etika Perkhidmatan Awam 2021

Etika Perkhidmatan Awam 2021_30jun2021 (1)

Keywords: public administration,ethics

ETIKA

PERKHIDMATAN AWAM

“Pilihlah di antara mereka
(lantikan ke Perkhidmatan Awam)
yang mempunyai akhlak yang mulia

dan bersifat amanah,
orang yang tidak akan
mengambil kesempatan daripada
kedudukan mereka yang istimewa ... “

Warkah Sayyidina Ali Ibn Abi Talib, Khalifah Ke-4
kepada Malik Harith Al Ashtar

© Hak Cipta Terpelihara 2021 oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada
kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN).
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jabatan Perkhidmatan Awam
Kuala Lumpur
Malaysia.
Laman web: http://www.intanbk.intan.my
Tel: (603) - 2084 7777 (Talian Utama)
Faks: (603) - 2084 7471

ii

SEKAPUR SIREH ETIKA
KETUA PENGARAH PERKHDMATAN AWAM
PERKHIDMATAN AWAM

iii

Assalamualaikum WBT dan Salam
Sejahtera,

Pertama sekali saya ingin
memanjatkan kesyukuran ke
hadrat Allah SWT di atas inayah
dan izinNya maka buku ‘Etika
Perkhidmatan Awam’ dapat
diterbitkan. Saya juga ingin
mengucapkan tahniah kepada
Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN) atas penerbitan buku ini
yang bertujuan untuk menjadi
panduan kepada semua penjawat
awam dalam menjalankan tugas
dengan penuh beretika dan
berintegriti.

Perkhidmatan awam merupakan

tulang belakang kepada jentera

pentadbiran kerajaan dalam

penyampaian perkhidmatan

kepada rakyat. Isu-isu salah laku

penjawat awam seperti rasuah

dan salah guna kuasa yang

dipaparkan di media sosial boleh

menjejaskan imej dan kredibiliti perkhidmatan awam. Ia
juga boleh memberi kesan kepada sistem penyampaian
perkhidmatan. Lantaran itu, setiap penjawat awam perlu
menjunjung tinggi budaya etika dan integriti serta komited,
jujur dan amanah dalam menjalankan tugas.
Oleh yang demikian, saya berharap agar buku ini dapat
dijadikan sebagai panduan dalam perkhidmatan awam untuk
membudayakan etika dan integriti. Diharapkan juga agar
buku ini dapat memberi manfaat dan pencerahan mengenai
pembudayaan etika yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh
setiap penjawat awam.

TAN SRI MOHD KHAIRUL ADIB BIN ABD RAHMAN
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

iv

SEULAS PINANG ETIKA
PENGARAH INTAN PERKHDMATAN AWAM

v

Assalamualaikum WBT dan Salam
Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin

memanjatkan kesyukuran

ke hadrat Allah SWT kerana

penerbitan Buku ‘Etika

Perkhidmatan Awam’ ini dapat

direalisasikan. Ini adalah usaha

berterusan daripada INTAN

untuk membudayakan etika dan

nilai-nilai murni dalam kalangan

penjawat awam di negara ini.

Dalam usaha untuk

membangunkan sebuah negara,

etika dan pengamalannya

merupakan perkara yang harus

diberikan perhatian utama.

Penjawat awam yang beretika

dan berakhlak mulia merupakan

aset penting bagi sesebuah

organisasi kerajaan. Sifat

amanah, bertanggungjawab

dan berintegriti adalah perlu

bagi setiap penjawat awam

ketika melaksanakan tugas kepada negara. Hakisan nilai-
nilai murni dan etika dalam kalangan penjawat awam akan
mengakibatkan kepincangan pentadbiran dan salah laku
dalam organisasi dan seterusnya akan menyebabkan negara
terjerumus ke arah kejatuhan.
Oleh yang demikian, buku ini diterbitkan oleh INTAN sebagai
inisiatif untuk membudayakan etika dalam kalangan
penjawat awam. Ia akan menjadi panduan dan dapat
memberi bimbingan dalam membentuk perkhidmatan
awam yang berakhlak tinggi dan menghayati nilai-nilai
murni supaya penjawat awam dapat berkhidmat dengan
cemerlang.
Diharap setiap penjawat awam dapat menghayati setiap
prinsip etika perkhidmatan awam yang telah digariskan
dalam buku ini dan diterjemahkan dalam amalan harian
terutamanya ketika melaksanakan tugas.

DATUK DR. KAMARUDIN BIN MIN
Pengarah INTAN

vi





“Saya juga sedar bahawa apa yang
rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang
bersih, berintegriti dan bebas rasuah.

Kerajaan pimpinan saya juga
akan memberi keutamaan
kepada usaha-usaha untuk
meningkatkan integriti dan
tadbir urus kerajaan yang
baik. Ini termasuk usaha-
usaha untuk membanteras
amalan rasuah dan
salah guna kuasa
dengan meningkatkan
penguatkuasaan dan
memperkemaskan undang-
undang, peraturan dan
amalan yang berkaitan.”

(Ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Perdana Menteri Malaysia,

Rayuan Kepada Rakyat Malaysia, 2 Mac 2020)



ETIKA
PERKHDMATAN AWAM

“Kepercayaan untuk berkhidmat xi
harus menjadi satu pegangan kepada
Perkhidmatan Awam supaya
amanah yang digalas dan
cabaran yang ditempuhi
dapat direalisasikan dengan
ikhlas, berfikiran terbuka
serta positif bertunjangkan
kepada perkhidmatan
kelas pertama dan pintar.
Lima prinsip utama yang
ditekankan iaitu elemen
kebersamaan, interaksi,
dinamik, khidmat bakti
dan pembudayaan
integriti harus
dijadikan panduan bagi
memacu kecemerlangan
perkhidmatan..”

(Aspirasi Ketua Setiausaha Negara, Y.Bhg Tan Sri Mohammad
Zuki bin Ali, Kepercayaan Untuk Berkhidmat,
facebook KSN, 14 Februari 2020)



KANDUNGAN

Sekapur Sireh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam iii
Seulas Pinang Pengarah INTAN v
2
BAHAGIAN RINGKASAN EKSEKUTIF ETIKA PERKHIDMATAN
AWAM 6
1 PENGENALAN 7
Peranan Perkhidmatan Awam 8
BAHAGIAN Tujuan Etika Perkhidmatan Awam 9
Objektif Etika Perkhidmatan Awam 11
2 11
12
BAHAGIAN PRINSIP KENEGARAAN 13
Menghayati Prinsip Rukun Negara 14
3 Taat Setia Kepada YDP Agong Dan Negara 15
Semangat Patriotisme Yang Tinggi 17
Berkecuali 17
Bersikap Adil Dan Kesaksamaan 18
19
BAHAGIAN PRINSIP ETIKA KERJA 20
Berintegriti 21
4 Akauntabiliti 22
Telus 23
Mematuhi Dan Mendaulatkan Undang-Undang 25
Mengamalkan Budaya Kerja Yang Mulia Dan 25
Sempurna 29
Mengamalkan Ciri-Ciri Profesionalisme 34
Menjaga Kerahsiaan 41
49
BAHAGIAN PRINSIP NILAI-NILAI MURNI 52
Kebijaksanaan 54
5 Keberanian
Pemeliharaan Diri
Keadilan

Lampiran A: Pembudayaan Etika Perkhidmatan Awam
Rujukan
Sidang Redaksi Etika Dalam Perkhidmatan Awam

RINGKASAN EKSEKUTIF ETIKA PERKHIDMATAN

BAWAM
agi merealisasikan salah satu hala tuju Kerangka
Pembaharuan Perkhidmatan Awam iaitu
penyampaian perkhidmatan berintegriti dan
profesional, Buku Etika Perkhidmatan Awam ini
bertujuan untuk memastikan setiap penjawat awam yang
berkhidmat dalam perkhidmatan awam mempunyai
nilai, integriti dan etika yang tinggi dengan menerapkan
pemahaman dan penghayatan menerusi satu sumber
rujukan yang komprehensif.

Integriti penjawat awam dalam etika perkhidmatan awam ini
ditakrifkan sebagai keupayaan penjawat awam untuk:

(i) bersikap jujur, telus dan mempertahankan diri daripada
sebarang bentuk penyelewengan demi menjaga nama
baik kementerian, jabatan, agensi dan pentadbiran
kerajaan secara keseluruhannya;

(ii) memberikan keutamaan kepada kepentingan awam
apabila berlaku konflik; dan

(iii) menghayati sepenuhnya ikrar integriti perkhidmatan
awam dan bertindak tegas terhadap mereka yang
melanggar undang-undang dalam memenuhi amanah
dan kuasa yang diberikan selaku penjawat awam.

Buku Etika Perkhidmatan Awam ini mengandungi tiga prinsip
utama iaitu kenegaraan, etika kerja dan nilai-nilai murni yang
merangkumi enam belas komponen.

2

Prinsip kenegaraan merangkumi lima komponen iaitu ETIKA
kepercayaan kepada tuhan, taat setia kepada Yang di- PERKHDMATAN AWAM
Pertuan Agong, negara dan kerajaan, semangat patriotisme
yang tinggi, berkecuali dan bersikap adil dan kesaksamaan 3
(Impartiality).

Prinsip Etika Kerja merangkumi tujuh komponen
iaitu berintegriti, akauntabiliti, telus, mematuhi dan
mendaulatkan undang-undang, mengamalkan budaya
kerja yang mulia dan sempurna. Mengamalkan ciri-ciri
profesionalisme dan menjaga kerahsiaan.

Prinsip nilai-nilai murni merangkumi empat komponen iaitu
kebijaksanaan, keberanian, pemeliharaan diri dan keadilan.

OBJEKTIF

1 2 3 4

Meningkatkan Perkhidmatan Pembudayaan Memenuhi
integriti penjawat awam etika iaitu bersih, kehendak

awam yang efektif cekap dan rakyat
amanah

Rajah 1: Objektif Etika Perkhidmatan Awam

Tiga Prinsip Utama Etika Perkhidmatan Awam

3 1

PRINSIP KENEGARAAN
ETIKA
PERKHIDMATAN 2
AWAM
ETIKA
KERJA

3

NILAI-NILAI
MURNI

Rajah 2: Prinsip Utama Etika Perkhidmatan Awam

4

PRINSIP ETIKA PERKHIDMATAN AWAM ETIKA
PERKHDMATAN AWAM
PRINSIP
ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

PRINSIP PERTAMA: Menghayati Prinsip Rukun Negara 5
KENEGARAAN Taat Setia kepada YDP Agong,
Negara dan Kerajaan

Semangat Patriotisme yang Tinggi

Berkecuali (Neutrality)
Bersikap Adil dan Kesaksamaan

(Impartiality)

Akauntabiliti Integriti

Telus Menjaga Kerahsiaan

PRINSIP KEDUA: Mematuhi dan Mendaulatkan
ETIKA KERJA Undang-Undang

PRINSIP KETIGA: Mengamalkan Budaya Kerja yang Mulia
NILAI-NILAI MURNI dan Sempurna

Mengamalkan Ciri-Ciri yang
Profesional

KEBIJAKSANAAN KEBERANIAN PEMELIHARAAN DIRI KEADILAN
Menjaga Masa Bercakap Benar
Rasional Bersyukur Bersih Menjaga Bekerjasama
Menegakkan Hak
Baik Pertimbangan Kebenaran
Toleransi Cekap Amanah Ikhlas
Berdikari Cekal
Hormat Saling Bermaafan Berdisiplin Rajin Jujur

Bermaruah Tekun Prihatin Empati
Dedikasi Penghargaan
Berketerampilan

Silaturahim Kesederhanaan

Rajah 3: Prinsip Etika Perkhidmatan Awam

PPENGENALAN
erkhidmatan awam merupakan badan eksekutif
yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan
bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar
kerajaan serta bertindak sebagai jentera kerajaan
untuk menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dan
sentiasa menjaga kepentingan awam serta memelihara
kedaulatan negara.
Perkhidmatan awam berpengaruh secara langsung dalam
kehidupan rakyat. Setiap penjawat awam yang berkhidmat
dalam perkhidmatan awam perlu kompeten dan komited
dalam melaksanakan tugas demi memenuhi ekspektasi
rakyat terbanyak yang semakin mencabar seiring dengan
kemajuan material.
Oleh itu, penjawat awam dituntut untuk melaksanakan tugas
dengan penuh tanggungjawab dan bersifat amanah. Etika
perkhidmatan awam diwujudkan sebagai panduan untuk
kefahaman, penghayatan dan pembudayaan kendiri yang
bertujuan untuk memperkasakan komponen etika dan nilai
penjawat awam.

6

Jadual 1: Peranan Perkhidmatan Awam ETIKA
PERKHDMATAN AWAM
Pertama Perkhidmatan awam adalah satu institusi utama
masyarakat dan negara.

Kedua Perkhidmatan awam memberikan 7

perkhidmatan kepada Raja, Kerajaan dan

masyarakat (rakyat) dengan penuh kesetiaan.

Ketiga Perkhidmatan awam bertanggungjawab
membentuk masyarakat yang adil dengan
sistem ekonomi yang berpandukan kepada
kepentingan awam.

Keempat Perkhidmatan awam menjalankan hak-hak dan
kuasa-kuasanya dengan penuh tanggungjawab
serta berlaku adil kepada rakyat yang menerima
khidmatnya.

(Sumber: Citra Karya. Falsafah Nilai dan Etika
Dalam Perkhidmatan Awam, INTAN 1994)

Tujuan Etika Perkhidmatan Awam
Selaras dengan peraturan-peraturan sedia ada, etika
perkhidmatan awam ini adalah seruan kepada penjawat
awam agar sentiasa memelihara sahsiah diri dengan
berakhlak mulia, teliti dan cekap dalam melaksanakan tugas
mereka.
Etika perkhidmatan awam ini juga merupakan kit pengenalan
dan ringkasan kepada peruntukan undang-undang,
peraturan, dasar, pekeliling, pelan integriti serta inisiatif
semasa yang berkaitan dengan nilai dan etika anggota
perkhidmatan awam.
Harapannya ialah dengan wujudnya etika perkhidmatan
awam ini, semua penjawat awam boleh memahami dan
menghayati panduan ini serta membudayakannya melalui
pembinaan sahsiah yang berterusan bagi memenuhi
ekspektasi rakyat seterusnya meningkatkan kepercayaan
rakyat kepada kerajaan.

8

Objektif Etika Perkhidmatan Awam ETIKA
PERKHDMATAN AWAM
1) Meningkatkan keyakinan terhadap integriti penjawat
awam yang merupakan agen dalam pelaksanaan dasar- 9
dasar kerajaan dan perkhidmatan yang diberikan.

2) Memastikan perkhidmatan awam yang efektif.

3) Pembudayaan etika iaitu bersih, cekap dan amanah
dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.

4) Memenuhi kehendak rakyat dan meningkatkan
kepercayaan kepada kerajaan.

PRINSIP
RUKUN NEGARA

KEPERCAYAAN KEPADA
TUHAN

KESETIAAN KEPADA
RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN
UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN

KESUSILAAN

10

PRINSIP ETIKA
KENEGARAAN PERKHDMATAN AWAM

KENEGARAAN 11

Penjawat awam hendaklah pada setiap masa:

1) Menghayati Prinsip Rukun Negara

Lima Prinsip Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada tuhan,
kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan,
kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan
adalah teras utama kepada pembentukan etika dalam
kalangan penjawat awam.

Penjawat awam perlu menghayati semangat prinsip Rukun
Negara secara mendalam ke arah pembentukan nilai dan
etika yang harus diamalkan oleh setiap penjawat awam.
Sebarang pelanggaran kepada prinsip Rukun Negara akan
mewujudkan konflik yang boleh menjejaskan imej, kredibiliti
dan keyakinan rakyat kepada perkhidmatan awam.

Penjawat awam yang menghayati prinsip Rukun Negara
akan mempunyai etika yang teguh dan boleh memberikan
perkhidmatan yang berintegriti dan sempurna kepada
stakeholders.

“Prinsip-prinsip inilah yang memberi makna yang amat
mendalam kepada diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita
berasa bangga menjadi warganegara Malaysia walau apa pun
kaum, agama dan warna kulit kita kerana kita mempunyai jati
diri yang sebahagiannya dibentuk oleh prinsip Rukun Negara.
Kelima-lima prinsip ini menjadi asas identiti diri dan penyatuan
kita sebagai bangsa Malaysia.

 Kita percaya kepada Tuhan, kita setia kepada Raja dan negara,
kita junjung keluhuran perlembagaan, kita hormati kedaulatan
undang-undang dan kita sentiasa bersopan dan bertatasusila
dalam pergaulan kita seharian. Tidak kiralah sama ada anda
seorang Melayu, Cina, India, Sikh, Kadazan, Dusun, Iban, Murut,
Melanau, orang asal atau mana-mana kaum dan suku kaum
sekalipun, sekiranya anda bergelar warganegara Malaysia,
inilah ciri-ciri yang wajib anda miliki. Perbezaan rasa dan warna
kulit tidak menjadi penghalang kepada kita semua untuk
bersatu hati sebagai satu bangsa yang mempunyai nilai-nilai
yang sama, yang berpegang kepada prinsip kenegaraan yang
sama, dan berbangga menjadi warga sebuah negara yang
aman, makmur dan harmoni.“

(Ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Perdana
Menteri Malaysia sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50
Rukun Negara, 9 Julai 2020)

2) Taat Setia Kepada YDP Agong Dan Negara

Memberikan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong,
negara dan kerajaan. Dalam konteks ini taat setia membawa
maksud pematuhan terhadap dasar dan peraturan yang
sedang berkuat kuasa mengikut undang-undang. Dalam

12

memberikan taat setia, pegawai tidak akan membelakangkan ETIKA
tugas awam dengan kepentingan peribadi dan sentiasa PERKHDMATAN AWAM
berkelakuan baik, cekap, sentiasa berusaha, jujur, amanah
dan bertanggungjawab. 13

Contoh kes:

Seorang penjawat awam telah ditahan pihak polis untuk
siasatan kerana perbuatannya membuat penyataan awam di
akaun Twitter miliknya yang menghina Institusi DiRaja dan
Yang di-Pertuan Agong.

Rumusan:

Seorang penjawat awam tidak boleh mengeluarkan
kenyataan atau melakukan perbuatan yang menunjukkan
ciri-ciri tidak taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara
dan kerajaan kerana ianya boleh menjejaskan nama baik
perkhidmatan awam. Pelanggaran undang-undang ini
akan menyebabkan penjawat awam dikenakan tindakan di
bawah Perkara 4(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan & Tatatertib) 1993 atau di bawah apa jua undang-
undang negara yang berkuat kuasa.

3) Semangat Patriotisme Yang Tinggi

Menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi dengan
sentiasa mempunyai ketahanan diri, berani, bersemangat
wira, rela berkorban dan dapat menyumbang kepada
kepentingan bangsa dan negara. Penjawat awam pada setiap
masa boleh diarahkan untuk menggalas sebarang tugasan
mengorbankan masa, jiwa dan tenaga demi kepentingan
perkhidmatan.

Contoh kes:

Norhasmat Abdul Aziz seorang penjawat awam merupakan
seorang pelumba persendirian yang mengharumkan nama
negara selepas meraih pingat emas dalam acara Lebuhraya
Masters bagi kategori umur 40 hingga 44 tahun di Kejohanan
Lumba Basikal Asia (ACC) di Nay Pyi Taw, Myanmar.

(Sumber: Harian Metro, 9 Februari 2018)

Rumusan:

Sifat patriotisme yang tinggi dalam diri seseorang penjawat
awam harus sentiasa berada pada tahap yang tinggi kerana
dengan sifat tersebut penjawat awam mampu memberikan
sumbangan besar kepada kepentingan bangsa dan negara.
Sekiranya nilai ini benar-benar dihayati, produktiviti
perkhidmatan awam dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih
baik.

4) Berkecuali

Berkecuali (neutrality) iaitu tanpa menyebelahi mana-
mana pihak bagi memastikan peraturan atau perundangan
dipatuhi. Sikap berkecuali penjawat awam perlu
diterjemahkan ketika membuat keputusan dalam segala
urusan perkhidmatan seperti merangka dasar-dasar semasa
kerajaan dan permohonan kelulusan.

Contoh kes:

Pegawai X telah diarahkan untuk memberikan bantuan
banjir di Kampung Y. Apabila beliau sampai di Kampung Y,
ADUN Z mengarahkan supaya bantuan diberikan dengan

14

mengutamakan penyokong-penyokong beliau. Sebagai ETIKA
seorang penjawat awam yang berpegang kepada prinsip PERKHDMATAN AWAM
berkecuali, pegawai X perlu menyalurkan bantuan pada
semua pihak yang layak mendapat bantuan banjir. 15

Rumusan:

Setiap penjawat awam hendaklah sentiasa memastikan
prinsip rule of law terlaksana tanpa mengira peringkat.
Amalan berkecuali dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan dapat mewujudkan
perkhidmatan awam yang cemerlang. Seorang penjawat
awam perlulah mengamalkan sikap berkecuali dalam
menjalankan tugas berdasarkan Perkara 4 (1), Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993.

5) Bersikap Adil Dan Kesaksamaan (Impartiality)

Berupaya menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai
penjawat awam dengan adil dan saksama tanpa menyebelahi
mana-mana pihak seperti parti politik, termasuk parti politik
yang memerintah, ahli keluarga, kenegerian dan lain-lain.

Contoh kes:

Encik A bertugas di kaunter Jabatan S. Semasa bertugas beliau
telah didatangi oleh saudaranya untuk mempercepatkan
urusan kaunter atas dasar keluarga berbanding mereka
yang sedang menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan
tersebut. Encik A telah menunaikan permintaan saudaranya
tanpa mempedulikan pelanggan lain yang masih menunggu
perkhidmatan beliau. Sebagai seorang penjawat awam,
beliau sepatutnya perlu memberikan layanan yang adil dan
saksama kepada semua pelanggan jabatan.

Rumusan:
Seseorang penjawat awam tidak boleh membelakangkan
tugas awam demi kepentingan peribadi atau menggunakan
kedudukan awam bagi faedahnya sendiri atau keluarga.
Pelanggaran undang-undang ini membolehkan penjawat
awam dikenakan tindakan di bawah Perkara 4 (2), Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993.

16

PRINSIP ETIKA
ETIKA KERJA PERKHDMATAN AWAM

ETIKA KERJA 17

Penjawat awam hendaklah pada setiap masa melaksanakan
etika kerja yang mengutamakan pencapaian melebihi
kebiasaan berlandaskan prinsip yang berikut:

1) Berintegriti

Mengutamakan sikap integriti dalam menjalankan amanah
dan kuasa yang diberikan demi kepentingan umum dan
tidak disalahgunakan untuk kepentingan diri. Memberikan
keutamaan kepada kepentingan awam apabila berlaku
konflik.

Menghayati sepenuhnya ikrar integriti perkhidmatan awam
yang antaranya membenci rasuah, mengamalkan nilai-nilai
murni yang berteraskan ajaran agama dan bertindak tegas
terhadap mereka yang melanggar undang-undang serta
mengganggu gugat integriti dan imej penjawat awam.

Contoh kes:

Pada jam 5.00 petang, Encik B telah membantu mengetip
kad perakam waktu rakannya yang balik awal pada jam 4.00
petang sedangkan beliau mengetahui perbuatan tersebut
adalah salah. Encik B telah didapati bersalah dan dikenakan
hukuman tatatertib. Sebagai seorang penjawat awam

yang berintegriti, beliau tidak boleh membantu rakannya
mengetip kad perakam waktu.

Rumusan:

Seseorang penjawat awam hendaklah mempunyai
kejujuran dan bermoral tinggi dalam melaksanakan
tugas serta meletakkan kepentingan awam sebagai
keutamaan. Pelanggaran undang-undang ini membolehkan
penjawat awam dikenakan tindakan di bawah Peraturan
23-Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan &
Tatatertib) 1993.

2) Akauntabiliti

Sentiasa bertanggungjawab terhadap apa sahaja keputusan
berdasarkan undang-undang yang sedang berkuat kuasa,
sebarang tindakan atau perbuatan yang dilakukan dan
bersedia memberi penjelasan berhubung kewajaran tindakan
tersebut diambil.

Contoh kes:

Puan C, seorang ketua di Jabatan A tidak menyemak
dengan teliti dokumen cadangan pelaksanaan program
yang dirancang sehingga mengakibatkan program tersebut
terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana tidak mematuhi
prosedur kewangan yang ditetapkan. Namun begitu, beliau
tidak mengakui kesilapannya dan menyalahkan pegawai
bawahan.

Rumusan:

Seseorang penjawat awam perlu bertanggungjawab di atas
tindakan dan keputusan yang dibuatnya demi kepentingan
perkhidmatan dan negara. Prinsip akauntabiliti perlulah

18

diterap dalam kalangan penjawat awam dan dijadikan amalan ETIKA
harian. Sekiranya ia tidak dititikberatkan, seseorang penjawat PERKHDMATAN AWAM
awam akan terdedah kepada sikap tidak bertanggungjawab,
salah laku dan sentiasa mengambil mudah terhadap tugas 19
yang diamanahkan.

3) Telus

Berusaha untuk memastikan bahawa nilai ketelusan sentiasa
dijunjung dalam melaksanakan tugas tanpa berselindung
atau menimbulkan kesangsian. Pada masa yang sama
bertanggungjawab memelihara sepenuhnya rahsia kerajaan
pada setiap masa. Setiap keputusan dan tindakan perlu
dimaklumkan selagi tiada percanggahan dengan undang-
undang dan peraturan yang berkuat kuasa. Keputusan yang
dibuat perlu bebas, melalui proses yang jelas dan nyata
tanpa sebarang pengaruh peribadi.

Contoh kes:

Puan D yang bertugas di Jabatan Z memiliki beberapa buah
rumah sewa dan beliau gagal mengisytiharkan pemilikan
harta tersebut kepada ketua jabatan. Ini menyebabkan
beliau dikenakan tindakan tatatertib atas kegagalan
mengisytiharkan harta tersebut.

Rumusan:

Seseorang pegawai perlu telus dan berintegriti dalam
menjalankan tugas sebagai seorang penjawat awam
dengan mematuhi undang-undang dan peraturan semasa
yang berkuat kuasa. Pelanggaran undang-undang ini
membolehkan penjawat awam dikenakan tindakan di
bawah Peraturan 10-Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan & Tatatertib) 1993.

4) Mematuhi Dan Mendaulatkan Undang-Undang

Mengambil berat akan peraturan yang sedang berkuat
kuasa dan perlu mematuhi undang-undang (rule of law)
dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab serta
menguatkuasakan peraturan tanpa gentar atau berpihak
kepada mana-mana pihak. Kejahilan terhadap undang-
undang tidak boleh dijadikan alasan di dalam ketidakpatuhan
(ignorance of law is not an excuse).

Contoh kes:

Encik S, seorang pegawai di Jabatan Penguatkuasaan J
didapati telah memandu kenderaan beliau menggunakan
lorong kecemasan di Lebuh raya Z semasa pulang dari
pejabat. Semasa ditahan oleh penguat kuasa dari jabatan
berkenaan, Encik S telah memarahi pegawai tersebut. Sebagai
pegawai yang bertugas di Jabatan Penguatkuasaan J, Encik S
sepatutnya menunjukkan contoh dan teladan kepada orang
lain dalam mematuhi undang-undang jalan raya yang telah
ditetapkan.

Rumusan:

Penjawat awam sewajarnya mematuhi undang-undang yang
sedang berkuat kuasa dan menunjukkan contoh teladan
yang baik kepada masyarakat. Pelanggaran undang-undang
ini membolehkan penjawat awam dikenakan tindakan di
bawah Peraturan 4 (2) (d)-Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993.

20

5) Mengamalkan Budaya Kerja Yang Mulia Dan ETIKA
Sempurna PERKHDMATAN AWAM

Mengamalkan pembelajaran berterusan (lifelong learning) 21
dengan sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan yang
ada dan memberi nilai tambah kepada hasil kerja menerusi
amalan kerja yang mulia untuk menghasilkan mutu kerja
yang sempurna.

Contoh kes:

Puan A bertanggungjawab mengendalikan hal-hal berkaitan
kewangan termasuk perolehan di pejabatnya. Pada mulanya,
Puan A banyak bergantung kepada pegawai lama di bawah
seliaannya. Puan A mendapati banyak tindakan diambil tanpa
merujuk kepada mana-mana peraturan atau garis panduan
semasa yang berkuat kuasa. Puan A berasa serba salah apabila
terdapat teguran dari audit dalaman terhadap beberapa
ketidakpatuhan peraturan. Bagi memastikan hasil kerja yang
sempurna dan mematuhi peraturan yang ditetapkan, Puan
A memastikan semua pegawainya membaca dan mematuhi
pekeliling semasa yang berkuat kuasa serta menghadiri
kursus-kursus yang berkaitan dengan kewangan dan tugas
yang telah dipertanggungjawabkan. Hasilnya, pengauditan
kewangan ke atas pejabat Puan A mendapati peraturan
kewangan telah dipatuhi dan kerja dilaksanakan dengan
sempurna dan berhemah.

Rumusan:

Penjawat awam perlu mengamalkan budaya kerja yang
sempurna dalam melaksanakan tugasan harian agar kerja
tersebut memberi manfaat kepada jabatan, masyarakat
dan negara. Memahami tugasan dan tanggungjawab

yang diberi serta melaksanakannya mengikut peraturan
sedia ada. Pelanggaran undang-undang ini membolehkan
penjawat awam dikenakan tindakan di bawah Peraturan 4
(2) (e)-Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan &
Tatatertib) 1993.

6) Mengamalkan Ciri-Ciri Profesionalisme

Melengkapkan diri dengan kompetensi yang dikehendaki
dalam meningkatkan kreativiti, inovasi dan produktiviti
penyampaian perkhidmatan. Antara ciri-ciri profesionalisme
yang perlu diberi penekanan ialah kecerdasan intelektual,
komunikasi berkesan, kematangan emosi, kekuatan spiritual
dan kecergasan fizikal.

Contoh kes:

Puan B telah dimarahi dengan kata-kata kesat oleh seorang
pelanggan di kaunter Agensi X hanya kerana beliau meminta
pelanggan tersebut mengisi borang terlebih dahulu sebelum
mengambil nombor giliran bagi memudahkan urusan. Puan
B sebagai seorang pegawai yang profesional dan terlatih
tidak mudah melatah dengan tindakan pelanggan tersebut
dan masih memberikan senyuman dan melayan pelanggan
yang berurusan di kaunter dengan baik dan berhemah.

Rumusan:

Penjawat awam perlu mengamalkan budaya kerja
yang profesional dan tidak membiarkan emosi negatif
mempengaruhi dirinya dalam melaksanakan tugasan
harian agar penyampaian perkhidmatan menjadi cekap
dan efisien. Penjawat awam juga perlu memahami tugasan
dan tanggungjawab yang diberi serta melaksanakannya
mengikut peraturan atau prosedur sedia ada.

22

7) Menjaga Kerahsiaan ETIKA
PERKHDMATAN AWAM
Berusaha untuk sentiasa memastikan segala data dan
maklumat terperingkat tidak dikongsi, disebar atau diakses 23
tanpa kebenaran.

Contoh kes:

Encik C seorang penjawat awam yang mempunyai maklumat
berkaitan anggaran harga projek pembinaan sebuah Lebuh
raya M telah memaklumkan kepada Encik A dari Syarikat
ABC supaya memasuki tender pembinaan lebuh raya
tersebut dalam julat harga antara RM115 juta hingga RM120
juta. Syarikat ABC telah memasuki tender berdasarkan
maklumat yang diberi oleh Encik C dan berjaya mendapat
tender tersebut. Tindakan Encik C telah diketahui oleh pihak
pengurusan dan dikenakan tindakan oleh Lembaga Tatatertib
kerana membocorkan maklumat terperingkat.

Rumusan:

Seorang penjawat awam perlulah jujur dan
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan.
Pelanggaran undang-undang ini akan menyebabkan
penjawat awam berkenaan dikenakan tindakan tatatertib
di bawah Peraturan 4(2) (f) dan (g) - Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993.

24

PRINSIP ETIKA
NILAI-NILAI MURNI PERKHDMATAN AWAM

NILAI-NILAI MURNI 25

Penjawat awam hendaklah pada setiap masa membudayakan
nilai-nilai murni yang mencerminkan imej dan kredibiliti
perkhidmatan awam agar sentiasa dipandang tinggi dengan
mengamalkan empat nilai teras (cardinal virtues) dan 29 nilai
kembangan seperti berikut:

1) Kebijaksanaan

Penekanan ilmu pengetahuan sangat penting kepada setiap
anggota perkhidmatan awam agar dapat membezakan baik
atau buruk sama ada dalam pertuturan mahupun kelakuan
supaya sentiasa berhikmah dalam tindakan.

a. Menjaga Masa - Sentiasa bijak merancang dan mengurus
masa serta menyegerakan tugas dalam tempoh masa yang
ditetapkan.

Contoh kes:

Encik D menerima arahan daripada pegawai atasannya untuk
menyiapkan satu kertas kerja dengan segera kerana kertas
kerja tersebut akan dibentangkan pada keesokan harinya.
Dalam masa yang sama, Encik D juga sedang menguruskan

tugasan penting yang lain. Bagi memastikan semua tugasan
dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan, Encik
D telah menyusun semula tugasan mengikut keutamaan
dengan menyiapkan kertas kerja terlebih dahulu berbanding
tugasan lain.

Rumusan:

Penjawat awam perlu komited dan menggunakan alternatif
serta kaedah yang bersesuaian bagi menyelesaikan
tugasan dalam masa yang ditetapkan supaya penyampaian
perkhidmatan tidak terjejas. Penjawat awam juga perlu
mempunyai rasa tanggungjawab untuk menguruskan masa
dengan lebih cekap.

b. Rasional - Berfikiran terbuka berdasarkan alasan dan bukti
yang nyata, mampu membuat pertimbangan, keputusan dan
tindakan dengan cepat dan tepat berlandaskan maklumat
yang sahih dan boleh dipercayai.

Contoh kes:

Datin A mempunyai dua orang pegawai di bawah seliaannya
iaitu Puan M dan Encik S yang merupakan seorang bapa
tunggal. Kedua-duanya sangat komited dan sentiasa
menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Walau
bagaimanapun, Encik S sering mengambil cuti rehat kerana
terpaksa menjaga anaknya yang sakit. Datin A membuat
pertimbangan yang rasional dan adil berdasarkan hasil kerja
kedua-dua pegawai tersebut dan tidak menjadikan rekod
cuti Encik S sebagai alasan untuk memberikan markah yang
rendah.

26

Rumusan: ETIKA
PERKHDMATAN AWAM
Penjawat awam perlu bertindak secara rasional dan
profesional dalam apa juga tugasan yang dilaksanakannya. 27

c. Baik Pertimbangan - Berkebolehan membuat
pertimbangan yang wajar untuk menghasilkan keputusan
yang bijaksana agar risiko dapat diminimumkan dan kesan
negatif dapat dielakkan.

Contoh kes:

Semasa melakukan rondaan di lebuh raya, sepasukan
anggota Jabatan J mendapati seorang wanita menunggang
motosikal bersama tiga orang anak kecil yang tidak memakai
topi keledar dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jengka,
Pahang. Apabila ditahan, ibu tunggal tersebut memaklumkan
bahawa mereka kekurangan wang menyebabkan terpaksa
menggunakan motor untuk pulang ke kampung. Kerana
bimbang keselamatan anak-anak tersebut dan dimaklumkan
juga bahawa mereka tidak makan dari pagi lagi, anggota
Jabatan J ini memutuskan untuk memohon kebenaran
pegawai atasan bagi membantu menghantar mereka ke
destinasi yang dituju dan membeli makanan untuk mereka.

Rumusan:

Penjawat awam perlu bertindak secara rasional dan
profesional dalam apa jua tugasan yang dilaksanakan.

d. Toleransi - Sentiasa bertolak ansur dan mampu
mengawal emosi bagi mengelak berlakunya perbalahan dan
pertelingkahan di tempat kerja.

Contoh kes:

Puan G diarahkan oleh pegawai atasan untuk menyiapkan
satu laporan dengan kadar segera dan memerlukan maklumat
daripada Encik M dan Puan E di unit lain. Walaupun Encik M
dan Puan E mempunyai tugasan yang agak padat, namun
mereka masih bertolak ansur dan memberikan maklumat
yang diperlukan oleh Puan G agar laporan tersebut dapat
disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Rumusan:

Penjawat awam perlu peka dan prihatin dengan tugasan
rakan-rakan dan sedaya upaya membantu mereka untuk
melaksanakan tugasan tersebut.

e. Berdikari – Meningkatkan kebolehan dan kesanggupan
melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Contoh kes:

Encik B merupakan seorang penjawat awam berstatus Orang
Kelainan Upaya (OKU). Walaupun berstatus OKU, beliau tidak
pernah membataskan diri dalam melakukan tugasan di
pejabat. Semua tugasan yang diberikan dilaksanakan sebaik
mungkin dan tidak terlalu mengharapkan bantuan orang lain.
Selain itu, beliau juga aktif memberikan ceramah kesedaran
kepada masyarakat berhubung peranan OKU di tempat kerja
dan turut aktif dalam sukan ping pong mewakili jabatannya.

28

Rumusan: ETIKA
PERKHDMATAN AWAM
Penjawat awam perlu sentiasa berusaha dan berdikari dalam
melaksanakan tugasan yang diberi. 29

f. Hormat - Sentiasa menjaga hubungan dengan rakan
sekerja, ketua jabatan, ahli keluarga, masyarakat dan alam
sekitar agar terhindar daripada perkara-perkara yang boleh
menjejaskan kehidupan.

Contoh kes:

Encik F merupakan seorang Ketua PembantuTadbir Gred 22 di
sebuah Jabatan Y. Manakala Puan G pula merupakan seorang
Penolong Setiausaha Gred 41 yang baru sahaja berkhidmat
dalam perkhidmatan awam. Encik F sentiasa menghormati
Puan G walaupun beliau lebih berusia dan berpengalaman.
Puan G juga sentiasa memohon tunjuk ajar daripada Encik F
dalam menjalankan tugasnya.

Rumusan:

Penjawat awam hendak perlu sentiasa saling hormat-
menghormati antara satu sama lain tanpa mengira pangkat
dan usia.

2) Keberanian

Menuntut anggota perkhidmatan awam agar berani
menyatakan pendirian atau pendapat yang benar secara
berhemah.

a. Bercakap Benar - Menzahirkan kata-kata yang bernas,
dengan fakta yang betul dan jitu serta bertepatan dengan
prinsip-prinsip agama dan moral untuk faedah bersama.

Contoh kes:

Pak Cik M telah membuat permohonan tanah kerajaan
daripada Pejabat Tanah X. Beliau hadir ke Pejabat Tanah X
bagi mendapatkan status permohonan tersebut. Keputusan
permohonan Pak Cik M gagal tetapi Encik A seorang pegawai
di pejabat tanah tersebut telah diarahkan oleh pegawai
atasannya untuk memaklumkan bahawa masih tiada
keputusan terhadap permohonan tanah Pak Cik M kerana
pada masa itu negara akan menghadapi Pilihan raya Umum.
Lantaran itu, Encik A tidak memaklumkan keputusan sebenar
kepada Pak Cik M.

Rumusan:

Penjawat awam hendak bercakap jujur dalam menjalankan
tanggungjawab dan tugas tanpa perlu ada rasa takut atau
gentar dengan ancaman atau ugutan daripada mana-mana
pihak walaupun daripada penyelia atasannya.

b. Menegakkan Kebenaran – Yakin dan berpegang teguh
kepada kebenaran serta sentiasa berkomunikasi berdasarkan
fakta, bukti atau prinsip secara berhemah dan diplomasi.

Contoh kes:

Encik R merupakan seorang Penolong Jurutera di Pejabat
Daerah Z. Beliau telah diminta oleh pegawai atasan untuk
mengemukakan laporan kemajuan projek pembinaan jalan
kampung yang tidak menggambarkan keadaan sebenar di

30

atas tapak bagi menguntungkan pihak kontraktor. Walau ETIKA
bagaimanapun, beliau tetap dengan pendiriannya untuk PERKHDMATAN AWAM
membuat laporan yang tepat dan betul.
31
Rumusan:

Penjawat awam harus berani menegakkan kebenaran
sebagai nilai untuk memperteguh dan mengangkat
integriti perkhidmatan awam dan negara.

c. Cekal - Cekal menghadapi sebarang tekanan atau
kesulitan semasa bertugas dan tidak mudah berputus
asa dalam mencari penyelesaian terhadap masalah yang
dihadapi.

Contoh kes:

Cikgu R berasal dari Perak telah ditugaskan di sebuah sekolah
pedalaman di Tenom, Sabah. Memegang kata-kata ibunya
supaya ‘mengajar anak orang dengan betul dan menjaga
amanah yang diberi’, Cikgu R bersetuju ke Tenom di mana
perjalanan dari Tenom ke sekolah beliau ada sejauh 110km
dan mencabar kerana terpaksa melalui jalan tanah merah
dan gravel serta laluan balak yang kadangkala menjadi
lebih sukar kerana berlumpur jika hari hujan. Perjalanan
mengambil masa tiga jam jika cuaca panas dan jalan tanah
kering tetapi memakan masa lima ke enam jam jika musim
hujan. Walaupun banyak halangan, Cikgu R tidak berputus
asa dan cekal mengajar subjek matematik kepada anak-
anak bangsa sehingga ada pelajar-pelajarnya yang berjaya
mendapat Gred B dalam peperiksaan.

Rumusan:
Setiap penjawat awam perlu cekal dan tabah dalam
menghadapi setiap cabaran dalam kerjaya tanpa
membelakangkan nilai-nilai dan etika sebagai penjawat
awam dan sentiasa mencari jalan penyelesaian terhadap
masalah yang dihadapi.

d. Saling Bermaafan - Berusaha mengetepikan ego untuk
meminta maaf atau memberi maaf terlebih dahulu bahkan
membalas kesalahan orang lain dengan kebaikan.
Contoh kes:
Dalam satu mesyuarat di Jabatan X, Encik A telah melontarkan
soalan secara bertalu-bertalu kepada Puan S semasa beliau
membentangkan kertas cadangan untuk mewujudkan Pusat
Khidmat Setempat di Pekan M. Meskipun soalan-soalan
tersebut seolah-olah cuba menjatuhkan kredibiliti Puan M,
beliau berbaik sangka dengan menyatakan soalan-soalan
tersebut bertujuan untuk mendapatkan keputusan yang
terbaik. Beliau tidak menyalahkan dan berkecil hati dengan
Encik A serta memaafkannya demi kepentingan organisasi.
Rumusan:
Penjawat awam perlu sentiasa bersikap terbuka dan memberi
kemaafan dalam melaksanakan tugasan demi kepentingan
organisasi, masyarakat dan negara.

32

e. Bermaruah - Sentiasa menjaga kehormatan diri dengan ETIKA
menghiasi karakter dengan budi pekerti mulia melalui tutur PERKHDMATAN AWAM
kata, pakaian dan pergaulan yang sopan
33
Contoh kes:

Cik S seorang pegawai yang belum berkahwin bertugas
di Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian X. Cik S
sering diusik oleh Encik A, pegawai atasannya yang telah
berkahwin yang juga merupakan Pegawai Penyelianya.
Usikan tersebut berbentuk cuitan yang seolah-olahnya
berlaku secara tidak sengaja dan memanggilnya ‘sayang’.
Keadaan ini telah berlanjutan selama setahun dan usikan
yang dilakukan terhadapnya semakin menjadi-jadi. Akhirnya,
Cik S telah melaporkan kejadian ini kepada Unit Integriti dan
memberanikan diri untuk mengharungi proses penyiasatan
seperti dalam PKPA Bil 5 Tahun 2018 - Garis Panduan
Pengendalian Kes Gangguan Seksual di Tempat Kerja.
Sepanjang melalui proses penyiasatan ini, Cik S terpaksa
berhadapan dengan pelbagai cemuhan yang meragui
aduannya dan ugutan daripada Pegawai Penyelianya. Namun,
Cik S tetap tabah demi mempertahankan maruah dirinya.

Rumusan:

Penjawat awam perlu elakkan perkara atau tingkah laku yang
boleh menjejaskan kualiti diri dan mencemarkan nama baik
serta kehormatan diri.

f. Dedikasi – Sentiasa berminat dan rela mengorbankan
masa dan tenaga dalam melakukan tugasan yang rasmi atau
tidak rasmi dengan beretika dan berintegriti.

Contoh kes:

Puan X, seorang jururawat di Hospital H telah selesai
bertugas syif malam. Semasa beliau dalam perjalanan pulang
ke rumah, terdapat satu kemalangan jalan raya di mana
mangsa kemalangan tersebut berada di tengah jalan. Tanpa
berlengah, beliau terus memberhentikan keretanya dan
membantu mangsa ke tepi jalan. Puan X turut menenangkan
mangsa dan menghubungi ambulan.

Rumusan:

Penjawat awam perlu sentiasa dedikasi dan komited dalam
melaksanakan tugas walau di mana berada dan dalam apa
jua keadaan.

3) Pemeliharaan Diri

Kemampuan anggota perkhidmatan awam mengekang
dirinya daripada nafsu dan sikap buruk yang boleh
menjejaskan diri, keluarga dan perkhidmatan.

a. Bersyukur - Sentiasa menzahirkan perasaan, ucapan
dan tindak tanduk dengan ikhlas terhadap segala nikmat
kurniaan Tuhan di samping sabar dan redha menerima apa
jua ketentuan dan dugaan.

Contoh kes:

Puan N seorang guru yang bertugas di Sarawak telah
diluluskan pertukaran ke semenanjung dan ditempatkan di
Kuala Lipis, Pahang. Manakala, suaminya seorang Pegawai
Kesihatan telah ditempatkan di Kelantan. Walaupun tidak
dapat bertugas di Kelantan, Puan N tetap bersyukur kerana

34

beliau boleh pulang ke Kelantan pada hujung minggu dari ETIKA
penempatannya di Kuala Lipis, Pahang yang sekurang- PERKHDMATAN AWAM
kurangnya dapat memudahkan beliau jika berlaku sebarang
kecemasan. 35

Rumusan:

Sebagai penjawat awam, banyak kemudahan yang boleh
dinikmati seperti keistimewaan perubatan, peluang
menerima pencen, kemudahan cuti belajar dan kuarters.
Keistimewaan ini merupakan sesuatu yang perlu disyukuri
dan dibalas dengan komitmen kerja yang tidak berbelah
bahagi.

b. Bersih - Mempunyai ketinggian moral, tertib dan
berdisiplin, tidak menyeleweng serta bebas rasuah.

Contoh kes:

Seorang anggota polis berpangkat konstabel dari Balai
Polis X telah menerima anugerah penghargaan daripada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana
menolak rasuah. Pegawai ini diberikan penghargaan
selepas menahan seorang lelaki yang membawa pendatang
asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh. Dalam kejadian
tersebut, pegawai cuba disogokkan dengan wang berjumlah
RM1,000.00. Namun, beliau menolak cubaan rasuah tersebut
dan ketegasannya berjaya membawa suspek ke muka
pengadilan.

Rumusan:

Seorang penjawat awam yang memikul amanah terutama
pegawai penguat kuasa yang bertugas menjaga keamanan

negara hendak sentiasa memberikan khidmat terbaik yang
bersih daripada sebarang amalan rasuah.

c. Cekap - Memahami tugas dan tanggungjawab masing-
masing dan melaksanakannya dengan cekap dan berkesan,
di samping memberi keutamaan kepada peningkatan
produktiviti dan mutu kerja.

Contoh kes:

Encik H merupakan seorang pegawai baharu di Pejabat
Tanah B. Semakan yang dibuat beliau mendapati terdapat
banyak tunggakan hasil cukai tanah yang tidak dibayar. Hasil
kecekapan beliau dalam melaksanakan tugas telah berjaya
mengutip tunggakan cukai tanah tersebut. Ini menjadikan
Pejabat Tanah B sebagai contoh kerana telah meningkatkan
kutipan hasil pada tahun tersebut.

Rumusan:

Penjawat awam perlu cekap dalam menjalankan tugas agar
dapat meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam dan
mengurangkan ketirisan sekali gus mengelakkan unsur salah
guna kuasa. Pelanggaran undang-undang ini membolehkan
penjawat awam dikenakan tindakan di bawah Peraturan
36-Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan &
Tatatertib) 1993 atau di bawah apa jua undang-undang
negara yang berkuat kuasa.

d. Amanah - Menjalankan tugas dan tanggungjawab
berdasarkan kepercayaan dalam batas kuasa yang ditentukan
dengan penuh gigih dan ikhlas.

36

Contoh kes: ETIKA
PERKHDMATAN AWAM
Encik D yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah F
telah diberi kuasa untuk mengeluarkan wang sebanyak 37
RM32,000.00 di bawah peruntukan Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin (KWAPM) untuk disalurkan kepada sekolah-
sekolah di kawasan pedalaman. Walau bagaimanapun,
Encik D telah mengambil sebahagian wang tersebut untuk
kegunaan peribadi. Setelah perbuatannya terbongkar, beliau
berjanji untuk membayar semula wang tersebut. Namun
demikian, pegawai atasannya yang memegang prinsip
‘saya yang menjalankan amanah’ tetap membawa kes ini ke
Lembaga Tatatertib.

Rumusan:

Penjawat awam seharusnya menunjukkan contoh teladan
yang terbaik dan menunaikan tanggungjawabnya yang
sewajarnya bagi menghargai kepercayaan dan amanah yang
telah diberikan kepadanya. Pelanggaran undang-undang
ini membolehkan penjawat awam dikenakan tindakan di
bawah Peraturan 4 (2)-Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 atau di bawah apa jua
undang-undang negara yang berkuat kuasa.

e. Berdisiplin - Mematuhi segala peraturan dan undang-
undang yang berkuat kuasa walau di mana pegawai berada.

Contoh kes:

Puan S, seorang Pegawai Undang-Undang di Jabatan X sering
tidak hadir bertugas tanpa kebenaran Ketua Jabatannya.
Tindakan pencegahan oleh penyelia seperti teguran

lisan dan surat amaran dalaman telah dikeluarkan tetapi
tiada perubahan. Ketidakhadiran beliau ini menyebabkan
pindaan undang-undang tidak dapat dibentangkan dalam
persidangan Parlimen dan ini telah menjejaskan prestasi
kerja dan menjatuhkan reputasi jabatan.

Rumusan:

Aspek disiplin merupakan satu hal yang signifikan dalam
pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi. Pegawai
sewajarnya mengelak daripada bersikap tidak patuh dan
melanggar ketetapan peraturan sedia ada sebaliknya sedia
memastikan disiplin dan pematuhan hadir bertugas diikuti
sepenuhnya. Pelanggaran undang-undang ini membolehkan
penjawat awam dikenakan tindakan di bawah Peraturan
23-Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan &
Tatatertib) 1993 atau di bawah apa jua undang-undang
negara yang berkuat kuasa.

f. Rajin - Sentiasa bersungguh-sungguh dan berusaha
dengan gigih dan penuh dedikasi dalam melakukan sesuatu
perkara.

Contoh kes:

Puan S merupakan seorang Penolong Akauntan Gred WA29
di Jabatan Akauntan Negeri A. Beliau seorang yang rajin
dalam melaksanakan tugas tanpa perlu diarah dan tidak
mengira masa. Kerajinan beliau sering dipuji ketua, rakan
sejawat dan pelanggan. Walau bertukar jabatan, beliau
tetap konsisten dan sentiasa mempamerkan kerjasama
berpasukan. Ini melayakkan beliau mendapat tiga kali
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sepanjang
perkhidmatan beliau.

38


Click to View FlipBook Version