The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Etika Perkhidmatan Awam 2021_30jun2021 (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jiliebaharin, 2021-08-01 19:45:32

Etika Perkhidmatan Awam 2021

Etika Perkhidmatan Awam 2021_30jun2021 (1)

Keywords: public administration,ethics

Rumusan: ETIKA
PERKHDMATAN AWAM
Penjawat awam hendaklah sentiasa rajin dan berusaha
memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan 39
penyampaian perkhidmatan berada pada tahap yang terbaik.

g. Tekun - Sentiasa memberikan tumpuan kepada sesuatu
kerja sehingga selesai dengan sempurna.

Contoh kes:

Encik D merupakan seorang tukang kebun di sebuah Institusi
Latihan Awam yang sangat tekun dan bertanggungjawab
dalam melaksanakan tugasnya. Beliau sentiasa memastikan
kawasan serta landskap di jabatannya dalam keadaan
baik sehingga sanggup hadir bekerja pada hari cuti tanpa
membuat tuntutan kerja lebih masa.

Rumusan:

Seorang penjawat awam perlu tekun dan bersungguh-
sungguh dalam melaksanakan tugasan dan tidak akan
sesekali membiarkan unsur-unsur luar mempengaruhi
konsentrasi dalam melaksanakan tugasan yang
diamanahkan.

h. Prihatin - Sentiasa mengambil berat dan peka terhadap
perubahan semasa dalam melaksanakan tugas.

Contoh kes:

Puan M yang bertugas di Kaunter Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) telah dimaklumkan bahawa seorang pemuda
OKU mengalami kesukaran untuk keluar dari kereta ke

kaunter bagi urusan menukar hak milik kenderaan. Atas sifat
tanggungjawab dan keprihatinannya, Puan M telah pergi ke
kereta pemuda OKU tersebut dan membantu menyelesaikan
urusan menukar hak milik kenderaan beliau.

Rumusan:

Sifat prihatin penjawat awam kepada keadaan semasa dan
masyarakat dalam melaksanakan tugas mahupun di luar
ruang lingkup tugas dapat menjadi contoh dan mengeratkan
lagi hubungan antara warga perkhidmatan awam dan
masyarakat.

i. Berketerampilan - Sentiasa menunjukkan imej yang baik
sebagai penjawat awam.

Contoh kes:

Encik A merupakan seorang ketua di Jabatan K yang
mempunyai 30 orang pegawai di bawah seliaannya. Sebagai
seorang ketua, Encik A sentiasa menunjukkan contoh teladan
yang baik kepada pegawai bawahannya. Sikap ini menjadikan
beliau disegani dan menjadi contoh teladan oleh pegawai-
pegawainya.

Rumusan:

Seorang penjawat awam perlu sentiasa membawa imej yang
baik walau di mana berada termasuk melalui penampilan
fizikal dan perwatakan sewajarnya (how you carry yourself as
civil servant). Pelanggaran undang-undang ini membolehkan
penjawat awam dikenakan tindakan di bawah Peraturan 4
(2) (d)-Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
& Tatatertib) 1993 atau di bawah apa jua undang-undang
negara yang berkuat kuasa.

40

j. Silaturahim - Berusaha menjalin hubungan ETIKA
permuafakatan atau kerjasama erat sesama rakan sekerja PERKHDMATAN AWAM
yang mendorong kepada memudahkan pelaksanaan tugas
dan tanggungjawab. 41

Contoh kes:

Jabatan Y sentiasa mengambil berat kebajikan pegawai
dan kakitangannya. Mereka juga mempunyai hubungan
yang erat antara satu sama lain. Encik C yang bertugas di
Jabatan Y telah ditimpa musibah kemalangan jalan raya
dan dimasukkan ke hospital. Pegawai dan kakitangan di
Jabatan Y telah menziarahi beliau untuk memberi sokongan
dan semangat dalam menghadapi dugaan tersebut. Ini
menunjukkan betapa eratnya silaturahim antara mereka.

Rumusan:

Penjawat awam perlu membina silaturahim sesama rakan
sekerja dan berusaha mencari jalan penyelesaian secara
aman dan damai jika terdapat sebarang perselisihan.

4) Keadilan

Kuasa yang ada pada anggota perkhidmatan awam
diseimbangkan dengan nilai- nilai berikut:

a. Menjaga Hak - Berusaha menjaga keperluan dan
memenuhi tuntutan khususnya untuk diri sendiri dan ahli
keluarga termasuk juga organisasi tempat berkhidmat,
masyarakat sekeliling, alam sekitar dan negara.

Contoh kes:

Puan S bekerja sebagai kerani pendaftaran di sebuah klinik
kesihatan di Bandar X. Selepas cuti umum dan klinik dibuka,
semenjak awal pagi ramai pelanggan datang dan mengambil
nombor giliran bagi mendapatkan rawatan kesihatan. Pada
pukul 11.00 pagi kawan Puan S iaitu Cik M yang mengalami
demam selsema telah datang menemui Puan S supaya
membawanya berjumpa doktor dengan kadar segera kerana
dia perlu menghadirkan diri di Mahkamah Z pada pukul 2.00
petang dan khuatir akan terlewat untuk urusan tersebut.
Puan S tidak dapat memenuhi permintaan kawannya itu dan
meminta Cik M mengambil nombor giliran seperti orang lain
bagi menjaga hak pelanggan yang telah mengambil nombor
giliran terlebih dahulu.

Rumusan:

Penjawat awam perlu bekerja dengan penuh etika dan
menjaga hak yang sewajarnya.

b. Bekerjasama - Melaksanakan tugas dalam satu pasukan
serta saling membantu antara satu sama lain untuk
menghasilkan mutu kerja yang tinggi.

Contoh kes:

Encik A yang bertugas di Jabatan X sentiasa mempunyai
pendapat yang berbeza dengan rakan sekerjanya iaitu Encik
B. Pada satu hari, mereka telah ditugaskan mewakili jabatan
untuk berbincang dengan Agensi M bagi mewujudkan
satu sistem di Jabatan X. Bagi memastikan kepentingan
perkhidmatan tidak terjejas, Encik A telah memberikan

42

kerjasama yang baik kepada Encik B dalam perbincangan ETIKA
tersebut. Seterusnya, selesai perbincangan, mereka sama- PERKHDMATAN AWAM
sama menyediakan laporan hasil perbincangan tersebut
kepada pihak atasan. 43

Rumusan:

Penjawat awam perlu bekerjasama dan mengetepikan
sebarang sifat buruk dalam melaksanakan tugas demi
kepentingan organisasi, masyarakat dan negara.

c. Ikhlas - Melaksanakan tugas dan tanggungjawab tanpa
mengharapkan sebarang balasan melalui penerimaan atau
pemberian secara langsung atau tidak langsung daripada
mana-mana pihak.

Contoh kes:

Cikgu A yang bertugas di SMK Agama X merupakan seorang
guru yang berdedikasi yang mengajar subjek Ekonomi dan
Perniagaan. Beliau terlantar sakit di hospital dan merasa
bimbang dengan pelajar-pelajarnya yang akan menghadapi
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi. Bagi
memastikan pelajarnya mendapat ilmu yang secukupnya
bagi menghadapi peperiksaan SPM tersebut, beliau telah
mengajar secara atas talian di hospital. Sikap ikhlas Cikgu
A ini sewajarnya dijadikan contoh oleh penjawat awam lain
dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

Rumusan:

Keikhlasan penjawat awam dalam melaksanakan tugas akan
menghasilkan tugas yang cemerlang dan sempurna.

d. Jujur - Mengamalkan sikap berterus-terang dan
mengutamakan kebenaran serta tidak berselindung.

Contoh kes:

Encik A telah diarahkan bertugas di luar kawasan iaitu Negeri
X selama tiga hari. Sebagai seorang penjawat awam, beliau
layak menuntut elaun sewa hotel dan elaun makan sepanjang
bertugas di luar kawasan tersebut. Walau bagaimanapun,
beliau dijamu dengan makan tengah hari dan malam oleh
Agensi M sepanjang beliau berada di Negeri X tersebut.
Apabila kembali ke pejabat, beliau membuat tuntutan
elaun sewa hotel sahaja dan menyatakan bahawa makan
minum beliau adalah ditanggung oleh Agensi M sepanjang
menjalankan tugasan tersebut.

Rumusan:

Seorang penjawat awam sentiasa bersifat jujur dalam segala
tindakan terutamanya semasa melaksanakan tugas supaya
dapat mencerminkan bukan sahaja keperibadian pegawai
tetapi juga menggambarkan kejujuran serta ketelusan
perkhidmatan awam itu sendiri. Pelanggaran undang-undang
ini membolehkan penjawat awam dikenakan tindakan di
bawah Peraturan 4 (2) (f)-Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 atau di bawah apa jua
undang-undang negara yang berkuat kuasa.

e. Empati - Menjadi penjawat awam yang boleh memahami
keadaan dan kesusahan orang lain dan berusaha membantu
dengan sedaya upaya.

44

Contoh kes: ETIKA
PERKHDMATAN AWAM
Puan S merupakan seorang jururawat di Klinik Kesihatan di
Daerah X. Terdapat seorang pelanggan yang mengandung 45
datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan kesihatan
tetapi terlupa membawa kad pengenalan. Simpati dengan
pelanggannya yang sedang sarat mengandung dan datang
dari jauh, Puan S meminta maklumat pelanggan tersebut
dan berusaha menyemak rekodnya. Pelanggan hadir tidak
membawa kad pengenalan bukan halangan kepada Puan S
untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada
pelanggannya dan memudahkan pelanggan yang hadir ke
klinik tersebut.

Rumusan:

Seorang penjawat awam perlu sentiasa mempunyai
empati dalam menjalankan tugasan harian terutamanya
yang bertugas di barisan hadapan dalam penyampaian
perkhidmatan. Walau bagaimanapun, dalam menzahirkan
empati semasa melaksanakan tugas, penjawat awam masih
terikat dengan prosedur dan peraturan yang berkuat kuasa.

f. Penghargaan – Sentiasa mengiktiraf dan memberi
ganjaran sebagai tanda terima kasih atas sumbangan dan
jasa.

Contoh kes:

Encik A seorang ketua di Jabatan X sentiasa menzahirkan
penghargaan terima kasih kepada pekerjanya yang sentiasa
komited dalam menjalankan tugas. Penghargaan ini menjadi
amalan di Jabatan X di mana pekerja-pekerja di Jabatan X

juga akan mengucapkan perkataan terima kasih apabila
dibantu oleh rakan sekerja yang lain dalam menyiapkan
tugas. Penghargaan ini perlu dijadikan amalan setiap hari
bagi menghargai pekerja yang telah bertungkus lumus untuk
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada organisasi.

Rumusan:

Menunjukkan penghargaan dan terima kasih sebagai
tanda pengiktirafan adalah satu amalan yang penting
dalam perkhidmatan awam. Sesuatu sumbangan atau jasa
sewajarnya diberikan ganjaran bagi memberi motivasi,
memupuk hubungan profesional dan sebagai contoh teladan
dalam organisasi.

g. Kesederhanaan - Bersikap tidak keterlaluan dalam
membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran, pertuturan atau perlakuan yang mengabaikan
kepentingan diri dan orang lain.

Contoh kes:

Encik H selaku Pegawai Tadbir Bahagian di Jabatan X telah
ditugaskan untuk mengendalikan satu seminar yang
akan dihadiri oleh peserta dari pelbagai agensi dan majlis
tersebut akan dirasmikan oleh YB Menteri. Bagi mengelakkan
pembaziran wang awam berlaku, Encik H telah memilih
lokasi strategik yang memberi kadar harga berpatutan dan
tidak menyediakan sebarang ‘goodies bag’ kepada peserta
seminar bagi mematuhi arahan perbelanjaan berhemah.
Selain itu, Encik H juga mengeluarkan arahan pentadbiran
yang menggalakkan peserta seminar berkongsi kenderaan
bagi mengurangkan tuntutan perjalanan di setiap agensi.

46

Rumusan: ETIKA
PERKHDMATAN AWAM
Penjawat awam perlu sentiasa melaksanakan perbelanjaan
berhemah supaya setiap wang kerajaan yang dibelanjakan
dimanfaatkan sepenuhnya.

47

48

PEMBUDAYAAN ETIKA ETIKA
P E R K H I D M ATA N AWA MPEMBUDAYAAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM PERKHDMATAN AWAM

49

BIL PEMBUDAYAAN CADANGAN
1 Meningkatkan
i. Menyediakan poster
kesedaran ii. Mengedarkan risalah/
dan kepekaan
terhadap amalan buletin
etika iii. Menghebahkan melalui

media massa, portal atau
laman web dan media
baharu

2 Menyebarkan amalan i. Melantik focal person
etika melalui pelbagai ii. Melaksanakan program
saluran komunikasi mentor/mentee

iii. Mengadakan “klinik” khidmat
nasihat

iv. Mengadakan perhimpunan
pagi

v. Menyiarkan artikel/
rencana

BIL PEMBUDAYAAN CADANGAN
3 Mengukuhkan
i. Melaksanakan kem motivasi
kefahaman dan ii. Melaksanakan program
penghayatan melalui team building dan
pembelajaran high impact leadership
berterusan
programme
iii. Menyiarkan quote of the day

melalui e-mel
iv. Mengadakan sesi pembacaan

mutiara pagi
v. Menganjurkan pidato, debat

dan kuiz
vi. Menggalakkan penulisan

artikel/ rencana
vii. Mengadakan perkongsian

ilmu melalui sesi ulasan buku
viii. Melaksanakan forum/
bicara etika
ix. Mengadakan tayangan filem

pendek
x. Mengadakan program

kenali pemimpin atau tokoh
terkenal

4 Melaksanakan i. Mengadakan mystery
pemantauan terhadap shopping
pelaksanaan program ii. Mengadakan program “turun
dan aktiviti padang” oleh ketua jabatan

iii. Melaporkan status
pelaksanaan program

di mesyuarat Bahagian/
Jabatan

50

BIL PEMBUDAYAAN CADANGAN ETIKA
PERKHDMATAN AWAM
5 Melaksanakan i. Menjalankan kajian kepuasan
penilaian keberkesanan pelanggan
program dan aktiviti ii. Menjalankan kajian kepuasan
bekerja warga

iii. Mengadakan polling/ 51
undian

iv. Mengambil kira elemen etika
dalam penilaian pegawai
contoh bulanan

v. Menjalankan kajian
keberkesanan pelaksanaan
program

6 Memantapkan saluran i. Menyediakan saluran media
maklum balas bagi baharu (facebook, twitter,
orang awam blog, flickr, youtube)
mengemukakan
cadangan atau ii. Mendapatkan maklum balas
komen melalui online

(e-maklum balas, e-aduan)

iii. Khidmat SMS

(Sumber: ETOS Perkhidmatan Awam, MAMPU, 2012)

RUJUKAN

1. Rukun Negara
2. Perkara 135, Perlembagaan Persekutuan
3. Peraturan 4, P.U. (A) 395 PERATURAN - PERATURAN

PEGAWAI AWAM (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
4. Peraturan 19, 20 P.U. (A) 395 PERATURAN -

PERATURAN PEGAWAI AWAM tatatertib) 1993
5. Peraturan 8, P.U. (A) 395 PERATURAN-PERATURAN

PEGAWAI AWAM (kelakuan dan tatatertib) 1993
6. Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam, INTAN, 1991
7. Citra Karya: Falsafah Nilai dan Etika dalam

Perkhidmatan Awam, INTAN 1994
8. Teras Perkhidmatan Awam, MAMPU, 1979
9. Tonggak 12 Perkhidmatan Awam, INTAN, Mac 1992
10. Dasar Pandang ke Timur, Februari 1982
11. Kempen Bersih, Cekap & Amanah, April 1982
12. Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbiran, 1985
13. Kepimpinan Melalui Teladan, Mac 1983
14. Gerakan Budaya Kerja Cemerlang, MAMPU, 1989
15. ETOS Perkhidmatan Awam, MAMPU, 2012

52

SIDANG REDAKSI ETIKA
ETIKA DALAM PERKHDMATAN AWAM
PERKHIMATAN AWAM
53
PENASIHAT
YBhg. Datuk Dr. Kamarudin bin Min

KETUA EDITOR
Dr. Jamaluddin bin Mohd Ali

EDITOR
Dr. Sakduddin bin Zamli
Hamima Madona binti Hussain
Dr. Ahmad Badruddin bin Abdullah
Juwairiyah binti Jaafar
Md. Faizal bin Katimon
Firdaus Farid bin Abd Rashid
Mohd Azrul bin Mat Said
Azrihisyam bin Jambut

Hazman bin Hashim

PENYELARAS PENERBITAN
Dr. Ahmad Zairy bin Mohd Soieb

Murali Rajaram

REKAAN GRAFIK
Mohd Syukry bin Abdullah

54


Click to View FlipBook Version