The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ebook.psis, 2020-06-08 23:15:39

ISBN_Diges JKA PSIS 2016

ISBN_Diges JKA PSIS 2016

Cetakan Pertama 2017

HAK CIPTA POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada
penerbitan ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang
boleh diperolehi semula atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa
jua cara, sama ada elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau cara lain
tanpa mendapat izin bertulis daripada Pengarah Politeknik Sultan Idris
Shah.

Diges Jabatan Kejuruteraan Awam 2016
ISBN 978-967-2096-10-8

Dicetak oleh :
Print Expert Sdn. Bhd.
No 20, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2,
40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

KATA – KATA ALUAN 1
KETUA JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

PENGENALAN 2

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

PROGRAM SEHARI BERSAMA PUNCAK NIAGA HOLDING 3
BERHAD

CHIA SOI LEE

LAWATAN AKADEMIK KE AIR HITAM SANITARY 4
LANDFILL PUCHONG

MOHD ZAMRI BIN JAMALUDIN

LAWATAN AKADEMIK KE INDAH WATER KONSURTIUM 5
(IWK) DAN TRANSFER STATION SHAH ALAM

CHIA SOI LEE

LAWATAN AKADEMIK KE LOJI PEMBERSIHAN AIR 7
SUNGAI SELANGOR FASA 2 (SSP 2, IJOK SELANGOR)
LAWATAN AKADEMIK
AZMIR BIN MD DOM

PERBENGKELAN DAN KERJA TAPAK LUKISAN TERUKUR 8
KE DAERAH KUALA LANGAT SELANGOR ( BAGI KURSUS
CA 602 MEASURED DRAWING)

MAZARINA BINTI MD ZAIN

LAWATAN AKADEMIK DCA 31245- DESIGN 2 KE MATANG 10
MANGROVE FOREST RESERVE, KUALA SEPETANG PERAK

SITI ASMA BINTI HAJI AZMI

LAWATAN AKADEMIK KE PULAU PINANG (BAGI KURSUS 11
DCA 5226 DAN CA 501 DESIGN 3)

RAZAN RAIHAN BINTI MD ROSDI

LAWATAN AKADEMIK DI IDEA HOUSE SIME DARBY 13
SELANGOR DAN TAMAN MINI MALAYSIA MELAKA

NURUL AINA BINTI SALEH

LAWATAN KE TAPAK PEMBINAAN LARISAN MAJU SDN 15
BHD (BAGI KURSUS DCA 3133 WORKING DRAWING 2
DAN DCA 3092 SITE PRACTICE

RAZAN RAIHAN BINTI MD ROSDI

LAWATAN AKADEMIK DCA 5226- DESIGN 3 KE IBU 16
PEJABAT BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PUTRAJAYA

NUR AMISHA BINTI ADNAN

ISI KANDUNGAN

LAWATAN LAWATAN AKADEMIK DCA 5226 – DESIGN1 KE OMAH 18
AKADEMIK LIREN D’SAWAH BENDANG HOMESTAY, SUNGAI BESAR 20
21
PENYERTAAN PERTANDINGAN RUSZITTA BINTI DARUS 24
25
LAWATAN KE TAPAK PEMBINAAN( BAGI KURSUS DCA 26
3133 WORKING DRAWING 2 DAN DCA 3092 SITE 28
PRACTICE 30
32
RAZAN RAIHAN BINTI MD ROSDI 34
36
PERTANDINGAN BUILD AND BREAK COMPETITION 2016 38
DI POLITEKNIK UNGKU OMAR IPOHPERAK

AHMAD ZAIYAD BIN IDRUS

DEBAT ALAM SEKITAR PROGRAM DILPOMA
KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR

NURUL IMAMAH BINTI TAJRI

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF
(KIK) PERINGKAT POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

SAIFUL BAHARI BIN MOHD RASHID

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF
PERINGKAT KEBANGSAAN POLITEKNIK MALAYSIA 2016

CHIA SOI LEE

INTERNATIONAL INNOVATION, DESIGN &
ARTICULATION (I –IDEA 2016)

SAIFUL BAHARI BIN MOHD RASHID

PERTANDINGAN ASIA YOUNG DESIGNER AWARD 2012
(AYPA 2016)

SHAHRIL KHAIRI BIN ABDUL SHUKOR

PAM ANNUAL ARCHITURE EXHIBITION (PAASWE) 2016

RAZAN RAIHAN BINTI MD ROSDI

FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2016

NUR AMISHA BINTI DANIA

INTRODUCING AND DEMONSTRATNG EARTHQUAKE
ENGINEERING RESEARCH IN SCHOOL 2016 (IDEERS 2016)

CHIA SOI LEE

INNOVATION, INVENTION AND SKILL COMPETITION
THROUGH EXHIBITION (IISCEP-5) 2016

SHAHRIZAN BIN MOHD RAZALI

ISI KANDUNGAN

PENYERTAAN PERTANDINGAN KURSUS PEMASANGAN KERANGKA BUMBUNG UNIT 43
LATIHAN PENDIDIKAN LANJUTAN JABATAN
KEJURUTERAAN AWAM 44
45
AZMIR BIN MD DOM 46
47
KURSUS PEMBINAAN BATA LEGO UNIT LATIHAN 48
PENDIDIKAN LANJUTAN JABATAN KEJURUTERAAN 50
AWAM 52

AZMIR BIN MD DOM 54
55
BENGKEL GRAFIK SENI BINA 58
61
NORAZMIRA BINTI ZAINUDDIN 63

PROGRAM GENG CUCI RUMAH ANJURAN KELAB
PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

AZZAH SYAHMINA BINTI AZMAN

DAS GREEN FITNESS DAY

ZAIFAH BINTI CHE WIL

GOTONG ROYONG PERDANA

NOR MUSLAILI BIN MOKHTAR

GREEN STUDIO

NOR MUSLAILI BIN MOKHTAR

PROJEK POLYHOME

RAKIAH BINTI OMAR

AKTIVITI JABATAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016
KEJURUTERAAN
AWAM MOHD IZZUDDIN BIN MAHMUD

SEMINAR MINGGU KECERMELANGAN AKADEMIK KALI KE-16

MOHD KHAIROLNIZAM BIN YUNOS

THE 17TH DISSERTATION, PRESENTATION AND
EXHIBITION (DPEX 17)

IZYAN WAHIDA

PROGRAM ARCHI TALK ‘ADVANCE ARCHITURE
ASPIRATION)

RAZAN RAIHAN BINTI MD ROSDI

SEMINAR REKA BENTUK MAMPAN PROGRAM SENI BINA

NUR SHUHADA HANAPI

KATA – KATA ALUAN

KETUA JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas kejayaan
dalam menghasilkan DIGES JABATAN KEJURUTERAAN AWAM 2016. Saya
mengambil kesempatan ini mengucapkan setingi- tinggi tahniah dan syabas kepada
semua editor dan pensyarah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
penghasilan diges ini terutasma para pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Aewam atas
daya usaha.

Ucapan tahniah dan syabas juga saya tujukan kepada para pensyarah yang telah
menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2016. Sesungguhnya, segala usaha para
pensyarah amat membanggakan kerana berjaya membuktikan bahawa dengan
komitmen yang tinggi, pelbagai aktivti seperti lawatan akademik, menyertai
pertandingan dan khidmat masyarakat mampu dihasilkan walaupun sibuk menjalankan
tugas seharian sebagai seorng pensyarah.

Diges Jabatan Kejuruteraan Awam 2016 diterbitkan untuk memberi peluang kepada
pensyarah yang terlibat menulis tentang ringkasan aktivti- aktivti yang telah dijalankan
sepankjang tahun 2016. Melalui Diges ini, pelbagai aktiviti boleh dilihat dijalankan
bersama beberapa industry dan khidmat masyarakat. Selain daripada itu, penglibatan
pensyarah dalam pertandingan yang disertai boleh didapati dalam diges ini. Antara
objektif utama Diges ini diterbitkan adalah untuk membina satu semangat kepada para
pensyarah untuk sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang tahun disamping
mencapai Petunjuk Prestasi Utama(KPI) bagi Jabatan Kejuruteraan Awam dan
Politeknik Sultan Idris shah. Setiap aktiviti yang dijalankan setiap tahun akan dicetak
dalam Diges ini sebagai satu penghargaan dimana ia diterbitkan.

Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan penerbitan buku Diges ini. Tidak lupa juga ucapan
terima kasih kepada para pensyarah yang sanggup membuat penulisan dalam
Diges ini. Diharapkan dengan penerbitan Diges ini sebagai satu penghargaan
kepada pensyarah yang telah memngadakan pelbagai aktivti sepanjang
tahun dan seterusnya meningkatkan lagi kualiti para pelajar pada masa
hadapan.

Sekian, terima kasih.

CHIA SOI LEE
Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam
Politeknik Sultan Idris Shah

1

PENGENALAN

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Idris Shah di
bawah pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
berusaha dan memainkan peranan dalam menyahut seruan
kerajaan bagi melahirkan tenaga- tenaga pakar dalam
memenuhi keperluan dalam industri awam dan swasta di
Malaysia. Adalah diharapkan graduan yang dilahirkan
mempunyai sahsiah yang terbaik disamping daya saing supaya
neagara dapat terus membangun dan maju seiring dengan
negara maju yang lain

VISI

Menyediakan pendidikan dan latihan di bidang kejuruteraan
awam ke arah menjadi pusat rujukan TVET menjelang 2020n

MISI

Melaksanakan Outcome Based Learning (OBE) dan
menjalankan aktiviti berimpak tinggi bagi mencapai misi
Politeknik Sultan Idris Shah

JABATAN DIPLOMA KEJURUTERAAN
KEJURUTERAAN AWAM

AWAM DIPLOMA KEJURUTERAAN
ALAM SEKITAR

DILPOMA SENI BINA

2

PROGRAM SEHARI BERSAMA PUNCAK NIAGA
HOLDINGS BERHAD

Program Sehari Bersama Puncak Niaga Holdings Berhad yang telah
dilaksanakan pada 14 Januari 2016 merupakan aktiviti anjuran Unit COT
bersama Jabatan Kejurueraan Awam bagi menyediakan satu platform
perkongsian ilmu penyelidikan dalam bidang air dan juga untuk tujuan
pencapaian KPI PPI Politeknik Sultan Idris Shah. Program tersebut dihadiri
seramai 198 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar dan Diploma
Kejuruteraan Awam serta 24 orang pensyarah daripada pelbagai jabatan dan
unit. Penceramah jemputan ialah En. Syamsul Ariff Supaat selaku Pengurus
(Business Development Department) dan En. Noor Haili Zam Muhammad
(Business Development Department)

Program ini diadakan dengan tujuan mengeratkan lagi hubungan
kolaborasi antara Politeknik Sultan Idris Shah dengan pihak industri melalui
aktiviti pemindahan ilmu (knowledge transfer) dalam sesi perbincangan dan
ceramah; membuka minda dan meningkatkan ilmu pengetahuan pensyarah dan
pelajar dalam topik penggunaan teknologi dalam rawatan air mentah; memberi
peluang kepada pelajar mencari idea bagi melaksanakan projek berkaitan
dengan masalah dalam rawatan air mentah; serta menjalin hubungan kerjasama
antara pensyarah PSIS dengan pihak Puncak Niaga Holdings Berhad dalam
melaksanakan penyelidikan dalam bidang air.

Program ini dilaksanakan juga bagi mencapai KPI-PPI (Pesyarah
Pelawat Industri) di mana berlakunya pemindahan ilmu (knowledge transfer)
kepada pensyarah dan pelajar yang mengambil kursus DCN 2043 Water Supply
Engineering, DCN 5051 Environmental Project 1 dan CC607 Water and Waste
Water Engineering.

Program ini terbahagi kepada 3 sesi pelaksanaan iaitu sesi perbincangan
bersama antara pihak Puncak Niaga Holdings Berhad dengan pihak pengurusan
PSIS dan Unit COT bagi membincangkan kolaborasi bersama terutamanya
dalam bidang penyelidikan dan inovasi ;sesi ceramah kepada pensyarah dan
pelajar mengenai penggunaan teknologi terkini dalam rawaran air mentah serta
masalah yang dihadapi dengan harapan kemungkinan masalah tersebut boleh
memuka minda pelajar dan dijadikan penyataan masalah dalam kajian projek
pelajar; dan sesi lawatan ke bilik Unit COT untuk mendapatkan idea dan
bantuan memantapkan lagi fungsi dan penggunaan bilik COT PSIS dengan
bidang tujahannya berkaitan alam sekitar.

Di samping itu, pelajar-pelajar mendapat motivasi belajar dan meluaskan
pandangan mereka kerana dapat menyertai aktiviti ceramah daripada pihak luar
yang mempunyai pengalaman kerja dan kepakaran dalam bidang air selain
menuntut ilmu di dalam bilik kuliah yang disampaikan oleh pensyarah PSIS.

3

LAWATAN AKADEMIK KE AIR HITAM SANITARY
LANDFILL PUCHONG

Program Lawatan Akademik Ke Air Hitam Sanitary Landfill telah
dilaksanakan pada 29 Ogos 2016 kepada pensyarah dan pelajar yang
mengambil kursus DCN 6013 Geoenvironmental Engineering. Rombongan
lawatan ini terdiri 39 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar dari
kelas DAS5B serta 1 orang pensyarah pengiring iaitu Mohd Zamri Bin
JAmaludin.

Lawatan dipilih untuk mengetahui dan mendedahkan pelajar
mengenai rawatan penutupan tapak pelupusan sisa buangan yang di
inovasi janaan tenaga dari tapak pelupusan sanitari dan perkara-perkara
berkaitan dengan perubahan struktur tanah di tapak pelupusan. Selain itu,
pelajar dapat didedahkan dalam aspek-aspek pengurusan sisa dan
kawalan pencemaran air bumi dan tanah dari tapak pelupusan tersebut
serta aktiviti kesedaran alam sekitar seperti rekabentuk untuk taman
rekreasi dan aktiviti riadah kepada masyarakat setempat. Tambahan pula,
ini akan dapat meransang pemikiran pelajar dengan teori yang telah
dipelajari dan dapat membantu meningkatkan kemahiran pemikiran kritis.

Bil Nama Pegawai Jawatan Jabatan / Industri

1. ABDUL HALIM TARA Operation Worlwide Environment

engineer Sdn. Bhd.

2. ZAMRI ABDUL General Worlwide Environment

RAHMAN manager Sdn. Bhd.

Melalui program ini, pelajar mendapat pengetahuan dan maklumat
berkaitan teknologi terkini yang digunakan dalam rawatan akhir tapak
pelupusan sisa pepejal; dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran
berinteraksi dan berkomunikasi semasa sesi soal jawab; dan pelajar juga
akan diberi peluang melakukan aktiviti amali oleh pihak industri secara
lansung dan pendedahan aktiviti berkaitan dengan proses penutupan tapak
pelupusan sisa pepejal.

Di samping itu, program ini sebagai satu pembuka minda dan idea
kepada pensyarah dalam meningkatkan kualiti penyampaian pembelajaran
dan pengajaran (P&P) dan pada masa yang akan datang visual berkaitan
dengan Aktiviti program ini berjalan dengan lancar dan pensyarah dan
pelajar dapat pendedahan tentang operasi sebenar yang berlaku di tapak
pelupusan selain menyampaikan proses pembelajaran dan pengajaran
(P&P) secara teori di dalam bilik kuliah. Disamping itu,pelajar-pelajar
mendapat motivasi belajar dan meluaskan pandangan mereka kerana
dapat melihat situasi sebenar, berkongsi pengetahuan dalam bidang
berkaitan.

4

LAWATAN AKADEMIK KE INDAH WATER
KONSORTIUM (IWK) DAN TRANSFER STATION

SHAH ALAM

Program Lawatan Akademik Ke Indah Water Konsortium (IWK), Bandar Tun Razak,
Cheras Dan Transfer Station, Shah Alam telah dilaksanakan pada 12 Februari 2016 kepada
pensyarah dan pelajar yang mengambil kursus DCN 3093 Waste Water Engineering, dan
DCN 3103 Municipal Solid Waste Management. Rombongan lawatan ini terdiri 57 orang
pelajar Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar dari kelas DAS3A dan DAS3B serta 4 orang
pensyarah pengiring iaitu Cik Chia Soi Lee, Nor Suhaili Binti Mohamad Zin, Fatin Shafinas
Binti Rokman dan Nurul Imamah Binti Tajri.

Pendedahan kepada perkembangan penggunaan teknologi terkini oleh pihak industri
amat diperlukan supaya pensyarah dan pelajar tidak tertinggal dengan ilmu yang terbaru dan
juga meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan dalam melaksanakan proses Pengajaran
dan Pembelajaran dengan harapan dapat menjana hasil pembelajaran (learning outcome)
yang berimpak tinggi.

Program ini terbahagi kepada 2 sesi pelaksanaan iaitu sesi lawatan ke Loji Rawatan
Air Sisa Shah Alam bagi pendedahan proses asas rawatan air sisa dan teknologi terkini yang
diaplikasikan dalam memastikan rawatan air sisa berjalan secara efektif manakala sesi
lawatan ke Transfer Station Shah Alam bagi pendedahan mengenai keperluan transfer station
dan teknologi terkini yang diaplikasikan dalam pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Berikut
adalah pegawai daripada pihak industry yang memberi taklimat dan penerangan semasa
lawatan tapak.

Bil Nama Pegawai Jawatan Jabatan / Industri
1. En. Mohd Yunus Mat Berahim Operation Worlwide Environment
2. En. Noraede Ahmad Executive
3. En. Ahmad Budaya Ismail Penyelia Operasi Sdn. Bhd.
Ketua Eksekutif
4. Cik Nor Suhamiza Komunikasi Indah Water Konsortium
Korporat Sdn Bhd
Engineer
5. Cik Fadhilah Binti Mohamad
Zakimi Engineer

Melalui program ini, pelajar mendapat pengetahuan dan maklumat berkaitan teknologi
terkini yang digunakan dalam rawatan air sisa serta pengurusan sisa pepejal; dapat
meningkatkan keyakinan dan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi semasa sesi soal
jawab; dan pelajar juga akan diberi peluang bertanya atau meminta pendapat pihak industri
yang pakar secara langsung dan pendedahan secara visual berkaitan dengan rawatan air sisa
serta pengurusan sisa pepejal. Di samping itu, program ini sebagai satu pembuka minda dan
idea kepada pensyarah dalam meningkatkan kualiti penyampaian P&P pada masa yang akan
datang; serta memberi peluang kepada pensyarah untuk mencari rakan kerjasama dan
mendapatkan bimbingan dalam menjalankan proses P&P dengan lebih efektif. Program ini
juga merupakan satu platform bagi memperkenalkan Politeknik Sultan Idris Shah kepada
pihak luar, memberi peluang untuk menjalin hubungan kolaborasi dengan lebih erat dan aktif
terutamanya dalam bidang penyelidikan, dan mencapaikan KPI-PPI (Pesyarah Pelawat
Industri) bagi program yang dilaksanakan.

5

LAWATAN AKADEMIK KE INDAH WATER
KONSORTIUM (IWK) DAN TRANSFER STATION

SHAH ALAM

6

LAWATAN AKADEMIK KE LOJI PEMBERSIHAN AIR
SUNGAI SELANGOR FASA 2 (SSP 2, IJOK
SELANGOR)

Lawatan Akademik Loji Pembersihan air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP
2) bagi Kursus DCN 2043 Water Supply Engineering telah diadakan pada 01 & 08
Sept 2016 yang melibatkan 58 orang pelajar semester 2 Diploma Kejuruteraan alam
Sekitar (DAS). Ianya melibatkan seramai 2 orang pensyarah iaitu En. Azmir Bin Md
Dom dan Pn. Nur Adibah Binti Baharun.

Ianya merupakan satu proses untuk mendapatkan maklumat teknikal bagi
menyiapkan tugasan untuk penilaian berterusan pelajar. Antara pendedahan adalah
kriteria untuk mendapatkan sumber air sebagai air mentah bagi muka sauk serta
kualiti dan kuantiti air mentah bagi memenuhi permintaan air dari pengguna.
Kepentingan lawatan akademik ini bertujuan memenuhi keperluan bab 3 iaitu proses
rawatan air di loji rawatan yang merangkumi proses intake, aeration, coagulation &
floculation, sedimentation, disinfection, dan clear water tank. Selain itu, lawatan ke
loji ini juga memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan pengurusan
enapcemar hasil selepas proses sedimentation dan juga agihan air bersih dari loji
rawatan ke tangki imbaganan dan agihan sebelum diagihkan kepada pengguna.

Pelajar diberikan taklimat keselamatan sejurus tiba di loji dan disusuli dengan
penerangan proses dan teknologi rawatan air yang diamalkan sambil membuat
lawatan ke control room. Setelah itu, pelajar dibahagikan kepada beberapa
kumpulan untuk sesi lawatan ke setiap bahagian loji. Semasa lawatan, pelajar
bertanyakan soalan dan mendapat maklumbalas dan maklumat.

Pelajar juga berpeluang untuk menganalisa faktor-faktor yang mempengaruhi
sesuatu rekabentuk muka sauk dan loji rawatan air yang mempengaruhi proses
rawatan air seperti kedudukan dari sumber air (sungai) dan jarak antara loji dan
muka sauk. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderamata
kepada pengurus loji iaitu En Izan Suhaini dan wakil pengurusan Air Selangor.

7

PERBENGKELAN DAN KERJA TAPAK LUKISAN
TERUKUR KE DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR

(BAGI KURSUS CA602 MEASURED DRAWING)

12-15 januari 2016
DSB 5a

69 orang pelajar
Jumlah PPI : 28

jam
____________

CA602 Measured Drawing merupakan satu kursus yang memberi penekanan secara teori dan
praktikal berkenaan bagaimana cara-cara dokumentasi sesebuah bangunan warisan dijalankan.
Kerja tapak adalah sebahagian daripada keperluan untuk pelajar semester 6 melaksanakan kerja-
kerja praktikal mengukur, merekod dan mendokumentasi data di bangunan yang dicadangkan
dalam bentuk penulisan dan lukisan terbantu komputer. Kepentingan latihan praktikal kerja-kerja
mengukur ini bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetahui keadaan di tapak
apabila melakukan kerja-kerja konservasi sesebuah binaan warisan. Pelajar juga berpeluang untuk
menganalisa faktor-faktor yang mempengaruhi sesuatu senibina.

Kepentingan lawatan akademik ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui
keadaan sebenar di tapak apabila melaksanakan kerja-kerja konservasi pada sesebuah binaan
warisan. Pelajar juga mampu mengolah dan menganalisa faktor-faktor yang mempengaruhi
sesuatu seni bina disamping memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan dalam kerja
berkumpulan. Pada sesi ini, lawatan diadakan di Istana Jugra, Kuala Langat Selangor dengan
mendapat kerjasama daripada Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Hasil daripada lawatan dan bengkel yang diadakan selama 4 hari 3 malam ini, pelajar berjaya
mengumpulkan ciri-ciri binaan bangunan yang dikaji dalam pelbagai bentuk seperti lukisan, video
dan gambar. Hasil daripada dapatan kajian ini, pelajar akan mendokumentasikan maklumat
tersebut ke dalam bentuk lukisaan binaan yang lengkap bagi memenuhi kriteria permarkahan
projek bagi kursus CA602 (Measured Drawing). Selain memenuhi keperluan khusus ianya secara
tidak langsung memberi satu dimensi baru kepada pelajar tentang luasnya bidang Seni Bina yang
turut merangkumi bidang konservasi sebagai sebahagian dari cabang ilmu. Selain itu, ia mampu
menambah pengalaman dan interaksi dalam penglibatan kerja-kerja secara berkumpulan. Ini
secara tidak langsung dapat memperkukuhkan keyakinan pelajar dan memperkasakan kebolehan
diri sekaligus menjana nilai tambah dan kebolehpasaran seseorang pelajar itu dalam menempuh
cabaran industri Seni Bina kelak. Lawatan ini juga berjaya mengikut PLO dan CLO yang telah
ditetapkan sepertimana di dalam silibus kursus.

8

PERBENGKELAN DAN KERJA TAPAK LUKISAN
TERUKUR KE DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR

(BAGI KURSUS CA602 MEASURED DRAWING)

Gambar aktiviti sepanjang perbengkelan dan kerja tapak lukisan terukur

9

LAWATAN AKADEMIK DCA3124 –DESIGN 2
KE MATANG MANGROVE FOREST RESERVE, KUALA SEPETANG,

PERAK

21-22 januari 2016
dsb 3a

38 orang pelajar
Jumlah PPI : 4 jam

____________

DCA3124 - Design 2, merupakan satu kursus teras yang memberikan pengetahuan tentang idea
rekabentuk dalam seni bina untuk menghasilkan rekabentuk sesebuah bangunan. Kandungan Kursus
menekankan aspek-aspek teknikal merujuk kepada Uniform Building by Laws(UBBL), prinsip-prinsip
asas dalam perancangan tapak dan rekabentuk fasad bangunan. Dengan mengadakan lawatan ini,
diharapkan dapat memberikan pendedahan sebenar kepada pelajar terhadap rekabentuk yang
berkaitan dengan tajuk projek. Selain itu, lawatan ini juga dapat memberikan peluang kepada pelajar
melakukan kajian kes di tempat dan persekitaran sebenar, meningkatkan kefahaman berkaitan projek
rekabentuk yang dilakukan, membantu menambahkan lagi daya pemikiran yang kreatif dan kritis
serta menimba pengalaman pembelajaran melibatkan pihak industri.
Lawatan ke Matang Mangrove Forest Reserve, Kuala Sepetang ini dipandu oleh Encik Nadzruddin bin
Shamsudi dan Encik Zulkepli bin Ahmad yang merupakan pegawai dari Pejabat Hutan Derah Larut
Matang, Perak. Pada sesi petang pula, pelajar didedahkan dengan penanaman benih bakau oleh
pegawai yang sama. Segala input yang diberikan sangat berguna kepada semua pelajar dan pegawai –
pegawai berkenaan sangat profesional dalam perkongsian ilmu dan pengalaman.
Hasil daripada lawatan ini, para pelajar dapat mengetahui dan memahami dengan lebih tepat
berkenaan rekabentuk dan juga mengetahui dengan lebih mendalam melalui lawatan sambil belajar.
Selain itu, pelajar juga dapat melakukan kajian kes di tempat lawatan dan dapat meluaskan minda
dengan pendedahan sebenar dan penerangan dari pihak industri.

Gambar sepanjang lawatan ke Matang
Mangrove Forest Reserve, Kuala Sepetang

10

LAWATAN AKADEMIK KE PULAU PINANG
(BAGI KURSUS DCA 5226 DAN CA501 DESIGN 3)

18-20 januari 2016
DSB 4a

34 orang pelajar
Jumlah PPI : 7 jam

____________

DCA 5226 & CA 501 Design 3 merupakan satu kursus teras yang memberikan pengetahuan khusus
terhadap pemahaman berkenaan proses rekabentuk kesejahteraan bangunan bagi kegunaan orang
awam dalam mempertingkatkan kualiti keselesaan dan kehidupan tanpa mengabaikan aspek
persekitaran. Kandungan kursus juga menekankan kepentingan pengetahuan teknikal seperti
Uniform Building by Laws (UBBL), garis panduan dan piawaian dalam perancangan rekabentuk agar
bangunan direka mengikut undang-undang bersesuaian. Lawatan Akademik ke Pulau Pinang telah
berjalan dengan lancar dan memenuhi keperluan kursus ini. Pengisian sepanjang lawatan ini
melibatkan aktiviti seperti berikut:-

•Module 1 : Design Approach & Implementation at The Light Waterfront Penang & Majlis
•Module 2 : Interview & Observation of tourist activities (Padang Kota)
•Module 3 : Briefing from Jabatan Perancang Bandar & Desa Negeri Pulau Pinang
Bandaraya Pulau Pinang
•Module 4 : Interview & Observation of local activities (Teluk Bahang)
•Module 5 : Interview & Observation of night activities (Queens Bay)
•Module 6 : Presentation Session

Slot taklimat bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah digantikan dengan taklimat
daripada bekas kakitangan MBPP (kini berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi,
Kolej Komuniti Kepala Batas) yang berpengalaman dalam hal-hal perancangan dan garis panduan
pembangunan di pesisir pantai setelah pihak majlis tidak dapat memenuhi permintaan kami di atas
sebab yang tidak dapat dielakkan. Pelajar berjaya mengumpul dan merekodkan segala maklumat
yang diperlukan dalam pelbagai bentuk termasuk lakaran, gambar dan video.

Maklumbalas yang diperolehi daripada pelajar menyatakan lawatan ini dapat membantu mereka di
dalam kursus yang diikuti untuk berfikir lebih kritis dan kreatif. Program ini dapat meningkatkan
lagi pengetahuan pelajar berkenaan rekabentuk bangunan persisir pantai. Ciri-ciri binaan yang unik
di persisiran pantai dapat dilihat dan dijadikan sebagai sumber rujukan. Pelajar berharap lawatan
seperti ini dapat diteruskan pada setiap semester dengan skop kajian yang berbeza pula kerana ini
sekaligus dapat menjana nilai tambah dan kebolehpasaran pelajar itu dalam menempuh
cabaran industri senibina kelak.

11

LAWATAN AKADEMIK KE PULAU PINANG
(BAGI KURSUS DCA 5226 DAN CA501 DESIGN 3)

Gambar sepanjang aktiviti
lawatan akademik
dijalankan

12

LAWATAN AKADEMIK DI IDEA HOUSE SIME DARBY
(DENAI ALAM),SELANGOR DAN

TAMAN MINI MALAYSIA, MELAKA)

18-19 februari
2016

DSB 2a
34 orang pelajar
Jumlah PPI : 8 jam

____________

DESIGN 1 (DCA 2024) merupakan suatu kursus teras yang memberikan pengetahuan tentang asas
seni reka dalam proses reka bentuk seni bina. Penekanan kursus adalah merangkumi aspek aplikasi
elemen asas seni reka serta manipulasi prinsip reka bentuk dalam menghasilkan reka bentuk seni
bina. Skop projek yang akan dilaksanakan adalah tentang mengenalpasti ‘Sirkulasi Ruang Untuk
Sesuatu Kawasan’ bagi memenuhi kemahiran pelajar di dalam mereka bentuk sesuatu bangunan.
Lawatan akademik ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan kajian kes ke atas reka bentuk
bangunan sedia ada. Idea House Sime Darby di Denai Alam dan Taman Mini Malaysia di Melaka
dipilih sebagai bangunan untuk dijadikan kajian kes pelajar kerana ia memiliki ciri-ciri rekabentuk
yang tepat dan bersesuaian dengan tajuk projek yang akan dijalankan pada sesi Jun 2015 iaitu
‘Guess House’. Bangunan ini amat sesuai untuk dijadikan rujukan bagi percambahan idea dan
pengetahuan para pelajar. Hasil daripada lawatan akademik ini, diharapkan pelajar dapat
mengaplikasikan elemen dan prinsip ke dalam sesebuah rekabentuk dan dapat membuat analisa ke
atas faktor-faktor yang mempengaruhi sesuatu rekaan dalam Seni Bina di samping memupuk
semangat kerjasama dan kepimpinan dalam kerja berkumpulan.

Lawatan akademik ini berjalan lancar dan memenuhi keperluan kursus ini. Pelajar Berjaya
mengumpulkan ciri-ciri binaan bangunan yang dikaji dalam pelbagai bentuk seperti lukisan, video
dan gambar. Hasil daripada dapatan kajian ini, pelajar akan mendokumentasikan maklumat
tersebut ke dalam bentuk case study. Selain memenuhi keperluan khusus ianya secara tidak
langsung memberi satu dimensi baru kepada pelajar tentang luasnya bidang Seni Bina yang turut
merangkumi bidang konservasi sebagai sebahagian dari cabang ilmu. Selain itu, ia mampu
menambah pengalaman dan interaksi dalam penglibatan kerja-kerja secara berkumpulan. Ini
secara tidak langsung dapat memperkukuhkan keyakinan pelajar dan memperkasakan kebolehan
diri sekaligus menjana nilai tambah dan kebolehpasaran seseorang pelajar itu dalam menempuh
cabaran industri Seni Bina kelak. Lawatan ini juga berjaya mengikut PLO dan CLO yang telah
ditetapkan sepertimana di dalam silibus kursus.

Hasil daripada maklumbalas soal selidik pelajar, lawatan akademik adalah satu keperluan yang
dapat membantu mereka di dalam kursus yang diikuti. Program lawatan tapak ini dapat
meningkatkan lagi pengetahuan pelajar berkenaan rekabentuk bangunan tradisional dan kolonial
agar ciri-ciri binaan ini dapat dikekalkan dan sebagai sumber rujukan kelak. Pelajar berharap agar
lawatan sebegini
dapat diteruskan untuk masa hadapan dan memperbanyakkan lagi kajian serta memperluaskan
skop kajian di tempat yang lebih jauh dan tidak tertumpu pada sesuatu tempat sahaja
bagi setiap semester.

13

LAWATAN AKADEMIK DI IDEA HOUSE SIME DARBY
(DENAI ALAM),SELANGOR DAN

TAMAN MINI MALAYSIA, MELAKA)

Bergambar di hadapan Masbro, Melaka

Bergambar di hadapan Idea House Sime Darby, Denai Alam

14

LAWATAN KE TAPAK PEMBINAAN LARISAN MAJU SDN BHD
(BAGI KURSUS DCA 3133 WORKING DRAWING 2
DAN DCA 3092 SITE PRACTICE)

1 mac 2016
DSB 3a

41 orang pelajar
Jumlah PPI : 4 jam

____________

DCA 3133 Working Drawing 2 merupakan satu kursus teras yang memberi pengetahuan khusus
terhadap pemahaman berkenaan proses pembinaan sesebuah bangunan dan kandungan kursus
juga menekankan kepentingan pengetahuan teknikal seperti Uniform Building by Laws (UBBL),
garis panduan dan piawaian dalam menghasilkan set lukisan kerja. DCA 3092 Site Practice pula
memberi penekanan terhadap pengurusan tapak dan skop kerja mereka yang terlibat dalam
pembinaan termasuk persediaan tapak dan pemantauan kerja ditapak pembinaan. Pada akhir
lawatan ini, pelajar akan mampu mengenalpasti dan memahami kehendak projek berdasarkan
kajian kes yang dijalankan dan maklumat yang diperolehi sepanjang tempoh lawatan. Hasil dapatan
melalui kajian kes akan di dokumentasi sebagai rujukan pelajar untuk membantu Pengajaran dan
Pembelajaran(PdP) bagi kursus DCA 3133 dan DCA 3092.

Lawatan ke Tapak Pembinaan Sungai Besar, Selangor telah berjalan dengan lancar dan memenuhi
keperluan kursus ini. Pengisian sepanjang lawatan ini melibatkan aktiviti seperti berikut:-

•Module 1 : Briefing from Industry (Larisan Maju Sdn. Bhd.)
•Module 2 : Observation & Interview Session at Construction Site with Industry

Pelajar berjaya mengumpul dan merekodkan segala maklumat yang diperlukan dalam pelbagai
bentuk termasuk lakaran, gambar dan video.

Maklumbalas yang diperolehi daripada pelajar menyatakan lawatan ini dapat membantu mereka di
dalam kursus yang diikuti untuk memahami pembinaan sesebuah bangunan sekaligus
mendedahkan kepada proses kerja yang sebenar. Lawatan tapak secara tidak langsung membantu
pelajar mengenali mereka yang terlibat dalam pembinaan dan pengurusan tapak. Program ini
dapat meningkatkan keyakinan dan memperbaiki kelemahan teknik komunikasi serta melatih nilai-
nilai murni agar pelajar lebih terampil dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang diambil.
Pelajar berharap lawatan seperti ini dapat diteruskan pada setiap semester agar pelajar akan lebih
peka dan mampu menghasilkan lukisan kerja yang berkualiti

15

LAWATAN AKADEMIK DCA5226 –DESIGN 3 KE
IBU PEJABAT BALAI BOMBA & PENYELAMAT

PUTRAJAYA

10 Ogos 2016
DSB 4A

34 orang pelajar
Jumlah PPI : 5 jam

____________

Program lawatan akademik bagi kursus DCA5226 – Design 3 ke Ibu
Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat telah berjaya dilaksanakan pada
10 Ogos 2016 dengan penglibatan seramai 34 orang pelajar dan 3
orang pensyarah pengiring. Objektif utama lawatan ini adalah supaya
pelajar mampu mengenalpasti dan memahami kehendak projek
berdasarkan kajian kes yang dijalankan sepanjang tempoh lawatan.
Hasil dapatan daripada lawatan akademik ini akan didokumentasikan
sebagai rujukan pelajar. Pelajar semester 4 dikehendaki
merekabentuk sebuah balai bomba kategori C bagi memenuhi
kehendak silibus kursus. Bertolak seawal jam 7.00 pagi, kami tiba di
Ibu Pejabat Balai Bomba & Penyelamat Putrajaya pada jam 10.00 pagi.
Sesi taklimat pertama dikendalikan oleh Encik Azri bin Aji , bekas
arkitek yang kini bertugas sebagai pegawai bomba di Jabatan
Pembangunan, Ibu Pejabat Balai Bomba & Penyelamat Putrajaya.
Pada sesi ini, beliau menerangkan tentang keperluan-keperluan
rekabentuk yang harus dipatuhi bagi merekabentuk sebuah bangunan
bomba. Seusai taklimat 1, kami berehat sebentar sebelum diteruskan
lagi dengan taklimat kedua oleh Encik Rohizan Anwar bin Mamat,
Penguasa Kanan Bomba II, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia,
Putrajaya. Beliau menerangkan sistem yang terdapat di dalam
bangunan balai bomba dan membawa semua pelajar ke ruang-ruang
yang penting dalam rekabentuk sebuah balai bomba seperti Menara
kawalan, bilik operasi, bilik persediaan, kenderaan bomba yang
diperlukan dan sebagainya. Selain itu juga, pelajar-pelajar diterangkan
lagi dengan prosedur standard operasi (SOP) apabila berlaku sesuatu
kebakaran. Di akhir lawatan, pelajar-pelajar dilihat dapat menambah
ilmu pengetahuan tentang fungsi dan peranan sesuatu balai bomba
dan diharapkan pelajar akan lebih peka dalam meneliti keperluan
rekabentuk dalam memastikan keseimbangan terpelihara seiring
dengan halatuju
indusrti pembinaan Malaysia ke arah kelestarian
hubungan persekitaran yang mampan.

16

LAWATAN AKADEMIK DCA5226 –DESIGN 3
KE IBU PEJABAT BALAI BOMBA &
PENYELAMAT PUTRAJAYA

Alat pemadam kebakaran yang terdapat di dalam jentera bagi Demonstrasi cara menaiki jentera oleh pegawai-pegawai bomba
kerja menyelamat.

17

LAWATAN AKADEMIK DCA2024 –DESIGN 1 KE OMAH
LIREN DAN D’SAWAH BENDANG HOMESTAY, SUNGAI

BESAR

15 & 16 Ogos 2016
DSB 2a

27 orang pelajar
Jumlah PPI : 5 jam

____________

Program lawatan akademik bagi kursus DCA2024 – Design 1 ke Omah
Liren dan D’ Sawah Bendang Homestay telah berjaya dilaksanakan
pada 15 & 16 Ogos 2016 dengan penglibatan seramai 27 orang pelajar
dan 3 orang pensyarah pengiring. Objektif utama lawatan ini adalah
untuk mendapatkan taklimat dan membuat analisis tapak berkenaan
dengan projek Design 1 : Honeymoon Cottage. Lawatan akademik ini
mengambil masa 2 hari 1 malam dan semua peserta bermalam di D’
Sawah Bendang Homestay untuk merasai suasana bermalam di
tengah sawah. Bertolak seawall 8 pagi dari Politeknik Sultan Idris
Shah, semua peserta tiba di Omah Liren , Sungai Besar bagi tujuan
kajian Kes pada pukul 8.45 pagi. Omah Liren adalah sebuah rumah
berkonsepkan rekabentuk resort dan pelan terbuka yang
mengutamakan pemandangan keluar rumah. Rumah ini mengunakan
sebahagian kayu yang diambil daripada rumah lama yang telah
dirobohkan. Pemilik rumah ini juga merupakan seorang arkitek yang
bekerja di Kuala Lumpur. Seusai mendengar taklimat daripada tuan
rumah dan manjalankan kajian kes, semua peserta bertolak ke
D’Sawah Bendang Homestay bagi proses pengumpulan maklumat dan
bermalam di situ. Pada keesokan harinya, pelajar membuat analisis
tapak secara berkumpulan. Maklumat-maklumat ini dikumpulkan dan
didokumentasikan sebagai asas rujukan bagi membuat Projek
“Honeymoon Cottage”- Design 1 semester Jun 2016. Di akhir lawatan
ini, pelajar dapat mengenalpasti dan memahami kehendak projek
berdasarkan kajian kes yang dijalankan sepanjang tempoh lawatan.
Pelajar juga kan lebih peka dalam meneliti keperluan rekabentuk
sirkulasi ruang bagi sesuatu kawasan. Keseluruhannya pelajar sangat
berpuas hati dengan lawatan akademik ini kerana mereka dapat
memahami dengan lebih jelas lagi berkaitan sirkulasi ruang dan
analisis tapak. Pelajar mendapat pelbagai maklumat daripada taklimat
yang diberikan oleh En. Wan Mohd Fakhrudin Bin Wan Yussof selaku
Pemilik D’Sawah Bendang Homestay.

18

LAWATAN AKADEMIK DCA2024 –DESIGN 1 KE
OMAH LIREN DAN D’SAWAH BENDANG HOMESTAY,

SUNGAI BESAR

Pelajar membuat kerja secara berkumpulan di kawasan kajian tapak dan kajian kes di Sungai Besar, Selangor

19

LAWATAN KE TAPAK PEMBINAAN (BAGI KURSUS DCA 3133
WORKING DRAWING 2 DAN DCA 3092 SITE PRACTICE)

23 OGOS 2016
DSB 3a

33 orang pelajar
Jumlah PPI : 4 jam

____________

DCA 3133 Working Drawing 2 merupakan satu kursus teras yang memberi pengetahuan khusus
terhadap pemahaman berkenaan proses pembinaan sesebuah bangunan dan kandungan kursus
juga menekankan kepentingan pengetahuan teknikal seperti Uniform Building by Laws (UBBL),
garis panduan dan piawaian dalam menghasilkan set lukisan kerja. DCA 3092 Site Practice pula
memberi penekanan terhadap pengurusan tapak dan skop kerja mereka yang terlibat dalam
pembinaan termasuk persediaan tapak dan pemantauan kerja ditapak pembinaan. Pada akhir
lawatan ini, pelajar akan mampu mengenalpasti dan memahami kehendak projek berdasarkan
kajian kes yang dijalankan dan maklumat yang diperolehi sepanjang tempoh lawatan. Hasil dapatan
melalui kajian kes akan di dokumentasi sebagai rujukan pelajar untuk membantu Pengajaran dan
Pembelajaran(PdP) bagi kursus DCA 3133 dan DCA 3092.
Lawatan ke Tapak Pembinaan Sungai Besar, Selangor telah berjalan dengan lancar dan memenuhi
keperluan kursus ini. Pengisian sepanjang lawatan ini melibatkan aktiviti seperti berikut:-
•Module 1 : Briefing from Industry (Larisan Maju Sdn. Bhd.)
•Module 2 : Observation & Interview Session at Construction Site with Industry
Hasil daripada lawatan ini, pelajar mendapat gambaran lebih jelas dalam aspek pengurusan dan
pembinaan sesebuah bangunan. Pelajar juga dapat menghasilkan lukisan kerja yang berkualiti dan
menepati kehendak Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL).
Maklumbalas yang diperolehi daripada pelajar menyatakan lawatan ini ke tapak pembinaan ini
sangat bagus kerana dapat memberi pengalaman yang baru kepada mereka.

20

PERTANDINGAN BUILD AND BREAK COMPETITION
2016 DI POLITEKNIK UNGKU OMAR IPOH PERAK

Pertandingan ini adalah merupakan satu program yang dianjurkan oleh
Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar yang telah berlangsung pada
28 September 2016 hingga 29 September 2016. Pertandingan ini terbuka kepada
semua pelajar IPTA, IPTS dan juga sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Setiap
pasukan terdiri daripada 4 pelajar dan seorang pensyarah penasihat. Pembinaan
model jambatan kali ini menggunakan kayu Balsa, pisau, benang, gam dan gunting
sahaja. Struktur pembinaan model ini perlu disiapkan dalam tempoh masa 4 jam
berpandukan kriteria yang diberi dengan menggunakan peralatan yang dibenarkan.

Model jambatan akan diuji dengan beban permulaan sebanyak 5kg dan
beban seterusnya akan ditambah sehingga ia gagal. Model akan dianggap gagal
sekiranya gagal atau patah salah satu anggota struktur, gagal atau patah
keseluruhan struktur, struktur tumbang setelah dikenakan beban dan model
mengalami lenturan melebihi had yang dibenarkan (10 mm).

Kriteria pemenang akan ditentukan berdasarkan nisbah (berat beban/berat
sendiri model) tertinggi.Sekiranya terdapat keputusan yang sama, pemenang akan
ditentukan berdasarkan konsep kekemasan dan nilai astetik model yang dibina.
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menghantar 4 kumpulan pelajar bagi
menyertai pertandingan ini. Wakil dari PSIS dipilih dari pemenang pertandingan
Build and Break PSIS 2016 yang diadakan sebelum pertandingan di Politeknik
Ungku Omar. Senarai pelajar dan penyelia boleh rujuk jadual di bawah.

Bil Nama Kumpulan Nama

1 PIONEERING PSIS EMIRUL HANIF BIN ABDUL HARRIS

Penyelia: MUHAMMAD HADI HAMZAH BIN SOBRI
AHMAD ZAIYAD BIN WAN MOHD ALIF BIN WAN ISMAIL
MOHD ASLAM BIN MOHD ANSHOR
IDRUS

2 SYNERGY PSIS CHE RAZZIS BIN ISMAIL

Penyelia: HAFEEZUL IZUAN BIN JAFRI
SETI SUHADAINI BT LUQMAN HAKIIM BIN ZAINOL AMAN SHAH
ABDUL RAHIM BIN MANSUR
MOHAMMED

3 INNOVATIVE PSIS CHE RAZZIS BIN ISMAIL

Penyelia: HAFEEZUL IZUAN BIN JAFRI
NUR SHUHADA BINTI LUQMAN HAKIIM BIN ZAINOL AMAN SHAH
ABDUL RAHIM BIN MANSUR
HANAPI

4 HASIF SAAD BIN SHAMSUDIN
SUSTAINABLE PSIS
FAISAL ASHRAAF BIN FAIRUS

Penyelia: SAIFUL ADLI BIN NOR IZANI
CHIA SOI LEE AMIRUL AIMAN BIN SAID

21

PERTANDINGAN BUILD AND BREAK COMPETITION
2016 DI POLITEKNIK UNGKU OMAR IPOH PERAK

Dengan adanya pertandingan ini, pelajar dapat memberi peluang kepada
pelajar untuk mengaplikasikan teori yang telah dipelajari dalam bilik kuliah,
memupuk semangat berpasukan dikalangan ahli kumpulan, menerapkan
kemahiran dalam membuat keputusan serta kreativiti dan interpersonal yang
tinggi dan memantapkan kemahiran pelajar dalam aspek komunikasi yang
berkesan ke arah penyediaan dan persembahan projek. Selain daripada itu,
pertandingan ini dapat memberi pendedahan sebenar kepada pelajar dalam
merekabentuk jambatan sebenar dan menggalakkan pelajar untuk terus
berfikiran kritis, kreatif dan sebagai platform untuk menyertai pertandingan
peringkat lebih tinggi.

NAMA KUMPULAN PENCAPAIAN
-
PIONEERING PSIS 8 NAIB JUARA
DARI 63 KUMPULAN DARI 63 KUMPULAN
SYNERGY PSIS
INNOVATIVE PSIS - 6
DARI 63 KUMPULAN
SUSTAINABLE
PSIS - 7
DARI 63 KUMPULAN

-

22 -
DARI 63 KUMPULAN

22

PERTANDINGAN BUILD AND BREAK COMPETITION
2016 DI POLITEKNIK UNGKU OMAR IPOH PERAK

23

DEBAT ALAM SEKITAR
PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR

Pada 4 Mac 2016, satu pertandingan debat telah diadakan di Dewan
Syarahan Utama, Politeknik Sultan Idris Shah yang disertai seramai 140 orang
pelajar yang mengambil kursus CN602 Environmental Impact Assessment (EIA)
yang terdiri dari kelas DAS5A, DAS5B, DAS6A dan DAS6B.

Pertandingan debat ini dianjurkan sebagai satu alternatif untuk mendedahkan
kepada pelajar tentang kesan alam sekitar yang berlaku disebabkan pembangunan
yang pesat dalam meningkatkan kefahaman pelajar berkaitan kepentingan penilaian
alam sekitar yang merupakan satu kepentingan untuk mendapatkan kelulusan
pembinaan projek. Di samping itu, pertandingan debat ini dapat memberi peluang
kepada pelajar mengetahui serta membincangkan situasi sebenar yang melibatkan
penilaian alam sekitar serta meningkatkan lagi kefahaman kepada pelajar tentang
keseluruhan silibus kursus berkenaan.

Hasil debat ini telah berjaya memberi peluang kepada pelajar menunjukkan
bakat masing-masing dalam Debat Ala Parlimen serta mengaplikasikan ilmu
pengetahuan tentang kesan alam sekitar yang telah dipelajari dalam kursus
Environmental Impact Assessment (EIA). Dari segi masa, pelajar mampu membuat
persediaan dalam masa yang ditetapkan. Manakala kesesuaian tempat debat yang
diadakan adalah baik dan pelajar bersetuju bahawa program ini telah dapat
meningkatkan kemahiran pelajar dalam menghubungkait pembelajaran di dalam kelas.

24

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF
PERINGKAT POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
2016

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Politeknik
Sultan Idris Shah telah dilaksanakan pada 12 Mei 2016 kepada pensyarah
dalam usaha boleh meningkatkan keupayaan intelek para staf akademik,
pentadbiran dan pengurusan. Konvensyen ini terdiri 61 orang pensyarah dari
Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan
Perdagangan, Jabatan Hospitaliti, Jabatan Matematik Sains Komputer dan
Jabatan Pengajian Am.

Persaingan antara jabatan dan unit ini dapat memupuk dan
menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara kerja yang diamalkan.
Ianya juga diharap dapat memperkenalkan dan menyebarkan hasil-hasil
inovasi yang telah dilaksanakan dan terbukti mendatangkan manfaat agar
dapat dicontohi dan diamalkan di seluruh Politeknik dan agensi lain di dalam
dan di luar negara amnya.Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada
warga PSIS yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kepada KIK
membuat persembahan dan seterusnya secara langsung memberi kebaikan
dan menaikkan imej Jabatan Pendidikan Politeknik.

Seramai 8 kumpulan disasarkan pada peringkat awal perancangan
program, walaubagaimanapun dua kumpulan menarik diri kerana gagal
menyiapkan dokumen yang diperlukan. 6 kumpulan terdiri daripada Jabatan
Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Matematik Sains
dan Komputer, Jabatan Teknologi Maklumat dan Jabatan Perdagangan.
Penilaian kumpulan berdasarkan kepada 3 bahagian iaitu 30% untuk
Pemeriksaan Projek KIK, 40% untuk Penilaian Projek KIK Melalui
Dokumentasi dan 30% Penilaian Persembahan.

SENARAI NAMA PEMENANG (KATEGORI TEKNIKAL)

Kumpulan Pencapaian
OMEGA: JKA Johan

OHM : JKE Naib Johan
C-POP: JMSK Ketiga

SENARAI NAMA PEMENANG (KATEGORI PENGURUSAN)

Kumpulan Pencapaian
DECA : JTMK Johan
SPHERE: JPH
Naib Johan
JAGUH Ketiga
PERUBAHAN: JP

Persembahan terbaik: OMEGA: JKA
Johan Keseluruhan: OMEGA: JKA

Melalui konvensyen ini, pensyarah dapat berkongsi pengetahuan dalam
peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dalam
melestarikan negara dan pembangunan mampan negara. Selain itu juga, ianya
dapat meningkatkan bilangan penyertaan KIK bagi setiap unit dan jabatan.
Akhir sekali dapat menghasilkan pengkalan dokumen KIK PSIS bagi setiap
jabatan,unit dan pengurusan yang terlibat.

25

KONVENSYEN INOVATIF DAN KREATIF
PERINGKAT KEBANGSAAN POLITEKNIK MALAYSIA

2016

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) merupakan mekanisme
pengurusan yang berkesan untuk membina modal insan dalam
Perkhidmatan Awam yang berketerampilan tinggi bagi merealisasikan
aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
agensi-agensi kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada
rakyat. Di samping itu, KIK juga mempunyai prinsip asas yang
mengiktirafkan pekerja sebagai sumber paling bernilai dalam organisasi
dan menyediaklan forum kepada mereka untuk melibatkan diri dalam
proses membuat keputusan dan seterusnya melaksanakan tindakan yang
diputuskan secara berpasukan.

Setiap politeknik adalah dijemput untuk menghantar dua kumpulan
KIK iaitu satu kumpulan dalam kategori Teknikal dan satu lagi dalam
kategori Pengurusan. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) buat kali pertama
telah menganjurkan Konvensyen Inovatif dan Kreatif Peringkat PSIS pada
12 Mei 2016. Kumpulan OMEGA wakil daripada Jabatan Kejuruteraan
Awam telah dianugerahkan Johan Kategori Teknikal manakala kumpulan
DECA wakil daripada Jabatan Teknologi Maklumat dan Komputer
dianugerahkan Johan Kategori Pengurusan. Sehubungan dengan itu, PSIS
telah melantik kedua-dua kumpulan KIK tersebut bagi menyertai
Konvensyen Inovatif Dan Kreatif (Kik) Peringkat Kebangsaan Politeknik
Malaysia 2016 yang berlansung pada 26 hingga 28 Julai 2016 di Hotel
Permai, Kuala Terengganu.

Tujuan konvensyen ini diadakan adalah untuk memberi
penghargaan dan pengiktirafan kepada warga Politeknik yang terlibat
dalam KIK dengan memberi peluang kepada mereka untuk
mempersembahkan hasil inovasi yang boleh meningkatkan produktiviti;
memperkasakan budaya inovatif dan kreatif dalam melaksanakan proses
kerja; menggalakkan penyertaan semua peringakt anggota di Politeknik
dalam aktiviti penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan serta
dapat meningkatkan imej Politeknik Sultan Idris Shah di dalam penampilan
dan penglibatan para pensyarah di dalam aktiviti/program di peringkat
kebangsaan.

Sebanyak 20 kumpulan KIK Kategori Teknikal dan 13 kumpulan
KIK Kategori Pengurusan telah bersaing dalam konvensyen tersebut.
Semua kumpulan telah diagihkan kepada 5 tempat iaitu Bilik Berlian,
Muatiara 1 & 2, Nilam dan Kenanga 1 bagi melancarkan pelaksanaan
konvensyen. Penilaian kumpulan KIK dibahagikan kepada 4 pemarkahan
utama iaitu Pemeriksaan Dokumen Projek (10%), Pemeriksaan Projek
(20%), Persembahan (30%) dan Viva (40%). Pada 26 Julai 2016 (Hari
Pertama), aktiviti pemeriksaan dokumen projek dan pemeriksaan projek
telah dilakukan. Pada 27 Julai 2016 (Hari Kedua), aktiviti persembahan
dan viva dilaksanakan manakala pada 28 Julai 2016 merupakan Majlis
Perasmian Penutup. Penilaian.

26

KONVENSYEN INOVATIF DAN KREATIF
PERINGKAT KEBANGSAAN POLITEKNIK MALAYSIA

2016

Politeknik Sultan Idris Shah telah menghantar 2 kumpulan KIK iaitu
kumpulan Omega dan kumpulan DECA nama peserta seperti berikut :

Bil Ahli Kumpulan OMEGA Ahli Kumpulan DECA

1. Chia Soi Lee (Fasilitator) Nizam Bin Mohd. Nasir
(Fasilitator)
2. Seti Suhadaini Binti Mohammed Nurul Zakiah Binti Kasnun
(Ketua) (Ketua)
Syaiful Idzwan Bin Mahmud
3. Mohan Kumar A/L Manikam Noorashikin Binti Nazir
4. Nor Muslaili Binti Mokhtar Sharifah Nur Binti Syed Ismail
5. Saiful Bahari Bin Mohd Rasid Norazlin Binti Zainal Abidin
6. Shawalrina Binti Zainal Abidin Mohd Faizal Bin Yahaya
7. Nursyima Nadiah Binti Abu Bakar Ajisa Beevi Binti Abdul Wahab
8. Fatin Shafinas Binti Rokman Khalid Bin Deris
9. Nor Azman Bin Desa
10. Intan Maisarah Binti Osman Ainie Hayati Binti Noruzman

11. Jamaliah Binti Jabar Mas Guieta Binti Aton

Sebanyak 5 kumpulan KIK Kategori Teknikal dan 15 kumpulan KIK Kategori
Pengurusan telah dianugerahkan Sijil Emas dan kumpulan KIK yang lain
dianugerahkan Sijil Perak. Walaupun konvensyen ini merupakan penyertaan
sulung bagi PSIS tetapi mereka telah menunjukkan keputusan yang
memberangsangkan dengan merangkul 2 anugerah Sijil Emas dan 1 Saguhati
(tempat ke-5, kategori Teknikal).

Melalui penyertaan konvensyen ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran
persembahan dan berkomunikasi (sesi viva) serta berkongsi idea bersama dengan
panel penilai dan kumpulan KIK yang lain; memperolehi pengalaman penyertaan
KIK yang perlu bersaing dengan kumpulan lain yang hebat dan juga dapat mencari
peluang kebolehpasaran dan penyeragaman produk.

27

INTERNATIONAL INNOVATION, DESIGN &
ARTICULATION (I-IDEA2016)

i-Idea 2016 adalah satu pertandingan yang mengetengahkan hasil penyelidikan
dan menggalakkan budaya penyelidikan dan inovasi di kalangan kakitangan UiTM Perlis
dan juga peserta dari institusi tempatan dan luar negara berkiatan pendidikan yang lebih
tinggi. Sebelum ini dikenali sebagai Reka Cipta, Inovasi, dan Design (IID), pertandingan
ini diberi nafas baru dengan tambahan Pertandingan Pengkomersilan dan Inovasi Idea
(CoMiiC). I-idea 2016 menyediakan pautan antara institusi pendidikan tinggi dan industri
untuk berkongsi produk mereka dan idea-idea kreatif yang boleh dikomersilkan.
Program ini dijalankan pada 27 sehingga 29 April 2016 di Dewan Wawasan 2020,
Kangar, Perlis anjuran Universiti Teknologi MARA Perlis & Universiti Malaysia Kelantan.
I-Idea 2016 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Teknologi dan Inovasi iaitu YB
Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah. Di antara objektif program ini adalah untuk
mempamerkan inovasi, ciptaan dan reka bentuk yang dihasilkan dan dicipta oleh ahli-ahli
akademik dan bukan akademik, peserta dari institusi tempatan dan asing pendidikan dan
pelajar yang lebih tinggi daripada pendidikan menengah di Malaysia. Selain daripada itu,
ia adalah salah satu platform bagi kumpulan penyelidikan dari ahli akademik tempatan
dan luar negara dan bukan akademik dalam mengkomersilkan inovasi dan idea-idea
mereka.
Seramai 2 kumpulan pelajar dan 1 kumpulan pensyarah disasarkan pada peringkat awal
perancangan program. Kumpulan pensyarah bagi Kategori B diketuai oleh Saifulbahari
B Mohd Rasid terdiri daripada 5 orang pensyarah JKA. Kumpulan pelajar pula bagi
Kategori C (pelajar) terdiri daripada 3 orang pelajar JKA setiap kumpulan. Di antara
kategori yang ada dalam program ini adalah seperti berikut:

I-Idea 2016 Innovation
KATEGORI
A Professional Investors (Researchers, Lecturers, Industries) Community
B Novice Inventors (Researchers, Lecturers, Industries) Innovation
C Students (Institute of Higher Learning Education)
D Design & Creative Innovation ComiiC
E Kindergarten Innovation
F Community Innovation Conference
G Special Group Innovation Carnival & Sports
H Secondary Schools
I Public University, Private University, Technical and
Professional Institutes
J International Science, Technology and engineering
Conference (ISTEC)
K International Social Science Conference (ISSC)
L Entrepreneurship Carnival
M Sport competition

28

INTERNATIONAL INNOVATION, DESIGN &
ARTICULATION (I-IDEA2016)

Kumpulan pensyarah JKA PSIS telah memenangi pingat Gangsa bagi
kategori B. Bagi kumpulan pelajar pula satu kumpulan dibawah seliaan Nurul Munira
bt Sharif telah mendapat pingat Gangsa.

Melalui konvensyen ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran
persembahan dan komunikasi serta berkongsi idea bersama dengan panel penilai
dan kumpulan inovasi yang lain dan memperoleh pengalaman penyertaan inovasi
secara peringkat antarabangsa untuk mewakili PSIS. Selain daripada itu, pelajar
juga dapat mengembangkan dan memperkasakan inovasi bagi pensyarah dan
perkembangan inovasi pelajar. Pelajar dan pensyarah yang terlibat dapat berkongsi
pengetahuan dalam peningkatan kualiti penyampaian disamping dapat
meningkatkan bilangan penyertaan inovasi jabatan untuk di masa akan datang.

29

PERTANDINGAN ASIA YOUNG DESIGNER AWARD 2016
(AYDA 2016)

Anjuran Nippon
paint

29 penyertaan

AYDA 2016 atau Asia Young Designer Award telah dirasmikan pada 17
May 2016 bertempat di Taylor University dan telah dihadiri oleh wakil
pensyarah serta pelajar Diploma Seni Bina Politeknik Sultan Idris Shah
(PSIS). Lebih 20 institusi pendidikan tinggi awam dan swasta telah
menghadiri acara pembukaan menunjukkan sambutan hangat dan
kompetitif bagi penyertaan 2016.

Aktiviti RoadShow AYDA 2016, Miss Seramai 29 orang pelajar terdiri daripada pelajar semester 4 yang
Veronica memberi taklimat berkenaan mengikuti kursus DCA 5226 Design 4 telah terlibat secara langsung
syarat-syarat, tip serta tema pertandingan bagi menyertai pertandingan AYDA 2016. Pelajar yang menghasilkan
pada Mac 2016 idea rekabentuk dengan penggunaan perisian berbantu komputer
seperti SketchUp, Autodesk Revit dan menyudahkan rendering
menggunakan perisian Lumion serta Photoshop telah memilih corak
dan warna yang bersesuaian dan menyiapkan lukisan persembahan
seperti yang terdapat didalam garis panduan pertandingan. Pelajar-
pelajar turut menerima pembelajaran menghasilkan 3D melalui kursus
DCA 5172 3D Modelling & Animation. Setelah siap dalam tempoh
yang diberikan, penyertaan telah dihantar dan disampaikan secara by
hand oleh Puan Razan Raihan binti Md Rosdi ke pejabat pengurus
pertandingan iaitu Red Tag yang bertempat di Kota Damansara pada 6
Oktober 2016.

Pada akhir acara kemuncak adalah majlis penyampaian anugerah
kepada pemenang-pemenang, hanya satu wakil tunggal Politeknik
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang terpilih disenarai pendek
selain peserta-peserta Universiti Awam dan Swasta yang mengungguli
pilihan juri. Walaubagaimanapun, pendedahan kepada pertandingan
seperti ini sedikit sebanyak membantu pelajar mendapatkan
pengetahuan luar serta realiti kepada bidang senibina yang
memerlukan pelajar untuk bukan sahaja mahir menghasilkan tugasan
malahan berani menonjol dalam mempersembahkan hasil kerja sama
ada dalam bentuk grafik mahupun secara lisan.

Pelajar menyiapkan tugasan menggunakan

perisian rekabentuk berbantu computer

seperti Autodesk Revit, SketchUp dan

membuat lukisan persembahan

menggunakan Adobe Photoshop 30

PERTANDINGAN ASIA YOUNG DESIGNER AWARD 2016
(AYDA 2016)

Majlis perasmian pertandingan berlangsung di Taylor’s University pada Mei 2016

31

PAM ANNUAL ARCHITECTURE EXHIBITION
(PAASWE) 2016, 1 UTAMA SHOPPING CENTER

Bronze award
Kategori

Booth display
&

Pam best student
Award 2016

PAM Annual Architecture Student Works Exhibition (PAASWE) 2016 di anjurkan oleh Pertubuhan Arkitek
Malaysia (PAM) dengan tema pameran pada tahun ini ialah “ARCHInteraction”. Ia berlangsung selama 6 hari
iaitu pada 4 Oktober sehingga 9 Oktober 2016 bertempat di 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Selangor
. Seramai 10 orang pelajar Diploma Senibina dari semester 4 yang terlibat dalam program ini. Sebelum berlepas
ke tempat pameran, para pelajar yang terpilih bersama empat orang pensyarah (Razan Raihan binti Md Rosdi,
Shahril Khairi Bin Abdul Shukor, Siti Asma Binti Hj Azmi dan Ab Razak Bin Ahmat) telah menyediakan booth
bertemakan “ARCHInteraction” di PSIS. Hasil kerja pelajar Senibina dari semester 1-5 seperti model dan lukisan
adalah antara bahan pameran yang diletakkan pada booth tersebut. Booth tersebut dapat disiapkan seperti
yang dirancang. Matlamat pameran ialah untuk mempamerkan hasil kerja pelajar seni bina yang terbaik dari
seluruh institusi di Malaysia tidak mengira institusi swasta mahupun dari institusi kerajaan. Program ini juga
bertujuan memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar kepada pameran seni bina yang akan diikuti yang
berkisar kepada pendekatan Seni Bina dan kelestarian pembangunan secara langsung dapat membuka minda
mereka terhadap ideologi Seni Bina pada masa kini. Alhamdulillah, pelajar semester 4 Muhammad Zulhelmy bin
Zulkifli yang juga salah seorang peserta program ini telah dinobatkan sebagai penerima PAM Best Student
Award 2016 atas kecemerlangan beliau dalam akademik dan juga penglibatan aktiviti luar. Booth PSIS yang
berkonsepkan Upside Down Rhythm in Cube ini telah berjaya mencuit hati juri-juri apabila dianugerahkan
Bronze untuk kategori PAM Best Booth Display Award. Program ini dapat membina dan meningkatkan lagi
kemahiran berkomunikasi, keyakinan dan kerjasama antara pelajar dimana pelajar telah mempersembahkan
kepada panel juri tentang konsep booth yang telah disediakan. Disamping itu, program ini menambahkan ilmu
pengetahuan peserta melalui perkongsian ilmu yang disampaikan oleh para Arkitek Profesional antaranya Azim
bin Tan Sri Aziz, Faizal Mohd Ali dan Mariana Isa dengan pelbagai topik yang menarik. Program ini juga dilihat
dapat mengukuhkan hubungan yang baik dikalangan pelajar, pensyarah serta mereka yang berada di dalam
dunia Seni Bina. Secara keseluruhannya, kesemua peserta telah memberi kerjasama sepenuhnya dan
komitmen yang tinggi sepanjang
6 hari program berlangsung.

32

PAM ANNUAL ARCHITECTURE EXHIBITION
(PAASWE) 2016, 1 UTAMA SHOPPING
CENTER

Persediaan booth pameran di PSIS sebelum ke tapak pameran di 1 Utama Perkongsian ilmu oleh arkitek profesional

Pelajar membuat pembentangan di booth pameran ketika penjurian

33

FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2016

silver award
Kategori

Garden design
&

Gold award
Kategori

Seni flora

FLORIA Diraja Putrajaya merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj)
dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan. Pada tahun ini FLORIA Diraja Putrajaya 2016 untuk
kali ke 9 akan diadakan pada 26 Mei hingga 5 Jun 2016.

Festival bunga-bungaan terulung Negara ini telah dianugerahkan dengan gelaran Diraja oleh DYMM Seri
Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada penganjuran FLORIA 2014, yang telah diadakan di tapak kekal
acara seluas 29 ekar yang dinamakan sebagai Anjung Floria di Presint 4, Putrajaya. Anjung Floria kini telah
ditransformasi sebagai sebuah kawasan bertaman sepanjang tahun dengan pelbagai komponen menarik
seperti Taman Persahabatan Malaysia-China, Taman fantasi, Bustan Inggeris dan Persisiran Heliconia. Pada
tahun ini, FLORIA Diraja Putrajaya 2016 dijangka akan menarik lebih ramai pengunjung melalui sajian
pameran landskap tropika yang indah dan mempersonakan bagi mencerminkan keceriaan bandar dan
kesejahteraan warga Putrajaya. Bunga tema yang dipilih bagi menghiasi FLORIA Diraja Putrajaya 2016
adalah Bunga Kekwa (Crysanthemum) manakala Keajaiban Dunia Floria (Magical World of Floria) telah
dipilih sebagai tema acara.

Sebanyak 39 Institusi Pengajian tinggi Malaysia telah dijemput untuk menyertai pameran taman di ruang
pameran yang disediakan dan 15 buah kumpulan dari institusi pengajian tinggi telah disenarai pendek bagi
pertandingan akhir ini. Taman-taman ini akan dipertandingkan dan turut menjadi satu platform kepada
institusi untuk mempromosikan objektif institusi kepada pengunjung dan pihak industri yang
terlibat.Pasukan daripada PSIS pada kali ini telah disenarai pendek dalam 3 pertandingan akhir FLORIA
Diraja Putrajaya iaitu bagi pertandingan :

1.Rekabentuk Taman Bahagian kategori Universiti
2.Rekabentuk Seni Flora kategori Universiti
3.Rekabentuk Poster Flora

Pasukan PSIS berjaya merangkul pingat emas bagi pertandingan seni flora kategori universiti dan berjaya
membawa pulang RM 1500.00. Selain itu, pasukan PSIS juga merangkul pingat perak bagi pertandingan
rekabentuk taman kategori universiti dan berjaya membawa pulang wang tunai RM 1000.00 .

Festival dan pameran taman ini adalah diharapakan dapat menjadi satu ‘platform’ kepada pelajar
untuk melakukan kerja-kerja secara lebih praktikal memandang pameran ini merupakan satu
pertandingan dan pameran peringkat antarabangsa secara eality dan melibatkan banyak
institusi dan pihak industri.

34

FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2016

Gambar-gambar aktiviti sepanjang tempoh pameran Floria Diraja Putrajaya 2016 dan Majlis
Penyampaian Hadiah

35

INTRODUCING AND DEMONSTRATING EARTHQUAKE
ENGINEERING RESEARCH IN SCHOOLS 2016
(IDEERS 2016)

Program Introducing And Demonstrating Earthquake Engineering Research
In Schools 2016 (IDEERS 2016) telah berlangsung di Taipei, Taiwan selama
6 hari iaitu pada 7 hingga 12 September 2016.
Program ini diadakan setiap tahun untuk mempromosikan pendidikan
kejuruteraan gempa bumi dan teknik-teknik pencegahannya kepada semua
peserta. Ia juga merupakan satu platform kepada pelajar untuk mencungkil
bakat mereka dalam mempamerkan hasil reka bentuk struktur bangunan
masing-masing yang mempunyai ciri-ciri kekuatan dan keunikan yang
tersendiri.
Program ini dianjurkan bersama Taiwan National Center for Research On
Earthquake Engineering (NCREE) dan British Council sejak tahun 2001.
Antara Negara yang mengambil bahagian ialah Malaysia, Taiwan, Korea
Selatan, Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina, United Kingdom, Australia,
Hong Kong & Australia.
PSIS diwakili oleh 2 orang pensyarah dan 4 orang pelajar. Pasukan PSIS
Berjaya mencapai kedudukan 29 daripada 49 pasukan di pertandingan ini.

36

INTRODUCING AND DEMONSTRATING EARTHQUAKE
ENGINEERING RESEARCH IN SCHOOLS 2016
(IDEERS 2016)

37

INNOVATION, INVENTION & SKILLS COMPETITION
THROUGH EXHIBITION (IISCEP-5) 2016

Program Innovation, Invention & Skills Competition Through Exhibition,
Politeknik Sultan Idris Shah 2016 (IISCEP-5) telah berlangsung pada 13 dan
14 Oktober 2016 di Dewan Serbaguna, PSIS.
Pada hari pertama, telah berlangsung pendaftaran peserta yang terdiri
daripada pelajar-pelajar dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) ,
Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK), Jabatan Kejuruteraan
Elektrik (JKE) dan Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA).

Panel penilai bagi Jabatan Kejuruteraan Awam yang hadir adalah Pn
Yoges Sharina A/P Jaselan Nathan, Environmental Executive dari Theen
Seng Paper Manufacturing Sdn Bhd dan En. Masrizal Bin Misran,
Jurutera Projek dari Cengaljati Sdn Bhd.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi,
YB Datuk DR. Mary Yap Kain Ching. Beliau juga telah menandatangani
Note of Collaboration.

Peserta terdiri daripada 40 projek terbaik dari setiap jabatan akademik.
Setiap jabatan dihadkan kepada 10 projek terbaik. Pecahan projek-
projek mengikut jabatan adalah seperti berikut :

JABATAN BILANGAN PROJEK BILANGAN PESERTA
JKE 10 40
JKA 10 40
JTMK 10 40
JPH 10 40
40 160
JUMLAH

38

INNOVATION, INVENTION & SKILLS COMPETITION
THROUGH EXHIBITION IISCEP-5 2016

Peserta terdiri daripada 40 projek terbaik dari setiap jabatan akademik. Setiap
jabatan dihadkan kepada 10 projek terbaik. Pecahan projek-projek mengikut
jabatan adalah seperti berikut :

Bil Nama No.Pendaftaran Tajuk Pencapaian
Gold
1 Mohamad Airiey Ikhwan Bin 17DKA13F2008 Portable Gang-
Mat Jais Nail Compressor Silver

Muhammad Khairi Bin Ramli 17DKA13F2062 Silver
Gold
Fatin Nur Syaeera Nabila Binti 17DKA13F2020
Shariffudin

2 Muhammad Amirul Bin Ab 17DKA13F2004 Anti-fungal Clay
Kadir 17DKA13F2074 Brick Using
Zeolite As An
Nur Wardiah Binti Additive
Kamaruzaman

Zulaika Binti Hassan 17DKA13F2048

3 Amirul Rafizi Bin Anuar Dzapri 17DKA13F2033 A Study Of

Citronella Leaves

Nurulhuda Binti Ghani 17DKA13F2037 As An Admixture

Mohd. Redzuan Khan Bin 17DKA13F2019 Into Particle
Norazizan Board

4 Muhamad Fahmi Bin Johari 17DKA13F2044 Removing Water
17DKA13F2076 Stagnant On The
Maizatul Haryatie Binti Mat
Hussin Ground

Muhammad Faris Bin Mohd. 17DKA13F2038
Safuan

39

INNOVATION, INVENTION & SKILLS COMPETITION
THROUGH EXHIBITION IISCEP-5 2016

Bil Nama No.Pendaftaran Tajuk Pencapaian
17DKA13F2030 Bronze
5 Noraisah Binti Shah Study About
rizal 17DKA13F2052 Portable Gold
17DKA13F2002
Nazmi Bin Mungkit@middy Hoarding For Silver
Construction
Muhammad Abdul Hafiz Bin
Ramlee 17DKA13F2006 Hydraulic Jack
Extractor With
6 Muhammad Fakhrul Iqhmal 17DKA13F2058
Bin Hassan 17DKA13F2064 Hammer
Holder
Putra Faris Bin Mokhtar
17DAS14F1074 Thermal
Wan Azfizatul Az Zarah Bin 17DAS14F1032 Energy
Wan Mohamad Yusoff 17DAS14F1040 Method To
Remove Fat,
7 Nurul Amira Binti Noor Oil, And
Azhar Grease In
Pipeline Sink
Anis Ashikin Binti
Hashipuddin

Mohd Fiqriee Bin Faizal

8 Nur Hidayah Binti Abd Karim 17DAS14F1082 Adsortion Gold
Gold
Palm Oil Mill

Muhammad Al0aqil Bin 17DAS14F1050 Affluent Using
Mohamat Apandy Durio

Zibethinus

Khairul Ikhwan Bin Anuar 17DAS14F1036 Murr With
Bioactive

Nutrients.

9 Muhammad Fathurrahman 17DAS14F1065 Production Of
Bin Mohammad Shukor 17DAS14F1023 Bio
17DAS14F1085
Nur Farah Wahida Binti Degradable
Mohd Zaidi Plastic From
Durian Seed
The Zakiah Binti Mohd
Baharuddin (Durio
Zibethinus)

40

INNOVATION, INVENTION & SKILLS COMPETITION
THROUGH EXHIBITION IISCEP-5 2016

Bil Nama No.Pendaftaran Tajuk Pencapaian
10 Muhammad Nazmi Bin Md 17DAS14F1070 Gold
The Potential Of
Nasir 17DAS14F1086 Pili Erectus And
Muhammad Najib Bin Md Noh 17DAS14F1030 Activated Carbon
As An Oil Filter In
Nur Khairunnisa Binti Mahmud
Treating
Restaurant
Wastewater

11 Ain Natasha Binti Badrul 17DAS14F1073 The Comparison Bronze
Hisham 17DAS14F1059 Between Bronze
Khairunnisa Binti Rizal 17DAS14F1035
17DAS14F1048 Bioethanol From
Nur Farra Hana Binti Mohd 17DAS14F1026 Cow Dung And
Farikh 17DAS14F1058
12 Shainini Binti Awaluddin Methanol In
Processing
Mimi Azira Binti Arsad Biodiesel From
Chicken Ftas
Intan Syahirah Binti
Sahharuddin Study On
Effectiveness Of

Human Body
Odor And Led

Light As
Mosquito
Attractant

41

INNOVATION, INVENTION & SKILLS COMPETITION
THROUGH EXHIBITION IISCEP-5 2016

42

KURSUS PEMASANGAN KERANGKA BUMBUNG
UNIT LATIHAN PENDIDIKAN LANJUTAN
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

Pada 30 sehingga 31 Mei 2016, satu kursus pemasangan kerangka
bumbung telah diadakan di Tapak Green Studio JKA. Ianya telah dihadiri oleh 11
orang pensyarah Diploma Kejuruteraan Awam dan melibatkan penceramah dari
Garden IBS Construction manakala urusetia adalah En Azmir Md Dom dan Pn.
Shawalrina Zainal Abidin.

Antara objektif kursus adalah untuk mengaplikasikan prosedur dan kaedah
yang betul dalam penyambungan kerangka besi bumbung bagi memastikan
kekuatan dan kesimbangan dikekalkan.Di samping itu, pensyarah dapat memahami
teknik dan kaedah pemasangan kerangka bumbung besi secara manual selain
dapat mengetahui dan mengambil ukuran kerangka besi dalam mengawal kualiti
semasa pemasangan bumbung.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus adalah secara praktikal
berdasarkan saiz sebenar projek green studio yang sedang dalam pembinaan.
Memahami jenis-jenis kerangka yang akan digunakan mengikut kegunaan seperti
kerangka utama, alang dan batten. Mempelajari kaedah dan teknik pemasangan
serta penyusunan kerangka bagi menghasilkan struktur kerangka yang kukuh dan
seragam bagi menjamin kekuatan binaan untuk menampung beban tile.

Penglibatan pihak industri dan kontraktor dilihat mampu menyumbang
kepada peningkatan kemahiran teknikal dalam menjadikan pnp tidak terjurus hanya
melibatkan teori sahaja. Oleh itu, kursus yang pengisian secara teori dan praktikal
dianjurkan bagi memantapkan kemahiran sediada yang dimiliki oleh pensyarah
selain dapat mencuba teknologi binaan yang terkini.

43

KURSUS PEMBINAAN BATA LEGO
UNIT LATIHAN PENDIDIKAN LANJUTAN

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

Pada 15 sehingga 17 April 2016, satu kursus pembinaan bata lego telah
diadakan bertempat di Bengkel Bata JKA dan tapak pembinaan Green Studio
telah dihadiri oleh 31 orang pensyarah jabatan kejuruteraan awam dari program
diploma kejuruteraan awam dan diploma kejuruteraan alam sekitar. Urusetia bagi
kursus ini adalah En. Azmir bin Md Dom Ianya juga dibantu oleh beberapa orang
pelajar DKA sebagai pemudahcara sepanjang kursus berjalan.

Melibatkan penglibatan dua pemain industri iaitu Jassa Development (En.
Jamaludin Bin Hasan, En. Muhammad Amar Bin Jamaludin) dan Garden IBS
Construction (En. Anuar Bin Ahmad dan En. Syafie bin Yusoff).

Antara objektif kursus adalah untuk mengetahui bahan-bahan yang
digunakan untuk menghasilkan bata lego, mempelajari kaedah
bancuhan,penerapan dan proses curing dalam menghasilkan bata lego yang
berkualiti, mengetahui jenis-jenis bata lego yang akan digunakan mengikut
kegunaan seperti dinding , tiang dan lintel kerangka pintu dan tingkap dan
mempelajari teknik pemasangan dan pemyusunan bata lego bagi menghasilkan
permukaan yang selari dan seragam.

Kursus ini telah dijalankan secara praktikal secara berkumpulan di bawah
seliaan fasilitator dari industri. Di akhir kursus, pengujian dan pengukuran telah
dilakukan oleh panel juri industri untuk menentukan kumpulan yang berjaya
menghasilkan bata lego mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Impak dari kursus
ini, pensyarah dapat pendedahan mengenai penghasilan bata lego dan
mengetahui aspek yang perlu dititik berat kawalan kualiti bagi memastikan
spesifikasi bata yang bermutu dihasilkan. Ianya juga dapat mengaplikasikan
prosedur dan kaedah yang betul dalam menghasilkan bata lego bagi memastikan
kekuatan bata dikekalkan. (Proses curing)

44

BENGKEL GRAFIK SENI BINA

6 & 7 september
2016

34 orang pelajar
Encik jomaithir

bin Johari
(aj reka)

Kursus Architectural Graphics Presentatiion, merupakan kursus teras bagi pelajar semester 1 Diploma Seni
Bina. Mengikut sukatan silibus, pelajar perlu diberi penekanan untuk mahir dalam menghasilkan lukisan
persembahan seni bina. Oleh yang demikian pendedahan yang meluas dan tambahan amatlah perlu
dititikberatkan kepada pelajar. Pengetahuan yang lebih mendalam dari pihak industri adalah satu kelebihan
yang wajar dikongsi bersama pelajar politeknik.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kefahaman berkaitan lukisan persembahan senibina.
Menambah kemahiran para pelajar dalam mengaplikasikan teknik-teknik persembahan lukisan senibina
untuk masa-masa akan datang. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang pekerjaan apabila
tamat pengajian. Penceramah yang dijemput, Encik Jomaithir bin Johari merupakan seorang pakar dalam
Ilustrasi Seni Bina. Beliau telah menerbitkan beberapa buah buku grafik dan terlibat dengan pelbagai projek
dalam bidang Seni Bina. Bakat dan kemahiran yang beliau miliki mampu merangsang pelajar dalam
kemahiran grafik seni bina.
Bengkel ini diadakan selama 2 hari dengan penyertaan seramai 34 orang pelajar. Menerusi program ini,
diharapkan akan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan Lukisan Persembahan Senibina
dan impaknya khususnya yang berkaitan dengan topik berkenaan. Selain itu diharapkan ia dapat
mengembangkan potensi pelajar untuk menghubungkaitkan teori pembelajaran dengan situasi realiti
persekitaran. Jika pemahaman dan penghayatan dapat ditingkatkan, mungkin dapat melonjakkan lagi
statistik pencapaian pelajar dan seterusnya meningkatkan lagi mutu keboleh pasaran pelajar.

Gambar sepanjang
perbengkelan dijalankan.

45


Click to View FlipBook Version