PROGRAM GENG CUCI RUMAH ANJURAN KELAB PELAJAR
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
Program Geng Cuci Rumah merupakan satu program pelajar yang
berlandaskan kepada konsep khidmat masyarakat dan keusahawanan pelajar.
Program ini membolehkan para pelajar membuat pengumpulan dana bagi
melaksanakan program yang seterusnya iaitu program khidmat masyarakat di
rumah kebajikan terpilih iaitu Rumah Kebajikan Nur Kasih Bestari bertempat di
Bota Kanan Perak.
Program Geng Cuci Rumah ini dikendalikan sepenuhnya oleh ahli
kelab Jabatan Kejuruteraan Awam yang terdiri daripada pelajar dari program
Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar dan program Diploma Kejuruteraan Awam
bersama pensyarah penyelaras kelab.
Program ini berlangsung dari 16 Januari 2016 sehingga 21 Februari
2016 dan melibatkan seramai 50 orang pelajar dan seorang pensyarah yang
menyelaras program. Objektif program ini ialah bagi memperkasakan bidang
keusahawanan dalam kalangan pelajar serta mewujudkan serta
memperkukuhkan kerjasama antara pelajar dalam perlaksanaan program.
Program Geng Cuci Rumah dimulakan dengan aktiviti promosi
mengenai perkhidmatan mengemas rumah kepada para pensyarah di seluruh
politeknik melalui e-poster yang diedarkan menggunakan aplikasi sosial
seperti WhatsApps dan Facebook. Peserta program telah menyusun jadual
mengemas rumah mengikut kumpulan supaya kumpulan kerja ini boleh
bekerja dengan lebih efisien.
Aktiviti pengemasan dan pembersihan rumah ini dilaksanakan pada
waktu hujung minggu dan pada waktu lapang pelajar.Program ini telah berjaya
dilaksanakan bagi tempoh ditetapkan dan objektif program telah tercapai
sepenuhnya. Sebanyak 6 buah kediaman pensyarah telah menyertai program
ini dan sejumlah wang telah berjaya dikumpul bagi disalurkan kepada Rumah
Kebajikan Nur Kasih Bestari.
Selain itu, pelbagai impak positif telah diterima melalui program ini
dimana program ini berjaya mewujudkan kerjasama erat antara pelajar dalam
proses pengemasan dan pembersihan rumah. Pelaksanaan program ini telah
mendatangkan pelbagai manfaat selain mengisi masa terluang pelajar. Para
pelajar dapat menyumbangkan tenaga dalam proses pembersihan dan
pengemasan selain mengumpul derma kepada badan kebajikan terpilih.
Pelbagai komen- komen positif diterima dari kalangan penduduk di kuartes
politeknik dan program ini disyorkan diteruskan pada masa akan datang.
46
DAS GREEN FITNESS DAY
Program DAS Green Fitness Day merupakan satu program pelajar yang
berlandaskan kepada konsep sukan tradisional dan sukan moden yang dapat
diterapkan kepada para pelajar bagi mengeratkan silaturahim sesama pelajar
dan para pensyarah. Aktiviti ini dijalankan selama satu hari pada hari Sabtu 3
September 2016 bermula 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. Segala peralatan
kegunaan pada hari aktiviti telah disediakan dan segala perbelanjaan untuk
aktiviti tersebut mendapat peruntukan daripada Tabung Amanah Pelajar (TAP).
Program ini membolehkan para pelajar memendekkan jurang antara
pelajar-pelajar senior dan pelajar-pelajar junior serta secara tidak langsung
dapat memajukan sukan di Politeknik Sultan Idris Shah. Program ini
dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar DAS semester akhir. Program
DAS Green Fitness Day dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Cik
Zaifah selaku penyelaras program, diikuti acara senamrobik dan acara sukan
seperti futsal, bola tampar, bola jaring serta permainan tradisional seperti tarik
tali, belon batik, congkak dan batu seremban. Majlis berakhir pada pukul 1
petang setelah tamat penyampaian hadiah.
Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar seperti yang
dirancang dan impak yang positif dapat dilihat dari segi kerjasama antara
pelajar dan pensyarah dalam acara sukan mendapat maklum balas yang positif
dari peserta. Para pelajar dan pensyarah memperlihatkan semangat kesukanan
yang baik dan program diharap boleh diteruskan pada masa akan datang.
47
GOTONG ROYONG PERDANA
Jabatan Kejuruteraan Awam, PSIS telah melaksanakan Program Khidmat
Masyarakat (CSR) bersama pihak SK Simpang Empat (SKS4), Bagan Nakhoda Omar
sempena Program Gotong Royong Perdana SKS4 pada 9 Januari 2016.
Program CSR GRP – 2.0 ini melibatkan para pelajar dari program DKA2B seramai
90 orang yang mengambil kursus DCC2042 – Makmal Konkrit & Bata serta 27
orang pensyarah dari Unit Diploma Kejuruteraan Awam (DKA), Jabatan
Kejuruteraan Awam, PSIS.
Program ini dibahagikan kepada tiga aktiviti penting iaitu kerja membaiki dan
mengecat, motivasi bersama pelajar tahun 5 dan 6 serta taklimat kesdaran bahay
pembuangan minyak masak terpakai.
Selain itu, satu acara sukan rakyat iaitu sukan Tarik tali telah diadakan. Sukan ini
diwakili oleh 10 orang wakil pelajar PSIS melawan 10 orang guru dan kakitangan
sekolah di mana perlawanan tersebut telah dimenangi oleh pelajar PSIS.
48
GOTONG ROYONG PERDANA
49
GREEN STUDIO
Projek PEMBINAAN GREEN STUDIO telah dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam,
PSIS yang bermula pada 15 April 2016 dan siap pada 14 Oktober 2016 bertempat di
bersebelahan Pusat Islam, PSIS.
Tujuan projek ini dijalankan ialah untuk mengaplikasi kemahiran bata, konkrit, kerja kayu
dan IBS ke dalam projek sebenar.
Selain itu, projek ini menyambungkan kerjasama dengan Jassa Development dalam
membina bangunan menggunakan bata interlocking berkonsepkan pemasangan secara
LEGO dan menyerapkan elemen GREEN dalam keseluruhan bangunan yang akan
dihasilkan. Projek ini juga telah menjadikan Green Studio sebagai salah satu Green
Building berasaskan IBS, Green Material dan Green Energy.
Secara umumnya objektif ini telah tercapai dengan jayanya di mana program ini telah
berjalan lancar dengan bantuan dan kerjasama dari pelbagai pihak. Semangat
berpasukan yang telah ditunjukkan oleh para peserta disertai dengan kehadiran
penceramah dari pihak industri mememeriahkan lagi program tersebut. Para peserta
terdiri daripada 100 orang terlibat ( 60 pelajar dari kursus Diploma Kejuruteraan Awam
dan 35 orang staf akademik serta 5 orang staf bukan akademik).
50
GREEN STUDIO
51
PROJEK POLYHOME
Projek Polyhome merupakan satu projek khidmat masyarakat yang dijalankan
oleh pelajar Politeknik Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pengajian Politeknik
(JPP) Parlimen Besut, gabungan Pengusaha IBS (GPIBS) dan penduduk kampong
daerah Besut. PSIS telah diamanahkan untuk membina sebuah rumah
Polyhome fasa 5 di kampung Beris Lampu, Kuala Besut, Terengganu.
Tempoh pembinaan adalah selama 28 hari melibatkan seramai 4 orang
pensyarah yang menjalani sangkutan industri pensyarah (SIP) secara sepenuh
masa dan 16 orang pelajar. Projek pembinaan tersebut telah di bina pada 7
November 2016.
Aktiviti pembinaan rumah Polyhome ini adalah gabungan kepakaran pensyarah
dan pelajar Jabatan Kejuruteraan awam dalam melaksanakan tanggungjawab
social di kalangan warga politeknik untuk membantu golongan asnaf
menyediakan rumah yang selesa dan selamat.
52
PROJEK POLYHOME
53
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016
Pada 22 Julai 2016, wakil kelas Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Idris
Shah telah menganjurkan Program Sambutan Hari raya. Sebanyak 1020 orang pelajar
dan 60 orang staf JKA menghadiri program tersebut dan turut dimeriahkan lagi
dengan para jemputan. Program ini bermula 9.00 pagi dan berakhir pada 12.00
tengahari bertempat di Smart Green Park, PSIS.
Pelajar setiap kelas diberi peluang menghias tempat dan menyediakan juadah
masing-masing. Majlis dimulai dengan ucapan dari Ketua Jabatan Kejuruteraan
Awam, serta bacaan doa oleh pelajar. Pelbagai persembahan dan pertandingan dari
kalangan pelajar dan juga staf JKA. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi
pemenang.
54
MINGGU KECEMERLANGAN AKADEMIK
KALI KE-16
Minggu Kecemerlangan Akademik kali ke – 16 bagi sesi Disember 2015 telah
diadakan pada 15 hingga 17 Mac 2016 bertempat di Dewan Serbaguna,
Politeknik Sultan Idris Shah.
Pelajar yang terlibat adalah seramai 291 orang di mana 83 orang pelajar dari
Program Diploma Kejuruteraan Awam, 138 orang pelajar dari Program Diploma
Alam Sekitar manakala Program Diploma Senibina adalah seramai 69 orang
pelajar.
Minggu akademik kali ke -16 telah melibatkan pihak luar sebagai penilai dalam
pembentangan hasil projek pelajar. Pada sesi ini, seramai 21 orang pihak luar
dari pelbagai industri dan organisasi telah hadir sebagai panel penilai.
55
MINGGU KECEMERLANGAN AKADEMIK
KALI KE 16
MOHD KHAIROLNIZAM BIN YUNOS
Pemenang Projek Terbaik DKA
Kedudukan Tajuk Projek Penyelia
Tempat
Pertama Compressible safety Cone Intan Maisarah Binti
Osman
Tempat Kedua
Modification Of Shovel With Water Syakiroh Bt Mohd
Tempat Ketiga Pump To Clean Up garbage In Taufiq
Drainage
The Study Of Hibiscus Cannabinus Hafizulhadi Bin Rahim
L.Bast Fibre Suitability In Gypsum
Board.
Pemenang Projek Terbaik DAS
Program Tajuk Projek Penyelia
Tempat Rice Husk As Thermal Insulation Nor Azman Bin Desa
Pertama
Tempat Kedua The Application Of Cocos Nuciferal In Nur Shuhada Binti
Production Of Biodiesel Arbaan
Tempat Ketiga Organic Pesticide From Egg Shell Noor Farahin Binti
Bain
56
MINGGU KECEMERLANGAN AKADEMIK
KALI KE-16
57
THE 17TH DISSERTATION, PRESENTATION AND
EXHIBITION (DPEX)
Program Dissertation, Presentation And Exhibition (DPEx) sesi Jun 2016
telah diadakan pada 5 & 6 Oktober 2016 bertempat di Dewan Serbaguna
Politeknik Sultan Idris Shah.
Program ini telah dirasmikan oleh LT. Kol. Bersekutu (PA) Hjh. Norehan Binti
MD. Shariff, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah yang diwakili oleh Ketua
Jabatan Kejuruteraan Awam, E. Mohan Kumar a/l Manikam.
Seramai 26 wakil dari pihak industri telah dijemput sebagai panel penilai
jemputan luar untuk mengadili projek-projek pelajar yang dipertandingkan.
Pada semester ini, DPEx telah Berjaya mewujudkan 1 kategori baru
Anugerah Pilihan Industri. Anugerah ini merupakan anugerah khas di mana
Felo Industri bagi setiap program telah memilih projek yang dijangka
mempunyai nilai inovasi dan komersial yang tinggi.
Program Keputusan Pemenang Poster Terbaik
Tajuk Projek
DKA Heat Absorbing Wall Tiles
DAS Multiple Soap And Detergent By Used Cooking Oil
Pemenang Anugerah Pilihan Industri
Program Tajuk Projek
DKA
DAS Portable Gang-Nail Compressor
Thermal Energy Method To Remove fat, Oil And Grease In
Pipeline Sink.
58
THE 17TH DISSERTATION, PRESENTATION AND
EXHIBITION (DPEX)
Pemenang Projek Terbaik DKA
Kedudukan Tajuk Projek
Johan Portable Gang-nail Compressor
Naib Johan Anti-fungal Clay Brick Using Zeolite As An
Additive
Ketiga A Study Of Citronella Leaves As An Admixture
Into Particle Board
Pemenang Projek Terbaik DAS
Program Tajuk Projek
Johan
Thermal Energy Method To Remove Fat, Oil And
Grease In Pipeline Sink
Naib Johan Adsortion Palm Oil Mill Affluent Using Durio
Zibethinus Murr With Bio
Ketiga Production Of Bio degradable Plastic From
Durian Seed (Durio Zibethinus)
59
THE 17TH DISSERTATION, PRESENTATION AND
EXHIBITION (DPEX)
60
PROGRAM ARCHI TALK
“ADVANCE ARCHITECTURE ASPIRATION”
22 ogos 2016
172 orang pelajar
Ar. Mohd zulhemlee
Bin an
(Presiden
pertubuhan arkitek
Malaysia)
Program Archi Talk “Advance Architecture Aspiration” di anjurkan oleh unit
Seni Bina, Jabatan Kejuruteraan Awam PSIS. Ia berlangsung pada hari Isnin,
22 Ogos 2016 di Dewan Syarahan Utama PSIS. Seramai 172 orang pelajar
Diploma Senibina dari semester 1-5 dan 13 orang pensyarah yang terlibat
dalam program ini.
Pegawai yang dijemput untuk memberi ceramah adalah Ar. Mohd
Zulhemlee An. Beliau adalah Felo Industri PSIS & Presiden Pertubuhan
Arkitek Malaysia (PAM) pada ketika itu. Dengan kehadiran beliau, pelajar
dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang asas senibina dan
laluan ke arah profesion seorang arkitek. Selain itu, pelajar dapat
mempersiapkan diri dengan sesuatu kemahiran selaras dengan kehendak
jabatan/agensi/syarikat. Ceramah dibahagikan pedala dua sesi dan sesi soal
jawab di penghujung sesi ceramah.
Kursus rekabentuk merupakan kursus major bagi pelajar-pelajar Diploma
Senibina. Di dalam sukatan silibus kursus tersebut, terdapat penekanan
dan pengetahuan tambahan berkaitan dalam lingkungan “Advance
Architecture Aspiration” atau lebih dikenali dengan “Anjakan Aspirasi
Senibina. Ilmu dan pengetahuan dari panel bidang yang berpengalaman
sedikit sebanyak dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran pelajar
untuk berfikir diluar kotak dalam aspek perancangan dan rekabentuk hijau
senibina. Ia merupakan suatu kaedah berkesan untuk memperkasakan
pencapaian CLO dan PLO di samping meluaskan jaringan kolaborasi PSIS
melalui JKA.
Secara keseluruhannya, kesemua peserta telah memberi kerjasama
sepenuhnya dan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung dan
pelajar mencadangkan agar aktiviti seperti ini patut diteruskan. Kedatangan
mereka yang terlibat dalam industri memberi motivasi untuk lebih
bersemangat dalam menyiapkan diri sebagai seorang arkitek pada masa
hadapan
61
PROGRAM ARCHI TALK
“ADVANCE ARCHITECTURE ASPIRATION”
Gambar sepanjang aktiviti dijalankan bermula dengan pendaftaran pelajar sehingga ke penyampaian
cenderamata kepada panel jemputan
62
SEMINAR REKA BENTUK MAMPAN
PROGRAM SENI BINA
3 mac 2016
204 orang pelajar
Encik muhsin bin
abdul ghani
(mag builders sdn.
Bhd)
Kursus senireka (design) merupakan kursus major bagi pelajar-pelajar Diploma Seni Bina. Di dalam sukatan
silibus kursus tersebut, terdapat penekanan dan pengetahuan tambahan berkaitan reka bentuk
mampan.Oleh itu, seminar reka bentuk mampan yang diadakan adalah bertujuan untuk membantu
meningkatkan kemahiran pelajar untuk berfikir di luar kotak dalam aspek perancangan dan reka bentuk
mampan. Hasil perkongsian ilmu dan pengetahuan dari panel bidang yang berpengalaman merupakan suatu
kaedah berkesan untuk memperkasakan pencapaian CLO dan PLO di samping meluaskan jaringan kolaborasi
PSIS melalui JKA.
Objektif utama seminar ini adalah untuk mendedahkan deifinisi rekabentuk mampan serta contoh,
meningkatkan kefahaman berkaitan teknologi reka bentuk mampan, dan membina hubungan yang
berterusan dengan syarikat yang berkaitan agar dapat memberi manfaat kepada pelajar. Bertempat di
Panggung Syarahan Politeknik Sultan Idris Shah, seminar ini diadakan selama 3 jam bermula jam 10.00 pagi.
Pelaksanaan aktiviti telah berjaya mencapai objektif di mana pelajar telah dapat menambah baik idea reka
bentuk bangunan yang diaplikasikan ke dalam kursus seni reka. Pelajar juga dapat menambah kefahaman
mereka terhadap reka bentuk bangunan yang berorientasikan keadaan sekitar dan akta- akta yang berkaitan
binaan bangunan yang diguna pakai di Malaysia. Seminar ini membantu menambah pengetahuan pelajar
untuk berfikir di luar kotak dalam menghasilkan rekaan-rekaan seni bina yang lebih bermutu tinggi. Selain
itu, seminar ini telah dapat meningkatkan keyakinan dan memperbaiki kelemahan teknik komunikasi serta
melatih nilai-nilai murni agar pelajar lebih terampil dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang
diambil.
63
Warga JKA pelbagai peribadi
Saling membantu bekerjasama tinggi
Sedia berkhidmat apa yang diberi
Usaha gigih dihargai tinggi
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Sungai Lang,
45100 Sungai Air Tawar,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : +603-32806200
Fax : +603-32806400
PIONEERING . SUSTAINABLE . INNOVATIVE . SYNERGISE