PERNIAGAAN T5
BAB 1
PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA
1.1 DEFINISI
PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA
DEFINISI
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
• Satu usaha pembangunan tenaga kerja
dalam organisasi untuk menarik,
membangun dan mengekalkan tenaga
pekerja yang berprestasi tinggi
Kepentingan Pengurusan Sumber Manusia
Sumber manusia Sumber manusia Pengagihan
sentiasa diberikan latihan sumber manusia
yang cukup dan secara berkesan
mencukupi
terkini
Kebajikan Prestasi sumber Tahap motivasi
pekerja sentiasa manusia sentiasa pekerja sentiasa
dijaga dipantau tinggi
1.2 PERANAN
PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA DALAM SESEBUAH
PERNIAGAAN
PERANAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN
(9 PERANAN= 9 FAKTA)
1. Keperluan pekerja, merekrut (mengambil) pekerja, kontrak
(ikatan perjanjian) pekerjaan dan deskripsi(pernyataan
bertulis/penerangan) tugas
Huraian:
1) Teknik merekrut menarik calon berkelayakan menyertai perniagaan
2) Deskripsi tugas yang jelas membantu pekerja menjalankan tugas dengan cekap
3) Penwaran kontrak yang menarik memastikan kesetiaan pekerja
1.2 PERANAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN
(9 PERANAN = 9 FAKTA)
2. Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran
Huraian:
1) Mewujudkan semangat berpasukan
2) Setiap pekerja berusaha mencapai KPI pasukan sebagai petunjuk
prestasi
3) Wujud kerjasama dalam pasukan seperti berkongsi pengalaman untuk
mencapai sasaran pasukan
PERANAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN
(9 PERANAN = 9 FAKTA)
3. Prestasi pasukan
Huraian:
1) Prestasi pasukan mempengaruhi produktiviti perniagaan
2) Prestasi pasukan boleh ditingkatkan melalui latihan dan kursus
secara intensif
PERANAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN
(9 PERANAN = 9 FAKTA)
4. Latihan peningkatan kemahiran
Huraian:
1) Program latihan diberikan secara berterusan mengikut keperluan
semasa
2) Program latihan seperti latihan sambil bekerja melengkapkan diri
pekerja dengan kemahiran dan pengetahuan khusus
PERANAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN
(9 PERANAN = 9 FAKTA)
5. Membentuk persekitaran kerja yang positif
Huraian:
1) Persekitaran kerja yang kondusif(menggalakkan, menyumbang,
sesuai) meningkatkan produktiviti dan mengurangkan tekanan kerja
2) Bagi jangka masa panjang, persekitaran kerja kondusif menggalakkan
idea baharu dan menjalin hubungan baik dengan pihak luar
PERANAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN
(9 PERANAN = 9 FAKTA)
6. Pemantapan budaya profesional
Huraian:
1) Amalan kerja yang beretika, mewujudkan budaya professional di tempat
kerja
Contoh: Konsep Pengurusan Jepun
Konsep TQM (meningkatkan kepuasan pelanggan dan kualiti produk), Kaizen
(penambahbaikan secara berterusan), 5S(sisih, susun,sapu,seragam, sentiasa
amalkan), Zero Defect (kecacatan sifar/ mengelakkan sebarang kesilapan)
PERANAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN
(9 PERANAN = 9 FAKTA)
7. Menggalakkan kreativiti dan inovasi
Huraian:
1) Pengurusan sumber manusia perlu menggalakkan pembangunan bakat
pekerja dengan menyediakan sumber pembiayaan pendidikan
2) Pekerja yang kreatif dan inovatif memantapkan pencapaian organisasi
3) Pekerja yang kreatif dan inovatif akan diberikan ganjaran kerana
sumbangan dan produktiviti mereka
PERANAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN
(9 PERANAN = 9 FAKTA)
8. Pemberian insentif yang munasabah
Huraian:
1) Fungsi ganjaran adalah meningkatkan prestasi, motivasi dan kesetiaan
pekerja
Contoh: Skim kesihatan dan keselamatan pekarja(insurans)
Skim yang sesuai dan diperlukan pekerja mendorong kesetiaan mereka
dan persekitaran kerja harmoni
PERANAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN
(9 PERANAN = 9 FAKTA)
9. Pemberhentian pekerja
Huraian:
1) Terdapat beberapa jenis penamatan kontrak perkhidmatan (persaraan, penamatan
perkhidmatan secara sukarela, penamatan perkhidmatan secara tindakan disiplin
dan pemecatan pekerja)
2) Pekerja yang diberhentikan biasanya diberikan ganjaran seperti gratuity atau
pampasan
3) Sistem pemberhentian kerja yang sistematik mengelakkan pembaziran aumber
manusia dan mewujudkan suasana harmoni
1.3 APLIKASI
PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA
DALAM PEMBANGUNAN
PERNIAGAAN YANG MAMPAN
“
PERNIAGAAN YANG MAMPAN
Maksudnya… ”
1) Perniagaaan yang memiliki kekuatan tersendiri dalam aspek penciptaan nilai
2) Perniagaan yang mampu mengekalkan pencapaian prestasi kedudukan
kewangan
3) Perniagaan yang mempunyai panarafan yang meningkat secara berterusan
Contoh Perniagaan 1
Bagi APLIKASI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
DALAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN YANG MAMPAN
T.I.G.E.R.
Teamwork, Integrity, Growth, Excellence & efficiency, Relationship
(Kerja Kumpulan, Jujur, Kemajuan, Kecemerlangan & Keberkesanan,
Menjalin Hubungan)
Menara Maybank
Jalan Tun Perak,
Bukit Bintang,
Kuala Lumpur
Lebih 374 cawangan
tempatan, 90 buah cawangan
luar negara dan pejabat serta
2700 mesin Automatic Teller
Machine(ATM) dalam Malaysia
KECEKAPAN SUMBER MANUSIA MAYBANK
1. Menyediakan pelbagai program ______________________ dan ____________________ untuk tenaga kerja
agar para pekerja mempunyai bakat dan __________________ yang tersendiri. Maybank melaksanakan
latihan ___________________ bersama pihak kerajaan dan _________________ untuk membangunkan
pasukan dan _______________ kemahiran pekerja
2. Mengamalkan pelbagai ____________________ dan proses pembangunan __________________ pasukan
menerusi Indeks Prestasi utama (KPI). Mengadakan sesi ___________________ mingguan dalam talian .
menyediakan saluran e-mel (ASM) untuk ___________________peringkat bawahan menyampaikan
________________ atau masalah.
3. Melaksanakan program _______________ dalam __________________ budaya _____________ dalam
kalangan pihak _____________________
4. Mewujudkan skim ______________________ seperti peluang ____________________dan kerjaya,
__________________________, _______________ insentif jangka panjang, tunai boleh
___________________ dan bayaran _______________________. Melaksanakan konsep T.I.G.E.R untuk
___________________persekitaran kerja dalaman yang _________________dan
_______________________.
KECEKAPAN SUMBER MANUSIA MAYBANK
1. Menyediakan pelbagai program __KOMPETENSI_ dan __PRAKTIKAL__ untuk tenaga kerja
agar para pekerja mempunyai bakat dan _KEMAHIRAN_ yang tersendiri. Maybank
melaksanakan latihan __PENGINSTITUSIAN_ bersama pihak kerajaan dan __SWASTA__ untuk
membangunkan pasukan dan _PERKONGSIAN_ kemahiran pekerja
2. Mengamalkan pelbagai _PENILAIAN_ dan proses pembangunan _PRESTASI_ pasukan menerusi
Indeks Prestasi utama (KPI). Mengadakan sesi _DIALOG__ mingguan dalam talian .
menyediakan saluran e-mel (ASM) untuk _MEMBOLEHKAN_peringkat bawahan
menyampaikan _IDEA___ atau masalah.
3. Melaksanakan program _KEPIMPINAN__ dalam _PEMANTAPAN__ budaya _PROFESIONAL
dalam kalangan pihak __PENGURUSAN___
4. Mewujudkan skim __GANJARAN seperti peluang _PEMBANGUNAN_dan kerjaya,
__FAEDAH___, __PELAN__ insentif jangka panjang, tunai boleh _UBAH__ dan bayaran
__ASAS_. Melaksanakan konsep T.I.G.E.R untuk __MEWUJUDKAN_persekitaran kerja
dalaman yang _POSITIF__dan ___HARMONI___.
Contoh Perniagaan 2
Bagi APLIKASI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
DALAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN YANG MAMPAN
Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad, ditubuhkan pada 1993,
di Sungai Choh Rawang, Selangor (80 hektar). Di antara kenderaan
yang dikeluarkan adalah
Perodua Kancil, Kelisa, Myvi, Alza, Myvi Baru 2018 dan…
Perodua
Aruz
72 - 77 k
KECEKAPAN SUMBER MANUSIA PERODUA
1. Menyediakan spesifikasi tugas yang jelas dan teratur, pekerja diberi latihan
simulasi, teknikal dan praktikal. Maka pekerja menjadi lebih mahir dan
berpengetahuan.
2. Program mentor menti dan pembelajaran kendiri menggalakkan perkongsian
pengetahuan dan mendorong pencapaian KPI organisasi
3. Memantau keperluan pekerja di setiap bahagian melalui pangkalan data maka
prosos pengeluaran tidak terganggu akibat masalah kekurangan pekerja kerana
masalah dapat dikenalpasti dengan segera dan penggantian pekerja dapat
dilakukan dengan segera
4. Pelan penambahbaikan pekerja dilakukan berterusan melalui ganjaran dan insentif
kepada pekerja cemerlang, khidmat nasihat disediakan dan hubungan majikan
dengan pekerja adalah harmoni
1.4 ASPEK PENGELOLAAN
SUMBER MANUSIA
DALAM PEMBANGUNAN
PERNIAGAAN
ASPEK PENGELOLAAN SUMBER MANUSIA
DALAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
(6 Aspek = 6 Fakta)
1. Penempatan pekerja dan fasiliti
Huraian:
1) Penempatan pekerja mengikut aspek kemahiran, kelayakan dan keperluan
perniagaan
2) Fasiliti/kemudahan bersesuaian membantu meningkatkan kecekapan
pekerja
Contoh: Tukang jahit memerlukan mesin jahit pelbagai fungsi kerja dan alatan
tambahan
1.4 ASPEK PENGELOLAAN SUMBER MANUSIA
DALAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
(6 Aspek = 6 Fakta)
2. Standard prosedur operasi tugas (SOP)
Huraian:
1) SOP ialah dokumen arahan bertulis untuk mencapai keseragaman
perlaksanaan tugas dan fungsi tertentu
2) SOP melibatkan pengendalian dokumen sepeti pelan, peraturan dan
pematuhan dasar mengikut piawaian, meminimumkan risiko
Contoh: Pekerja pembinaan perlu memakai topi keselamatan semasa memasuki
tapak projek
ASPEK PENGELOLAAN SUMBER MANUSIA
DALAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
(6 Aspek = 6 Fakta)
3. Sistem Penggajian
Huraian:
1) Sistem penggajian yang kompetitif(boleh bersaing/ mengatasi pesaing)
meningkatkan motivasi pekerja
2) SOP melibatkan pengendalian dokumen sepeti pelan, peraturan dan
pematuhan dasar mengikut piawaian, meminimumkan risiko
Contoh: Pekerja pembinaan perlu memakai topi keselamatan semasa memasuki
tapak projek
ASPEK PENGELOLAAN SUMBER MANUSIA
DALAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
(6 Aspek = 6 Fakta)
4. Penghargaan dan hukuman
Huraian:
1) Pekerja berprestasi tinggi diberikan penghargaan untuk memotivasi
2) Pekerja berprestasi rendah diberi hukuman sebagai peringatan
Contoh: Pekerja yang banyak menyumbang diberikan bonus, pekerja
yang melanggar peraturan diberi amaran lisan dan bertulis
ASPEK PENGELOLAAN SUMBER MANUSIA
DALAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
(6 Aspek = 6 Fakta)
5. Penyelesaian Masalah
Huraian:
1) Perhubungan harmoni anatara majikan dan pekerja mewujudkan suasana
sejahtera
2) Perbincangan perlu diadakan anatara majikan dan pekerja bagi
menggalakkan komunikasi berkesan
Contoh: setiap masalah pekera dibawa berunding untuk mencari penyelesaian
ASPEK PENGELOLAAN SUMBER MANUSIA
DALAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
(6 Aspek = 6 Fakta)
6. Struktur organisasi
Huraian:
1) Berfungsi untuk menunjukkan tanggungjawab, jawatan dan deskripsi
tugas
2) Di antara tujuan ialah menetapkan bidang tugas dan rantaian arahan
komunikasi
SYARIKAT SMKAK
Contoh: Pengurus
Pengurus Pengurus Pengurus
pemasaran Kewangan pelanggan
1.5 HUBUNG KAIT ANTARA
KEMAHIRAN
KEBOLEHKERJAAN
PEKERJA
DENGAN KEJAYAAN
SESEBUAH PERNIAGAAN
HUBUNG KAIT ANTARA KEMAHIRAN
KEBOLEHKERJAAN PEKERJA
DENGAN KEJAYAAN SESEBUAH PERNIAGAAN
Definisi kebolehkerjaan
Huraian:
1) Kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh pekerja
2) Hal ini membuatkan majikan berminat menawarkan pekerjaan
Jenis kemahiran kebolehkerjaan: Kemahiran berkomunikasi, kerja
berpasukan, penyelesaian masalah, inisiatif dan keusahawanan, perancangan
dan pengurusan diri, penggunaan teknologi terkini dan keupayaan
pembelajaran.
HUBUNG KAIT ANTARA KEMAHIRAN
KEBOLEHKERJAAN PEKERJA
DENGAN KEJAYAAN SESEBUAH PERNIAGAAN
5 Keperluan Kemahiran kebolehkerjaan
Huraian:
1) membantu pekerja melakukan kerja dengan cekap dan sistematik serta
menyumbang kejayaan perniagaan
HUBUNG KAIT ANTARA KEMAHIRAN
KEBOLEHKERJAAN PEKERJA
DENGAN KEJAYAAN SESEBUAH PERNIAGAAN
5 Keperluan Kemahiran kebolehkerjaan
1. Kelayakan yang bersesuaian
Huraian:
1) Majikan mengambil pekerja berdasarkan kelayakan yang diperlukan
perniagaan
2) Ada juga pelbagai ujian diadakan bagi menentukan kesesuaian personaliti
calon dengan pekerjaan
Contoh: Seorang akauntan perlu memiliki sekurang-kurangnya kelayakan
akademik bidang perakaunan
HUBUNG KAIT ANTARA KEMAHIRAN
KEBOLEHKERJAAN PEKERJA
DENGAN KEJAYAAN SESEBUAH PERNIAGAAN
5 Keperluan Kemahiran kebolehkerjaan
2. Berpengalaman
Huraian:
1) Pengalaman pekerja menjadi kelebihan kepada perniagaan
2) Pekerja berpengalaman menjimatkan kos latihan majikan
Contoh: Usahawan restoran mengambil cef berpengalaman kerana
mereka terlatih dan mengurangkan kos latihan kerja.
HUBUNG KAIT ANTARA KEMAHIRAN
KEBOLEHKERJAAN PEKERJA
DENGAN KEJAYAAN SESEBUAH PERNIAGAAN
5 Keperluan Kemahiran kebolehkerjaan
3. Berpengetahuan tentang produk dan
perkhidmatan
Huraian:
1) Pengetahuan tentang produk dan perkhidmatan satu kelebihan untuk
dipilih bekerja dengan perniagaan
2) Pekerja berpengetahuan tentang produk meembolehkan mereka
memasarkan produk dengan berkesan
Contoh: pegawai bank yang mengetahui produk perbankan terkini
memberi nilai tambah kepada pelanggan
HUBUNG KAIT ANTARA KEMAHIRAN
KEBOLEHKERJAAN PEKERJA
DENGAN KEJAYAAN SESEBUAH PERNIAGAAN
5 Keperluan Kemahiran kebolehkerjaan
4. Berpengalaman dalam industri tertentu
Huraian:
1) Berpengalaman dalam bidang kerja berkaitan membantu pelaksanaan
tugas yang lebih baik
Contoh: pramugari berpengalaman lebih terlatih dan dapat memberikan
khidmat terbaik untuk syarikat penerbangan
HUBUNG KAIT ANTARA KEMAHIRAN
KEBOLEHKERJAAN PEKERJA
DENGAN KEJAYAAN SESEBUAH PERNIAGAAN
5 Keperluan Kemahiran kebolehkerjaan
5. Keberkesanan mencapai sasaran individu dan
pasukan atau jabatan
Huraian:
1) Pekerja berpengalaman dan berpotensi boleh menyumbang pencapaian
sasaran
2) Komitmen dan daya usaha positif membentuk kesepakatan dalam
mencapai sasaran
Contoh: Pegawai insurans yang rajin dan berbudi bahasa dapat menarik
ramai pelanggan dan mencapai sasaran syarikat insurans.
1.6 MENCIPTA SATU
STRUKTUR ORGANISASI
DALAM SESEBUAH
PERNIAGAAN
MENCIPTA SATU STRUKTUR ORGANISASI
DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN
(5 JENIS STRUKTUR ORGANISASI)
1. Struktur organisasi berdasarkan fungsi
Huraian:
1) Digunakan secara meluas kerana mudah dibentuk dan dipraktikkan
2) Diwujudkan berdasarkan fungsi utama perniagaan
3) Menempatkan individu berdasarkan kemahiran dalam fungsi tertentu
Contoh: SYARIKAT SMKAK
Pengurus Besar
Pengurus Pengurus Pengurus
pemasaran Kewangan pelanggan
MENCIPTA SATU STRUKTUR ORGANISASI
DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN
(5 JENIS STRUKTUR ORGANISASI)
2. Struktur organisasi berdasarkan produk
Huraian:
1) Perniagaan berskala besar dan mempunyai banyak produk
2) Diwujudkan untuk penyelarasan operasi perniagaan
3) Menempatkan individu berdasarkan kemahiran dalam produk
tertentu
Contoh: SYARIKAT AKSES
Pengurus Besar
Pengurus produk Pengurus produk Pengurus produk
A B C
MENCIPTA SATU STRUKTUR ORGANISASI
DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN
(5 JENIS STRUKTUR ORGANISASI)
3. Struktur organisasi berdasarkan geografi/wilayah
Huraian:
1) Diwujudkan berdasarkan kawasan pasaran yang menjadi fokus syarikat
2) Memerlukan sejumlah kakitangan yang besar di setiap ibu pejabat
cawangan
Contoh: SYARIKAT AYER KEROH
Pengurus Besar
Pengurus wilayah Pengurus wilayah Pengurus wilayah
utara selatan sabah dan sarawak
MENCIPTA SATU STRUKTUR ORGANISASI
DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN
(5 JENIS STRUKTUR ORGANISASI)
4. Struktur organisasi berdasarkan pelanggan
Huraian:
1) Diwujudkan berdasarkan keperluan dan kehendak pelanggan syarikat
2) Wujud dalam organisasi yang menawarkan perkhidmatan dan pekerja
ditempatkan mengikut jenis perkhidmatan ditawarkan kepada
pelanggan
SYARIKAT TAMAN TASIK
Contoh:
REKREASI
Pengurus Besar
Pengurus Pengurus Pengurus
Pelanggan Pelanggan Pelanggan
KAYAK MEMANAH HIKING
MENCIPTA SATU STRUKTUR ORGANISASI DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN
(5 JENIS STRUKTUR ORGANISASI)
5. Struktur organisasi berdasarkan matriks
Huraian:
1) Dikenali sebagai sistem berbilang arah
2) Kombinasi dua jenis struktur organisasi mengikut fungsi dan
struktur organisasi produk
Contoh: SYARIKAT AYER KEROH
COUNTRY BERHAD
Pengurus Besar
Pengarah Projek Pengurus Pengurus Pengurus
Eksekutif Golf Kewangan Pemasaran Sumber manusia
Eksekutif Renang
Eksekutif
Akademi Golf
1.7 SISTEM PENGGAJIAN
BAGI SESEBUAH ORGANISASI
(DUA KOMPONEN UTAMA
IAITU GAJI DAN FAEDAH)
SISTEM PENGGAJIAN
BAGI SESEBUAH ORGANISASI
(DUA KOMPONEN UTAMA IAITU GAJI DAN FAEDAH)
1. GAJI
3 bentuk gaji:
Huraian:
1) Gaji Asas: gaji yang diterima pekerja tanpa bayaran tambahan seperti
elaun, bonus dll, mengikut perjanjian pekerjaan antara majikan dan pekerja
2) Upah: merupakan bayaran mengikut jam/hari kerja
3) Elaun: Bayaran tambahan majikan kepada pekerja bergantung jenis jawatan
SISTEM PENGGAJIAN
BAGI SESEBUAH ORGANISASI
(DUA KOMPONEN UTAMA IAITU GAJI DAN FAEDAH)
2. FAEDAH
12 contoh faedah:
Huraian:
1) Caruman KWSP: mewajibkan caruman majikan(12%) dan pekerja (11%) setiap
bulan
2) Caruman PERKESO: Mewajibkan pihak majikan mengambil insurans pampasan
pekerja iaitu caruman majikan 1.25%, pekerja 0.5% drpd gaji bulanan pekerja
untuk melindungi majikan drpd tuntutan pekerja
3) Komisen: Ganjaran majikan kepada pekerja yang terlibat aktiviti jualan
SISTEM PENGGAJIAN
BAGI SESEBUAH ORGANISASI
(DUA KOMPONEN UTAMA IAITU GAJI DAN FAEDAH)
2. FAEDAH
12 contoh faedah:
Huraian:
4) Pinjaman Kewangan: disediakan oleh perniagaan mengikut syarat tersendiri
5) Bonus tunai: Penghargaan yang dibayar majikan kepada pekerja berdasarkan
prestasi perniagaan
6) Biasiswa pendidikan: Bantuan kewangan kepada pekerja untuk melanjutkan
pendidikan dan latihan
SISTEM PENGGAJIAN
BAGI SESEBUAH ORGANISASI
(DUA KOMPONEN UTAMA IAITU GAJI DAN FAEDAH)
2. FAEDAH
12 contoh faedah:
Huraian:
7) Insurans berkelompok: majikan membayar premium kepada syarikat insurans
untuk melindungi majikan daripada risiko tertentu contoh kesihatan
8) Kemudahan perubatan: Faedah perubatan dan penjagaan kesihatan yang dibiayai
majikan
9) Kemudahan cuti: diberikan kepada pekerja mengikut tahun perkhidmatan seperti
cuti tahunan, rehat, bersalin.
SISTEM PENGGAJIAN
BAGI SESEBUAH ORGANISASI
(DUA KOMPONEN UTAMA IAITU GAJI DAN FAEDAH)
2. FAEDAH
12 contoh faedah:
Huraian:
10) Tempat penjagaan anak-anak: kemudahan menjaga anak di tempat kerja
11) Kemudahan keselamatan: penyediaan alat keselamatan dan persekitaran
kerja yang selamat supaya pekerja tidak terdedah risiko
12) Kemudahan penginapan: tempat tinggal yang disediakan majikan seperti
asrama pekerja.