SENARAI SEMAK TUGASAN MODUL CADANGAN BAHAN BUKTI TUGASAN TANDA (✓) JIKA ADA 4 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN PROFESIONAL 1. Dokumen Kemaskini Pelaksanaan Program TS25 √ 2. Dokumen Analisis Jurang Persekitaran Pembelajaran Profesional serta Strategi merapatkan jurang. √ 3. Pelan Persekitaran Pembelajaran Profesional Guru √ 4. Laporan Bimbingan Instruksional ‘The Impact Cycle’. √ STATUS PELAPORAN TUGASAN TARIKH : 22 - 06 - 2023
1.0 PENGENALAN TS25 Modul 4: Persekitaran Pembelajaran Bermakna adalah usaha berterusan yang bertujuan untuk menyokong pembelajaran pelajar dengan lebih berkesan dan melaksanakannya dengan kerap. Merujuk kepada pernyataan Grabe dan Grabe (2007), pembelajaran bermakna atau dikenali sebagai meaningful learning berlaku apabila pengalaman baru mempunyai kaitan atau sama dengan apa yang telah diketahui oleh pelajar. Menurut pakar, ciri umum pembelajaran bermakna sejajar dengan perkembangan mental dan pertumbuhan fizikal murid-murid, iaitu mereka diberikan pembelajaran melalui pemahaman yang mendalam, bertujuan menyediakan mereka menjadi pelajar yang suka bertanya, bebas berbicara dan juga modal insan yang produktif dan aktif di dalam masyarakat mereka.
Walaubagaimanapun, terdapat banyak cabaran untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik terutamanya dalam pedagogi dan penilaian (Fullan,2013). Miller (2015) menyatakan bahawa enam kemahiran teras (6C) amat penting untuk mencapai pembelajaran bermakna, iaitu kolaboratif, kreativiti, pemikiran kritis, kewarganegaraan, karakter dan komunikasi. Kemahiran pembelajaran abad ke-21 ini mempersiapkan pelajar untuk menjadi penyelesai masalah secara kreatif, berhubung dan bekerjasama di samping menjadi individu yang sihat dan bahagia yang menyumbang kepada kebaikan bersama dalam dunia yang saling bergantung pada masa kini. Oleh itu, pengubahsuaian kaedah pengajaran, keperluan tugas dan proses penilaian perlu dilakukan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran terutama dalam program pendidikan guru. Kepimpinan di sekolah perlu memastikan program pembelajaran profesional guru sebagai usaha berterusan ke arah kerja yang lebih berkesan dalam mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
Tugasan Modul 4 ini merupakan satu tugasan yang berbentuk “imbas kembali” kerana pihak sekolah perlu membuat sorotan semula terhadap Modul 1 hingga 3 yang telah dilaksanakan dalam usaha mencapai matlamat sekolah. SJKC San Yuk Rawang merupakan salah sebuah sekolah yang terpilih dalam Program Transformasi Sekolah Kohort 7 dan kini sedang melaksanakan Modul 4 untuk mencapai matlamat dan objektif yang telah ditentukan oleh sekolah. Justeru, dalam tugasan ini, sekolah akan merumuskan intipati pembelajaran, kandungan dan aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan oleh sekolah sebagai rujukan pada masa hadapan bahawa pelbagai inisiatif telah dibuat oleh sekolah dalam melahirkan insan guru yang berkualiti.
Tugasan ini mengandungi TIGA bahagian utama sahaja: 4.1 Pengemaskinian Pelaksanaan Program TS25 4.2 Analisis Jurang Persekitaran Pembelajaran Profesional (PPP) 4.3 Pemantapan Kompetensi Pemimpin Pertengahan melalui Kitaran Bimbingan Instruksional ‘The Impact Cycle’
Sub Modul 4.1 Pengemaskinian Pelaksanaan Program TS25 4.2 Analisis Jurang Persekitaran Pembelajaran Profesional (PPP) 4.3 Pemantapan Kompetensi Pemimpin Pertengahan melalui Kitaran Bimbingan Instruksional ‘The Impact Cycle’ 4.3.1 Sesi Coaching – Peringkanalpasti i. Laporan Sesi Coaching ii. Rakaman Video PdPc iii. Maklum balas Murid iv. Laporan Pemerhatian 4.3.2 Slot Mentoring / PLC — Peringkat Belajar i. Senarai Semak Pengajaran Berpasangan ii. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) iii. Rakaman Video PdPc iv. Bukti Bergambar v. Laporan PLC– Pergajaran Berpasangan 4.3.3 Sesi Coaching— Peringkat Peningkatan 4 i. Laporan Peringkat Peningkatan ( SWOT dan PDCA ) ii. Laporan Sesi Coaching
Tugasan 4.1 4.1 Pengemaskinian Pelaksanaan Program TS25
Dalam Modul 1, sekolah telah melaksanakan Program Bimbingan dan Pementoran (Coaching & Mentoring) yang mana sekolah mengadakan sesi perkongsian tentang bagaimana Model GROW dan aplikasi way forward oleh guru dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Berikut merupakan input yang diperoleh oleh SJKC San Yuk Rawang semasa melaksanakan Modul 1: • dapat mengenalpasti Key Result Area sekolah yang menjadi keutamaan; • mengetahui kekuatan sumber manusia yang ada di sekolah seperti mempunyai kemahiran ICT yang tinggi dan bakat dalam bidang tersebut; • peranan Pasukan Pemimpin Sekolah dalam membimbing guru dalam pengajaran melalui “Coaching and Mentoring”; dan • menentukan hala tuju dan aspirasi transformasi sekolah ke arah wawasan 2025. Aktiviti yang dilaksanakan oleh sekolah dalam Modul 1 ini ialah Taklimat Penataran Program TS25 oleh pentadbir sekolah dan kolaborasi bersama pegawai SISC+, Puan Zainariah dan pegawai SIC+, Encik Ilias Bin Hamat.
Modul 2 Menerajui Kepimpinan Program Transformasi Sekolah memberi fokus terhadap peranan pemimpin pertengahan (MLT) dan peranan mereka dalam menyelia aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di bawah seliaan masing-masing. Guru dan MLT juga perlu untuk bekerja dalam satu pasukan. Menurut John C. Maxwell, The 360º Leader, 99% kepimpinan berlaku bukan dari pihak atasan tetapi datang daripada peringkat pertengahan dan organisasi. Pemimpin pertengahan ialah pengantara dan orang yang berada antara golongan pengurusan tertinggidan pasukan guru di bawah seliaan mereka (Fleming, 2000) dan membolehkan mereka bersama-sama guru di peringkat operasi. Pemimpin pertengahan mempunyai peranan yang sangat penting dalam memacu PdPc berkualiti di sekolah (BIG IDEAS). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 juga menyatakan didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata-mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik.
Antara perkara baharu yang telah dipelajari oleh guru-guru dan keseluruhan organisasi sekolah dalam modul ini ialah seperti yang berikut: • bidang keberhasilan (BIG IDEAS) yang dipilih adalah berdasarkan kepada realiti semasa sekolah, iaitu untuk menjana Guru Berkualiti; • penggunaan Pelan Intervensi Transformasi Sekolah untuk menggerakkan tenaga kerja ke arah mencapai matlamat sekolah; • aktiviti dan inisiatif yang perlu dilaksanakan ke arah mencapai bidang keberhasilan sekolah • penggunaan OPPM dan PInTaS dalam mewujudkan kerangka konseptual inisiatif sekolah. Antara aktiviti dan program yang telah dilaksanakan dalam Modul 2 ini ialah penghasilan OPPM dan PInTaS sekolah yang melibatkan semua guru dan Ketua Panitia mata pelajaran. Hasilnya, bidang keberhasilan, inisiatif, kos, kaedah penilaian dan sasaran berjaya dikenal pasti sebagai indikator utama pelaksanaan transformasi sekolah.
Modul 3 iaitu Menerajui Pembelajaran merupakan satu medium dan platform yang sangat signifikan untuk dibincangkan kerana melalui modul ini, guru-guru mengetahui lebih banyak tools dan kaedah penyampaian ilmu kepada murid-murid di sekolah mengikut trend yang terkini. Integrasi pembelajaran abad ke-21 sememangnya suatu perkara yang tidak boleh dinafikan pada masa kini melihat kepada ledakan perkembangan teknologi yang semakin meluas digunakan daripada sektor perindustrian sehinggalah kepada bidang pendidikan. Justeru, Modul 3 memberi ruang dan peluang kepada guru untuk; • memperkayakan lagi ilmu pengetahuan mereka dalam bidang eksplorasi alatan dalam talian seperti kahoot dan padlet; • perbezaan dan persamaan antara objektif pembelajaran (OP) dan kriteria kejayaan (KK); • pentaksiran KBAT; • carta K-W-H-L (Know, What, How and Learned); dan • memahami dan menghayati Standard 4 SkPMg2
LAPORAN SEMAKAN MODUL 1 - MODUL 3 PROGRAM TS25 SJK (C) SAN YUK RAWANG TARIKH : 26 MEI 2023 TEMPAT : LOKASI MASING-MASING ( GOOGLE MEET ) SASARAN : SEMUA GURU PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB : PUAN TEH AI CHOO, ENCIK TAN THIAM WEI, ENCIK CHUAH KOK SIONG OBJEKTIF : SEMAKAN PROGRAM / AKTIVITI-AKTIVITI MODUL 1 HINGGA MODUL 3 UNTUK TUJUAN PENAMBAHBAIKAN IMPAK : • SESI COACHING DAN MENTORING DIJALANKAN MENGIKUT KEPERLUAN GURU • PLC TELAH DIJALANKAN SECARA BERKALA UNTUK MENINGKATKAN PdPc • CIRI-CIRI BILIK DARJAH PAK 21 TELAH DIWUJUDKAN DI SETIAP KELAS
LAPORAN TRANSFORMASI MINDA TS25 SJK (C) SAN YUK RAWANG TARIKH : 26 MEI 2023 TEMPAT : LOKASI MASING-MASING ( GOOGLE MEET ) SASARAN : SEMUA GURU PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB : CIK TIEW SUAT BOON OBJEKTIF : MENTRANSFORMASIKAN MINDA GURU-GURU UNTUK MEMPERKASAKAN PROGRAM TS25 DI SEKOLAH IMPAK : • PARA GURU DAPAT MEMAHAMI PROGRAM TS25 DENGAN LEBIH MENDALAM
2.0 INFOGRAFIK MODUL 1 - 3 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Gambar rajah 1. Pengenalan Program TS25
Gambar rajah 2. Objektif dan Matlamat TS25 SJKC SAN YUK
MODUL 1: BIMBINGAN DAN PEMENTORAN Gambar rajah 3. Bimbingan dan Pementoran
Gambar rajah 4. Kerangka TS25 dan Senior Leader Team
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENGURUSAN PROGRAM TRANSFORMASI TS25 SJK (C) SAN YUK RAWANG
TOOLKIT 4.1 Sila rujuk lampiran Toolkit 4.1
Tugasan 4.2 4.2 Analisis Jurang Persekitaran Pembelajaran Profesional (PPP) 4.2.1 Dapatan Sesi Selidik Autonomi Guru – Persekitaran Pengajaran 4.2.2 Borang Pintas 4.2.3 Laporan SPL KPM
4.2.1 Borang Sesi Selidik Autonomi Guru – Persekitaran Pengajaran
Link URL https://docs.google.com/forms/d/ e/1FAIpQLSdsONFoIeLUvLkQAzei2 blm43Ola_viC6OoM1lzxgGOZd4Gp A/viewform
4.2.1 Dapatan Sesi Selidik Autonomi Guru – Persekitaran Pengajaran
Ulasan Soal Selidik Daripada analisis jurang persekitaran, didapati 94% guru berpuas hati dengan persekitaran pengajaran. Menurut carta, terdapat 58% guru berpendapat beban pengajaran di bilik darjah yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah tidak berat atau ringan, 40% daripada guru pula berpendapat beban pengajaran di bilik darjah agak berat. Namun begitu, kebanyakan guru berpendapat bahawa beban perkeranian yang diberikan adalah berat. Pekerjaan guru yang mulia dan bermakna ini seharusnya tidak menjadi sebuah pekerjaan yang menyakitkan dan membebankan. Oleh hal yang demikian, kementerian sedang berusaha keras untuk mengembalikan tugas hakiki para guru, iaitu mendidik dan mengajar. Berdasarkan keputusan soal selidik, pihak pentadbir sekolah akan berinisiatif untuk mengurangkan jurang kerja perkeranian seperti menyimpan maklumat dalam “ Google Drive “ tanpa melakukan percetakan.
Selain itu, guru juga mendapati bahawa tekanan persekitaran kerja mereka adalah tinggi serta tidak menyenangkan hati. Mereka inilah yang mencetuskan fenomena guru bersara awal apabila tidak tahan dengan tekanan membuat kerja sampingan hingga menjejaskan tugas hakiki. Hal ini disebabkan oleh sistem penagihan kerja di sekolah yang carca marba, keliru dan hilang fokus. Akibatnya memangsakan guru yang dedikasi. Keadaaan ini menyebabkan sebilangan guru tidak berpuas hati dengan gaji mereka kerana dianggap gaji yang didapati tidak standing dengan kerja yang dilakukan. Jay, 2020 menyatakan tahap burnout yang dilalui guru-guru sehingga menyebabkan ramai guru-guru mengambil keputusan untuk berpencen awal. Walaupun demikian, guru-guru sanggup berpegang teguh pada jawatan mereka sehingga 84% guru yang tidak ingin bertukar perkhidmatan dalam jawatan atau bidang pentadbiran atau penyeliaan dalam masa terdekat. Sebanyak 50% guru tidak atau tiada apa-apa rancangan dalam melanjutkan pengajian pada tahap yang lebih tinggi.
Apa yang menyenangkan hati guru-guru ialah pihak pentadbiran sekolah akan mempertimbangkan pendapat panitia terhadap perkara yang memberi kesan langsung kepada mereka. Pihak pentadbiran sekolah juga akan melibatkan guru dalam menyediakan dasar sekolah yang berkaitan pekerjaan mereka. Komitmen guru sebagai seorang pendidik masih kukuh dalam sanubari mereka. Sebanyak 64% guru bersetuju bahawa sekolah memberi pengiktirafan terhadap prestasi tinggi dalam kalangan panitia. Memberi penghargaan dan pujian memang diamalkan di sekolah ini. Proses ini dapat membina skop yang lebih besar kepada pencapaian individu, memberi lebih cabaran dan tanggungjawab dalam pekerjaannya dan mencipta lebih ruang untuk perkembangan dan kemajuan diri (Wright, 1989).
Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga menjalankan ceramah motivasi untuk mengurangkan tekanan dalam kalangan guru agar matlamat Program TS25 dapat direalisasikan. Seterusnya dapat melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang selaras dengan hasrat Program TS25. Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada gaya dan corak kepemimpinan yang diamalkan di sesebuah sekolah itu (Hussein, 2005). Kepemimpinan yang berkesan adalah asas kepada penambahbaikan sekolah yang berterusan (Muijs & Harris, 2007; Abdul Ghani & Anandan, 2009). Kepemimpinan yang berkesan memberikan kepuasan kepada guru dan ini secara tidak langsung akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Secara kesimpulannya, kepemimpinan sekolah masa kini perlu berubah atau diperbaharui untuk memastikan sekolah mengalami perubahan yang berterusan.
4.2.2 Borang Pintas BORANG PELAN INTERVENSI TRANSFORMASI SEKOLAH (PInTaS) SJK (C) SAN YUK 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 BIDANG KEBERHASILAN DATA TERKUMPUL BIDANG FOKUS TOV KRITERIA KEJAYAAN /ETR INISIATIF KAEDAH PEMANTAUAN TINDAKAN TEMPOH SUMBER EVIDEN DAPATAN KOS 2. DATA SUBJEK KRITIKAL : BAHASA MALAYSIA PDP BERKESAN KHUSUS : SUBJEK BAHASA MALAYSIA LATIHAN PENGUKUHAN: 2022 LULUS: 57.72% Mencapai tahap penguasaan minimum GPMP : 3.57 LATIHAN PENGUKUHAN: 2023 LULUS: 84.69% Mencapai tahap penguasaan minimum GPMP : 3.02 4. MATA KREDIT SPLKPM PDP BERKESAN Mata Kredit SPLKPM : Purata 59.5 mata kredit Mata Kredit SPLKPM : Purata 65 mata kredit PLC Berfokus PLC Panitia SU PLC/ K P April - Oktober 2023 (7 Bulan) Senarai Semak PLC Analisis Mata Kredit SPLKPM dan Laporan PLC SJK C SAN YUK PInTaS : KUALITI GURU KUALITI GURU 1. PENCAPAIAN LATIHAN PENGUKUHAN TAHUN ENAM : 2022 LULUS: 37.40% PDP BERKESAN LATIHAN PENGUKUHAN: 2022 LULUS: 37.40% LATIHAN PENGUKUHAN: 2023 LULUS: 45.00% Borang Pencerapan Guru (SKPMg2) / Laporan Dialog Prestasi / Borang Learning Walk PK/ SU LADAP/ SU Kurikulum/ SU PBD April - Oktober 2023 (7 Bulan) Borang PLC, Fasilitator, Ketua Panitia Data Kehadiran LADAP Splkpm, Laporan Learning Walk, Laporan Dialog Prestasi LADAP/Dialog Prestasi/ Learning Walk/ PLC
4.2.3 Laporan SPL KPM ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LDP ) - SPLKPM