The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iskandarherbsgarden, 2021-10-27 21:14:19

KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat

SENARAI NAMA POKOK-POKOK

MENGIKUT KATEGORI DI TAMAN


ISKANDAR HERBS GARDEN



KATEGORI HERBA BERDAUN



1. ULAM RAJA
2. DAUN KARI
3. DAUN SIREH
4. DAUN SUP

5. BAYAM BRAZIL
6. PECAH BELING
7. BANGUN-BANGUN

8. PEGAGA KAMPUNG
9. PEGAGA GAJAH
10. TENGGEK BURUNG
11. KUCAI

12. CEKUR
13. KESUM
14. PUDINA

15. KETUMBAR JAWA
16. KETUMBAR
17. KEMANGI/SELASIH/BASIL
18. KADUK

19. INAI
20. BELALAI GAJAH
21. LIDAH BUAYA

22. GINSENG KOREA/JAWA
23. SELOM



KATEGORI BATANG


1. SERAI ACHEH

2. SERAI
3. SERAI WANGI

SENARAI NAMA POKOK-POKOK

MENGIKUT KATEGORI DI TAMAN


ISKANDAR HERBS GARDEN



KATEGORI HERBA BIJI DAN DAUN



1. HALIA
2. KUNYIT KUNING
3. KUNYIT PUTIH
4. KUNYIT HITAM

5. LEMPOYANG
6. CEKUR
7. LADA HITAM




KATEGORI HERBA BUAH


1. LEMON

2. LIMAU PURUT
3. LIMAU NIPIS
4. MARKISA

5. MARBERI
6. TOMATO CERI
7. NENAS
8. KACANG BOTOL / KACANG KELISA

9. KACANG PANJANG
10. NENAS KECIL / NENAS BATU



KATEGORI HERBA BUNGA



1. TELANG
2. KANTAN

ULAM RAJA



Nama saintifik : Cosmos caudatus

Nama lain : King Salad, Intan Berayun

Nama tempatan : Ulam Raja

Famili :





Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari
Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di
Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun
yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna
kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam
yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan
atau tempoyak serta cincalok.


Ciri - Ciri Tumbuhan

Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak
dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.Herba ini adalah herba semusim
mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit.
Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.Daunnya bergaris bentuk ovat
atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya
bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila
diramas.

Bahagian Yang Digunakan

Daun


Amalan Tradisi Perawatan

Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki
peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai
keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar
mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik.
Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan
antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud
sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik,
asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan
tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang
tinggi.

KARI





Nama saintifik : Murraya koenigii

Nama lain : Karipulei, curry leaves

Nama tempatan : Kari


Famili : Rutaceae




Pokok Kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong dalam keluarga Rutaceae.Pokok Kari
ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia sering ditanam di kawasan
sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari.
Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit.Daun ini mempunyai banyak
kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah dalam
masakan lain seperti rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi. Berasal dari negara India dan Sri
Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika.

Ciri - Ciri Tumbuhan

Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan
mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda
dan ungu setelah matang. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari
akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Bahagian Yang Digunakan

Daun


Amalan Tradisi Perawatan

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan
India. Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta
mengatasi masaalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk
mengatasi masalah sembelit. Jus daunnya yang segar dicampuri dengan jus limau nipis digunakan
untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya
dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. jus daun kari
yang dicampuri dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir. Air rebusan
kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai
daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh
keturunan dan kegemukan. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya yang
didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat
gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan
untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

SIREH




Nama saintifik : Piper betle

Nama biasa : Sireh pinang
Nama tempatan : Sireh
Famili : piperaceae







DAUN SIREH (Piper betle) merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga PIPERCEAE
yang tumbuh dan natif dari negara kita. Daun Sireh merupakan sejenis daun tumbuhan yang
digunakan oleh masyarakat Melayu di negara kita dalam beberapa adat istiadat seperti majlis
perkahwinan, perubatan tradisional dan juga sebagai daun pelbagai guna membantu
kesihatan manusia. Daun Sireh juga merupakan satu komponen penting dalam aktiviti makan
daun sireh bersama buah pinang, gambir serta kapor oleh nenek moyang kita dulu.
Masyarakat India menggunakan daun sireh dalam banyak acara keagamaannya di Malaysia.

Ciri - Ciri Tumbuhan


Daun sirih mempunyai bentuk yang hampir menyerupai daun Kaduk. Ia penting dalam
adat perkahwinan dan perubatan Melayu tradisional. Pada kebiasaannya dahulu,
pokok sirih banyak ditanam di kampung-kampung. Daun sirih berwarna hijau gelap
dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga mudah didapati di pasar,
terutamanya di kawasan pedalaman.


Bahagian Yang Digunakan

Daun


Amalan Tradisi Perawatan


Hasil penemuan kajian saintifik oleh pakar-pakar kajian herba produk mengatakan,
Daun Sireh (Piper betle) mengandungi komponen-komponen aktif semulajadi yang
amat berguna dalam perubatan tradisional dan moden dan ia telah pun diketahui
dalam pelbagai kegunaannya. Kajian makmal juga mendapati dimana daun sireh
mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan
kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancarkan perjalanan darah dan
menghentikan perdarahan.

SUP




Nama saintifik : Apium Graveolens

Nama lain : Celery Leaves
Nama tempatan : sup
Famili :





Daun sup di Asia adalah lebih halus, berwarna hijau gelap dan mempunyai rasa lebih kuat
berbanding daun sup Barat yang lebih tebal dan berwarna hijau terang. Daun sup mempunyai
rasa yang hampir sama dengan daun pasli, dan banyak digunakan sebagai bahan perasa
berbanding dimakan mentah. Daun Sup megandungi kandungan protein yang banyak.
Kadang-kala daun ini dipotong dan digunakan sebagai bahan perasa tetapi selalunya
dicampurkan ke dalam sup atau kuah sos.


Ciri - Ciri Tumbuhan




Bahagian Yang Digunakan


Daun dan batang



Amalan Tradisi Perawatan


Daun sup berfungsi sebagai perangsang selera dan diuretik.


Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi.
Terdapat belbagai cara untuk menggunakan sederi sebagai ubat untuk mengubati
tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan
sedikit daun sederi yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama
dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah
diminum 3 kali sekali.
Selain itu, sederi juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan
bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di
bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan
keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.
Kandungan garam galian dalam sederi memulihkan sifat alkalin dalam darah dan
membantu menghentikan pembiakan kuman.

BAYAM BRAZIL




Nama saintifik : Althernanthera sissoo

Nama lain :

Nama tempatan : Bayam Brazil

Famili : Amaranthaceae









Bayam Brazil atau nama saintifiknya Althernanthera sissoo adalah spesies tanaman
sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini tergolong
dalam famili Amaranthaceae. Selain itu, spesies tumbuhan ini mudah hidup dan
pembiakkannya melalui keratan batang (Hort, 2013). Bayam Brazil adalah tanaman
sayuran yang amat baik dan sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia.

Ciri - Ciri Tumbuhan


Bayam Brazil merupakan spesies tumbuhan yang cepat membesar. Daunnya boleh
dimakan samada mentah atau dimasak. Tumbuhan ini boleh membesar sehingga 30
cm tinggi. Saiz daunnya pula sekitar 2 hingga 3.5 cm lebar.


Bahagian Yang Digunakan


Daun

Amalan Tradisi Perawatan


Bayam Brazil dapat melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin
K dan juga dapat menguatkan tulang. Bagi mereka yang ingin berdiet, Bayam Brazil
dapat menurunkan berat badan. Selain itu, spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat
meningkatkan sistem imunisasi badan, membantu sistem penghadaman,
mengelakkan daripada sembelit, membantu melancarkan darah, mencegah anemia,
mengatasi masalah gusi, nutrisi yang baik untuk pembesaran, mengekalkan stamina,
mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium. Bagi wanita yang mementingkan
kecantikan wajah pula, amalan memakan Bayam Brazil dapat mencegah penuaan pra
matang dan mengekalkan awet muda. Bagi wanita yang hamil pula, pengambilan
Bayam Brazil dapat mengekalkan kesihatan ibu mengandung (Leonardo et al., 2014)

PECAH BELING



Nama saintifik : Strobilanthes crispa.

Nama lain : batu,enyoh kilo,kejibeling

Nama tempatan : Pecah Beling

Famili :






POKOK pecah beling atau nama saintifiknya strobilanthes crispus berasal dari wilayah
Madagascar hingga ke Indonesia. Ia dijumpai pertama kali oleh Thomas Anderson
sebagai satu bahan kajian.Pokok herba ini sudah lama digunakan di Asia sebagai
bahan ubat tradisional untuk mengurangkan kesakitan pada tubuh badan.Ia hidup
subur di tepi-tepi sungai yang lembab dan padang terbiar. Mempunyai pelbagai nama
mengikut lokasi seperti pecah beling, pecah kaca, enyoh kilo, kecibeling, pokok batu
karang, remek dan sebagainya. Dalam bahasa Cina pula dipanggil ‘hei mian jiang jun‘.


Ciri - Ciri Tumbuhan

Pokok pecah beling mempunyai ketinggian lebih kurang satu hingga dua meter dan
bercabang banyak.Daunnya berwarna hijau muda ke hijau tua dan agak keras,
berbunyi nyaring jika digosok atau direnyuk. Ia mempunyai bunga seperti loceng saiz
kecil berwarna kuning tetapi sangat jarang berbunga.


Bahagian Yang Digunakan

Daun


Amalan Tradisi Perawatan

Hasil kajian mendapati, tumbuhan ini berfungsi sebagai anti kanser.Melalui kajian kes
pembenihan in-vitro dan in-vevo didapati bahawa pokok pecah beling melalui
ekstraknya dapat merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti sel kanser kolon,
sel kanser hati dan sel kanser payu darah.Ia mampu menghapuskan kanser secara
semula jadi tanpa kesan sampingan yang dialami oleh penghidapnya.

BANGUN-BANGUN


Nama saintifik : Solenostemon amboinicus,
plectranthus amboinicus, coleus amboinicus

Nama lain : Ati-ati Hijau , Bebangun, Raja bangun,
Tumbuh daun , sedingin, setawar padang,
kerencung, mangun-mangun.

Nama tempatan : Bangun-Bangun

Famili : Labiatae






Bangun-bangun, bebangun, pokok ubat batuk, raja bangun, hati-hati hijau atau
sedingin ataupun nama saintifiknya Plectranthus amboinicus / Coeus amboinicus
merupakan sejenis herba wangi dan boleh dimakan. Ia selalunya dimakan sebagai
ulam dan juga digunakan sebagai ubat tradisional. Pucuk muda bangun-bangun segar
dimakan dengan cecahan seperti sambal belacan, budu, cencaluk atau lain-lain
pencecah. Rasanya manis, lemak sedikit pedas serta berangin.


Ciri - Ciri Tumbuhan

Renek herba sederhana boleh tumbuh setinggi 1.2m. Batang berair, bersegi empat,
berwarna hijau ketika muda dan bertukar hijau keperangan setelah matang. Daun
tunggal, bersaiz sederhana besar, berbentuk bujur dengan hujung meruncing, lebar
di bahagian bawah, tepi bergerigi sederhana besar, tebal, bertangkai sederhana
panjang, tersusun bersetentangan dan mempunyai aroma yang kuat menyerupai bau
jintan hitam. Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar
dari hujung dahan. Pokok bangun-bangun mudah ditanam dengan batang atau biji
benihnya. Ia tahan lasak dan kurang perosak dan penyakit menyerangnya.


Bahagian Yang Digunakan

Daun


Amalan Tradisi Perawatan

Bangun-bangun mengandungi air, gula, karbohidrat, serat, mineral, vitamin, alkoloid,
musilaj (lendir), polifenol, saponin, glikosida flavonol, vitamin C, vitamin B1, vitamin
B2, beta karotin, niasin, karvakrol, kalsium, lemak, protein, dan minyak volatil. Ia
dimakan bagi melancarkan pengaliran darah yang tidak lancar, merawat sembelit,
asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk,
pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir. Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera
makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan
antioksidan.

PEGAGA KAMPUNG





Nama saintifik : Centella asiatica(L) urban

Nama biasa : Asiatic pennywort, gotu KolaNama
Nama tempatan : Pegaga
Famili : UMBELLIFERAE


Pendahuluan:


Tumbuhan ini telah pun diketahui kegunaannya sejak dahulu kala lagi terutama dalam perawatan Ayur
vedik di India serta rawatan bagi masyarakat Cina dan Madagaskar. Tumbuhan ini disarankan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan yang sangat penting untuk
dipelihara dan ditanam. Di Malaysia walaupun ia digunakan sebagai herba penyembuh tetapi ia lebih
popular dijadikan sebagai ulam makanan berbanding dengan herba ubatan.


Ciri - Ciri Tumbuhan

Pegaga merupakan tumbuhan bersaiz kecil, jangkahayat yangpendekserta menjalar. Mempunyai
tangkai daun yang panjang,berwarna hijau.Bentuk daunnya bulat dan licin sertaberbentuk palmat.
Terdapat 3 subspesies pegaga pada masa kini iaitu Pegaga salad, Pegaga kerinting dan Pegaga biasa
atau Pegaga ubi. Pegaga yang mempunyai banyak kelebihan adalah Pegaga ubi.

Tabiat Tumbuhan

Tabiat Tumbuhan Pegaga tumbuh secara liar di dalam semua keadaan tanah. Sebahagiannya
memerlukan sedikit teduhan dan ada juga spesies yang memerlukan cahaya sepenuhnya. Setengah
pegaga boleh tumbuh dalam keadaan tanah yang agak keras seperti atas batu. Dalam keadaan liar, ia
boleh dijumpai di kawasan yang lembab seperti di sekeliling kolam, di sepanjang tasik, kolam dan
jugaboleh didapati di kawasan sawah padi.

Bahagian Yang Digunakan


Keseluruhan pokok, Bahagian atas tanah, Akar

Amalan Tradisi Perawatan

Pegaga telah digunakan untuk rawatan bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong),
asma,rembesan gastric, disentri (cirit birit), masalah buah pinggang dan dropsi (penyakit disebabkan
oleh pengumpulan air dalam badan). Herba ini mempunyai kesan yang cepat untuk
menurunkantekanan darah dan juga dijadikan sebagai ubat penawar awet muda. Di Malaysia
pegagadijadikan sebagai ulammakanan di kalangan masyarakat Melayu dan dijadikan sebagai
airminuman penyejuk badan bagi masayarakat Cina serta dijadikan sebagai tonik dikalangan
masyarakat India.Masyarakat Melayu menggunakan air rebusan daun pegaga untuk tujuan rawatan
kusta dan reumatik (sakit sendi). Daun pegaga yang dipanas sehingga garing atau jusdaun pegaga
yang dicampurkan dengan makanan digunakan untuk mengurangkan cirit birit kanak-kanak. Setengah-
setengah orang menggunakan daun pegaga sebagai bahan demah atautuam untuk merawat sakit
akibat luka atau daun pegaga yang dilumatkan dan ditampal pada badan untuk rawatan demam. Jus
daripada akar pegaga yang diminum dapat mencuci ulser.Setengah-setengah orang mempercayai
bahawa daun pegaga adalah baik bagi ibu selepas mengandungi bagi tujuan awet muda.

PEGAGA GAJAH



Nama saintifik : Centella asiatica/hydrocotyle
asiatica

Nama lain : Tapak Kuda (Indonesia) , Indian
Pennywort, Gotu Kola

Nama tempatan : Pegaga gajah

Famili : Apiaceae/Umbelliferae





Pokok Pegaga Gajah merupakan sejenis pokok renek dalam keluarga pegaga yang sering dimakan
sebagai ulam. Ia bersaiz lebih besar berbanding pokok pegaga lain. Jarang terdapat dijual di pasar.
Ulam Pegaga sebagaimana tumbuhan herba hijau yang lain, kaya dengan pelbagai zat makanan
seperti protin, gentian, zat besi, vitamin A dan C.

Ciri - Ciri Tumbuhan

Pegaga atau nama saintifiknya centella Asiatica/hydocotyle Asiatica ialah sejenis ulaman popular orang
Melayu. Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan
sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah
tapak kuda (Indonesia) , Indian pennywort, gotu kola. Ia dikatakan berasal dari India tetapi begitu
mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN. Ia mudah tumbuh di kawasan tanah yang subur,
agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak. Mengikut ceritanya, pokok pegaga
ini dimakan pada awalnya oleh penduduk India setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya
yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk
memanjangkan umur. Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang
menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan
dijadikan kerabu.


Bahagian Yang Digunakan

Daun dan akar

Amalan Tradisi Perawatan

Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat
menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindak balas
menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga
terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia
juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan
dan menolong badan dari bahan toksid. Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga
pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di Cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.
Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibaratkan sebagai tonik saraf untuk merehatkan
dan menambahkan ingatan. Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi
masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan
yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan
kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah
menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak
kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

TENGGEK BURUNG





Nama saintifik : Euodia ridleyi

Nama lain : pokok cabang tiga/ tapak itik

Nama tempatan :


Famili : Rutaceae




POKOK TENGGEK BURUNG (Euodia redleyi) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga
Rutaceae yang merupakan tumbuhan renek yang tumbuh secara semulajadi di Malaysia.
Tumbuhan ini diberikan nama 'Tenggek Burung' kerana dipercayai burung kecil suka hinggap
diatas pokok ini (seperti burung kelicap, burung murai, burung2 kecil) untuk makan bunganya
dan menjalankan aktivitinya.


Ciri - Ciri Tumbuhan

Tumbuhan Tenggek Burung merupakan tumbuhan yang hidup secara Liar (Wild crop)
terutama di kawasan lembab di kawasan tepi parit JPS bersama-sama semak samun lain
sebelum di tanam secara komersial. Batangnya berwarna hijau ketika muda dan menjadi
coklat keperangan apabila menjadi kayu keras. Pokok ini mampu mencapai ketinggiaan 2-3
meter jika dibiarkan. Daunnya berwarna hijau pekat serta tebal. Pucuk pokok ini dipetik dan
digunakan sebagai ulam yang berkhasiat. Bunganya berwarna putih (Lihat Foto disebelah)
dan digemari burung untuk makannya serta ada biji apabila matang. Akar nya mempunyai
sistem akar tunjang. Tumbuhan ini tahan dengan keadaan panas dan sukar mati dikawasan
semulajadi.

Bahagian Yang Digunakan

Daun


Amalan Tradisi Perawatan

Digunakan secara tradisional untuk merawat tekanan darah tinggi,melancarkan peredaran
darah, menghilangkan lenguh di badan,mengecutkan rahim wanita yang baru bersalin dan
menyegarkan badan.

KUCAI




Nama saintifik : Allium Tuberosum

Nama lain :

Nama tempatan : Kucai

Famili : Liliaceae ( Alliaceae )






Kucai (Jawi: ياچوک}}) ialah daripada gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam
untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang
dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak
dicantas ia sesuai untuk dijadikan hiasan pinggan dengan bunganya yang berwarna
ungu.Variasi kucai yang popular ialah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang
putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih. Kucai boleh hidup di atas banyak jenis
tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan
bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi
mempunyai bahan kompos dan organik yang baik.

Ciri - Ciri Tumbuhan


Kucai boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit
juga tidak mengapa kerana bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar
berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa
tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam
dari bijinya.Kucai adalah tumbuhan saka (perennial). Ia boleh terus hidup hingga beberapa
tahun sekiranya keadaan pertumbuhannya dijagai.


Bahagian Yang Digunakan

Daun


Amalan Tradisi Perawatan

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotena dan unsur belerang. Ia dapat mengubati
penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.Kucai
bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi
perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan
pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah
menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum.
Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

CEKUR





Nama saintifik : Kaempferia galanga Linn

Nama lain :


Nama tempatan : Cekur

Famili : Zingiberaceae





Cekur atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn [1] dari keluarga
"Zingiberaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan
herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh
mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua
belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang
yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.


Ciri - Ciri Tumbuhan


Herba kecil tumbuh mencecah 10 cm, tumbuh merumpun. Isi rizom berwarna putih dan kulit
berwarna coklat keperangan. Daun tunggal, lebar, tiada tangkai, berbentuk panjang memujur dengan
hujung meruncing, pucuk muda berwarna hijau muda, daun tua berwarna hijau tua, permukaan
berkilat, berbau wangi. Bunga tunggal, sederhana besar, keluar dari celah ketiak daun, mempunyai
empat kelopak, berwarna putih keunguan.


Bahagian Yang Digunakan


Biji dan Daun

Amalan Tradisi Perawatan

Rizom cekur mengandungi pati, air, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa
sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid
anisik, alkaloid dan gam. [perlu rujukan]


Ia popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengeluarkan angin dan
menguncupkan rahim. Terdapat juga mereka yang memakannya bagi mengubati batuk, sakit
tekak dan meredakan demam panas. Ia mempunyai bahan yang dapat bertindak sebagai
antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Dengan mengamalkan memakannya, ia dapat
mencegah sakit, sengal tulang, awet muda dan dapat antioksidan. [perlu rujukan]

DAUN KESUM


Nama saintifik : Polygonum Minus

Nama biasa : Cenohom

Nama tempatan : Kesum

Famili : Polygonaceae



Pendahuluan:


Kesum ialah sejenis tumbuhan yang memerlukan kawasan yang agak lembab dan berair untuk
hidup. Ia membiak melalui keratan batang. Ia sejenis tumbuhan yang cepat membiak dan dapat
menguasai sesuatu kawasan dengan cepat.



Ciri - Ciri Tumbuhan


Kesum banyak digunakan dalam masakan Melayu kerana aromanya. Ia digunakan untuk
mengharumkan masakan seperti laksa dan asam pedas. Selain dari digunakan dalam masakan
kesum juga boleh dijadikan penawar penyakit


Bahagian Yang Digunakan

Daun


Amalan Tradisi Perawatan

Daun kesum digunakan untuk mengubati masalah perut tidak hadam dengan cara merebus
pokok kesum berasrama air hingga mendidih dan airnya diminum. Ia juga boleh menjadi
penawar kepada masalah kelemumur. Cara untuk menghilangkan kelemumur menggunakan
kesum ialah dengan menumbuk daunnya hingga lumat dan airnya diperah. Gosokkan air yang
terhasil ini pada kulit kepala dan biarkan selama 3-5 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

PUDINA






Nama saintifik : Mentha arvensis

Nama lain : Bo He (China) , field mint

Nama tempatan : Pudina

Famili : Labiatae / Lamiacea









Pokok pudina atau nama saintifiknya Mentha arvensis merupakan sejenis tumbuhan herba
yang mempunyai banyak kegunaan. Spesies tumbuhan herba ini berasal daripada family
Labiatae dan genus Mentha. Daun pudina digunakan dalam resipi masakan Melayu dan
Barat. Antara resipi popular yang menggunakan daun pudina ialah ramuan ulaman untuk
laksa, bahan pewangi untuk nasi beriani serta perasa untuk kek dan puding. Daun pudina
digunakan dalam pelbagai aneka resipi masakan kerana baunya yang wangi.


Ciri - Ciri Tumbuhan

Daun pudina mempunyai saiz antara 2 hingga 3 cm panjang dan 1.5 hingga 2.5 cm lebar.
Spesies tumbuhan herba ini merupakan sejenis tumbuhan kecil, juga dikenali sebagai
tumbuhan tutup bumi. Pokok pudina membiak melalui keratan batang dan anak dari akarnya.
Daunnya mempunyai aroma yang kuat. Permintaan yang tinggi di Malaysia menyebabkan
pokok pudina ditanam secara komersil dewasa ini. Spesies tumbuhan herba ini juga boleh
ditanam di dalam pasu.

Bahagian Yang Digunakan


Daun

Amalan Tradisi Perawatan


Daun pudina mempunyai ciri-ciri yang besifat sejuk. Oleh yang demikian, dalam perubatan
masyarakat Cina, daun pudina dijadikan sebagai teh untuk kegunaan harian. Selain itu, daun
pudina juga telah lama digunakan di Eropah sebagai penawar bagi penyakit batuk. Spesies
tumbuhan herba ini juga turut digunakan dalam merawat penyakit berkaitan paru-paru,
demam selesema, membuang angina dalam badan dan juga menghilangkan ruam kulit. Bagi
yang sering berhadapan dengan tekanan di tempat kerja atau dalam kehidupan seharian,
pengambilan teh daun pudina juga dapat menghilangkan tekanan.

KETUMBAR JAWA



Nama saintifik : Eryngium foetidum

Nama biasa : Jeruju gunung, ego, peniti,

Nama tempatan : ketumbar jawa
Famili : Umbellifea




Pendahuluan:

Ketumbar ialah sejenis tumbuhan herba semusim yang tergolong dalam famili
Apiaceae. Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya.
Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu yang boleh bertumbuh hingga
ketinggian 50 cm [20 inci]. Daun-daunnya berbagai-bagai bentuknya, yaitu bercuping
luas pada tapak tumbuhan, dan lembut lampai pada aras batang berbunga yang lebih
tinggi. Bunga-bunganya dibawa dalam umbel kecil berwarna putih atau merah jambu
pudar, tak bersimetri, kelopak-kelopaknya yang menjauhi pusat umbel lebih panjang
(5-6 mm) berbanding kelopak-kelopak yang tumbuh ke arah umbel (1-3 mm). Buahnya
merupakan skizokarpa kering berbentuk bulat yang berdiameter 3-5 mm

Ciri - Ciri Tumbuhan

Ketumbar jawa merupakan tumbuhan renek berbatang lembut. Batang beruas-ruas
yang ketinggiannya boleh mencapai sehingga 50 cm. Daunnya yang berkilat itu
membujur dengan berduri halus pada tepi (apabila diramas berbau seakan-akan
pepijat). Pokok ketumbar jawa ini mengeluarkan bunga yang berwarna hijau pada
sesetengah ruas


Bahagian Yang Digunakan


Daun dan akar

Amalan Tradisi Perawatan


Air rebusan diminum untuk merawat demam kuning, demam panas, penyakit seriawan
usus, sakit ular-ularan,tekanan darah tinggi,merangsang haid,merangsang peluh,
penawar racun, terlampau banyak jus hempedu dan sebagai afrodisiak.

KETUMBAR



Nama saintifik : Coriandrum sativum

Nama lain : Cilantro / Chinese Parsley
Nama tempatan : ketumbar
Famili :











Ketumbar (Coriandrum sativum) ialah sejenis tumbuhan herba semusim yang
tergolong dalam famili Apiaceae. Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara
dan Asia Barat Daya. Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu yang
boleh bertumbuh hingga ketinggian 50 cm [20 inci].



Ciri - Ciri Tumbuhan


Daun-daunnya berbagai-bagai bentuknya, yaitu bercuping luas pada tapak tumbuhan,
dan lembut lampai pada aras batang berbunga yang lebih tinggi. Bunga-bunganya
dibawa dalam umbel kecil berwarna putih atau merah jambu pudar, tak bersimetri,
kelopak-kelopaknya yang menjauhi pusat umbel lebih panjang (5-6 mm) berbanding
kelopak-kelopak yang tumbuh ke arah umbel (1-3 mm). Buahnya merupakan
skizokarpa kering berbentuk bulat yang berdiameter 3-5 mm.


Bahagian Yang Digunakan

Daun , buah dan akar


Amalan Tradisi Perawatan

KEMANGI / SELASIH / BASIL

Nama saintifik : Ocimum basilicum

Nama biasa : Kemangi, Holy Basil,
Sweet Basil, Thulasi selasih
Nama tempatan : Kemangi
Famili :



Pendahuluan:

Kemangi sendiri mempunyai pelbagai kultivar. Satu kultivar yang biasa ditanam di
Amerika Syarikat ialah 'Siam Ratu'. Kemangi kadang-kadang boleh dipanggil selasih
jintan atau selasih likuoris, merujuk kepada bau dan rasanya seperti jintan dan


likuoris, tetapi ia adalah berbeza daripada jenis Barat yang mengandungi nama-nama
yang sama.


Ciri - Ciri Tumbuhan



Kemangi adalah tanaman saka lembut tetapi biasanya ditanam sebagai tahunan.
Sebagai tumbuhan tropika, kemangi adalah tahan lasak hanya dalam iklim yang
panas di mana tidak wujud fros. Ia biasanya tahan lasak kepada zon ketahanan USDA
10. Kemangi, yang boleh ditanam dari benih atau keratan, memerlukan tanah yang
subur dengan penyaliran baik dengan pH daripada 6.5 kepada 7.5 dan 6 hingga 8 jam
cahaya matahari penuh sehari. Bunganya perlu dipetik untuk mengelakkan daun dari
menjadi pahit. Kemangi boleh berulang kali dituai dengan mengambil beberapa daun
pada satu masa dan boleh dituai secara berkala untuk menggalakkan pertumbuhan
semula.



Bahagian Yang Digunakan

Daun


Amalan Tradisi Perawatan

Mempunyai nilai perubatan yang begitu tinggi bagi kaedah perubatan ayurveda yang
berasal dari India. Ia dikenali sebagai herba penyembuhan bagi pengamal kaedah
perubatan ini. Daun selasih juga enak dijadikan ulam selain dari mempunyai nilai
perubatan yang tinggi. Cara pembiakannya adalah melalui keratan batang dan biji
benih.

KADUK


Nama Saintifik: Piper sarmentosum Roxb.
Nama biasa : -
nama tempatan :- Kaduk

Famili :- Piperaceae





Pendahuluan:

Piper sarmentosum merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Piperaceae yang digunakan dalam
pelbagai masakan di Asia Tenggara. Daunnya agak sama dan sedikit keliru berbanding dengan daun
sirih, tetapi tidak mempunyai rasa daun sirih dan umumnya bersaiz lebih kecil.



Ciri - Ciri Tumbuhan

Sejenis herba yang menjalar dan boleh mencapai sehingga 10 m panjang. Tumbuhan ini mempunyai
rasa yang kurang pedas. Daunnya ringkas, berselang dan berbentuk seperti hati (7-14 cm 6-13 cm).
Permukaan daun muda seperti berlilin. Bunganya kecil dan berwarna putih. Buahnya kecil , hitam ,
kering, dan bahagian hujungnya agak bulat.



Tabiat Tumbuhan


Pokok ini berasal dari kawasan Asia Tenggara , Timur Laut India , Selatan China , Kepulauan Andaman.
India , Laos , Kemboja, Vietnam, Malaysia , Filipina dan Indonesia.



Bahagian Yang Digunakan

 Daun


Amalan Tradisi Perawatan

Daun kaduk digunakan dalam ubat-ubatan tradisional di Asia . Analisis kimia menunjukkan bahawa
daunnya mengandungi naringenin antioksidan. Amides dari buahnya telah terbukti mempunyai anti-
batuk kering dan aktiviti anti- plasmodial . Tumbuhan ini juga berfungsi untuk membantu
penghadaman dan merawat demam . Ia juga berfungsi sebagai pembuang kahak (ekspektoran) ,
buahnya membantu membantu dalam menghalang lendir dan bahan lain dalam saluran pernafasan.
Akarnya mempunyai pelbagai kegunaan iaitu untuk rawatan sakit gigi, batuk, asma dan radang selaput
dada serta dermatitis kulat pada kaki.

INAI





Nama saintifik : Lawsonia inermis

Nama lain: Henna, Pacar Jawa (Indonesia)

Nama tempatan : Inai

Famili : Lythraceae








Inai (nama botaninya Lawsonia inermis), merupakan sejenis pohon berbunga yang mana daunnya
digunakan untuk mewarnai kulit badan manusia, rambut, kuku, barangan kulit (contoh beg, uncang,
talipinggang dsbnya.) dan juga pewarna untuk kain. Pokok inai boleh membesar sehingga ketinggian
2.6m.Orang Islam menggunakan Inai untuk mewarnai rambut dan janggut sepertimana yang diamalkan
oleh Nabi Muhammad SAW. Ini merupakan amalan Sunnah dan sangat digalakkan. Diriwayatkan,
baginda juga menggalakkan kaum wanita menggunakan inai ke atas kuku kerana ianya akan
memudahkan atau membezakan pengenalan diantara tangan seorang perempuan dengan tangan
lelaki.


Ciri - Ciri Tumbuhan

Inai ialah sejenis tumbuhan renek yang mempunyai bunga berwarna pucat. Tumbuhan ini boleh
membiak melalui keratan batang dan biji benih. Daunnya yang telah matang berwarna hijau gelap
dengan bintik-bintik kehitaman. Dikatakan bintik ini menentukan kemerahan warna inai bila digunakan
untuk mewarnai kuku, semakin hitam daun inai itu, semakin merah warna yang dikeluarkan. Tumbuhan
ini sukakan kelembapan yang agak tinggi dan mengalirkan yang baik, namun ia adalah tumbuhan yang
agak lasak dan boleh bertahan dalam keadaan kering yang tidak terlalu lama

Bahagian Yang Digunakan

Daun

Amalan Tradisi Perawatan


Inai, selain dari digunakan untuk memerahkan kuku dan hiasan mempunyai nilai perubatan antaranya
ia digunakan untuk Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas
melahirkan anak atau selepas pembedahan) . Caranya, untuk luka luaran, ambil daun inai ditumbuk
lumat dan ditampal pada bahagian yang luka untuk menghentikan pendarahan. Untuk luka bersalin dan
pembedahan pula tujuh helai daun inai dimakan pagi dan petang dikatakan dapat mempercepatkan
proses penyembuhan. Untuk mengubat sakit perut pula daun inai direbus hingga mendidih di dalam
bekas yang tidak ditutup, airnya ditapis dan diminum.Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat
selepas bersalin daun inai direbus dan diminum 3 kali seminggu. Untuk mengubat penyakit kuning pada
bayi yang baru lahir, daun inai dicampurkan dengan air mandian bayi. Untuk melembutkan rambut pula,
daun inai dikisar hingga lumat dan dipanaskan sebentar kemudian disapukan pada rambut, selain
rambut menjadi lebih lembut ia juga menjadi lebih berseri dengan warna oren semulajadi dari daun inai.

BELALAI GAJAH




Nama saintifik : Clinacanthus nutans

Nama lain : Belalai Gajah


Nama tempatan : Gendis (melayu)

Famili : Acanthaceae





Belalai gajah atau nama saintifiknya Clinacanthus nutans adalah pokok jenis renek
yang tumbuh tegak dengan ciri-ciri batang berkayu.Tanaman yang terkenal di Asia
Tenggara dan dikatakan berasal dari Thailand itu mampu mencecah ketinggian
hingga 2.5 meter.Batang yang agak lembut dan berwarna hijau itu mempunyai ruas
sementara daunnya pula berwarna hijau serta bersifat tunggal.Selain senang ditanam,
ia juga mudah tumbuh dan memberi hasil daun yang rimbun sekiranya dijaga
rapi.Pokok ini boleh membiak melalui dua cara sama ada tanamah di tanah atau
diletakkan di dalam pasu berisi air.Jika direndam dalam pasu, air rendaman hendaklah
kerap ditukar sementara pembiakan melalui keratan batang hanya perlu dikerat dan
dicucuk ke dalam tanah.


Ciri - Ciri Tumbuhan

Pokok belalai gajah merupakan sejenis herba popular dalam perubatan tradisional
thai dan china. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang kecil dan
panjang. Pokok ini memerlukan sokongan kerana batangnya yang kecil dan lembut
itu mudah rebah apabila dilanda angin.Tumbuhan daripada keluarga acanthaceae.Ia
boleh membiak melalui keratan batang.

Bahagian Yang Digunakan


Daun

Amalan Tradisi Perawatan


Ia digunakan di thailand sebagai bahan untuk merawat penyakit kulit. Ekstrak daripada
daunnya yang segar digunakan untuk merawat ruam kulit.Malahan ekstrak dari
tumbuhan ini juga digunakan didalam krim yang disapu pada badan ketika terkena
cacar air (chicken pox).Ekstraknya juga digunakan untuk mengubati dermatitis. Ia juga
digunakan sebagai penawar kepada racun dari gigitan ular.Ada Kajian saintifik
menunjukkan walaupun ekstrak tumbuhan ini tidak memberikan tindakbalas langsung
terhadap bisa ular, tetapi jika diberikan secara oral ia akan memanjangkan tempoh
bertahan tikus yang telah disuntik dengan racun ular

LIDAH BUAYA



Nama saintifik : Aloe vera linn.

Nama lain : Jadam (Melayu) , Crocodile Tounge
(English)

Nama tempatan : Lidah Buaya

Famili : Liliaceae






Disebabkan oleh kandungan penyembuhan yang terdapat dalam tumbuhan ini, Aloe
vera jugadikenali sebagai ‘bunga teratai padang pasir’, ‘ tumbuhan yang sentiasa
hidup’, ‘ tumbuhanrawatan awal’ dan juga dikenali sebagai ‘ tumbuhan
ajaib’.Tumbuahn ini juga salah satutumbuhan yang utama dalam sejarah penggunaan
dadah kasar atau dadah mentah dan masihdigunakan secara meluas dalam ubatan
modern mas

Ciri - Ciri Tumbuhan


Aloe vera adalah merupakan tumbuhanyang mempunyai banyak kandungan air dan
jugatumbuhan yang boleh hidup lama dan boleh mencapai ketinggian sehingga 45-50 cm .
Daunnyaberwarna hijau muda dengan susunan roset danberisi pejal. Daunnya berbentuk
lansolat,glabrus dan mempunyai tepi daun yang berduri,pangkal daunnya bersusun dalam
bentuk sarungdengan tepi daunnya berduri. Urat daun tidak kelihatan dan daunnya berbentuk
memanjang danberfungsi sebagai batang. Tangkai bunganya boleh mencapai ketinggian
sehingga 1 m Panjang dengan penghujung tangkainya membentuk bungayang
berwarnamerahkekuningansecaraberjambak

Bahagian Yang Digunakan


Daun

Amalan Tradisi Perawatan

Aloe vera digunakan secara tradisi dalam perawatan penyakit sembelit, endema,
ekszema,pertusis, terkena bahan panas/ api, kesakitan atau kepedihan,kebengkakan, luka,
dyspepsia(ketidakhadaman makanan), batuk, asma, penyakit saraf, leukemia (sejenis
penyakit yangdisebabkan oleh berlebihnya sel putih dalam darah), kanser paru-paru, buasir
dan sakit perut.Ianya juga digunakan sebagai antibiotik,antiseptik (bahan pembasmi kuman),
ejen katartis(melegakan emosi) dan purgatif(ubat pencuci perut yang kuat)

GINSENG JAWA / KOREA


Nama saintifik : Talinum paniculatum gaertn

Nama lain : akar som jawa, akar som, akar
songsong, akar ginseng, ulam ginseng, som
jawa, kelesom

Nama tempatan : Akar Ginseng Jawa

Famili : Portulacaceae






Pokok Som Jawa merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Utara dan
Tengah. Nama botaninya Talinum paniculatum Gaertn. Secara morfologi dan kandungan
kimianya sama dengan pokok Akar Som. Pokok Som Jawa dan juga pokok Kolesom
dikenali juga sebagai "Ginseng Jawa". Di dalam perubatan tradisional ia dicampur menjadi
menjadi pelbagai jenis ubat dan yang paling terkenal dalam bentuk campuran anggur.
Kajian mengenai khasiat dan keberkesanannya telah dilakukan untuk menjadikan Som Jawa
dan Kolesom sebagai Ginseng Indonesia.

Ciri - Ciri Tumbuhan


Kolesom jawa, som jawa atau ginseng jawa (Talinum paniculatum) adalah spesies tanaman
berbunga dari genus Talinum. Ginseng jawa berasal dari bagian selatan Amerika Serikat,
Amerika Latin (seperti Paraguay dan Uruguay) dan Kepulauan Karibia. Tumbuhan ini juga
telah ditemukan di Afrika dan Asia.Ginseng jawa pun dikenal dengan nama lain yakni
Flameflower, Jewels of Opar, tu ren shen dan di Jawa dikenal dengan nama som jawa.
Tanaman ginseng jawa bisa dijadikan tanaman hias dan tanaman obat, kendati seringkali
juga merupakan tanaman liar. Dilihat dari khasiat utamanya, ginseng jawa diolah sebagai
obat penambah stamina.

Bahagian Yang Digunakan


Akar dan daun

Amalan Tradisi Perawatan


Mengikut kajian saintifik kandungan kimia dan morfologi tumbuhan ini menyamai ginseng
Korea dan Cina.Daunnya yang dijadikan ulam dapat menambahkan selera makan dan
meningkatkan kecerdasan badan. Ia juga dapat menambahkan air susu bagi ibu yang
sedang menyusukan anak. Akarnya pula boleh meredakan masalah batuk dan masalah
paru-paru yang lain seperti asma. Daunnya yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan
sedikit gula merah boleh digunakan untuk merawat bisul dengan cara menampalnya pada
bisul tersebut Masyarakat Melayu di Malaysia terutamanya di Kelantan menjadikan akar
ginseng sebagai ulam mentah. Kaum Cina juga memanfaatkan tumbuhan ini dengan
menggorengkan sebagai sayur. Akar ginseng yang asalnya tumbuhan liar kini mula ditanam
di halaman rumah sebagai tumbuhan hiasan dan tumbuhan ulam yang mempunyai khasiat
perubatan.

SERAI


Nama saintifik : Cymbopogon citratus (DC.) Stapf.
Nama biasa : Lemongrass
Nama tempatan : Serai makan



Famili : Graminae



Pendahuluan:

Serai makan tergolong ke dalam rumput di kawasan tropika yang berbau dan ia hampir sama dengan
serai wangi di Cina. Dikatakan bahawa pokok serai makan berasal dari India yang ditanam bagi tujuan
penghasilan minyak sejak tahun 1888. Bau minyak serai makan seakan-akan bau limau atau sitrus yang
digunakan sebagai bahan pewangi dalam pembuatan sabun, bahan pencuci dan bahan-bahan
penghasilan lain. Serai makan merupakan pembekal utama bahan 'citral' yang digunakan sebagai bahan
mentah dalam penghasilan pewangi, gula-gula dan minuman.

Ciri - Ciri Tumbuhan


Serai makan merupakan sejenis rumput yang mempunyai jangkahayat yang panjang dan mengeluarkan
bau. Tumbuh dengan rapat dan daunnya keluar dari rizom. Serai makan boleh tumbuh mencapai
sehingga 1 m tinggi. Daunnya berbentuk sesil iaitu tidak mempunyai tangkai daun, ringkas, berwarna
hijau, lurus, bersusun secara teratur dan daunnya boleh mencapai ukuran 40cm x 1cm. Daunnya licin,
urat daun selari, tirus di bahagian hujung dan pangkal daun. Daunnya berpelepah, memanjang dan
berfungsi sebagai batang. Pokok serai makan juga mengeluar bunga pada peringkat matang. Rizomnya
kuat dan tegap, menjalar, tahan lasak dan berwarna kuning keputihan apabila dipotong.

Tabiat Tumbuhan


Serai tumbuh secara liar di kebanyakkan negara di Asia, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai makan
biasanya ditanam di kawasan belakang rumah. Serai makan merupakan pokok yang tahan lasak dan
boleh hidup dengan subur dalam pelbagai jenis tanah. Walau bagaimanapun sekiranya ditanam bagi
tujuan penghasilan minyak, kawasan yang paling sesuai ialah di kawasan yang bersaliran baik dan
subur.


Bahagian Yang Digunakan

 Daun, Batang, Akar

Amalan Tradisi Perawatan


Minyak pokok serai makan adalah herba yang bernilai tinggi untuk rawatan senak perut, perut memulas,
gastrik dan muntah. Ia bertindak sebagai minyak angin untuk rawatan sakit sendi yang kronik, terseliuh
dan rawatan sakit-sakit yang ringan. Di Malaysia, serai makan digunakan untuk merawat diuretik iaitu
melaawas kencing, tonik dan meransang pengeluaran peluh, merawat buah pinggang dengan meminum
air serai makan sebagai tea. Batangnya digunakan untuk menghasilkan bau wangi kepada makanan.
Tampalan daunnya yang dilumatkan boleh menghilang sakit gigi dan sakit sendi (reumatik). Ekstrak
serai makan boleh menghalau nyamok. Air rebusan daun dan akar serai makan boleh mencuci buah
pinggang dan sakit perut. Manakala ekstrak akarnya digunakan sebagai pewangi shampoo dan minyak
wangi.

CEKUR


Nama saintifik : Kaempferia galanga Linn

Nama biasa : Maraba,Finger root, Chinese ginger
Nama tempatan : Cekur

Famili : Zingiberaceae


Pendahuluan:


Pokok Cekur dikatakan berasal dari China dan India. Kini ditanam agak meluas di Malaysia
dan negara-negara Asia Tenggara yang lain. Rhizomnya beraroma dan adalah penting di
Malaysia sebagai rempah untuk perisa nasi dan juga dalam bidang perubatan oleh masyarakat
dahulu. Cekur agak popular di Thailand di mana ia kerap digunakan sebagai rempah perisa
dalam masakan kari dan sup.

Ciri - Ciri Tumbuhan


Ia merupakan sejenis herba yang sangat kecil dan mempunyai daun yang berkembang secara
mendatar di bahagian atas permukaan tanah. Daunnya tersusun rapi dan padat. Mempunyai
daun ringkas, berwarna hijau dan berbentuk eliptik. Daunnya berbau sedikit aroma .Bunganya
tumbuh secara berasingan. Tidak mempunyai batang dan mempunyai saiz rizom yang kecil
dan berbau sedikit aroma. Akarnya bergentian dan berisi. Bunga berwarna putih dan bersaiz
antara 6-12 cm. Tumbuh dari bahagian tengah daun.


Tabiat Tumbuhan

Pokok cekur boleh ditemui tumbuh liar di taman-taman lama. Ia juga biasanya ditanam di
kampung-kampung. Cekur boleh dibiak melalui bahagian rizom atau memotong dari bahagian
pokok ibu yang sudah matang.

Bahagian Yang Digunakan


 Keseluruhan Pokok

Amalan Tradisi Perawatan


Rizom pokok cekur yang dicampur dengan minyak digunakan secara luaran untuk menyembuh
luka dan disapu pada bahagian yang mengalami keradangan reumatik.Rizomnya yang dihiris
dan diikat sebagai tuam dapat mempercepatkan bisul mengeluarkan nanah. Rizom yang
dijadikan losyen digunakan untuk menghapuskan kelemumur dari kepala. Rizom yang
dijadikan sebagai tepung dicampur dengan madu lebah digunakan untuk rawatan batuk dan
sakit dada.

KUNYIT KUNING


Nama saintifik : Curcuma domestica Loir.
Nama biasa : Tumeric
Nama tempatan : Kunyit

Famili : Zingiberaceae


Pendahuluan:

'Tumeric' merupakan sejenis tumbuhan yang dijadikan bahan rempah yang memberikan warna kuning
cerah khususnya masakan kari bagi orang Melayu dan India. 'Tumeric' juga digunakan sebagai bahan
pewarna dan juga sebagai ubatan dan perasa sejak 600 SM. Maklumat tersebut telahpun dicatatkan
dalam sejarah herba Assyria sekitar 2500 tahun yang lalu. Tumbuhan ini dianggapkan sebagai salah
satu herba yang sangat bernilai kepada manusia. Dalam sejarah perubatan rakyat India, 'tumeric'
dianggapkan sebagai bahan antibiotik semulajadi yang terbaik sementara pada masa yang sama ia juga
digunakan untuk memudahkan proses penghadaman dan memperbaiki perjalanan usus. Tumbuhan ini
berasal dari Asia Tenggara dan masa kini tumbuhan ini menjadi tanaman perdagangan di China, India,
Indochina dan Indonesia.

Ciri - Ciri Tumbuhan


'Tumeric' merupakan sejenis herba yang mempunyai jangkahayat yang panjang dan boleh tumbuh
sehingga mencapai 1m tinggi. Daunnya berjambak dengan susunan daun secara alternat, berwarna hijau
muda. Daunnya licin, lanseolat dengan tepi daun yang licin. Rizomnya beraroma berwarna keperangan
dan warna kekuningan di bahagian isi dalam. Pelepahnya berbentuk eliptik, lembut dan berwarna
keputihan serta tumbuh secara tegak dan melengkung ke bawah.


Tabiat Tumbuhan

Di Malaysia, kunyit biasanya ditanam di belakang rumah. Kunyit membiak secara aseksual iaitu melalui
keratan rizom. Kunyit boleh hidup dengan subur di kawasan yang mempunyai sedikit teduhan dan
tumbuh dengan subur di kawasan terbuka dan mendapat cahaya matahari yang banyak.

Bahagian Yang Digunakan


 Rizom

Amalan Tradisi Perawatan

Tumbuhan ini digunakan untuk rawatan antiradang, antimalaria, pencegahan bakteria, pencegahan
kulat, merangsang tubuh dan juga untuk rawatan terseliuh, cacing pita, kudis buta, 'neuralgia' (sakit
saraf terutamanya di bahagian muka dan kepala) serta sakit sendi (reumatik). Ia juga digunakan untuk
mencegah serangga. Kunyit kering biasanya digunakan sebagai perasa makanan dan untuk
menyediakan bahan pewarna kuning. Di Malaysia, kunyit digunakan sebagai kosmetik semasa upacara
tradisi. Ia juga sebagai bahan utama dalam masakan terutamanya masakan kari. Kunyit yang disediakan
bersama dengan minyak digunakan untuk menghaluskan kulit yang kasar dan sekiranya dicampurkan
dengan air perahan limau digunakan untuk rawatan bengkak dan terseliuh serta luka. Air rebusan kunyit
digunakan untuk menyejukkan mata. Kunyit yang dipanaskan bersama dengan susu dan gula boleh
merawat kesejukan badan. Manakala kunyit yang dicampur dengan minyak bijan dan madu dijadikan
sebagai tonik. Rizom kunyit yang dilumatkan dan dijadikan sebagai demahan boleh merawat dan
mempercepatkan perjalanan air susu dada wanita.

POKOK PANDAN





Nama saintifik : Pandanus amaryllifolius

Nama lain : Rumpe (disebut rum-pay) , Screwpine, Pandon,
Screw Palm, Ketaki, Fara, Hala, Fala, Vadra
Nama tempatan : Pokok pandan
Famili : Pandanaceae

Pendahuluan:


Ia merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang India. Ia digunakan sebagai
pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam
istiadat perkahwinan Melayu.


Ciri - Ciri Tumbuhan

Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan Wangi
adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi.

Tabiat Tumbuhan


Pengambilan daun pandan dalam pemakanan mampu menyahtoksik hati dan badan daripada
toksin. Sifat julap daun pandan juga mampu menolong proses penyahtinjaan.Mengikut suatu
kajian di Thailand yang diterbitkan dalam majalah Pharmacognosy pada tahun 2015, teh
pandan atau ekstrak pandan boleh membantu merendahkan tahap gula dalam darah. Ianya
terbukti bahawa kadar glukos plasma di dalam subjek manusia yang dikaji menurun semasa
tempoh kajian.


Amalan Tradisi Perawatan

- MENGURANGKAN SAKIT Pandan
mengandungi sifat-sifat julap dan daunnya boleh melegakan kesakitan untuk:

-Pening kepala


-Sakit dada

-Kejang perut

- MENYAHTOKSIK BADAN


- MELAWAN KESAN HIPERGLYSEMIA

POKOK KANTAN




Nama saintifik : Pheaomeria imperialis

Nama lain : Ginger flower
Nama tempatan : KANTAN
Famili : Zingiberaceae



Pendahuluan:

Pokok herba monocot yang berasal dari Malaysia ini ditanam di sekitar rumah kampung untuk
jambak bunganya dengan mengunakan rizomnya untuk pertumbuhan. Ia mempunyai daun
yang agak panjang seakan akan pokok lengkuas tapi lebih besar. Jambak bunganya juga
mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal tunas daun menyebabkan ianya
kelihatan cantik dan unik.

Selalunya jambak bunga kantan yang masih muda dan belum mengembang merupakan
perencah utama untuk membuat kuah laksa yang selalunya di sebalah utara. Ianya juga selalu
diletakkan dalam lauk asam pedas atau tom yam sebagai pembangkit aroma.

Ciri - Ciri Tumbuhan


Sungguhpun bunga kantan banyak digunakan untuk tujuan masakan, namun ia dikatakan turut
mempunyai khasiat ubatannya yang tersendiri. Bunga pokok kantan ini boleh digunakan untuk tujuan
awet muda. Biji pokok kantan pula dikatakan boleh digunakan sebagai penambah selera makan serta
menghilangkan rasa kurang bermaya.

Bahagian Yang Digunakan


 Bunga kantan
 Biji kantan.


Amalan Tradisi Perawatan

 Air pencuci luka badan
 Merawat kencing manis dan darah tinggi.
 Menguatkan tenaga batin lelaki .
 Hilangkan bau badan wanita lepas bersalin

LEMPOYANG

Nama saintifik : Zingiber Zerumbet


Nama lain : Shampoo Ginger (English)

Nama tempatan : lempoyang

Famili : halia




Lempoyang, juga dikenali sebagai dalam bahasa Inggeris halia syampo, merupakan
pokok halia dengan batang berdaun tumbuh sehingga ketinggian 1.2 m. Ia terdapat
dikebanyakan negara tropika. Rhizom bagi Lempoyang (Z. zerumbet), telah
digunakan sebagai perisa makanan dan pembuka selera dalam pelbagai masakan
sementara pati rhizom telah digunakan dalam perubatan herba.



Ciri - Ciri Tumbuhan


Lempoyang biasanya tumbuh di kawasan semak samun. Ia dari jenis halia dan juga
biasa dipanggil halia hutan. Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan. Ia
mempunyai bunga yang cantik dan ketinggiannya lebih kurang 30-50 cm dari tanah.
Sama seperti genus halia yang lain ia membiak melalui rizom dan pecahan rumpun.




Bahagian Yang Digunakan

Rizom ( buah )


Amalan Tradisi Perawatan

Antara kegunaan lempoyang ialah untuk mengubati:

 kurang selera makan

 sesak nafas

 bau badan

 gaut
 ubat sakit perut

 kolestrol

KUNYIT HITAM



Nama saintifik : Curcuma caesia

Nama lain : temu hitam

Nama tempatan : Kunyit Hitam

Famili :






KUNYIT hitam atau nama saintifiknya, kaempferia parviflora merupakan tumbuhan
herba yang mempunyai khasiat tinggi kepada kesihatan manusia.Lazimnya, kunyit
hitam telah lama digunakan oleh masyarakat tempatan secara tradisional untuk
masalah kesihatan berkaitan kanser, ubat kuat (viagra semula jadi), saraf dan
membina otot.


Ciri - Ciri Tumbuhan

Tumbuhan dwitahunan dengan rizom di bawah tanah. Berwarna hitam ungu dan
kepekatan warna bergantung kepada tanah. Parviflora, memutuskan bahawa ciri-
cirinya adalah hitam ungu.


Bahagian Yang Digunakan

Biji


Amalan Tradisi Perawatan

Membantu mengawal aliran darah dengan lebih lancar
Mengandungi kandungan Anti oksidan yang tinggi
Membantu menguatkan fungsi otak
Mencegah penyakit berkaitan dengan sindrom metabolik
Kebaikan Kunyit Hitam Sebagai Anti Depresi
Peningkatan tenaga
Meningkatkan kekuatan otot
Diperkaya dengan antioksidan
Membantu rawatan resdung tahap kronik, alahan dan kegatalan
Antigastrik/ ulser
Merangsang penghadaman dan mengelakkan sembelit serta buasir
Rangsangan prestasi seksual (wanita) dan menopaus
Mencegah masalah obesiti dan diabetes
Membantu rawatan migrain dan sakit kepala
Mencegah penyakit kardiovaskular (strok dan jantung), peningkatan peredaran darah
Antibarah
Membantu meningkatkan prestasi seksual dan tenaga fizikal

HALIA


Nama saintifik : Zingiber officinale

Nama lain : Jahe, Ginger


Nama tempatan : Halia

Famili : Zingiberaceae




Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam
masakan timur dan barat malah antara rempah yang terpenting diperniagakan di dunia.
Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh
dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia
dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-
kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah
dan kelapa sawit.

Ciri - Ciri Tumbuhan

Halia mudah membiak dengan cara pecahan rizom dan mudah tumbuh dengan subur di
kawasan tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan mendapat sinar matahari yang
cukup. Tumbuhan ini mempunyai batang yang tegak dengan rizom yang tersebar secara
mendatar. Besar atau kecilnya halia ditentukan oleh varian spesiesnya. Halia juga mempunyai
bunga yang cantik, bunganya muncul dari celah kelopak daunnya dan terdiri dari bunga jantan
dan betina. Halia sesuai tumbuh di kebanyakan iklim dan boleh tumbuh pada semua
ketinggian. Nama saintifik bagi halia bara ialah zingiber offiCinale var rubrum.

Bahagian Yang Digunakan


Biji

Amalan Tradisi Perawatan

Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori
ubat--ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan,
menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di
dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal
beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak
dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat.
Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak
halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-
buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam
bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan
pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses
sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan
bakeri.

BUNGA TELANG





Nama saintifik : clitoria ternatea

Nama lain :

Nama tempatan : Bunga telang

Famili : Fabaceae







Bunga telang atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea merupakan sejenis bunga
berwarna biru berasal dari keluarga Fabaceae. Tumbuhan ini boleh didapati di
Kawasan Asia, Africa, Australia dan America. Di Malaysia, bunga telang ini sering
digunakan sebagai pewarna makanan terutamanya dalam pembuatan nasi kerabu.
Warna yang terdapat pada nasi kerabu adalah warna yang diekstrak daripada bunga
telang ini. Bunga ini juga turut diproses untuk dijadikan minuman seperti teh. Di
kawasan Asia, bunga ini sering digunakan untuk tujuan perubatan tradisional.

Ciri - Ciri Tumbuhan

Pokok Telang atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang yang
mempunyai bunga bewarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae. Bunganya
digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan, seperti nasi kerabu,tetapi
kini amat jarang atau hampir tidak lagi digunakan kerana sukar mengutip dalam jumlah
yang mencukupi untuk digunakan.


Bahagian Yang Digunakan

Akar, Biji dan Bunga


Amalan Tradisi Perawatan

Daun dan bunga telang berpotensi untuk dibangunkan sebagai ubat diabetes.
Memandangkan ia sejenis makanan, makanlah secara sederhana dan jangan
tinggalkan rawatan. Ini kerana ia belum teruji secara klinikal ke atas pesakit diabetes
dan ke atas demografik manusia yang lebih luas. Akar pokok bunga telang berpotensi
merawat masalah sistem saraf utama, namun kajian masih pada peringkat pra-klinikal
dan kajian lanjutan masih diperlukan bagi membuktikan keselamatan dan
keberkesanannya.

LEMON



Nama saintifik : Citrus limon

Nama lain :

Nama tempatan : Lemon


Famili : Rutaceae




Lemon mempunyai nama saintifik sebagai citrus limon. Lemon adalah dari keluarga
Rutaceae. Ia merupakan sejenis buah yang kaya dengan Vitamin C dan merupakan
antiseptik, antibiotik dan antioksidan. Ia sering digunakan dalam minuman dan juga
makanan. Buah lemon berwarna hijau semasa muda dan akan menjadi kuning
menarik bila sudah matang. Pokok lemon sangat sesuai ditanam di kawasan tanah
yang beriklim panas dan lembab. Tanah yang berpasir juga sangat bagus untuk
tanaman pokok lemon dan elakkan menanam lemon di kawasan yang selalu banjir.


Ciri - Ciri Tumbuhan

da pelbagai jenis lemon yang boleh hidup di Malaysia, dan di antaranya ialah lemon
belian, lemon telur buaya, lemon kapas dan juga lemon Meyer.Buah lemon juga sering
diguna sebagai penawar kepada keracunan dan racun. Ia juga dikatakan menjadi
detox dan boleh menurunkan berat badan. Selain itu, ia digunakan dalam minuman
bersama madu dan air panas untuk mengubati sakit tekak. Kulitnya boleh digunakan
untuk menghilangkan bau busuk di badan. Ia juga boleh melawaskan sistem
penghadaman.

Bahagian Yang Digunakan


Buah

Amalan Tradisi Perawatan


Seseorang yang mengambil berat tentang kesejahteraan mereka berusaha
mempelbagaikan makanan mereka sebanyak mungkin dan menambahnya dengan
buah-buahan yang sihat, termasuk lemon. Nilai pemakanannya, komposisi kimia yang
kaya, khasiat perubatan, rasa yang indah dan unik telah menjadikan buah unik ini
popular di kalangan penyokong makanan sihat..

Lemon digunakan tidak hanya dalam memasak ketika membuat semua jenis
hidangan, tetapi juga dalam tata rias untuk membuat topeng berkhasiat dan dalam
perubatan, sebagai sumber vitamin C.

LIMAU NIPIS


Nama saintifik : Citrus aurantifolia

Nama lain : Jeruk nipis, jeruk pecel (Indonesia) , key
lime, lime, West Indian lime

Nama tempatan : Limau Nipis

Famili : Rutaceae




Limau nipis (nama botani: Citrus aurantifolia) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya
dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari
India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini, ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika
dan subtropika. Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan Melayu seperti
mi rebus, mi bandung, dan lain-lain. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.Limau nipis
juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut
dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan


Ciri - Ciri Tumbuhan

Buah limau nipis adalah kecil dan bulat atau bujur jenis beri, berukuran 2.5cm – 5 cm garis
pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam.
Buah limau nipis mengeluarkan bau yang wangi.Antaranya, buahnya boleh digunakan untuk
membersihkan rambut dan kepala terutama bagi mereka yang menghadapi masalah
kelemumur.Buahnya juga sering kali digunakan untuk menyental dan mengilatkan kuku di
samping boleh dijadikan sebagai bahan pencuci bagi menghilangkan bau badan.Bagi suri
rumah pula, buah limau nipis sudah tidak asing kerana selalu digunakan sama ada sebagai
perisa masakan dan makanan.


Bahagian Yang Digunakan

Buah dan kulit buah

Amalan Tradisi Perawatan


Dalam pada itu, di kalangan pengamal ubat-ubatan herba, air perahan buah limau nipis yang
dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan badan ibu-ibu yang baru
bersalin iaitu dengan menyapukan ramuan itu ke bahagian perut. Jus buah limau nipis
membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis
berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan
untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi
vitamin A dan vitamin C. Minyak yang diperah daripada kulit buah limau nipis digunakan
sebagai pewangi dan aroma terapi dalam perubatan alternatif. Asid sitrik daripada jus limau
nipis digunakan dalam industri makanan, minuman, farmasi dan dalam proses mewarnakan
kain.

LIMAU PURUT



Nama saintifik : Citrus hystrix DC.

Nama lain : Jerut Purut (Indonesia), Bai makrut
(Thailand), Keiffer lime; Kafir lime (Inggeris)

Nama tempatan : limau purut

Famili : Rutaceae





Tanaman saka ini berasal dari Asia dan telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan
Thailand. Habitatnya ialah di kawasan subur yang bersaliran baik dan banyak ditanam
disekitar rumah sahaja. Kulit buah limau purut adalah berkedut, tebal, dan isinya tidak
berapa berair. Tumbesaran pokok adalah perlahan berbanding dengan spesies limau
lain. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 30 m. Daunnya yang bersayap memberi
gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung.


Ciri - Ciri Tumbuhan

Kebanyakan tanaman ini ditanam di persekitaran rumah secara kecil-kecilan untuk
kegunaan sendiri. Kegunaan utama limau purut ialah daunnya yang sering digunakan
dalam masakan. Daun limau purut menjadi kemestian dalam masakan seperti Asam
Pedas, Masak Asam dan beberapa hidangan lain seperti Rendang dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, buahnya dengan kulit yang berkedut, tebal dan isinya yang
tidak berapa berair juga turut digunakan. Limau purut tergolong dalam subgenus
Papeda. Oleh itu ia agak berbeza daripada limau jenis lain yang tersohor kerana
keenakan buahnya. Nama spesies limau purut ialah Citrus hystrix yang bermaksud
'Landak' dalam bahasa Greek kerana batang dan rantingnya yang berduri.


Bahagian Yang Digunakan

Buah dan daun


Amalan Tradisi Perawatan


Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan
rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk
mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser,
limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh
membunuh pacat. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi,
nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut juga berupaya merawat luka,
lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

CILI


Nama saintifik : Capsicum spp.

Nama lain : cabai


Nama tempatan : Cili

Famili : Solanaceae




Cili padi , cili api, cili rawit, cabai burung, lada jarum, atau lada tunggeng (kerana
buahnya dalam keadaan terbalik) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga
Solanaceae yang sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia
dan Thailand. Nama lain bagi cili api di Indonesia lebih popular dengan Cabe Rawit
atau Lombok Rawit. Penanaman cili padi di Malaysia dibuat untuk bekalan tempatan
dan menerima permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat tempatan setiap hari.


Ciri - Ciri Tumbuhan

Cili adalah sejenis tanaman yang tumbuh menegak, berakar tunjang, batang
bercabang berwarna hijau (buku batang berwarna hijau atau ungu bergantung kepada
kultivar cili), dan daun berwarna hijau muda ke hijau tua dan berbentuk ovat lebar (saiz
daun bergantung kepada kultivar). Bunga cili berkelopak lima dengan berwarna putih
tumbuh keluar dari ketiak dan daun berbentuk loket. Buah pula berbentuk tirus
memanjang.

Bahagian Yang Digunakan


Buah


Amalan Tradisi Perawatan

Kini penanaman cili padi telah wujud dengan ada petani yang menanam secara
komersil. Walaupun begitu Malaysia masih mengimport beratus metrik tan cili api
Siam dari Thailand setiap tahun melalui Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan di Golok
atau Pengkalan Kubur. Kenapa petani di Malaysia tidak mampu menghasilkan cili padi
yng mencukupi untuk penduduk tempatan? Salah satu sebabnya adalah masalah
serangan penyakit cili padi tempatan yang sukar diatasi sama ada kawalan kimia, IPM
atau kaedah lain.

SERAI ACHEH



Nama saintifik : Ellettariopsis smithiae

Nama lain :

Nama tempatan : Serai Aceh


Famili :





Serai aceh ialah sejenis tumbuhan berumpun yang mempunyai aroma yang wangi. Ia
mudah membiak melalui pecahan rizom. Bunganya cantik menyerupai bunga orkid
dan akan muncul melalui rizomnya.



Ciri - Ciri Tumbuhan

Serai ceh ialah sejenis tumbuhan berumpun yang mempunyai aroma yang wangi. Ia
mudah membiak melalui pecahan rizom. Bunganya cantik menyerupai bunga orkid
dan akan muncul melalui rizomnya.


Bahagian Yang Digunakan

Batang


Amalan Tradisi Perawatan

Serai aceh selalunya dicampuri kedalam masakan tradisional Melayu seperti masak
lemak cili api. Ia dapat membuang angin dalam badan dan melancarkan pengaliran
darah. Merawat keputihan wanita,Ubat penenang bagi wanita bersalin yg menghadapi
masalah meroyan,Mandian wanita baru bersalin, Membuang angin dalam badan,
Melancarkan peredaran darah , Pengganti serai dalam masakan. Perencah masakan
Tomyam dan Bunga Serai Aceh enak dimakan dan dibuat ulam..

MURBERI





Nama saintifik : Morus nigra


Nama lain :

Nama tempatan : mulberi

Famili : Moraceae







Tanaman dengan daun penghasil klorofil ini awalnya dikenal sebagai makanan istimewa ulat
sutera, jika tidak makan daun ini ulat sutra tidak menghasilkan sutera yang baik. Maka
disebabkan itulah jika di Malayasia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera
atau besaram. Oleh kerana itu, banyak petani yang membudidayakan tanaman ini. Mulberry
memiliki sebutan nama yang berbeda di tiap negara seperti di Indonesia tanaman ini dikenali
sebagai Murbei atau arbei, di barat disebut Mulberry dan di Cina dikenal dengan nama
Sangye.

Ciri - Ciri Tumbuhan


Mulberry adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini
dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut. Mulberry merupakan
tumbuhan asli di bahagian tengah dan timur China. Dikenali dengan nama botaninya, Morus
Alba, pokok mulberi yang ditanam di negara China adalah Mulberry putih. Pokok mulberi lain
yang menghasilkan buah berwarna hitam dan merah pula banyak ditanam di negara-negara
beriklim tropika dan sub-tropika.


Bahagian Yang Digunakan

Daun, buah, ranting dan akar


Amalan Tradisi Perawatan

Secara tradisionalnya, buah Mulberi telah digunakan sebagai agen perubatan bagi memberi
khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat
masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
Buah Mulberi juga merupakan buah yang kaya vitamin C dan memiliki resveratrol yang tinggi,
sebuah antioksidan yang boleh ditemui pada anggur merah yang mampu membersihkan
polutan dalam tubuh.

MARKISA





Nama saintifik : Passiflora edulis

Nama lain :

Nama tempatan : Markisa

Famili : Passifloraceae





Pokok Markisaatau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokokyang menjalar
bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh
dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar
rayaatau kedai-kedai.Markisa ataupun nama saintifiknya (Passiflora edulis)merupakan
sejenis tanaman dari genus (Passiflora)dalam keluarga(passifloraceae).Pokok markisa ini
terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India,
Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara
berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning
(Passiflora edulis f.flvicarpa)dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora
edulissim).Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah
di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil
untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi.
Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari
selepas proses pendebungaan.

Ciri - Ciri Tumbuhan

Pokok markisa atau buah susu merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan
cahaya matahari. Ia dikenali kerana buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh
dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar
raya atau kedai-kedai.

Bahagian Yang Digunakan

Buah dan kulit


Amalan Tradisi Perawatan


Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai
digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa
ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang
unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan
riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah
markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.

TOMATO CERI



Nama saintifik : Solanum lycopersicum,

Nama lain:

Nama tempatan : Tomato ceri


Famili :







Jenis tomato ini sangat kecil dan oleh itu ia diberi nama Cherry, yang bermaksud Cherry.
Mereka pastinya lebih besar daripada ceri, tetapi masih kecil dan kelihatan sangat indah di
belukar. Pertimbangkan penerangan dan ciri-ciri varieti, jenis terbaik dan susunan penanaman
tomato ini. Tempat kelahiran spesies itu dianggap sebagai Amerika Selatan, Peru. Sekarang
anda boleh mencari tomato ini di atas plot peribadi kami. Dan semuanya adalah warna dan
bentuk yang berbeza.Peru - tempat lahir rasmi ceri tomato


Ciri - Ciri Tumbuhan

Tomato merupakan sejenis tumbuhan saka yang ditanam sebagai tumbuhan semusim. Ia
boleh mencapai tinggi 1-3 m dengan memaut pada pokok atau topang lain. Daun pokok
tomato berbentuk pinat dengan panjang 10–25 cm dan mempunyai 5-9 daun kecil, setiap
satunya sehingga 8 cm panjang dan pinggir berserat. Kedua-dua batang dan daun tomato
agak berbulu. Bunga tomato bersaiz 1–2 cm diameter, kuning, dengan lima cuping bermata
pada korola; biasanya bunga tomato muncul dalam cyme 3-12 sekali. Buah tomato
merupakan bahagian yang dimakan. Saiznya berbeza mengikut jenis dari 1-2 cm kepada lebih
10 cm, namun jenis yang paling banyak dijual mempunyai diameter 5-6 cm. Warna buah
tomato juga berbeza-beza, dengan warna merah yang paling popular. rieti spesies ini boleh
berbeza dari 358 cm hingga 2 meter. Batang hijau elastik. Plat daun tomato biasa yang
dibentuk. Buah-buahan mungkin berbeza-beza mengikut warna.Bentuk buahnya bulat, bujur,
elips kuat.Semua Cherry mempunyai berat beri yang rendah 15-35 gr. bergantung kepada
pelbagai.

Bahagian Yang Digunakan

Buah


Amalan Tradisi Perawatan


Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh
mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. [perlu rujukan] Hasil kajian pakar
penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos
tomato dan jus tomato. Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai
‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar [perlu rujukan] daripada badan ketika berdiet

LADA HITAM




Nama saintifik : Piper nigrum l.

Nama lain : black peppercorn

Nama tempatan : Lada Hitam

Famili : Piperaceae








Lada hitam (nama saintifik: Piper nigrum) merupakan sejenis rempah yang penting semenjak
dahulu kala lagi. Buahnya, yang dikenali sebagai lada hitam apabila kering, adalah kira-kira 5
milimeter (0.20 inci) diameter, merah gelap apabila matang sepenuhnya, dan, seperti semua
drupes , mengandungi satu benih. Biji lada hitam dan serbuk lada hitam yang dihasilkan
darinya, boleh digambarkan hanya sebagai lada, atau lebih tepat lagi sebagai lada hitam
(buah matang masak dan kering), lada hijau (buah matang kering) dan lada putih (benih
masak kering).


Ciri - Ciri Tumbuhan

Buah dari pokok lada hitam, merupakan rempah yang penting. Rempah lada hitam ini yang
lebih dikenali sebagai beri, berwarna hijau dan berkeadaan lembut di peringkat awal
pembentukan. Ia bertukar ke warna hijau tua dan menjadi keras apabila matang. Kulit luar
(eksokarpa) berwarna kuning dan merah cerah dan menjadi lembut apabila masak. Setiap
beri lada mengandungi biji tunggal yang diselaputi isi buah (mesokarpa). Lada hitam terdiri
daripada keseluruhan beri yang telah dikeringkan manakala lada putih adalah biji lada. Rasa
pedas buah lada adalah disebabkan oleh kehadiran alkaloid piperine, chavisine dan
piperettine manakala minyak pati menghasilkan aroma lada. Kedua-dua sebatiantersebut
membentuk oleoresin yang dapat diperolehi melalui proses ekstraksi pelarut. Kepedasan lada
juga dipengaruhi oleh varieti dan persekitaran penanaman lada.

Bahagian Yang Digunakan


Buah

Amalan Tradisi Perawatan


Digunakan dalam masakan. Dalam perubatan tradisional Melayu lada hitam digunakan untuk
meredakan sakit perut,loya, demam, sakit sendi dan sakit kepala. Ia juga digunakan untuk
membuang angin dalam badan.Ia juga digunakan untuk meredakan kembung perut bayi.
Lada hitam juga digunakan oleh ibu dalam pantang dengan cara menumbuknya dengan ikan
bilis goreng dan dimakan bersama nasi panas. Lada hitam dan lada putih yang dibungkus
dalam kain dan dilayurkan pada api digunakan untuk menuam perut bayi yang kembung.

NENAS




Nama saintifik : Ananas comosus

Nama lain :

Nama tempatan : Nenas

Famili : Commelinaceae






Nanas (nama saintifik: Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah tumbuhan asli
[1]
berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili
Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih
daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buah nanas tergolong dalam buah bukan
klimakterik iaitu hanya masak di pokok. Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris
kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana,
yang bermakna "buah yang sangat baik".

Ciri - Ciri Tumbuhan


Kadar pertumbuhan nanas bergantung kepada kelembapan tanah dan pokoknya selalunya tumbuh
setinggi 50-150 cm. Tanah yang terlalu kering boleh merencatkan pertumbuhan nanas sementara
tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan jangkitan kulat dan akar dan pangkal pokok yang busuk.
Oleh itu, pengawalan dan pengurusan air dan rumpai penting untuk menjamin pertumbuhan yang baik.
Penghasilan komersil nanas boleh didapati di Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand, Afrika Selatan,
Brazil, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Mexico, Puerto Rico dan Taipei.

Bahagian Yang Digunakan

Buah


Amalan Tradisi Perawatan

Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil,
merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda
sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut.
Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.Nanas dipercayai mampu boleh
merawat barah. [perlu rujukan] Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan
pertumbuhan barah. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan
bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak barah. Salah satu molekul yang dikenali
[6]
sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ
mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah. [perlu rujukan] Buah ini mempunyai
kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi. Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang
lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan
minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapat pada
buah nanas dikatakan boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan
fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid
serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh
badan.

SERAI WANGI



Nama saintifik : Cymbopogon nardus(L.) rendle.

Nama lain : Citronella

Nama tempatan : Serai wangi

Famili : Graminae






Serai wangi, nama saintifiknya Cymbopogon nardus ialah tumbuhan famili rumput
Poaceae, berasal dari kawasan tropika Asia. Serai wangi biasanya ditanam di kawasan rumah
atau secara komersial untuk penghasilan minyak pati. Serai wangi juga dapat digunakan untuk
menghalau serangga. Serai wangi merupakan sejenis rumput yang berbau wangi dan
mempunyai persamaan dengan serai makan.Serai wangi lebih kuat bau berbanding dengan
serai makan.Serai wangi digunakan pada bahagian luar tubuh manakala serai makan boleh
dimakan. Minyak yang dihasilkan dari serai wangi digunakan untuk membuat losyen (ubat
disapu pada kulit), sabun dan juga untuk menghalau nyamok. Dikatakan bahawa serai wangi
berasal dari India dan Sri Lanka dan baru diperkenalkan ke Malaysia.

Ciri - Ciri Tumbuhan


Serai wangi tergolong dalam keluarga rumput yang berbau dan jangka hayatnya adalah
panjang. Ia boleh tumbuh sehingga 1mhingga 1.5m. Daunnya berbentuk sesil iaitu tidak
mempunyai tangkai daun, ringkas, hijau, lurus dan berlapis dan purata saiznya ialah 60cm x
2.5cm. Daunnya licin, urat daun selari dengan bahagian pangkal dan hujung daunnya tirus.
Selaput daunnya adalah lurus dan bertindak sebagai batang. Rizomnya tegak dankuat,
menjalar, tahan lasak dan berwarna kekuningan apabila dipotong.


Bahagian Yang Digunakan

Daun


Amalan Tradisi Perawatan

Minyak yang dihasilkan dari serai wangi digunakan untuk merawat ‘rubefacient’ iaitu
warnamerah di bahagian kulit luar muka,Akarnyadigunakan untuk merawat diuretik(kerap
berlakukencing) dansudorifik ataudiaporetik (berperanansebagai dadahuntuk
merangsangpengeluaran peluh). Serai wangi juga digunakan untuk bertindak menghalau
nyamuk dan jugadigunakan untuk membuat minyak wangi dan pembuatan sabun.Di Malaysia,
minyakekstraknya yang cepatmeruap danmenggunakan sedikit dos boleh merawat sakit perut
danpenghadaman. Air rebusan daun serai wangi yang dipanas bersama dengan daun
gendarusadicampur dengan lada hitam digunakan untuk memandikan kanak-kanak selepas
bersalin.

ROSEMARY



Nama saintifik : Rosemarinus officinalis


Nama lain : Rosemary

Nama tempatan :

Famili : Labiatae






Rosemary merupakan sejenis herba yang banyak digunakan dalam masakan Inggeris. Ia merupakan
sejenis tumbuhan renek yang kecil dengan daunnya yang berbentuk jarum seperti daun pokok pine.
Rosemary mempunyai bunga yang berwarna ungu kebiruan dan di negara empat musim ia akan
berbunga sepanjang musim bunga dan musim panas. Tidak pasti adakah rosemary boleh berbunga
dalam iklim tropika kerana rosemary yang saya tanam ( gambar di atas ) tidak pernah berbunga lagi.
Rosemary boleh tumbuh hingga mencapai ketinggian lima kaki.

Ciri - Ciri Tumbuhan

Pembiakannya mudah melalui keratan batang. Untuk hidup di Negara kita yang beriklim panas,
rosemary tidak boleh didedahkan secara terus kepada cahaya matahari. Tanam di tempat yang agak
redup dan pastikan airnya mencukupi. Jika ada bahagian tumbuhan yang telah kering , pastikan ranting
yang kering ini dipangkas untuk menggalakkan pertumbuhan tunas baru. Tumbuhan ini merupakan
tumbuhan yang rimbun. Ia mempunyai aroma yang kuat. Nama tumbuhan ini yang mearik sebenarnya
didapati dari perkataan lain yang bermaksud Embun dari laut. Di Negara barat rosemary merupakan
simbol kepada persahabatan dan kasih sayang. Ia sering dijadikan hadiah kepada pasangan yang baru
berkahwin.


Bahagian Yang Digunakan

Daun

Amalan Tradisi Perawatan


Kajian saintis dari universiti Cincinnati mendapati bau rosemary boleh membantu menguatkan ingatan
kita. Rosemary sesuai diletakkan di atas meja dipejabat atau di atas meja belajar kanak-kanak. Daun
rosemary boleh dipetik bila-bila masa diperlukan. Tidak digalakkan memetik lebih dari yang perlukan
kerana baunya akan berkurangan apabila kering. Satu kajian oleh Chi-Tang Ho, Ph. D. , seorang
profesor di jabatan sains makanan di Universiti Rutgers di New Brunswick, New Jersey mendapati
penggunaan minyak rosemary yang disapu pada kulit (kajian dilakukan pada haiwan) mengurangkan
separuh dari risiko terkena kanser. Kajian yang sama juga menunjukkan haiwan yang makan rosemary
hanya mendapat separuh dari kebarangkalian mendapat kanser kolon dan kanser paru-paru
berbanding dengan haiwan yang dietnya tidak mengandungi Rosemary.Selain daripada itu rosemary
juga digunakan untuk merawat masalah penghadaman dan haid yang tidak teratur. Cara
penggunaannya sama iaitu dengan minum secawan kecil teh rosemary setiap pagi sebaik sahaja
bangun dari tidur. Jika digunakan sebagai losyen ia dapat menghilangkan masalah sakit kepala. Jika
teh ini diminum bersama madu ia boleh digunakan untuk merawat batuk. Ia juga baik digunakan
sebagai tonik untuk menyuburkan kulit kepala dan mencantikkan kulit. Ia juga boleh menghilangkan
kedutan kecil pada kulit. Wanita hamil tidak dibenarkan mengambil persediaan herba dari rosemary.
Walau bagaimanapun kuantiti sedikit yang digunakan sebagai rempah dalam masakan tidak akan
mendatangkan kemudaratan.

KUNYIT PUTIH

Nama saintifik : Kaempferiae Rotundae

Rhizoma

Nama lain : Jawa - Kunci Pepet, Temu Rapet,
Ardong (Jawa), Kunir Putih (Sunda)



Nama tempatan : Kunyit putih

Famili : Zingiberaceae


Sebenarnya, herba ini lebih banyak terdapat di Indonesia berbanding di Malaysia..
Oleh kerana itulah, apabila kita mencari maklumat mengenai herba ini, kebanyakan infonya datang dari negara
sana..Oleh hal yang demikian, rakyat Indonesia lebih menyedari akan kebaikan, kepentingan, khasiat serta
kegunaan Herba Semulajadi Kunyit Putih ini berbanding rakyat Malaysia..Kunyit Putih ini mampu mengatasi dan
mengekalkan kesihatan dan kecantikan setiap individu..Di sini, kami akan mendedahkan pada anda sekalian
mengenai info yang sangat berguna mengenai Kunyit Putih..

Ciri - Ciri Tumbuhan

Tanaman ini terdapat pada dataran rendah dengan ketinggian kurang dari 750 m dpl. Banyak ditemukan di
Sumatera dan Jawa. Selain itu, juga ditemukan di India, Srilanka, dan Malaysia. Terna tahunan dengan tinggi 30-
70 cm ini tumbuh merumpun dengan batang semu yang tumbuh dari rimpangnya. Daun tunggal, helaian daun
berbentuk lanset, panjang 20-30 cm, lebar 7,5-10 cm, ujung runcing, pangkal berpelepah, tepi rata, warnanya hijau
muda dengan bahagian tengah bercorak warna coklat. Bunga keluar dari rimpang dengan batang semu yang amat
pendek. Bunga boleh tumbuh berkumpulan, sering mekar beberapa kuntum sekaligus, warnanya ungu muda
kemerahan. Akarnya berdaging membentuk rimpang yang tidak terlalu besar, iaitu seukuran telur puyuh. Dari
rimpang induk keluar akar-akar kasar yang ujungnya terdapat anakan rimpang yang berair dan tampak tumbuh
berkumpulan menutupi rimpang induk. Jika rimpang dibelah terlihat warnanya putih pucat, berserat halus, dan
rasanya pahit. Jika telah keluar bunga, menandakan rimpang siap di panen. Umbi muda bisa dijadikan lalap.
Perbanyakan dengan rimpang.

Bahagian Yang Digunakan


Biji @ buahnya

Amalan Tradisi Perawatan


Kunyit putih bersifat antioksidan dan dapat menahan zat radikal bebas yang menjadi penyebab tumbuhnya sel
kanser serta dapat meningkatkan sel darah merah. "Tetapi kunyit putih sebaiknya tidak digunakan pada masa
kehamilan kerana dapat mengakibatkan keguguran," Kecil ukurannya.. Tetapi jangan diremehkan khasiatnya.
Kunyit putih atau temu putih adalah satu di antara tanaman berkhasiat yang boleh diolah menjadi ubat tradisional.
Bernama latin Curcuma zedoaria, kunyit putih merupakan tanaman rimpang atau ubi-ubian. Sekilas tanaman ini
serupa dengan temu mangga, sebab warnanya sama-sama putih.Kunyit atau kunir putih juga berbeza dengan
kunyit kuning yang berwarna kuning. Tanaman ini bermanfaat untuk melegakan perut yang kembung. Bahkan
sebahagian orang menyakininya dapat mencegah kanser. Juga ada yang mendakwanya sebagai ubat
kanser.Boleh jadi ini kerana kunir putih memiliki sifat antikanser lewat kerja imunomodulator-nya. Ekstrak kedua
tanaman ini pada percubaan keatas tikus ternyata memperbanyak jumlah limfosit, meningkatkan ketoksikan sel
pembunuh kanser (natural killer) dan sintetik antibodi spesifik. Sifat-sifat di atas akan menguatkan mekanisme
pertahanan tubuh terhadap virus mahupun sel kanser..

SALOM


Nama saintifik : Oenanthe javanica

Nama lain : minari (Korea) , seri (Jepun)

Nama tempatan : Salom

Famili :









Pokok selom (Oenanthe javanica) merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia
Timur. Taburan aslinya meluas di kawasan-kawasan Asia yang beriklim sederhana dan
[2]
tropika, malah ia juga asli di Queensland, Australia. Sekiranya anda penggemar ulam2an,
daun selom atau nama botaninya Oenanthe javanica memang tidak asing lagi bukan saja
dikalangan orang melayu, malah kini orang cina, india dan kaum2 yang lain turut
menggemarinya. Tumbuhan ini boleh dijumpai hampir seluruh kawasan Asia, terutamanya
India, Pakistan, Jepun, Taiwan dan China. Ianya tumbuh liar dikawasan bertanah lembap
seperti paya dan tepi sungai. Daun dan batangnya berwarna hijau dan bunganya bersaiz
kecil dan berbunga kecil. Rasanya yang lemak-lemak dan sedikit pedas memang menambat
hati pengemarnya. Ia sesuai dicicah sambal, budu atau cincalok dan dimakan bersama nasi.

Ciri - Ciri Tumbuhan


Pokok selom merupakan pokok saka herba yang mampu mencapai ketinggian satu meter.
Akarnya berserat dan tumbuh dari semua buku. Bunganya berkelopak lima dengan lima
stamen. Daunnya wangi dan glabrus (licin tidak berbulu) dengan tangkai berupih. Anak
[3]
daunnya berbentuk cuping-cuping kedut. Pokok ini tumbuh liar di kawasan lembap di
sepanjang alur dan tepi kolam.

Bahagian Yang Digunakan

Daun , batang dan bunga


Amalan Tradisi Perawatan


Daun selom mengandungi banyak kandungan air, protein, karbohidrat dan serabut. Daun
dan batang selom dapat meredakan penyakit seperti bisul, terkenan gigitan ular, kala
jengking dan bengkak kerana kanser. Air rebusan selom boleh diminum sebagai penawar
demam selsema, susah buang air kecil dan berak berdarah. Biji selom dijadikan penawar
jika didapati terlalu banyak darah dalam saluran darah. Buah selom dijadikan perangsang
buang air dan membantu mengeluarkan angin dalam perut dan usus.

KACANG BOTOL / KACANG KELISA


Nama saintifik : Psophocarpus tetragonolobus

Nama lain : Kacang Botor, kacang botol, kacang
sirek, atau kalkang (Inggeris: winged
bean atau Goa bean)

Nama tempatan : Kacang botol

Famili : Fabaceae





Kacang kelisa ialah tumbuhan kekacang tropika yang dipercayai berasal dari Papua New Guinea.
Pokok ini tumbuh dengan subur dalam iklim tropika hujan panas dan lembab; di negara-negara
khatulistiwa Asia Tenggara sehingga ke Asia Selatan seperti India dan Sri Lanka, dan Jepun yang
menyebutnya ryukyuan atau shikaku-mame, Africa dan Latin Amerika. Pohon kacang kelisa tumbuh
secara menjalar merembat. Buahnya memanjang, mempunyai 4 cuping. Sepanjang setiap tepi cuping
bergerigi kecil lembut, mengandungi banyak biji benih tersusun didalamnya. Bijiannya berbentuk bulat
membujur mirip kacang soya. Kacang kelisa berwarna hijau muda ketika masih muda, hijau gelap
ketika matang, dan bertukar berwarna perang coklat apabila tua.

Ciri - Ciri Tumbuhan


Pokok kacang botor merupakan sejenis pokok menjalar yang tumbuh dengan cara memanjat atau
melilit. Setinggi 3-4 meter, pokok ini adalah lebih tinggi dan besar, berbanding pokok kekacang biasa
yang lain. Ia ialah tumbuhan herba saka dengan tempoh pengeluaran optimum di antara tiga hingga
empat tahun, tetapi juga boleh ditanam sebagai pokok semusim mengikut kegunaan
penanamannya.Pokok kacang botor merupakan salah satu pokok mengikat nitrogen yang terbaik,
dengan penodulan dilaksanakan oleh Rhizobium, sejenis bakteria tanah. Disebabkan keupayaannya
untuk mengikat gas nitrogen dari atmosfera, pokok ini tidak memerlukan banyak baja nitrogen tetapi
masih memerlukan baja lain seperti fosforus dan kalium.

Bahagian Yang Digunakan

Akar, daun dan pucuk, kacang botol dan biji


Amalan Tradisi Perawatan

Bunga sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri. Daun muda boleh dimasak sebagai sayur
daun yang serupa dengan daun bayam. Akar yang mempunyai perisa kacang boleh digunakan sebagai
sayur berubi yang serupa dengan ubi kentang. Akar pokok ini lebih kaya dengan protein, berbanding
ubi kentang. Biji-biji kering amat berguna sebagai tepung, dan boleh dijadikan minuman seakan-akan
kopi. Setiap bahagian Pokok Kacang Botor boleh membekalkan vitamin A dan vitamin-vitamin yang
lain. Adalah mungkin bahawa dengan sedikit pembaikan genetik melalui pembiakbakaan pilihan, Pokok
Kacang Botor boleh meningkatkan taraf hidup berjuta-juta orang di negara-negara tropika yang miskin.

KACANG PANJANG RENEK


Nama saintifik : Vigna unguiculata
sesquipedalis

Nama lain : Yard snake beans / asparagus beans

Nama tempatan : Kacang Panjang renek

Famili : Fabaceae








Kacang panjang merupakan tumbuhan yang dijadikan sayur atau ulam. Ia tumbuh dengan
cara memanjat atau melilit. Bahagian yang dijadikan sayur atau ulam adalah buah pokok
tersebut.Ia mudah didapati di kawasan panas di Asia.

Ciri - Ciri Tumbuhan


Kacang panjang merupakan tumbuhan yang dijadikan sayur atau ulam. Ia tumbuh dengan
cara memanjat atau melilit. Bahagian yang dijadikan sayur atau ulam adalah buah pokok
tersebut.Ia mudah didapati di kawasan panas di Asia. Tanaman kacang panjang tumbuh
subur di tanah yang mengandung banyak humus yang subur pada ketinggian 1000 meter di
atas permukaan laut. Tanaman kacang panjang ini dapat dengan mudah ditanam, sehingga
disetiap pelosok negeri dapat ditemui penanaman untuk sayuran ini. Harganya yang relatif
terjangkau dan mudah penanamannya ini menjadikannya sangat digemari, selain itu
kandungan pada kacang tanah pada zat gizinya tidak kalah penting jika dibandingkan
dengan kacang-kacangan seperti manfaat kacang tanah, manfaat kedelai atau pun manfaat
kacang merah.


Bahagian Yang Digunakan

Buah


Amalan Tradisi Perawatan

Selain sebagai masakan, kacang Panjang juga dapat digunakan sebagai bahan ubat-ubatan
untuk mengubati beberapa penyakit seperti anti kanser, kanser payudara, leukemia,
antibakteri, antivirus, antioksidan, gangguan saluran kencing, peluruh kencing, batu ginjal,
mencegah kelainan antibodi, meningkatkan fungsi limpa, meningkatkan penyatuan DNA dan
RNA, meningkatkan fungsi sel darah merah, beri-beri, demam berdarah, kurang darah, sakit
pinggang, rematik, pembengkakan, meningkatkan nafsu makan, dan sukar buang air besar


Click to View FlipBook Version