KANGKUNG
Nama saintifik : Ipomoea aquatica
Nama lain : Water spinach, swamp
cabbage, water convolvulus,water morning-
glory(Eng). kangkong (Tagalog). pak boong
(Thai). Kangkung (Mas)
Nama tempatan : Kangkung
Famili :
Di Malaysia ia ditanam di seluruh negara terutamanya di kawasan penanaman sayur
tanah rendah. Terdapat 2 jenis kangkung yang ditanam secara komersial di Malaysia
iaitu kangkung darat (Ipomoea reptans L. Poir) yang berdaun kecil panjang meruncing
dan ditanam atas batas, dan kangkung air (Ipomoea aquatica Forsk) yang berdaun
lebar dan tumbuh liar di dalam parit atau paya. Kangkung banyak dijual di pasar-pasar
termasuk pasar tani, pasar basah dan pasar raya besar seperti Tesco dan Giant.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Kangkong mempunyai daun licin berbentuk tirus seperti mata panah di hujung daun,
sepanjang 10-12 cm, dan lebar 5-6 cm. Terdapat juga jenis daun lebar dan daun tirus
mengikut spesis sama ada kangkung darat ataupun kangkung air. Ia mempunyai
batang menjalar dengan daun berselang dan batang menegak pada pangkal daun.
Selalunya kangkung mula menjalar sebulan selepas ia ditanam. Ini juga menjadi
petanda masa sesuai untuk menuai kangkung iaitu sebelum ia menjalar. Kangkung
yang boleh dimakan ini bewarna hijau pucat dan menghasilkan bunga bewarna putih,
yang menghasilkan pod empat biji benih.
Bahagian Yang Digunakan
Keseluruhanan tanaman muda boleh dimakan.
Amalan Tradisi Perawatan
Khasiat yang terkandung dalam kangkung ialah kaya dengan khasiat dan nutrisi untuk
mengubati pelbagai penyakit dan permasalahan termasuk buasir, bisul, campak air,
kelemumur, ulser dalam mulut dan juga sembelit.Penggunaan : Hampir keseluruhan
tanaman muda boleh dimakan. Oleh kerana kangkong tua mempunyai serabut,
kangkung pucuk muda adalah lebih digemari. Ia boleh dimakan mentah (seperti
kerabu) atau dimasak seperti bayam. Kangkong sering digoreng. Rempah
dicampurkan bagi menambah rasa yang hambar.
NENAS TERKECIL @ NENAS BATU
Nama saintifik : Ananas ananassoides var. nanus
Nama lain :
Nama tempatan : Nenas terkecil / Nenas batu
Famili : Bromeliaceae
Sebenarnya nenas batu ini tidak sama seperti nenas yang biasa anda jumpa di pasar atau
yang anda tanam sendiri di rumah tu. Nenas batu ini asalnya dari timur tengah, tetapi jangan
terkejut kerana ia juga ada ditanam di Malaysia kerana nilai komersialnya dalam dunia
herba. Gambar di bawah merupakan pokok nenas batu yang sudah berbuah , buahnya tu
belum dikeringkan ya sebab itu kelihatan seperti nenas biasa.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Nama saintifik nenas batu adalah Ananas Nanus . Ia termasuk dalam family Bromeliaceae.
Pokok nenas batu hampir sama dengan nenas biasa tetapi daunnya lebih tirus dan kecil.
Pokoknya juga jauh lebih kecil daripada nenas biasa. Buah nenas batu mempunyai ciri dan
bentuk yang serupa dengan nenas biasa cuma ia bersaiz kecil dan bertangkai
panjang.Selain dijadikan herba dalam rawatan , ada juga yang menjadikan nenas batu
sebagai perhiasan rumah. Ia diletakkan di dalam bakul dalam kuantiti yang banyak dan
dipamerkan di atas meja sebagai hiasan.
Bahagian Yang Digunakan
Isi nenas
Amalan Tradisi Perawatan
Jus nenas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya
bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nenas merupakan ramuan
penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan
mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia
juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan
meminum jus nenas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana
kandungan enzimnya yang tinggi
BETIK
Nama saintifik : Folium Carica papaya
Nama lain :
Nama tempatan : Betik
Famili :
Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-
pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam
dan dimakan bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah
muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Pokok renek besar setinggi 2–7 m. Batang tunggal, tengah berongga, kulit banyak bekas
parut dari batang daun. Daun majmuk, besar, susunan berpilin, tangkai daun panjang
berongga, daun seperti jari tangan, tiada bulu, urat daun jelas kelihatan. Bunga terdiri dari
jantan, betina atau dwijantina (hermafrodit), keluar dari celah ketiak daun. Bunga jantan
majmuk, kecil, kuning muda, 5 kelopak, bertangkai panjang, keluar berjuntai di celah daun.
Bunga betina besar, tunggal atau beberapa kuntum dalam sejambak bunga, mempunyai 5
kelopak, kuning. Buah besar, bula melonjong, kulit hijau ketika muda, kuning atau oren
apabila masak, isi putih ketika muda dan bertukar oren apabila masak. Banyak biji kecil,
coklat kehitaman, berbentuk bulat melonjong..
Bahagian Yang Digunakan
Buah dan daun
Amalan Tradisi Perawatan
Manfaat pucuk betik ialah sebagai merawat demam melaria, memperbanyakkan susu bagi
ibu selepas bersalin dan menjadi bahan perapan untuk emengempukkan daging
satay.Penggunaan : Ambil dua helai daun betik yang tidak terlalu tua dan tidak pula terlalu
muda. Buang semua urat daun yang kasar dan ambil pucuk sahaja. Bersihkan daun tersebut
dan blender dengan segelas air. Panaskan air daun betik itu dengan api yang sederhana
sehingga tinggal sesudu atau dua sudu dan minum sesudah air itu sejuk.
BENDI
Nama saintifik : Abelmoschus esculentus
Nama lain :
Nama tempatan : Bendi
Famili : Malvaceae
Bendi ialah sejenis sayur-sayuran buah yang disukai oleh penduduk di Malaysia dan di kawasan
beriklim tropika dan berhawa sederhana. Nama-nama lain yang digunakan untuk sayuran ini di
Malaysia ialah kacang bendi, kacang mior dan kacang lendir. Bendi berasal dari Afrika Tengah dan
sesuai ditanam di kawasan yang beriklim tropika dan berhawa sederhana. Di Malaysia, tanaman ini
banyak ditanam di Johor, Perak, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang .Buah bendi yang muda
mempunyai citarasanya yang tersendiri dan boleh dimasak dan dihidang dengan bermacam cara,
terpulang kepada selera penduduk-penduduk setempat. Antara sajiannya ialah sup, goreng, kari,
ulam dan juga salad. Disamping kelazatannya, bendi mempunyai banyak khasiat pemakanan.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Pokok herba separa keras ini boleh hidup sepanjang tahun, ia boleh mencapai ketinggian sehingga 4
m sekiranya tidak dicantas. Batangnya agak lembut ketika muda tetapi kemudiannya membulat
sederhana keras berwarna hijau gelap serta tegap, tiada mempunyai banyak percabangan dengan
bulu-bulu halus di seluruh bahagian. Daun jenis tunggal, susunan berpilin, bersaiz besar, mempunyai
3, 5 atau 7 cuping, tangkai daun sederhana panjang. Bunga jenis tunggal, saiz sederhana besar,
mempunyai kelopak besar berwarna kuning dengan ukuran 4 - 8 cm garispusat. Pendebungaan
dilaksanakan oleh serangga seperti lebah, rama-rama, kumbang, semut dan sebagainya. Buah jenis
kapsul berbentuk silinder yang meruncing di hujungnya di mana berwarna hijau ketika muda dan
bertukar perang apabila telah tua, mengandungi banyak biji. Biji sederhana kecil, berbentuk bulat,
berwarna putih semasa muda bertukar kelabu keperangan apabila telah tua. Buah-buah sayur bendi
[4]
cenderung melendir apabila dipetik sebelum dimasak; lendir tersebut dapat mencair hampir terurai
apabila ia dimasak dengan bahan berasid seperti tomato, jus limau atau cuka.
[5]
Bahagian Yang Digunakan
Buah
Amalan Tradisi Perawatan
Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan
kecergasan. Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum,
mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang,
mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis. Air rebusannya juga
sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusa yang dicampur gula boleh dibuat
sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk
tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
TEMU PAUH
Nama saintifik : Curcuma amada
Nama lain :
Nama tempatan : Temu pauh
Famili :
Pokok temu ada beberapa jenis, salah satunya ialah pokok temu pauh. Ia dipanggil temu pauh
kerana rizomnya berbau seperti bau buah pauh/mangga. Pokok temu pauh adalah tanaman herba
yang mengandungi pelbagai khasiat kesihatan yang hidup berumpun seperti pokok kunyit. Ia
mengandungi umbisi berakar dan mengeluarkan rizom yang akhirnya akan menerbitkan anak pokok.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Pokok temu pauh mudah dibiakkan melalui pecahan rumpun atau pun menggunakan umbisi
yang akan mengeluarkan rizom sebagai anak pokok.Rizom temu pauh yang muda sangat
sesuai dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Bau dan rasanya seolah-olah
buah pauh muda dan tidak pahit. Ulaman temu pauh dijadikan makanan pembuka selera
seperti ulam-ulaman lain. Ia juga dijadikan salah satu ramuan untuk membuat urab atau
kerabu. Umbisi muda temu pauh ini boleh dibuat sambal goreng atau ditambahkan dalam
masakan sayuran. Jus temu pauh pula diminum untuk meredakan pelbagai jenis penyakit.
Daun temu pauh biasanya dijadikan salah satu bahan mandian herba bagi wanita lepas
bersalin.
Bahagian Yang Digunakan
Rizom @ umbisi dan daun.
Amalan Tradisi Perawatan
Anti kanser, merawat ketegangan urat saraf, mengurangkan kolesterol dan darah
tinggi serta membantu mengurangkan masalah saluran pencernaan dan saluran
darah tersumbat. Temu pauh juga dimakan bagi mengurangkan stres. Enak dimakan
sebagai ulam, ditumbuk campur kedalam sambal dan digoreng dengan sayur.
TEMU LAWAK
Nama saintifik : Curcuma xanthorrhiza
Nama lain : Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma
xanthorrhizae, shu kuat keung wong (kantonis) , giant curcuma,
false turmeric, temu lawak, temulawak, dilaw, dilao, temu putih
Nama tempatan : Temu Lawak
Famili : Zingiberaceae
Temulawak adalah tanaman asli Indonesia yang bentuknya mirip dengan kunyit. Tanaman yang
memiliki nama latin Curcuma xanthorrhiza ini biasanya berbentuk seperti silinder dengan diameter 6
cm.Umumnya, tanaman ini memiliki kulit yang berwarna kuning muda. Sebagai tanaman monokotil,
tanaman ini tidak memiliki akar tunggang. Akar yang dipunyai yaitu akar rimpang.Rimpang adalah
bahagian batang yang terletak di bawah tanah. Rimpang juga disebut sebagai umbi akar atau umbi
batang. Di antara semua rimpang bergenus Curcuma, rimpang tanaman inilah yang paling besar di
antara tanaman lainnya.Rimpang temulawak terdiri dari rimpang induk dan anakan. Rimpang induknya
berbentuk bulat seperti telur dan berwarna kuning tua, sementara bagian dalamnya berwarna jingga
kecokelatan.Dari rimpang induk ini keluar rimpang kedua yang lebih kecil dan tumbuh ke samping.
Biasanya jumlahnya sekiar 3 sampai 7 buah.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Temulawak merupakan tumbuhan tahunan yang hidup secara berumpun. Setiap pokok biasanya
mempunyai 2-9 helai daun. Ketinggian pokok boleh mencapai 2.5 meter. Pokok temu lawak berbunga
sepanjang masa, bunganya berwarna putih atau kuning tua dan pangkal bunga berwarna ungu. Rizom
temulawak berwarna kuning tua dan ia mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan..
Bahagian Yang Digunakan
Rizomnya
Amalan Tradisi Perawatan
Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit
seperti: Rheumatik dan kesakitan pada otot, Ubat demam ( anti-pyretic), Masalah hati, demam
kuning dan penyakit batu karang , Penyakit kulit ,Menghilangkan kekejangan dan
mengelaknya dari berulang Buasir dan masalah kerengsaan pada rectum, Berak berdarah
(bloody diarrhea) dan di sentri. Juga merawat masalah sembelit, Batuk dan demam pada
kanak-kanak , Masalah keputihan dan jangkitan kulat sepeti candida albican pada vagina ,
Penyakit kencing manis , Gastrik dan gas berlebihan Capa penggunaan ialah dengan
mengambil 3-9 g rizomnya yang segar (kering 1-5 g) dan direbus sekejap supaya minyak
sarinya tidak hilang dan rizomnya dimakan setiap kali sebelum makan. Ini juga akan
melancarkan penghadaman makanan. selain itu ia juga dikatakan dapat menjadi ubat pada
kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan
BAWANG PUTIH
Nama saintifik : Allium sativum
Nama lain : Garlic,
Nama tempatan : BAWANG PUTIH
Famili : Alliaceae
Bawang putih atau nama sainsnya Allium sativum merupakan tumbuhan berumpun yang
bersiung-siung, di mana tiap siungnya terbungkus dengan kulit tipis. Daun bawang putih
berbentuk pita, dan akarnya akar serabut. Bunganya berwarna putih, dan kalau dihiris
umbinya berbau sangat tajam dan khas. Bahan kimia yang terdapat pada bawang putih ialah
sativine dan allicin. Sativine adalah bahan kimia yang mengandungi daya mempercepat
pertumbuhan sel dan pertumbuhan jaringan.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Bawang putih digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai
sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek)
sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga
ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.
Bahagian Yang Digunakan
Biji
Amalan Tradisi Perawatan
Bagi mereka yang menghidap selesema, flu, cirit-birit berdarah, taun atau penyakit lain yang
berjangkit, maka bawang putih baik untuk kesihatan. Bagi jangkitan dalam telinga, minyak
bawang putih yang dititik ke dalam telinga dikatakan ramuan yang berkesan. Bawang putih
juga dapat mencuci darah dan menyingkirkan bahan beracun, termasuk logam berat, dari
tubuh. Maka tidak diragui bahawa ia boleh membantu pesakit kanser dan penghidap penyakit
serius lain kerana penyembuhan lebih mudah berlaku apabila darah menjadi bersih. Ia juga
dapat membantu kes-kes kanser yang jauh di dalam tubuh, seperti kanser usus besar, hati,
pankreas, prostat, rahim dan tulang. Bawang putih juga berkesan menentang penyakit jantung
(biasanya jenis yang). Bawang putih mencair dan mencuci serta mengurangkan proses
pembekuan darah. Ini membolehkan darah mengalir lebih lancar dalam salur darah yang
sebahagiannya disekat oleh himpunan kolesterol. Dengan itu kuranglah berlaku serangan
jantung. Jadi, bawang putih boleh membantu penghidap darah tinggi, pesakit berkolesterol
tinggi dan masalah yang dikaitkan dengan jantung dan peredaran darah.
BAWANG MERAH
Nama saintifik : Allium cepa var ascalonicum (L)
Back
Nama lain :
Nama tempatan : Bawang merah
Famili : Alliaceae
Bawang Merah (Allium cepa var ascalonicum (L) Back) merupakan sejenis tanaman yang menjadi
bumbu berbagai masakan di dunia. Berasal dari Iran, Pakistan, dan pegunungan-pegunungan di
sebelah utaranya, kemudian dibudidayakan di daerah dingin, sub-tropis maupun tropis.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Umbi bawang dapat dimakan mentah, untuk bumbu masak, acar, obat tradisional, kulit umbinya dapat
dijadikan zat pewarna dan daunnya dapat pula digunakan untuk campuran sayur
(https://id.wikipedia.org).Bawang Merah adalah tanaman semusim dan memiliki umbi yang berlapis.
Tanaman mempunyai akar serabut, dengan daun berbentuk silinder berongga.Umbi tanaman Bawang
Merah, terbentuk dari pangkal daun yang bersatu dan membentuk batang yang berubah bentuk dan
fungsi, membesar dan membentuk umbi berlapis.Umbi bawang merah terbentuk dari lapisan-lapisan
daun yang membesar dan bersatu. Umbi bawang merah bukan merupakan umbi sejati seperti kentang
atau talas.
Bahagian Yang Digunakan
Biji dan daun
Amalan Tradisi Perawatan
Bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Ia juga
mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi. [perlu rujukan] Beberapa penyelidikan
telah dijalankan tentang khasiat bawang merah terhadap kesihatan manusia. Dari hasil
penyelidikan tersebut, mereka mendapati bahawa bawang merah mengandungi 2 sebatian
utama. Sebatian pertama ialah sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan sebatian
kedua pula ialah flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko
kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser,
anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. Dari penyelidikan terkini,
bawang merah di dapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati
mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa (bawang besar).
Bawang merah boleh menolong hati membuang toksin dari badan dan ia mempunyai
saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser. Bawang merah juga didapati boleh
menghindarkan kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah
dan seterusnya meningkatkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit
symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok. Ia juga
membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's.
Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing
manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Bahagian Yang Digunakan
Amalan Tradisi Perawatan