Pengenalan
Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, morfologi
dimaksudkan dengan bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk
dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau
lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit
tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan
dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya. Perkataan – perkataan yang
mempunyai keserupaan yang demikian digolongkan ke dalam golongan kata yang sama.
Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkai struktur, bentuk dan penggolongan kata
dalam bahasa Melayu.
Manakala menurut kamus Dewan Edisi Keempat, morfologi dimaksudkan sebagai
kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan dan
pemajmukan. Selain itu, ia juga bermaksud cabang biologi yang berkaita dengan bentuk dan
struktur organisma dan kajian tentang struktur dan bentuk sesuatu. Seterusnya, mengikut
buku Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan karya Raminah Hj Sabran dan Rahim
Syam, mereka menyatakan bahawa morfologi ini merupakan satu bidang kajian bahasa yang
mengkaji tentang perkataan dan cara- cara pembentukannya.
Pendahuluan
Kata nama merupakan sesuatu perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa
nama, dan biasanya perkataan tersebut menamakan orang, haiwan, benda atau konsep.
Penentu Frasa Nama Penerang
beberapa orang Kata Nama Sejarah
mahasiswa di padang
semua sekolah
ketiga-tiga buah lembu mewah
van
tiap-tiap
rumah
Penggolongan Kata Nama
Penggolongan kata nama ini terdiri daripada tiga kumpulan iaitu kata nama khas,kata nama
am dan kata ganti nama.
1.0 Kata Nama Khas
Kata nama khas ini mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,
benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya.
Selain itu, dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata
nama khas ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata
nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula, telah dibahagikan kepada dua iaitu kata
nama khas hidup manusia dan kata nama khas bukan hidup manusia.
Selain itu, menurut Arbak Othman dalam buku Mengajar Tatabahasa, beliau
menyatakan bahawa kata nama khas bermaksud mendukung makna rujukan khusus sesuatu
nama orang, haiwan, benda, perbandaran (industri), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat
dan seumpamanya.
manusia
Hidup
Kata nama khas bukan manusia
Tak hidup
1.1 Kata nama khas hidup manusia
Definisi : Kata nama khas hidup manusia ini meliputi perkataan yang mewakili manusia.
Dapat didahului oleh nama panggilan atau gelaran.
Formula : Kata nama khas hidup manusia = merujuk kepada manusia
sahaja
Contoh : Aminah, Kim Shin, Karamjit Kaur Profesor Adam
Sikap terpuji ini turut diakui Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila Ketua Polis Negara,
Tan Sri Abdul Hamid Bador merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana
bersabar dan bertindak waras ketika menghadapi situasi ketidaktentuan politik. Sikap
seperti inilah yang diperlukan untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara dapat
terus dikekalkan kerana bagi penulis, kemelut yang berlaku ini dicetuskan sendiri oleh ahli
politik, justeru, rakyat tidak perlu diheret bersama dalam situasi ketidaktentuan politik
tersebut kerana bukan mereka yang mencetuskannya. Pada waktu ini, peluang dan
sokongan padu patut kita berikan kepada Muhyiddin untuk mengemudi negara
berdasarkan pengalaman lebih 40 tahun yang ditimba beliau sekian lama dalam arena
politik dan kerajaan untuk mengemudi tanah air tercinta ini ke arah kegemilangan.
(Sumber) : 6 Mac 2020
Aktiviti : Senaraikan kata nama khas hidup manusia dalam drama pendek Kuarantin episod 1.
Anda boleh menggunakan link yang diberikan.
https://www.youtube.com/watch?v=VzX_Pfch6Kc
1.2 Kata nama khas hidup bukan manusia
Definisi : merujuk benda-benda hidup tetapi bukan manusia seperti malaikat, haiwan,
tumbuh – tumbuhan.
Formula:
Kata nama khas hidup bukan manusia = benda hidup tetapi bukan
manusia
Contoh : malaikat Mikail, Zephyrantes Candida (lili putih), Sang Kancil
PERISTIWA Israk dan Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab beberapa tahun sebelum
hijrah adalah peristiwa yang agung.
Ia tidak pernah berlaku sebelumnya dan mustahil berlaku seperti itu lagi.
Ketika Rasulullah hendak melelapkan matanya di rumah sepupunya Ummu Hani', malaikat
Jibril datang dan menjemput baginda untuk perjalanan yang hebat, daripada kota Makkah
ke kota Baitulmakdis.
Pada zaman itu, perjalanan sejauh ini mengambil masa hampir sebulan. Namun, baginda
dapat merentasi jarak yang jauh itu dengan masa yang sangat singkat.
(Sumber) : Berita Harian 20 Mac 2020
Aktiviti : Hasilkan satu artikel yang berkaitan dengan kata nama khas hidup bukan manusia.
Panjang artikel anda tidak melebihi 100 patah perkataan.
1.3 Kata nama khas tak hidup
Definisi : merujuk benda – benda yang khusus tetapi bukan hidup seperti nama benda,
institusi, negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat dan undang-undang.
Formula :
Merujuk benda khusus = tetapi tak hidup
Contoh – Universiti Pendidikan Sultan Idris, Proton Wira, Filipina, Tenteta Udara Diraja
Malaysia, Puan Sri.
TITIJAYA Land Bhd (Titijaya) mengadakan kerjasama dengan Maybank Islamic yang
menawarkan insentif pembiayaan kediaman menerusi program HouzKEY. Program itu
bagi membantu pembeli hartanah Titijaya mendapatkan pembiayaan sepenuhnya dan
dikecualikan sebarang bayaran ketika tempoh pembinaan. Menariknya, program itu adalah
secara eksklusif diadakan Maybank Islamic bersama pemain industri hartanah berkenaan.
Pengarah Eksekutifnya, Charmaine Lim berkata, pembeli kali pertama dan mahu menaik
taraf pemilikan kediaman yang dilancarkan syarikatnya boleh menikmati bayaran
pendahuluan satu peratus tanpa bayaran lain sehingga kediaman siap sepenuhnya.
(Sumber) : Harian Metro, 6 Mac 2020
Aktiviti : Main bola beracun yang diiringi muzik Jalur Gemilang, dan sebutkan contoh –
contoh kata nama khas tak hidup.
Latihan :
1. Berikan definisi kata nama.
_____________________________________________________________________
2. Bulatkan kata nama khas hidup manusia dalam petikan di bawah.
Masrina dan keluarganya pulang ke Kampung Harmoni, Kota Tinggi, Johor pada
minggu lalu. Mereka bertolak ke kampung dengan menaiki kereta Proton Perdana
kepunyaan ayahnya, Encik Khairul.
Kepulangan keluarga Masrina disambut oleh datuknya, Tok Leman dan neneknya, Nek
Salmah. Mereka berasa amat gembira menyambut kepulangan anak dan cucu mereka itu.
Setelah beberapa hari berada di kampung, Masrina dan keluaganya pun pulang ke Kota
Damansara, Selangor.
3. Hasilkan ayat ringkas yang mengandungi kata nama khas hidup manusia.
_____________________________________________________________________
4. Apakah perbezaan di antara kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup
bukan manusia?
_____________________________________________________________________
5. Senaraikan 6 kata nama khas hidup bukan manusia
Kata nama khas hidup bukan Contoh
manusia
Malaikat 1.
2.
Haiwan 3.
4.
Tumbuh – tumbuhan 5.
6.
6. Apakah kriteria yang diperlukan untuk menentukan jenis kata nama khas?
_____________________________________________________________________
7. Mengapakah kata nama khas hidup bukan manusia bagi tumbuh- tumbuhan
menggunakan perkataan saintifik sebagai kata nama?
_____________________________________________________________________
8. Kenal pasti penggunaan kata nama khas hidup bukan manusia di dalam petikan di
bawah.
Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar.
“Kalau bunyi tapak kaki macamni, ni tak lain, mesti gajah ni!”
Kemudian Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar
dari lubang.
Kemudian sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil;
“Eh sang kancil, tengah buat apa?” Tanya si Gajah.
“Menyelamatkan diri!”
“Dari apa?” Tanya gajah lagi.
“Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam” Balas sang kancil.
Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat.
“Habis tu macam mana nak selamatkan diri?” Tanya si gajah.
9. Gariskan kata nama khas tak hidup di dalam ayat di bawah.
-Ayah saya baru sahaja membeli telefon bimbit Samsung semalam.
-Farhan sangat suka pergi ke Perpustakaan Negara untuk membaca buku.
-Makanan kegemaran ibu saya ialah Laksa Penang.
-Abang saya telah membeli kereta Toyota Harrier pada minggu lalu.
-Asma telah berangkat ke Universiti Teknologi Mara pada Ahad lalu untuk
memulakan semester baru.
10. Berikan contoh kata nama khas tak hidup.
____________________________________________________________________
2.0 Kata Nama Am
Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga, Kata nama Am merupakan salah satu
daripada golongan Kata Nama selain kata nama Khas dan kata ganti Nama. Kata nama Am
ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep. Kata nama Am boleh terbina
daripada kata dasar ataupun kata terbitan. Kata dasar ialah kata nama yang tidak mengalami
proses pengimbuhan dan kata terbitan pula ialah kata nama yang terhasil akibat proses
pengimbuhan pada sesuatu kata dasar.
Kata nama Am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri
makna perkataan, iaitu hidup atau tidak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau
bukan institusi, konkrit atau abstrak, bilang atau tidak berbilang. Ciri kata nama Am hidup
merujuk kepada manusia dan bukan manusia. Ciri kata nama Am tak hidup merujuk kepada
badan atau institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna kata nama am seperti
Universiti, lembaga, persatuan dan sebagainya. Ciri kata nama Am tak hidup bukan isntitusi
pula terbahagi kepada konkrit dan abstrak yang boleh dibilang dan tidak boleh dibilang.
Kata Nama Am
Hidup Tak Hidup
Manusia Bukan Manusia Institusi Bukan Institusi
Contoh:
KIMANIS: Seramai 29,619 daripada 29,664 pengundi biasa yang layak mengundi pada
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis akan menunaikan tanggungjawab memilih
wakil rakyat baharu mereka, hari ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini
menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRK Kimanis adalah kira-kira 70 peratus
dan keputusan pengundian dijangka diumumkan sebelum jam 10 malam.
(Sumber: Berita Harian, 18 Jan 2020)
Aktiviti:
Kotak Misteri
1. Pembentang menyediakan kotak misteri yang mengandungi beberapa ayat yang
mengandungi kata nama Am untuk diambil oleh wakil pelajar dari setiap kumpulan
yang telah dibahagikan oleh pembentang.
2. Wakil pelajar dari setiap kumpulan akan mengambil soalan daripada kotak mister
yang disediakan.
3. Pelajar perlu mencari perkataan yang merujuk kepada kata nama Am dari ayat yang
diambil dari kotak misteri tersebut.
4. Setelah menjumpai perkataan pelajar perlu membina ayat baru berdasarkan perkataan
yang dijumpai dengan diberikan masa lima minit untuk berbincang dengan ahli
kumpulan.
5. Pelajar dikehendaki membentang jawapan tersebut kepada rakan-rakan berkenaan
perkataan yang dijumpai dan ayat baru yang dibina.
Latihan:
1. Berdasarkan ayat-ayat berikut, nyatakan ciri Kata Nama Am bagi perkataan yang bergaris
a) Kerja sebagai seorang anggota polis adalah untuk
menangkap dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.
b) Pokok manga yang terletak di tengah laman sudah berbuah.
c) Arman dan Zain belajar di sekolah yang sama sejak dari
tahun satu hingga kini.
d) Seorang usahawan ternama sedang bermain golf sambal
berbincang urusan jual beli dengan rakan-rakanya.
3.0 Kata ganti nama
Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata ganti nama merupakan perkataan yang
menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama ini dapat dibahagikan
kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti
nama tunjuk dapat dibahagikan kepada kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama
tunjuk tempat. Kata ganti nama diri pula telah dibahagikan lagi kepada kata ganti nama diri
orang dan kata ganti nama diri tanya. Kata ganti nama diri orang pula terdiri daripada kata
ganti nama diri orang pertama, orang kedua dan orang ketiga.
Manakala menurut buku Petunjuk Tatabahasa Melayu, Morfologi dan Sintaksis untuk
Guru dan Pelajar, Prof. Abdullah Hassan menyatakan bahawa kata ganti nama ini merupakan
perkataan lain yang menggantikan nama sebenar atau benda. Menurut buku Petunjuk Bahasa
Melayu karya Asraf, beliau menyatakan bahawa kata ganti nama ialah kata yang mengambil
tempat sesuatu kata nama sebagai penganti.
Menurut buku Arbak Othman (Mengajar Tatabahasa), beliau telah menyatakan
bahawa kata ganti nama ini mempunyai lima jenis iaitu kata ganti nama orang, pertanyaan,
umum, tunjuk dan hubungan. Dengan adanya kata ganti nama diri ini, ianya membolehkan
manusia untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan dan lancar.
3.1 Kata ganti nama tunjuk
Definisi : perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud
menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk.
Kata ganti nama tunjuk Kata ganti nama Formula
umum tunjuk tempat
Ini (dekat) Sini (dekat)
Itu (jauh) Sana (jauh)
Contoh : - Ini hasil lukisan pelukis muda itu.
- Itu novel nukilan Ramlee Awang Murshid.
- Tempat kita berkelah di sini.
- Gelanggang bola sepak di sana.
LATAR putih dengan padanan kayu pada setiap penataan ruang bukan sahaja tampak luas,
malah memberi gambaran cita rasa penghuni banglo empat bilik ini yang sukakan suasana
sederhana kedesaan Inggeris.
Dia merujuk idea moden itu menerusi pilihan perabot antaranya sofa yang berbentuk lurus
dan sofistikated.
Sementara untuk elemen klasik, kata Nusaibah, sekali lagi perincian itu dilihat pada
pendekatan sama iaitu perabot dan aksesori deko rumah.
(Sumber) : Harian Metro, 18 Apri 2020
3.2 Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diri ini terbahagi kepada dua iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti
nama diri orang.
3.2.1 Kata ganti nama diri Tanya
Definisi : perkataan yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya. Kadang- kadang
mengalami proses penggandaan yang membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk
penegasan.
Formula : Penggandaan
Apa –apa
Kata ganti nama diri tanya Mana - mana
Apa (benda atau perkara) Siapa – siapa
Mana ( benda atau orang)
Siapa (orang)
Contoh : - Bagilah apa – apa yang anda suka.
- Pilihlah mana – mana negara yang ingin dilawati.
- Siapa – siapa boleh menjawab soalan tersebut.
Mahukah kita menjadi rakyat prihatin? Mudah sahaja, ikuti saranan yang berikut.
Pertama: Lakukan Saringan
Sila datang dan membuat saringan kesihatan secara percuma di pusat kesihatan tanpa perlu
dicari. Bantulah kerajaan dengan tampil secara sukarela dan menjalani pemeriksaan
saringan yang ditetapkan terutama kepada mereka yang pergi ke perhimpunan ijtimak
tabligh di Masjid Seri Petaling.
Kedua: Kuarantin diri
Sekiranya anda baru pulang daripada mana-mana negara terutamanya China, Korea
Selatan, Itali, Jepun dan Iran, anda dinasihatkan untuk melaporkan kepada pusat kesihatan
dan melakukan kuarantin diri selama 14 hari berturut-turut.
Sila rujuk ke klinik atau hospital terdekat sekiranya anda mendapat gejala seperti batuk,
demam, selsema, sakit tekak dan kesukaran untuk bernafas.
(Sumber) Berita Harian 23 Mac 2020
Aktiviti : Hasilkan satu karangan ringkas berkaitan dengan perancangan percutian ke Tasik
Kenyir dengan menggunakan kata ganti nama diri tanya.
3.2.2 Kata ganti diri nama orang
Definisi : mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama,
kedua dan ketiga.
Contoh :
Orang pertama Orang kedua Orang ketiga
Saya Anda Ia
Aku Saudara Dia
Beta Engkau Beliau
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawalan
kendiri itu lebih penting daripada undang-undang.
"Jika tiada undang-undang yang menyekat untuk membawa anak keluar rumah, maka kita
perlu bertanya dengan diri sendiri apakah perlu membawa anak pergi ke tempat ramai atau
sebaliknya.
"Tidak semua perkara mesti ada undang-undang kerana kawalan kendiri itu lebih penting
sebenarnya," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
(Sumber) Harian Metro, 3 Mei 2020
Aktiviti : Anda diminta untuk menonton filem Seniman Bujang Lapok pada minit 35:30
hingga minit 39:00 Senaraikan penggunaan kata ganti nama diri orang yang terdapat dalam
filem tersebut. Anda boleh menggunakan link yang diberikan.
https://www.youtube.com/watch?v=Gf4jwfRresA
Latihan :
1. Apakah perbezaan antara kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tunjuk
tempat?
_____________________________________________________________________
2. Berikan contoh ayat dengan menggunakan kata ganti nama tunjuk.
_____________________________________________________________________
3. Kenal pasti penggunaan kata ganti nama tunjuk di dalam petikan di bawah.
Bukan sahaja manusia, haiwan juga ada perasaan dan kemahuan. Jika terus dikurung, tidak diberi
makan pasti 'mengamuk' kerana kelaparan.
Justeru, ketika insan di seluruh dunia berkurung dalam kediaman masing-masing bagi mengelak
dijangkiti wabak COVID-19, haiwan sama ada mahu hidup bebas dalam habitatnya, selain
memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di negara ini, sejak 18 Mac disambung
untuk fasa keempat menyebabkan haiwan peliharaan dalam kurungan di dalam di zoo umpamanya
pasti tidak sebebas haiwan yang tidak dikurung.
Namun, makhluk Allah itu tidak memahami bahawa sang penjaga menghadapi saat sukar untuk
mendapatkan bahan makanan lantaran kantung zoo semakin menipis akibat ketiadaan pengunjung
dari 18 Mac lalu hingga sekarang.
4. Apakah fungsi kata ganti nama tunjuk (ini)?
_____________________________________________________________________
5. Mengapakah kata ganti nama tunjuk ini tidak boleh dijadikan sebagai penanda
wacana?
_____________________________________________________________________
6. Berikan definisi kata ganti nama diri tanya.
_____________________________________________________________________
7. Hasilkan ayat gramatis yang mengandungi kata ganti nama tanya.
_____________________________________________________________________
8. Mengapakah kata ganti nama diri tanya mengalami proses penggandaan?
_____________________________________________________________________
9. Apakah fungsi penggunaan kata ganti nama tanya?
_____________________________________________________________________
10. Padankan kata ganti nama diri tanya dengan penggunaan yang betul
Apa - apa Untuk menggantikan
nama orang / manusia.
Mana- mana Untuk menggantikan
Siapa – siapa sesuatu benda atau hal.
Untuk menggantikan
nama benda atau
tempat.
4. KATA NAMA TUNGGAL.
Berdasarkan buku tatabahasa dewan edisi ketiga, kata nama tunggal ini bermaksud perkataan
yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja. Kemudian, perkataan tersebut boleh masuk
ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama.
Contoh:
Malaikat Bumi Demokrasi
4.1 KATA NAMA TUNGGAL JENIS AKRONIM
Kata nama tunggal jenis akronim ini merupakan perkataan yang dihasilkan melalui
pencantuman bahagian-bahagian daripada serangkai perkataan. Bahagian-bahagian perkataan
ini terdiri daripada huruf, suku kata atau bahagian-bahagian lain yang terdapat di dalam
perkataan. Terdapat empat jenis kata akronim iaitu kata nama akronim cantuman huruf awal
perkataan, kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan, kata nama akronim
cantuman suku kata awal perkataan dan kata nama akronim cantuman bahagian awal
perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.
1) Kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan.
Kata nama akronim ini terbentuk apabila adanya pencantuman huruf awal beberapa perkataan
yang kebiasannya terdiri daripada nama khas. Maka, perkataan ini harus dieja dengan huruf
besar keseluruhannya.
Formula:
Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN
Institut Latihan Islam Malaysia ILIM
Angkatan Belia Islam Malaysia ABIM
Contoh:
KOTA BHARU: Lebih 95 peratus penduduk fakir miskin di Kelantan sudah menerima
bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing, sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.Timbalan Menteri Besar
Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata mereka yang tercicir daripada bantuan
boleh menghubungi pejabat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-
masing.
(Sumber: Berita Harian, 26 April 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/04/681812/hampir-semua-fakir-miskin-
di-kelantan-terima-bantuan
Aktiviti: Kotak misteri
1. Guru menyediakan kotak misteri yang mengandungi beberapa soalan yang berkaitan
dengan kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan. Manakala pelajar harus
duduk di tempat masing-masing.
2. Seterusnya, guru akan memasang lagu dan kotak misteri akan mula di gerakkan oleh
pelajar kepada pelajar yang lain sehingga lagu yang dimainkan tadi ditamatkan oleh
guru.
3. Pelajar terakhir yang memegang kotak misteri harus mengambil satu soalan daripada
kotak misteri dan menjawap soalan yang tertera.
2) Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan.
Kata nama akronim ini boleh terhasil apabila adanya cantuman huruf dan suku kata sejumlah
perkataan. Kata nama akronim ini juga membentuk kata nama khas oleh sebab itu, ejaannya
akan bermula dengan huruf besar.
Formula:
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Perhilitan
Negara Proton
Perusahaan Otomobil Nasional
Contoh:
Gelagat gajah yang mampu melakukan pelbagai aksi ternyata menghiburkan sekali gus ia
menjadi antara tarikan utama pelancong yang datang ke Pusat Konservasi Gajah
Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang, Temerloh, Pahang. Lebih menarik
pengunjung diberi peluang memberi haiwan makanan seperti buah, kacang dan tebu, selain
aktiviti mandi bersama anak gajah di sungai yang terdapat kawasan pusat berkenaan. Pasti
ramai teruja mahu merakamkan gambar sambil diawasi kakitangan Jabatan Perlindungan
Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
(Sumber: Berita Harian, 19 April 2020)
https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/santai/2020/04/678914/gajah-kuala-gandah-
tunggu-kunjung-pelancong
Aktiviti: Kerusi panas
1. Sebelum memulakan aktiviti P&P guru harus melekatkan beberapa soalan yang
berkaitan dengan kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan di
bawah kerusi pelajar.
2. Kemudian, apabila guru selesai mengajar, guru akan meminta para pelajar untuk
berlegar-legar di dalam kelas sewaktu muzik dimainkan.
3. Apabila muzik ditamatkan, pelajar harus duduk di kerusi yang paling terdekat di
antara mereka. Pelajar yang duduk di kerusi yang mempunyai soalan di bawah
kerusinya harus menjawap soalan yang diberikan dengan tepat dan betul.
3) Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.
Kata nama akronim ini terbentuk apabila adanya percantuman suku kata awal sejumlah
perkataan. Jika kata nama akronim yang terbentuk adalah kata nama khas maka ejaannya
harus bermula dengan huruf besar dan jika bukan nama khas ejaannya akan menggunakan
huruf kecil sahaja.
Formula:
Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso
taman didikan kanak-kanak tadika
panggung wayang gambar pawagam
Contoh:
KUALA LUMPUR: Majikan masih boleh mengemukakan permohonan Program
Pengekalan Pekerjaan (ERP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang
diperkenalkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) oleh kerajaan pada 16 Mac lalu.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, setakat semalam (1 Mei),
PERKESO menerima 27,222 permohonan daripada majikan membabitkan seramai 230,652
pekerja dan bantuan itu dibayar kepada pekerja melalui majikan masing-masing
(Sumber: Berita Harian, 2 Mei 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/684277/majikan-masih-boleh-mendaftar-
program-pengekalan-pekerjaan-perkeso
Aktiviti: Awak guru
1. Apabila guru selesai mengajar mengenai tajuk kata nama akronim cantuman suku
kata awal perkataan, guru akan memberikan pen secara rawak kepada pelajar di dalam
kelas.
2. Pelajar yang menerima pen daripada guru tadi harus mengajar secara ringkas
mengenai tajuk kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan kepada pelajar
lain di dalam kelas.
3. Guru harus mendengar penerangan daripada pelajar yang terpilih tadi dan harus
membetulkan pelajar tersebut jika terdapat kesalahan di dalam peneranganya.
4) Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian
perkataan yang mengikutinya.
Kata akronim ini terbentuk melalui huruf atau suku kata perkataan pertama dengan bahagian
bukan awal perkataan yang lain.
Formula:
Jentera tolak Jentolak
Jenis nama Jenama
Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, DVS sudah mengambil beberapa sampel
telur jenama "klasik" keluaran Heap Soon Farming untuk dijalankan ujian pengesanan
ketulenan, di Makmal Kesihatan Awam Veterinar (MKAV), Sepang.
(Sumber: Berita Harian, 2 Mei 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/684271/telur-jenama-klasik-sah-telur-
ayam-bukan-plastik
Friends of the Earth berkata, aktiviti pembalakan di ladang terbabit mula dilakukan sejak
Disember lalu dengan ia disifatkan sebagai 'pembunuhan beramai-ramai', yang
menyebabkan ratusan koala mati atau cedera. Kumpulan pemuliharaan itu berkata, skala
kejadian itu terbongkar apabila penduduk tempatan menyaksikan bangkai koala diratakan
dengan jentolak, baru-baru ini. - AFP
(Sumber: Berita Harian, 3 Februri 2020)
https://www.bharian.com.my/dunia/lain-lain/2020/02/652129/puluhan-koala-mati-ekoran-
aktiviti-pembalakan
Contoh:
Aktiviti: Telefon rosak
1. Pelajar di dalam kelas akan di bahagikan mengikut beberapa kumpulan. Setiap
kumpulan akan diberikan satu kata nama akronim yang belum bercantum dengan
bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian perkataan yang mengikutinya.
2. Pelajar pertama yang menerima kata nama akronim ini dikehendaki untuk
memberitahu kata nama akronim tadi kepada pelajar yang seterusnya sehingga
kepada pelajar yang terakhir di dalam kumpulan.
3. Pelajar yang terakhir dikehendaki untuk membentuk kata nama akronim
cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian perkataan yang
mengikutinya dengan betul.
4. Contohnya, debu bunga bermaksud debunga.
4.2 Kata nama tunggal sebagai penjodoh bilangan
Hanya segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk
menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya.
Kelompok perkataa ini dikenali sebagai penjodoh bilangan. Antara penjodoh bilangan
tersebut ialah sekaki paying, sepapan petai dan sekapur sirih.
Formula:
Jamilah menjual Sepapan petai
Fauziah mengepos Sepucuk surat
Contoh:
Semalam,Wak Doyok dilaporkan memohon maaf kepada keluarga Diraja Johor selepas
ditegur Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim apabila dia
menempah sebentuk cincin menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan
Ibrahim Iskandar.
(Sumber: Berita Harian, 30 April 2020)
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/04/683541/wak-doyok-disiasat-guna-
lambang-peribadi-sultan-johor
“Saya hanya boleh menderma maksimum 500 ml sahaja pada satu-satu masa dengan berat
badan saya 75 kilogram. Selepas proses pendermaan, saya menerima sepucuk surat seolah-
olah ‘sijil penghargaan’. Saya dibenarkan untuk kembali ke Pusat Darah Negara dua
minggu akan datang untuk pendermaan kali kedua,” katanya.
(Sumber: Berita Harian, 9 April 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/674945/covid-19-bekas-pesakit-bangga-
plasma-darah-jadi-serum-bantu-rawatan
Aktiviti: Melukis penjodoh bilangan
1. Guru akan memilih beberapa orang pelajar untuk melukis penjodoh bilangan di papan
putih
2. Pelajar lain di dalam kelas harus meneka lukisan tersebut.
3. Kemudian, pelajar harus membuat satu ayat lengkap mengenai penjodoh bilangan
yang mereka teka tadi.
Latihan:
Latihan 1: Berikan maksud kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan.
Latihan 2: Gabungkan beberapa huruf awal rangkai kata yang terdiri daripada kata nama
khas.
1) Jabatan Agama Islam Selangor. ()
2) Universiti Pendidikan Sultan Idris. ()
3) Institusi Penyiaran Tun Abdul Razak ()
4) Kursus Agama Fardu Ain ()
5) Institut Kefahaman Islam Malaysia. ()
Latihan 3: Gabungkan cantuman huruf dan suku kata perkataan di bawah.
1) Majlis Amanah Rakyat. ( )
2) Institut Tadbiran Awam Negara. ( )
3) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia ( )
4) Perusahaan Otomobil Nasional ( )
5) Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( )
Latihan 4: Bina sebuah ayat lengkap dengan menggunakan perkataan kata nama akronim
cantuman huruf dan suku kata perkataan yang diberikan.
1) Proton:
2) Perkim:
3) Mara:
Latihan 5: Gariskan kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan di bawah.
1) Pihak kementerian Malaysia tidak akan membenarkan pawagam beroperasi selagi
wabak Covid-19 masih menular di Malaysia.
2) Tadika tidak dibenarkan dibuka kerana Malaysia sedang dilanda wabak Covid-19.
3) Ali merupakan ketua kumpulan kugiran Masdo.
4) Guru sedang mengajar cerpen di dalam kelas.
5) Bernama merupakan agensi berita nasional yang berada di bawah bidang kuasa
Kementerian Penerangan Malaysia.
Latihan 6: Apakah kata nama akronim yang dibentuk melalui pencantuman suku kata awal
sejumlah perkataan?
Latihan 7: Padankan soalan di bawah dengan jawapan yang betul.
1) Jenis nama * * Jalurah
2) Pukul rata * * Asbut
3) Jentera tolak * * Jentolak
4) Jalan lurah * * Jenama
5) Asap kabut * * Purata
Latihan 8: Hasilkan 2 ayat dengan menggunakan kata nama akronim cantuman bahagian
awal perkataan pertama dengan bahagian lain.
1)
2)
Latihan 9: Berdasarkan penjodoh bilangan di bawah, bina satu ayat yang lengkap bagi
setiap penjodoh bilangan.
Sekaki payung Ssisir pisang Selembar Sebiji telur Seutas tali
benang
1)
2)
3)
4)
5)
Latihan 10: Apakah yang dimaksudkan dengan penjodoh bilangan?
5. KATA NAMA TERBITAN
Kata nama terbitan ini merupakan kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan.
Proses pengimbuhan ini bermaksud menggandingkan imbuhan kata nama pada kata-kata
dasar. Terdapat empat jenis imbuhan kata nama yang dapat berganding dengan lima jenis
kata dasar untuk menghasilkan kata nama terbitan. Empat jenis imbuhan ini ialah awalan,
akhiran, apitan dn sisipan. Manakala, lima jenis kata dasar yang menerima imbuhan ialah:
1) akar, bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan. Morfem terikat ialah morfem yang
tidak dapat berdiri sendiri sebagai kata dasar.
2) kata tunggal, perkataan yang dibentuk oleh satu morfem bebas. Morfem bebas ini
ialah morfem yang boleh berdiri sendiri sebagai kata penuh.
3) kata terbitan, perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan.
4) kata majmuk yang dibentuk oleh dua morfem bebas atau lebih.
5) rangkaian kata, bentuk binaan sintaksis yang terdiri daripada sekurang-kurangnya
dua perkataan.
5.1 AWALAN KATA NAMA
Terdapat lima awalan yang membentuk kata nama dalam bahasa Melayu iaitu peN-,pe-,peR-
,ke-,juru-.
1) Awalan peN-
Terdapat empat bentuk awalan peN, iaitu pe-, pem-, pen-, dan peng-. Keempat-
empat awalan adalah berbeza kerana dua faktor iaitu faktor fonologi dan faktor
perkembangan dan perancangan bahasa. Faktor fonologi ini ialah jenis huruf
pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan awalan itu. Manakala,
faktor perkembangan dan perancangan bahasa ini ialah menghasilkan bentuk-
bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu.
I) peN- menjadi pe-
peN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kata dasar. Kata dasar ini mestilah
bermula dengan huruf m,n,ny,ng, r, l dan w. Huruf p,t,k, dan s turut tergolong
dalam kumpulan ini. Namun, huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan
dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat sama daerah artikulasinya
dengan bunyi pertama kata dasar. Contohnya, p bertukar dengan m, t bertukar
dengan n, k bertukar dengan ng dan s bertukar dengan ny.
Formula:
Pe- + ragut = peragut
Pe- + malas = pemalas
Pe- + tahan = penahan
Pe- + selam = penyelam
Contoh:
Sementara itu, Roy yang terkenal dengan lagu Diari Mimpi dan Kau Ratnaku, mengaku
keadaan sukar untuk penyanyi jalanan bekerja sekarang."Seminggu sebelum arahan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, saya sudah tidak keluar mencari rezeki.
(Sumber: Berita Harian, 3 Mei 2020)
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/05/684544/lagu-patriotik-untuk-negara
Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Zaizalnizam Zainun, berkata pihaknya menyediakan tiga
jenis kaedah sumbangan, iaitu wang tunai, pakej makanan dan pilihan
penyumbang."Sumbangan wang minimum RM2. Bagi pakej makanan, setiap tempahan
mesti diterima tiga hari sebelum tarikh penghantaran dan disediakan oleh tujuh pembekal
makanan yang sudah disaring melalui penilaian awal YWP.
(Sumber: Berita Harian, 29 April 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/682895/peluang-rakyat-santuni-lapan-
golongan-melalui-i-hya-ramadhan
Aktiviti: Lengkapkan perkataan
1. Guru akan menulis bermacam-macam perkataan di papan putih secara rawak.
2. Manakala pelajar harus melengkapkan perkataan-perkataan tersebut dengan awalan pe.
3. Perkataan yang hendak dilengkapkan tersebut haruslah bermula dengan huruf
m,n,ny,ng, r, l, p,t,k, dan s sahaja.
II) peN- menjadi pem-
peN- menjadi pem- apabila adanya kata dasar yang bermula dengan huruf b dan
perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf b, f, dan v termasuk dengan gugus
konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.
Formula:
Ayah amat menggemari Pembaca berita TV9
Pihak polis membawa Pemboikot kerajaan ke Balai Polis
Contoh:
“Walaupun perlu sediakan pengesan suhu badan dan mengamalkan kebersihan, saya tetap
bimbang ia boleh menular kerana saya difahamkan ada pembawa COVID-19 yang tidak
mempunyai gejala,” katanya yang lebih tiga tahun mengusahakan kedai gunting rambut di
Stadium Darul Aman.
(Sumber: Berita Harian,11 April 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/04/675944/pengusaha-kedai-gunting-
rambut-enggan-tanggung-risiko
“Ada di antara mereka yang ditahan ketika menunggang motosikal sambil membawa
pembonceng dan memandu kereta bersama rakan serta ahli keluarga dengan memberi
pelbagai alasan meragukan.“Kesemua mereka dikeluarkan kompaun kerana melakukan
kesalahan dibawah peraturan 11(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
(Akta 324) 1988.
(Sumber: Berita Harian, 15 April 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/04/677322/15-ditahan-ingkar-pkp
Aktiviti:
1) Topik diberikan oleh guru berkenaan dengan peN- menjadi pem- apabila bergabung
dengan huruf b, f, v, dan p.
2) Murid berfikir sendiri selama 3 minit untuk membina ayat yang boleh dibina melalui
awalan pem-
3) Apabila masa yang diberikan tamat, murid harus berkongsi idea dengan pelajar di
sebelah mereka.
III) peN- menjadi pen-
peN boleh menjadi pen- apabila bertemu dengan kata dasar. Kata dasar ini harus
bermula dengan huruf d,c,j, sy dan z. Kemudian, Perkataan pinjaman juga boleh
menjadi pen- tetapi kata dasarnya harus bermula dengan huruf t dan s sahaja.
Formula:
Pen- + Cukur = Pencukur
Pen- + Jaja = Penjaja
Pen- + Syarah = Pensyarah
Contoh:
ALOR GAJAH: Dua das tembakan terpaksa dilepaskan penternak lembu untuk membunuh
ular sawa sepanjang kira-kira 4.5meter yang menelan itik peliharaan, berhampiran kandang
lembunya di Kampung Londang, Masjid Tanah di sini, malam tadi.
“Sebelum ini sudah tiga itik saya hilang dan saya hanya menunggu masa untuk
menghapuskan pencuri itik dan Alhamdulillah, malam ini saya jumpa dan memang sudah
ajal dia di hujung senjata api,” katanya.
(Sumber: Berita Harian, 19 April 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/04/678917/dua-das-tembakan-bunuh-
pencuri-itik
Aktiviti: Belajar bersama-sama
1. Guru akan memberikan sekeping kertas kepada setiap pelajar di dalam kelas.
2. Pelajar dikehendaki untuk menulis perkataan yang mempunyai awalan pen- di atas
kertas tersebut.
3. Kertas yang sudah dilengkapi dengan perkataan yang mempunyai awalan pen- akan
diletakkan di dalam sebuah bekas.
IV) peN- menjadi peng-
peN- boleh menjadi peng- apabila ada bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan
huruf g dan h iaitu bunyi konsonan, bunyi vokal iaitu a,e,i,o, dan u serta huruf pinjaman
k. Selain itu, peng- boleh bertukar menjadi penge- apabila bergabung degan kata dasar
yang mempunyai satu suku kata sahaja.
Formula:
Peng- + Gambar = Penggambar
Pengatur
Peng- + Atur = Pengebom
Penge- + Bom =
Contoh:
“Mengambil kata-kata daripada satu jenama sukan, kita perlu berhenti fikir yang kita tahu
segala-galanya, atau kita seorang ahli politik berpengalaman atau penganalisis sosial, tetapi
sebaliknya ikutilah panduan pihak berkuasa kesihatan dan perubatan dan “Just do it”,” titah
baginda. – BERNAMA
(Sumber: Berita Harian, 14 March 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/665180/rakyat-malaysia-diminta-bersatu-
perangi-covid-19
Selain itu, Izzue dan Fizz menjadikan interaksi itu sebagai platform untuk pengikut
mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan mereka “Kami saling mempromosikan
barangan atau makanan yang dijual pengikut. Malah, ada antara mereka adalah penghantar
barang dan kami bantu promosi perkhidmatan mereka,” katanya.
(Sumber: Berita Harian, 17 April 2020)
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/04/678179/derma-rm1-pun-cukup
Aktiviti: Lantonan bola
1. Guru harus menyediakan sebiji bola.
2. Sebiji bola ini akan dilantunkan dari seorang pelajar ke pelajar yang lain.
3. Pelajar yang gagal menangkap bola tersebut harus menyatakan dua perkataan yang
bermula dengan peng-.
4. Guru akan membaca perkataan yang telah ditulis oleh pelajar tadi secara lantang dan
jelas bagi memastikan semua pelajar dapat mendengari dengan jelas dan dapat
pelajari perkataan-perkataan lain yang mempunyai awalan pen-.
V) peN- bervariasi dengan pel-
peN- bervariasi dengan pel- hanya apabila bergabung dengan kata dasar ajar
sahaja. Perkara ini adalah untuk menandakan makna orang yang menerima kerja
mengajar atau orang yang melakukan kerja belajar sahaja.
Formula: + Ajar = pelajar
Pel-
Contoh:
Minggu lalu, portal berita FMT melaporkan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan
(MPPK) meminta kerajaan Sabah mempertimbangkan semula keperluan kuarantin
tambahan 14 hari terhadap penuntut UMS yang sudah menjalani kuarantin di
kampus.Presidennya, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri dilaporkan berkata tindakan itu
akan menyebabkan pelajar terkandas lebih lama walaupun prosedur operasi standard (SOP)
penghantaran pulang pelajar yang disediakan Kementerian Pengajian Tinggi sudah amat
teliti dan diluluskan Majlis Keselamatan Negara.
(Sumber: Berita Harian, 3 Mei 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/684803/covid-19-tambahan-14-hari-
kuarantin-pelajar-balik-ke-sabah-elak
Aktiviti: Kira perkataan
1) Guru akan menyediakan sebuah kotak yang mengandungi perkataan-perkataan yang
mempunyai awalan peN- bervariasi dengan pel-.
2) Pelajar harus mengira perkataan-perkataan awalan peN- yang bervariasi dengan pel-
yang terdapat di dalam kotak itu selama 10 saat.
3) Pelajar yang tidak berjaya mengira perkataan awalan peN- bervariasi dengan pel- ini
dikira gagal.
Latihan: Awalan kata nama peN-
1) Apakah huruf-huruf yang boleh bergabung dengan awalan pe-?
2) Bina 3 ayat yang mempunyai awalan pem- di dalam ayat tersebut.
a)
b)
c)
3) Berdasarkan ayat di bawah, garisankan perkataan awalan peN- yang menjadi pen- di
bawah.
a) Seramai 100 orang pendatang tanpa izin telah memasuki Malaysia melalui laluan tikus.
b) Ayah telah berjaya menangkap seorang pencuri yang mencuri kasut adik
c) Universiti Pendidikan Sultan Idris mempunyai seramai 100 orang pensyarah yang
mempunyai Sijil Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang yang diikitiraf.
d) Syazwan dan Afiq telah bertukar pendapat tentang kerja kursus yang diberikan oleh
cikgu Kamal pada tempoh hari.
4) Sila bina ayat yang lengkap berdasarkan perkataan peN- iaitu peng- yang telah
bergabung dengan kata dasar.
a) Penghubung
b) Pengatur
c) Pengkritik
d) Pengkhianat
5) Apakah awalan pel- yang boleh bergabung dengan kata dasar yang menandakan
makna orang yang melakukan kerja belajar?
2) Awalan pe-
Awalan pe- ini merupakan imbuhan yang disatukan dengan kata dasar tanpa ada
perubahan. Perubahan ini tidak berlaku pada bunyi awal kata dasar. Namun begitu,
terdapat dua penanda makna bagi awalan pe-. Yang pertama ialah awalan pe-
penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar.
Manakala yang kedua ialah awalan pe- penanda makna orang yang melakukan
kerja yang termasuk dalam maksud kata dasar.
Formula: + Layar = Pelayar Orang yang berlayar (Mengalami
Pe- + Tani = Petani perbuatan)
Pe- Orang yang bertani (Melakukan
kerja)
Contoh:
KUALA LUMPUR: Bapa anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim
mengemukakan representasi bagi mendapatkan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC),
berhubung permohonan prosiding komital yang difailkannya terhadap Tan Sri Tommy
Thomas.Peguam Aidil Khalid, yang mewakili bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim
Abdul Hamid, berkata pihaknya menghantar surat representasi itu kepada Peguam Negara,
Tan Sri Idrus Harun menerusi faksimili dan e-mel semalam.
(Sumber: Berita Harian, 5 Mei 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/05/685397/prosiding-komital-bapa-adib-hantar-
representasi-kepada-peguam-negara
KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) beri amaran akan bertindak tegas memerangi peniaga yang sengaja mahu
mencari keuntungan dengan menyorok bekalan barangan keperluan harian ketika tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid,
berkata kementerian itu akan terus melakukan operasi pemeriksaan bagi mengambil
tindakan terhadap peniaga demi melindungi kebajikan pengguna.
(Sumber: Berita Harian, 2 Mei 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/684263/banteras-peniaga-sorok-
barangan-keperluan-harian
Aktiviti: melukis dan meneka
1) Pelajar di dalam kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2) Guru akan melukis beberapa watak di papan putih.
3) Kemudian, pelajar di dalam kumpulan ditugaskan untuk meneka watak yang di lukis
oleh guru sama ada watak tersebut mengalami perbuatan atau melakukan kerja.
Latihan: Awalan pe-
1) Nyatakan 3 awalan pe- penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan
di dalam kata dasar.
a)
b)
c)
2) Nyatakan 3 awalan pe- penanda makna orang yang melakukan kerja di dalam kata
dasar.
a)
b)
c)
3) Dengan menggunakan perkataan awalan pe- di bawah, sila bina satu ayat lengkap
bagi kata nama terbitan.
a) Pelapik (benda yang dijadikan lapik)
b) Pesakit (orang yang sakit)
c) Pekebun (orang yang berkebun)
d) Pesawah (orang yang bersawah)
4) Berdasarkan ayat di bawah, gariskan perkataan yang mengandungi awalan pe-.
a) Pesakit Covid-19 yang telah disahkan positif akan ditempatkan di hospital untuk
dirawat.
b) Ibu telah menggunakan pewarna hijau untuk membuat kuih ketayap.
c) Para peniaga tidak dibenarkan meniaga sewaktu bulan Ramadhan.
d) Syamil merupakan pedagang kain yang berasal dari Terengganu.
5) Berikan maksud bagi awalan pe- di bawah ini
a) Petaruh bermaksud_________________________.
b) Petinju bermaksud__________________________.
c) Pekedai bermaksud_________________________.
d) Peguam bermaksud_________________________.
3) Awalan ke-
Awalan ke- ini hanya akan bersatu dengan beberapa perkataan tanpa melibatkan sebarang
erubahan huruf. Awalan ke- ini hanya mempunyai satu makna sahaja untuk orang dan
benda sahaja. Ia haruslah menjadi tumpuan maksud yang terkandung dalam kata dasar.
Formula:
Ke- + Tua = Ketua
Ke- + Kasih = Kekasih
Contoh:
JOHOR BAHRU: Polis menahan sepasang kekasih warga Singapura dan merampas
sejumlah dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Persiaran Danga
Perdana, Danga Bay, di sini, semalam.Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin
Pitchay, berkata lelaki berusia 25 tahun dan wanita berumur 23 tahun itu ditahan sepasukan
polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada pukul
8.20 malam.
(Sumber: Berita Harian, 14 April 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/04/677261/pasangan-kekasih-warga-singapura-
ditahan-di-johor-bahru
Aktiviti: Peta i-think
1) Selepas guru selesai mengajar, pelajar dikehendaki untuk membuat peta i-think di atas
kertas majong.
2) Pelajar harus membuat peta i-think dengan kreatif dan menggunakan pelbagai warna
yang menarik.
3) Apabila selesai, para pelajar dikehendaki untuk membentangkan peta i-thnik mereka
di hadapan kelas.
Latihan:
1) Adakah awalan ke- akan melibatkan sebarang perubahan huruf? (ya/tidak)
2) Sila berikan sebab mengapa anda menjawap (ya/tidak) bagi soalan diatas.
3) Berdasarkan awalan ke- di bawah, sila bina ayat yang lengkap untuk perkataan
tersebut.
a) Kekasih.
b) Ketua.
c) Kehendak.
4) Berdasarkan ayat-ayat di bawah, sila gariskan penggunaan perkataan awalan ke- yang
betul sahaja.
a) Ayah sedang mengait kelapa di depan rumah.
b) Aisyah merupakan kekasih Azam.
c) JDT merupakan kelab bola sepak yang amat digeruni ramai.
d) Kehendak orang tua haruslah dituruti agar tidak menyesal di kemudian hari.
5) Bina 2 ayat awalan ke- yang tidak melibatkan sebarang perubahan huruf pada
perkataan asal.
a)
b)
4) Awalan juru-
Awalan juru- ini berfungsi sebagai awalan kata nama.Awalan juru- ini juga
bermaksud ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan
dalam kata dasar. Awalam juru- ini juga boleh bersatu dengan kata dasar daripada
kumpulan kata nama, kata kerja dan kata akar.
Formula:
juru- + bahasa = juruwang juru- + kata nama
juru- + terbang = juruterbang juru- + kata kerja
juru- + mudi = jurumudi juru- + kata akar
Contoh:
MELAKA: Kerajaan negeri terpaksa melakukan operasi pembenihan awan (OPA) selama
dua hari bermula hari ini bagi menambah kapasiti air di empangan utama di Durian Tunggal,
di sini.EXCO Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd Sofi Wahab, berkata
operasi berlangsung dari jam 2 petang hingga 5 petang.Katanya, pesawat ringan jenis Cessna
340 A dari syarikat Afjet Sdn Bhd akan digunakan sepanjang operasi itu, membabitkan dua
juruterbang dan pembantu juruterbang serta masing-masing dua pegawai Badan Kawal Selia
Air (BKSA) negeri dan pegawai Jabatan Metereologi negeri.
(Sumber: Berita Harian, 9 Februari 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/02/654065/melaka-laksana-pembenihan-awan
Aktiviti: baca dan tanda
1) Guru akan memberikan sebuah majalah kepada setiap pelajar di dalam kelas.
2) Kemudian, pelajar dikehendaki untuk menandakan perkataan-perkataan yang
mempunyai awalan juru- yang mereka temui di dalam majalah.
3) Pelajar hanya diberikan tempoh masa selama 10 minit dan pelajar yang dapat
menandakan banyak perkataan yang mempunyai awalan juru- akan dikira sebagai
pemenang.
Latihan:
1) Berdasarkan soalan di bawah, gariskan jawapan yang betul.
Awalan juru- di dalam bahasa melayu berfungi sebagai (awalan kata nama/ awalan
kata terbitan).
2) Bina 3 ayat yang lengkap dengan menggunakan awalan juru + kata nama.
a)
b)
c)
3) Bina 3 ayat yang lengkap dengan menggunakan awalan juru + akar kata.
a)
b)
c)
4) Bina 3 ayat yang lengkap dengan menggunakan awalan juru + kata kerja.
a)
b)
c)
5) Berdasarkan ayat yang diberikan, nyatakan jenis gabungan awalan juru- dibawah.
Juru- + kata nama, juru- + kata kerja atau juru- + kata akar.
a) Tunang Sofia merupakan seorang jurutera.
b) Juruwang di Tesco Seri Alam sangat peramah dan suka memberikan senyuman.
c) Malik merupakan salah seorang jurujual di Giant yang menjual minyak wangi.
d) Amir merupakan seorang juruterbang yang mempunyai paras rupa yang menawan.
5.2 AKHIRAN KATA NAMA
Di dalam bahasa Melayu, hanya terdapat satu akhiran kata nama asli iaitu -an. Akhiran -an
ini boleh bergabung dengan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf. Sebagai
contoh, makan-an, duga-an dan pakai-an. Namun begitu, terdapat Sembilan makna di dalam
akhiran -an apabila bergabung dengan kata dasar.
1) Akhiran -an, yang bersatu dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja.
Akhiran -an ini membawa maksud kerja, perkara atau benda hasil daripada bersatu dengan
maksud yang terkandung dalam kata dasar.
Formula:
Kritikan + -an = Kritikan Kata nama + -an
Tuduh + -an = Tuduhan Kata kerja + -an
Contoh:
Mohamad Hairil berkata, mereka bersyukur kerana masih lagi boleh menjana pendapatan
dalam tempoh PKP dan berusaha menyediakan permintaan pelanggan bagi memastikan
bekalan tidak terputus. Katanya, mereka berdua memulakan tanaman lada solok terbabit
bermodalkan RM500, hasil simpanan sendiri dengan menggunakan ilmu pertanian yang
diperoleh berdasarkan pengalaman bekerja sebelum ini.
(Sumber: Berita Harian, 13 April 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/04/676469/pkp-lada-solok-taming-sari-terima-
permintaan-tinggi
Aktiviti: Cari dan kongsi
1) Guru akan menyorokkan kertas-kertas yang mempunyai perkataan akhiran -an,
apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata nama dan kata kerja tertentu.
2) Pelajar dikehendaki untuk mencari semula kertas-kertas yang telah disorokkan tadi
selama 6 minit.
3) Pelajar yang telah menjumpai kertas tersebut harus berkongsi maklumat dengan
pelajar-pelajar lain yang berada di dalam kelas
2) Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada kumpulan kata nama, kata
adjektif dan kata tugas (jenis kata arah). Akhiran -an ini bermaksud sesuatu kawasan atau
bidang yang luas.
Formula:
Ruang + -an = Ruangan Kata nama + -an
Lapang + -an = Lapangan Kata adjektif + -an
Tepian + -an = Tepian
Contoh: Kata arah + -an
“Tidak lama selepas itu, isteri saya memaklumkan kepala bayi sudah kelihatan sambil
anggota polis wanita terbabit membantu Pahmah bersalin di kawasan Dataran Todak,”
katanya. Beberapa minit kemudian ambulans dari HWKKS tiba dan membawa Pahmah
bersama anak perempuan yang selamat dilahirkan.
(Sumber: Berita Harian, 16 April 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/04/677805/polis-kuatkuasakan-pkp-bantu-
sambut-bayi-lahir-di-dataran-todak
MUAR: Seorang lelaki yang dipercayai hilang ketika pergi memancing bersama rakannya
dalam kejadian di tepian sungai berhampiran Jeti Lenga, di sini, ditemui pada pagi
ini.Pemangku Ketua Balai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba
Kanan I Hairulnizam Riduan berkata, mayat Mohd Ridhuan Idrus, 47, ditemui dalam
keadaan tertiarap dengan lengkap berpakaian.
(Sumber: Berita Harian, 7 March 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/03/662807/lelaki-hilang-ketika-memancing-
ditemui-maut
Aktiviti: Tulis dan menang
1) Guru membahagikan pelajar-pelajar di dalam kelas kepada 3 kumpulan. Kumpulan tersebut
akan dinamakan sebagai kumpulan kata nama, kata adjektif dan kata arah.
2) Guru memberikan sehelai kertas pada setiap kumpulan.
3) Pelajar-pelajar di dalam kumpulan ini dikehendaki untuk menulis perkataan-perkataan
mengikut nama kumpulan mereka yang mempunyai akhiran -an.
4) Kumpulan yang paling banyak menulis perkataan-perkataan kumpulan mereka yang diakhiri
dengan -an, akan dikira sebagai pemenang.
3) Akhiran -an, apabila bersatu dengan kata dasar daripada kumpulan kata nama tertentu
seterusnya membawa maksud banyak.
Formula:
parut + -an = parutan Kata nama + -an
Kata nama + -an
rambutan + -an = rambutan
Contoh:
BALIK PULAU: Pekebun berusia 77 tahun maut selepas motosikalnya dipercayai
tergelincir ketika mengutip durian di kebunnya di Sungai Ara, dekat sini.Mayat lelaki
berkenaan ditemui berhampiran motosikalnya oleh orang awam yang melalui tempat
kejadian.
(Sumber: Berita Harian, 21 April 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/04/680037/maut-kutip-durian
Aktiviti: Dengar dan ikut
1) Para pelajar di dalam kelas dikehendaki untuk berdiri di tempat sendiri.
2) Apabila guru menyebut perkataan yang mempunyai akhiran -an yang membawa
maksud banyak, pelajar dikehendaki untuk duduk.
3) Apabila guru tidak menyebut perkataan akhiran -an yang membawa maksud banyak
maka pelajar harus berdiri.
4) Pelajar yang tersalah mengikut arah akan terkeluar daripada permainan ini secara
automatik.
4) Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja tertentu,
membawa makna alat.
Formula:
tapis + -an = Tapisan (alat untuk
menapis)
kukur + -an = Kukuran (alat untuk
mengkukur)
Contoh:
Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek, berkata Perikatan Nasional (PN)
mengambil pendekatan berbeza, berbanding acuan konvensional yang sebelum ini
menyaksikan jawatan Timbalan Perdana Menteri masih wujud dan diperuntukkan dengan
portfolio lain.
(Sumber: Berita Harian 9 March 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/663696/jawatan-tpm-memang-tiada-
dalam-perlembagaan
Istimewanya, biarpun mereka tidak ada sebarang talian komunikasi namun kebanyakan
rumah panjang di situ mempunyai televisyen. Ini bukan sahaja membantu mereka
mendapatkan informasi semasa mengenai COVID-19 bahkan juga program TV Pendidikan
menerusi saluran TV Okey.
(Sumber: Berita Harian, 5 Mei 2020)
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/05/685332/apa-cerita-murid-jauh-di-
pedalaman
Aktiviti: Kotak beracun
1) Guru akan meletakkan perkataan-perkataan yang mengandungi akhiran -an yang
membawa makna alat di dalam sebuah kotak.
2) Muzik akan dimainkan seterusnya kotak tadi akan bertukar tangan antara pelajar-
pelajar di dalam kelas.
3) Kemudian, guru harus mematikan muzik, murid terakhir yang memegang kotak
tersebut harus menggambil satu kertas yang mengandungi akhiran -an yang
membawa makna alat. Kemudian pelajar tersebut harus membina ayat berdasarkan
perkataan tersebut.
5) Akhiran -an, apabila bersatu dengan kata dasar daripada golongan kata kerja tertentu.
Akhiran -an yang ini akan membawa makna orang atau haiwan yang menjadi penderita
kerja.
Formula:
tahan + -an = Tahanan Kata kerja + -an
buru + -an = Buruan Kata kerja + -an
Contoh:
DHAKA: Bangladesh menghantar 29 pelarian Rohingya yang terkandas berminggu-minggu
di lautan ke sebuah pulau terpencil di selatan negaranya. Bot itu dikatakan tengah menunggu
bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu badan yang terkenal memberi
perlindungan kepada kelompok pelarian.
(Sumber: Berita Harian, 4 Mei 2020)
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/05/684972/pelarian-rohingya-terkandas-di-lautan-
dihantar-ke-pulau-bangladesh
Aktiviti: Lawatan ke galeri
1) Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2) Kemudian, pelajar harus menulis dan melukis di atas sehelai kertas selama 15 minit
mengenai akhiran -an yang membawa makna orang atau haiwan yang menjadi penderita
kerja.
3) Apabila selesai, kertas tadi harus di tampal di galeri kelas. Seterusnya setiap pelajar boleh
pergi ke galeri tersebut untuk melawat dan belajar.
6) Akhiran -an apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja. Akhiran -
an ini membawa makna perkara atau benda yang menjadi penderita kerja.
Formula:
hampar + -an = Hamparan (benda yang dihampar)
fikir + -an = Fikiran (perkara yang difikir)
Contoh:
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak tampil menghulurkan sumbangan makanan dan
minuman serta keperluan asas kepada kumpulan petugas media yang berkampung di
perkarangan Istana Negara.Sumbangan itu bertujuan menghargai dan memudahkan tugas
pengamal media yang 'berkampung' di lokasi itu bagi membuat liputan situasi terkini politik
tanah air sejak kelmarin.
(Sumber: Berita Harian, 26 Februari 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/659550/patin-tempoyak-lori-milo-tanda-
ingatan
Aktiviti:
1) Pelajar diminta untuk membentuk kumpulan kecil iaitu seramai 5 orang bagi setiap
kumpulan.
2) Guru menyediakan beberapa salinan teks yang berbeza bagi setiap kumpulan.
3) Berdasarkan teks tersebut, pelajar-pelajar di dalam setiap kumpulan harus
mengenalpasti ayat akhiran -an yang membawa makna perkara atau benda yang
menjadi penderita kerja.
7) Akhiran -an apabila bersatu dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif. Ini
bermaksud sesuatu yang mempunyai sifat yang terkandung dalam kata dasar.
Formula: + -an = kilauan Kata adjektif + -an Mempunyai
kilau + -an = bulatan Kata adjektif + -an sifat berkilau
bulat
Mempunyai
Contoh: sifat bulat
Tidak terkecuali pemiliki I Cook Arabs, Afif Al Haji, 39, yang menyediakan sendiri
pelbagai jenis manisan dari Asia Barat seperti Golden Kanafeh, Baklava, Basbousa Royal
dan Esh El Bul-Bul selain produk sampingan yang diimport dari Turki seperti Mixed
Delights dan Premium Turkish Delights, yang pastinya mempunyai keunikan serta
keenakan tersendiri. "Saya membuat sendiri semua manisan ini sambil dibantu tujuh
pekerja yang turut diimport khas dari negara Arab.
(Sumber: Berita Harian, 28 April 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/682543/pkp-warga-asing-turut-berniaga-
makanan
Aktiviti: Saya berlakon, awak teka.
1) 3 orang pelajar di dalam kelas dipilih secara rawak untuk berlakon, skrip pelajar
haruslah mengandungi perkataan-perkataan akhiran -an yang mempunyai sifat yang
terkandung dalam kata dasar.
2) Pelajar yang terpilih tadi diberikan tempoh masa selama 15 minit untuk menghafal
skrip lakonan.
3) Pelajar yang tidak belakon harus mengesan dialong lakonan yang mempunyai
penggunaan akhiran -an yang mempunyai sifat yang terkandung dalam kata dasar.
8) Akhiran -an apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja. Akhiran -
an yang ini bermaksud tempat melakukan sesuatu yang digambarkan oleh kata dasar.
Formula:
henti + -an = Hentian Tempat untuk berhenti
gantung + -an = gantungan Tempat untuk menggantung
Contoh:
LANGKAWI: Buaya tembaga jantan gergasi, Bujang Basar diiktiraf Malaysia Book of
Records (MBOR) sebagai buaya terbesar dalam kurungan di negara ini.Reptilia sepanjang
4.7 meter panjang dan berat hampir satu tan itu, kini menjadi tarikan baharu di Crocodile
Adventureland Langkawi (CAL), di sini.
(Sumber: Berita Harian, 17 Februari 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/02/656469/bujang-basar-buaya-terbesar-
dalam-kurungan
Aktiviti:
1) Dua orang pelajar di minta untuk membaca satu teks yang berbeza bagi setiap mereka.
2) Pelajar lain di dalam kelas harus mendengar teks yang dibacakan oleh kawan mereka
secara tekun.
3) Pelajar yang mendengar teks yang dibacakan oleh kawan mereka tadi harus menulis
semula seberapa banyak perkataan-perkataan akiran -an yang membawa makna
tempat melakukan sesuatu yang digambarkan oleh kata dasar yang terdapat di dalam
teks tersebut.
9) Akhiran -an, bergabung dengan kata dasar tertentu daripadagolongan kata nama dan kata
tugas iaitu jenis kata bilangan. Ia akan membawa maksud ukuran atau kiraan berdasarkan
makna yang terkandung di dalam kata dasar.
Formula:
tahun + -an = Tahunan Kata nama + -an
puluh + -an = Puluhan Kata bilangan + -an
Contoh:
Semuanya berstatus negara maju dengan kemudahan penjagaan kesihatan terkini, namun kes
jangkitan COVID-19 di negara masing-masing mencecah jutaan dan kematian pula sudah
puluhan ribu orang.
(Sumber: Berita Harian 2 Mei 2020)jutaan
https://www.bharian.com.my/rencana/surat-pembaca/2020/05/684353/bersama-bantu-kerajaan-
perangi-wabak
Pengerusi MJKB, Datuk Idris Shaari Mat Aris, berkata keputusan membatalkan program
tahunan masjid itu dibuat selepas mengambil kira penularan COVID-19 yang melanda
negara ketika ini. Bagaimanapun katanya, program edaran bubur lambuk itu
berkemungkinan diteruskan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 yang
dijadual berakhir 28 April ini, tidak dilanjutkan.
(Sumber: Berita Harian 22 April 2020) tahunan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/680231/covid-19-tiada-bubur-lambuk-
kampong-baru-tahun-ini
Aktiviti: kerusi panas
1) Sebelum memulakan aktiviti P&P guru harus melekatkan beberapa soalan yang
berkaitan dengan akhiran -an yang membawa makna ukuran atau kiraan di bawah
kerusi pelajar.
2) Kemudian, apabila guru selesai mengajar, guru akan meminta para pelajar untuk
berlegar-legar di dalam kelas sewaktu muzik dimainkan.
3) Apabila muzik ditamatkan, pelajar harus duduk di kerusi yang paling terdekat di
antara mereka. Pelajar yang duduk di kerusi yang mempunyai soalan di bawah
kerusinya harus menjawap soalan yang diberikan dengan tepat dan betul.
Latihan:
1. Senaraikan semua akhiran kata nama -an di dalam bahasa melayu.
2. Kenalpasti sama ada perkataan akhiran -an ini merupakan gabungan kata nama atau
kata kerja
1) Bekalan ()
2) Tanaman ()
3) Keluaran ()
4) Tulisan ()
5) Bekalan ()
3. Berikan maksud akhiran -an ini apabila bergabung dengan kata dasar tertentu
daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas (jenis kata arah)
Contoh: Ruangan merupakan (ruang yang luas)
1) Daratan merupakan ( )
2) Rantauan merupakan ( )
3) Tepian merupakan ( )
4) Lapangan merupakan ( )
4. Berikan 3 perkataan akhiran -an yang apabila bergabung dengan kata dasar daripada
golongan kata nama tertentu akan membawa makna banyak?
1)
2)
3)
Sandaran (alat Saluran (alat untuk Tapian (alat untuk Kukuran (alat
untuk mengukur)
untuk menyandar) air mengalir) menapis)
5. Berdasarkan perkataan yang berada di dalam kotak di atas, sila mengenalpasti jenis
akiran -an tersebut.
6. Berdasarkan perkataan yang diberikan, sila bina sebuah ayat bagi akhiran -an yang
membawa makna orang atau haiwan yang menjadi penderita kerja.
1) Jemputan:
2) Buruan:
3) Sembelihan:
7. Nyatakan 5 ayat lengkap yang mempunyai akhiran -an, yang apabila bergabung
dengan kata adjektif masih lagi membawa maksud kata dasar.
1)
2)
3)
4)
5)
8. Gariskan kata kerja + -an yang membawa makna tempat melakukan sesuatu yang
digambarkan oleh kata dasar.
1) Sidaian * * Tempat untuk mengantung
2) Gantungan * * Tempat untuk mengurung
3) kurungan * * Tempat untuk menyidai
4) Hentian * * Tempat untuk berhenti
9. Gariskan akhiran -an yang membawa makna ukuran atau kiraan.
1) Cuti tahunan bagi pekerja Giant adalah sebanyak 20 hari bagi setahun.
2) Shahirah banyak membeli majalah mingguan untuk dijadikan koleksi.
3) Puluhan ekor lembu telah mati akibat keracunan makanan
10. Berikan beberapa contoh perkataan akhiran -an yang membawa makna pekara atau
benda yang menjadi penderita kerja.
6.0 KATA NAMA APITAN
6.0 APITAN KATA NAMA
Apitan yang membentuk kata nama terbitan dalam bahasa Melayu ialah
peN-…-an
pe-…-an
peR-…-an
ke-…-an
Apitan peN-…-an 1)Pe-
…-an
2)Pem-
…-an
3)Pen-
…-an
4)Peng-
…-an
PeN-
…-AN
(a) Bentuk apitan peN-…-an
Apitan peN-…-an terdiri daripada empat bentuk, iaitu pe-…-an , pem-…-an, dan pen-…-
an,dan peng-…-an.
Berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN-... -an dapat dihuraikan seperti yang berikut:
1) PeN-…-an akan menjadi Pe-…-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula 1)
dengan huruf m , n ,ng ,r , l,y dan w. Namun Termasuk ke dalam jenis ini ialah kata dasar 2)
yang bermula dengan huruf p, t, k, dan s,
CONTOH
APITAN PEN-…-AN + KATA DASAR =
PEN-….-AN + WARIS = PEWARISAN
PEN-….-AN + NYALA = PERNYALAAN
PEN-….-AN + MANDI = PERMANDIAN
FORMULA
APITAN peN-…AN + KATA NAMA ( NIPU ) = PENIPUAN
PUTRAJAYA : Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam
talian terbesar membabitkan warga China selepas menahan 680 warganegara terbabit
dalam serbuan di sebuah bangunan enam tingkat di Cyberjaya,semalam
Semua mereka yang berusia 19 hingga 35 tahun dipercayai menjalankan aktiviti scam
(penipuan) secara dalam talian yang berpusat di China dan disyaki sudah beroperasi
sejak enam bulan lalu.
Sumber Berita Harian 2 Januari 2020
2) PeN-…-an akan menjadi Pem-…-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula
huruf b, dan perkataan pinjaman yang bermula huruf b ,f dan v serta gugusan konsonan yang
bermula dengan huruf p dan b. Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf
pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya ialah:
boikot - pemboikotan ,
CONTOH
PEM-…-AN + KATA DASAR + =
APITAN PEM-…-AN + BACA = PEMBACAAN
APITAN PEM-…-AN + BAJAK = PEMBAJAKAN
FORMULA
APITAN PEM-…-AN + KATA NAMA ( BEKAL ) = PEMBEKAL
Aktiviti pembekalan makanan dan e-dagang merangkumi pengeluaran bahan
makanan, peruncitan, pembungkusan, pengedaran, pemborongan, pusat pengedaran
dan pengeluar bahan mentah dibenarkan untuk terus beroperasi mengikut garis
panduan yang ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perkhidmatan logistik dan pengangkutan yang menyokong rantaian bekalan dan
pemasaran serta e-dagang bagi pembekalan bahan makanan serta keperluan juga akan
terus dibenarkan beroperasi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander
Nanta Linggi menasihatkan rakyat supaya tidak bimbang kerana bekalan itu dijamin
mencukupi.
Sumber Berita Harian 1 Mei 2020
3) PeN-…-an akan menjadi pen-…-an apabila digabungkan dengan kata dasar yang
bermula dengan huruf d,c,j,sy dan z.
CONTOH
APITAN PEN-…-AN + KATA DASAR =
APITAN PEN -…-AN+ DAPAT = PENDAPATAN
APITAN PEN-…-AN + ZALIM= PENZALIMAN
FORMULA
APITAN PER-….-AN + KATA KERJA ( CARI) = PENCARIAN
Waris sentiasa dibebani dengan isu pampasan, pemberitaan dan pertanyaan berterusan
mengenai kehilangan MH370 daripada pihak berkaitan serta naratif berbentuk
spekulasi yang sangat mengganggu, sedangkan mereka berusaha membina semula
kehidupan masing-masing.
“Malah, pelbagai pihak meminta supaya menyambung semula misi pencarian MH370
dalam pemberitaan sempena ulang tahun keenam tragedi terbabit, baru-baru ini.
Sumber Berita Harian 3 March 2020
4) PeN-…-an akan menjadi peng-…-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula
dengan huruf g , kh , dan h ,( bunyi konsonan ) dan a , e, i,o dan u ( bunyi vokal ).
CONTOH
APITAN PENG-…-AN + KATA DASAR =
APITAN PENG-….-AN + GALI = PENGGALIAN
APITAN PENG-….-AN + AJAR = PENGAJARAN
FORMULA
APITAN PENG-…-AN + KATA ADJEKTIF (GONDOL ) = PENGGONDOLAN
KELANTAN ; Kegagalan mematuhi peraturan pernilaian Kesan Alam Sekitar ( EIA)
dibimbangi boleh menjejaskan sistem ekologi alam semula jadi.seandainya kerajaan
negeri Kelantan tidak memberi perhatian serius terhadap pengawalan pembukaan
kawasan hutan
Apa yang pasti situasi itu sudah pun berlaku sekarang apabila kesan penggondolan
bukit untuk tujuan membuka kawasan pertanian selain mengeluarkan balak,keadaan
air sungai seperti Sungai Lebir dan Sungai Nenggiri , kini menjadi kuning sehingga
spesis ikan dikatakan semakin terancam kerana air yang kotor.
Penggondolan bukit seperti yang berlaku di kawasan Tanah Tinggi Lojing di Gua
Musang yang hampir tiada lagi hutan balak juga menyebabkan pencemaran sungai
apabila hujan kerana ia membawa air air berselut mengalir masuk ke anak sungai di
kaki bukit berhampiran sebelum memasuki sungai utama seperti Sungai Negggiri dan
Sungai galas.
Sumber Berita Harian 27 Januari 2020
LATIHAN ( SOALAN INI BERDASARKAN APITAN peN-…-an )
1) Terdapat berapakah penggunaan apitan peN-…an ?
….……………………………………………………………………
2) Penggunaan apitan PeN-…-an akan menjadi Pe-…-an apabila hadir huruf?
….…………………………………………………………………….
3) Berikan 3 contoh apitan peN-…-an kepada peng-…-an .
….…………………………………………………………………….
4) Berikan 3 contoh apitan peN-….-an kepada peM-…-an.
….……………………………………………………………………
5) Gariskan perkataan apitan peN-…-an di bawah.
Penderitaan ayah sudah berakhir. Penantian selama ini seolah-olah memberikan
gambaran baharu buat ayah. Segala pemberian tunjuk ajar ayah kepada anak
buahnya menghasilkan norma kehidupan yang baik. Malah pemberian kesihatan
daripada Ilahi membuatkan ayah bersemangat meneruskan hidup.Oleh itu ayah
sentiasa mengambil iktibar dan pengajaran apa yang sudah berlaku .Kini perusuhan
antara keluarga menjadi baik dan sedia kala. Setelah kematian ayah segala pewarisan
harta diberi hak sama rata kepada anak-anaknya.
AKTIVITI ( PEN MAGIK)
Satu perkataan akan dibentangkan di skrin
Satu pen magik disediakan lalu
Seorang yang memegang pen magik perlu memulakan ayat pertama dan kemudian pen
magik diserahkan pula kepada orang sebelah
Orang seterusnya perlu menyambung cerita itu dengan sepotong ayat sahaja.
Pelajar yang tidak memegang pen ini tidak boleh bercakap.
Guru boleh meminta mana-mana giliran untuk ditamatkan
Pelajar perlu membuat ayat terakhir bagi cerita ini.
APITAN PE-…-AN
Apitan pe-.. . -an, apabila bergabung dengan kata dasar tertentu, membentuk kata nama yang
membawa maksud hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar tersebut.
Contohnya:PERANG = PEPERANGAN , PERIKSA = PEPERIKSAAN
Apitan pe-…-an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja
untuk menandakan makna tempat atau kawasan yang khusus.
CONTOH
APITAN PE-…-AN + KATA DASAR =
APITAN PE-….-AN + DALAM = PERDALAMAN
APITAN PE-….-AN + KARANG = PERKARANGAN
FORMULA
APITAN PE-…-AN + KATA KERJA ( SISIR) + PERSISIRAN
Azahar berkata, ikan kekek itu dipercayai dibuang nelayan untuk membersihkan
pukat di tengah laut sebelum dihanyutkan ombak ke pesisiran dan terdampar di
pantai.
“Selalunya ikan-ikan kecil termasuk kekek dijual oleh nelayan pukat hanyut kepada
pengusaha ternakan ikan dalam sangkar sebagai makanan ikan.
“Bagaimanapun, anggota penguat kuasa kami masih menyiasat untuk mengenal pasti
pihak yang bertanggungjawab membuang ikan terbabit sehingga mencemarkan
pantai,” katanya.
Sumber Berita Harian , 1 Januari 2020
APITAN peR-…an
Apitan PeR-….an akan mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu per-…-an apabila bergabung
semua dasar. PeR-…-an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata
kerja untuk menandakan nama tempat. Selain itu Apitan peR-... -an membentuk kata nama
yang membawa makna abstrak. Perkataan yang terbentuk hasil gabungan peR-... -an dengan
golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas menandakan makna khusus,
iaitu hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata
dasarnya.
CONTOH
APITAN peR-…-AN + KATA DASAR =
APITAN peR-…-AN + DAGANG = PERDAGANGAN
APITAN peR-…-AN + GERAK = PERGERAKAN
FORMULA
APITAN peR-…-AN + KATA NAMA ( KAMPUNG) = PERKAMPUNGAN
Pengerusi Jawantkuasa Pembangunan Luar bandar dan Hal Ehwal Orang asli
Negeri ,Datuk Abd Aziz Mat Kiram berkata sekatan itu bagi menyekat penularan
wabak Covid-19 di kawasan penempatan mereka.
Katanya, selain inisiatif itu juga memastikan masyarakat Orang Asli mematui
peraturan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (pkp) yang diumumkan kerajaan
Sekiranya ada dalam kalangan penduduk yang sakit, mereka diminta segera untuk
mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran.
Sementara itu ,Jamida Jalong,50 dari perkampungan Orang Asli Bukit Biru di
Rompin ,berkata anggota polis sentiasa melakukan rondaan berhampiran penempatan
itu dan mengarahkan penduduk kampung untuk berada di dalam rumah.
Sumber Berita Harian ,Isnin 23 March 2020
APITAN KE-… -AN