The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zakiah Arshad, 2020-05-09 00:38:02

latest

latest

Apitan ke-… -an boleh bergabung dengan kata dasar tertentu tanpa melibatkan sebarang
perubahan. Aspek makna ke-… - an, apabila apitan ke-…-an bergabung dengan kata dasar
untuk membentuk kata nama yang bersifat abstrak. Apitan ke-…-an dapat bergabung dengan
kata nama, kata kerja , dan kata ajektif untuk membawa maksud hal keadaan yang terkandung
dalam kata dasar.
CONTOH
APITAN KE-…-AN + KATA DASAR

APITAN KE-…-AN + MALAS = KEMALASAN
APITAN KE-…-AN + TIBA=KETIBAAN
APITAN KE-…-AN + MASYARAKAT = KEMASYARAKATAN

FORMULA
APITAN KE-…-AN + KATA KERJA (DATANG = KEDATANGAN

LANGKAWI ; Jumlah kedatangan pelancong ke Pulau Langkawi mengalami
penurunan kesan daripada penularan berita tidak benar mengenai wabak koronavirus
( covid- 19 ) oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial
Naib pengerusi berkata Razmi Rahmat berkata penularan berita tidak benar itu juga
mencetuskan panik sehingga memberi kesan kepada pengusaha hotel.
Menurutnya . Hampir 50 peratus pelancongan terutamanya dari China membatalkan
tempahan hotel,sedangkan langkawi masih terkawal dan bebas daripada wabak
berkenaan.
Razmi berkata,sebanyak 50 buah hotel bertaraf tiga hingga lima bintang yang
bernaung di bawah persatuan itu terjejas. Bagi mengatasi masalah ini, pihak
pengurusan hotel telah mengambil inisiatif dengan memberikan diskaun kepda
mereka yang menginap di hotel sekitar Langkawi
Pelbagai tawaran menarik dengan harga rendah diberikan kepada mereka yang
membuat tempahan.

Sumber Berita Harian 29 Januari 2020

AKTIVITI ( STAY AND MOVE )
 Setiap pelajar haruslah mencari kumpulan yang berbeza dalam setiap ahli , ( tidak

dibenarkan 1 kos )

 Pelajar diagihkan dua kertas manjung
 Pelajar haruslah membincangkan tajuk tugasan yang diberi untuk dibentangkan
 Hasil kerja haruslah ditampalkan
 Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberikan penerangan
 Ahli yang lain boleh bergerak untuk mendapatkan melihat/ menyoal/mencatatkan hasil

kumpulan lain.
 Setelah mendapatkan maklumat ah I yang lain tersebut haruslah mengeluarkan isi

tersebut lalu dibentangkan dihadapan.

LATIHAN ( SOALAN INI MENGENAI PE-..-AN , APITAN PER-…-AN DAN KE-…-AN )
1) Adakah betul apitan pe-..-an dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata
kerja untuk menandakan makna tempat atau kawasan yang khusus.
….……………………………………………………………………………..
2) Berikan tiga contoh apitan pe-…-an daripada golongan kata kerja
….……………………………………………………………………………..
3) Berikan tiga contoh apitan ke-…-an daripada golongan kata nama.
….……………………………………………………………………………..
4) Berikan tiga contoh apitan peR-…-an daripada golongan kata adjektif
….………………………………………………………………………….….
5) Bina satu ayat daripada apitan Pe-…-an ,per-…-an dan ke-…-an
….………………………………………………………………………………

6.1 SISIPAN KATA NAMA
Ada tiga bentuk sisipan kata nama,iaitu -el-, -er, dan -em, dan perbezaan bentuk-bentuk itu
bukan berdasarkan fakor fonologi tetapi mofologi, iaitu kelainan bentuk itu bergabung
dengan kata dasar yang berlainan.Dengan penggunaan sekarang bentuk sisipan tidak
produktif lagi; dengan itu ,bolehlah dianggap perkataan yang bersisipan sudah membeku.

I ) Sisipan -el-
Definisi : Sisipan -el- dapat bergabung dengan kata nama,kata kerja dan kata adjektif untuk
menerbitkan kata nama dengan maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam
kata dasar.

CONTOH
SISIPAN -EL- + KATA DASAR

SISIPAN -EL- + TUNJUK = TELUNJUK
SISIPAN -EL- + KANGKANG = KELENGKANG
SISIPAN -EL- + KUPAS = KELUPAS
FORMULA
SISIPAN -EL- +KATA AJDEKTIF ( KEMBUNG ) = GELEMBUNG

KUALA LUMPUR: Pergelangan tangan kanan pelakon Nur Fazura melecur akibat
terkena percikan minyak panas ketika memasak.

Foto menunjukkan bahagian tangan yang melecur itu dikongsi suami, Fattah Amin
menerusi Instagram (IG) Story, kelmarin.

Ketika dihubungi BH Online, pelakon filem Dendam Pontianak ini memberitahu,
insiden berlaku ketika dia sedang memasak.

"Secara tiba-tiba minyak panas meletup lalu terkena tangan kanan saya.

"Sebelum ini, tidak pernah pula berlaku, tapi benda hendak jadi. Fattah banyak kali
mengajak saya ke hospital. Tapi mengenangkan keadaan sekarang dan bimbang
hendak ke hospital pada waktu kritikal begini, saya cuba ubati sendiri," katanya.

Menurut Fazura atau lebih mesra disapa Faz, pada awalnya dia takut melihat ada
gelembung pada pergelangan tangan berikutan percikan minyak panas itu.

Namun, selepas memecahkan gelembung berkenaan dan menyapu ubat pada bahagian
yang melecur, ia mula menunjukkan perubahan positif.

"Selepas saya pecahkan gelembung itu dan sapu minyak gamat, Alhamdulillah,

nampak kesan luka itu semakin mengering.
Sumber Berita Harian , Khamis, 26 March 2020

II) Sisipan-er-
Definisi : Sisipan -er- dapat bergabung dengan beberapa perkataan untuk menerbitkan kata
yang membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar.
CONTOH
SISIPAN -ER- + KATA DASAR

SISIPAN -ER -+ KUPING = KERUPING
SISIPAN -ER- + GIGI = GERIGI
SISIPAN -ER- + SULING = SERULING

FORMULA

SISIPAN ER + KATA KERJA ( CUCUK ) = CERUCUK

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, Hamid Daud, berkata
pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.43 tengah hari sebelum
sepasukan anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian.

“Seramai 10 anggota bersama dua jentera dari BBP Pantai tiba di lokasi enam minit
kemudian dan mendapati seorang pekerja pembinaan mengalami kecederaan tertusuk
besi cerucuk konkrit.

“Kejadian berlaku ketika mangsa melakukan kerja pemindahan besi cerucuk konkrit
menggunakan kren.

“Anggota bomba dari BBP Pantai kemudian mengalihkan timbunan besi cerucuk
konkrit di tempat kejadian bagi memudahkan operasi dijalankan,” katanya dalam satu
kenyataan dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Sumber Berita Harian 2 Januari 2020

III) Sisipan-em-
Definsi : Sisipan -em- dapat bergabung dengan beberapa perkataan untuk menerbitkan kata
yang membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar.
CONTOH
SISIPAN -EM - + KATA DASAR

SISIPAN -EM + KUNING = KEMUNING
SISIPAN -EM -+ KUNCUP = KEMUNCUP
SISIPAN -EM -+ GERLAP = GEMERLAP

FORMULA
SISIPAN -EM- + KATA ADJEKTIF ( GENTAR) = GEMENTAR

GEMENTAR itu tetap ada, malah lebih lagi, namun saya bersyukur kerana majlis
pernikahan sempurna hanya dengan sekali lafaz,” kata Muhammad Don Haadi Don
Putra.

Muhammad Don, 29, memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi perasaannya
sewaktu dan selesai melangsungkan majlis akad nikah secara dalam talian .

Sumber Harian Metro 25 April 2020

AKTIVITI KOTAK MISTERI
 Pelajar diminta untuk membentuk satu kumpulan dengan lima orang ahli setiap

kumpulan

 Setiap ketua kumpulan akan mencabut undian didalam kotak misteri
 Berdasarkan perkataan tersebut , setiap pelajar perlu berbincang dengan ahli kumpulan

dan perlu membina ayat daripada perkataan tersebut.
 Sekurang-kurangnya bina dua ayat daripada perkataan tersebut dan menghantar wakil

setiap kumpulan ialah dua orang.

LATIHAN
1) Nyatakan 3 perkataan yang menggunakan sisipan -er-
….……………………………………………………….
2) Nyatakan 3 perkataan yang menggunakan sisipan -em-

………………………………………………………
3) Nyatakan 3 perkataan yang menggunakan sisipan -el-
….……………………………………………………………
4) Terangkan secara ringkas dan simpulkan apa yang anda faham tentang sisipan kata nama.

…………………………………………………………………………
5) Bina satu karangan pendek dengan menggunakan sisipan -er, -em ,dan el.
……………………………………………………………………………
6.3 PERBEZAAN PENGGUNAAN peN-…-an DENGAN peR-…-an
1) peR-…an
Umumnya kata nama terbitan yang menggunakan peR-…-an berasal daripada bentuk kata
kerja yang menggunakan awalan beR-…-an.
Contoh : perlumbaan berasal daripada kata kerja berlumba. Oleh sebab tiada bentuk
*melumba, maka tidak wujud bentuk pelumbaan.
FORMULA
peR-…AN + KATA KERJA ( AWALAN BER )

KUALA LUMPUR ; Jika Amirul Azhan berlari di atas padang dalam saingan Liga
Malaysia ( Liga M ), namun Ketika Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ), pertahanan
Perak itu “berlari menyampaikan kepada pelangganya’’

Itulah senario yang dihadapi pemain The Bos Gaurus itu ketika saingan Liga M .
ditangguhkan buat masa ini dan tempoh PKP dimaafaatkan sepenuhnya Amirul untuk
membantu perniagaan kedai makan yang diusahakan di Ipoh

Sumber Berita Harian Jummat,17 April 2020.

1) PeN-…-an
Umumnya kata nama terbitan peN-…-an berasal daripada bentuk kata kerja yang
menggunakan imbuhan meN-…-i / kan .
CONTOH

Bentuk penarikan pula berasal daripada kata kerja menarik. Bentuk *bertarik* tidak wujud;
oleh itu tiada bentuk * pertarikan. Demikianjuga, bentuk *pelaksanaan berasal daripada kata
kerja melaksanakan; oleh sebab bentuk *berlaksana tidak wujud maka bentuk perlaksanaan
tidak boleh digunakan untuk menyatakan maksud proses melaksanakan sesuatu.
FORMULA
peN-…-an + KATA KERJA ( MEN-…-I/KAN)

KUALA LUMPUR ; Pendakwa raya menolak representasi dikemukakan bekas
menteri Menteri Tanah dan Pembangunan koperasi. Tan Sri Kasitah Gadam,dalam
kes melucut hak harta yang membabitkan wang RM100,00 yang disita Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) tahun lalu.

Sumber Berita Harian 20 Januari 2020

Terdapat juga bentuk yang boleh menerima kedua-dua peN- .. . -an dan peR-... -an.
Hal ini berlaku kerana bentuk itu berasal daripada dua bentuk kata kerja yang memberikan
makna yang berlainan, seperti yang berikut:
perpisahan berasal daripada kata kerja berpisah
pemisahan berasal daripada kata kerja memisahkan
persekolahan berasal daripada kata kerja bersekolah

AKIVITI ( Soalan Spontan)
 Guru boleh memilih secara rawak untuk menyoal pelajar
 Pelajar tersebut harus siap siaga menjawab dengan cepat
 Pelajar yang betul diberikan hadiah.

LATIHAN ( BERDASARKAN PERBEZAAN peR-…-an dan PeN-..-an )
1) Berikan 3 kata kerja yang bermula awalan beR.?
….……………………………………………………………..
2) Berikan 3 kata kerja yang bermula imbuhan men-..-i/kan?
….……………………………………………………………..
3) Berikan rumusan dan fahaman yang anda faham tentang perbezaan ini.
….………………………………………………………………



Rujukan
1. Abdullah Hassan, Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk Guru

dan Pelajar, Pahang : PTS Publication Distributors, 2003.
2. Arbak Othman, Mengajar Tatabahasa, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,

1989.
3. Asraf, Petunjuk Tatabahasa Melayu, Petaling Jaya : Penerbitan Sasbadi, 2007.
4. Nik Safiah Karim et al, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka, 2015.
5. Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam, Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab

Perguruan, Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti, 1987.


Click to View FlipBook Version