The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 288-21-nurrabbiatullah, 2022-11-20 22:15:34

BMMB3193 E-PEMBELAJARAN KESELURUHAN

BMMB3193 E-PEMBELAJARAN KESELURUHAN

Pengenalan

Wujud sejak Sastera rakyat/lisan,
kelahiran bentuk
manusia, sebelum kesusasteraan
zaman terawal
percetakan.

Prosa Melayu
Tradisional
merupakan
karangan panjang.

03

Merupakan satu daripada elemen kebudayaan Melayu dalam bentuk bahan
sastera dan bahan bukan sastera.

Merujuk kepada maksud kolektif milik bersama dan kebanyakan hasilnya tidak
dinamakan kepada pemiliknya kerana milik masyarakat sejak zaman ke zaman -
sukar untuk mengetahui identiti penulis.

Kesusasteraan Melayu Tradisional mempunyai bentuk dan ciri yang berbeza
daripada kesusasteraan moden.

Bentuk dan ciri ini merangkumi makna struktur, plot, gaya dan teknik serta
konvensi lain sastera yang dicirikan oleh bahasa, persembahan, fungsi dan faktor-
faktor luaran lain.

Fungsi Prosa

Pengesahan Alat Cerminan
kelompok/institusi/ pengajaran corak hidup
masyarakat
tokoh
Wadah
Medium hiburan
sindiran
kritikan

05

Naratif Naratif Lisan
Naratif Tulisan

Prosa Bukan naratif
tradisional

06

COMPANY PROFILE Naratif Lisan

Merupakan karya- Terbahagi kepada Cerita rakyat pula
karya naratif dalam dikategorikan kepada
kesusasteraan Melayu tiga iaitu mitos, beberapa jenis seperti
lagenda dan cerita binatang, cerita
tradisional yang cerita rakyat. dongeng, cerita jenaka
disampaikan melalui dan pelbagai cerita lisan.
lisan dari mulut ke
mulut.

07

CERITA
MITOS
LEGENDA

08

cerita prosa rakyat yang PROSA Mitos juga disebut Mitologi
menceritakan kisah TRADISONAL iaitu cerita rakyat yang
dianggap benar-benar
berlatar masa lampau MITOS terjadi dan bertalian

Mengandungi penafsiran dengan terjadinya tempat,
tentang alam semesta dan alam semesta, para dewa,
adatistiadat, dan konsep
keberadaan makhluk
didalamnya serta dianggap dongeng suci.
benar-benar terjadi oleh yang
Mitos juga merujuk kepada
empunya cerita atau satu cerita dalam sebuah
penganutnya kebudayaa nyang dianggap

Dalam pengertian yang mempunyai kebenaran
lebih luas, mitos lebih mengenai suatu peristiwa
cenderung kepada cerita yang pernah terjadi pada
09 tradisional
masa dahulu

Fungsi


Dapat menerangkan perasaan ingin tahu manusia terhadap sesuatu kejadian
alam yang tidak terjawab melalui pemikiran biasa.

Berfungsi menghubungkan manusia dengan kuasa yang agung yang diluar
daripada batas-batas kehidupan manusia biasa.

Sebagai alat kawalan sosial.

Sebagai alat pendidikan, untuk pengajaran dan contoh teladan untuk menerang
sebab dan akibat sesuatu kejadian itu.

Ahli antropologi- Untuk memberi pengesahan atau pendokongan terhadap
sesuatu institusi sosial.

Memberikan hiburan kepada pendengar-pendengar tentang asal-usul kejadian
sesuatu yang terdapat dalam kehidupan mereka.

PUISI TRADISIONAL
LEGENDA

Legenda dikenali sebagai dongengan sejarah kerana cerita
legenda selalunya mengenai seseorang tokoh yang terkenal pada

sesuatu tempat. Masyarakat percaya bahawa tokoh tersebut
pernah hidup dan wujud dalam sejarah.Kebenaran sejarah cuba
dibuktikan dengan mengaitkan beberapa kesan di tempat yang

wujudnya legenda tersebut. Tokoh legenda merupakan tokoh
seorang pahlawan yang tidak ada tolok bandingannya. Oleh itu,
tokoh ini diberi sepenuh kebanggaan masyarakatsetempat. Tokoh

ini amat istimewa, mempunyai kelebihan yang tinggi,bersifat
kudus dan suci.

FUNGSI Untuk menguatkan / mengukuhkan kepercayaan anggota
CERITA masyarakat terhadap sesuatu tokoh dan peristiwa yang
LEGENDA bercorak sejarah. Sebagai kebanggaan dan dijadikan
teladan dan panduan kepada masyarakat tentang
kepahlawanan dan kegagahan. Misalnya, tokoh Hang Tuah
menjadi kebanggaan bangsaMelayu; kata-kata Hang Tuah
'Tak Melayu Hilang Didunia’ menjadi sebutan orang
Melayu.
Untuk menyanjungi keturunan tokoh-tokoh legenda
sebagai orang yang gagah dan mulia.
Untuk mengingati serta mengenang peristiwa-peristiwa
penting yang berlaku dalam masyarakat melayu seperti
keagungan kesultanan Melayu Melaka.
Untuk dijadikan sebagai idola/ model seorang pahlawan
atau pemimpin bangsa untuk dicontohi oleh masyarakat.
Untuk menguatkan keyakinan orang Melayu terhadap
agama Islam (khasnya cerita-cerita legenda pengaruh
Islam disamping untuk menggantikan legenda yang
bersumber daripada kepercayaan hindu-buddha).

CERITA
RAKYAT

CERITA RAKYAT Cerita Binatang Cerita Hantu

Cerita Jenaka
Masyarakat Melayu lama amat biasa
dgn cerita penanggalan (tenggelong),

Cerita rakyat yang menggunakan langsuir, puaka, hantu bungkus, pelesit,
Cerita Jenaka adalah cerita rakyat yang binatang sebagai watak utama. jin, mambang, pocong, dll.
mengandungi unsur-unsur humor / lucu / Watak binatang tersebut diberikan Kadang kala cerita berkenaan
sifat-sifat manusia seperti boleh bunian/orang halus juga dimasukkan
jenaka yang boleh menimbulkan berkata-kata, berfikir serta bertindak dalam kumpulan cerita hantu.
kegembiraan atau menggeletek hati seperti manusia. Oleh itu, dalam masyarakat ,tradisi adat/
khalayak. Watak-watak Cerita Jenaka Terbahagi kepada tiga jenis iaitu amalan/ ritual tertentu juga dikaitkan
Cerita Binatang Asal Usul, Cerita dengan cerita-cerita ini.
diberikan sifat dan peranan yang Binatang Fable (Pengajaran) dan
melucukan. Cerita Asal Usul

Cerita Binatang Epik (Beast Epic).
Cerita Jenaka terbahagi kepada 2 jenis Cerita Teladan Cerita asal usul merupakan sejenis
iaitu Cerita Jenaka Tempatan dan Cerita
cerita rakyat yang tertua. Cerita ini
lazimnya sederhana panjangnya
Jenaka Pengaruh Asing. Mengisahkan tentang golongan rakyat biasa ianya bertemakan asal usul sesuatu
yang mengetengahkan gagasan bahawa benda, tempat, kejadian dan
sebagainya yang biasanya berkait
watak yang baik itu akhirnya akan mendapat rapat dengan kehidupan manusia.
pembelaan, sebaliknya watak yang jahat akan Watak-wataknya pula terdiri
mendapat pembalasan yang setimpal dengan daripada manusia haiwan dan
tumbuh-tumbuhan.
perbuatan yang dilakukan oleh mereka.
Penuh dengan unsur didaktik dan pendidikan
moral, yang diterapkan melalui nilai-nilai murni.
Biasanya berlegar di sekitar cerita rakyat biasa

dalam tradisi lisan dan tulisan.

CERITA PENGLIPUR LARA

Cerita-cerita yang mengandungi unsur DEFINISI
pengembaraan, PENGLIPUR LARA

Disampaikan oleh tukang-tukang cerita yang
memiliki keistimewaan dan kelebihan menyampaikan

isi cerita.

Tukang cerita menggunakan atau memainkan alat-
alat bunyian sambil bercerita seperti menggesek
selampit, memukul gendang, bermain rebab,

bercerita mengikut irama bunyian yang dimainkan.

Pendengar tertarik bukan sahaja kerana suara tukang
cerita yang merdu, tetapi berbagai gaya dan lagu,

cerita bagi menggambarkan suasana ada riang, sedih,
marah, pujuk rayu dan sebagainya.

CERITA-CERITA Hikayat Malim Deman
PENGLIPUR LARA Hikayat Awang Sulung Merah
YANG TERKENAL Muda
Hikayat Anggun Cik Tunggal
Hikayat Malim Dewa
Hikayat Raja Budiman II
Hikayat Raja Muda
Hikayat Raja Ambung, Raja
Dunan,
Hikayat Seri Rama, Hikayat Indera
Putera dan Selampit.

FUNGSI Sebagai alat hiburan
Memberi kelapangan fikiran dan kegembiraan melalui muzik yang dialunkan.
Alat pengajaran dan pendidikan moral.
Memahami kepercayaan dan kebudayaan masyarakat tradisional.
Memaparkan sejarah zaman dahulu secara tidak langsung.

SEKIAN,
TERIMA KASIH.

e-Pembelajaran Topik 5

BMMB3193
PENGANTAR
KESUSASTERAAN MELAYU

Ahli Kumpulan:
Amyza anak Donny
Gressyena anak Jonem
Michelle Bulan Bato

SOALAN

Berdasarkan rujukan terhadap beberapa
karya cerpen / novel / drama terpilih,
bincangkan aspek kesamarataan gender
dalam prosa Melayu moden.

Kesamarataan gender memberikan akses kemudahan untuk sumber dan peluang
tanpa mengira jantina.
UNICEF menyatakan bahawa kesamarataan gender merangkumi lelaki dan wanita,
kanka-kanak perempuan dan lelaki menikmati hak-hak yang sama, sumber,
peluang dan perlindungan.
Dengan ini, lelaki dan perempuan mempunyai hak sama rata dalam menilai tingkah
laku yang berbeza, cita-cita dan keperluan tanpa mengira jantina.
Sesetengah prosa moden pada masa ini masih menunjukkan ketidakadilan
terhadap wanita dengan merendahkan kemampuan wanita dalam penulisan
mereka.
Pemikiran sebegini hendaklah dikikis dalam diri masyarakat agar martabat wanita
tidak direndahkan.

Novel: Cerita Cinta Enrico

Kisah Cinta Enrico adalah kisah benar seorang kanak-kanak yang dilahirkan pada masa yang sama dengan
Pemberontakaan PRRI (Pemerintah Revolusioner Republik Indonesia). Dia menjadi bayi gerila
(sekumpulan pejuang kecil) dari usia satu hari. Beliau menjadi aktivis di ITB semasa era New Order,
sebelum pergerakan pelajar dipecahkan. Setelah sepuluh tahun kepergian Enrico ke Jawa Ibunya
meningal karena hepatitis, kemudian beberapa tahun setelah itu tepat pada tanggal 17 Ogos tahun 2000
ayahnya pun meninggal dan ia hidup sebatang kara. Suatu ketika dia menemukan perempuan yang
menurutnya berbeza dari perempuan lain, sebut saja perempuan itu bernama A. A merupakan perempuan
yang tak ingin menikah dan tak ingin memiliki anak kerana menurutnya perempuan terlalu ditekankan oleh
nilai, keluarga, dan masyarakat. Tahun 2008 Enrico menginjak umur 50 tahun dan belum juga menikah
meskipun Enrico dan A tinggal satu atap dan satu bilik. Namun, pada tahun 17 Ogos 2011, Prasetya Riska
(Enrico) dan Justina A pun menikah setelah mereka menyedari bahawa pernikahan itu penting.

Aspek Kesamarataan Gender Penglibatan wanita dalam dunia kerja
selalunya tidak mendapatkan bahagian
Kewujudan yang baik mengikut keupayaannya.
wanita dari
segi kerja Kewujudan wanita dari segi kerja
dilambangkan oleh ibu Enrico yang juga
bekerja untuk mencari nafkah, selain
kerjanya mengurus rumah tangga.

Aspek Kesamarataan Gender

Kewujudan wanita
dalam hal sosial

Bentuk kewujudan wanita dalam hal Kemampuan berkomunikasi dan
sosialisasi ibu yang baik sehingga
sosial ditunjukkan dengan mampu memasukkan anaknya di
sekolah yang berkualiti.
kemampuan tokoh ibu dalam bergaul

dengan masyarakat pada masa itu.

Ketidakadilan dalam
membuat keputusan

Wanita sering dinilai sebagai makhluk yang lemah dan sering dibanding-bandingkan
dengan lelaki.
Wanita kurang diberikan kebebasan dalam membuat keputusan sebaliknya hanya
cenderung mengikut perintah.
Sebagai seorang perempuan yang cukup pandai, berpendidikan, dan memiliki banyak
keterampilan, Syrnie sebagai seorang istri terpaksa melepaskan segala ego dan
keinginannya kemudian ikut berperang bersama suaminya di hutan belantara.

NOVEL : HARUMAN KENCANA DAN HUJAN SUDAH TEDUH

SINOPSIS

Mengisahkan watak Kencana yang diberi peluang belajar oleh Dr Farhana,salah seorangpemegang ekuiti Syarikat SBH Global
tentang pembuatan minyak wangi yang suci danmenjadi pakar dalam bidang itu di Perancis.
Mendapat latihan kepakaran dan elaun belajar RM3 000 sebulan(FR6 000)selama tiga tahunbelajar. Pengalaman Kencana di bumi
asing.Pada awalnya kehidupannya amat selesa denganbantuan kewangan dan tajaan syarikat. Dr.Farhana menemui
kemalangan.Helikopter yang dinaiki bersama suami terhempas dikawasan hutan Bentong ketika dalam perjalanan pulang ke kampung
suaminya diTerengganu. Kencana mengalami kesukaran setelah berlakunya kegawatan ekonomi.SBH globalmengalami
kejatuhan.Muflis. Kontrak dengan SBH Global ditamatkan. Kencana melalui episod baru.Bermulanya cabaran sebenar.Tanpa
biasiswa,teman sertasanak saudara.Seminggu sebelum kontrak belajar tamat,dia keluar dari apartmen untukmengembara.Barang-
barang ditinggalkan bersama Angelique.Niatnya mahu ke Paris menjadipelukis jalanan. Mula jadi gelandangan dan hidup
merempat.Bertemu dengan Dominique.Tinggal bersamaDominique.Hubungan menjadi rapat .Domi mengajar melukis potret.Menjadi
pelukis jalanandi Place du Tertre bersama gelandangan lain dari pelbagai Negara. Lukisannya yang pertama wajah Domi dibeli
dengan harga paling mahal, FR500. Kencana tidak memahami Domi sepenuhnya kerana ada sesuatu yang
dirahsiakan.Ketiadaanbeberapa anggota badannya menjadi tanda tanya kepada kencana.

Aspek Kesamarataan Gender

Peluang Pekerjaan
Kepada Wanita

Dr. Farhana telah memberikan Kencana juga diberi tunjuk ajar bagi
peluang pekerjaan kepada Kencana meningkatkan kemahiran dalam seni
untuk mencari rezeki di Syarikat SHB lukis ketika dia berhasrat untuk
Global menjadi pelukis jalanan.

Aspek Kesamarataan Gender

Tidak Mengambil
Kesempatan Terhadap
Gender Yang Berlainan

Domi menghormati kewanitaan Kencana Domi mengakui bahawa dirinya lelaki
dan tidak melakukan perkara-perkara kepada Kencana agar Kencana tidak
yang tidak bertentangan suruhan agama mengelirukan Kencana.
ketika mereka tinggal serumah.

NOVEL: DI SEBALIK DINARA

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan
minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya
kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama-sama Shida. Azraai
bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram
menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek
itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang
penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi
menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat
minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida
diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara.
Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha. Rakan
kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya,
Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl
yang meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha
menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina yang
menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.

NOVEL: DI SEBALIK DINARA

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan
Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia
melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi
Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia
ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.

Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram mendapatkan Shida untuk mengetahui
penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B
iaitu menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak berjaya
sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk
mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap
kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut
setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda
bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn
(mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram
mencuba menerobos minda Shida namun gagal.

NOVEL: DI SEBALIK DINARA

S Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy
telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung
dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam
Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang
suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat
dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh Karl kerana
enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke
Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai
menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil
hati Farisha dengan menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan
Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam
Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia
bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang
sebenar sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl
menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di
Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl
masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia
tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.

Edpeiklarsekpmuerkpiamunaentnedrahnaduajpi kaanjai k

Karl terlalu taksub untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga melupakan aspek
kemanusiaan.
Karl telah mengorbankan ramai manusia dan menjadikan mereka sebagai bahan kajian.
Salah satu mangsa korban adalah anak nya sendiri iaitu Karl telah menanam pelbagai implan dan
memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anak perempuannya iaitu Farisha untuk menjadikannya
genius dan mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains

Iuksnetmteurakirdmaijheaaldenipkdaaasnnkmaknaengagsnaasan

Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik.
Selepas berkahwin Karl mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama.
IsterI Karl iaitu Rusmina telah diseksa hingga cacat apabila isterinya enggan mengikut
Karl meninggalkan agama dan hidup sebagai ateis

TERIMA KASIH

E-PEMBELAJARAN BMMB3193

KONSEP TEORI
SASTERA

1. Irene anak Peter
2. Valerie anak Prinky
3. Vivian Michelle anak Petrus Empam

SOALAN

Untuk menambah pemahaman
anda berkaitan tajuk, rujuk\ jurnal,

atau buku-buku berkaitan dan
hasilkan nota ringkas berkaitan

konsep teori Sastera.

Dra. Zulfahnur Z.F, M.Pd, PBIN4104. MODUL 1. Lingkup Ilmu Sastra : Teori
Sastra Sejarah Sastra dan Kritik Sastra serta Hubungan antara Ketiganya.

Kata teori sastera berasal daripada dua kata iaitu, teori dan sastera.
Teori sastera ialah cabang ilmu sastera yang mempelajari tentang prinsip-
prinsip, hukum, kategoru, kriteria karya sastera yang membezakannya dengan
yang bukan sastera.
Teori adalah suatu sistem ilmiah atau pengetahuan sistematik yang
menerapkan pola pengaturan hubungan antara unsur-unsur yang diterapkan.
Teori berisi konsep/huraian tentang hukum-hukum umum sesuatu objek ilmu
pengetahuan dari suatu titik pandangan tertentu
Sesebuah teori dapat disimpulkan secara logik dan ditentukan kesahihannya
atau dibantah kesahihannya.

Ungku Maimunah Mohd.Tahir. (2006). Pemahaman dan Penerapan Sosiologi
Sastera dalam Sastera Melayu Moden.

‘sosiologi sastera’ itu menawarkan fahaman yang berbeza-beza di kalangan
penulis dan peneliti sastera Melayu moden.
Umar Junus (1986) menulis, antara lain, ‘sosiologi sastera’ ialah “melihat
karya sastera sebagai dokumen sosiobudaya, yang mencerminkan satu
zaman.” Dengan kata lain, dalam konteks sastera Melayu moden berbagai-
bagai istilah atau ungkapan digunakan untuk merujuk kepada apa yang
difahami, diterima dan disebarkan sebagai ‘sosiologi sastera’.
‘sosiologi sastera’ yang dimaksudkan lebih berpusat kepada penelitian dan
penilaian karya sastera atau yang berkaitan dengannya.
‘sosiologi sastera’ difahami sebagai usaha untuk menyerlahkan masyarakat
yang digambarkan dalam karya kreatif.

Mana Sikana. (2013). Arah perjalanan teori dan kritikan sastera
Malaysia dalam era globalisasi. International Journal of Malay
Letters Jilid 1. 143-168.

Antara teori sastera zaman moden ialah formalistik, moral, sosiologi, psikologi, arketaip dan
stilistik. Teori sastera pascamoden: strukturalisme, semiotik, pascastrukturalisme, dekonstruksi,
intertekstualiti, revisionisme, pascamodenisme, marxisme, feminisme, resepsi, sosiologi sastera,
hermeneutiks, Fenomenologi, New Historisisme, Pascakolonialisme, budaya, eko-sastera dan
lain-lainnya.
Sementara teori tempatan ialah Taabudiyyah, Puitika Sastera Melayu, Pengkaedahan Melayu,
Teksdealisme, Takmilah dan Konseptual Kata Kunci.
Penguasaan teori-teori sastera ini membantu untuk menghasilkan sesuatu teks.
Teori sastera dan kritikan sastera biasanya dicorakkan oleh kajian sastera, sebaliknya kajian
sastera juga dicorakkan oleh teori sastera. Kajian sastera dimulai dengan penelitian sastera
tradisional dengan aplikasi filologi, dan textual schoolship.
Golongan sosiologis, antropologis, sejarah dan sebagainya kini terpaksa belajar dan
menggunakan teori sastera untuk memahami bukan sahaja teks sastera, juga
pendokumentasian sejarah, sosial, ekonomi dan sebagainya.

RUJUKAN

Umur Junus. 1986. Sosiologi Sastera: Persoalan Teori dan Metode. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka




.Dra. Zulfahnur Z.F, M.Pd, PBIN4104. MODUL 1. Lingkup Ilmu Sastra : Teori Sastra Sejarah
Sastra dan Kritik Sastra serta Hubungan antara Ketiganya.

Mana Sikana. (2013). Arah perjalanan teori dan kritikan sastera Malaysia dalam era
globalisasi. International Journal of Malay Letters Jilid 1. 143-168.

Terima kasih

SELAMAT MENJADI GURU CEMERLANG

E- PEMBELAJARAN

M9 BMMB3193

Nama ahli Kumpulan 4 (PRBMM1-2):
1.Batricia Angelina anak Cain
2.Leonelly Aroline anak Roslind
3.Sophia Lunan anak Martin

bahan kuliah:

Teori Sastera Barat

Teori Strukturalisme
Teori Semiotik

Teori strukturalisme

"Strukturalisme" adalah gabungan daripada perkataan struktur dan sistem.
Secara etimologis, struktur berasal daripada perkataan Latin structura yang
membawa maksud bentuk manakala sistem berasal daripada perkataan
systema (Latin) yang bermaksud cara.
Teori Strukturalisme merupakan satu pendekatan yang digunakan untuk
menganalisis sebuah karya sastera berdasarkan struktur unsur-unsurnya.
Jika pendekatan struktural digunakan dalam sebuah analisis, unsur dalam
struktur karya sastera tidak memiliki makna dengan sendirinya, tetapi
maknanya ditentukan oleh hubungannya dengan semua unsur lain yang
terkandung dalam struktur tersebut (Hawkes, 1997).

Bentuk

strukturalisme:

1. Strukturalisme
3. Strukturalisme

Klasik Dinamik

2. Strukturalisme

Genetik

strukturalisme klasik

Strukturalisme klasik adalah strukturalisme paling awal.
Kajian yang hanya mengkaji struktur sesebuah karya semata-mata.
Penerapan strukturalisme klasik dalam sesebuah karya sastera
dilakukan dengan cara memadankan fakta sastera dengan tema
sehingga makna sesebuah sastera dapat difahami dengan jelas.
Struktur fakta sastera harus disokong dengan pengetahuan yang
mendalam tentang pengertian, konsep, fungsi dan semua yang berkaitan
dengan unsur tersebut.

strukturalisme genetik

Dalam konteks ini, "genetik" membawa erti asal usul karya sastera iaitu merujuk

kepada diri pengarang dan kenyataan sejarah yang menjurus kepada terciptanya

karya tersebut.
Strukturalisme genetik adalah strukturalisme yang tidak hanya mengkaji struktur

sesebuah karya malahan mengkaji kehidupan pengarang dan persekitaran sosial

masyarakat yang mendorong kepada lahirnya karya tersebut.
Tokoh strukturalisme genetik ialah Lucien Goldman.
-Menurut Goldman, terdapat dua jenis karya sastera iaitu,
1. Karya sastera pengarang utama - Struktur sasteranya selari dengan struktur

kelompok atau kelas sosial tertentu.
2. Karya sastera pengarang kelas kedua - Karya sastera yang tidak terlalu mendalami

dan hanya menceritakan permukaan realiti sosial sahaja.

strukturalisme dinamik

Strukturalisme dinamik merupakan kajian strukturalisme

dalam rangka semiotik.
Ini bermaksud karya sastera yang menggunakan teori

strukturalisme dinamik berkait rapat dengan sistem tanda.

tokoh-tokoh Teori strukturalisme

Tokoh pelopor atau utama dari teori strukturalisme ini
adalah Levi-Strauss.
Menurut beliau, strukturalisme adalah bidang ilmu yang
mempersonalkan struktur, iaitu cara yang bahagian-
bahagian sebuah sistem saling berkaitan. Maksudnya
sesebuah sistem akan berjalan lancar apabila memiliki
hubungan timbal balik dan kerjasama yang baik, jika salah
satu bagian dari sistem tersebut tidak berfungsi, maka
kesatuan sistem tersebut tidak akan berjalan dengan lancar.
Beliau juga berpendapat bahawa struktural bukanlah satu
pernyataan yang diberi secara langsung makna atau
kebenarnya melainkan hanya pendedahan awal sebagai
bayangan untuk sesuatu.

TEORI SEMIOTIK

Teori ini dicipta hasil dari gabungan cabang-cabang ilmu seperti antropologi,
sosiologi, psikologi, strukturalisme, linguistik dan sejarah seni.
Teori ini dikembangkan di Eropah dan Amerika Syarikat pada abad ke-19.
Ferdinand de Saussure (1857-1913) merupakan pelopor teori ini di Eropah
manakala Charles Sander Poerce (1839-1914) di Amerika.
Semiotik berasal daripada perkataan Greek di mana semeion bermaksud sains
umum yang mengkaji sistem perlambangan dalam segenap bidang kehidpan
manusia.
Dalam bidang sastera, semiotik mencuba untuk menyelongkar tanda-tanda
yang hadir dalam sesebuah karya.

TEORI SEMIOTIK

Lebih menumpukan soal kebahasaan dengan mencari dan memahami melalui
lambang dan perlembangan dalam teks.
Bahasa merupakan sistem yang ditandai oleh lambang yang berkait dengan
psikologi.
Teori semiotik adalah di antara teori kritikan pascamoden yang penting dan
banyak digunakan kini. Ia digunakan untuk memahami karya sastera melalui
tanda-tanda atau perlambangan-perlambangan yang ditemui di dalam teks.
Teori ini berpendapat bahawa dalam sesebuah teks itu terdapat banyak tanda
dan pembaca atau penganalisis harus memahami apa yang dimaksudkan
dengan tanda-tanda tersebut.


Click to View FlipBook Version