The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mariah.busrah, 2021-06-16 01:47:27

IS BC2

IS BC2

Lampiran DPP C2 (b)-1

Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak

INFORMATION SHEET

PROGRAMME STN SEMESTER 2
SESSION SHEET NO IS 01
CODE & COURSE NOV 2020 - APR 2021 WEEK 5
LECTURER TCB 21072
BUILDING CONSTRUCTION 2
SITI MARIAH BINTI BUSRAH

TOPIC UNIT 1: SCAFFOLDING
SUB-TOPIC
1.1 Safety precaution
1.2 Types and component of scaffolding

TOPIC LEARNING After completing the course, students should be able to:
OUTCOME
1. List the safety precaution during erecting scaffolding.
2. Identify types of sscaffolding.
3. State the components of scaffolding.

PENGENALAN

Peranca ialah binaan bersifat sementara yang berfungsi memudahkan dan
membolehkan pekerja - pekerja binaan menjalankan kerja seperti mengikat bata,
melepa, memasang siling, mengecat dan sebagainya pada tempat yang tinggi
dengan selamat. Ia boleh dibina dengan pelbagai kaedah dan bentuk untuk
menyesuaikan dengan keadaan dan tempat yang berlainan.

1.1 Panduan Penggunaan Perancah

1. Perancah yang dibina melebihi ketinggian 3m perlu dipasang oleh
juru perancah yang kompeten dan perlu diperiksa, disahkan dan ditanda
oleh pemeriksa juru perancah yang berdaftar dengan JKKP (DOSH).

Page 1 of 14

Lampiran DPP C2 (b)-1

2. Perancah perlu diperiksa semula oleh juru perancah setiap 7 hari
sekali / terdapat perubahan / cuaca buruk dan perlu direkod dalam buku
log kerja.

3. Perancah tiup logam melebihi 40meter dan perancah jenis lain
melebihi 15meter tinggi perlu dibina mengikut rekabentuk dan lukisan
Jurutera Profesional.
Perancah Tiub Logam melebihi 40meter tinggi:
 Perancah tiub logam tidak pasang siap (non-prefabricated) (tube &

coupler scaffold) tiub keluli yang mematuhi piawaian BS 1139.

Perancah Jenis Lain melebihi 15meter tinggi:
 Peracah tiub logam pasang siap (prefabricated) seperti perancah jenis

modular / dan perancah bingkai (frame scaffolding).
 Perancah tiub logam tidak pasang siap (tube & coupler scaffold): yang

tidak mematuhi piawaian (selain daripada BS 1139).
 Perancah tiub aluminium tidak pasang siap (non-prefabricated) (tube &

coupler scaffold): (Aluminium tiub yang mematuhi piawaian BS 1139).

4. Kelulusan rekabentuk dan lukisan perancah tiub logam perlu
diperolehi daripada Ketua Pemeriksa (JKKP) untuk perancah jenis
perancah tiub logam bersamaan dengan atau kurang daripada empat
puluh 40m tinggi.
 Perancah tiub logam tidak pasang siap (tube & coupler scaffold): tiub

keluli yang mematuhi BS 1139.

5. Ketinggian rel penghadang atas perlu dipasang minima satu 1m
dari plaform kerja dan ketinggian rel penghadang tengah perlu dipasang
maksimum 690mm dari bod jejari manakala bod jejari perlu dipasang
minima 200mmdari plaform kerja.

Page 2 of 14

Lampiran DPP C2 (b)-1

1.2 Types and Component of Scaffolding (Jenis-jenis Peranca dan
Komponen-komponen Peranca)
1.2.1 Jenis - Jenis Peranca
Peranca diketegorikan kepada pelbagai jenis mengikut cara binaannya. Ia
biasanya dikategorikan kepada keadaan rendah dan tingginya satu - satu
binaan itu. Bagi kerja - kerja rendah dan ringan, peranca yang biasa
diaplikasikan ialah peranca jenis kuda - kuda, tangga dan pendakap.
Manakala peranca yang digunakan untuk pembinaan yang tinggi ialah
peranca jenis putlog tunggal, bebas ganda, julur dan peranca bergerak.
Bahan - bahan yang digunakan sebagai pembuatan kepada peranca adalah
terdiri daripada kayu bakau, paip besi, aloi aluminium, buluh dan sebagainya.
Bahan - bahan peranca hendaklah ditentukan tidak memiliki sebarang kerosakan
atau kecacatan. Ini adalah untuk menjaminkan keselamatan pekerja yang
menggunakannya.
1.2.1.1 Peranca Kerja - Kerja Ringan
a) Peranca Kuda - Kuda
Peranca ini digunakan untuk kerja - kerja tidak tinggi seperti tembok satu
tingkat, memasang siling dan sebagainya. Dengan kata lain, peranca ini
digunakan terhadap pembinaan yang tingginya tidak melebihi 4m. Papan
setebal 30mm hendaklah digunakan sebagai pelantar dan disokong oleh
kuda - kuda. Jarak antara dua kuda - kuda biasanya tidak melebihi 1.5m.
Apabila papan pelantar hendak disambung, perlu dilekapkan 150mm
sekurang - kurangnya dan diikat dengan dawai.

Page 3 of 14

Lampiran DPP C2 (b)-1

Rajah 1.2 (a): Peranca Kuda - Kuda
b) Peranca Tangga
Satu kaedah membuat kerja pada tempat agak tinggi dengan menggunakan tangga
yang sedia ada. Papan pelantar merentangi dua buah tangga dengan tingginya tidak
melebihi 1.8m dan sudut bukaan kaki tangga pula hendaklah dalam lingkungan 350.
Papan pelantar jenis ini hendaklah terdiri daripada jenis kayu yang agak keras seperti
kapur, balau dan sebagainya. Tebal papan pelantar adalah tidak kurang daripada
30mm dan bebas daripada sebarang kecacatan.

Rajah 1.2 (b): Peranca Tangga
Page 4 of 14

Lampiran DPP C2 (b)-1

c) Peranca Pendakap
Digunakan untuk menyandar pada tembok yang sedia ada utuk membuat
kerja yang ringan seperti membuat kemas ikatan bata, mengecat atau
sebagainya.

Rajah 1.2 (c): Peranca Pendakap

1.2.1.2 Peranca Kerja - Kerja Tinggi
a) Peranca Putlog Tunggal
Peranca ini dibina menggunakan kayu bakau bulat atau persegi. Ia
amat sesuai digunakan untuk kerja menerap bata dalam pembinaan dinding,
terutamanya untuk dinding luar. Sebahagian peranca akan disokong oleh
tembok kerana hujung putlog dimasukkan ke dalam tembok.
Peranca putlog tunggal mempunyai satu barisan tiang tegak dengan
jarak 1.8 - 2.4m. Kedudukan peranca ini adalah 1.2 - 1.3m dari permukaan
dinding. Tiang tegak dipaku ke atas tapak kayu dan didirikan tegak dengan
diikat pada lejar. Lejar dipasang selari dengan dinding sepanjang peranca
dan jarak antaranya adalah 1.4m. Anggota putlog diikat pada lejar dengan
jarak di antara 1.2 - 1.4m dan hujung sebelahnya dimasukkan ke dalam
dinding bata sedalam 80mm. Semua lubang bekas putlog hendaklah
disumbat padat selepas kerja - kerja perlaksanaan dilakukan.
Satu langkah yang perlu diambil untuk mengukuhkan peranca ialah
dengan cara memasang rembat silang kepada tiang tegak yang bertemu
dengan lejer dan putlog. Pelantar peranca dibuat daripada papan - papan

Page 5 of 14

Lampiran DPP C2 (b)-1
setebal 30 - 38mm dan unjuran daripada putlog tidak melebihi empat kali
tebalnya. Sebagai langkah keselamatan, tepi pelantar yang jauh dari tembok
dipasangkan papan pacak dan susur pelindung sebagai langkah
keselamatan. Papan - papan pelantar disokong oleh putlog. Semua
sambungan untuk peranca hendaklah dipaku atau diikat dengan rotan atau
tali.

Rajah 1.2 (d): Peranca Putlog Tunggal

Rajah 1.2 (e): Putlog dimasukkan ke Dalam Tembok

Page 6 of 14

Lampiran DPP C2 (b)-1

Rajah 1.2 (f): Tambahan Pada Bukaan Tembok
b) Peranca Bebas Ganda

Direkabentuk untuk menanggung beban (bahan dan manusia).
Keistimewaan peranca jenis ini ialah ia tidak bergantung kepada bangunan
untuk menyokong bebannya dan ini menyebabkan ia amat sesuai
dipraktikkan dalam pembinaan struktur kerangka bertingkat - tingkat.

Peranca bebas ganda mempunyai dua baris tiang tegak yang berdiri
tegak dengan jarak di antara tiang ialah 2 - 2.4m. Tiang tegak barisan dalam
diletakkan sejauh 300mm dari permukaan dinding untuk memberikan
keselesaan kepada para pekerja melaksanakan tugas - tugas mereka. Plat
atas pada tiang tegak dipaku kepada alas tapak kayu. Lejer berjarak 2m
dipasangkan selari dengan tembok sepanjang peranca untuk menegakkan
tiang.

Transom dipasang ke atas dua lejer dengan jarak 1.2 - 2.4m untuk
mengikat kedua - dua barisan tegak serta menyokong papan pelantar.
Tinggi maksimum yang selamat untuk peranca ini adaalh dalam lingkungan
61m.

Page 7 of 14

Lampiran DPP C2 (b)-1

Rajah 1.2 (g): Peranca Bebas Ganda
Rajah 1.2 (h): Pelan Tegak Keratan

Page 8 of 14

Lampiran DPP C2 (b)-1

Rajah 1.2 (i): Tambahan Pada Bukaan Tembok
c) Peranca Julur

Sejenis peranca bebas yang bergantung kepada bangunan untuk
menanggung bebannya. Peranca ini dipilih jika terdapat tempat menjalankan
kerja - kerja pembinaan terlalu sempit. Ia juga dipraktikkan apabila kerja -
kerja pembinaan atau pembaikan hanya dilakukan pada tingkat atas sahaja
tanpa melibatkan tingkat bawah. Cara pemasangannya adalah sama
dengan pemasangan peranca jenis bebas berganda kecuali ia mempunyai
tambatan yang dibina melalui bukaan tembok.

Tambatan ini terdiri daripada dua baris punceon yang dibaji di antara
lantai dengan siling di dalam bangunan. Pada kedua - dua barisan punceon
dipasang transom melintang yang menjujur ke peranca luar dengan terikat
pada tiang tegak. Kekuda topang sendeng dipasang bersudut untuk
menyokong bahagian bawah peranca. Jaring dawai dipasang di bahagian
bawah peranca untuk memastikan keselamatan pekerja yang lalu atau
bekerja di bawah bangunan tersebut. Had maksimum ketinggian peranca ini
yang selamat digunakan ialah 12m.

Page 9 of 14

Lampiran DPP C2 (b)-1

Rajah 1.2 (j): Peranca Julur

Rajah 1.2 (k): Pelan Tegak Keratan
d) Peranca Bergerak

Sejenis peranca bebas yang boleh dipindahkan ke kawasan kerja
dengan mudah. Peranca ini berbentuk menara bersegi yang diperbuat
daripada paip bulat keluli atau rangka paip keluli.

Pada kakinya dipasang roda kaster supaya peranca ini boleh
digerakkan ke mana - mana tempat yang dikehendaki. Mengikut peraturan
keselamatan, pelantar kerja hendaklah berukuran tidak kurang daripada
1.2m x 1.2m. Manakala untuk menjamin kestabilan peranca, tingginya

Page 10 of 14

Lampiran DPP C2 (b)-1
adalah dihadkan kepada 10m sahaja.

Peranca ini amat sesuai untuk melaksanakan kerja - kerja seperti
mengecat, membaiki siling dan sebagainya.

Rajah 1.2 (l): Peranca Bergerak Paip Bulat

Page 11 of 14

Lampiran DPP C2 (b)-1

Rajah 1.2 (m): Peranca Bergerak Rangka Paip Keluli
Page 12 of 14

Lampiran DPP C2 (b)-1

1.2.2 Komponen - Komponen Perancah

Page 13 of 14

Lampiran DPP C2 (b)-1
EXERCISE

1. Berapakah had ketinggian peranca yang memerlukan sijil pemasangan peranca?
2. Bilakah pemeriksaan peranca dilakukan?
3. Senaraikan tiga jenis kerja pemasangan peranca mengikut keperluan kerja.
REFERENCE:
1. Teknologi Bahan Binaan. Tan Boon Tong, Dewan Bahasa dan Pustaka 2000.
2. Ringkasan implementasi Kerja Bangunan, Azizan Mohd Nor. Dewan

Bahasa dan Pustaka, 2003.
3. Modul ECB 2115 Building Construction 2
4. Kursus Seni Bina, R. Barry Ariba, International Book Service (IBS), Petaling Jaya,

1985.
5. Teknologi Bangunan Asas, Jahiman Badron, Limma Enterprise Sdn. Bhd, Kuala

Lumpur, 1984.
6. http://emesengineering.blogspot.com/2011/06/tahukah-anda-jenis-pintu-kayu.html

Page 14 of 14

Lampiran DPP C2 (b)-1

Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak

INFORMATION SHEET

PROGRAMME STN SEMESTER 2
SESSION SHEET NO IS 15
CODE & COURSE NOV 2020 - APR 2021 WEEK 14
LECTURER TCB 21072
BUILDING CONSTRUCTION 2
SITI MARIAH BINTI BUSRAH

TOPIC UNIT 7: ROOF
SUB-TOPIC
7.3 Roof Structure
7.4 UBBL Requirements

TOPIC LEARNING After completing the course, students should be able to:
OUTCOME
1. Explain the function of roof structure.
2. Discuss UBBL requirement for roof structure.

7.3 ROOF STRUCTURE (STRUKTUR BUMBUNG)
BAHAGIAN-BAHAGIAN BUMBUNG

Page 1 of 7

Lampiran DPP C2 (b)-1

i. Kasau - Kasau Betina
Dibina merentangi Larian dari perabung ke plat tembok. Bertujuan menyokong
beroti, penutup bumbung dan gulung-gulung

ii. Perabung
Komponen yang berada pada posisi puncak bumbung dipertemuan antara kedua
kepala kasau yang bersebelahan. Bertujuan memegang dan mengikat kepala
kasau.

iii. Beroti
Komponen dibina melintang kasau betina bagi menyangkut atau memegang
penutup bumbung genting

iv. Alang Pengikat/ Gelegar Siling
Dibina melintang Rentang antara kaki kasau yang bertentangan. Tujuannya bagi:

• memegang dan mengikat kaki kasau.
• Komponen sokongan bagi memegang kerangka siling

v. Topang
Komponen menyerong menongkat dari alang pengkat kekada kasau. Tujuannya
menyokong kasau supaya tidak melenduk

vi. Gulung-Gulung
Komponen dibina melintang kasau. Ia berada pada posisi dibawah kasau untuk
menyokong kasau dan di atas kasau bagi menyokong penutup bumbung
bergelugur.

JENIS-JENIS BAHAN STRUKTUR BUMBUNG

Bahan yang digunakan untuk membina struktur bumbung terdiri daripada:

i. Kayu
ii. Keluli

i. Kayu

a) Jenis kayu yang digunakan biasanya terdiri daripada kayu sederhana keras
berukurannya berubah-ubah mengikut anggota struktur dan jarak rentang ianya
dipasang.

b) Kayu jenis ini mempunyai rintangan yang baik terhadap cuaca dan serangan kulat
c) Saiz Kasau antara 100 x 38, 100x 50mm - 150mm x 50.

Page 2 of 7

Lampiran DPP C2 (b)-1

Saiz kerangka seperti gulung-gulung antara 175mm x 50mm – 225mm-75mm
bergantung kepada jarak gulung-gulung dan kecuraman bumbung
Saiz beroti antara 38mm x 25mm- 50mmx 25mm (Rentang antara 450mm
600mm)
Saiz alang pengikat bergantung kepada jarak rentang.

Rentang Maksimum (m) Saiz Alang (mm)
2.72 100 x 50
3.79 125 x 50
4.04 150 x 50
4.70 175 x 50
5.34 200 x 50
5.98 225 x 50

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAYU

 Kelebihan
• Senang dipotong, dirata, dipaku dan diskru
• Rupa dan kemasan yang cantik
• Aliran haba dan elektrik yang rendah
• Kelasakan yang tinggi jika dirawat dan digunakan dengan betul
• Kosnya berpatutan dan senang diperolehi
• Sesuai untuk semua kegunaan da keadaan

 Keburukan
• Senang terbakar dan merebakkan api
• Pengecutan
• Mudah diserang oleh serangga dan cendawan

Page 3 of 7

Lampiran DPP C2 (b)-1

ii. Keluli
• Terdiri dari keluli jenis C section dan Top Hat

• Saiz standard untuk keluli C-section

❖ Penggunaan keluli mempunyai kelebihan tersendiri, iaitu:
• Ringan, kuat, tidak reput dan tidak terjejas dengan anai-anai.
• Tahan api
• Tidak menggeleding atau piuh
• Bagi pemasangan prafebrikasi ia lebih ekonomi.

➢ PEMILIHAN BAHAN
a) Berdasarkan fakta yang dijelaskan di atas, pemilihan struktur bumbung banyak

dipengaruhi oleh saiz bahan, jenis bahan, jenis penutup bumbung yang
digunakan, bentuk bangunan, nilai estetika dan ekonomi.
b) Kerangka bumbung yang menyokong penutup bumbung genting akan berbeza
dari segi saiz bahan dan jenis bahan dengan kerangka yang menyokong penutup

Page 4 of 7

Lampiran DPP C2 (b)-1
bumbung polikarbonat atau atap gelugor zing
c) Anggota keluli lebih banyak kelebihan berbanding kayu berdasarkan fakta yang
diberi.
❖ Oleh itu pemilihan bahan khusus untuk kekuda dan kerangka hendaklah

berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah dinyatakan diatas. Jika keluli
dipilih bagi projek yang akan dibina, maka ianya hendaklah memenuhi kriteria
berikut:
• Pengikat atau gelegar siling hendaklah boleh diikat kemas kepada struktur
bumbung dan dapat bertahan dengan keadaan cuaca tempatan.
• Beroti hendaklah memenuhi kod bangunan dan keperluan
• Tolok keluli bergantung kepada jarak kasau
• Dihasilkan dari besi galvani atau keluli bersalut aluminium zinc.
• Beroti keluli hendaklah dipilih supaya genting bumbung AHI atau panel dapat
disokong disepanjang tepi hadapan dan genting dapat didiikat kemas pada beroti.

Page 5 of 7

Lampiran DPP C2 (b)-1

7.4 UBBL REQUIREMENTS

Undang-undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 [UBBL] telah menetapkan keperluan
bagi satu set peraturan bangunan standard untuk negara. Walau bagaimanapun,
walaupun kerajaan persekutuan mengetengahkan UBBL pada tahun 1985, realitinya
adalah sehingga hari ini penggunaan dan tafsiran UBBL adalah apa-apa tetapi
berseragam. Penguatkuasaan UBBL dikawal oleh negara-negara dan oleh itu
diwartakan secara berasingan dengan versi yang sedikit berbeza untuk setiap negeri.

Memandangkan UBBL adalah perkara negeri, banyak Pihak Berkuasa Tempatan dan
Jabatan Teknikal mempunyai bacaan dan tafsiran mereka sendiri mengenai UBBL.
Perbezaan dalam terjemahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu juga
menambah kekeliruan. Oleh itu, terdapat keperluan untuk mengkaji kembali UBBL dan
memujuk semua kerajaan negeri untuk bersetuju dengan nota penjelasan standard
"Pihak Berkuasa Tempatan" yang diiktiraf. Untuk itu, jabatan bomba telah menghasilkan
dua buku definitif mengenai tafsiran mereka tentang keperluan sistem perlindungan
kebakaran yang menjadi rujukan yang sangat berguna bagi pereka.

Kemajuan yang berterusan dalam teknologi pembinaan dan sains telah membuat
beberapa undang-undang kecil dalam UBBL "belum selesai". Sebagai contoh, Malaysia
telah mengalami perkembangan pesat sejak dua dekad yang lalu. Struktur berskala
besar, seperti lapangan terbang baru, pusat membeli-belah dan pembangunan
campuran, telah dibina dengan pendekatan baru dan reka bentuk.

Kod UBBL dan Kod Keselamatan lain yang sedia ada tidak terpakai kepada struktur ini.
Oleh itu, terdapat keperluan untuk UBBL dikemas kini untuk mencerminkan "canggih"
dan membuat peruntukan bagi undang-undang kecil di dalamnya untuk dipinda untuk
membolehkan penyesuaian berterusan untuk memenuhi masa yang sentiasa berubah.
Pendekatan Berdasarkan Prestasi Kebakaran - telah diterima secara rasminya pada
tahun 2002 oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia [Bomba] untuk
menyelesaikan beberapa kekurangan ini. Pendekatan, yang telah diamalkan secara
meluas di luar negara, adalah kaedah berasaskan saintifik dan kejuruteraan di mana
penentuan jenis dan standard sistem perlindungan keselamatan kebakaran memerlukan
ujian dan penyelidikan khusus.

Terdapat undang-undang kecil dalam UBBL yang tidak dirujuk oleh profesional dan /
atau didapati tidak relevan. Sebagai contoh, bilangan seksyen yang baik di bawah
keperluan struktur telah diabaikan dan tidak dirujuk oleh jurutera struktur kerana
kebanyakan menggunakan Standard British sebagai panduan reka bentuk utama
mereka. Oleh itu, adalah yang terbaik untuk melihat kembali seksyen ini dan
memutuskan sama ada mempunyai klausa-klausa ini yang dimansuhkan atau dipinda
untuk memenuhi masa.

Page 6 of 7

Lampiran DPP C2 (b)-1

Berikut beberapa clausa yang termaktub dalam UNDANG UNDANG KECIL
BANGUNAN 1984 berkaitan dengan bumbung yang boleh dirujuki.

➢ Clauses 63- 65
Reference to roof slope and loads design to be considered for a flat roof.
Clauses 114
Consideration of roof of timber.

➢ Clauses 115-117
Reference to roofs, as consideration for run-off water on roof surface, requirement of
drain and water trap.

➢ Clauses 208 – 212
Reference to roofs, Reference to buildings, Construction of roofs, Roofing materials,
Category designation for fire penetration and spread of flame on roof surface.

EXERCISE

1. Senaraikan lima (5) bahagian struktur kerangka bumbung.

2. Terangkan keburukan menggunakan kayu sebagai struktur bumbung.

3. Apakah kelebihan menggunakan keluli sebagai struktur bumbung?

REFERENCE

1. Teknologi Bahan Binaan. Tan Boon Tong, Dewan Bahasa dan Pustaka 2000.
2. Ringkasan implementasi Kerja Bangunan, Azizan Mohd Nor. Dewan

Bahasa dan Pustaka, 2003.
3. Modul ECB 2115 Building Construction 2
4. Kursus Seni Bina, R. Barry Ariba, International Book Service (IBS), Petaling Jaya,

1985.
5. Teknologi Bangunan Asas, Jahiman Badron, Limma Enterprise Sdn. Bhd, Kuala

Lumpur, 1984.
6. Undang-undang Malaysia. (2009). Undang-undang Kecil Bangunan Seragam. Kuala

Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.
7. http://emesengineering.blogspot.com/2011/06/tahukah-anda-jenis-pintu-kayu.html

Page 7 of 7

Lampiran DPP C2 (b)-1

Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak

INFORMATION SHEET

PROGRAMME STN SEMESTER 2
SESSION SHEET NO IS 02
CODE & COURSE NOV 2020 - APR 2021 WEEK 5
LECTURER TCB 21072
BUILDING CONSTRUCTION 2
SITI MARIAH BINTI BUSRAH

TOPIC UNIT 1: SCAFFOLDING
SUB-TOPIC
1.3 Requirements for installation and dismantle of
scaffolding

TOPIC LEARNING After completing the course, students should be able to:
OUTCOME
1. Describe the procedures to erect and dismantle
scaffolding.

1.3 KEPERLUAN UNTUK MEMASANG DAN MEMBUKA (MENANGGAL)
PERANCA

Kerja - kerja pemasangan dan menanggalkan peranca mestilah dibawah seliaan
personel yang berpengalaman dan sangat menekankan aspek keselamatan serta biasa
dengan peraturan dan undang - undang setempat, negeri dan persekutuan berkaitan
dengan pemasangan peranca.

Adalah menjadi tanggungjawab personel yang dilantik memastikan semua komponen
peranca berkeadaan danberfungsi baik, tiada sebarang kerosakkan dan tidak reput.
Jika ada dikesan sebarang kerosakkan, personel bertanggungjawab tidak
membenarkan personel bangunan menggunakan peranca tersebut sehingga masalah
kerosakkan itu di atasi dan diuji selamat untuk di naiki.

Page 1 of 9

Lampiran DPP C2 (b)-1

Sebarang penyelarasan skru hendaklah dikenalpasti dan diketahui personel yang
bertanggungjawab dan diperiksa cukup semua pin penyambung ditempat yang
sepatutnya.

Selepas siap tingkat pertama kerangka peranca dipasang, plumb dan level dengan
menggunakan alat plumb dan level pada kesemua kerangka. Ini bagi memastikan
peranca dalam ketegakkan yang betul walau setinggi mana pun ia perlu dipasang.

Gunakan planking atau platform semasa kerja menaikkan tingkat peranca setiap kali
pada aras ketinggian terkini. Planking atau platform perlulah bergerak ke setiap aras
ketinggian yang baru semasa memasang peranca.

Pemeriksaan peralatan peranca Sebelum Penegakan

Ketiga-tiga bidang utama pemeriksaan adalah untuk kakisan, kelurusan ahli dan
kimpalan. Ini terpakai kepada semua komponen sistem perancah.

1. Berkarat atau terhakis peralatan adalah tanda-tanda pengabaian dalam menjaga.
2. Kelurusan ahli - Bengkok disebabkan salahurus dalam membawa dengan trak dan

menyimpan. Semua komponen perancah harus lurus dan bebas kemek
3. Mengimpal - kunci peranti pada bingkai dan penyokong hendaklah berkeadaan baik,

jika tidak hendaklah dibaiki atau diganti sebelum menggunakan. Brek Caster
hendaklah dalam keadaan yang baik.

Pemeriksaan Akhir dan Harian setelah Pemasangan Peranca.

Semak untuk melihat bahawa terdapat sokongan yang betul di bawah setiap kaki
rangka. Periksa juga untuk kemungkinan tanah runtuh kerana hujan. Semak untuk
memastikan bahawa semua plat asas dan skru pelarasan berada dalam hubungan
yang kukuh dengan penyokong mereka. Semua nut pelarasan perlu selesa (diikat
kemas) terhadap bingkai.

Bingkai perlu diperiksa untuk plumbness dalam kedua-dua arah. Jika terdapat jurang
antara bahagian bawah antara satu kerangka, ia menunjukkan bahawa salah satu skru
pelarasan mesti diselaraskan. Setiap kaki mestilah dirembat menyilang pada kerangka
bersebelahan dan pastikan ianya diikat dengan ketat.

Semak untuk pastikan bahawa semua papan dan aksesori dipasang dengan betul untuk
memastikan semua sambungan dijamin antara struktur dan perancah. Semak untuk
pastikan semua hadangan berada di tempat. Periksa secara berkala sambungan
pengapit dan lain-lain jika ada pergerakan. Pastikan ada akses yang selamat semasa
diatas platform.

Page 2 of 9

Lampiran DPP C2 (b)-1

PENANGGALAN PERANCAH

Kerja-kerja menanggal perancah harus berada di bawah penyeliaan individu yang
mempunyai pengalaman. Semak untuk melihat jika perancah telah diubah struktur
menjadikan ia tidak selamat, dan jika demikian pemunggahan semula komponen yang
perlu dilakukan. Buka perancah bermula dari bahagian atas, bermula dari alat fitting.

Bekerja sekurang-kurangnya dua papan diletakkan pada kerangka. Gerakkan planking
turun apabila komponen siap ditanggalkan secara berperingkat. Jangan keluarkan
pengunci sehingga pemunggahan komponen telah mencapai peringkat yang selamat.
Sentiasa kekal diatas platform. Jangan memanjat semasa pembongkaran. Elakkan
daripada menjatuhkan atau membuang komponen ke bawah.

Keperluan umum peranca adalah seperti berikut:

1. Perancah –pelantar sementara - kerja-kerja dibahagian atas melebihi 1.5 meter -
dipasang mengikut peraturan oleh pekerja yang mahir.

2. Fungsi utama - pelantar untuk bekerja - menempatkan bahan dan logi -pelantar
dan tangga untuk laluan pekerja.

3. Kemalangan - tidak mengikut peraturan seperti bahan tidak bermutu, tidak
mengikut syarat pemasangan dan membuka perancah tanpa perancangan .

PEMASANGAN PERANCA PUTLOG

Keperluan aturan kerja pemasangan bagi peranca jenis putlog adalah seperti berikut:

1. Tiang tegak (standard) dengan jarak 1.8 m hingga 2.4 m.
2. Ia diletak diantara 1.2 m hingga 1.3 m jauh dari permukaan tembok.
3. Tiang tegak ini dipaku keatas alas tapak kayu dan didirikan tegak dengan diikat

kepada lejer.
4. Lejer ini dipasang selari dengan tembok sepanjang peranca dan jaraknya satu

sama lain ialah 1.4 m.
5. Anggota putlog diikat kepada lejer dengan jarak diantara 1.2 m hingga 1.4 m dan

hujung sebelahnya dimasukkan kedalam tembok bata sedalam 80 mm.
6. Semua lubang bekas putlog hendaklah disumbat padat selepas kerja selesai.
7. Langkah-langkah yang diambil untuk mengukuhkan peranca ialah dengan

memasang rembat silang kepada tiang tegak yang bertemu dengan leger dan
putlog.
8. Pelantar kerja papan 32 mm - 50 mm dan unjuran hujung dari putlog tidak
melebihi 4 kali tebalnya.
9. Tepi pelantar dipasangkan papan pacak dan susur pelindung.
10. Papan pelantar disokong oleh putlog.
11. Semua sambungan untuk peranca kayu mestilah dipaku atau diikat dengan rotan

Page 3 of 9

Lampiran DPP C2 (b)-1

atau tali (manila hemp).
12. Bagi perancah paip bulat keluli, alat penyambung penjodoh (connecting

coupling) digunakan.
PEMASANGAN PERANCAH INDEPENDENT (PERANCAH BEBAS GANDA)
Untuk memasang peranca bebas ganda ini memerlukan jarak tiang tegak ialah 2.0 m -
2.4 m. Tiang tegak dipasang sebaris dengan jarak perletakkan setiap tiang sejauh 300
mm dari permukaan tembok. Kemudian plat alas tiang tegak dipaku kepada alas tapak
kayu.
Ledger berjarak 2 m dipasang selari dengan tembok sepanjang perancah untuk
menegakkan tiang tegak. Transom dipasang keatas dua lejer dengan jarak 1.2 m - 2.4
m untuk mengikat kedua-dua barisan tegak serta menyokong papan pelantar. Tinggi
maksimum yang selamat untuk perancah bebas ialah dalam lingkungan 61 m.
PEMASANGAN PERANCAH JULUR
Pemasangannya sama dengan jenis perancah bebas ganda kecuali ia memerlukan
tambatan dibina melalui bukaan tembok. Tambatan terdiri daripada dua baris punceon
yang dibaji diantara lantai dengan siling. Kedua-dua barisan punceon dipasangkan
transom secara melintang yang mengunjur ke peranca luar dengan terikat kepada tiang
tegak.
Topang sendeng dipasangkan bersudut untuk menyokong bahagian bawah perancah.
Jaring dawai dipasangkan dibahagian bawah peranca untuk menjaga keselamatan
pekerja yang lalu atau bekerja dibawah bangunan tersebut. Had tinggi yang selamat
untuk peranca julur ialah 12 m.
1.3.A) KAEDAH PEMASANGAN PERANCAH

Page 4 of 9

Lampiran DPP C2 (b)-1
Page 5 of 9

Lampiran DPP C2 (b)-1

NOTE:In dismantling the
scaffold, same procedure as
erecting but access / egress
ladder will be the last priority.

Page 6 of 9

Lampiran DPP C2 (b)-1
1.3.B) PERALATAN KESELAMATAN KERJA TEMPAT TINGGI

Page 7 of 9

Lampiran DPP C2 (b)-1

1.3.C) PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN PENCEGAHAN JATUH

Kerja Tempat Tinggi

Sediakan peralatan pencegahan jatuh
yang mencukupi apabila dikehendaki
melakukan kerja-kerja di tempat tinggi.
Pastikan pekerja yang melakukan
kerja di tempat tinggi mempunyai
kemahiran dan kesihatan yang baik.

Periksa dan pastikan abah-abah
keselamatan, tali sawat (lanyard), tali
nyawa (life line), penyangkut (snap
hooks) dan topi keselamatan
berkeadaan baik.

Pakai topi keselamatan dan
sarungkan abah-abah keselamatan
pada badan dan laraskan mengikut
kesesuaian dan keselesaan.

Mulakan aktiviti memanjat dan
pastikan :

 Penyangkut (snap hooks)
sentiasa di sangkut pada
bahagian tangga atau
bahagian perancah pada
aras yang lebih tinggi
daripada aras pinggang atau

 Rope grab pada tali
sawat (lanyard) berhubung /
bersambung dengan tali
nyawa (vertical life line).

Page 8 of 9

Lampiran DPP C2 (b)-1

Apabila sampai di kawasan bekerja,
pastikan penyangkut (snap hooks)
pada tali sawat (lanyard) di sangkut
kepada tali nyawa (horizontal life line)
atau di sangkut pada anchorage.

EXERCISE

1. Senaraikan peralatan yang dipakai semasa bekerja di atas peranca.

2. Berapakah had tinggi yang selamat bagi peranca julur?

3. Berapakah jarak tiang tegak bagi pemasangan peranca bebas ganda?

REFERENCE :

1. Teknologi Bahan Binaan. Tan Boon Tong, Dewan Bahasa dan Pustaka 2000.
2. Ringkasan implementasi Kerja Bangunan, Azizan Mohd Nor. Dewan

Bahasa dan Pustaka, 2003.
3. Modul ECB 2115 Building Construction 2
4. Kursus Seni Bina, R. Barry Ariba, International Book Service (IBS), Petaling Jaya,

1985.
5. Teknologi Bangunan Asas, Jahiman Badron, Limma Enterprise Sdn. Bhd, Kuala

Lumpur, 1984.
6. http://emesengineering.blogspot.com/2011/06/tahukah-anda-jenis-pintu-kayu.html

Page 9 of 9

Lampiran DPP C2 (b)-1

Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak

INFORMATION SHEET

PROGRAMME STN SEMESTER 2
SESSION SHEET NO IS 03
CODE & COURSE NOV 2020 - APR 2021 WEEK 5
LECTURER TCB 21072
BUILDING CONSTRUCTION 2
SITI MARIAH BINTI BUSRAH

TOPIC UNIT 2: CARPENTRY AND JOINERY
SUB-TOPIC 2.1 Introduction to carpentry and joineries

TOPIC LEARNING After completing the course, students should be able to:
OUTCOME 1. Identify the type and uses of joinery

2.1 PENGENALAN KERJA KAYU DAN TANGGAM

Kerja kayu dan tanggam merupakan sebahagian dalam kerja binaan bangunan
berasaskan kayu. Ia berkembang dari zaman ke zaman mengikut kehendak dan
keperluan semasa seiring dengan perkembangan teknologi terkini. Kerja kayu tidak
dapat dipisahkan dengan kerja tanggam. Untuk membentuk struktur kayu yang kukuh
tanggam merupakan penyambungan yang terbaik. Penelitian yang khusus perlu dalam
menghasilkan tanggam yang baik.

Di peringkat awal, pembinaan rumah melayu hanyalah dengan cara mengikat dua
bahagian kayu dan tarahan tanggam. Penggunaan paku kayu yang dikenali sebagai
“pemeting” untuk menguatkan persediaan rangka rumah. Antara contoh pembinaan
rumah yang menggunakan kayu tanggam pembinaan Istana Seri Menanti di Negeri
Sembilan yang tidak menggunakan paku dan hanya menggunakan tanggam semata-
mata pada setiap penyambungan. Kebanyakkan binaan istana dan rumah melayu lama
menggunakan sepenuhnya tanggam.

Page 1 of 5

Lampiran DPP C2 (b)-1

Tanggam merupakan dua bahagian kayu yang dipotong & dicantumkan bagi
tujuan memberi pegangan yang rapat dan teguh. Proses pembinaan tanggam jika
dahulunya bergantung sepenuhnya hasil kudrat manusia menggunakan alatan tangan
kini penghasilan tanggam bergabung dengan peralatan tangan dan mesin. Bahan
Pengikat seperti skru, paku, beting dan gam glu juga digunakan untuk mencantumkan
dua komponen kayu atau papan.Tanggam digunakan sangat meluas dalam
pertukangan kayu dalam industri binaan berasaskan kayu dan pembuatan perabut.

Jenis-jenis kayu, ciri-ciri kayu dan kegunaan.

Kayu Warna Ciri-Ciri Umum Contoh Kegunaan

Jelutung Kuning Muda Tidak Begitu Kuat Panel hiasan, papan lapis,
Tidak tahan lasak perabot / penggunaan
Sepetir Merah Jambu Mudah mengerjakan bahagian dalam bangunan
Melawis Atau Perang
Keruing Kuat Produk larikan
Kapur Kuning Muda Sangat liat, urat tidak
Nyatuh Kuning Muda selari sukar Membuat papan lapis
Atau Ungu mengerjakannya.
Tua Lantai dermaga
Urat halus dan rata.
Merah Pintu , tingkap dan rangka
Keperangan Urat kasar dan rata bot.

Merah Perang Sangat kuat dan tahan Papan lapis, ukiran bingkai
Pucat lama, berbau kapur barus pintu dan tingkap serta
dan amat mudah perabut.
dikerjakan.
Kuat dan tahan lama,
mudah kotor dan mudah di
gilap.

Cengal Hijau Keras, Berat, Kuat Dan Jambatan, Landasan
Kekuningan / Tahan Lama. Kereta Api, Bot Dan Dek
Perang Tahan Serangan Kulat Lori.
Kehitaman Dan Anai-Anai.

Getah Kuning Muda Urat Sederhana Halus Perabut
Mudah Dikerjakan

Meranti Merah Putih Urat Kasar Dan Kesat Perabut

JADUAL JENIS KAYU DAN KEGUNAANNYA.

Page 2 of 5

Lampiran DPP C2 (b)-1
KECACATAN KAYU / PAPAN
Kecacatan kayu disebabkan rongga dan rekahan
Kayu akan menjadi kurang kualiti apabila terdapat kecacatan. Antara kecacatan lazim
pada kayu adalah disebabkan rekahan yang membentuk rongga. Kesan ini dapat dilihat
pada pemukaan kayu yang telah dipotong dalam keadaan cuai atau cara penyimpanan
yang salah terdedah kepada faktor menyumbang kecacatan. Kehilangan lembapan
secara mendadak juga boleh mengakibatkan rekahan dan rongga ini berlaku.

GAMBAR KECACATAN KAYU: RONGGA DAN REKAHAN.
Kecacatan kayu semulajadi.
Kecacatan kayu semulajadi antara kecacatan yang tidak dapat di elakkan kerana ia
semulajadi terjadi. Walaubagai manapun ia tetap melemahkan kualiti kayu. Gambar
menunjukkan beberapan jenis kecacatan kayu disebabkan faktor semulajadi.

Page 3 of 5

Lampiran DPP C2 (b)-1
Page 4 of 5

Lampiran DPP C2 (b)-1

PENGERINGAN

Lembapan dalam kayu mempengaruhi kualiti. Namun kehadiran lebihan lembapan juga
boleh melemahkan kualiti kayu. Oleh itu rawatan pengeringan kayu boleh
menyeimbangi lembapan yang ideal. Berikut tujuan pengeringan kayu:

a) Jadi kayu mudah terbakar.
b) Kurangkan berat kayu.
c) Tambah Kekuatan, ketahananlasakan dan senang dikerjakan.
d) Elak daripada serangan serangga dan kulat.
e) Memudahkan kerja mengawet, menggilap dan mengecat.
f) Kurangkan potensi kayu daripada pecah, kecut dan meleding.

EXERCISE
1. Nyatakan ciri-ciri umum kayu jelutung.
2. Terangkan contoh kegunaan kayu cengal.
3. Senaraikan dua (2) tujuan kayu dikeringkan.

REFERENCE

1. Teknologi Bahan Binaan. Tan Boon Tong, Dewan Bahasa dan Pustaka 2000.
2. Ringkasan implementasi Kerja Bangunan, Azizan Mohd Nor. Dewan

Bahasa dan Pustaka, 2003.
3. Modul ECB 2115 Building Construction 2
4. Kursus Seni Bina, R. Barry Ariba, International Book Service (IBS), Petaling Jaya,

1985.
5. Teknologi Bangunan Asas, Jahiman Badron, Limma Enterprise Sdn. Bhd, Kuala

Lumpur, 1984.
6. Undang-undang Malaysia. (2009). Undang-undang Kecil Bangunan Seragam. Kuala

Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.
7. http://emesengineering.blogspot.com/2011/06/tahukah-anda-jenis-pintu-kayu.html

Page 5 of 5

Lampiran DPP C2 (b)-1

Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak

INFORMATION SHEET

PROGRAMME STN

SESSION NOV 2020 - APR 2021 SEMESTER 4
CODE & COURSE SHEET NO IS 04
LECTURER TCB 21072 WEEK 5
BUILDING CONSTRUCTION 2

SITI MARIAH BINTI BUSRAH

TOPIC UNIT 2: CARPENTRY AND JOINERY
SUB-TOPIC
2.2 Tools and machineries for carpentry.
2.3 Types and uses of joinery.

TOPIC LEARNING After completing the unit, students should be able to:
OUTCOME
1. List the tool and machineries for carpentry work.
2. Differentiate each types of joinery and uses in carpentry.
3. Illustrate each types of joineries.
4. Explain the types of fastener use in timber framing for

partition.

2.2 TOOLS AND MACHINERIES FOR CARPENTRY
2.2.1 PERALATAN & MESIN (KERJA KAYU)

Page 1 of 8

Lampiran DPP C2 (b)-1

Pita Ukur
Page 2 of 8

Lampiran DPP C2 (b)-1
Page 3 of 8

Lampiran DPP C2 (b)-1
Page 4 of 8

MESIN GERGAJI CIRCULAR Lampiran DPP C2 (b)-1
MESIN GERGAJI JIGSAW

MESIN GERGAJI BELAH LINGKARAN

2.3 TYPES AND USES OF JOINERY

Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan
bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu bangunan ataupun
projek siap dibina.

Berikut adalah jenis-jenis tanggam mengikut kesesuaian kerja.

TANGGAM MELEBAR

Tanggam jenis ini digunakan untuk menyambung beberapa keping papan kecil untuk
dijadikan kepingan papan yang lebar bagi kegunaan seperti membuat pintu, permukaan
perabot, dinding dan lantai. Penyambungan beberapa papan kecil itu dilakukan secara
tepi ke tepi dengan menggunakan bahan pelekat seperti glu.

Page 5 of 8

Lampiran DPP C2 (b)-1

 Tanggam Glu Gesel
Ciri ciri tanggam glu gesel tepinya bersudut tepat dan digelukan dengan bantuan
apit panjang. Lebihan gelu akan keluar daripada celahnya apabila diapit. Kayu
yang dipilih hendaklah mengikut ira kayu. Kayu yang dipilih mesti tebal yang lebih.

 Tanggam Penetap
Tangga ditambah dengan penetap. Panjang penetap hendaklah tidak kurang 6 kali
diameter penetap. Papan tidak kurang 12 mm tebal.

 Tanggam Lidah & Lurah
Kerja lantai di paku serong. Kerja perabot digelukan.

 Tanggam Tetingkat
Dapat menambah luas permukaan bersentuh dengan gelu.

 Tanggam Temu
Juga dikenali sbg tanggam sudut tepi. Hujung kayu/ papan ditemukan secara lurus
dan bersudut tepat. Pertemuan boleh digelu, sekeru atau dipakukan.

 Tanggam Temu Tetingkat / Hujung Litup
Tanggam ini digunakan dalam pembuatan kotak, penjuru perabot dan laci yang
murah buatannya.

 Tanggam Temu Tetingkat Lidah Berparit
Jenis tanggam ini digunakan pada pembinaan kotak, penjuru perabot dan laci
yang lebih kuat lagi.

 Tanggam Rencong Biasa
Tanggam ini adalah cara yang paling mudah untuk menghasilkan sudut kotak
yang tidak menunjukkan keratan hujung kayu. Kedua- dua keping kayu hendaklah
sama tebal.

 Tanggam Bajang Tunggal
Tanggam ini mempunyai satu pin pada hujung kayu pertama dan soket pada -
hujung kayu yang kedua. la merupakan Tanggam siku yang paling kuat. Curam
pada tepi bajang biasanya dibuat mengikut kadar 1:6. Digunakan untuk
pembinaan rangka kayu.

 Tanggam Bajang Biasa
Tanggam ini mempunyai dua atau lebih pin pada hujung kayu pertama dan soket
pada hujung kayu yang kedua. Curam pada tepi bajang biasanya dibuat mengikut
kadar 1:6. Digunakan untuk pembinaan kotak yang memerlukan sudut yang kuat
seperti pada belakang laci.

Page 6 of 8

Lampiran DPP C2 (b)-1

 Tanggam Bajang Hujung Litup
Pembinaan tanggam ini adalah serupa dengan tanggam bajang biasa kecuali
soketnya tidak ditembuskan supaya menutup ira hujung kayu pin. Litup dihujung
soket ini biasanya 1/3 tebal kayu. Digunakan pada sambungan antara papan tepi
dengan hadapan laci.

TANGGAM PEMIDANG

Tanggam pemidang digunakan dalam pembinaan kerangka kayu yang berbentuk
pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada hujung dari tepi ke tepi. Contohnya
adalah pada pintu berpanel dan pemidang gambar.

 Tanggam Lekap
 Tanggam Kekang
 Tanggam Penetap
 Tanggam Lubang & Putting

TANGGAM MEMANJANG

Tanggam memanjang digunakan apabila menyambung dua batang kayu atau beroti
untuk menjadikannya lebih panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam
pembinaan bangunan.

 Tanggam Skaf
Tanggam ini banyak digunakan untuk memanjangkan kayu tutup tiang, gulung-
gulung dan juga gelegar.Panjang tanggam skaf biasanya 2 hingga 2 ½ kali ukuran
lebarnya.Ditengah-tengah tanggam ditebuk lubang untuk menerima baji lipat dan
dikukuhkan dengan memasangkan tiga atau empat bolt bersama nat.

 Tanggam Plat Sambut
Sebagai ganti kepada tanggam skaf kedua-dua keping kayu dikerat lurus pada
hujungnya dan disambungkan bersama dua keping logam (plat kayu juga boleh
digunakan) di kedua-dua belahnya dengan bolt dan nat. Panjang plat biasanya
ialah 4 kali lebar kayu yang berkenaan

 Tanggam Sambung Jari
Tanggam ini biasanya digunakan pada kayu bersaiz kecil terutamanya bagi kayu
yang diproses dengan mesin. Panjang sambungan tanggam ini ialah 2 kali lebar
kayu. Sambungan jari biasanya dilekatkan dengan glu.

 Tanggam Sambung Lekap
Pada hujung kedua-dua keping kayu dibuangkan separuh tebalnya dan dilekapkan
sepanjang dua kali lebar kayu. Ia digunakan dalam pembinaan perabut yang

Page 7 of 8

Lampiran DPP C2 (b)-1
tanggamnya tidak menerima tegangan yang berlebihan. Tanggam ini boleh
dikukuhkan dengan bolt dan nat.

EXERCISE
1. Senaraikan lima (5) peralatan tangan dan dua (2) mesin mudah alih yang
biasa digunakan di dalam kerja kayu dan tanggam.
2. Terangkan jenis - jenis tanggam siku.

REFERENCE
1. Teknologi Bahan Binaan. Tan Boon Tong, Dewan Bahasa dan Pustaka 2000.
2. Ringkasan implementasi Kerja Bangunan, Azizan Mohd Nor. Dewan

Bahasa dan Pustaka, 2003.
3. Modul ECB 2115 Building Construction 2
4. Kursus Seni Bina, R. Barry Ariba, International Book Service (IBS), Petaling Jaya,

1985.
5. Teknologi Bangunan Asas, Jahiman Badron, Limma Enterprise Sdn. Bhd, Kuala

Lumpur, 1984.
6. Undang-undang Malaysia. (2009). Undang-undang Kecil Bangunan Seragam. Kuala

Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.
7. http://emesengineering.blogspot.com/2011/06/tahukah-anda-jenis-pintu-kayu.html

Page 8 of 8

Lampiran DPP C2 (b)-1

Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak

INFORMATION SHEET

PROGRAMME STN SEMESTER 2
SESSION SHEET NO IS 05
CODE & COURSE NOV 2020 - APR 2021 WEEK 5
LECTURER TCB 21072
BUILDING CONSTRUCTION 2
SITI MARIAH BINTI BUSRAH

TOPIC UNIT 3: FLOOR AND WALL
SUB-TOPIC
3.1 Type of floor
3.2 Floor structure
3.3 Type of wall

TOPIC LEARNING After completing the course, students should be able to:
OUTCOME
1. List types of flooring and wall.
2. Explain work procedure for installing floor and wall to

building.

3.1 TYPE OF FLOOR

PENGENALAN

Lantai adalah ruang pijak sekata bagi manusia dan ruang duduk pugak bagi barang.
Mempunyai level yang sama dalam mengimbangi keadaan mendatar sesuatu benda.
Lantai juga adalah tapungan pugak sesuatu barang dan apa sahaja yg berada
diatasnya. Lantai juga adalah salah satu binaan struktur yang paling penting. Ini kerana
ia memegang kesemua elemen struktur kerangka seperti rasuk, tiang, dinding, dan
tangga.

Fungsi lantai adalah untuk menyediakan permukaan yang rata. Lantai juga berfungsi
sebagai penyokong beban, menjadi penebat haba, api dan bunyi. Lantai juga bertindak

Page 1 of 7

Lampiran DPP C2 (b)-1
sebagai pembahagi ruangan bangunan atas dan bawah mewujudkan suasana privasi
dalam bangunan. Dengan adanya lantai bagi bangunan dua tingkat, lantai tingkat satu
boleh menjadi siling tingkat bawah. Lantai dan siling ini juga boleh menjadi tempat
kemudahan bangunan seperti wayar elektrik.
JENIS-JENIS LANTAI

 Lantai Padu
Lantai ini dibina pada aras tanah dengan menggunakan konkrit. Lapisan asas terletak di
atas tanah yang telah diratakan dan dimampatkan, diikuti dengan lapisan pasir dan
akhirnya dengan lapisan konkrit yang terdiri daripada bancuhan 1:2:4 atau 1:3:6.
Permukaan lantai ini dikemaskan dengan lapisan kemasan yang terdiri daripada bahan-
bahan yang sesuai mengikut kehendah dan keperluan individu. Contoh contoh kemasan
bagi jenis lantai ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

RAJAH 3.1 LANTAI PADU
 Lantai Gantung
Lantai ini dibina di atas papak konkrik pada aras tanah. Pembinaananya dilakukan
dengan menggunakan gelegar lantai yang dikosong oleh tembok landas. Lihat
gambarajah 3.1(A). Lapisan kemasan lantai dibuat setelah pemasangan papan lantai
bawah.

Page 2 of 7

Lampiran DPP C2 (b)-1

RAJAH 3.1(A): PEMBINAAN LANTAI GANTUNG
 Lantai Tingkat Atas
Lantai ini boleh dibina dengan menggunakan konkrit bertetulang ataupun kayu. Lantai
kayu terdiri daripada papan lantai, gelegar lantai yang disokong oleh rasuk dan tembok
atau tiang. Rajah 3.1(b) menunjukkan pembinaan lantai tingkat atas yang dibina dengan
kayu. Gelegar lantai dikukuhkan dengan sistem tupang yang disusun secara padu
ataupun berbentuk tulang belut.

RAJAH 3.1(B): PEMBINAAN LANTAI TINGKAT ATAS

Page 3 of 7

Lampiran DPP C2 (b)-1

3.2 FLOOR STRUCTURE
 Lapisan Asas

Terdiri daripada batu kelikir, bata-bata pecah yang dimampatkan. Lapisan asas ini
berfungsi mengurangkan kenaikan air yang akan melembapkan lapisan tapak konkrit di
samping menaikkan aras lantai untuk menerima tapak konkrit. Tebal lapisan asas
berubah daripada 100 mm hingga 300 mm. Bahan-bahan yang digunakan sebaik-
baiknya bersih daripada sampah sarap dan tidak mengandungi tanah supaya kenaikan
air melalui tindakan rerambut dapat dicegah.

 Lapisan Pasir
Lapisan pasir ditaburkan di atas lapisan asas supaya mendapatkan permukaan yang
rata dan mampat untuk menerima lapisan konkrit.

 Lapisan Tapak Konkrit
Tapak konkrit terdiri daripada bancuhan konkrit 1:3:6 atau 1:2:4 ditempatkan di atas
lapisan pasir. Lapisan konkrit ini merupakan dasar lantai bawah padu untuk menerima
sebarang kemasan yang akan dibuat pada permukaannya. Tebal konkrit ini biasanya
dari 100 mm hingga 150 mm bergantung kepada jenis tanah dan beban yang akan
ditanggung. Tetulang daripada besi jejaring atau bar keluli boleh digabungkan dalam
pembinaan lantai konkrit ini jika keadaan memerlukannya.

 Lapisan Kalis Lembap
Lapisan ini berfungsi mencegah kenaikan air ke atas permukaan lantai. Biasanya
lapisan in disertakan dalam lapisan tapak konkrit. Lapisan tapak konkrit setebal 75mm
sebagai lapisan pertama. Setelah lapisan ini betul-betul kering, minyak bitumen atau tar
yang telah dimasak dicurahkan ke atasnya sebagai lapisan kalis lembap. Tunggu
sampai lapisan bitumen ini mengeras, barulah dicurahkan lapisan konkrit kedua setebal
75 mm seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2.

RAJAH 3.2: LAPISAN KALIS LEMBAP

Page 4 of 7

Lampiran DPP C2 (b)-1

CIRI-CIRI YANG PERLU ADA PADA LANTAI

Lantai ialah permukaan dasar bangunan yang menerima segala aktiviti penghuni dan
beban-beban yang lain. Pembinaan lantai hendaklah menjamin keselamatan dan
keselesaan penghuninya. Oleh sebab itu, beberapa ciri utama patutlah
dipertimbangkan:

i. Kestabilan
Lantai yang kukuh menjamin kestabilannya dan menghalang berlakunya
keretakan.

ii. Kekuatan
Keupayaan menanggung beban hidup dan beban mati serta menahan segala
tekanan yang diterima oleh lantai.

iii. Pencegahan Kelembapan
Lantai hendaklah berupaya menentang resapan air dan mencegah kelembapan
berlaku secara mendadak di dalam bangunan.

iv. Ketahanlasakan
Tahan lama tanpa mengalami kerosakan. Faktor-faktor yang diambil kira ialah
sifat-sifat menentang keretakan, kikisan, kebakaran, aksid, reput, minyak,
serangga dan sebagainya.

v. Keselesaan
Aspek selesa termasuklah panas atau sejuk, bunyi (Penebatan suara), licin
tanpa gelincir dan seronok mata memandang.

vi. Penyelenggaraan
Ini merujuk kepada sifat lantai yang tahan lasak serta senang di bersihkan. Tidak
payah dijaga atau dibaiki selalu.

3.3 TYPE OF WALL

Dinding bangunan boleh dibina dengan berbagai-bagai kaedah menggunakan bahan-
bahan yang berlainan untuk menilai teknik yang berbeza dalam pembinaan dinding dan
baik buruknya adalah perlu mengetahui fungsi dinding pada kedudukan yang berlainan.
Fungsi dinding adalah boleh dirumuskan sebagai:

 Penyokong lantai atas, bumbung dan beban diri.
 Perintang telusan air hujan dan lembapan.

Page 5 of 7

Lampiran DPP C2 (b)-1

 Penebat haba.
 Penebat bunyi.
 Perintang kebakaran.
 Penutup dan perlindung bangunan.
 Pembahagi ruang dalam sesuatu bangunan.
 Penyediaan tempat bagi pemasangan tingkap dan pintu.

3.3.1 DEFINISI DINDING

Dinding merupakan elemen bangunan yang dibina menegak untuk
membahagikan ruang-ruang.

3.3.2 FUNGSI DINDING

i. Untuk memberi perlindungan daripada kesan cuaca
ii. Untuk memberi perlindungan keselamatan dari pencerobohan.
iii. Sebagai sempadan pembahagian ruang dan bilik.
iv. Menanggung beban bangunan.

3.3.3 JENIS DINDING

(a) Dinding Galas Beban
Dinding galas beban ialah dinding yang menanggung beban kenaan, beban
mati lantai dan bumbung di atasnya selain beban diri. Dinding bata dibina
samada sebagai dinding padu atau dinding rongga. Kekuatan dinding ini
bergantung pada susunan lapisan dan ikatannya serta mortar yang
digunakan. Bata disusun secara berlapis dan berlekap supaya tidak ada
sambungan pugak yang berterusan. Dinding yang dibina dengan susunan
ikatan yang sesuai dapat mengagihkan beban dengan sama rata ke seluruh
panjang dinding. Dinding yang di bina tanpa ikatan, bebannya tidak dapat di
agihkan tetapi bertumpu ke sebahagian kecil dinding sahaja.

(B) Dinding Panel
Dinding panel ialah dinding yang tidak mengakis beban selain beban diri.
Dinding ini di buat daripada bata, kayu dan kepingan panel seperti papan
lapis, asbestos dan sebagainya. Dinding jenis ini digunakan dalam
bangunan berstruktur yang segala bebannya termasuk beban dinding itu
sendiri di tanggung oleh anggota struktur yang lain termasuk rasuk, tiang
dan asas. Dinding panel boleh berfungsi sebagai dinding sekat sebab ia
boleh di bina untuk membahagi ruang.

(c) Dinding Monolit
Dinding monolit adalah dinding konkrit yang selanjar dan biasanya di bina
dengan konkrit tuang di situ dan diperkukuhkan dengan tetulang keluli.

Page 6 of 7

Lampiran DPP C2 (b)-1

Dinding monolit jarang terdapat pada bangunan rumah, kecuali bagi tingkat
bawah tanah. Dinding jenis ini boleh menanggung beban yang besar.
Dinding monolit sendiri, dan beban sekata yang diagihkan sama rata ke
seluruh panjang dinding.
(d) Dinding Tidak Menanggung Beban
Dinding jenis ini menggunakan konkrit ringan, ia tidak digunakan untuk
menanggung beban. Biasanya digunakan untuk membahagikan ruang-ruang
seperti bilik bagi rumah-rumah biasa.

EXERCISE
1. Apakah fungsi lantai?
2. Senaraikan tiga (3) jenis lantai.
3. Senaraikan lapisan-lapisan pada strutur pembinaan lantai.
4. Namakan empat (4) jenis dinding.

REFERENCE
1. Teknologi Bahan Binaan. Tan Boon Tong, Dewan Bahasa dan Pustaka 2000.
2. Ringkasan implementasi Kerja Bangunan, Azizan Mohd Nor. Dewan

Bahasa dan Pustaka, 2003.
3. Modul ECB 2115 Building Construction 2
4. Kursus Seni Bina, R. Barry Ariba, International Book Service (IBS), Petaling Jaya,

1985.
5. Teknologi Bangunan Asas, Jahiman Badron, Limma Enterprise Sdn. Bhd, Kuala

Lumpur, 1984.
6. Undang-undang Malaysia. (2009). Undang-undang Kecil Bangunan Seragam. Kuala

Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.
7. http://emesengineering.blogspot.com/2011/06/tahukah-anda-jenis-pintu-kayu.html

Page 7 of 7


Click to View FlipBook Version