Lampiran DPP C2 (b)-1
4. Mozek:
Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan melalui
proses pembakaran. Ia merupakan kepingan jubin kecil disusun dengan
berbagai-bagai rekabentuk.
Mozek biasanya dilekatkan pada kertas dengan saiz sebesar 300mm x
300mm. Pembinaannya dilakukan dengan menggunakan adunan simen
untuk melekatkan mozek di dasar konkrit. Di celah-celah ini diisikan dengan
bancuhan simen dan pasir halus.
5. Bata Marmar:
Kepingan batu marmar yang berupa papak sekata ataupun papak tak
sebentuk dilekatkan di dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen.
Permukaan lantai perlu diasah dengan mesin canai menggunakan batu asah
gred kasar (No.24) ke gred halus (No.350) sehingga rata dan licin, kemudian
dikemaskan dengan lilin. Batu marmar sukar diperolehi dan memerlukan kos
penghasilan kemasan yang tinggi. Selain itu, ia memerlukan tahap
kepakaran yang tinggi bagi menghasilkan kemasan tersebut.
Page 5 of 14
Lampiran DPP C2 (b)-1
6. Jalur kayu:
Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti
kayu yang ditanam di dalam lapisan konkrit ataupun pada gelegar lantai
kayu. Papan jalur hendaklah bertanggam lidah dan lurah ataupun
bertanggam lekap.
Seboleh-bolehnya lebar papan jalur mestilah tidak melebihi 100mm kerana
papan yang lebih lebar akan mengecut berlebihan dalam proses
pengeringannya. Papan jalur selebar 75mm lazim dibekalkan dalam pasaran
tempatan. Lantai jalur kayu boleh dikemaskan dengan sampang atau lekar.
Jenis kayu keras seperti kayu jati, cenggal dan kempas menghasilkan lantai
kayu yang bermutu tinggi.
7. Parquet:
Kemasan parket dibuat dengan kepingan kayu beroti disusunkan mengikut
corak seperti yang ditunjukan di dalam gambar.
Kayu ini dilekatkan pada kertas selebar 300mm x 300mm supaya senang
dilekatkan kepada dasar konkrit dengan menggunakan sejenis glu khas,
permukaan parket perlu diasah dengan mesin canai sehingga rata dan licin.
Permukaan parket yang licin dan bersih boleh dikemaskan dengan sampang,
lekar atau lilin. Jenis kayu yang biasa digunakan untuk membuat lantai
parket ialah kayu jati dan kempas.
Page 6 of 14
Lampiran DPP C2 (b)-1
6.2.1.2 PROSES PEMASANGAN KEMASAN [LANTAI JUBIN]
1. Sebelum membuat kemasan, pastikan lantai sama rata.
2. Untuk bancuhan pastikan menggunakan ratio yang betul supaya bancuhan
tidak terlalu cair atau pekat (1:2) (1 – Simen 2 – Pasir)
3. Setelah siap bancuhan, susuna jubin dari hujung dinding kanan ke kiri dan
atas ke bawah menjadi satu barisan sebagai ukuran
4. Untuk melekat jubin, pertama sekali letakkan hujung tali yang bertemu iaitu
sebaris tali melintang dan sebaris tali memanjang
5. Kemudian ambil bancuhan simen, letakkan pada lantai seterusnya tarik
simen dengan menggunakan “perata simen bergerigi” untuk meratakan
sambil menjadikan simen itu berombak
6. Letakkan jubin diatas simen berombak, seterusnya ketuk dengan
menggunakan kepala tukul bagi meratakan jubin tersebut
7. Bagi memastikan keseimbangan jubin tersebut, gunakan penimbang air
bagi mengetahui kecerunan jubin tersebut. Kemudian ulang proses yang sama
sehingga selesai
8. Untuk perhatian, pastikan kotoran diatas jubin dicuci dengan air
menggunakan span sebelum ia menjadi keras.
Page 7 of 14
Lampiran DPP C2 (b)-1
6.2.1.3 CARA KEKEMASAN JUBIN
Langkah 1: Apabila siap setiap jubin yang dipasang, pastikan jubin dicuci sebelum
kotoran diatas jubin menjadi keras
Langkah 2: Selepas itu, bancuh simen grout (simen putih) dan penuhkan ruang – ruang
yang terdapat diantara jubin dan bersihkan permukaan jubin selepas simen grout
dirakam pada ruang - ruang jubin
Langkah 3: Biarkan sehingga kering supaya jubin lebih kuat dan tahan lasak.
Page 8 of 14
Lampiran DPP C2 (b)-1
6.2.2 JENIS JENIS KEMASAN DINDING
Kebanyakan bangunan kini dibina daripada batu-bata yang dikemaskan dengan simen
lepa sebelum diturap pula dengan kemasan kedua. Antara kemasan biasa ditonjolkan
adalah:
→ Kemasan Keras membabitkan jubin seramik, jubin batu seperti marmar dan granit,
tanah liat (terracotta), simen dan batu pasir serta panel kayu. Kemasan keras dan
semula jadi sesuai bagi dinding luar kerana tahan cuaca.
→ Kemasan lembut meliputi cat air dan minyak, kertas dinding dan panel fabrik.
Peranan dinding bukan setakat melindungi pandangan luar tetapi berfungsi pembahagi
ruang dalam rumah. Dinding dalam rumah menjurus kepada kemasan serta nilai
estetika berbanding di bahagian luar yang bertindak sebagai pelindung kesan cuaca
seperti hujan, angin dan sinar matahari.
6.2.2.1 KEMASAN KERAS
Panel Kayu
Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti kayu
yang telah sedia ada pada permukaan dinding. Papan yang digunakan mesti
bertanggam lidah atau lurah ataupun lekap. Lebar papan tidak melebihi 100mm.
Jenis ini boleh dikemaskan dengan sempang atau lekar. Jenis kayu yang
digunakan adalah kayu keras seperti jati, cengal dan kempas.
Mozek
Dibuat daripada tanah liat dan bahan campuran seperti serami, kaca dan
marmar melalui proses pembakaran. Terdapat pelbagai bentuk seperti
segiempat sama dan tepat dan juga segi enam. Pembinaan dilakukan dengan
adunan simen 1:3 untuk meletakkan mozek didasar konkrit. Di celah-celah
sambungan diletakkan semin dan pasir halus. Digunakan pada dinding dapur,
tangga dan tandas.
Jubin Marmar
Kepingan jubin marmar yang berupa papak sekata ataupun papak tidak
sebentuk dilekatkan didasar konkrit denagn menggunkan adunan simen.
Permukaan dinding perlu diasah dengan menggunakan mesin canai dengan
batu asah gred kasar (No.24) ke gred halus (No.350) sehingga rata dan licin
kemudian dikemaskan dengan lilin.
Page 9 of 14
Lampiran DPP C2 (b)-1
Jubin Granit
Terdiri daripada simen Portland dan batu serpihan granit halus atau bahan keras
lain, di campur dengan air yang cukup supaya mempunyai keplastikan yan
sesuai untuk diratakan diatas lapisan alas setebal 25mm hingga 38mm menjadi
panel berukuran 3.6m. Batu serpihan hendaklah bergred daripada 6.4mm hingga
kepada ayak no. 200 (75µm). Contoh campuran 2 simen dengan 5 granit atau
1 simen,1 pasir dan 2 batu baur.
6.2.2.2 KEMASAN LEMBUT
Kertas Binaan (Wallpaper)
Kini pemilik rumah kediaman lebih meminati kertas dinding iaitu salah satu
alternatif mengantikan kemasan dinding lain seperti cat. Walaupun
pemasangannya agak sukar kerana membabitkan bahan pelekat tetapi
kemasan ini menjadi pilihan kerana keunikan warna, tekstur dan corak yang
menarik. Kertas dinding kebanyakannya diperbuat dari bahan seperti vinil dan
tekstil dan juga bahan daripada fabrik. Pilihan terhadap jenis bahan kertas
dinding itu dibuat bergantung kepada kesesuaian dinding,
Gipsum Board
Gipsum board ialah sejenis papan yang biasa digunakan untuk sekatan pada
ruang-ruang yang luas seperti didalam pejabat, dewan, surau atau masjid. Ia
boleh dialih-alihkan dimana-mana tempat yang dikehendaki. Ia diperbuatkan
daripada bahan-bahan gypsum yang sesuai iaitu bahan kapur dan gypsum serta
berbentuk kepingan. Sifatnya tidak terlalu keras tetapi ringan.
Cat
Cat merupakan medium kemasan dinding yang paling mudah dan murah. Kini
terdapat pelbagai pilihan jenama cat di pasaran. Terdapat juga pelbagai jenis
cat setiap satunya. Cat terdiri dari campuran bahan air dan minyak. Cat yang
berasaskan air lebih kepada 'matte effect' berbanding cat yang berasaskan
minyak yang lebih licin dan berkilat. Warna dan pemilihan cat juga dapat
membantu menaiktarafkan dekorasi ruang. Cat bewarna terang dapat
meluaskan ruang, meninggikan siling dan menjauhkan jarak, manakala cat yang
bewarna gelap akan menyempitkan ruang, merendahkan siling dan
mendekatkan jarak. Namun cat yang berwarna terang lazimnya membawa
mood panas dan ringan berbanding cat yang berwarna gelap lebih cenderung
membawa mood sejuk, ekslusif dan tenang.
Page 10 of 14
Lampiran DPP C2 (b)-1
6.2.2.3 PROSES PEMASANGAN KEMASAN [DINDING]
Terdapat beberapa kaedah kemasan dinding yang boleh dilakukan selepas kerja - kerja
lepaan antaranya adalah kemasan licin, kemasan muka pasir, kemasan lapisan skim,
kemasan shanghai dan kemasan kerutu. Kemasan ini dikenali sebagai lapisan ketiga
selepas kerja - kerja lepaan iaitu lapisan asas dan lapisan pertengahan.
➢ Kemasan Muka Pasir (Sponge Finishing)
Langkah 1: Kemasan ini dibuat dengan menggunakan span (Sponge Trowel)
yang diratakan pada permukaan lepaan untuk menampakkan permukaan pasir.
Langkah 2: Kemasan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering
supaya muka pasir nampak lebih cantik serta jelas dan memudahkan kerja-kerja
merata dengan span.
Page 11 of 14
Lampiran DPP C2 (b)-1
➢ Kemasan Kerutu (Rough Cast Finishing)
Langkah 1: Kemasan kerutu dibuat setelah sesuatu permukaan dilepa.
Langkah 2: Ianya dibuat dengan menggunakan bancuhan mortar yang di
masukkan ke dalam mesin penyembur (Rough Cast Machine).
Langkah 3: Kemudian di semburkan ke permukaan yang dilepa mengikut corak
yang dikehendaki setebal 10 mm. Kemasan tersebut pada tembok / dinding
hiasan sama di dalam atau di luar sesuatu binaan.
➢ KEMASAN SHANGHAI
Langkah 1: Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 simen: 1 bahagian batu Shanghai)
atau 1:2 (1 bahagian simen: 2 bahagian batu Shanghai).
Langkah 2: Setelah dilepa, permukaan tersebut diratakan dengan
menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu perata untuk mendapatkan
permukaan yang sama dan rata.
Langkah 3: Setelah permukaan tersebut rata dan hampir kering, permukaan
tersebut disembur dengan air menggunakan penyembur air (Iron Spray) untuk
menampakkan permukaan batu Shanghai / Pebbles.
Langkah 4: Kemudian permukaaan tersebut diberus dengan menggunakan
berus kecil seperti berus kasut supaya menyerlahkan lagi permukaan batu
tersebut.
Langkah 5: Selepas itu permukaan tersebut dilap dengan menggunakan span
yang bersih.
Page 12 of 14
Lampiran DPP C2 (b)-1
Langkah 6: Setelah permukaan batu tersebut bersih dan kering, sapukan
permukaan tersebut dengan menggunakan pengilat batu supaya kelihatan
berkilau dan tahan pada tindakan cuaca.
➢ KEMASAN LICIN (CEMENT FACE)
Langkah 1: Kemasan ini dibuat dengan menggunakan bancuhan simen yang
pekat (Cement Slurry)
Langkah 2: Kemudian bancuhan simen itu di ratakan pada permukaan lepaan
dengan menggunakan sudip lepa (Plastering Trowel) untuk mendapatkan
permukaan yang licin.
Langkah 3: Lapisan simen yang ratakan hendaklah nipis sahaja dan tidak boleh
ditebalkan, kerana jika ditebalkan permukaan tersebut berkemungkinan tidak
rata pada keseluruhannya.
Langkah 4: Lapisan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering.
6.2.2.4 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
KEBAIKAN KEBURUKAN
1. Tidak perlu penjagaan rapi 1. Keras dipijak dan licin ketika basah
2. Boleh didapati dalam pelbagai warna
dan corak 2. Jarak antara jubin sukar dibersihkan
3. Permukaan yang rata dan mudah
dibersihkan 3. Kilauan yang berwarna terang boleh
4. Dikeluarkan dalam jumlah yang banyak menjejaskan
dan murah 4. Bentuk permukaan yang sekata
kelihatan basah
5. Nilai estetika yang tinggi 5. Boleh menjejaskan permukaan ruang.
Jubin berwarna gelap kurang lasak
Page 13 of 14
Lampiran DPP C2 (b)-1
EXERCISE
1. Nyatakan tujuh (7) faktor di dalam pemilihan kemasan.
2. Senaraikan lapan (8) jenis kemasan lantai.
3. Kemasan dinding terdiri daripada dua (2) jenis iaitu kemasan keras dan
kemasan lembut.
Senaraikan dua (2) jenis contoh kemasan keras dan dua (2) jenis kemasan
lembut.
REFERENCE
1. Teknologi Bahan Binaan. Tan Boon Tong, Dewan Bahasa dan Pustaka 2000.
2. Ringkasan implementasi Kerja Bangunan, Azizan Mohd Nor. Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2003.
3. Modul ECB 2115 Building Construction 2
4. Kursus Seni Bina, R. Barry Ariba, International Book Service (IBS), Petaling Jaya,
1985.
5. Teknologi Bangunan Asas, Jahiman Badron, Limma Enterprise Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur, 1984.
6. Undang-undang Malaysia. (2009). Undang-undang Kecil Bangunan Seragam. Kuala
Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.
7. http://emesengineering.blogspot.com/2011/06/tahukah-anda-jenis-pintu-kayu.html
Page 14 of 14
Lampiran DPP C2 (b)-1
Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak
INFORMATION SHEET
PROGRAMME STN SEMESTER 2
SESSION SHEET NO IS 14
CODE & COURSE NOV 2020 - APR 2021 WEEK 13
LECTURER TCB 21072
BUILDING CONSTRUCTION 2
SITI MARIAH BINTI BUSRAH
TOPIC UNIT 7: ROOF
SUB-TOPIC
7.1 Types of Roof
7.2 Component of Roof Structure
TOPIC LEARNING After completing the course, students should be able to:
OUTCOME
1. Identify Type of Roof.
2. List Component of Roof Structure.
BUMBUNG
DEFINISI BUMBUNG DAN FUNGSI BUMBUNG
DEFINISI BUMBUNG
Bumbung ialah komponen struktur yang paling atas. Komponen ini menutup dan
melindungi bangunan daripada kesan cuaca seperti hujan dan panas. Bumbung terdiri
daripada rangka dan penutup bumbung. Pemilihan jenis bumbung bergantung kepada
faktor-faktor berikut:
i. Saiz Bangunan
ii. Bentuk Bangunan
iii. Nilai Estetika
iv. Ekonomi
Page 1 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
FUNGSI DAN KEPERLUAN STRUKTUR BUMBUNG
Bagi penyediaan bahan struktur bumbung, fungsi utama bumbung dan keperluan bagi
sebuah bumbung harus dikenalpasti. Ia bagi memastikan pemilihan dan penentuan
bahan yang diguna khususnya untuk struktur atau kerangka menepati keperluan dan
spesifikasi.
ANTARA FUNGSI STRUKTUR BUMBUNG ADALAH:
i. Menyokong penutup bumbung dari pelbagai jenis.
ii. Menyokong beban mati struktur bumbung dan penutupnya, penebatan dan
kemasan dalam dan beban angin tanpa mengalami sebarang lenturan atau
pesongan yang berlebihan sehingga menyebabkan berlakunya ubah bentuk.
iii. Bagi melindungi struktur bangunan dan penghuni dari ancaman angin dan
cuaca (panas, hujan dan sebagainya)
Keperluan:
Oleh itu ia perlu kestabilan, kekuatan, ketahanlasakkan, rintangan cuaca, rintangan api/
kebakaran, mempunyai sifat penebat haba dan rupa bentuk yang sesuai dengan
bangunan yang dibina.
FAKTOR PEMILIHAN BUMBUNG
i. Saiz Bangunan
Bumbung curam sesuai dibina pada bangunan kecil seperti rumah kediaman dan
sekolah manakala bumbung rata yang kecuramannya tidak lebih daripada 10° sesuai
dibina pada bagunan bersaiz besar seperti pusat membeli-belah dan bangunan pejabat.
ii. Bentuk Bangunan
Bangunan yang berbentuk ringkas seperti bentuk segi empat sesuai menggunakan
bumbung curam. Namun bagi bangunan yang berbentuk kompleks, bumbung rata lebih
sesuai digunakan.
iii. Nilai Estetika
Pemilihan jenis bumbung boleh mempengaruhi nilai estetika sesebuah bangunan. Pada
kebiasaannya, bumbung curam mempunyai nailai estetika yang lebih tinggi berbanding
bumbung rata. Bangunan-bangunan berprestij seperti Muzium Negara, Balai Seni Lukis
Negara dan Perpustakaan Negara mempunyai bumbung yang curam.
Page 2 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
iv. Ekonomi
Ekonomi merupakan faktor penting dalam pemilihan jenis bumbung. Kos pembinaan
dan penyelenggaraan perlu diambil kira dalam pemilihan ini. Bumbung curam biasanya
memakan belanja yang lebih mahal pada peringkat pembinaan.
Namun begitu terdapat faktor lain yang boleh mempengaruhi pemilihan jenis bumbung
seperti fungsi bangunan dan faktor cuaca.
7.1 TYPES OF ROOF (JENIS BUMBUNG)
• Bumbung terbahagi kepada dua (2) kategori, iaitu:
i. Bumbung Rata
ii. Bumbung Curam
i. Bumbung Rata
iii. Mengandungi kecuraman tidak lebih dari 10 ⁰ bagi mengalirkan air hujan.
iv. Menggunakan beroti curam (Fiirring Piece) bersudut 10 ⁰ dan dipaku pada
gelegar.
v. Kasau bersaiz 150mm x 50mm direntang pada jarak 0.6m – 1.0m (bagi
penutup bumbung berat).
vi. Jenis penutup bumbung yang digunakan adalah asbestos dan zing
bergelugur, besi bergalvani dan sebagainya.
vii. Semua bumbung yang mempunyai kecuraman tidak melebihi 10°
dikategorikan sebagai bumbung rata. Bumbung jenis ini selalunya sesuai
untuk bangunan yang besar seperti kompleks membeli belah dan rumah
pangsa. Bumbung rata boleh dibina dengan menggunakan kayu, konkrit,
logam dan komposit.
viii. Cara pembinaannya hampir sama dengan pembinaan lantai atas. Membran
kalis air akan diletakkan pada bahagian atas bumbung rata bagi
menggelakan air daripada meresap masuk ke dalam bumbung. Membran
kalis air yang biasa digunakan ialah kepingan fel bitumen.
ix. Selain berfungsi melindungi bangunan daripada kesan cuaca, bumbung rata
ini juga boleh berfungsi sebagai tempat meletakkan tangki air dan tempat
meletakkan kenderaan.
Page 3 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
ii. Bumbung Curam
➢ Mengandungi kecuraman sekurang-kurangnya 15⁰, tetapi lazimnya
kecuraman dibuat pada sudut 40⁰ - 50⁰ atau mungkin lebih sehingga 70⁰
bergantung kepada rekabentuk
➢ Anggota-anggota asasnya terdiri daripada kasau dan alang kecil atau alang
pengikat dibentuk segitiga pada sudut yang dinyatakan.
➢ Bumbung curam ialah bumbung yang mempunyai kecerunan melebihi 10°
dan biasanya dibina bagi memudahkan air hujan mengalir. Di luar negara
pula bumbung curam dibina untuk mengelakkan salji daripada berkumpul
diatasnya.
➢ Bumbung curam lebih sesuai untuk bangunan kecil seperti rumah kediaman.
Walau bagaimanapun, bumbung curam selalu juga digunakan untuk
bangunan yang besar kerana nilai estetikanya yang tinggi. Contohnya
Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dan Istana Budaya. Bangunan-
bangunan ini perlu mempunyai nilai estetika yang tinggi kerana
melambangkan seni bina negara.
➢ Bumbung curam biasanya berbentuk simetri dengan permukaannya
mempunyai kecuraman yang sama dan condong ke arah tulang perabung.
Page 4 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
➢ JENIS-JENIS BUMBUNG CURAM
Bumbung curam boleh dibahagi kepada empat (4) jenis iaitu:
a) Bumbung Tibar Layar
b) Bumbung Limas
c) Bumbung Pisang Sesikat
d) Bumbung Limas Belanda
CONTOH
a) Bumbung Tibar Layar
➢ Bumbung ini mengandungi dua penampang yang mencuram ke dua
arah yang berlawanan arah dan biasanya bermula dari puncak
bumbung di tengah-tengah bangunan.
➢ Bangunan sekolah banyak menggunakan bumbung jenis ini.
Page 5 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
b) Bumbung Limas
➢ Binaan bumbung ini mempunyai empat penampang yang mencuram ke
empat arah yang berlainan dan menghasilkan lima garisan bumbung
➢ Struktur bumbung limas terdiri daripada kasau limas, tulang perabung,
kasau betina, kasau pendek, gulung-gulung dan papan tumpu kasau.
➢ Bahagian atas kasau dipasang pada tulang perabung dan bahagian
bawah disokong oleh tutup tiang.
c) Bumbung Pisang Sesikat
➢ Binaan bumbung ini adalah yang paling mudah dan ringkas.
➢ Binaannya mempunyai permukaan yang mencuram ke satu arah sahaja.
➢ Faktor estetika bangunan tidak diutamakan dan biasanya dibina pada
bahagian yang kecil.
d) Bumbung Limas Belanda
➢ Mempunyai empat permukaan yang curam.
7.2 COMPONENT OF ROOF STRUCTURE (KOMPONEN STRUKTUR BUMBUNG)
JENIS STRUKTUR DAN KUMPULAN BUMBUNG
PENGENALAN
Bagi penyediaan bahan struktur bumbung, fungsi utama bumbung dan keperluan bagi
sebuah bumbung harus dikenalpasti. Ia bagi memastikan pemilihan dan penentuan
bahan yang diguna khususnya untuk struktur atau kerangka menepati keperluan dan
spesifikasi.
ANTARA FUNGSI STRUKTUR BUMBUNG ADALAH:
i. Menyokong penutup bumbung dari pelbagai jenis.
ii. Menyokong beban mati struktur bumbung dan penutupnya, penebatan dan
kemasan dalam dan beban angin tanpa mengalami sebarang lenturan atau
pesongan yang berlebihan sehingga menyebabkan berlakunya ubah bentuk.
iii. Bagi melindungi struktur bangunan dan penghuni dari ancaman angin dan
cuaca (panas, hujan dan sebagainya).
Page 6 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
Keperluan:
Oleh itu ia perlu kestabilan, kekuatan, ketahanlasakkan, rintangan cuaca,
rintangan api/ kebakaran, mempunyai sifat penebat haba dan rupa bentuk yang
sesuai dengan bangunan yang dibina.
JENIS-JENIS STRUKTUR BUMBUNG
Dalam Struktur bumbung terdapat beberapa kumpulan bumbung dan jenis
bumbung. Sebelum melaksanakan pembinaan bumbung, adalah perlu mengetahui
bentuk bumbung berdasarkan kumpulan dan jenisnya. Perbezaan jenis bumbung akan
menampilkan perbezaan komponen dan struktur bumbung itu sendiri. Bagi
memudahkan pembinaan, kompetensi ini akan hanya menfokuskan kepada pembinaan
kumpulan bumbung selapis dengan memilih salah satu jenis bumbung yang akan
dibincangkan seterusnya melibatkan pembinaan kekuda dan kerangka bumbung.
Pembinaannya merangkumi kumpulan Bumbung Selapis, Bumbung Dua Lapis,
Bumbung Tiga Lapis dan Bumbung Kekuda.
Bumbung Selapis
i. Mengandungi kasau-kasau dan penutup bumbung sahaja yang kakinya
terletak diatas plat tembok. Bahagian atas kasau disandarkan pada
perabung.
ii. Segala beban ditanggung oleh kasau untuk diagihkan kepada tembok
iii. Terdiri daripada jenis Bumbung Ganding, Ganding Tertutup Dan
Bumbung Beralang/Kolar
Bumbung Ganding Bumbung Beralang/kolar Bumbung Ganding
Tertutup
Page 7 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
Bumbung Dua Lapis
i. Sebagaimana bumbung selapis, bumbung Dua Lapis diperkuatkan dengan
beberapa komponen untuk mengukuhkan pemasangan kasau seperti
pengikat, topang. beroti dan gulung-gulung.
Bumbung Tiga Lapis
i. Sebagaimana Bumbung Dua Lapis, binaannya lebih cangih dimana ia selain
alang pengikat, topang, gulung ia disokong oleh tiang topang tengah.
ii. Mengandungi dua jenis kasau iaitu kasau betina dan kasau jantan
iii. Bagi menanggung beban yang berat dan rentang yang luas.
Tiang Topang Tengah Kasau Betina
Kasau Jantan
Bumbung Kekuda
i. Terdiri daripada kasau, topang dan alang pengikat
ii. Setiap anggota dihubungkan dengan plat gaset, paku penyambung, gelang
perangkai atau bol dan nat
iii. Dibina secara prefebrikasi dikilang atau bengkel.
Page 8 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
7.2 KOMPONEN STRUKTUR BUMBUNG
Bumbung merupakan struktur penting pada sesebuah bangunan. Ia menjadi keperluan
utama dalam membentuk imej dan rupabentuk bangunan selain mempunyai fungsi-
fungsi nya sendiri. Struktur bumbung yang mengandungi tiga (3) bahagian utama iaitu:
i. Kekuda Bumbung,
ii. Kerangka Bumbung
iii. Penutup Bumbung.
Ketiga-tiga bahagian ini adalah asas dalam pembinaan struktur bumbung. Ia saling
berkait dan merupakan kombinasi yang membentuk struktur bumbung yang
dikehendaki.
Kerangka bumbung dan kekuda bumbung biasanya diperbuat daripada kayu, keluli atau
bahan komposit yang bersesuaian.
Page 9 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
EXERCISE
1. Nyatakan faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung. Terangkan
bagaimana faktor tersebut boleh mempengaruhi pemilihan jenis bumbung.
2. Senaraikan jenis-jenis bumbung curam.
REFERENCE
1. Teknologi Bahan Binaan. Tan Boon Tong, Dewan Bahasa dan Pustaka 2000.
2. Ringkasan implementasi Kerja Bangunan, Azizan Mohd Nor. Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2003.
3. Modul ECB 2115 Building Construction 2
4. Kursus Seni Bina, R. Barry Ariba, International Book Service (IBS), Petaling Jaya,
1985.
5. Teknologi Bangunan Asas, Jahiman Badron, Limma Enterprise Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur, 1984.
6. Undang-undang Malaysia. (2009). Undang-undang Kecil Bangunan Seragam. Kuala
Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.
7. http://emesengineering.blogspot.com/2011/06/tahukah-anda-jenis-pintu-kayu.html
Page 10 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak
INFORMATION SHEET
PROGRAMME STN SEMESTER 2
SESSION SHEET NO IS 13
CODE & COURSE NOV 2020 - APR 2021 WEEK 12
LECTURER TCB 21072
BUILDING CONSTRUCTION 2
SITI MARIAH BINTI BUSRAH
TOPIC UNIT 6: FINISHES
SUB-TOPIC 6.3 Material for finishes.
TOPIC LEARNING After completing the course, students should be able to:
OUTCOME
1. Explain the function of finishes for building.
2. Explain work procedure for applying finishes.
6.3 MATERIAL FOR FINISHES (BAHAN KEMASAN)
Dalam proses pembinaan bangunan, kemasan merupakan kerja penghabisan yang
menentukan kecantikannya. Beberapa jenis kemasan boleh dilakukann pada sesebuah
bangunan berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan dan juga pertimbangan
kosnya. Secara am, kebanyakan bangunan bata dan konkrit dikemaskan dengan cat
yang terdiri daripada:
a. Cat minyak
b. Cat air
c. Cat distemper
d. Cat kegunaan khas.
e. Kemasan bagi pembinaan kayu pula selain cat, bahan-bahan seperti sylek, sempang,
lilin, lekar plastik dan lekar selulos juga digunakan.
Page 1 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
ᴥ TUJUAN KEMASAN PADA PEMBINAAN KAYU
• Memberi pandangan kayu yang lebih kemas dan cantik
• Menghilangkan kesan calar atau cacat
• Menyediakan lapisan pelindung daripada air dan serangga
• Membuat projek kayu lebih tahan lama
Lilin
• Ada 3 jenis iaitu keras, sederhana dan lembut.
• Cara: 1. Cairkan lilin dengan turpentine
• Sapu ke permukaan kahu hingga lilin masuk ke dalam ira kayu
• Gosok dengan kain lembut hingga berkilat.
Minyak Linsid
• Minyak kuning dari bijih benih kering pokok flax.
• Boleh diguna secara bersendirian atau dicampur dengan minyak lain.
• Mengering secara perlahan dan mengecut sedikit apabila mengeras.
• Apabila disapu, masuk ke dalam ira kayu menjadikan permukaan kayu bersinar
tetapi tidak berkilat dan menampakkan ira kayu.
• Menyerap kelembapan jika dibiarkan basah.
Syelek
• Kemasan yang biasa digunakan.
• Resin asli dihasilkan dari tahi serangga (lac bug)
• Larut dalam Alcohol Methylated Spirit.
• Cara : sembur atau sapu menggunakan berus.
• Disimpan dalam bekas kaca.
Sampang
• Resin asli atau tiruan di masak dalam minyak pengering dan di cairkan dengan
turpentine tulen atau spirit.
• Cara : sembur atau berus
• Proses mongering lama : 12 hingga 24 jam.
• Sifat rintangan air dan cuaca yang baik.
Page 2 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
Cat
• Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan dalamm perusahan untuk
memberi lapisan perlindungan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit,
batu bata dan lain-lain lagi.
• Fungsi cat ialah:
a. Melindungi bahan-bahan perusahan seperti yang tersebut di atas daripada
kerosakan-kerosakan yang disebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga,
pengoksidaan dan sebagainya.
b. Mencantikkannya pemandangannya.
c. Memudahkan proses pembersihan permukaannya.
• Pada dasarnya, cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair. Pewarna cat
terdiri daripada oksida besi, amber, kromium, oksida zink dan lain-lain lagi.
• Cecair cat pula mengandungi bahan-bahan pengikat (binder) dan pelarut
(thinner). Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan
yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan.
• Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan
kerja semasa mengecat. Pelarut yang kerap didapati ialah turpentine dan spirit
putih.
• Mutu cat sentiasa dipertingkatkan mengikut perkembangan teknologi dan
permintaan pengguna yang semakin bertambah. Kebanyakan cat kini
dikilangkan untuk digunakan terus, tidak perlu dicampur dengan bahan-bahan
lain.
• Jenis-jenis cat yang digunakan ialah:
A. Cat Minyak
1) Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi
kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengiksidaan.
2) Dalam proses mengecat, biasanya tiga (3) lapisan:
a) Lapisan Asas – mengandungi cecair minyak linseed dan plumbum merah
sebagai pewarna.
b) Lapisan Alas – mengandungi minyak linseed, plumbum putih dan minyak
pengering yang bermutu.
C) Lapisan Kemasan – mengandungi minyak varnish, pewarna dan pelarut
Page 3 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
yang sesuai seperti turpentine.
3) Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.
B. Cat Air Atau Cat Emulsi
1) Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan, dan hendaklah
dibancuhkan dengan air uanuk mencairkannya semasa digunakan.
2) Jenis cat emulisi lateks ialah cat yang diperbuat daripada getah tiruan dan
perlu dicairkan dengan air apabila hendak digunakan untuk mengecat.
3) Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk
mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok dalam dan tembok
luar. Pengeringannya ialah melalui sejatan dan resapan. Cat ini mudah
digunakan sama ada disapu dengan berus. Digelek dengan penggelek ataupun
disembur. Cat lapisan alas tidak diperlukan bagi kerja baru.
C. Cat Distemper
1) Cat ini juga dikenali sebagai cat kapur. Cat ini dihasilkan dengan kapur mati
dibancuhkan dengan air dan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih.
2) Jenis ini biasanya digunakan untuk mengecat papan siling, kadangkala
digunakan pada tembok bata dan tembok konkrit.
D. Cat Kegunaan Khas
1) Banyak jenis cat dihasilkan untuk kerja-kerja yang tertentu. Antaranya ialah:
→Cat Aluminium:
Cat ini dihasilkan dengan serbuk aluminium dan cecair minyak yang cepat
kering.
Cat ini digunakan sebagai cat asas bagi kayu yang bergetah dan juga pada
permukaan logam sepeprti paip air, kekuda besi dan sebagainya.
→Cat Bitumen:
Cat ini mengandungi sebahagian besarnya minyak bitumen dan ia memberi
perlindungan yang berkesan kepada bahan-bahan yang mudah karat sepeprti
besi.
Page 4 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
Ia Cuma digunakan pada tempt yang keindahan pemandangannya tidak
diutamakan.
Cat ini berharga murah.
→Cat Kalis Kulat
Bahan-bahan kimia yang boleh mencegah tumbuhan kulat terkandung dalm
cat ini.
Kegunaanya sangat berkesan dan ekonomi bagi tempat-tempat yang
mengalami kelembapan.
→Cat Tahan Api:
Cat ini mengandungi ammonium fosft.
Ia digunakan untuk menambahkan sifat rintangan terhahdap kebakaran pada
kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahan pembinaan.
✓ Lekar
Sejenis resi (Nitro Cellulose) yang dilarutkan dengan thinner.
Menghasilkan kemasan lutsinar yang cepat kering.
✓ Varnis
Transparent, hard, protective finish.
Campuran minyak pengering, resin dan pelarut.
Biasanya menghasilkan permukaan berkilat.
✓ Stain
Satu cara mewarnakan permukaan kayu untuk mendapatkan warna
yang dikehendaki sebelum kemasan dibuat.
Stain yang digunakan hendaklah menyesuaikan dengan jenis kemasan
mengikut pelarutnya
Terdiri dari pelumur air, spirit atau minyak.
✓ Tona Kayu
Bahan pewarna yang perlu dilarutkan dalam pelbagai perantaraan
Ada tiga (3) jenis:
1. Pewarna Minyak
2. Pewarna Spirit
3. Pewarna Air
Page 5 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
Digunakan untuk mengelapkan dan mengeluarkan susunan urat kayu
dan menyamakan kayu yang berlainan warna
Pewarna Minyak – untuk mengilap lilin
Pewarna Spirit – bancuh dengan syelek atau spirit
Pewarna Air – boleh digunakan terus pada permukaan kayu sebelum
disapu lekar
Tona lambat kering kerana berbagai pelarut digunakan
CARA MENGECAT
Langkah-langkah mengecat adalah seperti berikut:
a. Persediaan Permukaan ᴥ Ini merupakan langkah utama untuk menjamin kejayaan
mengecat. Persediaan ini menentukan permukaan yang akan dicat itu licin, besih, kering
dan stabil.
b. Bancuhan Cat ᴥ Kebanyakan cat yang telah lama disimpan mestilah dikacau dengan
betul sebelum boleh digunakan. Perhatian hendaklah diambil untuk mengeluarkan
lapisan atas yang telah keras sebelum dikacau supaya bahagian yang telah keras tidak
bercampur dengan cat. Jika cat itu kotor, ia boleh ditapis dengan kain nipis.
c. Melarut ᴥ Cat yang pekat perlu dicairkan dengan sejenis pelarut yang sesuai supaya
mudah disapu atau disembur.
d. Keadaan Yang Sesuai Untuk Mengecat ᴥ Cuaca hendaklah panas, kering dan tidak
berabuk.
e. Mengecat Lapisan Asas ᴥ Mengisikan segala ira dan lubang halus supaya membina
satu lapisan yang kuat untuk menerima lapisan-lapisan selanjutnya.
f. Penutup ᴥ Lubang paku, retak dan tanda-tanda lain hendaklah ditutup selepas cat
lapisan asas kerana lapisan asas mencegah resapan berlebihan daripada bahan-bahan
penutup (putty)
g. Mengecat Lapisan Alas ᴥ Membina lapisan yang rata dan sama warna dengan
lapisan kemasan.
h. Mengecat Lapisan Kemasan Atau Lapisan Penghabisan ᴥ Memberi lapisan yang
berkilat dan licin. Cat licin adalah lebih lama tahannya jika digunakan untuk mengecat
permukaan luar, manakala cat pudar lebih sesuai digunakan untuk kemasan tembok
dalam kerana kurang pemantulan cahaya.
Page 6 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
Kerja mengecat bleh dilakukan dengan tiga (3) cara iaitu:
1) Disapu dengan berus.
2) Menggunakan penggelek atau rola
3) Dengan menggunakan alat sembur yang dibantu oleh mesin, tekanan udara, tangki
atau bekas sembur dan hos getah.
Mengecat Permukaan Konkrit, Lepa Dan Bata
Permukaan konkrit dan lepa bersifat alkali apabila baru dibuat kerana kandungan simen
atau kapur di dalam bahan-bahannya. Kehadiran alkali ini akan bertindak balas dengan
cat dan menghasilkan kesan yang buruk. Permukaan ini juga basah dan
pengeringannya melalui sejatan mengambil masa yang agak lama. Oleh sebab itu,
mencapai kemasan cat yang bermutu, keadaan-keadaan yang berikut mestilah di atasi.
a. Penyerapan cecair dari kandungan cat oleh lepa yang berliang, terutamanya
penyerapan yang tiak sekata → Keadaan seperti ini dapat diatasi dengan mengecat
satu lapisan cat asas dengan menggunakan cat distemper ataupun cat emulsi di cairkan
dengan air.
b. Permukaan yang tidak rata → Permukaan ini hendaklah digosok dan sebarang retak
dan lekuk-lekuk ditampalkan dengan lepa.
c. Tumbuhan kulat dan sebagainya → Kejaidan seperti ini mungkin disebabkan oleh
kelembapan yang berterusan. Cara mengatasinya ialah mencari dan membaiki punca
kelembapannya, mengadakan pengaliran udara yang mencukupi. Membersihkan
permukaan tembok dengan cara membasuh menggunakan racun kulat, dan tembok
tersebut dibiarkan sehingga kering sebelum dict semula.
d. Pemeluwapan → Pemeluwapan berlaku pada permukaan tembok yang keas dan
tidak menyerap. Permukaan tembok boleh dibasuh dengan larutan asid cair ataupun
larutan campuran 5 bahagian turpentine dengan 1 bahagian minyak linseed.
Kesimpulannya, keadaan permukaan yang sempurna untuk mengecat ialah:
kering, stabil, besih tanpa cemaran gris, minyak dan habuk.
Page 7 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
Kemasan Bahan Lutsinar
Proses mengemas permukaan kayu dengan bahan-bahan lutsinar hendaklah mengikut
langkah-langkah berikut.
a. Persedian Permukaan → Pembersihan permukaan merupakan satu langkah yang
penting yang mesti dilakukan dengan sempurna. Pada dasarnya, permukaan mestilah
bersih, licin, tiada habuk, bebas dari tanda-tanda minyak, glu dan lilin. Minyak dan lilin
boleh dihilangkah d engan benzin dan spirit. Manakala tanda-tanda kecacatan boleh
dibuang dengan kertas pasir ataupun diketam dan ditutup dengan dempul atau kayu
plastic.
b. Rawatan pada permukaan → Rawatan yang berlainan hendaklah dilakukan paa
permukaan kayu mengikut jenis kayu dan jenis kemasan yang dipilih. Pada dasarnya,
langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:
1) Pelunturan (Bleaching) → Sejenis rawatan yang dibuat pada permukaan kayu jika
perlu untuk menghasilkan warna yang sama dan menghilangkan tompok-tompok bekas
glu, karat dan sebagainya. Cecair yang digunakan terdiri daripada dua jenis yang khas
untuk kegunaan pada kayu.
a) Cecair pertama ialah caustic potash atau ammonia (20% dalam air) dan cecair kedua
ialah hydrogen peroksida pekat.
b) Cecair pertama disapukan pada permukaan kayu di ikuti dengan cecair kedua
sebelum kering. Selepas itu dibiarkan kering selama 24 hingga 48 jam, kemudian
digosok dengan kertas pasir gred 00 dan dibasuh dengan methylated spirit.
2) Pelumuran (Staining) → Ini ialah satu cara mewarnakan permukaan kayu untuk
mendapatkan arna yang dikehendaki sebelum kemasan dibuat. Pewarna yang
digunakan hendaklah menyesuaikan dengan jenis kemasan mengikut pelarutnya.
Pelumur yang digunakan terdiri daripada pelumur air, pelumur spirit dan pelumur
minyak.
Page 8 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
3) Penutup → Untuk mengisi ira-ira dan lompang-lompang pada permukaan kayu
dengan dempul supaya menghasilkann permukaan yang rata di samping
mengurangkan resapan bahan kemasan paa kayu.
4) Mengemaskan permukaan kayu dengan bahan kemasan lutsinar →Kaedah
kemasan berubah mengikut tekstur yang dikehendaki. Bahan-bahan kemasan lutsinar
terdiri draipada syelek, lilin, sempang, lekar selulus dan lekar plastic. Tiap-tiap jenis
bahan ini boleh dikemaskan dengan cara menyapu, menggelek ataupun menyembur.
Secara amnya, kemasan ini dilakukan dengan beberapa lapisan yang tipis. Tiap-tiap
lapisan mestilah kering dahulu sebelum lapisan selanjutnya boleh dikemaskan.
Keselamatan
Lagkah-langkah keselamatan harus diambil semasa melakukan kerja kemasan kerana
kebanyakan bahan-bahan kemaan bersifat mudah terbakar dan beracun.
Perkara-perkara yang berikut harus diambil perhatian:
√ Bahan-bahan seperti cat, turpentine, spirit, lekar dan lain-lain lagi mestilah disimpan
ditempat yang jauh dari punca api.
√ Apabila bekerja dengan bahan-bahan tersebut, pastikan jauh dari punca api.
√ Di dalam kawasan kerja dilarang merokok.
√ Tempat kerja mesti mempuyai pengaliran udara yang baik sebab banyak terdapat
wasap dari bahan-bahan kemasan beracun.
√ Jika bekerja di dalam kawasan yang tertutup, kesan buruk mungkin berlaku kepada
pekerja.
√ Jangan sengaja menghisap asap bahan-bahan kemasan.
Page 9 of 10
Lampiran DPP C2 (b)-1
EXERCISE
1. Senaraikan empat (4) jenis cat yang biasa digunakan untuk kerja-kerja kemasan
bangunan bata dan konkrit.
2. Apakah tujuan kemasan pada pembinaan kayu?
3. Nyatakan dua (2) alat yang sesuai digunakan untuk kerja-kerja mengecat.
REFERENCE
1. Teknologi Bahan Binaan. Tan Boon Tong, Dewan Bahasa dan Pustaka 2000.
2. Ringkasan implementasi Kerja Bangunan, Azizan Mohd Nor. Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2003.
3. Modul ECB 2115 Building Construction 2
4. Kursus Seni Bina, R. Barry Ariba, International Book Service (IBS), Petaling Jaya,
1985.
5. Teknologi Bangunan Asas, Jahiman Badron, Limma Enterprise Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur, 1984.
6. Undang-undang Malaysia. (2009). Undang-undang Kecil Bangunan Seragam. Kuala
Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.
7. http://emesengineering.blogspot.com/2011/06/tahukah-anda-jenis-pintu-kayu.html
Page 10 of 10