The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Elvira, 2022-06-28 08:55:09

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022

PANDUAN PENGURUSAN SKGB 2022

1
1

Isi kandungan muka surat
3
Perkara 4
1. Sekapur Sirih 5
2. Sejarah Sekolah 6
3. Profil Sekolah 7
4. Pelan Sekolah 8
5. Carta Organisasi Sekolah
6. Logo/Bendera Sekolah 9
7. Lagu Kebangsaan/ Lagu Negeri Sabah/
10
Lagu Sekolah 12
8. Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ 13
14
Visi Sekolah/ Misi Sekolah/ 15
Piagam Pelanggan 20
9. Takwim Persekolahan 21
10.Senarai Guru dan Kakitangan
11.Guru kelas dan Enrolmen Murid
12.Jadual Guru Bertugas Mingguan
13.Watikah Pelantikan
14.Panduan Am

1

16.Pengurusan Pentadbiran 27
17.Pengurusan Kurikulum 34
18.Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) 52
19.Pengurusan Kokurikulum 67

2

SEKAPUR SIRIH DARI GURU BESAR

ASSALAMUALIKUM W.T DAN SALAM SEJAHTERA
Syukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah
kurnianya, kita dapat meneruskan perjuangan yang
diamanahkan kepada kita sebagai pendidik dan
pembentuk anak bangsa. Setinggi-tinggi tahniah dan
jutaan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa
Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2022 yang telah
bertungkus lumus untuk menyiapkan buku ini. Buku
pengurusan ini penting sebagai rujukan dan garis
panduan kepada guru-guru untuk melaksanakan tugas
dan tanggungjawab dengan lebih terarah dan berkesan.

Harapan saya agar warga SK.Guakon Baru perlu berpegang kepada prinsip kerja
berpasukan dan berkolaboratif antara satu sama lain di peringkat panitia, sekolah,
daerah,kebangsaan mahupun antarabangsa. Motto sekolah “1 Tekad menggapai
Kegemilangan” yang dipersetujui perlu direalisasikan, Oleh itu warga SK.Guakon Baru perlu
bergerak seiring dan seirama untuk mencapai matlamat. Satu kepuasan apabila anak-anak
didik kita berjaya dalam semua aspek. Saya sangat yakin bahawa dengan dedikasi, usaha
yang bersungguh-sungguh, semangat kerja berpasukan serta komitmen yang tinggi dalam
kalangan warga sekolah, kita mampu menggapai impian menjadi nyata.
Amalan Sistem pengurusan sekolah berkualiti mampu meningkatkan lagi pengurusan dan
pencapaian kemenjadian murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Sesungguhnya, guru-guru dan kakitangan SK.Guakon Baru mampu dan boleh membuktikan
bahawa kita berupaya membangun dan melahirkan modal insan yang diingini oleh bangsa
dan negara. Marilah sama-sama kita berazam dan mengaplikasikan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia dan wawasan Negara. Mudah-mudahan segala apa yang dirancang
dapat diterjemahkan menjadi kenyataan.

Sekian

“1 Tekad Menggapai Kegemilangan”

NORAIDAH BINTI HJ.AHMAD
GURU BESAR

3

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Guakon Baru yang terletak kira-kira 12 km dari Pekan Tamparuli,
mempunyai kawasan seluas 2.58 ekar, No. geran 74040213 atas nama Sekolah Rendah
Kebangsaan Guakon Baru. Pada mulanya ianya mempunyai 3 buah blok bangunan
sekolah dan 2 buah rumah guru yang terdiri daripada papan. Dalam tahun 1970, kawasan
yang termasuk dalam kawasan Kampung Guakon Baru mula diterokai oleh peneroka-
peneroka yang datang daripada beberapa kampung seperti Kampung Kiau Kota Belud,
Kampung Tiong Tuaran, Kampung Toboh Ranau dan lain-lain yang seterusnya menjadi
penduduk tetap kampung ini. Atas persetujuan mereka, suatu kawasan yang terletak di atas
bukit telah dipilih untuk menjadi tapak kawasan sekolah seperti pada hari ini.

Dengan adanya kerjasama yang padu, menggunakan cangkul maka dapatlah
mereka menyediakan tapak bangunan sekolah di awal tahun 1973. Kerja pembinaan
sebuah sekolah dua bilik darjah dan sebuah rumah guru telah dimulakan oleh kontraktor
bumiputera iaitu Encik Dalanting Galu dalam pertengahan tahun 1975. Pada 23hb Januari
1976 dengan menggunakan nama Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) bermulalah
persekolahan di sekolah ini dengan tenaga pengajar seramai 3 orang termasuk guru besar
dengan jumlah murid 70 orang terdiri dari lingkungan umur 5 hingga 15 tahun.

Pada tahun 1985 atas desakan dan kerjasama semua pihak, kerajaan telah memberi
tambahan sebuah blok bangunan sekolah (3 buah bilik darjah) dan 2 buah rumah guru
(berkembar) yang didirikan melalui projek kilat / terpencil. Bangunan baru ini hanya dapat
digunakan sepenuhnya dalam tahun 1986. Sekolah ini tetap mambangun dari masa ke
semasa dengan adanya kerjasama yang padu di antara pihak sekolah dengan pihak
masyarakat setempat di samping perhatian dari pihak yang prihatin dan bertanggungjawab.

4

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAKON BARU

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

PROFIL SEKOLAH

1 NAMA SEKOLAH SK. GUAKON BARU, TUARAN (SKK)
2 ALAMAT SEKOLAH
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH TUARAN
3 KOD SEKOLAH PETI SURAT 594, 89208
4 DAERAH TUARAN, SABAH
5 PPD XBA4427
6 JENIS BANTUAN
TUARAN

TUARAN

PCG ( Per Capita Grant )

7 GRED SEKOLAH GRED B

8 KELUASAN TANAH 2.58 EKAR

9 NAMA GURU BESAR PN. MASRAH@NORAIDAH BINTI HJ. AHMAD

10 SESI 1 SIDANG (PAGI)

11 BILANGAN GURU/STAF 16 ORANG

12 ENROLMEN MURID 46 ORANG

13 BILANGAN KELAS BEROPERSI 7 KELAS TERMASUK PRASEKOLAH

14 EMAIL SEKOLAH [email protected]
[email protected]

15 LAMAN BLOG SEKOLAH http://skguakonbaru.wordpress.com

5

PELAN SEKOLAH

TANDAS

PONDOK
KAWALAN

BANGUNAN BANGUNAN KOLAM
PRASEKOLAH TOMBOILIK IKAN

BILIK
PAM AIR

LALU

PETUNJUK:

BLOK TOMBOILIK : KELAS TAHUN 4, BILIK BOSS, BILIK TUNAS GEMILAN

BLOK TUNTUNGON : KELAS TAHUN 1 , KELAS TAHUN 3 DAN KELAS TAHU

BLOK GUAKON : BILIK STAF, BILIK GERAKAN,PUSAT SUMBER SEKOL

BANGUNAN BANGUNAN PONDOK
TUNTUNGON BLOK GUAKON RMT

TAMAN TAPAK TANDAS
SAINS PERHIMPUNAN

UAN SIHAT

NG, BILIK AGAMA DAN KELAS TAHUN 2
UN 5
LAH,, BILIK KEBITARAAN SAINS, BILIK ICT, STUDIO GSC, BILIK BUSANA & STOR

6



7
7

LOGO SEKOLAH Warna hijau melambangkan Obor melambangkan
kekuatan tenaga dan kehidupan kecemerlangan harus
Buku melambangkan yang abadi sesuai dengan dicapai dalam semua
semua warga sekolah persekitaran menghijau bidang termasuklah
bertekad menimba Kampung Guakon. kokurikulum seperti
ilmu ke taraf tertinggi. sukan dan persatuan.

Warna merah Warna kuning
bermaksud melambangkan
melahirkan taat kepada Allah,
generasi yang Raja dan
kuat dan berani Perlembagaan.
menghadapi Negara.
cabaran.
Warna biru
Cogan kata melambangkan
sekolah perpaduan.

Nama sekolah

BENDERA SEKOLAH Warna hijau melambangkan
kekuatan tenaga dan kehidupan
Warna merah simbol kepada semangat yang abadi sesuai dengan
warga sekolah yang sentiasa membara persekitaran menghijau
untuk mencapai kegemilangan dalam Kampung Guakon.
segala aspek kehidupan.

Logo sekolah

Warna putih adalah lambang kesucian Warna biru melambangkan sifat rajin dan
dan ketelusan yang harus dimiliki setiap dedikasi yang diperlukan oleh individu
insan dalam mengharungi kehidupan. yang inginkan kecemerlangan.

8

MOTTO SEKOLAH
“1 Tekad Menggapai Kegemilangan”

LAGU KEBANGSAAN

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahgia Tuhan kurniakan

Raja kita
Selamat bertakhta

LAGU NEGERI SABAH

Sabah tanah airku
Negeri kita yang tercinta
Pemuda pemudi semua marilah
Bangunlah bersatu semua
Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa
Bersatu segala bangsa sentosa
Sabah negeri merdeka

LAGU SEKOLAH

Sekolah Guakon Baru
Di bukit yang indah permai
Kebun getah menghijau luas
Mencipta suasana damai

Sekolah akan menjadi tempat
Mengisi ilmu di dada

Hidup rukun rajin berusaha
Bersatu kita akan maju

9

Tunjuk ajar dari guru
Sinar suria di pagi hari
Jasa tetap dikenang
Hingga ke akhir zaman

Kami patuh taat setia
Kepada ibu bapa dan guru

Menuju cita-cita murni
Demi negara tercinta

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga SK Guakon Baru, Tuaran (Sekolah Kluster Kecemerlangan) dengan penuh
tekad dan iltizam berikrar serta berjanji akan :
 Sentiasa berusaha dengan gigih ke arah kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum
 Berusaha mewujudkan iklim sekolah yang kondusif
 Tabah memikul tanggungjawab mendidik pelajar agar berketrampilan, berdaya saing

dan beriman
 Memberikan perkhidmatan mesra dan cekap demi kecemerlangan pendidikan

10

 Pembinaan Institusi Perancangan dan penyeliaan yang berkesan sistem pentadbiran.
 Pembangunan Staf yang komprehensif.
 Pembinaan hubungan luar dan masyarakat.
 Pengurusan kewangan yang cemerlang.

11

TAKWIM PERSEKOLAHAN

12

SENARAI GURU & KAKITANGAN

BIL NAMA NO. FAIL GRED JAWATAN

1 MASRAH@NORAIDAH JP(SB)/C2-04/18004 DG44 GURU BESAR
BINTI HJ. AHMAD
JP(SB)/C2-04/10731 DG48 PK PENTADBIRAN
2 FEDELIS KOPU JP(SB)/C2-04/33979 DG42
3 JARSON MATIN DG44 PK HAL EHWAL MURID
4 ROSMAN PA’AL JP(SB)/10767 DG48
5 ROBBEN SANTEE JP(SB)/D1-04/15700 PK KOKO
DG44
6 JOEL BIN JUTI JP(SB)/C2-04/19387 GURU AKADEMIK
DG44 BIASA
7 MAJINEH ANGOR JP(SB)/D1-04/16742
DG44 GURU AKADEMIK
8 JUNAIDI BIN SANE JP(SB)/C2-04/32886 DG32 BIASA
JP(SB)/C2-04/32016
9 ROSELY Z MAMBANG JP(SB)/C2-04/10662 DG44 GURU AKADEMIK
@MIMIE JP(SB)/C2-04/33325 BIASA
DG42
10 PETRUS BIN YULAI JP(SB)/13033 GURU AGAMA
@PETRUS AKOU DG44 GURU AKADEMIK
DG44
11 NARIA GRACE BINTI DG44 BIASA
GIHOL PT N19
PPM N19 GURU AKADEMIK
12 WILTER DOUSIP BIASA

13 ELVIRA BINTI ACHIN JP(SB)/12082 GURU AKADEMIK
BIASA
14 ALMAIDA BINTI AHMAD JP(SB)/16024
GURU AKADEMIK
15 SHELY BINTI AMING JP(SB)/KTBM/11470 BIASA

16 DIANA BINTI TAR JP(SB)/KTBM/500/13274 GURU PEMULIHAN
KHAS

GURU PRASEKOLAH

PEMBANTU TADBIR

PEM. PENGURUSAN
MURID

13

GURU KELAS DAN ENROLMEN MURID

BIL DARJAH GURU KELAS BIL MURID JUMLAH
LP 3
1 TAHUN 1 1. EN.ROBBEN SANTEE 30 4
2. EN. JOEL BIN JUTI 5
31 7
2 TAHUN 2 1. PN. NARIA GRACE GIHOL 14 9
2. EN.FEDELIS KOPU 43 7
11
3 TAHUN 3 1. WILTER DOUSIP 54
46
4 TAHUN 4 1. PN. MAJINEH ANGOR 34
2. EN. ROSMAN PA’AL
92
5 TAHUN 5 1. EN. PETRUS YULAI
2. EN. JUNAIDI SANE 28 18

6 TAHUN 6 1. PN. ROSELY Z MAMBANG@MIMIE
2. JARSON MATIN

7 PRASEKOLAH 1. CIK ALMAIDA AHMAD
2. PN. DIANA TAR

JUMLAH KESELURUHAN

Bidang Tugas Guru Kelas:

1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan.
2. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka

tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.
3. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi penjelasan dan

sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada
penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah.
4. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan.
Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu.
5. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara ramai dalam
kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada
dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.
6. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan mengeluarkan resit
kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku yuran.
7. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.
8. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu pelajar.
9. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun,
dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.
10. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK HEM seperti
ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain.
11. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan mereka yang
berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar.
12. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.
13. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-
tiap hari persekolahan.
14. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat dan berita-
berita yang positif, membina dan terkini.
15. Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah kepada guru-guru
kelas untuk meringankan beban tugas guru.

14

JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN

BULAN MINGGU TARIKH
MAC
APRIL 1 DARI HINGGA

MEI 2 21 (Isnin) 25

2 (Jumaat)
3
4 28 (Isnin) 31 Nar

5 (Khamis)) Nar
W
6 1 (Jumaat)
Ma
7 4 (Isnin) 8 (Jumaat)
Pet
11 (Isnin) 15
Rosely
(Jumaat)

18 (Isnin) 22

(Jumaat)

25 (Isnin) 29

(Jumaat)

2 (Isnin) 6 (Jumaat)

8 9 (Isnin) 13 Nar

(Jumaat)

9 16 (Isnin) 20 W

15

NAMA GURU BERTUGAS CATATAN

Robben Santee / Joel Juti

ria Grace Gihol / Fedelis Kopu

ria Grace Gihol / Fedelis Kopu 3 Apr Awal Ramadhan
Wilter Dousip / Elvira Achin
ajineh Angor / Rosman Pa’al

trus Yulai / Junaidi Bin Sane

y Z Mambang @ Mimie / Jarson 3 & 4 Mei Cuti Hari Raya
Matin Aidilfitri

Robben Santee / Joel Juti 5 & 6 Mei (Cuti Perayaan)

ria Grace Gihol / Fedelis Kopu

Wilter Dousip / Elvira Achin

(Jumaat)

10 23 (Isnin) 27 Ma

(Jumaat)

11 30 (Isnin) 31 (Selasa) Pet

JUN 11 1 (Rabu) 3 (Jumaat) Pet
JUN
JULAI 4 (Sabtu) 12 (Ahad) Cuti

12 13 (Isnin) 17 Rosely

(Jumaat)

13 20 (Isnin) 24 R

(Jumaat)

14 27 (Isnin) 30 Nar

(Khamis)

14 1 (Jumaat) Nar

15 4 (Isnin) 8 (Jumaat) W

16 11 (Isnin) 15 Ma

(Jumaat)

17 18 (Isnin) 22 Pet

(Jumaat)

18 25 (Isnin) 29 Rosely

(Jumaat)

16

ajineh Angor / Rosman Pa’al

trus Yulai / Junaidi Bin Sane 1 & 2 Jun Cuti Gawai Dayak
trus Yulai / Junaidi Bin Sane
Akhir Penggal 1, Sesi 2022 /

2023

y Z Mambang @ Mimie / Jarson
Matin

Robben Santee / Joel Juti

ria Grace Gihol / Fedelis Kopu

ria Grace Gihol / Fedelis Kopu 10 Jul Hari Raya Aidil Adha
Wilter Dousip / Elvira Achin
ajineh Angor / Rosman Pa’al

trus Yulai / Junaidi Bin Sane

y Z Mambang @ Mimie / Jarson 30 Jul Awal Muharram
Matin

19 1 (Isnin) 5 (Jumaat) R

20 8 (Isnin) 12 Nar

OGOS (Jumaat)
SEPTEMBER
20 15 (Isnin) 19 Nar

(Jumaat)

21 22 (Isnin) 26 W

(Jumaat)

22 29 (Isnin) 31 (Rabu) Ma

22 2 (Jumaat) Ma

3 (Sabtu) 11 (Ahad) Cuti

23 12 (Isnin) 16 P

SEPTEMBER (Jumaat)
OKTOBER
24 19 (Isnin) 23 Ros

(Jumaat)

25 26 (Isnin) 30

(Jumaat)

26 3 (Isnin) 7 (Jumaat) N

27 10 (Isnin) 14

(Jumaat)

17

Robben Santee / Joel Juti
ria Grace Gihol / Fedelis Kopu

ria Grace Gihol / Fedelis Kopu

Wilter Dousip / Elvira Achin

ajineh Angor / Rosman Pa’al
ajineh Angor / Rosman Pa’al

Akhir Penggal 2, Sesi 2022 /
2023

Petrus Yulai / Junaidi Bin Sane

sely Z Mambang @ Mimie / Jarson
Matin

Robben Santee / Joel Juti

Naria Grace Gihol / Fedelis Kopu 9 Okt Maulidur Rasul S.A.W
Wilter Dousip / Elvira Achin

28 17 (Isnin) 21

(Jumaat)

29 24 (Isnin) 28 P

(Jumaat)

30 31 (Isnin) Ros

30 1 (Selasa) 4 (Jumaat) Ros

NOVEMBER 31 7 (Isnin) 11
DISEMBER
(Jumaat)

32 14 (Isnin) 18 N

(Jumaat)

33 21 (Isnin) 25

(Jumaat)

34 28 (Isnin) 30 (Rabu)

34 1 (Khamis) 2 (Jumaat)

35 5 (Isnin) 9 (Jumaat) P

10 (Sabtu) 31 (Ahad) Cu

18

Majineh Angor / Rosman Pa’al

Petrus Yulai / Junaidi Bin Sane 24 Okt Cuti Hari Deepavali
25 & 26 Okt (Cuti Perayaan)
sely Z Mambang @ Mimie / Jarson
Matin

sely Z Mambang @ Mimie / Jarson
Matin

Robben Santee / Joel Juti

Naria Grace Gihol / Fedelis Kopu

Wilter Dousip / Elvira Achin

Majineh Angor / Rosman Pa’al
Majineh Angor / Rosman Pa’al
Petrus Yulai / Junaidi Bin Sane
uti Akhir Penggal 3, Sesi 2022 /

2023

BULAN MINGGU TARIKH
JANUARI 36
DARI HINGGA
FEBRUARI
3 (Selasa) 6 (Jumaat) Rosely

37 9 (Isnin) 13

(Jumaat)

38 16 (Isnin) 20 Nar

(Jumaat)

39 23 (Isnin) 27 W

(Jumaat)

40 30 (Isnin) 31 (Selasa) Ma

40 1 (Rabu) 3 (Jumaat) Ma

41 6 (Isnin) 10 Pet

(Jumaat)

42 13 (Isnin) 17 Rosely

(Jumaat)

18 (Sabtu) 28 (Selasa) Cuti A

MAC 1 (Rabu) 12 (Ahad) Cuti A

19

NAMA GURU BERTUGAS CATATAN

y Z Mambang @ Mimie / Jarson
Matin

Robben Santee / Joel Juti

ria Grace Gihol / Fedelis Kopu 20 Jan (Cuti Perayaan)

Wilter Dousip / Elvira Achin 22 & 23 Feb Cuti Tahun Baru
Cina
ajineh Angor / Rosman Pa’al
ajineh Angor / Rosman Pa’al
trus Yulai / Junaidi Bin Sane

y Z Mambang @ Mimie / Jarson
Matin

Akhir Persekolahan, Sesi 2022 /
2023

Akhir Persekolahan, Sesi 2022 /
2023

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAKON BARU

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH TUARAN
PETI SURAT 594, 89208
TUARAN, SABAH

Tel. : 019-532-4070 (GB) Kod Sekolah : XBA4427 Email : [email protected]

No. Ruj : XBA4427/100/5/03( )
Tarikh : 1 Januari 2022

Guru dan Staf
SK. Guakon Baru, Tuaran (SKK)

Tuan/ Puan,

WATIKAH PELANTIKAN JAWATAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU/ STAF
SK. GUAKON BARU, TUARAN (SKK) SESI 2022/2023

Dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa tuan/puan adalah dengan ini dilantik dan
dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan-jawatan seperti tercatat dalam Buku
Pengurusan Sekolah bagi sesi 2022/2023.

3. Jawatan, amanah dan tanggungjawab dalam buku perancangan sekolah juga boleh
diubah, dikurang atau ditambah oleh pihak pentadbiran dari semasa ke semasa.

4. Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian tuan / puan menerima pelantikan ini.

5. Semoga tuan / puan dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan cemerlang dan
penuh dedikasi berkuatkuasa dari 21.3.2022 sehingga 17.2.2023.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menjalankan amanah,

NORAIDAH BINTI HJ. AHMAD
Guru Besar

SK. Guakon Baru, Tuaran (SKK)

20

PANDUAN AM

BIL PERKARA/ AKTIVITI
01 PERINTAH AM

Sebagai penjawat awam, guru-guru dan kakitangan sekolah adalah tertakluk dengan
arahan yang terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dan
kakitangan dikehendaki memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut serta
pekeliling-pekeliling berkaitan.

02 ASAS PENGURUSAN SEKOLAH
2.1 Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Rukun
Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Teras Perkhidmatan dan Tatasusila
Profesion Perguruan Malaysia.
2.2 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah.
2.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, dan Objektif Sekolah.
2.4 Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah.
2.5 Dalam menjalankan tugas, meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi
kepentingan peribadi.
2.6 Semua guru adalah guru disiplin.
2.7 Semua guru adalah guru kaunseling.

03 WAKTU HADIR / WAKTU PULANG
3.1 Jadual waktu persekolahan/waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
3.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah pada jam 7.20 pagi setiap hari
sebelum waktu persekolahan dan merekod SENDIRI waktu sampai di pejabat.
3.3 Guru hendaklah memberitahu Guru Besar secepat mungkin, kiranya tidak dapat
hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah.
3.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan
kecuali dalam keadaan kecemasan.
3.5 Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam
yang sedang berkuatkuasa.
3,6 Guru adalah digalakkan balik selepas 10 minit waktu pulang rasmi.
3.7 Guru / Staf perlu tunjukkan teladan yang baik.
3.8 Pastikan guru/staf merekod SENDIRI waktu pulang.

04 KELUAR WAKTU BERTUGAS
4.1 Pada waktu persekolahan/kerja guru dan staf sokongan tidak dibenarkan
meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat
dielakkan dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau
Penolong Kanan (jika ketiadaan GB)
4.2 Guru dan staf sokongan dikehendaki mencatat dalam Buku Kebenaran Keluar di
pejabat.
4.3 Kerja bertulis/tugasan hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan
sekolah
4.4 Guru dan staf sokongan hendaklah merekod waktu semasa keluar dan masuk
semula dalam Buku Kebenaran Keluar.

21

05 MELAKUKAN KERJA LUAR
Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi
Perintah Am Bab ‟D‟ seperti berikut:-
5.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
5.2 Dibenarkan dengan syarat:-
5.2.1 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat.
5.2.2 Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam.
5.2.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan
kepentingan jabatan.

06 DISIPLIN GURU
6.1 Menghayati tatasusila profesion perguruan sebagai satu profesion dan bukan
sebagai satu kerja:
6.1.1 Bertanggungjawab bagi menentukan pencapaian akademik dan pendidikan
semua murid dengan memuaskan.
6.1.2 Menjalankan tugas-tugas kokurikulum seperti mana yang ditetapkan dan
ditugaskan. Setiap kegiatan yang melibatkan murid perempuan mestilah
dihadiri bersama oleh guru perempuan.
6.1.3 Batasan pergaulan antara sesama kakitangan dan murid-murid hendaklah
sentiasa dijaga.
6.2 Menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.
6.2.1 Menepati masa.
6.2.2 Semua projek yang dirancangkan di peringkat sekolah hendaklah
dilaksanakan dengan sempurna.
6.2.3 Guru ganti mestilah terima dengan rela hati dan penuh rasa setia kawan
memasuki dan mengajar kelas-kelas yang telah ditetapkan.
6.2.4 Tidak dibenarkan membuat kenyataan akhbar.
6.2.5 Segala masalah pelajaran dan pembelajaran hendaklah dirundingkan.
6.3 Mengutamakan kepentingan setiap murid di sekolah.
6.3.1 Adalah menjadi tanggungjawab bersama guru-guru terhadap masalah
disiplin dan akhlak.
6.3.2 Guru-guru bertanggungjawab mengatasi dan mengawasi masalah ponteng,
kesihatan, kebajikan, kebersihan murid, bilik darjah dan sekolah.
6.3.3 Bersikap tegas terhadap pelajar tetapi elakkan dari melakukan deraan.
6.3.4 Denda yang dikenakan hendaklah berbentuk positif dan memberi
pengajaran kepada murid. Denda yang boleh merugikan murid-murid di
dalam pelajaran adalah dilarang.
6.4 Waktu tidak mengajar (Free Period)
6.4.1 Bukan’free’ mutlak tetapi ‘non-teaching period’
6.4.2 Gunakan untuk membuat perancangan, menyemak kerja murid, sediakan
BBM, buat rujukan atau menulis persediaan mengajar.
6.4.3 Berbincang secara professional dengan rakan sejawat tentang masalah
murid dan PdP.

22

07 CUTI
7.1 Cuti Rehat/Cuti Penggal
Mengikut Surat Perkeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24
Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk
menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak
melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas
selain daripada tugas mengajar biasa.
7.2 Cuti Rehat Khas (CRK)
7.2.1 Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan di perengan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
4 tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam
satu tahun kalendar, (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3. Tahun 2005)
7.2.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun
berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang
Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak.
7.2.3 Layak dipohon dan kelulusan atas budi bicara Guru Besar dengan syarat
tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran
di sekolah.
7.2.4 Permohonan hendaklah dibuat lebih awal sekurang-kurangnya 3 hari
sebelum, kecuali kes-kes kecemasan (perlu maklum melalui telefon).
7.2.5 CUTI BUKAN ALASAN UNTUK MELEPASKAN TANGGUNGJAWAB.
GURU BESAR BERHAK MEMBATALKAN CUTI ATAU MEMANGGIL GURU
KEMBALI BERTUGAS SEKIRANYA PERLU.
7.3 Cuti Sakit
7.3.1 Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari
berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
7.3.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari
dalam setahun.
7.3.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-
putus akan dilaporkan ke PPD/JPN dan KPM.
7.3.4 Semua jenis cuti sakit hendaklah dilaporkan kepada PPD/ JPN dan KPM.
7.4 Cuti Keluar Negara
Semua guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan
borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu
sebelum tarikh bercuti.
7.5 Cuti Khas-Isteri Bersalin
Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota
perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan
pelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada
kepentingan perkhidmatan.
7.6 Cuti Tanpa Rekod
Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa,
cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan
pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan,
mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan.
7.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat.
Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3)
hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami atau

23

isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung, ibu dan bapa mentua, ibu dan bapa
angkat yang sah di sisi undang-undang serta anak angkat (termasuk anak angkat
de facto dan anak pelihara) yang sah di sisi undang-undang Pengiraan cuti
termasuk hari rehat dan pelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan
perkhidmatan.

08 PAKAIAN
8.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan
masyarakat. Semua jenis pakaian `jeans` tidak dibenarkan.
8.2 Pakaian berbentuk seluar, pakaian nipis, ketat, menampakkan bentuk badan dan
mendedahkan aurat tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
8.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang
sesuai.
8.4 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu, guru perempuan juga
dikehendaki memakai sepatu (kasut sarung/bukan sandal) supaya kelihatan lebih
kemas dan rasmi.
8.5 Semua guru digalakkan memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis.
8.6 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani/Aktiviti Kokurikulum dikehendaki
memakai pakaian yang sesuai:
8.6.1 Guru perempuan: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kameja T
berlengan panjang labuhnya melebihi paras punggung, kemeja sukan, baju
trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
8.6.2 Guru lelaki: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. kemeja T, kemeja
sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.

09 TANDA NAMA
Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari
persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau apabila ada urusan rasmi di luar sekolah.

10 TUGAS GURU
10.1 Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga
pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan
bertanggungjawab.
10.2 Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di PPD /JPNi atau sekolah
lain hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain
melaksanakannya tanpa keizinan Guru Besar.
10.3 Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar,
minit curai hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar dengan menggunakan
borang khas yang boleh diperolehi di Pejabat Sekolah.
10.4 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya,
apabila balik ke sekolah hendaklah menjalankan ”In-House Training” kepada guru
dan dimaklumkan kepada Guru Besar/ Penolong Kanan tarikh dan masa
pelaksanaannya.

24

11 REKOD MENGAJAR
11.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan Rekod Mengajar. Semua
butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini
hendaklah diserahkan kepada Guru Besar/ Penolong Kanan untuk disemak dan
ditandatangani.
11.2 Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Penolong
Kanan untuk urusan guru pengganti.
11.3 Setiap akhir tahun persekolahan, Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke
pejabat sekolah.

12 SURAT MENYURAT
Semua surat rasmi yang menggunakan ‘letter head’ sekolah hendaklah ditandatangani
oleh Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan.
12.1 Terdapat surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk
diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera
terhadap surat-surat tersebut.
12.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan menyatakan melalui dan
salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil
tindakan.
12.3 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya
untuk tindakan guru berkenaan maka guru itu hendaklah:-
12.3.1 Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat,
jika salinan asal sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal
disimpan dalam fail di pejabat.
12.3.2 Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam
borang yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan
setelah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pembantu Tadbir untuk
disediakan surat litup/iringan (covering) dan hantar segera ke pihak yang
berkenaan 3 hari sebelum tarikh akhir dan elakkan menerima peringatan
daripada pihak berkenaan.
12.3.3 Segala surat rasmi sekolah yang dituju kepada pihak luar hendaklah hanya
ditandatangani oleh Guru Besar sahaja, kecuali jika beliau sedang bercuti
dan sebagainya, maka surat itu akan ditandatangani oleh Penolong Kanan
bagi pihak Guru Besar.

13 KELUAR MASUK KELAS MENEPATI MASA
Guru-guru dikehendaki memasuki kelas untuk mengajar dengan menepati masa.
Demikian juga guru-guru yang sedang mengajar dikehendaki menamatkan
pengajarannya sebaik sahaja masa tamat.

14 PERLAKUAN WAKTU MENGAJAR
14.1 Semasa mengajar guru-guru hendaklah berada di dalam keadaan yang cergas
serta membolehkan mereka mengawal murid dengan baik serta menyampaikan
pengajaran dengan teratur. Mengajar sambil duduk/bertenggek di atas meja
adalah tidak dibenarkan.
14.2 Semasa mengajar guru-guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran
yang aktif. Jangan sama sekali membiarkan mana-mana pelajar tidur dan
membuat bising.

25

15 BUKU LATIHAN MURID
15.1 Guru-guru hendaklah memberitahu murid-murid untuk hanya menggunakan buku
latihan yang ada dijual di kedai buku sekolah atau mana-mana buku latihan yang
dipersetujui oleh Guru Besar untuk kegunaan mereka.
15.2 Guru-guru hendaklah mempastikan setiap murid membuat kerja latihan yang
diarahkan dan mengawasi supaya segala kerja murid dilakukan dengan bersih,
kemas dan teratur.
15.3 Guru-guru dikehendaki menyerah buku-buku latihan murid ini kepada Ketua
Panitia/ Penolong Kanan/Guru Besar untuk ditandatangani.

16 LATIHAN BERTULIS DAN PEMERIKSAANNYA
16.1 Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid-murid seberapa kerap
yang mungkin.
16.2 Latihan yang diberi hendaklah yang boleh mencabar kebolehan keupayaan
murid.
16.3 Pemeriksaan latihan bertulis hendaklah dilakukan oleh guru sendiri dan
dijalankan secepat mungkin dan hendaklah sentiasa kemaskini.

17 PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT
17.1 Guru dan staf sokongan perlu menjalinkan hubungan peribadi secara profesional
yang baik dan sihat sesama rakan dan hendaklah sentiasa memelihara tutur kata
supaya wujud perasaan kekitaan dalam organisasi.
17.2 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status
sosial, sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama
sekali wujud di sekolah.
17.3 Guru-guru dikehendaki sentiasa berkerjasama di antara satu sama lain dan
mewujudkan kemesraan dan keseronokan semasa bertugas.

18 GURU SEBAGAI PEMIMPIN TELADAN DI SEKOLAH
18.1 Guru-guru dikehendaki menonjolkan sikap kepimpinan yang baik untuk dijadikan
teladan kepada murid-murid.
18.2 Guru-guru/Staf sokongan dilarang merokok di kawasan sekolah.

26

PENGURUSAN
PENTADBIRAN

27

MAJLIS PENGURUSAN PENTADBIRAN

1.0 JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN PENTADBIRAN SEKOLAH

Pengerusi : Pn. Masrah@Noraidah Hj. Ahmad (Guru Besar)
Naib Pengerusi I : En. Fedelis Kopu (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : En. Jarson Matin ( PK HEM)
Naib Pengerusi III : En. Rosman Pa’al (PK KOKO/ Penyelaras SKK)
Setiausaha I : Pn. Naria Grace Gihol
Setiausaha II : Pn. Elvira Achin (Penyelaras Sistem Pengurusan Sekolah)
AJK : Pn. Majineh Angor (Penyelaras Kebitaraan Sains)
: Pn. Rosely Z Mambang@Mimie (Penyelaras Kebitaraan

Tarian Tradisi/ Guru Bimbingan)
: En. Wilter Dousip (Penyelaras ICT)
: Pn. Naria Grace Gihol (Guru Perpustakaan Media)
: Cik Almaida Ahmad (Guru Prasekolah)

STAF PERKHIDMATAN SOKONGAN

Pembantu Tadbir: : Pn. Shely Aming
(Pentadbiran & Kewangan)

Pembantu Pengurusan Murid : Pn. Diana Taar
(Prasekolah)

Kawalan Keselamatan Sekolah : En. Gitam Mesting

En. Petrus@Charles Sampai

En. Guhidi Sintih

Pembersihan : Pn. Sueilen Lambut

En. Pungut Rangkata

Bidang Tugas :

1. Berperanan sebagai tempat rujukan.
2. Merancang pembangunan fizikal sekolah serta kawasan sekolah.
3. Merancang kecemerlangan akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
4. Menyelaras segala program yang dirancang.
5. Merancang Takwim Sekolah dan memastikan pelaksanaan program mengikut jadual.

28

2.0 JAWATANKUASA KEWANGAN DAN PERAKAUNAN

Pengerusi : Pn. Masrah@Noraidah Hj. Ahmad (Guru Besar)
Naib Pengerusi I : En. Fedelis Kopu (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : En. Jarson Matin ( PK HEM)
Naib Pengerusi III : En. Rosman Pa’al (PK KOKO/ Penyelaras SKK)
Setiausaha : Shely Aming
Bendahari : Shely Aming
AJK : Guru Bimbingan

Juruaudit Dalaman Ketua Panitia Bahasa Melayu
Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Ketua Panitia Matematik
Ketua Panitia Sains
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Ketua Panitia Pendidikan Moral
Ketua Panitia Sejarah
Ketua Panitia RBT
Ketua Panitia Pendidikan Kesenian
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Ketua Panitia Bahasa Kadazandusun
Guru Perpustakaan Media
Guru Pemulihan Khas
Guru Prasekolah
: En. Petrus Yulai

Bidang Tugas :

1. Melaksanakan pengurusan kewangan berdasarkan pekeliling yang berkaitan.
2. Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada mana-mana guru dan staf.
3. Memesan dan mendaftar buku resit untuk tujuan pungutan.
4. Memastikan semua terimaan telah dimasukkan ke dalam bank.
5. Memastikan semua pembelian/pembayaran di buat ikut peraturan kewangan (pesanan tempahan,
invois, bil, baucer dan cek).
6. Menyediakan Buku Tunai Akaun Kerajaan/SUWA/Asrama dan Buku Tunai Panjar Wang Runcit.
7. Menyemak dan menandatangani penyata kewangan dalam Buku Tunai Akaun
Kerajaan/SUWA/Asrama/Panjar Wang Runcit.
8. Meneliti dan mengambil tindakan susulan terhadap Laporan Audit.

29

3.0 JAWATANKUASA PERANCANGAN STRATEGIK DAN KAJIAN TINDAKAN

Pengerusi : Pn. Masrah@Noraidah Hj. Ahmad (Guru Besar)
Naib Pengerusi I : En. Fedelis Kopu (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : En. Jarson Matin ( PK HEM)
Naib Pengerusi III : En. Rosman Pa’al (PK KOKO/ Penyelaras SKK)

Setiausaha : Pn. Naria Grace Gihol
AJK : Guru Bimbingan

Ketua Panitia Bahasa Melayu
Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Ketua Panitia Matematik
Ketua Panitia Sains
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Ketua Panitia Pendidikan Moral
Ketua Panitia Sejarah
Ketua Panitia RBT
Ketua Panitia Pendidikan Kesenian
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Ketua Panitia Bahasa Kadazandusun
Guru Pemulihan Khas
Guru Prasekolah

4.0 JAWATANKUASA UNIT DATA DAN MAKLUMAT SEKOLAH

Pengerusi : Pn. Masrah@Noraidah Hj. Ahmad (Guru Besar)
Naib Pengerusi I : En. Fedelis Kopu (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : En. Jarson Matin ( PK HEM)
Naib Pengerusi III : En. Rosman Pa’al (PK KOKO/ Penyelaras SKK)
Setiausaha : En. Wilter Dousip (Guru Data)
AJK : En. Junaidi Sane (SAPS/SPLG)
: : Pn. Elvira Achin (Pemulihan Khas)

: Pn. Naria Grace Gihol (Perpustakaan/Media/APDM)

: En. Joel Juti (SPBT)

30

: Pn. Majineh Angor (NILAM)

: Cik Almaida Ahmad (Prasekolah)

: Pn. Shely Aming (Pembantu Tadbir)

Bidang Tugas :
1. Mendapatkan maklumat yang lengkap daripada guru dan murid baharu dengan

menyediakan borang.
2. Menngemaskini data dari semasa ke semasa seperti yang diarahkan oleh PPD / JPN.
3. Menghantar data mengikut keperluan pada masa yang ditetapkan.
4. Melengkapkan penyata bulanan murid dan guru semasa dan menghantar ke PPD.

5.0 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN ASET SEKOLAH

Pengerusi : Pn. Masrah@Noraidah Hj. Ahmad (Guru Besar)

Naib Pengerusi I : En. Fedelis Kopu (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi II : En. Jarson Matin ( PK HEM)

Naib Pengerusi III : En. Rosman Pa’al (PK KOKO/ Penyelaras SKK)

Setiausaha I : En. Robben Santee (Penyelaras Bangunan dan Prasarana)

Setiausaha II : En. Fedelis Kopu (Penyelaras Aset dan Inventori)

Pegawai Pemeriksa Stor : Pn. Shely Aming

Pn. Diana Tar

Lembaga Pemeriksa Pelupusan : En. Wilter Dousip

Pn. Majineh Angor

Pegawai Pemeriksa : En Jarson Matin

En. Rosman Pa’al

Bidang Tugas:

1. Menyenaraikan semua barangan yang dikategorikan dalam inventori sekolah oleh guru-
guru kelas dan guru bilik khas.

2. Melabelkan barang atau perabot yang baru.
3. Memastikan barang tidak hilang.
4. Menyediakan buku daftar inventori yang mengandungi

 Nama bilik dan Nombor Bilik Inventori

 Item dan Kod Inventori
5. Merekod harta kerajaan ke dalam Kad Biru dan kad Hijau Inventori
6. Mengawasi pergerakan perabot dalam kelas dan bilik-bilik khas.
7. Rekod bilangan perabot yang ditampal di setiap bilik.
8. Mengawal keluar masuk kerusi dan meja dari stor.
9. Merekod perabot yang telah rosak.

31

6.0 JAWATANKUASA UNIT LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF (LADAP/e-SPLG)

Pengerusi : Pn. Masrah@Noraidah Hj. Ahmad (Guru Besar)
Naib Pengerusi I : En. Fedelis Kopu (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : En. Jarson Matin ( PK HEM)
Naib Pengerusi III : En. Rosman Pa’al (PK KOKO/ Penyelaras SKK)

Setiausaha : En. Junaidi Sane (Penyelaras)
AJK : Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran

Pn. Rosely Z Mambang@Mimie (Guru Bimbingan)
Pn. Naria Grace Gihol (Guru Perpustakaan Media)
Pn. Shely Aming (Pembantu Tadbir)

Bidang Tugas :

1. Merancang dan melaksanakan program prkembangan staf kepada semua guru dan staf sokongan.
2. Menyediakan kertas kerja.
3. Menyelaras Jawatankuasa Program.
4. Menyelaras program secara keseluruhan.
5. Mengurus penceramah.
6. Mengedarkan borang kehadiran peserta kursus semasa program.
7. Menyedia dan menghantar pelaporan ke PPD.

7.0 JAWATANKUASA PROFIL DAN TAKWIM SEKOLAH

Pengerusi : Pn. Masrah@Noraidah Hj. Ahmad (Guru Besar)
Naib Pengerusi I : En. Fedelis Kopu (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : En. Jarson Matin ( PK HEM)
Naib Pengerusi III : En. Rosman Pa’al (PK KOKO/ Penyelaras SKK)

Setiausaha : Pn. Rosely Z Mambang@Mimie

AJK : Pn. Majineh Angor (P. Kebitaraan Sains)
: Pn. Rosely Z Mambang@Mimie (P. Kebitaraan Tarian)
: En. Junaidi Sane ( Jadual Guru/Murid Bertugas Mingguan)

8.0 JAWATANKUASA KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)

Pengerusi : Pn. Masrah@Noraidah Hj. Ahmad (Guru Besar)
Penyelaras : En. Fedelis Kopu (PK Pentadbiran)
AJK : Pn. Rohaini Lobudai (KP BM)

32

Pn. Rosely Z Mambang @ Mimie (KP BI)
En. Petrus Yulai (KP MT)
Pn. Majineh Angor (KP SN)

9.0 JAWATANKUASA KELAB GURU DAN STAF

Penasihat : Pn. Masrah@Noraidah Hj. Ahmad (Guru Besar)
Pengerusi : Pn. Majineh Angor
Naib Pengerusi : Pn. Rosely Z Mambang @ Mimie
Setiausaha : En. Joel Juti
Bendahari : En. Junaidi Sane
AJK : Semua guru dan staf sekolah

10.0 JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

Penasihat : Pn. Masrah@Noraidah Hj. Ahmad (Guru Besar)
Pengerusi : Pn. Jessie Taimin (YDP PIBG)
Naib Pengerusi : En. Robert Delimbu
Setiausaha : En. Petrus Yulai
Bendahari : Pn. Sueilen Lambut
AJK : Semua Ahli PIBG

11.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN PRASEKOLAH

Pengerusi : Pn. Masrah@Noraidah Hj. Ahmad (Guru Besar)
Naib Pengerusi I : En. Fedelis Kopu (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : En. Jarson Matin ( PK HEM)
Naib Pengerusi III : En. Rosman Pa’al (PK KOKO/ Penyelaras SKK)
Setiausaha : Cik Almaida Ahmad
AJK : Pn. Diana Tar

33

PENGURUSAN
KURIKULUM

34

PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH

1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah bidang utama atau ‘core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di
sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan pencapaian sekolah
dalam bidang kurikulum selaras dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.

Menyedari hakikat mampu menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang,suatu bentuk program
yang terancang telah disusun mengikut perbezaan potensi dan kebolehan antara pelajar untuk
menghasilkan impak yang maksima.Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada
kecemerlangan pelajar,bagi mencapai arah tuju pendidikan yang lebih tinggi dan sempurna
sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
2.1: Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2: Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3: Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pendidikan Negeri.

3.0 DASAR
3.1: Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua aspek pengetahuan,kemahiran,norma,nilai,unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi diri dalam diri pelajar dari aspek
jasmani,rohani,mental dan emosi .
3.2: Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan
dasar pendidikan kebangsaan.
3.3: Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
3.4: Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum
semasa.
3.5: Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna
sekiranya
program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik
mestilah
diberikan keutamaan.

4.0 MESYUARAT
4.1: Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat ( 4 ) kali setahun
mengikut standard piawaian Jabatan Pendidikan bagi membincangkan pengurusan dan
pelaksanaan,masalah dan isu kurikulum di sekolah.
4.2: Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan di dalam Buku
Pengurusan Kualiti SPSK
4.3: Mesyuarat Panitia – Dilaksanakan sebanyak minimum 3 kali setahun dan minit mesyuarat
mestilah disediakan dalam tempoh seminggu. Surat Panggilan Mesyuarat haruslah
diedarkan kepada guru 3 hari sebelum tarikh mesyuarat.
4.4: Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya dalam Mesyuarat
Panitia
dan maklumbalas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada Setiausaha
Jawatankuasa.
4.5: Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap
pelaksanaan kurikulum dalam semua mata pelajaran dan Pihak Pentadbiran Sekolah
beserta
Ketua-ketua Panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
5.1: Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4 / 1986 .
5.2: Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan bakat

adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu semua
panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling

35

bekerjasama, saling membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk
memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengajaran.
5.3: Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan ETR
dalam pengurusan prestasi mata pelajaran.
5.4: Semua panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi pengajaran
yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar untuk
belajar dengan lebih baik.
5.5: Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat
kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir sebagai penasihat. Satu
salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada Guru Besar melalui Setiausaha
Kurikulum.
5.8: Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan panitia sambil diselia oleh
ketua panitia.

6.0 SISTEM FAIL
6.1: Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha.
6.2: Semua fail panitia diletakkan di Bahagian Pentadbiran Sekolah (Fail Rasmi – putih).
6.3: Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam almari khas mestilah di bawah

pengetahuan dan mendapat keizinan pihak pentadbiran sekolah.

7.0 PAKEJ MATA PELAJARAN
7.1: Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3 ) - Sepuluh ( 10 ) Mata Pelajaran.
7.2: Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 ) -Tiga belas ( 13 ) Mata Pelajaran.

8.0. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
8.1: Sukatan Pelajaran ( SP ),Huraian Sukatan Pelajaran ( HSP ),Rancangan Pelajaran Tahunan
( RPT )

dan Rancangan Pengajaran Harian adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa
dirujuk oleh setiap guru apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran.
8.2: Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah
diperoleh dan disimpan oleh setiap guru.
8.3: Satu salinan SP,HSP dan RPT mestilah disimpan di dalam fail panitia.
8.4: Guru mestilah dapat menghayati ,mengenalpasti dan boleh menterjemahkan objektif
mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan juga
mempraktikkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,dengan itu setiap
guru harus mahir tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata-mata pelajaran yang
diajar.
8.5: Salinan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru yang
telah disahkan oleh Guru Besar mestilah dilampirkan bersama di dalam Buku Rekod Mengajar .
8.6: Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah
mengikut format yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Panitia bagi mata pelajaran masing-
masing atau paling minimina mengikut pekeliling yang ditetapkan.
8.7: Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian di dalam Buku Rekod
Mengajar sebelum masuk ke dalam kelas bagi tujuan pengajaran. Oleh itu, Buku Rekod

Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk ke kelas setiap waktu pengajaran.
8.8: Ruangan impak haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk menilai tahap

pembelajaran murid dan tahap keberkesanan pengajaran guru bagi tujuan penambahbaikan
pada masa hadapan.
8.9: Buku Rekod Mengajar mestilah dihantar kepada pihak pentadbiran sekolah setiap hari Jumaat
persekolahan minggu berkenaan untuk disemak dan disahkan.
8.10: Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar setiap kali masuk ke kelas.
8.11: Setiap guru mestilah menghabiskan Sukatan Pelajaran sebelum bulan Oktober setiap tahun.
8.12: Pendidikan Bestari – Kaedah pengajaran hendaklah terarah kepada student centered /
berpusatkan murid dan menggunakan ABM serta kemudahan ICT yang disediakan. Kualiti
pengajaran guru haruslah dipertingkatkan dengan guru juga harus menguasai kaedah-kaedah
terkini pengajaran yang didedahkan setiap masa melalui aktiviti perkembangan staf.

36

9.0. JADUAL WAKTU
9.1: Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996.
9.2: Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan

persetujuan dalam mesyuarat kurikulum.
9.3: Dasar pengagihan mata pelajaran ,keutamaan diberikan kepada guru opsyen dan

kepakaran guru.
9.4: Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu
9.5: Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat ataupun

menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Guru Ganti. Guru
yang bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh pelajar
semasa Jadual Waktu Ganti tersebut .Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan dijalankan
oleh guru ganti yang terpilih.
9.6: Jadual Waktu Mengajar dan Jadual Waktu Ganti akan diurus dan disediakan oleh Pihak
Pentadbiran Sekolah.
9.7: Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri pelajar meningkatkan
ketrampilan dan potensi diri murid-murid. Oleh itu matlamat perancangan strategik pusat
sumber oleh Guru Penyelaras Media mestilah mempunyai hala tuju ke arah tersebut dan semua
guru penolong kanan beserta ketua - ketua panitia adalah tertakluk kepada perancangan
tersebut dan perlu memainkan peranan masing-masing dengan baik.

10 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
10.1: Program PPSMI akan dimansuhkan pada tahun 2016.Justeru,Pengajaran dan Pembelajaran

bagi atau pelajaran Sains dan Matematik boleh dilaksanakan menggunakan dwi bahasa, Bahasa
Inggeris atau Bahasa Melayu.
10.2: Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras
dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau (ICT).
10.3: Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang berkemahiran dalam
ICT. Oleh itu penggunaan peralatan ICT adalah amat digalakkan dan menjadi keutamaan di
dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan bantuan Bahan
Bantu Mengajar yang lain.
10.4: Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selaras
dengan dasar baru Kementerian Pelajaran iaitu MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu
dan Memantapkan Bahasa Inggeris.
10.4: Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru,seterusnya meningkatkan ketrampilan
murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam. Ini
adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti.
10.5: Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru mata pelajaran,
pelajar dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan daya tumpuan pelajar di dalam kelas .
10.6: Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan pelbagai kaedah
dan kemahiran berdasarkan aras kebolehan murid. Oleh itu setiap orang guru mestilah
berusaha meningkatkan ketrampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas
secara berterusan.
10.7: Guru matapelajaran dan ketua panitia mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian mata
pelajaran setiap murid seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat
tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata
pelajaran’ mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru .
10.8: Pengajaran dan pembelajaran menggunakan stesen-stesen pembelajaran dan pembelajaran di
luar bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan.
10.9: Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya
membaca, Belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan
budaya cintakan ilmu.
10.10: Guru juga mestilah mendedahkan pelajar-pelajar dengan soalan- soalan bercapah ataupun
HOTS – Higher Order Thinking Skills Questions.

37

11.0 GURU GANTI
11.1: Mana-mana guru yang berkursus,bercuti sakit atau diluluskan untuk Cuti Rehat Khas perlu
memaklumkan kepada Guru Besar atau pihak pentadbiran sekolah lebih awal untul disediakan
guru ganti bagi kelas guru tersebut.
11.2: Guru yang dipanggil berkursus perlu menyediakan bahan pengajaran untuk kelas yang
ditinggalkan.

11.3: Guru yang terpilih menggantikan kelas haruslah masuk ke kelas seperti yang telah diarahkan.

12.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
12.1: Ujian Pengesanan - 2 kali setahun
12.2: PKSR - 2 kali setahun
12.3: Semua urusan peperiksaan yang dijalankan haruslah menepati prinsip ekuiti dalam pendidikan
12.4: Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi peperiksaan yang
ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996.
12.5: Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat

serta penekanan kepada penilaian formatif.
12.6: Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan

mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Peperiksaan peringkat sekolah Bil
02/2008 – pindaan ( rujuk lampiran kurikulum 4 ) yang memperincikan bilangan peperiksaan
dan ujian seragam setahun , dasar peratusan markah untuk semua tahun,format
peperiksaan,jadual pengawasan,rekod markah,syarat lulus,jadual spesifikasi ujian,’content
skill’ dan post mortem peperiksaan menggunakan program yang telah ditetapkan .
12.7: Jawatankuasa ’Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data
yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji ’take off value’ dan meletakkan ’ETR’
bagi peperiksaan awam.

12.8: Format Peperiksaan
12.8.1: Ujian Pengesanan – Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar.
12.8.2: PKSR – Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar.
12.8.3: Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam.
12.8.4: Format – Mengikut format soalan kertas peperiksaan awam bagi murid-murid tahap 2 iaitu

tahun 4,5,dan 6 serta tahap 1 iaitu bagi murid-murid tahun 2 dan 3.

12.8.5: Untuk murid tahun 1 peperiksaan dan penilaian adalah berasaskan Kurikulum Standart
Sekolah

Rendah yang baru diperkenalkan.

12.9 Jadual Pengawasan
12.9.1: Ujian diadakan serentak selama 4 hari minggu bagi semua tahun.
12.9.2: Jadual pengawasan disediakan oleh pihak pentadbiran sekolah.
12.9.3: Masa : mengikut keperluan peperiksaan awam.

12.10 Rekod Markah
12.10.1: Markah Peperiksaan dimasukkan dalam komputer melalui sistem SAPS.
12.10.2: Laporan prestasi mata pelajaran murid-murid diserahkan kepada ibu bapa untuk

ditandatangani dan perbincangan tentang prestasi mata pelajaran murid-murid diadakan
semasa Hari Terbuka Sekolah yang dijalankan selepas peperiksaan.

12.11 Gred Pencapaian
12.11.1: Semua murid ( Tahun 1 hingga 6 ) - mengikut keputusan jawatankuasa Kurikulum dan gred

yang telah ditetapkan iaitu:

80 - 100 markah : Gred A
60 - 79 markah : Gred B
40 - 59 markah : Gred C
20 - 39 markah : Gred D

0 - 19 markah : Gred E

38

12.12 Jadual Spesifikasi Ujian
12.12.1: Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU mengikut

tahap kesukaran yang logik untuk para pelajar.
12.12.2: JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
12.12.3: Bagi soalan objektif,analisis item melalui program SP Chart/ PEDIA mesti disediakan setiap

kali selepas ujian / peperiksaan.
12.12.4: Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia atau Penolong Kanan Pentadbiran
sebelum

dicetak.

12.13 Post- mortem Untuk Peperiksaan
12.13.1: Post Mortem secara bertulis harus disediakan oleh Ketua Panitia bagi mata pelajaran

masing- masing setiap kali peperiksaan dijalankan.
12.13.2: Kekuatan dan kelemahan soalan mahupun masalah murid-murid hendaklah dikenal pasti

bagi tujuan pemulihan dan pengukuhan.
12.13.3 Semua guru diminta mengisi borang NKRS+W seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah

dan diserahkan kepada PK Pentadbiran.

13.0 PEMANTAUAN
13.1: Pengajaran dan Pembelajaran
13.1.1: Pengajaran dan Pembelajaran Guru / murid di bilik darjah akan dicerap dua kali dalam

setahun secara rasmi.
13.1.2 Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun
jadual
barisan pentadbir dan ketua-ketua panitia untuk menyelia dan memantau bagi memastikan
pelaksanaan dan keberkesanan program-program sekolah yang telah dirancang.
13.1.3: Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk meningkatkan

kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan.Oleh itu adalah
penting guru tidak membuat ’judgement statement ’ tetapi mestilah membuat ’ statement
berdasarkan observation ’ supaya penambaikan boleh berlaku.
13.1.4: Pengurusan dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia dua kali setahun
oleh guru-guru penolong kanan.
13.1.5: Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi memastikan
Dasar Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja dioptimumkan.
13.1.6: Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja,buku latihan dan hasil kerja pelajar
ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan baik oleh
pihak pentadbiran sekolah.
13.1.7: Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan mestilah membuat pelaporan lengkap
pertengahan dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh
Guru Besar untuk dimaklumkan dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah seterusnya
diperbincangkan dalam mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan .
13.1.8: Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar / Penolong-penolong Kanan atau oleh Ketua -ketua
Panitia.Manakala semua Penolong Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.
13.1.9: Guru dinasihatkan berbincang dengan pencerapuntuk menetapkan tarikh dan masa yang
sesuai untuk dicerap.

13.2: Pengurusan Panitia
13.2.1: Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru Kanan
Pentadbiran.
13.2.2: Penolong kanan akan menyelia semua perjalanan panitia sepanjang tahun.
13.2.3: Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di pejabat.
13.2.4: Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan
Operasi.
13.2.5: Semua Panitia mesti menentukan sasaran kelulusan peperiksaan setiap tahun berdasarkan
TOV,ETR dan headcount murid.
13.2.6: Pentadbiran sekolah perlu memastikan panitia membelanjakan peruntukan PCG secara
berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

13.3 Peperiksaan dan Penilaian
13.3.1: Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Guru Besar dalam

39

pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan ujian.
13.3.2: Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam senarai tugas

tahunan.

13.4 Bilik-bilik Khas
13.4.1: Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab.
13.4.2: Penyeliaan adalah untuk bilik-bilik seperti berikut :

Bilik Gerakan
Pusat Sumber
Stor-stor yang telah dikhaskan
Bilik agama
Pusat VDI
Bilik BOSS/ SPBT
Bilik kebitaraan Sains
Studio GSC & Busana

13.4.3: Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa bilik-bilik khas ini
mestilah diwujudkan.

13.4.4: Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiap masa.

13.5 Jawatankuasa Pemantauan
13.5.1: Guru Besar.
13.5.2: Guru-guru Penolong Kanan.
13.5.3: Ketua Panitia dan Penyelaras yang dilantik

13.6 Penyediaan Buku Latihan Murid
13.6.1: Tugasan dan buku latihan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi

memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif.
13.6.2: Semua guru akan menyerahkan semua buku murid mengikut jumlah bilangan murid di dalam

setiap kelas yang diajar untuk semakan pihak pentadbiran sekolah.
13.6.3: Semua Penolong Kanan akan menyerahkan buku latihan murid mengikut kelas yang diajar

kepada Guru Besar untuk semakan.

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
14.1: Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah.

Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bahan bantu
mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran dengan mengisi borang Nota Minta.
14.2: Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut
Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
14.3: 5-10% peruntukan untuk tahun semasa perlu direzab untuk pembelian ABM bagi
kegunaan awal tahun berikutnya.
14.4: Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.

15.0 BUKU TEKS,BUKU KERJA,BUKU LATIHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN
BACAAN
15.1: Buku teks yang dibekalkan haruslah dimaksimumkan penggunaannya oleh setiap pelajar dan

guru-guru bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran.Maklumat dan
pengetahuan asas dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada pelajar.
15.2: Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat tidak menggantikan Buku Teks dan
mematuhi SPI Bil 10/1991 bertarikh 2 Oktober 1991.
15.3: Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh guru
bertanggungjawab dan dibantu oleh Pengawas SPBT.
15.4: Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun
sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik
darjah.Guru mata pelajaran mestilah memastikan pelajar-pelajar membuat latihan ini dan
disemak mengikut tempoh yang telah ditetapkan .
15.6: Pelajar yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia atau guru
terlibat mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenalpasti masalah yang
menyebabkan perkara tersebut berlaku serta mengambil tindakan susulan.Pelajar yang
melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah

40

dibincangkan dalam mesyuarat panitia .
15.7: Jumlah buku latihan bagi setiap mata pelajaran diputuskan dalam mesyuarat panitia.

16.0 LATIHAN MINIMUM
16.1: Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan

dalam topik-topik yang diajar.Oleh itu latihan minimum yang disasarkan mestilah dilaksanakan
oleh semua murid dan disemak oleh semua guru mata pelajaran.
16.2: Jumlah latihan minimum mata pelajaran telah diputuskan dan diterima di dalam mesyuarat
panitia pertama setiap tahun.
16.3: Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana dan tinggi
mengikut tahap kebolehan murid-murid.

17.0 PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN RUJUKAN
17.1: PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

untuk Program NILAM.
17.2: Guru-guru yang menerima jadual kelas ganti bagi guru yang tidak hadir digalakkan membawa

murid ke Pusat Sumber Sekolah untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan
pelajaran.
17.3: Program NILAM di Pusat Sumber akan dijalankan sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa Melayu
untuk tempoh sepanjang persekolahan.
17.4: Penyemakan buku NILAM murid dilakukan juga oleh guru Bahasa Melayu secara bergilir-gilir.
17.5: Buku Rekod Data bagi Program Nilam haruslah dilengkapkan oleh guru terlibat dan diserahkan
kepada Guru Penyelaras Pusat Sumber mengikut tarikh yang ditetapkan .
17.6: Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

18.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
18.1: Semua program utama yang berlangsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran dibuat

berdasarkan keperluan panitia dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah perlulah menyokong
sepenuhnya semua program peningkatan akademik yang berfokus ke arah kecemerlangan dan
ketrampilan diri serta sahsiah murid.
18.2: Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik merupakan nadi yang membantu semua panitia
dalam merancang dan melaksanakan program akademik di peringkat sekolah.
18.3: Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah dapat membantu murid mengingat dan
menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik mata pelajaran ,menajamkan
kemahiran berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif tinggi boleh dikuasai,dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi murid-murid terutamanya melalui
penulisan,meningkatkan penguasaan dan pemerolehan ilmu pengetahuan,meningkatkan
motivasi dan minat murid-murid untuk terus belajar .
18.4: Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah program yang
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan pada
masa yang sama dapat meningkatkan ketrampilan diri murid-murid.Dilaksanakan sepanjang
tahun dengan bimbingan guru.Manakala program jangka pendek adalah program-program
yang dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid untuk peperiksaan
awam yang lebih berfokus kepada latihtubi,pendedahan teknik dan ’practice make perfect ’
juga ’practice make permanent ’.
18.5: Penglibatan HEM dan guru kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan keberkesanan dan
kelancaran Program Kecemerlangan Akademik .
18.6: Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang relevan
dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah.
18.7: Semua program utama yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan keperluan panitia.
18.8: Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang
ke arah kecemerlangan murid.
18.9: Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi yang akan membantu semua Panitia
dalam merancang dan melaksana program peningkatan akademik.
18.10:Penglibatan HEM dan Unit Bimbingan Kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan dan
kelancaran Program Peningkatan Akademik.

41

19.0 PERKEMBANGAN STAF
19.1: Kursus Dalaman
19.1.1: Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru Besar /

Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus dengan menggunakan format minit
curai.
19.1.2: Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara
Pengetua / Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
19.1.3: Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain sekiranya perlu.

19.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi
19.2.1: Dilaksanakan bagi mematuhi pekeliling perkhidmatan bil. 7 2003. Setiap kakitangan awam

wajib menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari / 42 jam setahun.Dirancang mengikut
permintaan guru berdasarkan keperluan.
19.2.2: Lawatan ke sekolah cemerlang boleh diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk
mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.
19.2.3: Lawatan boleh dirancang oleh panitia dan kelab guru.

19.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus
19.3.1: Diperbanyak untuk keperluan guru lain berdasarkan keperluan.
19.3.2: Disimpan untuk rujukan panitia.

20.0 KAJIAN TINDAKAN
20.1: Semua Panitia mata pelajaran diwajib membuat satu kajian tindakan setiap tahun.
20.2: Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.

21.0 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA
PEPERIKSAAN
21.1: Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan.
21.2: Percetakan hendaklah menggunakan mesin fotostat
21.4: Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak.
21.5 Guru diminta mencatat bahan yang perlu dicetak dalam buku mengikut format yang disediakan

bagi tujuan kawalan.

22.0 TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
22.1: UPSR - Semua murid lulus setiap mata pelajaran ( Sekurang-kurangnya dengan pangkat C )
22.2: Sasaran 3 orang murid untuk pencapaian 5A dalam UPSR 2019.
22.3: Peperiksaan Dalaman – semua murid lulus setiap mata pelajaran.

23.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
23.1: Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat Daerah,

Negeri dan Kebangsaan.
23.2: Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang

dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.

24.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
24.1: Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan

negara .
24.2: Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui

mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

42


Click to View FlipBook Version