The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masturiana, 2020-02-24 22:00:32

Coffee Table PUA 2019

ULUL ALBAB | SATU JIHAD
KATA ALU-ALUAN NAIB CANSELOR
Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dah tahniah kepada Pusat Ulul Albab UPSI di atas inisiatif menerbitkan Buku Coffee Table “Ulul Albab: Satu Jihad” buat tatapan umum.
Pusat Ulul Albab adalah sebuah Pusat Tanggungjawab baharu di UPSI yang ditubuhkan pada 28 Disember 2017, yang diletakkan terus di bawah portfolio Naib Canselor. Sebagai sebuah organisasi yang baharu, saya melihat Pusat Ulul Albab telah berjaya melaksanakan fungsi dan peranannya dalam melahirkan mahasiswa-mahasiswi UPSI yang mempunyai nilai tambah Ulul Albab bercirikan Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik, serta selari dengan inisiatif cemerlang 2A (Akademik dan Akhlak) yang diperkenalkan oleh pihak universiti.
Saya percaya inisiatif yang dilaksanakan oleh Pusat Ulul Albab UPSI ini juga, turut menyokong aspirasi UPSI sebagai Universiti No.1 Pendidikan, yang selari dengan halatuju pengajian tinggi negara dalam mengenengahkan konsep 3R(Referred, Relevant, Respect). Justeru, melalui penganjuran pelbagai aktiviti dan modul Ulul Albab khususnya di peringkat tertiari ini, saya menyakini iainya telah menjadikan UPSI sebagai universiti yang pertama dan dirujuk khususnya dalam pelaksanaan program Ulul Albab di universiti, yang akan terus kekal relevan dan pastinya disanjungi oleh semua pihak.
Akhir kata, saya berharap dengan penerbitan Buku Coffee Table “Ulul Albab: Satu Jihad” ini, ianya bukan hanya sekadar menjadi tatapan pembaca tetapi juga akan terpahat dalam lipatan sejarah kegemilangan dan kemasyhuran UPSI sebagai universiti pendidikan terulung negara.
Sekian dan terima kasih.
2
PROFESOR DATO’ DR. MOHAMMAD SHATAR SABRAN Naib Canselor
Universiti Pendidikan Sultan Idris


KATA ALU-ALUAN PENGARAH
Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, yang memiliki segala sifat-sifat Ketinggian dan Kebesaran. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, sekalian para sahabat yang mulia serta seluruh ahli keluarga Baginda sekaliannya.
Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan ribuan terima kasih dah tahniah kepada Pusat Ulul Albab UPSI kerana telah mengambil insiatif menghasilkan sebuah penerbitan berbentuk Buku Coffee Table mengenai perjalanan Ulul Albab di UPSI yang dikenali sebagai “Ulul Albab: Satu Jihad”.
Penubuhan Pusat Ulul Albab di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 28 Disember 2017, telah melakarkan satu lembaran baharu dalam sejarah UPSI, kerana menjadi universiti yang pertama di peringkat pengajian tinggi yang melaksanakan modul program Ulul Albab kepada mahasiswa dan warganya. Visi dan misi Pusat Ulul Albab UPSI dalam melahirkan Khalifah Profesional Ulul Albab yang bercirikan Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik, telah berjaya diterjemahkan melalui pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan setiap tahun.
Program-program yang dilaksanakan adalah merentas 3 komponen utama Ulul Albab, iaitu Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik yang mengaplikasikan pendekatan 3H iaitu Hands on, Head on dan Heart on. Mahasiswa UPSI telah didedahkan mengenai Ulul Albab seawal Minggu Suai Kenal pelajar baharu pada setiap kemasukan dan mereka yang terpilih akan meneruskan dalam program-program Ulul Albab di peringkat yang seterusnya.
PUA turut didokongi oleh penggerak/pemimpin Ulul Albab dikalangan mahasiswa yang dikenali sebagai “Sahabat Ulul Albab” yang bernaung di bawah Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA). Melalui program-program pengukuhan Ulul Albab yang dilaksanakan, secara tidak langsung ianya dapat merealisasikan aspirasi pihak universiti dalam melahirkan mahasiswa yang cemerlang 2A (Akademik dan Akhlak).
Bagi melebarkan lagi peranan dan fungsinya, PUA juga telah berjaya membentuk sekumpulan tenaga pengajar yang dikenali sebagai “Jurulatih Ulul Albab” di kalangan kakitangan UPSI di bawah program Talent Pool, yang bertanggungwab menjadi pembimbing untuk program Pensijilan Profesional Ulul Albab, iaitu sebuah program baharu yang lebih formal, sistematik dan berstruktur. Program ini turut terbuka kepada pihak/agensi luar yang berminat.
Di samping itu, melalui jaringan dan kerjasama dengan pihak dalaman dan luaran UPSI, PUA juga telah sedikit sebanyak mengorak langkah untuk menjadikan program/modul Ulul Albab UPSI bukan sahaja dirujuk (Referred), malahan relevan (Relevant) dan disanjungi (Respected) oleh semua pihak dalam dan
luar negara.
Akhirul kalam, saya berharap dengan penerbitan Buku Coffee Table “Ulul Albab: Satu Jihad” ini, akan menjadi panduan dan rujukan kepada semua pihak yang ingin mengenali
dengan lebih lanjut mengenai program Ulul Albab khususnya di peringkat institusi pengajian tinggi.
Sekian dan terima kasih.
WAN AHMAD ZAKRY WAN KAMARUDDIN
Pengarah, Pusat Ulul Albab 3 2017-2019


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
ISI KANDUNGAN
KATA ALU-ALUAN NAIB CANSELOR..............................................................................................................2 KATA ALU-ALUAN PENGARAH.....................................................................................................................3 SEJARAH PENUBUHAN................................................................................................................................6 LOKASI PUSAT ULUL ALBAB........................................................................................................................7 LOGO,VISI,MISI & MODEL ULUL ALBAB UPSI................................................................................................8 DEFINISI LOGO PUSAT ULUL ALBAB.............................................................................................................9 OBJEKTIF.............................................................................................................................................................................10 KONSEP ULUL ABAB.................................................................................................................................11 STAF.....................................................................................................................................................................................12 KELAB SAHABAT ULUL ALBAB .................................................................................................................13 TALENT POOL..........................................................................................................................................14 CARTA PERJALANAN ULUL ALBAB............................................................................................................16 PANEL ULUL ALBAB.................................................................................................................................18 PENGENALAN P1.................................................................................................................................... 20 PENGENALAN P2.................................................................................................................................... 21 PENGENALAN P3.................................................................................................................................... 22 PENGENALAN PENSIJILAN.......................................................................................................................23 JELAJAH PERKONGSIAN MODUL ULUL ALBAB............................................................................................26 KONVENSYEN ULUL ALBAB 2.0................................................................................................................30
4


ISI KANDUNGAN
IKON ULUL ALBAB...................................................................................................................................32 PROGRAM PENGUKUHAN ulul albab.....................................................................................................34 -QURANIK................................................................................................................................................36 -ENSAIKLOPEDIK......................................................................................................................................47 -IJHTIHADIK............................................................................................................................................55 NEURO-LINGUSTIC PROGRAMMING ......................................................................................................... 62 -TARBIAH MURABBI.................................................................................................................................63 -MENCARI KHALIFAH...............................................................................................................................64 PERANCANGAN MASA HADAPAN..............................................................................................................65 KERATAN AKHBAR...................................................................................................................................66 MOMENTOUS ULUL ALBAB........................................................................................................................63 PENGHARGAAN.........................................................................................................................................72
5


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
6
SEJARAH PENUBUHAN
Pusat Ulul Albab Universiti Pendidikan Sultan Idris, ditubuhkan secara rasminya pada 28 Disember 2017, menjadi pelopor atau universiti pertama di peringkat pengajian tinggi yang melaksanakan program Ulul Albab kepada pelajar-pelajarnya. Sebelum ini, pelaksanaan modul Ulul Albab hanya berlaku di beberapa buah sekolah di setiap negeri di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang dikenali sebagai Tah z Model Ulul Albab (TMUA), serta juga di bawah MARA yang dikenali sebagai MRSM Ulul Albab, dan juga terlebih awal telah bermula di beberapa buah sekolah IMTIAZ di Terengganu.


LOKASI PUSAT ULUL ALBAB
Tingkat 1,
Bangunan Bitarasiswa,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak
7


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
LOGO, VISI, MISI & MODEL ULUL ALBAB
LOGO
MISI
Membentuk Generasi Ulul Albab yang bercirikan QURANIK, ENSIKLOPEDIK & IJTIHADIK
VISI
Melahirkan Khalifah Profesional
MODEL
QURANIK ENSIKLOPEDIK IJTIHADIK
HEAD-ON HAND-ON HEART-ON
8


DEFINISI LOGO
Pusat Ulul Albab UPSI, telah memperkenalkan logonya yang tersendiri, berbentuk perkataan “Ulul Albab” dengan menggunakan huruf (font) “Helvetica Neue-Heavy”. Huruf “U” dalam perkataan pertama “Ulul” telah diubah suai sedikit dengan menggbungkan dua huruf jawi iaitu ba’) yang akhirnya membentuk perkataan baharu( ”ب“ lam) dan( ”ل“ dalam Bahasa Arab yang disebut sebagai “لب” (Lubb). Perkataan “lubb” ini adalah perkataan asal kepada perkataan jamak “albab” yang antara lain membawa maksud “Qalbu” atau Hati, akal kiran, intelek atau intipati.
Manakala perkataan “Ulul” pula, adalah berasal daripada Bahasa Arab yang membawa maksud “yang mempunyai, atau yang memiliki”, dan apabila digabungkan dua perkataan tersebut
menjadi , ia membawa pengertian “orang-orang yang ber kir, yang mempunyai hati, yang mempunyai akal kiran, yang mempunyai intelek atau intipati”.
9

ULUL ALBAB | SATU JIHAD
OBJEKTIF
Menyediakan latihan kepada pelajar bagi membentuk karakter pemimpin generasi masa hadapan yang berasaskan Quranik, Ensaiklopedik & Ijtihadik
Menghasilkan graduan yang mempunyai
nilai tambah dalam kepelbagaian bidang, serta berakhlak mulia berasaskan 3H (Hand- on, Heart-on, Head-on)
Melahirkan pelajar yang mempunyai
ciri penyelesaian masalah, ber kiran kritis dan mencipta keputusan berasaskan kaedah Neuro- Linguistic Programming
10


KONSEP ULUL ALBAB
Menjadikan Al-Quran sebagai sumber ilmu dalam membentuk hati & membina keperibadian, perwatakan & jiwa yang positif.
Memfokuskan & mengasah bakat komunikasi serta kepelbagaian ilmu & kemahiran lain termasuk penguasaan bahasa asing.
Melahirkan generasi yang berkeupayaan berdepan dengan kepelbagaian cabaran, di samping ber kiran kreatif & inovatif serta berteknologi tinggi.
11


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
STAF PUSAT ULUL ALBAB
STAF PUA TAHUN 2018-2019
Dari belakang kiri: Mohamad Zolke i, Suhaida, Masturiana, Nor Izati
Dari depan kiri: Ust Muhammad Tarmizi, Dr Ahmad Amri, Ust Wan Ahmad Zakry (Pengarah), Ust Muhammad Hasbi, Nor Hayati
Lantikan Baharu
Pengarah Pusat Ulul Albab Tahun 2019-2020
12
Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Ali


KELAB SAHABAT ULUL ALBAB (KESUA)
Kelab ini ditubuhkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan terbuka kepada semua mahasiswa mahasiswi UPSI yang berminat. Ia bertujuan bagi menyokong serta mendokong visi Pusat Ulul Albab yang ingin melahirkan mahasiswa/i UPSI yang mempunyai pengetahuan dari aspek Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik.
Antara fungsi KESUA adalah:
i. ii. iii.
Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah terutamanya untuk membantu kecermerlangan UPSI dalam melahirkan mahasiswa yang seimbang daripada segi akhlak (agama) dan juga akademik.
Melahirkan mahasiswa generasi Al-Quran yang mampu untuk menguasai bahasa utama dunia seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, dan bahasa-bahasa yang lain.
Melahirkan mahasiswa/mahasiswi UPSI yang mampu mempraktikan
unsur-unsur ajaran agama dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
AJK Kelab Sahabat Ulul Albab UPSI (KeSUA) Sidang 2018/2019
13


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
TALENT POOL @ JURULATIH ULUL ALBAB
Pusat Ulul Albab telah melantik 29 orang Jurulatih Ulul Albab yang terdiri daripada pensyarah pelbagai fakulti dan pegawai UPSI yang telah mengikuti Kursus Asas NLP Bersijil dan kursus/bengkel berbentuk Training of Trainers (TOT)bersama panel Ulul Albab terpilih bagi menyusun dan memantapkan modul-modul yang telah digubal.
Jurulatih Ulul Albab merupakan penceramah terlatih yang menguasai elemen Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik. Mereka juga berperanan membantu melahirkan graduan UPSI yang mempunyai ciri-ciri Khalifah Profesional Ulul Albab.
14


TAHAP 1 (ASAS)
MPPUA peringkat asas ini, peserta akan didedahkan dengan pengenalan tentang Ulul Albab dan beberapa perkara asas dalam memahami ketiga-tiga komponen dalam Ulul Albab iaitu Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik. Antara tajuk-tajuk asas QEI tersebut adalah:
~ DEEN ASSALAM
~ HATI
~ QURANIK SAINTIFIK
~ MEMORI SKILLS
~ READING & NOTE TAKING SKILLS
~ COMMUNICATION SKILLS
~ KONSEP IJTIHADIK
~ BRAIN-MIND WORKING-KONSEP OTAK TENGAH
~ KONSEP DUPLET SERTA PEMIKIRAN HATI
TAHAP 2 (PERTENGAHAN)
Bagi peringkat pertengahan MPPUA, peserta akan memahami dan menghayati secara lebih mendalam komponen utama Ulul Albab iaitu QEI setelah melalui Tahap 1 (Asas) sebelumnya. Ia adalah lanjutan kepada Tahap 1 dan peserta akan didedahkan dengan beberapa kemahiran baru dan terkini dalam komponen utama Ulul Albab. Antara tajuk-tajuk yang akan dilalui adalah:
~ JIWA KACAU
~ PUJANGGA TERTINGGI
~ AKHLAK
TAHAP 3 (LANJUTAN)
~ TIME MANAGEMENT
~ PRESENTATION SKILLS & TOOLS
~ POLITE & POSITIVE ENGLISH
~ KONSEP KREATIF & INOVATIF
~ TIP-TIP KREATIF & INOVASI
~ APLIKASI TOOL KREATIF & INOVASI
MPPUA peringkat lanjutan adalah modul yang terakhir dan kesinambungan daripada modul sebelumnya (Tahap 1 & 2). Pada peringkat ini, peserta akan memperoleh pengalaman serta boleh mengamalkan ketiga-tiga komponen QEI Ulul Albab dengan berkesan. Modul yang lebih bersifat praktikal ini menjadi pelengkap kepada modul awal sebelumnya yang memberi pendedahan kognitif dan efektif. Antara tajuk-tajuk dalam modul ini adalah
~ ISLAMIC PYSCHO TERAPI
~ JIL ULUL ALBAB
~ JIL SAINTIFIK ULUL ALBAB
~ PBL CYCLORACE-PLAN
~ PBL CYCLORACE-RUN
~ PBL CYCLORACE- REFLECT
~ KENALI MASALAH & PENYELESAIAN
15


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
CARTA PERJALANAN PROGRAM ULUL ALBAB
Pusat Ulul Albab (PUA) UPSI, telah memulakan program pertamanya kepada 1400 orang pelajar baharu ambilan Februari 2018 bersempena program Minggu Suai Kenal pelajar baru UPSI. Program peringkat pertama atau singkatannya P1 ini adalah sebahagian daripada program-program utama anjuran Pusat Ulul Albab yang dilaksanakan secara berstruktur kepada semua pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda.
PUA telah menyediakan Carta Perjalanan Program Ulul Albab UPSI yang terdiri daripada 3 tunjang utama program Ulul Albab, iaitu Program Utama, Program Pilihan dan Program Pengukuhan yang bercirikan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik (QEI) dalam usaha mencapai visi PUA iaitu untuk “Melahirkan Khalifah Profesional”.
Dalam program utama, terdapat 3 peringkat iaitu Peringkat Pertama (P1), Peringkat Kedua (P2) dan Peringkat Ketiga (P3). Peringkat pertama adalah berbentuk ceramah umum yang melibatkan semua pelajar baharu, sebagai asas pengenalan bagi menimbulkan minat dan kesedaran kepada mereka untuk terus mengikuti program ulul albab di peringkat yang seterusnya.
Peringkat kedua (P2) adalah program yang lebih berfokus, iaitu berbentuk bimbingan kemahiran secara intensif atau yang lebih dikenali sebagai Training of Trainers (ToT). Pada peringkat kedua ini, hanya lebih kurang 10% sahaja daripada jumlah pelajar baharu, yang akan dipilih dan disaring untuk mengikuti program ini berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. Program P2 adalah kesinambungan daripada P1, di mana objektifnya adalah melahirkan sekumpulan pelajar universiti yang terlatih dengan modul Ulul Albab, yang boleh menjadi penggerak kepada program-program Ulul Albab di peringkat fakulti masing- masing dan juga universiti amnya. Kumpulan ini dikenali sebagai “Sahabat Ulul Albab”, yang akan dibekalkan dengan sedikit bantuan kewangan untuk menjalankan program/aktiviti bagi semarakkan lagi program-program Ulul Albab di kalangan rakan- rakan mahasiswa yang lain.
Peringkat ketiga (P3), adalah Program khas sekumpulan pelajar yang disaring daripada P2 “cream of the cream”. Program ini berbentuk sangkutan/praktikal (attachment) di agensi/pusat luar yang terpilih, di mana pelajar-pelajar akan mengaplikasikan semua ilmu dan kemahiran yang diperolehi dari P1 dan P2. Kumpulan khas pelajar yang telah mengikuti P3 ini, akan menjadi ikon dan pemimpin Ulul Albab di universiti yang akan menggerakkan keseluruhan “Sahabat Ulul Albab” di universiti.
Dalam Program Pilihan pula, PUA telah memperkenalkan sebuah program baharu bermodul dan berstruktur yang dikenali sebagai Kursus Pensijilan Profesional Ulul Albab. Kursus ini terbuka kepada semua mahasiswa/i UPSI dan dilaksanakan dalam tiga tahap iaitu, Tahap Asas, Pertengahan dan Lanjutan.
Peserta yang mengikuti kursus ini akan dibimbing menggunakan modul-modul ulul albab, Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik oleh kumpulan “talent pool” atau “coach” Ulul Albab UPSI yang telah melalui proses latihan dan bimbingan secara terus daripada Panel Ulul Albab UPSI. Peserta yang mengikuti Kursus Pensijilan Profesional Ulul Albab ini akan diberikan sijil yang diiktiraf diperingkat universiti, bagi setiap tahap yang disertai, sebagai bukti penglibatan mereka dalam program ini dan sebagai nilai tambah selepas bergraduat. Perancangan masa hadapan, Kursus ini akan dibuka dan ditawarkan kepada pihak luar (sekolah, agensi, IPT) dan orang awam yang berminat.
Manakala dalam Program Pengukuhan pula, PUA telah melaksanakan pelbagai program yang bercirikan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik sepanjang tahun melibatkan Sahabat Ulul Albab. Program-
program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Sahabat Ulul Albab UPSI. Matlamat utama program pengukuhan ini adalah untuk menyemai dan menyemarakkan lagi nilai-nilai ulul albab dalam kalangan
mahasiswa/i UPSI, supaya dapat menjadi nilai tambah kepada mereka selepas bergraduat nanti.
16


3
PENGUKUHAN
17


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
PANEL ULUL ALBAB
Sebagai sebuah pusat yang baharu ditubuhkan, Pusat Ulul Albab (PUA) UPSI telah mendapatkan khidmat kepakaran daripada beberapa individu, tokoh dari luar UPSI yang pernah terlibat dalam program-program Ulul Albab di peringkat sekolah-sekolah model Ulul Albab. Mereka juga mempunyai kemahiran dan pakar dalam bidang masing-masing serta menepati keperluan pengisian komponen utama Ulul Albab di UPSI iaitu Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik (QEI).
Panel-panel luar ini terlibat di peringkat awal dalam membantu UPSI mengisi program-program Ulul Albab khususnya Program Peringkat Pertama (P1) dan Kedua (P2), serta bertindak selaku pembimbing dalam pembinaan modul Kursus Pensijilan Profesional Ulul Albab. Khidmat profesional daripada Panel Ulul Albab UPSI ini adalah termasuk Ceramah dan bimbingan Training of Trainers (ToT), Perkongsian bahan/nota/modul/audio/video yang berkaitan, serta khidmat bimbingan interaktif di dalam Google Classroom Ulul Albab.
Pada peringkat awal seramai lapan (8) orang panel luar telah dikenalpasti dan dilantik bagi setiap komponen QEI. Bagi komponen Quranik terdiri daripada Dato’ Dr Danial Zainal Abidin, Tn. Hj Pahrol Mohamad Juoi dan Dr. Hj Mohd Arip Kasmo. Komponen Ensiklopedik pula terdiri daripada En. Mohd Ridzuan Abdul Ghani (CoachRidz), En. Ahmad Badrul Sani Baharudin (AbgBadr), En. Osman Affan dan Dato’ Mahamud Abdul. Manakala komponen Ijtihadik, panel terlibat adalah En. Ahmad Fadzli Yusof. Atas keperluan semasa, PUA telah menambah lantikan panel baharu, iaitu YM Raja Azman Raja Kadir (Ijtihadik) dan Dr Abdel Rahman Ibrahim Suleiman Islieh (Ensaiklopedik) dan Prof. Dr Wan Maseri Wan Mohamad (Quranik).
Di samping panel-panel luar ini, PUA juga menggunakan khidmat kepakaran daripada individu atau pihak swasta yang mahir dalam bidang masing-masing yang dikenalpasti dari semasa ke semasa atas keperluan tertentu, bagi membantu PUA melaksanakan program-program pengukuhan Ulul Albab.
Penglibatan panel luar dalam program-program Ulul Albab akan disemak dari semasa ke semasa, berdasarkan keperluan dan kehendak semasa yang berbangkit. Pusat Ulul Albab juga berkuasa melantik dan membatalkan pelantikan panel atas keperluan dan kehendak semasa yang munasabah.
18


PANEL ULUL ALBAB
COACH RIDZ
FAZLI YUSOF RAJA AZMAN USMAN AFFAN
PAHRUL JUOI BADRUL SANI DR ARIP KASMO
DR DANIAL
DR. WAN MASERI
DATO’ MAHMUD
DR ABDEL RAHMAN
19


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
PROGRAM ULUL ALBAB PERINGKAT PERTAMA (P1)
Program Utama Ulul Albab UPSI dibangunkan khas untuk pelajar-pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda UPSI yang dilaksanakan dalam tiga (3) peringkat. Peringkat pertama adalah berbentuk ceramah umum bagi setiap komponen Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik, Ijtihadik). Program yang diadakan bersempena dengan Minggu Suai Kenal pelajar baharu ini, adalah sebagai asas pengenalan bagi menimbulkan minat dan kesedaran kepada para pelajar untuk terus mengikuti
program ulul albab di peringkat yang seterusnya.
Antara panel Ulul Albab yang terlibat dalam memberikan pengisian dalam peringkat 1 ini, bagi komponen Quranik ialah Dato’ Dr Danial Zainal Abidin (Quranik Sainti k) dan Tn Hj Pahrol bin Mohamad Juoi (Mukmin Profesional). Manakala bagi komponen Ensaiklopedik dikendalikan oleh pasangan CoachRidz dan CoachSha (Soleh English), Dato’ Mahamud Abdul (Easy Arabic) dan Tn Hj Badrul Sani Baharudin (Bijak Berbicara), dan bagi komponen Ijtihadik disampaikan oleh En Osman Affan (Smart Study) dan Tn Hj Fadzli Yusof (Transformasi Diri).
Pelajar-pelajar non-muslim juga turut dilibatkan dalam program peringkat 1 ini, di mana mereka akan mengikuti slot yang berasingan yang disampaikan oleh panel/ penceramah Ulul Albab. Antara panel/penceramah yang terlibat ialah En. Muhammad Hasbi bin Abdul Rahman, Penyelaras PUA UPSI dan Dr Abu Zahrin Selamat, Jurulatih Ulul Albab UPSI (Bicara Hati), Dr Hj Mohd Arip Kasmo (Ethics Scienti c: Science, Religion, Reason and Revelation).
20


PROGRAM ULUL ALBAB PERINGKAT KEDUA (P2)
Program Ulul Albab Peringkat kedua (P2) juga adalah sebahagian daripada Program Utama Ulul Albab UPSI. P2 adalah program yang lebih berfokus, iaitu berbentuk bimbingan kemahiran secara intensif atau yang lebih dikenali sebagai Training of Trainers (ToT). Program ini berlangsung selama 2 hingga 6 hari yang akan turut melibatkan bimbingan daripada panel Ulul Albab UPSI seperti di P1, namun pendekatan kali ini lebih mendalam dan bersifat “hands-on”, kerana peserta akan mengaplikasikan terus ilmu yang diperolehi dengan melaksanakan projek/ program Ulul Albab setelah pulang ke kampus.
Pada peringkat kedua ini, hanya lebih kurang 10% sahaja daripada jumlah pelajar baharu, yang akan dipilih dan disaring untuk mengikuti program ini berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Syarat-syarat tersebut termasuklah:
i- Minat untuk meneruskan program Ulul Albab,
ii- Mengikuti sepenuhnya program pada P1,
iii- Aktif berinteraksi di Google Classroom Ulul Albab, iv- Menghadiri pertemuan mingguan bersama PUA v- Menjadi ahli Kelab Sahabat Ulul Albab
Program P2 adalah kesinambungan daripada P1, di mana objektifnya adalah melahirkan sekumpulan pelajar universiti yang terlatih dengan modul Ulul Albab, yang boleh menjadi penggerak kepada program-program Ulul Albab di peringkat fakulti masing-masing dan juga universiti amnya. Kumpulan ini dikenali sebagai “Sahabat Ulul Albab”, yang akan dibekalkan dengan sedikit bantuan kewangan untuk menjalankan program/aktiviti bagi semarakkan lagi program-program Ulul Albab di kalangan rakan- rakan mahasiswa yang lain.
21


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
PROGRAM ULUL ALBAB PERINGKAT KETIGA (P3)
Program Ulul Albab Peringkat ketiga (P3) juga merupakan program utama Ulul Albab UPSI. P3 adalah sebuah Program khas sekumpulan pelajar yang disaring daripada P2 “cream of the cream”. Proses saringan adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria yang ditetapkan iaitu (i) Menghadiri Perjumpaan Mingguan Ulul Albab (ii) Aktif dalam projek kumpulan Sahabat Ulul Albab P2, dan (iii) Kemaskini Aku Janji Sahabat Ulul Albab P2.
Penyertaan peserta dalam P3 adalah lebih kecil (lebih kurang 10% daripada peserta P2), memandangkan program ini berbentuk sangkutan/praktikal di agensi atau institusi dalam dan luar negara yang telah dikenalpasti yang berkaitan dengan 3 komponen ulul albab QEI. Peserta P3 akan didedahkan dengan pengalaman dan pelaksanaan yang berbeza yang berlaku di agensi atau institusi berkenaan. Di samping menimba ilmu, peserta juga dalam masa yang sama akan mengaplikasikan semua ilmu dan kemahiran yang telah diperolehi dari P1 dan P2, dengan mengadakan program atau berkongsi pengisian dengan pelajar atau warga di agensi/institusi berkenaan.
Kumpulan khas pelajar yang telah mengikuti P3 ini, boleh dianggap sebagai kumpulan elit yang akan menjadi ikon dan pemimpin Ulul Albab di universiti, kerana mereka telah berjaya melalui 3 peringkat program Ulul Albab yang
ditetapkan. Dengan komitmen yang tinggi, mereka akan terus “setia” dengan program- program Ulul Albab dan akan menjadi pemangkin kepada kelangsungan Ulul Albab di peringkat pengajian tinggi dan di Malaysia amnya.
22


PROGRAM PENSIJILAN PROFESIONAL ULUL ALBAB
Program Pensijilan Profesional Ulul Albab Ulul Albab merupakan program yang bersifat lebih formal dan berstruktur di mana peserta akan mengikuti modul-modul ulul albab, Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik secara berperingkat dalam tiga tahap iaitu peringkat asas, pertengahan dan lanjutan.
Program Pensijilan Profesional Ulul Albab ini akan dibimbing oleh sekumpulan “Talent Pool” atau jurulatih yang terdiri daripada pensyarah- pensyarah UPSI dari pelbagai fakulti yang telah melalui proses latihan dan bimbingan secara terus daripada Panel Ulul Albab UPSI.
Setiap tahap akan diisi dengan modul Ulul Albab merangkumi komponen Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik yang dilaksanakan selama tiga hari.
BASIC
ADVANCE
Terbuka kepada semua pelajar UPSI/peserta luar/orang awam yang berminat dan belum mempunyai asas Ulul Albab.
Terbuka kepada peserta yang telah melalui Tahap Asas.
Terbuka kepada peserta yang telah melalui Tahap Asas dan Tahap Pertengahan Program Pensijilan Profesional Ulul Albab.
INTERMEDIATE
23


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
PROGRAM PENSIJILAN PROFESIONAL ULUL ALBAB
24


25


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
JELAJAH PERKONGSIAN MODUL ULUL ALBAB
Pusat Ulul Albab telah diberi kepercayaan oleh pihak Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi luar bagi menganjurkan Jelajah Perkongsian Modul Ulul Albab di 6 buah Sekolah Tah z Model Ulul Albab (TMUA), 1 buah sekolah MRSM Ulul Albab dan 1 buah sekolah IMTIAZ iaitu:
1) MRSM Ulul Albab Sg. Besar, Selangor
2) SMKA Kerian, Perak
3) SMKA Syeikh Abdullah Fahim, Nibong Tebal, Penang
4) SMKA Kuala Lumpur
5) SMKA Dato’ Hj. Abu Hassan Hj. Sail, Pedas, Negeri Sembilan 6) SBPI Selandar, Melaka
7) SBPI Rawang, Selangor
8) SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Kuching, Sarawak 9) SM IMTIAZ Ulul Albab Melaka
Sekumpulan Sahabat Ulul Albab dibawa bagi berkongsikan ilmu kemahiran Ulul Albab yang telah dipelajari kepada pelajar sekolah-sekolah yang terlibat. Jelajah Perkongsian Modul Ulul Albab ini juga merupakan medan lapangan kepada Sahabat Ulul Albab yang terlibat mempraktikkan ilmu di samping mengasah bakat mengajar dalam menjadikan pelajar keluaran Pusat Ulul Albab kelak seorang yang berdaya saing, berkemahiran tinggi, berakhlak mulia dan menjadi rebutan para majikan.
26


PENGENALAN
Modul Kemahiran Ulul Albab diperkenalkan oleh Pusat Ulul Albab UPSI adalah modul yang pertama seumpamanya yang menggabungkan elemen-elemen utama dalam Ulul Albab iaitu Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik (QEI) secara komprehensif. Modul ini digubal oleh tenaga pakar dan sarjana yang berpengalaman dalam pelbagai bidang dari institusi terulung pendidikan dalam negara. Sentuhan dan pengiktirafan dari panel perunding pakar dan terkemuka juga dirujuk dalam pembinaan MKUA ini.
Modul kemahiran ini menfokuskan pengetahuan, kemahiran dan penghayatan yang mendalam kepada kumpulan sasaran dalam mencapai penguasaan yang menyeluruh terhadap tiga komponen utama Ulul Albab: Quranik, Ensaiklopedik dan Ijitihadik. Dengan bimbingan oleh jurulatih dan fasilitator berpengalaman serta terlatih dari Pusat Ulul Albab UPSI, Modul Kemahiran Ulul Albab ini menyediakan
menepati
Modul Kemahiran
MODUL QURANIK
Modul ini memfokuskan penguasaan dan kemahiran kepada peserta berkaitan ilmu dan intipati dari Al-Quran seperti Asas Tajwid, Kaedah Mudah Hafazan al-Quran, Modern Daie, Penghayatan Asmaul Husna, dan Amazing al-Quran.
program latihan yang keperluan pelanggan kami.
Modul dan pelaksanaan menggabungkan ketiga-tiga
utama ini secara bersepadu memberi manfaat dan kesan positif yang besar kepada peserta khususnya mereka yang berada di dalam Institusi Pendidikan Ulul Albab.
MODUL-MODUL QEI
Modul ini dilaksanakan secara selari (parallel) agar kesinambungan setiap komponen tidak terpisah dari setiap satu darinya. Ini bagi menjamin kelancaran dan kesepaduan setiap modul komponen dapat dilaksanakan dengan jayanya.
HUBUNGI KAMI:
Pusat Ulul Albab
Tingkat 1, Bangunan Bitarasiswa Kampus Sultan Abdul Jalil Shah Universiti Pendidikan Sultan Idris Tel: 05-4506959/05-4506972
MODUL ENSAIKLOPEDIK
yang elemen
Modul ini mendedahkan kepada peserta ilmu yang mendorong ke arah penguasaan & kepelbagaian kemahiran penguasaan bidang-bidang dan kemahiran pembinaan ketamadunan tinggi seperti Smart Study, Soleh English, Easy Arabic dan Mengaum Bak Wira.
TAJWID
HAFAZ IS EASY
MODERN DAIE
PENGHAYATAN ASMAUL HUSNA
AMAZING QURAN
01 02 03 04 05
Meningkatkan
kefahaman & pengetahuan dalam hukum tajwid al-Quran
Mendedahkan kapasiti otak manusia seterusnya mengetahui asas-asas prinsip hafazan dengan mudah
Mendedahkan kaedah dakwah moden yang berkesan dalam menghadapi isu kepercayaan & semasa agama
Mengaplikasikan asmaul husna dalam kehidupan sesuai dengan situasi & keperluan semasa
pegPaengaunkuahkaidnah menerusi penghayatan sains dalam al-Quran
SMART STUDY
SOLEH ENGLISH
EASY ARABIC
MENGAUM BAK WIRA
01 02 03 04
Mempelajari teknik belajar yg betul & berkesan secara santai
Menguasai
kemahiran berbahasa Inggeris melalui kaedah santai, soleh & menyeronokkan
Mempelajari asas bahasa Arab melalui kaedah mudah & santai
Mempelajari teknik-teknik pengucapan awam yg berkesan
MODUL IJTIHADIK
Modul ini membolehkan peserta mengasah dan mengembangkan kemahiran minda untuk berfikir dan menyelesaikan masalah melalui beberapa modul antaranya Anda Berhak Hebat (ABH) dan Brain Gym.
ANDA BERHAK HEBAT
01
-Teknik mempelajari bagaimana menggunakan PILIHAN sbg anugerah & nikmat dlm pembelajaran yg lebih cemerlang
-Mempelajari teknik FORMULA UNGGUL yg mempu menghasilkan KEJAYAAN
BRAIN GYM
02
Rangkaian aktiviti yg dapat merangsangkan pemikiran secara menyeluruh, membina sikap positif, meningkatkan kecergasan & mengimbangkan perkembangan potensi otak secara semulajadi melalui gerakan & sentuhan
27


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
28
JELAJAH PERKONGSIA
N


MODUL ULUL ALBAB
N
29


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
KONVENSYEN ULUL ALBAB 2.0
Konvensyen Ulul Albab 2.0 merupakan konvensyen anjuran bersama Pusat Ulul Albab UPSI, Akademi Sinergi Ikhlas dan Sinar TV. Konvensyen yang bertemakan “The Next Level” mengumpulkan para cendiakawan, pendidik dan pelajar beraliran Ulul Albab daripada Institusi Pendidikan Awam dan Swasta.
30


31


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
IKON ULUL ALBAB
Program Ikon Ulul Albab ini adalah salah satu program pencarian seorang tokoh atau Ikon yang bercirikan Khalifah Profesional berasaskan Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik.
Program Ikon Ulul Albab ini dibentuk bagi menggilap bakat dan menghasilkan produk yang mempunyai ciri kebolehpasaran yang tinggi serta memenuhi tuntutan pihak universiti bagi menghasilkan graduan cemerlang akademik dan akhlak.
Program ini akan menilai para pelajar yang dapat membina keperibadian, perwatakan dan jiwa yang positif, penguasaan dalam bahasa asing yang terpilih, dan seseorang yang berkeupayaan berdepan dengan kepelbagaian cabaran di samping ber kiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi.
Program Ikon Ulul Albab ini akan dilangsungkan secara berperingkat dalam 3 saringan bagi dalam kalangan Sahabat Ulul Albab yang akan dinilai oleh panel
dan juri-juri yang telah dilatih.
Muhammad Khairul bin Abdullah
-Semester 4, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Fizik dengan Kepujian -Huffaz Al-Quran 30 Juzuk (MRSM Ulul Albab Gemencheh, N9)
32
Ikon Ulul Albab 2019


IKON ULUL ALBAB
Persediaan terakhir peserta sebelum sesi ujian saringan
Sesi ujian saringan oleh panel Ulul Albab
Barisan
AJK Program Misi Pencarian Ikon Ulul Albab
33


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
PENGENALAN PROGRAM PENGUKUHAN ULUL ALBAB
Pusat Ulul Albab telah melaksanakan Program Pengukuhan Ulul Albab yang bercirikan Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik sepanjang tahun yang melibatkan Sahabat Ulul Albab. Program-program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Sahabat Ulul Albab UPSI. Matlamat utama program pengukuhan ini adalah untuk menyemai dan menyemarakkan lagi nilai-nilai ulul albab dalam kalangan mahasiswa/i UPSI, supaya dapat menjadi nilai tambah kepada mereka selepas bergraduat nanti.
34


QURANIK, ENSAIKLOPEDIK, IJTIHADIK
35


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
QURANIK
QURANIK adalah menjadikan Al-Quran sebagai sumber ilmu dalam membentuk hati & membina keperibadian, perwatakan & jiwa yang positif
36


QURANIK SAINTIFIK
Slot Quranik Sainti k disampaikan oleh Panel Ulul Albab UPSI iaitu Dato’ Dr. Danial dan Dr. Mohd Arip Kasmo
37


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
KELAS TAJWID AL-QURAN
Kelas Tajwid Al-Quran adalah suatu program pengukuhan yang dirangka khusus untuk membimbing pelajar Ulul Albab UPSI bagi menguasai asas bacaan al-Quran dan hukum- hukum tajwid yang terdapat di dalamnya.
Fasilitator membantu para peserta dalam memahami sesi pembelajaran kelas tajwid
Para peserta bergambar bersama Buku Tajwid yang digunakan sepanjang Kelas Tajwid Al-Quran
38
Saudara Izran berkongsikan ilmu asas tajwid al-Quran kepada para peserta


TADABBUR ALAM
Slot tadabbur alam bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar bahawa “Islam itu Indah”, melahirkan kemahiran ber kir dalam keadaan yang kritis serta mewujudkan semangat berkumpulan dan individu yang sentiasa komited dalam menjalankan tugasan.
Program Tadabur Alam diadakan di Huda’s Haven Resort, Kampung Hulu Rening, Batang Kali, Selangor anjuran Exco Sukan dan Rekreasi Kelab Sahabat Ulul Albab
39


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
URUS HATI MINDA CERGAS
Program ini bertujuan bagi melahirkan sekumpulan pelajar universiti yang terlatih dengan modul Ulul Albab yang boleh menjadi penggerak kepada program-program Ulul Albab di peringkat fakulti masing-masing dan juga universiti amnya.
Program Urus Hati Minda Cerdas di Kem Jugra Banting, Selangor yang dikendalikan oleh Dr. Sakinah Salleh
40


CALIPH CAMPS
Caliph Camp diadakan bertujuan untuk melahirkan sekumpulan pemimpin UA yang akan menjadi penggerak keseluruhan program UA di UPSI. Selain itu, ia bertujuan untuk melahirkan sekumpulan pelajar yang boleh dijadikan sebagai ikon/tokoh UA dalam kampus dan masyarakat.
Program Caliph Camp diadakan di Panville Resort, Pulau Pangkor, Lumut, Perak
41


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
MODERN DAIE
Modern Daie diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk berbahas ketika berdepan dengan orang ramai. Selain itu, ia juga melahirkan ahli Ulul Albab yang sentiasa berani untuk mencuba perkara baharu, kreatif, inovatif yang mampu bersaing di peringkat global.
Slot Modern Daie diadakan di Panville Resort, Pulau Pangkor, Lumut, Perak
42


MANUAL KEHIDUPAN MUKMIN
Manual Kehidupan Mukmin bertujuan memberikan panduan yang lengkap untuk membimbing pelajar ke arah kehidupan yang selamat dunia dan akhirat.
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi menyampaikan ceramah dan mengendalikan aktiviti bagi Slot Manual Kehidupan Mukmin
43


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
KURSUS PERSIJILAN PENGURUSAN INSTITUSI TAHFIZ
AL-QURAN BERSAMA PINTA KEBANGSAAN
Kursus ini memberi peluang dan pendedahan untuk melahirkan modal insan yang mampu menjadi pengurus dan pentadbir dalam menggerakkan dan mengembangkan fungsi Pusat Tah z sebagai salah satu pembangunan ummah yang berkualiti.
Panel Penceramah yang dilantik berkongsikan ilmu kepada para peserta yang mewakili pengurusan Institusi Tah z Al-Quran masing-masing daripada cawangan Kuala Lumpur/Selangor
44


SIRI PENGHAYATAN ASMAUL HUSNA
Program Asmaul Husna ini akan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap kecintaan kepada Allah dan Rasul, menjadikan kehidupan yang penuh dengan keberkatan, kebaikan dan beramal soleh.
Gambar sepanjang program Siri Penghayatan Asmaul Husna di Besut, Terengganu dan di Kem Jugra Lakeview, Banting
45


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
PENGUKUHAN AKIDAH MENERUSI PENGHAYATAN SAINS DALAM AL-QURAN
Program Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran (PASAK) ini akan memberi pendedahan kepada pelajar kaitan sains yang tertulis dalam Al-Quran yang membuktikan kebesaran Allah swt terhadap penciptaan alam semesta dan mengukuhkan lagi akidah dan keimanan seorang muslim.
Dr. Mohd Arip Kasmo yang merupakan pakar dalam ilmu PASAK berkongsikan modul kepada para peserta
46


ENSAIKLOPEDIK
Memfokuskan & mengasah bakat komunikasi serta kepelbagaian ilmu & kemahiran lain termasuk penguasaan bahasa asing
47


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
SOLEH ENGLISH
Program ini dijalankan bertujuan untuk melatih dan mencungkil bakat Sahabat Ulul Albab sebagai seorang fasilitator bagi modul Bahasa Inggeris di bawah elemen Ensaiklopedik. Ia juga mewujudkan kerjasama dan hubungan dua hala antara kelab dan juga Panel Ensaiklopedik serta berkongsi idea, kemahiran dan pengalaman dalam merancang dan melaksanakan program atau aktiviti kelab.
Peserta Soleh English Learing Fasilitator (SELFIE) bersama Coah Ridz dan Coach Sha
48


BIJAK BERBICARA
Program Bijak Berbicara ini diadakan bertujuan bagi melatih dan memberi kemahiran kepada peserta untuk berani dan berkeyakinan tinggi dalam pengucapan awam.
Slot Bijak Berbicara yang disampaikan oleh Tuan Badrul Sani kepada peserta
49


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
SPEAK WITH CONFIDENCE
Program Speak with Confidence ini diadakan bertujuan bagi mencungkil bakat pelajar UPSI dalam pengucapan awam dengan menggunakan dua pilihan bahasa asing iaitu Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Program Speak With Con dence yang bertempat di Bitarasiswa, UPSI
50


Click to View FlipBook Version