The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masturiana, 2020-02-24 22:00:32

Coffee Table PUA 2019

PROJEK DJ SAHABAT ULUL ALBAB
Kelab Sahabat Ulul Albab julung kali mengadakan aktiviti DJ di konti radio Fakulti Ba- hasa dan Komunikasi yang bersiaran secara langsung di Facebook TMFaceLive pada 14 Disember 2018. Program ini dijalankan oleh para peserta yang terpilih untuk pergi ke peringkat kedua, yang bertempat di Kem PLKN Jugra, Banting, Selangor.
Program DJ Sahabat Ulul Albab yang bertempat di konti radio Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI
51


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
HADITH OPEN MIC
Program Hadith Open Mic merupakan program yang berkonsepkan bual bicara santai yang mengupas topik-topik tentang hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W yang ringkas dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Penyampaian Hadith Open Mic oleh kumpulan Uthman Affan
52


EASY ARABIC
Program Easy Arabic diadakan bagi memberi kemahiran asas komunikasi dalam Bahasa Arab kepada Sahabat Ulul Albab
Slot Easy Arabic yang disampaikan oleh Dato’ Mahamud Abdul dan Syeikh Rahman dalam Program Ulul Albab Peringkat Pertama Kohort 1 dan 2
53


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
SMARTSTUDY MEMORY SKILLS
SmartStudy Memory Skills merupakan program yang berkaitan perkongsian cara belajar santai di samping menerapkan unsur-unsur Islam dalam diri pelajar UPSI. Penganjuran program ini akan memberi kesan akhir kepada pencapaian dalam pembelajaran dan nilai Islam yang tinggi.
54
Tuan Osman Affan menyampaikan slot SmartStudy Memory Skills kepada peserta yang menyertai Program Ulul Albab Peringkat Pertama dan Kedua


IJTIHADIK
Ijtihadik membantu melahirkan generasi yang berkeupayaan berdepan dengan kepelbagaian cabaran, di samping ber kiran kreatif & inovatif serta berteknologi tinggi.
55


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
BRAIN-GYM
Sahabat Ulul Albab mencuba permainan Brain-Gym bagi meningkatkan keupayaan ber kir menggunakan otak bagi penyelesaian masalah, menambahkan kemahiran fokus dan menggunakan logik akal.
56


AWESOME SOCIAL MEDIA POSTER & VIDEO USING MOBILE APPS
Bengkel Awesome Social Media Poster & Video Using Mobile Apps yang dikendalikan penceramah jemputan luar iaitu Puan Suriawati binti Mad Fadzil melibatkan penyertaan ahli Kelab Sahabat Ulul Albab.
57


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
SUKAN SUNNAH-MEMANAH
Kelab Sahabat Ulul Albab julung kali mengadakan aktiviti sukan memanah yang telah diadakan di padang berhadapan Dewan Tuanku Canselor. Sukan memanah adalah salah satu sukan yang digemari oleh Baginda Rasulullah SAW, sebagai aktiviti riadah dan juga antara senjata yang digunakan setiap kali baginda Rasulullah SAW dan para sahabat RA keluar berperang.
Program sukan memanah sempena pesta konvokesyen ke-20 di padang berhadapan Dewan Tuanku Canselor, UPSI
58


SUKAN SUNNAH-MEMANAH BERKUDA
Kelab Sahabat Ulul Albab menganjurkan program Memanah Berkuda bertempat di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti, Negeri Sembilan. Sahabat Ulul Albab didedahkan kepentingan bagi umat Islam mempelajari sukan sunnah iaitu memanah dan berkuda serta kaitan dengan sejarah Rasulullah SAW dan para sahabat terutama dalam peperangan. Peserta diajar secara ekslusif oleh Tuan Akmal Dahalan yang merupakan ranking no. 3 dunia dalam sukan memanah berkuda tradisional bersama beberapa orang pembantu beliau.
59


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
GRAPHIC RECORDING
Slot Graphic Recording yang disampaikan oleh Miss Meriam diadakan bagi menambahkan kemahiran dan teknik kepada Sahabat Ulul Albab dalam mengambil nota/catatan melalui teknik lukisan bergambar.
60
Slot Graphic Recording sempena Program Ulul Albab Peringkat Kedua di Jugra Lakeview, Banting


SEMINAR PECUTAN AKHIR PEPERIKSAAN “A+”
Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada Sahabat Ulul Albab teknik belajar yang berkesan bagi menghadapi peperiksaan.
Program Seminar Pecutan Akhir Peperiksaan “A+” yang diadakan bertempat di Ruang Legar, Bitarasiswa, UPSI
61


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP)
NLP adalah satu kaedah mengurus minda bagi pencapaian hebat. Ianya ialah salah satu seni dan sains kecemerlangan diri dan dikatakan sebagai teknologi
paling “ADVANCED”di planet ini.
62


TARBIAH MURABBI
“Tarbiah Murabbi” adalah sebuah program untuk Sahabat Ulul Albab yang luar biasa. Program ini yang mengaplikasikan NLP bermatlamat untuk mentransformasi pemikiran sekaligus membentuk personaliti dalam diri mahasiswa, melonjakkan kecemerlangan mahasiswa kepada Pelajar Kelas Pertama.
Sesi bergambar Sahabat Ulul Albab bersama penceramah program Tarbiah Murabbi yang bertempat di Dewan Sri Tanjong, UPSI
63


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
MENCARI KHALIFAH
Program ini merupakan kerjasama dengan Fakulti Pembangunan Ekonomi dan telah diadakan pada 29 Januari 2019, ianya dirangka khusus kepada kakitangan dengan penekanan terhadap pengenalpastian potensi individu, pasukan dan organisasi bagi tujuan memaksimumkan potensi diri untuk mencapai kecemerlangan.
Peserta akan dapat memahami potensi diri dan menggerakkan ke arah pencapaian kecemerlangan, meningkat kemahiran komunikasi kendiri dan mengorak langkah ke arah perubahan minda dan sikap yang positif dan produktif. Program ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Abdullah Jusoh, Pensyarah Kanan Fakulti Pembangunan Ekonomi UPSI yang juga merupakan Master Coach NLP UPSI.
64 Ceramah disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Abdullah Jusoh


PERANCANGAN MASA HADAPAN
Melihat kehadapan, dalam tempoh 5 tahun (2020-2025), PUA telah menetapkan beberapa agenda bagi meletakkan PUA sentiasa berada di kedudukan yang terbaik (always the best), dengan inisiatif- inisiatif berikut, iaitu:
1. Sebagai pusat sehenti (one stop centre) dan pusat rujukan bahan/modul/penerbitan berkaitan Ulul Albab khususnya di Malaysia.
2. Menawarkan Program Pensijilan Profesional Ulul Albab kepada agensi/institusi pendidikan di Malaysia.
3. Mengembangkan jaringan kerjasama (networking) dengan agensi/institusi yang berkaitan atau yang berorientasikan Ulul Albab dalam dan luar negara.
4. Melahirkan lebih ramai jurulatih Ulul Albab yang kompeten dalam kalangan kakitangan dan pelajar UPSI.
5. Melaksanakan program-program Ulul Albab bermodul dan berimpak dengan sekolah/ agensi pendidikan di Malaysia.
6. Mendapatkan kepercayaan dan pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan MARA (sebagai pemegang taruh bagi program Ulul Albab di peringkat sekolah) bagi Program Jelajah Ulul Albab dan Program Pensijilan Profesional Ulul Albab UPSI.
7. Memupuk dan membudayakan nilai-nilai Ulul Albab bercirikan Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik (QEI) dalam kalangan warga UPSI (Staf dan pelajar).
8. Bekerjasama dengan Unit Latihan Bahagian Sumber Manusia dalam menganjurkan kursus dan latihan bercirikan elemen QEI kepada kakitangan UPSI.
9. Berkolaborasi dan menjadi rakan strategik dengan Pusat-Pusat Tanggjungjawab di UPSI (seperti HEPA, Kolej dan Fakulti dan PTJ lain) dalam usaha membentuk genarasi Ulul Albab.
10. Menerbitkan penulisan/artikel Ulul Albab khususnya dalam jurnal-jurnal berindeks.
11. Mendapatkan geran-geran penyelidikan dan menghasilkan produk inovasi berimpak.
Dengan agenda dan gagasan baharu yang ditetapkan ini, dihasratkan matlamat asal penubuhan PUA untuk melahirkan Mahasiswa UPSI yang mempunyai nilai tambah Ulul Albab dan berbeza dengan graduan universiti-universiti lain akan dapat dirialisasikan, dengan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa terhadap program-program Ulul Albab sedia ada.
Inisiatif PUA dalam agenda “jihad ummah” ini, diharapkan menjadi “amal jariah”
di samping akan menjadi ingatan yang terpahat dalam lipatan sejarah kegemilangan dan kemasyhuran UPSI sebagai universiti pendidikan terulung negara.
65


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
66
KERATAN AKHBAR


MOMENTOUS ULUL ALBAB
67


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
68


69


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
70


71


ULUL ALBAB | SATU JIHAD
PENGHARGAAN
72


Click to View FlipBook Version