The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hasan Latip, 2021-06-21 22:57:50

Kerja Kursus Asuhan Pendidikan awal Kanak- Kanak

slide flipbook asuhan

PENJAGAAN KESIHATAN,
PEMAKANAN, KESELAMATAN, RUTIN
PENJAGAAN DAN LATIHAN URUS DIRI

BAYI DAN KANAK-KANAK
(0 HINGGA 4 TAHUN)

NAMA: MAISYARAH BINTI SALLEH
D01202524

PENSYARAH: PUAN NORHAYATI BINTI IDRIS

PENGENALAN

Penjagaan bayi dan kanak-kanak merupakan aspek penting dalam
asuhan kanak-kanak agar menjamin keselesaan dan perkembangan di
samping melahirkan bayi dan kanak-kanak yang berkualiti.

Penjagaan bayi dan kanak-kanak ini meliputi aspek-aspek seperti
penjagaan kesihatan, pemakanan, keselamatan, rutin penjagaan dan
latihan urus diri bayi dan kanak-kanak.

Prosedur Operasi Standard (POS) telah digubal dan dijadikan sebagai
garis panduan dalam pengurusan bayi dan kanak-kanak agar kualiti
penjagaan bayi dan kanak-kanak terjamin.

Topik kali ini mengupas tentang isu berkaitan dengan keselamatan,
kesihatan, pemakanan, rutin penjagaan dan latihan urus diri bayi dan
kanak-kanak berumur 0 sehingga 4 tahun.

1

KEBERSIHAN BAYI DAN KANAK-KANAK

Pendidik bertanggungjawab memastikan :
➢ ruang tidur & ruang bermain kanak-kanak sentiasa dalam

keadaan bersih.
➢ Peralatan permainan perlu dicuci & sentiasa bersih.
➢ Bayi / kanak-kanak dimandikan sekurang-kurangnya 2 kali

sehari.
➢ Pakaian bersih & sesuai dengan cuaca & aktiviti.
➢ Mulut & gusi bayi – dilap dengan kain bersih,lembut &

lembab setiap kali lepas makan / minum susu.
➢ Berus gigi setiap kali lepas makan bagi kanak-kanak.
➢ Basuh tangan bayi/kanak-kanak sebelum &selepas

makan juga selepas bermain.
➢ Kuku dipotong setiap minggu.
➢ Bagi yang selsema –lap guna kain / tisu lembut – elak

luka.

➢ Pastikan barangan peribadi seperti tuala, sikat, berus gigi sentiasa
dalam keadaan bersih. Tuala dikeringkan selepas diguna dan ditukar
setiap minggu.

➢ Tidak menyuap bayi / kanak-kanak dengan sudu dan mangkok yang
sama.

➢ Pastikan bahan kebersihan diri seperti sabun mandi, syampu dan ubat
gigi mencukupi.

➢ Pakaian bersih dan kotor diasingkan.

➢ Barang peribadi seperti sikat, tuala dan pakaian tidak dikongsi dengan
yang lain.

PENJAGAAN KESIHATAN BAYI DAN KANAK-KANAK

TIPS PENJAGAAN BAYI BARU LAHIR
• Merangkumi 8 aspek iaitu:

1. Rambut dan kulit kepala
2. Hidung dan telinga
3. Mata
4. Tali pusat
5. Mulut
6. Kulit
7. Kuku
8. Punggung bayi

Sumber: https://my.theasianparent.com/penjagaan-bayi-baru-
lahir

2

PENJAGAAN RAMBUT BAYI

• Cuci rambut bayi

menggunakan syampu khas

untuk bayi sekurang-

kurangnya dua kali seminggu.

• Gosok rambut bayi perlahan- PENJAGAAN MATA BAYI

lahan dan bilas sehingga • Untuk membersihkan kotoran dan tahi
mata, basahkan kapas dengan air
bersih dengan tangan. masak.

• Jika ada kulit berkarak, itu • Sapu dari arah dalam ke luar.

adalah normal dan dipanggil • Ganti kapas baru untuk membersihkan
mata lagi satu.
sebagai cradle cap.

• Kerak ini boleh dibersih

dengan baby oil.

• Caranya, letak baby oil pada

kulit kepala bayi dan biarkan

selama 10-15 minit.

HIDUNG & TELINGA MULUT TALI PUSAT

• Hidung sudah mempunyai • jika lidah bayi putih kerana • Perlu dilakukan dengan
fungsi pembersih sendrir susu yang diminum, nerhati-hati kerana tali pusat
dan tidak memerlukan bersihkan dengan kapas mudah terkena jangkitan.
penjagaan khusus. yang dibasah dengan air
masak. • Keringkan tali pusat dengan
• Tetapi jika ada cecair kapas atau kain bersih jika
atau kotoran yang • Pastikan tangan anda terkena air semasa mandi.
terlihat, boleh bersihkan dibersihkan dahulu sebelum
bahagian luar hidung membersih mulut bayi bagi • Biasanya tali pusat akan putus
sahaja mengelak jangkita. satu ke dua minggu selepas
dilahirkan.

KULIT PUNGGUNG BAYI KUKU BAYI

• Penjagaan kulit bayi adalah • Punggung bayi merupakan kawasan • Potong kuku bayi secara
yang paling sensetif. berkala.
dengan memandikan
• Pastikan punggung bayi sentiasa kering
mereka sekurang-kurangnya dan bersih. • Potong secara berhati-hati

sekali sehari atau lapkan • Ruam akan timbul di kawasan tersebut degan menggunakan
jika tidak dibersihkan dengan betul.
dengan tuala basah. pengetip kuku khas untuk
• Jika punggung bayi mempunyai ruam,
• Pastiksn air yang digunakan bayi tersebut boleh dijemur di waktu bayi.
untuk memandikan bayi pagi pada posisi menyiarap di
tersebut adalah dalam pangkuan ibu.
keadaan hangat.

PENJAGAAN KESIHATAN BAYI DAN KANAK-KANAK

• Sebagaimana yang kita tahu, kesihatan merupakan aspek yang paling penting dalam kehidupan.
Jika kesihatan seseorang berada pada tahap yang tidak baik, maka pelbagai perkara akan
tergendala.

• Aktiviti harian juga boleh terganggu.
• Oleh sebab itu, wajarlah sekiranya kita mendidik anak-anak untuk menjaga kesihatan sejak kecil.

setiap anggota badan perlu diambil perhatian kerana setiap anggota badan ada fungsinya.

SUMBER: https://siraplimau.com/penjagaan-kesihatan-kanak-kanak-bayi/

7 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN KANAK-KANAK & BAYI
YANG IBU BAPA PERLU TAHU

1. RAMBUT 2. MATA

• Kebiasaannya bayi yang beragama islam dicukur • Penjagaan mata sangat penting untuk
rambutnya selepas beberapa hari kelahirannya. mengelakkan anak-anak daripada rabun.

• Ini dipercayai bertujuan untuk menjadikan rambut • Anak-anak yang ada masalah penglihatan akan
lebih lebat dan cantik apabila tumbuh semula kelak. mengganggu pembelajaran mereka. Pastikan
anak-anak tidak membaca atau menonton
• Rambut anak-anak yang kerinting adalah sukar diurus televisyen dalam keadaan gelap.
dan memerlukan penjagaan rapi. Gunakan syampu
khas untuk rambut kerinting. • Nasihati juga mereka supaya jangan menonton
televisyen terlalu dekat.
• Rambut kerinting juga memerlukan sikat yang sesuai
agar mudah diurus. kepada ibu-ibu yang • Pemakanan yang boleh diamalkan untuk
menghadapi masalah rambut anak yang berkutu, membantu kesihatan mata adalah seperti lobak
pastikan penggunaan ubat kutu dan syampu kutu merah, bayam dan kalian.
tidak diabaikan.

7 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN KANAK-KANAK & BAYI
YANG IBU BAPA PERLU TAHU

3. GIGI 4. KUKU

• Gigi yang cantik datangnya daripada gigi • Kuku merupakan salah satu anggota yang terbuka. kuku
yang sihat. latih anak-anak menggosok gigi yang panjang dan kotor menggambarkan tahap
sejak awal tumbuh gigi. kebersihan seseorang.

• Gunakan berus gigi yang bersesuaian dengan • Oleh yang demikian, pastikan kuku anak-anak anda
umur. ganti berus gigi setiap 6 bulan. sentiasa bersih dan pendek. untuk bayi, cuba usahakan
Untuk memotong kuku bayi setiap 3 hari kerana kuku
• Ibu bapa digalakkan untuk membiasakan anak- bayi cepat panjang dan tajam.
anak dengan doktor pergigian sejak kecil agar
perasaan takut mereka dapat ditangkis. bawa • Anak-anak harus dilarang bermain kotor kerana
anak-anak untuk pemeriksaan karies gigi dan kekotoran boleh melekat di celah kuku jika tidak
gusi secara berkala. dibersihkan dengan sempurna.

• Larang atau hadkan makanan yang boleh • Dalam islam, disunatkan untuk memotong kuku pada hari
merosakkan gigi anak-anak. jumaat.

7 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN KANAK-KANAK & BAYI
YANG IBU BAPA PERLU TAHU

• 5. KULIT • 6. TELINGA

• Bayi dan kanak-kanak mempunyai kulit yang cantik dan • Telinga adalah salah satu anggota badan yang
gebu pada asalnya. namun, jika penjagaan kulit tidak sering diabaikan. ini mungkin kerana terlupa
diterapkan, kulit akan rosak terutamanya untuk kulit yang ataupun merasakan penjagaan kebersihan
sensitif. telinga merupakan sesuatu yang rumit.

• Ketahui dan fahami jenis kulit anak-anak. kerapkan • Selepas mandi, pastikan seluruh kawasan
penggunaan losyen untuk melembabkan kulit. telinga termasuk di dalam dan di belakang
telinga dilap sehingga kering.
• Jika terdapat ruam, pastikan diubati dengan segera
supaya tidak merebak dan sukar untuk dipulihkan • Kemudian, buang kekotoran yang ada di dalam
kemudian. telinga dengan menggunakan putik kapas.

• Ibu bapa boleh memberikan makanan yang • Lakukan pembersihan telinga anak-anak secara
bersumberkan vitamin c kepada anak-anak untuk berkala terutamanya semasa mandi dan
menjaga kesihatan kulit mereka. selepas mandi.

• Contohnya seperti buah mangga dan buah oren yang
kaya dengan vitamin c.

• Sinaran mentari pada waktu pagi yang mengandungi
vitamin d juga baik untuk kulit bukan sahaja anak-anak
malah kepada orang dewasa juga.

7 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN KANAK-KANAK & BAYI
YANG IBU BAPA PERLU TAHU

7. TANGAN DAN KAKI

• Dalam menjaga kebersihan diri, anggota yang banyak melakukan aktiviti seperti tangan dan kaki
mestilah bersih.

• Latih anak-anak untuk mencuci tangan sebelum makan atau selepas bermain. pastika juga kaki mereka
dicuci dengan bersih selepas pulang dari aktiviti luar.

• Gunakan sabun berantiseptik untuk mengelakkan jangkitan kuman.sabun tangan dan kaki anak-anak
degan sempurna.

• 1bu bapa boleh juga menyediakan cecair pencegah kuman di rumah supaya kebersihan ahli keluarga
lebih terjamin.

KEBERSIHAN BAYI :

• Dimandikan 2 kali sehari.
• pakaian sentiasa bersih dan mengikut

cuaca.
• Bersihkan mulut bayi dengan tuala lembut

yang lembab setiap kali selepas menyusu atau

Makan.
• Perhatikan kebersihan / keadaan mulut bayi.
• Tukar pampers mengikut keperluan.
• Perhatikan keadaan keseluruhan kulit

bayi.

KEBERSIHAN KANAK-KANAK

Kanak-kanak berumur 1 – 3 tahun sudah mula
memahami dan mengikut arahan mudah.
Galakkan mereka mengamalkan kebersihan
mengikut kemampuannya terutama aktiviti rutin
di TASKA. Antara amalan kebersihan yang perlu
diterapkan adalah :
➢ Mencuci tangan dengan kaedah yan betul

- Setiap kali selepas menjalani aktiviti
- Selepas menggunakan tandas
- Sebelum dan selepas makan

Sambungan :

➢ Mengelap tangan dengan tuala / tisu hingga
kering setiap kali selepas mencuci tangan.

➢ Kuku pendek dan bersih – dipotong setiap
minggu.

➢ Kanak-kanak 2 – 4 tahun sudah boleh guna
tandas – pastikan memakai selipar/kasut
semasa ketandas atau keluar dari bangunan
TASKA.

➢ Mencuci bahagian sulit setiap kali membuang air
kecil atau air besar.

➢ Mengepam tandas setiap kali selepas
digunakan.

Sambungan :

➢Mencuci tangan dan kaki sekiranya kotor
dan basah selepas bermain diluar TASKA.

➢Berkumor/menggosok gigi selepas makan.
➢Mandi 2 kali sehari.
➢Mencuci rambut dengan syampu.
➢Menggunakan tisu apabila batuk atau

bersin.
➢Tidak memasukkan objek / mainan

kedalam mulut , telinga, hidung.

Sambungan :

▪ Galakkan kanak-kanak membersihkan
semua barangan peribadi yang boleh
dilakukannya seperti membersihkan
berus gigi dan menyimpan dalam
bekasnya / menyimpan pakaian dalam
bakul selepas mandi / menggantung tuala
selepas mandi / menyimpan bantal dan
selimut selepas tidur.

Sambungan :

▪ Kanak-kanak hendaklah dilatih untuk sentiasa
dalam keadaan kemas dengan :

- rambut sentiasa disisir rapi.

- hingus dibuang dan dilap dengan tisu atau
tuala bukan dengan baju.

- pakaian, kasut dan stokin sentiasa bersih dan
kemas.

- kuku sentiasa pendek dan bersih.
▪ Kanak-kanak yang kemas berpakaian akan

sentiasa kelihatan menarik dan berkeyakinan –
ini akan membantu membentuk peribadi yang
lebih baik.

Sambungan :

➢Amalan kebersihan tidak dapat
diamalkan jika tiada kemudahan
peralatan dan latihan yang
berterusan seperti :

❖ sinki yang berketinggian sesuai untuk
kanak-kanak mencuci tangan.

❖ sediakan sabun pencuci dan lap tangan.
❖ paip untuk cuci kaki dan tangan selepas

main diluar.

MEMANDIKAN BAYI

PERSIAPAN SEBELUM MANDI

Disebelah kanan :
▪ Tilam kecil / tempat beralas yang sesuai

untuk letak bayi.
▪ Tuala kecil yang lembut.
▪ Tuala besar ( tuala mandi )
▪ Sabun dan syampu.
▪ Kapas .
▪ Losyen,bedak,lampin,baju,seluar & pin

penyemat

Sambungan :

Disebelah kiri :
▪ Besen besar ( besen mandi ).
▪ Besen kecil untuk basuh rambut.
▪ Bekas air suam untuk bilas badan.
▪ Bekas air masak sejuk untuk cuci mata

dan muka.

PENYEDIAAN AIR MANDI

➢Tuang air sejuk dalam besen besar & kecil.
➢Suamkan dengan air panas.
➢Rasa kepanasan air dengan siku atau

belakang tapak tangan ( guna cara sama
untuk besen kecil ).
➢Air yang digunakan tidak melebihi 1/3
kedalaman daripada bekas mandian (tidak
melebihi pusat bayi semasa bayi duduk -
elak bayi lemas. )

CARA MEMANDIKAN BAYI

1.Basuh tangan anda dengan bersih.
2.Letakkan bayi diatas tilam dan tanggalkan

pakaiannya.
3.Bersihkan bayi terlebih dahulu jika bayi

membuang air kecil / besar.
4.Balut bayi dengan tuala bersih.
5.Lembabkan kapas, bersihkan mata dari

bahagian dalam kearah keluar sehingga bersih
6.Gunakan kapas untuk sekali guna sahaja.

Sambungan :

7.Bersihkan telinga dan hidung dengan kapas
lembab.

8.Bersihkan muka dengan tuala kecil yang lembab.
Cuci dahi, pipi, hidung dan dagu. Setiap kali
mencuci, gunakan bahagian tuala yang
berlainan. Lap kering.

9. Cuci kepala bayi – pegang bayi secara ‘football
hold’, tutup telinga bayi dengan ibu jari dan jari
telunjuk. Shampoo rambut dan bilas bersih. Lap
kering dengan sebahagian tuala yang membalut
tubuhnya.

Sambungan :

10. Letak bayi atas tilam dan tanggalkan tuala
daripada tubuh bayi.

11. Letakkan kepala bayi diatas lengan kiri dan
pegang bawah ketiak bayi. Tangan kanan ampu
punggung/celah peha bayi.

12. Angkat bayi kedalam basin perlahan-lahan
dengan kakinya terlebih dahulu.

13.Basuhkan dan bersihkan tangan, badan, celah
pelipat ketiak dan seluruh badan. Bilas sehingga
bersih.

Sambungan :

14.Untuk memandikan bahagian belakang dan
punggung, sokong bahagian depan badan
dengan tangan kanan dan pegang kuat dibawah
ketiak kiri bayi. Sabun dan bilas sehingga bersih.

15. Angkat bayi dan bilas dengan air bersih.
Letakkan diatas tuala kering diatas tilam.

16. Lap bayi hingga kering.
17. Sapu losyen, pakaikan lampin dan pakaian

bayi.
18. Bersihkan dan kemas peralatan.





PEMERHATIAN PERLU DIBUAT :

1. Mata/telinga – mata merah, sentiasa
mengeluarkan tahi mata / berair.
Telinga – mengeluarkan cecair / nanah.

2. Mulut – tiada keputihan (oral thrush)
3.Kepala – bersih, tiada kerak kepala.

Jika berkerak – sapu minyak zaiton dan
basuh bersih keesokkan harinya. Ulang
sehingga kepala bersih. Jangan dikopek,
ini akan menyebabkan kudis dan jangkitan.

Sambungan :

4. Kulit – tiada ruam / kemerahan terutama
dibahagian punggung. Jika ada, pastikan
punggung dicuci bersih dan dikeringkan setiap
kali bayi membuang air kecil /besar. Pastikan
lampin ditukar selalu.

Pakaikan pakaian yang nipis.

Guna losyen bayi untuk melembabkan kulit.

5. Bercakap dan bermesralah dengan bayi
semasa dia dimandikan.

Sambungan :

6.Biarkan bayi menepuk air didalam besen
seketika.

7.Boleh berikan bayi permainan jenis plastik
ketika dimandikan.

8.Urutan dapat merangsang pertumbuhan
pembesaran bayi.

9. Basin yang telah digunakan hendaklah
dicuci bersih dengan sabun dan air
sebelum digunakan untuk bayi yang lain.

BAYI YANG BOLEH DUDUK :

1. Gunakan basin yang dialas – elak licin.

2. Boleh juga dudukan diatas lantai dibilik air
yang dialas dengan alas yang tidak licin
dan dimandikan dengan duduk.

3. Yang utama – pastikan keselamatan bayi.









MENUKAR LAMPIN

➢Lampin perlu ditukar dengan segera
apabila basah atau ada najis.

➢Ini dapat mengelakkan bayi dari mendapat
ruam lampin atau penyakit kulit yang lain.

➢Pastikan lampin pakai buang yang telah
digunakan dibuang ditong sampah
bertutup dan diuruskan dengan betul.

PERSEDIAAN MENUKAR LAMPIN :

1.Sediakan tempat sesuai – pilih tempat yang
mempunyai pengudaraan dan pencahayaan
yang elok.

2.Tutup kipas angin sementara menukar lampin
untuk mengelakkan bayi / kanak-kanak sejuk.

3.Aturkan terlebih dahulu keperluan supaya
mudah diambil atau digunakan.

4.Elakkan peralatan daripada mudah dicapai bayi /
kanak-kanak.

KEPERLUAN MENUKAR LAMPIN :

➢Alas pelapik yang mudah dicuci.
➢Lampin bersih yang siap dilipat / pakai

buang.
➢Tuala kecil, kapas, sebesen air.
➢Losyen .
➢Seluar, baju, pin penyemat.
➢Bekas menyimpan lampin kotor.
➢Bekas membuang kotoran.

CARA MENUKAR LAMPIN :

1. Cuci tangan dan lap kering.
2. Letak bayi atas tilam. Buka lampin.
3. Jika Bayi menggunakan lampin fabrik, gunakan

satu penjuru lampin yang bersih untuk mengelap
kebanyakkan najisnya.
4. Jika menggunakan lampin pakai buang, lapkan
bahagian najis yang banyak dengan tisu dan
buang tisu itu kedalam lampin.
5. Angkat kaki bayi, lipat lampin kebawah
punggung bayi.

Sambungan :

6. Lembabkan kapas dan lap bahagian kemaluan,
celah peha, bahagian bawah pusat, punggung
dan belakang bayi.

7. Lap kering dengan tisu .

8. Keluarkan lampin yang kotor.

9. Alaskan punggung dengan lampin bersih.

10.Untuk bayi yang lebih besar, basuh dengan air
bersih.

11. Sapu losyen / krim – ikut pilihan.

12. Pakaikan lampin dengan kemas.

Pemerhatian ketika menukar lampin:

➢Jenis najis – biasa / normal
- cair
- keras
- bau / warna /amaun

➢Air kencing – bau / warna / amaun
➢Kulit - merah

- luka
- kering

PENYAKIT BERJANGKIT DI
KALANGAN KANAK-KANAK
DI BAWAH UMUR 4 TAHUN

44

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Tanda-tanda :

◼ Demam
◼ Selsema
◼ Sakit kerongkong
◼ Hilang selera
◼ Sakit kepala
◼ Ulser di tekak / mulut
◼ Ruam / lepuh di tapak tangan kaki & kawasan lampin ( blister )

45

Cara merebak :

◼ Titisan / lelehan hidung / mulut (batuk
/ bersin)

◼ Air liur pesakit
◼ Sentuhan pada lepuh pesakit
◼ Makanan / minuman tercemar / najis

pesakit

46

Campak (Measles)

Tanda-tanda :

• Demam
• Batuk
• Selsema
• Sakit tekak
• Tompok kecil keputihan dalam mulut
• Ruam (mula di belakang telinga – ke muka

dan badan) & rasa gatal
• Keletihan , sakit badan

47

Sambungan :

- Ruam (mula di belakang telinga – ke muka
dan badan) & rasa gatal.Ruam selalunya
keluar pada hari 3-5.

WAKTU JANGKITAN:
= dari mula tanda-tanda penyakit hingga

14 hari.
Cara merebak :
• Melalui titisan (bersin / batuk)

48

Cirit Birit

Tanda-tanda :

◼ Muntah
◼ Sakit perut
◼ Membuang air besar lebih kerap dari biasa
◼ Biasanya najis cair
◼ Demam
◼ Keletihan
◼ Dehidrasi

49

Cara merebak :
◼Air yang tercemar
◼Makanan yang tercemar
◼ Lalat
◼Kotoran pada jari / kuku

50


Click to View FlipBook Version