"HADIRNYA KATA TERUKIR SERIBU KISAH"
Dinding
Persahabatan
SGL PRODUCTION
Dinding
Persahabatan
Prakata
Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya kami dapat menyiapkan
tugasan ini. Berserah kepadaNya atas segala takdir yang dikehendakkan
kepada isi alam seluruhnya. Kami hanya mampu merancang dengan
sebaik mungkin untuk menyiapkan buku puisi "Dinding Persahabatan"
dan segala ketentuan terletak di tangan Tuhan. Pertama sekali, kami
berempat ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
kami iaitu Professor Madya Dr. Zairul Anuar Md Dawam dan Dr. Salbiah
Kindoyop kerana memberi bimbingan dan tunjuk ajar semasa
melaksanakan tugasan ini.
Seterusnya, ribuan terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa
mahupun keluarga kami berempat yang tidak putus-putus memberi
kata-kata semangat dan dorongan yang begitu menbina dalam diri
kami. Kami sebagai anak sentiasa mendoakan yang terbaik buat
mereka dan kami percaya setiap kejayaan yang terhasil adalah berkat
doa mereka semua.
Akhir sekali, tidak dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan iaitu Siti
Hazzar Binti Daud yang merupakan pengarah dalam SGL PRODUCTION
dan diikuti oleh Loiusa Garuda Anak Joanis sebagai timbalan pengarah
serta Alshafirah Binti Abd Sari dan Arvin Lambah sebagai setiausaha
dan bendahari yang telah menjalankan tugas dengan ikhlas dan
amanah. Pengorbanan masa dan kerjasama yang diberikan amat
dihargai dan dikenang selamanya.
Sebelum menutup bicara, kami mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan terima kasih kepada diri kami sendiri kerana sanggup
mengorbankan tenaga, masa, kewangan dan sentiasa berkerjasama
dalam penghasilan buku puisi Dinding Persahabatan. Semoga hasil
peciptaan buku puisi ini dapat memberi inspirasi kepada semua
pembaca.
HAK CIPTA PENERBITAN
@ Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mana-mana bahagian,
artikel, ilustrasi dan foto dalam apa jua cara yang boleh
digunakan untuk pengeluaran semula ataupun dipindahkan
dalam sebarang bentuk atau cara sama ada secara fotokopi,
mekanik, rakaman, cetakan elektronik atau cara-cara lain tanpa
terlebih dahulu mendapat izin bertulis. Buku Tintah Terakhir ini
ditulis bertujuan bagi memenuhi keperluan komponen bagi
program CA22703 PENGURUSAN INDUSTRI KREATIF
[1-2021/2022].
Koleksi Buku Puisi/ Dinding Persahabatan
Penasihat 1 : Professor Madya Dr. Zairul Anuar Md Dawam
Penasihat 2 : Dr. Salbiah Kindoyop
Editor Buku : Siti Hazzar Binti Daud
Tipografi : Alshafirah Binti Abd Sari & Arvin Lambah
Susunan Buku : Loiusa Garuda Anak Joanis
Pereka Grafik : Siti Hazzar Binti Daud
Penulis : Arvin Lambah
: Alshafirah Binti Abd Sari
: Loiusa Garuda Anak Joanis
: Siti Hazzar Binti Daud
Isi Kandungan
Kandungan Halaman
Prakata 1
3
Air Terjun 5
Alam Sekitar 7
Aku Sayang Ayah 9
Berbeza
Bahagia 11
Cinta Sesungguhnya 13
Celahan Rindu 15
Dinding Persahabatan 17
Doa Sang Kekasih 19
Diam 21
Hal Terindah 23
Harus Terpisah 25
Hidup Ibarat Tumbuhan 27
Ingatkan Aku 29
Indahnya Negeri ini 31
Keluarga 33
Keluarga Hingga Jannah 35
Kisah Hati 37
Lamunan Hati 39
Luahan Rindu 41
Memahami Diri 43
Nyawaku 45
Panah Tertajam 47
Pesan Ayah
Pernah 49
Perlabuhan Terakhir 51
Perjuanganmu 53
Penantian 55
Rinduku 58
Rindu Kampung Halaman 60
Sebuah Pengharapan 62
Sahabat, Aku Rindu 64
Syurga 66-67
Setia Pada Yang Salah 70
Terima Kasih Permata 72
Tentang Diri 74
Tanda Tanya 76
Tangisan Lautan 78
Untukmu Pahlawan Tanah Airku 80
Waktu Yang Berlalu 82
Puisi Teruntuk Sahabat Seperjuangan
Tentang Kita 84
Teruntuk Sahabat 86
Perjuangan Sahabat 88
Sebuah Ikatan Persahabatan 90
Biodata Penulis 1
Biodata Penulis 2
Biodata Penulis 3
Biodata Penulis 4
Sinopsis
Air Terjun
Airnya deras jatuh ke bawah..
Membuat mata melihat menjadi kagum..
Membuat tubuh menjadi bersih..
Ciptaan Tuhan yang tak terbanding..
Turunnya seperti kelam-kabut..
Pabila sampai..
Menjadi tenang..
Mengalir lembut sehingga hanyut..
Dalam pelukan air..
Kita akan turut jatuh..
menjunam seiring air..
Namun..
Kita akan dapat hasil ..
Yang mendamaikan..
Jika kita sabar..
Untuk bersama-sama..
Bangkit dari kejatuhan..
Alsha
1
2
Alam Sekitar
Alam sekitar?
hanya sebuah perkataan tanpa menyakitkan,
kesan di dalam hati tiada siapa yang tahu,
menangis tak berlagu,
hanya membuatkan indah nama sahaja.
Alam,
tempat pergolakkan manusia dan alam sekitar,
hidupan terawal yang semakin musnah,
tanpa sedar, kehilangan tak terasa,
seolah tidak ada berlaku apa-apa.
Alam sekitar,
keindahanmu memberikan ketenangan,
air ombak yang beralun sedap mata memandang,
tumbuh-tumbuhan yang menghijau mengelilingi bumi,
akarmu tumbuh hingga ke pusat bumi,
habitat hidup menjadi habuan manusia.
Alam sekitar,
engkau tahukah?
engkau hidup tanpa dijaga dan dipelihara,
manusia kini ketagih untuk menguasai tempat kehidupan,
alam menangis melihat diri terhakis.
Louisa
3
4
Aku Sayang Ayah
Tulang-tulangmu telah rapuh
Yang dahulu kau gunakan
Untuk memberikan kami sesuap nasi
Untuk menunaikan kewajibanmu sebagai kepala keluarga
Kini kau tidak tak berdaya lagi melakukan itu semua
Kini kau hanya mampu memberikan kami nasihat
Kini kau hanya mampu memberikan doa-doa untuk kami
Ayah…
Air mata ini tak mampu membalas semuanya
Semua yang kau lalukan untuk hidup kami
Ayah..
Kami sangat menyanyangimu tak tergantikan orang lain
Perhatian kau berikan tidak akan kami lupakan
Walau terkadang kami tidak mengindahkan semua yang kau
berikan
Ayah..
Kini Kamilah yang harus melakukannya semua
Kamilah yang harus membalasnya semuanya
Kamilah juga yang akan memperhatikan mu
Ayah..
Kau ajarkan aku tentang sebuah kebaikan
Kau tunjukkan aku sebuah erti cinta
Kau jelaskan aku makna sebuah kehidupan
Dan kau mendidikku dengan sungguh kasih sayang
Ayah…
Kini ku berjanji untuk ketulusan hatimu
Bahawa aku akan selalu menjagamu
Aku akan selalu meyanyangimu hingga akhir hidup ku
Arvin
5
6
Berbeza
Pertemuan itu..
Membawa satu kisah..
Ada manis ada pahit..
Kita melihat perbezaan..
Namun..
Ia ditenggelami..
Oleh rasa cinta yang hadir..
Engkau tulus menjelma diri..
Sehingga aku dibuai mimpi..
Semakin lama, semakin dekat..
Dua jiwa menolak beza..
Dua hati mencipta takdir..
Tetapi..pabila..
Akal di bawa arus kematangan..
Melihat beza yang tak tergenggam..
Akhirnya..
Kita akur..
Bahawa kita tetap berbeza..
Bahawa hati harus merelakan..
Dan kita terpisah jua..
Namun..aku mengharap..
Jangan ada sengketa antara kita..
Walau hanya persahabatan tercipta..
Alsha
7
8
Bahagia
Bahagia detik terindah?
tersenyum mengenang waktu bahagia,
senyuman tidak dapat disembunyikan,
sebuah kejujuran terukir di bibir.
Kebahagiaan adalah dunia jiwa di dalam hati,
hati diselamuti perasaan berbunga,
suatu ruang perasaan istimewa,
menjadi sebuah kenangan terindah.
Terasa ingin membuka pintu gerbang,
melihat isi hati sendiri,
adakah kebahagiaan itu kekal?
Inginku tuliskan,
Sejenak kisah hati bahagia,
sejujurnya letih dengan keadaan,
bahagia itu hanya sederhana,
menikmati erti bahagia itu indah.
Louisa
9
10
Cinta Sesungguhnya
Kamu hadir membawa warna baru,
Kamu obati lukaku tentang masa lalu,
Kamu mampu mengubah hidupku,
Jauh lebih baik dari kehidupan yang lalu,
Kamu manusia yang sederhana,
mampu memberikan cinta yang luar biasa,
Cinta yang tidak mampu di ungkapkan oleh kata-kata,
Mendengar apa yang dikatakan,
Mengerti apa yang tidak dijelaskan,
Terima kasih cinta,
Atas segala hal yang kamu berikan,
Kamu telah mengajarkan aku berbagai hal,
Apa itu menghargai, menerima, bersyukur, dan ikhlas,
Kini ku hanya sendirian dengan tenang melewati,
semua permasalahan peribadi,
Dan aku sekarang mengerti apa itu hidup dan cinta sejati,
Berharap setiap mimpi akan menjadi nyata,
Hidup bahagia bersama selamanya,
Semoga rasa cinta kita tidak jemu dan pudar dengan waktu,
Sehingga tiada celah hati orang ketiga.
Arvin
11
12
Celahan Rindu
Seperti biasa, rindu ini memahami isi hatiku,
meronta-ronta mengacau ruangan celahan hati,
hingga batin penghuni terkoyak,
semakin membuak tanpa alasan.
Benar,
Biarkan hati kecilku bicara,
fikiran aku penuh ingatan bersamamu,
tanpa aku sedar terbuai oleh perasaan,
rindu itu menyakitkan,
rindu tanpa kata,
hanya hati yang memahami.
Ingin luahkan,
cuba tidak menghiraukan perasaan,
namun perjalanan seperti ada kamu,
masih tersisa tinggal di hatiku.
Rindu ini memikat,
Membuatkan hati semakin terikat,
Celehan rindu akhirnya tertunduk,
Membuatkanku semakin hanyut dalam perasaan,
Dalam kehangatan benih rindu,
Diamku rindu untukmu.
Sedar tidak sedar,
aku masih dibuai mimpi,
malam yang dingin peneman hatiku.
Louisa
13
14
Dinding Persahabatan
Sampai saat ini aku tak henti bersyukur,
Bersyukur dikurniakan sahabat yang baik,
Inilah dia sahabat seperjuanganku itu,
Dunia pendidikan menyatukan kami berlima,
Bermula dari satu "link" nama kami tersusun kemas,
Belainan abjad nama lalu dipertemukan dalam kumpulan,
Tak pernah bersua apatah lagi duduk bertatapan mata,
Tak saling mengenali isi hati namun mempunyai rasa,
Ada suatu ketika itu hari seorang sahabat kami telah pergi,
Perginya tak kemana jua namun pergi meninggalkan kami,
Kepergiannya untuk mengejar sebuah impian yang tinggi,
Sekali lagi airmata mengalir tanda sayang akan sahabat,
Tak pernah lengkap kami dipertemukan untuk bersatu,
Sedih bukan? Itulah dia kisah dinding persahabatan,
Perpisahan berlaku sepantas waktu yang berjalan pantas,
Saling berjanji untuk ada antara satu sama yang lain,
Biar jauh beribu batu akan tetap ada untuk menggapai tangan,
Biar hujan membasahi pipi akan mereka ada untuk memayungi.
Siti Hazzar
15
16
Doa Sang Kekasih
Subuh ini aku sudah berdoa untukmu,
Jangan khuatir segalanya doa yang baik,
Tidak pernah buruk doaku untukmu,
Aku khuatir jika diluar sana ada yang doa lain,
Iaitu doa daripada sekaumku iaitu hawa,
Jika doanya untuk memilikimu lebih dari doaku,
5 waktuku tidak pernah leka doa untukmu,
Tuhan tahu betapa aku tekun untuk berdoa,
Bicara kata doa aku sebut jelas sekali,
Terkadang aku sendiri mengulangi doaku,
Bukan apa, aku cuma mahu Tuhan mendengar,
Betapa aku ini bersungguh untuk hubungan kita,
Jika yang lain berkata aku cinta kau,
Aku lebih memilih untuk sayang akan dikau,
Dua kata itu berbeza bagiku,
Seperti 7 pelangi yang berlainan warna,
Air akan tawar jika kurang gula,
Tapi doa akan tetap indah jika kita ikhlas,
Siti Hazzar
17
18
Diam
Perlu kamu tahu,
diam adalah kata pesanan yang terdalam,
susah untuk difahami,
bukan kata perisai hidup,
namun diam lebih bermakna.
Air mata mengalir di pipi,
memikirkan segala kata yang terpendam,
diam lebih bermakna,
pepatah hati tanpa kerisauan,
isi dalamnya menjadi kekuatan.
Sekali lagi,
diam mengajarku erti kesenangan,
diam mengajarku erti menyayangi diri,
jiwa dan hati terasa senang,
sembuh seiring waktu berjalan.
Diam seakan seperti waktu,
cerita yang pernah dilalui,
walau berat melangkah,
tidak siap terluka,
memendam perasaan tanpa berucap,
biar diam berbicara.
Louisa
19
20
Hal Terindah
Menjadi seorang wanita yang dicintai itu indah,
Menjadi seorang wanita yang disayangi itu bahagia,
Ya, Memang inilah yang aku inginkan selama ini,
Tatkala emosi jiwaku tidak tentu arah seperti ombak,
Dialah orang yang sabar menenangkan fikiranku,
Dialah yang tahu cara untuk mendamaikan hatiku,
Jarak diantara kami ibarat cinta diantara benua,
Tak jemu antara aku dan dia saling menunggu waktu,
Jika yang dekat sentiasa menang dengan pertemuan,
Yang jauh ini akan sentiasa menang dengan pertalian doa,
Tak saling bersua muka namun saling mendoakan,
Tak saling mengetahui namun cukup menghargai,
Itu adalah hal terindah yang aku jalani sekarang,
Hal yang terindah ini aku catatkan dalam diariku,
Akan ada lagi hal terindah yang inginku tuliskan,
Kelak ku tulis satu persatu tentang hal terindah ini.
Siti Hazzar
21
22
Harus Terpisah
Pada mulanya kita dipertemukan oleh pendidikan,
tanpa saling mengenali satu sama lain,
perbezaan itu pasti ada,
namun itulah permulaan kisah kita.
Sabahat,
kita mula mengimpikan masa depan bersama,
janji manis mula terbit dari bibir,
terbit pelangi kecil diantara kita,
memberikan kesenangan di dalam hati.
Sahabat,
walaupun pada masa kini kita terpisah oleh waktu,
saling berjauhan antara satu sama lain,
kita serasi walaupun terpisah jarak,
bergurau senda, senda dan duka,
melukiskan kesenangan dihati.
Sahabat,
kita tetap bertahan,
dikala kepedihan mendatang seakan tidak penghujung,
perjuangan kita jangan dipersiakan.
sehingga masa depan memisahkan kita.
Terima kasih sahabat,
bila nanti kita berpisah,
jangan melupakan kisah kita,
walau kita tidak pernah bersatu atau bersama,
jadikan ini perpisahan yang termanis,
yang terindah dalam hidupmu,
tetap menjadi sahabat dan saudara,
kisah hanya kita saja yang tahu.
Louisa
23
24
HidupIbarat Tumbuhan
Hadirnya bunga-bungaan..
Yang mekar lagi indah..
Menghiasi laman persinggahan manusia..
Warna-warni bak pelangi..
Menambah keceriaan mata yang memandang..
Bagai hidup yang ada gelap dan terangnya warna..
Tapi harus ditempuh sehingga terlena..
Segar rasanya buah-buahan..
Menjadi santapan perut yang kosong..
Masam dan manis lagi terasa..
Seperti menuju ke satu puncak..
Yang penuh jalan lurus dan bengkok..
Namun..
Jiwa harus kental
Demi..
Mengenggam sebuah kejayaan..
Alsha
25
26
Ingatkan Aku
Ingatkan aku betapa berkuasanya engkau melindungiku,
Ingatkan aku betapa besarnya hikmah disebalik dugaan,
Ingatkan aku betapa indahnya menjadi orang yang sabar,
Ingatkan aku bahawa engkau sentiasa ada bersamaku,
Ingatkan aku ketika aku lelah untuk berjuang,
Ada orang lain yang lebih bermati-matian berjuang,
Ingatkan aku ketika aku sedang bersedih,
Itu adalah perbuatan yang merosakan akalku,
Ingatkan aku jika aku malas untuk melangkah,
Ada orang yang tak mampu berdiri sepanjang hidup,
Ingatkan aku ada insan yang sedang menantiku,
Tatkala ada pula insan yang sedang mendoakanku,
Ingatkan aku betapa manisnya sebuah kesabaran,
Ada banyak lagi perjalanan panjang perlu dilasanakan,
YaAllah Kuatkan aku selalu yaAllah,
Lindungilah orang yang sentiasa mendoakanku.
Siti Hazzar
27
28
Indahnya Alam Negeri Ini
Kicauan burung terdengar merdu,
Menandakan adanya hari baru,
Indahnya alam negeri membuatku terpaku,
Seperti dunia hanya untuk diriku,
Kupejamkan mataku sejenak,
Kurentangkan tanganku sejenak,
Sejuk, tenang, senang ku rasakan,
Membuatku seperti melayang kegirangan,
Wahai pencipta alam,
Aku sangat kagum, sulit aku pendamkan,
Dari siang malam,
Keindahannya tak pernah padam,
Desiran angin yang berirama di pergunungan,
Tumbuhan yang menari-nari di pergunungan,
Begitu indah rasanya,
Seperti indahnya taman di syurga,
Keindahan alam terasa sempurna,
Membuat semua orang terpana,
Tetapi, kita harus menjaganya
Agar keindahanya tak pernah sirna..
Arvin
29
30
Keluarga
Sering aku berfikir,
bahawa hidup itu seperti mimpi dikala tidur,
bagai dibuai mimpi penuh kesenangan,
tanpa menghiraukan erti sebuah kehidupan sesungguhnya.
Siang dan malam menjadi perhitungan waktu,
hari demi hari kerinduan kepada keluarga,
penuh dengan kehangatan,
penuh cinta dan kasih sayang,
yang tidak dapat aku lupakan.
Ketika semua tidak memahami isi hatiku,
ketika semua melukai hatiku,
ketika hancur hidupku,
keluargalah yang menyinari kehidupanku.
Hidupku bagaikan tali dalam perhitungan nyawa,
begitu juga erti kelurgaku,
sanggup bekorban demi kelurga,
walau berdarah sanggup dipertahankan.
Louisa
31
32
keluarga Hingga Jannah
Aku bersyukur..
Memiliki insan-insan yang amat menyayangiku..
Kerna aku yang terakhir..
Merekalah yang mewarnai hidupku..
Merekalah yang sentiasa menasihatiku..
Menjadikanku insan yang berguna..
Untuk melakar kejayaan..
Dalam hidup di dunia dan akhirat..
Hidup ini tak lengkap..
Seandainya..
Mereka hilang dari pandangan..
Jika berjauhan..
Aku merindui mereka..
Aku sedar..
Siapalah aku tanpa mereka..
Wahai keluargaku..
Aku berharap..
Suatu hari nanti..
Aku dapat membalas jasa kalian..
Dan semoga kita menjadi keluarga..
Sampai ke jannah..
Alsha
33
34
Kisah Hati
Malam telah menjelma,
aku benci pada malam yang membuatkan aku ingat padamu,
kerana malam akan mengusik hatiku,
yang mudah lumpuh mengingatkan kamu.
Hati sekuat ingatan,
dimana hati membuka dan fikiran hanya berfikir menerima,
ternyata hatiku masih milikmu,
hati terbuka hanya untukmu.
Keheningan malam menyapa diri,
aku tetap akan mencintaimu,
tetap berjuang dalam kehangatan cinta kita,
walau seiring dengan cinta atas dasar kerinduan.
Ku temukan erti kisah hati sendiri,
dimana menemukan titik erti cinta,
cukup mengagumimu selama ini,
cinta memerlukan sebuah pengorbanan dalam diri,
hanyaku yang tahu.
Louisa
35
36
Lamunan Rindu
Senja datang menyapa diri,
Bulan turut menemani,
Tangisan rindu yang tiada henti,
Malam ini begitu sunyi.
Sunyi senyap seperti hati,
Kejauhan ini membuat penat,
Jarak ini membuat tersekat,
Lamunan rindu terus melakat.
Namun diri hati ini sentiasa dekat,
Datanglah disini dengan belaianku,
Mari sandar Kembali di bahuku,
Ulangi Kembali kenangan kita yang lalu.
Wahai tulang rusukku,
Raga ini begitu kehilanganmu,
Semoga kau disana tidak apa-apa,
Aku cemas keadaanmu yang entah bagaimana.
Semoga kita selalu bersama,
Walau kita tak bertatap mata,
Biarlah doa yang menyatukan kita,
Wahai kasihku yang disana,
Kita akan bertemu lagi di lain masa.
Arvin
37
38
Luahan Rindu
Seperti biasa, rindu ini memahami isi hatiku,
meronta-ronta mengacau ruangan celahan hati,
hingga batin penghuni terkoyak,
semakin membuak tanpa alasan.
Benar,
Biarkan hati kecilku bicara,
fikiran aku penuh ingatan bersamamu,
tanpa aku sedar terbuai oleh perasaan,
rindu itu menyakitkan,
rindu tanpa kata,
hanya hati yang memahami.
Ingin luahkan,
cuba tidak menghiraukan perasaan,
namun perjalanan seperti ada kamu,
masih tersisa tinggal di hatiku.
Rindu ini memikat,
Membuatkan hati semakin terikat,
Celehan rindu akhirnya tertunduk,
Membuatkanku semakin hanyut dalam perasaan,
Dalam kehangatan benih rindu,
Diamku rindu untukmu.
Sedar tidak sedar,
aku masih dibuai mimpi,
malam yang dingin peneman hatiku.
Louisa
39
40
Memahami Diri
Aku adalah aku, orang lain adalah orang lain,
Jiwa aku tidak mungkin sama dengan orang lain,
Di kala aku sendirian pada waktu malam,
Aku terbaring dan sambil menutup mata,
Hati ini pandai berbicara sendiri,
Aku tanyakan diri ini,
Kenapa aku selalu jatuh dalam dosa,
Jiwa aku terus meronta,
Itulah hakikat kehidupan seseorang,
Tidak ada satu pun yang dapat memahami diri,
Melainkan diri sendiri,
Aku sangat kecewa, benci dengan diri aku sendiri,
Aku mahukan diri aku selalu betul,
Tapi apakan daya hati ini terlalu keras,
Mahu setia hal-hal kecil pun sukar
Apalagi hal-hal yang besar,
Apa yang penting ialah aku selalu bersandar pada Tuhan,
Mengingatkan pada diri sendiri,
Bertapa pentingnya menjaga hati perasaan sesorang,
Aku tidak mahu terjebak dalam dosa,
Kerana itu membawa malapetakah pada diri aku,
Tuhan engakaulah perisai hidupku,
Semoga hati ini selalu bersamamu.
Arvin
41
42
Nywaku
Dia adalah nadi hidupku..
Tanpa dia di sisi
Aku lemah..
Aku jatuh..
Aku mudah tersungkur..
Tetapi..
Jika teringatkan..
Secebis ungkapannya..
Aku jadi kuat..
Aku bangkit semula..
Untuk meneruskan perjuanganku..
Dan..dia adalah..
Ibuku tercinta..
Dia pelindung hidupku..
Aku tak pernah nampak dia lemah..
Ku lihat kamu kuat..
Aku jadi gigih..
Ku lihat kamu sabar..
Aku jadi tabah..
Dia adalah sumber inspirasiku..
Dan.. dia adalah..
Ayahku tercinta..
Coretan ini tidak cukup..
Untuk aku mengatakan rasa kasih dan sayang..
Buat nyawaku yang tak pernah tinggal dalam doaku..
Alsha
43
44