Panah Tertajam
Akhirnya panah itu tertusuk jua,
Akhirnya aku tersungkur jatuh,
Mentari cinta yang aku sentiasa banggakan,
Akhirnya menjadi tirai hujan yang tak henti,
Kau yang pada mulanya memilih aku,
Kau juga akhirnya menghancurkan segalanya,
Doa yang aku angkat dengan kedua tanganku,
Akhirnya sudah terjawab olehNya dengan pantas,
Hembusan nafasku seperti bau darah yang keluar,
Sungguh tajam tikaman yang aku rasa saat itu,
Aku cuba untuk bangun dari realiti itu,
Kedua jariku masih bergetar kaku,
Warna langit yang bertukar itu seperti jiwaku,
Entah kata-kata siapa lagi aku perlu percaya,
Kini aku jatuh sejatuh-jatuhnya kedalam gelap,
Sudah tiada tangan mampu mengapai lagi,
Airmataku kini sudah tidak mampu mengalir,
Mungkin ketawaran hatiku semakin tawar,
Siti Hazzar
45
46
Pesan Ayah
Wahai anak-anakku yang aku sayangi,
Kamu adalah warisan pusakaku di dunia ini,
Ayah tidak mempunyai harta untuk diwariskan,
Apatahlah emas atau intan permata yang bernilai,
Wahai anak-anakku yang aku cintai,
Jika nanti Ayah pergi menghadap ilahi,
Tetaplah kau berada disisiku,
Usahlah kau hiraukan mengapa aku pergi,
Usaplah airmata kasih dan sayangmu itu,
Doakanlah Ayah dengan kalimah suci kita,
Hanya kalimah itu yang dapat melindungiku,
Bisiklah kalimah itu dengan perlahan pada telingaku,
Ingat, itu adalah pesanan yang terakhir ayah sampaikan,
Ketika Ayah pergi nanti kuatkanlah kakimu anak,
Tabahkanlah setiap duka yang kau lalui,
Sudah tiada lagi sahutan "Iya Ayah" dalam hidupmu,
Wahai anakku, Jagalah kehormatan dirimu,
Hanya keimanan yang dapat melindungimu.
Siti Hazzar
47
48
Pernah
Ku pejam mata..
Menyelinap pintu yang pernah terbuka..
Sungguh..
Aku pernah di situ..
Mendasari maraknya cinta..
Bunga-bungaan mengharum..
Langit-langit mendamaikan..
Bintang-bintang berkelipan..
Rasa itu hadir membelai jiwa..
Hingga terasa takdir bukan disewa..
Walhal..
Rasa sekadar singgah..
Pintu kembali tertutup..
Mataku menangkap cahaya..
Menyedarkan diri dari bahaya..
Tenggelamnya dalam dunia silam..
Yang kini menjadi kelam..
Alsha
49
50
Pelabuhan Terakhir
Entah dengan kata apa lagi yang harus aku katakan,
Entah perjuangan apa lagi yang harus aku lakukan,
Aku sudah berada di satu garisan yang paling hujung,
Dimana aku sudah tidak jumpa kau yang aku kenal dahulu,
Sudah puas aku mencari jalan-jalan untuk menemuimu,
Namun, kau masih tidak aku jumpa-jumpa sehingga kini,
Setiap hari aku menghitung detik untuk menyambut kau pulang,
Setia seorang sang kekasihmu ini sentiasa menantimu pulang,
Aku percaya cepat atau lambat kau pasti akan tiba di pelabuhan ini,
Pelabuhan yang kau pernah gapai tanganku saat aku hampir jatuh,
Aku tidak hiraukan ribuan orang melihat aku selalu ke sini,
Kerana aku yakin yang aku tunggu pasti akan kembali,
Siulan burung-burung senja itu menandakan hari semakin gelap,
Dan sudah tiba masanya untuk aku kembali pulang ke rumah,
Dalam perjalanan menujuh pulang hatiku masih rasa gelisah,
Mungkin aku terlalu memaksa hatiku untuk berdamai,
Kau pernah berjanji bahawa akulah perlabuhan terakhirmu,
Akhirnya kau memilih untuk menghancurkan pelabuhan itu.
Siti Hazzar
51
52
Perjuanganmu
Aku melihat tapi aku tidak pernah merasakan,
Kesukaran dan kesulitan,
Yang ditanggung beratnya sebuah tanggungan,
Panas berpeluh keringat memikul berat,
Sejuk menggigil berselimutkan berat,
Sejuk menggigil berselimutkan penat,
Hujan memayungi diri dari kebasahan, kelelahan,
Malam bersengkang mata mencukupi kekurangan,
Siangnya yang ditelan waktu meneruskan kehidupan,
Begitulah matuku menyaksikan seorang pahlawan,
Pahlawan itu begitu hebat,
Baginya penat dan lelah adalah kawan,
Berjuang menentang kesengsaraan dalam kehidupan,
Demi sebuah kemenangan yang ingin dicapai,
Agar terukir senyuman kebahagiaan untuk insan tersayang,
Sehingga mataku tidak sanggup melihat perjuanganmu,
Bertapa seksanya pertempuranmu wahai pahlawanku.
Arvin
53
54
Penantian
Aku pernah menangis dinanti malam,
Aku pernah menanti dihari yang senja,
Putaran waktu itu aku hitung dengan sabar,
Pergerakan waktu itu aku kira berhari-hari,
Jujur aku katakan bahawa itu semua amat sukar,
Penat rasanya menghukum diri untuk menanti waktu,
Mahu tidak mahu aku tetap setia menghitung semula,
Aku tahu semua proses ini akan berakhir sembuh,
Cuma ianya memerlukan waktu agar ia bisa kembali,
Kembali seperti sedia kala yang selalu tertawa,
Kamu mahu tahu?
Dulu aku pernah mengatakan bahawa Tuhan tidak adil,
Sebabnnya, aku diuji berkali-kali dalam mencapai impian,
Tak henti-henti perkataaan gagal mengejarku selalu,
Aku terlalu penat untuk berharap lagi dan lagi,
Tapi aku mendapat sebuah kekuatan untuk terus gagah,
Bukan gagah seperti pejuang di medan perang,
Tapi berjuang untuk merubah takdir hidup ini,
Aku yakin pasti suatu saat Tuhan akan membalas,
Membalas segalah penantian ini dengan sebaiknya.
Siti Hazzar
55
57
Rinduku
Air mataku jatuh kembali,
Menghujani bumi menepaki jejak,
Kepergianmu,
Kini semua kenangan meronta merasuk di jiwaku,
Mencengkam membuat hati ini pedih,
Senyumanmu, tangis manjamu sentiasa,
Hadir di dalam kobaran rinduku,
Dengarlah wahai kasihku,
Dengar semua rintihan hatiku,
Meronta-ronta memangil namamu,
Akankah engkau mendengar semuanya itu?
Sedarkah dirimu,
Tanpamu aku bagai air yang berdebu,
Menerjang menghempas kesucian,
Menuju sebuah harapan yang tidak pasti,
Dalam nyanyian hati ini,
Ku sampaikan sebuah nada rindu dihati,
Ingatlah disini aku selalu menanti,
Hadirmu wahai pujaan hatiku.
Arvin
58
59
Rindu Kampung Halaman
Hari demi hari,
Langit jingga melitupi senja,
Angin berjalan menghembuskan kedamaian,
Aku terkesan menyaksikan ini,
Bertapa indahnya mentari yang pulang.
Awan-awan bergerak dengan riang,
Burung-burung-burung berterbangan Kembali pulang,
Hendak menanti malam yang pasti datang,
Aku terngiang pada kampung halaman,
Yang biasa ku rangkuh dengan penuh kebahagian.
Ada cerita di hujung jari,
Tentang rindu,
Yang lama menggumpal di jiwa,
Pada sebuah kampung halaman,
Sampai malam datang,
Sampai rembulan bersinar,
Dan sampai bintang berkelipan,
Aku akan terus berharap,
Semoga kedamaiaan tetap bersemanyam di jiwaku,
Meskipun aku di rantau negeri orang,
Bukan di kampung halaman.
Arvin
60
61
Sebuah Pengharapan
Tuhan ketika rencana ku setinggi langit,
Aku mohon jangan jatuhkan aku setinggi itu,
Tuhan jika nanti aku membuat sautu keputusan,
Jadikanlah itu sebuah keputusan yang tepat,
Tuhan jika aku ditakdirkan bertemu seseorang,
Hadirkanlah seseorang ingin menetap selamanya,
Tuhan aku bukanlah seorang wanita yang solehah,
Namun, setiap langkahku aku sentiasa ingat padaMu,
Setiap duka dan tawaku hari ini disaksikan olehMu,
Tak pernah tidur mendengar rintihanku setiap sujud,
Tuhan andainya suatu hari nanti ketika aku berjaya,
Aku mohon hadirkan kedua orang tuaku disampingku,
Walaupun balasan doa itu terkadang lambat,
Aku percaya engkau sentiasa melihat hambamu berdoa,
Semoga permintaanku yang terakhir ini termakbul,
Tiada ada pengharapan lain selain dariNya untuk meminta,
Siti Hazzar
62
63
Sahabat , Aku Rindu
Mataku terbuka luas..
Memandang langit..
Melihat indahnya malam..
Sesekali aku termenung..
Lalu aku tersenyum..
Aku terkenang kisah hidupku..
Diwarnai dengan memori indah..
Diceriakan dengan gurau senda..
Dipenuhi benih kegembiraan..
Hari berganti hari..
Umur meningkat kini..
Kita semakin dewasa..
Melakukan banyak hal sendiri..
Sahabat..
Mungkin kini tak selalu bertemu..
Mungkin jua khabar tak sering berbicara..
Namun..percayalah..
Rindu sentiasa ada untuk kalian..
Rasa kasihku tak pernah menghilang..
Sahabat..
Walaupun kita tidak seperti dahulu..
Tetapi dalam doaku sentiasa ada..
Untuk insan bernama sahabat..
Walau dimanapun kalian berada..
Pintaku agar kalian baik-baik sahaja..
Salam rindu ku terbangkan..
Untuk sahabat tercinta..
Alsha
64
65
Syurga
Ayah,
engkau adalah raja yang bertakhta di dalam hatiku,
engkau lelaki yang paling aku sayangi,
engkau tidak pernah mengenal erti lelah,
sentiasa mencari rezeki seperti semut.
Ibu,
wajahmu bagau bidadari syurga,
wajahmu membuat hatiku tenang,
wajahmu tidak pernah berubah di mataku,
engkaulah ratu hatiku,
lambang kekuatanku.
Berdiri aku terdiam,
mulutku tak terkata, diam seribu bahasa,
memandang wajah kamu berdua,
membuatkan hatiku tenang dan senang.
Ketika aku sedih,
kaulah tempat aku berteduh,
ketika aku gembira,
kaulah tempat aku tertawa gembira,
ketika aku tersungkur,
kaulah yang mengangkatku kuat berdiri,
ketika aku marah,
kaulah yang mendengar isi hatiku,
ketika aku tidak mengetahui apa-apa,
kaulah yang mengajarku,
siapa
lah hidupku tanpa ibu dan ayah.
66
Pengorbananmu cukup besar,
wajahmu akan sentiasa terukir di hati,
ajaranmu menjadi api di dalamku,
maafkan segala tingkah lakuku,
tanpa aku sedar melukai hati insan seperti kalian
berdua,
ku mohon seribu keampunan.
Teringin aku menangis di dalam perlukan,
seperti budak kecil,
tanpa menghiraukan segalanya,
menyayangi dan menjaga sehingga hari tua.
Louisa
67
69
Setia Pada Yang Salah
Sini aku ceritakan kisah setia ini,
Kau duduk dan dengar baik-baik,
Hari itu aku melepaskan dia tanpa tangis,
Hari itu juga aku lafazkan kata putus,
Kau mahu tahu mengapa aku tidak menangis?
Mungkin terlalu dalam rasa sakit aku rasakan,
Jujur aku katakan memang akulah yang bodoh,
Si bodoh yang percaya akan kata-katanya,
Aku terlalu jujur dengan suatu perhubungan,
Sampailah kejujuran itu mengkhianati diriku sendiri,
Sungguh aku yakin kaulah pendampingku kelak,
Tapi ternyata impian kita bina dihancuri badai,
Kau lupa semua impian yang pernah kita tulis,
Bersumpah akan menjaga satu sama yang lain,
Berjanji untuk tidak mengkhianati diriku,
Akhirnya kau pergi memimpin tangan yang lain.
Siti Hazzar
70
71
Terima Kasih Permata
Salam temanku..
Di sini ada insan..
Yang ingin meluah rasa..
Yang tak sering diungkapkan..
Jauh di sudut hati..
Aku berasa syukur..
Kerana mengenal..
Sosok insan yang berhati mulia..
Temanku..
Kamu adalah permata yang sukar diganti..
Kerana kegembiraan selalu menjadi perkongsian
kita..
Kerana kedukaan kita rasai bersama..
Jadi..bagaimana aku tidak..
Menganggap kamu selayak permata..
Setiap kesalahan yang dilakukan..
Kamu ada membawa seribu kata..
Agar diri tak lemas dalam dosa..
Temanku..
Jadikan persahabatan ini kekal selamanya..
Terima kasih..
Titipan kalimat buat kalian..
Alsha
72
73
Tentang Diri
Aku adalah aku,
Sedar berpijak dibumi yang nyata,
kehadiran aku dihahirkan dibumi,
menjadi sebuah perhitungan perjalanan hidupku.
Aku terdiam seribu bahasa,
takala menyadari akan perjalanan masa depan,
langkah kakiku terasa berat,
segala bebanan yang aku rasakan seolah ingin aku sembunyikan.
Terkadang aku tersungkur,
ku rasakan seolah seluruh alam mentertawakan aku,
aku ingin bebas daripada kerisauan diri,
meletakkan segala harapan hanya beserah kepada takdir.
Bangun pagi,
menghembuskan nafas,
mengucapkan kata syukur kepada Tuhan,
layaknya hidup demi perjuangan diri.
Malamnya,
memandang langit dengan penuh pengharapan,
dimana hatiku meronta untuk tidak bersembunyi,
Seperti bulan terlihat sentiasa terang.
Aku tersedar sambil tersenyum mengenang nasibku kini,
Aku bangun demi mengejar keinginan hati,
Membawa diri berpijak pada realiti,
Berjuang sehingga ke nafas yang terakhir.
Louisa
74
75
Tanda Tanya
Pertanyaanku..
Masihkah kita bernyawa..
Untuk hari esok..
Masihkah ada nafas..
Yang hadir dalam tubuh..
Tidak saudara, kita tidak tahu jawapannya..
Pertanyaanku..
Sudah siapkah kita..
Untuk bertemu Tuhan..
Walhal amal tak berjalan..
Tidak saudara, kita belum bersedia..
Wahai Saudara..
Janganlah kita leka dengan dunia..
Kerana kita tidak tahu..
Bila ajal menjemput kita..
Hiduplah dengan persiapan..
Jalani perintah Tuhan..
Cukupkan amalanmu..
Kerana pertanyaan akan terjawab..
Bila kita sudah dijemput ilahi..
Alsha
76
77
Tangisan Lautan
Arus lautan berkocak..
Memukul batu-batuan..
Memandang diri yang penuh kekotoran..
Tangis didengari..
Mengenang nasib..
Yang teraniaya..
Oleh manusia tak berhati perut..
Kiri kanan dipenuhi sampah..
Yang dulu ceria..
Yang kini sendu..
Alahai manusia..
Sadarkah kamu..
Lautan masih baik padamu..
Senantiasa memberi ketenangan jiwa manusia..
Walau diri sendiri dikotori sampah..
Walau diri sendiri dibanjiri najis..
Dengarlah tangisan lautan
Yang penuh dengan kata nasihat..
Alsha
78
79
Untukmu Pahlawan Tanah Airku
Demi negeri..
Engkau korbankan waktumu,
Demi bangsa..
Rela kau taruhkan nyawamu,
Maut menghadang didepan mu,
Kau bilang itu hiburan,
Tampak raut wajahmu,
Tak sekalipun sedikit rasa takut,
Semangat membara di jiwamu,
Taklukkan mereka penghalang negeri,
Hari-hari mu di warnai,
Pembunuhan dan pemberontakan,
Dan dihiasi bunga-bunga api,
Mengalir sungai darah di sekitarmu,
Bahkan tak jarang mata air darah itu,
Muncul dari tubuhmu,
Namun tak dapat..
Runtuhkan tebing semangatmu,
Keris yang setia menemanimu,
Pakaian dengan seribu wangian,
Malaysia tanah airku.
Arvin
80
81
Waktu Yang Berlalu
Begitu cepat waktu berlalu,
Tidak terasa perjumpaan ku sudah berlalu,
saya sangat menyesal, sangat kecewa,
Teringat dalam memori yang berlalu,
Menangis mengingat masa-masa yang lalu,
Melukiskan canda tawa dan Bahagia bersamamu,
Sepanjang waktu berlalu,
Kenapa kami baru menaruh perhatian pada cikgu,
Disaat cikgu tiada,
Karena dipanggil oleh Sang Maha Kuasa,
Begitu kejamnya kami melupakan jasamu,
Maafkan kami cikgu,
Kami pernah menyakitkan hati di dalam hidupmu,
Andai waktu dapat berulang,
Kami akan berjanji memberikan yang terbaik bagimu,
Tangisan kami hanya untukmu,
Disaat kami tidak mengerti,
cikgu yang akan menjelaskan,
disaat kami membuat kesalahan,
Guru yang memberi menasihati,
Saat kami mengingatimu,
Kau telah tiada,
Jasa dan perngorbananmu akan selalu dalam ingatan kami,
Begitu besar perhatianmu kepada kami,
Yang selama ini kami menyusahkanmu,
Hanya kata terima kasih dan maaf untukmu.
Arvin
82
Puisi
Teruntuk Sahabat
Seperjuangan
83
Tentang Kita
Yang pertama ini sungguh jelita rupanya,
Aku ingatkan dia tinggi rupanya rendah sahaja,
Lembut tutur kata dan kaya budi bicaranya,
Kesopannya seperti Gadis Melayu terakhir.
Yang kedua ini sungguh unik orangnya,
Tak pernah sesekalipun ku dengar dia membantah,
Dialah yang paling muda diantara kami berlima,
Terkadang sepinya menjadi tanda tanya buat kami,
Yang ketiga ini sungguh peramah orangnya,
Seorang gadis yang berasal dari Bumi Kenyalang,
Dialah yang lantang bersuara menegakkan kebenaran,
Tak pernah lelah membangunkan kami setiap bagi,
Yang keempat ini seorang jejaka yang budiman,
Berasal dari benua yang jauh diantara kami,
Dialah yang sentiasa menegur salah dan silap kami,
Disebalik sifat ketegasannya terselit jua kelembutannya,
Yang kelima ini diantara yang terakhir dalam semua,
Sifat kasih dan sayangnya kepada teman dapat dirasai,
Melindungi seperti orang Kakak yang melindungi Adiknya,
Doa-doanya sentiasa mengiringi perjalanan sahabatnya.
Itulah dia kisah tentang kami berlima diringkaskan,
Tak ramai namun cukup melengkapkan dalam jiwa,
Berjuta angan dan impian kami catatkan bersama,
Semoga ikatan persahabatan ini kekal selamanya.
Siti Hazzar
84
85
Teruntuk Sahabat
Gumpalan awan di langit biru,
seakan mengerti isi hati,
memandang langit sambil tersenyum,
mengenang kisah lama yang dikenali erti sahabat.
Di dalam relung hati ini terukir seribu kisah,
pahit manis yang ada semua telah tertulis,
kisah diukir bersama,
suka dan suka telah dijalani bersama,
sanggup bersama demi sebuah persahabatan.
Sahabat,
pernah bersama berjanji untuk menjadi sahabat selamanya,
bercerita kisah sesama sendiri tanpa mengira waktu,
bercerita bagaikan keesokkan hari sudah tiada lagi,
tanpa sedar, air mata mengalir dipipi,
kenangan mengusik hati kecil yang rapuh ini.
Sampai jumpa di hari lain,
walaupun tidak bersedia untuk merindui lagi,
gambar kita menjadi pembuka kisah,
ceritakan semua tentang kita,
bercerita tanpa penghabisan,
terima kasih sudah menjadi sahabat seikhlas ini.
Walaupun terasa berat,
kisah kita tetap menjadi kenangan,
namamu sahabat sudah terukir di hatiku,
kita akan selalu bersama,
tetaplah menjadi sahabat yang aku kenal,
sahabat aku rindu.
Louisa
86
87
Perjuangan Sahabat
Bermulanya kisah..
Dipertemukan dalam satu perkenalan..
Yang menghadirkan lima jiwa..
Sehingga kekal menjadi..
Sahabat sejati..
Perjuangan dilakukan bersama..
Onak duri ditempuh seiring..
Dengan perjalanan masa..
Yang ada jatuh dan bangunnya..
Namun..
Satu..harus pergi demi menjalankan perjuangan lain..
Ada sedih dikala ditinggalkan..
Tapi..
Tetap senang dikala dia berjuang..
Untuk mencapai satu genggaman..
Yang begitu hebat..
Sahabat..
Teruskan berjuanganmu..
Walaupun engkau di sana..
Namun kami di sini..
Akan terus mendoakanmu..
Jika engkau lelah..
Ingatlah..kami sentiasa ada untukmu..
Alsha
88
89
Sebuah Ikatan Persahabatan
Wahai sahabatku…
Janganlah engkau bersedih hati,
Bila engkau berada di waktu susah,
Janganlah engkau melupakan,
Bila engkau berada diwaktu senang,
Aku sungguh mempercayaimu,
Engkau adalah terang hidupku,
Engkau sumber pengharapanku,
Aku teringat wajahmu,
Senyumanmu adalah semangatku,
Terima kasih atas segala kebaikanmu,
Dahulu kita bertemu kerna pendidikan,
Sekarang kita berpisah kerna impian,
Begitulah lumarah kehidupan,
Dahulu kita selalu bersama,
Bersama memuat sebuah memori yang indah,
Sekarang aku tidak sabar untuk membuat,
Memori-memori baru lagi denganmu,
Pulanglah cepat..
Arvin
90
Tamat
Biodata Penulis 1
Nama diberi Arvin Lambah berasal dari Ranau Sabah. Saya lahir
pada 30/12/2000 dan merupakan anak kesimbilan daripada sebelas
adik beradik. Saya mendapat pendidikan awal di SK Mangkapoh,
SMK ULU SUGUT dan SMK Lohan untuk Tingkatan 6. Seterusnya
melanjutkan lagi pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS)
dengan bidang Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian (Seni
Kreatif). Dengan adanya buku puisi ini kami berharap agar para
pembaca termotivasi dalam diri dan terus bersemangat.
Biodata Penulis 2
Nama diberi Alshafirah binti Abd.Sari dan berasal dari Pitas,
Sabah. Beliau dilahirkan pada 18 April 1999 dan merupakan anak
bongsu daripada enam orang adik-beradik. Puisi-puisi yang ditulis
oleh beliau merupakan dari pengalaman hidupnya sendiri dan
melalui pemerhatian terhadap alam sekelilingnya. Menariknya
dalam puisi-puisi beliau adalah bait-bait katanya didedikasikan
buat insan-insan yang tercinta serta usaha dalam menonjolkan
nilai sastera yang sangat tinggi buat para pembaca. Harapan
beliau untuk penerbitan buku ini agar buku puisi Dinding
Persahabatan dapat memberikan satu impak yang positif terhadap
industri penerbitan buku dan semoga buku ini dapat dijadikan
pengajaran dalam kehidupan masyarakat.
Biodata Penulis 3
Salam sejahtera kepada para pembaca. Nama saya Loiusa
Garuda Anak Joanis. Anak kepada pasangan Joanis Anak Ajai dan
Suchin Anak Liyam. Berasal daripada Miri, Sarawak Merupakan
anak keempat daripada 5 adik beradik. Merupakan mahasiswa di
Universiti Malaysia Sabah peringkat Ijazah Sarjana Muda Sastera
(Seni Kreatif). Harapan saya adalah berharap agar buku puisi ini
dapat memberikan ketenangan dalam kehidupan.
Biodata Penulis 4
Nama diberi Siti Hazzar binti Daud. Berasal dari Sandakan Sabah.
Lebih mesra dengan gelaran Jaii. Beliau merupakan anak bongsu
daripada 3 orang adik beradik perempuan. Beliau mendapat
pendidikan awal di SK Sungai Kayu Sandakan, SMK Perempuan
Sandakan dan seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat Sijil
Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) di SMK Elopura 2 Sandakan. Kini
beliau melanjutkan pelajaran dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda
Sastera Dengan Kepujian (Seni Kreatif) di Universiti Malaysia Sabah.
Semoga buku puisi Dinding Persahabatan ini mampu memberi
inspirasi kepada hubungan persahabatan diluar sana. Jangan
mengharap sahabat yang sempurna tapi bantulah sahabatmu
menjadi orang yang lebih sempurna. Disitulah erti persahabatan yang
sesungguhnya. Semoga puisi dinding persahabatan ini mampu
memberi inspirasi kepada hubungan persahabatan diluar sana,
Sinopsis
"Dinding Persahabatan" adalah sebuah buku puisi yang
dikaryakan daripada 4 sahabat seperjuangan. Melalui puisi ini
dapat dilhat betapa eratnya kerjasama dan toleransi diantara
sahabat yang saling mendukung antara satu sama lain. Buku ini
mengandungi bait-bait puisi yang dihasilkan sendiri oleh empat
orang penulis. Buku puisi Dinding Persahabatan memuatkan 44
buah puisi termasuk 4 buah puisi istimewa yang ditujukan khas
buat sahabat penulis. Antara tema-tema menarik dalam buku
puisi ini adalah kekeluargaan, persahabatan, percintaan, alam
semula jadi dan kehidupan. Pastinya gabungan puisi empat
penulis dalam Dinding Persahabatan ini akan memperkayakan
khazanah sastera di Malaysia.
sgl.production2
SG'L Production
012- 866 3549 (Siti Hazzar)
012 - 818 0302 (Loiusa)