The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zikrinaim98, 2021-03-21 10:49:28

ESEI 2 ZIKRI-converted

ESEI 2 ZIKRI-converted

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 8 )

ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
(EDUP3083)

NAMA: DISEDIAKAN OLEH:
NO. KAD PENGENALAN:
MOHD ZIKRI NAIM BIN MOHD ZAKI
ANGKA GILIRAN: 980207-02-5253
2017192340157
KELAS: PISMP C9

NAMA PENSYARAH: TUAN HAJI OMAR BIN CHEK MAN
TUGASAN 2 : PENULISAN AKADEMIK
TAJUK TUGASAN:
TARIKH HANTAR: 20 MAC 2021
TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS:

1

ISI KANDUNGAN 2
3
BAHAGIAN PRELIM
4
ISI KANDUNGAN 5
PENGHARGAAN 7

BAHAGIAN ISI 10
11
1.0 PENGENALAN
2.0 PELAN PEMBANGUNAN DIRI
3.0 PELAN PEMBANGUNAN KERJAYA

BAHAGIAN AKHIR

4.0 KESIMPULAN
RUJUKAN

2

PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi di atas izin kurnia-Nya, dapat saya menyempurnakan tugasan yang
diberikan dengan jayanya dan tepat pada waktu yang telah ditetapkan.

Sekalung aprisiasi dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya tujukan buat pensyarah
saya iaitu, Tuan Haji Omar bin Chek Man yang telah banyak membimbing, mendidik dan
memberi kekuatan semangat dari segi fizikal mahupun mental dalam proses penyempurnaan
tugasan ini. Terima kasih juga dilafazkan kepada ibu bapa yang tidak putus-putus memberi
galakan sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini.

Tidak dilupakan juga buat rakan rakan seperjuangan, semua individu yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam membantu saya sebelum, semasa, dan selepas
tugasan ini dijalankan. Sesungguhnya segala kerjasama dan keprihatinan tidak akan saya
lupakan sama sekali. Segala usaha yang diberikan saya dahului dengan ucapan terima kasih
yang tidak terhingga. Semoga semua yang terlibat mendapat ilmu yang bermanfaat dan
mampu mengembangkan potensi diri demi agama, bangsa, dan negara tercinta, Malaysia.
Sekian, terima kasih.

3

1.0 PENGENALAN

Manusia akan dianggap mundur dan tidak bertamadun sekiranya tidak berilmu dan
berpendidikan. Hal ini kerana pendidikan adalah salah satu agenda besar yang boleh
mempengaruhi kualiti dan ketamadunan sesebuah bangsa di dunia. Begitu juga pada alaf
moden masa kini, pendidikan memainkan peranan yang penting untuk membentuk hidup
seseorang individu. Apabila seseorang kanak-kanak itu dilahirkan di dunia ini, bermulalah
proses pembelajaran sepanjang hayat sama ada dalam bidang Agama, Sains, Matematik,
Sejarah dan sebagainya lagi (Samruhaizad Samian & Azahan Awang, 2017). Menurut
Abdul Fatah Hassan (2003), pendidikan juga berfungsi untuk mendidikan manusia berfikir
secara rasional, bebas dan baik dan juga dapat menyelesaikan masalah dengan
berkesan. Kesimpulannya, pendidikan merupakan proses untuk mengembangkan potensi
individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, di samping
mengembangkan potensi individu untuk mengenali diri dan tujuan hidup seseorang
individu tersebut.

Bagi mencapai taraf pendidikan yang terbaik, profesion keguruan merupakan satu
profesion yang sangat berkait rapat dengan bidang pendidikan. Hal ini kerana guru
merupakan elemen paling penting dalam mencorakkan stail pengajaran yang berkesan
agar segala matlamat yang dirancang dalam dunia pendidikan dapat dicapai secara
optimum. Guru merupakan nadi ilmu, menjadi lilin yang sentiasa memberi cahaya dan
menerangi masa depan pewaris bangsa. Seorang guru yang berkualiti, mempunyai
penguasaan ilmu yang luas dan kompeten mampu untuk melahirkan individu-individu
yang cemerlang dan mampu menerajui negara pada masa akan datang. Pada zaman
yang kian berubah dan mencabar kini, tugas hakiki seseorang guru itu menjadi lebih sukar
dan mencabar berbanding tugas guru pada masa dahulu. Oleh itu, sebagai seorang guru
yang professional, kita perlulah sentiasa berubah seiring dengan perubahan zaman
kerana guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan negara dan juga merupakan
seorang pelaksana segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak
kerajaan.

Profesion keguruan perlu ditambah baik seiring dengan peredaran zaman agar kekal
relevan dan dipandang tinggi oleh masyarakat sebagai salah satu profesion yang
terpenting. Oleh itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah meletakkan peningkatan
profesionalisme keguruan sebagai salah satu fokus utama. Guru perlu melalui pelbagai
perubahan sama ada dalam atau luar profesion. Menurut Mohd Sani dan Zuraidah Majid
(2002), antara tuntutan dalaman yang diperlukan adalah kesediaan guru untuk mencuba
pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif di

4

samping menghadapi perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan
teknologi baharu. Tuntasnya, sebagai seorang guru yang bersedia menghadapi
perubahan, kita perlulah menyediakan satu pelan yang lengkap dan menyeluruh untuk
memandu hala tuju kerjaya kita.

Bagi menyelesaikan tugasan ini, saya akan menyediakan satu pelan pembangunan
diri dan pembangunan kerjaya sebagai guru profesional berpandukan peringkat-peringkat
perkembangan guru oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membantu
membangunkan imej sekolah saya sebagai sebuah institusi pendidikan yang berwibawa.

2.0 PELAN PEMBANGUNAN DIRI

Pembangunan guru menjadi salah satu faktor utama bagi membangunkan pendidikan
sesebuah negara. Para guru sepatutnya memperkembangkan tahap profesional mereka
kerana kebanyakan guru terutamanya generasi dahulu yang telah mengajar selama 10
hingga 20 tahun masih menggunakan cara lama ketika mengajar. Perkara ini juga
dinyatakan oleh Borko dan Putnam (1998), bahawa guru-guru yang telah lama mengajar
lebih menumpukan kepada penguasaan konsep sebagai fokus utama dan kurang
memberi fokus kepada proses itu sendiri atau ilmu yang dijana daripada penyelesaian
masalah dalam subjek tersebut. Justeru itu, setiap guru perlulah berusaha untuk
meningkat tahap profesionalisme diri dan kemahiran supaya guru sentiasa bersedia
menghadapi cabaran dan tekanan dunia pendidikan masa kini. Menurut Hoyle (1982),
pembangunan profesionalisme keguruan merupakan satu proses yang menuntut guru
memperdalamkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan secara
berterusan untuk memastikan keberkesanan proses pencerapan pembelajaran oleh
murid-murid. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang boleh saya lakukan sebagai pelan
pembangunan diri saya sebagai seorang guru untuk membantu sekolah saya mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Antara pelan pembangunan diri yang saya akan lakukan untuk membantu
membangunkan imej sekolah saya adalah dengan menghadiri kursus ataupun bengkel
yang berkaitan dengan tugas saya sebagai seorang pendidik. Banyak kursus ataupun
bengkel yang dikelolakan oleh pihak kementerian bagi membantu guru meningkatkan
tahap penguasaan kemahiran guru-guru. Bengkel atau kursus ini dapat menambah baik
pengetahuan, kemahiran atau tingkah laku guru-guru berkaitan tugas mereka (Sparks &
Horsely, 1989). Contoh-contoh kursus ataupun bengkel yang boleh saya sertai ialah
Kursus Asas Bimbingan dan Kaunseling, Kursus Khas Bimbingan Kecemerlangan Pelajar
dan Kursus Program Pendidikan Tahap 2. Penyertaan saya dalam kursus-kursus dan
bengkel-bengkel seperti yang dinyatakan di atas mampu membantu saya meningkatkan

5

tahap pengetahuan dan menambah kemahiran baru yang saya perlukan. Oleh itu, saya
dapat gunakan pengetahuan dan kemahiran baru yang saya peroleh melalui penyertaan
bengkel dan kursus tersebut mampu saya gunakan untuk membantu membangunkan imej
sekolah saya.

Langkah seterusnya yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan pembangunan diri
saya sebagai seorang guru adalah dengan mengamalkan inovasi dalam pendidikan.
Menurut Yahya Buntat dan Lailinanita (2012), inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
merupakan suatu pembaharuan kreatif yang mana kaedah atau cara yang baru digunakan
bagi seseorang guru untuk memastikan objektif pengajarannya tercapai. Saya perlu
sentiasa melakukan inovasi dalam pendidikan ini kerana pendidikan bersifat dinamik dan
sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Perkara ini dapat dilihat apabila
tercetusnya pandemik Covid-19 yang telah mengganggu urusan seharian setiap lapisan
masyarakat. Murid-murid yang mengikuti pembelajaran di sekolah juga menghadapi
masalah dan perlu mengikuti kelas secara atas talian. Oleh itu, saya sebagai seorang guru
perlu juga menjalankan amanah saya untuk mengajar murid-murid walau apa jua
keadaan. Amalan inovasi dalam pendidikan ini dapat membantu saya mengatasi masalah
ini dengan cara saya memanfaatkan pelbagai aplikasi moden seperti Instagram,
Whatsapp dan sebagainya untuk saya gunakan sebagai medium pengajaran saya.
Kesimpulannya, amalan inovasi dalam pendidikan mampu untuk mengatasi setiap
masalah yang melanda dalam dunia pendidikan di samping membantu meningkatkan
tahap penguasaan bidang akademik sekolah saya.

Langkah ketiga yang boleh saya lakukan sebagai pelan pembangunan diri saya
adalah dengan menyambung pelajaran dalam bidang yang mempunyai kaitan dengan
tugas pengajaran saya. Pembelajaran sepanjang hayat memberi peluang kepada guru
untuk membaca, menulis dan membuat penyelidikan tindakan dan seterusnya
meningkatkan tahap profesionalisme guru tersebut. Menurut Tajul Ariffin dan Noraini
(2002), hanya dengan ilmu pengetahuan manusia dapat memikul tanggungjawab
mengurus dan mentadbir alam ini. Sebagai seorang guru, saya perlu mempunyai pelbagai
kemahiran dan pengetahuan untuk saya membantu meningkatkan tahap pencapaian
sekolah saya sama ada dalam bidang akademik mahupun kurikulum. Budaya
pembelajaran sepanjang hayat merupakan salah satu cara terbaik bagi saya untuk
meningkatkan tahap kompetensi diri saya untuk menjadi guru yang cemerlang. Selain itu,
pembelajaran sepanjang hayat memberi peluang kepada saya untuk menguasai pelbagai
ruang kemahiran lain selain perkara asas yang saya pelajari di institut latihan sebelum ini.
Oleh itu, saya dapat gunakan ilmu yang saya peroleh untuk membantu meningkatkan
pencapaian sekolah saya.

6

Akhir sekali, saya juga akan mengamalkan konsep mentor sebagai salah satu pelan
pembangunan diri saya untuk menjadi guru yang mampu membantu sekolah menempa
kejayaan. Saya akan mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru yang lebih
berpengalaman untuk saya mengatasi masalah yang timbul. Guru yang berpengalaman
tersebut akan saya jadikan sebagai ‘role model’, penasihat dan pembimbing kepada saya.
Setiap masalah dan jalan penyelesaian yang saya fikirkan akan saya rujuk kepadanya
untuk melihat sejauh mana masalah tersebut dapat diatasi. Menurut Zahanim Ahmad dan
Qurratu ‘Aini (2018), program mentor ini juga mampu untuk meningkatkan pengetahuan,
kemahiran serta amalan nilai professional sebagai guru yang berkualiti dan profesional.
Oleh itu, konsep mentoring ini mampu membantu saya menjadi guru yang lebih baik agar
dapat berbakti kepada sekolah. Selain itu, saya juga akan membentuk Komuniti
Pembelajaran Profesional (PLC) bersama-sama rakan-rakan guru yang lain. Komuniti ini
akan berbincang dan berkongsi kemahiran dan pengetahuan untuk mengatasi segenap
ruang lompong yang terdapat pada diri saya sebagai seorang guru novis. Hasil
perkongsian dan perbincangan ini akan saya gunakan untuk menambah baik mutu
pengajaran saya di dalam bilik darjah.

3.0 PELAN PEMBANGUNAN KERJAYA

Salah satu fokus utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk meningkatkan tahap
profesionalisme profesion keguruan. Perkara ini sewajarnya dilaksanakan untuk
memastikan mutu pendidikan di negara kita kekal relevan dan mampu menyaingi negara-
negara maju yang lain. Menurut Wong Kiet Wah, Noriati dan Boon Pong Ying (2018)
Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan pemberi perkhidmatan pendidikan di sektor
awam dan juga sektor swasta bertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan
program pendidikan dan latihan keguruan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Guru. Guru
yang berkualiti mampu menjamin tahap keberhasilan murid yang terbaik. Bahagian
Pendidikan Guru di Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghasilkan dokumen
Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) untuk membantu guru-
guru merancang pembangunan kerjaya masing-masing. Oleh itu, saya sebagai seorang
guru baharu yang ditempatkan di sebuah sekolah di kawasan pedalaman sewajarnya
menggunakan pelan ini sebagai pelan pembangunan kerjaya saya untuk membantu
sekolah saya menempa kejayaan pada pelbagai peringkat.

Peringkat perkembangan guru yang pertama menurut Kementerian Pendidikan
Malaysia adalah peringkat permulaan. Peringkat ini bertepatan dengan kedudukan saya
ketika ini apabila ditempatkan di sekolah tersebut. Pada peringkat ini, saya sebagai guru

7

baharu yang berada pada gred DG41 merupakan golongan pelaksana berkesan dan
fasilitator pembelajaran murid. Walaupun saya telah tamat latihan di institusi pendidikan
dan sudah dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik, saya masih lagi
memerlukan penyeliaan dan bimbingan daripada guru yang lebih mahir dan lebih
berpengalaman. Saya perlu menjadikan guru yang berpengalaman sebagai mentor yang
dapat membimbing saya sepanjang bergelar guru novis. Hal ini bertepatan dengan
pendapat Rekha dan Ganesh (2012), konsep mentoring ini mampu melatih dan
membangunkan menti terutamanya dalam bidang kerjaya dan psikososial menti seperti
pengetahuan penting, kemahiran terkini, kebolehan baharu, sikap positif dan keperluan
semasa supaya mereka berkeupayaan meningkatkan daya saing diri, mengurus peluang
dan masalah dengan berhemah serta memberi respon terhadap pelbagai cabaran dalam
persekitaran dalaman dan luaran organisasi secara berterusan. Oleh itu, saya perlu
menimba sebanyak mungkin ilmu daripada guru mentor saya supaya saya dapat
meningkatkan tahap kompetensi diri saya untuk membantu sekolah saya menempa
kejayaan di samping meningkatkan pembangunan kerjaya saya. Selain itu, saya akan
berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan gred saya kepada DG44 sama ada dengan
menjadi guru cemerlang atau dengan menyambung pelajaran.

Peringkat kedua berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia adalah peringkat
beraspirasi. Pada peringkat ini, saya sudah mencapai gred DG44 sama ada secara ‘time-
based’ atau berjaya menjadi guru cemerlang. Pada ketika ini, saya sudah mampu untuk
menyelesaikan masalah PdP dengan sendiri. Bagi meningkatkan tahap profesionalisme
saya pada peringkat ini, saya akan melaksanakan penyelidikan tindakan supaya saya
dapat menambah baik kualiti pengajaran saya. Selain itu, saya juga akan mengamalkan
amalan refleksi kendiri sebagai salah satu usaha untuk menambah baik kerjaya saya.
Menurut Hanipah Husin (2000), penerapan refleksi dalam amalan pengajaran berupaya
meningkatkan keberkesanan guru untuk menilai dan memperbaiki proses pengajaran.
Sebagai seseorang yang mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan, saya juga
akan membantu guru-guru baharu yang ditempatkan di sekolah saya sekiranya mereka
menghadapi masalah dan seterusnya bersama-sama meningkatkan tahap pencapaian
sekolah dalam setiap bidang.

Peringkat ketiga pula dikenali sebagai peringkat kompeten. Pada kebiasaannya, guru
pada peringkat ini telah menyandang gred DG48. Apabila saya berjaya berada pada tahap
ini, saya akan membantu menyumbangkan kepakaran saya dalam merangka panduan,
arahan, peraturan pelaksanaan PdP seperti menghasilkan buku panduan pelaksanaan
kurikulum yang berkaitan dengan kehendak semasa. Perkara ini boleh dijadikan rujukan
oleh guru-guru lain dalam membantu mereka menyelesaikan masalah yang berkaitan
dengan proses PdP. Pada peringkat ini, kemungkinan untuk saya berada pada peringkat

8

pentadbiran di sekolah adalah sangat tinggi seperti menjadi guru besar. Apabila berada di
peringkat ini, saya akan melaksanakan pelbagai program untuk menaikkan tahap
pencapaian sekolah seperti melaksanakan program kecemerlangan untuk murid-murid
secara berterusan. Selain itu, saya juga akan menggalakkan guru-guru yang berada
bawah seliaan saya untuk sentiasa menambahkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan
seperti menyertai kursus dan bengkel yang berkaitan dengan tugas pengajaran. Ilmu-ilmu
yang diperoleh setelah menyertai kursus atau bengkel tersebut akan disampaikan kepada
guru-guru yang lain di sekolah tersebut dan digunakan secara bersama-sama.

Peringkat seterusnya adalah peringkat profisien. Pada peringkat ini saya sudah
menyandang gred DG52. Guru pada pada peringkat profesion merupakan peneraju dan
penggerak perubahan berkaitan dengan PdP. Pengalaman dan kemahiran yang saya
miliki sepanjang bergelar pendidik akan saya gunakan untuk menjadi pakar rujuk, mentor
serta pembimbing kepada guru-guru yang lain. Pada ketika ini, saya akan menggalakkan
guru-guru lain untuk sentiasa melaksanakan inovasi dalam pendidikan. Hal ini kerana
inovasi dalam pendidikan sangat berguna untuk membantu murid-murid lebih memahami
pengajaran guru. Perkara ini juga bertepatan dengan pendapat Wong Kiet Wah, Noriati
dan Boon Pong Ying (2018), yang menyatakan bahawa inovasi dalam pendidikan dapat
menemukan penyelesaian masalah pembelajaran melalui cara yang lebih jelas, mudah
dan ringkas.

Pada peringkat kelima, biasanya guru telah menyandang gred DG54 yang juga
dikenali sebagai peringkat strategis. Sekiranya saya masih berada di sekolah, saya akan
menjadi suri teladan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru lain
ataupun saya juga boleh berpindah ke institut pendidikan guru (IPG). IPG merupakan
sebuah institut yang berada di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia yang
berfungsi sebagai sebuah tempat untuk melatih guru-guru baharu. Jika saya berpindah
untuk menjadi pensyarah di IPG, saya akan menggunakan sepenuh pengalaman saya
menjadi guru di sekolah untuk dikongsikan bersama-sama pelajar saya di IPG supaya
mereka dapat menggunakannya ketika giliran mereka berada di sekolah kelak. Saya akan
memberikan pendedahan awal kepada bakal-bakal guru mengenai realiti sebenar dunia
pendidikan, mengadakan bengkel-bengkel atau kursus tentang pedagogi dan juga
menggalakkan pelatih-pelatih IPG untuk sentiasa berfikiran kritis untuk mendepani segala
cabaran dan rintangan ketika bergelar seorang guru.

Peringkat terakhir atau peringkat keenam dalam Peringkat Perkembangan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan peringkat berwawasan. Pada peringkat ini,
saya telah menyandang gred khas ataupun JUSA. Pada peringkat ini, saya akan lebih
menumpukan perhatian saya kepada penggubalan dasar-dasar dalam bidang pendidikan.
Saya akan berusaha untuk membentuk sebuah dasar yang holistik dan menyeluruh agar

9

semua lapisan yang berada di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia seperti
sekolah, IPG dan institusi swasta mendapat hak mereka yang sewajarnya.
Kesimpulannya, apabila saya berada pada tahap tertinggi ini, saya akan menggunakan
kuasa dan kemahiran yang saya ada untuk membantu guru-guru dan sekolah-sekolah lain
agar mereka mendapat hak yang sepatutnya agar dapat melahirkan murid-murid yang
cemerlang untuk meneraju negara kita pada masa hadapan kelak.
4.0 KESIMPULAN
Tuntasnya, usaha untuk meningkatkan tahap kompetensi saya sebagai seorang guru
yang berkualiti merupakan tanggungjawab saya sendiri. Pihak kerajaan terutamanya
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan pelbagai ruang dan peluang
kepada guru-guru untuk meningkatkan kualiti kerjaya masing-masing. Peningkatan dalam
kerjaya seorang guru tidak hanya mendatangkan pulangan dari segi gaji bulanan sahaja,
bahkan turut meningkatkan tahap motivasi seseorang guru tersebut. Apabila seseorang
guru bermotivasi untuk mengajar, sudah pasti guru tersebut akan memberikan sepenuh
tumpuan dan usaha untuk mengajar di dalam kelas. Oleh itu, sebagai seorang guru yang
berwibawa, kita seharusnya menyediakan pelan pembangunan diri dan kerjaya untuk
meningkatkan kualiti kita sebagai seorang guru untuk melahirkan pewaris bangsa dan
negara yang kompeten dan berdaya saing untuk mendepani dunia yang kian menongkah
arus pemodenan.

10

RUJUKAN

Abdul Fatah Hassan. (2003). Pengenalan Falsafah Pendidikan Pahang. Selangor : PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Borko, H. & Putnam, R. (1998). Profesional Development and Reform-Based Teaching.
Teaching and Teacher Education. 14(1), 1-3.

Hanipah Husin. (2000). Daya Berfikir dan Struktur Pemikiran Refleksi Kritikal : Bagaimana
Amalannya dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi. 31(4), 31-41.

Hoyle, E. (1982). Micropolitics of Educational Organisation. Educational Management and
Administration. 10, 87-98.

Mohd Sani & Zuraidah Majid. (2002). Perkembangan Profesionalisme Guru : Satu Tuntutan
dan Satu Kemestian, Kertas kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepemimpinan
Pendidikan Ke-10, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang.

Rekha & Ganesh. (2012). Do Mentors Learn by Mentoring Others?. International Journal of
Mentoring and Coaching in Education. 1(3), 205-217.

Samruhaizad Samian & Azahan Awang. (2017). Pendidikan Sebagai Komponen Kualiti Hidup
Masyarakat Pinggir Bandar. Asian Journal of Environment. 1(1), 267-280.

Sparks, D. & Horsely. (1989). Five Models of Staff Development for Teachers. Journal of Staff
Development. 10, 4-12.

Tajul Ariffin & Noraini. (2002). Penyelidikan dan Pembangunan Manusia : Pendekatan
Bersepadu. Bandar Baru Bangi : As-Syahab Media.

Wong Kiet Wah, Noriati & Boon Pong Ying. (2018). Asas Kepemimpinan dan Pembangunan
Profesionalisme Guru. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Yahya Buntat & Lailinanita Ahamad. (2012). Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran dalam
kalangan Guru-Guru Teknikal di Sekolah Menengah Teknik dari Perspektif Guru.
Journal of Technical, Vocational & Engineering. 6, 44-58.

11

Zahanim Ahmad & Qurratu ‘Aini. (2018). Konsep Mentoring dalam Kalangan Guru : Satu
Penelitian Awal. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan
Kemanusiaan 2018. 23-24 April 2018. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

12


Click to View FlipBook Version