PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
2 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
PENGUBAT HATI
INTIPATI KITAB
PENAWAR BAGI HATI
Karangan
Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttalib
Al Indonesi Al Mandili
Susunan :
Syed Ahmad Ridwan bin Sayed Md Zain Ben Yahya
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 3
Pengubat Hati Inti Pati Kitab Penawar Bagi Hati
Syed Ahmad Ridwan bin Sayed Md Zain
Hakcipta Terpelihara
Hakcipta © Syed Ahmad Ridwan bin Sayed Md Zain, 2017
Cetakan Pertama Ogos 2017
Cetakan Kedua Jun 2019
Hakcipta terpelihara
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi
kandungan buku ini, dalam mana-mana bentuk dan dengan apa-apa cara sama
ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada penulis.
Muka Taip Teks : Calibri, Berlin Sans FB Demi
Saiz Taip Teks : 18 | 22 | 24
Pembaca Pruf : Abdullah bin Hussin
Salsabila binti Hashim
Reka Bentuk Kulit : Muhammad Nazhif bin Mohd Razif
Izin Terbit : Lajnah Penerbitan,
Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2018/2019
Rujukan Terbit : 07/01/01-X54/2019(10)
Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM)
Wisma Tengku Mahkota Kelantan,
No. 22 El-Baramica Street,
Block 46 7th District,
Nasr City, Cairo, Arab Republic Of Egypt.
4 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
KATA-KATA ALUAN
بسم الله الرحمن الرحيم
من يهده الله فلا مضل، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره
. وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، ومن يضلل فلن تجد له وليا مرشدا، له
Alhamdulillah, segala puji hanya berhak kepada Allah SWT Tuhan
sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad
SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabien, serta seluruh umat
baginda Nabi Muhammad SAW.
Pengutusan Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini sebagai utusan
Allah Taala untuk menyampaikan risalah Islam sebagai rahmat sekalian alam.
Akhlak dan peribadi baginda adalah cerminan kepada agama Islam. Agama
Islam yang syumul merangkumi iman, islam, dan ihsan.
Antara aspek ihsan dalam agama kita adalah ilmu tasawuf yang mana
digambarkan sebagai ilmu penyucian jiwa daripada penyakit hati dan
menghiasi hati dengan sifat mahmudah. Ilmu yang dengannya kita belajar
bagaimana menghadirkan hati ke hadrat Allah Taala sebagaimana sabda Nabi
Muhammad SAW yang bermaksud : “Kamu menyembah Allah seolah-olah
kamu melihatNya, maka jika kamu tidak melihatNya sesungguhnya Dia
melihatmu.”
Justeru ia menjadi fardu ain kepada setiap mukmin mempelajarinya. Tidak
ada tasawuf tanpa feqh kerana hukum-hukum Allah Taala tidak dapat
diketahui tanpa feqh. Dan tidak ada feqh tanpa tasawuf kerana tidak
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 5
sempurna amalan kecuali diqasadkan ikhlas kepadaNya. Begitu juga tidak ada
feqh dan tasawuf tanpa iman. Maka manhaj Islam sempurna dengan tiga
aspek ini.
Akhir kata, kitab ini merupakan tatapan dan naskhah yang mencakupi
seluruh aspek kehidupan hamba. Saya selaku Yang Dipertua Keluarga Pelajar-
pelajar Kelantan Mesir mengucapkan jutaan tahniah dan sekalung
penghargaan kepada Ustaz Syed Ahmad Ridwan bin Sayed Md Zain selaku
anggota Lembaga penasihat KPKM sesi 2018/2019 atas kejayaan dalam
menyusun dan menulis naskhak ilmiah ini. Mudah-mudahan ia menjadi amal
kebaikan dan pemberat timbangan di Hari Akhirat kelak.
Sekian terima kasih.
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan ”
“Belajar Dan Beramal”
Muhammad Asrol Hasnan bin Mohd Zin,
Yang Dipertua,
Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2018/2019.
6 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
MUKADIMAH PENYUSUN
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani akan
hamba-hambaNya. Segala puji bagi Allah Tuhan yang menjadikan hati sebagai
sebab untuk makrifatNya. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi
Muhammad SAW yang diutuskan untuk membentuk akhlak sekalian manusia,
para keluarga dan sahabat Baginda yang paling bersih jiwanya dan paling
tinggi akhlaknya serta para tabiin yang mengikut segala ajaran mereka.
Kitab Penawar Bagi Hati karangan Syeikh Abdul Qadir al-Mandili
al-Indonesi, guru bagi sekalian guru di Tanah Melayu merupakan satu kitab
tasawuf asas yang banyak dipelajari di Malaysia umumnya dan di pondok-
pondok khususnya. Kitab ini sesuai dipelajari oleh semua peringkat umur
sama ada yang tua atau pun yang muda kerana isi kandungannya menyentuh
tentang sifat-sifat terpuji dan akhlak-akhlak asas yang wajib kita sebagai
seorang muslim beramal dengannya. Kandungan kitab ini banyak diambil dan
dipetik daripada kitab-kitab tasawuf bahasa Arab seperti Kitab al-Arbain Fi
Usuliddin karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali RA seperti dinyatakan pa-
da beberapa tempat oleh pengarang, Ihya Ulumuddin dan lain-lain lagi.
Saya meringkaskan kitab ini dengan nama ‘Pengubat Hati Intipati Kitab
Penawar Bagi Hati’ supaya memudahkan para pembaca mengulangkaji dan
mengingati isi-isi penting yang ada di dalam kitab tersebut memandangkan
susunan yang digunakan adalah cara turathi dan bahasa yang digunakan
adalah bahasa Jawi lama yang banyak menggunakan teori terjemahan bahasa
Arab secara harfiah.
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 7
Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan kepada saya
untuk mempelajari kitab ini daripada beberapa orang guru semasa menuntut
di sekolah Maahad Muhammadi Lilbanin Kota Bharu. Antaranya ialah
al-Marhum Tuan Guru Pak Su Hamid Gunung di Masjid Bator Gunong, Ustaz
Syairazi bin Atiqullah di Masjid Islah Maahad Muhammad Lilbanin Kota Bharu,
Ustaz Abdul Aziz bin Abdul Rahman di Masjid as-Salam Pengkalan Chepa dan
Ustaz Sanusi bin Derani di Masjid an-Naim Sri Cemerlang Kota Bharu pada
tahun 2005 hingga 2007.
Saya juga berkesempatan mengadakan muzakarah bersama sahabat-
sahabat di Mesir di Rumah Kelantan Baru (RKB) dan Wisma Sultan
Muhammad V Hayyu Sabik pada tahun 2011 hingga tahun 2014 dibawah
anjuran Lajnah Pengetahuan Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM).
Semoga Allah Taala membalas jasa dan ajaran sekalian guru yang telah
mencurahkan ilmu mereka tanpa meminta apa-apa balasan dan semoga Allah
Taala memberikan kefahaman dan petunjuk untuk mengamalkan ilmu-ilmu
yang dipelajari. Saya memohon kepada Allah Taala agar menjadikan usaha ini
sebagai kebaikan dan pahala disisi Allah Taala. Wassalam.
...Dedikasi untuk…
Para guru, ibu dan arwah ayah, isteri tercinta, keluarga dan sekalian sahabat.
Al-faqir ila afwi Robbihi,
Syed Ahmad Ridwan bin Sayed Md Zain Ben Yahya,
Penuntut Kuliah Bahasa Arab,
Universiti Al-azhar As-syarif, Kaherah.
11 Zulhijjah 1437H / 13 September 2016M
01.30 pagi,
Hayyu Sabiek, Madinah Nasr, Kaherah.
8 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
MUKADIMAH ILMU
TASAWUF
1. Taarif ilmu tasawuf : Ilmu mengenai sifat-sifat hati sama ada sifat-sifat
yang terpuji seperti rendah diri dan sabar atau sifat-sifat yang tercela
seperti dengki dan takbur.
2. Tujuan daripada pengajian tasawuf : Menyampaikan manusia kepada
mengosongkan hati dan jiwa daripada selain Allah Taala dan menghiasi
hati dengan memandang kepada Tuhan sekalian alam.
3. Perbincangan ilmu tasawuf : Hati manusia dari sudut sifat-sifat yang ada
di dalamnya.
4. Hukum belajar ilmu tasawuf : Fardhu ain keatas setiap orang yang
berakal dan sampai umur.
5. Sumber pengambilan ilmu tasawuf : Al-quran dan Hadis Nabi SAW.
6. Nama ilmu ini adalah Ilmu Tasawuf.
Objektif pengajian ilmu tasawuf
Membersihkan anggota yang
zahir daripada perbuatan yang
keji supaya hati dapat disucikan
daripada sifat-sifat tercela.
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 9
Maksud daripada anggota yang zahir itu adalah tujuh anggota :-
Mata Telinga Lidah Perut
Kemaluan Tangan Kaki
10 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
KITAB YANG HIKMA
PERTAMA
Mem
PADA menja
MEMBINCANGKAN
ANGGOTA YANG TUJUH Melih
Melih
Mem
CARA
melihat
daripad
muda b
AYAT A
ِك ََّ أٱَّلأ
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 11
FASAL YANG PERTAMA
PADA MENYATAKAN MATA
HIKMAH KEJADIAN MATA
1) Faedah akhirat :
Memandang kepada langit, matahari, bulan, bintang, dan lainnya supaya
menjadi dalil atas kewujudan, keesaan, dan kekuasaan Allah Taala.
Melihat al-Quran dan jalan menuju ke masjid dan tempat menuntut ilmu.
2) Faedah dunia :
Melihat perusahaan.
Membebaskan daripada segala yang menyakiti.
CARA MENSYUKURI NIKMAT MATA
Mensyukuri nikmat mata itu adalah dengan memelihara mata daripada
melihat kepada perkara yang haram seperti melihat perempuan selain
daripada isterinya, sahayanya dan mahramnya, dan seperti melihat orang yang
muda belia (amrod), dan seperti melihat aurat lelaki.
AYAT AL-QURAN MENGENAI KEWAJIPAN MENJAGA MATA
Firman Allah Taala :-
﴿قلأِلِّلك مم كؤ كم كنينأي مغ ُّضوٱأ كم كنأَبكص ٰ ـ كر كه كْأوَيكف مظوٱأ مف مروج مُ كْأأ ٰذأِلكَأَ كَْٰ أِل مُ كْ أ أِك ََّ أٱَّلأ
﴾خ كب ريأبكماأي كصن معو َّأ
12 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
Maksudnya : Bersabda olehmu hai Rasulullah bagi sekalian yang beriman
(pejamkan oleh kamu akan mata kamu daripada barang yang tiada harus
bagi kamu melihatnya), nescaya memejam oleh mereka itu akan segala mata
mereka itu, (dan suruh olehmu akan mereka itu dengan memelihara faraj
mereka itu), nescaya memelihara mereka itu akan segala faraj mereka itu
daripada barang yang haram dikerjakan dengan dia. Dan yang demikian
(memelihara) itu lebih baik bagi mereka itu. Bahawasanya Allah sangat
mengetahui akan batin yang mengerjakan mereka itu akan dia semacam
dengan zahirnya. (An-Nur : 30)
Terdapat tiga perkara didalam ayat ini :-
- Firman Allah Taala : Bersabda olehmu hai Rasulullah bagi sekal- MENGAJAR
ian yang beriman (pejamkan oleh kamu akan mata kamu da- ADAB
ripada barang yang tiada harus bagi kamu melihatnya), nescaya
memejam oleh mereka itu akan segala mata mereka itu, (dan
suruh olehmu akan mereka itu dengan memelihara faraj mereka
itu), nescaya memelihara mereka itu akan segala faraj mereka
itu daripada barang yang haram dikerjakan dengan dia.
- Didalam ayat ini Allah Taala mengajarkan adab kepada hamba-
hambaNya iaitu memelihara pandangan mata dan memelihara
kemaluan. Maka wajib keatas hamba mengikut perintah Allah, jika
tidak mereka adalah orang yang tidak beradab dan buruk akhlak-
nya terhadap Allah, mereka layak dimurkai Allah dan diseksa.
PENJELASAN - Firman Allah Taala : Dan yang demikian (memelihara)
itu lebih baik bagi mereka itu.
- Allah Taala menjelaskan di dalam ayat ini bahawa
menjaga pandangan dan memelihara kemaluan itu ada-
lah sebab untuk membersihkan hati daripada segala
dosa dan sebab untuk membanyakkan amalan kebaikan.
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 13
- Firman Allah Taala : Bahawasanya Allah sangat menge- PERINGATAN
tahui akan batin yang mengerjakan mereka itu akan dia
semacam dengan zahirnya.
- Allah Taala memberi peringatan bahawa Dia mengetahui
batin setiap sesuatu sebagaimana zahir, maka jika perkara
itu adalah kebaikan Allah Taala akan membalasnya dengan
kesenangan dan syurga, dan jika perkara itu adalah
kejahatan Allah akan membalasnya dengan penyeksaan dan
api neraka.
***
14 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
FASAL YANG KEDUA
PADA MENYATAKAN TELINGA
HIKMAH KEJADIAN TELINGA
1) Faedah dunia :
Bersedap-sedap dengan perkara yang didengari.
Menyampaikan kepada memahami segala perkataan yang didengari.
2) Faedah akhirat :
Mendengar al-Quran dan hadis Nabi SAW.
Mendengar segala ilmu yang memberi manfaat.
CARA MENSYUKURI NIKMAT TELINGA
Mensyukuri nikmat telinga itu dengan memeliharanya daripada :
• Mendengar perkara yang dilarang seperti mengumpat, mengadu domba.
• Mendengar segala perkataan yang tidak baik seperti bidaah dan berbantah-
bantah.
• Mendengar suara perempuan dan muda belia jika ditakuti daripadanya
fitnah.
• Mendengar alat permainan yang diharamkan.
Mereka yang menuntut dengar bersekutu pada dosa dengan mereka
yang berkata-kata dengan perkataan haram itu. Dan tambahan lagi
mendengar perkataan yang sia-sia dan keji itu mendatangkan was-was ke
dalam hati.
Perkataan yang didengari itu seperti makanan, setengahnya memberi
manfaat dan setengahnya memberi mudarat, bahkan perkataan itu
berkekalan di dalam hati lebih lama daripada berkekalan makanan di dalam
perut.
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 15
Firman Allah Taala :-
﴾﴿ِك ََّأٱِل َس كمعأوٱْكلَصأوٱلك مفؤٱدأ مُ ُّكأَمول ٰـئكَأَك َّأعنك مهأم كسئمو ً أل
Maksudnya : Bahawasanya pendengar dan pelihat dan hati sekalian itu akan
ditanya daripadanya pada hari kiamat. (Al-Isra’ : 36)
***
16 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
FASAL YANG KETIGA
PADA MENYATAKAN LIDAH
HIKMAH KEJADIAN LIDAH
1) Tujuan akhirat :
Membaca al-Quran, hadis Nabi SAW dan zikir.
Membaca dan mengajar ilmu yang memberi manfaat.
Menyuruh melakukan kebajikan dan mencegah kemungkaran.
Memberi nasihat kepada orang Islam dan menunaikan hajat mereka.
Mendamaikan orang Islam.
2) Tujuan dunia :
Melakukan aqad jual beli.
Melakukan aqad sewa.
CARA MENSYUKURI NIKMAT LIDAH
Cara mensyukuri nikmat lidah ini adalah dengan memeliharanya
daripada berkata-kata dengan perkara yang dilarang seperti berdusta,
mengumpat, menyalahi janji, berbantah-bantah, berkata-kata pada perkara
yang tidak memberi faedah dan mengadu domba.
Berdusta
Hukum berdusta :
• Dosa besar seperti berdusta yang menyakiti hati orang lain.
• Dosa kecil seperti berdusta yang tidak menyakiti hati orang lain.
• Sunat seperti berdusta kerana mendamaikan manusia.
• Wajib seperti melihat orang yang haram dibunuh yang bersembunyi
daripada orang yang zalim yang menghendaki membunuhnya, maka wajib
berdusta untuk membebaskannya daripada dibunuh oleh orang zalim itu.
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 17
Mengumpat
Iaitu menyebut apa-apa mengenai saudara dengan perkataan yang
dibenci jika didengarinya. Maka iaitu haram dengan ijmak ulama bahkan
berkata kebanyakan mereka itu bahawasanya mengumpat itu dosa besar.
Menyalahi Janji Berbantah-bantah
Bercakap Perkara Yang
Tidak Berfaedah
Mengadu Domba
Iaitu memindahkan perkataan setengah manusia kepada setengah yang
lain kerana tujuan membinasakan antara mereka itu dan menjadikan mereka
itu berkelahi. Adapun memindahkan perkataan kerana nasihat bagi mereka
yang dipindahkan perkataan kepadanya maka iaitu wajib, tidak termasuk
didalam mengadu-ngadu yang dilarang.
PERKARA YANG MEMBANTU UNTUK MENJAGA LIDAH
Mengasingkan diri daripada manusia.
Mengekalkan diam melainkan ketika berhajat kepada berkata-kata seperti
belajar, mengajar dan memberi nasihat.
Mengingati bahawa perkataan yang baik itu mendatangkan petunjuk bagi
segala anggota dan perkataan yang jahat itu menyebabkan jahat segala
anggota.
18 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
PERKATAAN YANG KELUAR DARIPADA LIDAH MANUSIA
1. Taat seperti menyuruh mengerjakan kebajikan dan melarang daripada
melakukan kejahatan. Maka padanya pahala yang besar.
2. Maksiat. Maka padanya seksa yang tidak mampu ditanggung.
3. Harus yang tiada faedah. Maka padanya membuat pekerjaan Malaikat
Kiraman Katibin dengan perkara yang tiada kebajikan padanya dan
mengirim surat kepada Allah Taala yang ditulis di dalamnya perkataan yang
sia-sia.
***
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 19
FASAL YANG KEEMPAT
PADA MENYATAKAN PERUT
HIKMAH KEJADIAN PERUT
1) Faedah agama :
Memberi bantuan kepada badan daripada perkara yang berubah di
dalamnya daripada makanan kepada darah dan kepada air mani yang
dengannya mendapat anak dan berkekalan manusia.
Dengan sejahtera segala anggota perut, sejahteralah segala badan daripada
segala penyakit yang menegah daripada menunaikan segala ibadat dengan
sempurna.
2) Faedah dunia :
Menyempurnakan kesedapan segala makanan, minuman dan jimak kerana
ketiga-tiga itu terhasil pada ketika sihat badan.
CARA MENSYUKURI NIKMAT PERUT
Dengan memelihara perut daripada makanan yang haram, makanan yang
syubhah iaitu yang tidak diyakinkan halalnya dan haramnya dan
memeliharanya daripada bersangatan kenyang.
SEBAB-SEBAB WAJIB MEMELIHARA PERUT DARIPADA
PERKARA YANG HARAM DAN PERKARA YANG SYUBHAH
• Kerana takut seksa api neraka.
• Tidak diberi petunjuk kepada ibadat.
• Ditegahkan daripada mengerjakan kebajikan dan jika dikerjakan nescaya
tidak diterima daripadanya dan tidak ada baginya melainkan penat sahaja.
20 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
SEBAB-SEBAB YANG MENUNTUT SUPAYA MENJAUHKAN DIRI
DARIPADA BERSANGATAN KENYANG
Sebab bagi keras hati.
Membangkitkan segala anggota kepada perkara yang sia-sia dan kepada
kejahatan.
Membinasakan kecerdikan dan kepintaran dan sebab bagi sedikit faham
dan pengetahuan.
Sebab bagi sedikit ibadat.
Sebab bagi ketiadaan sedap mengerjakan ibadat.
Ditakuti jatuh kedalam perkara yang haram dan syubhah.
Menyusahkan hati dan memenatkan badan untuk mencarinya,
menyediakannya, memakannya dan membebaskan daripada mudaratnya.
Sebab bagi bersangatan sakit mati.
Mengurangkan pahala akhirat.
Hisab pada Hari Kiamat.
***
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 21
FASAL YANG KELIMA
PADA MENYATAKAN FARAJ
HIKMAH KEJADIAN FARAJ
1) Kegunaan akhirat :
• Iaitu mengadakan anak dengannya.
2) Kegunaan dunia :
• Iaitu bersetubuh dan bersuka-suka dengan sekalian anak yang terhasil
dengan sebabnya.
CARA MENSYUKURI NIKMAT FARAJ
Mensyukuri anggota ini dengan memeliharanya :
Daripada perkara yang diharamkan seperti zina, liwat dan mengeluarkan air
mani selain daripada tangan isterinya dan jariahnya.
Daripada perkara yang syubhah seperti jimak pada nikah yang batal jika
taqlid dengan ulama yang berkata dengan sah nikah itu. Dan jika tidak
taqlid nescaya adalah ia haram bukan syubhah.
CARA MENYEMPURNAKAN PENJAGAAN FARAJ
Memelihara mata daripada melihat perempuan yang haram dilihat.
Memelihara hati daripada memikirkan rupa yang elok.
Memelihara perut daripada makanan yang syubhah dan bersangatan
kenyang.
***
22 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
FASAL YANG KEENAM DAN KETUJUH
PADA MENYATAKAN DUA TANGAN DAN DUA KAKI
HIKMAH KEJADIAN DUA TANGAN DAN DUA KAKI
1) Tujuan akhirat :
Berjalan menuju ke masjid, tempat belajar ilmu yang memberi manfaat,
tempat perang sabil, tempat mengerjakan haji dan umrah dan berjalan
kerana ziarah dan menghubungkan silaturahim.
Menghilangkan perkara yang mungkar dengan tangan.
Menulis ilmu.
Berjabat tangan dengan orang yang soleh.
2) Tujuan dunia :
Berusaha dengan dua tangan dan dua kaki untuk mencari harta benda dan
segala tujuan.
Memelihara dengannya daripada mudarat seperti lari dengan kaki daripada
binatang buas dan seperti menolak dengan tangan kejahatan daripada
seseorang yang lain.
CARA MENSYUKURI NIKMAT TANGAN DAN KAKI
Dengan menggunakan keduanya pada segala ketaatan dan memelihara
keduanya daripada tiap-tiap maksiat, iaitu seperti :
• Menyakiti orang yang haram disakiti.
• Mengkhianati orang yang memberi kepercayaan.
• Memegang perkara yang haram.
• Menulis perkara yang dilarang yang memberi mudarat kepada orang Islam
dan ilmu yang diharamkan seperti sihir.
• Berjalan menuju ke tempat yang haram.
• Berjalan menuju ke tempat orang yang zalim melainkan kerana darurat.
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 23
Memelihara segala anggota itu tidak sempurna melainkan dengan
membersihkan rajanya daripada segala perangai yang dicela.
***
24 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
KITAB YANG
KEDUA
PADA MENYATAKAN
HATI DAN
SIFAT-SIFAT TERCELA
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 25
PERBINCANGAN MENGENAI QOLBU (HATI)
MAKNA QOLBU (HATI)
Qolbu itu ada baginya dua makna :
قلب جسماني قلب روحاني
(Hati Jasmani) (Hati Rohani)
Daging yang berada di Sesuatu yang halus yang
dalam dada sebelah mengetahui, yang mengenal,
kiri. dan yang memahami
dan hati inilah hakikat
manusia.
SEBAB-SEBAB WAJIB MENJAGA HATI DARIPADA SIFAT TERCELA
1. Firman Allah Taala :
﴾﴿وٱَّ ملأي كعل مْأماأ كِفأقملموبك مك كْأ
Maksudnya : Dan Allah Taala mengetahui Ia akan barang yang di dalam
jantung(hati) kamu. [Al-Ahzab : 51]
2. Sabda Nabi Muhammad SAW :
[رواه مسلم وابن.ِإ َّن الله َ لَا ي َنْظُر ُ ِإل َى ُصو َرِك ُ ْم و َأب ْشَارِك ُ ْم وَِإ َّنم َا ي َنْظُر ُ ِإل َى ق ُل ُوب ِك ُ ْم
]ماجه
Maksudnya : Bahawasanya Allah Taala tidak menilik Ia kepada segala rupa
kamu dan segala badan kamu, dan hanyasanya menilik Ia kepada segala jan-
tung(hati) kamu. [Riwayat Imam Muslim dan Ibnu Majah]
26 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
3. Jantung (hati) itu raja bagi segala anggota, dan segala anggota itu mengikut
ia akan perintah rajanya. Apabila baik jantung(hati) itu, nescaya baik segala
anggota dan apabila jahat ia, nescaya jahat segala anggota.
4. Jantung (hati) itu tempat simpanan bagi segala sifat kepujian seperti iman,
makrifat, tawakal, redha dan pengetahuan.
5. Jantung (hati) itu tempat ilham daripada malaikat dan tempat was-was bagi
syaitan. Dan lagi jantung itu tempat berperang akal dan hawa nafsu.
SIFAT-SIFAT TERCELA
Sangat loba dengan Dengki
berkata-kata
Sangat loba kepada makanan Marah Kikir dan sangat
kasih kepada harta
Kasih kepada Kasih kepada Ujub
kemegahan dunia
Membesarkan diri Riyak
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 27
BAB YANG PERTAMA
PADA MENYATAKAN SANGAT LOBA KEPADA MAKANAN
Sangat loba kepada makanan itu setengah daripada asal segala kejahatan
kerana perut itu tempat keluar bagi segala keinginan.
Keinginan makanan Keinginan jimak
Sangat loba Ingin kepada Riyak, takbur, dengki,
kepada harta kemegahan berseteru dan lain-lain
FAEDAH-FAEDAH LAPAR
Nipis hati hingga mendapat kesedapan mengerjakan ibadat.
Cerdik hati.
Memecahkan keinginan mengerjakan maksiat dan mengerasi nafsu.
Ringan tubuh untuk sembahyang tahajud dan mengerjakan ibadat.
Hilang mengantuk yang menegah daripada melakukan ibadat.
Berasa cukup dengan sedikit daripada harta dunia.
KEBINASAAN YANG TERHASIL DARIPADA BERSANGATAN
KENYANG
Hilang kesedapan mengerjakan ibadat.
Menambah keinginan nafsu.
Tidak mengasihani orang yang miskin.
Lemah untuk mengingati ilmu yang memberi manfaat.
Orang yang sempurna iman itu berulang-alik ke masjid dan orang yang
banyak kenyang itu berulang-alik ke tandas.
28 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
PERINGKAT MENGURANGKAN MAKAN
Pangkat As-Siddiqin
- Menyimpankan atas kadar yang
memelihara badannya daripada binasa.
- Cukup dengan setengah
cupak tiap-tiap hari dan iaitu
memenuhi sepertiga perut.
- Memadai dengan satu
cupak setiap hari.
Dan apabila melebihi daripada yang demikian itu, maka ia bersekutu
dengan orang kebanyakan dan masuk di dalam golongan orang yang banyak
makan.
PERINGKAT MENGURANGKAN MAKAN MENGIKUT HARI
1. Lapar tiga hari atau lebih, ertinya sekali makan pada tiap-tiap tiga hari
atau lebih. Maka sesungguhnya Saidina Abu Bakar RA berlapar selama
enam hari.
2. Makan sekali pada tiap-tiap dua hari.
3. Makan sekali pada tiap-tiap hari.
Mereka yang makan dua kali pada tiap-tiap hari, maka tidak ada baginya
kelakuan lapar sekali-kali.
***
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 29
BAB YANG KEDUA
PADA MENYATAKAN SANGAT LOBA DENGAN
BERKATA-KATA
Loba dengan berkata-kata itu kelakuan yang dicela yang wajib dijauhi
kerana keluar daripadanya perkataan yang sia-sia. Dan berkata-kata yang sia-
sia itu sebab bagi gelap hati bahkan sebab bagi mati hati.
ANTARA KEBINASAAN YANG TERHASIL DARIPADA BANYAK
BERKATA-KATA
1. Berdusta
2. Mengumpat
3. Berbantah-bantah
4. Memuji
5. Melawak (membuat jenaka)
Berdusta
Iaitu mengkhabarkan sesuatu yang menyalahi perkara sebenar, sama ada
diketahui perkara itu dan disengajakan atau tidak. Dan sengaja itu syarat
untuk dikatakan berdosa bukan bagi nama dusta.
Berdusta itu haram melainkan pada beberapa perkara :
1. Berdusta dalam peperangan.
2. Berdusta kerana mendamaikan orang yang bergaduh.
3. Berdusta suami kepada isterinya bahawa dia lebih menyayangi madunya.
Dan apabila harus berdusta maka lebih baik digunakan tauriah.
30 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
Mengumpat
Iaitu menyebut sesuatu mengenai saudaranya dengan perkataan
yang dibenci jika didengarinya walaupun benar, sama ada perkara yang dise-
but itu kekurangan pada dirinya, pada akalnya, pada perbuatannya, pada
perkataannya, pada kainnya atau pada lainnya.
Mengumpat itu haram dengan ijmak melainkan pada enam tempat
diharuskan padanya mengumpat :
Orang yang mengadu kepada raja dan disebut kejahatan orang yang zalim
itu.
Orang yang minta tolong untuk menghilangkan maksiat.
Orang yang minta fatwa apabila berhajat kepada menyebut pertanyaannya.
Memberi peringatan kepada orang Islam daripada kejahatan orang yang
lain.
Seorang yang masyhur dengan nama yang ada padanya kecelaan.
Seseorang yang menzahirkan kejahatannya. Maka harus disebutkan
kejahatan yang dizahirkan itu.
Ubat yang menegah daripada mengumpat :
• Berfikir pada janji seksa yang datang daripada Nabi Muhammad
SAW seperti dipindahkan kebajikan orang yang mengumpat
kepada suratan amal orang yang diumpat, maka ingat bahawa
amal kebajikanmu adalah sedikit.
• Jika ada pada engkau dosa kecil maka ketahui olehmu
bahawasanya mudarat dosa kecil engkau atas diri engkau lebih
banyak daripada mudarat dosa besar orang yang lain.
• Jika tiada pada engkau kecelaan maka ketahui olehmu
bahawasanya jahil engkau dengan kecelaan diri engkau itu
adalah sebesar-besar segala kecelaan.
• Jika sunyi engkau daripada kecelaan maka hendaklah kamu ber-
syukur kepada Allah Taala sebagai ganti kepada mengumpat itu.
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 31
Berbantah-bantah
Iaitu mencela perkataan orang lain dengan menzahirkan kecederaan
padanya sama ada cedera pada lafaznya atau pada maknanya.
Yang menyebabkan berbantah-bantah itu dua perkara :
Kerana meninggikan diri dengan menzahirkan kelebihan dirinya.
Kerana tabiat jahat yang suka menghina orang yang lain.
Perkara yang wajib dilakukan adalah membenarkan perkataan yang
sebenar dan berdiam diri apabila mendengar perkataan yang salah melainkan
ada faedah agama jika disebut. Maka hendaklah dinyatakan dengan lemah-
lembut.
Melawak (membuat jenaka)
Berlebih-lebihan pada melawak membanyakkan ketawa, mematikan hati,
menyebabkan dendam dan menghilangkan keadaan ditakuti.
Sedikit daripada melawak dengan perkataan atau perbuatan pada
sesetengah masa adalah harus lebih-lebih lagi dengan kanak-kanak dan
perempuan kerana membaikkan hati mereka itu.
Memuji
Ada padanya enam kebinasaan ; empat kebinasaan atas orang yang
memuji dan dua kebinasaan atas orang yang dipuji.
Kebinasaan atas orang yang memuji :
Orang yang memuji itu terkadang berlebih-lebihan pada memuji. Maka
jatuh ia kedalam dusta.
Kadang-kadang menzahirkan kasih kepada orang yang dipujinya sedangkan-
32 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
dia tidak kasih kepadanya pada batin. Maka jatuh ia kedalam riyak.
Kadang-kadang berkata ia perkara yang tidak diyakininya seperti berkata ia
si anu adil atau warak. Maka adalah ia berkata-kata dengan ketiadaan
aturan.
Orang yang memuji itu menjadikan orang yang dipujinya itu sukacita, dan
orang yang dipuji itu orang yang zalim. Maka berdosa ia dengan sebab
memasukkan sukacita kedalam hatinya.
Kebinasaan atas orang yang dipuji :
• Takbur
• Riyak
Jika selamat orang yang memuji dan orang yang dipuji daripada
kebinasaan, maka memuji itu tidak dilarang bahkan kadang-kadang sunat.
***
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 33
BAB YANG KETIGA
PADA MENYATAKAN MARAH
Marah adalah sifat kecelaan yang sangat banyak kebinasaan :
Memukul dan memaki orang lain.
Membunuh.
Dendam di dalam hati.
Sukacita apabila kena bala mereka yang dimarahinya.
Dukacita apabila dia mendapat nikmat.
Bercita-cita untuk membuka rahsianya.
CARA MENGAWAL SIFAT MARAH
Memecahkan sifat marah tersebut
Dikehendaki dengan memecahkan sifat marah itu adalah mengajarnya
hingga ia mengikut akal dan syarak bukan menghilangkannya sama sekali.
Dan iaitu dengan bersungguh-sungguh mengajarnya dengan
membiasakan diri dengan lambat marah dan memaafkan apabila didatangi
bermacam-macam sebab bagi marah.
Memelihara sifat marah dengan mengawal hati
Perkara yang membantu untuk memelihara sifat ini adalah dengan ilmu
dan amal.
ILMU + AMAL
34 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
1. ILMU
• Mengetahui bahawa tidak ada sebab untuk dia marah melainkan
mengingkari berlaku sesuatu dengan kehendak Allah Taala.
• Mengetahui bahawa marah Allah Taala lebih besar daripada marahnya dan
limpah kurnia Allah Taala lebih luas. Allah Taala mengampuni segala dosa
walaupun beberapa kali hamba menderhaka kepadaNya.
• Hendaklah ingat bahawa yang lebih wajib adalah mengikut perintah Allah
Taala berbanding perintah sendiri dengan sifat marah tersebut.
2. AMAL
• Membaca taawuz kerana marah itu daripada syaitan.
• Jika belum hilang sifat marahnya, hendaklah dia duduk jika sedang berdiri,
dan berbaring jika sedang duduk.
• Jika masih tidak hilang marahnya, hendaklah dia berwuduk.
***
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 35
BAB YANG KEEMPAT
PADA MENYATAKAN DENGKI
TAKRIF SIFAT DENGKI
Bercita-cita supaya hilang nikmat daripada orang lain sama ada nikmat
dunia atau nikmat agama atau bercita-cita supaya turun bala keatasnya.
Hukumnya adalah haram dan termasuk daripada dosa-dosa besar.
SEBAB-SEBAB PENYAKIT DENGKI
Takbur
Permusuhan
Kekejian nafsu
HUKUM-HUKUM BERKAITAN SIFAT DENGKI
• Tidak haram ghibtoh, iaitu menginginkan nikmat yang seperti nikmat orang
lain tanpa mengharapkan supaya hilang nikmat itu daripadanya.
• Harus mengharapkan hilang nikmat daripada mereka yang melakukan
maksiat dengan nikmat itu.
PENAWAR PENYAKIT DENGKI
ILMU + AMAL
1. ILMU
• Mengetahui bahawa dengkinya itu memberi mudarat kepada dirinya sendiri
dan tidak memberi mudarat kepada orang lain bahkan memberi manfaat
kepada mereka.
36 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
Dengki itu memberi mudarat kepada agamanya kerana
membatalkan pahala kebajikannya dan menyebabkan
murka Allah Taala kerana murka dengan qadha’ Allah
Taala dan kikir dengan nikmat Allah Taala.
Dengki itu memberi mudarat kepada dunianya kerana
orang yang dengki itu sentiasa di dalam dukacita yang
berpanjangan.
Dengki itu memberi manfaat kepada seterunya kerana
nikmatnya tidak hilang dengan dengki itu bahkan
digandakan kebajikannya kerana dipindahkan pahala
kebajikan orang yang dengki itu kepadanya.
1. AMAL
• Mengetahui hukum dengki, perkataan dan perbuatan yang disebabkan oleh
dengki itu.
• Membuat perkara yang berlawanan dengan keduanya.
• Memuji dan menzahirkan sukacita dengan nikmat orang yang didengki dan
merendah diri baginya.
Cara membebaskan diri daripada dosa dengki itu adalah dengan dua
perkara :
Tidak menzahirkan dengki itu dengan lidah,
anggota dan segala amal daripada jenis ikhtiari,
bahkan hendaklah menyalahi perkara tersebut
dengan lidah dan anggota.
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 37
.
Benci kepada diri daripada kasih hilang
nikmat Allah bagi sekalian hambaNya.
Jika suka hilang nikmat yang disebab-
kan oleh tabiat maka keadaan ini tidak
membawa kepada dosa kerana tabiat
itu tidak dapat dikuasai melainkan
orang-orang yang putus perhatiannya
dengan makhluk.
Bahkan hendaklah seseorang itu sentiasa mengingati dua perkara :
1. Mengetahui bahawa empunya nikmat itu tidak sunyi daripada dua perkara,
sama ada penghuni syurga atau penghuni neraka.
2. Melihat sekalian makhluk itu hamba bagi Allah Taala dan Allah Taala itu
kekasihnya.
***
38 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
BAB YANG KELIMA
PADA MENYATAKAN KIKIR DAN KASIH KEPADA HARTA
ASAL DAN MAKNA KIKIR
Asal bagi kikir itu adalah kasih kepada harta seperti golongan berikut :
Mereka yang tiada baginya harta tidak nyata kikirnya dengan tidak
bersedekah tetapi nyata dengan kasihnya kepada hartanya.
Orang yang pemurah dengan bersedekah supaya dipuji agar dikatakan dia
seorang pemurah.
Makna bagi kikir itu adalah menegah perkara yang diwajibkan oleh
syarak atau maruah seperti zakat dan nafkah isteri dan seperti harta yang
diberikan kepada penyair kerana menegah cercanya. Pangkat pemurah itu
memberi kadar yang lebih daripada yang diwajibkan pada syarak dan pada
maruah.
HARTA YANG DICELA DAN DIPUJI SERTA KADARNYA
Harta itu tidak dicela semata-mata bahkan yang dicela itu adalah harta
yang melalaikan daripada ibadat tetapi harta yang menolong untuk
melaksanakan ibadat itu dipuji.
Kadar hajat itu bersalah-salahan dengan sebab bersalah-salahan keadaan
manusia tetapi yang dipuji adalah kadar yang menguatkan diri untuk
melakukan ibadat. Harta yang lebih daripada kadar itu ada padanya tiga
kebinasaan :
Menyeru kepada maksiat
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 39
Menyeru kepada menikmati perkara yang
harus dan yang halal. Apabila tidak
mampu untuk meninggalkannya, nescaya
bersangatan kasihnya akan dunia.
Melalaikan daripada zikrullah.
UBAT BAGI PENYAKIT KIKIR AMAL
ILMU +
1. ILMU
Mengetahui seksa pada Hari Akhirat dan dicela manusia di dunia.
Mengetahui harta itu tidak bersama-sama di dalam kubur.
Mengetahui segala harta itu milik Allah Taala.
Mengetahui pahala akhirat lebih baik daripada harta dunia.
Mengetahui bahawa membelanjakan harta pada ketaatan itu tabiat mereka
yang berakal.
2. AMAL
Membiasakan diri dengan memberi dan murah hati.
Sentiasa melakukan perkara tersebut sehingga menjadi adat.
Menipu diri sendiri dengan mendapat kedudukan yang baik dengan murah
hati dan mendapat balasan dunia dan akhirat.
Menghilangkan tipu daya dengan beransur-ansur setelah beradat dengan
sifat murah hati.
***
40 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
BAB YANG KEENAM
PADA MENYATAKAN KASIH KEPADA KEMEGAHAN
MAKNA KASIH KEPADA KEMEGAHAN
Kemegahan itu adalah memilik segala hati yang dituntut akan taatnya
seperti kaya itu memilik harta benda yang banyak. Keduanya sebab bagi
menunaikan keinginan dan menyampaikan kepada tujuan.
KEMEGAHAN YANG DIPUJI DAN DICELA
Kemegahan itu tidak dicela semata-mata, bahkan ada juga kemegahan
yang dipuji dan manusia berhajat kepadanya seperti kemegahan seseorang
disisi raja yang menolak kezaliman dengannya dan dapat memberi nasihat
kepada raja.
UBAT BAGI PENYAKIT KASIH KEPADA KEMEGAHAN
ILMU + AMAL
1. ILMU
Mengetahui segala kebinasaan yang berlaku di dunia seperti manusia
dengki kepadanya dan susah untuk memelihara kemegahan tersebut.
Mengetahui bahawa jika kemegahan itu menyebabkan manusia sujud
kepadanya, nescaya ianya tidak akan kekal kerana manusia semuanya akan
mati.
2. AMAL
Melakukan perkara yang harus yang menggugurkan pangkat di sisi manusia.
***
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 41
BAB YANG KETUJUH
PADA MENYATAKAN KASIH KEPADA DUNIA
MAKNA DUNIA
Dikehendaki dengan dunia itu :
• Tiap-tiap perkara yang ada di atas muka bumi daripada segala yang diingini,
segala yang sedap-sedap dan segala mata benda yang diinginkan oleh nafsu.
• Tiap-tiap perkara yang memberi manfaat selepas mati sekalipun ada ia di
dalam dunia seperti ilmu dan ibadat, dan seperti makanan yang menolong
untuk mengerjakan ibadat.
DUNIA ADALAH PERHUMAAN AKHIRAT
Dunia itu juga adalah perhumaan bagi akhirat dan tempat mencari bekal
bagi perjalanan yang sangat panjang. Mereka yang dilalaikan oleh dunia dan
kesedapannya daripada akhirat akan binasa.
***
42 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
BAB YANG KELAPAN
PADA MENYATAKAN MEMBESARKAN DIRI
MAKNA MEMBESARKAN DIRI
Melihat dirinya lebih daripada orang yang lain pada sifat kesempurnaan.
Melihat orang lain itu lebih hina daripadanya.
KEKEJIAN MEMBESARKAN DIRI
Merebut sifat yang khusus bagi Allah Taala.
Mengingkari perkara yang sebenar dan menghina manusia.
Sebab bagi meninggalkan segala sifat kepujian kerana orang yang
membesarkan diri itu tidak mampu mengasihi manusia lain sebagaimana ia
mengasihi dirinya, dan tidak mampu merendah diri, meninggalkan sifat
marah, dengki, riyak dan tidak mampu berlemah lembut ketika memberi
nasihat.
UBAT BAGI SIFAT MEMBESARKAN DIRI
Mengetahui hakikat dirinya.
Mengetahui permulaannya adalah air mani yang binasa dan kesudahannya
bangkai yang keji.
Mengetahui bahawa dia sedang menanggung najis.
Mengetahui bahawa asalnya tiada apa-apa, kemudian Allah Taala
menjadikan segala-gala baginya.
Mengetahui bahawa dia sentiasa ditimpa penyakit.
Mengetahui kadang-kadang ia menghendaki untuk mengetahui sesuatu
tetapi jahil tentangnya, dan menghendaki untuk melupakan sesuatu tetapi
tetap ingat mengenainya, dan menghendaki untuk mengingati sesuatu
tetapi lupa mengenainya.
Mengetahui kesudahannya adalah mati, serta akan dihisab dan ia adalah
hamba yang lemah.
***
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 43
BAB YANG KESEMBILAN
PADA MENYATAKAN UJUB
MAKNA UJUB
Menganggap dirinya besar atau satu kelakuan daripada segala
kelakuannya seperti ilmunya dan ibadatnya, serta tidak takut hilangnya dan
lupa bahawa semuanya adalah pemberian Allah Taala baginya. Ujub itu terjadi
dengan seorang diri berbeza dengan takabbur.
SEBAB DAN UBAT PENYAKIT UJUB
Sebab ujub itu jahil dan ubatnya adalah ilmu.
1) Jika ujub itu dengan sebab perkara yang bukan dengan usahanya seperti
cantik rupanya dan elok suaranya :
Maka tidak patut ia ujub dengan dirinya, bahkan sepatutnya ia ujub dengan
Tuhan yang memberi nikmat kepadanya dengan limpah kurniaNya.
Dan berfikir bahawa kecantikannya akan hilang disebabkan penyakit.
2) Jika ujub itu dengan sebab perkara yang diusahakannya seperti ilmu dan
ibadat :
Maka hendaklah ia berfikir bahawa perkara itu tidak mudah baginya
melainkan dengan anggota dan akal.
Dan segala anggota dan akalnya itu semua makhluk Allah Taala, begitu juga
ilmu, ibadatnya dan semua perkara yang berkaitan dengannya.
Hendaklah orang yang berakal berfikir bahawa ujubnya itu dengan limpah
kurnia Allah Taala dan kemurahanNya kerana Allah Taala mengurniakannya
ilmu, akal dan petunjuk kepada ibadat tanpa apa-apa sebab, usaha dan
ikhtiar daripadanya.
Hendaklah takut bahawa Allah Taala boleh menarik nikmat-nikmat itu bila-
bila masa daripadanya dan kemungkinan segala nikmat itu adalah istidraj.
***
44 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
BAB YANG KESEPULUH
PADA MENYATAKAN RIYAK
MAKNA RIYAK
Menuntut pangkat di dalam hati manusia dengan ibadat dan kebajikan
atau menghendaki oleh seseorang dengan ibadatnya manfaat dunia seperti
harta dan pujian. Riyak hukumnya adalah haram dengan ijmak dan ia di-
namakan dengan syirik yang kecil.
JENIS-JENIS RIYAK
1) Riyak dengan tubuh badan.
2) Riyak dengan kelakuan.
3) Riyak dengan pakaian.
4) Riyak dengan perkataan.
5) Riyak dengan pekerjaan.
6) Riyak dengan banyak murid dan banyak berjumpa dengan guru-guru.
Menuntut pangkat pada hati manusia dengan perkara yang bukan ibadat
hukumnya tidak haram seperti menuntut kemegahan dengan memakai
pakaian yang mahal tetapi ianya adalah harus selama tiada penipuan
padanya, takabbur dan seumpamanya.
PERINGKAT-PERINGKAT RIYAK
Riyak munafik dengan menzahirkan
iman pada ketika hatinya kafir
Riyak dengan ibadat yang wajib
Riyak dengan ibadat sunat
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 45
SEBAB-SEBAB RIYAK DAN UBATNYA
1) Ingin dipuji.
Ubatnya adalah seperti ubat kasih kepada kemegahan, iaitu mengetahui
bahawa pujian itu kesempurnaan yang diwahamkan sahaja dan mengetahui
cerca Allah Taala pada Hari Kiamat dan seksaNya.
2) Takut dicela.
Ubatnya adalah menetapkan di dalam hatinya bahawa celaan daripada
mereka itu tidak memberi mudarat jika dia adalah orang yang terpuji disisi
Allah Taala.
Menetapkan didalam hatinya bahawa dia tidak akan mengerjakan riyak
yang menjadi sebab bagi murka Allah Taala kerana takut akan celaan
makhluk yang tidak memberi mudarat.
3) Tamak kepada harta.
Ubatnya adalah mengetahui bahawa perkara yang diinginkannya itu adalah
perkara yang diwahamkan sahaja.
Dan mengetahui bahawa mereka yang tamak kepada makhluk tidak sunyi
daripada kehinaan dan sesiapa yang meninggalkan tamak kepada makhluk,
nescaya Allah Taala akan memberikan kepadanya kemuliaan disisiNya.
PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN SIFAT RIYAK
Setengah daripada ubat yang menegah daripada sifat riyak itu adalah
menyembunyikan ibadat.
Harus menzahirkan ibadat supaya diikuti oleh manusia dengan syarat ikhlas.
Harus menyembunyikan maksiat dan dosa dengan syarat tujuannya adalah
supaya dia tidak dikatakan fasiq, tetapi jika supaya dikatakan dia adalah
orang soleh, maka ianya tidak harus.
Meninggalkan ketaatan kerana takut riyak tidak diharuskan, bahkan ia
termasuk didalam riyak tetapi hendaklah dikerjakan ibadat serta
bersungguh-sungguh menolak sifat riyak itu dan bertaubat jika berlaku juga
riyak itu.
***
46 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
KITAB YANG
KETIGA
PADA MENYATAKAN
SEGALA PERANGAI
YANG DIPUJI
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 47
PERANGAI-PERANGAI YANG DIPUJI
1) Taubat daripada segala dosa
2) Takut kepada Allah Taala
3) Zuhud, benci kepada dunia dan berpaling daripadanya
4) Sabar
5) Syukur
6) Ikhlas
7) Tawakal
8) Kasih kepada Allah Taala
9) Redha dengan Qada Allah Taala
10) Mengingati mati
48 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
BAB YANG PERTAMA
PADA MENYATAKAN TAUBAT
HUKUM TAUBAT
Taubat itu wajib dengan bersegera daripada segala dosa sekalipun dosa
kecil.
Melambat-lambatkan taubat itu satu dosa yang lain pula walaupun
bertahun-tahun, berbeza dengan pandangan Muktazilah yang mengatakan
bertambah dosa melambat-lambatkan taubat disebabkan berlalunya masa.
Wajib bertaubat kerana melambat-lambatkan taubat itu seperti wajib
bertaubat daripada maksiat yang pertama.
HUKUM TAUBAT
Jika diketahui dosanya secara tafsil, wajib keatasnya bertaubat daripada
semuanya satu-persatu dan tidak memadai satu taubat sahaja.
Jika tidak mengingatinya secara tafsil segala dosanya, hendaklah dia
berkata :“Jika ada bagiku dosa yang tidak aku tahu maka aku taubat da-
ripadanya kepada Allah Taala.”
Taubat adalah satu ibadat.
Hilang seksa kemudian daripada taubat itu diserahkan kepada Allah Taala.
MAKNA DAN RUKUN TAUBAT
Makna taubat pada bahasa adalah kembali dan pulang.
Makna taubat pada syarak iaitu perkara yang terhimpun padanya perkara
berikut :
Menyesal diatas mengerjakan maksiat kerana Allah Taala
Meninggalkan maksiat yang dilakukan
Bercita-cita untuk tidak kembali kepada maksiatnya itu
PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 49
• Jika dosanya itu adalah meninggalkan fardu sembahyang, maka wajib
mengqada segala fardu yang ditinggalkannya itu.
• Jika maksiat itu bergantung dengan manusia seperti mencuri harta orang
maka disyaratkan memulangkan harta itu atau menggantinya kepada
tuannya atau minta halal daripadanya secara tafsil disisi mazhab kita Syafie
berbeza disisi mazhab Imam Malik.
• Jika tidak mampu untuk memulangkannya atau tuannya tidak
menghalalkannya maka hendaklah bersungguh-sungguh mengikhlaskan
taubatnya dan memohon kepada Allah Taala mudah-mudahan Allah Taala
menjadikan tuan harta itu redha kepadanya pada Hari Kiamat.
PANDANGAN ULAMAK TENTANG PENERIMAAN TAUBAT
Taubat orang Islam :
• Imam Abu Hasan al-Asya’ri berpandangan apabila sempurna syarat dan
rukun, nescaya sah dan diterima taubat itu.
• Imam al-Haramain dan al-Qadhi berpandangan diterima taubat dengan
zhon sahaja.
Taubat orang kafir dengan masuk Islam diterima secara putus dengan
ittifaq ulamak.
PERKARA YANG MENEGAH DARIPADA TAUBAT DAN UBATNYA
Perkara yang menegah daripada taubat itu israr ertinya berterusan
melakukan maksiat. Dan sebab bagi israr itu lima perkara :
1) Seksa yang dijanjikan itu ditangguhkan dan tabiat manusia itu bermudah-
mudah dengan perkara yang tidak ditunaikan dengan segera.
• Ubatnya adalah berfikir supaya diketahui bahawa mati itu lebih hampir
kepadanya daripada tali sepatunya dan tidak diketahui adakah hari ini akhir
umurnya.
50 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI
2) Sukar meninggalkan kesedapan dan keinginan.
• Ubatnya adalah berfikir bahawa jika doktor yang kafir menyebut kepadanya
air sejuk tidak boleh diminum kerana penyakitnya dan mendatangkan
mudarat, nescaya diikuti kata-katanya. Maka Allah Taala dan RasulNya lebih
benar daripada doktor itu.
3) Menangguh taubat itu sehari lepas sehari.
• Ubatnya adalah berfikir bahawa umurnya tidak berada didalam
kekuasaannya dan boleh jadi mati ia dengan tiba-tiba sebelum bertaubat,
lebih-lebih lagi jika sukar keatasnya meninggalkan keinginannya pada masa
sekarang, nescaya pada masa akan datang pasti lebih sukar.
• Dan jika ia menunggu hari yang mudah keatasnya untuk melawan nafsunya
maka iaitu hari yang belum ditentukan lagi baginya.
4) Menjanjikan dirinya dengan kemurahan Allah Taala dan kemaafanNya. Ini
sehabis-habis bodoh kerana mengharapkan kelepasan dalam keadaan tidak
berusaha mendapatkannya.
SEBAB-SEBAB DOSA KECIL MENJADI DOSA BESAR
Menganggap kecil dosa maka tidak peduli terhadap-
nya dan tidak berdukacita dengan sebabnya.
Sukacita dengan dosa dan bermegah-megah dengannya.
Bermudah-mudah dengan menganggap Allah Taala menutup dosanya
dan menyangka mulia disisi Allah, serta tidak mengetahui bahawa ia
dimurkai Allah Taala.
Mengerjakan dosa secara terang-terangan dan menzahirkannya
atau menceritakan dosa itu selepas mengerjakannya.
Terjadi dosa kecil itu daripada orang yang alim yang diikuti.
***