The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kitab Pengubat Hati

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Us. Mohd Uzaini MZ, 2020-12-09 19:52:40

Kitab

Kitab Pengubat Hati

PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 51

BAB YANG KEDUA
PADA MENYATAKAN TAKUT KEPADA ALLAH TAALA

MAKNA TAKUT KEPADA ALLAH TAALA

• Takut itu pedih hati dan sakit disebabkan perkara yang dibenci pada masa
akan datang.

• Kadang-kadang takut itu kerana dosa.
• Dan kadang-kadang kerana mengenal sifat Allah Taala.
• Dan yang kedua itu lebih sempurna daripada yang pertama kerana orang

yang mengenal Allah Taala pasti takut kepadaNya.

Takut itu mengikut pengenalan, barang siapa banyak pengenalannya,
nescaya banyak takutnya, dan barang siapa sedikit pengenalannya, nescaya
sedikit takutnya.

PERKARA YANG MENGHASILKAN TAKUT KEPADA ALLAH TAALA

Dengan pengetahuan Dengan memandang kepada
dan pengenalan sekalian mereka yang takut
dan menilik kelakuan mereka
itu serta mendengar cerita
tentang mereka

Allah Taala telah menghimpunkan empat perkara bagi sekalian orang yang
takut kepadaNya :

1) Petunjuk
2) Rahmat
3) Pengetahuan
4) Redha daripada Allah Taala

52 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI

ANTARA TAKUT DAN HARAP KEPADA ALLAH TAALA

 Tidak disarankan berlebih-lebihan takut hingga membawa kepada putus asa
daripada rahmat Allah Taala kerana perkara itu dicela.

 Apabila bersangatan takutnya, hendaklah dicampurkan dengan harap
kepada rahmat Allah Taala.

 Hendaklah lebih kuat takut daripada harap jika seseorang itu mengerjakan
dosa.

 Orang yang taat yang tidak melakukan maksiat, hendaklah bersamaan takut
dan harapnya.

 Apabila hampir dengan kematian, maka harap dan baik sangka dengan
Tuhannnya lebih utama baginya.

PERBEZAAN HARAP DAN CITA-CITA

 Harap itu bergantung hati dengan perkara yang digemari untuk
menghasilkannya pada masa akan datang serta berusaha untuk
menghasilkannya.

 Cita-cita itu bergantung hati dengan perkara tersebut tanpa usaha untuk
menghasilkan perkara yang dituntut.

FAEDAH DAN HASIL DARIPADA SIFAT TAKUT DAN HARAP

 Faedah harap itu adalah gemar menuntut pada perkara yang
diharapkannya.

 Faedah takut itu lari daripada perkara yang ditakutinya.
 Sekurang-kurang pangkat takut itu perkara yang menyebabkannya

meninggalkan dosa dan berpaling daripada dunia.
 Perkara yang tidak menyebabkan yang demikian itu, maka ianya

perkhabaran hati bukan takut.
 Apabila sempurna takut itu, nescaya terjadilah zuhud.

***

PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 53

BAB YANG KETIGA
PADA MENYATAKAN ZUHUD

MAKNA ZUHUD

• Benci kepada dunia dan berpaling daripadanya.
• Meninggalkan kesenangan dunia kerana menuntut kesenangan akhirat.
• Menyimpankan kadar yang sangat diperlukan daripada perkara yang

diyakinkan halalnya.
• Meninggalkan menuntut perkara yang tiada hingga habis perkara yang ada.

PERINGKAT-PERINGKAT ZUHUD

1) Zuhud ketika hatinya cenderung kepada dunia tetapi bersungguh-sungguh
melawan hatinya. Peringkat ini adalah permulaan bagi zuhud dan bukannya
zuhud.

2) Liar hatinya daripada dunia dan tidak cenderung kepadanya kerana
mengetahui bahawa tidak boleh berhimpun dunia dan akhirat.

3) Tidak cenderung hatinya kepada dunia dan tidak liar daripadanya, bahkan
adanya dan tiadanya bersamaan keduanya disisinya.

SEBAB-SEBAB BAGI ZUHUD

Membesarkan diri daripada berpaling kepada yang lain daripada Allah Taala
kerana membersihkan hati daripadanya dan menghinakan perkara yang lain da-
ripada Allah Taala. Iaitu zuhud sekalian Arifin.

Takut kepada api neraka. Iaitu
zuhud sekalian orang yang takut.

Gemar kepada nikmat akhirat. Iaitu
zuhud sekalian orang yang harap.

54 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI

MARTABAT-MARTABAT ZUHUD

1) Zuhud pada yang lain daripada Allah Taala pada dunia dan pada akhirat.

2) Zuhud pada dunia sahaja sama ada harta, kemegahan, keseronokan atau
lain-lain.

3) Zuhud pada harta sahaja tidak pada kemegahan dan selainnya atau zuhud
pada setengah perkara tidak pada setengah yang lain.

PERBEZAAN ZUHUD DAN FAQIR

 Zuhud itu terasing daripada dunia kerana taat dalam keadaan berkuasa
keatasnya. Jika terasing daripada dunia ketika gemar padanya, maka itu
dinamakan faqir.

 Faqir itu jika memadai dengan perkara yang diberi dan tidak loba pada
menuntut harta, maka pangkatnya hampir dengan pangkat orang yang
zahid.

 Sabar atas kepapaan itu adalah permulaan zuhud. Dan tidak sempurna
zuhud dan selainnya melainkan dengan sabar.

***

PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 55

BAB YANG KEEMPAT
PADA MENYATAKAN SABAR

MAKNA DAN HAKIKAT SABAR

• Menahan diri daripada marah atas sesuatu yang tidak disukainya dan
menahan lidah daripada mengadu kepada yang lain daripada Allah Taala.

• Hakikat sabar itu tetap dorongan agama untuk melawan dorongan
keinginan nafsu.

HUKUM SABAR

 Fardu ain keatas setiap mukallaf sama ada sabar dalam mengerjakan
ketaatan yang wajib, sabar dalam meninggalkan maksiat atau sabar diatas
bala.

 Sunat pada mengerjakan ibadat yang sunat, pada meninggalkan perkara
yang makruh, perkara yang harus dan sabar atas membalas orang yang
menyakiti dan yang membuat kezaliman.

Allah Taala menghimpunkan beberapa perkara bagi orang yang sabar
seperti :

Diampuni dosa Rahmat Pahala

Jadi ikutan Pertolongan

PERINGKAT-PERINGKAT SABAR

1) Menghinakan perkara yang menyeru kepada keinginan hingga tiada
kekuatan baginya. Tidak dapat sampai kepada pangkat ini melainkan dengan
mengekalkan sabar dan dengan sentiasa bermujahadah.

56 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI

2) Kuat perkara yang menyeru kepada keinginan nafsu dan kalah perkara yang
menyeru kepada agama. Menang hawa nafsu dan menyerah hati kepada
tentera syaitan. Dan alamat pangkat ini :

 Berkata ia :“Aku ingin taubat tetapi susah keatasku maka tidak ingin aku
kepadanya.” Orang ini ialah orang yang putus asa lagi binasa.

 Tidak ada padanya keinginan taubat tetapi berkata ia :“Allah Taala sangat
pemurah, sangat pengampun, sangat kasih sayang, terkaya Ia daripada
taubatku. Maka syurga yang luas itu tidak sempit untukku.” Orang ini ialah
orang yang akalnya menjadi tawanan bagi nafsunya.

3) Tidak lemah daripada berperang, maka dorongan agama sentiasa melawan
dorongan hawa nafsu tetapi kadang-kadang menang dorongan agama iaitu
akal, pada ketika itu terhasillah sabar. Dan kadang-kadang menang tentera
syaitan iaitu keinginan dan perkara yang menyeru kepadanya, pada ketika itu
telah luput sabar. Orang yang berada pada pangkat ini termasuk di dalam
golongan orang yang sentiasa bermujahadah. Alamatnya adalah :

 Meninggalkan sesetengah keinginan iaitu keinginan yang daif dan lemah
daripada keinginan yang kuat.

 Kadang-kadang dapat meninggalkan keinginan yang kuat pada setengah
masa tidak pada setengah yang lain.

 Sentiasa dukacita atas lemahnya dan kekal ia melawan hawa nafsunya dan
memeranginya.

KEADAAN BERHAJAT KEPADA SIFAT SABAR

Perkara yang dipersetujui oleh keinginan

 Seperti sihat badan, selamat, kekayaan dan kemegahan.
 Sangat berhajat kepada sabar supaya tidak melampau dan berlebih-

lebihan. Jika tidak, jatuh ia di dalam kebinasaan.
 Sabar padanya bermaksud tidak cenderung kepadanya dan mengetahui

bahawa sekalian itu penaruhan pada sisinya.
 Sabar diatas perkara ini lebih sukar.

PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 57

Perkara yang berlawanan dengan keinginan

1) Mengerjakan ketaatan

 Dengan sebab malas seperti sembahyang, dengan sebab kikir seperti zakat
dan dengan sebab kedua-duanya seperti haji dan perang sabil.

 Berhajat orang yang mengerjakan ketaatan itu kepada tiga masa ; pada
permulaan ibadat dengan ikhlas, pada mengerjakan ibadat dengan tidak
malas, kemudian daripada selesainya dengan sabar daripada menyebutnya
kerana riyak atau sumaah.

2) Meninggalkan segala maksiat.

 Lebih sukar daripada sabar dalam mengerjakan ketaatan lebih-lebih lagi
maksiat yang sudah menjadi adat.

3) Perkara yang tidak berkaitan dengan ikhtiar hamba tetapi ada baginya
ikhtiar untuk menolaknya seperti disakiti oleh orang lain dengan lidah atau
dengan tangan. Maka sabar atasnya dengan tidak membalasnya.

4) Perkara yang tidak termasuk sama sekali dibawah ikhtiar seperti mati
kekasih, binasa harta dan segala bala. Maka sabar diatasnya adalah setinggi-
tinggi segala pangkat.

***

58 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI

BAB YANG KELIMA
PADA MENYATAKAN SYUKUR

MAKNA SYUKUR

• Memalingkan segala perkara yang dikurniakan oleh Allah Taala kepadanya
daripada nikmat pendengar, pelihat, kaki, tangan dan lainnya kepada
perkara yang dijadikan kerananya.

• Syukur itu setinggi-tinggi pangkat, lebih tinggi daripada sabar, zuhud, takut
dan lainnya kerana syukur itu dimaksudkan pada dirinya. Maka tidak putus
ia di dalam syurga dan tidak ada di dalamnya itu takut, zuhud dan sabar.

PERKARA YANG TERHIMPUN PADA SIFAT SYUKUR

ILMU + KELAKUAN + AMAL

1) ILMU
 Mengetahui bahawa segala nikmat itu daripada Allah Taala bukan daripada

yang lain. Dan jika dilihat nikmat itu datang daripada makhluk, maka iaitu
sebab sahaja.

2) KELAKUAN
 Sukacita dengan Tuhan yang memberi nikmat dan membesarkanNya serta

menghinakan diri dihadapanNya.

3) AMAL
 Menggunakan segala nikmat itu pada perkara yang disuruh oleh Allah Taala

bukan pada perkara yang dilarang olehNya.

***

PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 59

BAB YANG KEENAM
PADA MENYATAKAN IKHLAS

MAKNA IKHLAS

• Menunggalkan Allah Taala dalam segala ketaatan dengan qasad.
• Iaitu bahawa menghendaki dengan ketaatan kepada Allah Taala itu semata-

mata menuntut hampir kepadaNya bukan sesuatu yang lain daripadaNya
seperti pujian manusia, harta benda, kemuliaan dan selainnya daripada
segala tujuan dunia.

PERINGKAT-PERINGKAT IKHLAS

1) Mengerjakan amal ibadat semata-mata menjunjung perintah Allah Taala.
2) Mengerjakan amal ibadat kerana menuntut pahala dan lari daripada seksa.
3) Mengerjakan amal ibadat supaya dimuliakan oleh Allah Taala di dalam
dunia atau supaya selamat daripada kebinasaan dunia.

Bagi ikhlas itu hakikat, asal dan kesempurnaan.

 Asal ikhlas : Niat

 Hakikat ikhlas : Menafikan campuran daripada niat

 Kesempurnaan ikhlas : Benar

PERINGKAT-PERINGKAT BENAR

1) Benar pada perkataan dalam segala kelakuan.
2) Benar pada niat.
3) Benar pada cita-cita.
4) Benar pada menyempurnakan cita-cita.
5) Benar pada segala pekerjaan.
6) Benar pada segala amal yang batin.

***

60 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI

BAB YANG KETUJUH
PADA MENYATAKAN TAWAKAL

MAKNA TAWAKAL

 Percaya dengan Allah Taala dan yakin bahawa ketentuanNya pasti terjadi
serta mengikut sunnah Rasulullah SAW dan berusaha pada perkara yang
mesti dilakukan daripada makanan, minuman, pakaian dan memelihara diri
daripada seteru seperti perkara yang dilakukan oleh sekalian nabi
alaihimussolatu wassalam.

RUKUN BAGI TAWAKAL

TAUHID KELAKUAN HATI

AMAL

1) TAUHID

 Berpegang dengan iktikad yang putus bahawa tidak ada yang menciptakan
segala-galanya melainkan Allah Taala dan berpegang dengan
ketunggalanNya tidak ada sekutu bagiNya. Bagi Allah Taala itu kerajaan dan
pujian dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.

2) KELAKUAN HATI

 Percaya hati dengan Allah Taala dan diam dengan menyerahkan segala
pekerjaan kepadaNya serta tidak berpaling kepada selain daripada Allah
Taala sama sekali.

PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 61

 Tiga keadaan kelakuan hati :

Martabat pertama : Percaya Martabat kedua: Menyerupai
kepada wakil yang pintar yang kelakuan budak pada percayanya
sangat dikasihi. Dan yang dengan ibunya dan minta tolong
memberi perwakilan itu diam di kepadanya dalam segala
rumahnya. urusannya seperti lapar dan
dahaga kerana percaya kepada
Martabat ketiga: Seperti orang kasih sayang ibunya.
yang sudah mati dihadapan
tukang yang memandikan mayat
atau seperti budak dihadapan
ibunya yang mengetahui bahawa
ibunya tetap menjaganya
walaupun dia tidak menangis
dan ibunya mendukungnya dan
menyusukannya sekalipun tidak
diminta.

3) AMAL

 Orang yang menyangka bahawa syarat tawakal itu meninggalkan usaha
serta menyerah diri kepada perkara yang membinasakan, maka yang
demikian itu salah kerana ianya dilarang pada syarak.

***

62 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI

BAB YANG KELAPAN
PADA MENYATAKAN KASIH KEPADA ALLAH TAALA

MAKNA KASIH

• Cenderung hati kepada sesuatu yang disukai.
• Tiap-tiap yang sedap itu adalah dikasihi.
• Jika kuat kasih itu, ia dinamakan dengan asyik.
• Makna benci itu liar hati daripada sesuatu kerana keadaannya menyakiti.
• Jika kuat benci itu, ia dinamakan dengan marah dan murka.

SEBAB BAGI KASIH

1) Berbuat baik :

 Tiada yang membuat kebaikan kepada kita pada hakikat melainkan Allah
Taala.

 Mereka yang selain daripada Allah Taala melakukan kebaikan kepada kita
dengan petunjuk daripadaNya.

2) Keelokan :

 Segala keelokan yang ada di dalam alam ini semuanya daripada bekas
kudrat Allah Taala.

ALAMAT ORANG YANG KASIH KEPADA ALLAH TAALA

 Segera mengerjakan perkara yang disuruh oleh Allah Taala berbanding yang
disukai oleh nafsu.

 Rindu untuk bertemu Allah Taala (dengan mati) dan tidak benci kepada
mati melainkan kerana ingin bertambah makrifah kerana lazat musyahadah
itu mengikut kadar makrifah.

 Reda dengan ketentuan Allah Taala.
 Benci kepada dunia kerana dunia itu melalaikan.

PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 63

KEADAAN ORANG YANG KASIH KEPADA ALLAH TAALA

 Tidak kasih melainkan kepada Allah Taala, jika kasih kepada yang selainnya
maka itu dengan sebab kasihnya kepada Allah Taala.

 Kasih kepada Rasulullah SAW kerana baginda ialah pesuruh bagi kekasihnya
dan kekasih bagi kekasihnya.

 Kasih kepada sahabat RA kerana mereka itu kasih kepada pesuruh Allah
Taala dan mereka itu kasih kepada Allah Taala dan taat kepadaNya.

 Kasih kepada makanan kerana ia menguatkan badannya untuk
melaksanakan ibadat.

 Kasih kepada bunga, tanam-tanaman, sungai dan segala perkara yang elok
kerana semuanya itu perbuatan Allah Taala dan dalil kepada keesaan dan
kekuasaanNya.

 Kasih kepada orang yang membuat kebaikan kepadanya atau gurunya
kerana mereka itu wasilah antaranya dan kekasihnya untuk menyampaikan
ilmu dan kebajikan kepadanya.

***

64 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI

BAB YANG KESEMBILAN
PADA MENYATAKAN REDA DENGAN QADA ALLAH

TAALA

MAKNA REDA DENGAN QADA ALLAH TAALA

• Suka hati dengan segala perkara yang dikehendaki oleh Allah Taala dan
tidak menolak segala perkara yang dilakukan olehNya keatas hambaNYa
pada zahir dan pada hati serta bersungguh-sungguh menuntut sampai
kepada segala yang dikasihi oleh Allah Taala.

• Sesetengah perhimpunan reda dengan qada itu bahawa menuntut sampai
kepada yang dikasihinya dengan mengerjakan segala sebabnya.
Meninggalkan sebab itu menyalahi apa yang diredai oleh Allah Taala.

ANTARA REDA DENGAN QADA DAN BENCI KEPADA KUFUR
DAN MAKSIAT

Kufur dan maksiat itu ada baginya dua pihak :
1) Kedua-duanya dengan qada Allah Taala dan kehendakNya. Wajib kita reda

dengan kedua-duanya daripada pihak ini kerana hakikatnya kita reda
dengan qada Allah Taala bukan reda dengan kufur dan maksiat itu.

2) Kedua-duanya dengan usaha dan ikhtiar makhluk. Wajib kita benci daripada
pihak ini dan wajib kita larang daripada kedua-duanya.

REDA DENGAN BALA

 Benci kepada bala itu dengan tabiat dan reda dengan bala itu dengan akal.
 Mengetahui besar pahala bala itu seperti orang yang sakit dengan minum

ubat yang pahit.
 Sesetengah sebab bagi reda dengan qada Allah Taala itu bahawa iktikadkan

segala perkara yang dikehendaki Allah Taala mempunyai hikmah walaupun
tidak diketahui hikmah tersebut.

***

PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 65

BAB YANG KESEPULUH
PADA MENYATAKAN INGAT KEPADA MATI

Ingat kepada mati itu sebab untuk memperbanyakkan ibadat dan sebab
untuk mengurangkan dunia dan angan-angan. Sebab bagi lalai daripada mati
itu adalah panjang angan-angan dan kasih kepada dunia dan jahil.

PERKARA YANG MENOLONG DIATAS INGAT KEPADA MATI

Perkara yang menolong diatas mengingatkan mati itu ziarah kubur kerana
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :“Ziarah oleh kamu akan kubur kerana
bahawasanya memperingat ia akan mati.”

KEADAAN MEREKA YANG PANJANG DAN PENDEK ANGAN-
ANGAN

Keadaan manusia itu berbeza pada pendek angan-angan dan
panjangnya :

 Sesetengah mereka itu bercita-cita panjang umurnya selama seribu tahun.
 Sesetengah mereka itu bercita-cita selama setahun.
 Sesetengah mereka itu bercita-cita selama enam bulan.
 Sesetengah mereka itu bercita-cita selama sehari semalam.

Faedah pendek angan-angan itu adalah bersegera untuk mengerjakan
amal ibadat. Dan alamat orang yang mendapat petunjuk itu bahawa tidak lalai
daripada mati. Maka sentiasa dia bersedia pada setiap waktu untuk
menghadapi kematian dengan melakukan taubat dan amal yang baik.

***

66 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI

PENUTUP

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hamba-
hambaNya. Selawat dan salam dipohonkan untuk junjungan besar baginda
Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat baginda dan mereka yang
istiqamah mengikut jalan mereka sekaliannya.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :“Ketahuilah di dalam
jasad anak Adam itu ada seketul daging, apabila baik ia nescaya baik sekalian
tubuhnya dan apabila rosak ia nescaya rosak sekalian tubuhnya. Ketahuilah
ianya adalah hati.” Bertepatan dengan sabda baginda Nabi SAW yang
menyuruh kita supaya membersihkan hati dan menjaganya daripada sifat-sifat
tercela, para ulama mengarang kitab-kitab tasawuf yang mengajar cara men-
jaganya serta penyakit-penyakit yang biasa ada di dalam hati. Penyucian jiwa
hukumnya adalah wajib, bahkan ia merupakan satu rukun utama daripada tiga
rukun agama Islam iaitu Iman, Islam dan Ihsan.

Syukur kepada Allah Taala kerana dengan izin dan inayahNya, dapat saya
siapkan ringkasan kitab ‘Penawar Bagi Hati’ karangan Syeikh Abdul Qadir bin
Abdul Muttalib al-Mandili. Saya memohon kepada Allah Taala agar usaha ini
dijadikan bekalan untuk saya di Hari Akhirat kelak. Tiada daya dan upaya
melainkan segala-galanya daripada kekuasaan dan tadbir Allah Taala Tuhan
sekalian alam.

‫وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين‬

‫والحمد لله رب العالمين‬

‫آمين‬

Al-faqir ila afwi Robbihi, 24 Jamadil Akhir 1438H / 24 Mac 2017M,
Syed Ahmad Ridwan bin Sayed Md Zain 4.20 petang, Jumaat,
Ben Yahya, Hayyu Sabiek, Madinah Nasr, Kaherah.
Penuntut Kuliah Bahasa Arab,
Universiti Al-azhar As-syarif, Kaherah.

PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 67

RUJUKAN

1) Al-Quran Al-Karim.
2) Sahih al-Bukhari, Imam al-Hafiz Abu Abdillah Muhammad bin Ismail

al-Bukhari, Dar Ibnu Kathir Dimashq, Beirut.
3) Sahih Muslim, Imam al-Hafiz Abu al-Husain Muslim bin al-Hajjaj al-Qusyairi

an-Naisaburi, Dar at-Toyyibah.
4) Sunan at-Tirmizi, Imam al-Hafiz Abu Isa Muhammad bin Isa bin Saurah.

Matbaah Mustafa al-Bab al-Halabi.
5) Sunan Abu Daud, Imam al-Hafiz Abu Daud Sulaiman bin al-Asy’as al-Azdi

as-Sijistani, Dar ar-Risalah al-Alamiah.
6) Sunan Ibnu Majah, Imam al-Hafiz Abu Abdillah Muhammad bin Yazid

al-Qazwini, Faisal Isa al-Bab al-Halabi.
7) Al-Mustadrak ala as-Sahihaini, Imam al-Hafiz Abu Abdillah Muhammad bin

Abdullah al-Hakim An-Naisaburi, Dar al-Kutub al-Alamiah.
8) Al-Musonnaf, al-Hafiz al-Kabir Abu Bakar Abdul Razzak bin Hammam

as-Son’ani.
9) Penawar Bagi Hati, Syeikh Abdul Qadir al-Mandili al-Indonesi, Sahabat

Press.
10) Kitab al-Arbain fi Usuluddin, Hujjatul Islam Imam al-Ghazali, Darul

al-Qalam Dimasyq.
11) Ihya Ulumuddin, Hujjatul Islam Imam al-Ghazali, Dar al-Minhaj.
12) Siyarus Salikin, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, Percetakan al-Maarif

Sendirian Berhad.
13) Ar-Risalah Qusyairiah, Al-Imam Abul Qosim al-Qusyairi, Darul Khair.
14) Mustolahah Ilmi Tasauf, Dar an-Nafais.
15) Mukhtasor Ihya Ulumuddin, Hujjatul Islam Imam al-Ghazali, Dar Kutub

ath-Thaqafiah.
16) Mauizotul Mukminin min Ihya Ulumuddin, Syeikh Jamaluddin al-Qosimi

ad-Dimasyqi, dar an-Nafais.
17) Minhajul Abidin, Hujjatul Islam Imam al-Ghazali, Dar al-Basyair al-Islamiah.
18) Sirajut Tolibin ala Minhajil Abidin, al-Allamah as-Sayyid Ahmad bin Zaini

Dahlan, Dar al-Fikr.

68 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI

KANDUNGAN

Kata-kata aluan 3
Mukadimah penyusun 5
Mukadimah ilmu tasawuf 7
Kitab yang pertama : Pada membincangkan anggota yang tujuh 9
Fasal yang pertama : Pada menyatakan mata 01
Fasal yang kedua : Pada menyatakan telinga 03
Fasal yang ketiga : Pada menyatakan lidah 05
Fasal yang keempat : Pada menyatakan perut 01
Fasal yang kelima : Pada menyatakan faraj 01
Fasal yang keenam dan ketujuh : Pada menyatakan dua tangan dan 00
dua kaki
Kitab yang kedua : Pada menyatakan hati dan sifat-sifat tercela 03
Perbincangan mengenai hati 02
Bab yang pertama : Pada menyatakan sangat loba kepada makanan 02
Bab yang kedua : Pada menyatakan sangat loba dengan berkata-kata 01
30
Bab yang ketiga : Pada menyatakan marah 32
Bab yang keempat : Pada menyatakan dengki 37
Bab yang kelima : Pada menyatakan kikir dan kasih kepada harta 39
21
Bab yang keenam : Pada menyatakan kasih kepada kemegahan 20
Bab yang ketujuh : Pada menyatakan kasih kepada dunia
Bab yang kelapan : Pada menyatakan membesarkan diri

PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI 69

Bab yang kesembilan : Pada menyatakan ujub 20
Bab yang kesepuluh : Pada menyatakan riyak 23
Kitab yang ketiga : Pada menyatakan segala perangai yang dipuji 25
Bab yang pertama : Pada menyatakan taubat 27
Bab yang kedua : Pada menyatakan takut kepada Allah Taala 51
Bab yang ketiga : Pada menyatakan zuhud 50
52
Bab yang keempat : Pada menyatakan sabar 57
Bab yang kelima : Pada menyatakan syukur 51
Bab yang keenam : Pada menyatakan ikhlas 59
Bab yang ketujuh : Pada menyatakan tawakal 20
23
Bab yang kelapan : Pada menyatakan kasih kepada Allah Taala
Bab yang kesembilan : Pada menyatakan reda dengan qada 22
Allah Taala 25
Bab yang kesepuluh : Pada menyatakan ingat kepada mati 22
Penutup

Rujukan

70 PENGUBAT HATI INTIPATI KITAB PENAWAR BAGI HATI


Click to View FlipBook Version