PINDAAN : 0 MUKASURAT 294 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 294 INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA KURSUS B05 – SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK INDUSTRI KOD DAN NAMA MODUL B05-01-04 – FAULT FINDING PENGALAMAN PEMBELAJARAN LE2 PRODUCE BLOCK DIAGRAM NO. TUGASAN BERKAITAN 01.01 PRODUCE BLOCK DIAGRAM OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO) PRODUCE BLOCK DIAGRAM THEN VISUAL CHECK ON DEFECT COMPONENTS AND CHECK FOR FAULTY HARDWARE, BY USING DRAWING SET, OPERATING MANUAL AND MEASURING INSTRUMENTS, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS SEQUENCE INTEPRETED AND ILLUSTRATED ACCORDING TO OPERATION SEQUENCE THEN DEFECT COMPONENTS AND ACUTAL DEFECTIVE CARD / COMPONENT IS IDENTIFIED. OBJEKTIF MEMBOLEH (EO) DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :- PRODUCE BLOCK DIAGRAM USING DRAWING SET, STATIONARY ETC, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS SEQUENCE INTERPRETED AND ILLUSTRATED ACCORDING TO OPERATION
PINDAAN : 0 MUKASURAT 295 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 295 1. PENGENALAN KEPADA GAMBARAJAH BLOK Gambarajah blok adalah mewakili bahagian atau peringkat dalam sesuatu gambarajah litar skematik.Selain daripada itu ia juga menggambarkan secara kasar isi kandungan dan keterangan bagi peringkat tersebut.Sesuatu litar skema yang lengkap mengandungi pelbagai simbol komponen mengikut bahagianbahagiannya.Untuk memudahkan pembahagian litar dan penerangan mengikut bahagiannya maka satu lukisan gambarajah blok diperkenalkan.Litar skematik diringkaskan mengikut bahagian dan kemudian dilukis dalam bentuk lukisan blok. Rajah blok dilukis dalam bentuk segiempat tetap,segiempat sama atau bentuk segitiga.Bentuk –bentuk ini dilukis mengikut kesesuaian dan ruang melukis yang disediakan.Rajah 1 menunjukkan bentuk lukisan gambarajah blok yang biasa digunakan apabila melukisnya. a. Struktur Gambarajah Blok Gambarajah blok lazimnya dilabel dengan mengikut nama peringkat sesuatu litar,bentuk gelombang isyarat pada punca-punca kemasukan dan keluaran serta tanda –tanda lain yang diperlukan .Dalam gambarajah blok boleh juga disertakan dengan simbol sesuatu komponen bagi menguatkan atau menjelaskan lagi gambarajah blok tersebut Jika bilangan rajah blok itu lebih daripada satu,blok-blok ini disusun sebelah-menyebelah secara siri atau selari.Setiap blok disambungkan oleh garisan lurus mengikut sambungan litar.Untuk menunjukkan laluan isyarat pada setiap peringkat blok maka sambungan diantara blok dilabel dengan tanda anak panah pada punca-punca kemasukan dan keluarannya. Satu gambarajah blok boleh memberi keterangan serta maklumat kepada sistem kendalian dan operasi sesuatu alat yang dirujuk kepada rajah blok.Ia juga boleh dibaca dengan mengikut susunan setiap blok ke peringkat blok yang lain dengan mengikut arah dan tanda yang ditunjukkan .Arah yang digunakan lazimnya tanda seperti yang telah dterangkan dalam bab awal iaitu tanda anak panah. b. Menghuraikan Gambarajah Blok Apabila gambarajah blok telah siap dilabelkan mengikut peringkat demi peringkat,kefungsian gambarajah blok mestilah dihuraikan bagi setiap blok.Ini adalah penting bagi mendalami kefahaman bagi sesuatu litar. Nama yang dilabelkan setiap blok mestilah mengikut fungsi serta kendalian setiap peringkat tersebut.Bagi mengenalpasti kefungsian blok disetiap peringkat,gambarajah skematik boleh dirujuk untuk
PINDAAN : 0 MUKASURAT 296 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 296 mengenalpasti komponen yang terdapat dalam gambarajah blok berkenaan. Contoh Penghuraian Fungsi Blok. Rajah 2 menunjukkan satu litar penguat yang terdiri daripada TR1 dan TR2.Selain daripada transistor,terdapat beberapa komponen lain seperti perintang dan pemuat yang disambungkan untuk menjadi satu rangkaian litar. Oleh yang demikian bahagian tersebut dilabelkan sebagai blok penguat (amplifier).Dimana fungsi penguat adalah untuk menguatkan isyarat yang diterima untuk dihantar ke bahagian lain,begitu juga blok-blok yang lain bagi menghuraikan bahagian tersebut.Kedua-dua komponen grafik mikrofon dan pembesar suara disertakan dalam gambarajah blok adalah untuk menjelaskan lagi susun atur gambarajah blok. c. Melabel Gambarajah Blok Setiap gambarajah blok yang telah siap dilukis hendaklah dilabel mengikut nama peringkat litar skematiknya.Selain daripada melabel nama peringkat,tiap-tiap blok hendaklah juga dilabel bentuk gelombang isyarat pada punca-punca kemasukan dan punca keluaran pada rajah blok tersebut. Melabel nama boleh dilakukan dengan melukis dengan melukis secara terus didalam ruang kotak blok seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.Dalam rajah tersebut bloknya dilabel dengan nama PENGUAT. Jika terdapat beberapa peringkat didalam sesuatu gambarajah blok maka setiap peringkat hendaklah dilabel dengan nama peringkat mengikut susunannya. Sekiranya ruang untuk melabel nama pada setiap peringkat itu terhad maka terdapat satu cara pilihan untuk melabelnya.Caranya adalah dengan melabel setiap peringkat dengan tanda huruf atau angka dengan mengikut susunan abjadnya.Pada ruangan lain disenaraikan tanda label mengikut susunan nama peringkatnya dan contohnya diberikan dalam Rajah 3
PINDAAN : 0 MUKASURAT 297 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 297 Senarai tanda label: A. Peringkat Penguat Pertama B. Peringkat Penguat Kedua C. Peringkat Penguat Keluaran d. Melabel Bentuk gelombang pada Gambarajah Blok Bentuk gelombang isyarat boleh dilabel pada gambarajah blok bagi kegunaan membantu memahami kendalian setap peringkat serta keseluruhan blok tersebut. Cara melabel yang pertama ditunjukkan dalam Rajah 4 (a) iaitu bentuk gelombang isyarat dilukis berhampiran dengan punca kemasukan dan punca keluaran rajah blok.Cara kedua ditunjukkan dalam rajah 4(b) iatu bentuk gelombang isyarat dilukis jauh sedikit dari kemasukan dan keluaran tetapi ia ditandakan dengan arah anak panah ke bahagian tersebut.
PINDAAN : 0 MUKASURAT 298 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 298 e. Contoh Melukis Gambarajah Blok Pada Rajah 5 menunjukkan litar skematik bagi satu penerima radio TRF.Litar ini menunjukkan beberapa peringkat litar yang berlainan nama dan fungsi diantara satu dengan yang lain. Untuk menentukan peringkat – peringkat tersebut,seseorang itu mestilah terlebih dahulu faham jenis litar skematik yang dilihatnya. Jika suatu litar itu mempunyai banyak peringkat,maka bilangan blok yang hendak dilukis adalah mengikut bilangan peringkat.Seperti pada rajah yang ditunjukkan ,rajah blok terdiri daripada aerial, penala, pengesan, penguat audio dan pembesar suara. Laluan isyarat pula ditunjukkan dengan arah anak panah melalui tiap peringkat blok dan bentuk isyarat dilabelkan pada punca keluaran tiap-tiap blok.Untuk mendapatkan lukisan dan membentuk gambarajah blok iaitu: a) Bentuk segitiga atau segiempat yang sama saiz untuk tiap-tiap peringkat KECUALI dalam kes-kes tertentu umpanya keadaan ruang dilukis yang terhad. b) Jarak diantara peringkat blok dengan yang lain hendaklah sesuai dengan teratur supaya susunan blok kelihatan lebihb kemas. c) Labelkan nama peringat blok dan lukiskan bentuk gelombang isyarat dan tanda-tanda lain yang diperlukan.
PINDAAN : 0 MUKASURAT 299 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 299
PINDAAN : 0 MUKASURAT 300 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 300 LATIHAN 1. Apakah yang dimaksudkan dengan gambarajah blok? 2. Lukiskan bentuk-bentuk gambarajah blok. 3. Lukiskan gambarajah blok bagi Litar Bekalan Kuasa 9VDC
PINDAAN : 0 MUKASURAT 301 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 301 INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA KURSUS B05 - DIPLOMA TEKNOLOGI PENGELUARAN KOD DAN NAMA MODUL B05-01-04 – FAULT FINDING PENGALAMAN PEMBELAJARAN LE 1 PRODUCE BLOCK DIAGRAM NO. TUGASAN BERKAITAN 01.01 PRODUCE BLOCK DIAGRAM OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO) PRODUCE BLOCK DIAGRAM THEN VISUAL CHECK ON DEFECT COMPONENTS AND CHECK FOR FAULTY HARDWARE, BY USING DRAWING SET, OPERATING MANUAL AND MEASURING INSTRUMENTS, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS SEQUENCE INTEPRETED AND ILLUSTRATED ACCORDING TO OPERATION SEQUENCE THEN DEFECT COMPONENTS AND ACUTAL DEFECTIVE CARD / COMPONENT IS IDENTIFIED. OBJEKTIF MEMBOLEH (EO) DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :- PRODUCE BLOCK DIAGRAM USING DRAWING SET, STATIONARY ETC, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS SEQUENCE INTERPRETED AND ILLUSTRATED ACCORDING TO OPERATION
PINDAAN : 0 MUKASURAT 302 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 302 1. PENGENALAN KEPADA ALATAN TANGAN, ALATAN PENGUKURAN DAN PERALATAN PENGUJIAN Alatan-alatan tangan yang digunakan dengan lebih jelas termasuk alatan tangan, alat pengukuran dan peralatan pengujian. Ia menerangkan tentang jenisjenis alatan tangan serta serta kegunaan bagi alatan tersebut.
PINDAAN : 0 MUKASURAT 303 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 303
PINDAAN : 0 MUKASURAT 304 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 304
PINDAAN : 0 MUKASURAT 305 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 305
PINDAAN : 0 MUKASURAT 306 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 306
PINDAAN : 0 MUKASURAT 307 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 307
PINDAAN : 0 MUKASURAT 308 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 308
PINDAAN : 0 MUKASURAT 309 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 309
PINDAAN : 0 MUKASURAT 310 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 310
PINDAAN : 0 MUKASURAT 311 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 311 SOALAN: 1. Sebutkan lima jenis perlatan tangan? i. _________________________ ii. _________________________ iii. _________________________ iv. _________________________ v. _________________________ 2. Senaraikan tiga jenis peralatan unutk melakukan pengukuran? i. _________________________ ii. _________________________ iii. _________________________ 3. Apakah kegunaan Oscilloscope? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 4. Spana terbahagi kepada empat jenis. Senaraikan keempat-empat jenis spana tersebut dan fungsi setiap jenis tersebut? i. ______________________________________________ ii. ______________________________________________ iii. ______________________________________________ iv. ______________________________________________ RUJUKAN: ASAS ELEKTRONIK VOKASIONAL, MOHD ASRI NAYAN, 1997
PINDAAN : 0 MUKASURAT 312 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 312 INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA KURSUS B05 – ELEKTRONIK INDUSTRI KOD DAN NAMA MODUL B05-01-04 – FAULT FINDING PENGALAMAN PEMBELAJARAN LE2 VISUAL CHECK ON DEFECT COMPONENT NO. TUGASAN BERKAITAN 01.01 PRODUCE BLOCK DIAGRAM 04.01 VISUAL CHECK ON DEFECT COMPONENT 04.02 CHECK FOR FAULTY HARDWARE OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO) PRODUCE BLOCK DIAGRAM THEN VISUAL CHECK ON DEFECT COMPONENTS AND CHECK FOR FAULTY HARDWARE, BY USING DRAWING SET, OPERATING MANUAL AND MEASURING INSTRUMENTS, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS SEQUENCE INTEPRETED AND ILLUSTRATED ACCORDING TO OPERATION SEQUENCE THEN DEFECT COMPONENTS AND ACUTAL DEFECTIVE CARD / COMPONENT IS IDENTIFIED. OBJEKTIF MEMBOLEH (EO) DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :- PRODUCE BLOCK DIAGRAM USING DRAWING SET, STATIONARY ETC, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS SEQUENCE INTERPRETED AND ILLUSTRATED ACCORDING TO OPERATION
PINDAAN : 0 MUKASURAT 313 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 313 1. MENGENALPASTI KEROSAKAN MELALUIPEMERIKSAAN VISUAL Komponen aktif adalah terdiri daripada diod, transistor, FET, thyristor dan IC. Komponen-komponen ini mempunyai polarity manakala IC pula mempunyai nombor pin dengan itukita perlulah berhati-hati ketika memasangnya pada PCB atau strip board. Sekiranya polarity terbalik litar tidak akan berfungsi dan mungkin juga akan mengakibatkan komponen – komponen lain turut rosak. Komponen ini tidak berfungsi sekiranya komponen tersebut berlaku litar pintas atau litar terbuka. Ini boleh diperiksa menggunakan multimeter atau Tracer begi IC. Walau bagaimanapun sebelum kita menggunakan sebarang alat uji kita perlulah membuat pemeriksaan visual terlebih dahulu iaitu dengan menggunakan deria mata, bau dan sentuh. Simbol Skematik Adalah sangat mustahak untuk anda mengenalpasti rupa setiap symbol komponen elektronik kerana dengan itu akan memudahkan anda membaca litar skematik semasa membaikipulih sesuatu litar dan perlu diambil perhatian mengenai simbol yang digunakan untuk litar digital dimana terdapat berbagai maklumat tentang simbol tersebut. Transistor dan IC Transistor dan kebanyakan komponen separa pengalir lain, didatangkan dengan kedudukan pin tertentu. Adalah mudah sekiranya anda dapat mengingati kedudukan pin-pin bagi IC-IC yang selalu digunakan seperti IC Timer dan IC Penguat. Kebanyakan separa pengalir mempunyai kedudukan pin seperti rajah 1. anda hendaklah berhati-hati dengan kedudukan pin-pin tersebut. Kedudukan pin tersebut boleh didapati melalui Buku catalog dari pengeluar atau dari Manual Operasi. Kod warna Perintang Nilai perintang boleh diketahui melalui warna pada badannya. Seseorang juruteknik mestilah mengetahui cara membaca nilai perintang melalui kod warna dan tahu membezakan setiap satu daripadanya. Bagi sesetengah perintang yang besar saiz, selalunya nilainya ada tertulis pada perintang tersebut Kod warna tersebut digunakan juga untuk kapasitor dan inductor. Bagi kapasitoor dan Inductor selalunya Cuma menggunakan 3 jalur warna pada badannya.
PINDAAN : 0 MUKASURAT 314 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 314 Kod warna wayar Teknologi hari ini menggunakan warna hitam sebagai bumi dan merah menandakan bekalan. Probe alatuji seperti multi meter pula menggunakan warna hitam sebagai tanda negative sementara merah untuk positif . Kerosakan Akibat Overheated Sekiranya sesuatu komponen terbakar selalunya dapat selalunya dapat dikesan pada bahagian plastik komponen tersebut yang cair dan diikuti dengan bau hangit. Perintang direka untuk menghadkan arus. Lebih besar struktur binaannya lebih besar arus yang boleh diterima tanpa menyebabkan overheated iaitu perintang yang berkuasa 1 watt keatas. Sekiranya berlaku overheated ia akan mengakibatkan PCB turut berubah warna. Perintang yang kecil iaitu 1 watt ke bawah tidak melibatkan PCB atau komponen berdekatan dengannya sekiranya berlaku overheated kepadanya. Selalunya perintang akan terbakar akibat dari komponen lain yang berdekatan dengannya yang gagal berfungsi. Komponen tesebut selalunya transistor atau kapasitor elektronik. Sekiranya anda mengesyaki sesuatu komponen overheated cuba sentuh komponen tersebut dengan jari beberapa saat untuk memeriksa kepanasannya. Selalunya perintang yang panas akan terbakar dan ini dapat dilihat dengan mata kasar atau melalui bau hangit. Kebanyakan komponen pasif yang berlaku litar buka dapat dilihat melalui kesan terbakar atau komponen tersebut pecah. Bagi komponen aktf pula korosakan komponen boleh dikesan melalui kepanasan pada badannya atau melalui bau hangit Papan Litar Selain dari komponen, pemeriksaan secara visual juga boleh dibuat terhadap papan litar iaitu dengan meneliti jalur litarnya. Lihat contoh rajah disebelah. Jalur litarnya terkopek dfan mengakibatkan litar buka.
PINDAAN : 0 MUKASURAT 315 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 315 4. Kesimpulan Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan disini bahawa pemeriksaan secara visual iaitu dengan menggunakan penglihatan, bau, dengar, dan rasa boleh dibuat terlebih dahulu sebelum sebarang alatuji digunakan dengan memeriksa komponen-komponen, wayar, jalur litar, papan litar dan sebagainya. Baiki dahulu sebarang kerosakan hasilpemeriksa visual dan uji. Sekiranyua masih tidak berfingsi barulah cuba memeriksanya dengan menggunakan meter uji ataupun uji yang lain.
PINDAAN : 0 MUKASURAT 316 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 316 SOALAN: 1. Apakah komponen-komponen yang disebut sebagai komponene aktif? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 2. Pemeriksaan secara visual terdiri dari tiga kaedah. Kaedah tersebut ialah? i. _________________________ ii. _________________________ iii. _________________________ 3. Bagaimanakah pemeriksaan visualdapat dijalankan melalui symbol skimatik? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ RUJUKAN: 1. WIM RTV
PINDAAN : 0 MUKASURAT 317 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 317 INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA KURSUS B05 – SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK INDUSTRI KOD DAN NAMA MODUL B05-01-04 – FAULT FINDING PENGALAMAN PEMBELAJARAN LE3 CHECK FOR FAULTY HARDWARE NO. TUGASAN BERKAITAN 04.02 CHECK FOR FAULTY HARDWARE OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO) PRODUCE BLOCK DIAGRAM THEN VISUAL CHECK ON DEFECT COMPONENTS AND CHECK FOR FAULTY HARDWARE, BY USING DRAWING SET, OPERATING MANUAL AND MEASURING INSTRUMENTS, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS SEQUENCE INTEPRETED AND ILLUSTRATED ACCORDING TO OPERATION SEQUENCE THEN DEFECT COMPONENTS AND ACUTAL DEFECTIVE CARD / COMPONENT IS IDENTIFIED. OBJEKTIF MEMBOLEH (EO) DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :- PRODUCE BLOCK DIAGRAM USING DRAWING SET, STATIONARY ETC, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS SEQUENCE INTERPRETED AND ILLUSTRATED ACCORDING TO OPERATION
PINDAAN : 0 MUKASURAT 318 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 318 1. MENGENAL PASTI PUNCA DAN CARA MENGATASI KEROSAKAN Kerosakan pada litar elektronik sering terjadi ini adalah disebabkan kecuaian manusia sendiri, alam semulajadi atau berpunca dari haiwan. Dengan adanya kertas penerangan ini pelajar-pelajar akan dapat; 1. Mengetahui sebab-sebab kerosakan serta masalah yang sering berlaku pada litar Elektronik. 2. Cara membaiki dan juga kaedah untuk mencegah dari berlakunya kerosakan tersebut. 1.1. Sebab-sebab berlakunya kerosakan pada litar Elektronik • Kelemahan semasa pemasangan. • Pengerakan tidak normal. • Defect dari kilang. • Haba, kelembapan, kekotoran dan pencemaran • Binatang atau serangan 1.2. HURAIAN 1.2.1. Kelemahan semasa pemasangan Kerosakan ini berpunca daripada pekerja-pekerja kilang yang tidak berpengalaman untuk membuat litar tersebut. Contohnya pekerja-pekerja asing yang datang bekerja disektor perkilangan yang tidak mempunyai pengalaman dalam menjalankan kerja membuat litar elektronik dan ini menyebabkan litar elektronik tidak tahan lama atau sering berlakunya kerosakan dalam jangkamasa yang singkat. 1.2.2. Pengerakan tidak normal. Kerosakan ini adalah disebabkan daripada litar yang terjatuh dan berlakunya goncangan yang kuat. Contohnya pekerja-pekerja yang mengangkat sesuatu barang elektronik untuk dihantar Ke kedai atau syarikat dan barang tersebut terjatuh semasa kerja-kerja pemungahan. Pekerja-pekerja tidak akan memeriksa barang tersebut jika berlaku kerosakan ataupun tidak. 1.2.3. Defect dari kilang kerosakan ini disebabkan berlakunya Dry selepas 1 minggu solder tersebut akan lekang, ini adalah kerana timah pemateri yang digunakan tidak sesuai atau kekurangan timah pemateri semasa kerja pematerian
PINDAAN : 0 MUKASURAT 319 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 319 1.3. Haba, Kelembapan dan Kekotoran i. Haba Sebagai contoh, peti sejuk tidak boleh berdekatan atau terlalu rapat pada dinding, ini adalah kerana haba yang keluar daripada peti sejuk tersebut akan tersekat dan menyebabkan peti sejuk tersebut cepat rosak atau tidak tahan lama. ii. Kelembapan sebagai contoh rice cooker yang mengeluarkan terlalu banyak wap air. iii. Kekotoran Contoh television, habuk-habuk yang terdapat didalam television tersebut boleh menyebabkan berlakunya kerosakan kerana habukhabuk ini boleh mempengaruhi kesan udara atau kepanasan pada television tersebut. iv. Binatang Binatang adalah punca utama yang sering berlakunya kerosakan pada komponen atau litar atau alat elektronik. Ini adalah kerana badan binatang mempunyai cecair jika binatang tersebut terkena arus elektrik cecair tersebut menyebabkan berlakunya litar pintas pada alat elektronik. 2. MASALAH YANG BIASA BERLAKU PADA LITAR ELEKTRONIK 2.1. Litar pintas (Short Circuit) • Arus mengalir secara terus dan tiada sekatan voltan akan turun. • Haba akan meningkat. • Berlaku letupan apabila menghidupkan alat elektronik. 2.2. Litar Buka (Open Circuit) • Salah satu kaki komponen terbuka atau terputus • Arus menunjukan ‘0’ • Litar tidak beroperasi • Berlakunya dry solder.
PINDAAN : 0 MUKASURAT 320 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 320 2.3. Bumi (Ground) Berlaku pintasan kebumi iaitu salah satu kaki komponen bersentuh ke ground. Berlaku arus luar biasa iaitu arus tidak normal seperti keadaan biasa. Operasinya tidak dalam keadaan biasa sebagai contoh mesin basuh apabila di ‘ON’ tidak bergerak. 2.4. Kerosakan Mekanikal Kerosakan fizikal seperti patah, jem, tidak bergerak, bergegar akibat daripada perjalanan dan sebagainya 2.5. Dry Solder Bermaksud pematerian yang dibuat tidak sempurna atau timah terlalu sedikit. Bila diukur dengan multimeter tiada voltan atau arus melaluinya. 3. KAEDAH MENGESAN KEROSAKAN 3.1. Mengukur Voltan Peralatan yang digunakan adalah Multi meter, osiloskop. Pengukuran voltan mestilah selari dengan litar. Jika voltan yang diukur adalah tinggi ini menunjukan berlakunya litar pintas. Jika voltan tiada voltan pada masukan ini menunjukan litar buka. 3.2. Pengukuran Arus Pengukuran arus hendaklah diukur secara sesiri. Jika arus tinggi ini menunjukan Open Circuit atau litar buka. Jika arus atau meter menunjukan arus tinggi ini bermaksud Short Circuit atau litar pintas. 3.3. Ujian keterusan Perkara utama yang perlu dilakukan semasa menjalankan ujian keterusan adalah OFF kan bekalan kuasa. Tujuan ujian ini adalah untuk mengetahui samada penyambungan berada dalam keadaan baik atau tidak. 3.4. Pengukuran Rintangan Mengukur rintangan pada satu-satu bahagian, keseluruhan bahagian atau kumpulan litar yang didapati rosak. Nilai perintang mesti diukur walaupun mempunyai kod warrna kerana, mungkin dikhuatiri terdapat kerosakan pada perintang tersebut. Litar yang menggunakan IC, langkahlangkah yang perlu dipatuhi ialah memeriksa bekalan kuasa pada pinpin IC.
PINDAAN : 0 MUKASURAT 321 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 321 3.5. Kaedah Gantian Kaedah ini adalah dengan mengantikan litar yang rosak kepada litar yang baik. Ini bermaksud dengan mengantikan terus semua litar tersebut. 3.6. Bridging (Penyatuan) Ini bermaksud mengantikan komponen yang sudah lama atau mengambil komponen pada litar lain yang tidak digunakan lagi. Selalunya juruteknik hanya mengantikan kapasitor sahaja. 3.7. Kaedah pemasangan Kaedah ini bermaksud koper pada litar apabila panas ia akan bercamtum dan apabila sejuk ia akan putus atau mengecut. (Open Circuit) Kaedah Pembekuan. Ini bermaksud menggunakan alat penejuk sebagai contoh gunakan kipas untuk bahagian yang panas apabila beroperasi. 3.8. Solder Semula Ini adalah untuk litar yang berlakunya litar buka atau Open Circuit. 3.9. Half-split Kaedah ini bermaksud mencari atau memeriksa kerosakan dari blok ke blok. 3.10. Input ke Output Memeriksa atau mencari kerosakan dari Input litar hingga ke output litar 3.11. Output ke Input Kaedah ini pula mencari kerosakan dari Output atau keluaran litar ke input atau masukan litar. 3.12. Random Kaedah ini pula dengan memeriksa litar tersebut secara rawak dan kebanyakan juruteknik menggunakan cara ini lebih berkesan atau mudah. 4. LANGKAH-LANGKAH MENGESAN KEROSAKAN DI DALAM LITAR Untuk memudahkan kita melakukan trouble shoot terhadap sesuatu litar atau peralatan, kita semestinya mengesan sebarang kerosakan yang terdapat pada peralatan tersebut. Kerosakan-kerosakan dapat dikesan berdasarkan bacaan yang telah kita perolehi daripada litar yang sebelum kita mula mencari sebarang kerosakan.
PINDAAN : 0 MUKASURAT 322 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 322 4.1. Analisa Keadaan ( visual inspection ) Mengenalpasti punca berlakunya kerosakan dimana kita perlu menganalisa sesuatu kaedah pada peralatan samada ianya rosak atau tidak. Terdapat 4 perkara yamg perlu diambil kira dalam trouble shoot iaitu:- Dengar – kemungkinan apabila litar di’ON’kan terdengar bunyi atau meletup. LIhat - melihat secara kasar samada komponen berada dalam keadaan baik, hitam atau kelunturan warna pada badan component, putus atau terbakar. Hidu – kemungkinan terdapat bau yang hangit yang mungkin disebabkan oleh komponen yang terbakar. Sentuhan – menyentuh komponen jika didapati panas ini menunjukan komponen tersebut adalah rosak atau berlakunya litar pintas ( short circuit). 4.2. Dapat Litar Setelah memastikan punca atau masalah kerosakan dapatkan litar yang sesuai untuk membaiki litar tersebut. 4.3. Mengesan Kerosakan sebenar Setelah mempunyai litar, kaedah untuk mengesan kerosakan dimulakan. 4.4. Tentukan Simptom Simpton bermaksud tanda-tanda kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar secara jelas atau tidak jelas. Secara jelas – tanda-tanda kerosakan yang dapat dilihat dengan mata kasar. Secara tidak jelas – tandatanda kerosakan yang tidak nampak atau tidak nyata kerosakannya 4.5. Tentukan peralatan yang sesuai untuk uji talian litar bagi mengesan kerosakan. 4.6. Menyelesaikan masalah Dengan teknik-teknik trouble shoot berpandukan skematik diagram. 5. Cara pengujian komponen yang rosak 5.1. Kapasitor i. Litar buka Litar buka biasanya disebabkan oleh bahagia dalam terminal yang tertanggal dari plat pemuat. Kerosakan ini boleh dikesan dengan
PINDAAN : 0 MUKASURAT 323 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 323 menggunakan multimeter dimana jarum penunjuk multimeter bacaan yang paling rendah. ii. Litar pintas Litar pintas mungkin berlaku disebabkan oleh kerosakan pada penebat dielektrik kerana voltan yang berlebihan atau terlampau panas. Kerosakan ini boleh dikesan dengan melakukan ujian penerusan melalui multimeter dalam julat ohm. Jarum penunjuk multimeter bacaan yang paling rendah. iii. Kebocoran berlebihan Pemuat disifat sebagai bocor berlebihan apabila ia tidak dapat menyimpan cas. Ia boleh diuji dengan menggunakan multimeter dalam julat ohm dimana jarum penunjuk akan naik dan turun dengan cepat. Apabila satu pemuat yang baik diuji dengan multimeter dalam julat ohm, jarum penunjuk meter akan turun ke bacaan rendah dan perlahan-lahan bergerak ke bacaan yang tinggi ( pemuat jenis elektronik ) 5.2. Diod v. Terbuka Apabila diuji dengan meter ohm, jarum penunjuk meter akan memberi bacaan Infiniti ( ∞) atau jarum langsung tidak bergerak walaupun diterbalikkan kekutuban talian meter. vi. Bocor Jarum penunjuk meter yang tidak tepat di mana ketika diuji pada keadaan pincang songsang jarum penunjuk meter akan naik sedikit. Keadaan ini menunjukkan diode itu telah berlaku kebocoran. vii. Pintas Jarum Penunjuk meter akan menunjukkan bacaan sifar di mana keadaan ini memastikan telah berlaku litar pintas pada diode tersebut. 5.3. LED - gunakan julat multimeter x 1 ohm. - LED tidak menyala. 5.4. IC Bagi kerosakan litar yang menggunakan IC terdapat langkah-langkah yang perlu dipatuhi bagi proses baik pulih: - Memeriksa bekalan kuasa pada pin-pin IC
PINDAAN : 0 MUKASURAT 324 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 324 - Pastikan masukan pada pin IC adalah sama seperti dalam diagram - Periksa output yang sesuai. - Periksa secara mata kasar atau menggunakan meter bagi setiap litar buka atau pintas pada track IC.
PINDAAN : 0 MUKASURAT 325 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 325 SOALAN: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan kerosakan akibat overheated? _____________________________________________________________________ 2. Sebutkan sebab-sebab berlakunya kerosakan pada litar elektronik? i. _________________________ ii. _________________________ iii. _________________________ iv. _________________________ v. _________________________ 3. Terdapat 4 perkara yang perlu diambil kira dalam proses troubleshoot. Senaraiakan keempat-empat perkara tersebut? i. _________________________ ii. _________________________ iii. _________________________ iv. _________________________ 4. Nyatakan akibat dan tanda-tanda berlakunya litar pintas (short circuit)? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 5. Berikan definisi symptom? ______________________________________________________________________ _ ______________________________________________________________________ _ ______________________________________________________________________ _ 6. Nyatakan 3 langkah sebelum mencari kerosakan? i. _________________________________________________________________ ii. _________________________________________________________________ iii. _________________________________________________________________
PINDAAN : 0 MUKASURAT 326 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 326 INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA KURSUS B05 - DIPLOMA TEKNOLOGI PENGELUARAN KOD DAN NAMA MODUL B05-01-04 – FAULT FINDING PENGALAMAN PEMBELAJARAN LE3 CHECK FOR FAULTY HARDWARE NO. TUGASAN BERKAITAN 04.02 CHECK FOR FAULTY HARDWARE OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO) PRODUCE BLOCK DIAGRAM THEN VISUAL CHECK ON DEFECT COMPONENTS AND CHECK FOR FAULTY HARDWARE, BY USING DRAWING SET, OPERATING MANUAL AND MEASURING INSTRUMENTS, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS SEQUENCE INTEPRETED AND ILLUSTRATED ACCORDING TO OPERATION SEQUENCE THEN DEFECT COMPONENTS AND ACUTAL DEFECTIVE CARD / COMPONENT IS IDENTIFIED. OBJEKTIF MEMBOLEH (EO) DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :- PRODUCE BLOCK DIAGRAM USING DRAWING SET, STATIONARY ETC, SO THAT THE PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS FLOW IS IDENTIFIED, PROCESS SEQUENCE INTERPRETED AND ILLUSTRATED ACCORDING TO OPERATION
PINDAAN : 0 MUKASURAT 327 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 327 1. MEMBAIKPULIH PERALATAN Untuk melakukan kerja-kerja membaikpulih kerosakan kita perlu mengetahui keedah atau teknik-teknik yang sesuai digunakan dan juga perlu memilih peralatan yang sesuai bagi memudahkan kerja-kerja baikpulih dijalankan. 2. LANGKAH-LANGKAH BAIKPULIH PERALATAN Terdapat tiga kaedah membaikpulih iaitu:- a) Penggantian • menggantikan komponen yang rosak dengan komponen yang baru yang mana ia mestilah mempunyai ciri-ciri atau nilai yang sama. b) Jejambat • kaeadah memasang komponen secara selari dengan komponen yangrosak c) Pematerian semula • kaedah memateri semula kaki komponen dengan timah di mana terdapat dry solder atau tiada penyambungan 3. PENGGANTIAN KOMPONEN Apabila anda hendak menggantikan komponen yang rosak, komponen gantian anda mestilah mempunyai spesifikasi yang sma dengan komponen asal. Berikut adalah beberapa contoh penggantian komponen. 3.1. penggantian fius Apabila fius terbakar pada mana-mana alat elektronik, fius tersebut perlu digantikan dengan fius yang saiz dan kadaran yang sama. Sekiranya fius tidaak menikut kadaran ini akan membahayakan pengguna dan merosakkan peralatan. 3.2. Penggantian Perintang Perintang yang rosak perlu diganti dengan perintang yang mempunyai nilai, jenis, dan kuassa yang sama. Jika tidak perintang tersebut akan rosak dan menyebabkan komponen lain turut rosak. 3.3. Penggantian Pemuat Pemuat yang rosak prlu digantikan dengan pemuat yang memmpunyai nilai kemuatan, jenis dan kadaran voltan yang sama. Jika nilai kemuatan tidak sama, pemuat itu akan mempengaruhi kendalian litar. Jika nilai kadaran voltan pemuat kurang daripada nilai spesifikasi, pemuat tersebut akan rosak. 4. PROSEDUR MENGESAN KEROSAKAN DAN BAIK PULIH Untuk mengesan kerosakan pada alatan dengan cepat dan mudah kamu perlu menikuti prosedur yang betul. Langkah-langkah di bawah menunjukkan jujukan mengesan kerosakan dan baik pulih pada perlatan elektrik seperti periuk nasi elektrik, cerek elektrik, seterika elektrik, kipas dan lampu pendafluir.
PINDAAN : 0 MUKASURAT 328 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 328 • mengenalpasti kendalian • mengenalpasti bahagian kerosakan • membuka alat • mengenalpasti bahagian / komponen yang rosak • menukar ganti komponen yang rosak • memasang alat • mengguji alat 5. PENYENGGARAAN DAN BAIK PULIH Alatan elektrik domestic memerlukan penyenggaraan dan baik pulih dari masa kesemasa supaya selamat digunakan. Pemelihan dan penggunaan alat tangan dan alat uji yang betul perlu diaamalkan supaya kerja-kerja baik pulih dan penyenggaraan dapat dilakukan dengan berkesan. Semasa melkukan kerja-kerja baik pulih dan penyenggaraan anda perlu mematuhi langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan pada anda dan juga orang disekeliling. Untuk proses ini alatan tangan dan alat uji perlu digunakan. 6. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Untuk mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan semasa melakukan kerja-kerja baik pulih dan penyenggaraan dapat dilakukan denga cepat, mudah dan menjimatkan kos dan yang penting keselamatan adalah terjamin. Antara langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi dalam kerja-kerja baik pulih dan penyenggaraan ialah:- • Matikan punca bekalan serta keluarkan palam dari soket. • Pastikan tangan anda kering semasa melakukan kerja-kerja ini. • Gunakan kadar saiz fius yang betul. • Pastikan alat elektrik tidak disambungkan ke mata lampu. • Gunakan kasut getah semasa melakukan kerja-kerja baik pulih dan penyenggaraan • Tidak memakai barang kemas • Mematuhi arahan daripada pengajar. 7. CONTOH KAEDAH BAIKPULH PERLATAN ELEKTRIK 7.1. Lampu Pendarflour Lampu pendarflour mempunyai empat bahagian yang penting iaitu punca bekalan, pemuat , tiub dan cok. Untuk mengenalpasti bahagian yang rosak kamu boleh merujuk kepada carta aliran di bawah. Jika lampu pendarflour tidak berfungsi, voltan punca bekalan diperiksa dengan menggunakan meter pelbagai pada julat 250VAU. Jika ada bekalan, keterusan cok diperiksa dengan meter pelbagai pada julat ohm.jika tiada keterusan pada cok, cok diganti dengan yang baru yang mempunyai spesifikasi yang sama dengan yang asal. Jika cok
PINDAAN : 0 MUKASURAT 329 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 329 dalam keadaan baik, pemula diperiksa dengan menggunakan kaedah gantian (pemula ynag baik) jika pemula tidak rosak, tiub diuji dengan menggunakan kaedah gantian. Sekiranya tiada bekalan pada peringkat awal keterusan talian bekalan dari suis hingga ketamatan lampu pendarflour diperiksa dengan menggunakan multimeter pada julat ohm. Jika tiada kerosakan ssama ada suis atau talian bekalan digantikan dengan yang baru. Jaual dibawah menunjukkan kedua-dua bahagian lampu pendarflour. Contoh beberapa masalah yang mungkin berlaku pada lampu pendarflour.
PINDAAN : 0 MUKASURAT 330 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 330
PINDAAN : 0 MUKASURAT 331 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 331 8. Bekalan Kuasa DC Bekalan kuasa DC terdiri daripada beberapa bahagian iaitu:- a) transformer b) Penerus (rectifier) c) Penapis (filter) d) pengatur (regulator) Pertama ukur voltan output DC, jika voltan keluaran sifar (0), pengukuran beralih kepada masukan utama (input). Ukur samaada transformer primery mendapat bekalan atau tidak. Jika tiada kerosakan mungkin berlaku pada plug, litar terbuka pada wayar utama atau fius terbakakar. Jika fius disyaki rosak pengujiannya perlu dibuat menggunakan ohm meter tidak boleh diperhatikan dengan mata kasar sahaja. Sekiranya fius yang terbakar disebabkan oleh bahagian litar lain yang rosak, sebelum menggantikan fius tersebut bahagian yang rosak itu perlu diperbaiki terlebih dahulu. Menguji kerintangan dengan memutuskan plug utama untuk mengesan kerosakan. Dengan menggunkan ohmmeter ukur kerintangan pada transformer primery, secunder, rectifier dlai rintangan sebagainya. Rintangan lilitan pada transformer bergantung kepada saiz transformer , transformer primer yang berukuran sederhana mempunyai nilai
PINDAAN : 0 MUKASURAT 332 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 332 rendah biasanya 50Ω. Biasanya jika secondary jika dibekalkan dengan voltan yang rendah, nilai rintangan yang diperolehi hanya beberapa Ω sahaja. Oleh itu sukar untuk mengesan pintasan pada lilitan rintangan. Walau bagaimanapun perbandingan boleh dibuat dari segi bacaan pada mana-mana data yang menggunakan transformer yang sama. Berhati-hati semasa menggunakan ohmmeter di mana pastikan polarity yang digunakan bagi rintangan untuk menguji diode, kapasitor elektrolitit dan transistor adalah betul. Kesilapan bacaaan mudah berlaku,, sekiranya kita menggunakan polarity yang salah. Sekiranya meter yang digunakan untuk mengukur rintangan yang tidak stabil, probe +ve hendaklah disambung pada kaki =ve dan begitulah sebaliknya. Jika meter menunjukkan keadaan songsang, rintangan yang melalui rectifier adalah rendah dan berlaku kebocoran pada pemuat. Walau bagaimanapun, fius utama yang mencapai ke primery, sepatutnya tida bersentuh. Langkah seterusnya ukur voltan AC pada sekunder, ukur ketidakstabilan volatan DC pada pengatur (regultor) dan seterusnya sehingga punca kerosakan dikenal pasti.
PINDAAN : 0 MUKASURAT 333 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 333 9. Jadual di bawah menunjukkan sebahagian daripada kerosakan, serta simtom-simtomnya.
PINDAAN : 0 MUKASURAT 334 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 334 SOALAN: 1. Senaraikan langkah-langkah baik pulih peralatan? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 2. Sebutkan 5 langkah-langkah keselamatan semasa melakukan kerja-kerja baik pulih? i. _________________________ ii. _________________________ iii. _________________________ iv. _________________________ v. _________________________ 3. Sebutkan apakah yang dimaksudkan dengan penyenggaraaan dan baik pulih? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ RUJUKAN: KEJURUTERAAN ELEKTRONIK, DR AZMY NORDIN, 2001
PINDAAN : 0 MUKASURAT 335 B05-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 335 KERTAS PENERANGAN MODUL 5 B05-01-05 BASIC PLC
B05 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK MUKASURAT 336 GROUP CLUSTERING MODULE 5 B05-01-05 - LE 1 PRODUCE ELECTRICAL SCHEMATIC DRAWING 01.02 Produce Electrical Schematic Drawing B05-01-05 -LE2 USE CONTROL CIRCUIT DEVICE 03.03A USE CONTROL CIRCUIT DEVICE B05-01-05 –LE3 CHECK INPUT/OUTPUT SIGNAL OF A PLC UNIT/ELECTRICAL SYSTEM 03.02 CHECK INPUT/OUTPUT SIGNAL OF A PLC UNIT/ELECTRICAL SYSTEM B05-01-05 –LE4 CHECK PROGRAM SEQUENCE OF LADDER DIAGRAM 03.03 CHECK PROGRAM SEQUENCE OF LADDER DIAGRAM
B05 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK MUKASURAT 337 INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA KURSUS B05 TEKNOLOGI ELEKTRONIK INDUSTRI KOD DAN NAMA MODUL B05-01-05 BASIC PLC PENGALAMAN PEMBELAJARAN LE 1 : PRODUCE ELECTRICAL SCHEMATIC DRAWING NO. TUGASAN BERKAITAN 01.03 PRODUCE ELECTRICAL SCHEMATIC DRAWING OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO) PRODUCE ELECTRICAL SCHEMATIC AND CHECK PROGRAM SEQUENCE OF LADDER DIAGRAM BY USING DRAWING SET, MEASURING INSTRUMENT, CIRCUIT DIAGRAM, PLC UNIT SO THAT THE DRAWING IS DRAW ACCORDING TO STANDARD SPECIFICATION AND POWER RATING IS CONFIRMED FOLLOWED BY OPERATION MANUAL, SIGNAL DISRUPTIONS AND PLC FAULTS INDICATOR AND I/O SUPPLY ARE CHECKED AND ERROR IN LADDER IS DETERMINED ACCORDING TO OPERATION OF CIRCUIT. OBJEKTIF MEMBOLEH (EO) DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :- PRODUCE ELECTRICAL SCHEMATIC DIAGRAM USING DRAWING SET, STATIONARY ETC, SO THAT THE DRAWING IS DRAW ACCORDING TO STANDARD SPECIFICATION.
B05 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK MUKASURAT 338 1. ELECTRICAL SCHEMATIC DRAWING 1.1. SIMBOL ELEKTRIK Terdapat berbagai-bagai jenis simbol elektrik yang digunakan didalam lukisan elektrik. Simbol - simbol ini untuk menunjukkan alat kelengkapan elektrik dalam lukisan pelan dan lukisan litar elektrik. Bil Keterangan Simbol 1 Arus terus 2 Arus ulang alik 3 Suis buka tutup 4 Suis sehala 5 Suis togol 6 Suis punat tekan 7 Suis dua kutub dua lontar 8 Suis kutub tunggal dua lontar 9 Suis kunci telegraf 10 Dua litar
B05 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK MUKASURAT 339 Bil Keterangan Simbol 11 Suis wafer 3 kutub 3-litar 12 Sentuh dengan pembalik pegas 13 Sentuh dengan pembalik tanpa pegas 14 Pemutus litar 15 Lever Switch 16 Limit Switch 17 Temperature Switch 18 Solenoid
B05 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK MUKASURAT 340 Bil Keterangan Simbol 19 Relay (Single-pole, Single–troe) 20 Relay (Single-pole, Double–troe) 21 Relay (Double-pole, Double-troe) 22 Relay (4-pole, Double-troe) 23 Pemasa (Timer) 24 Pembilang (Counter) 25 Poin lampu, simbol am 26 Soket alir keluar (simbol am) TIM N SV CNT N SV CP R
B05 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK MUKASURAT 341 Bil Keterangan Simbol 27 Ammeter 28 Voltmeter 29 Meterwatt 30 Motor 31 Gegelung 32 Meter tacho 33 Magnetic Sensors Terminal (+) Terminal (-) Isyarat 34 Inductive Sensors Terminal (+) Terminal (-) Isyarat 35 Capasitive Sensors Terminal (+) Terminal (-) Isyarat 36 Optical Sensors Terminal (+) Terminal (-) Isyarat A V W M C n
B05 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK MUKASURAT 342 SOALAN : 1. Lukiskan simbol bagi peralatan dibawah :- a) Magnetic Sensors b) Suis togol c) Lever Switch d) Relay (Single-pole, Single–troe) e) Solenoid RUJUKAN : 1 Lukisan pendawaian Elektrik 2 Lukisan Elektronik ( Md. Nasir Abd Manan
B05 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK MUKASURAT 343 INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA KURSUS B05 TEKNOLOGI ELEKTRONIK INDUSTRI KOD DAN NAMA MODUL B05-01-05 BASIC PLC PENGALAMAN PEMBELAJARAN LE 2 : USE CONTROL CIRCUIT DEVICE NO. TUGASAN BERKAITAN 03.03A USE CONTROL CIRCUIT DEVICE OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO) PRODUCE ELECTRICAL SCHEMATIC AND CHECK PROGRAM SEQUENCE OF LADDER DIAGRAM BY USING DRAWING SET, MEASURING INSTRUMENT, CIRCUIT DIAGRAM, PLC UNIT SO THAT THE DRAWING IS DRAW ACCORDING TO STANDARD SPECIFICATION AND POWER RATING IS CONFIRMED FOLLOWED BY OPERATION MANUAL, SIGNAL DISRUPTIONS AND PLC FAULTS INDICATOR AND I/O SUPPLY ARE CHECKED AND ERROR IN LADDER IS DETERMINED ACCORDING TO OPERATION OF CIRCUIT. OBJEKTIF MEMBOLEH (EO) DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :- USE CONTROL CIRCUIT BY USING CONTROL DEVICES SUCH AS RELAY, SENSOR, TIMER, COUNTER AND SWITCH SO THAT THE CONTROL CIRCUIT FUNCTION CORRECTLY.