The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ladybird, 2019-09-20 00:12:51

LAPORAN SEKOLAH HIJAU 2019

LAPORAN

Keywords: SEKOLAH HIJAU

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

LAPORAN PERTANDINGAN

ANUGERAH SEKOLAH HIJAU
TAHUN 2019

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH

Nama dan alamat sekolah ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Inderawasih, Tingkat Kikik 8, 13600 Perai, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

LOKASI SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan ini terletak di kawasan taman iaitu Taman
Inderawasih dalam Daerah Seberang Perai Tengah, Negeri Pulau Pinang. Jarak dari

PPD ialah 9.9 km manakala jarak dari JPN ialah lebih kurang 12 km. Ia
berlatarbelakangkan penduduk dari pelbagai kaum di antaranya Melayu, Cina dan

India

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

PELAN BANGUNAN SEKOLAH

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

JENIS SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih merupakan sekolah jenis
Menengah Kebangsaan. Sekolah ini merupakan sekolah yang mempunyai satu sesi

iaitu sesi pagi sahaja.

GRED SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih merupakan sebuah sekolah
yang bergred A.

SEJARAH SKOLAH

Sekolah Menengah Taman Inderawasih atau nama singkatannya SMKTI telah mula
dibina pada awal tahun 1994. Setelah hampir setahun berbaldi-baldi peluh

dicurahkan, 5 buah bangunan berdiri dengan keindahan yang tersegam indah.
Kumpulan pelajar yang pertama diambil pada 13 Mac 1995 iaitu hari pertama
persekolahan selepas cuti penggal. Seramai 150 orang murid pelajar dan 10 orang
guru mendaftarkan diri di sini.Walaupun angka ini adalah kecil, ia kian bertambah

dari tahun ke tahun sehingga kini.

Berkat dedikasi dan kesungguhan Encik Yusuh Osman, Encik Michael a/l T.S Rajoo,
Encik Choo Seng Hwa, Encik Rosman Md. Ajis, Encik Ong Yak Kuang, Encik Ang
Thean Soon, Puan Suhana Mohammad Zamri, Puan Saliza Ahmad dan Puan Teoh

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

Chai Lan yang diterajui Encik Ramly bin Mohd Ali, sebanyak 6 buah kelas berjaya
dibuka iaitu 2 kelas tingkatan 2 dan 4 kelas tingkatan 1. Proses pengajaran dan

pembelajaran berjalan dengan lancar walaupun baru sahaja dibuka. Pada 1 Januari
1996, Encik Abu Hassan bin Yahaya telah menjawat jawatan pengetua yang

pertama di sini. Kini sekolah ini diterajui oleh En Abdul Rasid bin Saad. Selepas
empat tahun, sekolah ini telah mempunyai jumlah pelajar hampir 800 pelajar dan

lebih daripada 60 orang guru.

Kalau disebut sahaja nama SMKTI, ramai orang terutamanya ibubapa akan
mengenali nama sekolah ini. Bidang akademik yang baik dan kegiatan ko-kurikulum
yang aktif dijalankan telah menaikkan nama baik SMKTI dan menjadikannya sekolah

pilihan untuk ibubapa yang inginkan anaknya mendapat pelajaran yang terbaik.
Pada usia yang begitu muda lagi, tahap disiplin di sini amat memberangsangkan
dan memuaskan. Ini karana disiplin di sini dikawal dengan ketat oleh guru-guru yang

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

berdedikasi menjalankan tugas mereka sebagai pendidik yang baik.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sejak penubuhan sekolah ini. Antara aktiviti telah
dijalankan ialah Pelancaran Sekolah Dalam Taman, menjadi tuan rumah kepada
Forum Remaja, Puisi Hari Kebangsaan, Kursus Matematik Kira Cepat Pra-Sekolah
dan banyak lagi. Kejayaan menganjurkan aktiviti ini telah membuktikan kapada
orang ramai kegigihan, kebolehan dan kesungguhan warga SMKTI menjayakan
pelbagai aktiviti. Sukan tahunan juga mampu dijalankan setiap tahun tanpa apa-apa

halangan dari mana-mana pihak.

Secara keseluruhannya, sekolah ini sangat dedikasi dan usaha bersungguh-
sungguh daripada semua pihak terutamanya pihak pentadbiran sekolah telah dapat
menaikkan nama baik sekolah dan diharapkan bahawa perubahan yang baru akan

dapat dijalankan agar menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Inderawasih sebagai sebuah sekolah yang baik dan ternama di Pulau Pinang.

VISI

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

MISI

Melestrasikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi
individu bagi memenuhi aspirasi Negara.

BUDAYA SEKOLAH

1) Bijak Menghargai Masa
2) Amanah Dalam Tanggungjawab

3) Komited Dalam Tugasan
4) Telus Membuat Keputusan
5) Integriti Teras Kecemerlangan

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

FALSAFAH SEKOLAH

SMK Taman Inderawasih sebagai institusi Pendidikan terunggul, berupaya
melahirkan insan yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,
tekun berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum, disiplin,
keceriaan dan fizikal sekolah serta celik information communication technology

untuk menghadapi dunia tanpa sempadan.

LOGO SEKOLAH

Buku PENERANGAN LOGO
- Melambangkan Pengetahuan & Kecemerlangan

Dua Tangan - Melambangkan Memohon Rahmat & usaha untuk mencapai
keputusan yang cemerlang.

Simbol Bintang - Melambangkan Lima Rukun Islam & Lima Prinsip Rukun Negara

Warna Hijau - Persekitaran yang ceria

Warna Biru - Perpaduan dan keharmonian

Warna Merah - Keberanian & Usaha Untuk Berjaya

Warna Putih - Keihklasan & Kejujuran

Warna Kuning - Keyakinan

Warna Ungu - Keamanan & Kebersamaan

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

IKRAR PELAJAR

Bahawasanya kami para pelajar Sekolah Menengah Taman Inderawasih berikrar
akan belajar bersungguh-sungguh
akan menghormati guru

akan mematuhi semua peraturan sekolah
dan akan menjadi pelajar cemerlang.

LAGU SEKOLAH

Panorama indah sekolah ceria
Itu sekolah kita

Warga dedikasi akhlaknya terpuji
Melonjak kecemerlangan

Celik I.T sains dan Teknologi
Pemangkin Inovasi

Semarak semangat waja diri
Menggapai satu misi dan visi
Kami penggerak pembangunan Negara
Seiring tekad janji kami setia
Kami penggerak wawasan tercinta

Menuju puncak jaya
Julang kejayaan dan iltizam

Inderawasih terbilang

TARIKH PELAKSANAAN

Januari 2019 hingga Disember 2019 dan berterusan dengan penambahbaikan.

TEMPAT PELAKSANAAN

SMK Taman Inderawasih.

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

CARTA ORGANISASI UNIT SEKOLAH HIJAU

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

KAEDAH PELAKSANAAN

Maklumat kepenggunaan disampaikan melalui pelbagai kaedah, iaitu
 Torowong Pengguna,
 Herbal Corner, dan

 Facebook KPS SMK Taman Inderawasih
 Facebook Kelab Alam Sekitar SMK Taman Inderawasih

 Pusat Sumber SMK Taman Inderawasih
 Lain-Lain (Kempen, Brosure, Aktiviti, Pertandingan, Explorace, Lain-lain

Program yang menarik)

TOROWONG PENGGUNA

 Diwujudkan bagi menarik minat dan pandangan warga SMK Taman
Inderawasih dan semua pengunjung kerana ianya diwujudkan dalam suasana

yang kreatif dan menarik.

 Terletak di Blok B pada Aras 1 di mana ia menjadi tumpuan dan laluan utama
bagi semua warga SMK Taman Inderawasih kerana ianya menghubungkan
Blok A dan Blok C serta bersebelahan dengan Bilik Guru bagi memberi
informasi yang cepat dan tepat kepada semua guru di samping semua murid
juga mendapat manfaat yang berganda.

 Berada pada aras yang sama dengan pejabat sekolah juga memberi kelebihan
di mana terowong tersebut dapat menarik perhatian tetamu dan ibu bapa yang
menggunakan laluan tersebut.

 Secara tidak langsung, Terowong Pengguna ini dapat memberi informasi
kepada semua guru, murid, ibu bapa serta tetamu luar di mana semuanya
adalah merupakan “PENGGUNA”.

HERBAL CORNER

 Merupakan sudut ilmu kepenggunaan yang diwujudkan khas bagi melahirkan
generasi yang cintakan alam sekitar.

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

 Merupakan medan di mana semua warga sekolah dapat mempelajari tentang
nama-nama pokok herba yang memberi manfaat kepada semua.

 Penggunaan bahan kitar semula turut menceriakan Herbal Corner bagi
melahirkan warga yang kreatif serta memupuk budaya berjimat cermat dan
cintakan alam sekitar.

 Berada di kedudukan yang sangat strategik iaitu di antara Blok B dan Blok C,
dan juga bersebelahan dengan tangga utama, ianya mendapat perhatian serta
tumpuan semua warga sekolah di samping memberi impak kepada
persekitaran kerana dapat memberi pemandangan hijau di dalam perkarangan
sekolah.

FACEBOOK KPS SMK TAMAN INDERAWASIH
 Merupakan sudut Kelab Pengguna dengan capaian pantas mengikut

peredaran masa di mana semua maklumat berada dihujung jari.

 Ia merupakan sudut kepenggunaan secara maya yang sentiasa memberi info
terkini berkaitan kepengguaan.

 Menjadikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna sebagai rujukan utama dalam menyebarluas maklumat agar
maklumat yang disampaikan adalah tepat.

 ia juga dapat memberi alternatif kepada warga SMK Taman Inderawasih dan
dunia luar bagi mendapatkan info terkini berkaitan kepenggunaan.

 Kegiatan KPS dikemaskini diruangan ini agar maklumat yang lebih cepat dapat
diterima oleh semua ahli KPS.

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

PUSAT SUMBER SMK TAMAN INDERAWASIH
 Merupakan destinasi yang menyediakan pelbagai info dan maklumat yang

bermanfaat.
 Ia menyediakan pelbagai info kepenggunaan melalui buku-buku terpilih, buletin

kepenggunaan, pamplat, brosure dan hasil karya murid seperti poster
kepenggunaan

LAIN-LAIN AKTIVITI YANG MENARIK
 KPS SMK Taman Inderawasih merupakan antara kelab pengguna yang sangat

aktif di negeri Pulau Pinang.
 Dikenali dan menjadi rujukan Guru Penasihat KPS di sekitar Pulau Pinang

dalam berkongsi idea dan pengalaman secara bersama-sama.
 Aktiviti yang menarik dengan pelbagai program yang dianjurkan telah
menyebabkan SMK Taman Inderawasih menerima Anugerah Kelab Pengguna
Terbaik Sempena Majlis Apresiasi Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai

Tengah Tahun 2019.

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

AKTIVITI SEKOLAH HIJAU

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

PROGRAM KITAR SEMULA
KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Program ini akan dijalankan sepanjang tahun. Kelab Pengguna bertanggunjawab
terhadap program ini akan memberi penerangan ringkas mengenai kitar semula
dan seterusnya menerangkan langkah-langkah yang betul dalam mengendalikan
bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Bagi menarik minat pelajar untuk
menyertai kempen ini, akan dijalankan pertandingan pengumpulan bahan kitar
semula yang paling banyak. Pertandingan akan diadakan bagi dua tahap secara
berasingan, iaitu tahap satu dan tahap dua. Pemenang pertama, kedua dan ketiga
akan dipilih berdasarkan berat bahan yang dikumpulkan. Pertandingan akan
dijalankan sepanjang tahun, dan pemenang akan diumumkan pada perhimpunan
rasmi sekolah. Pengumpulan akan dijalankan setiap hari di mana setiap kelas
akan mengumpul. Pengurusan pengumpulan bahan-bahan ini akan dibantu oleh
para pengawas alam sekitar sekolah dan guru-guru yang terlibat. Tarikh dan
waktu pengumpulan akan diberitahu dari semasa ke semasa melalui perhimpunan
pagi. Melalui program ini, diharapkan perasaan cintakan alam sekitar dapat
disemai di dalam diri setiap warga sekolah , menjadikan persekitaran sekolah lebih
bersih dan kondusif dan seterusnya mengurangkan masalah pencemaran yang
semakin membimbangkan kini.

Gambar 1: Pelancaran Sekolah Hijau Peringkat Sekolah

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

PROGRAM 5R
( RECYCLE, REUSE, REDUCE, REPAIR, RETHINK)

Program 5R telah dilaksanakan pada 30 April 2019, iaitu pada pukul 11.00 pagi
hingga pukul 12.00 tengah hari yang bertempat di Makmal Multimedia A. Program
ini melibatkan 50 orang pelajar Tingkatan 4PSV 1, 4PSV2 , 5Pdg dan 5PSV.
Penerangan kepentingan pengasingan sisa pepejal telah disampaikan oleh
En. Chew Eng Seng. Program 5R ini penting dalam usaha menyedarkan
masyarakat terutama generasi muda akan kepentingan melakukan 5R dalam
kehidupan harian sebagai satu usaha menghijaukan bumi.

Pelajar diberi penerangan tentang pengasingan sisa pepejal oleh Pihak Majlis
Perbandaran Seberang Perai

Pelajar menjalankan aktiviti pengasingan sisa pepejal mengikut jenis barangan buangan
dan kategori bahan buangan tersebut

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

KEMPEN TANPA STRAW

Seperti yang kita tahu, bahan-bahan kegunaan harian kita yang dibina atau
diperbuat daripada plastik, adalah sangat berbahaya kepada alam sekitar kerana
sifatnya yang sangat sukar diurai dan dihancurkan untuk kembali sebati dengan
tanah.
Justeru pencemaran plastik ini sangat-sangat mengganggu ekosistem, di mana
bahan-bahan plastik terbuang ini dilapor memudaratkan haiwan liar di darat dan di
laut.
Di bawah ini beberapa fakta yang aku temui berkenaan pencemaran plastik:
1. Lebih 100 juta haiwan marin maut setiap tahun berpunca daripada pencemaran
plastik di laut — National Georgraphic/John Cancalosi.
2. Pencemaran plastik di lautan menjejaskan sekurang-kurangnya sebanyak 267
spesies hidupan-hidupan liar seluruh dunia yang terdiri daripada 86% spesies
penyu, dan 43% pelbagai spesies mamalia marin.
3. Kajian mendapati jika tren semasa berterusan, jumlah pencemaran plastik akan
melebihi jumlah ikan-ikan yang berada dalam lautan menjelang tahun 2050.
4. Negara kita Malaysia merupakan negara ke-8 dunia yang menyumbang kepada
pencemaran plastik paling besar di lautan.
Sumber — https://www.milosuam.net/2018/09/kenapa-straw-diharamkan-di-
malaysia.html#ixzz5yqVvzRP9

INOVASI MEMBUAT SABUN DENGAN MENGGUNAKAN
MINYAK MASAK TERPAKAI

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

Pada tanggal 30 April 2019 , Kelab Pengguna SMK Taman Inderawasih telah
menganjurkan satu Inovasi membuat sabun dengan menggunakan minyak masak
terpakai. Program ini telah diadakan di Dewan Ar-Rasid dan telah dihadiri oleh 30
orang pelajar daripada Tingkatan 4. Program ini dimeriahkan lagi dengan
kehadiran En. Chew Eng Seng daripada pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai
yang menjadi penunjuk cara pembuatan sabun dengan menggunakan minyak
terpakai.

Bahan-bahannya:-
1 liter minyak masak terpakai
120 grams caustic soda (sodium hydroxide)
400 ml air
pewangi@ essential oils(untuk mewangikan sabun)

Cara-caranya:-
1. Tapis minyak masak untuk mengasingkan habuk2 dan masukkan ke dalam
bekas plastik.
2. Sukat air dalam botol mineral.
3. Gaul caustic soda (sodium hydroxide) dengan air yang telah disukat tadi
sehingga larut.
4. Biarkan caustic soda sejuk lebih kurang 15 minit. Boleh jugak diletak boiler bagi
mempercepatkan proses penyejukan.
5. Tambahkan minyak masak tadi ke dalam caustic soda yang telah sejuk. Terus
kacau sehingga sebati.
6. Masukkan pewangi atau essential oils.
7. Tuangkan campuran ke dalam bekas/acuan untuk membentuk sabun.

Tips berguna:-
1. Ketika mengendalikan caustic soda adalah digalakkan menggunakan mask dan
glove untuk mengelakkan dari terkena kulit anda. Jika terkena caustic soda cepat2
basuh kawasan yang terkena dengan cuka.
2. Tambah 1 atau 2 sudu kecil gula kedalam larutan sebelum memasukkan
pewangi atau essential oils untuk menambahkan buih.
3. Biarkan campuran sabun lebih kurang 3-4 minggu untuk terbentuk.

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

PENGHASILAN BAJA KOMPOS

Objektif/matlamat :
Menguruskan sisa daripada taman, kawasan padang serta kantin sekolah

dengan berkesan.
Menghasilkan baja organik yang mesra alam serta kaya dengan nutrien.
Mengurangkan kos perbelanjaan penyelenggaraan taman dengan

menghasilkan baja sendiri.
Faedah :

Mengurangkan sampah di persekitaran dan menyuburkan tanah di taman serta
persekitaran sekolah.

Warga sekolah, khususnya pelajar berpeluang melibatkan diri dalam usaha
melestarikan sekolah.

PENGHASILAN BAJA F.E.M

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

Pengenalan
Aktiviti ini dibimbing oleh pegawai daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
Kos penghasilan baja F.E.M disumbang oleh Syarikat Think City. Pegawai
daripada CAP, Encik Theeban memberi penerangan mengenai cara-cara
penghasilan baja F.E.M. Penghasilan tersebut menggunakan buah-buahan yang
rosak, telur dan gula merah. Para pelajar menghasilkan sendiri baja F.E.M dengan
mengikuti semua tunjuk ajar daripada Encik Theeban. Seramai 5 orang pelajar
dipilih untuk mengurus dan memantau hasil baja F.E.M mengikut masa yang telah
ditetapkan. Lebih 10 liter baja dihasilkan dan digunakan sebagai projek
(Butterworth Urban Garden for School)

Objektif / matlamat
- Menguruskan sisa daripada taman, kawasan padang serta kantin sekolah

dengan berkesan.
- Menghasilkan baja organik yang mesra alam serta kaya dengan nutrien.
- Mengurangkan kos perbelanjaan penyelenggaraan taman dengan

menghasilkan baja sendiri.

Faedah
- Mengurangkan sampah di persekitaran dan menyuburkan tanah di taman

serta persekitaran sekolah.
Warga sekolah, khususnya pelajar berpeluang melibatkan diri dalam usaha

melestarikan sekolah.

Pihak yang terlibat dalam perlaksanaan projek :
Penghasilan baja FEM ini telah melibatkan murid-murid, guru pembimbing dan
juga tukang kebun.

Jadual Tugas Penghasilan Baja FEM

Bil Kelas Hari
Pelajar Bertugas 4ST Isnin

1 Shamni 4ST Selasa
Chan Peng mun
4ST Jumaat
2 Kavilashini
Tanesh

3 Ramya
Heng Soo Yang

Tindakan Selanjutnya Sehingga Projek Tamat
Taklimat di beri kepada pekebun sekolah untuk penghasilan baja FEM yang
berkesan. Pemantauan pelajar juga dijalankan sepanjang masa untuk memastikan
penghasilan baja FEM yang baik dan berkualiti tinggi. Pihak CAP telah memberi
tunjuk ajar dalam penghasilan baja FEM. Pada peringkat awal pihak CAP yang
menyediakan bahan-bahan untuk menghasilkan baja FEM. Pada sesi yang
berikutnya, pelajar-pelajar sendiri yang menghasilkan baja FEM. Baja FEM yang
telah siap diproses telah digunakan terhadap tumbuh-tumbuhan yang terdapat di
dalam Projek Sayur-sayuran Mega SMK Taman Inderawasih. Baja ini juga telah
dijual kepada staf-staf SMK Taman Inderawasih.

Perancangaan seterusnya
Projek penghasilan baja FEM akan terus dijalankan kerana dilihat sebagai suatu

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

tanggungjawab kepada warga sekolah khususnya, serta masyarakat amnya, bagi
menjamin kehidupan lestari. Ahli-ahli Kelab pengguna dari tingkatan 4ST yang
mahir dalam penghasilan baja FEM akan membimbing ahli tingkatan 1,2,dan 3
dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka dengan harapan dapat melahirkan
pelajar yang berbudaya celik alam sekitar.

Bantuan agensi luar
Pihak sekolah mendapat khidmat nasihat bagi penghasilan baja FEM daripada
Pegawai CAP. Pegawai-pegawai bertugas dari badan ini membuat lawatan dan
memberi tunjuk ajar secara berkala dari semasa ke semasa.

Keberkesanan Program
Pelajar sangat teruja kerana mendapat pelbagai maklumat tentang cara-cara
penghasilan baja F.E.M daripada Encik Theeban.
Diharap perkongsian ilmu ini dapat diadakan semula dan melibatkan semua warga
SMK Taman Inderawasih

Gambar 1: Penerangan awal mengenai Gambar 2: Pegawai CAP menerangkan
baja F.E.M cara menghasilkan memotong bahan F.E.M

Gambar 3: Murid memotong bahan Gambar 4 :Bahan F.E.M :
untuk menghasilkan F.E.M 3 kg Betik, 3 kg Pisang, 3 kgLabu, 5
Antaranya buah-buahan yang telah Telur,Gula merah 3 kg, 10 liter Air.
rosak seperti betik, labu. Sediakan tong besar kedap udara.
Gaulkan.

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

Gambar 5: Aktiviti menggaul baja Gambar 6: Baja F.E.M perlu mengambil masa
F.E.M . 45 hari. Perlu gaul 10 hari sekali untuk 3 kali.
Seterusnya, selepas 30 hari, perlu gaul setiap
hari untuk tempoh 15 hari berturut-turut. Selepas
siap, bahan perlu di tapis.

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

CERAMAH KEPENGGUNAAN BERSAMA
KPDNHEP PULAU PINANG

Ceramahini diadakan pada 25 April 2018. Ianya di mulakan dengan ucapan aluan
dan bacaan doa. Seterusnya Pegawai KPDNKK Pulau Pinang, En Roslan,
menyampaikan ceramah tentang hak-hak pengguna dan bagaimana menjadi
seorang pengguna yang bijak. Pelbagai ilmu kepenggunaan, dikongsi oleh beliau
bersama peserta ceramah. Ceramah turut diselang seli dengan soalan kuiz di
mana 5 orang pemenang diberikan hadiah cederahati sumbangan daripada
KPDNHEP Pulau Pinang. Seterusnya sesi soal jawab bersama pelajar. Ceramah
diakhiri dengan penyampaian cederahati daripada pihak sekolah dan KPDNHEP.
Seterusnya sedikit jamuan ringan kepada pihak KPDNHEP Pulau Pinang. Majlis
tamat pada pukul 12.30 tengahari.
Ceramah berjalan lancar dengan
jayanya.

njawab Gambar 1: Murid tekun mendengar
ceramah Kepenggunaan

Gambar 3 Penyampaian Cenderahati
kepada KPDNHEP

Gambar 3: : Murid kusyuk
mendengar ceramah

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

HERBAL CORNER

Taman Herba sekolah merupakan satu usaha Kelab Pengguna Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih untuk mewujudkan suasana
persekitaran yang segar dan nyaman disamping memelihara warisan ubat-ubatan
dan herba kulinari agar tidak dilupakan oleh generasi masa kini.Taman Herba
SMK Taman Inderawasih atau lebih dikenali sebagai “Herbal Corner” adalah
dibawah pengawasan Kelab Pengguna. Di harap dapat memberi pendedahan
kepada ahli kelab tentang manfaat dan khasiat tanaman herba ubatan dan herba
kulinari. Diharap taman herba ini dapat memupuk semangat cintakan bumi hijau
dalam kalangan ahli khususnya dan warga SMK Taman Inderawasih amnya.
Dalam proses mewujudkan taman herba ini, banyak ilmu yang dapat dpelajari oleh
semua ahli kelab pengguna khususnya dan warga SMKTI amnya. Antaranya
proses penanaman pokok, penjagaan pokok dan khasiat setiap tanaman herba.

Dihiasi tanaman herba dan kulinari

Kerjasama & gotong royong dalam kalangan ahli kelab adalah kunci kejayaan

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

BENGKEL PERTANIAN BANDAR
KERJASAMA JABATAN PERTANIAN PULAU PINANG

Bengkel Pertanian Bandar ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Pertanian
Pulau Pinang. Ianya dijalankan bagi memberi pendedahan kepada guru-guru dan
murid-murid cara-cara untuk menanam sayur-sayuran menggunakan kaedah
hidroponik. Dengan harapan, program seperti ini dapat melahirkan murid yang
berkemahiran serta memupuk sikap berjimat cermat sesuai dengan keaadan
ekonomi semasa.

Gambar 1: Murid melakukan sendiri aktiviti

Gambar 2: Peserta diberi tunjuk ajar Gambar 3: Hasil aktiviti semaian.
oleh Pegawai Jabatan Pertanian

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

PAMERAN KEPENGGUNAAN

Pameran Kepenggunaan telah diadakan pada Bulan Sains Dan Matematik. Pada
hari ini para pelajar telah didedahkan tentang isu-isu kepenggunaan oleh urusetia
yang bertugas di booth kelab pengguna. Tujuan pameran ini diadakan adalah
untuk mendedahkan pelajar kepada isu-isu yang berkaitan dengan pengguna.
Pelajar juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan kepenggunaan
melalui brosur yang telah dipamerkan pada booth Kelab Pengguna. Maklum balas
yang kami peroleh melalui penganjuran program ini amat memberangsangkan
kerana golongan pelajar merupakan salah satu komuniti pengguna di Malaysia.

Pameran Kepenggunaan dan tunjuk cara menghasilkan ais krim tanpa
menggunakan peti sejuk Di Booth Kelab Pengguna

Penerangan ringkas diberikan oleh urusetia Booth Kelab Pengguna

Pemeriksaan Kesihatan dan BMI serta tinjauan pelajar sekitar kawasan pameran

PROGRAM PATROL DENGGI

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

Program ini telah dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan. Pelajar-
pelajar diiringi guru yang bertanggungjawab membuat pemeriksaan di seluruh
kawasan sekolah dan sekitar sekolah. Misi program ini dijalankan adalah untuk
memperlengkap dan memperkasa murid sebagai pendidik dan insan berpengaruh
dengan bertindak sebagai duta untuk mencegah denggi. Pameran kesihatan
daripada Klinik Kesihatan SPT bagi menambah input kepada semua warga SMKTI
berkaitan penyebaran wabak Denggi. SMKTI merupakan salah sebuah sekolah
yang mewakili Pulau Pinang dalam Pertandingan Patrol Denggi Peringkat
Kebangsaan.

Gambar 1: Sebaran Maklumat Patrol Gambar 2: Replika Nyamuk Aedes
Denggi di Facebook

Gambar 3: Murid melakonkan watak Gambar 4: Penerangan daripada Pegawai
sebagai nyamuk Aedes. Kesihatan mengenai Nyamuk Aedes

Gambar 5: Persiapan gotong royong Gambar 6:Kitaran pembiakan nyamuk
mencegah pembiakan nyamuk Aedes Aedes.

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

PROGRAM ‘KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR’

Program ini merupakan merupakan salah satu program Unit sekolah Hijau SMK
Taman Inderawasih di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca.
Program ini dijalankan serentak di sekolah setiap Hari Rabu Minggu Pertama dan
Minggu Ketiga pada pukul 9.20 minit pagi - 9.30 pagi.
Pelajar diberikan bahan bacaan dan membaca selama 10 minit bagi menerapkan
amalan minat membaca dalam kalangan murid. Jawatankuasa Unit Sekolah Hijau
SMK Taman Inderawasih mengambil kesemptan ini untuk mengedarkan risalah
dan brosure berkaitan alam sekitar. Pelajar mempunyai pelbagai pilihan bahan
bacaan. Semoga program tersebut dapat menambahkan ilmu pengetahuan para
pelajar di samping memupuk amalan suka membaca dalam diri mereka.

Gambar 1: Murid kyusuk membaca
risalah berkaitan penjimatan elektrik,
air dan kitar semula.

Gambar 2: Kempen turut melibatan semua pihak termasuk guru-guru & kakitangan.

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

PROGRAM ’5-MINUTE TALKS’

Program 5-Minute Talks dijalankan pada setiap kali hari selasa minggu pertama
pada setiap bulan. Pelajar akan diberi tugasan untuk menyampaikan maklumat
berkaitan isu-isu kepenggunaan kepada rakan-rakan di dalam kelas.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar
isu-isu semasa berkaitan kepenggunaan dan cadangan penyelesaian sekiranya
berlaku ketidakpatuhan kepada hak-hak kepenggunaan.

Pelajar menyampaikan info berkaitan kepenggunaan kepada rakan-rakan di dalam kelas

Pelajar berkumpul mendengar taklimat daripada rakan dan memikirkan solusi kepada
pernyataan masalah berkaitan isu kepenggunaan

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER
ANJURAN FOMCA

Pertandingan melukis poster Anjuran FOMCA ini merupakan acara tahunan yang
kendalikan oleh Kelab Pengguna SMKTI. Aktiviti disertai oleh pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih mengikut kategori yang
dinyatakan.Aktiviti ini dijalankan serentak di peringkat sekolah dalam tempoh
seminggu di mana ia dijalankan sewaktu mata pelajaran pendidikan seni visual.
Poster yang dihasilkan oleh para pelajar ditampal di Papan Kenyataan sekolah
untuk menambahkan keceriaan dan kecantikan serta memberi input kepada
seluruh warga SMK Taman Inderawasih. Para pelajar menghasilkan poster yang
menarik.

Pertandingan sedang dijalankan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

PERTANDINGAN MENULIS ESEI
ANJURAN FOMCA

Pertandingan ini adalah hasil kerjasama Kelab Pengguna SMK Taman
Inderawasih bersama-sama dengan Panitia Bahasa Melayu. Pertandingan
menulis esei yang berkaitan dengan kepenggunaan ini mendapat sambutan yang
memberansangkan dalam kalangan pelajar SMK Taman Inderawasih. Program ini
telah dijalankan oleh Pn. Rashidah Binti Sidek selaku ketua Panitia Bahasa
Melayu SMK Taman Inderawasih.

Pertandingan sedang dijalankan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

PROGRAM LOVE, CARE AND SUSTAIN THE NATURE

Program ini adalah hasil kerjasama Unit Sekolah Hijau bersama Island College Of

Technology , Pulau Pinang. Program ini telah dijalankan pada 30 April 2019,
bermula pada pukul 9:00 pagi – 2:20 petang. Penglibatan keseluruhan peserta

program seperti berikut :
Anggaran Jemputan dan Staf SMK Taman Inderawasih yang terlibat

Bil Jemputan (VIP) Bilangan
1 Murid-murid SMK Taman Inderawasih 678 0rang
2 Island College Of Technology 20 orang
3 Perbadanan Perpustakaan Awam 15 orang
4 KPDN HEP 10 orang
5 JPN 3 orang
6 Jabatan Pertanian 5 orang
7 MPSP 3 orang
8 5 sekolah daripada 4 daerah 5 guru pengiring + 20 murid =
25 orang
9 Jabatan Perhutanan 5 orang
10 Water Watch 5 0rang
11 Guru dan Staf Terlibat 58 + 9 = 67 orang
12 AADK 5 orang
12 PIBG 10 orang
Jumlah Keseluruhan 845 orang

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti berikut :

Masa Aktiviti PENGURUS PROJEK Tempat Kumpulan

Sasaran

7.30 pagi – PdPc berjalan seperti biasa

9.30 pagi

7.30 pagi – GEMPUR KERJA KURSUS RBT (Semua Pelajar tingkatan 3)

9.30 pagi Diuruskan oleh Pn. Marlizam dan En Zaiman Ali

9.30 pagi REHAT


10.00 pagi

Aktiviti Klik Dengan Perbadanan Perpustakaan Murid Tingkatan

Bijak Perpustakaan Awam Bergerak/ 1N, 1Z

Permainan Dam dan Pn. Siti Dewan Ar-Rasid

Ular Noorseriwani Binti

Adris

Galakkan Perbadanan Perpustakaan Murid tingkatan
10.00 pagi – Membaca, Perpustakaan Awam, Bergerak/ 1M, 1D, 1I

12.00 tengah Story telling, Island College of Dewan Ar-Rasid

hari Tulis esei Technology dan Pn.

“Faedah Membaca” Siti Noorseriwani Binti

Adris

Puzzle of Nature Island College of Dewan Tertutup Murid Tingkatan

& Papan Tanda Technology dan Lai 2M, 2D, 2I

Nam Chun

Kesedaran Water Watch, Island Makmal Kimia 1 Murid Tingkatan

Kepentingan Air College of Technology 4ST dan

(Melukis Poster dan dan Pn. Nur Raihan 5PSV1, 3Z

Aktiviti Kesedaran Azmi

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

12.00 tengah Air) Jabatan Pertanian , Makmal Kimia 2 Murid Tingkatan
hari Pertanian Bandar Island College of 3N
- Technology dan Pn. Makmal Fizik 2 Murid Tingkatan
12.30 t/hari Ceramah Salwa Binti Othman 3D
12.30 tengah Kepenggunaan KPDNHEP dan Pn. Makmal Biologi Murid Tingkatan
hari – 12.45 Peta Minda Salwa Binti Othman 1 4A dan 4PSV1
tengah hari Pembentangan
Ceramah Go Green MPSP dan Pn. Makmal Biologi Murid Tingkatan
12.45 tengah dan Aktiviti Go Rahmah 2 5S, 5T, 3I
hari – 1.00 Green Island College of
petang LNQ Kuiz Technology Makmal ICT1 Murid Tingkatan
Recycle Invention Makmal ICT2 5MPV, 4MPV,
1.00 petang – Ceramah Pusat AADK, Pusat Racun 4PSV2 dan
2.20 petang Racun dan Negara, Island College Dewan Ar-Rasid 5PSV2
Ceramah Agensi of Technology dan / Padang
Dadah Pn. Mariani Murid Tingkatan
Aktiviti melukis ( 4 Khemah 3M, 2N, 2Z
poster Island College of 10”x10”)
Teknologi Hijau Technology dan Pn. Seluruh Pelajar yang
(membuat roket ‘Asrah Binti Abdul telah disaring
dengan bahan Hamid Kawasan SMKTI Semua Murid
buangan) En. Saiful Adli Makmal Biologi Semua Murid
Treasure Hunt Dewan Ar-Rasid
Matematik Pn. Suzana Ismail Semua Murid
Pameran Sains Perpustakaan SMK Dewan Ar-Rasid
Kem Membaca Taman Inderawasih Semua Murid
Pameran Bigbook Pn. Lee Leng Leng Dewan Ar-Rasid
Pn. Siti Zurairah Dan Tingkat 1 Semua Murid
Ucapan Tuan Pengetua Blok B
Tuan Pengarah
Gimmik Pelancaran KPDNHEP Dewan Ar-Rasid
Jimat Tenaga (Perasmian)
Dan perasmian Pn. Intan Baiduri
Sudut Pengguna Pn. Siti Noorseriwani
SMKTI Perbadanan
Perpustakaan Awam
Majlis Negeri Pulau pinang
Penyampaian Pihak Island College of
hadiah dan Majlis Technology
Penutup Pn. ‘Asrah Abdul
Hamid
Pn. Suzana Ismail
Pn. Nur Raihan Binti
Azmi

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

Program Bersama KPDNHEP

Pertandingan Membuat Roket Air Bersama Perbadanan Perpustakaan Negeri Pulau Pinang

Aktiviti Membuat Sabun Bersama MPSP

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

Pertandingan Jigsaw Puzzle Alam Sekitar Bersama Island College Of Technology

Pertandingan menghasilkan Produk Inovasi dengan menggunakan barang terpakai bersama ICT
College

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

Ceramah Angkasa Lepas Bersama En. Awang Shahrizan yang berkhidmat dengan Kementerian Tenaga,

Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

Program Jom Membaca Bersama Perbadanan Perpustakaan Negeri Pulau Pinang

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

SEBARAN MAKLUMAT
& PROMOSI

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

SUDUT SEKOLAH HIJAU & PAPAN KENYATAAN

Sebaran maklumat agak penting untuk memupuk kesedaran dalam kalangan
warga sekolah mengenai kepentingan alam sekitar dan kitar
semula. Pembangunan sebaran maklumat meliputi empat bahagian iaitu sebaran
melalui papan kenyataan kelas, papan kenyataan Kelab, bahan sebaran maklumat
di Pusat Sumber Sekolah dan perpustakaan sekolah.
SMK Taman Inderawasih menjadi satu medium sebaran maklumat yang berkesan
mengenai kepenggunaan dan hak-hak sebagai pengguna kepada murid-
murid. Pusat sumber sekolah dijadikan sebagai salah satu pusat pembelajaran
kepenggunaan di sekolah.

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

FACEBOOK

Merupakan medium dengan capaian pantas mengikut peredaran masa di mana
semua maklumat berada dihujung jari.
Ia merupakan sudut sekolah hijau secara maya yang sentiasa memberi info terkini
berkaitan alam sekitar dan program-program di bawah Unit Sekolah Hijau.
Ia juga dapat memberi alternatif kepada warga SMK Taman Inderawasih dan
dunia luar bagi mendapatkan info terkini.
Kegiatan Unit Sekolah Hijau dikemaskini diruangan ini agar maklumat yang lebih
cepat dapat diterima oleh semua.

https://www.facebook.com/KPSSMKTamanInderawasih

https://www.facebook.com/KPSSMKTamanInderawasih

APLIKASI ‘WhatsApp’

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

Maklumat dikongsi didalam Aplikasi WhatsApp secara individu dan berkumpulan
seiring dengan peredaran masa dan dunia dihujung jari. Semoga maklumat yang
disebarkan dan dikongsi dapat memberi input yang berguna kepada semua pihak.

-

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

BANNER / BUNTING

Salah satu kempen dan alternatif yang dijalankan bagi memberi kesedaran dan
peringatan kepada semua tentang tanggungjawab sosial semua pihak dalam
melestarikan alam sekitar.

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

MURAL

Memberi kesedaran dan peringatan yang bermaklumat dalam melahirkan generasi
yang kreatif dan secara langsung murid lebih menghargai mesej yang di
sampaikan kerana ianya dihasilkan oleh mereka.

PAMPLATE / BROSURE/ BAHAN BACAAN/ BUKU SKRAP

Salah satu bahan bacaan yang diletakkan di tempat yang menjadi tumpuan ramai
seperti Pusat Sumber Sekolah, Kantin dan sudut- sudut bacaan yang menjadi
laluan utama warga SMK Taman Inderawasih. Dengan harapan, masa yang
terluang dapat dimanfaatkan dengan pihihan bahan bacaan yang menarik dan
bermaklumat.

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

TAKLIMAT

Taklimat ringkas dan perkongsian idea sentiasa dikongsi dalam setiap mesyuarat
dan perjumpaan guru-guru dan kakitangan secara ringkas bagi memberi
kesedaran kepada semua tentang kepentingan kelestarian alam sekitar.

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

LAWATAN HIJAU & MARIN

Memberi peluang dan ruang kepada guru-guru dan kakitangan SMK Taman
Inderawasih dalam meneroka khazanah alam dan menghargai keindahan alam
dalam usaha memelihara dan menghargai sumber alam semula jadi.
“Guru adalah pemangkin masa depan negara’.

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

KERJASAMA DENGAN
AGENSI LUAR
BERKAITAN

KELESTARIAN ALAM
SEKITAR

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

KERJASAMA DENGAN AGENSI LUAR BERKAITAN
KELESTARIAN ALAM SEKITAR

a) Majlis Perbandaran Seberang Perai Pulau Pinang
b) Jabatan Pertanian Pulau Pinang
c) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal

Pengguna
d) Suruhanjaya Tenaga
e) FOMCA
f) Persatuan Pengguna Pulau Pinang
g) Jabatan Perhutanan Pulau Pinang
h) Kementerian Kesihatan Malaysia
i) Perpustakaan Awam Pulau Pinang
j) My Match
k) Island College
l) Penang Scient Cluster (PSC)

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

MPSP PERPUSTAKAAN AWAM P.PINANG

KPDNHEP Putrajaya ISLAND COLLEGE

KPDNHEP P.Pinang JABATAN PERTANIAN P.PINANG

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

PENYERTAAN/
PERTANDINGAN/

PENCAPAIAN

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

PENANG INTERNATIONAL DESIGN (PPID) 2019
JOHAN (ANTARABANGSA)

ANUGERAH KELAB PENGGUNA SEKOLAH TERBAIK
JOHAN (KEBANGSAAN)

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -

UNIT SEKOLAH HIJAU

SMK TAMAN INDERAWASIH

PERTANDINGAN EDIBLE LANDSKAP
JOHAN (NEGERI)

PERTANDINGAN TERRARIUM
SAGUHATI (NEGERI)

- KE ARAH GENERASI CELIK ALAM SEKITAR -


Click to View FlipBook Version