TATABAHASA PEGANGAN SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 2 KANDUNGAN Nota Kandungan Muka Surat 1 Kata Nama 3 2 Kata kerja 11 3 Kata Adjektif 18 4 Kata Tugas 22 5 Kata Majmuk 39 6 Kata Ganda 45 7 Pengimbuhan 54 8 Ayat 65 9 Ayat Majmuk 88 10 Peribahasa 95 11 Peribahasa Mengikut Tema 138 12 Pedoman Ejaan 153 13 Kesalahan Frasa 160 14 Haiwan dan Bunyinya 161 15 Bahasa Istana 162 16 Cakap Ajuk Cakap Pindah 162 17 Ayat Pelbagai Kata Kerja 166 18 Nilai Murni dan Pecahan Nilai 171
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 3 Nota 1: KATA NAMA Penggolongan Kata Nama Kata Nama 1.1 Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda atau orang yang bersifat khusus, manakala kata nama am pula merujuk sesuatu yang bersifat umum. 1.2 Kata nama khas dimulakan dengan huruf besar, sebaliknya kata nama am tidak semestinya melainkan pada permulaan ayat.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 4 1.3 Rujuk contoh yang berikutnya tentang perbezaan antara kata nama khas dengan kata nama am. Kumpulan Kata Nama Am Kata Nama Khas Manusia lelaki Muadzam, Ramasami, Lim Chong Wei perempuan Zara Amanda, Lalitha, Pandalela Renong doktor Dr. Muzaffar menteri Menteri Kesihatan jawatan Ketua Polis Negara Binatang ayam Sikunani kucing Belang, Tompok buaya Sang Rangkak gajah Limpo Benda kereta Proton Saga kasut Adidas bangunan Menara Berkembar Kuala Lumpur televisyen Sony, Toshiba, Samsung Tempat kampung Kampung Sungai Tapah, Kampung Baru bandar Ipoh, Sungai Petani, Arau, Kota Bharu negeri Selangor, Perak, Kelantan, Sabah , Sarawak negara Malaysia, India, Pakistan, United Kingdom pulau Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, Pulau Tioman Kata Nama Am Tidak Hidup Bukan Institusi Abstrak Berbilang 1. Kata nama am ini merujuk benda-benda atau perkara yang bersifat umum dan abstrak, tidak hidup, bukan institusi dan boleh dibilang. 2. Biasanya kata nama am ini ditandai oleh kata bilangan di hadapannya. Sebagai contoh, perhimpunan, fikiran, tugasan, sedutan, jelingan dan nukilan.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 5 Ayat contoh: (a) Murid-murid itu akan mengikuti satu lawatan ke Sabah dan Sarawak. (b) Sila patuhi semua arahan dengan cermat dan teratur. (c) Setiap tugasan mesti ditulis nama dengan kemas dan jelas. Kata Nama Am Tidak Hidup Bukan Institusi Abstrak Tidak Berbilang 1. Kata nama am ini merujuk benda dan perkara yang tidak hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya dan tidak boleh dibilang. 2. Kata nama ini juga dimulakan dengan huruf kecil dan tidak boleh diletakkan sebarang kata bilangan. Sebagai contoh, kedamaian, keindahan, angin, udara dan haba. Ayat contoh: (a) Pelancong amat tertarik oleh kedamaian di Pulau Redang. (b) Keindahan pasir di Pulau Pangkor sukar digambarkan dengan kata-kata. (c) Angin yang bertiup kencang menyebabkan beberapa buah rumah rosak. Kata Ganti Nama Diri Orang Kata Ganti Nama Diri Orang Tunggal Jamak (Banyak) Diri pertama (orang yang bercakap) saya beta kami kita aku patik hamba Diri kedua (orang yang diajak bercakap) kamu tuan hamba kalian engkau Tuan/puan anda Saudara/ saudari tuanku Diri ketiga (orang yang diperkatakan halnya) dia nya ia baginda mereka beliau
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 6 Kata Ganti Nama Diri Singkat Kata Nama Diri Singkat Penggunaan Ayat Contoh ku Boleh dicantumkan di hadapan dan dibelakang ayat Merujuk ganti diri pertama Pemberian ini akan kupelihara dengan sempurna. Hatiku tidak seceria dahulu lagi. Janganlah kau menderhaka pada tanah airku ini. Kau Boleh dicantumkan di hadapan perkataan Merujuk ganti nama diri kedua Bukankah kauyang membuang diriku ini? Tuduhan itu kaulemparkan tanpa usul periksa. mu Dicantumkan dibelakang perkataan Merujuk ganti diri kedua Ya Allah, kepada-Mu aku meminta pertolongan. Aku bersyukur kerana dipertemukan insan semuliamu. Nya Dicantumkan dibelakang perkataan Merujuk ganti nama diri ketiga Kejadian itu telah meresahkan keluarganya. Impiannya untuk menunaikan umrah terlaksana sudah. Berserahlah kepada-Nya, kerana Dialah sebaik-baik tempat berserah. PETUA TATABAHASA Kata ganti nama diri singkat tidak boleh digunakan sebagai permulaan ayat: Contohnya: 1. Ku tida mahu mengulanginya lagi. (salah) 2. Aku tidak mahu mengulanginya lagi. (betul)
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 7 Kata Ganti Nama Tunjuk Kata Ganti Nama Tunjuk Penggunaan Ayat Contoh ini Untuk menunjukkan hampir atau dekat Simpan buku ini di tempatnya semula. Beg hitam ini berharga ribuan ringgit walaupun rekaannya ringkas. “Wanita inilah yang mendorong kejayaan saya,” kata Amirzul sambil memeluk ibunya. itu Untuk menunjukkan keadaan atau benda yang jauh Rumah besar itu kelihatan menggerunkan pada waktu malam. Harimau yang ganas itu akhirnya ditangkap oleh pihak Perhilitan. Sejak kejadian itu, Omar kelihatan sedih dan tertekan. PETUA TATABAHASA Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan manusia, benda, haiwan dan tempat. Contohnya: Keadaan jerebu ini menyebabkan orang ramai mengalami pelbagai penyakit. Kata Ganti Nama Tempat Kata Ganti Nama Tempat Penggunaan Ayat Contoh sini menunjukkan dekat atau hampir “Kami akan berkumpul di sini untuk berbincang,” kata Shidah. “Di sinilah tempat kita mula berkenalan,” kata Kumari kepada Rashidi sambil tersenyum.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 8 situ menunjukkan tempat yang tidak begitu jauh dan masih boleh dipandang dengan mata Tanah di situ amat sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian. Di situlah mereka menimba ilmu sehingga memperoleh kejayaan. Sana Menunjukkan tempat yang jauh dan tidak dapat dilihat lagi Mereka akan mengambil makanan di sana nanti. Ibu akan ke sana untuk menjemput shahir yang baru pulang dari luar negara. PETUA TATABAHASA Kata ganti nama tempat digunakan untuk menunjukkan ruang, tempat atau kawasan yang dikenal pasti. Contohnya: Keadaan jerebu ini menyebabkan orang ramai tidak keluar lagi ke situ kerana di sana kawasannya terdedah Kata Ganti Diri Tanya Kata Ganti Diri Tanya Penggunaan Ayat Contoh apa untuk menanyakan benda atau haiwan Apakah nama bungan yang cantik ini? Kamu bercerita tentang apa? Siapa untuk menanyakan orang Siapakah nama bapa kamu? Orang yang memimpin tangan awak itu siapa? Bila untuk menanyakan masa dan tempoh Bilakah kamu akan berangkat ke Tanah Suci Mekah? Ayah akan berada di sana sampai bila? Mana untuk menanyakan tempat dan Di manakah kamu memperoleh pinggan yang cantik ini?
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 9 benda Di manakah pen yang awak ambil tadi? Selama ini kalian bersembunyi di mana? berapa untuk menanyakan bilangan, jumlah, kuantiti dan harga Berapakah usia anda ketika melanjutkan pelajaran ke luar negara? Berapakah harga segelas teh tarik di warung itu? “Emak nak pesan kain itu dalam jumlah berapa?” tanya Saudiah dengan tersenyum. bagaimana untuk menanyakan cara, keadaan, situasi dan hal seseorang mahupun kumpulan Bagaimanakah cara kamu membuat kek lapis yang sedap ini? Bagaimanakah keadaan ayah Farah selepas dirawat tempoh hari? Setelah mengalami pelbagai situasi, kamu berasa bagaimana? Berdasarkan perkara ini, kamu fikir bagaimana? PETUA TATABAHASA Kata ganti nama tak tentu digunakan untuk menggantikan manusia, benda, masa, keadaan, tempat, dan perkara berkaitan. Contohnya: Mana-mana tempat pun, bila-bila masa pun, apa-apa keadaan pun, malahan siapa-siapa pun yang datang menghasut, perasaan saya tetap tidak berubah terhadap negara saya. Kata Ganti Nama Tidak Tentu Kata Ganti Nama Tidak Tentu Penggunaan Ayat Contoh Apa-apa Untuk benda atau perkara yang tidak tentu. Pilihlah apa-apa hadiah yang kamu inginkan. Tiada apa-apa lagi yang tinggal di bilik itu.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 10 Saya tidak akan memberitahu awak apa-apa lagi. Siapa-siapa (sesiapa) Untuk menggantikan manusia Siapa-siapa yang masih belum mendapatkan tiket boleh berbuat demikian. Ada sesiapa nampak novel saya di atas meja. Siapa-siapa yang masih berada di luar, sila masuk dengan segera. Bila-bila Untuk menggantikan tempoh dan masa Datanglah ke rumah saya pada bila-bila masa yang terluang. Kalian boleh menempah tiket itu pada bila-bila waktu yang kamu suka. Bila-bila pun saya tetap menunggu kepulangan awak. Mana-mana Untuk menggantikan barangan, perkara, keadaan dan tempat. Emak tidak ke mana-mana pada petang ini. Silalah buat pilihan mana-mana barangan yang sesuai dengan kamu. Saya boleh mencari mana-mana tempat persinggahan nanti. Murid yang baik boleh belajar dalam mana-mana keadaan sekalipun. Kesalahan Kata Ganti Diri yang lazim dilakukan Kesalahan contoh:. Beliau ditangkap kerana mencuri. (salah) Dia ditangkap kerana mencuri. (betul) Analisis: Kata beliau hanya boleh digunakan khusus untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, pegawai, menteri dan sebagainya. Contoh Kesalahan: Mereka-mereka adalah pelajar yang dedikasi. (salah) Mereka adalah pelajar yang dedikasi. (betul) Analisis: Mereka sudah menunjukkan banyak; jadi mereka-mereka sudah menunjukkan kelewahan.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 11 Nota 2: KATA KERJA Penggolongan Kata Kerja Kata Kerja Kata kerja (KK) ialah perkataan yang menjadi inti dalam binaan frasa kerja. Mari kita lihat contoh ayat ini: Subjek Predikat Johan sedang mengambil gambar Bagi binaan frasa kerja, iaitu sedang mengambil gambar, perkataan mengambil (KK) menjadi inti. Frasa kerja pula wajib mempunyai KK
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 12 yang boleh disertai unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen (bahawa, untuk) dan keterangan. Contohnya dalam ayat tadi, perkataan mengambil perlu diikuti dengan perkataan gambar yang berfungsi sebagai objek. Selain itu, perkataan sedang juga boleh hadir sebagai kata bantu (aspek). Kata Kerja Transitif Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek untuk menyempurnakan maksud ayat. Objek wajib terdiri daripada kata nama. Kata kerja ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: KK Transitif Aktif KK Transitif Pasif Kata Kerja Transitif Aktif Untuk lebih memahami Kata Kerja Transitif, mari kita lihat pernyataan di bawah ini: Kata kerja yang berawalan men... (Contoh: membaca, mencari) Kata kerja yang berapitan men...kan (Contoh: menyanyikan, membesarkan) Kata kerja yang berawalan meng... (Contoh: menghantar, menghadiahi) Kata kerja yang berapitan memper...kan (Contoh: memperhatikan, mempergunakan) Kata kerja yang berawalan rangkap memper... (Contoh: memperdaya, memperoleh) Penggunaan Kata Kerja Transitif Aktif: Ayat contoh: a) Kumari mencuci tangannya selepas makan. b) Kalian akan menduduki peperiksaan SPM pada bulan November nanti. c) Datuk Hamzah mendermakan wang sebanyak RM300 kepada anak yatim itu. d) Ustazah Siti sedang membacakan kitab agama kepada kami.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 13 e) Tan Han Meng memperoleh markah penuh dalam mata pelajaran Matematik. f) Jamilah mempersilakan rakan-rakannya menikmati jamuan ringan. Semua kata kerja transitif (kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan menContoh: Salah Betul Buang sampah membuang sampah Goreng ikan menggoreng ikan Selain itu, Kata Kerja Transitif Aktif yang berapitan men...kan dan men...i mempunyai berbagai-bagai maknanya. Oleh itu, kata-kata ini mestilah digunakan dengan berhati-hati. Sebagai pemahaman yang lebih jelas mengenai penggunaan KKT Aktif, lihat contoh ayat di bawah: Muhaffiz memberikan Zara sekuntum bunga. (salah) Muhaffiz memberi Zara sekuntum bunga. (betul) Sultan Perak mengurniakan beliau bintang kebesaran. (salah) Sultan Perak mengurniai beliau bintang kebesaran. (betul) Hakim menjatuhkan penjenayah itu lima tahun penjara. (salah) Hakim menjatuhi penjenayah itu lima tahun penjara. (betul) Sampah sarap mengotorkan Taman Seri Gombak. (salah) Sampah sarap mengotori Taman Seri Gombak. (betul) Hayati menasihatkan saya agar gigih berusaha. (salah) Hayati menasihati saya agar gigih berusaha. (betul) Kata Kerja Transitif Pasif Kata Kerja Transitif Pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek. Kata Kerja Transitif Pasif menggunakan imbuhan di-. Ayat contoh:
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 14 Rancangan radio itu didengari Makcik Salmah. Ular itu disambar oleh seekor helang. Sayur-sayuran itu dijual oleh Makcik Swee Ping. Ikan itu dipancing oleh Pakcik Murugan Cerita itu sedang dikarang oleh Pauziah Selain itu, Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat. Objeknya mestilah frasa nama. Semua kata kerja transitif dalam ayat aktif boleh dipasifkan. Kesalahan contoh: Dia baca buku. (salah) Dia membaca buku. (betul) Ahmad tendang bola itu. (salah) Ahmad menendang bola itu. (betul) Kata kerja transitif yang berawalan me-, -ter-, atau ber- tidak boleh ditiadakan awalannya. Dia menghadiahkan saya sebentuk cincin. (salah) Dia menghadiahi saya sebentuk cincin. (betul) Hakim menjatuhi hukuman mati kepada penjahat itu. (salah) Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada penjahat itu. (betul) Hakim menjatuhi penjahat itu hukuman mati. (betul) PETUA TATABAHASA Akhiran –kan dan –i masing-masing digunakan untuk membentuk kata kerja transitif tetapi fungsi kedua-duanya berbeza sama sekali. Akhiran –i menyatatakan makna bahawa objek yang dikenali perbuatan dengan kata kerja yang berakhiran –kan itu bergerak dari tempatnya ke arah lain. Contoh: 1. Ahmad menaikkan bendera Malaysia setiap pagi. 2. Salmah menaiki bas ke sekolah setiap hari.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 15 Kata Kerja Tak Transitif Kata Kerja Tak Transitif terbahagi kepada: Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebagainya. Kata kerja yang berawalan ber- (Contoh: beradu, beroda) Kata kerja yang berapitan ber...an (Contoh: berguguran, berdekatan, belajar dan sebagainya) Kata kerja berapitan ber...kan (Contoh: berpandukan, berlandaskan) Kata kerja yang berawalan men- (Contoh: melompat, mendarat,membesar) Kata kerja berawalan ter- (Contoh: tertidur, terjatuh, terjumpa) Kata Kerja Tak Transitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya. Contoh: tanya kepada Hamidah (salah) bertanya kepada Hamidah (betul) jangan lompat (salah) jangan melompat (betul) senyum kepada Kartina (salah) tersenyum kepada Kartina (betul) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Ayat Contoh Huraian bersembahyang Manisah masih bersembahyang. Tiada objek tersenyum Kamisah tetap manis tersenyum. menyanyi Jasimah menyanyi. kalah Pasukan ragbi sekolah kalah. bermain Anak-anak kecil itu sedang bermain.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 16 Kata Kerja Tak Transitif tanpa pelengkap juga boleh diikuti oleh unsur keterangan. Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Ayat Contoh Huraian bersembahyang Manisah masih bersembahyang sewaktu saya singgah ke rumahnya. keterangan Tersenyum Kamisah tetap manis tersenyum walaupun hatinya amat pilu. Menyanyi Jasimah menyanyi seorang diri di dalam bilik. Kalah Pasukan ragbi sekolah kalah kerana kecederaan pemain. Bermain Anak-anak kecil itu sedang bermain di padang permainan. PETUA TATABAHASA Kata Kerja Tak Transitif tanpa pelengkap ada yang tidak memerlukan keterangan, dan ayat itu dikira gramatis. Contoh: 1. Umat Islam berpuasa. (tiada objek) 2. Umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan. (keterangan) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Seandainya pelengkap digugurkan, ayat yang terbina tidak sempurna (salah) Pelengkap tidak boleh mengalami proses pasif (salah) Penyakit ayat beransur pulih. Penyakit ayah beransur. Pulih diansurkan oleh penyakit ayah. Allah seru akan hamba-Nya berbuat kebaikan. Allah menganjurkan hamba-Nya berbuat. Kebaikan dibuatkan oleh hamba-Nya Allah seru. Normala tinggal dengan ibu bapanya. Normala tinggal Dengan ibu bapanya ditinggalkan Normala.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 17 Pelengkap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu pelengkap kata adjektif, pelengkap sendi nama bermaksud tempat, dan pelengkap kata nama (pada kata kerja berimbuhan ber-...-kan, menjadi dan ada) (i) Pelengkap Kata Adjektif (a) Kehidupannya bertambah selesa. (b) Perhubungan mereka kembali genting. (c) Parutnya beransur kering. (d) Keadaan negara telah menjadi huru-hara (e) Keindahan pantai itu semakin kotor. (ii) Pelengkap Sendi Nama Bermaksud Tempat (a) Sumaiyah tinggal di Kampung Sungai Tapah. (b) Kereta itu terbabas ke dalam gaung. (c) Surat itu datangnya daripada Amanda Zulaikha. (d) Yusof memandang ke luar tingkap itu. (e) Hamidi berasal dari Singapura. (iii) Pelengkap Kata Nama dengan imbuhan ber-...-kan, menjadi, dan ada (a) Pak Tua tidur berbantalkan lengan. (b) Hidupnya bertopengkan harta semata-mata. (c) Nakhoda itu berpandukan kompas di langit. (d) Erma Fatima menjadi pengarah filem. (e) Menteri besar itu menjadi pemimpin yang disegani. (f) Dia menjadi imam kepada jemaah surau itu. (g) Swee Lan ada sebidang tanah kebun. (h) Loganathan ada hadiah yang istimewa untuk ibunya. (i) Suraya ada seekor arnab yang comel.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 18 Nota 3: KATA ADJEKTIF Penggolongan Kata Adjektif Jenis Kata Adjektif Kata Adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh dan masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya). Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jikan kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak dan benar.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 19 Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sifat, warna, ukuran, bentu, waktu, jarak, cara, pancaindera dan perasaan. Jenis Contoh Sifat Baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat Warna Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat Ukuran Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis Bentuk Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong. Waktu Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam. Jarak Dekat, hampir, jauh Cara Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah Pancaindera - Rasa - Pandang - Dengar - Bau - Sentuh Sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau Buruk, hodoh, jelita, cantik Bising, senyap Busuk, wangi, hangit, hapak Kesat, kasar, lembab, halus,licin Perasaan Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira. Tip Kata adjektif mudah dikenali apabila kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar Kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Adjektif perasaan harus diikuti oleh kata sendi nama seperti akan, dengan, terhadap dan sebagainya. Contoh: Saya sangat segan dengan awak. Ahmad amat rindu akan kekasihnya di Indonesia. Orang kaya itu amat malu untuk meminta pertolongan mereka.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 20 Tahap Kata Adjektif Kata Adjektif dapat dibahagikan kepada empat tahap, iaitu tahap biasa, tahap sama, tahap perbandingan dan tahap penghabisan. Tahap Contoh Ayat Contoh Biasa Besar, Baik, Buruk, cermat Rumah di pinggir kota itu besar. Tolong gunakan wang ini dengan cermat. Budi baik tuan pasti akan saya kenang selalu. Akhlak yang buruk sudah pasti tidak disukai orang. Sama Sebesar, Sepandai, Semerdu, Setebal, sehebat Pengorbanan seorang anak tidak sebesar pengorbanan ibu bapanya. Shila tidak sepandai kakaknya yang bersekolah di Johor Bahru. Suara budak itu semerdu buluh perindu dan mengagumkan orang ramai. Buku yang dikarang oleh Sasterawan Negara setebal buku yang dikarang tokoh sasterawan yang lain. Pemain badminton itu bercita-cita ingin menjadi sehebat Lin Dan. Perbandingan Lebih besar, Daripada, Lebih enak, Daripada, Kurang yakin, Daripada, Kurang, Mantap, Daripada Negeri Sarawak lebih besar daripada negeri Pahang. Masakan ibu lebih enak daripada makanan yang dibeli tadi. Kekalahannya dalam pertandingan pidato itu disebabkan kurang yakin daripada pemidato yang lain. Persembahan tarian itu kurang mantap daripada pasukan lain. Penghabisan Se-, Paling, Amat, Sangat, Sekali, Sungguh, Setinggi-tingi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga. Jamilah muncul sebagai murid paling pintar di sekolahnya. Perenang itu amat gigih sekali berusaha membaiki rekod pencapaiannya.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 21 Ter- Pemain bola itu sangat hebat sekali menggunakan kemahiran individunya. Keputusan peperiksaan Hashim sungguh cemerlang sekali. Bangunan Menara Kuala Lumpur merupakan satu daripada bangunan tertinggi di negara ini. Kesalahan Kata Adjektif Terdapat kesalahan yang sering dilakukan oleh murid berkaitan dengan kata adjektif tahap penghabisan. Pada tahap ini, murid tidak boleh menggunakannya secara serentak. Contoh: Salah Betul Kasut itulah yang termahal sekali di pusat beli belah ini. Kasut itulah yang termahal di pusat beli belah ini. Kasut itulah yang mahal sekali di pusat beli belah ini. Kasut itulah yang paling mahal di pusat beli belah ini. Rasa buah limau itu terlalu amat masam sekali. Rasa buah limau itu terlalu masam. Rasa buah limau itu amat masam sekali. Rasa bauh limau itu masam sekali.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 22 Nota 4: KATA TUGAS Penggolongan Kata Tugas Kata Penyambung Ayat i) Kata hubung digunakan untuk menggabungkan ayat dengan perkataan sehingga menjadi ayat berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 23 ii) Kata hubung terbahagi kepada: a) Kata hubung gabungan b) Kata hubung pancangan c) Kata hubung berpasangan a) Kata Hubung Gabungan Kata yang menggabungkan dua klausa yang bersifat setara atau lebih. Contohnya: Kata Hubung Gabungan Penggunaan Ayat Contoh atau Menunjukkan pilihan Kamu boleh memilih baju ini atau baju itu. dan Menggabungkan dua atau lebih unsur yang setara Nariah suka membaca surat khabar dan majalah. kecuali Menunjukkan kekecualian Semua ahli keluarga Farhan memakai cermin mata kecuali kakaknya. lalu, seraya Menggabungkan dua perkara yang berlaku berturutan Hamdan bangun seraya berkata, “Inilah hasil kerja saya.” malahan Menunjukkan sesuatu yang kian bertambah Bukan itu saja, malahan dia sanggup melakukan apa-apa sahaja. b) Kata Hubung Pancangan Kata yang menyambungkan klausa-klausa tidak setara pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga: i) Pancangan Relatif Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 24 Pancangan Relatif Ayat Contoh Yang Lim memasukkan beberapa biji limau ke dalam bakul yang sempit itu. i) Pancangan Komplemen Kata hubung ini berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi pelengkap dengan satu klausa utama. Pancangan Komplemen Ayat Contoh bahawa Razak memberitahu saya bahawa kelas tambahan akan diadakan pada hari Sabtu ini. untuk Sungguh mustahil untuk dia menang dalam pertandingan itu. i) Pancangan Keterangan Kata hubung ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Pancangan Keterangan Penggunaan Ayat Contoh Agar, supaya Menyatakan tujuan atau maksud Makanlah ubat ini agar kamu cepat sembuh. Andai kata Menunjukkan misal atau jika Andai kata dia tidak hadir, kamulah yang harus menggantikannya. Biarpun Menunjukkan pertentangan kenyataan dengan kenyataan yang sebelumnya Biarpun dia kaya, saya tetap tidak akan meminta pertolongannya. Kerana, lantaran Menunjukkan sebab Dia lambat ke sekolah kerana ketinggalan bas.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 25 Sejak, semenjak Menunjukkan bermula sesuatu Saya telah berkawan dengannya sejak kecil lagi. Selama Menunjukkan tempoh waktu Saya tidak pernah melihat pemuda itu selama saya tinggal di sini. Andai kata Menunjukkan andaian Andai kata saya dijemput, nescaya pasti tiba. Tatkala Menunjukkan masa Tatkala jerebu, banyak yang dihinggapi penyakit. Walaupun, kendatipun Menunjukkan perbandingan Walaupun kurang sihat, kita tetap pergi ke sekolah. Sementara Menunjukkan perbandingan Sementara menunggu keputusan peperiksaan, dia bekerja. c) Kata Hubung Berpasangan Kata Hubung Berpasangan Penggunaan Ayat Contoh Bagaimana... begitulah Menunjukkan persamaan yang hampir Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Baik...baik Baik...mahupun Menunjukkan persamaan Baik Suhaimi mahupun Suhaida, mereka sama-sama pandai dalam mata pelajaran Matematik. Daripada...lebih baik Menunjukkan perbezaan atau perbandingan Daripada terus bersubahat dengannya, lebih baik saya menyerah diri. Kata Praklausa Kata praklausa terbahagi kepada: A) Kata seru B) Kata Tanya C) Kata Perintah D) Kata Pembenar E) Kata Pangkal Ayat
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 26 A) Kata Seru Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perasaan seperti sedih, hairan, marah, benci dan kecewa. Contoh pengunaan kata seru: Kata Seru Perasaan Contoh Penggunaan Aduh Sakit Aduh, sakitnya kepalaku! Ceh Mengejek, kesal Ceh, memang tidak tahu malu! Hai Menegur, menarik perhatian Hai, agak lama kita tidak berjumpa! Nah Geram, marah, menarik perhatian Nah, ambillah kesemuanya! Oh Kecewa, kesal, teringat Oh, sanggup kamu mempermainkan saya! Wahai Menarik perhatian Wahai anakku, usahlah disia-siakan usia mudamu! B) Kata Tanya i) Kata tanya ialah kata yang digunakan dalam ayat tanya untuk menanyakan orang, benda, haiwan, masa, tempat dan sebagainya. ii) Kata tanya ini disertakan dengan partikel “kah” jika berada di permulaan ayat. Partikel “kah” bagaimanapun tidak disertakan bersama-sama kata tanya jika ia terletak di penghujung ayat. Kata tanya mesti diakhiri dengan tanda soal “?”. Contoh pengunaan kata tanya: Kata Tanya Fungsi Ayat Contoh Adakah Bertanya tentang sesuatu hal Adakah awak yang mengambil kasut saya? Bagaimana Bertanya tentang cara dan keadaan Bagaimanakah keadaan kamu sekarang? Bila Bertanya tentang masa atau waktu Kamu hendak ke sana bila?
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 27 Kenapa Bertanya tentang sebab Dia menjerit-jerit kenapa? Mana Bertanya tentang tempat Di manakah letaknya Gunung Kinabalu? Siapa Bertanya tentang orang Siapakah nama guru kelas kamu? C) Kata Perintah i) Kata perintah ialah kata yang menunjukkan suatu arahan, perintah, kehendak, larangan, silaan, atau permintaan. ii) Kata perintah bertujuan menimbulkan suatu tindakan atau tindak balas. Contoh pengunaan kata perintah: Kata Perintah Fungsi Ayat Contoh Jangan Usah Larangan a) Jangan ambil barang itu. b) Usah bersedih hati. Sila Jemput Silaan a) Sila naik ke rumah. b) Jemput masuk. Minta Tolong Harap Permintaan a) Minta tolong tuan-tuan sabar sebentar. b) Tolong tutup pintu itu. c) Harap bertenang. D) Kata Pembenar i) Kata pembenar ialah perkataan yang digunakan untuk menegaskan sesuatu pernyataan. ii) Kata pembenar yang selalu digunakan ialah ya, benar, dan betul. E) Kata Pangkal Ayat i) Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir pada permulaan ayat yang menjadi kesinambungan ayat. ii) Kata pangkal biasanya digunakan dalam kesusasteraan Melayu lama.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 28 Contoh pengunaan kata pangkal ayat: Kata Pangkal Ayat Ayat Contoh Adapun Adapun puteri itu sungguh cantik dan menawan serta tiada tolak bandingnya. Alkisah Alkisah tidak beberapa lama kemudian kembalilah putera raja ke istana. Arakian Arakian bersalamanlah antara dua orang laksamana itu. Hatta Hatta terbanglah burung bayan di angkasa. Kalakian Kalakian berlakulah pergaduhan antara kedua-dua kerajaan. Syahadan Syahadan tuan puteri pun masuk ke bilik peraduan. Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa Kata prafrasa dan kata pascafrasa ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum dan sesudah frasa sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Perkataan-perkataan ini mendukung tugas menonjolkan maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu, menguatkan, menegas, menafikan, memerikan, menyediakan dan menunjukkan arah dan membilang. Berdasarkan tugas ini, kata prafrasa terdapat sembilan jenis iaitu: A) Kata bantu F) Kata arah B) Kata penegas G) Kata bilangan C) Kata penguat H) Kata sendi nama D) Kata Nafi I) Kata adverba E) Kata pemeri Tiga daripada kata tugas di atas boleh juga hadir sesudah frasa, iaitu sebagai kata pascafrasa. Kata tugas ini ialah: A) Kata penguat B) Kata penegas C) Kata adverba
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 29 A) Kata Bantu i) Kata bantu ialah kata yang berfungsi untuk menimbulkan makna tambahan dari aspek waktu dan ragam. ii) Kata bantu ini terbahagi kepada dua jenis iaitu: a) Kata Bantu Aspek Digunakan untuk menunjukkan perbezaan masa. Contohnya: Aspek Masa Kata Bantu Aspek Contoh Penggunaan Masa lampau Telah Dia telah menghantarkan bukunya. Sudah Kami sudah makan. Pernah Kama pernah ke Gua Niah. Masa kini Masih Ahmad masih menunggu bas. Sedang Saya sedang mendengar radio. Masa hadapan Akan Kami akan ke kantin sebentar lagi. Belum Abdullah belum menyiapkan kerjanya. a) Kata Bantu Ragam Digunakan dalam ragam perasaan Contohnya: Ragam Perasaan Kata Bantu Ragam Contoh Penggunaan Tidak boleh tidak Mesti Kita mesti bertolak pagi ini juga. Hasrat Hendak Saya hendak makan nasi ayam. Mahu Adik saya mahu akan alat permainan itu. Keupayaan Boleh Kita boleh membeli setem di pejabat pos. Dapat Saya dapat meneka jawapan itu dengan tepat. Wajar Harus Kamu harus pergi sekarang juga. Patut Ghani patut datang sekarang. Tidak mahu Enggan Dia enggan berpatah balik lagi.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 30 B) Kata Penguat Digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. Jenis Kata Penguat Ayat Contoh Hadapan Terlalu a) Kamus itu terlalu tebal. Paling b) Masakan isterinya paling sedap. Agak c) Tapak kasutnya agak nipis. Kurang d) Minuman di dalam jag itu kurang manis. Cukup e) Persembahannya cukup santai. Makin f) Harga mas kahwin makin mahal. Belakang Sekali a) Rumahnya jauh sekali. Benar b) Rajin benar dia menulis surat. Nian c) Pemandangan di tepi laut indah nian. Bebas Amat a) Hasil anyaman amat kemas. b) Hasil anyaman kemas amat. Sungguh c) Kotak itu sungguh besar. d) Kotak itu besar sungguh. Sangat e) Baju kurung itu sangat cantik. f) Baju kurung itu cantik sangat. C) Kata Penegas Kata penegas juga dikenali sebagai partikel. Terdapat dua jenis kata penegas iaitu: a) Penegas yang dicantumkan dengan perkataan: Kata Penegas Penggunaan Ayat Contoh -kah Untuk menyatakan pertanyaan Siapakah yang bermain tadi? -tah Untuk menyatakan pertanyaan pada diri sendiri, gerangan Apatah gerangan nasib kita ini? -lah Untuk menguatkan maksud perkataan Pemuda itulah abangnya.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 31 a) Penegas yang berasingan: Kata Penegas Maksud Ayat Contoh Juga Pula, pun Abangnya gemuk. Dia juga gemuk. Lagi Tambahan kepada yang sedia ada Beliau seorang yang baik hati lagi pemurah. Pun Juga Encik yusoff pun kembali. Sahaja Cuma, hanya, melainkan, satusatunya Laili sahaja yang tidak memakai cermin mata di dalam kelasnya. Memang Sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya Memang benar kata-kata orang tua itu. D) Kata Nafi Merupakan kata yang menafikan atau menindakkan sesuatu. Terdapat dua jenis kata nafi iaitu: Kata Nafi Penggunaan Ayat Contoh Bukan Digunakan sebelum frasa nama atau frasa sendi nama Beliau bukan Cikgu Zamri. Wang itu bukan untuk dibelanjakan. Tidak Digunakan sebelum frasa kerja atau frasa adjektif Saya tidak akan membantah lagi. Mereka tidak mahu ke hutan itu. E) Kata Pemeri Merupakan kata tugas yang menghubungkan frasa subjek dengan frasa predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalah. Kata Pemeri Maksud Ayat Contoh Ialah Menunjukkan persamaan hadir di hadapan frasa nama Agama rasmi negara kita ialah agama islam.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 32 Bapanya ialah pakar bedah di Institut Jantung Negara. Adalah Menunjukkan huraian atau keterangan hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama Kasut yang dipakainya itu adalah daripada kulit. Makanan yang telah ditempahnya itu adalah untuk anak-anak yatim. F) Kata Arah Merupakan kata yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya selepas kata sendi nama. Kata Arah Penggunaan Ayat Contoh Antara Menunjukkan kedudukan keduaduanya Tolong letakkan pasu ini antara dua buah meja itu. Atas Menunjukkan kedudukan yang tinggi Ibu meletakkan mangkuk itu di atas meja. Barat Menunjukkan mata angin di sebelah kiri Matahari terbenam di sebelah barat. Bawah Menunjukkan kedudukan yang rendah Abang menyimpan kasutnya di bawah almari. Belakang Menunjukkan kedudukan berlawanan di hadapan Belakang parah diasah nescaya tajam. Dalam Menunjukkan kedudukan di bawah permukaan Abdullah memasukkan tin itu ke dalam beg. Hadapan Menunjukkan kedudukan sebelum sesuatu Kemalangan itu berlaku di hadapan sekolah saya. Luar Lawan dalam Murid-murid sedang berbaris di luar kelas. Penjuru Menunjukkan sudut Di penjuru bilik itu ada sebuah almari besi.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 33 Samping Menunjukkan keadaan dekat atau bersebelahan Akibat terlalu rindu, anak kecil itu sentiasa berada di samping ayahnya. Segi Menunjukkan arah posisi Kita sedia maklum dari segi kemudahan negara ini masih boleh dibaiki. Selatan Mata angin bahagian bawah Negeri Johor terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Sisi Menunjukkan kedudukan hampir atau bersebelahan Budak itu tidak berenggang dari sisi ibunya. Sudut Menunjukkan penjuru atau pandangan/persepsi /perspektif Jauh di sudut hati saya berasa simpati atas perkara yang berlaku itu. Tengah Menunjukkan kedudukan di antara dua tepi, atau bahagian di antara hujung dengan pangkal Bola yang ditendang oleh adik melantun ke tengah jalan. Tepi Menunjukkan kedudukan tidak jauh dari garisan atau sempadan Kami bersiar-siar di tepi pantai pada waktu petang. Timur Menunjukkan mata angin di sebelah timur Negara di sebelah timur mendapat cahaya matahari terlebih dahulu. Utara Menunjukkan mata angin di sebelah atas Kami mula menjalani ekspedisi dari utara ke selatan tanah air dengan berbasikal. G) Kata Bilangan Kata bilangan ialah kata yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Kata boleh menunjukkan jumlah yang tentu dan jumlah yang tidak tentu.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 34 Kata Bilangan Contoh Ayat Contoh Tentu Tiga, lima, enam, tujuh, sepuluh, seratus Sebanyak seribu setem kenangkenangan telah dicetak sempena memperingati jasa P.Ramlee. Tidak tentu Segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh Seluruh penduduk kampung itu bergelap kerana tiada bekalan tenaga elektrik. Himpunan Beribu-ribu, bertahun-tahun, berjuta-juta, berkotak-kotak Berpuluh-puluh keluarga setinggan itu telah kehilangan rumah akibat kebakaran. Pisahan Masing-masing, setiap, tiap-tiap Mereka masing-masing menggunakan alat tulis semasa peperiksaan. Pecahan Setengah, dua pertiga, separuh Separuh daripada kek itu akan diberikan kepada Mak Long. H) Kata Sendi Nama Merupakan kata yang digunakan untuk menghubungkan frasa dengan kata atau frasa dengan frasa. Contohnya: Antara kata sendi nama yang lazim digunakan ialah: Pada Umpama Hingga Sampai Kepada Bagai Oleh Untuk Ke Demi Sejak Antara Di Bagi Laksana Dalam Daripada Seperti Akan Dengan Dari Tentang Terhadap Kata Sendi Nama Penggunaan Ayat Contoh Akan Menunjukkan emosi atau sikap Saiful amat sayang akan anak bongsunya. Dalam Menunjukkan Sebagai rakyat Malaysia, kita harus
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 35 lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak fasih dalam bahasa Melayu. Demi Menunjukkan tujuan atau urutan a) Kita mestilah berusaha demi masa depan kita sendiri. b) Adik membilang angka satu demi satu. Di Menunjukkan tempat Semua murid sedang berkumpul di dalam dewan. Kepada Untuk ornag, benda abstrak atau untuk menyatakan bahagian a) Rashid memberitahu perkara itu kepada ibunya. b) Remaja masa ini mudah terdedah kepada gejala sosial. c) Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kata Adverba Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat. Sebagai tamsilnya, perhatikan ayat-ayat contoh yang berikut: 1. Cikgu Mohd. Nawi selalu mentakwilkan perkara itu kepada muridnya. 2. Datuk Nicol Ann David cergas sentiasa. 3. Hari ulang tahun perkahwinan Encik Mohan ialah hari esok. 4. Puan Mei Ling sering kali ke Pulau Langkawi atas urusan perniagaan. Dalam ayat 1 hingga 4 di atas, perkataan selalu, sentiasa, esok dan sering kali ialah kata adverba. Hal ini demikian kerana masingmasing berfungsi untuk menerangkan kata kerja mentakwilkan, kata adjektif cergas, kata nama hari, dan frasa sendi nama ke Pulau Langkawi. Dengan berdasarkan ayat contoh di atas, kata adverba dapat hadir di hadapan dan juga di belakang frasa. Tegasnya: 1. Dalam ayat 1, kata adverba selalu hadir di hadapan kata kerja mentakwilkan.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 36 2. Dalam ayat 2, kata adverba sentiasa hadir di belakang frasa kata adjektif cergas. 3. Dalam ayat 3, kata adverba esok hadir sesudah kata nama hari. 4. Dalam ayat 4, kata adverba sering kali hadir di hadapan frasa sendi nama ke Pulau Langkawi. Selain itu, kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama. Ditunjukkan juga bahawa kata adverba boleh terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan dan kata ganda, dan boleh juga digolongkan ke dalam golongan kata lain. Ciri kata adverba serta juga bentuk-bentuknya: Satu sifat kata adverba ialah kata ini boleh hadir dalam ayat dalam dua kedudukan, iaitu sama ada sebelum unsur yang diterangkan atau selepas unsur yang diterangkan ialah: selalu memperkatakan hal itu, sentiasa sihat, dan serta-merta ke pejabat. Contoh kata adverba selepas unsur diterangkan pula ialah: tiba semalam, malu tersipu-sipu, dan di rumah bersendirian. Kata adverba dapat digolongkan kepada empat bentuk, iaitu: i) Kata adverba jati; ii) Kata adverba yang asalnya kata adjektif; iii) Kata adverba yang asalnya kata kerja; dan iv) Kata adverba bentuk kata ganda. Kata adverba jati terdiri daripada perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif, dan frasa sendi nama yang tidak tergolong ke dalam mana-mana golongan kata lain. Contoh kata adverba jati ialah; tiba kelmarin, menulis begini, kerap kali bertegur sapa, nyaris tertembak, sering kali sakit, barangkali betul, dan sempat ke rumah neneknya. Perkataan-perkataan begini, yang sememangnya menerangkan kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama, digolongkan sebagai kata adverba. Dalam Tatabahasa Dewan, golongan kata adverba dimasukkan sebagai satu lagi subgolongan di bawah “kata tugas”.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 37 Bentuk kedua ialah kata adverba yang asalnya kata adjektif. Kata adverba yang asalnya kata adjektif tetapi yang menerangkan kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama. Kata-kata adverba jenis ini juga dapat hadir di hadapan dan selepas perkataan yang diterangkannya. Contoh kata adverba jenis ini; bertiup kencang, ketawa besar, hampir terjatuh, sakit kuat, besar panjang, tinggi lampai, segera ke pejabat, di rumah selalu, dan sering di kolam renang. Kata adverba bentuk ketiga, kata adverba yang asalnya kata kerja ialah kata adverba yang berasal daripada kata kerja tetapi berfungsi sebagai unsur penerang kepada kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama. Contoh kata adverba yang asalnya kata kerja: berjalan mengiring, terbang mengawan, hitam berkilat, putih berseri, di rumah bersendirian ke hutan berseorangan. Secara bandingan, jumlah kata adverba jenis ini tidak terlalu besar. Bentuk kata adverba yang terakhir ialah yang mengalami proses penggandaan, sama ada penggandaan penuh, penggandaan separa atau penggandaan berentak. Fungsinya, seperti kata adverba lain, adalah untuk menerangkan kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama. Contoh kata adverba berbentuk kata ganda penuh; purapura tidak dengar, jarang-jarang datang, duduk diam-diam, betulbetul marah, dan sama-sama ke pekan. Contoh kata adverba berbentuk kata ganda separa berawalan, tinggal bermalam-malam, jangan sekali-kali berbohong, dikenang selama-lamanya; dan penggandaan separa berakhiran, menari gila-gilaan, berniaga kecil-kecilan, mati-matian mempertahankan tanah air. Contoh kata adverba berbentuk kata ganda berentak ialah menangis sedu-sedan, lari lintang-pukang dan berjalan mundarmandir. Kata Pascakata a) Kata Penekan Kata penekannya ialah kata yang memberi penegasan kepada perkataan yang bergabung dengannya. Contohnya:
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 38 Kata Penekan Ayat Contoh Sesungguhnya Sesungguhnya dia memang tidak tahu malu. Nampaknya Nampaknya dia tidak mampu menyiapkan tugas itu. Bahawasanya Saya berikrar bahawasanya saya tidak akan datang lewat ke sekolah lagi. Sebenarnya Sebenarnya dia yang memulakan pergaduhan itu. Sebetulnya Sebetulnya saya mahu membeli kasut, bukan seluar. Sememangnya Sememangnya dia pandai menganyam ketupat. Seharusnya Kita seharusnya menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Selayaknya Selayaknya Pak Tumim dilantik menjadi ketua kampung kita pula. b) Kata Pembenda Kata nya juga merupakan kata pembenda yang menjadikan suatu kata yang asalnya bukan kata nama sebagai kata nama. Kat ini boleh menjadikan kata adjektif dan kata kerja sebagai kata nama. Contoh: Kata Pembenda Ayat Contoh Jauhnya Jauhnya tempat perkhemahan itu dari sini ialah kirakira tiga kilometer. Seronoknya Bukan kepalang seronoknya kanak-kanak itu apabila melihat bapanya pulang. Kuatnya Perempuan itu menjerit dengan kuatnya. Perginya Perginya secara tiba-tiba dan tidak ada sesiapa yang sedar.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 39 Nota 5: KATA MAJMUK Penggolongan Kata Majmuk Konsep Kata Majmuk Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang mencantumkan atau merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Contohnya: kapal terbang balai polis jalan raya balai raya buku kerja alat tulis
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 40 Selain itu, kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja secara terpisah kecuali beberapa bentuk yang telah mantap dan utuh sebagai satu perkataan walaupun terdiri daripada dua perkataan. Contohnya kata majmuk dieja rapat sebagai satu perkataan: antarabangsa apabila apahal apakata apalagi bagaimana barangkali beritahu bumiputera tanggungjawab kerjasama manakala manalagi olahraga padahal pesuruhjaya sediakala setiausaha sukacita warganegara kepada darihal daripada dukacita jawatankuasa kakitangan sukarela suruhanjaya tandatangan Bentuk-Bentuk Kata Majmuk a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya: Gambar rajah Biru laut Air hujan Jalan raya Nasi minyak Terima kasih Luar biasa Merah muda Alat tulis Bandar raya Tengah hari Jam tangan Meja tulis Bom tangan Kapal terbang Kuning langsat Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran. Contohnya: Perdana Menteri Duta Besar Raja Muda Setiausaha Politik Penolong Pendaftar Ketua Menteri Naib Canselor Profesor Madya Timbalan Ketua Pustakawan Ketua Setiausaha Negara
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 41 b) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah. Contohnya: model linear garis pusat telefon dail terus lesung sendi kanta tangan mata pelajaran pita suara darah panas kertas kerja batu kapur c) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa. Contohnya: kaki ayam buah hati duit kopi makan angin pilih kasih anak emas bulan madu manis mulut tumbuk rusuk berat tangan Proses Penggandaan Kata Majmuk a) Penggandaan kata majmuk yang dieja terpisah hanya melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya: gambar rajah alat tulis jalan raya meja tulis kapal terbang mata pelajaran guru besar menteri besar jam tangan pejabat pos balai polis kereta kebal bom tangan gambar-gambar rajah alat-alat tulis jalan-jalan raya meja-meja tulis kapal-kapal terbang mata-mata pelajaran guru-guru besar menteri-menteri besar jam-jam tangan pejabat-pejabat pos balai-balai polis kereta-kereta kebal bom-bom tangan
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 42 b) Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan simpulan bahasa dan bentuk yang mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya: anak emas pesuruhjaya warganegara tandatangan jawatankuasa setiausaha bumiputera buah hati buah tangan anak emas- anak emas pesuruhjaya- pesuruhjaya warganegara- warganegara tandatangan-tandatangan jawatankuasa-jawatankuasa setiausaha-setiausaha bumiputera-bumiputera buah hati-buah hati buah tangan-buah tangan Proses Pengimbuhan Kata Majmuk Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu; i) Apabila kata majmuk Menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja, Ejaannya tetap terpisah. Contohnya: campur aduk→bercampur aduk litar selari→berlitar selari ambil alih →mengambil alih temu bual→ditemu bual daya serap→daya serapan kemas kini→mengemas kini Contohnya: campur aduk→mencampuradukkan daya serap→kedayaserapan garis pusat→mengarispusatkan satu padu→menyatupadukan tunjuk ajar →menunjukajarkan
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 43 Penggolongan Kata Majmuk Kata majmuk dapat digolongkan kepada golongan yang berikut: a) Kata Nama Majmuk Contohnya: alat tulis balai raya suku kata jirim-jirim organik Menteri Besar Penolong Pendaftar Ibu bapa gambar rajah kapal terbang garis pusat setiausaha tandatangan Ketua Menteri mata pelajaran surat khabar b) Kata Kerja Majmuk Contohnya: hapus kira ambil alih lipat ganda kenal pasti terima kasih gulung tikar bersatu padu mereka bentuk menandatangani bertanggungjawab berlatarbelakangkan mengemas kini mencampur aduk ditemu bual c) Kata Adjektif Majmuk Contohnya: merah jambu terang hati kuning langsat muda remaja panas terik suka cita duka cita panjang tangan besar kepala putih bersih hijau daun biru laut hitam legam
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 44 d) Kata Tugas Majmuk Contohnya: bagaimana apabila barangkali kadangkala walhal daripada kepada mana lagi PETUA TATABAHASA Cara Mengenal Kata Majmuk Kata majmuk tidak dapat menerima sebarang penyisipan antara perkataan yang membentuk kata majmuk, contohnya: 1. Tandatangan tidak dapat disisipkan kata untuk membentuk Tanda yang tangan. 2. Urus setia tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk urus setia 3. Kakitangan tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk kaki dan tangan. 4. Tanah air tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk tanah dan air.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 45 Nota 6: KATA GANDA Penggolongan Kata Ganda Kata Ganda Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim) Kata Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu: Kata ganda seluruh Kata ganda separa Kata ganda berentak/berima Kata ganda berimbuhan
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 46 Kata Ganda Seluruh/Penuh Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk. Contoh kata ganda seluruh iaitu: KATA NAMA KATA KERJA KATA SIFAT Buku-buku Pusing-pusing Cantik-cantik Murid-murid Geleng-geleng Panjang-panjang Meja-meja Gelak-gelak Merah-merah Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata. Kata ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal, atau keduaduanya. PENGGANDAAN MAKNA JAMAK MAKNA TUNGGAL Api-api Banyaknya api Sejenis serangga Kuda-kuda Banyaknya kuda Kayu penyangga Anak-anak Banyaknya anak mainan Senarai Kata Ganda Seluruh Jenis Kata Ganda Seluruh Ayat Contoh Kata Nama Anai-anai, gula-gula, mata-mata, rama-rama, kanak-kanak, kura-kura, labahlabah, layang-layang a) Labah-labah itu sedang membuat sarang. b) Layang-layang itu terbang tinggi. Kata Adjektif Besar-besar, cantik-cantik, mahal-mahal, murah-murah, sihat-sihat, tebal-tebal. c) Rumah di situ besarbesar. Makanan itu enak-enak.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 47 Kata Kerja Baring-baring, duduk-duduk, makan-makan, tidur-tidur d) Abang baring-baring selepas makan. e) Khalijah duduk-duduk di pangkin sambil berbual dengan ibunya. Kata Keterangan Betul-betul, erat-erat, hampir-hampir, jarang-jarang, pagi-pagi, malam-malam, renyai-renyai f) Pagi-pagi ibu sudah bangun. g) Hujan turun renyairenyai. Kata Nama Terbitan Pemberita-pemberita, soalan-soalan h) Pemberita-pemberita berkumpul di dewan persidangan semasa kerajaan mengadakan persidangan. Kata Ganda Separa Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Selain tiu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf e. Contoh: Kata Dasar Kata Ganda Kata Ganda Separa Layang Layang-layang lelayang Kuda Kuda-kuda Kekuda Tupai Tupai-tupai Tetupai Siku Siku-siku Sesiku Bola Bola-bola Bebola Jari Jari-jari Jejari Langit Langit-langit lelangit Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baharu dalam kata ganda separa ini seperti pepejal, cecair, tetuang dan sesendi.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 48 Senarai Kata Ganda Separa Ayat Contoh Bebalai, bebarau, bebawang, bebenang, bebola, bebotok, bebuli, bebuluh, cecair, cecawi, cecekak, dedali, dedalu, dedamak, dedaru, dedawai, dedaun, dedaup, gegasing, gegendang, jejaka, jejala, jejamong, jejamu, jejari, jejentik, jejuang, kekabu, kekacang, kekapas, kekara, kekepuk, kekili, kekisi, kekunci, lelabah, lelabu, lelabi, lelada, lelaki, lelayang, leletup, lelumba, memaya, pepanggil, peparu, pepejal, peperam, pepenjuru, pepijat, pepuyu, rerambut, reriang, reribu, reruku, sesangin, sesekat, sesendal, sesendi, sesentih, sesiku, sesumpit, sesungut, tetamu, tetangga, tetuang, tetuban, tetulang, tetupai, tetambak, tetingkat a) Pepatung itu hinggap di batang kayu. b) Komputer itu tidak boleh digunakan kerana tetikusnya rosak. c) Mereka bermain lelayang di padang. d) Lelangit abang berdarah kerana tertusuk tulang. e) Peparu goreng itu amat sedap dimakan bersama dengan nasi lemak. Kata Ganda Berima/Berentak Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu: Jenis Kata Ganda Contoh Ayat Contoh Persamaan bunyi di hujung Kuih-muih, Lauk-pauk Kuih-muih itu terhidang di atas meja. Persamaan bunyi di pangkal Batu-batan, Bukit-bukau Aktiviti gotong-royong akan diadakan esok. Persesuaian bunyi keseluruhan Kusut-masai, Simpang-siur Rambutnya kusut-masai kerana ditiup angin.
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 49 Kata ganda berima juga mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) a) Di pangkal – contoh: batu-batan, lalu-lalang, keluh-kesah b) Di hujung – contoh: kuih-muih, comot-momot, segar-bugar c) Seluruhnya – contoh: kusut-masai, rumput-rampai, huruhara Kata ganda bersajak mesti disertai tanda sempang (-). Persamaan Bunyi Kata Ganda Berentak/Berima Ayat Contoh Di pangkal Bengkak-bengkok, degap-degup, gerakgeri, dentam-dentum, desas-desus, gembargembur, jongkang-jongket, kayukayan, keluh-kesah, kembang-kepis, kendurikendara, lalu-lalang, lekak-lekuk, mandimanda, remuk-redam, serba-serbi, sedu-sedan, sorak-sorai, tanah-tanih, beli-belah, corat-coret a) Gerak-geri mereka sudah lama diperhati oleh pihak polis. b) Sorak-sorai orang ramai kedengaran apabila beliau selesai berucap. c) Ramai orang yang lalu-lalang di jalan ini apabila musim perayaan. d) Ada desas-desus bahawa beliau akan meletakkan jawatan. e) Mereka mandimanda di kawasan sungai itu. Di hujung Awan-gemawan, calarbalar, carut-marut, cerai-berai, comot-momot, ciritbirit, gilang-gemilang, kaya-raya, karut-marut, kuih-muih, lauk-pauk, pindah-randah, punahranah, ramah-tamah, saki-baki, sayur-mayur, segar-bugar, sertamerta, terangf) Buah yang baru dipetik itu segarbugar belaka. g) Adik-beradiknya ramah-tamah belaka. h) Kuih-muih itu amat sedap rasanya. i) Cerita karut-marut
Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 50 benderang, tungganglalang, turun-temurun, anak-pinak, warna-warni, gelapgelita itu hanya untuk menakutkan orang. Seluruhnya Beras-petas, bolak-balik, compang-camping, dolak-dalih, gopohgapah, gunung-ganang, bukit-bukau, gundahgulana, haru-biru, hirukpikuk, huyung-hayang, kacau-bilau, kusutmasai, kumat-kamit, lambat-laun, lintangpukang, mundar-mandir, pontang-panting, porakperanda, rempah-ratus, riuh-rendah, rumputrampai, suku-sakat, sunyi-sepi, tindaktanduk, ulang-alik, huruhara, tungkus-lumus, saudara-mara, kejarmengejar, tawar menawar, kata-mengata, semak-samun j) Rempah-ratus diperlukan untuk memasak nasi tomato. k) Mulut ibu kumatkamit membaca doa. l) Perasaan Ali gundahgulana setelah gagal dalam peperiksaan. m) Abang ulang-alik ke pejabat dengan menunggang motosikal. n) Ali gopoh-gapah berlari ke sekolah setelah bangun lewat. o) Suara guru itu menyebabkan kelas menjadi sunyi-sepi. p) Dia menjemput suku-sakat ke majlis perkahwinan anak pertamanya. q) Budak itu kejarmengejar keriangan di tepi pantai. Kata Ganda Berimbuhan Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran. Contoh: