The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUSNAILI, 2023-04-04 21:28:56

TATABAHASA PEGANGAN SEHEBAT A5_2019

TATABAHASA PEGANGAN SEHEBAT A5_2019

Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 51 Imbuhan Contoh Kata Ganda Berimbuhan Awalan Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat Apitan Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya Sisipan Tulang-temulang, turun-temurun, gilap-gemilap Akhiran Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan Di samping itu, kata ganda berimbuhan mestilah disertai tanda sempang (-). Kata ganda ini boleh diletakkan pada awal; akhir; apitan mahupun sisipan. Senarai Kata Ganda Berimbuhan Persamaan Bunyi Kata Ganda Berimbuhan Ayat Contoh Awalan Berangan-angan, berbaik-baik, berbualbual, berderet-deret, berduyun-duyun, berlari-lari, berlumbalumba, berhati-hati, bertukar-tukar, berturut-turut, melihat-lihat, meminta-minta, memicit-micit, menyebut-nyebut, menari-nari, mengiaugiau, terburu-buru, tergagap-gagap, tergesa-gesa, terkelipkelip, terikut-ikut, tersenyum-senyum, terbahak-bahak, tertanya-tanya, tercengang-cengang, terkaku-kaku a) Adik ketawa terbahakbahak apabila menonton program Raja Lawak itu. b) Dalam perbincangan ini, murid-murid berpeluang bertukar-tukar pendapat. c) Puan Aminah memicitmicit kepalanya yang sakit. d) Lampu pelita itu terkelipkelip lalu padam. e) Hujan lebat turun selama dua hari berturut-turut.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 52 Akhiran Besar-besaran, bijibijian, buah-buahan, sayur-sayuran, bungabungaan, harumharuman, wangiwangian, hiduphidupan, kayukayuan, kecil-kecilan, mudah-mudahan, orang-orangan, ruparupanya, tanamtanaman, tumbuhtumbuhan, ubatubatan, puji-pujian, rumah-rumahan, baubauan f) Bunga-bungaan di taman itu cantik. g) Wanita itu membeli sayursayuran di pasar pagi. h) Gudang itu mengadakan jualan secara besarbesaran. i) Abang menjual pelbagai barang keperluan secara kecil-kecilan. Persamaan Bunyi Kata Ganda Berimbuhan Ayat Contoh Apitan Bersalam-salaman, bertolak-tolakan, berkejar-kejaran, berlarilarian, dahulumendahului, fahammemahami, harapmengharapkan, hormatmenghormati, keanakanakan, kebiru-biruan, kehijau-hijauan, kemerah-merahan, kehairan-hairanan, kehitam-hitaman, kekuning-kuningan, kemalu-maluan, lengkapmelengkapi, mencarikcarikkan, nasihatmenasihati, sebaikbaiknya, selama-lamanya, selewat-lewatnya, ziarahj) Rakyat Malaysia hidup hormat-menghormati. k) Kami akan tiba selewat-lewatnya pada jam 8 malam. l) Anak kucing itu berkejar-kejaran di halaman rumah. m) Dari jauh, pulau itu kelihatan kehijauhijauan. n) Mukanya kemerahmerahan apabila berlari di bawah matahari.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 53 menziarahi, sehari-harian, bersorak-sorakan, kunjung-mengunjungi, melambat-lambatkan Sisipan Jari-jemari, gilanggemilang, tali temali, tulang-temulang, turuntemurun o) Majlis hari lahir anak hartawan itu berlangsung gilanggemilang. p) Ahli arkeologi itu menemui tulangtemulang yang berusia beribu-ribu tahun.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 54 Nota 7: PENGIMBUHAN Penggolongan Pengimbuhan Proses Pengimbuhan Proses pengimbuhan dalam Bahasa Melayu merupakan salah satu cara mengembangkan kata dasar. Hal ini demikian bermaksud bahawa pelbagai imbuhan dapat diimbuhkan pada satu kata dasar. Misalnya daripadaa kata dasar hidang, kita dapat memberika pelbagai imbuhan pada kata tersebut seperti terhidang, berhidangkan, menghidangi, menghidangkan, dan pehidang.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 55 Jenis Imbuhan Jenis imbuhan dalam bahasa Melayu terdiri daripada awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Bentuk imbuhan ini boleh sabagai imbuhan asli bahasa melayu ataupun bentuk imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing , seperti Sanskrit, Arab-Parsi dan Yunani-Latin-Inggeris. Oleh sebab penggunaan imbuhan asing telah sebati dalam penggunaan bahasa sehari-hari, banyak antara kita tidak lagi mengetahui antara imbuhan asli daripada imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu. Antara contoh imbuhan asli bahasa Melayu ialah -an, -kan, -i, pe-, men-, se-, men-…-kan dan sebagainya. Imbuhan pinjaman pula adalah seperti maha-, eka-, wan, -man, bi-, wi-, -iah, pro-, anti-, -isme, -si dan sebagainya. Imbuhan Contoh Keterangan Awalan/imbuhan tambahan Awalan: juru-, maha-, pra- , tataImbuhan awalan: juru-, maha-, pra- , tataJuruterbang Prasejarah Tatabahasa Maharaja 1. Imbuhan juru- bermaksud orang yang ahli atau mahir dalam sesuatu pekerjaan tertentu. a) Juru- bergabung dengan kata kerja. Penulisannya tidak terpisah: juruterbang, jururawat, jurubina dan sebagainya. 2. Imbuhan maha- bermaksud besar, tinggi dan juga agung. a) Maha- dapat bergabung dengan kata nama atau kata sifat sebagai satu kata dan penulisannya bergabung menjadi: maharaja, mahaguru, mahasiswi Imbuhan akhiran: -man, -wan, - wati, -ah Budiman Budayawan Seniwati 1. Imbuhan –man bermaksud orang yang ahli dan pemilik sifat. a) –man bergabung dengan kata sifat untuk mewujudkan maksud orang


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 56 Seniman yang ahli. Penulisannya tidak terpisah.sebagai contohnya ialah: seniman. b) –man menunjukkan makna pemilik sifat: budiman. Sisipan: -el-, -em-, -in-, -er, gelanggang kelangkang selenggara telapak telunjuk gemilang gemuruh kemuning semerbak temali gerigi kerontang serabut seruling ceracak ganggang kangkang senggara tapak tunjuk gilang suruh kuning sabut kentang suling gigi tali Imbuhan sisipan - el-, -em-, -erPenggunaan: Untuk membentuk kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Maknanya: Sesuatu yang mempunyai ciri yang sama dengan kata dasar. Contoh perkataan: el + tunjuk = telunjuk em + kilau = kemilau


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 57 Imbuhan Apitan: Imbuhan apitan ‘beR-…-an’ Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja tak transitif. Makna Ayat Contoh: 1. Perbuatan berbalasbalas Contoh: bercakarcakaran, berdakapdakapan, bertariktarikan 2. Perbuatan berterusan Contoh: berkibaran, berguguran, berdebaran 3. Menunjukkan banyak yang berbuat Contoh: beterbangan, berlarian, berciciran, bergayutan 4. Masa yang panjang Contoh: berlarutan 5. Menunjukkan keadaan/kedudukan Contoh: berasingan, berdekatan, berhampiran, berjauhan 1. Mereka bercakarcakaran sesama sendiri. 2. Mereka berdakapdakapan di khalayak ramai. 1. Bendera itu tidak kelihatan berkibaran lagi. 2. Air matanya bercucuran. 1. Orang pelarian itu berlarian untuk mendapatkan bekalan makanan. 2. Kertas-kertas itu berterbangan di atas jalan raya. 1. Perbincangan mereka berlarutan hingga pagi. 2. Perlawanan tinju itu berlarutan hingga pusingan kedua belas. 1. Mereka tinggal berjauhan. 2. Rumahnya berhampiran dengan padang sekolah.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 58 Imbuhan awalan ialah imbuhan yang diletakkan di hadapan kata dasar. Ada awalan apabila bercantum dengan kata dasar tertentu mengakibatkan wujudnya pelbagai bentuk imbuhan awalan. Contohnya: awalan peN- mempunyai lima bentuk iaitu pe-, pe,-, pen-, peng-, dan juga penge-. Awalan meN- dapat menjadi. Lambang N digunakan sebagai wakil pada huruf pertama dasar yang bercantum dengannya. Misalnya, awalan peN- dan meNkekal apabila bertemu dengan huruf l, m, n, ny, ng, r, w, dan y. Contohnya: peN + lari = pelari meN + makan = memakan peN + nama + penama meN + nanti = menanti peN + nyanyi = penyanyi meN + nyanyi = menyanyi peN + rampas = perampas meN + rampas = merampas peN + warna = pewarna meN + wangi = mewangi peN + yakin = peyakin meN + yakin = meyakini Ciri-ciri imbuhan dalam pengetahuan murid adalah seperti yang berikut. 1. Imbuhan ialah bentuk terikat yang ditambahkan pada kata lain sama ada sebagai awalan, akhiran, atau apitan. 2. Imbuhan dapat bertugas untuk: a) Mengubah bentuk dan tugas sesuatu kata; b) Mengubah atau menetapkan kelas pelbagai kata; c) Mengubah makna kata-kata yang disertainya. 3. Kesalahan dari segi pengimbuhan berlaku sebagai akibat tidak mengetahui aspek-aspek seperti bentuknya, tugasnya, dan maknanya. 4. Oleh sebab tidak mengetahui bentuk sesuatu kata yang betul dan tepat oleh pengimbuhan, maka berlakulah kesalahan-kesalahan seperti yang berikut:


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 59 a) Pertunjukkan Citrawarna diadakan di Dataran Merdeka setiap tahun. (salah) Pertunjukan Citrawarna diadakan di Dataran Merdeka setiap tahun. (betul) b) Kenaikkan harga barang-barang masa ini amat perlu diberikan perhatian oleh pengguna yang prihatin. (salah) Kenaikan harga barang-barang masa ini amat perlu diberikan perhatian oleh pengguna yang prihatin. (betul) c) Muhammad berasa bangga apabila dipilih untuk menaikan Jalur Gemilang pada majlis Perbarisan Kawad Kaki. (salah) Muhammad berasa bangga apabila dipilih untuk menaikkan Jalur Gemilang pada majlis Perbarisan Kawad Kaki. (betul) d) Pihak sekolah akan mempastikan bahawa program peningkatan sahsiah diadakan sepanjang tahun. (salah) Pihak sekolah akan memastikan bahawa program peningkatan sahsiah diadakan sepanjang tahun. (betul) e) Encik Anand mengenepikan keretanya untuk memberikan laluan kepada kereta bomba itu. (salah) Encik Anand mengetepikan keretanya untuk memberikan laluan kepada kereta bomba itu. (betul) 5. Oleh sebab tidak mengetahui perubahan makna sesuatu kata oleh pengimbuhan, terutamanya yang melibatkan apitan men…kan dan men…i, maka berlakulah pula kesalahan-kesalahan seperti yang berikut: a) Setelah meneliti semua fakta, hakim menjatuhkan pesalah juvana itu hukuman ke sekolah pemulihan akhlak. (salah) Setelah meneliti semua fakta, hakim menjatuhi pesalah juvana itu hukuman ke sekolah pemulihan akhlak. (betul)


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 60 b) Sempena Hari Wilayah Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong menganugerahi pingat kebesaran kepada pemimpin negara itu. (salah) Sempena Hari Wilayah Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan pingat kebesaran kepada pemimpin negara itu. (betul) c) Cikgu Hayati memberikan Ustazah Siti Khadijah cenderamata yang dibeli dari India. (salah) Cikgu Hayati memberi Ustazah Siti Khadijah cenderamata yang dibeli dari India. (betul) d) Haryanti mengambil emak secawan teh. (salah) Haryanti mengambilkan emak secawan teh. (betul) Haryanti mengambil secawan the untuk nenek. (betul) e) Pada tahun 2006, banjir besar menenggelamkan bandar Kota Tinggi, Johor. (salah) Pada tahun 2006, banjir besar menenggelami bandar Kota Tinggi, Johor. (betul) f) Sampah sarap mengotorkan kawasan Taman Meru apabila tidak dikutip oleh Majlis Bandar Raya Ipoh. (salah) Sampah sarap mengotori kawasan Taman Meru apabila tidak dikutip oleh Majlis Bandar Raya Ipoh. (betul) g) Anjing liar mengotori kawasan di hadapan rumah itu dengan sampah sarap. (salah) Anjing liar mengotorkan kawasan di belakang rumah itu dengan sampah sarap. (betul) Di samping itu, penggunaan imbuhan pinjaman merupakan ibuhan asing yang dipinjam dan diserapkan untuk menampung keperluan demi memperkembangkan kosa bahasa Melayu.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 61 Imbuhan Pinjaman Imbuhan pinjaman terdiri kepada dua bahagian iaitu imbuhan pinjaman awalan dan imbuhan pinjaman akhiran. 1. Imbuhan Awalan Awalan Fungsi Contoh kata MahaApabila ditambah pada kata dasar akan membawa maksud “paling” atau “tahap tertinggi” mahaguru maharaja PraApabila ditambah pada kata dasar akan membawa maksud “sebelum” atau “syarat sampingan” sebelum sekolah – prasekolah syarat sampingan – prasyarat TataApabila ditambah pada kata dasar tertentu membawa maksud “suatu susunan” atau “peraturan” Peraturan bertertib – tatatertib Peraturan bahasa - tatabahasa SwaApabila ditambah pada kata dasar tertentu membawa maksud “sendiri” Kekuatan sendiri – swadaya Layan sendiri - swalayan EkaApabila ditambah pada kata dasar tertentu membawa maksud “satu” Satu bahasa – ekabahasa Satu dimensi - ekamatra DwiApabila ditambah pada kata dasar tertentu membawa maksud “dua” Dua bahasa – dwibahasa Dua fungsi - dwifungsi TriApabial ditambah pada kata dasar tertentu membawa maksud “tiga” Tiga bulan – tribulan Tiga minggu - triminggu PancaApabila ditambah pada kata dasar tertentu membawa maksud “lima” Lima indera – pancaindera Lima dasar - pancasila


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 62 ProApabila ditambah pada kata dasar tertentu membawa maksud “menyokong” atau “menyebelahi” Menyokong kerajaan – prokerajaan Menyokong sistem demokrasi - prodemokrasi BiApabila ditambah pada kata dasar tertentu membawa maksud “tidak”, tetapi penggunaannya amat terhad Tiada adab – biadap Tidak normal - bilazim Poli- Membawa maksud “banyak” Banyak isteri – poligami Banyak klinik - poliklinik AutoMembawa maksud “secara bersendirian” Automatik autonomi SubMembawa maksud sebahagian daripada keseluruhan Sebahagian daripada sistem – subsistem Penolong penyunting - subeditor SupraMembawa maksud “melebihi”, “mengatasi”, “merentasi” Suprasistem supranasional AntiMembawa maksud “melawan” atau “menentang” Menentang penjajah – antipenjajah Menentang penyalahgunaan dadah - antidadah JuruMembawa maksud orang yang mempunyai kemahiran atau pakar dalam kemahiran tertentu Pakar dalam bidang bahasa – jurubahasa Orang yang mahir mengemudi kapal - jurmudi Contoh penggunaan: Lagu yang diputarkan oleh juruhebah radio itu merdumerdu belaka. Maharaja itu bercadang untuk menakluk kawasan utara sekali gus memerintah seluruh dunia. Zara telah menyuarakan hasratnya untuk belajar di prasekolah. Encik Romi merupakan seorang yang prokerajaan.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 63 Gerakan antidadah telah dilaksanakan untuk mengelakkan penyalahgunaan dadah terutama dalam kalangan remaja. 2. Imbuhan Pinjaman Akhiran. Akhiran Fungsi Contoh kata -wang Apabila ditambah pada kata dasar tertentu membawa maksud “pelaku sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang berhubung dengan kaum lelaki”. Pejuang negara – negarawan Ahli sukan lelaki - olahragawan -wati Apabila ditambah pada kata dasar tertentu membawa maksud “pelaku sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang berhubung dengan kaum perempuan”. Heroin – wirawati Ahli sukan wanita - olahragawati -wi Digunakan secara terbatas untuk menimbulkan bentuk kata adjektif, iaitu mencirikan sifat yang terkandung pada kata dasar. Bersifat keduniaan – duniawi Bersifat syurga - syurgawi -in -at Bentuk kata bahasa Arab yang digunakan bagi membentuk kata nama. Orang ramai yang hadir – hadirin, hadirat Orang ramai yang beragama Islam – muslimin; muslimat -ah Bentuk kata bahasa Arab yang digunakan untuk menunjukkan kata nama yang merujuk kepada perempuan. Isteri sultan – sultanah -isme -ik -si -al -is Bentuk akhiran daripada bahasa Yunani – Latin – Inggeris wujud dalam kata yang dipinjam keseluruhannya. Nasionalisme Linguistik Klasifikasi Kritikal Gramatis Contoh penggunaan kata imbuhan pinjaman akhiran:


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 64 Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini telah meninggal dunia pada 5 Julai 2014 pada pukul 1.26 pagi. Datuk Lee Chong Wei telah dinobatkan sebagai olahragawan negara kerana pencapaiannya dalam sukan badminton. Kerajaan negara China dan Korea Utara mengamalkan fahaman komunisme. Jangan menilai seseorang itu dari segi lahiriah sahaja.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 65 Nota 8: AYAT Ayat Dasar Menurut Tatabahasa Dewan, ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat pelbagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, dan dari segi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa, namun jika dikaji asas binaannya maka


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 66 semua ayat itu boleh dikesan rangka dasarnya sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis, dengan berpandu pada jenis-jenis unsur yang hadir sebagai konstituen ayat-ayat itu (jenis-jenis subjek dan predikatnya). Konstituen subjek, pada umumnya, diisi oleh frasa nama, sementara konstituen predikat pula diisi oleh empat jenis unsur yang berbeza, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSN). Empat jenis unsur pengisi konstituen predikat inilah yang menubuhkan empat jenis pola ayat dasar bahasa Melayu seperti yang berikut: i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS) a) Frasa Frasa ialah unit tatabahasa yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa menjadi subjek atau predikat dalam binaan ayat serta menjadi konstituen atau binaan kepada klausa. Frasa terbahagi kepada empat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Dalam setiap frasa ada perkataan yang yang dikenali sebagai inti frasa, iaitu perkataan yang paling penting dalam frasa. Contoh (berdasarkan Pola FN + FN): Anak saya seorang wartawan = Anak wartawan Di sini ‘anak’ dan ‘wartawan’ adalah inti frasa kepada kedua-dua pola tersebut. Jenis perkataan yang menjadi inti frasa menentukan sama ada ia menjadi frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 67 Frasa Nama (FN) Frasa Nama yang terbentuk daripada sederetan perkataan mempunyai dua jenis hubungan antara perkatan-perkataan ini: a) inti dan penerang Contoh: Guru bimbingan dan kaunseling itu sedang menasihati murid-muridnya (FN + FK) Guru →inti; bimbingan dan kaunseling itu → penerang b) inti dan inti Contoh: Rakyat Malaysia perlu menjaga amanah negara (FN + FK) Rakyat → inti; Malaysia → inti. Dalam binaan frasa nama, penyusunan setiap konstituen amat pentng untuk menentukan sama ada frasa nama itu digunakan dengan betul atau tidak. Oleh itu, peraturan Hukum D-M, penggunaan kata bilangan serta panggilan dan penerang mestilah sesuai dalam frasa nama. Frasa Kerja (FK) Frasa kerja terbina daripada satu perkataan sahaja (iaitu terdiri daripada kata kerja tak transitif) atau sederetan perkataan yang menjadi unsur predikat dalam ayat. Binaan frasa kerja terbahagi kepada dua: a) Frasa kerja yang tidak mengadungi objek dan tidak memerlukan kata nama sebagai penyambung untuk melengkapkannya. Kata kerja di sini ialah kata kerja tak transitif. Contoh: Adik melompat. (FN + FK) b) Frasa kerja yang mengandungi objek selepas kata kerja untuk melengkapkan frasa ini. Kata kerja di sini ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek yang terdiri daripada kata nama. Objek berkenaan boleh diikuti oleh penerang.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 68 Contoh: Saya memburu rusa di hutan. (FN + FK) rusa →objek di hutan → penerang Frasa Adjektif (FA) Frasa adjektif boleh terbina daripada satu perkataan atau sederetan perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai inti. Frasa adjektif adalah unsur predikat dalam binaan ayat atau sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat yang hadir selepas kata kerja. Manakala sebagai kata penerang, kata adjektif hadir selepas kata nama. Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan sahaja adalah seperti malas, muram, dan kosong. Frasa adjektif juga boleh dibahagikan kepada dua golongan: a) Kombinasi dua kata adjektif yang menekankan beberapa unsur: keserasian makna. Contoh: cantik molek, penat lelah makna berlawanan. Contoh: baik buruk, kecil besar keindahan bunyi ritma. Contoh: lemah longlai, kusut masai b) Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif sebagai inti dan kata nama sebagai penerang. Ia membawa dua maksud: keserupaan. Contoh: merah darah , hijau daun kiasan. Contoh: panjang tangan, besar kepala Dalam frasa adjektif, kata penguat boleh hadir dalam beberapa keadaan: Di hadapan: paling degil, amat bijak Di belakang: murah sekali, cepat benar Secara bebas: amat cantik, cantik amat. Secara berderetan: sungguh berani sekali, belum cerdik lagi


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 69 Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif hadir sebagai predikat, sebagai kata keterangan selepas kata kerja dan penerang selepas frasa nama. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif boleh mengalami susunan songsang. Contoh: Sekolah Aishah amat hebat sekali → Amat hebat sekali sekolah Aishah Frasa Sendi Nama (FSN) Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu sendi nama dan frasa nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama itu. Dalam binaan ayat biasa, frasa sendi nama menjadi predikat dalam ayat. Frasa sendi nama boleh dibentuk melalui empat cara: Sendi nama dan frasa nama. Contoh: di pasar Sendi nama, kata nama arah dan frasa nama. Contoh: di tepi pasar Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan ayat komplemen. Contoh: ke dalam hutan untuk memburu rusa. (binaan ketiga ini memperlihatkan kita bahawa unsur kata nama arah dan ayat komplemen merupakan unsur pilihan) Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan frasa keterangan. Contoh: di selatan negeri China pada tiap-tiap bulan. (binaan keempat ini memperlihatkan unsur keterangan bersifat pilihan) Pola Ayat Asas Pola 1: Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai subjek dan Frasa Nama (FN) sebagai predikat. Contoh ayat bagi pola (FN + FN): Amirzul ialah murid.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 70 Amirzul merupakan frasa nama begitu juga dengan murid. Ayat tersebut tidak menjadi terbitan kerana tidak mempunyai imbuhan. Pola 2: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai subjek dan Frasa Kerja (FK) sebagai predikat. Contoh ayat bagi pola (FN + FK): Amirzul berenang. Amirzul merupakan frasa nama manakala berenang merupakan frasa kerja iaitu daripada kata dasar renang. Pola 3: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai subjek dan Frasa Adjektif (FA) sebagai predikat. Contoh ayat bagi pola (FN + FA): Amirzul tampan. Amirzul merupakan frasa nama manakala tampan merupakan kata adjektif atau pun kata sifat iaitu sifat Ali yang tampan. Pola 4: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN) Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai subjek dan Frasa Sendi Nama (FSN) sebagai predikat. Contoh ayat bagi pola (FN+FSN): Rumah Amirzul di seberang kampung sana.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 71 Rumah Amirzul merupakan frasa nama manakala di merupakan kata sendi nama, manakala kampung sana hanyalah predikat ayat. Ayat dasar ini juga mengandungi beberapa ciri iaitu, boleh terdiri dari satu klausa utama sebagai satu susunan biasa. Ini kerana ayat dasar terdiri dari satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga bertindak sebagai ayat penyata bagi menyatakan sesuatu. Selain itu, ayat dasar juga bertindak sebagai ayat aktif. Ayat dasar ini biasanya adalah ayat yang ringkas maka ayat ini berpotensi untuk diperluaskan. Ayat ini juga tidak mempunyai kata hubung yang menyambung antara dua ayat. Jenis Ayat Ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis yang utama iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Ayat Penyata Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Contoh ayat penyata: i. Nadia kerani kewangan. ii. Dia usahawan yang berjaya. iii. Ashila pelakon popular masa kini. Ayat Tanya Ayat tanya pula adalah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu: a) Ayat tanya tanpa kata tanya. b) Ayat tanya dengan unsur kata tanya.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 72 a) Ayat Tanya tanpa kata tanya Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). Contohnya: i. Encik Fuad kaunselor di sekolah itu? ii. Zara masih tidur? iii. Sumirah menjadi doktor? Ayat tanya dengan unsur kata tanya. Ayat tanya jenis ini juga boleh disertai dengan partikel – kah, yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat. Contoh ayat: i. Dia bersekolah di mana? Di manakah dia bersekolah? ii. Kamu ke Kedah bila? Bilakah kamu ke Kedah? iii. Mereka berlepas pagi tadi bagaimana? Bagaimana mereka berlepas pagi tadi? b) Ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu: a. Ayat tanya dengan kata tanya. b. Ayat tanya dengan kata ganti nama diri. c. Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 73 a. Ayat tanya dengan kata tanya Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang mengandungi kata tanya seperti siapa, berapa, bagaimana, bila, mengapa dan kenapa. Contoh ayat: i. Harga barang ini berapa? ii. Hari perkahwinannya bila? iii. Awak datang lambat kenapa? b. Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya Ayat jenis ini terdiri daripada ayat yang mengandungi kata ganti nama Tanya seperti apa, siapa, dan mana. Contoh ayat: i. Apakah benda itu? ii. Siapakah gurunya? iii. Manakah adik awak? c. Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya Ayat jenis ini terdiri daripada ayat yang didahului oleh frasa sendi nama Tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila dan sebagainya. Contoh ayat: i. Tuan tinggal di mana? ii. Adik hendak ke mana? iii. Anak Puan Anita berkahwin dengan siapa? Ayat Perintah Ayat perintah pula ialah ayat yang digunakan dengan tujuan menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti kamu, awak, engkau dan sebagainya yang biasanya digugurkan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut:


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 74 i. Ayat suruhan ii. Ayat larangan iii. Ayat silaan iv. Ayat permintaan i. Ayat suruhan Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Dalam ayat suruhan, subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak, engkau, kamu dan selainnya yang biasanya digugurkan. Walau bagaimanapun, kerana tujuan penegasan, subjek boleh juga dikekalkan. Contoh ayat: a) Keluar dari bilik ini! b) Pergi dari sini! c) Awak siapkan kerja itu sekarang. ii. Ayat larangan Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contoh ayat: a) Jangan ambil harta orang. b) Kamu jangan beritahu dia. c) Usah dikenangkan lagi perkara yang lalu. iii. Ayat silaan Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemout atau mempersilakan seseorang. Contoh ayat: a) Sila datang ke rumah saya. b) Sila serahkan surat ini ke pejabat. c) Jemput masuk.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 75 iv. Ayat permintaan Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti yang terdapat dalam contoh berikut: Contoh ayat: a) Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan. b) Minta tuan benarkan kami masuk. c) Tolong tutup tingkap itu. Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarakn dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang diletak di akhir ayat. Kata seru yang biasanya digunakan ialah oh, wah, amboi, cis, nah, syabas dan sebagainya. Contohnya: a) Anakku! b) Amboi, garangnya! c) Wah, besarnya rumah awak! Susunan Konstituen Ayat Tunggal Ayat tunggal dibina oleh dua konsituen, iaitu subjek dan predikat. Contoh: (Ali) (suka makan nasi goreng berlada). (Kereta itu) (baru sahaja dibeli oleh ayah). Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu; i) Susunan biasa ii) Susunan songsang


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 76 Susunan Biasa Dalam susunan biasa ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat, seperti dalam contohcontoh berikut: 1. Seorang guru telah memenangi hadiah itu. 2. Beberapa buah bangunan musnah dalam kebakaran itu. 3. Semua pelajar kita berjaya dalam peperiksaan tahun lalu. 4. Setiap tuntutan akan mendapat layanan. 5. Mereka semua sudah lama menetap di Malaysia. 6. Setengah-setengah bangunan itu masih kukuh lagi. 7. Kebanyakan calon tidak memahami soalannya. 8. Hampir semua pekarja telah hadir dalam majlis tersebut. 9. Negeri-negeri pantai timur masyhur dengan perusahaan kraftangan. 10. Penyalahgunaan dadah dapat melemahkan tenaga pekerja negara kita. Ayat susunan biasa yang menggunakan kata penegas seperti -lah, -tah, -kah. Dalam penggunaannya, konstituen yang menerima kata penegas akan mengalami proses pendepanan, seperti dalam contoh berikut: 1. Contoh 1 a. Bapa saya dia. b. Dialah bapa saya. 2. Contoh 2 a. Adik kami datang semalam. b. Datangkah adik kami semalam?. 3. Contoh 3 a. Daya kita apa? b. Apatah daya kita? Dalam ayat susunan biasa, Kata penekan yang biasa digunakan ialah pun-, jua-, juga, sahaja dan lagi.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 77 Contoh: 1. Pengawai itu pun tidak melayan kita. 2. Saya ingin juga ke sana. 3. Kita meminta rahmat daripada Allah jua. 4. Sepanjang hari dia mengelamun sahaja. 5. Orang itu tidak akan datang lagi. Susunan Songsang Ayat tunggul boleh juga wujud dalam susunan songsang melalui proses pendepanan atau penjudulan. Dalam susunan songsang konstituen predikat akan dipindahkan ke hadapan subjek ayat. Unsur yang dipindahkan ke hadapan itu mesti diberi penegasan iaitu melalui proses pendepanan predikat iaitu: a) Pendepanan seluruh predikat Seluruh konstituen predikat dibawa ke hadapan mendahului subjek. 1. Perangainya baik sungguh. (Baik sungguh perangainya.) 2. Pendaki itu berjaya juga akhirnya. (Berjaya juga akhirnya pendaki itu.) 3. Orang itu sangat rajin. (Sangat rajin orang itu.) 4. Rasa buah itu enak sekali. (Enak sekali Rasa buah itu.) 5. Penyesalannya tidak berguna lagi. (Tidak berguna lagi penyesalannya.) 6. Ayam itu sudah mati agaknya. (Sudah mati agaknya ayam itu.) 7. Pegawai itu masih belum sampai. (Masih belum sampai pegawai itu.)


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 78 8. Ahmad sungguh bernasib baik. (Sungguh bernasib baik Ahmad.) 9. Surat itu dari seberang laut agaknya. (Dari seberang laut agaknya surat itu.) 10. Bapanya petani. (Petani bapanya.) b) Pendepanan sebahagian daripada predikat i. Pendepanan frasa kerja Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu: Kata kerja sahaja 1. Kanak-kanak itu berkejaran-kejaran di padang. (Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.) 2. Hati saya terkilan tadi. (Terkilan hati saya tadi.) 3. Mereka bekerja setiap hari. (Bekerja mereka setiap hari.) 4. Dia terduduk di situ. (Terduduk dia di situ.) 5. Bayi itu menangis setiap malam. (Menangis bayi itu setiap malam.) Kata kerja dengan objek 1. Dia membaca buku di perpustakaan. (Membaca buku dia di perpustakaan.) 2. Pak Abu menanam jagung tahun ini. (Menanam jagung Pak Abu tahun ini.)


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 79 3. Hatiku terpaut oleh kemesraannya. (Terpaut hatiku oleh kemesraannya.) 4. Sampah itu dibakarnya. (Dibakarnya sampah itu.) 5. Budak-budak itu kena pukul kelmarin. (Kena pukul budak-budak itu kelmarin.) Kata bantu dengan kata kerja 1. Budak-budak itu masih bermain. (Masih bermain budak-budak itu.) 2. Anaknya belum sampai ke sekolah. (Belum sampai anaknya ke sekolah.) 3. Mereka akan pergi ke Melaka pagi esok. (Akan pergi mereka ke Melaka pagi esok.) 4. Guru itu sedang mengajar. (Sedang mengajar guru itu.) 5. Keluarga itu pernah berkunjung ke ibu kota. (Pernah berkunjung keluarga itu ke ibu negara.) ii. Pendepanan frasa adjektif Pendepanan kata adjektif sahaja 1. Dia sakit pada masa itu. (Sakit dia pada masa itu.) 2. Badannya lesu sepanjang masa. (Lesu badannya sepanjang masa.) 3. Calon itu baik dalam semua pelajarannya. (Baik calon itu dalam semua pelajarannya.)


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 80 4. Pesakit itu lumpuh dengan tiba-tiba. (Lumpuh pesakit itu dengan tiba-tiba.) 5. Orang itu bijak. (Bijak orang itu.) Pendepanan kata bantu dengan adjektif 1. Barang itu belum tentu baik. (Belum tentu baik barang itu.) 2. Bangunan itu masih teguh lagi. (Masih teguh lagi bangunan itu.) 3. Pesakit itu sedang sakit tenat. (Sedang sakit tenat pesakit itu.) 4. Anak pendeta itu sudah tentu pandai. (Sudah tentu pandai anak pendeta itu.) iii. Pendepanan frasa sendi nama Frasa sendi nama sebagai predikat 1. Barang-barang itu untuk ibu. (Untuk ibu barang-barang itu.) 2. Surat itu tentu daripada Ali. (Tentu daripada Ali surat itu.) 3. Arahan itu tetap kepada pekerjanya. (Tetap kepada pekerjanya arahan itu.) 4. Tiket basnya masih pada saya. (Masih pada saya tiket basnya.) 5. Dia di Kuala Lumpur dia sekarang. (Di Kuala Lumpur dia sekarang.)


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 81 Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat 1. Saya berpegang pada janji. (Pada janji saya berpegang.) 2. Kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah. (Kepada Allah kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah.) 3. Perarakan itu menghala ke bandar. (Ke bandar perarakan itu menghala.) 4. Pejuang-pejuang itu merempuh ke dalam kota. (Ke dalam kota pejuang-pejuang itu merempuh.) 5. Kami mengait buah itu dengan galah. (Dengan galah kami mengait buah itu.) Rumus Ayat Songsang Ayat biasa: Dia / membeli buku di kedai itu. Cara Songsangan Ayat: Nomborkan penggalan ayat. 1 2 3 Dia membeli buku di kedai itu. KGND - Ketiga Frasa Kerja Transitif Objek Frasa Keterangan Subjek Predikat FORMULA: Ayat Biasa : 1 + 2 + 3 Ayat songsang: i. 2 + 3 + 1 ii. 2 + 1 + 3 iii. 3 + 1 + 2 iv. 3 + 2 + 1


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 82 Ayat biasa: 1 2 3 Dia Membeli buku di kedai itu. Contoh ayat songsang (i) 2 3 1 Membeli buku di kedai itu dia Contoh ayat songsang (ii) 2 1 3 Membeli buku dia di kedai itu Contoh ayat songsang (iii) 3 1 2 Di kedai itu dia membeli buku Contoh ayat songsang (iv) 3 2 1 Di kedai itu Membeli buku dia Ragam Ayat A) Ayat Aktif i. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat) ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN…’, ‘men…kan’ dan ‘men…i’. iii. Contoh: Ghani (pelaku) sedang memancing ikan (benda yang kena buat).


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 83 B) Ayat Pasif i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat). ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di…’; ‘di…kan’ atau ‘di…i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan. Contoh: i. Ikan itu dipancing oleh Ali. ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua) iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama) C) Contoh Menukarkan Ayat Aktif Kepada Ayat Pasif Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif. a) Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah baharunya. Ayat pasif: Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah baharunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya. b) Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya. Ayat pasif: Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut. c) Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut. Ayat pasif: Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata tebal itu. d) Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 84 Ayat pasif: Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis. e) Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik. Ayat pasif: Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan. D) Contoh Menukarkan Ayat Pasif Kepada Ayat Aktif Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif. a) Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut. Ayat aktif: Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat. b) Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar. Ayat aktif: Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis tersebut. c) Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu. Ayat aktif: Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu. d) Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional. Ayat aktif: Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat tentang pelaburan saham tersebut.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 85 e) Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan. Ayat aktif: Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik. i. Ayat aktif transitif Subjek Predikat Kata Kerja Transitif Objek Tukang kebun menebas lalang Pengetua menyampaikan ucapannya Ridzuan membaiki Kereta saya ii. Ayat aktif tak transitif Ayat ini mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata yang tidak diikuti oleh objek. Walau bagaimanapun, kata kerja tak transitif bboleh diikuti oleh unsur-unsur keterangan. Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif Keterangan Keluarganya pulang ke kampung Mereka bermastautin di Ipoh Unsur pilihan dalam Frasa Predikat i) Kata nafi ii) Kata pemeri Kata Nafi


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 86 Menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat itu (bukan & tidak). Bukan boleh menafikan semua frasa nama (FN) dan frasa sendi nama (FS). Sebagai contoh: a) Itu bukan sekolahnya. (FN) b) Faedahnya bukan untuk saya sahaja. (FS) Bukan boleh hadir bagi menfikan frasa kerja (FK) dan frasa adjektif (FA) jika kedua-keduanya mendukung maksud pertentangan maklumat. Ayat contoh: a) Ucapannya bukan mempersendakan para penonton, tetapi menyatakan kebenaran. (FK) b) Richard bukan pandai sangat, tetapi rajin. (FA) · Tidak boleh menafikan frasa kerja (FK) dan frasa adjektif (FA) Ayat contoh: a) Mereka tidak datang semalam (FK) b) Bapa saya tidak kuat lagi (FA) Kata Pemeri Unsur yang menjadi pemeri hal atau penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Ialah hadir di hadapan frasa nam (FN) Ayat contoh: a) Warna pinang masak ialah warna rasmi bas sekolah seluruh negara kita. (FN) b) Kejadian itu ialah pertama kali berlaku di sini. (FN) Adalah boleh hadir di hadapan frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS) Ayat contoh:


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 87 a) Taklimat tentang skim jawatan itu adalah terlalu panjang. (FA) b) Nalurinya adalah benar belaka. (FA) c) Matlamat penyelidikan dan pembangunan kebangsaan adalah untuk kemajuan negara. (FS) d) Surat itu adalah daripada ibunya di London. (FS) Kata nafi dan kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kecuali dalam binaan adalah + kata nafi + frasa adjektif Ayat contoh: a) Kita semua sedia maklum bahawa dunia yang dicipta oleh Tuhan adalah tidak kekal dan suatu hari nanti akan berakhir jua. b) Kecantikannya itu adalah bukan untuk menunjuknunjuk, tetapi sebagai teladan.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 88 Nota 9: AYAT MAJMUK Ayat Majmuk Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat 1 (a) dengan ayat 1 (b):


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 89 1. Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat latihan Matematik. (a) Ali sedang membaca buku. (b) Fatimah sedang membuat latihan matematik. Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu: 1. Ayat majmuk gabungan 2. Ayat majmuk pancangan 3. Ayat majmuk campuran Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua ayat atau lebih yang menjadikan satu dengan cara mengabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti, dan, atau, tetapi, sambil dan sebagainya. Ayat contoh: (a) Rokiah pandai menyanyi dan menari. (b) Abu kurus tetapi kuat makan. Ayat (a) dihubungkan dengan kata hubung dan manakala ayat (b) dihubungkan dengan kata hubung tetapi. Gabungan yang susunannya menggabungkan duat ayat atau lebih, menggunakan kata hubung yang berpasangan seperti lebih baik… daripada, apakah… atau (pun). Sama ada… atau, dan sebagainya. Ayat contoh: (a) Daripada kita duduk termenung, lebih baik membaca buku. (b) Apakah guru akan memarahi kita ataupun sekadar mendiamkan diri? (c) Adakah kamu bercakap benar ataupun menuduhnya sahaja? (d) Sama ada kamu bersalah atau tidak belum pasti.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 90 Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini bermakna, dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan. Ayat Majmuk Pancangan Ayat Relatif Ayat Komplemen Ayat Keterangan Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang seperti contoh di bawah: (a) Kanakkanak yang cedera itu ruparupanya anak Leman. (b) Kanakkanak itu ruparupanya anak Pak Leman. Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat. Ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang. Contoh: (a) Bahawa hujan lebat telah menyebabkan banjir kilat. Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat. Contoh: Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia. Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal. Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 91 (c) Kanakkanak itu cedera. Ayat (c) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan “kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubung yang. (b) Bahawa pembuangan puntung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran -kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga, sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis ayat komplemen iaitu: 1. Ayat kmoplemen frasa nama 2. Ayat kmoplemen frasa kerja 3. Ayat komplemen frasa adjektif. 1. Ayat komplemen frasa nama Frasa nama boleh berada pada empat tempat dalam ayat, iaitu sebagai subjek, predikat, objek tepat dan objek sipi. Namun, ayatayat komplemen jenis frasa nama hanya dapat menduduki dua tempat iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan ayat komplemen frasa nama objek tepat seperti berikut: (i) Ayat komplemen frasa nama subjek (a) Bahawa bahasa Melayu bahasa ibunda memanglah jelas. (b) Untuk dia mendapat kejayaan dalam peperiksaan itu memang sukar. (c) Bahawa cerita itu menyeramkan tidak benar. (d) Dakwaan bahawa Ali membunuh telah mendapat liputan meluas di media.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 92 (e) Amat penting untuk kita menyedari kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Walaupun susunan ayat-ayat di atas ialah ayat songsang, namun bahagian-bahagian yang condong tetap merupakan subjek. (ii) Ayat komplemen frasa nama objek tepat Objek dalam ayat boleh wujud sebagai objek tepat kata kerja transitif atau sebagai objek sipi, tetapi ayat ayat komplemen boleh wujud hanya sebagai objek tepat sahaja. Ayat contoh: (a) Kerajaan mengumumkan bahawa rakyat akan menikmati pemberian subsidi berikutan harga minyak dinaikkan secara mendadak. (b) Berita TV3 itu menyebut bahawa semua penumpang kapal terbang Boeing 474 terselamat. (c) Mereka menyedari bahawa kehidupan mereka belum terbela sepenuhnya. (d) Yang dituduh mengakui bahawa dia yang melakukan rompakan di kedai emas tersebut. Dalam ayat- ayat di atas ayat komplemen berfungsi sebagai objek tepat kata kerja transitif pada ayat induknya. 2. Ayat komplemen frasa kerja Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif, iaitu yang diikuti bukan oleh kata nama tetapi oleh keteranganketerangan lain yang bertujuan melengkapkan frasa tersebut. Ada ayat-ayat komplemen yang berfungsi sebagai pelengkap kepada kata kerja ini, yang bukan frasa nama. Sekali imbas ayat-ayat ini seolah-olah ayat komplemen frasa nama objek, tetapi hakikatnya tidak, oleh sebab ayat-ayat tersebut tidak boleh mengalami proses pasif, iaitu bagi menentukan frasa nama objek. Oleh itu, ayat-ayat itu digolongkan ke dalam jenis ayat-ayat komplemen frasa kerja.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 93 Ayat contoh: (a) Pak Rashid berpendapat bahawa tanah pusaka itu tidak patut dijual. (b) Pemimpin itu berfahaman bahawa pembangunan negara seiring dengan kepesatan ekonomi. (c) Ibu Safinah beranggapan bahawa anaknya telah berjaya dalam bidang kedoktoran. (d) Saya berpendapat bahawa cadangan itu boleh diterima. (e) Murid itu berasa bahawa nasihat guru disiplinnya itu benar. 3. Ayat komplemen frasa adjektif Frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat sesuatu ayat. Begitu juga ayat komplemen boleh terdiri daripada ayat komplemen adjektif, iaitu yang merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Tetapi, jumlah ayat jenis ini dalam bahasa Melayu amat terhad. Ini dapat dilihat menerusi contoh berikut: (a) Saya amat percaya bahawa saya akan cemerlang dalam peperiksaan. (b) Murid itu sedar bahawa mereka harus berjaya dalam peperiksaan. (c) Fatimah sangat yakin bahawa anaknya akan berjaya. (d) Nelayan itu sangat insaf bahawa mereka itu serba kekurangan. Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Biasanya, ayat jenis ini panjang. Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya. Ayat contoh: Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 2002, yang telah menerima suntikan tersebut.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 94 Dalam ayat ini terdapat dua ayat relatif yang dipancangkan ke dalam ayat induk iaitu yang lahir dalam tahun 2002 dan mereka yang menerima suntikan tersebut. Subjek ayat majmuk ialah mereka, kata kerjanya mendaftarkan dan objek tepat kanak-kanak. Kedua-dua ayat relatif itu merupakan penerang kepada objek tepat. i) Ayat majmuk gabungan. Lampu bercahaya dan berwarna-warni. ii) Ayat majmuk pancangan Ayat Majmuk Pancangan Ayat Relatif Ayat Komplemen Ayat Keterangan Contoh 1: Madu tersebut dijual dengan harga yang tinggi. Contoh 2: Di negara kita juga banyak kraf tangan yang dihasilkan daripada buluh. Contoh 1: Sesetengah penduduk kampung mencari madu lebah di hutan untuk dijual. Contoh 2: Tahukah kamu bahawa hutan merupakan sumber pendapatan kepada sesetengah penduduk di negara kita? Contoh 1: Fairus sekeluarga berasa bertuah kerana dapat menyaksikan konsert itu. Contoh 2: Kraf tangan ini dipasarkan dengan meluas. Ayat majmuk campuran Contoh 1: Terdapat pelbagai jenis rotan seperti rotan manau atau nama saintifiknya, Calamus conioastris, rotan semang dan rotan paku atau Calamus exilis. Contoh 2: Apabila menyebut perkataan hutan, tergambar dalam fikiran kita akan pokok-pokok yang besar dan pelbagai jenis mergastua.


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 95 Nota 10: PERIBAHASA Bidalan 1. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha 2. Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 96 3. Belum duduk sudah berlunjur Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira 4. Berbual di alang, belayar di luar musim Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai 5. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengardengar Perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu 6. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak 7. Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap 8. Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian 9. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain 10. Bertanjak baharu tinjau Membuat kerja mengikut aturan 11. Biar alah sabung, asalkan menang sorak Tewas dalam perlawanan naun masih bercakap besar 12. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia 13. Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 97 14. Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah 15. Biar genting, jangan putus Biar rugi sedikit daripada rugi banyak 16. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat 17. Biar lambat asalkan selamat Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati 18. Biar mati anak jangan mati adat Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban 19. Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma Biar mati kerana membuat kebaikan daripada mati kerana membuat kejahatan 20. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut Menyimpan rahsia 21. Biar putih tulang jangan putih mata Sanggup mati daripada menyerah kalah 22. Biar senget, jangan tertiarap Biar rugi sedikit daripada rugi banyak 23. Biar titik, jangan tumpah Biar rugi sedikit jangan rugi banyak 24. Buang yang keruh, ambil yang jernih Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 98 25. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba 26. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu 27. Cicir dipungut, hilang dicari Jangan melakukan pembaziran 28. Daripada cempedak baiklah nangka Lebih baik ada daripada tiada langsung 29. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik 30. Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati Jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati 31. Elok lenggang di tempat datar Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya 32. Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya Jangan terlalu percaya akan kata-kata orang 33. Genggam bara api biar sampai jadi arang Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya 34. Habis akal, baru tawakal Sesudah habis segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 99 35. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga Budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia 36. Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat 37. Hilang geli kerana geletek Sesuatu yangc sudah biasa tidak berbekas kepada kita 38. Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta 39. Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing 40. Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan 41. Jangan bermain di air keruh Jangan ditiru perbuatan yang buruk 42. Jangan buat kerbau tanduk panjang Jangan campuri urusan orang lain 43. Jangan dibangunkan kucing tidur Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa 44. Jangan didengarkan siul ular Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh 45. Jangan difikir air pasang sahaja Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik


Tatabahasa Pegangan SEHEBAT Suntingan Cikgu Zainudin 100 46. Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru 47. Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak 48. Jangan lemparkan pancing tiada berumpan Sia-sia mengharapakn sesuatu kalau tidak cukup syarat 49. Jangan mengukur baju orang di badan sendiri Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri 50. Jangan punting berasap jua Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, jangan diungkitungkitkan lagi 51. Jangan tercirit di periuk Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang 52. Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan Mendengar nasihat pakar 53. Kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga Jangan lakukan apa-apa yang tidak mampu kita lakukan 54. Kalau di bawah, melompat; kalau di atas, menyusup Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan 55. Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk Jangan dilewat-lewatkan sebarang kerja yang baik 56. Kusut di hujung balik ke pangkal Apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya


Click to View FlipBook Version