INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR MPU3451a Kokurikulum – Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia I NAMA : KOH XUE KAI NO.KAD PENGENALAN : 031103-01-0343 ANGKA GILIRAN : 2021122340316 PROGRAM : PISMP AMBILAN : JUN 2021/2026 UNIT : MATEMATIK 1 NAMA PENSYARAH : EN MOHTAR BIN YACOB TARIKH HANTAR : 16.4.2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Koh Tarikh: 16.4.2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI) PEMERIKSA Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: MODERATOR Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: Tanda tangan Pemeriksa : Tarikh: Tanda tangan Moderator : Tarikh: Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah : Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan oleh pensyarah Tandatangan Pelajar ……………………………………… ( ) Tarikh : * Sila potong yang tidak berkenaan
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA MALAYSIA RED CRESCENT BUKU LOG UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA NAMA : KOH XUE KAI NO KAD PENGENALAN : 031103-01-0343 ANGKA GILIRAN : 2021122340316 KUMPULAN/ UNIT : MATEMATIK 1 AMBILAN : JUN 21/26 NAMA KURSUS : KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 1 NAMA PENSYARAH : EN MOHTAR BIN YACOB TARIKH HANTAR : 16 APRIL 2024
2024 DIRI NAMA : KOH XUE KAI NO KAD PENGENALAN : 031103-01-0343 TARIKH LAHIR : 3-11-2003 JANTINA : LELAKI KETURUNAN : CINA AGAMA : BUDDHA TEMPAT LAHIR : HOSPITAL KLUANG KAMPUS : IPGMK TEMENGGONG IBRAHIM ALAMAT KAMPUS : JALAN DATIN HALIMAH 80350, JOHOR BAHRU, JOHOR ALAMAT RUMAH : NO 14 JALAN IKHWAN TAMAN DESA IKHWAN PARIT BAKAR 84010, MUAR, JOHOR. NO TELEFON : 011-16751095 EMEL : [email protected]
MAKLUMAT AHLI
MAKLUMAT AHLI
PENGENALAN Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dikenali sebagai The Malaysian Red Crescent Society (MRCS) merupakan satu pertubuhan sukarelawan yang telah ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.
Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusiaan yang unggul di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Visi Berkhidmat kepada memerlukan dengan berkesan. Misi ‘Inter arma carita’ (di dalam perang ada kebajikan) Moto
PERLEMBAGAAN BSMM Prinsip-Prinsip Asas BSMM Perlembagaan BSMM Lambang dan Cogan Kata Bendera dan Lagu BSMM Ikrar BSMM
Kemanusiaan (Humanity) Memberikan pertolongan kepada sesiapa yang cedera di medan peperangan tanpa membeza-bezakan sama ada mereka itu lawan atau kawan. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan menghormati hak kemanusiaan. Pertolongan sebegini dapat memupuk persefahaman, menjalin hubungan persahabatan dan persaudaraan, serta mewujudkan kerjasama dan keamanan yang kekal dalam kalangan manusia. PRINSIP-PRINSIP ASAS Kesaksamaan (Impartiality) Berusaha meringankan beban penderitaan individu, terutamanya dalam kes-kes kecemasan yang serius tanpa membezakan bangsa, kaum, kepercayaan, agama, darjat, ataupun fahaman politik.
Kebebasan (Independence) Pergerakan persatuan ini adalah bebas, namum tetap menjadi pembantu untuk khidmat kemanusiaan kepada kerajaan masing-masing dan tertakluk pada undangundang negaranya. Khidmat Sukarela (Voluntary Service) Setiap khidmat bantuan dan pertolongan yang diberi dilakukan secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang bayaran, ganjaran dan keuntungan. Ketunggalan (Unity) ·Hanya satu sahaja Persatuan Bulan Sabit Merah (dan Persatuan Palang Merah) yang harus wujud dalam sesebuah negara dan keanggotaannya terbuka kepada semua. Kesejagatan (Unversality) Baik Persatuan Bulan Sabit Merah mahupun Persatuan Palang Malaysia mempunyai taraf yang sama dan memikul tugas serta tanggungjawab yang sama untuk menolong antara satu sama lain. PRINSIP-PRINSIP ASAS Keberkecualian (Neutrality) Memberikan rawatan kepada pesakit tanpa menyebelahi mana-mana pihak dari segi fahaman politik, ideologi dan sebagainya.
PERLEMBAGAAN BSMM Garis panduan dalam menggerakkan persatuan terutamanya dalam pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun. Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang-undang. 1. Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar institusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia. 2. Bulan Sabit Merah Malaysia, Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan St. John Ambulance merupakan persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen. 3. Fungsi Perlembagaan ·Melicinkan perjalanan persatuan kerana mempunyai penetapan bidang tugas dan hak jawatankuasa serta ahli BSMM. ·Menjadi rujukan pertama apabila berlaku masalah dalaman seperti perjalanan aktiviti BSMM dan salah guna kuasa. Objektif Perlembagaan Bulan Sabit Merah Objektif Perlembagaan Bulan Sabit Merah Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM: “Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera sama ada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang dan orang awam yang telah menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.
Peraturan 1 Kandungan perlembagaan Kandungan perlembagaan Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998. Akta Pendidikan 1996 seperti warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No.41, Perundangan (A): P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia: Peraturan 2 Peraturan 3 Peraturan 4 Peraturan 5 Peraturan 6 Peraturan 7 Peraturan 8 Peraturan 9 Peraturan 10 Nama dan Alamat Matlamat Objektif Keahlian Guru Penasihat Ahli Jawatankuasa Tugas dan Tanggungjawab Kewangan Penyertaan Aktiviti
Peraturan 11 Peraturan 12 Peraturan 13 Peraturan 14 Peraturan 15 Peraturan-peraturan Pindaan Perlembagaan Pembubaran Persatuan Tindakan Disiplin Hal-Hal Lain Perkara-perkara yang lain ditambah ke dalam perlembagaan ialah: Lencana/Logo Persatuan Cogan Kata/Moto Tugas persatuan di peringkat institusi, cawangan, daerah, negeri, dan cabang. Pendaftaran Persatuan Jawatankuasa Kecil
Akta dan Perlembagaan Akta dan Perlembagaan
Lambang Lambang Palang Merah Penggunaan Lambang Palang Merah dicadangkan semasa Persidangan Geneva Antarabangsa 1863 yang diadakan oleh Jawatankuasa Berlima. Lambang ini dipilih sebagai satu perhargaan dan penghormatan kepada negara Switzerland, di mana simbol palang berwarna merah yang berlatar belakang warna putih seperti warna bendera kebangsaan Swiss yang diterbalikkan. Dalam Persidangan Diplomatik yang membentuk Konvensyen Geneva Pertama 1864, negara-negara yang hadir bersetuju untuk mengiktiraf lambang tersebut sebagai lambang perkhidmatan perubatan dalam perang dan dimasukkan dalam peraturan peperangan. Lambang Bulan Sabit Pada November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia, mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa mereka ingin menggunakan Lambang Bulan Sabit untuk perkhidmatan perubatan dengan menggantikan palang merah yang menghina kepercayaan agama Islam. Langkah ini diikuti oleh banyak negara Arab dan negara-negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Terdapat 29 buah negara telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk menandakan kakitangan-kakitangan dan barang-barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva.
Lambang Menurut Konvensyen Geneva, Lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah boleh digunakan dengan dua tujuan Digunakan untuk perlindungan Digunakan untuk pengenalan persatuan palang merah atau bulan sabit merah. Lambang-lambang boleh dipamerkan di tempat-tempat tertentu seperti: Kapal Terbang Kapal Bangunan dan Khemah-khemah yang bertujuan mengangkut atau menempatkan pesakit. Lambang ini dilarang bagi Tujuan Peperangan (Mengangkut askar atau senjata api) Tujuan Komersial atau Publisiti Lambang Kristal Merah Lambang Kristal Merah berbentuk berlian dengan berlatar belakang putih telah menjadi lambang organisasi kemanusiaan di samping Lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Pada tahun 2005, disahkannya protokol tambahan III tentang lambang Kristal Merah di atas dasar putih. Lambang Kristal Merah ini telah mengiktiraf lambang tambahan yang tersendiri yang bebas daripada konotasi agama, budaya dan politik dengan status yang sama di sisi undang-undang seperti Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
BENDERA Bendera BSMM dalam bentuk lakaran Ukuran piawai Lambang Bulan Sabit Merah pada bendera BSMM
LOGO RASMI Logo BSMM Cogan kata ‘Cergas Pada Masa Aman dan Perang’
Ikrar bsmm Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar akan sentiasa taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan pemerintah-pemerintah di negara kami berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh kepada perlembagaan dan undang-undang serta arahan persatuan walau di mana kami berada. Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut: KEMANUSIAAN KESAKSAMAAN KEBERKECUALIAN KEBEBASAN KHIDMAT SUKARELA KETUNGGALAN KESEJAGATAN
Lirik: Dato’ Dol Ramli Lagu: Dato’ Johari Salleh Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat LAGU BSMM YouTube
SEJARAH BSMM Sejarah Pengasas Sejarah Penubuhan Sejarah Penubuhan di Malaysia Tujuan Penubuhan Istiadat-Istiadat Rasmi Penubuhan
SEJARAH PENGASAS Jean Henry Dunant, Pengasas dan Bapa Palang Merah (8 Mei 1828 – 30 Oktober 1910) Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) mempunyai hubungan langsung dengan Persatuan Palang Merah Antarabangsa. Penubuhan Persatuan Palang Merah merupakan idea asal Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Rue Verdaine, Geneva, Switzerland. Justeru, beliau diiktiraf sebagai pengasas dan sebagai Bapa Palang Merah. Beliau aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan melalui beberapa organisasi sebelum kewujudan Persatuan Palang Merah Antarabangsa lagi. Pada tahun 1859, semasa Jean Henry Dunant dalam perjalanan untuk mengurus perniagaannya di Algeria, Afrika, beliau terperangkap dalam suatu medan peperangan di Solferino, Itali. Ketika itu, beliau telah menyaksikan ribuan anggota tentera daripada kedua-dua pihak yang berperang, selain orang awam yang terbunuh dan mengalami pelbagai kecederaan.
Kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh mangsa-mangsa perang tersebut meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam jiwa beliau. Dengan berpakaian serba putih dan dengan sokongan penduduk setempat, beliau mencuba sedaya upaya untuk membantu mangsa-mangsa perang yang terdiri daripada orang awam dan anggota-anggota tentera berkenaan. Tindakan beliau yang begitu berani dan murni ini cukup dikagumi dan dihormati. Pengalaman di medan perang tersebut menyebabkan beliau meninggalkan perniagaannya untuk menumpukan fikiran tentang cara untuk meringankan penderitaan mangsa-mangsa perang. Sebagai hasilnya, beliau telah mengarang sebuah buku yang berjudul A Memory of Solferino yang bermuat kisah sedih dan pahit getir yang dialami ketika peperangan. Selain bertujuan menimbulkan kesedaran tentang pelbagai kesengsaraan dan penderitaan akibat peperangan, beliau turut memberikan saranan agar suatu pasukan sukarelawan yang terlatih ditubuhkan untuk membantu mangsa-mangsa perang, baik orang awam mahupun anggota-anggota tentera. Sasaran beliau disambut baik dan diberi perhatian serius sehingga mencetuskan penubuhan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) yang berpusat di Geneva, Switzerland pada tahun 1864.
SEJARAH PENUBUHAN Jawatankuasa Berlima Pada tahun 1863, sebuah jawatankuasa dinamakan Persatuan Kebajikan Awam Geneva atau dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima telah ditubuhkan yang terdiri daripada Gustava Moynier, Dr. Maunior, Dr. Loius Appia, General Dufour dan Henry Dunant. Matlamat jawatankuasa ini berfokuskan untuk merangka peraturan-peraturan bagi pelaksanaan dan mempraktikkan cadangan-cadangan yang terkandung dalam buku “A Memory of Solferino”. Pada 26 hingga 29 Oktober 1863, suatu persidangan telah diadakan oleh jawatankuasa ini, iaitu International Geneva Conference (Persidangan Antarabangsa Geneva) dan 16 negara berserta 4 institusi menghantar wakil. Di akhir persidangan ini, para perwakilan telag menerima dan bersetuju melaksanakan sebanyak 10 resolusi dan 3 cadangan untuk merasmikan penubuhan Persatuan Palang Merah. Keputusan Konvensyen Antarabangsa Pertama Setiap negara perlu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan yang boleh membantu Perkhidmatan Perubatan Tentera semasa peperangan. Ambulan, hospital tentera dan kakitangan perubatan adalah dilindungi semasa peperangan. Mengesahkan satu jenis lambang yang seragam iaitu gelangan tangan dengan lambang palang merah yang berlatar belakang putih.
SEJARAH PENUBUHAN Konvensyen Geneva
SEJARAH PEnubuhan di malaysia SEJARAH PEnubuhan di malaysia
Tujuan Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia berhasrat untuk melatih para ahli supaya memahami prinsip-prinsip pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada peringkat asas dan lanjutan. Antara tujuan penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah Memberi perlindungan dan meringankan kesengsaraan manusia di mana sahaja. 1. 2.Melindungi nyawa dan kesihatan. Memberi galakan perkhidmatan sukarela dan kesediaan berterusan untuk membantu ahli-ahli persatuan. 3. Serta menentukan penghormatan diberi kepada manusia, terutamanya di waktu konflik bersenjata dan juga kecemasan. 4. Berusaha ke arah pencegahan penyakit-penyakit dan kebajikan sosial. 5. Menghayati perasaan perpaduan yang menyeluruh kepada mereka yang memerlukan perlindungan dan pertolongannya. 6.
1.Masuk dalam barisan. 2.Melaporkan kekuatan pasukan. Mengibarkan bendera Johor, bendera Malaysia dan bendera Bulan Sabit Merah. 3. Nyanyian lagu Bangsa Johor, lagu Negaraku, dan lagu Bulan Sabit Merah. 4. 5.Bacaan doa. 6.Ucapan pemimpin. 7.Bacaan Ikrar. 8.Keluar barisan. ISTIADAT RASMI BSMM Istiadat Perhimpunan BSMM
Ketua pasukan dan ketua kumpulan berdiri dalam bentuk bulatan. 1. Guru penasihat memberi arahan dan menerangkan dengan ringkas tujuan istiadat ini diadakan. 2. Ahli BSMM yang akan meningkat naik dipanggil ke hadapan, guru penasihat memberikan ucapan terima kasih semasa berada dalam keahlian. 3. 4.Berjabat tangan dengan kawan-kawan. 5.Ahli lain memberikan sorakan. Guru penasihat memberikan arahan menutup bulatan dan bersurai. 6. ISTIADAT RASMI BSMM Istiadat Meningkat Naik
Adat sebelum naik bendera: Menguji tali temali bendera terlebih dahulu sebelum menaikkan bendera BSMM bagi memastikan ianya teguh dan tidak mudah putus. 1. Memastikan tali temali dalam keadaan yang baik sebelum bendera dinaikkan. 2. Ahli yang menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas dan lengkap dengan Uniform BSMM. 3. Bendera janganlah diletakkan di tanah semasa hendak menaikkannya. 4. Bendera janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu menurunkannya tetapi hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu. 5. ISTIADAT RASMI BSMM Istiadat Bendera
Adat selepas naik bendera: 1.Menaik dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan. 2.Bendera hendaklah dinaikkan sepenuhnya dahulu apabila mengibarkan bendera separuh tiang, dan kemudiannya menurunkannya semula ke separuh tiang. 3.Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama adalah untuk menaikkan semula bendera tersebut sepenuhnya dan kemudiannya menurunkannya terus. 4.Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang ditentukan supaya tidak dilangkahi. 5.Bendera yang koyak atau uzur hendaklah ditukarkan. ISTIADAT RASMI BSMM Istiadat Bendera
Istiadat ini merupakan satu istiadat yang akan memberikan kesan kepada ahli baru sebagai satu kenangan dan juga kepada ahli-ahli BSMM yang lain kerana menerima kehadiran ahli baru. Perkara yang perlu dititik beratkan Penggunaan perkataan yang mudah. Upacara yang ringkas. Dilaksanakan dengan ikhlas. Dilakukan dengan khusyuk dan syahdu. Tatacara istiadat Dilaksanakan di kawasan padang. Dilakukan pada awal tahun. Ahli yang terlibat perlu memahami tugasan tersendiri. Semua kelengkapan istiadat perlu disediakan sebaiknya. Guru penasihat dan ketua pasukan hendaklah menghebahkan istiadat ini pada perhimpunan sebelumnya. ISTIADAT RASMI BSMM Istiadat Pelantikan Ahli Baru BSMM
1.Ahli yang mengambil bahagian perlu membuat satu bulatan besar. 2.Ketua pasukan berada dalam bulatan. 3.Guru penasihat berdiri di tengah bulatan. 4.Guru penolong penasihat berdiri di luar bulatan dan di belakang bendera. 5.Ketua pasukan dalam keadaan sedia. 6.Ahli baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan. 7.Wakil ahli membawa ahli baru berdiri di depan guru penasihat. 8.Selepas itu, wakil ahli akan balik ke tempat asalnya. 9.Penolong guru penasihat masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah guru penasihat dengan membawa lencana, tanda negeri dan lambang di lengan. 10.Guru penasihat melafazkan ikrar diikuti oleh ahli baru. 11.Guru penasihat menyematkan lencana keahlian, tanda negeri dan lambang di lengan kepada ahli baru. 12.Ahli baru memberi hormat kepada guru penasihat dan berpusing. 13.Wakil ahli memperkenalkan kepada ahli-ahli yang lain. ISTIADAT RASMI BSMM Istiadat Pelantikan Ahli Baru BSMM
STRUKTUR & ORGANISASI BSMM Peringkat Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Peringkat Cawangan Peringkat IPG Peringkat Sekolah Rendah
Struktur & organisasi bsmm Struktur & organisasi bsmm Peringkat Antarabangsa
Struktur & organisasi bsmm Struktur & organisasi bsmm Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada tiga badan berasingan iaitu 1.Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah - The International Committe of the Red Cross (ICRC). 2.Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah – International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC) 3.Persatuan-Persatuan Palang Merah & Bulan Sabit Merah Kebangsaan. Peringkat Antarabangsa
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah The International Committe of the Red Cross (ICRC) Peranan Pemaju Konvesyen Kemanusiaan Antarabangsa. Menjaga prinsip-prinsip asas Palang Merah. Mengiktirafkan penubuhan persatuan, Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan. Agensi pengesanan pusat. Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku peperangan dan perang rusuhan.
Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC) Peranan Bertindak sebagai badan tetap berkenaan perhubungan, penyelarasan dan pengkajian di antaraantara persatuan-persatuan kebangsaan. Menggalakkan dan mempromosi di setiap negara penubuhan dan pembangunan persatuan kebangsaan yang bebas serta diiktiraf. Memberi bantuan dengan apa jua cara kepada mangsa bencana alam. Membantu JAPM memaju dan membangunkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Menjadi perwakilan rasmi dalam urusan perakuan yang diterima pakai serta menjadi penjaga kepada kepentingan mereka. Menggalakkan penyertaan persatuan kebangsaan dalam aktiviti menjaga kesihatan umum. Mengatur, menyelaras dan mengarah tindakan bantuan antarabangsa.
Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC) Persatuan-Persatuan Palang Merah & Bulan Sabit Merah Kebangsaan. Peranan Berfungsi sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa awam dan persatuan-persatuan kebangsaan menjalankan tugasnya. Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan. Melantik anggota-anggota pertolongan cemas. Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan.
Struktur & organisasi bsmm Struktur & organisasi bsmm Peringkat Kebangsaan (Malaysia)
Struktur & organisasi bsmm Struktur & organisasi bsmm Peringkat Kebangsaan (Malaysia)
Struktur & organisasi bsmm Struktur & organisasi bsmm Peringkat Cawangan
Struktur & organisasi bsmm Struktur & organisasi bsmm Peringkat IPG
h Penaung Tn. Haji Mohd Zain Bin Badui Pengerusi (Ketua Jabatan) Dr Jacinta Johnny Guru Penasihat En Mohtar bin Yacob Pengerusi Wan Muhammad Syadi bin Wan Ab Rahim Naib Pengerusi Nuha binti Shamsol Bahari Setiausaha Wong Ke Wei Bendahari Muhammad Haziq Bin Ibrahim @ Azizi Komander Muhammad Anas Bin Nazmi Kuarter Master Nik Muhammad Askof Bin Nik Anas Ketua Biro Ngau Chong Jing Carta Organisasi BSMM PISMP JUN 2021/2026
Struktur & organisasi bsmm Struktur & organisasi bsmm Peringkat Sekolah Rendah
PENGURUSAN & PENTADBIRAN BSMM Pendaftaran Ahli dan Kumpulan Struktur Unit Pengurusan Buku Log/Folio/Laporan Aktiviti Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin Pangkat dan Lencana Kemahiran
Pendaftaran ahli Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik. Ahli dan sukarelawan juga datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan
Pendaftaran ahli
Pendaftaran ahli Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Penjabat Kebangsaan. Rekod dan Kad Keahlian Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-masing. h Cawangan yang tiada unit di bawah pentadbiran, rekod boleh disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif. K h ad Keahlian diberi nombor bersiri dan diperoleh dari Ibu Pejabat Kebangsaan melalui cawangan. Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan. h Kad lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang.