PERANCANGAN tAKWIM tAHUNAN 24/25 PERANCANGAN tAKWIM tAHUNAN 24/25
PERANCANGAN tAKWIM tAHUNAN 24/25 PERANCANGAN tAKWIM tAHUNAN 24/25
LAPORAN MINGGUAN
Laporan mingguan Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia Ini merupakan perjumpaan kali pertama BSMM. Setiap ahli BSMM telah memakai pakaian seragam BSMM yang lengkap dan menunggu ketibaan En Mohtar di Pusat Sinergi, IPGMKTI pada pukul 2:30 petang. Pada pukul 2:30 petang, perjumpaan bermula dengan taklimat Maklumat Kursus bagi MPU3451a. Melalui taklimat tersebut, setiap ahli BSMM telah mengetahui bahawa objektif dan kandungan yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh setiap ahli BSMM sepanjang semester ini. Setelah itu, En Mohtar telah menerangkan istiadat-istiadat yang perlu dilakukan oleh ahli BSMM setiap kali sebelum, semasa dan selepas perjumpaan dijalankan. Sebelum memulakan perjumpaan, setiap ahli BSMM perlu melakukan Istiadat Perhimpunan BSMM yang akan diketuai oleh komander yang dipilih. Selepas perjumpaan, semua ahli BSMM perlu berdiri sambil menurunkan bendera-bendera. Ini merupakan istiadat yang wajib dilakukan sebelum dan selepas perjumpaan dijalankan. Istiadat-istiadat ini penting kerana ia adalah salah satu pentaksiran berterusan yang akan dilakukan oleh setiap ahli BSMM. Markah istiadat ini adalah sebanyak 5%.
Selepas penerangan istiadat tersebut, En Mohtar telah mengajar ahli BSMM melakukan Istiadat Perhimpunan BSMM dengan betul dan lengkap. Bukan itu sahaja, En Mohtar telah mengajar beberapa hukuman kawad kaki yang akan digunakan dalam Istiadat Perhimpunan BSMM. Beberapa orang ahli BSMM telah dipilih sebagai komander, pembaca doa, pelafaz ikrar, dan ahli BSMM yang menaikkan dan menurunkan bendera pada minggu ini. Komander : Koh Xue Kai Bacaan Doa : Ahmad Danish Irfan Bin Abdul Mulok Lafaz Ikrar : Muhamad Amar Hakim Bin Zaidi Bendera : 1. Koh Ming Er 2. Ainul Adawiyah Binti Juheiri 3. Nazirah Binti Nazim Selepas itu, En Mohtar telah memeriksa pakaian seragam BSMM bagi setiap ahli BSMM supaya setiap aksesori dipasang dengan betul dengan memenuhi syarat Buku Panduan No.5 – Peraturan Pakaian Seragam BSMM. Selain itu, beliau telah menunjukkan cara pemakaian beret BSMM dengan betul. Akhir sekali, En Mohtar telah mengambil kesempatan untuk memberikan taklimat Pentaksiran Berterusan yang akan dilakukan oleh setiap ahli BSMM dalam semester ini. Dalam semester, setiap ahli BSMM perlu menghasilkan satu buku log digital BSMM dan mengambil beberapa ujian amali seperti bantuan hidup asas, balutan, pendidikan kesihatan, asas kawad kaki dan istiadat.
Disebabkan En Mohtar ada urusan luar, perjumpaan pada minggu kedua telah ditunda kepada 31 Januari 2024 (Minggu 4) dari pukul 4:30 petang hingga 6:30 petang. Setelah latihan kawad kaki, pembentangan dan perbincangan Topik 1: Pengurusan dan Pentadbiran Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia diteruskan dengan kumpulan seterusnya. Antara topik yang telah dibentangkan dan dibincangkan dalam minggu ini ialah Tanggungjawab Pemimpin Perlantikan Jawatankuasa Unit Pengurusan Badan Beruniform secara Sistematik dan Terancang Setelah pembentangan mereka, En Mohtar telah memberikan penerangan dengan lebih mendalam dan jelas kepada ahli BSMM. Selepas tamat pembentangan dan perbincangan, semua ahli BSMM berdiri untuk Istiadat Menurunkan Bendera. Perjumpaan telah ditamatkan dengan Istiadat Menurun Bendera. Laporan mingguan Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia
Aktiviti perjumpaan yang dilakukan pada minggu ini ialah pembentangan dan perbincangan Topik 1: Pengurusan dan Pentadbiran Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia. Perjumpaan ini bermula dengan Istiadat Perhimpunan BSMM. Komander : Muhammad Anas Bin Nazmi Bacaan Doa : Muhammaad Aminuddin Bin Hadiman Lafaz Ikrar : Nur Farhah Syarafana Binti Yusof Bendera : 1. Ainur Mardhiah Binti Muda 2. Wong Ke Wei 3. Eileen Wong Kah Hing Setelah itu, perjumpaan diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan Topik 1. Antara topik yang telah dibincangkan dalam minggu ini ialah Pendaftaran ahli dan kumpulan Kuasa penganjur Struktur unit Pengurusan buku log Takwim & rancangan aktiviti Pakaian seragam Laporan mingguan Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia
Setelah pembentangan mereka, En Mohtar telah memberikan penerangan yang lagi jelas kepada ahli BSMM supaya setiap ahli BSMM dapat menguasai pengetahuan tersebut dengan lebih mendalam. Bukan itu sahaja, En Mohtar juga sering berkongsi pengalamannya kepada setiap ahli BSMM. Melalui perkongsian tersebut, setiap ahli BSMM boleh mendapat sedikit imu pengetahuan daripada pengalaman beliau. Selepas pembentangan dan perbincangan topik-topik itu, En Mohtar telah menunjukkan cara pembuatan tiang bendera dengan ikatan yang betul supaya tiang bendera tidak berlaku sengit semasa Istiadat Perhimpunan BSMM. Akhir sekali, perjumpaan ini telah ditamatkan dengan Istiadat Menurun Bendera.
Aktiviti perjumpaan pada minggu ini ialah latihan kawad kaki. Perjumpaan ini bermula dengan Istiadat Perhimpunan BSMM. Komander : Noor Addinie Binti Mohd Sobri Bacaan Doa : Ahmad Luqman Bin Ahmad Safwan Lafaz Ikrar : Muhammad Anas Bin Nazmi Bendera : 1. Loo Shu Ting 2. Lim Xiao Yan 3. Muhammaad Aminuddin Bin Hadiman Setelah Istiadat Perhimpunan BSMM, setiap ahli BSMM telah mejalankan latihan kawad kaki. Latihan kawad kaki ini bertujuan untuk membantu setiap ahli BSMM bagi meningkatkan disiplin masing-masing dan membentuk sifat kepimpinan yang tinggi dalam kalangan ahli BSMM. Dalam latihan kawad kaki, ahli BSMM telah mempelajari beberapa hukuman dan pergerakan asas. Semasa latihan kawad kaki, En Mohtar telah memberi teguran kepada kami sekiranya berlaku sebarang kesalahan. Sebagai contoh, dalam hukuman ‘Hentak Kaki’, sekiranya rentakan semua ahli BSMM tidak sama, maka hukuman tersebut tidak akan berhenti sehingga rentakan semua ahli BSMM adalah sama. Melalui latihan kawad kaki, ia dapat memperbaiki koordinasi sesebuah pasukan. Laporan mingguan Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia
Disebabkan 7/2/2024 merupakan Cuti Khas Perayaan Tahun Baru Cina, perjumpaan pada minggu ini dipaksa tunda kepada 21 Februari 2024 (Minggu 6) iaitu pada pukul 4:30 petang hingga 6:30 petang. Minggu ini diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan Topik 2: Sejarah Pendidikan Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Antara topik yang telah dibentangkan dan dibincangkan dalam minggu ini ialah Undang-undang Kemanusiaan Pembangunan Konvensyen-konvensyen Geneva Protokol-Protokol Tambahan Ketiga-tiga topik ini mempunyai fakta-fakta yang sangat banyak dan rumit. En Mohtar telah meringkaskan dan menerangkan nota-nota penting bagi ketigatiga topik tersebut dengan jelas. Ini dapat membantu semua ahli BSMM menguasai topik-topik yang begitu penting dalam 2 jam ini. Selepas pembentangan dan perbincangan, semua ahli BSMM diminta berdiri untuk melakukan Istiadat Menurun Bendera. Sebelum istiadat itu bermula, En Mohtar telah menunjukkan bagaimana melipat dan menyimpan bendera dengan betul dan kemas selepas bendera itu diturunkan. Bukan itu sahaja, En Mohtar juga menunjukkan Istiadat Menurun Bendera dengan betul supaya kesalahan tidak berlaku lagi pada perjumpaan seterusnya. Laporan mingguan Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia
Akhir sekali, perjumpaan ini telah ditamatkan dengan Istiadat Menurun Bendera.
Aktiviti perjumpaan pada minggu ini ialah pembentangan Topik 2: Sejarah Pendidikan Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Perjumpaan ini bermula dengan Istiadat Perhimpunan BSMM. Komander : Ngau Chong Jing Bacaan Doa : Muhammad Anas Bin Nazmi Lafaz Ikrar : Ainul Adawiyah Binti Juheiri Bendera : 1. Lim Ke Yee 2. Lee Jie Yi 3. Ng Hui Xuan Setelah Istiadat Perhimpunan BSMM, perjumpaan bermula dengan pembentangan dan perbincangan Topik 2. Antara topik yang dibincangkan dalam minggu ini ialah Sejarah Prinsip-prinsip asas bulan sabit merah Struktur dan organisasi pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia Laporan mingguan Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia
Disebabkan maklumat yang disediakan oleh kumpulan 1 tidak lengkap, maka En Mohtar telah menceritakan sejarah-sejarah pengasas iaitu Jean Henry Dunant dan peristiwanya secara lisan dengan jelas dan mudah difahami. Bukan itu sahaja, En Mohtar juga menjelaskan sejarah-sejarah penubuhan di peringkat antarabangsa. Melalui penerangan beliau, setiap ahli BSMM dapat mengetahui kronologi penubuhan Persatuan Palang Merah dengan jelas sama ada di peringkat antarabangsa atau kebangsaan. Perjumpaan ini telah diteruskan dengan menggantikan perjumpaan pada 7/2/2024 (minggu 5).
Aktiviti perjumpaan pada minggu ini diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan Topik 2: Sejarah Pendidikan Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Perjumpaan ini bermula dengan Istiadat Perhimpunan BSMM. Komander : Yeoh Pei San Bacaan Doa : Muhamad Amar Hakim Bin Zaidi Lafaz Ikrar : Lim Xiao Yan Bendera : 1. Muhammaad Aminuddin Bin Hadiman 2. Soo Huey Yin 3. Nur Farhah Syarafana Binti Yusof Setelah Istiadat Perhimpunan BSMM, perjumpaan diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan Topik 2. Antara topik yang dibincangkan dalam minggu ini ialah Tanggungjawab negara-negara Konvensyen-konvensyen Hague Lambang Pengenalan/indikatif & perlindungan dengan penggunaan lambang dan signifikannya Undang-undang asas konvensyen Laporan mingguan Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia
Setelah pembentangan dan perbincangan topik tersebut, En Mohtar telah memberikan penjelasan dan penerangan yang jelas dan mudah difahami kepada semua ahli BSMM. Hal ini dikatakan demikian kerana isi-isi penting bagi topik ini agak rumit dan susah difahami. Melalui penerangan beliau, setiap ahli BSMM dapat memahami fakta-fakta yang penting dengan jelas dan tepat. Akhir sekali, perjumpaan ini telah ditamatkan dengan Istiadat Menurun Bendera.
Disebabkan En Mohtar ada urusan luar, perjumpaan pada minggu ke-8 telah ditunda kepada 13 Mac 2024 (Minggu 9) dari pukul 4:30 petang hingga 6:30 petang. Setelah penerangan dan demonstrasi yang telah dilakukan oleh En Mohtar, setiap ahli BSMM perlu menjalankan amali bagi kemahiran anduh dan balutan bersama dengan pasangan masing-masing. Setelah ahli BSMM telah menyiapkan balutan, hasil kerja mereka perlu dinilai dan disemak oleh En Mohtar. Antara kemahiran anduh dan balutan yang telah dipelajari: 1.Anduh Kecil 2.Anduh Besar 3.Balutan Kepala 4.Balutan Tangan 5.Balutan Lengan 6.Balutan Lutut 7.Balutan Tumit 8.Balutan Kaki 9.Balutan Cincin Laporan mingguan Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia
Setelah perjumpaan pada minggu ini, setiap ahli BSMM telah menguasai kemahiran anduh dan balutan dengan baik. Akhir sekali, perjumpaan ini telah ditamatkan dengan Istiadat Menurun Bendera.
Aktiviti perjumpaan pada minggu ini ialah mempelajari kemahiran anduh dan balutan. Perjumpaan ini bermula dengan Istiadat Perhimpunan BSMM. Komander : Yeo Inn Hui Bacaan Doa : Muhammad Nabil Aisar Bin Mohd Napis Lafaz Ikrar : Muhammad Haziq Bin Ibrahim @ Azizi Bendera : 1.Yeoh Pei San 2. Ong Jia Yi 3.Nur Hanisah Binti Mohamad Zaini Setelah Istiadat Perhimpunan BSMM, En Mohtar telah memperkenalkan kain anduh. Dalam sesi kenal kain anduh, En Mohtar telah menerangkan fungsi kain anduh kepada semua ahli BSMM sebelum melakukan kemahiran anduh dan balutan. Selepas itu, beliau telah menunjukkan beberapa anduh dan balutan yang perlu dikuasai oleh setiap ahli BSMM. Beliau telah membuat demonstrasi bagi setiap kemahiran anduh dan balutan. Dalam demonstrasi tersebut, beliau juga mengingati semua ahli BSMM agar kain anduh perlu dalam keadaan yang kemas selepas balutan. Laporan mingguan Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia
Perjumpaan ini diteruskan dengan perjumpaan minggu ke-8.
Aktiviti perjumpaan minggu ini ialah mempelajari jenis kecederaan dan peti pertolongan cemas. Perjumpaan ini bermula dengan Istiadat Perhimpunan BSMM. Komander : Loo Shu Ting Bacaan Doa : Nik Muhammad Askof Bin Nik Anas Lafaz Ikrar : Lee Jie Yi Bendera : 1.Nuha Binti Shamsol Bhari 2.Cheong Xiu Yoke 3.Yasmin Syuhada binti Mhd Rasid Setelah Istiadat Perhimpunan BSMM, En Mohtar telah memperkenalkan jenisjenis kecederaan dan luka kepada semua ahli BSMM. Selepas penerangan beliau, ahli BSMM mengetahui bahawa jenis luka terbahagi kepada dua iaitu luka terbuka dan luka tertutup. Cara pencegahan darah bagi setiap luka adalah berbeza. Selain itu, beliau juga menerangkan langkah-langkah menghentikan pendarahan, membersihkan luka dan larangan-larangan semasa membersihkan luka kepada setiap ahli BSMM. Melalui penerangan tersebut, setiap ahli BSMM akan mengetahui pengetahuan asas tentang luka dan cara pembersihan luka dengan betul. Laporan mingguan Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia
Selepas itu, En Mohtar juga telah mempamerkan dan memperkenalkan Peti Pertolongan Cemas (First Aid Kit). Beliau telah menerangkan peralatanperalatan yang terdapat dalam peti pertolongan cemas dan kegunaannya. Sebagai contoh, dalam peti tersebut mempunyai melolin yang berfungsi untuk bertindak sebagai pad pembalaut luka berpelapik. Bukan itu sahaja, En Mohtar juga memberitahu bahawa kedudukan peti pertolongan cemas perlu diletakkan di tempat yang mudah dicapai dalam situasi kecemasan. Melalui penerangan tersebut, setiap ahli BSMM akan mengetahui bahawa kegunaan peti pertolongan cemas dengan baik dan boleh menggunakannya pada situasi yang kecemasan. Akhir sekali, perjumpaan ini telah ditamatkan dengan Istiadat Menurunn Bendera.
Aktiviti perjumpaan minggu ini ialah mempelajari teori-teori mengenai bantuan hidup asas iaitu Cardiopulmonary Resuscitation (CPR). Perjumpaan ini bermula dengan Istiadat Perhimpunan BSMM. Komander : Nur Husniyah Binti Mohd Fadzil Bacaan Doa : Wan Muhammad Syadi Bin Wan Ab Rahim Lafaz Ikrar : Lim Ke Yee Bendera : 1.Ngau Chong Jing 2.Koh Ming Er 3.Nur Farhah Syarafana Binti Yusof Setelah Istiadat Perhimpunan BSMM, En Mohtar telah memperkenalkan dan menjelaskan fungsi dan kegunaan CPR. Seterusnya, Encik Mohtar telah mendemonstrasi pelaksanaan CPR dengan menggunakan PRESTAN Professional Adult (patung CPR). Seterusnya, En Mohtar telah membuka sesi soal jawab. Setiap ahli BSMM berpeluang bertanya soalan sekiranya masih tidak memahami tentang CPR ini. En Mohtar juga mengingati perkara-perkara yang penting dalam pelaksanaan CPR kepada semua ahli BSMM supaya tidak berlaku lagi semasa ujian amali nanti. Laporan mingguan Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia
Perjumpaan kali ini diteruskan dengan perjumpaan minggu ke-13 (17/4/2024).
\Aktiviti perjumpaan minggu ini ialah menjalankan ujian amali. Ujian amali yang akan dilakukan ialah kawad kaki dan kemahiran anduh dan balutan. Ujianujian amali dilakukan untuk menguji tahap penguasaan kemahiran kawad kaki dan baluatan bagi setiap ahli BSMM. Markah bagi ujian amali kawad kaki ialah 5%. Setiap ahli BSMM perlu melaksanakan kesemua 5 kemahiran asas kawad kaki iaitu sedia, senang diri, rehatkan diri, berpusing dan ke kanan lurus dengan pergerakan yang sangat betul, kemas dan cergas. Setiap ahli BSMM telah melakukan ujian amali dengan baik dan dapat mempelajari dan membetulkan kesalahan daripada ujian amali tersebut. Setelah ujian amali kawad kaki, ahli BSMM telah meneruskan dengan ujian amali anduh dan balutan. Kemahiran anduh dan balutan merupakan salah satu kemahiran yang wajib dikuasai oleh setiap ahli BSMM. Oleh itu, ujian ini telah mengambil sebanyak 15%. Setiap ahli BSMM perlu membuat anduh kecil, anduh besar, balutan kepala, balutan tangan dan balutan kaki dengan cara yang betul dan dalam keadaan yang kemas. Akhir sekali, setiap ahli BSMM telah melengkapkan kedua-dua amali tersebut dengan baik. Laporan mingguan Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia
Aktiviti perjumpaan kali ini diteruskan dengan melakukan Ujian Amali Pendidikan Kesihatan dan Ujian Amali Bantuan Hidup Asas. Perjumpaan kali ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi petang dari pukul 2:30pm hingga 6:30pm dengan menjalankan Ujian Amali Pendidikan Kesihatan dan sesi malam dari pukul 8 malam hingga 10 malam dengan melakukan Ujian Bantuan Hidup Asas (CPR). Ujian Amali Pendidikan Kesihatan adalah untuk menguji bagaimana ahli BSMM merancang menu makanan yang simbang dengan menggunakan konsep sukusuku separuh. Ujian amali ini merupakan kerja berkumpulan. Setiap ahli BSMM perlu bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing untuk menyediakan makanan berkhasiat dalam 4 jam ini. Ujian amali ini mempunyai sebanyak 15%. Setiap ahli BSMM perlu menggunakan bahan yang sesuai dalam menyediakan bahan masakan serta menyediakan makanan tengah hari atau malam yang sangat sesuai selaras dengan piramid makanan terkini. Melalui ujian amali ini, ahli BSMM dapat mengetahui cara penyediaan makanan yang berkhasiat. Laporan mingguan Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia
Pada pukul 8 malam, ujian amali diteruskan dengan Ujian Bantuan Hidup Asas. Ujian ini penting untuk menguji tahap penguasaan ahli BSMM semasa melakukan CPR. Kemahiran CPR ini adalah penting kepada ahli BSMM kerana ia dapat menyelamatkan nyawa seseorang semasa waktu kecemasan. Ujian amali ini dilakukan secara individu. Jadi, ujian amali ini telah mengambil markah yang paling banyak iaitu 20%. Dalam ujian ini, setiap ahli BSMM perlu amat berupaya melakukan CPR untuk orang dewasa dengan menggunakan teknik yang amat betul serta menunjukkan pemahaman yang tinggi keperluan melakukan CPR terhadap pesakit. Melalui ujian ini, ahli BSMM telah mempunyai pengalaman dalam melakukan CPR. Akhir sekali, ujian amali pada hari ini dijalankan dengan lancar dan baik.
Disebabkan En Mohtar mempunyai Bina Insan Guru (BIG) pada 17 April 2024. Perjumpaan minggu ke-13 telah dilaksanakan pada minggu ke-11 (27 Mac 2024) dari pukul 4.30 p.m. hingga 5:30 p.m. Setelah penerangan En Mohtar, beliau telah mendemonstratsi pelaksanaan CPR kepada setiap ahli BSMM. Setiap ahli BSMM berfokus dan bersungguhsungguh semasa En Mohtar melakukan demonstrasi. Dalam demonstrasi tersebut, beliau telah menggunakan konsep DRABC. DRABC telah membawa maksud: D-Danger (bahaya); R-Respon (tindak balas); A-Airway (saluran pernafasan); B-Breathing (pernafasan) dan C-Circulation (peredaran darah). • D: Kita mestilah memastikan mangsa dalam keadaan persekitaran yang selamat. • R: Memeriksa tindak balas mangsa dengan goncangkan badannya. Sekiranya tiada tindak balas, kita harus bertenang dan meminta orang lain untuk menghubungi talian kecemasan. • A: Memeriksa saluran pernafasan supaya bebas dari benda yang boleh menghalang oksigen masuk dan dongakan sedikit kepala mangsa agar saluran pernafasan masuk dan terbuka luas. • B: Berikan 2 hembusan dari mulut dan melakukan 30 kali tekanan di dada. Proses ini perlu djalankan sehingga mangsa bernafas. • C: Setelah mangsa sudah bernafas, perhatikan tanda-tanda pendarahan teruk. Laporan mingguan Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia
Demonstrasi yang telah dilakukan oleh En Mohtar telah memberikan satu contoh yang terbaik kepada setiap ahli BSMM supaya meraka mengetahui cara pelaksanaan CPR dengan betul.
Disebabkan En Mohtar mempunyai Bina Insan Guru (BIG) pada 24 April 2024. Perjumpaan minggu ke-14 telah dilaksanakan pada minggu ke-11 (27 Mac 2024) dari pukul 5.30 p.m. hingga 6:30 p.m. Setelah penerangan dan demonstrasi yang dilakukan oleh En Mohtar, beliau telah meminta dua orang ahli BSMM untuk melakukan CPR dengan menggunakan prinsip DRABC. Melalui aktiviti ini, En Mohtar boleh menguji tahap penguasaan ahli BSMM dalam pelaksanaan CPR dan mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh ahli BSMM tersebut serta membetulkan kesalahan. Dengan ini, ahli BSMM akan lebih berkemahiran dalam menjalankan CPR pada waktu kecemasan. Akhirnya, perjumpaan ini telah ditamatkan dengan Istiadat Menurun Bendera. Laporan mingguan Laporan Mingguan Bulan Sabit Merah Malaysia
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI
RUJUKAN
Sumber rujukan
SEKIAN TERIMA KASIH