The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Safea8673, 2021-10-11 12:49:17

Pelari Muda

Pelari Muda

PELARI MUDA

NAMA: SITI SARAH SAFEA BINTI ALIAS
MAKTAB: MRSM BALIK PULAU
KELAS: 1 JAZARI
GURU KELAS: IRMA YUHANIS BINTI
ABDUL MUTALIB

PENGHARGAAN

Saya mengambil kesempatan ini untuk
berterima kasih kepada semua pihak
yang sudi menolong saya untuk
menyiapkan tugasan ini.

Pertama sekali, saya ingin berterima
kasih kepada guru Bahasa Melayu
saya, Encik Shurdi bin Shuib dan guru-
guru Bahasa Melayu yang lain kerana
telah memberikan panduan dan
bimbingan semasa saya menjalankan
tugasan ini.

Saya juga ingin berterima kasih
kepada keluarga saya dan rakan-
rakan saya yang telah memberi
dorongan dan sokongan kepada saya
ketika saya menjalankan tugasan ini.

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. TEMA NOVEL 1

2. SINOPSIS KESELURUHAN BAB 2-3

3. SINOPSIS SETIAP BAB 4-15

4. JADUAL KOMSAS 16-45

5. BINAAN PLOT 46-47

6. TEKNIK PLOT 48-49

TEMA

NOVEL PELARI MUDA MENGUNGKAPKAN TEMA
TENTANG SEMANGAT JUANG ANAK MUDA
MENGHADAPI PELBAGAI CABARAN DEMI
MENGEJAR CITA-CITA. CONTOHNYA KAMARUL
DIDUGA DENGAN CABARAN BERAT DALAM
HIDUPNYA SETELAH DIA MENJADI TERKENAL
KERANA MEMENANGI PINGAT EMAS DALAM
SUKAN SEA DI BRUNEI. HUBUNGAN DENGAN
RAKAN-RAKANNYA SEMAKIN RENGGANG KERANA
MEREKA MENGANGGAP DIA SEMAKIN SOMBONG
DAN SIKAPNYA SUDAH BERUBAH APATAH LAGI
APABILA DIA ENGGAN BERTANDING DALAM
KEJOHANAN KECIL SEPERTI SUKAN TAHUNAN
SEKOLAH. KAMARUL CUBA MENAFIKAN PERKARA
ITU NAMUN AKUR BAHAWA DIA SEMAKIN
KURANG MENJALANI LATIHAN PUSAT DAN
BERSIKAP BIADAP APABILA DITEGUR OLEH
JURULATIHNYA.

SINOPSIS
KESELURUHAN

Kamarul menjadi popular dalam sekelip mata
setelah memenangi beberapa hadiah dalam sukan
MSSM, dan sukan SEA di Brunei. Oleh sebab berita
dan gambarnya kerap disiarkan dalam televisyen
dan akhbar maka Kamarul mula bersikap angkuh.
Kamarul mengelak untuk hadir latihan sukan
sekolah dan berbual-bual dengan kawan-kawannya.
Bagi Kamarul, kawan-kawan sekolah dan latihan
sukan sekolah sudah tidak penting lagi.

Kamarul menunjukkan sikap kurang senang apabila
ditegur oleh cikgu-cikgu di sekolah. Malah, Kamarul
memarahi Saridah yang menasihatinya supaya
jangan bersikap sombong dengan kawan-kawan.
Selain itu, Kamarul enggan menjalani latihan
kecergasan bawah bimbingan Encik Kadir kerana
latihan yang diajar oleh Encik Kadir itu serupa
sahaja dan amat membosankan. Kamarul tidak
mematuhi jadual latihan dan kerap ponteng latihan
tanpa sebarang sebab. Kamarul lebih suka
membuat latihan kecergasan sendiri. Rupa-rupanya,
ada seorang pelari yang lain yang sedang berusaha
dengan gigih untuk mengatasinya, iaitu Sures
Menon..

Dalam pemilihan ke Sukan SEA di Bangkok, Sures
Menon berjaya mengalahkan Kamarul. Kamarul
amat runsing. Persahabatannya dengan Saridah
semakin renggang. Hubungannya dengan Encik
Kadir dan kawan-kawan sekolah sudah pun
renggang. Kamarul amat tertekan. Sewaktu
menyemberang jalan, Kamarul tidak menoleh ke
kiri. Sebuah kereta datang dari arah bertentangan
kemudian melanggarnya. Kamarul dihantar ke
hospital. Kamarul mengalami kecederaan pada
bahagian lutut, muka, dan mata.

Kunjungan Encik Kadir, Cikgu Zainal, Saridah dan
rakan-rakan sekelas menyebabkan sifat keegoan
Kamarul cair. Kamarul memohon maaf daripada
mereka. Kamarul mula menyediakan dirinya untuk
menghadapi pertandingan antarabangsa yang
cukup bermakna bagi dirinya, iaitu sukan SEA ke-14
di Bangkok.

Kamarul bertemu De Wega, pelari Filippina yang
amat dikagumi. De Wega menasihati Kamarul
supaya menjadi seorang atlet yang berdisiplin,
patuh kepada arahan jurulatih, tidak mudah putus
asa dan sentiasa menjalinkan persahabatan dengan
rakan-rakan jikalau mahu menjadi atlet negara
yang dikagumi. Kemudian, Kamarul, De Wega, Sures
Menon dan beberapa orang lagi pelari dari negara
lain bertanding dalam acara 100m dan 400m di
Stadium Nasional, Bangkok. Kamarul mendapat dua
pingat emas dalam kedua-dua acara ini. Kamarul
amat gembira. Kamarul ingin cepat pulang ke
Malaysia untuk bertemu dengan keluarga dan
rakan-rakan sekolahnya terutama Saridah.

SINOPSIS SETIAP
BAB

BAB 1

Kamarul tidak membaca akhbar seperti biasa.
Selepas bersarapan, memakai stoking dan kasut.
Wajahnya muram. Hal ini disedari oleh ibunya.
Ibunya menebak bahawa Kamarul bergaduh dengan
Saridah. Kamarul hanya menjawab bahawa mereka
hanya salah faham. Ibunya bertanya kepada
Kamarul sama ada dia boleh memaafkan Saridah
atau pun tidak. Kamarul hanya mengaangguk.

Dalam perjalanan ke sekolah, Kamarul terkenang
akan pertengkarannya dengan Saridah beberapa
hari yang lalu. Saridah menegur sikap kamarul
yang semakin sombong. Kamarul mempertahankan
dirinya dengan mengeluarkan kata-kata yang
angkuh kepada Saridah. Kamarul tertanya- tanya
sama ada benarkah dia semakin sombong? Dia juga
terbayang akan Cikgu Zainal, iaitu guru yang mula-
mula mengesan bakatnya. Kemudian, dia terbayang
akan Encik Kadir, jurulatihnya. Encik Kadir
memintanya turun menjalani latihan. Namun begitu,
dia tidak mahu berlatih di bawah kelolaan
jurulatihnya itu. Kamarul berasa Sures, Rajip, dan
Mahat belum dapat menandingi rekod
kepantasannya lagi..

Kamarul masih teringat kepada Saridah. Dia
mencari Saridah di kelas, tetapi Saridah tiada.
Sebaliknya, dia bertemu dengan Sures. Sures
mengingatkannya bahawa Encik Kadir meminta
mereka ke Pusat Sukan Kampung Pandan petang
nanti. Kata-kata Sures itu dibalas endah tak endah
oleh Kamarul..

BAB 2

Sures menunggu Kamarul di Pusat Sukan Kampung
Pandan tetapi Kamarul masih belum sampai. Sures
terkilan kerana Kamarul tidak menepati janji. Sures
tertanya-tanya tentang sikap Kamarul yang banyak
berubah. Kamarul sudah jarang-jarang berbual
dengan kawan-kawan yang lain. Dia juga mengelak
untuk menghadiri latihan sukan tahunan sekolah.

Semasa Sures melakukan latihan memanaskan
badan, Encik Kadir memanggilnya. Encik Kadir
bertanyakan Sures tentang Kamarul yang masih
belum datang. Sures mencuba untuk
mempertahankan Kamarul. Sures yang tidak mahu
memeningkan kepalanya terus menyertai kumpulan
lain yang sedang menjalani latihan.

Petang itu, mereka membuat lima larian pantas.
Sures berlari dengan pantas dan berjaya mengatasi
pelari-pelari yang lain. Dia tersenyum apabila
menerima tepukan daripada perlari-pelari lain.
Sebelum mereka bersurai, Encik Kadir berjumpa
dengan Sures. Encik Kadir mahu Sures memberitahu
Kamarul untuk berjumpa dengannya esok hari.
Sures mengangguk. Encik Kadir kelihatan kecewa
akan ketidakhadiran Kamarul pada hari itu.

Saridah bertemu dengan Suresh. Sures bertanyakan
Saridah tentang Kamarul. Saridah tidak tahu. Sures
menceritakan masalah tentang sikap Kamarul
belakangan ini. Saridah kemudiannya meminta diri
untuk pulang ke rumah.

BAB 3

Saridah menunggu Kamarul di perpustakaan. Dia
kecewa kerana kelibat Kamarul langsung tidak
kelihatan. Dia pulang ke kelasnya. Juriah
menghampiri Saridah yang dilihatnya sedang
muram. Saridah membisu. Juriah menebaknya
bergaduh dengan Kamarul. Dia menasihati Saridah.
Saridah hanya memandang Juriah tanpa bersuara.

Selepas waktu sekolah, Saridah tidak terus pulang
ke rumah. Dia ke perpustakaan. Dia menulis surat
untuk Kamarul. Walau bagaimanapun, dia berasa
serba salah hendak menyerahkan surat itu kepada
Kamarul. Juriah datang menemui Saridah. Saridah
memintanya menyerahkan surat itu kepada
Kamarul.

BAB 4

Selepas minum petang, Kamarul hendak keluar
untuk berjoging. Ibunya hairan kerana dia hanya
berpakaian biasa. Ketika dia hendak meminta diri
untuk pergi berjoging, ibunya menyerahkan sepucuk
surat kepadanya..

Kamarul berhenti lalu membaca surat itu. Surat
daripada Saridah benar-benar menyentak hati
kecilnya. Dia teringatkan tindakannya terhadap
Saridah. Wajah Cikgu Zainal dan Encik Kadir silih
berganti. Surat itu dikeronyoknya lalu dibuang ke
dalam longkang. Hatinya kembali marah dan geram.

Kamarul berjalan menghala ke Stadium Merdeka.
Kamarul terbayang seolah-olah dia dikelilingi oleh
ribuan penonton yang bersorak untuknya. Dia
menjerit dan suaranya yang kuat itu bergema ke
ruang tempat duduk. Dia menyedari tiada sesiapa
di situ. Dengan geram dia terus keluar dari stadium
itu.

BAB 5

Saridah berasa masa bergerak begitu lambat. Dia
tidak gemar menunggu kerana baginya menunggu
amat membosankan. Saridah teringat akan
Kamarul. Dia tertanya-tanya sama ada Kamarul
sudah membaca suratnya. Adakah Kamarul sudi
memaafkannya? Dia kemudiannya menarik laci
almarinya. Matanya tertumpu pada sebuah album.
Dia melihat-lihat gambar dalam album tersebut.

Saridah cuba mengingati pertama kali dia terpilih
mewakili Wilayah Persekutuan ke Sukan MSSM.
Saridah mula mesra dengan Kamarul ketika berada
di padang Stadium Merdeka. Kamarul yang
memulakan perbualan dengan Saridah. Dia agak
gugup dan gementar sedangkan Kamarul hanya
selamba. Semenjak itu, kemesraan antara mereka
terus terjalin.

Setelah beberapa bulan kemesraan mereka terjalin,
Kamarul semakin berubah. Hal ini demikian kerana,
dia semakin terkenal. Wajahnya selalu terpampang
di akhbar dan kaca televisyen. Dia tidak mahu
menyertai sukan tahunan sekolah kerana dianggap
tidak layak baginya yang merupakan ahli sukan
negara. Dia juga pernah bertelagah dengan Cikgu
Zainal.

BAB 6

Kamarul datang ke Pusat Sukan Kampung Pandan.
Ketika dia hendak menyertai Sures, Suradi, Mahat,
dan Rajib, Encik Kadir memanggilnya. Encik Kadir
hendak berjumpa dengannya selepas latihan nanti.
Kamarul hanya mengangguk.

Semasa latihan, Encik Kadir memberitahu bahawa
dia masih belum berpuas hati akan tahap
pencapaian pelatihnya. Dia meminta mereka
melipatgandakan latihan. Endik Kadir menegur
Suradi yang menunjukkan pencapaian yang
menurun. Namun begitu, dia berbangga akan
pencapaian Sures .

Selepas melakukan latihan, Encik Kadir
membunyikan wisel bagi mengarahkan pelatihnya
berlari ke garisan permulaan. Dia mengarahkan
mereka berlari pecut. Dalam latihan itu, Sures telah
berjaya sampai dahulu di garisan penamat. Encik
Kadir berasa kecewa akan prestasi yang
ditunjukkan oleh Kamarul.

Encik Kadir mengarahkan Suradi dan Rajip
berlumba. Kedua-duanya berlepas agak baik. Di
pertengahan larian, Suradi memecut meninggalkan
Rajip. Encik Kadir memberitahu mereka bahawa
konsentrasi yang yang baik sewaktu berlepas amat
penting. Encik Kadir mengarahkan Sures dan
Kamarul pula untuk berlumba. Sures berjaya
menewaskan Kamarul dengan catatan 10.78 saat.
Hal itu amat membanggakan Encik Kadir. Sures
tersenyum lebar apabila dipuji oleh Encik Kadir.

Encik Kadir menegur Kamarul kerana sering
ponteng dan datang lambat semasa latihan.
Kamarul menegaskan bahawa dia berlatih sendirian
di rumah. Encik Kadir mengingatkan Kamarul jika
dia sering melanggar disiplin namanya akan
digugurkan daripada mewakili negara. Kamarul
sekali lagi menegaskan bahawa dia boleh berlatih
sendiri. Dia meninggalkan Encik Kadir yang sedang
melihatnya.

BAB 7

Kamarul pulang ke rumah dalam keadaan marah.
Semua kelakuannya diperhatikan oleh ibunya.
Ketika membaca akhbar, dia terjumpa akan
kenyataan yang dibuat oleh Encik Kadir. EncikKadir
menyatakan bahawa prestasi atlet kebangsaan
sedang meningkat. Namun begitu, dia juga
menyentuh tentang masalah disiplin para peserta
negara.

Kamarul berasa Encik Kadir sedang
menempelaknya. Dia menusuk wajah Encik Kadir
pada akhbar sehingga berlubang pada bahagian
mata. Ibu Kamarul menegur perbuatannya yang
keterlaluan itu. Ibunya menasihatinya supaya
jangan membenci orang. Kamarul hanya tersengih
manakala ibunya menggelengkan kepala.

Saridah menelefon Kamarul. Kamarul menjawab
panggilan Saridah. Pada akhir akhir perbualan
mereka, Saridah mendoakan Kamarul memperoleh
kejayaan yang cemerlang di Bangkok. Kata-kata
Saridah itu membuatkan Kamarul berdebar-debar.

Saridah tiba di sekolah pada petang itu. Dia
tercari-cari kelibat Kamarul tetapi hampa. Saridah
teringat akan Juriah. Baginya, Juriah ialah sahabat
yang paling dipercayai pada masa ini. Juriah
datang menyapa Saridah. Mereka berbual-bual
tentang Saridah yang tadinya kelihatan sedang
termenung. Tiba-tiba, Juriah bertanya tentang
perasaan Saridah terhadap Kamarul. Saridah tiba-
tiba menjadi sayu. Juriah menyatakan bahawa tidak
salah mencintai seseorang tetapi sebagai pelajar,
pelajaran perlu diutamakan. Juriah mengingatkan
Saridah bahawa peperiksaan SPM sudah semakin
hampir dan peperiksaan SPM ini yang bakal
menentukan kehidupan mreka pada masa akan
datang. Juriah menasihati Saridah agar melupakan
Kamarul dan menumpukan perhatian terhadap
peperiksaan.

Saridah memeluk Juriah. Tingkah laku mereka
diperhatikan oleh beberapa orang pelajar yang
lain. Tidak lama selepas itu, mereka bergerak ke
padang.

BAB 8

Kamarul bertengkar dengan Adibah, ketua
kelasnya. Hal ini demikian kerana, Adibah
menghalangnya keluar dari kelas untuk bertemu
dengan Cikgu Zainal di bilik guru. Selepas loceng
berbunyi, Kamarul berlalu mengikut pintu belakang.
Rakan-rakannya yang lain menggelengkan kepala
melihat kelakuan Kamarul.

Kamarul masuk ke bilik guru berjumpa dengan
Cikgu Zainal. Cikgu Zainal memberitahu Kamarul
bahawa dia melepaskan Kamarul bercuti kerana
diminta oleh Presiden KOAM. Cikgu Zainal turut
mengingatkan Kamarul tentang peperiksaan SPM
yang akan bermula tidak lama lagi. Dalam pada itu,
Cikgu Zainal memuji Kamarul kerana
mengharumkan nama negara dan nama sekolah.

Kamarul berdebar-debar apabila Cikgu Zainal
membangkitkan nama Encik Kadir. Beliau berasa
hairan tentang prestasi Kamarul yang dikatakan
semakin menurun. Kamarul menghela nafas dan
berharap agar Cikgu Zainal tidak terus-terusan
bertanya tentang perkara itu. Cikgu Zainal
mengucapkan syabas dan semoga berjaya kepada
Kamarul. Perasaan debar Kamarul hilang selepas
keluar dari bilik guru itu.

BAB 9

Pada petang itu, Kamarul tiba lebih awal daripada
biasa. Sukan SEA di Bangkok hanya tinggal
beberapa minggu lagi. Encik Kadir hendak menguji
kecergasan Kamarul. Kemudian, dia memanggil
Sures. Dia meminta mereka bersedia untuk
berlumba. Kamarul melakukan kesilapan dengan
permulaannya yang agak lambat. Sures memecut
laju. Kamarul juga memecut sekuat tenaga, namun
usahanya sia-sia apabila Sures terlebih dahulu
sampai di garisan penamat.

Encik Kadir menasihati Kamarul tentang disiplinnya
itu. Encik Kadir memberikan pingat emas yang
dimenangi Kamarul dahulu kepada Kamarul sebagai
pembakar semangat. Kamarul berasa sangat marah
lalu membaling pingat itu kepada Encik Kadir lalu
beredar dari Pusat Sukan Kampung Pandan. Semasa
Kamarul sedang berjalan meninggalkan kawasan
tersebut, dia ditimpa kemalangan yang
menyebabkan dia terlantar di hospital.

BAB 10

Dia tidak mengalami kecederaan yang serius. Dia
hanya luka dan bengkak urat sahaja. Encik Kadir,
Saridah, dan rakan-rakannya telah melawat
Kamarul di hospital. Doktor Munirah membenarkan
Kamarul pulang ke rumah. Kamarul berasa gembira,
namun apabila terbayang wajah Encik Kadir, Sures,
Saridah, Cikgu Zainal, dan ibunya, perasaan
riangnya lenyap. Kamarul tersentuh oleh tindakan
mereka itu lalu dia sedar akan kesalahan yang
telah dilakukannya kepada mereka. Kamarul berasa
dirinya sangat bersalah.

Encik Kadir muncul di hadapan katilnya untuk
membawanya pulang. Kamarul mengucapkan terima
kasih lalu meminta maaf. Encik Kadir memintanya
melupakan perkara yang lalu. Encik Kadir
memintanya berlatih dengan tekun bagi
mengembalikan kecergasannya.

BAB 11

Kamarul teringat akan tajuk rencana akhbar yang
dibacanya. Dia agak cemas kerana harapan yang
terlalu tinggi terpaksa digalasnya. Kamarul diuji
berlumba dengan Sures dan Rajip. Dalam ujian itu,
dia memperoleh tempat tercorot. Dia tidak percaya
akan keputusan tersebut. Encik Kadir
menasihatinya supaya tidak berputus asa. Menurut
Encik Kadir lagi, dia akan membantu Kamarul.

Kamarul melihat buku yang mencatatkan catatan
yang pernah dibuatnya di Sukan MSSM, SUKMA, dan
Sukan SEA. Dia sedar bahawa dia sudah jauh
ketinggalan.

BAB 12

Kamarul akan berlepas ke Bangkok. Dia gelisah
apabila Saridah belum datang lagi. Adibah dan
Fazilah mengusik Kamarul yang kelihatan gelisah.
Tidak lama kemudian, Saridah tiba di lapangan
terbang. Kamarul tidak dapat berbual-bual lebih
lama kerana waktu untuk berlepas sudah tiba.
Rakan-rakannya mengucapkan kata-kata penuh
semangat kepada Kamarul.

BAB 13

Kontinjen Malaysia tiba di Bangkok. Kamarul
ditempatkan di bilik hotel bersama-sama Sures.
Sures hairan melihat wajah Kamarul yang muram.
Kamarul memberitahu Sures bahawa dia bimbang
akan prestasinya yang dikatakan menurun. Sures
menasihatinya bahawa prestasi semasa latihan dan
prestasi semasa pertandingan sebenar tidak sama.

Pelatih olahraga melakukan latihan dan ujian
kecergasan. Encik Kadir berpuas hati kerana
terdapat perkembangan baharu dalam kalangan
atlet negara. Kamarul berasa gembira. Kamarul
kemudiannya menghampiri De Wega. Dia berbual-
bual dengan De Wega. Kamarul memberitahu De
Wega bahawa dia banyak menyimpan gambar dan
keratan akhbar tentang De Wega. Kini, dia dapat
berkenalan dengan De Wega.

De Wega bercerita kepada Kamarul tentang
pekerjaannya. Dia juga memberitahu Kamarul
supaya berdisiplin dan jangan mudah lupa diri.
Seterusnya, dia mengingatkan Kamarul supaya
jangan mudah berputus asa atau kecewa. Kamarul
mengangguk-angguk tanpa berkata apa-apa.

BAB 14

Upacara pembukaan Sukan SEA yang ke-14
berlangsung dalam suasana yang meriah. Kamarul
dan Sures turut berbaris. Selepas upacara
pembukaan, pertandingan bola sepak berlangsung
antara pasukan Malaysia dengan pasukan Thailand.

Encik Kadir memberikan pingat kebanggaannya
kepada Kamarul. Beliau meminta Kamarul mengikat
pingat itu di pinggang sebagai pembakar semangat.
Kamarul akur. Semasa di trek perlumbaan untuk
bermula, dia melihat para lawannya. Pada mulanya
dia tidak yakin, namun semangatnya datang
apabila menyedari pingat di pinggangnya itu.
Akhirnya, Kamarul berjaya mendapat tempat
pertama dengan memecahkan rekod De Wega.
Selepas perlumbaan tamat, Encik Kadir
mengucapkan tahniah dan menyampaikan surat dari
rakan-rakannya di Malaysia. Encik Kadir juga
memberitahu Kamarul tentang persaraannya.
Kamarul menyerahkan pingatnya itu kembali tetapi
Encik Kadir meminta dia menyimpan pingat itu
sebagai motivasi.

BAB 15

Sukan SEA Bangkok berakhir. Kamarul melawat De
Wega di hotel atlet Filipina menginap. Kamarul
menyampaikan cenderamata kepada De Wega. De
Wega juga menghadiahkan pingat emasnya kepada
Kamarul sebagai pembakar semangat. Kemudian,
atlet-atlet Malaysia pulang kembali ke Malaysia.
Kamarul disambut meriah oleh keluarganya,
Saridah, dan rakan-rakannya.

JADUAL KOMSAS

BAB 1

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Keprihatinan Mak Jah
prihatin seorang ibu

terhadap
anaknya

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat Persoalan tentang
yang prihatin keprihatinan

terhadap seorang ibu ketika
anaknya anaknya menghadapi

masalah

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita mestilah Mak Jah mendapati
mengambil berat Kamaru diam dan
terhadap orang wajahnya tidak

sekeliling berseri seperti biasa
dengan masalah lalu bertanya jika

yang mereka Kamarul menghadapi
hadapi masalah.

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Keberanian Saridah
berani seorang
sahabat

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat yang Persoalan tentang
berani menegur keberanian seorang
rakannya demi
rakan menegur
kebaikan rakannya

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita harus berani Saridah menyedari
menegur supaya Kamarul semakin
sombong dan ego jadi
seseorang itu Saridah menegur
menyedari Kamarul tanpa rasa ragu

perbuatannya itu salah

BAB 2

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Rajin Kerajinan seorang Sures
pemain mengikuti

latihan harian
jurulatihnya

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat yang Persoalan tentang
rajin mengikuti kerajinan seorang
latihan harian pelatih mengikuti

jurulatihnya latihan harian
jurulatihnya

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita haruslah Sures rajin mengikuti
bersikap tolenransi latihan Encik Kadir

dan menghadiri manakala Kamarul merasa
latihan yang dirinya sudah tidak perlu

disediakan oleh berlatih dan berhenti
jurulatih kita mengikuti latihan yang
diajar oleh jurulatihnya

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Seorang yang Encik Kadir
Bertanggun bertanggungjawab
atas amanah yang
gjawab diberikan kepadanya

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat yang Persoalan tentang
bertanggungjawab seorang jurulatih yang

dengan amanah bertanggungjawab
yang diberikan dengan amanah yang

diberikan

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita mestilah Encik Kadir menyuruh
bertanggungjawab sures yang rajin
atas amanah yang
diberikan kepada mengikuti latihannya
untuk memanggil
kita
Kamarul bagi mengikuti
latihan untuk memastikan

semua pelatihnya dapat
mengikuti latihannya

BAB 3

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Kesabaran seorang Saridah
Sabar rakan terhadap
sikap rakannya
yang egois

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat Persoalan tentang
yang bersabar kesabaran seorang
dengan sikap rakan menghadapi
rakannya yang
rakannya yang
egois egois

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita perlulah Saridah cuba bertenang
mengamalkan sikap selepas pergaduhannya
sabar kerana sabar dengan Kamarul dan menulis
sepucuk surat untuk meminta
itu separuh maaf kerana telah mengguris
daripada iman
hati kamarul dengan
perkataannya

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Seorang yang baik Juriah
baik hati hati

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat yang baik Persoalan tentang baik
hati menolong hati seorang sahabat
yang menolong
sahabatnya ketika sahabatnya yang
sahabatnya menghadapi menghadapi masalah

masalah

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita perlulah Juriah menolong
menolong sahabat Saridah untuk
kita ketika mereka
menghantar surat yang
menghadapi ditulisnya kepada
kesusahan
Kamarul kerana Juriah
tahu Saridah belum

mahu berjumpa dengan
Kamarul

BAB 4

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Seorang yang Kamarul
hormat- menghormati
menghormati
orang tua

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat Persoalan
yang tentang seorang

menghormati anak yang
orang tua menghormati

ibunya

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita mestilah Contoh: Kamarul
sentiasa menjawab panggilan

menghormati ibu emaknya dengan
bapa kita sopan walaupun
anginnya tidak baik

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Keinsafan seorang Kamarul
keinsafan rakan yang telah

bersikap ego
kepada rakannya

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat yang Persoalan tentang
insaf akan sikap keinsafan seorang
egonya terhadap rakan yang telah

rakannya bersikap ego
terhadap rakannya

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita mestilah Kamarul merasa bersalah
insaf akan kepada Saridah kerana
sikap egonya
perbuatan kita
jika kita membuatkan silaturrahim
mereka terputus tetapi
melakukan Saridah yang meminta
kesalahan maaf kepadanya

BAB 5

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Seorang Juriah
yang bersifat
setiakawan setiakawan

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat Persoalan tentang
yang bersifat seorang bersifat
setiakawan setiakawan

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita haruslah Juriah dan Saridah
mengambil berat sentiasa bersama dan
antara satu sama melalui suka dan duka

lain. bersama.

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Seorang yang Juriah
prihatin menasihati

demi kebaikan

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat Persoalan tentang
yang prihatin keprihatinan
seorang rakan
terhadap
rakannya terhadap rakannya

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita mestilah Juriah menegur Saridah
menegur rakan kita untuk tidak terlalu
memikirkan
untuk menolong
mereka membuat pergaduhannya dengan
pilihan yang benar kamarul dan fokus
kepada pelajaran

BAB 6

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Kegigihan Encik
Kegigihan seorang jurulatih Kadir

melatih
pemainnya

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat yang Persoalan tentang
gigih melatih kegigihan seorang
para pemain
demi kebaikan jurulatih supaya
mereka impian pemainnya

tercapai

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Masyarakat yang Encik Kadir menyuruh
gigih melatih para pemainnya berlatih

pemain demi bersungguh-sungguh kerana
kebaikan mereka perlawanan mereka di

Bangkok hanya berbaki satu
bulan sahaja

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Keprihatinan Encik
Prihatin seorang jurulatih Kadir

terhadap
pemainnya

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat yang Persoalan tentang
prihatin keprihatinan
terhadap
prestasi seorang jurulatih
muridnya terhadap prestasi

PENGAJARAN muridnya yang
merosot

CONTOH PERISTIWA

Kita mestilah Encik Kadir menegur
mengambil berat prestasi Suradi yang
semakin merosot dan
tentang orang menasihatinya supaya
disekeliling kita
tidak leka semasa
melakukan latihan

BAB 7
NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Seorang yang Mak Jah
rasional bertindak rasional

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat Persoalan tentang seorang
yang bertindak ibu yang bertindak

rasional rasional ketika anaknya
menghadapi masalah

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita mestilah menegur Mak Jah
seseorang itu apabila menasihati
Kamarul yang kini
dia melakukan bersikap buruk
kesilapan terhadap orang
disekelilingnya.

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Seorang yang Juriah
rasional bertindak rasional

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat yang Persoalan tentang seorang
bertindak rasional sahabat yang bertindak
rasional ketika rakannya
menghadapi masalah

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita berfikir secara Juriah menasihati Saridah
rasional ketika untuk tidak terlalu
menyelesaikan
memikirkan masalahnya
sebarang masalah dengan Kamarul serta
fokus kepada pelajaran
dan cuba untuk

menceriakan hati Saridah.

BAB 8

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Ketegasan seorang Adibah
Berhemah ketua kelas
menjalankan
Tinggi amanah

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat yang Persoalan tentang
tegas ketegasan seorang

menjalankan ketua kelas
tugasnya sebagai menjalankan amanah

ketua kelas dengan adil

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita mestilah Contoh: Adibah
menjalankan amanah bersikap tegas kepada

yang diberikan Kamarul kerana
kepada kita dengan Kamarul cuba keluar
kelas sebelum waktu
baik
rehat

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Baik Seorang Cikgu
Hati yang baik Zainal

hati

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat yang Persoalan tentang baik hati
menegur anak seorang guru terhadap
anak muridnya apabila
muridnya dengan
cara yang baik menegur mereka dengan
baik
PENGAJARAN
CONTOH PERISTIWA

Kita mestilah Contoh: Encik Zainal tidak
menegur dengan cara menggunakan sifat agresif

yang baik supaya ketika menegur Kamarul
orang tersebut lebih dan Kamarul dapat

mudah untuk menerima teguran Encik
mendengar nasihat Kadir dan berasa selesa

yang kita berikan bersama Encik Kadir

BAB 9
NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai sabar Seorang yang Encik Kadir
sabar

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat yang Persoalan tentang
sabar dengan kesabaran seorang
tingkah laku jurulatih melayani tingkah
muridnya laku pelatihnya yang

sombong

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita semestinya Encik Kadir sabar akan
memberi peluang kelakuan Kamarul yang
kedua untuk seseorang tidak bertanggungjawab
memperbaiki sikapnya itu dan masih percaya

akan Kamarul.

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Seorang yang Sures
bertanggung- bertanggungjawab

jawab

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat yang Persoalan tentang
bertanggungjawab seorang atlet yang
bertanggungjawab
dan menghadiri
latihan dan menghadiri
latihan

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita haruslah Sures rajin menghadiri
menetapkan sikap latihan dan mendengar
bertanggungjawab arahan Encik Kadir yang
jika mahu berjaya menyebabkan Sures dapat
mengalahkan Kamarul

semasa latihan

BAB 10

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Seorang yang insaf atas Kamarul
keinsafan sikap sombongnya
terhadap orang
sekeliling

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat Persoalan tentang
yang sedar akan kesedaran seorang
sikap buruknya pelajar yang bersikap
terhadap orang ego terhadap guru
lain sebelum ini dan rakan-rakannya

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita haruslah hormat- Kamarul merasa bersalah
menghormati antara kepada Encik Kadir dan
satu sama lain supaya Saridah kerana mereka masih
datang melawat Kamarul di
tidak akan hospital walaupun Kamarul
mencetuskan telah bersikap ego terhadap
pergaduhan
mereka

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Kasih Kasih sayang seorang Encik
Sayang jurulatih terhadap Kadir
pemainnya

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat Persoalan tentang
yang mengambil kasih sayang
seorang guru
berat tentang
keadaan anak terhadap keadaan
anak muridnya
muridnya

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita haruslah Encik Kadir risau akan
bersikap keadaan Kamarul yang

terbuka dalam dikabarkan masuk
sesuatu hospital akibat
pegaulan
kemalangan jalan raya
dan datang ke hospital
untuk melawat Kamarul

BAB 11

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai hormat- Seorang Kamarul
menghormati pemain yang
menghormati
jurulatihnya

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat Persoalan tentang
yang seorang pemain
yang
menghormati menghormati
jurulatihnya jurulatihnya

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita mestilah Kamarul kembali
menghormati guru- menghormati Encik Kadir
guru kita atas jasa
mereka kepada kita dan mengikuti latihan
seperti biasa selepas
kejadian kemalangannya

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Seorang Kamarul
kegigihan yang gigih

berlatih

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat yang Persoalan tentang
gigih berlatih seorang yang gigih

untuk mencapai berlatih untuk
kejayaan mencapai kejayaan

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita mestilah Kamarul berlatih dengan
gigih berusaha bersungguh-sungguh bersama
untuk mencapai
sesuatu kejayaan rakan-rakannya dibawah
bimbingan Encik Kadir untuk
meningkatkan kecergasannya

sebelum perlawanannya di
Bangkok nanti.

BAB 12

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Baik Seorang Saridah
hati yang baik

hati

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat Persoalan tentang
yang baik hati kebaikan hati
seorang rakan

terhadap rakannya

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita mestilah Selepas kamarul beredar
bersikap baik hati untuk ke Bangkok,
kepada orang di
Saridah berkata bahawa
sekeliling kita dia akan membelanjakan

air batu cendol untuk
rakan-rakannya.

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Keprihatinan Kamarul
prihatin seorang rakan
PERSOALAN
terhadap
rakannya

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat Persoalan tentang
yang prihatin keprihatinan
terhadap orang seorang rakan

lain terhadap rakannya

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita mestilah Kamarul tertanya-tanya
bersikap prihatin apakah yang terjadi
terhadap orang di
terhadap Saridah yang
sekeliling menyebabkan dia belum

sampai ke lapangan
kapal terbang.

BAB 13

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Keprihatinan Sures
Prihatin seorang rakan

terhadap
rakannya

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat yang Persoalan tentang
prihatin terhadap keprihatinan
seorang rakan
rakannya
terhadap rakannya

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita mestilah peka Sures mengajak Kamarul
dengan keadaan untuk berlatih bersamanya

rakan kita dan setelah Kamarul
mengambil berat mengatakan dia bimbang
tentang rakan rakan dengan prestasinya yang

kita merosot

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Seorang Kamarul
kegigihan atlet yang

gigih
berusaha

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat yang Persoalan tentang
gigih berusaha kegigihan seorang
untuk mencapai atlet untuk mencapai
impiannya
impiannya

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita haruslah gigih Kamarul berlatih
berusaha untuk bersungguh-sungguh dan

mendapatkan apa berjaya meningkatkan
yang kita inginkan prestasinya dalam waktu

yang singkat

BAB 14

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Seorang yang Kamarul
patriotism bersemangat

tinggi

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat yang Persoalan tentang
mempunyai sifat seorang atlet yang
bersifat patriotism dan
patriotism mengharumkan nama

negara.

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita mestilah ada Kamarul memenangi
sifat patriotism dan acara pecut 100 meter

berkorban untuk dan telah
negara. mengharumkan nama

Malaysia.

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai kesyukuran Kamarul
kesyukuran seorang murid

terhadap
jurulatihnya

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat Persoalan tentang
yang bersyukur kesyukuran seorang

terhadap murid terhadap
jurulatihnya jurulatihnya

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita haruslah Kamarul berterimakasih kepada
bersyukur kepada keluarga dan rakan-rakannya
guru-guru kita kerana kerana selalu memberi
tidak putus asa untu semangat kepadanya.Dia juga

mengajar kita. merasa berterima kasih kepada
Encik Kadir yang selalu
membimbingnya dan

menghargai jasa Encik Kadir

BAB 15

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai Kesyukuran seorang Kamarul
kesyukuran pelari yang diberi

semangat oleh idolanya

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat yang Persoalan tentang seorang
berterima kasih atlet yang berterimakasih
kepada idolanya
yang memberikan kepada idolanya yang
memberikan semangat
semangat

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita mestilah Kamarul berterima kasih
memberikan kepada De Wega kerana
semangat kepada memberikan semangat
rakan rakan kita
supaya mereka kepadanya yang
merasa lebih yakin mendorongnya untuk
memenangi pingat tersebut

NILAI PERWATAKAN WATAK

Nilai hemah Seorang yang De Wega
tinggi berhemah tinggi

LATAR MASYARAKAT PERSOALAN

Masyarakat Persoalan
yang berhemah tentang seorang

tinggi atlet yang
berhemah tinggi

PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

Kita perlulah sama- De wega menerima
sama berkongsi kekalahannya dan
mengucapkan tahniah
kejayaan agar dapat kepada Kamarul kerana telah
memberi dorongan memenangi sebuah pingat

dan semangat emas.

BINAAN PLOT

PERMULAAN

Kamarul bersiap-siap hendak ke sekolah. Kamarul tidak
gembira kerana hubungannya dengan Saridah semakin
renggang. Dalam perjalanan ke sekolah, Kamarul
teringat akan Cikgu Zainal, guru sukan yang mula-mula
mengesan bakatnya dalam bidang olahraga.

PERKEMBANGAN

Kamarul telah banyak berubah kerana sudah terkenal.
Kamarul enggan berlatih dengan Encik Kadir kerana
baginya latihan yang diberikan oleh Encik Kadir amat
membosankannya. Kamarul enggan bergaul dengan
kawan-kawan sekolah. Kamarul juga enggan menjalani
latihan sukan sekolah.

KLIMAKS

Kamarul susah hati. Tahap kecergasannya semakin
menurun. Kamarul bergaduh dengan Encik Kadir kerana
dia kerap ponteng latihan. Akibat terlalu runsing, Kamarul
melintas jalan raya tanpa menoleh ke kiri. Kamarul
dilanggar kereta. Kamarul melambung ke udara kemudian
terhempas di tengah-tengah jalan. Kamarul pengsan lalu
di bawa ke hospital.

PELERAIAN

Kamarul mendapat dua pingat emas dalam acara
lari pecut 100 meter dan 400 meter dalam Sukan
SEA ke-14 di Bangkok. Kamarul menerima ucapan
tahniah daripada Encik Kadir dan rakan-rakannya
di Malaysia. Kamarul bertukar-tukar cenderamata
dengan De Wega. Kamarul dan atlet-atlet yang
lain pulang ke Malaysia.


Click to View FlipBook Version