TEKNIK PLOT
Teknik dialog
Contohnya, dialog antara Kamarul dan Adibah yang
melarangnya keluar dari kelas sebelum loceng
rehat berbunyi, walaupun Kamarul menyatakan
bahawa dia mahu berjumpa dengan Cikgu Zainal.
Teknik pemerian
Contohnya, pengarang memerihalkan kebiasaan
Kamarul yang membaca surat khabar tentang
perkembangan sukan tanah air dan luar negara
selepas sarapan.
Teknik saspens
Contohnya, pembaca tertanya-tanya apakah yang
akan terjadi kepada Kamarul akibat dilanggar
kereta.
Teknik monolog
Contohnya, ketika berada di perpustakaan sambil
menunggu kedatangan Kamarul, Saridah berfikir
bahawa Kamarul perajuk dan pendendam orangnya
apabila Kamarul tidak datang menemuinya di situ.
Teknik imbas kembali
Contohnya, Saridah mengingati peristiwa
pertemuan pertamanya dengan Kamarul ketika
menyertai Kejohanan MSSM di Stadium Merdeka.
Teknik monolog
Contohnya, selepas kemalangan, Kamarul bertekad
untuk kembali berlatih dan membuktikan kepada
Encik Kadir bahawa dia akan menjadi seorang ahli
sukan yang berdisiplin