The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-11360821, 2020-11-18 04:06:30

Pendidikan Moral Tahun 1 SK

Pendidikan Moral Tahun 1 SK

RM6.00

isbn 978-983-49-1145-4

BT111020



RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

kurikulum standard sekolah rendah

PENDIDIKAN
MORAL

Penulis SEKOLAH
Wang Lock Hui KEBANGSAAN
Junaidah binti Hassan
Sing Bee Khim Editor
Md Shukuri bin Hamzah

Pereka Bentuk
Khairul Azam bin Zain

Ilustrator
Norazlinawati binti Hashim

Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
2O16



KANDUNGAN

Pendahuluan v

Tajuk : pegangan HIDUP SAYA
UNIT Nilai : kepercayaan kepada Tuhan 1 - 5

1

UNIT Tajuk : BAIK HATI AMALAN SAYA 6 - 10
2 Nilai : baik hati

UNIT Tajuk : TANGGUNGJAWAB SURESH 11 - 15
3 Nilai : bertanggungjawab

UNIT Tajuk : TERIMA KASIH, KAWAN-KAWAN 16 - 20
4 Nilai : berterima kasih

UNIT Tajuk : BUDI BAHASA AMALAN SAYA 21 - 25
5 Nilai : hemah tinggi

UNIT Tajuk : HORMATI DIRI DISANJUNG 26 - 30
6 TINGGI

Nilai : hormat

UNIT Tajuk : SAYANGI DIRI SENDIRI 31 - 35
7 Nilai : kasih sayang

iii

UNIT Tajuk : ADIL MEMBAWA SEJAHTERA 36 - 40
8 Nilai : keadilan

UNIT Tajuk : BERANI MENGHADAPI CABARAN 41 - 45
9 Nilai : keberanian

UNIT Tajuk : KOK HENG YANG JUJUR 46 - 50
10 Nilai : kejujuran

UNIT Tajuk : BLOG KERAJINAN 51 - 56
11 Nilai : kerajinan

UNIT Tajuk : KERJASAMA MEMBAWA BERKAT 57 - 62
12 Nilai : kerjasama

UNIT Tajuk : PESANAN NENEK 63 - 68
13 Nilai : kesederhanaan

UNIT Tajuk : BERTOLAK ANSUR AMALAN saya 69 - 74
14 Nilai : toleransi

iv

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara
berperingkat mulai tahun 2011 telah disemak semula bagi memenuhi dasar
baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Sejajar dengan perubahan ini, buku teks Pendidikan Moral Tahun 1 Sekolah
Kebangsaan (SK) ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) KSSR Pendidikan Moral Tahun 1.

Buku teks Pendidikan Moral Tahun 1 SK ini masih berfokus pada tema
"Diri Saya". Sebanyak 14 nilai, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, baik hati,
bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat, kasih sayang,
keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan
dan toleransi dimuatkan dalam buku ini. Kandungan buku ini diolah dan
disampaikan dalam pelbagai cara untuk menarik minat murid agar mereka
memahami, menghayati dan mengamalkan nilai tersebut dalam kehidupan
seharian.

Kandungan buku teks ini memberikan penekanan kepada kemahiran
yang perlu dikuasai oleh murid bagi menghadapi cabaran pada abad
ke-21. Antaranya, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diterapkan
kepada murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi
merangsang pemikiran murid. Selain itu, elemen kreativiti dan inovasi, elemen
keusahawanan, elemen teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), kemahiran
berfikir, kemahiran penyelesaian konflik, pembelajaran berasaskan projek
juga diaplikasikan melalui aktiviti yang telah dirancang. Elemen perpaduan
turut diterjemahkan melalui idea-idea yang disampaikan agar dapat
memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid.

Setiap unit dalam kandungan buku teks ini berfokus pada satu nilai seperti
yang terkandung dalam DSKP. Pelbagai teknik PdP yang menarik seperti
nyanyian, lakonan, dialog, bercerita, pantun, boria, teka silang kata, kod
rahsia, peta pemikiran dan aktiviti hands-on digunakan bagi memantapkan
pemahaman murid tentang nilai yang dipelajari. Bagi memastikan semua
murid dapat mengikuti perkembangan pembelajaran secara berperingkat,
bahagian-bahagian dalam setiap unit disusun mengikut komponen seperti
yang berikut:

v

Konsep
Komponen ini menerangkan konsep nilai dalam DSKP yang menjadi
fokus sesuatu unit. Komponen ini bertujuan untuk membantu murid
memahami nilai secara berkesan melalui aktiviti yang dirancang.

Pengukuhan
Komponen ini bertujuan untuk memberikan peneguhan terhadap
pemahaman murid tentang nilai yang dipelajari melalui pelbagai aktiviti
yang dirancang. Tiga domain moral, iaitu penaakulan moral, emosi moral
dan perlakuan moral menjadi tunjang utama dalam komponen ini.

Pemulihan
Komponen ini membantu murid meningkatkan pemahaman mereka
dalam menguasai dan mengaplikasikan nilai yang telah dipelajari
melalui aktiviti yang lebih mudah dan berkesan.

Pengayaan
Komponen ini menyediakan aktiviti yang lebih mencabar pemikiran
murid agar potensi murid dapat dikembangkan ke tahap yang lebih
optimum untuk membantu mereka berperasaan dan bertindak
mengikut nilai moral.

Penilaian
Komponen ini menyediakan pelbagai aktiviti penilaian bagi mengukur
tahap penguasaan murid dalam sesuatu nilai.

Standard Pembelajaran
Komponen ini memberikan panduan kepada guru untuk membimbing
murid mencapai Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam DSKP.

Nota Guru
Komponen ini bertujuan untuk menerangkan cadangan PdP dan idea
tambahan bagi membantu guru melaksanakan aktiviti yang dirancang.

kbat
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Penulis berharap buku teks ini akan memberikan manfaat kepada murid
dalam usaha memupuk kerohanian dan moraliti murid melalui perkembangan
moral dari segi penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral. Semoga
kandungan dalam buku teks ini dapat meningkatkan pemahaman, penghayatan
dan amalan nilai dalam kalangan murid untuk dijadikan sebagai panduan hidup
mereka dalam membuat keputusan dan tindakan berteraskan moral. Akhir
kata, diharap penerbitan buku teks ini dapat memenuhi matlamat DSKP KSSR
Pendidikan Moral untuk melahirkan dan membentuk insan yang menyeluruh dan
bersepadu berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Wang Lock Hui
Junaidah binti Hassan

vi Sing Bee Khim

1 Pegangan Hidup Saya Gereja

Lihat gambar. Ceritakan.

Masjid

Islam Kristian
Kuil Wat

Hindu Buddha

Kami ada agama.
Kami hidup bahagia.

Apakah agama atau
kepercayaan kamu?

l Bimbing murid mengenali pelbagai agama atau kepercayaan lain di Malaysia.
1.1 l Bimbing murid menceritakan agama dan kepercayaan masing-masing.

11.2 l Bimbing murid menyatakan kepentingan mempunyai agama atau

1.5 kepercayaan.

Indahnya Alam

Lihat gambar di bawah.

2 1.3 Sebutkan ciptaan Tuhan.
1.4 Apakah perasaan kamu?

l Bimbing murid menyatakan ciptaan Tuhan yang lain.
l Bimbing murid melahirkan rasa syukur terhadap ciptaan Tuhan berdasarkan
gambar.

Kenali Alam dan Agama Kita

A. Warnakan gambar ciptaan Tuhan.

B. Gunting dan tampalkan.

Kristian Sikh Islam Hindu

l Bimbing murid supaya menjaga keselamatan semasa menjalankan aktiviti ini.

1.1 l Perbanyak halaman ini. 3
1.3

Hargai Ciptaan Tuhan

Lihat di sekeliling kamu. Catat dan lukis.

Bil. Ciptaan Tuhan Gambar

1. Pokok bunga

2.

3.

4.

5.

Saya melihat ciptaan Tuhan.

4 1.3 l Perbanyak halaman ini.
1.4 l Bimbing murid untuk menjalankan aktiviti ini di luar bilik darjah.
l Galakkan murid mengenal pasti ciptaan Tuhan yang lain.

A. Lengkapkan perkataan dan suaikan dengan
gambar.

1 po_o_

2 t_p_i

3 b_ki_

4 _at_ha_i

B. Pilih jawapan yang betul.

masjid gurdwara gereja

1 Unang beragama Kristian. Dia bersembahyang di .

.
5
2 Ranjit Singh beragama Sikh. .
Dia bersembahyang di



3 Husin beragama Islam. Dia bersolat di

l Perbanyak halaman ini.

2 BAIK HATI AMALAN SAYA

Contohi sikap Ranjit Singh.

12

34

Saya bantu orang lain.
Saya berasa gembira.

Sebonxa3Draikan sikap baik hati Ranjit Singh.
Ceritakan cara kamu membantu orang lain.

6 2.1 l Bimbing murid melakonkan situasi di atas.
2.2 l Bimbing murid melaksanakan sumbang saran cara membantu orang
2.4 lain dalam pelbagai situasi.

Tanya Sama Kakak

Mari kita bernyanyi.

Tanya sama kakak, SALWA
Apa sebab duka,
Nanti jawab kakak,
Kakinya luka.
Mari wahai kakak,
Adik balut luka,
Kakak senyum riang,
Adik ceria.
Kakak nanti kata,
Adik baik hati,
Selalu tolong orang,
Hidup diberkati.

Nyatakan sikap baik 7
hati adik kepada kakak.
Mengapakah kita perlu
bantu orang lain?

l Bimbing murid menyanyikan lagu di atas mengikut melodi lagu Tanya
2.1 Sama Pokok.
2.3 l Bersoal jawab dengan murid tentang cara dan kepentingan membantu
2.4 orang lain.

Bantu dengan Ikhlas

Fahami gambar.

1

2

Tuliskan cara kamu membantu orang lain.

(Situasi 1) (Situasi 2)


Apakah perasaan kamu membantu orang lain?

8 2.2 l Bimbing murid memahami gambar.
2.4 l Galakkan murid memberikan pendapat tentang sifat baik hati pada diri mereka.

Tolong-menolong Amalan Mulia

Fahami situasi di bawah.

Apakah yang 1
patut saya Sakitnya!
buat?

2

Tolong!
Tolong!

Saya
dahaga.
3

4

Saya kalah.
Sedihnya.

Apakah sikap baik hati gajah?
Mengapakah kita perlu
tolong orang lain?

l Sediakan topeng muka yang mudah bagi setiap watak.
2.2 l Bimbing murid melakonkan cara membantu orang lain berdasarkan

92.3 watak di atas.

2.5

Tandakan ( ) untuk perlakuan yang telah kamu
lakukan.

Situasi Amalan ()

1 Sidai baju.

2 BE KIM Beri derma.

3 Kongsi makanan.

4 Sapu sampah.

5 Beri hadiah.

Skor:
4 - 5 Tahniah, kamu baik hati!
2 - 3 Tingkatkan amalan baik hati.
0 - 1 Perlu ubah sikap.

l Perbanyak halaman ini.

10

3 TANGGUNGJAWAB SURESH

Fahami gambar di bawah.

Kemas katil. Pam tandas.
Cuci pinggan.

Buat kerja sekolah. Kemas mainan.

Saya bangga
buat semua ini.

Susun kasut.

Senaraikan tugas Suresh di rumah.
Mengapakah patut kamu lakukan tugas itu?

l Bimbing murid menyenaraikan tanggungjawab terhadap diri sendiri.
3.1 l Bimbing murid membincangkan tanggungjawab diri secara berkumpulan.

113.2

3.4

Robot yang Bertanggungjawab

Lihat dan fahami gambar di bawah.

i-Kiro pulang dari sekolah. Selepas itu ...

12

3
Bagus i-Kiro, kamu
bertanggungjawab.

Mengapakah i-Kiro
tolak ajakan kawan?
Sebutkan cara kamu
bertanggungjawab.

12 3.4 l Bimbing murid melakonkan situasi di atas.
3.5 l Minta murid menceritakan perasaan mereka setelah melaksanakan
tanggungjawab diri.
l Minta murid meramalkan kesudahan cerita sekiranya i-Kiro menerima ajakan
kawannya.

Patut Saya Lakukan Sendiri

Apakah yang patut kamu lakukan?

Kad situasi Tindakan

1 Cuci kasut sendiri.
Ibu hendak cuci kasut saya.

2 ?

Abang hendak warnakan
lukisan saya.

3 ?

Ayah hendak butangkan
baju saya.

Pilih sekeping kad situasi dan lakonkan.
Nyatakan perasaan kamu.

l Sediakan kad situasi untuk menjalankan aktiviti di atas. Bimbing murid

3.3 memilih kad situasi secara berpasangan. 13
3.4 l Bincangkan situasi di atas dan nyatakan tindakan yang patut diambil.

Pokok Tanggungjawab Diri

Hasilkan pokok tanggungjawab diri.

Alatan dan Bahan Warna air,
berus, bekas
pembancuh
warna dan
gambar rangka
pokok.

12 3

Warna dan Tulis Tulis perasaan
capkan ibu jari. tanggungjawab. kamu.

14 3.1 Apakah yang akan berlaku jika
3.2 kamu tidak bertanggungjawab?

3.4 l Bimbing murid menggunakan kreativiti dan bahan media lain untuk
menghasilkan pokok tanggungjawab diri.
l Galakkan murid menyenaraikan seberapa banyak tugas yang boleh
dilakukan oleh mereka sendiri.
l Pamerkan hasil kerja murid di Sudut Pendidikan Moral.

Padankan gambar dengan tindakan yang
bertanggungjawab.

Apabila saya … Saya patut …

lap lantai.

1
minta ibu lap lantai.

biarkan alat tulis.
2

kemaskan alat tulis.

sepahkan baju.
3

masukkan baju
ke dalam bakul.

lipat pakaian.
4

minta kakak lipat pakaian.

5 susun buku.
minta ayah susun buku.
l Perbanyak halaman ini.
15

4 Terima Kasih,

Kawan-kawan

Sebutkan.

Nandri. Magsukul.

Abor haknuk. Bajau

India

Semai

Melayu Cina

Terima kasih. Xie xie. Kotoluadan.

Kadazandusun

Apakah perasaan kamu apabila

memberikan hadiah kepada kawan?

16 4.1 l Bimbing murid mengucapkan terima kasih secara berpasangan dalam
4.4 pelbagai bahasa dengan sebutan yang betul.

Catatan Diari Jia Yuan

Baca dan fahami.

20 Ogos

1 Ayah beri wang saku
kepada saya.

Saya peluk ayah.

2 Cikgu mengajar saya.

Saya beri hadiah.

3 Kakak bantu saya belajar.

Saya beri kad ucapan.

Terangkan cara Jia Yuan memberikan penghargaan. 17

Mengapakah kamu perlu memberikan
penghargaan kepada orang lain?

l Bimbing murid mencadangkan cara lain memberikan penghargaan
4.2 kepada orang yang telah membantunya.
4.3

Bingkai Terima Kasih

Bantu Bee Lan membuat bingkai terima kasih.

Alatan dan Bahan

Kad manila saiz besar, kad manila saiz
kecil, pensel warna, gam, pita pelekat dan
benang kait.

12

Tuliskan ucapan. Lukiskan corak
pada kad.

3 45

Tampal kad pada Tampalkan benang Bingkai yang
kad manila besar. kait di belakang kad. telah siap.

Apakah perasaan kamu apabila memberikan

bingkai terima kasih kepada kawan?

18 4.4 l Bantu murid semasa membuat bingkai terima kasih.
4.5 l Pamerkan hasil kerja murid di Sudut Pendidikan Moral.

Hargai Jasa

Fahami situasi dan lengkapkan peta minda
di bawah.

Situasi 1 Situasi 2 Situasi 3

Selamat Terima kasih Terima kasih kerana
Hari Bapa. mak cik kerana menemani saya
menjaga saya. ke perpustakaan
desa.

Cara Memberikan Penghargaan 19

1 23

Kebaikan Memberikan Penghargaan
1.
2.
3.

l Bantu murid melengkapkan latihan di atas.
4.2 l Perbanyak halaman ini.
4.3

A. Cari perkataan yang tersembunyi.

DISAYANGI D I S E N A N G I
DIPUJI A B A K D I T E B
M R G A I H E T D
DISENANGI O R P W P M N U I
DISUKAI S D P U U A N K S
A P A K J L G A U
H E D O I Y K N K
O L J E L E A O A
D I S A Y A N G I

B. Lengkapkan.

Cara memberikan Perasaan
penghargaan

l Perbanyak halaman ini.

20

5 Budi Bahasa Amalan Saya

Baca dan fahami dialog di bawah.

Situasi 1 Situasi 2 Tidak
Maafkan mengapa.
Selamat saya.
pagi, cikgu.
Abu
Selamat
pagi, Yugan.

Situasi 3 Situasi 4
Terima kasih
Selamat kerana sudi Sama-sama.
jalan, Sita. datang.
Jumpa
lagi.

Sebutkan tutur kata sopan dalam situasi di atas. 21
Nyatakan kesan setelah kamu bersikap sopan.

l Galakkan murid menyebut tutur kata dan mengamalkan tingkah laku
5.1 yang sopan.
5.2

Beradab Sopanlah Selalu

Fahami gambar di bawah.

22 5.1 Adik, jangan
5.4 bermain
di sini!

Kenal pasti tingkah laku sopan.

Apakah perasaan kamu apabila bersopan?

l Bimbing murid membezakan tingkah laku yang sopan dan sebaliknya.
l Rangsang murid mengamalkan tingkah laku yang sopan.

Hemah Tinggi Amalan Mulia

Fahami gambar dan tampalkan jawapan
yang betul.

12

34

Selamat sejahtera. Jemput makan.
Silakan masuk. Terimalah hadiah saya.

Lakonkan cara bersopan seperti gambar di atas. 23
Apakah perasaan kamu setelah bersopan?

l Perbanyak halaman ini.
l Bimbing murid memahami gambar dan rangkai kata di atas.
5.4 l Tampal gambar dan rangkai kata pada buku latihan.
5.5

Indahnya Bersopan

Lakonkan dan lengkapkan peta minda.

Majlis perkahwinan

Disenangi

Ramalkan kesan Kesan jiran.
jika kamu tidak
bersopan dalam tutur kata dan
majlis di atas. tingkah laku
yang sopan.
Ramai

kawan.

24 5.2 l Bimbing murid melakonkan pelbagai situasi dalam gambar di atas.
5.3 l Bimbing murid melengkapkan peta minda.
l Perbanyak halaman ini.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Tahniah, Sandra! Menjemput rakan duduk.
Mengapakah hadiah ini kecil? Mengejek rakan.

Terima kasih, Kalang. Meminta izin untuk lalu.

YATI

12

3 RAM 4

JOHN

l Perbanyak halaman ini.

25

6 HORMATI DIRI

DISANJUNG TINGGI

Fahami pantun dua kerat di bawah.

Dayung sampan ke Pulau Angsa,
Pakai sopan setiap masa.

Petik ceri di tepi perigi,
Hormati diri disanjung tinggi.

Siang hari mencari mutiara,
Maruah diri patut dipelihara.

Bunga matahari menyinari pagi,
Hormati diri disanjung tinggi.

Sebutkan sikap hormati diri yang terdapat dalam pantun di atas.

Terangkan faedah menghormati diri sendiri.

26 6.1 l Bimbing murid berpantun.
6.2 l Bimbing murid memahami maksud pantun di atas.
l Minta murid memberikan contoh lain cara menghormati diri sendiri dalam
kehidupan seharian.

Hormati Diri Hidup Bahagia

Fahami dan lengkapkan.

MI KAI

MEI HUA

Mei Hua disukai Mi Kai dijauhi
rakannya. rakannya.

MEI HUA

Lakonkan situasi di atas.
Nyatakan faedah menghormati diri yang lain.

6.2 l Bimbing murid membuat lakonan. 27
6.3 l Bimbing murid menyatakan faedah menghormati diri sendiri.
6.4 l Minta murid menyatakan perasaan apabila dapat menghormati diri.

6.5

Saya Menghormati Diri Sendiri

Labelkan gambar berdasarkan situasi.

1 22

Menghormati diri sendiri Tidak menghormati diri sendiri

AJU BE KIM

Banding bezakan situasi di atas.

l Bimbing murid membincangkan situasi di atas.

28 6.1
6.3

6.5

Hormati Diri Hidup Dihargai Apakah
tindakan
Fikir dan jawab. kamu?

Situasi 1

Semasa pulang
ke rumah, rakan
mengajak kamu
pergi ke taman
permainan.

Situasi 2

Kamu hendak
keluar bermain
dengan kawan.

Situasi 3

Kamu mengantuk
semasa guru
sedang mengajar.

Nyatakan perasaan kamu apabila
menghormati diri sendiri.

l Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan pelbagaikan situasi

6.1 menghormati diri untuk dijawab oleh murid. 29
6.4

Lengkapkan ayat berdasarkan petunjuk.

Petunjuk:

a b d e g h i j k

l m n o p r s t u

1. Saya berpakaian ketika ke pasar raya.

2. diri daripada orang yang tidak
dikenali.

3. Saya sentiasa patuhi sekolah.

4. Jaga diri ialah tanggungjawab
saya.

5. Saya sentiasa pada
setiap masa.

6. Orang yang menghormati diri sendiri akan

tinggi oleh orang lain.

7. Saya berasa kerana dapat
menghormati diri sendiri.

l Perbanyak halaman ini.

30

7 SAYANGI DIRI SENDIRI

Baca dan fahami situasi di bawah.

Lihat ke kanan, ke kiri dan Pakai topi keledar.
ke kanan sebelum melintas.
Saya gembira kerana
menyayangi diri.

Mandi menggunakan sabun. Pakai baju bersih.

Senaraikan cara menjaga kebersihan dan keselamatan diri.

Apakah akibat jika kita tidak menjaga kebersihan
dan keselamatan diri?
Nyatakan perasaan kamu apabila dapat menjaga
kebersihan dan keselamatan diri.

l Galakkan murid menyatakan cara lain menjaga kebersihan dan 31
7.1 keselamatan diri.
7.2
7.4

Kempen Kebersihan dan Keselamatan Diri

Fahami gambar di bawah.

KEMPEN MENJAGA KEMPEN MENJAGA
KEBERSIHAN DIRI KESELAMATAN DIRI

32 7.3 Mengapakah kamu perlu menjaga
7.5 kebersihan dan keselamatan diri?
Pilih satu cara di atas dan lakonkan.

l Bimbing murid menjelaskan kepentingan menjaga kebersihan dan
keselamatan diri dalam kehidupan seharian.
l Bantu murid bercerita berdasarkan pengalaman mereka.

Pohon Kasih Sayang

Gunting dan tampal.

lintjaesjagnutansa puas hati
seblaemraasat
gosok gigi talki epplienadgkagarai ng potong kuku

l Bimbing murid mengenal pasti pernyataan kebersihan diri,

7.1 keselamatan diri dan perasaan. 33
7.4 l Jaga keselamatan murid semasa membuat aktiviti ini.
l Perbanyak halaman ini.

Utamakan Kebersihan
dan Keselamatan Diri

Teliti dan lengkapkan.

Situasi Cara Kepentingan
1
Elakkan
Memakai topi kecederaan
keledar

2

3

34 7.1 l Bimbing murid berbincang untuk melengkapkan jadual di atas.
7.3 l Bantu murid menyatakan cara dan kepentingan menjaga kebersihan serta
keselamatan diri yang lain.
l Perbanyak halaman ini.

Baca dan warnakan jawapan yang sesuai.

Kunci Mandi guna
pintu rumah. sabun.

Tutup
mulut semasa

bersin.

Jauhi orang Berlari Pakai pakaian
tidak dikenali. di kawasan yang bersih.

sekolah.

Gunakan Cuci tangan
gunting dengan sebelum dan
selepas makan.
berhati-hati.

Selalu: Kamu sentiasa jaga kebersihan dan

keselamatan diri.

Kadang-kadang: Kamu patut tingkatkan amalan
menjaga kebersihan dan keselamatan diri.

Tidak pernah: Kamu patut berubah sikap.

l Perbanyak halaman ini.

35

8 Adil Membawa Sejahtera

Fahami situasi di bawah.

Buah rambutan masak ranum.
Su Sing membahagikannya kepada Hakimi, Mohan
dan Martin.

Kawan-kawan, Terima kasih, Su Sing.
rambutan tadi telah Kamu telah bersikap
adil. Saya berpuas hati.
saya bahagikan
dengan sama rata.

Adakah Su Sing bersikap adil? Berikan sebabnya.

Apakah kesannya jika kamu tidak bersikap adil?

36 8.1 l Bimbing murid memahami teks dan gambar di atas.
8.2 l Galakkan murid menyatakan contoh perlakuan adil dalam kehidupan seharian.

8.3

Bertindak Adil

Lakonkan situasi di bawah.

Roland, bahagikan
10 batang pensel ini
antara kamu, Helen

dan Julie.

Baik,
cikgu

Roland Helen

JULIE

Julie

Adakah Roland bersikap adil? Mengapa?

Apakah kesan jika kamu bersikap tidak adil?
Nyatakan perasaan kamu setelah mengamalkan sikap adil.

l Bimbing murid melakonkan situasi di atas berdasarkan sikap adil. 37

8.3
8.4

Benda Tersembunyi

Cari benda tersembunyi dan warnakan.

Bantu Sang Penyu mencari barang untuk rakannya

secara sama rata.

Arnab Kucing Burung

1. Lobak merah 1. Ikan 1. Jagung

2. Kangkung 2. Susu 2. Betik

Apakah perasaan kamu setelah berlaku adil?

38 8.4 l Bimbing murid mencari benda yang tersembunyi.
8.5 l Perbanyak halaman ini.

Adil Menceriakan Kehidupan

Baca dan fahami.

Ini keluarga Ganesan. Abang Ganesan bernama Sinraj.
Kakaknya bernama Vijaya. Setiap hari, ayahnya memberi
wang saku kepada mereka seperti yang berikut:

Wang saku

RM3.00 RM3.00 RM3.00

Adakah Ganesan berpuas hati? Mengapa?
Mengapakah kamu perlu bersikap adil?

l Bimbing murid memahami petikan dan pengiraan di atas. 39
8.1 l Galakkan murid agar menyimpan baki wang saku mereka.
8.2
8.4

Tuliskan perkataan "adil" atau "tidak adil" bagi
pernyataan berikut.

1 Petrus memberikan seekor ikan
kepada setiap kucingnya.

2 Cikgu Chin membahagikan
tugasan yang sama rata
kepada kami.

3 Alice hanya berkawan dengan
rakan yang cantik.

4 Siva selalu meminta wang saku
berbanding dengan abangnya.

5 Saya dan Lina berkongsi kek.

6 Hakim pertandingan bercerita
40 itu tidak berat sebelah.

l Perbanyak halaman ini.

9 BERANI MENGHADAPI

CABARAN

Baca dan fahami situasi di bawah.

Kamu patut Maafkan saya. Ha…ha…ha…, Si Tempang!
minta izin
sebelum Janganlah kamu
meminjam mengejek saya.
buku saya. Nama saya Lokman,
bukan Si Tempang.

PREMA Saya Betulkah kamu yang
budak menyorokkan kotak
Mari kita berenang berani
di sungai ini. pensel Rani?

Ya, maafkan saya.

imran

Saya RANI
tidak mahu.

Bahaya!

Nyatakan contoh perlakuan berani dalam situasi di atas. 41

Terangkan kepentingan bersikap berani
untuk mempertahankan maruah diri.

l Bimbing murid memahami situasi.
9.1 l Galakkan murid menceritakan pengalaman berani mempertahankan
9.2 maruah diri dalam pelbagai situasi.
9.5


Click to View FlipBook Version