Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
KAJIAN TERHADAP USAHA-USAHA PIHAK SEKOLAH SK.KAUNG, KOTA BELUD
DALAM MEMASTIKAN KEJAYAAN PELAJAR DALAM PEPERIKSAAN UPSR
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti usaha-usaha pihak sekolah dalam
memastikan kejayaan pelajar dalam peperiksaan UPSR. Kajian ini mengemukakan dua objektif iaitu
mengenalpasti program-program pelaksanaan pencapaian akademik yang diadakan untuk pelajar
UPSR dan mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar UPSR dalam program-program
pelaksanaan pencapaian akademik. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kaung, Kota Belud
Sabah. Kaedah kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Instrumen borang soal selidik
dibentuk berdasarkan objektif kajian. Seramai 30 orang bekas pelajar SK.Kaung telah menjadi
responden dalam kajian ini. Data yang diperoleh akan diproses mengikut kekerapan dan peratusan.
Soal selidik dilakukan adalah untuk mengenalpasti program yang banyak membantu pelajar dalam
mencapai kecemerlangan dan cabaran yang dihadapi pelajar dalam menyertai program-program yang
dijalankan. Hasil kajian dianalisis menunjukkan program yang banyak membantu pelajar dalam
mencapai kecemerlangan UPSR adalah Program Gegar Intensif atau dikenali sebagai Kelas Intensif.
Manakala cabaran utama yang dihadapi oleh pelajar dalam pelaksanaan program pencapaian
akademik adalah rakan-rakan tidak memberi kerjasama semasa program. Kesimpulannya, walaupun
banyak cabaran yang dihadapi oleh pelajar semasa program berlangsung, program-program yang
dijalankan tersebut tetap banyak membantu pelajar dalam mencapai kecemerlangan UPSR.
1
ISI KANDUNGAN Contoh Kerja
Kursus Pelajar
Butiran STPM
Muka surat
Abstrak 1
Isi kandungan 2
Penghargaan 3
1.0 Pengenalan dan Rasional Kajian 4-6
2.0 Objektif Kajian 7
3.0 Lokasi Kajian 8-10
4.0 Metodologi Kajian 11-15
4.1 Cara mendapatkan responden
4.2 Kaedah kajian
4.3 Memproses dan mempersembahkan data
5.0 Dapatan Kajian
5.1 Data Demografi Responden
5.2 Mengenalpasti program-program pelaksanaan pencapaian 15-48
akademik yang diadakan untuk pelajar UPSR di Sekolah
Kebangsaan Kaung Kota Belud, Sabah.
5.3 Mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan
program pencapaian akademik dalam kalangan pelajar.
6.0 Rumusan dan Kesimpulan 49-50
7.0 Rujukan 51
8.0 Lampiran 52-62
2
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
PENGHARGAAN
Pada kesempatan ini, pengkaji ingin merakamkan penghargaan kepada pengetua sekolah, Puan
Solingkoi Sidi dan penolong tingkatan enam, Encik Johnny Apong yang telah memeberi kebenaran
untuk menjalankan kajian luar dan memberi sokongan moral kepada pengkaji semasa menyiapkan
tugasan ini.
Di samping itu, pengkaji juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru bagi matapelajaran
Pengajian Am, iaitu Cikgu Maniseh Yakun. Beliau banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada
pengkaji atas segala perkara berkaitan dengan kajian ini.
Selain itu, pengkaji juga ingin merakamkan terima kasih kepada ibu bapa pengkaji yang telah
memberi sokongan kepada pengkaji sepanjang proses penyediaan tugasan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan kerana sudi memberi bantuan kepada pengkaji
seperti sentiasa memberi sokongan dan memberi idea sewaktu pengkaji ketandusan idea serta segala
tunjuk ajar yang diberi.
Akhir sekali, pengkaji tidak lupa juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua pihak yang terbabit sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kajian ini.
3
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
1.0 PENGENALAN
Pendidikan merupakan agenda utama dalam menentukan hala tuju kemajuan sosial, politik,
ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Kemakmuran, keamanan, kestabilan politik, kemajuan
dalam bidang sains dan teknologi serta toleransi antara kaum dan agama hanya boleh dipupuk dan
dikongsi jika rakyat mempunyai tingkat pendidikan yang tinggi (Suffean Hussin,2004). Berdasarkan
hakikat ini, maka pendidikan di Malaysia mempunyai kepentingan yang amat luas. Kepentingan ini
secara tidak langsung menjana cabaran profesion keguruan dalam menyediakan sumber tenaga
manusia yang intelektual, dinamik, seimbang dan harmonis bagi mencapai matlamat dan objektif
Wawasan Pembangunan Negara (Abd. Rahim Abd. Rashid, 2005).
Menyentuh tentang matlamat dan objektif yang hendak dicapai oleh KPM bagi meningkatkan
mutu pendidikan negara ke peringkat maju maka Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah
diperkenalkan pada tahun 1988.
Menurut Ikhsan Othman & Norila Md Salleh, 2005, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
merupakan penilaian sumatif yang berdasarkan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).
Tujuan penilaian ini adalah untuk melihat sejauh mana taraf pencapaian murid Tahun Enam dalam
kemahiran asas menulis, membaca dan mengira (3M) sebelum kanak-kanak itu melangkah ke alam
pendidikan menengah. UPSR juga merupakan peperiksaan awam pertama yang ditempuh oleh
kanak-kanak ketika berada pada penghujung Tahun Enam di semua sekolah rendah seluruh negara.
Kewajipan sekolah untuk menyediakan murud dan seterusnya melaksanakan UPSR termaktub dalam
Akta Pendidikan 1996 Bahagian IV Seksyen 19 yang menegaskan setiap sekolah hendaklah
menyediakan murid-muridnya untuk peperiksaan yang ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini (Akta
Pendidikan, 1996;Mohd. Ismail Othman,2004)
Abdullah Sani Yahya, 2003; Lembaga Peperiksaan Malaysia KPM, 1994 ada mengatakan
bahawa bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis,
4
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
berketerampilan, berakhlak mulia dan berilmu maka sistem pendidikan perlu dilengkapkan dengan
satu penetapan standard yang merupakan penunjuk aras bagi mengukur penguasaan murid terhadap
kurikulum yang dirancangkan. UPSR boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai keberkesanan
pelaksanaan KBSR yang diikuti oleh kanak-kanak yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun.
Jelas di sini UPSR menjadi landasan awal dan batu asas kemajuan pendidikan yang dilalui oleh
kanak-kanak dalam memenuhi kehendak KBSR.
Beberapa bulan sebelum peperiksaan UPSR bermula, pastinya para guru bertungkus lumus
mengadakan pelbagai program kecemerlangan untuk semua para pelajar yang akan menduduki
peperiksaan ini. Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan serta memberi persediaan yang
mantap kepada calon UPSR. Kepentingan peperiksaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
adalah ketara dan sangat penting. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu
mengajar pelajarnya. Berjayalah pelajar-pelajar memahami dan menguasai kemahiran yang diajar
kepada mereka. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara
pengajarannya. Pelajar-pelajar pula perlu meningkatkan keupayaan diri. Kepentingan peperiksaan
atau ujian adalah seperti berikut:
1. Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada
pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian seperti ini biasanya disebut
sebagai pra ujian. Daripada ujian inilah guru-guru biasanya dapat merancang dan
merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran
kepada guru-guru tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka
memulakan pengajaran.
2. Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat
menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Dengan lain perkataan guru-
guru itu dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu berhasil. Biasanya, ujian-ujian
seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspek-aspek pengetahuan dan
kemahiran tertentu.
5
010329120104
3. Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau
dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Perbandingan seperti ini penting untuk
menilai pencapaian atau prestasi seseorang individu.
4. Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam
pencapaian mereka. Tujuannya adalah untuk kerja-kerja pemulihan dan pengayaan.
5. Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran
mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat mempertingkatkan pengajaran
mereka.
Rasional kajian terhadap usaha-usaha pihak sekolah SK.Kaung, Kota Belud dalam memastikan
kejayaan dalam peperiksaan UPSR ini dilakukan kerana pengkaji ingin mengenal pasti program-
program pelaksanaan pencapaian akademik yang diadakan untuk pelajar UPSR di SK.Kaung, Kota
Belud. Selain itu, pengkaji juga ingin mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar UPSR
dalam program-program pelaksanaan pencapaian akademik di SK.Kaung, Kota Belud.
Persoalan kajian terhadap usaha-usaha pihak sekolah SK.Kaung, Kota Belud dalam memastikan
kejayaan dalam peperiksaan UPSR ini adalah, apakah program yang banyak membantu pelajar dalam
mencapai kecemerlangan UPSR? Selain itu, apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar
semasa menyertai program-program pelaksanaan pencapaian akademik tersebut?
6
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Pengkaji telah menetapkan dua objektif dalam melaksanakan kajian ini.
i. Mengenalpasti program-program pelaksanaan pencapaian akademik yang diadakan untuk pelajar
UPSR di SK.Kaung Kota Belud, Sabah.
ii. Mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar UPSR dalam program-program
pelaksanaan pencapaian akademik di SK.Kaung Kota Belud, Sabah.
7
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
3.0 LOKASI KAJIAN
Peta 1: Negeri Sabah
Sumber: https://www.malaysiamap.org/sabah/peta-negeri-sabah/
Tarikh: 12 Februari 2020
Peta di atas menunjukkan peta negeri Sabah. Sabah merupakan salah satu negeri yang terdapat di
Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia. Sabah terletak di pulau Utara Borneo
iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu. Sabah meliputi
kawasan seluas 73,631 kilometer persegi.
8
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
Peta 2: Daerah Kota Belud
Sumber: http://www.sabah.gov.my/mdkb/index.php/profil-jabatan/peta-lokasi
Tarikh: 12 Februari 2020
Kota Belud merupakan salah satu daerah yang terdapat di Sabah. Kota Belud terletak di bahagian
Pantai Barat Utara negeri Sabah iaitu di unjuran kaki gunung kinabalu mengarah ke Utara dan
lembahnya dibatasi Laut Cina Selatan. Kota Belud ini juga dikelilingi oleh beberapa daerah lain yang
bersempadan dengannya seperti daerah Tuaran, Kota Marudu dan Ranau. Jarak Pekan Kota Belud
dari bandaraya Kota Kinabalu ialah lebih kurang 77 kilometer.
9
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
Peta 3: Sekolah Kebangsaan Kaung Kota Belud
Sumber: Google Map, 12 Februari 2020
Peta di atas menunjukkan peta SK.Kaung Kota Belud, Sabah. SK.Kaung ini berada di dalam
sebuah kampung di daerah Kota Belud iaitu Kampung Kaung Ulu, Kota Belud. Sekolah ini
dikelilingi oleh bukit-bukit tinggi dan berdekatan dengan sungai yang dikenali Sungai Kadamaian.
Jalan SK.Kaung untuk sampai ke jalan raya besar adalah separuh berturap. Jarak sekolah ini dengan
pekan Kota Belud adalah lebih kurang 55 kilometer dan mengambil masa lebih kurang 1 jam
setengah untuk sampai dari pekan Kota Belud.
10
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
4.0 METODOLOGI KAJIAN
4.1 Cara Mendapatkan Responden
Tajuk kajian ini adalah untuk mengkaji usaha-usaha pihak sekolah SK.Kaung Kota Belud dalam
memastikan kejayaan pelajar dalam peperiksaan UPSR. Objektif kajian ini adalah, pengkaji ingin
mengenal pasti program-program pelaksanaan pencapaian akademik yang diadakan untuk pelajar
UPSR di SK.Kaung Kota Belud Sabah. Pengkaji juga ingin mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi
oleh pelajar UPSR dalam program-program pelaksanaan pencapaian akademik di SK.Kaung Kota
Belud, Sabah. Oleh yang demikian, pengkaji telah memilih 30 orang responden dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Narinang Kota Belud yang merupakan bekas pelajar di SK.Kaung Kota
Belud untuk menjawab soal selidik dan seorang responden yang merupakan salah seorang guru di
SK.Kaung Kota Belud untuk ditemubual. Maklumat demografi pelajar adalah berdasarkan jantina,
umur, bangsa dan keputusan UPSR. Pengkaji juga telah menyediakan beberapa soalan dengan
menggunakan tiga skala likert iaitu setuju (S), tidak pasti (TP), dan tidak setuju (TS). Maklumat
demografi ini akan disediakan di Bahagian A dalam borang soal selidik dan 1 soalan akan disediakan
dalam Bahagian B serta 10 soalan dalam Bahagian C dalam borang soal selidik.
4.1.1 Persampelan
Kajian ini menggunakan persampelan bukan probaliti iaitu teknik persampelan yang bertujuan
untuk menjawab objektif yang diaturkan oleh pengkaji. Seramai 30 orang responden telah dipilih
untuk menjawab borang soal selidik ini iaitu bekas pelajar SK.Kaung. Saiz sampel ini dikatakan
relevan menurut Bailey (1994), di mana lebih kurang 30 kes merupakan saiz minimum bagi kajian
analisis data perangkaan. Pemilihan responden adalah secara bertujuan dan berdasarkan kesudian dan
kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik. Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa
proses pemilihan responden adalah mereka haruslah merupakan bekas pelajar SK.Kaung yang
bersekolah di SMK.Narinang Kota Belud. Hal ini kerana mereka lebih mengetahui dan telah merasai
sendiri keadaan yang mereka alami semasa mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak sekolah di
SK.Kaung.
11
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
Responden juga haruslah berumur lebih kurang 13 tahun hingga 15 tahun sahaja tanpa mengira
jantina dan yang mendapat sekurang-kurangnya 1A dalam UPSR.
4.2 Kaedah Kajian
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan tiga kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat
iaitu melalui kaedah soal selidik, temu bual dan kepustakaan. Borang selidik dibentuk untuk
mendapatkan maklumat tentang program manakah yang banyak membantu pelajar dalam mencapai
kecemerlangan UPSR dan apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam pelaksanaan
program pencapaian akademik UPSR di SK.Kaung. Manakala temu bual pula dijalankan untuk
mendapatkan maklumat tentang senarai program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah kepada
pelajar UPSR di SK.Kaung dan mendapatkan pendapat daripada seorang pelajar secara interaksi
tentang pengalaman cabaran yang pernah dihadapi semasa pelaksanaan program program pencapaian.
i. Kaedah kepustakaan
Pengkaji telah menggunakan beberapa buah buku untuk menambah maklumat tentang tajuk yang
dipilih oleh pengkaji. Terdapat beberapa maklumat tambahan yang pengkaji perolehi melalui kaedah
kepustakaan iaitu daripada beberapa buah bahan bacaan seperti buku-buku, kamus dan majalah.
Melalui kaedah ini, pengkaji telah berjaya menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.
ii. Soal selidik
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang ringkas iaitu semua isinya
adalah dalam Bahasa Melayu. Responden yang dipilih akan mengisi borang soal selidik yang
diedarkan oleh pengkaji. Kaedah soal selidik dipilih kerana ia merupakan salah satu cara untuk
mendapatkan maklumat yang mudah ditadbir. Selain itu, data yang diperoleh juga mudah diproses
untuk dianalisis. Kaedah soal selidik juga digunakan untuk mengukur dan menilai semua pandangan
responden yang berbeza. Seterusnya, semua soalan dalam borang soal selidik yang diedarkan
merupakan soalan yang telah dibuat dan direka oleh pengkaji sendiri mengikut objektif yang telah
ditetapkan oleh pengkaji untuk mengkaji pendapat daripada
12
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
responden yang dipilih secara bertujuan itu. Ada tiga bahagian yang terkandung dalam borang soal
selidik iaitu bahagian A, B dan C.
Bahagian A adalah soalan yang berbentuk demografi iaitu berkaitan dengan maklumat ringkas
diri atau latar belakang responden seperti umur, jantina, bangsa dan keputusan UPSR. Ia dibina
dengan menggunakan soalan nominal di mana responden hanya perlu menandakan ( / ) pada petak
kosong yang telah disediakan.
Dalam bahagian B, terdapat soalan yang diutarakan oleh pengkaji yang merangkumi soalan
tentang program apakah yang banyak membantu pelajar dalam mencapai kecemerlangan UPSR.
Item-item dalam bahagian ini dinilai dengan menggunakan skala liket 3 point iaitu Tidak Setuju(TS),
Tidak Pasti(TP) dan Setuju(S). Responden hanya perlu menandakan ( / ) pada petak kosong yang
telah disediakan di bahagian program yang telah disenaraikan oleh pengkaji.
Dalam bahagian C pula, terdapat 10 soalan yang telah diutarakan oleh pengkaji yang
merangkumi soalan-soalan yang bertujuan untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang sering
dihadapi oleh pelajar semasa program pelaksanaan pencapaian akademik UPSR dijalankan. Item-
item dalam bahagian ini juga diukur dan dinilai dengan menggunakan skala liket 3 point seperti di
bahagian B iaitu Tidak Setuju(TS), Tidak Pasti(TP) dan Setuju(S). Responden hanya perlu
menandakan ( / ) pada petak kosong yang telah disediakan.
iii. Temu bual
Temu bual adalah interaksi sosial dengan seseorang di mana seseorang itu memberi pertanyaan
dan orang lain memberikan jawapan. Kaedah temu bual dibuat untuk memudahkan lagi pengkaji
mendapat maklumat. Penggunaan kaedah ini melibatkan pertemuan diantara pengkaji dan responden.
Pengkaji telah berinteraksi secara langsung dengan responden. Sehubungan dengan itu, responden
juga dapat memberikan jawapan secara langsung tanpa memberi keraguan kepada pengkaji dalam
mengumpul maklumat yang ingin dicari.
Setiap perbualan dengan responden akan dirakam dengan menggunakan telefon bimbit oleh
pengkaji jika ia dibenarkan oleh pihak responden yang ditemu bual. Tindakan ini bertujuan untuk
memastikan pengkaji memperolehi semua maklumat
13
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
yang disampaikan oleh responden selain daripada mencatatkan maklumat tersebut. Temu bual yang
dilakukan adalah secara terbuka di mana pengkaji dan responden berbincang mengenai soalan-soalan
yang telah disediakan oleh pengkaji. Seramai dua orang responden telah dipilih oleh pengkaji untuk
ditemu bual iaitu seorang guru dan seorang pelajar.
4.3 Memproses dan mempersembahkan data
Data kajian ini diperoleh oleh pengkaji sendiri hasil daripada temu bual yang dijalankan dengan
responden dan data daripada soal selidik yang diedarkan. Semua data yang diperoleh melalui borang
soal selidik akan diproses mengikut kekerapan dan peratusan. Selain itu, data-data yang diperoleh itu
akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta pai. Tujuan analisis ini dilakukan adalah untuk
mencapai objektif dan persoalan kajian ini.
5.0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah
dilakukan oleh pengkaji melalui beberapa kaedah kajian. Data yang dimasukkan telah diproses bagi
mendapatkan statistik.
5.1 Data Demografi Responden
Seramai 30 orang responden telah menjawab borang soal selidik , iaitu bekas pelajar SK.Kaung
yang bersekolah di SMK.Narinang Kota Belud.
14
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
JADUAL 1: DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN JANTINA
JANTINA KEKERAPAN(ORANG) PERATUS (%)
Lelaki 9 30
21 70
Perempuan 30 100
JUMLAH
RAJAH 1: PERATUSAN DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN JANTINA
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 1 menunjukkan peratusan jantina responden yang telah disoal selidik. Dapatan kajian
ini menunjukkan bahawa jumlah perempuan yang telah menjawab soal selidik adalah lebih
ramai berbanding lelaki. Golongan perempuan adalah seramai 21 orang iaitu bersamaan dengan
70% manakala golongan lelaki pula seramai 9 orang iaitu bersamaan dengan 30%.
15
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
JADUAL 2: DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN UMUR
UMUR KEKERAPAN(ORANG) PERATUS (%)
13 Tahun 12 40
14 Tahun 9 30
15 Tahun 9 30
JUMLAH 30 100
RAJAH 2: PERATUSAN DEMOGRAFI UMUR RESPONDEN
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur. Kumpulan umur responden
adalah dalam lingkungan 13 - 15 tahun sahaja. Kumpulan umur ini dibahagikan kepada 3 kumpulan
iaitu 13 tahun, 14 tahun dan 15 tahun. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik,
seramai 12 orang responden berumur 13 tahun bersamaan dengan 40%. Manakala kumpulan umur
14 tahun dan 15 tahun mencatat jumlah yang sama banyak iaitu seramai 9 orang bersamaan dengan
30%.
16
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
JADUAL 3: DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN BANGSA
BANGSA KEKERAPAN(ORANG) PERATUS (%)
Melayu 0 0
Sino 2 7
Dusun 28 93
Lain-lain 0 0
JUMLAH 30 100
RAJAH 3: PERATUSAN DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN BANGSA
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 3 menunjukkan peratusan demografi responden berdasarkan bangsa. Daripada 4
bangsa yang dinyatakan dalam borang soal selidik, responden yang telah mengisinya hanya
terdiri daripada dua bangsa iaitu Sino dan Dusun. Majoriti responden terdiri daripada bangsa
Dusun iaitu seramai 28 orang bersamaan 93% manakala responden yang daripada bangsa Sino
pula hanya seramai 2 orang bersamaan 7%. Yang berbangsa melayu dan lain-lain pula tiada
terlibat dalam menjawab soal selidik ini.
17
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
JADUAL 4: DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN KEPUTUSAN UPSR
KEPUTUSAN UPSR KEKERAPAN(ORANG) PERATUS (%)
1 A 11 36
2 A 8 27
3 A 8 27
4 A 3 10
JUMLAH 30 100
RAJAH 4: PERATUSAN DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN KEUTUSAN UPSR
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 4 menunjukkan peratusan demografi responden berdasarkan keputusan UPSR. Daripada
30 orang yang telah disoal selidik, seramai 11 orang responden yang mendapat keputusan UPSR 1A
bersamaan 36%. Bagi responden yang mendapat keputusan UPSR 1A dan 2A mencatat jumlah yang
sama iaitu masing-masing seramai 8 orang bersamaan 27% manakala bagi responden yang mendapat
keputusan UPSR 4A pula hanya mencatat jumlah seramai 3 orang sahaja bersamaan 10%.
18
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
5.2 Mengenalpasti program-program pelaksanaan pencapaian akademik yang diadakan untuk
pelajar UPSR di Sekolah Kebangsaan Kaung Kota Belud, Sabah.
Seorang responden telah ditemu bual untuk mendapatkan maklumat tentang senarai program-
program yang diadakan untuk pelajar UPSR di SK.Kaung Kota Belud. Responden yang ditemu bual
merupakan salah seorang guru yang mengajar dan yang telah merancang program-program tersebut.
Hasil temu bual boleh dilihat di Lampiran (Muka surat 57-60).
Menurut responden A(bukan nama sebenar), pada setiap tahun, pihak sekolah akan merancang
program dan aktiviti khusus untuk membantu murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada
tahun tersebut untuk meningkatkan keupayaan dan motivasi mereka untuk belajar secara lebih efektif.
Program yang dilaksanakan bukan sahaja melibatkan pihak sekolah dan murid malah turut melibatkan
pihak ibu apa. Justeru itu, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan setiap
program yang dirancang dalam Projek Gegar UPSR dapat dijalankan dengan jayanya.
Antara program yang diadakan ialah:
1) Bengkel Gegar UPSR.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang teknik dan tips menjawab
kertas soalan UPSR. Program ini dijalankan mengikut matapelajaran yang telah ditetapkan.
Bengkel ini akan disampaikan oleh penceramah jemputan dari luar;
a) Bahasa Melayu: Guru dari SK.Lingga, Tuaran
b) Bahasa Inggeris: Guru dari SK Toboh Baru, Ranau
c) Matematik: Guru dari SK Sri Gaya, Kota Kinabalu
d) Sains: Guru dari SK Don Bosco, Ranau.
19
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
Sekiranya guru-guru jemputan ada kekangan dan tidak dapat menghadiri bengkel tersebut, guru
dari SK.Kaung akan berusaha mencari guru lain yang berpotensi untuk menggantikan guru jemputan
yang tidak dapat hadir.
2) Gegar Anakku Sayang ( Mentor-Mentee)
Program Gegar Anakku Sayang pula adalah program di mana setiap murid Tahun 6 akan
menjadi mentee kepada seorang mentor iaitu guru. Perjumpaan mentor mentee ini akan diadakan pada
setiap hari Khamis pada jam 1.00 hingga 1.30 petang. Guru atau mentor akan memberi bimbingan,
motivasi dan penyelesaian masalah menjurus kepada kecemerlangan murid dalam UPSR.
3) Gegar 3 + 1 (Kelas Bimbingan 3 + 1)
Program Gegar 3 + 1 ini merupakan kelas bimbingan di mana semua murid tahun 6
dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut gred prestasi masing-masing. Dalam setiap matapelajaran
akan mempunyai kumpulan yang berbeza mengikut tahap penguasaan murid. Setiap kumpulan yang
telah dibahagikan akan dibimbing oleh seorang guru pembimbing.
4) Gegar Intensif (Kelas Intensif)
Program gegar intensif ini adalah kelas intensif yang akan diadakan bermula semester 2
persekolahan dan ia akan berakhir pada bulan Ogos. Dalam kelas intensif ini, murid hanya akan
belajar matapelajaran teras sahaja pada setiap hari. Manakala matapelajaran lain akan diajar
dengan kaedah penggabungjalinan dengan matapelajaran lain.
5) Gegar Kolaboratif (Kumpulan Belajar Rakan Pembimbing)
Program Gegar Kolaboratif merupakan kumpulan belajar bersama rakan pembimbing di
mana semua murid Tahun 6 akan dibahagikan kepada kumpulan belajar berdasarkan kampung
masing-masing. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang rakan pembimbing dan dipantau oleh
guru-guru dan PIBG di setiap kampung berkenaan. Dalam kumpulan belajar ini, mereka boleh
mengupah guru tuisyen untuk membantu dan membimbing murid.
20
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
6) Gegar Akhir (Kem Motivasi dan Pecutan Akhir UPSR)
Program Gegar Akhir ini pula merupakan program kem motivasi dan pecutan akhir khas
untuk pelajar UPSR. Program ini adalah program akhir yang akan dijalankan sebelum murid
menduduki UPSR. Antara pengisian program ini ialah suntikan motivasi dan semangat kepada murid,
bimbingan menjawab contoh kertas soalan sebenar UPSR dan lain-lain.
21
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
5.2.1 Analisis program yang banyak membantu pelajar dalam mencapai kecemerlangan
UPSR.
JADUAL 5: ANALISIS PROGRAM YANG BANYAK MEMBANTU PELAJAR DALAM
MENCAPAI KECEMERLANGAN UPSR
Pernyataan Tidak Tidak Pasti Setuju
Setuju
Program manakah yang banyak membantu Jum % Jum % Jum %
pelajar dalam mencapai kecemerlangan
UPSR?
a. Bengkel gegar UPSR 0 0 3 10 27 90
b. Gegar anakku sayang ( Mentor 0 0 10 33 20 67
Mentee )
c. Gegar 3+1 ( Kelas Bimbingan 3+1 ) 0 0 12 40 18 60
d. Gegar Intensif ( Kelas Intensif ) 0 0 1 3 29 97
e. Gegar Kolaboratif (Kumpulan Belajar 0 0 14 47 16 53
Rakan Pembimbing)
f. Gegar Akhir (Kem Motivasi dan 0 0 5 17 25 83
Pecutan Akhir UPSR)
22
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
Rajah 5: Analisis Peratusan Tentang Bengkel Gegar UPSR
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 5 menunjukkan analisis peratusan tentang Bengkel Gegar UPSR. Analisis kajian
menunjukkan bahawa seramai 27 orang bersamaan 90% bersetuju bahawa program ini banyak
membantu pelajar mencapai kecemerlangan UPSR. Manakala, 3 orang yang lain bersamaan 10%
memilih tidak pasti terhadap program ini dan tiada yang memilih tidak bersetuju dengan program ini.
Oleh itu, jelaslah bahawa melalui analisis ini, pengkaji dapat mengetahui bahawa program Bengkel
Gegar UPSR ini memang banyak membantu pelajar dalam mencapai kecemerlangan UPSR.
23
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
Rajah 6: Analisis Peratusan Tentang Program Gegar Anakku Sayang (Mentor Mentee)
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 6 menunjukkan analisis peratusan tentang program Gegar Anakku Sayang iaitu dikenali
juga sebagai Program Mentor Mentee. Analisis kajian ini menunjukkan bahawa daripada 30 orang
responden yang telah disoal selidik, seramai 20 orang responden bersamaan 67% bersetuju bahawa
program ini banyak membantu pelajar mencapai kecemerlangan UPSR. Manakala, 10 orang
daripadanya bersamaan dengan 33% pula tidak pasti akan perkara ini dan tiada responden yang
memilih tidak bersetuju dengan program ini. Hal ini menunjukkan bahawa majoriti daripada
responden bersetuju bahawa program ini banyak membantu pelajar mencapai kecemerlangan. Melalui
analisis peratusan ini, jelaslah bahawa program Gegar Anakku Sayang iaitu dikenali juga sebagai
Mentor Mentee memang banyak membantu pelajar dalam mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
24
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
Rajah 7: Analisis Peratusan Tentang Program Gegar 3+1 ( Kelas Bimbingan 3+1 )
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 7 menunjukkan analisis peratusan tentang program Gegar 3+1 iaitu dikenali juga sebagai
Kelas Bimbingan 3+1. Analisis kajian ini menunjukkan bahawa daripada 30 orang responden yang
telah disoal selidik, seramai 18 orang bersamaan 60% memilih bersetuju bahawa program ini banyak
membantu pelajar mencapai kecemerlangan UPSR. Manakala, seramai 12 orang bersamaan 40% pula
memilih tidak pasti akan perkara ini dan tiada responden yang memilih untuk tidak bersetuju dengan
program ini. Pengkaji dapat lihat melalui analisis ini bahawa majoriti daripada responden bersetuju
dengan program ini. Oleh itu, jelaslah bahawa program Gegar 3+1 atau dikenali sebagai Kelas
Bimbingan 3+1 ini memang banyak membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
25
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
Rajah 8: Analisis Peratusan Tentang Program Gegar Intensif (Kelas Intensif)
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 8 menunjukkan analisis peratusan tentang program Gegar Intensif atau dikenali juga
sebagai Kelas Intensif. Analisis kajian ini menunjukkan bahawa daripada 30 orang responden yang
telah disoal selidik, hampir semua responden bersetuju dengan program ini iaitu seramai 29 orang
bersamaan 97%. Hanya seorang sahaja yang memilih tidak pasti dengan perkara ini dan tiada
responden yang memilih untuk tidak bersetuju. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa
program Gegar Intensif atau Kelas Intensif ini juga memang banyak membantu pelajar dalam
mencapai kecemerlangan mereka dalam UPSR.
26
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
Rajah 9: Analisis Peratusan Tentang Program Gegar Kolaboratif (Kumpulan Belajar Rakan
Pembimbing)
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 9 menunjukkan analisis peratusan tentang program Gegar Kolaboratif iaitu dikenali juga
sebagai Kumpulan Belajar Rakan Pembimbing. Analisis kajian ini menunjukkan bahawa daripada 30
orang responden yang telah disoal selidik, seramai 16 orang responden bersamaan 53% bersetuju
bahawa program ini banyak membantu pelajar dalam mencapai kecemerlangan UPSR. Manakala, 14
orang responden bersamaan 47% pula tidak bersetuju dengan perkara dan masih tiada responden juga
yang memilih tidak bersetuju dengan program ini. Beza antara jumlah responden yang bersetuju dan
tidak bersetuju adalah tidak jauh bezanya tetapi melalui analisis ini pengkaji percaya bahawa program
Gegar Kolaboratif ini juga memang banyak membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam UPSR
walaupun masih ada pelajar yang tidak pasti akan hal ini.
27
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
Rajah 10: Analisis Peratusan Tentang Program Gegar Akhir (Kem Motivasi dan Pecutan Akhir UPSR)
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 10 menunjukkan analisis peratusan tentang program Gegar Akhir atau dikenali sebagai
program Kem Motivasi dan Pecutan Akhir UPSR. Analisis kajian ini menunjukkan bahawa daripada
30 orang responden yang telah disoal selidik, seramai 25 orang responden bersamaan 83% bersetuju
bahawa program ini banyak membantu pelajar mencapai kecemerlangan UPSR. Manakala, 5 orang
responden selebihnya memilih tidak pasti dan tiada responden yang tidak bersetuju dengan perkara ini.
Melalui analisis ini, pengkaji dapat tahu bahawa program Gegar Akhir atau dikenali Kem motivasi
dan Pecutan Akhir ini juga jelas banyak membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
28
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
5.3 Mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program pencapaian
akademik dalam kalangan pelajar.
JADUAL 6: ANALISIS CABARAN PELAJAR MUDAH BOSAN DENGAN PROGRAM YANG
DIJALANKAN
SKALA BILANGAN(ORANG) PERATUS(%)
Setuju 4 13
Tidak Pasti 23 77
Tidak setuju 3 10
Rajah 11: Analisis Peratusan Pelajar Mudah Bosan Dengan Program Yang Dijalankan.
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 11 menunjukkan analisis respon pelajar terhadap cabaran yang dihadapi iaitu pelajar
mudah bosan dengan program yang dijalankan. Analisis kajian ini menunjukkan bahawa daripada 30
orang responden yang telah disoal selidik, majoriti pelajar tidak pasti dengan pernyataan ini iaitu
seramai 23 orang bersamaan 77%. Responden yang bersetuju pula adalah seramai 4 orang bersamaan
13% manakala responden yang tidak bersetuju adalah seramai 3 orang sahaja bersamaan 10%.
29
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
Hal ini disokong lagi dengan temu bual yang dilakukan oleh pengkaji bersama dengan responden
B(bukan nama sebenar). Sewaktu pengkaji menemu bual responden tentang penyataan cabaran ini,
responden menjawab tidak pasti bahawa responden mudah bosan dengan program-program yang
dijalankan.Responden menyatakan “Emm kalau itu saya kurang pasti tapi kalau bagi saya emm mau
ikut juga lah macam mana pengisian dalam itu program. Kalau pengisian dia siok jadi tidaklah bosan
tapi kalau nampak macam kosong ja tu program ya memang bikin bosan. Sama kalau macam ada
program yang motivasi tu, kalau penceramah dia lucu-lucu atau cara dia menyampaikan menarik
perhatian jadi tidak bosanlah tapi kalau sebaliknya yaa emm begitulah hahaha” (Ms.61 Baris 15-20).
Tegasnya, walaupun hal ini membuktikan bahawa ramai pelajar yang tidak pasti dengan
pernyataan ‘Pelajar mudah bosan dengan program yang dijalankan tetapi ia tetap menjadi cabaran
kepada pelajar kerana masih terdapat segelintir pelajar yang bersetuju dengan pernyataan ini. Pengkaji
juga berpendapat bahawa tahap bosan pelajar dengan program-program tersebut adalah bergantung
kepada program itu sendiri bagaimana pengisian program itu sendiri seperti apa yang telah dikatakan
oleh responden B(bukan nama sebenar).
30
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
JADUAL 7: ANALISIS CABARAN PELAJAR TIDAK MEMAHAMI TUJUAN PROGRAM
YANG DIJALANKAN
SKALA BILANGAN(ORANG) PERATUS(%)
Setuju 0 0
Tidak Pasti 12 40
Tidak Setuju 18 60
Rajah 12: Analisis Peratusan Pelajar Tidak Memahami Tujuan Program Yang Dijalankan
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 12 menunjukkan respon pelajar terhadap pernyataan cabaran yang dihadapi iaitu pelajar
tidak memahami tujuan program yang dijalankan. Analisis kajian ini menunjukkan bahawa daripada
30 orang responden yang disoal selidik, kebanyakannya tidak bersetuju dengan pernyataan ini iaitu
seramai 18 orang bersamaan 60%. Manakala 12 orang bersamaan dengan 40% pula tidak pasti dengan
pernyataan ini.
31
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
Oleh itu jelaslah bahawa peratusan data tersebut menunjukkan bahawa pernyataan tidak
memahami tujuan program yang dijalankan bukanlah satu cabaran bagi pelajar dalam program-
program pelaksanaan pencapaian akademik di SK.Kaung. Seperti yang telah responden B katakan
bahawa setiap tujuan program telah guru nyatakan kepada pelajar dan hanya kelalaian pelajar yang
tidak mendengar sahaja membuatkan mereka tidak faham akan tujuan pelaksanaan program-program
tersebut.
32
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
JADUAL 8: ANALISIS CABARAN PELAJAR TIDAK SUKA PENCERAMAH ATAU GURU
YANG SUKA MENGAJUKAN SOALAN
SKALA BILANGAN(ORANG) PEATUS%)
Setuju 16 53.3
Tidak Pasti 3 10
Tidak Setuju 11 36.7
Rajah 13: Analisis Peratusan Pelajar Tidak Suka Penceramah Atau Guru Yang Suka
Mengajukan Soalan
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 13 menunjukkan respon pelajar terhadap pernyataan cabaran yang dihadapi iaitu pelajar
tidak suka penceramah atau guru yang suka mengajukan soalan. Analisis kajian ini menunjukkan
bahawa seramai 16 orang yang bersetuju dengan pernyataan ini iaitu bersamaan 53%. Seterusnya,
seramai 11 orang yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini iaitu bersamaan dengan 37% dan
selebihnya iaitu 3 orang bersamaan dengan 10% pula memilih tidak pasti dengan pernyataan ini.
Majoriti daripada responden berstuju bahawa pernyataan ini adalah satu cabaran bagi mereka.
Hal ini disokong lagi dengan temu bual yang dijalankan oleh pengkaji bersama
33
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
dengan responden B(bukan nama sebenar). Responden menyatakan, “Ok, kalau ini memang saya
setuju sebagai cabaranlah sebab kalau saya memang saya tidak suka saya yang kena tanya sebab
saya segan sama malu bah mau jawab. Takut jawapan salah.Saya rasa kebanyakan pelajar lain pun
memang kalau bab kena soal-soal ni memang ramai yang tidak suka kali” (Ms.61, Baris 33-36)
Tegasnya, hal ini membuktikan bahawa pernyataan pelajar tidak suka penceramah atau guru yang
suka mengajukan soalan kepada pelajar merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh pelajar
dalam program pelaksanaan pencapaian akademik ini. Pada pendapat pengkaji, hal ini menjadi
cabaran bagi pelajar kerana apabila mereka disoal, mereka akan rasa malu dan takut untuk menjawab
dan ini juga mungkin akan membuatkan mereka untuk malas dan tidak mau lagi menghadirkan diri
dalam program seperti ini hanya kerana takut disoal. Walaupun soalan daripada guru memang akan
membantu perkembangan minda pelajar tetapi para pelajar menganggap ini adalah cabaran bagi
mereka kerana keyakinan yang kurang pada diri pelajar itu sendiri.
34
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
JADUAL 9: ANALISIS CABARAN PELAJAR TIDAK SUKA BERADA DALAM KUMPULAN
SEMASA PROGRAM
SKALA BILANGAN(ORANG) PEATUS%)
Setuju 8 26
Tidak Pasti 11 37
Tidak Setuju 11 37
Rajah 14: Analisis Peratusan Pelajar Tidak Suka Berada Dalam Kumpulan Semasa
Program
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 14 menunjukkan respon pelajar terhadap pernyataan cabaran pelajar tidak suka berada
dalam kumpulan semasa program. Analisis kajian menunjukkan bahawa sedikit sahaja pelajar yang
bersetuju dengan pernyataan ini iaitu hanya seramai 8 orang bersamaan 26%. Manakala bagi yang
tidak setuju dan tidak pasti dengan pernyataan ini pula mencatat jumlah yang sama iaitu masing-
masing seramai 11 orang bersamaan 36%.
Menurut temu bual yang telah pengkaji jalankan bersama dengan responden B, responden tidak
bersetuju bahawa pernyataan ini merupakan cabaran dalam
35
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
program-program ini. Responden menyatakan ini bukanlah satu cabaran bagi pelajar kerana adalah
lebih baik jika berkumpulan supaya para pelajar dapat saling tolong-menolong dalam menyelesaikan
masalah pembelajaran mereka. Mungkin pasti akan ada cabaran juga semasa berkumpulan tetapi
responden yang ditemu bual tidak bersetuju ianya adalah cabaran bagi pelajar.
Tegasnya, data peratusan menunjukkan bahawa pernyataan ini bukanlah satu cabaran bagi
majoriti pelajar di SK.Kaung bahkan pelajar menjadikan ia sebagai salah satu cara untuk menimba
ilmu bersama-sama.
36
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
JADUAL 10: ANALISIS CABARAN PELAJAR TIDAK SUKA PENCERAMAH PROGRAM
ADALAH GURU DARI SEKOLAH SENDIRI
SKALA BILANGAN(ORANG) PEATUS%)
Setuju 18 60
Tidak Pasti 6 20
Tidak Setuju 6 20
Rajah 15: Analisis Peratusan Pelajar Tidak Suka Penceramah Program Adalah Dari Sekolah Sendiri
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 15 menunjukkan respon pelajar terhadap pernyataan cabaran pelajar tidak suka penceramah
program adalah guru dari sekolah sendiri. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik,
seramai 18 orang bersamaan 60% bersetuju dengan pernyataan ini. Manakala responden yang
menjawab tidak pasti dan tidak bersetuju dengan pernyataan ini mencatat jumlah yang sama iaitu
masing-masing seramai 6 orang bersamaan 20%.
Hal ini disokong lagi dengan temu bual yang telah dijalankan oleh pengkaji bersama responden B.
Responden menyatakan, “ Ya, saya setuju sebab emm bukan juga lah tidak suka itu guru tapi lagi
saya suka penceramah dari luar sebab kalau
37
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
guru sendiri kan kita tau sudah macam mana cara dia jadi mau juga kah try ataupun dengar ceramah
atau motivasi dari penceramah luar. Mau juga ada rasa kelainan la kenen supaya tidak boring bah
itu-itu yang kita tengok selalu hahahah.” (Ms.62, Baris 46-50)
Oleh itu, jelaslah bahawa pernyataan pelajar tidak suka penceramah program adalah guru dari
sekolah sendiri merupakan cabaran bagi pelajar. Pada pendapat pengkaji, perkara ini menjadi cabaran
kerana apabila mereka tidak suka dengan penceramah atau guru tersebut maka mereka akan mudah
bosan dengan program yang dijalankan dan mereka juga tidak akan menumpukan sepenuhnya
perhatian mereka terhadap program yang sedang dijalankan.
38
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
JADUAL 11: ANALISIS CABARAN TIADA PEMANTAU ATAU PEMBIMBING SEMASA
PROGRAM
SKALA BILANGAN(ORANG) PEATUS%)
Setuju 22 73
Tidak Pasti 2 7
Tidak Setuju 6 20
Rajah 16: Analisis Peratusan Tiada Pemantau Atau Pembimbing Semasa Program
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 16 menunjukkan respon pelajar terhadap pernyataan cabaran iaitu tiada pemantau atau
pembimbing semasa program. Analisis menunjukkan bahawa majoriti daripada responden bersetuju
dengan pernyataan ini iaitu seramai 22 orang bersamaan 73%. Seterusnya yang menjawab tidak pasti
pula adalah yang paling sedikit iaitu seramai 2 orang sahaja bersamaan 7% dan bagi yang tidak
bersetuju pula seramai 6 orang iaitu bersamaan 20%.
Hal ini disokong lagi dengan temu bual yang telah dijalankan oleh pengkaji bersama responden B.
Responden menyatakan, “Emm yaa ini pun saya setuju sebab memang selalunya kalau yang macam
program belajar berkumpulan ikut kampung tu, kan sepatutnya ada pemantau dari guru atau ibu
bapa begitu tapi macam jarang juga
39
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
tu kami dipantau. Terus bila tidak dipantau tu disana lah pelajar yang lain tidak mau dengar cakap
dan selalu awal pulang walaupun belum habis masa. Jadi ya memang itu salah satu cabaran juga lah
saya rasa.” (Ms.62, Baris 53-57)
Tegasnya, hal ini memang menunjukkan bahawa ia menjadi cabaran bagi pelajar kerana apabila
tiada pemantau dan pembimbing mereka boleh berbuat apa sahaja yang mereka mahu selain belajar
dan itu akan membuatkan mereka hilang fokus dengan program yang sedang berlangsung.
40
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
JADUAL 12: ANALISIS CABARAN RAKAN-RAKAN TIDAK MEMBERI KERJASAMA
SKALA BILANGAN(ORANG) PEATUS%)
Setuju 28 93
Tidak Pasti 2 7
Tidak Setuju 0 0
Rajah 17: Analisis Peratusan Rakan-rakan Tidak Memberi Kerjasama
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 17 menunjukkan respon pelajar terhadap pernyataan cabaran iaitu rakan-rakan tidak
memberi kerjasama. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik, majoriti responden
bersetuju dengan pernyataan ini iaitu seramai 28 orang bersamaam 93%. Manakala 2 orang responden
menjawab tidak pasti dengan pernyataan ini iaitu bersamaan 7% dan tidak ada satu orang pun yang
tidak bersetuju dengan pernyataan ini.
Hal ini disokong lagi dengan temu bual yang telah dijalankan oleh pengkaji bersama responden B.
Responden menyatakan, “Iyaa memang saya setuju ni. Memang jarang juga pelajar lain mau bagi
kerjasama terutamanya yang lelaki-lelaki lah. Kalau ada belajar berkumpulan selalu buat bising
terus tidak mau kerjasama kasi siap
41
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
tugasan yang cikgu bagi. Kalau ada guru yang memantau saja baru dorang rajin kenen.” (Ms.62,
Baris 63-66)
Tegasnya, pernyataan ini memang secara keseluruhan menjadi cabaran kepada pelajar dalam
program-program pelaksanaan pencapaian akademik yang dijalankan. Pengkaji juga berpendapat
bahawa jika tidak ada kerjasama daripada rakan-rakan maka memang susah lah untuk pelajar fokus
dengan program yang dijalankan tersebut dan ia juga boleh mengganggu emosi rakan-rakan yang lain
apabila tiadanya kerjasama.
42
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
JADUAL 13: ANALISIS CABARAN KEKURANGAN BAHAN ATAU ALATAN BELAJAR
SKALA BILANGAN(ORANG) PEATUS%)
Setuju 20 67
Tidak Pasti 9 30
Tidak Setuju 1 3
Rajah 18: Analisis Peratusan Kekurangan Bahan Atau Alatan Belajar
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 18 menunjukkan respon pelajar terhadap pernyataan cabaran iaitu kekurangan bahan atau
alatan belajar. Analisis kajian menunjukkan bahawa seramai 20 orang daripada 30 orang responden
iaitu bersamaan 67% bersetuju dengan pernyataan ini. 9 orang responden bersamaan 30% pula tidak
pasti dengan pernyataan ini manakala seorang lagi responden bersamaan 3% tidak bersetuju dengan
pernyataan ini.
Hal ini disokong lagi dengan temu bual yang telah dijalankan oleh pengkaji bersama responden B.
Responden menyatakan, “Ya, ini pun saya setuju dia sebagai cabaran sebab macam kalo dalam
program yang berkumpulan tu ikut kampung, kan kadang-kadang kami belajar kumpulan di rumah
saja jadi kalau di rumah tu tiada papan putih untuk kami guna mau kasi explain sama kawan. Boleh
juga la guna buku tapi lagi siok kalau guna papan putih. Sama kalau kami dulu memang kekurangan
43
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
buku rujukan sama latih tubi untuk digunakan , adapun itu dari guru juga kami pinjam.” (Ms.62,
Baris 71-76)
Jelaslah bahawa pernyataan kekurangan bahan atau alatan belajar memang merupakan salah satu
cabaran bagi pelajar dalam program pelaksanaan pencapaian akademik ini. Hal ini dikatakan
demikian kerana apabila kekurangan bahan belajar maka itu akan membuatkan mereka sukar untuk
belajar dengan efektif dalam program tersebut.
44
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
JADUAL 14: ANALISIS CABARAN PELAJAR TIDAK SUKA PROGRAM DILAKSANAKAN DI
DALAM KELAS
SKALA BILANGAN(ORANG) PEATUS%)
Setuju 17 57
Tidak Pasti 10 33
Tidak Setuju 3 10
Rajah 19: Analisis Peratusan Pelajar Tidak Suka Program Dilaksanakan Di Dalam Kelas
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 19 menunjukkan respon pelajar terhadap pernyataan cabaran iaitu pelajar tidak suka
program dilaksanakan di dalam kelas. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik, seramai
17 orang bersamaan 57% bersetuju dengan pernyataan ini. 10 orang responden bersamaan 33% pula
menjawab tidak pasti dan 3 orang selebihnya bersamaan 10% tidak bersetuju dengan pernyataan ini.
Hal ini disokong lagi dengan hasil temu bual yang telah pengkaji jalankan bersama responden.
Responden menyatakan, “Emm iya saya rasa saya setuju juga sebab kalau macam ada program yang
ceramah atau motivasi begitu saya rasa siok lagi di dewan sebab luas sikit dan suasana dia lain dari
di kelas. Sebab kita kan selalu di kelas saja jadi sekali sekala kalau ada program begini bagus lagi di
dewan.
45
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
Tempat yang tidak selesa pun akan mempengaruhi mood pelajar juga dalam tu program.” (Ms.63,
Baris 80-84)
Tegasnya, hal ini membuktikan bahawa pernyataan pelajar tidak suka program dilaksanakan di
dalam kelas adalah satu cabaran bagi mereka kerana tanpa suasana yang baru dan menyenangkan
pelajar, maka itu akan membuatkan mereka mudah bosan dengan program yang dijalankan.
46
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
JADUAL 15: ANALISIS CABARAN PELAJAR TIDAK SUKA PROGRAM DIJALANKAN
MENGAMBIL MASA BERHARI-HARI
SKALA BILANGAN(ORANG) PEATUS%)
Setuju 15 50
Tidak Pasti 8 27
Tidak Setuju 7 23
Rajah 20: Analisis Peratusan Pelajar Tidak Suka Program Dijalankan Mengambil Masa
Berhari-hari
Jumlah: 30 orang
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Rajah 20 menunjukkan respon pelajar terhadap pernyataan cabaran iaitu pelajar tidak suka
apabila program dijalankan mengambil masa berhari-hari. Daripada 30 orang responden, seramai 15
orang bersamaan 50% bersetuju dengan pernyataan ini. Seramai 8 orang bersamaan 27% pula tidak
pasti dengan pernyataan ini dan selebihnya iaitu seramai 7 orang bersamaan 23% tidak bersetuju
dengan pernyataan ini.
Hal ini disokong lagi dengan temu bual yang telah dijalankan oleh pengkaji bersama responden.
Responden menyatakan, “Emm kalau itu mungkin ya saya setuju juga sebab contohnya macam ni
program motivasi atau ceramah. Kalau emm kasi jalan berhari-hari pun tapi kalau pelajar tidak
faham dan tidak masuk otak tiada juga
47
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
guna jadi satu hari pun cukup lah kalo untuk yang program motivasi ceramah begini. Kecuali kalau
yang macam belajar berkumpulan atau program mentor mentee tu gea memang khas dijalankan
untuk berhari-hari walaupun bukan setiap hari emm yaa hahaha.” (Ms.63, Baris 89-94)
Tegasnya, jelaslah bahawa pernyataan pelajar tidak suka program dijalankan selama berhari-hari
memang menjadi cabaran bagi pelajar. Hal ini kerana apabila program dijalankan berhari-hari mereka
akan mudah menjadi bosan dan malas terutamanya mereka yang masih lagi berumur 12 tahun dan
masih banyak menggunakan masa untuk bermain.
48
Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, tajuk kajian yang telah dijalankan ialah usaha-usaha pihak sekolah
SK.Kaung Kota Belud dalam memastikan kejayaan pelajar dalam peperiksaan UPSR. Banyak usaha
yang boleh dilakukan untuk memastikan pelajar berjaya dan memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam UPSR. Justeru itu, pihak sekolah haruslah memainkan peranan penting dalam mendidik pelajar
agar mereka tidak ketinggalan ilmu dan pelajar itu sendiri juga harus berusaha menggunakan peluang
yang ada untuk menimba ilmu di sekolah. Kajian ini mengemukakan data bagi memenuhi objektif
kajian.
Hasil kajian yang didapati adalah melalui kaedah soal selidik dan temu bual. Borang soal selidik
yang diedarkan merangkumi tiga bahagian iaitu bahagian pertama tentang latar belakang responden
dan bahagian kedua dan ketiga pula tentang keputusan responden terhadap kajian. Seramai 30 orang
responden terlibat dalam menjawab borang soal selidik. Analisis data kajian dilakukan dengan
membentuk carta pai. Peratus responden yang menjawab setuju (S), tidak pasti (TP) dan tidak setuju
(TS) pada setiap soalan dalam borang soal selidik telah dianalisis.
Objektif pertama ialah mengenalpasti program-program pelaksanaan pencapaian akademik yang
diadakan untuk pelajar UPSR di SK.Kaung Kota Belud, Sabah. Berdasarkan kajian yang telah
dijalankan, didapati terdapat enam program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah setiap tahun iaitu
program Bengkel Gegar UPSR, Gegar Anakku Sayang (Mentor Mentee), Gegar 3+1 (Kelas
Bimbingan 3+1), Gegar Intensif (Kelas Intensif), Gegar Kolaboratif (Kumpulan Belajar Rakan
Pembimbing) dan Gegar Akhir (Kem Motivasi dan Pecutan Akhir UPSR).
Rumusan daripada objektif ini mendapati kebanyakan responden bersetuju bahawa semua
program ini membantu mereka dalam mencapai kecemerlangan UPSR. Namun, program yang paling
utama dan yang paling banyak membantu mereka adalah program Gegar Intensif atau dikenali sebagai
Kelas Intensif. Seramai 97% pelajar bersetuju dengan program ini. Oleh hal yang demikian, guru-guru
haruslah memantapkan lagi program Gegar Intensif ini agar peratus pelajar yang bersetuju bahawa
program ini sangat membantu mereka dalam mencapai kecemerlangan berubah daripada 97% kepada
100%.
49
Objektif kedua pula ialah mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar UPSR dalam
program-program pelaksanaan pencapaian akademik di SK.Kaung Kota Belud, Sabah. Terdapat 10
cabaran yang telah pengkaji nyatakan dalam borang soal selidik tetapi hanya ada 7 cabaran yang
dipersetujui ramai menjadi cabaran bagi pelajar iaitu pertama, pelajar tidak suka penceramah atau
guru yang suka mengajukan soalan. Kedua, pelajar tidak suka penceramah program adalah guru dari
sekolah sendiri khususnya untuk program ceramah dan motivasi. Cabaran ketiga, tiada pemantau atau
pembimbing semasa program terutamanya untuk program belajar berkumpulan mengikut kampung.
Cabaran keempat, rakan-rakan tidak memberi kerjasama. Cabaran kelima, kekurangan bahan atau
alatan belajar untuk digunakan semasa program. Cabaran keenam, pelajar tidak suka program
dilaksanakan di dalam kelas dan cabaran terakhir pelajar tidak suka program dijalankan mengambil
masa berhari-hari.
Rumusan daripada objektif ini mendapati bahawa cabaran utama yang dihadapi oleh pelajar ialah
rakan-rakan tidak memberi kerjasama semasa program. Rakan-rakan yang tidak memberi kerjasama
ini akan mengganggu pelajar lain untuk fokus dalam program yang mereka sertai. Oleh itu, guru-guru
memainkan peranan penting untuk menasihati para pelajar untuk saling bekerjasama agar masing-
masing mendapat ilmu yang berguna. Para pelajar juga haruslah mempunyai kesedaran dalam diri
masing-masing agar cabaran ini dapat dibendung bersama.
Kesimpulannya, peranan pihak sekolah adalah sangat penting dalam memastikan kejayaan pelajar
dalam peperiksaan UPSR di SK.Kaung Kota Belud. Oleh itu, pihak sekolah SK.Kaung Kota Belud
haruslah sentiasa berusaha untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam melaksanakan
pelbagai program yang bermanfaat dan menyeronokkan terutamanya untuk pelajar-pelajar tahun enam
agar dapat menarik minat pelajar untuk mau menyertai program yang diadakan. Kemajuan dan
kejayaan prestasi pelajar tahun enam dalam peperiksaan UPSR juga pasti akan dapat dicapai. Pelajar-
pelajar pula haruslah sentiasa bersemangat untuk menghadapi segala cabaran-cabaran sebagai seorang
pelajar UPSR dan juga menghargai segala usaha-usaha yang telah para guru lakukan untuk membantu
pelajar mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR.
50